ZAKAT
Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullulah SAW
pernah bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT, menerima zakat dan mengambilnya dengan tangan
kanan-Nya lalu mengasuhnya untuk si pemberi sebagaimana salah seorang mengasuh
anak kudanya, hingga sesuap nasi akan menjadi sebesar bukit Uhud”
ZAKAT SERTA KELEBIHANNYA
Zakat merupakan salah satu faridhah iaitu kewajipan dalam Islam, bahkan ia
adalah slah satu rukunnya sesudah syahadah dan solat. Kewajipan zakat ini
berlandaskan kepada kitab Allah SWT, sunnah Rasul-Nya dan ijma’ kaum muslimin.
Barangsiapa yang mengingkari wajibnya zakat ini, maka dia telah kafir dan murtad
dari islam dan haruslah bertaubat. Jika tidak ianya mestilah dibunuh. Dan
barangsiapa lokek atau mengurangkan kadar kewajipannya, maka dia tergolong
orang-orang yang zalim dan berhak mendapat seksa dari Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
“janganlah orang-orang yang bakhil terhadap kurnia yang diberikan Allah
kepadanya itu menduga bahawa sikap demikian itu baik baginya, sebaliknya
kebakhilan itu buruk akibatnya. Nanti akan dikalungkan baginya harta benda yang
mereka bakhilkan itu di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah warisan (segala apa yang
ada)di langit dan bumi. Dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
(Ali Imran:180)
Di dalam Sahih Bukhari dari Abu Hurairah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang dikurniakan Allah harta, kemudian tidak mahu mengeluarkan
zakatnya, pada hari kiamat nanti ai akan serupa dengan ular yang tercabut semua
rambut kepalanya(botak) yang mempunyai dua hingus tebal (menempel di kedua
sudut mulutnya). Kemudian kedua-dua mulutnya menganga sambil berteriak: “Aku
adalah pemilik harta, aku adalah harta yang kau pendam.”
KELEBIHAN ZAKAT
Zakat terbahagi kepada semangat rohani(agama), moral dan sosial. Antara
huraiannya ialah:-
Kelebihan Rohani
Zakat merupakan bentuk realisasi dari salah satu rukun islam, yang
merupakan kunci kebahagiaan hamba, dunia dan akhiratnya.
Zakat merupakan jalan bagi seorang hamba untuk bertaqarrub kepada
Rabbnya, untuk meningkatkan kualiti imannya. Nilainya sama dengan
berbagai bentuk dan jalan ketaatan yang lain.
Melaksanakan zakat akan memperolehi pahala yang besar. Allah SWT
berfirman:
“Allah SWT memusnahkan riba’ dan menhidup suburkan sedekah.”
(al-Baqarah:276)
Dengan zakat, Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahan
sebagaimana Rasulullah SWT bersabda:
“ Sedekah itu dapat memadamkan kesalahan-kesalahan sebagaimana
memadamkan air.”
Yang dimaksudkan dengan sedekah ialah zakat dan sedekah sunnah lain.
Kelebihan Moral
Dengan zakat, seorang muzakki (yang berzakat) akan berjumpa dengan
kafilah para dermawan yang mempunyai rasa simpati dan kasih sayang untuk
memberi.
Zakat akan membuahkan sifat (penyayang) dan lemah-lembut bagi muzakki
kepada saudara-saudara yang kekurangan. Dan orang-orang yang penyayang
akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang.
Sebuah realiti, bahawa mendermakan harta dan tenaga kaum muslimin itu
akan melapangkan dada dan dimuliakan oleh saudara-saudaranya sesuai
dengan kadar yang didermakannya itu.
Dalam zakat ada jalan pensucian moraliti si muzakki dari sifat bakhil dan
lokek. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Ambillah dari sebahagian harta-harta mereka sebagai sedekah yang akan
membersihkan dan mensucikan mereka.”
(at-Taubah:103)
Kelebihan Sosial
Dalam zakat ada dorongan untuk memenuhi keperluan fakir miskin yang
mereka ini termasuk majoriti di sebahagian besar negara.
Zakat merupakan unsur kekuatan kaum muslimin dan peningkatan
kedudukan mereka. Oleh kerana itu, salah satu fungsi zakat ialah untuk jihad
fisabilillah.
Zakat berfungsi untuk menghilangkan rasa dengki dan permusuhan yang ada
di dalam hati orang-orang yang kafir dan kekurangan.
Dalam zakat ada budidaya harta dan memperbanyakkan berkat. Sebagaimana
disebutkan dalam hadis bahawasanya rasulullah SAW bersabda:
”Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta, yakni jika akan mengurangkan
dari segi kuantiti, maka ia tidak akan berkurang dari segi barakah dan akan
bertambah pada masa yang akan datang, bahkan Allah SWT akan
menyediakan penggantinya dan memberi berkah didalamnya.”
Dalam zakat terdapat perluasan wilayah pembahagian harta. Kerana jika harta
itu disedekahkan akan semakin luas wilayah jangkauannya dan boleh
dimanfaatkan oleh orang ramai. Berbeza manakala harta itu hanya berpusing
dikalangan orang-orang yang kaya sahaja, tentu orang-orang kafir tidak akan
mendapat apa-apa bahagian.