10
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 644 KESESUAIAN PEMAKAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) Raziah Binti Md Tahir 1 Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia E-mel:[email protected] Tel: 019-5584535 Abstrak Penawaran skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan untuk membantu golongan wanita miskin di Malaysia meningkatkan sumber pendapatan keluarga melalui pelbagai projek perniagaan. Menurut pihak pengurusan AIM, kontrak al-qard al-hasan diaplikasikan dalam skim pembiayaan kredit mikro bermula dari tahun 1987. Pihak AIM juga telah memperkenalkan kontak pembiayaan murabahah dalam skim kredit mikro AIM mulai tahun 2012. AIM mengenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun daripada jumlah pembiayaan di bawah kontrak al-qard al-hasan dan kontrak murabahah. Menurut perspektif Islam, al-qard al-hasan merupakan satu kontrak pinjaman Islam yang pada asasnya tiada bayaran tambahan dalam jumlah pinjaman asal kecuali kos sebenar yang terlibat dalam urusan pinjaman tersebut. Manakala pembiayaan Islam pula merupakan satu bentuk pembiayaan yang boleh dikenakan kadar caj tertentu berasaskan keuntungan yang diinginkan oleh pihak yang menawarkan pembiayaan berlandaskan syarak. Persoalannya, sejauhmanakah kesesuaian penetapan caj pengurusan dalam skim kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan? Apakah pula kontrak alternatif yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM? Kertas kerja ini cuba mengenal pasti dua perkara utama kajian. Pertama, mengenal pasti kaedah penetapan caj pengurusan ke atas skim kredit mikro AIM di bawah kontrak al-qard al-hasan. Kedua, mengenal pasti kontrak alternatif yang paling sesuai digunapakai dalam skim kredit mikro AIM. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temu bual bersama pihak pengurusan AIM, responden pakar dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil kajian dalam kertas kerja ini diharap dapat menambahbaik kontrak pembiayaan skim kredit mikro AIM yang sedia ada dalam usaha membantu pihak AIM menawarkan produk pembiayaan yang selari dengan kehendak syarak. Kata kunci: al-qard al-hasan, pembiayaan kredit mikro dan Amanah Ikhtiar Malaysia 1 Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Raziah Md Tahir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 644

KESESUAIAN PEMAKAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM

SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

(AIM)

Raziah Binti Md Tahir1

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)

Kolej Perniagaan

Universiti Utara Malaysia

E-mel:[email protected] Tel: 019-5584535

Abstrak

Penawaran skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan

untuk membantu golongan wanita miskin di Malaysia meningkatkan sumber

pendapatan keluarga melalui pelbagai projek perniagaan. Menurut pihak pengurusan

AIM, kontrak al-qard al-hasan diaplikasikan dalam skim pembiayaan kredit mikro

bermula dari tahun 1987. Pihak AIM juga telah memperkenalkan kontak pembiayaan

murabahah dalam skim kredit mikro AIM mulai tahun 2012. AIM mengenakan caj

pengurusan sebanyak 10 peratus setahun daripada jumlah pembiayaan di bawah

kontrak al-qard al-hasan dan kontrak murabahah. Menurut perspektif Islam, al-qard

al-hasan merupakan satu kontrak pinjaman Islam yang pada asasnya tiada bayaran

tambahan dalam jumlah pinjaman asal kecuali kos sebenar yang terlibat dalam

urusan pinjaman tersebut. Manakala pembiayaan Islam pula merupakan satu bentuk

pembiayaan yang boleh dikenakan kadar caj tertentu berasaskan keuntungan yang

diinginkan oleh pihak yang menawarkan pembiayaan berlandaskan syarak.

Persoalannya, sejauhmanakah kesesuaian penetapan caj pengurusan dalam skim

kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan? Apakah pula kontrak alternatif

yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM? Kertas kerja ini cuba

mengenal pasti dua perkara utama kajian. Pertama, mengenal pasti kaedah penetapan

caj pengurusan ke atas skim kredit mikro AIM di bawah kontrak al-qard al-hasan.

Kedua, mengenal pasti kontrak alternatif yang paling sesuai digunapakai dalam skim

kredit mikro AIM. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan berpandukan

kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temu bual bersama pihak

pengurusan AIM, responden pakar dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil

kajian dalam kertas kerja ini diharap dapat menambahbaik kontrak pembiayaan skim

kredit mikro AIM yang sedia ada dalam usaha membantu pihak AIM menawarkan

produk pembiayaan yang selari dengan kehendak syarak.

Kata kunci: al-qard al-hasan, pembiayaan kredit mikro dan Amanah Ikhtiar

Malaysia

1 Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Page 2: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 645

PENDAHULUAN

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan yang penting dalam

penyediaan pinjaman bagi golongan miskin untuk memulakan perniagaan secara

kecil-kecilan terutamanya di kawasan luar bandar (Chan, 2005). Melalui skim kredit

mikro AIM, kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar juga dapat

dikurangkan melalui peningkatan asas pendapatan purata isi rumah yang

menceburkan diri dalam bidang perniagaan (Md. Shahid Hasan, 1996). Bayaran balik

hutang pembiayaan kredit mikro dilakukan dalam mesyuarat pusat setiap minggu

berdasarkan kontrak yang dipilih oleh peserta AIM sama ada al-qard al-hasan atau

murabahah dengan kadar caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun.

Menurut perspektif Islam, caj pengurusan kontrak al-qard al-hasan hanya boleh

diaplikasikan dengan syarat ianya adalah kos sebenar yang terlibat. Manakala caj

pengurusan dalam kontrak murabahah dibenarkan berasaskan konsep tambah untung

dalam kontrak pembiayaan. Kertas kerja ini cuba meneliti kesesuaian penetapan caj

pengurusan dalam skim kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan dan kontrak

alternatif yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM. Untuk itu,

perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada empat bahagian

merangkumi kaedah penetapan caj pengurusan kredit mikro di bawah kontrak al-

qard al-hasan, kesesuaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit mikro AIM,

kontrak alternatif dalam skim kredit mikro dan kesimpulan.

KAEDAH PENETAPAN CAJ PENGURUSAN KREDIT MIKRO AIM DI

BAWAH KONTRAK AL-QARD AL-HASAN

Berdasarkan kepada temu bual bersama pihak pengurusan AIM di ibu pejabat dan

pejabat cawangan AIM di Kubang Pasu dan Kota Setar, penetapan jumlah caj

pengurusan adalah berdasarkan kepada kadar caj sebanyak 10 peratus setahun ke atas

jumlah pembiayaan yang dipohon bagi semua jenis produk pembiayaan AIM.

Sekiranya sahabat memilih tempoh bayaran balik selama 2 tahun, kadar caj

pengurusan adalah sebanyak 20 peratus. Namun, bagi sahabat yang memilih tempoh

bayaran balik selama 6 bulan, kadar caj pengurusan adalah sebanyak 5 peratus. Ini

bermakna, kadar caj pengurusan yang dikenakan adalah bergantung kepada tempoh

mingguan bayaran balik pembiayaan yang dipilih oleh sahabat. Kadar caj ini

diperolehi daripada kajian dokumen ke atas fail peribadi 100 orang sahabat AIM di

Cawangan Kubang Pasu Kedah sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Page 3: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 646

Jadual 1: Penetapan Kadar dan Jumlah Caj Pengurusan Pembiayaan Sahabat

AIM, Cawangan Kubang Pasu, Kedah.

Jumlah

Pembiayaan

dipohon

(RM)

Tempoh

Bayaran

Balik

(Mingguan)

Bayaran

Ansuran

Mingguan

(RM)

Kadar caj

Pengurusan

(Peratusan)

Jumlah caj

pengurusan

(RM)

Bilangan

Sahabat

(n=100)

Peratus

Sahabat

(%)

2,000 25 84 5 100 2 2.0

2,000 50 44 10 200 1 1.0

3,000 25 126 5 150 3 3.0

3,000 50 66 10 300 3 3.0

4,000 50 88 10 400 2 2.0

4,000 100 48 20 800 5 5.0

5,000 50 110 10 500 6 6.0

5,000 75 76 15 750 4 4.0

5,000 100 60 20 1,000 4 4.0

6,000 50 132 10 600 5 5.0

6,000 75 92 15 900 5 5.0

6,000 100 72 20 1,200 4 4.0

7,000 50 154 10 700 3 3.0

7,000 75 107 15 1,050 3 3.0

7,000 100 84 20 1,400 2 2.0

8,000 50 176 10 800 1 1.0

8,000 100 96 20 1,600 2 2.0

9,000 50 198 10 900 1 1.0

9,000 100 108 20 1,800 2 2.0

10,000 50 220 10 1,000 5 5.0

10,000 75 153 15 1,500 4 4.0

10,000 100 120 20 2,000 4 4.0

15,000 75 230 15 2,250 5 5.0

15,000 100 180 20 3,000 4 4.0

20,000 50 440 10 2,000 2 2.0

20,000 75 306 15 3,000 3 3.0

20,000 100 240 20 4,000 3 3.0

25,000 75 383 15 3,750 2 2.0

25,000 100 300 20 5,000 3 3.0

30,000 75 460 15 4,500 1 1.0

30,000 100 360 20 6,000 3 3.0

35,000 100 420 20 7,000 1 1.0

40,000 100 480 20 8,000 1 1.0

50,000 100 600 20 10,000 1 1.0

Sumber: Maklumat diperolehi daripada fail peribadi sahabat AIM, Cawangan Kubang

Pasu, Kedah (2010)

Jadual 1 menggambarkan kadar dan jumlah caj pengurusan adalah bergantung

kepada tempoh bayaran balik mingguan yang dipilih oleh sahabat ketika memohon

pembiayaan. Kadar caj pengurusan ke atas jumlah pembiayaan masing-masing

Page 4: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 647

adalah sebanyak 5 peratus, 10 peratus, 15 peratus dan 20 peratus bagi tempoh

bayaran balik selama 25 minggu, 50 minggu, 75 minggu dan 100 minggu. Ini

merupakan garis panduan AIM yang telah ditetapkan bagi membolehkan sahabat

membuat pilihan sendiri berdasarkan kemampuan untuk membayar balik

pembiayaan kredit mikro.

Ini bermakna semakin lama tempoh mingguan bayaran balik yang dipilih, semakin

tinggi kadar dan jumlah caj pengurusan yang dikenakan ke atas pinjaman sahabat.

Contohnya, jika pembiayaan yang dipohon adalah RM5,000 dengan tempoh

mingguan bayaran balik selama 50 minggu, jumlah caj pengurusannya adalah

sebanyak RM500 (kadar caj adalah 10 peratus). Tetapi jika sahabat memilih tempoh

mingguan selama 75 minggu bagi jumlah pembiayaan yang sama, jumlah caj

pengurusannya adalah sebanyak RM750 (kadar caj adalah 15 peratus). Manakala

bagi tempoh mingguan selama 100 minggu untuk jumlah pembiayaan yang serupa,

jumlah caj pengurusannya terus meningkat kepada RM1000 (kadar caj adalah 20

peratus). Bayaran ansuran mingguan pula adalah berdasarkan pengiraan hasil bahagi

di antara kedua-dua jumlah pembiayaan dipohon dan jumlah caj pengurusan dengan

tempoh bayaran balik mingguan.

Garis panduan yang diguna pakai dalam menentukan caj pengurusan sebanyak 10

peratus setahun ini adalah berdasarkan nisbah jumlah kos per modal pembiayaan

yang secara puratanya adalah sekitar 10 sen atau 0.10 sahaja. Nisbah ini dijadikan

asas penetapan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun oleh pihak AIM.

Menurut pandangan responden pakar, kaedah penetapan caj pengurusan sebegini

adalah tidak tepat mengikut syarak. Caj pengurusan berdasarkan peratusan daripada

jumlah pinjaman adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak

menggambarkan kos sebenar yang terlibat. Peningkatan kadar caj pengurusan akibat

penambahan tempoh bayaran ansuran yang dipilih oleh sahabat tersebut tidak

dibenarkan dalam Islam. Ia boleh dikategorikan sebagai riba al-qard kerana kadar caj

tersebut ditetapkan di awal kontrak pinjaman.

KESESUAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM SKIM KREDIT

MIKRO AIM

Menurut perspektif Islam, pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu-satunya

pinjaman Islam yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan

berasaskan konsep kebajikan semata-mata. Konsep kebajikan ini diukur melalui

kaedah pelaksanaannya yang tidak membebankan peminjam kerana ia diberikan

kepada mereka dengan bayaran balik tanpa faedah (riba). Hal ini dibincangkan oleh

Osman Sabran (2001) yang menyatakan bahawa pinjaman al-qard al-hasan

merupakan suatu sistem berasaskan hukum qard itu sendiri iaitu menguruskan segala

bentuk pinjaman atau hutang tanpa faedah. Menurut beliau, sistem pinjaman tanpa

riba ini boleh membentuk sebuah institusi kewangan yang tersendiri seperti bank al-

qard, koperasi pinjaman secara Islam, gadaian secara Islam (Ar-Rahn) dan beberapa

institusi lain.

Ini menggambarkan bahawa pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu kaedah

pinjaman wang yang diberikan untuk maksud kebajikan sesama manusia. Ia

dilakukan dengan cara bayaran balik pinjaman tidak mengandungi sebarang bayaran

Page 5: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 648

tambahan dan tempoh masa bayaran tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah

pihak. Istilah pinjaman al-qard al-hasan ini juga telah dijelaskan oleh firman Allah

SWT dalam surah al-Baqarah (2 : 245).

Pinjaman tanpa riba ini juga dijelaskan oleh Ab. Mumin Ab. Ghani (1999) yang

mengaitkan pinjaman tersebut mempunyai tujuan kebaikan. Sifat kebaikan ini diukur

melalui sifat budi bicara peminjam yang secara sukarela memberi hadiah kepada

pemberi pinjaman sebagai tanda penghargaan. Ia juga diukur dengan kerelaan

pemberi pinjaman membantu peminjam yang benar-benar memerlukan bantuan. Sifat

kebaikan dan bantu-membantu ini juga merupakan satu prinsip keadilan sosial dan

ekonomi yang amat digalakkan dalam Islam.

Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009) pula melihat istilah Qard (hutang)

daripada sudut bahasa yang bererti al-Qat’ (potong). Definisi ini adalah berpadanan

dengan maksudnya pada bahasa kerana kebiasaannya hutang itu diambil daripada

sejumlah harta pemberi pinjaman. Ini bermaksud telah berlaku sedikit pemotongan

harta tersebut atas sebab ia diberikan kepada peminjam.

Jika dilihat dari sudut istilah pula Qard ialah pemberian sejumlah harta kepada

seseorang sebagai hutang yang perlu dijelaskan bayaran balik hutang tersebut dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Wahbat al-Zuhaili (1984:719)

memberikan definisi yang lebih mudah bagi pinjaman al-qard al-hasan ini iaitu

kontrak khusus yang melibatkan penyerahan harta mithliy2 kepada individu tertentu.

Dalam tempoh masa tertentu, individu tersebut akan memulangkan semula harta

mithliy yang sama tanpa sebarang tambahan dalam harta mithliy tersebut.

Pandangan Wahbat al-Zuhaili ini disokong oleh penulisan Zaharuddin Abd. Rahman

(2010b: 89). Beliau juga mengaitkan Qard dengan harta yang dinyatakannya sebagai

hak milik aset. Secara lebih khusus, beliau menyatakan bahawa pinjaman Qard ini

melibatkan penukaran atau pemindahan hak milik aset ataupun wang daripada

pemilik asal kepada pihak lain. Syarat utama konsep pinjaman ini adalah

memulangkan aset ataupun wang yang dipinjam tersebut pada kadar nilai yang sama.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh

pemberi pinjaman melalui aktiviti Qard al-Hasan ini. Ini adalah bersesuaian dengan

maksud al-qard al-hasan itu sendiri iaitu satu bentuk pinjaman yang baik, dilakukan

secara sukarela dan atas dasar bantu membantu.

Menurut pandangan pakar, pemakaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit

mikro AIM adalah sesuai dengan syarat ia tidak melibatkan sebarang tambahan kos

bayaran balik yang berlebihan sebaliknya hanya melibatkan kos sebenar yang terlibat

dalam urusan pembiayaan. Ia mesti berasaskan kepada definisi asal kontrak al-qard

al-hasan menurut pandangan syarak kerana kontrak tersebut merupakan pinjaman

2 Harta mithliy ialah harta yang homogen (sama jenis) di pasar tanpa ada perbezaan besar dari sudut

juzuk atau unitnya. Ia terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, al-makilat (barang-barang yang

disukat) seperti gandum, dan padi. Kedua, mawzunat (barang-barang yang ditimbang) seperti kapas

dan besi. Ketiga, ‘adadiyyat (barang-barang yang dibilang), iaitu barang yang dibilang mempunyai

bentuk yang hampir sama seperti kepala dan telur. Keempat, sebahagian daripada jenis-jenis al-

dhar‘iyyat (barang yang diukur) iaitu barang yang dijual secara ukuran seperti ela, meter dan

sebagainya. Barang-barang ini ialah barang yang sama semua bahagiannya, tanpa ada perbezaan yang

diambil kira seperti kain bulu, kain kapas, kain sutera, botol-botol kaca yang sama bentuk dan saiz dan

kayu (papan) yang baharu (Wahbat al-Zuhaili, 1996:49-50).

Page 6: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 649

kebajikan yang tidak mengandungi unsur riba dan tidak boleh mendatangkan

sebarang keuntungan kepada pihak yang menawarkan pinjaman. Pemakaian istilah

yang lebih sesuai untuk kontrak al-qard al-hasan adalah pinjaman dan bukannya

pembiayaan. Satu-satunya pinjaman yang wujud dalam kontrak pinjaman Islam

adalah kontrak al-qard al-hasan. Istilah pembiayaan hanya sesuai digunakan untuk

kontrak pembiayaan Islam seperti kontrak al-Mudarabah, al-Murabahah, al-

Musyarakah, al-Musyarakah al-Mutanaqisah, Bay’ Bi Thaman Ajil, al-Ijarah, Bay’

al-Salam, Bay’ al-Istisna’, Bay’ al-Istijrar, Bay’ al-Musawamah, Bay’ al-Dayn, al-

Kafalah, al-Wakalah, al-Hibah dan al-Ibra’ (Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad,

2009: 194).

Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada penggubal

dasar dan pihak pelaksana mengenal pasti kaedah yang benar-benar menurut

kehendak syarak dalam menawarkan pelbagai jenis pinjaman atau pembiayaan.

Pemakaian kontrak pinjaman dan pembiayaan yang bersesuaian menjamin keselarian

pendekatan konsep kontrak dan caj pengurusan yang diaplikasikan oleh sesebuah

institusi kewangan. Apa yang penting dalam sesuatu urusan pinjaman atau

pembiayaan yang ditawarkan ialah bebas daripada unsur riba yang diharamkan

dalam Islam.

Oleh itu, hasil kajian ini boleh dijadikan asas penilaian terhadap kaedah penetapan

caj pengurusan di bawah kontrak al-qard al-hasan bukan sahaja oleh pihak AIM

tetapi juga oleh lain-lain institusi kewangan yang turut menawarkan skim

pembiayaan yang sama. AIM boleh mengenakan caj pengurusan ke atas kontrak al-

qard al-hasan dengan syarat yang telah ditetapkan syarak. Antaranya syarat

penetapan caj pengurusan bukan dalam bentuk peratusan daripada jumlah

pembiayaan. Dalam kes ini, pihak AIM boleh menetapkan jumlah caj pengurusan

yang tetap bagi selang tertentu dalam jumlah pembiayaan sahabat. Contohnya,

meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak RM100 bagi selang pembiayaan antara

RM2,000 hingga RM5000. Seterusnya meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak

RM200 bagi selang pembiayaan antara RM5001 hingga RM10,000. Kaedah ini

dibenarkan asalkan ia merupakan kos sebenar yang terlibat dalam urusan

pembiayaan tersebut.

KONTRAK ALTERNATIF DALAM SKIM KREDIT MIKRO AIM

Pihak pelaksana boleh memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih sesuai dan

mencadangkan kontrak pembiayaan Islam lain yang boleh menggantikan kontrak

pembiayaan yang sedia ada. Ia bertujuan untuk mengelak daripada wujudnya unsur

riba dalam pembiayaan. Dalam hal ini, pakar agama Islam (Mufti) memberikan

cadangan seperti berikut:

“Memandangkan sahabat AIM boleh menjalankan pelbagai jenis

perniagaan, kontrak al-Mudarabah dalam pembiayaan aset sesuai

diaplikasikan dalam pembiayaan kredit mikro AIM selain kontrak al-

qard al-hasan ”

Menurut Wahbat al-Zuhaili (1995), al-Mudarabah ialah pemilik harta (rabb al-mal)

yang memberi kepada mudarib (orang yang bekerja dan pengusaha) suatu harta

Page 7: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 650

supaya diperniagakannya dan keuntungan dikongsikan antara mereka berdua

mengikut syarat yang dipersetujui secara bersama. Kerugian ditanggung oleh pemilik

harta sedangkan mudarib hanya menanggung kerugian tenaga kerja. Ini bermaksud

al-Mudarabah merupakan suatu kontrak pembekalan modal oleh pihak yang

memiliki lebihan harta kepada pihak yang tidak mempunyai modal. Pihak yang tiada

modal ini pula mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk melakukan sesuatu

aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua belah pihak

(Yusof Ramli, 2008). Perkongsian keuntungan menurut nisbah yang disepakati

merupakan tujuan asas kontrak al-mudarabah (Engku Rabiah Adawiah Engku Ali,

2010: 52)

Pihak AIM boleh berperanan seperti sebuah bank yang menawarkan pembiayaan al-

mudarabah kepada peserta AIM (sahabat). Katakan seorang sahabat memerlukan

modal berjumlah RM2 juta untuk membeli kilang bagi memulakan perusahaan

makanan. Dalam hal ini, pihak AIM menjadi pemodal dalam pembelian kilang

manakala sahabat yang menerima modal menjadi pengusaha kilang. Keuntungan

yang diperolehi daripada perusahaan ini dibahagikan mengikut kadar yang

dipersetujui bersama di antara pihak AIM dan sahabat AIM.

Selain kontrak al-mudarabah, pihak AIM juga boleh menawarkan kontrak al-

murabahah3 dalam pembiayaan kredit mikro AIM. Menurut Hailani Muji Tahir dan

Sanep Ahmad (2009), al-murabahah bermaksud tambah untung. Ia boleh

diaplikasikan dalam pembiayaan perdagangan untuk pembiayaan pembelian aset

(komoditi). Asas kontrak ini ialah bank melakukan transaksi jual beli secara hutang

dengan pelanggan. Katakan seorang pelanggan memerlukan modal untuk membeli

sebuah bangunan kilang untuk memulakan perusahaan. Jumlah modal yang

diperlukan adalah RM3 juta. Oleh itu, dengan menggunakan konsep jual beli maka

bank akan terlebih dahulu membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dan

kemudian menjualkannya semula kepada pelanggan. Pelanggan akan membeli sama

ada secara tunai atau hutang menggunakan konsep tambah untung dalam jual beli

tersebut. Dalam hal ini, AIM boleh membeli terlebih dahulu aset atau komoditi yang

diperlukan oleh sahabat bagi memulakan perniagaan mereka. Seterusnya pihak AIM

boleh menjualkannya semula kepada sahabat dengan tambahan untung mengikut

kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Di samping itu, pembiayaan kredit mikro AIM ini juga boleh dilaksanakan

menggunakan kontrak bay‘ al-‘inah yang mengenakan caj pengurusan tertentu

berlandaskan konsep keuntungan sepertimana pembiayaan peribadi yang ditawarkan

oleh institusi perbankan antaranya Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan

Nasional dan sebagainya. Contohnya, Bank Rakyat ada menawarkan skim

pembiayaan peribadi dengan mengaplikasikan kontrak bay‘ al-‘inah. Perkataan bay‘

al-‘inah (jual dan beli semula) dari sudut bahasa bermaksud hutang iaitu jual beli

produk dilakukan secara bertangguh masa atau penjualan barang yang harganya

ditangguhkan kemudian barangan tersebut dibeli semula dengan tunai yang harganya

jauh lebih rendah. Imam Syafi‘i menerima jual beli ini sebagai jual beli yang sah di

sisi syarak walaupun ada sebilangan ‘ulama’ tidak mengharuskan jual beli jenis ini

(Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009).

3 Kontrak al-murabahah mula diperkenalkan oleh pihak AIM dalam skim pembiayaan kredit mikro

pada tahun 2012. Ia dikenali sebagai kontrak pembiayaan murabahah komoditi.

Page 8: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 651

Lazimnya di Malaysia akad yang dipraktikkan untuk pembiayaan peribadi ialah bay‘

al-‘inah dan tawarruq. Sebagai contoh, seorang pelanggan ingin mendapatkan

pembiayaan peribadi bay‘ al-‘inah sebanyak RM20,000. Di bawah prinsip bay‘ al-

‘inah, bank akan menjual asetnya dengan harga RM25,000 kepada pelanggan secara

harga tangguh untuk tempoh lima tahun. Bank membeli semula aset tersebut dari

pelanggan dengan harga RM20,000 secara tunai. Hasilnya pelanggan memperolehi

wang tunai RM20,000 dan berhutang dengan bank sebanyak RM25,000. Hutang

tersebut akan dijelaskan secara ansuran oleh pelanggan dalam tempoh lima tahun.

Bank pula mendapat keuntungan sebanyak RM5,000 berdasarkan perbezaan harga

tunai dan harga tangguh. Dalam hal ini, aset yang dijual oleh bank adalah aset yang

benar-benar milik bank seperti bangunan milik bank iaitu bahagian bangunan tidak

alih yang telah dikenalpasti seperti tingkat, blok atau lot bangunan; atau komputer

yang lengkap dengan aksesorinya; atau Sijil Saham Amanah Raya Development

(ARD) (Azizi, 2009).

Para fuqaha’ khususnya di Malaysia menerima pakai bay‘ al-‘inah atas sebab

keperluan bagi memantapkan lagi perjalanan kewangan Islam di Malaysia

berbanding sistem kewangan konvensional. Bagi memastikan Ia menepati kehendak

syarak, kontrak tersebut perlu mematuhi tiga syarat. Pertama, melaksanakan dua

kontrak berasingan iaitu kontrak jualan pihak bank kepada pelanggan dengan

bayaran secara bertangguh dan kontrak pembelian semula pihak bank daripada pihak

pelanggan dengan bayaran secara tunai. Kedua, barangan atau aset bukan barangan

ribawi dalam kategori alat pertukaran seperti emas, perak atau mata wang kerana

pembayaran bagi setiap pembelian mestilah dengan wang. Syarat ketiga pula ialah

setiap dua kontrak tersebut mestilah mempunyai elemen-elemen asas dan setiap

elemen tersebut mestilah memenuhi syarat yang diperlukan dalam berkontrak

(Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009: 98-99).

Aplikasi kontrak bay‘ al-‘inah masih diperdebatkan oleh cendikiawan Islam (Saiful

Azhar dan Mahmood, 2001) walaupun ia mendapat kelulusan Majlis Penasihat

Syariah Suruhanjaya Sekuriti berdasarkan pandangan keharusannya kepada

pandangan mazhab Syafi‘i dan mazhab Zahiri (MPS, 2002). Meskipun demikian,

bay‘ al-‘inah ditolak oleh sesetengah sarjana Islam khususnya dari Timur Tengah.

Hal demikian kerana bay‘ al-‘inah dilihat mengandungi unsur hilah dalam usaha

untuk menghalalkan riba4.

Secara alternatif, kontrak bay‘ al-tawarruq juga boleh diaplikasikan dalam

pembiayaan kredit mikro AIM. Kontrak ini lebih baik lagi jika dibandingkan dengan

kontrak bay‘ al-‘inah. Konsep tawarruq ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja

oleh sarjana kewangan Islam di Malaysia, bahkan dari Timur Tengah. Kontrak

tawarruq mengandungi proses jual beli yang melibatkan pihak ketiga. Menerusi

pembiayaan peribadi berdasarkan konsep tawarruq sepertimana yang diamalkan di

Bank Islam Malaysia Berhad, pelanggan5 yang ingin mendapatkan pembiayaan akan

memohon mendapatkan pembiayaan peribadi berdasarkan tawarruq. Pihak bank6

akan membeli komoditi di London Metal Exchange (LME) melalui Broker A. Bank

4 Bank Negara Malaysia juga sudah tidak menggalakkan pengamalan kontrak bay‘ al-‘inah yang

dikatakan boleh membawa kepada amalan riba. 5 Dalam kes AIM, pelanggan merupakan peserta AIM (sahabat)

6 Dalam kes AIM, pihak bank merupakan pihak AIM

Page 9: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 652

kemudiannya menjual komoditi tersebut secara murabahah (harga modal

bank+keuntungan) kepada pelanggan dengan bayaran tangguh untuk tempoh

tertentu. Pelanggan yang memperolehi komoditi tersebut kemudiannya melantik

bank sebagai wakil untuk menjual komoditi tersebut di pasaran. Oleh itu bank

sebagai wakil menjual komoditi kepada Broker B. Bank kemudiannya menyerahkan

bayaran jualan dengan mengkreditkannya ke dalam akaun pelanggan. Hasilnya,

pelanggan memperolehi wang tunai menerusi jualan komoditi kepada Broker B dan

pada masa yang sama pelanggan berhutang dengan bank menerusi pembelian

komoditi dari bank secara bayaran tangguh. Oleh itu, pelanggan perlu membayar

kepada bank harga pembelian komoditi tersebut (harga modal bank+keuntungan)

secara ansuran untuk tempoh yang tertentu (BIMB, 2009).

KESIMPULAN

Ringkasnya, skim kredit mikro yang diamalkan oleh pihak AIM mengaplikasikan

dua bentuk kontrak iaitu pinjaman al-qard al-hasan dan pembiayaan murabahah.

Kontrak al-qard al-hasan dipilih oleh peserta AIM yang ingin memulakan

perniagaan secara kecil-kecilan atau bertujuan menambah modal kewangan bagi

meningkatkan aktiviti perniagaan yang sedia ada. Kontrak murabahah pula

diaplikasikan ke atas pembiayaan peserta AIM yang ingin membeli pelbagai alatan

perniagaan yang diperlukan melalui pihak AIM. Kedua-dua kontrak tersebut

dikenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun. Namun, didapati penetapan

caj pengurusan tersebut di bawah kontrak al-qard al-hasan adalah tidak menepati

kehendak syarak. Secara alternatifnya, kontrak yang lebih sesuai dilaksanakan dalam

skim pembiayaan kredit mikro AIM adalah kontrak bay‘ al-tawarruq. Di samping

itu, kontrak pembiayaan murabahah boleh terus diaplikasikan dalam skim kredit

mikro AIM kerana caj pengurusan dalam bentuk peratusan yang dikenakan ke atas

kontrak murabahah adalah berdasarkan konsep tambah untung yang dibenarkan oleh

syarak.

RUJUKAN

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Al-Quran, Mushaf Malaysia dan Terjemahan (2006). Shah Alam: Yayasan Restu.

Azizi Abu Bakar. (2009). Pelaksanaan Bay al-Inah dalam pembiayaan peribadi di

Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on

Corporate Law (ICCL), Surabaya, Indonesia, 1 - 3 Jun 2009.

BIMB, Bank Islam Malaysia Berhad (2009), diakses dari

http://www.bankislam.com.my/Shariah_Concept.aspx pada 6 Jun 2014.

BIMB Institute of Research and Training (1998). Konsep Syariah Dalam Sistem

Perbankan Islam. Kuala Lumpur: BIRT

Chan, S.H (2005). “An Explonatory Study of Using Micro-Credit to Encourage the

Setting up of Small Businesses in the Rural Sector of Malaysia” dlm. Asian

Business & Management. Vol 4. Iss. 4, hal. 455.

Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009). Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem

Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),

Universiti Teknologi MARA.

Page 10: Raziah Md Tahir

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 653

Md. Shahid Hassan (1996). The Role of Amanah Ikhtiar Malaysia in Rural Poverty

Alleviation: A Study in Sabak Bernam District, Selangor. Tesis Sarjana

Ekonomi yang diserahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (2010). Panduan Asas Takaful: Panduan Tentang

Falsafah dan Prinsip Takaful Berdasarkan Shari’ah. Kuala Lumpur: CERT

Publications Sdn. Bhd.

Osman Sabran (2000). Urusniaga Al-Bai’ Bithaman Ajil Dalam Mekanisme

Pembiayaan Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Osman Sabran (2001). Urusniaga al-Qard al Hasan Dalam Mekanisme Pembiayaan

Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Saiful Azhar Rosly, dan Mahmood Sanusi. (2001). Some issues of bay' al-'inah in

Malaysian Islamic financial markets. Arab Law Quarterly, 16(3), 263-

280.

Temu bual dengan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Damansara,

Kuala Lumpur pada 4 November 2010, jam 10.30 pagi.

Temu bual dengan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Jabatan Mufti

Negeri Pulau Pinang pada 4 April 2011, jam 3.00 petang.

Wahbat al-Zuhaili (1995). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji

Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbat al-Zuhaili (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji

Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusof Ramli (2008). Mudarabah Dalam Institusi Kewangan Islam. Shah Alam:

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Zaharuddin Abd. Rahman (2010a). Contract & The Products of Islamic Banking.

Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd.

Zaharuddin Abd. Rahman (2010b). Riba dan Isu Kewangan Semasa. Kuala Lumpur:

Telaga Biru Sdn. Bhd.