Upload
ahmad-syarifuddin
View
91
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
MTS 3042 PEMBANGUNAN BLOG DAN LAMAN WEB
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
MIFTAHUZLEMAN BIN SUPARDI D20131063973
ISMP
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
AHMAD SYARIFUDDIN BIN MAMAT D20131064025 ISMP
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
MOHD BILALLUDIN BIN MAT HUSIN D20131063995 ISMP
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
DISEMAK OLEH : PN. SAIRA BANU BINTI OMAR KHAN
Pengenalan
Dunia pada hari ini diistilahkan sebagai dunia dihujung jari. Hal ini demikian kerana
perkembangan teknologi yang semakin pesat saban hari. Manusia boleh berhubung dengan
menggunakan teknologi dalam jarak yang jauh atau dekat. Antara medium yang digunakan untuk
berhubung atau menyebarkan maklumat adalah laman web dan blog.
Pengguna laman web dan blog semakin bertambah saban hari kerana kemudahan yang ada
kini memudahkan mereka untuk mengakses laman web dan blog. Namun begitu, blog dan laman
web yang digunakan pada hari ini kebanyakannya tidak mengikuti kriteria yang baik dalam sesebuah
blog atau laman web.
Dalam membina laman web atau blog yang berkualiti mestilah mengikut kriteria-kriteria
standard yang telah dinyatakan. Antaranya ialah:
Mengoptimumkan pengalaman pengguna
Pautan dan label
Susun atur halaman (Page Layout)
Teks, Grafik, Imej dan Multimedia
Senarai (Lists)
Kandungan (Content)
Kriteria-kriteria di atas telah digunakan dalam membandingkan kedua-dua laman web yang
dipilih (AirAsia & Malaysia Airlines). Setiap kriteria tersebut mempunyai beberapa item atau elemen
yang perlu dititkberatkan dalam membina sebuah blog atau laman web yang berkualiti.
1- Mengoptimumkan pengalaman pengguna
Secara keseluruhannya, kedua-dua laman web dapat mengoptimumkan pengalaman
pengguna. Rekabentuk kedua-dua laman web yang konsisten dapat menghadkan ingatan
bekerja, seperti contoh, kedudukan butang dan pautan. Justeru, memudahkan para
pengguna apabila melayari dari satu halaman ke halaman yang lain.
Muka Depan
Halaman ‘ENRICH’
2- Pautan dan Label
Dari segi pautan dan label pula, kedua-dua laman web menepati ciri-ciri kriteria yang
ditetapkan seperti pautan yang bermakna dan sama sengan destinasi, pautan yang penting
diulang, dan label kategori yang jelas.
Malaysia Airlines
AirAsia
3- SUSUN ATUR HALAMAN (page layout )
Kedudukan Item penting diletakkan secara konsisten.
Perbandingan yang dibuat antara laman web Malaysia Airlines System (MAS) dengan
web AirAsia. Perkara yang telah dibandingkan dalam page layout susunan item-item
contohnya logo masing-masing. Hal ini demikian kerana setiap halaman lain yang dibuka,
kedua-dua halaman web ini memaparkan rajah logo di tempah yang sama. Perkara ini
menunjukkan bahawa logo yang digunakan diletakkan secara konsisten pada setiap
halaman web tersebut. Selain itu, setiap butang penting diletakkan di bahagian atas halaman
tersebut bagi memudahkan pengguna melihat dan menggunakannya.
Susun atur halaman atau page layout juga telah dibandingkan dan dititikberatkan
dalam susunan halaman muka surat (scroll). Perkara dilihat sama ada ianya menegak
ataupun mendatar. Kedua –dua lawan web ini menggunakan susunan halaman muka surat
secara mendatar (horizontal ). Hal ini bermaksud kedua –dua laman web tersebut mengikut
kriteria yang dikehendak dalam membina sebuah blog atau laman web yang berkualiti. Scroll
secara menegak lebih memudahkan pengguna kerana pengguna boleh melihat susunan
halaman atau page layout dari atas ke bawah. Scroll secara mendatar (vertical) akan
menyusahkan pengguna kerana kebanyakkan laman web yang digunakan pengguna
menggunakan scroll secara menegak.
4- Teks, Grafik, Imej & Multimedia
Laman web atau blog yang berkualiti mestilah mempunyai kriteria yang dikehendaki. Antara
elemen atau kriteia yang dikehendaki ialah dari segi Teks, Grafik, Imej dan Multimedia. Perkara ini
perlulah mengikut kriteria yang sesuai bagi menjadikn sesebuah blog dan laman web berkualiti.
Dalam perbandingan dua (2) laman web yang dibuat iaitu laman web Malaysia Airlines
System (MAS) dengan AirAsia.com, elemen yang dibandingkan ialah penggunaan teks berwarna
atau hitam pada paparan yang berlatarbelakang kosong dan kontra tinggi. Hasil perbandingan
tersebut ialah kedua-dua laman web tersebut mempunyai persamaan. Hal ini demikian kerana
kedua-dua laman web tersebut mengikut kriteria laman web yang berkualiti iaitu tulisan atau teks
yang digunakan lebih terang dan jelas kontranya daripada paparan latar belakang halaman laman
web tersebut.
Selain itu, penggunaan melabel imej (arrow mouse) akan bertukar kepada bentuk tangan
(hand mouse) apabila tetikus digerakkan bertujuan untuk mennekan atau klik pada sesuatu butang.
Imej yang digunakan juga sangat sesuai pada halaman kedua- dua laman web yang dibandingkan
tersebut kerana tidak melambatkan proses memuatturun dan visual yang digunakan sentiasa
konsisten.
Seterusnya, kedua-dua laman web ini menggunakan animasi yang mempunyai maksud yang
berkesan. Animasi yang digunakan ialah berkaitan iklan tentang penerbangan murah yang
ditawarkan oleh syarikat penerbangan masing-masing. Animasi yang digunakan mudah difahami
oleh pengguna kedua-dua laman web tersebut. Selain itu, penggunaan logo syarikat penerbangan
masing-masing pada setiap halaman laman web tersebut sentiasa konsisiten. Hal ini demikian
kerana logo tersebut sentiasa diletakkan di satu tempat yang sama dalam setiap halaman. Banner
atau ruang iklan juga diletakkan secara konsisten dan tidak terlalu besar saiznya sehingga
menimbulkan ketidakselesaan terhadap pengguna apabila melayari kedua-dua laman web tersebut.
5- Senarai
Bila kita membuat blog, kita sepatutnya menyusun elemen halaman dengan mengklik dan drag
ketempat yang diinginkan pada halaman layout account blog kita. Selain itu, kita hendaklah
optimumkan tahap penggunaan blog dan laman web ini. Apabila blog dan laman web yang kita
bangunkan ini telah siap kita hendaklah membuat satu sasaran iaitu pencapaian pengguna.
Kesemua pengguna boleh mencapai pautan blog dan laman web yang telah kita bangunkan ini.
Seterusnya pada blog dan laman web ini, hendaklah meletakkan item yang penting pada
kedudukan paling atas. Contohnya tajuk blog dan laman web itu sendiri. Hal ini kerana tajuk ini
melambangkan perihal dan identiti kepada blog dan laman web itu sendiri.
Selain itu, penggunaan format yang bersesuaian untuk senarai paparan pada blog dan laman
web bagi memberi kefahaman kepada pengguna terhadap isi kandungan yang hendak
disampaikan. Seterusnya mempaparkan item-item yang mempunyai perkaitan dalam satu senarai.
Sebagai contoh blog dan laman web Malaysiaairlines, nama blog dan laman web ini adalah
berkaitan dengan promosi penjualan tiket Malaysiaairlines dan post-post yang ditunjukkan
mempunyai kesinambungan dengan tajuknya. Paparan bergambar pada blog dan laman web ini
juga mempunyai kesinambungan diantara satu sama lain.
6- Kandungan
Dari segi kriteria kandungan sesuatu blog kebiasaannya idea yang disampaikan ada
kesinambungan diantara satu sama lain. Contohnya tajuk besar blog ada kesinambungan
dengan tajuk-tajuk kecil.
Sebagai contoh blog dan laman web Air Asia, nama blog dia adalah berkaitan dengan
promosi penjualan tiket Air Asia dan post-post yang ditunjukkan mempunyai kesinambungan
dengan tajuknya. Paparan dan animasi pada blognya juga mempunyai kesinambungan. Tetapi
Air Asia ini sangat menekankan promosi tiket yang termurah di Malaysia. Oleh itu, maklumat
yang disampaikan sangat ringkas dan tidak berapa jelas. Berbeza pula dengan laman
malaysiaairlines.
Idea-idea yang ada pada malaysiaairlines ini dilihat lebih teratur. Ianya sangat mempunyai
kesinambungan antara satu sama lain. Ianya bertindak secara berterusan. Idea-idea yang dibuat
berdasarkan tindak balas pengguna yang telah membuat aduan atau memberi cadangan
penambahbaikan. Hal ini kerana, malaysiaairlines ini telah ditubuhkan lebih awal berbanding Air
Asia dan penggunaannya oleh pengguna sudah begitu lama.
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam blog dan laman web ini jelas bagi perkara yang ingin
disampaikan. Ianya mestilah sesuai antara tajuk dengan isi yang dipaparkan. Maknanya disini
ialah, sekiranya isi kandungannya berkaitan dengan jadual penerbangan, tajuk yang diletakkan
mestilah berkaitan seperti lokasi, jenis penerbangan dan sebagainya. Ini bermaksud ianya jelas
dengan apa yang ingin disampaikan. Ia sesuai dan tidak mengelirukan pembaca.
Dari segi ayat pula, kebiasaan dalam blog dan laman web ini lebih senang difahami oleh
pembaca. Hal ini kerana, kebiasaannya mereka menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris. Oleh itu, pembaca boleh faham dan senang untuk dibaca. Bahasa-bahasa ini telah
diketahui oleh ramai orang, dan disebabkan itulah setiap aktiviti mengenai jadual penerbangan
yang diberikan boleh difahami dengan mudah.
Di dalam blog dan laman web ini, maklumat-maklumat disusun mengikut kategori tertentu
bagi memudahkan pengguna untuk mencari maklumat disampin menjimatkan masa pengguna.
Kategori-kategori disusun berdasarkan kesinambungan antara tajuk-tajuk kecil. Ianya
kebiasaannya tidak diletakkan didalam kategori yang sama kerana ia akan mengelirukan pembaca
dan menyukarkan pencarian. Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Isi kandungan dalam blog dan laman web ini biasanya mudah dibaca kerana ianya
menggunakan ayat yang pendek tetapi jelas dan tepat. Penggunaan ayat yang pendek ini
memudahkan pembaca untuk mencari maklumat yang mereka inginkan. Pengguna tidak perlu
membaca karangan yang panjang untuk mencari maklumat kerana dalam blog dan laman web ini
penulis telah meringkaskan satu karangan yang panjang kedalam isi kandungan. Pembaca boleh
mengetahui sama ada dalam blog dan laman web yang mereka buka ada maklumat yang mereka
inginkan atau tiada.
Kejayaan blog terletak pada kandungannya yang hebat. Kandungan dan kata kunci yang
konsisten dapat menarik pengguna dan pembaca yang berpotensi. Blog yang hebat berbeza
dengan blog-blog sedia ada yang lain. Kandungan blog yang hebat biasanya dikaji dan tidak
bersifat terawang-awangan. Kita tidak boleh menganggap blog sebagai satu tempat permainan
untuk ujikaji dan mengharapkan ia bekerja untuk kita. Ia direka bentuk untuk matlamat perniagaan
dan kehadiran diri di dalam talian dan kita perlu memastikan ia melakukan cara yang dimahukan.
Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang perlu dijaga untuk kandungan blog yang hebat. Jangan
sekali-kali memandang rendah terhadap pemilihan tajuk blog itu sendiri. Tajuk pada blog mestilah
mempunyai potensi besar dalam mencapai sasaran pelanggan dan pembaca. Tajuk blog perlu
membuat impak serta-merta pada pembaca. Jika kita menggunakan enjin carian kita boleh
mengkaji tajuk-tajuk yang mungkin akan mempengaruhi pembaca. Selain bertanya
kepada kenalan dan rakan-rakan, kita boleh mendapatkan pendapat daripada pembaca itu sendiri
bagaimana mereka melihat blog tersebut. Post yang ditulis dengan memberi perbezaan yang yang
besar ke blog. Kandungan yang hebat haruslah asli. Blog yang hebat sentiasa berbeza dan
tidak semestinya bersetuju dengan isu-isu semasa yang berkaitan. Luahkan minda kita melalui
blog dan apa sahaja yang ingin dikongsi dengan cara yang kreatif dan segar. Kandungan blog
haruslah sentiasa dikaji, kita akan mempunyai pembaca-pembaca yang akan kembali untuk
mendapatkan maklumat yang lebih setiap kali kita mengemaskini kandungan, dan jika kita bekerja
dengan bersungguh-sungguh, setiap post kita pasti akan tertunggu-tunggu oleh para pembaca.
Oleh demikian, terdapat perbezaan yang dapat dilihat melalui perbandingan di atas. Ciri–
ciri blogger yang berkualaiti perlulah mempunyai kriteria – kriteria seperti teks, kandungan,
paparan grafik, navigasi, audio, video dan sebagainya. Blog yang berkualiti dapat memberikan
manfaat dan dijadikan sumber rujukan kepada pengguna dan pembaca. Selain itu, kandungan
atau isu yang kita utarakan itu mestilah mempunyai fakta dak kesahihannya supaya pengguna
berasa yakin dengan perkara yang kita kongsikan. Kemudahan capaian atau pautan pada label
menjadikan salah satu perkara yang dapat menjadikan blog kita dikunjungi oleh pembaca.
Walaubagaimanapun, setiap blogger mempunyai kreativiti yang tersendiri untuk menarik minat
pembaca dan pengguna untuk mengunjungi sesuatu blog.