3
Nama:Zuraida Binti Abd Rahman No Matrik:A 147449 Tajuk: Pembangunan Bandar Mapan Islam:Dinar Emas Soalan:Dapatkan maklumat berkenaan dinar emas. Apa pandangan anda mengenai penggunaannya dalam dunia moden? Tuliskan secara ringkas Dinar Emas Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara- negara Islam. Dinar emas juga adalah keping koin emas yang terstandart ukuran serta beratnya,1 dinar emas =4,25 gram dan 22 karat( http://kedaimdinar.weebly.com/dinardirham.html ) Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.

Dinar emas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dinar emas

Nama:Zuraida Binti Abd Rahman

No Matrik:A 147449

Tajuk: Pembangunan Bandar Mapan Islam:Dinar Emas

Soalan:Dapatkan maklumat berkenaan dinar emas. Apa pandangan anda mengenai penggunaannya dalam dunia moden?

Tuliskan secara ringkas

Dinar Emas

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di

seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.

Dinar emas juga adalah keping koin emas yang terstandart ukuran serta beratnya,1

dinar emas =4,25 gram dan 22 karat( http://kedaimdinar.weebly.com/dinardirham.html )

Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di

negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas

telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara,

Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.Dr Mahathir bin

Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas

untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika

gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di

Eropah.

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas

diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata

wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak

mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan

oleh Rasulullah.

Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan

dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

(https://ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas )

Page 2: Dinar emas

Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden

Pada pendapat saya,dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan

beberapa cara permulaan iaitu simpanan harta dalam bentuk dinar emas, mas kahwin,

membayar zakat, pemberian hadiah, sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim, harta

cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, upah kepada perkhidmatan sumbangan tertentu dan

lain-lain lagi.

Dinar Emas boleh digunapakai sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran

terutama dalam perdagangan antarabangsa. Hal ini kerana dinar emas terkenal dengan sifat

stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.Dan Nilai dinar emas juga tidak berubah

nilainya jika dibandingkan dengan mata wang.Dari segi tabungan,kita boleh menjadikan

emas sebagai simpanan kerana emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya

tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi.

Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk

barangan nyata. Oleh itu,Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang

kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak

memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya

mempunyai nilai.