Upload
homeworkping3
View
388
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Get Homework Done
Homeworkping.com
Homework Help
https://www.homeworkping.com/
Research Paper help
https://www.homeworkping.com/
Online Tutoring
https://www.homeworkping.com/
click here for freelancing tutoring sites
Pengenalan.
Manusia biasanya mempunyai sepasang buah pinggang,terletak di belakang
rongga abdomen dalam retro peritoneum. Ia adalah sepasang organ dengan
beberapa fungsi dan fungsi utama didalam sistem urinaridimana ia berfungsi
menghapuskan bahan buangan atau bahan larut air di dalam tubuh
manusia.Buah pinggang juga menghasilkan hormon termasuk erythropoietin dan
enzim rennin. Buah pinggang juga bertanggungjawab dalam menyerap air,
glukosa dan asid amino. Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan di
mana buah pinggang tidak mampu melaksanakan fungsi normal. Sesetengah
bahan-bahan toksik yang sepatutnya dikumuhkan seperti urea dan kreatinin
terkumpul di dalam badan. Dua punca utama kegagalan buah pinggang (ESRD)
adalah diabetes dan tekanan darah tinggi.
Menurut Medline Plus, (2013) peringkat akhir penyakit buah pinggang (ESRD)
adalah kegagalan buah pinggang untuk bekerja. Buah pinggang penting dalam
sistem urinari dan berfungsi sebagai penyenggaraan imbangan asid-bes dan
penting dalam pengawalan tekanan darah. Ia berfungsi sebagai penapis
semulajadi darah dan mengeluarkan bahan buangan yang dialihkan ke pundi
kencing. Dalam menghasilkan urin, buah pinggang mengeluarkan bahan-bahan
buangan seperti urea dan ammonium.
Apabila seseorang didiagnoskan dengan penyakit kegagalan buah pinggang
(ESRD), pilihan rawatan yang terbaik adalah dialisis dan pemindahan buah
pinggang. Menurut Dr.Rafidah Dato’ Abdullah ,( 2012 ) pesakit dengan penyakit
kegagalan buah pinggang memerlukan kawalan kesihatan yang kritikal .
Disebabkan kekurangan penderma organ, pemindahan buah pinggang tidak
dapat dilaksanakan . Di Malaysia, lebih kurang 12,000 pesakit yang menjalani
rawatan dialisis terdapat di dalam senarai menunggu untuk pemindahan buah
pinggang.
Punca kegagalan ginjal
Kegagalan ginjal disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku di ginjal dan
mengganggu fungsi utamanya. Diantara gangguan yang mungkin berlaku adalah
:-
1. Nephritic syndrome
Sindrom Nefritis (atau sindrom akut nephritic) adalah diantara tanda-
tanda yang dikaitkan dengan gangguan yang menjejaskan buah pinggang,
lebih khusus kepada gangguan glomerular. Ia dicirikan dengan
mempunyai liang kecil di podocytes daripada glomerulus, ianya cukup
besar untuk membenarkan protein (proteinuria) dan sel-sel darah merah
(hematuria) untuk masuk ke dalam urin. Hematuria boleh disebabkan oleh
pendarahan mana-mana sahaja dalam saluran kencing, tetapi jika RBC
terperangkap dalam pundi kencing, ia adalah lebih berkemungkinan
bahawa pendarahan berpunca didalam nefron dan sindrom nephritic
menjadi lebih berkemungkinan.
‘Patofisiologi nephritic syndrome’.
2. Nephrotic syndrome
Sebaliknya, sindrom Nephrotic dicirikan oleh protein sahaja dimana
proteinuria bergerak masuk ke dalam urin. Kedua-dua sindrom nephritic
dan sindrom Nephrotic menghasilkan hypoalbuminemia kerana protein
albumin bergerak daripada dalam darahke dalam urin.
‘Patofisiologi nephrotic syndrome.’
Proteinuria berlaku kerana perubahan kepada sel-sel endothelial kapilari,
‘glomerular basement membrane’(GBM) atau podocytes, yang biasanya
menapis serum protein secara terpilih mengikut saiz dan caj.
Mekanisme kerosakan struktur ini tidak diketahui dalam penyakit glomerular
yang rendah dan menengah, tetapi bukti menunjukkan bahawa sel-sel T
boleh tingkatkan faktor kadar resapan yang mengeliling atau kurangkan
sesuatu yang menindas faktor kadar resapan dalam immunogens yang
dikenalpasti dan juga cytokines. Faktor-faktor lain mungkin termasuk
kecacatan semulajadi protein yang penting dalam diaphragms glomeruli,
pengaktifan pelengkap membawa kepada kerosakan sel-sel epitelium
glomerular dan kehilangan kumpulan caj negatif yang melekat pada protein
GBM dan sel-sel epitelium glomerular slit.
Gambarajah :Glomerular basement membrane
Perbezaan nephrotic dan nephritic syndrome.
Ia biasanya dibezakan melalui simtom tetapi kadang-kadang kedua-duanya
digambarkan sebagai berkaitan dalam sesetengah kes . Kadang-kadang
ianya mengelirukan dan dirujuk sebagai "nephritic / Nephrotic," walaupun ini
dianggap perkembangan sindrom nephritic dan mengkategorikan bukan
sindrom Nephrotic). Beberapa simtom yang ditunjukkan boleh menyebabkan
sindrom adalah samadan kedua-dua sindrom boleh mempunyai penampilan
yang sama apabila biopsi dilakukan.
Kegagalan ginjal
Apabila berlakunya gangguan fungsi ginjal maka risiko kegagalan ginjal boleh
berlaku kerana ginjal tidak dapat menjalankan fungsinya secara normal.
Menurut zulkiple ibrahim 2012, fisiologi badan manusia menetapkan buah
pinggang atau ginjal berfungsi mengasingkan toksin dan air berlebihan dari
sistem darah selain membantu mengekalkan tekanan darah, membentuk sel
darah merah serta memastikan kesihatan tulang.
Menurut Tabung Buah Pinggang Amerika, (2010) 'kegagalan buah pinggang
adalah satu keadaan dimana buah pinggang berhenti berfungsi seperti biasa dan
hidup dengan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Kegagalan buah
pinggang boleh berlaku dengan tiba-tiba (dipanggil kegagalan buah pinggang
akut) atau perlahan-lahan dari masa ke masa. Dalam kebanyakan kes,
kegagalan buah pinggang adalah kekal. Ini dikenali sebagai peringkat akhir
penyakit buah pinggang atau ESRD '.
Menurut statistik, bilangan rakyat Malaysia menderita kegagalan buah pinggang
peringkat akhir bertambah dari hanya kira-kira 40 orang pada 1980 hingga lebih
12,000 kini (Zulkiple Ibrahim, 2012).
Gambarajah anatomi ginjal : sumber hikmatun.wordpress.com
Simtom kegagalan ginjal.
Ramai yang kurang prihatin dengan simptom ataupun tanda-tanda awal ESRD
dan seterusnya akan mengakibatkan ESRD tidak dapat dikawal. Diantara
simptom-simptom awal ESRD adalah:-
Kuantiti urin yang sedikit (oliguria).
Odema atau bengkak anggota badan terutama buku lali, kaki, tangan
dan muka.
Loya dan muntah serta hilang selera makan.
Perubahan keadaan mental, kekeliruan dan kurang daya penumpuan.
Sesak nafas (dyspnea).
Sakit belakang di bawah sangkar rusuk.
Bau nafas dan rasa logam dalam mulut.
Keletihan ,cemas dan gelisah.
Tekanan darah tinggi, dehidrasi dan polidipsia.
Sakit dada atau sakit bahagian abdomen.
Hematuria dan akhir sekali ‘numbness’ pada tangan dan kaki.
Ujian Makmal.
Ujian makmal yang diperlukan juga dijalankan dengan menggunakan sampel
daripada darah dan urin pesakit.
KREATININ
Wujudnya protein secara berterusan dalam urin adalah tanda awal penyakit
ginjal kronik. Keputusan ujian Serum Kreatinin akan digunakan bagi mengira
tahap fungsi ginjal yang dikenali juga sebagai Kadar Filtrasi Glomerular
(GFR).Kadar Filtrasi Glomerular (GFR) akan menggambarkan tahap sebenar
sejauh mana ginjal berfungsi. Kreatinin merupakan bahan buangan dalam darah
yang muncul daripada aktiviti otot. Biasanya kreatinin akan dibuang oleh ginjal
tetapi bila fungsi ginjal menjadi tidak normal, tahap kreatinin dalam darah akan
meningkat.
Tekanan darah tinggi dan ginjal.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi menyerang 10- 20% penduduk. Sesiapa
pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi risiko yang tinggi adalah
berat badan berlebihan,keturunan, merokok, ketegangan hidup atau stress dan
juga faktor umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga
mempunyai kaitan yang akrab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan
masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
Haemodialisis
Hemodialisis sebahagiannya menggantikan fungsi buah pinggang dengan
menghapuskan sisa kumuhan , elektrolit yang berlebihan dan air menggunakan
proses ‘diffusion’dan‘ultrafiltration’.
Jika ginjal mengalami kerosakan yang teruk dan tidak mampu berfungsi
walaupun mengikuti diet khusus, dialisis amat diperlukan samaada terus-
menerus atau sehingga pemindahan ginjal dilakukan. Satu ginjal mampu
berfungsi untuk dua proses tetapi jika kedua-duanya tidak berfungsi , individu
perlukan dialisis untuk mencuci darah didalam sistem peredaran tubuh. Dialisis
merupakan satu proses penapisan dan pencucian darah melalui mesin ginjal
tiruan .
Rawatan dan pengurusan
Dialisis atau pemindahan buah pinggang adalah rawatan hanya untuk kegagalan
buah pinggang atau ESRD. Keadaan fizikal dan faktor-faktor lain yang
menentukan rawatan digunakan.
Apabila pesakit boleh memulakan dialisis bergantung kepada faktor-faktor yang
berlainan, termasuk keputusan ujian makmal, keterukan gejala, dan kesediaan
pesakit. Pesakit harus bersedia untuk memulakan dialisis sebelum ia benar-
benar diperlukan. Penyediaan termasuk belajar tentang dialisis dan jenis terapi
dialisis serta penempatan akses dialisis. Rawatan dialisis biasanya memerlukan
usaha sepasukan individu. Seorang doktor melengkapkan preskripsi dialisis,
menguruskan komplikasi dan memantau rawatan perubatan. Tugas jururawat
memantau kesihatan umum ,kesejahteraan dan mental pesakit serta mendidik
pesakit tentang dialisis dan apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan
kesihatan yang terbaik. Pakar pemakanan mengesyorkan diet yang sesuai dan
memantau tindak balas seseorang pesakit terhadap perubahan pemakanan.
Haemodialisis.
Untuk kajian kes ini, pesakit memilih hemodialisis sebagai rawatan untuk ESRF.
Haemodialisis adalah prosedur apabila darah dikeluarkan dari badan dan dipam
oleh mesin di luar badan menjadi ‘dialyzer’ (buah pinggang tiruan). ‘The dialyzer’
menapis bahan buangan metabolik daripada darah dan kemudian
mengembalikan darah yang telah dibersihkan kepada pesakit semula. Jumlah
cecair yang dipulangkan boleh diselaraskan pada monitor panel.
Persediaan akses untuk haemodialisis
Hemodialisis memerlukan akses berulang kepada aliran darah. Salah satu
langkah penting sebelum memulakan hemodialisis adalah menyediakan akses
vaskular dan ia perlu bersedia 4-6 minggu atau beberapa bulan sebelum paten
boleh mula didialisis .
Penyediaan akses untuk dialisis seperti ‘arterial venous fistula’ (AVF) dan ‘
brachial fistula’ (BCF) amat diperlukan untuk memulakan dialisis. Pembedahan
dibuat untuk prosedur ini serta bagi jangka panjang akses yang lebih baik. Dalam
prosedur ini, biasanya arteri jejarian dalam lengan bergabung dengan vena
cephalic. Hasilnya, vena cephalic akan membesarkan vena dengan aliran darah,
menjadikan vena sesuai untuk prosedur haemodialisis.
Bagi pesakit yang belum mempunyai akses kekal iaitu fistula untuk
haemodialisis, akses sementara akan dilakukan dengan memasukkan kateter
intravena kedalam vena yang besar, biasanya dimasukkan di leher (intrajagular
vein), subclavian dan femoral untuk akses sementara. Rawatan lain yang perlu
biasanya termasuk perencat ACE, penghalang reseptor angiotensin, atau ubat-
ubatan lain untuk tekanan darah tinggi.
kepentingan
Peringkat akhir penyakit buah pinggang meningkatkan risiko tekanan darah
tinggi, anemia kekurangan zat besi dan jangkitan. Persatuan Jantung Amerika
melaporkan bahawa peringkat akhir penyakit buah pinggang juga meningkatkan
risiko untuk penyakit kardiovaskular dan menyebabkan peningkatan tahap
lipoprotein berketumpatan rendah (kolesterol jahat) dan trigliserida
Faktor yang meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang (ESRF) adalah
termasuk :
Tekanan darah tinggi ( hipertensi ).
Tekanan darah tinggi merupakan punca ke dua yang menyebabkan
kegagalan buah pinggang. Keadaan ini akan memberi kesan kepada
fungsi ginjal dimana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada salur darah
di ginjal serta menghalang buah pinggang dari menapis bahan buangan
dan kumuhan di dalam darah.
Terapi pemakanan bagi kegagalan buah pinggang
Pemakanan bagi pesakit kegagalan buah pinggang perlu di ambil berat
dimana nasihat pemakanan diberikan oleh ‘dietician’. Menurut
Pengurusan diet untuk pesakit kegagalan buah pinggang bertujuan untuk
mengelakkan buah pinggang dari mengalami kerosakan yang lebih teruk
dan juga untuk memastikan pesakit mendapat nutrisi yang secukupnya.
Disertakan di sini adalah kuantiti pengambilan mikro dan makronutrient
yang disarankan untuk pesakit kegagalan buah pinggang:
Nutrien Preskripsi yang dicadangkan Rasional
Tenaga 30- 35 kcal/kg berat badan Berdasarkan kepada status
pemakanan dan tahap stress
pesakit.
Protein Pesakit tanpa dialisis :
0.8-1.2 g/kg
Pesakit dengan haemodialisis :
1.2-1.5 g/kg
Pengambilan meningkat
apabila GFR (kadar penapisan
glomerular) kembali normal.
Protein yang tinggi nilai biologi
perlu diambil sekurang-
kurangnya 60%.
Sodium 2-3 g sehari Bergantung kepada
pengeluaran air kencing,
tekanan darah, edema,
dialysis dan paras serum
sodium; diperlukan untuk
menggantikan sodium yang
hilang ketika fasa diuretik
Sodium yang berlebihan boleh
menyebabkan penahanan
cecair di dalam badan.
Potassium 2-3 g sehari Bergantung kepada
pengeluaran air kencing,
dialysis dan paras serum
potassium; diperlukan untuk
menggantikan kehilangan
potassium ketika fasa diuretik
Potassium yang berlebihan
boleh mengakibatkan
komplikasi pada jantung dan
saraf.
Cecair 24- jam pengeluaran air kencing
+ 500 ml
Berdasarkan sodium dalam air
kencing dan jumlah
pengeluaran air kencing.
Fosforus Hadkan seperti yang diperlukan Lebihan fosforus boleh
menyebabkanpenurunan
perkumuhan fosforus oleh
buah pinggang dan
meningkatkan pembebasan
fosfat ke dalam sel. Fosforus
juga boleh
bertindakbalas dengan
kalsium untuk melemahkan
tulang.Fosforus mempunyai
kesan negative terhadap tisu
jantung, salur darah dan
peparu.
Magnesium Hadkan seperti yang diperlukan Lebihan magnesium boleh
memberi kesan kepada sistem
saraf, kardiovaskular dan
neurologi.
Kalsium 1.0-1.5 g sehari Mungkin memerlukan
makanan tambahan seperti
yang diperlukan.
Vitamin/
Mineral
Tambah seperti yang diperlukan Mungkin memerlukan
suplemen untuk vitamin larut
lemak dan larut air
terutamanya vitamin B & C
Gambarajah 1 Pesakit dengan haemodialisis
Sumber : http:www.gambro-hospal.ru/content/img/proplist
Data Demografi
Nama pesakit : Wan Nur Nabila binti Wan Azahan
No pendaftaran : 708247
No kad pengenalan : 900927035684
Tarikh Lahir : 27 September 2009
Umur : 22 Tahun
Alamat : Lot 2066 Kg.Morak Palekbang,
16040 Tumpat Kelantan.
Kumpulan Etnik : Melayu
Jantina : Perempuan
Agama : Islam
Status : Bujang
Berat badan : 42 kilogram
Tinggi :
Pekerjaan : Tidak bekerja
Family Tree
Umur-hpt
Umur – hpt
Sebab Kemasukan : Dirujuk dari Wad Puteri HRPZII untuk haemodialisis.
Diagnosis : 1. Nephrotic Nephritic Syndrome.
2. Hipertensi.
Sejarah Keluarga:
- Pesakit merupakan anak ke tiga (3) dari empat (4) orang adik-
beradik. Adik –beradik yang lain sihat tanpa sebarang masalah
kesihatan. Kesemua adik –beradik pesakit belum berumahtangga.
Ayah dan ibu beliau menghidap hipertensi dan mendapatkan
rawatan di klinik berdekatan.
IBU AYAH
ABANG 1 ABANG 2 PESAKIT ADIK
PEREMPUAN
Sejarah Kesihatan Umum
1) Sejarah Perubatan lalu
- Kali pertama di masukkan ke wad pada 09/12/2012 dan discaj pada
13/12/2012 .
- Kali ke dua dimasukkan ke wad pada 21/11/2012 dan discaj pada
02/12/2012.
- Hemodialisis 3 kali seminggu.
- Pesakit sepatutnya datang pada 3/12/2012 untuk hemodialisis
tetapi tidak datang untuk hemodialisis.
- Kemasukan ke wad kali ke 3 pada 24/2/2013 untuk pemasangan
‘tenchoff’ tetapi keluarga tidak bersetuju dan membuat keputusan
untuk pemasangan fistula kekal.
- Hypertensi dan dalam perawatan ubatan .
2) Sejarah pembedahan lalu
- Renal biopsy dilakukan pada 26/11/2012
- Pemasangan Ijc di leher kanan pada ---------------------
- Pemasangan fistula pada 12/03/2013
3) Aduan utama dan durasi
Pesakit mengadu ‘facial puffiness’ dan juga ketidak selesaan pada
abdomen semasa pemeriksaan kali pertama semenjak tiga hari yang lalu.
Masalah sekarang
Pada 09/12/2012 pesakit datang ke HRPZ II dengan mengadu bengkak di
kedua-dua belah kaki, ‘facial puffiness’, sesak nafas (sob) dan ‘’abdomen
discomfort’’.
Masalah umum dan spesifik
1. Keadaan semasa
Nausea dan muntah, bengkak dan edema di kedua-dua belah kaki serta
muka (facial puffiness), bengkak di periorbital dan letih lesu.
2. Tekanan darah
Semasa kemasukan tanda vital pesakit di ambil dan dicatit. Tekanan
darah 120/82 mmhg.
3. Suhu badan
Pesakit ‘febrile’ dengan suhu 37.9°c.
4. Kadar pernafasan
Pernafasan pesakit normal, 20/ minit.
5. Kadar nadi
Disebabkan demam, kadar nadi pesakit sedikit meningkat dengan kadar
106 beat/minit.
a) Aktiviti harian / status pemakanan
Sarapanpagi Satucawannasidansegelas the kosong
Makantengahari 2 cawannasidansegelas air suam.
Secawantehpadawaktutengahari.
Makanmalam Secawannasidansetengahgelas air.
2
cawantehsebelummasuktidursetiaphari.
b) Tabiat/ cara tidur.
c) Bentuk eliminasi
d) Sejarah alergik
e) Sejarah sosial.
Disebabkan aduan pesakit semasa kemasukan,doktor telah membuat beberapa
pemeriksaan darah serta lain-lain pemeriksaan dan keputusannya seperti
dibawah:-
Penyiasatan diagnostik
Bil Tarikh Penyiasatan Keputusan
1. 09/12/2012 Ultra sound
2.
24/12/2012
Ultra sound KUB
Bilateral renal
Parenchymal disease
(ginjal kanan:10.4cm)
(ginjal kiri :11.7cm)
2.
26/11/2012
Renal biopsy
Semua glomerulurs
menunjukkan global
sclerosis
3. 09/12/2012 Elektrokardiogram (ECG) Sinus tachycardia
Penyiasatan Makmal
Beberapa ujian darah akan dijalankan bagi mengetahui kerosakan ginjal
pesakit.Kandungan kreatinin yang meningkat (kreatinin biasanya dibuang dari
darah oleh ginjal) akan menunjukkan tahap kerosakan serta fungsi buah
pinggang.
Penyiasatan
Tarikh / Keputusan
09/12/12 21/11/12 24/12/12
White blood count 18.85
Haemoglobin (g/dL) 8.2 11.4 6.3
Platelet (103/uL) 308
PT 13.1
APTT/ INR / ratio 33.4
/1.00
/0.90
Urea (mmol/L) 19 32.9
Sodium (mmol/L) 136
Pottasium (mmol/L) 4.3
Creatinine (mmol/L) 1002 623
Uric Acid 796
ALP / ALT / AST 75/16/17 60/313/72
Albumin 32 32
ESR 58
ANA/DSDNA/ C-ANCA/ C-NA NEGATIVE
Ubatan
Tablet prednisolone 60 mg od
Tablet amlodipine 10 mg od
Tablet ferrous femorate 200 mg od
Tablet vitamin B complex 1/1 od
Tablet Folic acid 5 mg od
Tablet calcium carbonate 1 gm bd
Tablet Labetolol 100 mg tds
Tablet Prazosin 0.5 mg bd
Rujukan
Medline plus 2013http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000500.htm
Dr. Rafidah Dato’ Abdullah 2012. Kidney transplant in End-Stage Renal Disease
http://www.urbanhealth.com.my/medical/kidney-transplant-in-end-stage-renal-disease/
http://peraktoday.com/wp/?p=50093Protein Dalam Air Kencing – Tanda
Buah Pinggang Rosak Zulkiple Ibrahim 2012.