VOL. 3 (1) JUN. 2016
Jurnal Bahaa, Budaya dan Warisan Melayu
Pe
rta
nik
a M
ah
aw
an
gsa
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Latar Belakang
Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan
dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan
pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika
diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH),
Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST)
sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini
memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti.
Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Pertanika MAHAWANGSA
(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa,
budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali
setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia
Matlamat
Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.
Kualiti
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan
penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah
kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
Indeks Petikan
Pengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika
diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO,
DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.
Visi
Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal
kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat
kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu
utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.
Skop dan Matlamat
Matlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa,
budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual,
teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan,
pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan
diaspora Melayu.
Kenyataan Redaksi
Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa,
Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.
Sidang Editorial 2013-2016
Ketua Editor
Abdul Mua’ti@ Zamri Ahmad Pengucapan
Awam, Retorik dan Komunikasi Politik
Universiti Putra Malaysia
Editor Bersekutu I
Mohd Zariat Abdul Rani
Teori dan Kritikan Sastera Universiti Putra Malaysia
Editor Bersekutu II
Muhd Zulkifli Ismail
Bahasa dan Kesusasteraan Arab
Universiti Putra Malaysia
Anggota Sidang Editorial
Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.
Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.
Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.
Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.
Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Halis Azhan, Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Putra Malaysia.
Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.
Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.
Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.
Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.
Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.
Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ketua Editor
Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu),
Pejabat Dekan,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951
E-mel: [email protected] ; [email protected]
Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my
Penerbit
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172
E-mel: [email protected]
Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my
© 2016 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
Corak dasar : PUCUK REBUNG
Variasi : PUCUK REBUNG BUAH PADI
Filosofi : Pucuk rebung buah padi
Tanda hidup mengenang budi
Sebarang kerja akan menjadi
Ilmu banyak dada berisi
Keterangan Warna
Emas : Mercu Kegemilangan
Ungu : Warisan Peradaban Melayu
Adaptasi daripada:
Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau
Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus
dan Auzar Thaher
Terbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia
MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Vol. 3 (1) Jun. 2016
Kandungan
Artikel Penyelidikan Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11 Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25 Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi:
Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta 37
Agus Hari Wibowo
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47 Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan
Wan Muhammad Wan Sulong
Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak 63
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan
Muhammad V: Satu Analisis Retorik 79
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95 Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
Ulasan Buku
An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109 Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad
MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka
Paramasivam Muthusamy1* dan Che Ibrahim Salleh2
1Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Masyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka.
Masyarakat ini terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang
tempatan seperti Melayu, Cina dan Jawa. Bandar Gajah Berang di Melaka merupakan kawasan
penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk
mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka serta menghuraikan sifat asimilasi,
sosial dan budaya kaum Chitty Melaka. Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’.
Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel
adalah daripada kalangan masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang. Pengumpulan data
dijalankan melalui soal selidik dan temu bual. Hasil penyelidikan memaparkan masyarakat Chitty
mempunyai keunikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka dari segi bahasa, pakaian,
makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, dan
permainan. Segala keunikan masyarakat Chitty bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah
perlu didokumentasikan secara sistematik.
Kata kunci: Chitty Melaka, peranakan Melaka, asimilasi, sosial, budaya, identiti masyarakat, minoriti
Assimilation of Malacca Cheety in Local Culture
ABSTRACT
Malacca Chitty is an unique group of Indian minority community in Malacca. This community is
formed as a result of inter-marriage with the local Hindus to Malays , Chinese and Jawanees. Their
settelement area is located at Gajah Berang City in Malacca. The main focus of this study is to
identify the origin and background of Malacca INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Paramasivam Muthusamy),
[email protected] (Che Ibrahim Salleh)
*Penulis penghubung
Chitty and describe their social and cultural
assimilation. This is a ‘non - experimental’ field
study with historical references and interviews.
The sample of this study were the Malacca Chitty
community from Gajah Berang City in Malacca.
Data were collected through questionnaires and
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
interviews. Findings showed Malacca Chitty is unique in all aspects of their daily lives in terms
of language, dress, food, customs, beliefs, marriage, greeting, ritual, architecture, music, and
games. The uniqueness of this community should not only be preserved and continued, but should
be documented in a systematic way.
Keywords: Malacca Chitty, Malacca peranakan, assimilation, social, cultural, community identity,
minority
PENDAHULUAN
Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai
sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah
Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-
masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan.
Tiga etnik ini bersatu atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan
demokrasi raja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan masyarakat majmuk
di Malaysia.
Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka
ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah
boleh disamakan dengan masyarakat ceti (chettier) yang terkenal dengan peminjaman
wang, tetapi sebuah komuniti masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan
campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain
(Narayanasamy, 1976).
Bandar Gajah Berang, terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kawasan perbandaran
Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Chitty
bererti golongan yang berniaga sama seperti golongan ceti pada masa kini. Mereka
mempunyai taraf kewangan yang kukuh. Mengikut pandangan Noriah Mohamed dan
Meriam Abdul Karim (2005), terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk
kepada perkataan ceti. Antaranya Chetty, Chati, Chatin, Chettijn, Sitty dan seumpamanya
lagi. Istilah Chitty yang merupakan gelaran masyarakat ini berasal daripada perkataan
Sresthi dalam bahasa Sanskrit yang membawa maksud ‘orang kaya atau pedagang’ yang
berasal dari Klingga Partanam atau Benua Keling (Nadarajan, 2003).
OBJEKTIF
Kajian ini dijalankan untuk:
1. Mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka
2. Menghuraikan asimilasi sosial dan budaya kaum Chitty Melaka
2 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka
METODOLOGI Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’. Ini merupakan kajian lapangan
dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada masyarakat
kaum Chitty Melaka di Gajah Berang Melaka. Sebanyak empat orang daripada kalangan
masyarakat Hindu Peranakan Melaka ditemu bual dalam jangka masa dua bulan bermula
dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2009.
Menerusi kajian ini, masyarakat Chitty dapat dikenal pasti dari aspek latar belakang
dan juga asal-usul kelahiran, di samping mengetahui asimilasi sosial dan budaya kaum
Chetty Melaka. Hasil penyelidikan ini membuka ruang kepada pembentangan dalam
seminar dan persidangan, penerbitan makalah dalam jurnal serta memberikan peluang
untuk kajian lanjutan.
ASAL-USUL MASYARAKAT CHITTY MELAKA
Menurut Narayanasamy (1976), dalam catatan Gabenor Belanda Balthasar Bort tentang
kota Melaka pada 1678, telah tercatat tentang adanya hamba ’gentoo’ yang bererti Hindu
di bawah pemerintahannya di Melaka. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,
pedagang Hindu dari negara India Selatan dipercayai memiliki kekayaan dari segi
perkapalan, perdagangan. Antara 1509 hingga 1511, Naina Chitty merupakan pemimpin
tersohor kaum Hindu Peranakan yang menjadi pembantu kepada Ruy De Aranjo dan 20
tahanan Portugis sehingga mendapat tempat istimewa dalam kalangan pentadbir Portugis.
Pada zaman penjajahan Belanda, kaum Hindu Peranakan Melaka telah wujud
sebagai masyarakat yang sah sehingga pemerintah Belanda menyerahkan setapak tanah
di tengah-tengah Kota Melaka untuk didirikan sebuah kuil- Sri Poyatha Vinayagar
Moorthy, pada 1781. Semasa penjajahan British, kaum Hindu Peranakan Melaka diterima
menjadi pekerja am rendah dalam pentadbiran negeri serta di sektor swasta. Kesetiaan dan
kejujuran kaum ini menarik minat pihak British mengekalkan mereka di sektor kerajaan
(Narayanasamy, 1967). Dipercayai, hampir 50% daripada penduduk kaum Hindu Peranakan
Melaka telah bermigrasi ke Singapura atas urusan pekerjaan yang lebih baik, di sektor
kerajaan mahupun di sektor swasta.
Pencerobohan kuasa Jepun pada 8 Disember 1941 menyebabkan, segenap lapisan
masyarakat Hindu Peranakan Melaka dikhuatiri diambil bekerja dalam Batalion ke-4
Pasukan Sukarela Melaka (4th Battalion of the Melaka Volunteer Corps), dan mereka ini
telah dimobiliti ke Singapura termasuk mendiang En.B.S.Naiker (Narayanasamy, 1967).
Sebilangan masyarakat Hindu Peranakan di Singapura dan Melaka telah direkrut untuk
membina landasan kereta api maut Burma-Thailand dan juga kereta api Kra. Kebanyakan
buruh yang terlibat dalam pembinaan kereta api ini sengsara dengan penyakit beri-beri
dan juga penyakit skurvi (Narayanasamy, 1967).
Pada masa ini, kehidupan masyarakat Hindu Peranakan Melaka memperlihatkan
keseimbangan dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik dengan masyarakat lain
di Melaka. Kesetiaan dan kepatuhan agama masih menjadi pegangan yang kuat dalam
kalangan masyarakat Hindu Peranakan Melaka (Samuel, 2006).
MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 3
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
ASIMILASI SOSIAL DAN BUDAYA
Adat Perkahwinan
Unsur asimilasi hanya berlaku dalam sesetengah bahagian dalam adat perkahwinan
masyarakat Hindu Peranakan Melaka seperti adat persandingan, adat mandi pengantin,
pemberian bunga rampai, pakaian pengantin dan selebihnya masih mengekalkan adat biasa
yang dijalankan oleh masyarakat Tamil-Hindu di negara kita. Menurut Narayanasamy
(1976), kebiasaan amalan dalam adat perkahwinan ini sudah lenyap pada masa kini akibat
peresapan cara Tamil Moden. Menurut Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003),
tradisi perkahwinan masyarakat Chitty sememangnya menarik dan unik. Kebanyakan adat
yang diamalkan mempunyai persamaan dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu. Misalnya, dalam majlis perkahwinan, majlis tersebut akan diserikan dengan
persembahan dondang sayang. Golongan tua masyarakat ini akan menyanyi dan berpantun.
Pengkaji telah menemu bual Encik Thamby Chetty pada 29 Jun 2009 di Kampung
Chetty, Gajah Berang untuk mengumpulkan data berkaitan adat perkahwinan yang
diamalkan oleh Masyarakat Chitty. Hasil daripada temu bual diketahui bahawa,
perbincangan keluarga lelaki dengan keluarga perempuan dilakukan untuk menentukan
pemilihan jodoh yang baik. Keserasian ditentukan berdasarkan tarikh lahir, waktu dilahir
dan nama daripada kedua-dua belah pihak. Menurut Encik Thamby Chetty yang ditemu
bual adat ini dipanggil adat merisik dan buang suara. Adat parasam atau pertunangan
dijalankan seperti biasa yang dilakukan oleh masyarakat Tamil-Hindu. Kebiasaannya
pihak lelaki akan membuat hantaran kepada pihak perempuan. Barang hantaran ialah
lima hingga tujuh dulang berupa lima biji kelapa dikupas yang disalut kunyit, lima sisir
pisang, lima jenis buah-buahan, sedulang gula batu dengan buah kurma, sedulang sirih
pinang, sedulang berisi sepasang cincin, gelang tangan, bedak, cermi, sikat, wang tetek
(wang susu) sebanyak RM51.00 atau RM 101.00 dan sedulang air mawar dengan bunga
rampai (Narayanasamy, 1976).
Majlis parasam diakhiri dengan jamuan makanan masakan Chitty. Bermula hari
tersebut, persiapan akan dijalankan untuk hari perkahwinan. Satu lagi adat yang mirip
kepada masyarakat Tamil-Hindu ialah pemakaian Thali (Rantai Perkahwinan). Penempahan
Thali dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat pandaram untuk melihat tarikh dan
masa yang sesuai mengikut kalendar agama Hindu. Adat Anthar Sirih Koil turut diamalkan
dalam masyarakat ini yang juga menyerupai amalan biasa oleh masyarakat Tamil-Hindu
di negara ini (Narayanasamy, 1976). Kad jemputan diedarkan kepada saudara mara, dan
sahabat handai yang terlebih dahulu mendapat restu daripada Dewa Vinayagar. Data yang
diperoleh daripada temu bual menjelaskan bahawa, rombongan ini diketuai oleh Pemegang
Amanah Kuil bersama keluarga pengantin lelaki. Sedulang berisi kelapa yang disalut
kunyit, bunga melur, kad kahwin, buah-buahan, sedulang berisi tepak sirih dan sedulang
lagi berisi bunga rampai diletakkan di tengah rumah untuk mendapat restu.
Seterusnya ialah adat menaikkan tiang panthal (khemah perkahwinan). Amalan ini
turut diwarisi sejak zaman berzaman oleh kaum Tamil-Hindu (Narayanasamy, 1976). Tiang
khemah (panthal) akan dinaikkan sehari sebelum hari bersanding dan akan diturunkan
pada hari ketiga. Upacara Nalanggu (adat buang sial untuk pengantin lelaki) dijalankan
mengikut tradisi kaum Tamil-Hindu. Adat ini penting bagi pengantin lelaki sebelum hari
4 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka
perkahwinan menjelma. Adat ini dijalankan oleh lima wanita yang sudah berkahwin
(Narayanasamy, 1976).
Encik Nadarajan yang telah ditemu bual pada 15 Julai 2009 di Kampung Chetty,
Gajah Berang telah mengatakan bahawa, satu lagi upacara istimewa masyarakat Chitty
ialah upacara sembahyang Thali (Rantai Perkahwinan). Terdapat istilah yang digunakan
oleh masyarakat Chitty menamakan loket pada Thali, iaitu Kodok-Kodok. Bentuk Thali
yang dihasilkan berbeza dengan masyarakat Tamil-Hindu biasa yang turut membezakan
antara kasta yang terdapat dalam masyarakat Chitty. Setelah sembahyang Thali, malam
berinai akan berlangsung. Jika diperhatikan, upacara ini juga turut menjadi sinonim dengan
adat perkahwinan masyarakat Melayu (Narayanasamy, 1976). Air mawar direnjiskan
pada pengantin lelaki dan perempuan. Inai yang dihasilkan dengan cara tradisional, iaitu
dengan cara menggiling, disapu bermula dari tangan kanan ke tangan kiri, dan dilakukan
oleh wanita yang sudah berkahwin.
Hasil temu bual dengan Puan Kamachi pada 25 Julai 2009 di Kampung Chetty, Gajah
Berang membuktikan bahawa, suatu adat yang tidak wujud dalam istiadat perkahwinan
kaum Tamil-Hindu ialah adat persandingan. Beberapa adat persandingan yang menjadi
amalan masyarakat Chitty menunjukkan unsur asimilasi masyarakat Melayu seperti
pemberian bunga telur dan bunga rampai, penggunaan bunga manggar, bermain congkak,
penggunaan pelamin, hiburan semasa perkahwinan seperti joget lambak, beronggeng,
berdondang sayang, dan berpantun menjadi eleman penting adat persandingan masyarakat
Chitty yang tidak diamalkan oleh masyarakat Tamil-Hindu.
Puan Kamachi yang ditemu bual juga menerangkan bahawa, satu lagi adat istiadat
masyarakat Chitty yang ada persamaan dengan istiadat Melayu ialah mandi pengantin.
Pada hari kedua, pengantin akan berdiri di hadapan rumah dan dimandikan oleh ibu bapa
dan sanak saudara. Pakaian untuk kedua-dua pengantin memperlihatkan unsur asimilasi
masyarakat Melayu. Pada masa dahulu, pakaian pengantin perempuan disewakan daripada
orang Melayu. Sarung, baju berlengan panjang dan dastar ala Jawa, talpa serta berkeris
merupakan pakaian pengantin lelaki. Sementara pakaian pengantin perempuan pula
dipanggil baju panjang labuh dengan sarung, didepannya ialah biota, dokok-dokok dan
sanggul lintang.
Adat Kelahiran
Dalam adat kelahiran, tiada unsur asimilasi masyarakat Melayu yang ketara. Cuma dalam
pantang-larang selepas ibu bersalin memperlihatkan persamaan dengan budaya masyarakat
Melayu. Kebiasaannya, apabila seseorang ibu mengandung, pantang larang seperti tidak
membenarkan kerja berat, tidak boleh menjemur kain baju, tidak boleh memotong dan
mengetuk sesuatu walau apa benda sekalipun dilihat menjadi pegangan yang kuat dalam
masyarakat Chitty sejak turun-temurun. Larangan ini biasanya terdapat dalam kalangan
masyarakat Tamil-Hindu dan juga orang Melayu. Upacara melenggang perut atau valakappu
dilakukan pada bulan ke-7 sebelum ibu bersalin. Upacara ini menjadi amalan kuat dalam
masyarakat Tamil-Hindu yang turut menjadi ikutan masyarakat Chitty Melaka (Nadarajan,
2003).
MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 5
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
Adat Kematian
Dalam adat kematian, masyarakat Chitty Melaka memegang teguh kepada istiadat agama
Hindu yang diperturunkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman. Boleh dikatakan,
semua eleman yang dikaji dalam adat ini menampakkan pegangan agama Hindu ortodok.
Hasil daripada temu bual dengan Encik Narayanasamy pada 12 Ogos 2009 di Kampung
Chetty, Gajah Berang dapat diketahui bahawa, mayat ditutupi dengan kain putih, kecuali
muka akan diletakkan dalam peti. Sepasang Kutuvilakku (lampu duduk) diletakkan di
bahagian kepala mayat. Ada beberapa upacara dijalankan bagi seseorang yang telah
meninggal dunia. Contohnya, jika yang meninggal dunia ialah seorang yang sudah
berkahwin, lilin putih dinyalakan dan diletakkan pada bahagian kepala mayat tersebut.
Jika kematian untuk yang belum berkahwin, dua lilin merah dinyalakan dan diletakkan
pada bahagian kepala mayat itu. Semua gambar ditanggalkan dan kain hitam digantungkan
pada hadapan muka pintu rumah (Nadarajan, 2003).
Istiadat menanggalkan thali (rantai perkahwinan) bagi isteri yang kematian suami
merupakan satu lagi amalan penting dalam adat istiadat masyarakat Tamil-Hindu.
Menurut Encik Narayanasamy dalam temu bual mengatakan bahawa masyarakat Chitty
turut mengamalkan pegangan ini. Sari putih akan dipakai oleh isteri si mati sebagai tanda
kesucian.Beberapa pantang larang sehingga upacara hari ke-16 diadakan. Ahli keluarga
tidak boleh ke kuil untuk sembahyang, dan mereka juga dilarang hadir dalam segala majlis
perkahwinan, kelahiran atau perayaan. Pada hari ke-16, kenduri besar diadakan dengan
menyambut sanak saudara ke rumah. Pandaram akan dijemput untuk melakukan upacara
sembahyang dan menyanyi devaram atau lagu agama untuk mententeramkan roh si mati.
Pakaian dan Perhiasan Diri
Maklumat daripada hasil temu bual didapati bahawa, kaum lelaki dewasa dalam lingkungan
umur 50-70 tahun masih memegang teguh cara pemakaian masyarakat Chitty. Pada
kebiasaannya, baju berlengan panjang, kain sarung, dan pelikat menjadi kegemaran kaum
lelaki dewasa ketika berada di rumah. Maka tidak hairanlah, jika mereka kelihatan seakan-
akan orang Melayu memandangkan pakaian dan cara pertuturan seperti kaum Melayu.
Bagi pemuda masyarakat Chitty, pakaian ala-barat dan moden menjadi kegemaran. Tiada
pakaian yang khusus bagi pemuda-pemudi Chitty ketika berada di rumah mahupun ketika
menghadiri majlis perkahwinan ataupun pada musim perayaan. Pakaian tradisional Tamil
turut digalakkan oleh keluarga pemuda Chitty ketika ke kuil untuk sembahyang ataupun
menghadiri sesuatu pesta perayaan.
Sekali pandang, kaum wanita Chitty seperti wanita Melayu. Hasil temu bual
juga menjelaskan bahawa, 100% wanita dewasa yang berumur antara 50-70 tahun,
memperlihatkan persamaan yang ketara dengan wanita Melayu. Sarung kebaya, kebaya
labuh dan bersanggul menjadi pakaian kegemaran wanita dewasa Chitty yang sudah sebati
sehingga kini. Seperti pemuda Chitty, pemudi Chitty yang berumur antara 15 hingga 40-an
memilih pakaian yang berupa kain sarung, kebaya labuh, skirt serta pakaian moden ketika
di rumah, lebih-lebih lagi bagi pemudi moden Chitty. Pakaian tradisional Tamil seperti Sari,
Chuditar, baju Punjabi dipakai ketika menghadiri upacara keagamaan ke kuil, menghadiri
adat istiadat keluarga, dan ketika musim perayaan.
6 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka
Secara keseluruhannya, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dalam
lingkungan 5-14 tahun memilih cara pakaian barat ketika di rumah dan di luar rumah.
Perubahan ini jelas terpancar apabila kanak-kanak tidak menitikberatkan soal pemakaian
yang khusus serta tidak mengikut cara pemakaian warisan orang tua mereka.
Makanan
Makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu, iaitu nasi. Daripada temu bual
dengan responden diketahui bahawa pada hari perayaan Ponggal, masyarakat Chitty akan
memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan
parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng
minyak, acar cili dan sambal tahi minyak.
Jika diperhatikan pada jenis masakan masyarakat Chitty pada perayaan besar seperti
pesta Ponggal, asimilasi masakan Melayu lebih ketara dan mendominasi masakan
masyarakat ini. Antaranya kuih ondeh-ondeh, kuih dodol, kuih dadar, kuih koci, kuih
gomak, kuih sargon-sargon, seri kaya, kuih kanda kasturi, kuih lapis, pulut hitam,
kuih rempah udang serta pelbagai kuih lagi yang mengalami asimilasi masakan kaum
Melayu. Selain itu, sambal tumis, sambal belacan, ikan sipat masak nanas, ikan bilis, ikan
pindang, sambal belimbing udang, otak-otak, cencaluk dan banyak lagi masakan lain turut
menyerupai masakan Melayu. Makanan paling digemari oleh kaum Chitty Melaka ialah
nasi lemak (Samuel, 2006). Makanan sayuran, iaitu vegetarian turut diamalkan dalam
kalangan masyarakat Chitty, terutamanya pada hari Jumaat serta pada musim perayaan
Hindu seperti payasam, pacedi (acar), sambar, puttoo, vadei, thosai, idli, kesari, halva,
rasem(sup India), kacang dal, appalam(papadam) dan banyak lagi.
KESIMPULAN
Masyarakat Chitty telah melalui perjalanan yang cukup panjang untuk terus mengekalkan
identiti yang tersendiri. Keunikan ini dapat diperhatikan dalam segala aspek kehidupan
seharian mereka, bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan,
gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, permainan dan seumpamanya. Secara langsung
dan tidak langsung, asimilasi antara kedua-dua budaya masyarakat Chitty dengan
masyarakat Melayu telah terjadi dengan segala keunikannya. Oleh itu, Segala keunikan
ini bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara
penuh sistematik.
Kebanyakan masyarakat Chitty yang ditemui, tidak dapat berbuat apa-apa untuk
menghalang kepupusan yang sedang berlaku dalam masyarakat mereka. Identiti masyarakat
Chitty hilang ditelan oleh arus peredaran zaman. Budaya masyarakat lain yang tinggal
bersama-sama mereka di sesebuah wilayah sering mendominasi budaya mereka yang
bersifat minoriti.
Kajian oleh Mohd Shukri Mohd Arif dan rakan-rakannya (2003) mendapati, masyarakat
Chitty merupakan antara kelompok masyarakat yang semakin pupus ditelan zaman.
Masyarakat yang semakin terancam ini tidak sesekali menolak pembangunan yang
diberikan kepada mereka oleh kerajaan. Malah, masyarakat Chitty yang ditemui amat
MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 7
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
mengalu-alukan jika terdapat usaha daripada pihak tertentu untuk memelihara komuniti
ini yang semakin pupus. Secara perlahan-lahan, masyarakat Chitty semakin berkurangan
dan budaya mereka semakin dilupakan. Menyedari hakikat ini, Nadarajan (2003) berusaha
menghidupkan kebudayaan kaum Chitty semula dan memperkenalkan masyarakatnya
pada mata dunia. Usahanya membuahkan hasil apabila Kampung Tujuh diisytiharkan
sebagai Kampung Budaya Chitty pada tahun 2001. Usahanya tidak ternoktah begitu sahaja.
Nadarajan (2003) turut mengasaskan Pertubuhan Kesenian Chitty Negeri Melaka pada
tahun 2000. Setiap kali pesta kebudayaan atau sambutan hari tertentu, pertubuhannya turut
diundang untuk mengadakan persembahan.
Kebanyakan generasi muda masyarakat Chitty Melaka ini kurang mengenali adat
istiadat mereka. Untuk memastikan bahawa budaya masyarakat Chitty ini terus terpelihara
dan sebagai usaha murni masyarakat ini dikenali dunia, sebuah muzium Chitty Melaka
dibina pada 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka di perkampungan Chitty, Gajah Berang,
Melaka. Muzium tersebut dibuka setelah semua bahan yang bersangkutan dengan kaum
Chitty dapat dikumpulkan dan dipamerkan.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SdnBhd.
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam:
Karisma Publications.
Aisyah Abu Bakar, Mariana Mohamed Osman, Syahriah Bachok, & Mansor Ibrahim (2014). “An Analysis
on Transmission of Ethnic Languages in Selected Communities in the World Heritage Site of Malacca,
Malaysia”. Procedia Environmental Sciences, 20: 612-621.
Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bakar, A. A., Osman, M. M., Bachok, S., & Ibrahim, M. (2014). “Analysis on Community Involvement in
Cultural Activities: Transmission of Ethnic Language.” Planning Malaysia, 12: 105-132.
Chew, P. G. L. (2011). “Multiculturalism: A Study of Plurality and Solidarity in Colonial Singapore”. BiblioAsia,
6(4): 14-18
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia Sejarah Singkat. (Terj. Evita Elmanar). Jakarta: Yayasan
Obor Indonesia.
Edmund T. G. (2000). “Tracing the Ethnic Divide: Race, Rights and Redistribution in Malaysia.” In Joanna
Pfaf-Czarnecka et al. (eds.), Ethnic Futures: The State and Identity Politics in Asia. (pp.168) London:
Sage Publications.
Hashim Hj. Musa, (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Petaling
Jaya: DJ Gemilang Sdn. Bhd
Lukman Z. Mohamad & Khaidzir Hj. Ismail (2003), “Melayu Hilang di Dunia? Persoalan Identiti Nasional
dan Bangsa Malaysia dalam Era Globalisasi.” dlm Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (eds.).
(2003). Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah. (2014). “Jati Diri Kaum dan Perpaduan Negara: Kajian Kes Cina Peranakan
Kelantan di Malaysia.” Kajian Malaysia, 32(1): 119-148.
8 MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016)
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka
Mohd Shukri Mohd Ariff., Adnan Abd. Jamil., & Cliff Akid Kamijan Abdullah. (2003). “Kelompok Yang
Semakin Pupus”. Dewan Budaya. 25(1): 16-20.
Nadarajan, R. (2003). Kaum Chetty Melaka. Kertas Kerja Seminar Sejarah dan Kebudayaan Melaka pada 27
Ogos 2003 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Narayanasamy, K. (1967). Proses Assimilasi dan Pengebudayaan di Kalangan Masyarakat Chitty Melaka.
Latihan Ilmiah, Universiti Malaya
Narayanasamy, K. (1976). Keadaan Kaum Chetty Masa Kini. Kertas Kerja dalam Seminar Sejarah Melaka,
pada 18 Mac 1976 di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Noriah Mohamed. (2009) “Malay Chetty Creole Language of Malacca: A Historical and Linguistic Perspective.”
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 82 (1): 55-70.
Prabhawathy, S. G. (2007). “Masyarakat Chetti yang dilupakan”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13
Samuel, S. D. (2006). Peranakan Indians Of Singapore and Melaka- Indians Babas and Nonyas- Chitty
Melaka. Singapura: Utopia Press Pte Ltd
Tambiah, Y. (1984). Some Historical and Social Perspectives on the Colombo Chetties. Colombo: International
Center for Ethnic Studies.
Uthaya Sankar SB. (2007). “Wajah Malaysia dalam Budaya Chetti”. Dewan Budaya, 29(3): 10-13
Yap, E. M. (1989). “Komuniti Ceti Melaka: Satu Pengenalan”. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, 17: 55-72.
Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2007). “Interaksi Budaya India & Cina Ke Atas Pengukuhan Bahasa
Dalam Tamadun Melayu”. Jurnal Pengajian Umum 8: 115-139.
MAHAWANGSA 3 (1): 1 - 10 (2016) 9
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
Haliza Hamat* dan Normahdiah Seikh Said
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji skrip drama Megat Terawis dari sudut Hati Budi
Melayu dengan menggunakan 26 komponen teras Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa. Pengkaji
menggunakan kaedah kajian analisis teks terhadap kesemua dialog watak-watak yang terdapat dalam
skrip drama Megat Terawis. Walau bagaimanapun, melalui kajian ini hanya 6 daripada 26 komponen
Hati Budi Melayu yang paling menonjol dalam dialog watak-watak dalam skrip ini dipilih. Manakala
20 komponen lagi tidak begitu menonjol mungkin kerana panjang manuskrip yang agak terhad serta
pengarang hanya ingin memfokuskan kepada kisah Megat Terawis menyelamatkan Puteri Limau
Purut sahaja. Manuskrip Megat Terawis merupakan sebuah manuskrip yang berbentuk skrip drama
pentas yang ditulis oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Manuskrip ini mengisahkan tentang Megat
Terawis yang berasal dari Pagar Ruyung telah berjaya membantu Sultan Perak membawa pulang
anaknya iaitu Puteri Limau Purut yang telah dilarikan ke Acheh.
Kata kunci: Hati budi, Megat Terawis, Manuskrip Melayu
Malay Character Traits
ABSTRACT
The objective of this study is to analyze the Malay Character Traits (Hati Budi Melayu) by using
26 component by Hashim Musa. Researcher use textual analysis study method on all dialogues that
occur in Megat Terawis manuscript. Through this study only 6 out of 26 component Malay Character
Trait could be obtained in the characters’s dialogue in this script. Meanwhile another 20 component
was not really shown may be because the manuscript length is limited and the author only want
to concentrate on the story about how Megat Terawis saves Puteri Limau Purut. Megat Terawis
manuscript is a stage show script written by Teh Fatimah in the year 1950. This manuscript is about
how Megat Terawis, which is from Pagar Ruyung INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Haliza Hamat),
[email protected] (Normahdiah Seikh Said)
*Penulis penghubung
have successfully helped the Sultan of Perak to
bring home his child named Puteri Limau Purut
that had been abducted to Acheh.
Keywords: Malay Hati Budi, Megat Terawis,
Malay manuscript
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
PENDAHULUAN
Secara umumnya, manuskrip Melayu lama boleh didefinisikan sebagai sebuah karya
dalam tulisan Jawi dan bertulisan tangan yang dihasilkan di antara kurun ke-16 hingga
kurun ke-20. Dalam setiap manuskrip yang dihasilkan ilmuwan terdahulu mengandungi
pelbagai ilmu yang merangkumi pelbagai bidang seperti sejarah, undang-undang, kitab
agama, perubatan dan sebagainya. Hal ini menjadikan setiap manuskrip yang dihasilkan
pada zaman tersebut tidak ternilai harganya. Ilmu yang dihasilkan dalam manuskrip Melayu
dapat mencerminkan kekayaan pemikiran tamadun Melayu pada zaman tersebut. Melalui
manuskrip juga kita dapat melihat gambaran kehidupan masyarakat zaman tersebut yang
penuh dengan adab dan pemikiran yang dirakamkan ke dalam hikayat, syair, gurindam
dan sebagainya.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan hati budi yang tinggi. Hal
ini dapat dilihat melalui adat yang ditinggalkan oleh masyarakat yang terdahulu. Seperti
yang terdapat dalam karya lisan masyarakat terdahulu contohnya, peribahasa dan puisi
didapati bahawa sikap hidup bermasyarakat dan hormat menghormati di antara satu sama
lain. Penyataan ini selaras dengan pendapat Nor Aina Dani (2011) yang menyatakan bahawa
orang Melayu akan menjelmakan budi bahasa mereka melalui perbuatan, perkataan, sifat
bersopan santun serta kebijaksanaan pemikirannya. Keadaan ini telah lama wujud dan
diamalkan dalam masyarakat Melayu yang dapat dilihat melalui manuskrip-manuskrip
lama seperti hikayat yang dihasilkan oleh masyarakat terdahulu dan terus diamalkan
sehingga ke hari ini.
Dalam artikel ini, manuskrip Megat Terawis (MT) dipilih untuk melihat sejauh
mana pengarang menerapkan unsur Hati Budi Melayu ke dalam skrip drama pentas.
MT merupakan sebuah skrip drama pentas yang dikarang oleh Teh Fatimah pada tahun
1950. Ia mengisahkan tentang seorang pahlawan bernama Megat Terawis yang berjaya
menyelamatkan anakanda Sultan Perak yang dilarikan ke Acheh dan akhirnya dilantik
sebagai Bendahara Perak. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur sejauh mana pengarang
menerapkan Hati Budi Melayu dalam setiap watak yang terdapat dalam MT dengan
menggunakan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa.
Menurut Sidek Baba (2009), seseorang yang tinggi hati budinya akan menggunakan
bahasa yang santun, jelas dan beradab. Manakala seseorang yang mempunyai akal budi
tinggi dan bermakna pula akan menggunakan kiasan, pantun, peribahasa dan lain-lain dalam
tutur kata agar memberi kesan yang mendalam kepada orang lain. Walau bagaimanapun,
menurut Hashim Hj Musa (2012) sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman
yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam
sejarah yang telah menyebabkan kejauhan kerajaan Melaka.
SOROTAN KAJIAN
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan agama Islam sejak dahulu lagi. Agama Islam
telah memberi pengaruh besar dalam kehidupan orang Melayu sama ada dalam bentuk
lisan atau tingkah laku. Noriati A. Rashid (2005) dalam kajiannya menyatakan bahawa
masyarakat Melayu sememangnya tinggi dengan tradisi hidup bermasyarakat. Hal ini dapat
dilihat melalui pengucapan dalam bahan-bahan tradisi lisan dan rakyat seperti peribahasa,
12 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
puisi, dan naratifnya. Apabila budi digabungkan dengan bahasa pula lahirlah tutur kata
yang baik serta sopan yang mampu melahirkan sifat hormat terhadap orang lain. Apabila
ditambah pula dengan peraturan Islam menjadikan strategi berbahasa yang berhubung
rapat antara Melayu dengan Allah.
Perkaitan antara agama Islam dengan masyarakat Melayu turut diperkatakan oleh
Hashim Musa (2008) iaitu konsep kesantunan dan agama Islam merupakan dua perkara
yang tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat Melayu. Menurut beliau, sopan santun
boleh didefinisikan sebagai halus budi bahasa dalam berkomunikasi untuk mengelakkan
konflik antara penutur dengan pendengar di samping menjaga air mukanya. Tambahan
pula, kesantunan bukan setakat etika dan moral sahaja tetapi sebahagian daripada akhlak
seseorang. Menurut Noor Aina Dani (2011) melalui analisis kandungan terhadap buku
Malay Courtesy turut menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni orang Melayu adalah
berasaskan agama Islam dan warisan kebudayaan mereka dan beliau mendapati bahawa
orang Melayu menjelmakan sihat budi bahasa melalui tatatertib, perbuatan kebajikan,
sopan santun, pertuturan dan kebijaksanaan.
Hashim Musa et al. (2012) pula menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu Islam,
orang yang ‘budiman’ dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi serta
dipandang mulia oleh masyarakat. Tiga sifat utama yang dimiliki oleh orang ‘budiman’
ialah pertama, mempunyai budi pekerti dan adab sopan yang mulia kedua, budi bahasa dan
budi bicara yang bernas dan yang ketiga, hati budi yang tinggi, akal fikiran dan hati kalbu
yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, dan kebaikan. Norazlina Kiram dan Raja Masittah
(2012) pula menyatakan bahawa kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu dapat
dilihat melalui bahasa lisan, tingkah laku dan sikap penutur. Sememangnya masyarakat
Melayu terkenal dengan sikap lemah lembut dalam banyak perkara. Namun, sikap ini
jarang ditunjukkan dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah. Ini kerana
mereka sanggup bertindak langsung jika maruah diri dan keluarga diaibkan.
METODOLOGI
Kaedah utama dalam kajian ini ialah kaedah analisis kandungan (Content Analysis Method).
Bahan untuk kajian ini ialah skrip drama Megat Terawis yang merupakan hasil karangan
Teh Fatimah. Ia telah dikarang oleh Teh Fatimah sendiri pada tahun 1950, berbentuk
skrip drama pentas yang telah berjaya dilakonkan pada tahun yang sama. Skrip ini telah
diperolehi daripada bahagian manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Teh
Fatimah (1950:1), tujuan utama penulisan manuskrip ini ialah untuk memulihkan semula
adat resam dan bahasa Perak jati.
Terdapat pelbagai versi yang menceritakan tentang Megat Terawis, namun dalam
manuskrip ini diceritakan bahawa Megat Terawis berasal dari Pagar Ruyung dan menetap
di Perak. Disebabkan jasanya kepada Sultan Perak, beliau telah dilantik sebagai bendahara
oleh Sultan Perak dan seterusnya menjadi orang pertama yang bergelar Bendahara Perak.
Terdapat juga sebuah filem bertajuk Megat Terawis yang telah dilakonkan oleh Hashimah
Yon, Ahmad Mahmud, Jins Samsuddin, Normadiah dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
filem ini adalah berbeza dengan skrip drama pentas karangan Teh Fatimah ini.
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 13
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
Untuk mendapatkan data, kesemua dialog yang terdapat dalam manuskrip MT akan
dianalisis dan dikenalpasti berdasarkan 26 komponen Hati Budi Melayu oleh Hashim Haji
Musa. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan menekankan kepada 6 komponen yang
paling menonjol sahaja. Menurut Hashim Musa (2008), kerangka Hati Budi Melayu yang
menjadi asas kekuatan Melayu itu mengandungi tiga komponen utama, iaitu:
1. Komponen epistemologi atau ilmu pengetahuan yang boleh diistilahkan
secara mudah sebagai faham ilmu.
2. Komponen pandangan alam semesta worldview atau faham alam.
3. Komponen nilai dan akhlak atau faham nilai.
(Hashim Musa, 2008:18)
Ketiga-tiga komponen tersebut seterusnya dianalisis dan menghasilkan 26 komponen
teras Hati Budi Melayu yang melibatkan perbuatan, pertuturan dan sikap yang seterusnya
melahirkan masyarakat Melayu yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.
26 komponen tersebut ialah:
1. Hidup berteraskan agama islam
2. Pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi,
bertakwal dan beramal.
3. Nilai kerja yang mengutamakan kesungguhan, kecekapan, kerajinan dan
kerukunan bagi manfaat dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu.
4. Taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka
5. Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar.
6. Halus budi bahasa dan budi pekerti.
7. Sentiasa bermuafakat, bertegang rasa, tolong menolong dan mengutamakan
kebajikan umum dan hidup bermasyarakat.
8. Hormat dan khidmat dalam pergaulan dan dengan tetamu.
9. Sederhana bukan ekstrimis dalam tutur kata dan tingkah laku, hemat dan
cermat, tidak kasar, keras, militan dan ganas.
10. Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah
“menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”.
11. Tahu tempat dan letak sesuatu dan diri setiap orang dan bertindak
sewajarnya.
12. Membela dan mempertahankan kebenaran dan keadilan.
13. Menanam budi dan membalas budi.
14. Sifat pemaaf dan pemurah
15. Sifat kasih sayang
16. Hidup sederhana.
14 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
17. Ikhlas dan rela berkorban.
18. Sikap berdikari
19. Menghormati hak dan milik.
20. Kejujuran dan keikhlasan.
21. Berbaik sangka sesama makhluk
22. Sifat keterbukaan, tidak menyimpan rasa dan curang.
23. Sifat amanah
24. Memanfaatkan waktu, tidak membuang masa.
25. Memandang masa depan.
26. Mensyukuri nikmat Allah.
(Hashim Musa, 2008:7-12)
HATI BUDI MELAYU DALAM SKRIP DRAMA MEGAT TERAWIS
Hidup berteraskan agama Islam
Selepas kedatangan islam ke Alam Melayu, kehidupan masyarakat Melayu telah
dipengaruhi oleh agama Islam. Segala adat resam telah di ubah suai agar bersesuaian dengan
tuntutan Islam. Dalam kajian ini juga turut memperlihatkan kehidupan masyarakat yang
dipengaruhi oleh agama Islam. Walaupun berlakunya pertembungan budaya dan penyerapan
beberapa unsur asing dalam sistem sosialnya, namun selagi budaya tidak bercanggah
dengan agama Islam maka budaya itu diterima dan dijadikan sebagai sebahagian daripada
budayanya sendiri (Mohd. Aris dan Ahmad, 2012:2). Perkaitan yang rapat antara agama
Islam dengan masyarakat Melayu menyebabkan Siti Sarah et. al (2012:31) mentafsirkan
bahawa seseorang Melayu itu boleh dipanggil Melayu jika mereka beragama Islam.
Contoh kebergantungan watak-watak dalam MT terhadap Allah S.W.T dan agama
Islam dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah:
Sultan Perak: Hai dayang! Dah jauh malam agaknya dayang. Lemah
rasanya anggota beta mengenangkan hal Tuan Puteri Limau
Purut beta yang telah dilarikan oleh Raja Acheh itu. Raja
Acheh raja yang tidak menimbang rasa. Tiap-tiap suatu ada
balasannya;
Ya Allah tuhan Rabbani,Apakah kazha jadi begini,
Sekianlah balasan hamba-Mu ini,
Lemah rasanya jasad insani.
Sungguh beta raja bertakhta,
Puteriku ghaib hilang dimata
Malu menimpa hina dan lita
Kepada Allah kuserahkan nyata.
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 15
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
Ketua dayang (menyembah): Ampun tuanku; hari dah lampau tengah
malam, tuanku. Silalah tuanku beradu; Tak usahlah
dikenangkan hal paduka anakanda itu; serahkan sahajalah
kepada Allah Taala. Mudah-mudahan dengan pertolongan
tuhan, berkat daulat yang maha mulia, yang pipih datang
melayang, yang bulat datang mengguling, tuanku.
(MT:13-14)
Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa kedua-dua watak menunjukkan wujudnya
kebergantungan kepada agama Islam. Dialog Sultan Perak di atas dapat dilihat bahawa
penggunaan ayat “kepada Allah ku serahkan nyata”. Melalui ayat ini menunjukkan bahawa
tiada apa yang mampu Sultan Perak lakukan tentang puteri baginda yang telah dibawa lari
ke negeri Acheh kecuali berserah kepada Allah kerana Allah yang Maha berkuasa.
Seterusnya, dalam dialog yang dituturkan oleh Ketua Dayang juga turut mengandungi
ayat yang berteraskan agama Islam iaitu “serahkan sahajalah kepada Allah Taala”. Melalui
dialog ini turut menunjukkan bahawa Ketua Dayang sedang memujuk Sultan Perak supaya
beradu dan menyerahkan hal anakanda baginda kepada Allah.
Setia kepada ketua yang adil, terpuji dan benar
Sejak zaman dahulu lagi masyarakat Melayu terkenal dengan sikap taat kepada raja,
pemerintah atau ketua. Ekoran daripada itu, maka wujudlah konsep daulat dan derhaka.
Konsep ini seterusnya dipegang oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini yang
membuktikan bahawa masyarakat Melayu menghormati pemimpin dan taat setia kepada
pemimpin menjadi sebahagian daripada adat dan budayanya.
Dalam skrip MT turut memperlihatkan tentang budaya masyarakat Melayu yang setia
kepada ketua yang adil dan terpuji. Contohnya dalam petikan dibawah:
Megat Terawis (menyembah):
Ampun tuanku raja berdaulat,
Patik umpama seekor lalat,
Titah dijunjung tiadalah ralat,
Acheh dilanggar tiada beralat.
Ampun tuanku mahkota negara,
Ke negeri Acheh patik mengembara,
Puteri anakanda dibawa segera,
Patik kembali digelar bendahara.
Ampun tuanku raja maulana, Patik
pohonkan keris sempana, Tiga
orang kawan yang bijaksana,
Orang pandai bertutur karna.
(MT: 27)
16 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
Konsep daulat dan derhaka ini dipercayai bermula apabila berlakunya perjanjian dan
bersumpah taat setia antara Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana. Dalam perjanjian
ini, Sri Tri Buana sebagai raja meminta supaya keturunan Demang Lebar Daun sebagai
hamba untuk tidak derhaka kepada keturunannya sebagai pemerintah. Jikalau tidak,
keturunan Demang Lebar Daun akan ditimpa bala.
“Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan
perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau raja Melayu itu mengubahkan
perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta
kerajaannya.”
(Sulalatus Salatin:24)
Berdasarkan konsep inilah masyarakat Melayu zaman dahulu sangat taat kepada
pemerintah. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja jarang sekali diingkar. Manakala
sesiapa yang mengingkar arahan raja pula akan dianggap penderhaka dan akan dijatuhi
hukuman. Hal ini juga merupakan faktor yang menyebabkan Megat Terawis patuh kepada
arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Perak.
Hubungan antara pemerintah dan rakyat dalam masyarakat Melayu lama turut
dihuraikan oleh Nurulhayati Zulfadinamis dan Che Ibrahim Salleh (2012:310) iaitu bentuk
organisasi sosialnya dibahagikan kepada golongan kelas atasan, iaitu pemerintah yang
terdiri daripada raja atau sultan, pembesar daerah, serta penghulu manakala di satu pihak
ialah golongan kelas rakyat biasa dan hamba yang diperintah oleh satu pihak yang lain.
Hubungan antara kedua-dua golongan ini ialah hubungan timbal balik.
Dalam petikan dialog MT di atas menunjukkan bahawa Megat Terawis sedia mengikut
arahan Sultan Perak supaya ke Acheh untuk membawa pulang anakandanya iaitu Puteri
Limau Purut kembali ke negeri Perak. Walaupun Megat Terawis baru pertama kali berjumpa
dengan Sultan Perak, namun beliau tetap menjunjung titah yang disampaikan oleh Sultan
Perak memandangkan beliau merupakan daripada golongan bawahan. Ini menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu sangat setia dengan ketua terutama sekali raja. Setiap arahan
yang dikeluarkan oleh raja tidak boleh dibantah sesuka hati.
Halus budi bahasa dan budi pekerti
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan mempunyai sikap halus budi bahasa
yang menjadi tuntutan dalam agama Islam. Hal ini seperti yang pendapat yang dikemukakan
oleh Zainal Kling (1980) dalam Noriati A. Rashid (2005:234), dalam masyarakat Melayu,
ciri-ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, inti sari nilai,
sikap, dan pandangan. Pendapat ini selari dengan penyataan yang dikemukakan oleh Noor
Aina Dani (2011:132) iaitu budi bahasa dan nilai orang Melayu adalah berasaskan agama
Islam dan warisan kebudayaan mereka.
Norazlina Mohd. Kiram et al. (2010:215) pula menyatakan bahawa orang yang berbudi
bahasa, berbudi mulia dan bersopan dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi.
Seterusnya, MT turut memperlihatkan komponen halus budi bahasa dan budi pekerti. Hal
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 17
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
ini kerana kesantunan budi bahasa telah menjadi darah daging masyarakat Melayu sejak
zaman dahulu lagi dan menjadi lambang jati diri bangsa Melayu.
Megat Terawis: Bahpulu, teman nak pergi la dah, kalu nasib teman baik,
dibelalah dikeraje, mikeme tu takkan teman lupekan.
Orang darat: Baiklah Tok Megat, itulah yang nak kita cari pun, dikasih
raja, kurang tapak tangan nyiru ditadahkan; kalu ada sesak
sempit sima, datanglah sima mengadukan hal kepada Tok
Megat.
(MT:21-22)
Dalam petikan diatas menunjukkan dialog di antara Megat Terawis dengan orang darat
sewaktu Megat Terawis bersedia untuk mengikut menteri ke istana. Melalui dialog ini
Megat Terawis telah berpesan kepada orang darat bahawa beliau telah bersedia untuk pergi
mengadap raja dan jika bernasib baik, beliau akan dijaga oleh Sultan Perak. Seterusnya,
orang darat turut membalas dengan menggunakan bahasa yang halus untuk menyatakan
kepada Megat Terawis bahawa suatu hari nanti dia mungkin akan datang meminta tolong
Megat Terawis jika dia ditimpa kesusahan.
Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma istilah “menjaga air muka” dan “rasa malu yang mendalam”
Secara mudahnya istilah menjaga air muka boleh didefinisikan sebagai menjaga maruah
dan perasaan orang lain. Dalam budaya masyarakat Melayu, maruah memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mengutamakan perasaan orang
lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu
tidak mementingkan perasaan diri sendiri semata-mata. Walau bagaimanapun, dalam
mementingkan perasaan orang lain, orang Melayu masih lagi mementingkan maruah diri
sendiri dan keluarga.
Norazlina Hj Mohd. Kiram dan Raja Masittah Raja Ariffin (2012:294) menjelaskan
bahawa dalam tingkah laku, antara perkara yang amat dititikberatkan ialah penjagaan dan
pengurusan air muka yang dihubungkaitkan dengan konsep malu. Kesan negatif akan
menjejaskan nama baik, bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga keluarga dan
sanak saudara. Manakala Noriati A. Rashid (2005:238) pula menghuraikan bahawa malu
juga boleh berpunca daripada penggunaan bahasa kerana sewaktu berinteraksi, orang
Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
Perkataan yang keluar dari bibirnya hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang
memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.
Ketidakprihatinan dalam menjaga air muka orang lain dalam masyarakat Melayu
boleh menjadi suatu aib dan isu yang besar. Seperti juga dalam MT, pengarang juga turut
menonjolkan aspek penekanan terhadap malu dan aib.
18 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
Sultan Perak: Megat Terawis saudara beta,
Dengarkan madah segala berita.
Megat Terawis gagah terbilang, Sifatmu
lengkap jadi hulubalang, Ambilkan puteri
dibawa pulang. Menggelarkan bendahara
tidak ku walang.
Ambil puteri seri mahkota,
Di negeri Acheh tempat yang nyata,
Puteri Limau Purut anakanda beta,
Balaskan malu aib dan lata.
(MT:26)
Pentingnya malu dan aib dalam MT dapat dilihat seperti dalam contoh petikan diatas.
Petikan dialog Sultan Perak diatas menunjukkan bahawa Sultan Perak sangat mementingkan
maruahnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat yang dituturkannya, “Ambil puteri seri
mahkota, Di negeri Acheh tempat yang nyata, Puteri Limau Purut anakanda beta, Balaskan
malu aib dan lata”. Melalui ayat ini, Sultan Perak telah menitahkan Megat Terawis supaya
pergi ke Acheh untuk membawa pulang Puteri Limau Purut serta membalas malu yang
diterima oleh baginda.
Peristiwa negeri Perak yang telah diserang oleh Acheh dan Puteri Limau Purut dibawa
lari menyebabkan Sultan Perak menanggung malu dan aib kerana seolah-olah baginda
lemah dan tidak mampu melindungi anakandanya serta negeri Perak. Ekoran daripada
itulah baginda menitahkan agar Megat Terawis membalas aib yang telah menimpa dirinya
bukan sahaja membawa pulang Puteri Limau Purut.
Menanam budi dan membalas budi
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan budi dan amalan membalas budi amat penting
kerana ia dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam masyarakat. Dalam MT juga
tidak terkecuali dengan memasukkan unsur membalas budi seperti dalam contoh petikan
di bawah:
Sultan Perak: Benar kata Bendahara Garang,
Sembana itu akalnya kurang.
Ayahanda anakanda sama terhutang,
Kepada bendahara baharu datang,
Semujurlah tiada aral melintang,
Dengan ayahanda dapat bertentang
...
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 19
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
Puteri Limau Purut:
Terima kasih memanda Bendahara,
Tidak terbalas budi bicara,
Melepaskan beta daripada mara,
Balik ke Perak berjumpa saudara.
(MT:72-73)
Dalam petikan di atas dapat dilihat dialog diantara Sultan Perak dan anakandanya iaitu
Puteri Limau Purut setelah selamat pulang ke negeri Perak. Melalui dialog ni Sultan Perak
menyatakan bahawa mereka terhutang budi dengan Megat Terawis yang telah berjaya
membawa Puteri Limau Purut pulang ke Perak dengan selamat. Hal ini boleh dilihat pada
ayat yang dituturkan oleh Sultan Perak, “Ayahanda anakanda sama terhutang, Kepada
bendahara baharu datang...”. Perkataan “terhutang” yang dimaksudkan oleh Sultan Perak
dalam petikan di atas merujuk kepada terhutang budi pada Megat Terawis.
Walaupun kedudukan Sultan Perak dan Puteri Limau Purut lebih tinggi berbanding
Megat Terawis namun ia tidak menghalang mereka dari merasa terhutang budi pada Megat
Terawis. Seterusnya, Puteri Limau Purut pula dilihat turut terasa terhutang budi pada Megat
Terawis. Ia dapat dilihat melalui ayat yang dituturkan oleh Puteri Limau Purut, “Terima
kasih memanda Bendahara, tidak terbalas budi bicara, melepaskan beta daripada mara,
balik ke Perak berjumpa saudara”.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kebudayaan sesebuah masyarakat boleh dilihat melalui cara hidup
mereka iaitu dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama. Melalui kajian ini dapat dilihat
bahawa 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu boleh didapati dalam manuskrip
MT. Keadaan ini dapat menggambarkan masyarakat Melayu pada zaman tersebut masih
tinggi dengan jati diri mereka sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Manakala baki
20 lagi komponen tidak begitu menonjol penggunaannya oleh pengarang manuskrip ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Yang pertama mungkin disebabkan panjang
manuskrip ini yang agak terhad kerana manuskrip ini merupakan skrip drama pentas yang
lakonannya dalam tempoh waktu yang agak terhad menyebabkan hanya lakonan tertentu
sahaja boleh diceritakan. Manakala faktor kedua pula mungkin disebabkan pengarang
perlu menfokuskan kepada kisah Megat Terawis yang menyelamatkan Puteri Limau Purut
dan bagaimana beliau dilantik menjadi bendahara sahaja menyebabkan pengarang tidak
menceritakan sosiobudaya masyarakat Melayu secara terperinci.
Melalui kajian ini juga dapat dilihat agama Islam memainkan pengaruh yang dominan
dalam kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu. Masyarakat Melayu sememangnya
dipenuhi dengan adat dan pantang larang yang tersendiri. Namun, setelah Islam mula
bertapak di Alam Melayu, adat-adat tersebut telah diubahsuai agar tidak bertentangan
dengan agama Islam. Manakala adat yang tidak bertentangan pula terus diamalkan oleh
mereka. Orang Melayu juga terkenal dengan sikap autoritarian iaitu sikap golongan
bawahan taat dan hormat golongan atasan contohnya anak hormat dan taat kepada ibubapa
20 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
dan rakyat taat kepada pemerintah. Seperti dalam kajian ini dapat dilihat Puteri Limau
Purut taat kepada ayahandanya iaitu Sultan Perak dan Megat Terawis taat kepada raja
iaitu Sultan Perak.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa karya sesuatu bangsa dapat
menggambarkan kehidupan dan hati budi bangsa tersebut. Oleh itu, diharapkan kajian
seperti ini dapat dilakukan terhadap karya bertulis ataupun berbentuk lakonan yang
dihasilkan oleh masyarakat hari ini. Hal ini bertujuan untuk mengukur sejauhmana
penggunaan hati budi Melayu memandangkan orang Melayu telah terdedah dengan
dunia luar seperti pengaruh barat. Melalui cara ini juga diharapkan karyawan hari ini
dapat menerapkan 26 teras hati Budi Melayu ini ke dalam setiap karya mereka agar dapat
mengembalikan jati diri Melayu seterusnya dapat dihayati oleh individu dan masyarakat
seperti orang Melayu dahulu.
BIBLIOGRAFI
Hashim Hj Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi dan Siti Sarah Ab Karim (2012). Hati Budi
Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang. Gema Online Jurnal
of Language Studies Volume 12(1). 163-182.
Hashim Hj. Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hashim Hj. Musa. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Prosiding
Seminar Antarabangsa Psikolingusitik II: Bahasa Pemikiran dan Integrasi. Serdang: Universiti Putra
Malaysia. hlm. 268-278.
Noor Aini Dani. (2011). Aplikasi kaedah analisis Kandungan: Gambaran Budi Bahasa dan Nilai Murni Orang
Melayu dalam Buku Malay Courtesy. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation.
29(1), 121-136.
Norazlina Mohd Kiram & Raja Masittah Raja Ariffin. (2012). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu menerusi
Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting- Toomey, Jurnal Bahasa: 12 (2), 284-300.
Norazlina Mohd. Kiram, Hasnah Mohamad dan Hajah Nor Azuwan Yaakob (2010). Adat Melayu Pengungkap
Jati Diri Melayu. Melayu dalam Cabaran. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 210-221.
Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu. Jilid 15, 232-253.
Nurulhayati Zulfadinamis & Che Ibrahim Salleh. (2010). Pemikiran Melayu dalam Hikayat Merong
Mahawangsa. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 304-330.
Sidek Baba. (2009). Melayu Perkasa. Selangor. Alaf 21 Sdn. Bhd.
Siti Sarah Ab Karim, Normahdiah Sheik Said, Hashim Musa dan Rozita Che Rodi (2010). Hati Budi Melayu
Penting untuk Kesinambungan Bangsa dan Budaya. Manifestasi Bahasa dalam Budaya. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia. 28-45.
Sulalatus Salatin (1979). Peny. A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 21
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
LAMPIRAN
22 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis
MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016) 23
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
24 MAHAWANGSA 3 (1): 11 - 24 (2016)
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
Nor Saadah Mohd Salleh* dan Hashim Musa
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengklasifikasi kepelbagaian makna dalam semantik
leksikal yang mencakupi tema kecantikan, iaitu berdasarkan judul kepelbagaian makna leksikal
dalam iklan produk kecantikan. Justeru, kajian ini untuk membincangkan sejauh manakah ketepatan
leksikal yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk. Oleh itu, kajian ini dapat mengenal
pasti makna leksikal dan kolokasinya dalam frasa terpilih iklan produk kecantikan tersebut. Hal ini
dapat menjelaskan makna literal sebagai asas pemahaman makna kata yang berkolokasi. Selain itu,
kajian ini juga untuk melihat sama ada makna yang terkandung dalam leksikal yang dipilih oleh para
pengiklan hanya memberikan satu dakwaan yang berlebihan sehingga memperdayakan pengguna
atau dapat menjelaskan produk yang diiklankan tersebut. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian
ini iaitu mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya yang terkandung dalam frasa terpilih
dalam iklan produk kecantikan seterusnya dapat menghuraikan ketaksaan atau ketepatan sesuatu
leksikal yang diklankan demi kemanfaatan pengguna. Kajian ini berlandaskan Teori Makna Teks
(Igor Melcuk, 1986) sebagai sandaran kajian tentang makna leksikal dan Teori Fungsi Tatabahasa
Sistemik (Micheal Halliday, 1985). Frasa yang menjadi slogan iklan produk kecantikan kulit yang
dikutip majalah mingguan wanita sebagai sumber data. Data dianalisis dengan penggunaan garis
konkordans melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Hasil analisis data yang diperoleh daripada penyenaraian konkordans adalah untuk
melihat kolokasinya. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini didapati sejumlah besar leksikal
yang berkaitan dengan kecantikan dapat memberikan pengaruh kepada golongan wanita untuk
memperoleh produk yang diiklankan berdasarkan leksikal yang digunakan oleh pengiklan. Makna
leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat. Setiap leksikal dan
frasa dijelaskan maknanya yang dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang
mendasari makna leksikal tersebut. Penjanaan kata melalui konkordans dapat dijelaskan makna
literal dan makna konteks serta makna bagi frasa yang berkolokasi. Hasil dapatan ini dapat mencapai
objektifnya iaitu makna leksikal dan kolokasinya dapat diterangkan secara jelas melalui makna
literal dan menjadi tunjang atau asas pemaknaan dari sudut konteks dan kolokasinya..
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Nor Saadah Mohd Salleh),
[email protected] (Hashim Musa)
*Penulis penghubung
Kata kunci: Semantik leksikal, makna leksikal
dan makna kolokasi, iklan, produk kecantikan,
Teori Makna Teks, Teori Fungsi, Tatabahasa
Sistemik
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
Lexical Meaning Diversity in Beauty Product Advertisement
ABSTRACT
The focus of the study is to identify and classifiy various meanings from lexical semantic perspective
of the concept of beauty, based on the lexical ambiguity topics. Hence this study will be able to
identify lexical meaning of words and their collocations in selected phrases pertaining to beauty
products. In addition, this study will also show as to whether the meaning of lexical words and
phrases used by the advertisers were mere exegeration of the products’ qualites to beguile the
consumers or they truly describe them. The study utilized the theory of the textual meaning (Igor
Melcuk, 1986) and the theory of systemic functinal grammar (Igor Micheal Halliday, 1985) as
the basis of analysis of the lexical items.. The data of the study comprising beauty slogan phrases
were collected from weekly women magazines. Data were also sourced from the Pusat Rujukan
Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) website listed in the concordance
to abtain lexical collocation. The meanings of the lexical items can be determined by examining
their context of usage. The meaning of every lexical items and phrases used can be grouped into
categories of meaning based on their semantic domains. By generating words and phrases in the
concordance, the literal meaning as well contextual meaning can be explained. The finding of the
study showed that the majority of lexical items describing beauty products have very strong influence
on the mind of the women in their choices of the products. The finding also fulfill the objective of
describing clearly the literal and contextual meanings of the lexical items and thier collocations.
Keywords: Lexical semantics, lexical meaning and collocation meaning, adverticement, beauty
products, textual meaning theory, functional theory, systemic grammar
PENGENALAN
Dari sudut bahasanya kajian ini akan memperjelas keberkesanan frasa yang digunakan
oleh para pengiklan sebagai slogan dalam iklan produk kecantikan kulit. Frasa tersebut
berfungsi sebagai frasa pencetus demi menarik perhatian gologan sasaran. Oleh itu, kajian
ini dilakukan sebagai satu usaha dalam merungkai ketaksaan pada frasa tersebut yang
mungkin menimbulkan kekeliruan kepada golongan sasaran khususnya wanita, kesan
daripada penjualan produk tersebut sama ada benar-benar menepati seperti yang diiklankan
atau sekadar dakwaan yang berlebih-lebihan. Menurut Parera (1991:9):
Dari sudut kebahasaan, ungkapan, rasa bahasa dan gaya Bahasa sebuah
bahasa bererti kegramatikalan dan ketatabahasaan sebuah kalimat
ditentukan oleh makna runtunan yang diterima oleh pemakainya.
Hal ini bermaksud dari sudut bahasa sesuatu ungkapan, perasaan dan gaya bahasa dalam
sebuah bahasa mempunyai erti yang gramatis dan struktur tatabahasa sesuatu kalimat akan
ditentukan oleh makna yang difahami dan diterima oleh pemakainya. Oleh sebab kajian ini
ialah kajian frasa, pengkaji tidak membuat penjelasan secara khusus dalam aspek struktur
tatabahasa dalam perbincangan tetapi berfokus kepada kedudukan frasa yang menjadi
slogan produk kecantikan kulit tersebut.
26 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
Berdasarkan huraian ini perlu ada penelitian makna bahasa dari sudut pandangan
semantik untuk memahami ungkapan atau frasa yang digunakan oleh pengiklan dalam
slogan produk kecantikan kulit tersebut. Justeru pendekatan semantik leksikal digunakan
sebagai konsep dasar. Hal ini dapat menjelaskan makna secara literal sebagai asas
pemahaman makna seterusnya dijelaskan pula melalui makna kata yang berkolokasi. Hal
ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan ini berdasarkan frasa yang digunakan dalam
slogan produk iklan kecantikan kulit tersebut.
Dalam mendeskripsikan bahasa dengan pendekatan semantik leksikal, teori yang
digunakan ialah teori semantik leksikal khususnya Teori Makna Teks sebagai pegangan
yang dipelopori oleh Igor Melcuk (1986). Semantik leksikal menyelidiki makna yang ada
pada leksem daripada bahasa. Oleh sebab itu, makna yang ada dalam leksem disebut makna
leksikal. Kajian terhadap makna kata yang terkandung dalam bahasa ini juga dikenali
sebagai semantik leksikal. Semantik leksikal penting untuk mengenal pasti ciri-ciri yang
terdapat dalam sesebuah bentuk kata. Hal ini berkaitan dengan komponen maknanya dan
sering dikaitkan oleh ahli bahasa cara atau kaedah mengenal pasti makna yang terdapat
dalam bentuk perkataan dalam sesebuah bahasa. Kajian frasa yang dilakukan ini dikenali
sebagai frasalogi, iaitu merupakan penelitian terhadap pola frasa yang melihat bentuk
kata yang mewujudkan perbezaan fungsi leksikal sesuatu bentuk frasa dengan bentuk
kata yang berlainan.
PENYATAAN MASALAH
Kejelasan makna sesuatu leksikal bukan sahaja dapat ditentukan berdasarkan definisi kamus
tetapi dapat dibantu dengan fungsi sesuatu leksikal. Segala perubahan makna sesuatu
leksikal berlaku tanpa disedari. Oleh itu, timbul persoalan berkenaan kejelasan, ketepatan
dan keluasan takrifan sesuatu makna. Tambahan pula, apabila leksikal itu digunakan dalam
sesuatu iklan dalam bentuk susunan frasa sudah tentu menimbulkan pelbagai terjemahan
kepada masyarakat umum terutamanya kepada para pengguna sesuatu produk seperti
produk kecantikan yang menjadi aspek kajian pengkaji. Hal ini turut dinyatakan dalam
kajian ilmiah Mansor Shamsuri dan Nor Azlina Kiram (2008) yang memetik kajian Reid
(1956) bahawa bahasa seseorang dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan laras
bahasa yang sesuai mengikut situasi yang berlainan. Permasalahan utama dalam kajian ini
ialah kepentingan hubungan bahasa dengan pengiklanan agar kedudukan bahasa itu menjadi
keutanaan kepada pengiklan dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Oleh itu,
kejelasan maksud leksikal yang terbentuk dalam frasa menjadi fokus dalam merungkai
masalah penggunaan frasa dalam iklan produk kecantikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan berdasarkan iklan produk kecantikan yang akan memfokuskan frasa
dalam slogan iklan tersebut kepada objektif berikut;
1. Mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya yang terkandung dalam frasa terpilih
dalam iklan produk kecantikan.
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016) 27
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
2. Menghuraikan ketaksaan atau ketepatan sesuatu leksikal dalam menjelaskan maksud
yang diiklankan demi kemanfaatan pengguna.
KEPENTINGAN KAJIAN
Leksikal yang terkandung dalam sesuatu bahasa bukan sahaja berfungsi terhadap maksud
yang didukungnya tetapi juga boleh membawa fungsi yang lain, yang hanya dapat dilihat
melalui penelitian yang mendalam. Justeru melalui tema yang dinyatakan, iaitu kecantikan
mencakupi makna yang cukup luas lebih-lebih lagi apabila kata berkolokasi yang digunakan
dalam bidang pengiklanan sangat mempengaruhi pengguna, terutamanya gologan wanita.
Maka kata yang digunakan dalam slogan produk kecantikan tersebut sudah tentu menjadi
tarikan kepada golongan sasaran. Jadi, penelitian pengkaji terhadap bidang ini akan dapat
merungkai persoalan tentang kata yang berkolokasi dengan tema kecantikan ini menjelaskan
sama ada sebagai maklumat semata-mata produk berkenaan seperti yang dipaparkan atau
helah pengiklanan sahaja.
Oleh itu apabila pengkaji memilih aspek semantik leksikal bererti kajian dilakukan
terhadap makna kata yang terkandung leksikal secara asasi diperjelas dan difokuskan
kepada frasanya yang terbentuk dari aspek kolokasinya pula. Tambahan pula dalam
kajian semantik leksikal merupakan satu perkara penting dalam mengenal pasti ciri-ciri
yang terdapat dalam sesebuah bentuk kata yang berkaitan dengan komponen-komponen
maknanya.
SKOP KAJIAN
Perbincangan skop kajian merangkumi frasa yang berkolokasi daripada iklan produk
kecantikan. Oleh itu pengutipan data daripada keluaran majalah Mingguan Wanita dalam
tempoh setahun. Oleh sebab terbitannya setiap minggu tempoh setahun tersebut dapat
memberikan jumlah data yang mencukupi. Pengutipan data dihadkan kepada beberapa
frasa yang berkolokasi tentang produk kecantikan yang diiklankan. Data yang dikutip ini
dihadkan kepada iklan produk kecantikan sahaja kerana produk yang berkaitan kecantikan
kulit merupakan satu produk yang amat mempengaruhi kehidupan wanita.
SOROTAN LITERATUR
Dalam Semantik Leksikal, masih belum ramai pengkaji yang terlibat dalam bidang ini
membuat kajian dari aspek frasalogi masih belum mendapat perhatian pengkaji terutamanya
dalam aspek kata yang berkolokasi. Antara pengkaji bidang semantik leksikal dalam
negara ialah Salinah Jaafar (2007), Tengku Fauziah Tengku Mat (2002 ), Hajar Abdul
Rahim (2005), Indirawati dan Fatmawati Sidik (2012) dan beberapa sarjana luar negara
yang membincangkan aspek tersebut seperti A.P Cowie (2005) dan Micheal Stubb (2002).
Salinah Jaafar (2007) antara pengkaji yang pernah memberi fokus pengkajian dalam
bidang frasalogi dengan tajuk kajian, “Kata Adjektif Bahasa Melayu: Analisis Makna
dari Aspek Frasalogi dan Leksikologi”. Kandungan perbincangan dalam kajian beliau
ialah pendekatan frasalogi dan dikaitkan dengan bidang leksikologi kerana kajian yang
dijalankan oleh beliau merupakan kajian yang meneliti data korpus. Data kajian yang
28 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
digunakan oleh beliau tertumpu kepada gologan kata iaitu kata adjektif . Namun beliau
membuat kupasan aspek golongan kata adjektif bukan kata kunci adjektif semata-mata
tetapi merujuk kepada pola frasa adjektif. Hal ini kerana beliau meneliti pola kolokasi frasa
sebagai pendekatan untuk menjelaskan penggunaan kata tersebut. Hal ini menurut beliau
adalah untuk membantu pengguna bahasa kedua yang kadangkala keliru dengan bentuk
pemakaian sesuatu bentuk kata dalam bahasa ketika menyampaikan maklumat atau ketika
meluahkan sesuatu maksud tertentu. Menurut Salinah Jaafar (2007) lagi aspek leksikologi
terlibat secara langsung dalam analisis semantik dan beliau mengatakan bahawa pendekatan
frasalogi sebagai jalan tengah untuk menberikan satu huraian yang mantap sesuatu leksikal
sesuai dalam penggunaan bahasa. Justeru analisis data secara kolokasi mampu memberikan
satu gambaran yang jelas untuk menjawab persoalan tersebut. Oleh itu, sekali lagi peranan
kolokasi dianggap penting dalam kajian frasalogi.
Sebagai rumusan daripada kajian Salinah Jaafar(2007) yang membincangkan kelas
golongan kata adjektif yang melibatkan pola frasa adjektif “cantik” dan “baik”, beliau
dapati pola kolokasi yang menunjukkan bentuk-bentuk kata yang hadir bersama nodus
“cantik” dan “baik” mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini disebabkan nodus ini
mempunyai fungsi leksikal tertentu. Selain itu, menurut beliau lagi melalui pola kolokasi
kita dapat mengenal pasti kedudukan adverba dalam bahasa Melayu.
Manakala, Tengku Fauziah binti Ku Mat (2002), dengan kajian“Pun”, Kepelbagaian
makna berdasarkan teks Sejarah Melayu”. Melalui kertas kerja beliau ini kolokasi juga
digunakan dalam menganalisis data. Penelitian beliau daripada kata kunci “pun” telah
dianalisis menggunakan garis konkordans untuk penelitian kekerapannya yang tinggi
dalam teks. Kandungan kajian beliau telah memberi satu manfaat baru dalam bidang
leksikologi atau perkamusan. Hasil dapatan beliau telah mewujudkan makna yang baru
berkaitan kata kunci “pun” yang belum terakam dalam kamus yang sedia ada. Namun
begitu, sorotan kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji hanya difokuskan kepada aspek
kolokasi yang digunakan oleh pengkaji terdahulu. Hal ini menunjukkan peranan kolokasi
dalam menganalisis sesuatu data yang lebih empirikal. Di samping itu, kajian beliau ini
dapat menyerlahkan satu dapatan yang baru yang dapat memberi manfaat kepada penguna
bahasa umumnya khususnya dalam bidang leksikologi.
Hajar Abdul Rahim (2005) dalam “Impak Konotasi Budaya Terhadap Leksis:
Satu Kajian Semantik Berasaskan Korpus ke Atas Perkataan Perempuan dan Wanita”
menbincangkan kolokasi sebagai satu pendekatan atau kaedah untuk menganalisis kata
kunci yang dipilih. Beliau meneliti konotasi budaya yang terdapat dalam dua kata kunci
dalam bahasa Melayu, iaitu “perempuan” dan “wanita” dan membincangkan impak
konotasi tersebut ke atas prosodi semantik kedua-dua perkataan yang seterusnya akan
membayangkan reputasi yang diwarisi. Oleh itu, penggunaan garis konkordans telah
digunakan ke atas kedua-dua kata yang dipilih, iaitu “perempuan” dan “wanita” tersebut
untuk dianalisis. Seterusnya, beliau menggunakan konsep kolokasi sebagai analisis
semantik utama sebagai tinjauan terhadap kajian-kajian yang berkaitan dengan leksis dan
budaya.
Selanjutnyanya, oleh sebab beliau menggunakan konsep kolokasi sebagai analisis
semantik utama dalam kajian beliau telah mengupas konsep kolokasi tersebut untuk
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016) 29
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
menunjukkan perkaitan antaranya. Beliau telah mengupas konsep kolokasi kepada tiga
perkara yang dapat menunjukkan perkaitan penggunaan konsep kolokasi sebagai asas
kajian beliau, iaitu 1) makna dan kolokasi, 2) kolokasi dan korpus dan 3) kolokasi dan
prosodi semantik.
Huraian yang dapat disimpulkan daripada kupasan beliau tentang makna dan kolokasi
ialah beliau menyatakan prinsip utama makna kolokasi ialah makna sesuatu perkataan
itu adalah makna daripada kontekstual. Hal ini dirujuk daripada fenomena makna yang
diajukan oleh Firth (1930) yang mempelopori analisis makna dalam konteks lebih tiga suku
abad yang lalu. Begitu juga menurut Stubb (2002), iaitu analisis semantik yang empirikal
berasaskan teks yang melibatkan kaedah formal dalam mengkaji taburan perkataan. Kaedah
yang dicadangkan termasuklah analisis yang dinamakan kolokasi (collocation). Beliau
juga turut memetik kata daripada Biber (2002) yang menjelaskan tentang kolokasi, iaitu
keadaan yang merujuk kepada kata, apabila terdapat dua atau lebih perkataan yang bebas
hadir serentak atau bersama-sama. Hal ini dapat menjelaskan perkaitan makna dan kolokasi
terhadap kata yang dianalisis.
Seterusnya, penjelasan Biber (2002) tentang kolokasi dan korpus, iaitu kepentingan
korpus dalam bahasa sejajar dengan kepentingan data empirikal. Beliau menyatakan bahawa
data empirikal membolehkan ahli bahasa membuat kenyataan yang objektif dan berasaskan
bahasa yang sebenarnya, bukan kenyataan yang subjektif berasaskan persepsi kognitif
sesorang individu itu. Penyataan ini telah dipetik daripada McEnery (1996) yang telah
memetik kata Widdowson(2000) untuk menegaskan hal yang sama untuk melihat perkaitan
kolokasi dan korpus iaitu analisis kuantitatif berasaskan komputer memperlihatkan fakta
tentang perilaku bahasa yang sebenarnya yang tidak mudah diperoleh secara intuisi. Hal ini
kerana beliau menyatakan bahawa analisis korpus mendedahkan fakta tekstual dan profil
yang menarik tentang penggunaan bahasa. Bukti kekerapan sesuatu kolokasi itu sendiri
merupakan fakta penting yang boleh didapati daripada korpus. Oleh itu, penggunaan garis
konkordans perkataan sebagai satu cara analisis kolokasi. Hal ini menurut beliau pola yang
terhasil dapat menjelaskan sejauh mana pola sebenar perkataan yang dianalisis itu berlainan
daripada pola yang dijangka. Hal ini ditegaskan oleh Widdowson (2000) menjelaskan
bahawa penggunaan garis konkordans ini kerap kali memperlihatkan realiti tentang
penggunaan bahasa yang mungkin tidak terlihat sekiranya menggunakan metodologi
linguistik konvensional atau biasa.
Beliau juga telah merujuk kajian yang dibuat oleh Stubb (2002) yang menganalisis teks
yang ditulis oleh Baden Powell, pengasas Boy Scouts Association (Persatuan Pengakap).
Melalui kajian Stubb (2002) ini, beliau menjelaskan bahawa realiti penggunaan sesuatu
bahasa itu biasanya mencerminkan realiti sosial penutur itu. Kajian Stubb (2002) itu
menjelaskan realiti sosial seperti ini merupakan satu contoh pentingnya penggunaan korpus
dan analisis bahasa seperti kolokasi sebagai kaedah dan alat menterjemah isu sosial yang
makro melalui isu bahasa yang dianggap mikro.
Akhir sekali penjelasan Hajar Abdul Rahim dalam Jurnal Bahasa Dewan Bahasa
dan Pustaka Mac (2005) ialah perkaitan kolokasi dan Prosodi Semantik. Penjelasan
tentang prosodi dengan memberi pengertian prosodi daripada Firth (1930), iaitu makna
yang dipanjangkan ke atas beberapa perkataan. Oleh itu beliau menjelaskan bahawa
30 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
prosodi makna atau prosodi semantik sesuatu ekspresi bergantung kepada perkataan yang
bergabung, berdekatan atau berkolokasi dengan ekspresi tersebut. Jelas beliau lagi bahawa
sesuatu butir bahasa itu boleh mempunyai prosodi yang positif atau negatif berdasarkan
suasana berkolokasi atau perkongsian perkataan. Kesimpulan ini berasaskan analisis
kolokasi menggunakan korpus cobuild yang mempunyai 120 juta perkataan yang dijalankan
oleh Stubb (2002). Hasil kajian tersebut juga menurut Hajar Abdul Rahim membawa
kepada isu konotasi yang diwarisi oleh sesuatu perkataan yang disebabkan kolokasinya.
Konotasi yang dominan timbul disebabkan oleh kolokasi merupakan elemen penting
yang mempengaruhi penggunaan bahasa. Daripada kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji barat tersebut, isu konotasi khususnya konotasi dominan diketengahkan kerana
makna ini timbul disebabkan perilaku kolokasi butir bahasa. Makna konotasi biasanya
kurang stabil kerana banyak bergantung kepada konteks, termasuk latar belakang
sosiobudaya pengguna. Jelas bahawa wujud perkaitan antara kolokasi dan prosodi semantik
melalui analisis data daripada garis konkordans. Melalui data kolokasi dapat mencerminkan
pola perilaku perkataan yang dikaji yang boleh digunakan untuk membincangkan prosodi
semantik perkataan tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penjelasan makna secara literal dapat menjelaskan
makna sesuatu kata dapat menjelaskan makna sebenar sesuatu kata secara harfiah manakala
penjelasan makna konteks pula dapat dijelaskan secara makna ayat atau perkataan dalam
maklumat tersebut. Selain itu makna konteks juga bermaksud status dan sifat unsur yang
berlainan mengikut keadaan dan tempat penggunaan unsur tersebut.
Pengiklan banyak menggunakan frasa “awet muda” sebagai satu frasa pencetus
yang boleh berdiri sendiri tanpa disempurnakan dalam ayat dan mampu menterjemahkan
maksud secara literal ini. Jelas bahawa makna literal juga memberikan kesan kepada
pembaca untuk memahami maksud yang disampaikan oleh pengiklan. Daripada kajian
ini dapat disimpulkan bahawa makna literal ini membawa kepada makna konteks, iaitu
melalui proses sosialisasi. Hal ini dapat menggambarkan masyarakat menggunakan frasa
“awet muda” merujuk kepada suasana budaya sesuatu masyarakat supaya dapat menarik
perhatian. Hal ini diterjemahkan dalam hal penggunaan produk kecantikan oleh golongan
masyarakat yang disasarkan khususnya golongan wanita oleh para pengiklan.
Sehubungan itu, merujuk makna konteks “awet muda” tidak akan memberikan makna
tertentu sekiranya tidak disertai dengan kedudukannya dalam ayat. Oleh itu didapati
penggunaan frasa “awet muda” menjadi satu kemestian dalam iklan produk kecantikan
kulit . Begitu juga dalam bukti padanan konkordans yang boleh dikaitkan oleh pengkaji
untuk mengukuhkan makna frasa “awet muda” daripada pelbagai sumber korpus Dewan
Bahasa dan Pustaka, dilihat menggunakan frasa “awet muda” ini dalam pelbagai konteks.
Daripada kajian ini pengkaji merumuskannya dari sudut konteks frasa “awet muda”
seperti Rajah 1, diperturunkan dalam rajah di bawah, iaitu dari sudut makna konteks frasa
“awet muda”.
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016) 31
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
Rajah 1. Makna Konteks Frasa Awet muda
“Awet muda” yang menunjukkan pengekalan usia atau umur.
Daripada Rajah 1 di atas “awet muda” yang menunjukkan pengekalan usia atau umur
menjelaskan kepada kita bahawa sepadan usia atau umur dianggap sebagai ukuran
pandangan luaran atau fizikal seseorang dengan usia atau umur seseorang yang tidak
memperlihatkan ukuran usia atau umurnya yang sebenar. Sebagai contoh daripada
pengenalan diri seseorang usia atau umur seseorang telah mencapai 50 tahun namun
daripada pandangan fizikal atau luaran tidak seperti seseorang yang berusia 50 tahun
tetapi mungkin seperti yang berusia 40 tahun atau lebih muda dan sebagainya. Hal ini
dapat menjelaskan makna “awet muda” kepada seseorang yang diperkatakan tersebut dari
sudut konteksnya. Seperti contoh ayat di bawah yang dikutip dan disesuaikan daripada
carian konkordans:
i. ……usianya sudah lewat namun masih kelihatan “awet muda”.
(Wanita – Februari, 1989)
ii. ……sudah ada cucu namun dia kelihatan “awet muda”.
(Perempuan – Februari, 1997)
iii. …… masih kelihatan cergas dan “awet muda” walau usia sudah….
(Nona – Julai, 1996)
iv. …… lelaki itu kelihatan “awet muda” sekalipun sudah berusia.
(Keluarga – April, 2002)
(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM)
Ayat (i) menjelaskan usia atau umur seseorang sudah “lewat”, iaitu gambaran peringkat
usia emas 50 ke atas dan bandingannya dijelaskan pada kata “masih kelihatan”, iaitu
perbandingan peringkat usia atau umur yang lebih muda daripada kategori usia emas. Oleh
32 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
itu, kedudukan frasa “awet muda” dalam ayat itu dapat menjelaskan makna konteksnya.
Begitu juga dengan ayat (ii) frasa “sudah ada cucu” sebagai gambaran seseorang pada
peringkat yang sudah berumur atau berusia dan kata “kelihatan” turut memainkan peranan
yang sama seperti ayat (i) yang dapat menjelaskan frasa “awet muda” secara konteksnya.
Seterusnya ayat (iii) dan (iv) dapat menjelaskan fizikal seseorang yang kuat, cergas dari
aspek tubuh badannya dan frasa “awet muda” dalam ayat tersebut dapat menjelaskan
keadaan fizikalnya berbanding usia sebenar orang tersebut.
“Awet muda” membawa makna bahan atau benda untuk mengekalkan sesuatu.
Daripada Rajah 1 juga , “awet muda” dapat menjelaskan makna dalam konteks benda atau
bahan untuk mengekalkan sesuatu. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa contoh iklan
yang digunakan oleh pengiklan produk kecantikan antaranya seperti di bawah yang juga
dikutip dan disesuaikan daripada carian konkordans:
i. ….. ditambah ramuan jamu untuk “awet muda” dan sesekali merawat ..…
(Wanita – Julai,1996)
ii. ….. kelapa muda sebagai bahan “awet muda” berkesan untuk menyegarkan
….. (Mastika – Disember, 1997.
iii. ….. tablet dan vitamin untuk “awet muda” , itu tidak memberi …..
(Keluarga – Mei, 1994)
iv. ….. selalu mujarab sebagai bahan “awet muda”. (Jelita – Julai, 1994)
v. ….. masakan berherba untuk “awet muda”. (Jelita – Julai, 1994)
vi. ….. akan mendapat faedah “awet muda” Imedeen. Imedeen adalah …..
(Nona – Julai, 1996)
(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM)
Ayat contoh (i) hingga (vi) di atas dapat menunjukkan bahawa penggunaan sesuatu
benda atau bahan yang digunakan telah dapat memberi kesan kepada penggunanya. Antara
contoh bahan atau benda tersebut ialah jamu, kelapa muda, tablet, vitamin masakan berherba
dan produk kecantikan iaitu imedeen adalah benda atau bahan yang merujuk kepada produk
kecantikan dapat menunjukkan penggunaan benda atau bahan tersebut memberi kesan
“awet muda” kepada penggunanya.
“Awet muda” yang menunjukkan konteks rupa paras.
Penjelasan yang dapat dibuat daripada konteks makna rupa paras ini bermaksud frasa “awet
muda” dapat memberi gambaran persona atau imej seseorang . Hal ini dapat dijelaskan
melalui beberapa contoh ayat dibawah yang juga dikutip dan disesuaikan dengan carian
konkordans:
i. ….. berlaku akan membuatkan wajah “awet muda”.
(Keluarga – April, 2002)
ii. ….. yang tenang dan sekaligus “awet muda”. (Keluarga – April, 2002)
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016) 33
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
iii. ….. wajah gebu, berseri-seri dan “awet muda”. (Jelita – Julai, 2002)
iv. ….. badan agar sihat dan awet muda. (Keluarga – Mei, 1994)
v. ….. menunjukkan wajah segar, “awet muda”, licin dan cerah …..
(Jelita – Ogos 1998)
vi. ….. menjaga kecantikan, wajahnya “awet muda”, masih amat menawan,….
(Keluarga – April, 2002)
(Konkordans DBP: Sumber dalam sesawang PRPM )
Ayat (i) frasa “awet muda” memberikan satu pengertian tentang rupa paras atau
wajah seseorang masih muda. Begitu juga ayat (ii) frasa “awet muda” memberikan makna
seseorang yang berwajah tenang akan memberikan gambaran kepada rupa parasnya lebih
muda. Ayat (iii) dan (v) Frasa “awet muda” telah memberikan satu imej kepada rupa paras
seseorang itu melalui wajahnya yang gebu, berseri-seri, wajah segar, licin dan cerah. Ayat
(iv) Frasa “awet muda” akan memberikan gambaran persona seseorang yang mempunyai
tubuh badan yang sihat. Ayat (vi) Frasa “awet muda” jelas digambarkan kepada wajah
seseorang apabila menjaga kecantikan dan memberi kesan masih amat menawan.
Sehubungan itu, dalam menganalisis frasa “awet muda” dari sudut konteks ini dapat
mendasari teori kontekstual, iaitu menurut J.R Firth (1930),
“If we regard language as ‘expressive’ or communicative we rely
that it is an instrument of inner mental state and we know so little
of inner mental state. Even by the most of instropection the problem
language becomes more mysterious the more we try to explain
by referring it by happening. By regarding word as an act, event
and habit, we limit our inquiry to what is objective in a group life
of our fellow ...” (Meetham, 1969: 499 – 500).
Penyataan yang disampaikan oleh Firth ini merupakan pemikiran Firth tentang konteks
situasi dalam analisis makna. Malah teori ini juga menjelaskan hubungan sebuah kata atau
simbol ujaran yang tidak mempunyai makna jika terlepas daripada konteks.
Oleh demikian, hal ini menjelaskan kewajaran penggunaan frasa “awet muda” dalam
bidang pengiklanan terutama dalam iklan produk kecantikan membuktikan kekuatan frasa
tersebut untuk menarik golongan sasaran .
“Awet Muda” dari Aspek Makna Kolokasi
Frasa “awet muda” ini dikatakan berkolokasi dengan kata yang bergandingannya kerana
merujuk kepada hubungan makna yang wujud dalam frasa tersebut. Hal ini bertepatan
dengan kajian yang dilakukan oleh Salinah Jaafar (2007) yang menerangkan kolokasi
ialah istilah yang digunakan bagi menghuraikan kehadiran atau kewujudan perkataan
dalam sesuatu frasa.
Oleh itu, dalam kajian ini didapati bahawa frasa “awet muda” memberi maksud
secara jelas seperti yang dihuraikan dari sudut konteks dan literal. Namun apabila frasa
34 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan
ini diberikan makna secara leksikal frasa ini akan membawa maksud yang berbeza atau
tidak berkolokasi apabila digandingkan atau membuat padanan dengan leksikal yang
lain misalnya, “awet” tidak akan berkolokasi apabila dipadankan dengan “tua”.Hal ini
kerana makna “awet” itu sendiri menunjukkan makna tidak mudah rosak atau tahan lama
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 94 ). Hal ini jelas bahawa jika “awet” tidak sesuai
dipadankan dengan “tua” jika mengikut subkelas yang sama. Hal yang sama seperti yang
dihuraikan oleh Michael Halliday (1985) tentang kolokasi “strong tea”. Pada masa yang
sama maknanya boleh membawa maksud lebih kurang sama “powerful tea”. Namun beza
dari segi maksudnya iaitu kuat bagi “strong tea” dan bertenaga bagi “powerful tea”.
Berdasarkan hal ini, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa frasa “awet muda”
yang berkolokasi ini telah berlaku penyempitan makna. Hal ini bermaksud sebagai proses
mengecilkan dan mengurangkan komponen makna sesuatu perkataan. Jika dilihat daripada
huraian Rajah 4.1 dari sudut konteks dapat difahami bahawa frasa “awet muda” memberikan
pelbagai pengertian.
Tambahan lagi, apabila hasil carian konkordans frasa “awet muda” yang berkolokasi
ini memberi satu justifikasi yang mengukuhkan pendapat pengkaji tentang frasa ini berlaku penyempitan makna. Hal ini dibuktikan juga dalam S. Nathesan (2008:69) tentang takrif
makna dalam kajiannya iaitu:
Stern (1965: 163) Perubahan makna bagi sesuatu kata ialah
“apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu
makna yang belum pernah dinyatakan lagi”.
KESIMPULAN
Kesimpulannya kajian tentang frasa “awet muda” ini dari sudut makna konteks dan makna
literal ini menepati teori makna teks yang mendasari kajian ini. Namun begitu, huraian bagi
frasa terpilih yang lain akan dilihat dari sudut yang sama atau dari sudut yang lain seperti
sudut budaya serta simbolik yang mewujudkan frasa tersebut. Oleh sebab tidak semua
frasa yang dipilih itu mempunyai padanan seperti frasa tersebut pengkaji juga membuat
pemerhatian dari sudut sukuan kata dan intonasi. Justifikasinya kajian ini sebagai satu
penerokaan kajian baru terhadap frasa yang hanya wujud dalam iklan produk kecantikan
dan tiada kajian seumpamanya dilakukan oleh pengaji-pengkaji terdahulu.
Sehubungan itu juga, dalam kajian frasa “awet muda” ini membuktikan frasa berkolokasi
ini membawa makna literal bagi kedua-dua kata tersebut cukup mantap. Justifikasinya, terdapat percanggahan dari aspek penetapan makna yang mendukung makna peribahasa
seperti yang terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (2002). Sedangkan
makna yang diberikan dalam kedua-dua kamus memberi makna yang sama. Pengkaji
berpendapat satu kajian yang lebih mendalam boleh dilakukan terhadap frasa ini sahaja
pada masa akan datang untuk mengelakkan timbul kekeliruan pengguna menggunakan
kamus yang berkaitan.
MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016) 35
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2007). Morfologi. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Cetakan Kedua.
Selangor . PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Biber Doughlas. (2002). Corpus Lingistics Investigating Language Structure And Used. United Kingdom.
Cambridge University Press
Cowie., A. P. (2005). Phraseology. Theory, Analysis, and Applications. Oxford University Press Inc., New York.
Firth. (1930). The Technique of Semantics , Transaction Of The Philological Society . Volume 34, issue 1,
page 36-37 Nov 1935.
Hajar Abdul Rahim. (2005). Impak Konotasi Budaya Terhadap Leksis: Satu Kajian Semantik Berasaskan
Korpus Ke Atas Perkataan Perempuan dan Wanita. Jurnal Bahasa. Jilid 5 (1): 83 -103.
Igor Melcuk. (1986). Surface Syntax of English: A formal model within the meaning text framework.
Armsterdam: Benjamins Pub. co
Indirawati Zahid, Fatmawati Sidik. (2012) Analisis Komponen Makna Kata kerja dalam Slogan Iklan Produk
Kecantikan Muka. Jurnal Bahasa. Jilid 12 (2) :256 – 281.
Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. (2002). Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dn Pustaka.
McEnery. (1996). A Corpus Linguistics. Edinburgh University Press. Edinburgh.
Micheal Halliday. (1985). An Inroduction To Functional Grammar. London: Academic Press inc
Micheal Stubb. (2002). Words and Phrases. Corpus Studies Of Lexical Semantics. Oxford: Blackwell
Publishing.
Parera. J.D. (1991). Teori Semantik. Jakarta 10430. Penerbit Erlangga.
Salinah Jaafar. (2007). Kata Adjektif Bahasa Melayu: Analisis Makna Dari Aspek Frasalogi dan Leksikologi.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
S. Nathesan. (2008) Makna Dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua. Dawama Sdn. Bhd
Tengku Fauziah Binti Tengku Mat. (2002). http://dbp.gov.my/korpus/ker1.pdf
Widdowson. (2000). Text, Corpora and Problems of interpretation. Applied Linguistics. London: Oxford
University Press
36 MAHAWANGSA 3 (1): 25 - 36 (2016)
MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam
Komunikasi: Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta
Agus Hari Wibowo
Universitas Sebelas Maret, Jebres, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57126, Indonesia
ABSTRAK
Makalah ini memerikan strategi komunikasi pada perkumpulan warga (RW) di sebuah kampung
di Bandar Surakarta, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Kajian ini merupakan kajian pragmatik
dengan merujuk kepada teori kesantunan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Hasil pengamatan
menunjukkan bahawa penutur bahasa dalam kegiatan mesyuarat dalam perkumpulan warga (RW)
cenderung untuk menggunakan maksim kesantunan, iaitu maksim kebijaksanaan: minimumkan
kos kepada pihak lain dan maksimumkan manfaat kepada pihak lain, maksim kedermawanan:
minimumkan manfaat kepada diri sendiri dan maksimumkan kos kepada diri sendiri, maksim
penghargaan: minimumkan celaan pada orang lain dan maksimumkan pujian kepada orang lain,
maksim kerendahan hati: minimumkan pujian terhadap diri sendiri dan maksimumkan celaan
terhadap diri sendiri, maksim persetujuan: minimumkan ketidaksetujuan antara diri sendiri dengan
orang lain, dan maksimumkan persetujuan antara diri sendiri dengan orang lain, dan maksim
simpati: minimumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain dan maksimumkan simpati
antara diri sendiri dengan orang lain. Matlamat daripada penggunaan prinsip kesantuan tersebut
untuk menghindari tugas yang akan diberikan.
Kata kunci: List strategi, komunikasi, pragmatik, maksim kesantunan
The Employment of Politeness Maxims as a Communication
Strategy to Avoid Tasks: A Case Study in Community Group in
Surakarta
ABSTRACT
This paper attempts to describe the communication strategy conducted by the members of the
Community Group (Rukun Warga) in a ‘Kampong’ in Surakarta City, Central Java Province,
Indonesia. This study is a pragmatics study INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected], [email protected]
(Agus Hari Wibowo)
focusing on the employment of maxims as the
realization of politeness principles proposed
by Leech (1983). The data of the study are the
language expressions of the members of the
Community Group in the internal monthly-
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Agus Hari Wibowo
meeting. From the participant observations it shows that speakers in the meeting of the Community
Group (RW) tend to use all the maxims of politeness, namely tact maxim, generosity maxim,
approbation maxim, modesty maxim, agreement maxim, and sympathy maxim. The hidden purpose
of employing these politeness principles is in fact a communication strategy to avoid tasks that
might be given.
Keywords: Strategy, communication, pragmatics, politeness maxims
PENGENALAN
Strategi berkomunikasi merupakan hal yang sangat menarik untuk dikaji. Komunikasi
boleh berupa komunikasi dua arah atau komunikasi kepada orang ramai atau komunikasi
massa. Konteks situasi juga menentukan model strategi komunikasi yang digunakan, dalam
erti komunikasi dalam konteks tertentu, dengan partisipan tertentu, atau antara dua orang
tentunya akan berbeza dengan komunikasi oleh orang ramai. Dalam komunikasi tentu
sahaja diharapkan berjalan dengan baik, efektif serta juga mengamalkan prinsip kesantunan.
Makalah ini akan membahas jenis komunikasi yang dilakukan oleh orang ramai dalam
bentuk mesyuarat sebuah lembaga. Lembaga yang dimaksud ialah Perkumpulan Warga atau
Rukun Warga (RW) di sebuah kampung di Kelurahan Mojosongo, Bandar Surakarta. Rukun
Warga (RW) ialah lembaga kemasyarakatan dan rakan kongsi pemerintahan regional yang
berperanan dalam memelihara nilai kehidupan bermasyarakat yang berasaskan semangat
saling menyokong dan kekeluargaan, dalam kerangka menumbuhkan ketenteraman
dan ketertiban dalam kehidupan bermasyarakat. Latar belakang pemilihan objek kajian
ini dilandasi oleh pengalaman penulis sebagai salah seorang pengurus dalam RW yang
menemukan hal menarik untuk dikaji dari sudut pandangan bahasa dan komunikasi. Hal
menarik yang dimaksud ialah gaya komunikasi dan penggunaan bahasa oleh para penutur
dalam acara mesyuarat tersebut.
Berkait dengan strategi berkomunikasi, penulis pernah mengkaji tentang strategi
komunikasi dalam siaran pedesaan pada stesen radio RRI (Radio Republik Indonesia)
Surakarta Wibowo (2006). Dalam kajian tersebut, tampak bahawa para penutur bahasa
menggunakan strategi komunikasi dengan mengeksploitasikan unsur sosiopragmatik agar
komunikasi berlaku secara efektif. Berkait dengan kesantunan, Rahardi (2005) mengkaji
kesantunan imperatif bahasa Indonesia.
Prinsip kesantunan yang dimajukan oleh Leech (1983) mungkin dianggap sudah
terlalu lama untuk dikaji lagi. Tetapi penulis mempunyai alasan mengapa mengkaji
prinsip kesantunan yang sudah lama dan pasti sudah banyak dikaji oleh para penyelidik.
Pengalaman penulis sebagai setiausaha Rukun Warga (RW) selama 8 tahun dan sebagai
Ketua RW dalam masa 2 tahun membuat penulis tertarik untuk mengungkapkan bagaimana
model komunikasi dalam perkumpulan warga tersebut.
PERSOALAN KAJIAN
Makalah ini ingin membahas berkaitan dengan penggunaan maksim kesantunan dalam
mesyuarat perkumpulan warga RW yang secara lebih rinci dihuraikan sebagai berikut:
38 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi
1. Bagaimanakah penggunaan maksim kesantunan Leech dalam mesyuarat
perkumpulan warga kampung?
2. Apakah ada makna lain di sebalik nilai kesantunan dalam pertuturan yang
dilakukan dalam mesyuarat perkumpulan warga kampung?
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Menghuraikan maksim kesantunan yang digunakan dalam pertuturan mesyuarat
perkumpulan warga kampung
2. Meneroka makna di sebalik tuturan yang mengandung maksim kesantunan Leech
yang diungkapkan dalam mesyuarat warga kampung
KAJIAN LITERATUR
Untuk memberikan gambaran tentang hal yang berkait dengan makalah ini, kajian literatur
akan membahas komunikasi dan bahasa, pragmatik, dan kesantuan.
Komunikasi dan Bahasa
Sebagai makhluk sosial, komunikasi dan bahasa merupakan dua hal yang sangat penting
dalam interaksi sesama manusia. Wilson (1995:11) mengatakan bahawa komunikasi
merupakan proses yang mencakup pemilihan dan penyampaian simbol sedemikian rupa
sehingga boleh membantu penerima mesej memperoleh makna yang sama dengan apa-
apa yang dimaksudkan oleh pengirim mesej. Dengan perkataan lain, melalui komunikasi,
seseorang pengirim mesej boleh mengirimkan mesej yang boleh ditanggap oleh penerima
mesej dengan persepsi yang sama. Lebih lanjut, Murray (1995) menyarankan untuk
memperhatikan konteks situasi, iaitu hubungan antara situasi dengan bahasa yang
digunakan.
Untuk kepentingan komunikasi itulah diperlukan peranan bahasa. Trudgil (1977)
mendedahkan bahawa bahasa tidak hanya sekadar sarana mengkomunikasikan suatu subjek,
namun lebih daripada itu untuk membangunkan dan menjaga hubungan dengan manusia.
Bahasa merupakan anugerah Allah SWT yang luar biasa , dan kepemilikan bahasa itulah
yang membezakan antara manusia dengan mahkluk ciptaan Allah yang lain. Kerana sifat
bahasa yang unik itulah yang mendorong para pakar bahasa mengadakan kajian tentang
bahasa dari pelbagai aspek yang tiada habisnya untuk sentiasa dikaji.
Pragmatik
Ada berbagai-bagai definisi pragmatik. Yule (1996) mendedahkan bahawa pragmatik itu
mengkaji makna kontekstual; bagaimana sesuatu itu lebih banyak yang dikomunikasikan
daripada apa yang sebenarnya diujarkan. Thomas (1995) seperti yang dipetik oleh
Gunarwan (2004) mengatakan bahawa pragmatik ialah kajian tentang makna dalam
interaksi. Biasanya, dalam pragmatik, istilah ujaran dipakai sebagai ganti ayat dengan
MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016) 39
Agus Hari Wibowo
alasan bahawa istilah ayat sudah terlanjur dipakai sebagai satuan dalam tatabahasa.
Tatabahasa berkaitan dengan kaedah penggunaan (rules of usage), sedangkan pragmatik
berkaitan dengan prinsip penggunaan dalam erti principle of use. Tuntasnya, perbezaan
antara tatabahasa (yang meliputi fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik) dengan
pragmatik berkisar pada perbezaaan antara kaedah dengan prinsip itu.
Dalam analisis bahasa, peranan pragmatik sangat diperlukan apabila kita menginginkan
hal yang lebih mendalam, lebih lengkap dan lebih sahih tentang perilaku bahasa manusia
(Mey, 1993: 7). Makna ujaran diperoleh tidak hanya daripada makna kalimat yang
diucapkan, tetapi lebih jauh boleh dimaknai secara lebih dengan melihat konteks yang
melingkupinya.
Seterusnya Mey (1993: 42) mengungkapkan bahawa pragmatik ialah the study of
conditions of human language uses as these are determined by the context of society.
Ertinya, pragmatik ialah sebuah kajian tentang keadaan penggunaan bahasa manusia
sebagaimana ditentukan oleh konteks masyarakat.
Prinsip Kesantunan
Leech (l983: 132) mengajukan maksim yang menjadi prinsip kesantunan kepada enam jenis:
1. Maksim kebijaksanaan (tact maxim): Minimumkan kos kepada pihak lain dan
maksimumkan manfaat kepada pihak lain (Minimize cost to other. Maximise
benefit to other)
2. Maksim kedermawanan (generosity maxim) : Minimumkan manfaat kepada
diri sendiri dan maksimumkan kos kepada diri sendiri (Minimize benefit to self.
Maximize cost to self)
3. Maksim penghargaan (Approbation maxim): Minimumkan celaan pada orang
lain dan maksimumkan pujian kepada orang lain (Minimize dispraise. Maximize
praise of other)
4. Maksim kerendahan hati (Modesty maxim): Minimumkan pujian tehadap diri
sendiri dan maksimumkan celaan terhadap diri sendiri (Minimize praise of self.
Maximize dispraise of self)
5. Maksim persetujuan (Agreement maxim ): Minimumkan ketidaksetujuan antara
diri sendiri dengan orang lain dan maksimumkan persetujuan antara diri sendiri
dengan orang lain (Minimize disagreement between self and other. Maximize
agreement between self and other)
6. Maksim simpati (Sympathy maxim): Minimumkan antipati antara diri sendiri
dengan orang lain dan maksimumkan simpati antara diri sendiri dengan orang
lain (Minimize antipathy between self and other. Maximize sympathy between
self and other)
40 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kes yang berlaku pada salah satu Perkumpulan Warga di
kampung Mojosongo, Bandar Surakarta. Fokus kajian adalah melihat fenomena penggunaan
maksim kesantunan Leech dalam ungkapan para partisipan dalam mesyuarat perkumpulan
warga. Data diperoleh pada beberapa mesyuarat perkumpulan warga pada 2015.
Mesyuarat perkumpulan warga berlangsung manakala ada agenda khas yang perlu
dibahas oleh pengurus Perkumpulan Warga atau disebut dengan Rukun Warga (RW)
dan pengurus Perkumpulan Tetangga atau disebut dengan Rukun Tetangga (RT). Dalam
mesyuarat biasanya diikuti oleh lebih kurang 15 orang partisipan yang terdiri daripada
pengurus RW dan pengurus RT, baik lelaki mahupun wanita.
Bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ialah bahasa Jawa dan bahasa Indonesia.
Sebenarnya, menurut peraturan pemerintah, bahasa yang digunakan dalam pertemuan rasmi
ialah bahasa Indonesia. Akan tetapi, dalam rangka menjaga kelestarian bahasa daerah,
dalam hal ini bahasa Jawa, mesyuarat pada tingkat perkumpulan warga juga menggunakan
bahasa Jawa. Oleh sebab itu, data kajian ini juga menyertakan bahasa Jawa sebagai salah
satu unsur penyokong kajian.
Data kajian ini diperoleh daripada 3 (tiga) mesyuarat yang berkaitan dengan agenda
pembahasan pemilihan calon ahli di lembaga kelurahan atau kepanitiaan pada peringkat
Rukun Warga :
1. Mesyuarat untuk memilih calon ahli dalam Lembaga Program Nasional
Pemberdayaan Masyarakat tingkat Kelurahan
2. Mesyuarat untuk memilih calon ahli dalam Lembaga Pemberdayaan Masyarakat
Kota (LPMK) tingkat Kelurahan
3. Mesyuarat untuk menjadi Ketua Penganjur Peringatan Kemerdekaan RI tingkat RW
Teknik pemerolehan data dilakukan melalui pemerhatian dan perakaman selama
berlangsung pertemuan mesyuarat. Selama mesyuarat, penulis memperhatikan dan mencatat
ungkapan para peserta mesyuarat ketika mereka menyampaikan pendapatnya. Ungkapan
yang dipilih ialah ungkapan yang berkaitan dengan penggunan maksim kesantunan Leech.
Setelah dirakam dan diklasifikasikan jenis maksim yang digunakan, langkah selanjutnya
adalah melihat lebih jauh maksud daripada ungkapan tersebut.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Merujuk kepada objektif kajian tentang penerapan maksim kesantunan serta makna
di sebalik ungkapan tersebut, berikut ini ialah hasil yang diperoleh daripada analisis
berdasarkan data yang ada.
1. Maksim Kebijaksanaan (tact maxim)
Prinsip dasar maksim kebijaksanaan dalam prinsip kesantunan adalah bahawa para
partisipan pertuturan berpegang kepada prinsip untuk selalu mengurangkan keuntungan
dirinya sendiri dan memaksimumkan keuntungan pihak lain dalam aktiviti bertutur,
sebagaimana dalam contoh:
MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016) 41
Agus Hari Wibowo
Partisipan A: “Pak, nanti berkasnnya saya hantarkan ke rumah Bapak “
Partisipan B: “Tidak usah repot-repot Pak.”
Konteks tuturan ini adalah berasal daripada mesyuarat tentang pemilihan Ketua
Penganjur Peringatan Kemerdekaan. Dalam tuturan tersebut, partisipan A berjanji akan
menghantarkan bahan ke rumah partisipan B. Partisipan A telah mengamalkan prinsip
maksim kebijaksanaan dengan cara memaksimumkan keuntungan kepada partisipan B.
Di sebalik peristiwa tersebut, partisipan A dengan senang hati memaksimkan keuntungan
kepada partisipan B kerana Partisipan A berasa beruntung tidak terpilih sebagai ketua
penganjur. Sebagai kompensasinya beliau secara sukarela membawakan bahan kepada
partisipan B.
2. Maksim Kedermawanan (generousity maxim)
Maksim kedermawanan atau maksim kemurahan hati bermakna bahawa untuk memberikan
penghormatan kepada orang lain, penutur dapat mengurangkan keuntungan bagi
dirinya sendiri dan memaksimumkan keuntungan bagi pihak lain. Penerapan maksim
kedermawanan dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.
Partisipan A: “Kalau Bapak menjadi Ketua, nanti saya siap untuk membantu
dan diperintah Apapun oleh ketua.”
Partisipan B: “Betul Pak, Bapak memerlukan apa, nanti kita akan siap “
Partisipan C: “ Baiklah kalau disepakati saya setuju.”
Konteks tuturan tersebut ialah Mesyuarat pemilihan Ketua Penganjur Peringatan Hari
Kemerdekaan RI. Partisipan A memberikan penghormatan kepada partisipan C. Sama
halnya, partisipan B turut memberikan sokongan dan siap membantu kepada partisipan C.
Dilihat daripada ungkapan yang disampaikan, partisipan B memaksimumkan keuntungan
bagi partisipan C, iaitu hak untuk memberikan perintah apabila bersedia menjadi Ketua
Penganjur. Partisipan B juga mengurangkan keuntungan bagi dirinya, iaitu bersedia
membantu dan siap untuk diperintah dalam kepanitiaan. Dari sini boleh disimpulkan
bahawa partisipan A dan B telah menerapkan maksim kedermawanan, iaitu, bersedia
membantu dan siap diperintah. Namun demikian, di sebalik ungkapan kedermawanan
tersebut, partisipan A dan B berharap mereka terhindar dari kemungkinan dipilih menjadi
Ketua Penganjur. Dengan perkataan lain, penerapan maksim penghargaaan digunakan
untuk menghindarkan diri dari tugas yang akan diberikan.
3. Maksim Penghargaan (approbation maxim)
Maksim penghargaan menegaskan bahawa seorang penutur akan dapat dianggap santun
apabila dalam bertutur selalu berusaha memberikan penghargaan kepada pihak lain,
dengan tidak saling mengejek, atau saling merendahkan pihak lain. Penutur yang sering
merendahkan peserta tutur lain dalam kegiatan bertutur akan dikatakan sebagai orang yang
tidak sopan dan tidak menghargai orang lain. Pelaksanaan maksim penghargaan dapat
dilihat pada contoh berikut ini:
42 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi
Partisipan A: “Ibu lebih cocok menjadi ahli di LPMK .”
Partisipan B: “Mengapa harus saya.”
Partisipan A: “ Kerana Ibu memiliki kemampuan, pengalaman, berorganisasi,
dan terlebih lagi lembaga memprioritaskan perempuan.”
Konteks tuturan tersebut ialah mesyuarat untuk memilih calon ahli di lembaga LPMK.
Partisipan A menggunakan maksim penghargaan dengan menunjukkan kelebihan dan
pujian yang dimiliki partisipan B. Dengan perkataan lain, Partisipan A telah secara santun
menerapkan prinsip maksim penghargaan kepada partisipan B. Namun demikian, di sebalik
ungkapan santun berupa maksim penghargaan, partisipan A mempunyai rencana yang
tidak tampak, iaitu menghindarkan diri untuk dipilih sebagai calon ahli LPMK daripada
unsur RW.
4. Maksim Kesederhanaan(modesty maxim)
Dalam maksim kesederhanaan atau maksim kerendahan hati, peserta tutur diharapkan dapat
bersikap rendah hati dengan cara mengurangkan pujian terhadap dirinya sendiri. Orang
akan dikatakan sombong dan congkak hati jika dalam kegiatan bertutur selalu memuji
dan mengunggulkan dirinya sendiri. Pelaksanaan maksim kesederhanaan atau maksim
kerendahan hati dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.
Partisipan A: “Nanti Bapak menjadi wakil PNMP ya.”
Partisipan B: “Waduh, apa saya mampu ya”
Dalam contoh di atas, partisipan B tidak menjawab dengan: “Iya jelas saya, siapa
lagi kalau bukan saya.” yang menunjukkan kesombongan, namun mengurangkan pujian
terhadap dirinya sendiri dengan menjawab dengan, “ Waduh, saya apa mampu ya.” Ada
dua kemungkinan makna di sebalik ungkapan tersebut. Pertama, partisipan masih berharap
untuk tidak dipilih, dan yang kedua, partisipan telah menunjukkan rasa santunnya dengan
mengamalkan maksim kerendahan hati.
5. Maksim Kesepakatan (Agreement Maxim)
Maksim ini menekankan bahawa para peserta tutur dapat saling membina
keserasian atau kemufakatan dalam kegiatan bertutur. Apabila dicapai
kesepakatan antara diri penutur dengan rakan kongsi tutur dalam kegiatan
bertutur, masing-masing mereka boleh dikatakan bersikap santun. Pelaksanaan
maksim kesepakatan dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.
Partisipan A: “Bagaimana kalau Bapak D kita angkat sebagai Ketua
Penganjur Peringakatan HUT Kemerdekaan RI?”
Partisipan B: ‘Setuju Pak, beliau memang orang yang tepat.’
Partisipan C: Baik Pak, kalau memang ditugasi, Insyaaallah kami laksanakan”.
MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016) 43
Agus Hari Wibowo
Konteks pertuturan ini ialah kesepakatan penunjukan Ketua Penganjur Peringatan
Kemerdekaan RI. Mengapa partisipan B dan C setuju. Di samping mengamalkan maksim
permufakatan, partisipan B dan C akan terbebas daripada kemungkinan terpilih sebagai
ketua penganjur peringatan.
6. Maksim Kesimpatian(Sympathy Maxim)
Dalam maksim kesimpatian, partisipan dapat memaksimumkan sikap simpati kepada
pihak lain. Apabila mitra tutur memperoleh kejayaan atau kebahagiaan, penutur sebaiknya
memberikan ucapan tahniah. Sebaliknya, apabila mitra tutur mendapat kesusahan, atau
musibah penutur perlu menyampaikan ungkapan kesedihan sebagai tanda bentuk rasa
simpati. Sikap antipati terhadap salah satu peserta tutur akan dianggap tindakan tidak
santun. Pelaksanaan maksim kesimpatian dapat dilihat pada contoh tuturan berikut ini.
Partisipan A: “Mohon maaf, untuk menjadi ahli LPMK nampaknya berat bagi
saya. Pertama, tugas saya sebagai pegawai kerajaan sangat menyita waktu
saya. Di samping itu saya sekarang sedang menempuh sekolah S1 .”
Partisipan B: “ Pak Ketua, kita memahami memahami kesibukan Bapak “A”,
mohon beliau tidak dibebani menjadi calon ahli LPMK”
Partisipan C: “Baik kalau keadaan seperti itu, kita tidak menugaskan Bapak
‘A’ sebagai caloh ahli LPMK”
Pada konteks pertuturan tersebut, partisipan B menyampaikan rasa simpati berkaitan
beban yang harus ditanggung oleh partisipan A. Boleh dikatakan bahawa partisipan B telah
mengamalkan prinsip maksim kesimpatian. Walau bagaimanapun, sebenarnya ungkapan
daripada partisipan A menunjukkan bahawa beliau menghindarkan diri daripada amanah
tugas yang mungkin akan dibebankan kepada beliau.
IMPLIKASI
Dalam subbahagian dapatan dan perbincangan, boleh ditarik kesimpulan sementara
bahawa para partisipan dalam mesyuarat perkumpulan warga telah mengamalkan prinsip
kesantunan yang diwujudkan dalam pelbagai maksim kesantunan. Para penutur atau
partisipan lebih sering menunjukkan kerendahan dirinya dan lebih memberikan penilaian
yang tinggi kepada mitra tuturnya.
Fenomena merendahkan diri dalam komunikasi ternyata tidak hanya berlaku pada
waktu mesyuarat, melainkan juga berlaku pada konteks situasi yang berbeza. Pada acara
hajatan warga, misalnya aqiqah atau majlis perkahwinan, seorang pemuka agama dalam
memberikan nasihat kepada mempelai atau kepada tuan rumah juga seringkali mengamalkan
prinsip kesantunan ini. Beliau akan menyampaikan ungkapan yang mengangkat tinggi tuan
rumah dan merendahkan dirinya.
Contoh: Kula wonten mriki punika awit dipun dhawuhi dening Bapak…. Amargi dipun
dhawuhi kula wonten saged suwala namun sendika dhawuh (Bahasa Jawa). (Saya hadir
di sini karena disuruh oleh Bapak…. Kerana disuruh, saya tidak boleh menolak, selalu
siap sedia). Konteks ujaran tersebut berlaku umum meskipun tuan rumah rumah secara
44 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi
strata sosial boleh di atas mahupun di bawah strata sosial penceramah agama. Hal ini
menunjukkan bahawa penceramah agama memiliki kompetensi komunikasi yang tinggi
dengan menerapkan prinsip kesantunan sebagaimana dibahas.
Sebagai tambahan, indikator perwujudan bentuk kesantunan ialah ketidaklangsungan
(indirectness) (Gibbon, 2009). Ungkapan yang disampaikan secara tidak langsung
menunjukkan rasa santun dalam bertutur, semakin tidak langsung, semakin santun
tuturan tersebut. Hanya diperlukan kemampuan yang lebih untuk dapat memahami
ketidaklangsungan tersebut.
KESIMPULAN
Berdasarkan daripada huraian di atas, ada beberapa hal yang boleh ditarik sebagai
kesimpulan.
1. Maksim kesantunan Leech dalam bentuk Maksim kebijaksanaan, Maksim
kedermawanan, Maksim penghargaan, Maksim kerendahanan hati, Maksim
persetujuan, Maksim kesimpatian telah diamalkan oleh para partisipan dalam
mesyuarat Perkumpulan Warga.
2. Selain memenuhi kriteria maksim kesantunan, ada maksud yang tersirat daripada
ujaran tersebut. Para partisipan berusaha menghindarkan diri daripada tugas yang
harus dilaksanakan. Usaha untuk menghindar tersebut didasarkan atas keengganan
untuk melaksanakan tugas tersebut oleh sebab para partisipan sudah memiliki tugas
pekerjaan lain yang menjadi kewajipan utamanya, kerana pada asasnya pengurus
Rukun Warga dan Rukun Tetangga merupakan tugas sosial dalam masyarakat.
Perlu ditambahkan di sini bahawa, prinsip kesantunan sebagaimana telah dibahas
dilandasi oleh sikap mental masyarakat Jawa, iaitu pilosofi “KURMAT” (rukun dan
hormat). Masyarakat Jawa cenderung untuk mengkompromikan hal yang perlu dirembuk
dalam rangka menjaga kerukunan. Di samping rukun, masyarakat Jawa juga menjunjung
tinggi prinsip saling menghormati orang lain yang secara linguistik diwujudkan dalam
strata bahasa Jawa.
Sebagai akhir pembahasan, kertas kerja ini bersifat kajian kes yang berlaku pada
waktu mesyuarat di kampung tempat tinggal penulis. Oleh sebab itu, kesimpulan tidak
berlaku pada situasi masa dan tempat yang berbeza. Di samping itu, data diperoleh melalui
pemerhatian dan perakaman yang tidak berlaku sebagaimana penyelidikan yang dilakukan
secara rinci.
BIBLIOGRAFI
Gibbons, J. (2008). Mitigation on the minibus politeness as variable. Journal of Asian Pacific Communication,
18 (2), 157-165.
Gunarwan, A. (2004). Pragmatik, kebudayaan, dan pengajaran bahasa. Kertas kerja yang dibentangkan di
seminar Pragmatik di Universitas Sebelas Maret, Surakarta.
Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. Essex: Longman.
Mey, J. L. (1993). Pragmatics: An introduction. Oxford: Blackwell.
MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016) 45
Agus Hari Wibowo
Murray, D. E. (1995).Knowledge machine: Language and information in a technological society. New York:
Longman
Rahardi, R. K. (2005). Pragmatik, kesantunan imperatif bahasa Indonesia. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Thomas, J. (1995). Meaning in interaction. New York: Longman.
Trudgil, P. (1977). Sociolinguistics: An introduction to language and society. Harmonsword: Pelican.
Wibowo, A. H. (2006). “Strategi Menyusun Dialog yang Efektif untuk Siaran Pedesaan RRI Surakarta”
proceeding Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya (KOLITA), Jakarta.
Wilson, S. L. (1995). Mass Media/Mass Culture: An introduction. New York: McGraw-Hill
Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
46 MAHAWANGSA 3 (1): 37 - 46 (2016)
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20
Hingga Kini
Norhafiza Alias1*, Adi Yasran Abdul Aziz1 dan Wan Muhammad Wan Sulong2
1Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
2Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,
Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Sistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan
Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda
baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan
tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah
sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan
Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini
akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III
(SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-
Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-
Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM)
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi
Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad
ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III
telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah
asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan
ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini
menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya
dan tidak perlu diubah lagi.
Kata kunci: Tulisan Jawi, ejaan Tradisi, manuskrip, bahasa Melayu, surat Sultan Zainal Abidin III
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Norhafiza Alias), [email protected](Adi Yasran Abdul Aziz),
[email protected] (Wan Muhammad Wan Sulong)
*Penulis penghubung
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
The Evolution of the Traditional Jawi Spelling System of the 20th
Century till Present
ABSTRACT
The traditional Jawi spelling system is an old spelling system that cannot be classified into the
common spelling or spelling according to the rules. This spelling system is based on the use of
diacritical symbols although no symbols are placed. Mastering the tradition Jawi spelling system
is of utmost importance as it is abundantly used in the classical Malay manuscripts. Although the
study of the Jawi spelling system is now new, previous studies have not explored the evolution of
the tradition Jawi spelling system of the 20th
century until now. Therefore, to fill in this gap, this
study will explain the traditional Jawi spelling system used in the letters of Sultan Zainal Abidin
III (SSZA III) written in the early 20th
century and make a comparison with Wilkinson Jawi-
Malay-Inggeris-Dictonary (Wilkinson Dictionary). This study will also discuss its evolution
based on Za’ba Rumi-Jawi Glossary (Za’ba’s Jawi Spelling) and the Malay Glossary: Rumi
Pronunciation-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Wilkinson Dictionary represents the
Jawi spelling system of the mid-20th
century; Za’ba Jawi spelling system at the end of the 20th
century until now. The comparative analysis method was used in this study. Jawi spelling in
SSZA III was used as a basis of comparison as these letters are the only original manuscripts in
handwriting. The results of this study show that the words used in the traditional Jawi seplling
found in SSZA III were mostly used until today. This shows that the traditional Jawi spelling
system is well-establised and does not require any changes.
Keywords: Jawi writing system, traditional spelling, manuscripts, Malay language, letters of Sultan Zainal Abidin III
PENGENALAN
Sistem ejaan Jawi yang berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan berlaku
penambahbaikan dalam sistem ejaan Jawi terkini. Sehingga kini, buku Daftar Kata Bahasa
Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua, (DKBM) yang diterbitkan pada tahun 2008,
didapati masih mengalami perubahan dari segi ejaannya, terutama ejaan vokal. Hal ini
berlaku kerana terdapat dua sistem ejaan bagi bunyi vokal, iaitu ejaan yang menggunakan
huruf vokal (sistem pengabjadan vokal) dan ejaan yang tidak menggunakan huruf vokal
(sistem baris). Bagi menyelesaikan masalah ini, prinsip ejaan Jawi Za’ba masih digunakan
sehingga sekarang, iaitu prinsip ekonomi (menggunakan huruf yang minimum), kepastian
(mudah dibaca) dan ramai pengguna (Mohd Hussein, 2002).
Menurut Khazriyati (2012), pada masa kini Jawi boleh dianggap sebagai satu tulisan
yang semakin dipinggirkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia (Utusan Malaysia,
15 Januari, 2011; Mahpol, 2002). Ekoran daripada itu, tulisan Jawi ini jarang digunakan
malahan ada sesetengah masyarakat Melayu yang memang buta Jawi. Oleh sebab itu, kajian
tentang sistem ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu agak kurang dilakukan oleh pengkaji
dewasa ini, terutamanya dalam surat raja-raja Melayu. Walaupun ada kajian yang dilakukan
antaranya Hashim Musa (2006) yang membuat kajian tentang sejarah perkembangan dan
pemvokalan tulisan Jawi dalam surat raja-raja Melayu, kitab dan hikayat, namun kajian
48 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
ini tidak menyatakan tentang perkembangan sistem ejaan Jawi dalam SSZA III yang
dianggap mewakili sebahagian daripada ejaan Jawi awal abad ke-20. Menyedari hakikat
ini, kajian ini akan membincangkan secara rinci tentang sistem ejaan Jawi yang terdapat
dalam manuskrip Surat Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu yang memerintah
pada tahun 1881 hingga 1918 (Mohamed Anwar, 2011).
Surat Sultan Zainal Abidin III ini merupakan surat rasmi yang asal dan bukan salinan.
Ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Surat Sultan Zainal Abidin III ini
menjadi bukti kepada kerajaan negeri Terengganu yang bertamadun dan berdaulat. Hal ini
berbeza dengan manuskrip dalam bentuk kitab kerana sistem ejaan Jawi yang digunakan di
dalam kitab tidak terikat dengan sistem ejaan tertentu kerana sistem ejaannya ditentukan
sendiri oleh pengarang atau penyalin. Sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam kitab juga
tidak melibatkan kepentingan sesebuah negeri malahan hanya mewakili pihak individu
sahaja. Justeru, SSZA III ini sangat sesuai dijadikan bahan kajian kerana ia mewakili cara
penulisan dan ejaan yang digunakan oleh kerajaan Terengganu pada awal abad ke- 20.
Surat Sultan Zainal Abidin III ini telah diperolehi daripada arkib Malaysia cawangan
negeri Terengganu. Oleh itu sebanyak sembilan pucuk surat Sultan Zainal Abidin III
telah dipilih secara rawak bagi membuat analisis terhadap sistem ejaan Jawinya. Setelah
dianalisis, didapati Surat Sultan Zainal Abidin III ini belum lagi ditransliterasikan
sepenuhnya dalam tulisan Rumi. Justeru itu, ini mendorong pengkaji untuk melakukan
kajian terhadap Surat Sultan Zainal Abidin III.
Pada pengamatan pengkaji, SSZA III ini mengandungi gaya penulisan dan sistem
ejaannya yang tersendiri. Oleh itu, usaha untuk mentransliterasikan SSZA III daripada
Jawi kepada Rumi telah dibuat bagi memudahkan kajian dilakukan. Hasil transliterasi
yang dibuat, didapati masih banyak ejaan Tradisi digunakan. Oleh itu, pengkaji akan
membuat analisis tentang sistem ejaan Jawi Tradisi yang digunakan dalam SSZA III. Oleh
sebab pada awal abad ke-20 didapati tiada panduan khusus yang boleh dijadikan pedoman
bagi sistem ejaan Jawi, maka kajian ini akan menganalisis sistem ejaan Jawi pada zaman
tersebut berdasarkan SSZA III dan perbandingannya dengan ejaan Jawi Wilkinson serta
perkembangannya berdasarkan Za’ba dan DKBM.
EJAAN TRADISI
Ejaan Tradisi ialah sistem ejaan yang berasaskan penggunaan sistem baris, tidak kira
sama ada tanda baris itu diletakkan atau tidak diletakkan, dan tidak diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum (Adi Yasran, 2010). Menurut Za’ba
perkataan-perkataan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama perkataan yang
sudah tetap ejaannya mengikut peraturan-peraturan ejaan Jawi, iaitu wajib dieja mengikut
peraturan yang dinyatakan contohnya kaedah baris seperti perkataan segala dieja لݢس
dan kaedah saksi/vokal seperti perkataan jatuh dieja جاتوه. Kedua perkataan yang tidak
ada peraturan, iaitu yang terkecuali daripada mengikut peraturan ejaan Jawi kerana tidak
ada pihak yang menetapkan peraturan pada sistem ejaan Jawi tersebut. Peraturan ejaan
Jawi yang dimaksudkan ialah peraturan yang menetapkan ejaan Jawi yang terdiri daripada
dua kaedah iaitu kaedah saksi dan kaedah baris. Namun begitu, tidak semua perkataan
Melayu mengikut ketetapan peraturan tersebut, kerana adanya beberapa kekecualian dan
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 49
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
ada sesetengah perkataannya yang belum diklasifikasikan daripada mana-mana peraturan
(Asmah, 2009).
Menurut Za’ba dalam Asmah 2009 lagi, ejaan yang terkecuali daripada peraturan ejaan
Jawi ialah ‘Ejaan Tua’ yang sudah tetap dan mantap atas rupa asal, dan tidak boleh diubah
walaupun bertentangan dengan peraturan ejaan Jawi sekarang ini. Ejaan Tua ialah ejaan
yang tidak mengikut mana-mana sistem ejaan kerana penggunaannya sudah mantap dan
difahami semua pengguna. Berdasarkan penerangan Za’ba dapat dirumuskan ejaan Tua ini
hampir sama dengan ejaan Tradisi kerana pengekalan ejaan yang tidak diubah dan sudah
mantap. Antara ‘ejaan Tua’ yang dinyatakan oleh Za’ba adalah seperti pada Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Contoh Perkataan yang Dinyatakan Sebagai Ejaan Tua
Ejaan Jawi Rumi Jawi Rumi
dia يد dan ناد
suatu تاوس itu تيا
oleh هلوا ini نيا
boleh هلوب maka كم
segala لݢس pada دڤ
تتلک kepada دڤک tatkala
apakala لکڤا daripada دڤرد
apabila ليبڤا jika كج
bermula لومرب jikalau ولکج
pula لوڤ seperti ترڤس
hingga ݢڠيه serta ترس
kemudian نيدمک ia يا
kurnia اينرک demikian نيکمد
anugerah هرݢنا mudah-mudahan نهدمهدم
sempurna نرڤمس melainkan نکنيلم
امٴنيس hulubalang ڠلابله manusia - baginda ادنݢب
Kesemua perkataan di atas sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah lagi kerana
kebanyakan masyarakat menulisnya dengan ejaan yang sedemikian dari dulu hingga
sekarang. Tambahan pula, hal tersebut tidak menimbulkan kesukaran kepada masyarakat
kerana masyarakat sudah kenal dan tahu untuk membacanya (Asmah, 2009). Oleh itu,
secara prinsipnya Ejaan Tradisi dan Ejaan Tua adalah sama, iaitu menggunakan sistem
baris sekurang-kurangnya pada satu suku katanya kecuali perkataan ‘dan’. Perkataan
ini merupakan satu-satunya contoh perkataan yang mengandungi satu suku kata sahaja.
Walaupun ejaan ‘Tua’, namun perkataan ‘dan’ boleh dikategorikan sebagai kekecualian
ejaan Lazim seperti kata ekasuku yang bermula dengan wau seperti ‘wang’, ‘wau’, ‘wan’,
‘wak’ dan sebagainya.
Namun begitu, kata beza yang dieja اذيب dan milik yang dieja قيليم tidak pula dianggap
sebagai ejaan Tradisi walaupun ejaan tersebut telah dikecualikan sekian lama kerana
50 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
pengekalan ejaan tersebut hanya melibatkan huruf konsonan sahaja. Perbezaan sistem ejaan
konsonan perlu dibincangkan secara berasingan berdasarkan sumber kata tersebut. Dalam
hal ini, perkataan ‘beza’ bolehlah dianggap sebagai perkataan Melayu yang menerima
pengaruh Arab, manakala perkataan ‘milik’ pula ialah kata serapan Arab yang menerima
pengaruh Melayu.
EJAAN YANG DIKEKALKAN
Ejaan kekal ialah ejaan Tradisi yang masih dikekalkan sehingga sekarang ini atas sebab-
sebab tertentu. Mohd Hussein (2002), menyatakan bahawa Za’ba merumuskan dalam
sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:
i. Ekonomi
Ejaan yang menggunakan seminimum bilangan huruf.
ii. Kepastian
Jika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan maka hendaklah diubah suai
ejaannya supaya mengurangkan kesamaran.
iii. Ramai pengguna
Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunaannya serta tidak
menimbulkan sebarang kesamaran sebutan, maka boleh guna dipakai kedua-dua
ejaan tersebut terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan.
Maksud prinsip ekonomi di atas ialah ejaan yang pada asalnya menggunakan kaedah
baris dan dikekalkan penggunaannya tanpa baris serta tidak pula menimbulkan kesukaran
sebutan, seperti ejaan Jawi untuk perkataan ‘maka’, ‘pada’, ‘kepada’, ‘daripada’, dan
lain-lain. Prinsip kepastian pula bermaksud jika sesuatu ejaan yang menggunakan kaedah
baris itu mengelirukan, maka ia diberikan huruf saksi/vokal supaya lebih jelas bunyinya.
Manakala yang dimaksudkan dengan prinsip ramai pengguna pula ialah pendirian Za’ba
untuk menerima ejaan kebiasaan yang lazim walaupun tidak selaras dengan sistem.
Pendirian itu dinyatakan oleh Za’ba (1949, 12) seperti berikut:
“Mana ejaan yang lebih ramai orang menulisnya itulah yang lebih betul;
yang kurang ramai itu betul juga tetapi kurang- iaitu sekadar mana kurang
ramainya sekadar itulah pula kurang betulnya. Akhirnya anak cucu kita yang
kemudian akan tetap sendiri mengikut pihak yang lebih ramai itu. Maka pada
masa itu kelak itulah yang betul, yang lain-lain salah.”
Za’ba juga menyatakan bahawa ejaan Jawi yang sudah tetap dan telah lama digunakan
oleh orang ramai tidak perlu diubah lagi. Ia harus diikuti oleh para pembina bahasa sekarang
ini, baik dari segi ejaan mahupun mana-mana aspek bahasa yang lain.
Berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996), terdapat 16 senarai perkataan
yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan tulisan Jawi sepertimana pada
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 51
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
Jadual 2, iaitu:
Jadual 2
Senarai Contoh Perkataan yang Dikecualikan daripada Aturan
Pengejaan Tulisan Jawi
Bil. Rumi Jawi 1. ada دا 2. apa ڤا 3. beta تيب 4. bin نب 5. binti تيب 6. dari يرد 7. daripada ردڤد 8. ia يا 9. ini نيا
10. itu تيا 11. jika کج 12. kepada دڤك 13. kita تيك 14. lima ميل 15. maka کم 16. pada ڤد
Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi Edisi Kedua 2008 (DKBM)
pula, terdapat 15 contoh perkataan yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan
tulisan Jawi. Lihat contoh pada Jadual 3 di bawah:
Jadual 3
Contoh Perkataan yang Dikecualikan dalam Pengejaan Tulisan Jawi
Bil. Rumi Jawi
1. ada دا 2. apa ڤا 3. beta تيب 4. dari يرد 5. daripada ردڤد 6. ia يا 7. ini نيا 8. itu تيا 9. jika کج
10. kepada دڤك 11. kita تيك
12. lima ميل
52 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
13. maka کم 14. pada ڤد 15. demikian نيكمد
Jika dilihat pada PEJYD dan DKBM istilah yang digunakan adalah bukan ‘ejaan
Tradisi’ tetapi perkataan yang dikecualikan daripada beberapa aturan pengejaan tulisan
Jawi. Walaupun tidak dinamakan ejaan Tradisi, namun sebagai menggantikan istilah ejaan
Tua Za’ba dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, istilah ejaan Tradisi
telah digunakan secara meluas termasuklah dalam kajian ini.
Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi 2008 (DKBM) merupakan hasil
penambahbaikan daripada DKBM (2006). Jika dilihat pada Jadual 2 dan 3 telah berlaku
penambahan perkataan demikian dalam DKBM (2008), namun masih ada lagi perkataan
yang tidak disenaraikan tetapi patut disenaraikan seperti iaitu, manusia, manusiawi,
dia, syurga dan di. Perkataan bin dan binti pula perlu dikeluarkan daripada senarai ejaan
Tradisi kerana tidak memenuhi syarat kata Melayu jati dan perkataan tersebut merupakan
kata bahasa Arab begitu juga perkataan apa yang dieja ڤا dan ada yang dieja اد perlu
dikeluarkan dalam senarai ejaan Tradisi kerana perkataan apa termasuk dalam Hukum Luar
Derlung manakala ada termasuk dalam Hukum Derlung. Berikut adalah Jadual 4 yang
menyenaraikan perkataan yang patut dikekalkan dan diklasifikasikan dalam Ejaan Tradisi.
Jadual 4
Ejaan Tradisi yang Dikekalkan
Bil. Rumi Jawi 1. beta تيب 2. syurga ݢرش 3. di د 4. dia يد 5. dari يرد 6. daripada ردڤد 7. ia يا 8. ini نيا 9. itu تيا
10. jika کج 11. kepada دڤك 12. kita تيك 13. lima ميل 14. maka کم 15. pada ڤد 16. demikian نيكمد 17. manusia يسنءام 18. manusiawi يوايسنءام 19. iaitu تيءاي
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 53
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
Walau bagaimanapun, jika didapati ada lagi ejaan berasaskan penggunaan sistem baris,
tidak kira sama ada tanda baris itu diletakkan atau tidak diletakkan dan terkecuali daripada
ejaan Lazim serta ejaan Mengikut Hukum maka ejaan sedemikian juga boleh dianggap
sebagai ejaan Tradisi dengan syarat ia ialah ejaan lama. Oleh yang demikian, berdasarkan
analisis yang dibuat terdapat 12 perkataan ejaan Tradisi yang dikekalkan dalam SSZA
III. Berikut adalah Jadual 5 yang menyenaraikan Ejaan Tradisi yang dikekalkan dalam
SSZA III:
Jadual 5
Ejaan Tradisi yang Dikekalkan dalam SSZA III
Bil. Rumi Jawi 1. beta تيب 2. dari يرد 3. daripada ردڤد 4. ini نيا 5. itu تيا 6. jika کج 7. kepada دڤك 8. maka کم 9. pada ڤد
10. demikian نيكمد 11. iaitu تيءاي 12. di د
Seterusnya, berdasarkan SSZA III yang dianalisis, pengkaji mendapati bahawa ada
perkataan yang dieja dengan sistem Ejaan Tradisi tetapi kini telah berubah kepada Ejaan
Lazim dan Ejaan Mengikut Hukum dalam sistem ejaan DKBM.
EJAAN YANG BERUBAH
Ejaan yang berubah ialah ejaan asalnya ejaan Tradisi, tetapi telah berubah menjadi ejaan
Lazim atau Mengikut Hukum.
Perubahan Ejaan Tradisi Kepada Ejaan Lazim
Perubahan ejaan Tradisi kepada ejaan Lazim berlaku apabila huruf vokal ditambah ke
dalam ejaan Tradisi yang menjadikannya ejaan Lazim.
Berdasarkan SSZA III, berikut adalah contoh-contoh perkataan yang dieja mengikut
ejaan Tradisi tetapi telah berubah menjadi ejaan Lazim dalam DKBM.
54 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
Jadual 6
Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Lazim
Bil. Rumi SSZA III Wilkinson Za’ba DKBM 1. jajahan نهجاج نهاجج هجاج نهاجج 2. ke hadapan نڤداه ڤداه ڤداه نفدهک 3. mulia ايلوم ايلم ايلم ايلم 4. buah هاوب هاوب هوب هوب 5. satu وتاس وتاس وتاس ةاس 6. dan ناد ناد ناد ناد 7. suatu وتاوس وتاوس تاوس ةاوس 8. buah هاوب هاوب هوب هوب 9. perintahan ڤهتنر نهاتنرف هتنيرڤ نهاتنيرڤ
10. serta اترس ترس ترس ةرس 11. selama-lamanya املس٢ڽ ملاس \ املس ملا املاس 12. melainkan م ٴلانکني نکنيلم نکنيءلام نکنيلم 13. cinta تنيچ\ تنچ اتچ اتنچ اتنيچ 14. kebajikan نقيجابک - - نکجبک 15. beroleh هيلوارب هلورب - هلورب 16. mudah-mudahan ادم٢نه دومه نهادوم/ هدوم هدوم-نهدوم 17. menyatakan نکاتاڽم نکاتڽم تاڽ نکاتڽم 18. berdukacita کودرب هلاتيچ اتيچاکودرب اتيچکود کود 19. keluar راولک راولک رولک رولك 20. pinjam مجنيڤ مجنيڤ مجنڤ مجنف 21. kena انک انک انک نك 22. berjumpa بافمجر اڤمج / اڤموج ڤمج اڤموجرب
Berdasarkan Jadual 6, ternyata ejaan Tradisi yang digunakan bagi mengeja perkataan
dalam SSZA III ini ada yang mengalami perubahan ejaan. Begitu juga ejaan dalam Kamus
Wilkinson dan Za’ba yang turut mengalami perubahan. Perubahan ini berlaku kerana ejaan
lama yang menggunakan sistem baris seperti perkataan dalam Jadual 6 telah ditambah
dengan huruf saksi/vokal sama ada huruf alif (ا), wau (و) ataupun ya (ي) dalam DKBM.
Walau bagaimanapun, masih banyak ejaannya yang terus kekal dengan ejaan yang sama
sehingga hari ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa masih ada kesinambungan antara
keempat-empat sistem ejaan tersebut.
Seterusnya, jika dilihat pada sistem ejaan yang digunakan dalam SSZA III, terdapat
suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang tidak diletakkan lambang saksi/vokal
kerana penulisnya telah mengeja mengikut sistem baris yang telah diguna pakai oleh ramai
pengguna dan sudah difahami oleh masyarakat pada masa itu. Namun begitu, perubahan
ejaan telah berlaku terhadap beberapa perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana, sistem
ejaan yang digunakan dalam DKBM telah menambah vokal pada semua suku kata terbuka
mahupun suku kata tertutup kecuali pada bunyi vokal e pepet di tengah kata, bunyi /a/
dalam suku kata tertutup kecuali jika berlaku homograf, bunyi /a/ dalam suku kata yang
bermula dengan wau seperti kata wau yang dieja ووا dan pada perkataan dan yang dieja دنا .
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 55
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
Dalam SSZA III, contoh perubahan daripada ejaan Tradisi kepada ejaan Lazim boleh
dilihat pada perkataan kena. Vokal alif tidak diletakkan pada suku kata akhir terbuka
perkataan kena (نك) kerana suku kata tersebut masih menggunakan sistem baris dan
ejaan tersebut tidak boleh diklasifikasikan dalam ejaan Lazim ataupun ejaan Mengikut
Hukum. Oleh sebab itu, ejaan yang digunakan dalam SSZA III diklasifikasikan dalam
jenis ejaan Tradisi. Penggunaan sistem ejaan Tradisi ini menimbulkan dua sebutan sama
ada kan atau ken. Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan maka huruf alif telah ditambah
pada suku kata akhir terbuka kena. Dengan itu, perkataan kena telah dieja dengan انک dan
menyebabkan ia berubah menjadi ejaan Lazim. Ejaan انک telah digunakan sejak zaman
ejaan Kamus Wilkinson dan ejaan Jawi Za’ba lagi dan diteruskan penggunaannya dalam
DKBM. Ejaan ini mematuhi prinsip ejaan Jawi Za’ba, iaitu prinsip kepastian. Prinsip ini
digunakan apabila ada ejaan yang menimbulkan kesamaran kepada pengguna dan ejaannya
perlu diubah bagi mengelakkan kekeliruan sebutan dan maknanya. Oleh sebab itu, ejaan
.dikekalkan sehingga sekarang dan diguna pakai oleh semua masyarakat انک
Penambahan vokal ya pula boleh dilihat pada perkataan pinjam. Perkataan pinjam yang
dieja مجنف telah digunakan dalam SSZA III dan Wilkinson. Hal ini menunjukkan ejaan dalam
SSZA III dan ejaan Kamus Wilkinson masih menggunakan ejaan lama iaitu, ejaan sistem
baris yang penggunaannya masih difahami oleh masyarakat pembaca Jawi pada zaman itu.
Pada ejaan Jawi Za’ba dan DKBM penambahan huruf vokal ya telah berlaku pada suku kata
awal tertutup yang dieja مجنيڤ bagi menggantikan sistem baris bawah yang telah dihilangkan
lambangnya. Perubahan ejaan yang berlaku dalam ejaan Jawi Za’ba dan DKBM dapat
membantu generasi sekarang yang kurang mahir membaca Jawi untuk membaca perkataan
tersebut dengan betul. Selanjutnya, penggunaan vokal wau bagi menggantikan sistem baris
depan pula terdapat pada perkataan satu. Dalam SSZA III, penulis telah mengejanya dengan
ساة yang masih ada pengaruh penulisan bahasa Arab. Namun dalam ejaan Kamus Wilkinson,
ejaan Jawi Za’ba dan DKBM ia telah dieja dengan وتاس. Ini bermakna ejaan dalam SSZA
III menggunakan ejaannya sendiri dan tidak mengikut mana-mana ejaan walaupun pada
ejaan Kamus Wilkinson sudah memakai huruf ta maftuhah (ت) yang diikuti oleh wau. Vokal
wau ditambah bagi menggantikan sistem baris depan. Penambahan vokal wau dalam suku
kata akhir terbuka itu telah menjadikannya sebagai ejaan lazim.
Dalam SSZA III, perkataan jajahan telah dieja نهاجج sama seperti ejaan Jawi Za’ba,
manakala dalam ejaan Kamus Wilkinson perkataan tersebut dieja mengikut kata dasar
jajah yang dieja هجاج. Hal ini menunjukkan ejaan Jawi Za’ba telah mengikuti sistem ejaan
dalam SSZA III yang meletakkan vokal alif pada suku kata kedua walaupun vokal alif
pada suku kata kedua itu digugurkan dalam ejaan DKBM. Ejaan yang digunakan dalam
SSZA III dan ejaan Jawi Za’ba ini tidak boleh digolongkan dalam ejaan Lazim ataupun
ejaan Mengikut Hukum kerana tidak memenuhi syarat sistem ejaan tersebut. Oleh sebab
itu, ejaan ini diklasifikasikan dalam ejaan Tradisi. Dalam DKBM pula perkataan jajahan
dieja berdasarkan kata dasar. Kata dasar perkataan tersebut ialah jajah yang dieja اجهج
sama ejaannya dengan ejaan Kamus Wilkinson manakala ejaan bagi perkataan jajahan
dieja dengan اججنه . Hal ini menunjukkan sistem ejaan Kamus Wilkinson dan DKBM
mempunyai persamaan iaitu, meletakkan lambang vokal pada suku kata pertama terbuka
/a/. Oleh sebab adanya penambahan vokal pada suku kata pertama, maka ejaan اجهج/ نهجاج
ini diklasifikasikan dalam ejaan lazim.
56 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
Begitu juga dengan perkataan berjumpa yang dieja افمجرب dalam SSZA III. Pada suku
kata kedua ejaannya masih menggunakan sistem baris manakala pada suku kata akhir
ejaannya telah diletakkan huruf vokal alif. Dalam ejaan Kamus Wilkinson hanya terdapat
kata dasar jumpa yang dieja menggunakan ejaan sistem baris sepenuhnya seperti ڤمج.
Hal ini menunjukkan ejaan dalam SSZA III mempunyai bentuk ejaannya sendiri, iaitu
bentuk ejaan yang lebih moden berbanding ejaan dalam Kamus Wilkinson kerana sudah
menggunakan huruf saksi/vokal. Seterusnya, ejaan yang digunakan oleh ejaan Jawi Za’ba
dan DKBM pula adalah sama iaitu, dieja اڤموجرب. Ejaan yang digunakan oleh ejaan Jawi
Za’ba dan DKBM ini telah menambah huruf vokal pada semua suku kata. Oleh sebab
semua suku kata diletakkan huruf vokal, maka ejaan ini termasuk dalam ejaan Lazim.
Berdasarkan SSZA III juga, pengkaji mendapati penulis warkah ini banyak
menggunakan huruf saksi/vokal pada suku kata awal sahaja. Penggunaan sistem baris dan
lambang vokal pada suku kata awal ini merupakan campuran pengaruh Arab dan Melayu.
Jadual 7 berikut adalah contoh perkataan yang terdapat pengaruh Arab dan Melayu:
Jadual 7
Contoh Perkataan Pengaruh Arab dan Melayu
[pu.kul] لكوف tiada vokal [و] pada suku kata akhir tertutup [se.pu.cuk] قچوفس tiada vokal [و] pada suku kata akhir tertutup [pu.la] لوف tiada vokal [ا] pada suku kata akhir terbuka [satu] اسة tiada vokal [و] pada suku kata akhir terbuka [bo.leh] هلوب tiada vokal [ي] pada suku akhir tertutup [o.leh] هلوا tiada vokal [ي] pada suku kata akhir tertutup [suatu] اوسة tiada vokal [و] pada suku kata akhir terbuka
Oleh yang demikian, dapat dilihat sistem ejaan Jawi dalam SSZA III belum mempunyai
peraturan yang mantap dalam penggunaan lambang-lambang vokal, namun ia masih ada
keselarasan ejaan. Hal ini dapat dilihat pada penulisan lambang vokal yang ada kalanya
tidak ditulis bagi menunjukkan lafaz bunyi vokal tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan
tersebut masih lagi boleh dibaca bagi orang yang sudah mahir dalam sistem tulisan Jawi.
Perubahan Ejaan Tradisi Kepada Ejaan Mengikut Hukum
Menurut Adi Yasran (2010, 79), ejaan Mengikut Hukum ialah ejaan bagi kata Melayu
jati berdasarkan kaedah tertentu yang tidak termasuk dalam ejaan Tradisi dan juga ejaan
Lazim. Ejaan Mengikut Hukum ini terbahagi kepada lima jenis iaitu:
i. Derlung
ii. Luar Derlung
iii. Ka dan Ga
iv. Kata Dasar Tiga Suku Kata
v. Lampau Hukum
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 57
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
Namun begitu, kajian ini, tidak akan membincangkan kelima-lima hukum tersebut
kerana data yang dikaji hanya menemui tiga aspek sahaja. Berikut dinyatakan contoh-
contoh perkataan yang dieja mengikut ejaan Tradisi tetapi telah berubah kepada ejaan
Mengikut Hukum dalam DKBM.
Perubahan Ejaan Tradisi kepada Hukum Derlung
Hukum Derlung ialah hukum yang digunakan bagi mengeja kata Melayu jati dan kata
serapan selain Arab/Parsi dalam dua suku kata terbuka yang menggunakan pasangan vokal
[a+a]. Jika ejaan suku kata akhir bermula dengan salah satu huruf-huruf Derlung iaitu ،د ر، )
( ،ل و، ڠ , maka dalam ejaannya perlu menggunakan huruf vokal (ا) pada kedua-dua suku
kata tersebut. (Adi Yasran dan Hashim Musa, 2008).
Jadual 8
Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan
Mengikut Hukum Derlung
Rumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBM cakerawala لااوارکچ لااورکچ لاورکچ لاوركچ tatkala لااکتت لكتت لاکتت لاكتت segala لااݢس لݢس لاݢس لکس
Berdasarkan SSZA III, pengkaji mendapati bahawa perkataan dalam Jadual 8 telah
dieja mengikut ejaan Tradisi tetapi dalam DKBM ia telah dieja mengikut Hukum Derlung.
Contohnya perkataan tatkala telah dieja dengan اكتتل dalam SSZA III dan Kamus Wilkinson
tetapi dalam ejaan Jawi Za’ba ia dieja لكتت dan dalam DKBM pula dieja dengan اکتتال . Ejaan
dalam DKBM telah berlaku penambahan vokal [ا] pada kedua-dua suku kata terbuka
/a/. Vokal alif diletakkan selepas bunyi /ka/ dan /la/ kerana kedua-dua suku kata tersebut
merupakan suku kata terbuka /a/ dan huruf lam pula merupakan salah satu huruf Derlung.
Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah diletakkan selepas huruf Derlung tersebut.
Perubahan ejaan Tradisi kepada Hukum Luar Derlung
Sistem ejaan Jawi Mengikut Hukum Luar Derlung adalah berdasarkan syarat yang sama
seperti Hukum Derlung, kecuali suku kata akhirnya yang dimulai dengan salah satu huruf
selain ( د، ر، ل و، ڠ ). Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali
jika berlaku homograf atau mengelakkan kekeliruan seperti puas (ساوڤ) -puasa (اساوڤ) (Adi
Yasran dan Hashim Musa, 2008).
Jadual 9
Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Hukum Luar Derlung
Rumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBM bersama-sama امسرب٢ اماسرب-ماس ماس ماس kerana نارک نارک نراك نراك
58 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
Jadual 9 menunjukkan ejaan Tradisi dalam SSZA III yang memenuhi syarat ejaan
Hukum Luar Derlung. Berdasarkan jadual tersebut, didapati Ejaan Tradisi dalam SSZA
III tidak membenarkan dua huruf vokal alif hadir dalam dua suku kata yang berurutan.
Malah boleh dikatakan bahawa perkataan yang memenuhi syarat Hukum Luar Derlung
pada masa kini dieja dengan Ejaan Tradisi, iaitu tanpa alif pada akhir kata. Dalam SSZA
III perkataan bersama-sama telah dieja امسرب٢ dengan meletakkan vokal alif pada suku
kata akhir terbuka [a] dan dieja tanpa vokal alif pada suku kata terbuka praakhir bunyi
[a] serta telah menggunakan simbol angka dua Hindi (2) untuk menandakan kata ganda.
Dalam Kamus Wilkinson dan ejaan Jawi Za’ba pula, ejaannya sama dengan DKBM, iaitu
menggunakan prinsip ekonomi bagi meminimumkan penggunaan huruf. Hal ini bermakna,
prinsip ejaan Jawi Za’ba telah pun digunakan sejak awal abad ke-20 lagi. Berdasarkan ejaan
DKBM, ejaan tersebut diklasifikasikan dalam ejaan Mengikut Hukum Luar Derlung. Ejaan
Mengikut Hukum Luar Derlung ini digunakan apabila suku kata akhir dan praakhirnya
berpola [a+a] yang diikuti oleh huruf selain huruf Derlung pada suku kata akhir. Oleh sebab
itu, dalam DKBM ejaan ini diklasifikasikan dalam ejaan Mengikut Hukum Luar Derlung.
Seterusnya, bagi perkataan karena, dalam SSZA III dan Kamus Wilkinson ia telah
dieja dengan نراك. Pengkaji mendapati bahawa ejaannya tidak diletakkan vokal alif pada
suku kata akhir terbuka bunyi [a], sebaliknya telah meletakkan vokal alif pada suku kata
pertama. Bagi ejaan Jawi Za’ba dan DKBM perkataan tersebut dieja نارک, iaitu dieja tanpa
meletakkan vokal pada suku kata pertama. Ejaannya berbeza disebabkan perkataan karena
telah berubah menjadi ‘kerana’. Memandangkan perkataan ini telah berubah menjadi
‘kerana’, maka perbandingan terhadapnya tidak dapat dilakukan.
Perubahan ejaan Tradisi kepada Kata Dasar Tiga Suku Kata
Menurut hukum ini, bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku
kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif. (DKBM,
2008). Contohnya terdapat pada Jadual 10 berikut:
Jadual 10
Contoh Perubahan Perkataan daripada Ejaan Tradisi kepada Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata
Rumi SSZA III Wilkinson ZA’BA DKBM cahaya ياهچ ايهچ ياهچ ايهچ bahawa اواهب اوهب اوهب اوهب paduka کودڤ کودڤ کودڤ کداف
Berdasarkan Jadual 10, pengkaji mendapati bahawa ejaan kata dasar tiga suku kata yang
mempunyai urutan suku kata pertama terbuka [a] dan yang diikuti huruf ha pada suku kata
kedua dalam SSZA III, dieja tanpa menggunakan huruf vokal alif. Tetapi bagi suku kata
akhir bunyi [a] pula diletakkan vokal alif, seperti perkataan cahaya dan bahawa yang dieja
وهبا dan ايهچ . Hal ini menunjukkan bahawa pengejaan kata dasar tiga suku kata [a] berurutan
yang diikuti bunyi /ha/ pada zaman tersebut telah dieja secara seragam. Ejaan ini juga
telah digunakan dalam ejaan Za’ba. Ini bermakna ejaan Za’ba yang menggunakan prinsip
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 59
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
ekonomi telah digunakan pada awal abad ke-20. Prinsip ini digunakan bagi meminimumkan
penggunaan huruf, tambahan pula ejaannya sudah difahami oleh masyarakat pengguna
pada zaman itu.
Namun begitu, dalam ejaan Kamus Wilkinson dan DKBM pula, perkataan cahaya dieja
dengan ياهچ, tetapi bagi perkataan bahawa ejaan bagi kedua-duanya berbeza, iaitu dalam
Kamus Wilkinson ejaannya sama dengan ejaan dalam SSZA III dan Za’ba manakala dalam
ejaan DKBM dieja بهااو . Hal ini menunjukkan bahawa ejaan dalam Kamus Wilkinson tidak
ada keseragaman kerana ejaan yang terdapat dalam kamus ini berdasarkan perkataan yang
dikumpulkan daripada karya kesusasteraan Melayu klasik. Walau bagaimanapun, bagi
menyelaraskan ejaan tersebut DKBM telah membuat satu kaedah, iaitu Pengejaan Kata
Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih yang dinamakan sebagai Hukum Kata Dasar Tiga Suku
kata dalam kajian ini. Hukum ini diambil daripada kaedah 9.3 dalam PUEJBM (DKBM
2008) yang menyatakan bahawa “…bunyi vokal [a] (yang didahului oleh konsonan) di
suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu
jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif…”. Contoh perkataan yang termasuk dalam
hukum ini ialah haloba, cakera, pajeri, baginda dan gamelan.
Seterusnya, dalam SSZA III perkataan paduka telah dieja کداف. Pada suku kata kedua
perkataan itu tidak diletakkan lambang vokal /و/ untuk bunyi /u/ tetapi pada suku kata
pertama bunyi /a/ diletakkan lambang vokal /ا/. Ejaan ini berbeza dengan Kamus Wilkinson,
Za’ba dan DKBM yang telah menggugurkan vokal alif pada suku kata pertama untuk
mematuhi Hukum Tiga Suku Kata atau Lebih. Ejaan yang digunakan oleh SSZA III masih
digolongkan dalam ejaan Tradisi kerana ejaan ini menggunakan sistem baris pada suku kata
keduanya dan tidak memenuhi syarat sistem ejaan Lazim ataupun ejaan Mengikut Hukum.
KESIMPULAN
Berdasarkan analisis di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara
ejaan Tradisi dengan kekecualian yang terdapat dalam kaedah (10) PUEJBM DKBM
yang menyenaraikan perkataan yang dikecualikan daripada sistem ejaan yang diterangkan
sebelumnya. Perbezaan tersebut adalah pada perkataan اڤ dan اد yang dikeluarkan daripada
senarai kerana termasuk dalam ejaan Mengikut Hukum. Selain itu, terdapat enam perkataan
baharu telah ditambah pada senarai tersebut, iaitu dia, iaitu, manusia, manusiawi, di dan
syurga yang menjadikan jumlah ejaan keseluruhannya ialah 19 perkataan. Daripada 19
perkataan tersebut didapati 12 daripadanya terdapat dalam SSZA III dan ejaannya kekal
sehingga sekarang. Hal ini membuktikan bahawa ejaan Tradisi sudah mantap dan turut
digunakan dalam urusan rasmi kerajaan khususnya kerajaan negeri Terengganu awal abad
ke-20 melalui warkah SSZA III dan tidak perlu diubah lagi.
Selain itu, seperti ejaan Jawi dalam bahasa Melayu Klasik yang lain, terdapat banyak
ejaan Tradisi yang telah mengalami perubahan ke arah bentuk yang lebih moden, iaitu
dengan penambahan huruf vokal. Ejaan ini telah berubah kepada ejaan Lazim dan ejaan
mengikut hukum. Antara ejaan Tradisi yang berubah kepada ejaan Lazim ialah oleh,
beroleh, serta dan pinjam. Manakala antara ejaan Tradisi yang berubah kepada ejaan
Mengikut Hukum pula ialah segala, cahaya, tatkala dan paduka. Perubahan yang berlaku
ini dapat membantu generasi kini untuk membaca dan menulis Jawi dengan lebih mudah
60 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini
dan lancar. Di samping itu, perubahan-perubahan yang berlaku pada sistem ejaan Jawi ini
boleh dijadikan sumber rujukan untuk masyarakat membaca ejaan Jawi lama. Contohnya,
membuat satu modul asas untuk sistem ejaan Jawi lama. Oleh itu, dengan adanya modul ini
masyarakat sekarang boleh membaca dan memahami isi kandungan bahan bertulisan Jawi
lama dengan mudah. Selain itu, disarankan subjek sistem tulisan Jawi diajarkan di semua
universiti kerajaan dan juga di kolej swasta sebagai subjek wajib bagi pelajar Melayu dan
elektif bagi pelajar bukan Melayu. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar
untuk mengenali sistem tulisan Jawi. Dengan itu, tulisan ini dapat dikuasai dan terus
digunakan secara meluas dalam masyarakat hari ini.
RUJUKAN
Adi Yasran Abdul Aziz & Nurhidayah Jumaat (2010). Sistem Ejaan Jawi dalam Manuskrip Risalah Hukum
Kanun Melaka. Jurnal Filologi Melayu 17: 73-91.
Adi Yasran Abdul Aziz & Hashim Musa (2008). Isu Homograf dan Cabarannya dalam Usaha Pelestarian
Tulisan Jawi, Jurnal Aswara 3(1): 109-126.
Adi Yasran Abdul Aziz & Nurhidayah Jumaat (2010). Sistem Ejaan Jawi dan Kosa Kata pada Batu Bersurat
Piagam Terengganu Jurnal Aswara 5(1): 3-7.
Adi Yasran Abdul Aziz (2011). Batu Bersurat Terengganu: Perbandingan Sistem Tulisan Jawi dan Kosa Kata
pada Batu Bersurat Piagam Terengganu dengan Manuskrip Undang-undang Melaka dan Kedah.
Amat Juhari Moain (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Hj Omar (1991). Bahasa Melayu Abad ke- 16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqa’id al-
Nasafi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar. (2009). Rahsia Ejaan Jawi Edisi Ejaan Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua) (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (Edisi Pertama) (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hamdan Abd Rahman (2014). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hashim Musa (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Dahaman (1991). Translitersi Jawi kepada Rumi. Jurnal Dewan Bahasa, 46- 57.
Khazriyati Salehuddin (2012). Penilaian ke Atas Kerumitan Kognitif dalam Proses Membaca Jawi. GEMA
Online® Journal of Language Studies, 1179-1190.
Matlob (2003). Modul Cekap Jawi, Siri 4 dan 5. Kuala Lumpur. Penerbitan Matlob.
Mohd. Alwee Yusoff (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya daalam Masyarakat Islam di
Malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, 23-38.
Mohamed Anwar Omar Din (et. al) (2011). Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Kuala Terengganu:
Yayasan Diraja Sultan Mizan.
MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016) 61
Norhafiza Alias, Adi Yasran Abdul Aziz dan Wan Muhammad Wan Sulong
Mahpol, S. (2002). Penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar Melayu: Suatu kajian khusus di UiTM cawangan
Kelantan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana
Mohd Hussien Baharuddin. (2002). Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira.
Muhammad Bukhari Lubis (peny.) (et. al) (2006). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian. Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996). Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi (2008). Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Utusan Malaysia, (Februari 18, 2012). Tahap kuasai jawi membimbangkan Arkib Utusan Online. (Atas Talian)
Muat turun 25 Mac 2012, dari http://202.190.126.92/utusan/info.asp?y=2012&dt=0219&pub=Utusan_
Malaysia
&sec=Timur&pg=wt_01.htm
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1949). Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Tanjung Malim: Pejabat Karang
Mengarang S.I.T.C.
62 MAHAWANGSA 3 (1): 47 - 62 (2016)
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu
dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar,
Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak
Zamri Mahamod1* dan Sharlina Mohamad Shamsuddin2
1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
2Sekolah Kebangsaan Sungai Sian, Meradong, 96800 Bintagor, Sarawak, Malaysia
ABSTRAK
Motivasi ialah elemen penting dalam membangkitkan dorongan dalaman seseorang terhadap
sesuatu perkara. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
motivasi dan pencapaian akademik bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah luar
bandar di daerah Meradong, Bintangor. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang memanipulasikan
sampel seramai 306 orang pelajar sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Tinjauan dilaksanakan
menggunakan instrumen soal selidik. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan dalam menganalisis
data dengan perisian SPSS versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar
terhadap pembelajraan bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi. Tahap motivasi murid perempuan
lebih tinggi daripada tahap motivasi murid lelaki. Ujian kolerasi menunjukkan wujudnya hubungan
yang signifikan antara tahap motivasi terhadap bahasa Melayu dengan pencapaian akademik pelajar.
Justeru, aspek motivasi perlu diberikan penekanan untuk memastikan bahawa pencapaian seseorang
pelajar itu dapat ditingkatkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat melahirkan modal
insan yang mempunyai keterampilan dan kecekapan berbahasa yang tinggi.
Kata kunci: Motivasi, pencapaian akademik, proses pembelajaran, pembelajaran bahasa Melayu,
pelajar luar bandar
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Zamri Mahamod),
[email protected] (Sharlina Mohamad Shamsuddin)
*Penulis penghubung
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
The Motivation and Academic Achievement in Malay Language
among Primary School Students at Meradong District,
Bintangor, Sarawak
ABSTRACT
Motivation is an important element in raising a person’s inner impulse towards something.
Motivation is very important in the learning process because it can determine the direction and
effectivess the learning situation. This study was conducted to identify the level of motivation and
academic achievement of Malay language among primary school pupils in the rural areas of
Meradong, Bintangor. This research surveys a sample of 306 primary school students who were
randomly selected. The survey was conducted using a questionnaire. Descriptive and inferential
analysis were used to analyze the data using SPSS version 19.0. The results showed that the level of
motivation of students toward Learning the Malay language has a high level of motivation. Female
students showed higher level than the level of motivation displayed by male pupils. Correlation tests
were conducted to show the existence of a significant relationship between the level of motivation
toward the Malay languge and academic achievement of students. Thus, motivation should be
emphasized in school to ensure the achievement of a student. This would help language learning
and can produce human capital with the relevant skills for higher language proficiency.
Keywords: Motivation, academic achievement, learning process, learning Malay, rural students
PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan
bahasa pelajar, terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para
penyelidik. Antaranya, kajian yang telah dilakukan oleh Saadiah (2003), Suwarnee et al
(2008) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar
bukan Melayu seperti pelajar Cina, India dan peribumi sama ada di Sabah atau di Sarawak
tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk
mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan, dan
sebagainya.
Rasionalnya ialah semua manusia itu dilahirkan mempunyai dwibahasa (Zamri 2016a,
2016b), dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu
terancang dan berkesan. Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa
pertama dengan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, Krashen (1988) telah menggunakan
istilah penguasaan (acquisition) untuk bahasa pertama dan istilah pembelajaran untuk
bahasa kedua. Sungguhpun begitu, Gardner (1985), Krashen (1988) dan Zamri (2016)
mengatakan bahawa bahasa kedua boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum
tempoh masa kritikal tamat), dan melalui kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal).
Sehubungan hal itu, Steinberg (2002) memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi
pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbeza dengan pembelajaran semula
jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri
kepada proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah, kurikulum terancang dipatuhi
oleh guru untuk menyempurnakan tujuan tertentu berkenaan bahasa yang dipelajari.
64 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
Di samping itu, pelajar perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari
bahasa Melayu supaya mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu serta dapat
meningkatkan pencapaian dalam bahasa Melayu dalam suasana pembelajaran yang
kondusif. Malah, penguasaan bahasa Melayu dapat meningkatkan kecekapan berbahasa
berlandaskan konteks dan fungsi yang betul di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian
mereka. Azizi dan Jaafar (2006), mengatakan bahawa motivasi dianggap sebagai unsur
yang membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, ia menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi
yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan
peneguhan serta-merta kepada pelajarnya apabila mereka memperlihatkan tingkah laku
positif. Peneguhan ini boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman
ataupun hadiah. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan aras motivasi serta prestasi
pelajarnya.
Motivasi pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada keinginan
perubahan sikap yang perlu dilakukan oleh pelajar tersebut. Menurut Zamri (2015),
kebanyakan pelajar mengatakan bahawa mereka telah mengubah sikap walaupun
pada realitinya masih pada tahap lama. Beliau mendapati ada dalam kalangan
mereka telah menghadiri kem motivasi beberapa kali tetapi hanya berubah dalam
jangka masa pendek, khususnya selama beberapa hari, beberapa minggu atau
beberapa bulan dan akhirnya kembali mengamalkan sikap lama yang pasif. Menurut
Saniah et al. (2000), para guru pada dasarnya bersetuju bahawa semua jenis tingkah
laku yang dilakukan oleh pelajar disebabkan oleh faktor motivasi. Hal ini kerana
tahap motivasi dalam diri seseorang individu dapat bertindak sebagai tenaga yang
dapat menghala tingkah laku kepada matlamat yang diingininya. Malah, ahli
psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia seringkali dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Ada kalanya manusia bertindak berasaskan perasaan dan nalurinya
sendiri dan juga pengaruh persekitarannya. Aspek motivasi mendorong seseorang
berusaha untuk mencapai tujuan yang diingininya. Oleh itu, motivasi bukan sahaja
melibatkan sesuatu keperluan yang mengerakkan tingkah laku seseorang itu tetapi
juga hala tuju yang ingin diambil oleh seseorang itu untuk memuaskan keperluannya
secara optimum.
PENYATAAN MASALAH
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah termaktub dalam Akta Pelajaran
1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 juga memperakui bahawa kemajuan
negara dari segi ekonomi, sosial, rohani, moral dan etika perlu dicapai melalui satu sistem
pendidikan kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan sebagai pengantar
utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama. Malah,
melalui sistem pendidikan ini juga diharapkan dapat memenuhi tuntutan dan aspirasi negara
untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya pada 2020.
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 65
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Kelemahan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ini berkait rapat
dengan sikap dan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa berkenaan. Sikap merupakan
faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar dalam mempelajari bahasa kedua
(Zamri 2016a). Sikap negatif seperti membenci atau memandang rendah sesuatu bahasa
menyukarkan pembelajaran bahasa. Selain sikap, motivasi juga memainkan peranan yang
penting dalam pembelajaran bahasa kedua.
Secara umum, motivasi berkait rapat dengan kemahuan dalam diri seseorang individu
untuk melakukan sesuatu dalam usaha mencapai matlamat dan objektif. Motivasi juga
mempunyai hubungan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang dilakukan
(Zamri 2016b). Analoginya, seorang pelajar yang mempunyai keinginan untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang, maka usaha gigih
yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut menggambarkannya seorang yang bermotivasi.
Antara ciri pelajar yang bermotivasi termasuklah mereka yang sentiasa datang awal
ke sekolah, gemar ke perpustakaan, membudayakan amalan membaca, gemar belajar
dan menganggap peperiksaan khususnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) itu
satu cabaran. Pelajar yang berjaya lazimnya mempunyai motivasi yang tinggi terhadap
pembelajaran mereka. Relevannya ialah motivasi merupakan satu daya yang paling
kuat untuk memperoleh kecemerlangan (Zamri 2015). Menurut beliau lagi, pelajar yang
cemerlang ialah pelajar yang memfokuskan faktor yang menyebabkan kecemerlangan.
Pelajar berkenaan akan memberikan tumpuan dengan memperuntukkan masa, tenaga dan
usaha yang secukupnaya kepada aktiviti yang penting dan kritikal dalam usaha mencapai
keputusan yang cemerlang.
Beberapa kajian telah dijalankan tentang faktor sikap dan motivasi dalam pembelajaran
bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001) telah mengkaji sikap murid Cina terhadap
pembelajaran bahasa Melayu. Abdullah (2004) telah mengkaji sikap dan motivasi murid
Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Roslind (2003)
telah menjalankan kajian di Sri Aman, Sarawak terhadap pelajar tingkatan 2 dan 5 dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Belum ada kajian yang dijalankan tentang sikap dan motivasi
pelajar Iban di sekolah rendah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Maka pengkaji bermiat untuk membuat kajian tentang tahap motivasi pelajar luar bandar
terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan melihat hubungan antara motivasi dengan
pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar.
Justeru, pengkaji akan membuat kajian tentang aspek motivasi ini dengan meninjau
tahap motivasi pelajar luar bandar terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar sekolah luar bandar di daerah Meradong. Kajian ini turut memberikan
faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu serta tahap motivasi mengikut
jantina dan kaum. Dapatan kajian ini dapat menentukan tahap sebenar motivasi mereka.
Seterusnya, akan memudahkan para guru bahasa Melayu untuk merancang pengajaran yang
lebih berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu dengan matlamat ke
arah melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pencapaian akademik selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.
66 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran tentang tahap motivasi pelajar luar
bandar terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Objektif yang mendasari
kajian ini ialah mengenal pasti:
1. tahap motivasi pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa
Melayu
2. tahap pencapaian pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap pembelajaran
bahasa Melayu
3. faktor yang mempengaruhi pelajar mempelajari bahasa Melayu
4. hubungan antara motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu pelajar luar bandar
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, iaitu:
1. Apakah tahap motivasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah di luar bandar
terhadap pembelajaran bahasa Melayu?
2. Apakah tahap pencapaian pelajar sekolah rendah di luar bandar terhadap
pembelajaran bahasa Melayu?
3. Apakah faktor yang mempengaruhi pelajar mempelajari bahasa Melayu?
4. Apakah terdapat hubungan antara motivasi dengan pencapaian bahasa Melayu
pelajar luar bandar?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai kepentingan dan berpotensi untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa
Melayu sebagai mata pelajaran yang diminati oleh semua pelajar yang mengikutinya
melalui usaha meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
serta melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam penggunaan bahasa
Melayu dengan fungsi dan konteks yang betul dalam kehidupan seharian. Kajian ini juga
diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
sekolah luar bandar. Selain itu, kajian ini penting, khususnya kepada guru untuk mengenal
pasti permasalahan yang berkaitan, dan seterusnya menyusun strategi yang tepat untuk
meningkatkan motivasi pelajar melalui pendekatan pedagogi abad 21 dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif.
METADOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik. Dapatan data seterusnya akan dihuraikan secara deskriptif. Menurut
Azizi (2006), tinjauan secara deskriptif digunakan untuk mendapatkan ukuran atau
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 67
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
gambaran berkaitan keadaaan ataupun ciri populasi. Borang soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang soalan kajian serta
maklumat yang diperlukan daripada responden, iaitu maklumat yang yang berkaitan dengan
motivasi instrinsik dan ekstrinsik.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar tahap 2 sekolah rendah di luar bandar di
Bintangor, Sarawak. Terdapat 15 buah sekolah daripada 32 sekolah yang diklasifikasikan sebagai sekolah luar bandar. Daripada 400 orang populasi kajian, seramai 306 orang pelajar
dipilh sebagai sampel. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar tahap 2. Responden
juga terdiri daripada variasi kaum, iaitu Melayu, Iban, Melanau dan Cina. Persampelan
kajian ini menggunakan teknik persampelan berkelompok, iaitu kluster.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disesuaikan daripada Index
Maehr’s (1984) menggunakan skala empat mata (1 hingga 4: 1 sangat tidak setuju- 4 sangat
setuju). Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini ialah soal
selidik yang disesuaikan daripada soal selidik yang digunakan oleh Abdullah (2004) dalam
kajiannya untuk mengukur sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua.
Bagi maksud kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, satu ujian
rintis telah dijalankan. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbach
berada pada min (1994), nilai yang melebihi 0.74 dianggap boleh diterima sebagai
instrumen lain 0.80. Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2003), nilai yang melebihi
daripada 0.70 dianggap boleh diterima sebagai instrumen yang boleh dipercayai. Dalam
kajian ini, analisis data dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap motivasi
responden, tiga market dibua,t iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Julat skor min tahap motivasi cara belajar mata pelajaran Bahasa Melayu
Julat Skor Motivasi Cara Belajar Tahap 1.00-2.00 Rendah 2.01-3.00 Sederhana 3.01-4.00 Tinggi
Analisis Data
Dalam kajian ini, dua bentuk analisis digunakan untuk menganalisis dapatan data secara
sistematik. Kaedah pertama ialah analisis secara deskriptif yang menggunakan min,
kekerapan dan peratusan. Peratusan digunakan untuk mengenal pasti profil responden
seperti aspek jantina dan kaum. Manakala min digunakan untuk mendapatkan skor min
68 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
bagi setiap objektif bagi item soalan bahagian A, B, C dan D. Analisis yang kedua ialah
analisis statistik interensial menggunakan Perisian Statistik 14.0, iaitu menggunakan ujian
ANOVA dan ujian kolerasi Pearson sebagai bukti kepada analisis data daripada responden.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Dalam kajian ini, terdapat tiga aspek profil responden, iaitu jantina dan kaum. Jadual 2
berikut ialah maklumat yang terkandung dalam profil responden menunjukkan taburan dan
peratusan responden mengikut jantina. Seramai 140 orang, iaitu 38.8 peratus responden
terdiri daripada pelajar lelaki, manakala 200 orang, iaitu 58.82 peratus responden ialah
pelajar perempuan. Dari segi kaum pula, kaum Melayu mencatat peratusan sebanyak 39.2
peratus (120 orang), diikuti oleh Kaum Iban yang mencatat 31.37 peratus (96 orang). Kaum
Melanau seramai 60 orang responden, iaitu 19.6 peratus. Kaum Cina pula hanya 9.8 peratus,
iaitu 40 orang. Keseluruhan responden ialah 306 orang murid yang bersekolah di luar bandar
Meradong, Bintangor. Pemilihan responden daripada pelbagai kaum membolehkan pengkaji
melihat gambaran motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara luwes.
Jadual 2
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
Kategori Kekerapan (N – 306) Peratusan (%) Jantina Lelaki
Perempuan 140
166 45.76
54.24 Kaum Melayu
Iban
Melanau
Cina
120
96
60
40
39.23
31.37
19.60
9.80
Tahap Motivasi Mengikut Jantina dan Kaum
Apakah tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar terhadap
pembelajaran bahasa Melayu? Jadual 3 menunjukkan tahap motivasi pelajar luar bandar
di daerah Meradong, Bintangor. Berdasarkan dapatan, didapati bahawa majoriti responden
mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap tahap pembelajaran bahasa Melayu, iaitu
seramai 160 orang responden dengan jumlah peratusan 52.29 peratus. Diikuti tahap motivasi
rendah terhadap pembelajaran bahasa dengan jumlah peratusan sebanyak 34.64 peratus,
iaitu seramai 106 orang responden. Seterusnya, seramai 40 orang pelajar yang bermotivasi
tahap rendah dengan jumlah peratusan 13.07 peratus.
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 69
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Jadual 3
Taburan motivasi pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah
luar bandar di daerah Bintangor, Meradong
Kategori Motivasi Kekerapan (N – 306) Peratusan (%) Tahap rendah 40 13.07 Tahap Sederhana 106 34.64 Tahap Tinggi 160 52.29
Jumlah 306 100
Jadual 4 menggambarkan tahap motivasi mengikut jantina. Berdasarkan dapatan, data
skor min responden perempuan, iaitu 3.29 melebihi min skor responden lelaki, iaitu 3.27.
Walau bagaimanapun, min skor berdasarkan jantina tidak menunjukkan perbezaan yang
ketara. Hal ini menunjukkan bahawa faktor jantina bukan faktor utama mempengaruhi
pelajar luar bandar mempelajari bahasa Melayu.
Jadual 4
Tahap motivasi mengikut jantina
Jantina N Min Sisihan Piawai df t Lelaki 100 3.27 4.638 333 0.708 Perempuan 206 3.29 3.666
*p>0.05
Jadual 5 menunjukkan tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu
mengikut kaum pelajar sekolah luar bandar di daerah Bintangor, Meradong. Analisis
data menunjukkan bahawa responden Melayu mempunyai motivasi paling tinggi untuk
mempelajari bahasa Melayu dengan jumlah peratusan sebanyak 45.0 peratus. Hal ini diikuti
oleh responden kaum Iban mencatat 35 peratus. Tahap motivasi pelajar kaum Melanau
(11 peratus) dan murid kaum Cina (9 peratus) menunjukkan tahap motivasi paling rendah
untuk mempelajari Bhasa Melayu.
Jadual 5
Tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah luar bandar di daerah
Bintangor, Meradong
Kaum Kekerapan (N – 306) Peratusan (%) Melayu
Iban
Melanau
Cina
140
110
35
21
45.75
35.95
11.44
6.86
Jumlah 306 100.0
70 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
Tahap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Apakah tahap pencapaian pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?
Jadual 6 menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Tahap pencapaian ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir 2015 bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Pada umumnya,
kebanyakan pencapaian responden dalam bahasa Melayu pada tahap tinggi, iaitu seramai
166 orang dengan 54.68 peratus. Responden yang mempunyai tahap motivasi pada tahap
tinggi dengan memperoleh skor markah antara 80-90, iaitu mendapat gred A. Seterusnya,
diikut tahap pencapaian sederhana, iaitu 100 orang responden dengan 32.68 peratus
dengan skor markah antara 60-79, iaitu gred B. Hanya 40 orang responden, iaitu 13.07
peratus masih berada pada tahap pencapaian rendah dalam bahasa Melayu kerana hanya
memperoleh markah C, iaitu 40 -50 markah.
Jadual 6
Tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah di daerah
Meradong, Bintangor.
Kategori Pencapaian Kekerapan Peratusan (%) Tahap rendah 40 13.07 Tahap Sederhana 100 32.68 Tahap Tinggi 166 54.25
Jumlah 306 100
Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar dalam Mempelajari Bahasa Melayu
Apakah faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar mempelajari Bahasa
Melayu? Merujuk Jadual 7, faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar
mempelajari bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor “Saya ingin
lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu” mendapat min skor tertinggi, iaitu 3.90,
SP =0.548. Hal ini diikuti oleh faktor ‘Aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan
menyeronokkan” dengan min skor 3.83, SP 0.461.Seterusnya, faktor “Guru selalu memberi
pujian dan motivasi selepas pembelajaran” dengan min skor 3.80, SP 0.484. Faktor
“Dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum dengan mudah” pula dengan min
skor 3.53, SP 0.571. Min skor terendah 3.33, SP 0.661 ialah faktor “Bahasa Melayu mudah
difahami”. Kesimpulannya, nilai min yang tinggi ini menunjukkan bahawa mempelajari
bahasa Melayu banyak memberikan motivasi kepada pelajar luar bandar.
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 71
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Jadual 7
Faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar luar bandar mempelajari bahasa Melayu
Bil Item Pengukuran Min Sisiahan
Piawaian 1. Bahasa Melayu mudah difahami 3. 33 .661 2 Saya ingin lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu 3.90 .548 3 Dapat berkomunikasi dengan rakan pelbagai kaum dengan mudah 3.53 .571 4 Aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan menyerokkan 3.83 .461 5 Guru selalu memberikan pujian dan motivasi selepas pembelajaran 3.80 .484
Hubungan antara Tahap Motivasi dengan Pencapaian Pelajar
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dengan pencapaian
bahasa Melayu pelajar luar bandar? Jadual 8 menunjukkan hasil ujian kolerasi Pearson.
Berdasarkan keputusan ujian kolerasi tersebut didapati bahawa nilai pekali Pearson, r =
0.428 dan nilai sig. =0.00 bermakna satu hubungan positif yang sederhana dan nilai ini
adalah signifikan (p<0.05). Hasil analisis ujian kolerasi ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara tahap motivasi belajar dengan
pencapaian murid dalam pelajaran Bahasa Melayu (r= 0.428, n 306, p<0.05). Melalui
dapatan analisis ini jelaslah bahawa tahap motivasi seseorang individu relatifnya akan
mempengaruhi tahap pencapaian akademik responden. Lazimnya, minat akan mewujudkan
motivasi instrinsik. Seterusnya motivasi inilah yang akan mendorong seseorang pelajar
untuk lebih fokus kepada pembelajarannya, sama ada dari aspek latihan atau ulang kaji
terhadap sesuatu mata pelajaran yang diminati secara optimum. Maka, tahap motivasi
sesorang pelajar inilah yang akan menjadi tunjang kepada pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan.
Jadual 8
Kolerasi antara motivasi belajar dengan pencapain pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Korelasi Pencapaian Bahasa Melayu Motivasi Belajar
Skor Bahasa Melayu Pearson Correlation 0.428 .0.428*
Sig.(2 –tailed) 0.00 .000
N 306 306
* *Correletion is significant at the level 0.01 level (2 –tailed)
72 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
PERBINCANGAN
Dalam bahagian ini, perbincangan dibuat berdasarkan tiga aspek, iaitu tahap motivasi,
faktor yang mempengaruhi motivasi dan hubungan motivasi dengan pencapaian.
Tahap Motivasi
Berdasarkan kajian yang dijalankan, tahap motivasi pelajar sekolah luar bandar daerah
Meradong terhadap pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Tahap
motivasi pelajar ini didorong oleh beberapa faktor seperti keinginan mendapat markah
yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan keinginan untuk berjaya mencapai
cita-cita. Selain itu, motivasi pembelajaran turut disokong dengan suasana pembelajaran
yang kondusif dan efektif di sekolah, di samping pendekatan gaya pengajaran guru yang
efektif dan menyeronokkan. Pelajar juga berpendapat bahawa motivasi mereka terhadap
pembelajaran bahasa Melayu juga disebabkan keinginan untuk berjaya dalam mata
pelajaran tersebut. Menurut Gardner dan Lambert (1972), motivasi terbahagi kepada dua,
iaitu motivasi integratif dan instrumental. Apa yang pasti ialah apabila pelajar mempunyai
motivasi integratif dan instrumental yang tinggi, mereka lebih mudah mempelajari dan
menguasai bahasa kedua. Dapatan kajian ini, selari dengan dapatan kajian Jerie dan Zamri
(2011) yang mendapati bahawa motivasi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Iban turut berada pada tahap yang tinggi.
Merujuk kepada aspek motivasi mengikut jantina, didapati tidak terdapat banyak
perbezaan antara kedua-dua jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi
pelajar perempuan lebih sedikit sahaja nilai minnya berbanding dengan min skor motivasi
pelajar lelaki dalam kadar perbezaan yang sangat rendah. Kesediaan mempelajari bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar perempuan meningkatkan motivatisi dan minatnya untuk
mempelajari bahasa Melayu berbanding dengan pelajar lelaki. Sikap mencintai bahasa
ibunda mungkin antara faktor penerimaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar agak lemah.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian Zamri et al. (2013) yang mendapati bahawa sikap
dan motivasi pelajar bukan Melayu mempengaruhi minat dan motivasi pelajar ketika belajar
bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Norsidah et al. (2010) dalam kajiannya mendapati
bahawa wujud perbezaan yang signifikan dari segi sikap dan motivasi antara pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan terhadap pembelajaran bahasa Melayu.
Merungkai persoalan berkaitan tahap motivasi mengikut kaum pula, dapatan kajian
didominasikan oleh responden kaum Melayu. Tahap motivasi yang tinggi mempelajari
bahasa Melayu dipengaruhi oleh faktor bahasa Melayu baku mempunyai banyak persamaan
dari aspek leksikal, makna perkataan, imbuhan dan unsur binaan ayat. dengan bahasa
Melayu Sarawak berbanding dengan bahasa Melanau, dan Cina yang jauh berbeza. Unsur
ekstralinguistik yang merangkumi aspek penggunan bahasa harian, pendedahan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar.
Tahap motivasi pembelajaran bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan responden
pelajar kaum Cina disebabkan faktor dwibahasa dan pengaruh bahasa pertama responden.
Bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga bagi responden berbangsa Cina selepas bahasa
ibunda dan bahasa Inggeris. Penguasan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
ini menyebabkan berlaku kesalahan bahasa dari aspek leksikal, sintaksis dan semantik
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 73
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
apabila mereka berkomunikasi secara lisan mahupun dalam bentuk penulisan karangan
khususnya. Faktor kesalahan bahasa ini menyebabkan tahap motivasi pelajar cenderung
rendah untuk mempelajari bahasa Melayu yang dianggap sukar.
Penguasaan kosa kata yang lemah menyukarkan responden untuk berkomunikasi dalam
bahasa Melayu dengan betul apatah lagi menggunakan bahasa Melayu mengikut fungsi
dan situasi yang betul. Tambahan pula bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa
pengantar di sekolah. Fenomena ini sangat ketara bagi responden yang bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Meradong. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
tinggi dengan jumlah 166 orang (54.25 %) responden mendapat Gred A dalam Ujian
Akhir 2015. Tahap pencapaian yang tinggi ini menunjukkan bahawa sikap positif dan
kesediaan pelajar untuk mempelajari seterusnya memperoleh keputusan cemerlang dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa wujud dalam kalangan pelajar. Dalam konteks
meningkatkan motivasi pelajar terhadap bahasa Melayu, guru juga harus mahir dalam
mengelolakan bahan pengajaran sehingga dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti
pembelajaran bahasa tersebut. Di samping itu, motivasi pelajar juga dapat ditingkatkan
dengan melaksanakan penilaian pengajaran. Penilaian ini secara tidak langsung dapat
memberitahu pelajar tentang kelemahan dan kekuatannya dalam proses penguasaan bahasa.
Oleh itu, guru perlu melaksanakan pengajaran yang mempertimbangkan kepelbagaian
pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti dan bahan untuk memenuhi kepelbagaian pelajar yang
datang daripada pelbagai negara.
Faktor Mempengaruhi Motivasi
Seterusnya, aspek faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran
bahasa Melayu dilihat melalui lima item pengukuran. Motivasi pelajar terhadap faktor
Saya ingin lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu sebagai memaparkan motivasi
yang tinggi. Komponen ini berkaitan dengan motivasi instrumental. Pelajar Iban sedar
bahawa Bahasa Melayu ialah subjek yang wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan awam.
Mereka juga percaya bahawa bahasa Melayu boleh mengembangkan pengetahuan mereka,
di samping boleh membantu mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
kerana kebanyakan subjek lain diajar dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga selari
dengan kajian Abdullah (2004) yang mengatakan bahawa pelajar Dusun belajar bahasa
Melayu dengan tekun dan bersungguh-sungguh kerana adanya motivasi instrumental.
Kajian Nurul Huda (2010) juga selari dengan dapatan ini yang mengatakan bahawa pelajar
bukan Melayu dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana mempunyai kemahuan
yang tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib
lulus untuk melanjutkan pengajiaan ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, faktor yang memotivasikan pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu ialah
peranan yang dimainkan oleh tenaga pengajar. Teknik penyampaian dan strategi yang
digunakan oleh tenaga pengajar mampu menarik minat mereka untuk terus mengikuti
pembelajaran. Faktor aktiviti pengajaran guru sangat menarik dan menyeronokkan dan
faktor guru selalu memberikan pujian selepas pembelajaran bahasa Melayu juga mendapat
min skor kedua dan ketiga tinggi dalam kalangan responden. Dapatan ini bersesuaian
74 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
dengan dapatan yang diperoleh oleh Azizi dan Jaafar (2006) yang mengatakan bahawa guru
perlu sentiasa memberikan peneguhan positif kepada pelajar dalam proses pembelajaran
bahasa. Pernyataan ini turut disokong oleh kajian oleh Zamri (2014) yang mengatakan
bahawa guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan proses
pembelajaran bahasa berjalan dalam suasana yang kondusif dan efektif.
Hubungan Motivasi dengan Pencapaian
Dari segi hubungan antara motivasi belajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi
dengan pencapaian pelajar. Namun, hubungan tersebut berada pada tahap sederhana. Dalam
erti kata lain, apabila pelajar mempunyai tahap motivasi yang tinggi, kadar peningkatan
pencapaian pelajar meningkat pada tahap yang rendah. Dapatan kajian ini juga selaras
dengan kajian Abdullah Hakim terhadap faktor yang mempengaruhi pembelajaran
bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan hubungan signifikan yang sederhana. Abdullah (2004) dalam kajiannya
mendapati bahawa kelulusan dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia tidak dipengaruhi oleh sikap dan motivasi yang ditunjukkan oleh
responden. Ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa hampir
semua responden (99.2 peratus) mendapat kelulusan dengan pangkat kepujian dalam Bahasa
Melayu mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari mata
pelajaran tersebut.
IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
Guru Bahasa Melayu yang bermasalah untuk menyampaikan isi pelajaran yang menarik
dan sesuai kepada pelajar luar bandar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kedua mereka. Guru Bahasa Melayu perlulah diberi galakan untuk menghadiri kursus
dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus berkaitan dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu diadakan selalu,
sama ada kursus tersebut dalam jangka masa pendek ataupun jangka panjang. Pengisisan
kursus juga hendaklah berkaitan dengan aspek morforlogi, semantik dan sintaksis untuk
meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Melayu.
Selain itu, guru juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan bantu
mengajar, seperti lebih kerap menggunakan bahan autentik, pendekatan, kaedah dan teknik
yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Elemen didik hibur perlu diterapkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan kerana pelajar lazimnya menyukai elemen muzik dan audio visual dalam
kehidupan mereka. Guru Bahasa Melayu juga perlu segera menyedari tahap penggunaan
bahan bantu mengajar yang sama sahaja sepanjang prosespengajaran akan menjadikan
pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru itu hambar dan kurang mendapat
perhatian pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Abdul Rasid dan Arbaie (2001) bahawa
penggunaan bahan pengajaran yang menarik dapat mempertingkatkan motivasi pelajar
.Dengan cara ini, guru akan dapat mencari pendekatan pengajaran yang sesuai untuk
murid mereka.
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 75
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Para guru perlu mempelbagai kaedah pedogogi yang menarik berasaskan penggunaan
ICT sebagai bahan bantu belajar untuk meningkatkan motivasi dan perasaan seronok
mempelajari bahasa Melayu sehingga boleh membentuk kecekapan berkomunikasi dalam
bahasa Melayu dengan fasih. Menurut Zamri et al. (2015), dalam konteks pembelajaran,
sesorang individu yang bermotivasi tinggi mempunyai kesediaan melakukan tugas yang
bermakna. Sebaliknya, seseorang yang tiada inspirasi dianggap sebagai tidak bermotivasi
dalam melakukan sesuatu perkara. Malah, guru juga mestilah melengkap diri dengan
pelbagai bentuk ilmu pengetahuan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Kemampuan guru sendiri dalam bahasa Melayu hendaklah ditingkatkan,
terutamanya dari segi tatabahasa, sintaksis, ejaan dan sebutan. Guru perlu menyedari
hakikat bahawa matlamat akhir pengajaran mereka adalah untuk membakukan penggunaan
bahasa Melayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, adat resam dan
kebudayaan.
Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu perlulah aktiviti
yang menarik minat dan bersesuaian dengan peredaran masa dan umur pelajar. Aktiviti
yang dijalankan perlu mempunyai objektif yang jelas dan tepat serta dapat mencungkil
bakat serta kebolehan murid pelajar. Dalam hal ini juga, pihak pentadbir sekolah perlulah
memilih guru bahasa Melayu yang benar-benar aktif agar persatuan Bahasa Melayu dapat
memainkan peranannya dengan lebih efisien dan berkesan. Aktiviti yang dianjurkan juga
penting untuk membentuk keyakinan pelajar berbahasa Melayu dengan betul melalui
pengajuran pelbagai aktiviti seperti pertandingann bercerita, pidoata, perbahasan, bicara
berirama, deklamasi puisi, lakonan dan drama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, keupayaan, penguasaan dan kesediaan mempelajari bahasa kedua
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Sikap positif dalam mempelajari bahasa Melayu
merupakan tunjang utama untuk meningkatkan motivasi dan minat, seterusnya membina
kecekapan berbahasa serta menggunakan bahasa Melayu dengan fungsi dan semantik
mengikut konteks yang betul dalam kehidupan seharian. Kesedaran akan kepentingan
menguasai bahasa Melayu bukan sekadar sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar,
malah sebagai bahasa ilmu supaya pelajar menjadi modal insan yang dan mampu bersaing
dalam arena pekerjaan. Kenyataan ini selaras dengan Kajian Suwarnee et al. (2000) yang
mendapati bahawa pelajar Melayu terdorong untuk mempelajari bahasa Melayu bukan
sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi kerana minat dan kesedaran tentang
persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Penguasaan variasi bahasa dalam kalangan
individu juga selaras dengan aspirasi pelajar melalui penguasaan kedwibahasaan seperti
yang ditekankan dalam Pelan Pembangun Pendidikan Malaysia (2013-2025).Tahap motivasi
yang tinggi serta terdapat hubungan signifikan antara motivasi dengan pencapaian bahasa
Melayu dalam Kalangan pelajar menggambarkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan diterima oleh masyarakat Sarawak dengan baik.
76 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bintangor, Sarawak
BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar pelajar. Jurnal Dewan
Bahasa, 34 (4): 613-615.
Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud. (2001). Media pengajaran: Pengajaran bahasa dan sastera. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian & Zulkifli Abu Zarin. (2008). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam
kalangan murid sekolah rendah. Prosiding KONPEN 2008. 1-4 Jun.
Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahya & Jaafar Sidek Latif. (2006). Siri kaunseling: Membentuk identiti remaja. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Chew Fong Peng dan Lee Tan Luck. (2009). Masalah pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina
dan Melayu di Kuala Terenganu. Kertas kerja 2nd International Conference Issues in Language Teaching
and Learning Amongst Non-Narative Speaker:Language Competence and Performance, 2-3 Disember.
Gardner, R. C. (1985). Social psychology and second language learning. London: Edward Arnold.
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1972). Attitudes and motivation in second language learning. Rowley, MA:
Newbury House.
Hurlock, B.E. (2000). Developmental psychology: A life span approach. Edisi Ketiga. New Delhi: Tata
McGraw-Hll.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Krashen, S.D. (1988). Second language acquisition and second language learning. Mew York: Prentice-Hall.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norsidah Ab. Hamid, Jamaludin Badushah & Fairose Sulaiman. (2010). Kelemahan tatabahasa pelajar Cina
dalam penulisan karangan pada peringkat menengah rendah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik
Bahasa Melayu, 12-18 Jun.
Nurul Huda Ong Abdullah. (2010). Motivasi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kalangan murid bukan Melayu.Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidik Bahasa Melayu, 12-18 Jun.
Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Roslind Mawing. (2003). Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap bahasa Melayu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti KebangsanMalaysia, Bangi.
Saadiah Mohamad. (2003). Hubungan Motivasi dalaman (motivasi instrink) dan peranan motivasi luaran
(motivasi ekstrinsik) dengan pencapaian akademik pelajar tahun akhir Kursus sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal, 2001/ 2002, Kolej Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Sekaran, U. (1992). Research method for business: A skill building approach. 2nd Edition. New York: John
Wiley & Son.
Sternberg, R. J. & Williams, W. M. (2002). Educational psychology. Boston: Allyn & Bacon.
MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016) 77
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Suwarnee Mohd Solah, Fairose Shamsudin, Elmiyusni Mohd Yusop & Zamri Mahamod. (2008). Pengaruh
sikap dalam pemelajaran bahasa pertama dan bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melayu. Dlm. Zamri
Mahamod (Pnyt). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: 145-169. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Zamri Mahamod & Zarina Othman. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Dewan Bahasa, Februari: 40-43.
Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamod, Yahya Othman, Jamaludin Badusah & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2013).Sikap dan minat
pelajar bukan Melayu ketika belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dlm. Zamri Mahamod, Mohd
Izham Mohd Hamzah, Abdul Razaq Ahmad & Mahdum. (Pnyt.). Himpunan penyelidikan pendidikan
serantau,29: 371-384. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zamri Mahamod. (2016a). Psikolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod. (2016b). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis data berkomputer SPSS 11.5 for windows. Kuala Lumpur:
VENTON Publishing.
Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa: Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
78 MAHAWANGSA 3 (1): 63 - 78 (2016)
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Nurulain Abdul Razak*, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor, Malaysia.
ABSTRAK
Kajian ini merupakan penelitian aspek retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan
Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
teknik retorik dalam teks rasmi diraja, untuk menganalisis dan menghuraikan aspek
penggunaan kosa kata, kekuatan dan keberkesanan seni pengucapan Sultan Muhammad
V. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif untuk meneliti peratusan penggunaan teknik
retorik, dan secara kualitatif, iaitu dengan huraian deskriptif teks berlandaskan prinsip ketiga
teori retorik moden Enos dan Brown (1993), iaitu untuk memberikan kesan mendalam
terhadap ujaran atau penulisan. Sebanyak 251 ayat telah dicerakinkan daripada tiga teks
ucapan, di samping terdapat 27 jenis teknik retorik yang telah dikenal pasti dengan ditandai
ungkapan tertentu berdasarkan kategori Lakuan Bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa
Sultan Muhammad V menggunakan beberapa elemen retorik dalam titah ucapannya, iaitu
aliterasi, polisindeton, repitisi, soalan retorik, metafora, simile, alusi, dan kosa kata asing
daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Teknik dan elemen yang dimanfaatkan dalam
pengucapan ini mampu memberikan kesan terhadap kefahaman khalayak.
Kata Kunci: Elemen retorik, kosa kata asing, lakuan bahasa, teknik retorik
ABSTRACT
This study focuses on the rhetoric of the speeches of Royal Highness Sultan Muhammad
V, the 29th Sultan the state of Kelantan. The objectives of the study are twofolds, viz. to
identify the rhetoric techniques utilised by His Royal Highness, the vigour and effectiveness
of his speech and finally to analyse the messages embedded in his three official addresses,
selected as the data of this study. The study
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar:
Diterima:
E-mail:
[email protected] (Nurulain Abdul Razak),
[email protected] (Che Ibrahim Salleh),
[email protected] (Hashim Musa)
* Corresponding author
uses both the qualitative and quantitative
approaches, base on the one principles
of modern rhetoric developed by Enos
and Brown (1993). The principles are the
deep impact factor and the understanding
capacity in the rhetoric expression used. A
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
total of 251 sentences were analysed taken from three texts of the His Highness’s official
speeches. There are 27 rhetoric technique types that have been identified based on Speech
Act categorization. It is also found that there are certain rhetoric techniques that are
more in use than others. Some of the techniques used were alliteration, polysyndeton,
repetition, rhetorical question, metaphor, simile, allusion, and foreign languages words
such as English and Arabic. Technique and element benefited in this expression afford to
give impact towards audience comprehension.
Keyword: Elements of rhetoric, foreign word, rhetorical techniques, speech acts
PENGENALAN
Ucapan sebagai wahana penyampaian mesej dan idea kepada khalayak boleh ditakrifkan
sebagai ungkapan atau keupayaan untuk meluahkan pemikiran dan perasaan dengan suara
yang jelas. Henry Guntur Tarigan (1981, ms.15) mengatakan bahawa ucapan merupakan
suatu bahagian yang secara keseluruhannya menunjukkan keperibadian, mencerminkan
lingkungan seorang pengucap, keadaan hubungan sosial dan tahap pendidikannya.
Manakala, titah ucapan boleh dikenali sebagai ucapan khas atau rasmi yang disampaikan
oleh sultan ataupun raja. Titah ucapan biasanya akan disampaikan dalam majlis tertentu
dan dengan tujuan tertentu. Dalam erti kata lain, titah ucapan oleh golongan diraja ini tidak
boleh disampaikan sekiranya tiada majlis rasmi yang diperkenankan.
Dalam penganalisisan ini, pengkaji telah memilih teks titah ucapan Ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V yang merupakan al-Sultan Negeri
Kelantan Darul Naim yang ke-29 dan telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan
Agong Malaysia yang keempat belas pada tanggal 13 Disember 2011. Pelantikan yang
bersejarah ini telah menzahirkan rasa gembira dan kesyukuran rakyat Negeri Kelantan
khususnya dan seluruh Malaysia amnya. KDYMM Sultan Muhammad V merupakan Sultan
Kelantan yang mentadbir Negeri Kelantan dengan penerapan unsur Islam kepada rakyat
yang dinaungi baginda. Pengkajian titah ucapan Baginda Sultan dalam bidang retorik
adalah untuk meneliti aspek seni berbicara yang berkesan dalam pengucapan rasmi diraja.
Dori Wuwur Hendrikus (1991, ms.14) mengatakan bahawa retorik ialah seni berbicara,
yang bererti mengucapkan kata atau kalimat kepada seseorang atau sekumpulan manusia
untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Berbicara ialah salah satu kemampuan yang
dimiliki khusus oleh manusia. Bahasa dan pembicaraan itu muncul ketika manusia
mengungkapkan dan menyampaikan fikirannya kepada manusia lain yang menjadi
khalayak. Manakala, Asmah Haji Omar (2007, ms.163) mendefinisikan retorik sebagai
keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, yang juga merupakan ciri penting dalam
bahasa. Keberkesanan sesuatu yang dibicarakan bergantung pada bahasa yang dituturkan,
sama ada difahami maksudnya atau sebaliknya. Tahap kefahaman sesuatu bahasa yang
digunakan pula mencapai keberkesanan bergantung pada keupayaan seseorang individu
itu menggunakan ciri yang ada dalam sesuatu bahasa tersebut.
Bidang retorik yang pada asalnya merupakan seni berucap adalah untuk mempengaruhi
pemikiran khalayak. Kesenian dalam penggunaan bahasa ketika berucap bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Seseorang pengucap
80 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
akan menggunakan jenis bahasa yang lebih berseni, halus dan formal jika dibandingkan
dengan bahasa yang digunakan semasa proses perbualan sehari-harian.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian retorik teks ucapan yang dianalisis sebelum ini lebih memberikan tumpuan kepada
teks ucapan politik. Pelbagai pengelasan subgolongan teknik retorik dalam ucapan telah
dinyatakan oleh beberapa pengkaji. Misalnya, oleh Lee Ai Chat (2001) yang meneliti teknik
retorik dalam teks ucapan politik yang lebih kepada penyampaian maklumat politik dan
meraih sokongan khalayak. Manakala Zoriati Osman (2005) pula hanya meneliti secara
mendalam jenis retorik pemujukan dari segi kepentingan pemanfaatannya dalam bidang
politik. Seterusnya, Abdul Mua’ti (2007) menganalisis struktur retorik dalam ucapan politik
Tun Mahathir berdasarkan sembilan teknik retorik oleh Cook (1989). Kajian mereka ini
telah memperjelas teknik retorik yang kebiasaannya digunakan dalam pengucapan politik
seperti teknik pemujukan, teknik pernyataan maklumat, teknik menghasut dan pelbagai
teknik untuk memperoleh sokongan politik. Namun begitu, kajian tentang penggunaan
ungkapan yang halus dan beradab belum dilakukan. Lompang inilah yang akan diisi oleh
kajian ini. Kajian teks titah ucapan diraja Kelantan mempunyai kelainan yang ditandai
dalam ungkapan untuk menentukan teknik retorik yang digunakan. Teknik yang digunakan
lebih kepada menasihati, menyeru, pernyataan perasaan, dan seumpamanya. Pemanfaatan
teknik retorik dalam teks ucapan diraja adalah berbeza dengan teks ucapan biasa kerana
sifatnya yang lebih formal dan penggunaan ungkapan atau bahasa yang lebih halus dan
beradab.
Selain pengkaji teks ucapan politik, terdapat juga pengkaji yang meneliti teks ucapan
diraja seperti Choong Kee Foong (2003). Choong Kee Foong hanya memberikan fokus
terhadap isu perlembagaan negeri Brunei dan rancangan Malaysia dengan meneliti
strategi retorik yang digunakan oleh KDYMM Sultan Omar Ali Saifuddien III terhadap
isu Perlembagaan Negeri Brunei dan isu Rancangan Penubuhan Malaysia. Pendedahan
terhadap kefahaman bahasa diraja yang digunakan juga tidak disentuh. Keadaan ini juga
memberikan lompang kepada pengkaji untuk meneliti retorik ucapan rasmi titah ucapan
diraja. Oleh itu, dalam kajian retorik teks titah ucapan diraja ini, pengkaji akan turut
meneliti prinsip dan gaya bahasa diraja yang terdapat dalam pengucapan rasmi baginda.
Penelitian teknik retorik dan gaya bahasa dalam teks ucapan KDYMM Sultan Muhammad
V ini dapat meningkatkan kefahaman rakyat terhadap maksud dan tujuan yang disampaikan
oleh baginda.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti teknik retorik yang terdapat dalam teks ucapan KDYMM Sultan
Muhammad V.
2. Menganalisis dan menghuraikan aspek penggunaan kosa kata, kekuatan dan
keberkesanan seni pengucapan KDYMM Sultan Muhammad V berasaskan elemen
retorik.
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 81
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
KEPENTINGAN KAJIAN
Ucapan ialah satu proses berkomunikasi antara seseorang pengucap dengan pendengar.
Pengucapan melibatkan penghantaran mesej berbentuk lisan dan juga bukan lisan.
Pengucapan bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga
melalui bahasa badan, penampilan dan tingkah laku serta etika.
Kajian tentang retorik pengucapan yang memberikan fokus kepada titah ucapan rasmi
Baginda Sultan Kelantan perlu dilakukan kerana sehingga hari ini tidak ada kajian dalam
bidang ini yang dilakukan terhadap teks titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V dalam
Malaysia. Sebagai rakyat yang taat setia kepada sultan, dalam negeri Kelantan khususnya,
luar negeri Kelantan umumnya perlu memahami maksud titah ucapan baginda semasa
mendengar ucapan yang disampaikan oleh Baginda Sultan. Amanat yang disampaikan
oleh Baginda Sultan lebih kepada menasihati, merangsang dan bersifat galakan untuk
melahirkan pemimpin dan masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang.
Selain itu, kajian ini melampirkan teks ucapan Baginda Sultan sebagai dokumen rasmi
yang penting, mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat jelata yang meliputi pelbagai
lapisan masyarakat termasuk para pelajar, warga pendidik, para pentadbir, dan sebagainya.
SOROTAN LITERATUR
Analisis teks ucapan DYMM Sultan Kelantan masih belum mendapat perhatian pengkaji,
terutamanya dalam bidang retorik. Antara pengkaji bidang retorik dalam negara ialah,
Zulkifli Ahmad Hamid (2005), Sobariah Baharum (2008), Siti Saniah Abu Bakar (2009),
Lee Ai Chat (2001), Zoriati Osman (2005), Nor Azuwan Yaakob (2008), Choong Kee
Foong (2003) dan Abdul Mua’ti @ Zamri (2007).
Zulkifli Ahmad Hamid (1985) antara pengkaji lama yang pernah memberikan fokus
pengkajian dalam bidang retorik. Kajian beliau berdasarkan Hukum Retorik Klasik Aristotle
untuk meninjau peristiwa politik yang bersejarah di Persekutuan Tanah Melayu pada zaman
sebelum kemerdekaan. Kajian ini juga meneliti sifat keperibadian Tunku Abdul Rahman
yang mempengaruhi kerjayanya sebagai seorang pembina negara. Terdapat empat puluh
dua skrip ucapan Tunku telah diteliti antara 1951 hingga 1957, iaitu 17 skrip tentang isu
berkerajaan sendiri, 15 skrip tentang isu perpaduan negara dan sepuluh skrip tentang isu
keselamatan dalam negeri. Kajian Zulkifli ini memfokuskan penelitian dan pengenalpastian
strategi retorik inversi, disposisi, gaya bahasa dan penyampaian skrip ucapannya ke atas
isu kemerdekaan di Persekutuan Tanah Melayu.
Berdasarkan dapatan kajian beliau dari segi retorik inversi, penekanan telah dibuat
ke atas bukti logik, bukti emosi dan bukti etika. Penelitian dari sudut disposisi pula,
penekanan telah dilakukan terhadap bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Manakala,
dari segi gaya bahasa, Zulkifli telah meneliti skrip ucapan Tunku berdasarkan 4 kualiti gaya
bahasa yang tradisional, iaitu kejelasan bahasa, ketepatan bahasa, kesesuaian bahasa dan
kebiasaan bahasa. Beliau telah mendapati bahawa Tunku memaparkan ungkapan bahasa
yang spesifik, kata yang sederhana, unsur kemudahfahaman pada sesetengah kata atau
ayat ciptaan Tunku. Tunku juga menggunakan kata yang tepat dalam aspek diksi dalam
ucapannya. Hal ini bersesuaian dengan konteks bahasa, budaya bahasa serta stratifikasi
sosial pengucap dan pendengar.
82 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Manakala, Zoriati Osman (2005), dalam kajian beliau telah meneliti teks ucapan politik
Abdul Hadi Awang dari segi retorik. Lima buah teks ucapan politik Abdul Hadi Awang
telah dipilih sebagai korpus kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan
penggunaan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan oleh pemeran
berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Hunt (1987 dlm. Zoriati Osman, 2005). Dalam
kajian ini, Zoriati Osman membincangkan retorik pemujukan, dan jenis retorik pujukan
serta elemen pemujukan dalam bidang politik, iaitu semasa menjalankan aktiviti kempen
pilihan raya. Berdasarkan dapatan kajian beliau, dua aspek bahasa yang paling menonjol
dalam ucapan Abdul Hadi Awang, iaitu penggunaan unsur ragam bahasa, dan bahasa
kiasan. Pengkaji juga turut membincangkan aspek pemilihan diksi yang terdapat dalam teks
kajian yang dipilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang telah
mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kebahasaan dalam ucapan pemujukannya
untuk menghasilkan sebuah ucapan politik yang berkesan dan menarik.
Choong Kee Foong (2003) dalam “Analisis Strategi Retorik Sultan Omar Ali Saifuddien
III tentang Isu-isu Perlembagaan Negeri Brunei dan Rancangan Malaysia, 1959-1963”
telah mengkaji teks titah Sultan Omar Ali Saifuddien III. Kajian ini meneliti strategi retorik
yang digunakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III terhadap isu Perlembagaan Negeri
Brunei dan isu Rancangan Malaysia. Dalam setiap isu itu, aspek inversi, disposisi dan
gaya bahasa dikenal pasti dan dihuraikan. Sebanyak 36 buah titah terpilih Sultan Omar
Ali Saifuddien III telah digunakan untuk analisis. Satu perbandingan perbezaan kekerapan
penggunaan strategi retorik dalam ketiga-tiga aspek itu dilakukan bagi setiap isu tersebut.
Beliau menggunakan Hukum Retorik Aristotle untuk analisis. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat 35 jenis strategi retorik yang dapat dikenal pasti dalam teks titah Sultan
Omar Ali Saifuddien III. Bagi isu Perlembagaan Negeri Brunei, strategi retorik yang paling
kerap digunakan ialah inversi manakala bagi isu Rancangan Malaysia, strategi retorik yang
paling kerap digunakan ialah disposisi. Hasil kajian ini mendapati bahawa Sultan Omar
Ali Saifuddien III lebih kerap menggunakan bukti logik dalam titah untuk majlis rasmi,
dan bukti emosi dalam majlis tidak rasmi.
SKOP KAJIAN
Dalam kajian ini, perbincangan dibataskan kepada ucapan KDYMM Sultan Muhammad V
yang dipilih berdasarkan kepentingan pemahaman dan penghayatannya oleh rakyat jelata.
Teks kajian itu terdiri daripada tiga buah teks ucapan rasmi KDYMM Sultan Muhammad
V, iaitu pada tahun 2010, 2012 dan 2014, iaitu:
1. Teks ucapan baginda sempena Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga
(Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang ke-3 Dewan Negeri Kelantan, Yang Ke-12
pada 7 November 2010.
2. Teks ucapan baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal ke-5 Dewan Negeri ke-12
pada 1 Mac 2012.
3. Teks ucapan baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan
ke-13 pada 4 Mac 2014.
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 83
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini akan menggunakan sebanyak tiga teks ucapan rasmi KDYMM Sultan Muhammad
V sebagai korpus dalam kajian analisis bahasa. Kesemua teks ini diperoleh daripada Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) antara tahun 2010 sehingga
tahun 2014. Untuk memastikan bahawa analisis dilakukan secara bersistematik, pengkaji
akan mencerakinkan teks ucapan yang terpilih kepada ayat demi ayat untuk memudahkan
pemahaman pembaca terhadap penganalisisan. Sebanyak 251 ayat telah diambil daripada
tiga teks yang dipilih dan dicerakinkan untuk memudahkan pengkaji menganalisis teknik
yang digunakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V.
Ketiga-tiga teks ini adalah pada tahun 2010, 2012, dan 2014 dan akan dinamakan sebagai
Teks 1, Teks 2, dan Teks 3. Manakala ayat yang dicerakinkan akan ditandai dengan singkatan;
‘P’ untuk perenggan dan ‘b’ untuk baris. Contohnya; lokasi T1 P2 b1-4 bermaksud petikan
yang terdapat dalam teks pertama, iaitu pada 2010, berada di perenggan kedua dan dalam
baris pertama sehingga baris keempat. Oleh itu, untuk memastikan bahawa analisis dapatan
kajian nanti supaya lebih jelas, kaedah kuantitatif akan diaplikasikan untuk memberikan
gambaran jelas peratusan kekerapan teknik retorik yang dimanfaatkan oleh KDYMM Sultan
Muhammad V dalam setiap titah ucapan baginda.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 27 teknik yang dimanfaatkan oleh Baginda
Sultan dalam tiga teks ucapan dengan 251 ayat yang telah dicerakinkan. Sebanyak 12
teknik retorik dikenal pasti digunakan dalam teks ucapan Baginda Sultan dan daripada 12
teknik ini, pengkaji telah membahagikannya kepada 21 subgolongan. Teknik Pernyataan
Perasaan [TPP] dibahagikan kepada 6 subgolongan, Teknik Pernyataan Maklumat [TPM]
dibahagikan kepada 6 subgolongan, 3 subgolongan daripada Teknik Didaktik [TD], 2
subgolongan daripada Teknik Pengukuhan [TPK], dan 4 subgolongan daripada Teknik
Penerangan [TPN]. Selebihnya ialah Teknik Kesopanan [TKS], Teknik Kepastian [TKP],
Teknik Permintaan Tindakan [TPT], Teknik Pernyataan Tolak Ansur [TPT/A], Teknik
Perundingan [TPD], dan Teknik Penafian [TPF]. Jadual 1 dan Rajah 1 di bawah ini
menunjukkan peratusan kekerapan pemanfaatan teknik retorik yang diperoleh daripada
penganalisisan tiga teks yang dipilih.
Jadual 1 dan Rajah 1, telah memaparkan peratusan kekerapan pemanfaatan teknik
retorik dalam tiga teks ucapan KDYMM Sultan Muhammad V. Bilangan ayat yang
menandai teknik retorik yang paling tinggi ialah sebanyak 43 ayat (17%), iaitu Teknik
Pernyataan Perasaan jenis harapan [TPP (h)], kedua tertinggi ialah Teknik Didaktik
jenis seruan [TD (s)], iaitu sebanyak 30 ayat (12%). Ketiga tertinggi pula ialah Teknik
Pengukuhan secara sumber [TPK (s)] dengan 22 ayat (8.8%). Keempat tertinggi pula ialah
Teknik Penerangan dengan kenyataan umum [TPN (ku)], iaitu sebanyak 20 ayat (8%).
Teknik selebihnya adalah sekata dan tidak jauh berbeza kekerapan penggunaannya dalam
pengucapan Baginda Sultan. Teknik retorik yang paling rendah ialah Teknik Pernyataan
Perasaan kecewa [TPP (c)] dan Teknik Pernyataan Maklumat tambahan konteks masa
[TPM (t-km)], iaitu masing-masing hanya dua pemanfaatannya dalam ucapan. Beberapa
contoh teknik adalah seperti yang berikut;
84 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Teknik Pernyataan Perasaan jenis harapan [TPP (h)]
Pengkaji mendapati bahawa Baginda Sultan paling kerap menyatakan perasaan melalui
harapan, iaitu sebanyak 43 kali kekerapan dengan 17% pemanfaatannya dalam ketiga-
tiga titah ucapan yang dikaji. Teknik jenis ini menunjukkan ungkapan yang digunakan
oleh pengucap, dengan menyatakan harapan Baginda kepada khalayak pendengar, iaitu
Ahli Yang Berhormat dan rakyat jelata dengan tujuan segala yang diharapkan itu dapat
dilaksanakan sebaik mungkin. Antara ungkapan yang digunakan untuk menyatakan teknik
ini adalah seperti beta harap, berharap, semoga, Insya-Allah, dan beta berhasrat.
T1 P21 b16-21 Dalam hal ini beta menaruh harapan agar semua tanah-tanah yang telah
dibuat pengambilan diberi keutamaan khusus dalam pelan pelaburan
sektor awam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
T1 P22 b1-8 Beta juga menaruh harapan yang tinggi agar pihak kerajaan persekutuan
dapat menyediakan agihan peruntukan yang sesuai dan adil dalam
pelaksanaan pelan pelaburan sektor awam Rancangan Malaysia
Kesepuluh bagi negeri ini selaras dengan agenda pembangunan negeri
Kelantan.
Berdasarkan data kajian yang diperoleh, dapat dilihat teknik pernyataan perasaan
jenis harapan dimanfaatkan oleh Baginda Sultan secara berurutan dalam dua contoh ayat
yang telah dicerakinkan. Penggunaan teknik ini mempamerkan harapan baginda terhadap
sesuatu perkara yang akan dilaksanakan kepada rakyat jelata.
Rajah 1: Peratusan Kekerapan Pemanfaatan Teknik Retorik
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 85
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
JADUAL 1
Jumlah Pemanfaatan Teknik Retorik mengikut Teks Ucapan.
Bil Teknik Teks 1 Teks 2 Teks 3 Jumlah Peratus (%) 1 TKS 3 4 3 10 4 2 TKP 3 1 1 5 2 3 TPP (gm) 2 3 2 7 2.8 4 TPP (gm-ks) 5 1 1 7 2.8 5 TPP (gm-pj) 5 3 2 10 4 6 TPP (c) - - 1 1 0.4 7 TPP (h) 14 17 12 43 17 8 TPP (k/s) 2 1 - 3 1.2 9 TPM (c) 2 - 1 3 1.2 10 TPM (l) 5 10 1 16 6.4 11 TPM (t) 5 7 7 19 7.6 12 TPM (t-t) 1 3 2 6 2.4 13 TPM (t-km) - 1 1 2 0.8 14 TPM (t-pk) 4 3 2 9 3.6 15 TD (l) 1 - - 1 0.4 16 TD (n) 1 1 1 3 1.2 17 TD (s) 10 10 10 30 11.9 18 TPK (s) 10 9 3 22 8.8 19 TPK (m) 1 3 - 4 1.6 20 TPN (ku) 9 10 1 20 8 21 TPN (s) 5 - - 5 2 22 TPN (pjl) - 1 1 2 0.8 23 TPN (tj) 1 4 2 7 2.8 24 TPT 4 5 3 12 4.8 25 TPT/A 1 1 - 2 0.8 26 TPD - 1 - 1 0.4 27 TPF - 1 - 1 0.4
Jumlah ayat 94 100 57 251 100
Teknik Didaktik dengan seruan –[TD (s)]
Teknik didaktik secara seruan merupakan teknik kedua yang paling kerap dimanfaatkan
oleh Baginda Sultan, iaitu sebanyak 30 kali kekerapan dengan 11.9%. Teknik jenis ini
berfungsi sebagai ajakan atau anjuran yang bertindak memanggil atau menyeru khalayak
untuk bertindak. Subgolongan teknik ini ditandai dengan ungkapan seperti perlulah,
hendaklah, marilah, mestilah.
T1 P12 b11-15 Beta mengingatkan bahawa semua aktiviti pelancongan yang hendak
dilaksanakan perlulah selari dengan tuntutan syarak dan tidak
bercanggah dengan kesucian agama Islam.
86 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
T3 P6 b7-10 Semua pihak perlu berhemat dalam berbelanja. Rakyat perlu merancang
menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaiknya dan pihak
kerajaan perlu mengurus tadbir kewangan secara telus dan bijaksana.
Baginda memperlihatkan sikap mengambil berat dan perihatin terhadap perihal rakyat
jelata dengan menyatakan ungkapan nasihat seperti ajakan, galakan dan saranan untuk
memastikan bahawa setiap perkara yang dilakukan tidak merugikan dan berlandaskan
syariat agama.
Teknik pengukuhan secara sumber [TPK (s)]
Teknik pengukuhan telah dimanfaatkan oleh Baginda Sultan sebanyak 22 kali kekerapan,
iaitu dengan 8.8%. Teknik jenis ini bermaksud usaha pengucap untuk mengukuhkan sumber
maklumat dengan menggunakan ungkapan seperti; berdasarkan, merujuk kepada, beta
difahamkan, beta dimaklumkan.
T2 P13 b1-3 Beta dimaklumkan bahawa pelbagai program pelancongan telah dirancang
sepanjang tahun sempena tahun melawat Kelantan dua ribu dua belas ini.
T3 P11 b1-3 Beta mendapat maklum bahawa Program Bertani Satu Ibadah telah
memberi impak yang positif kepada sektor pertanian negeri.
Kedua-dua contoh yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa penggunaan ungkapan
yang membawa erti, diberitahu atau dimaklumi oleh pihak tertentu dalam menyatakan
sesuatu fakta atau informasi yang benar berdasarkan sumber yang sahih. Baginda Sultan
sentiasa mengambil berat perihal berkaitan negeri mahupun luar negeri Kelantan dalam
memastikan bahawa keadaan rakyat jelata tidak terabai.
Teknik penerangan kenyataan umum [TPN (ku)]
Teknik ini menggunakan ungkapan untuk menjelaskan dan menerangkan sesuatu, sama
ada yang telah diketahui atau maklumat baharu yang belum diketahui kepada khalayak.
Teknik ini ditandai dengan ungkapan seperti; adalah, ialah, ini bermaksud, merupakan.
T1 P17 b1-6 Dasar kerajaan negeri bagi melahirkan rakyat berdikari adalah satu usaha
termasuk mengekalkan produk seni dan kraf Kelantan yang sudah mahsyur
sejak sekian lama seperti batik, songket, ukiran kayu dan sebagainya.
T2 P29 b1 Pendidikan merupakan asas penting dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan dua contoh yang dinyatakan di atas adalah menjadi bukti kepada
penggunaan teknik penerangan secara kenyataan umum yang dimanfaatkan oleh Baginda
Sultan dalam menjelaskan tentang sesuatu perkara. Contoh pertama, baginda mengatakan
bahawa dasar kerajaan negeri Kelantan yang dibina adalah untuk membentuk masyarakat
yang boleh berdikari dalam menghasilkan pelbagai produk untuk menambah pendapatan
keluarga.
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 87
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
Teknik pernyataan maklumat secara tambahan [TPM (t)]
Teknik Pernyataan Maklumat secara tambahan berlaku apabila pengucap menyampaikan
maklumat, dan kemudiannya membuat penambahan pada maklumat yang sedang
disampaikan. Teknik ini digunakan adalah untuk memastikan bahawa setiap perkara yang
disampaikan jelas dengan penerangan tambahan yang lengkap. Teknik retorik ini ditandai
dengan ungkapan seperti; dan, juga.
Contohnya:
T1 P6 b6-8 Pertumbuhan ini didorong kuat oleh permintaan domestik dan
diperkuatkan oleh prestasi eksport.
T3 P12 b11-14 Begitu juga dengan projek jalan persisiran pantai dan projek-projek
infrastruktur yang lain dapat dilaksanakan dengan segera
Penggunaan dua ungkapan seperti yang terdapat dalam contoh di atas, jelas
membuktikan bahawa terdapat penambahan maklumat daripada isu yang dinyatakan oleh
Baginda Sultan dalam penyampaian sebelumya. Misalnya contoh T3 P12 b11-14, Baginda
Sultan sebelumnya menyatakan tentang projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala
Krai yang tergendala sejak sekian lama. Teknik pernyataan maklumat yang dimanfaatkan
oleh baginda menunjukkan masalah yang berurutan dan tidak diselesaikan sepenuhnya.
Teknik pernyataan perasaan gembira (kesyukuran) [TPP (gm-ks)]
Teknik jenis ini ditandai dengan ungkapan seperti; syukur, Alhamdulillah, segala puji-pujian
dan kesyukuran, beta bersyukur, dan beta berterima kasih.
T1 P28 b11-17 Beta bersyukur dengan situasi semasa yang wujud di negeri ini, Islam
amat menitikberatkan sikap toleransi, bekerjasama, salin memahami
antara satu sama lain untuk kebaikan bersama kerana ianya akan
mendapat rahmat dari Allah subhanahu Wata’ala.
Berdasarkan contoh yang dinyatakan, Baginda Sultan menggunakan beberapa
ungkapan untuk menggambarkan rasa kesyukuran baginda terhadap kebaikan, kelebihan
serta nikmat yang diperoleh rakyat baginda dalam sesuatu perkara. Sikap baginda ini jelas
memperlihatkan sikap rendah diri dan sikap ambil berat terhadap keadaan rakyat jelata
tanpa mengira susah dan senang.
Teknik Penafian [TPF]
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik penyampaian yang mempunyai unsur penyangkalan,
iaitu sebagai penafian. Teknik jenis ini didapati hanya 1 kali kekerapan penggunaannya yang dikenal pasti, iaitu terdapat dalam teks 2. Pengucap menggunakan teknik ini untuk
menyangkal sesuatu perkara yang disampaikan. Antara ungkapan yang digunakan adalah
seperti tidak, tidak benar, bukan.
88 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
T2 P35 b2-3 Dasar pemerintahan Islam tidak menolak kepentingan penganut agama
lain.
Teknik ini tidak kerap digunakan oleh Baginda Sultan dalam pengucapan rasmi kerajaan
yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri. Teknik penafian bukan sahaja berunsur
negatif tetapi juga membawa erti penolakan.
Secara keseluruhannya, penggunaan teknik retorik dalam titah ucapan KDYMM Sultan
Muhammad V adalah untuk meningkatkan daya keseimbangan dalam mengungkapkan
kata agar memberikan kesan kepada khalayak pendengar dan seterusnya mendapat
perhatian serta tindakan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, sebagai rakyat kita seharusnya
bertindak serta mengambil peranan dengan setiap perkara yang dibangkitkan seperti soal
pembangunan negeri dan kemaslahatan seluruh rakyat jelata agar dapat diselesaikan
seterusnya dipertingkatkan ke arah yang lebih baik. Sebagai rakyat yang taat setia, kita
perlu memahami dan bertindak dengan setiap perkara yang diperkatakan oleh Baginda
Sultan untuk membuktikan bahawa kita rakyat yang taat dan patuh dengan titah KDYMM
Sultan Muhammad V sebagai pemerintah.
ELEMEN RETORIK
Pengkaji mendapati bahawa Baginda Sultan menggunakan bahasa yang sama dengan
khalayak, tetapi mungkin mempunyai kosa kata yang sedikit berbeza. Penggunaan kosa
kata dikaitkan dengan penerapan elemen retorik yang digunakan oleh Baginda Sultan
adalah untuk mencapai tahap keberkesanannya kepada khalayak. Aristotle (1984) pernah
mengatakan bahawa pengucap perlulah menggunakan bahasa yang tepat, benar dan dapat
diterima, pemilihan perkataan yang jelas, penggunaan ungkapan yang indah dan bersesuaian
dengan khalayak yang menjadi sasaran pengucapan.
Penerapan elemen retorik dalam pengucapan Baginda Sultan adalah bertujuan untuk
memberikan kesan mendalam terhadap pengucapan. Sebanyak tujuh elemen retorik yang
telah dikenal pasti dalam titah ucapan perasmian KDYMM Sultan Muhammad, iaitu
aliterasi, simile, alusi, polisindeton, dan hiperbola.
Aliterasi
Menurut Dowis (2000), aliterasi bermaksud pengulangan beberapa bunyi awal dalam setiap
perkataan. Manakala, Beebe dan Beebe (2003) pula mengatakan bahawa aliterasi sebagai
pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal frasa, klausa, atau ayat. Contohnya
adalah seperti yang berikut;
T2 P9 b6-9 Dalam masa yang sama “Bertani Satu Ibadah” bukan sahaja diketahui
tetapi dihayati dan diterapkan secara serius dalam semua aspek pertanian,
perikanan dan penternakan …
T2 P30 b1-5 Beta berharap penilaian pencapaian mutu pendidikan bukan sahaja
berdasar kepada keputusan peperiksaan, tetapi para meter penghayatan,
pengamalan ilmu itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan terutama dari
segi penghayatan akhlak yang mulia
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 89
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
Contoh T2 P9 b6-9 memperlihatkan pengulangan suku kata pertama dalam baris yang
sama, iaitu imbuhan awalan ‘di’ yang menunjukkan kata kerja pasif untuk perbuatan.
Pengulangan ini digunakan adalah untuk memberikan penekanan terhadap tindakan
khalayak terhadap pernyataan dasar “Bertani Satu Ibadah” yang telah diperkenalkan.
Manakala contoh T2 P30 b1-5 menunjukkan pengulangan imbuhan awalan kata nama
‘peN-’ yang digunakan oleh baginda bagi beberapa kata dasar dalam ayat yang sama.
Polisindeton
Menurut Gorys Keraf (1984), polisindeton merupakan penggunaan kata hubung yang
berlebihan, iaitu beberapa kata, frasa, atau klausa yang digunakan secara berurutan
dihubungkan satu sama lain dengan kata sambung. Contohnya adalah seperti yang berikut:
T2 P9 b13-19 Perkembangan sains dan teknologi terkini terutama sekali dalam bidang
bioteknologi yang sedang diterokai oleh kerajaan negeri pada masa
ini diharap dapat meningkatkan hasil dan menambah mutu dan kualiti
pengeluaran dan secara langsung dapat menambah nilai hasil tersebut
dan memberikan pendapatan yang lebih kepada petani, penternakan dan
nelayan.
Contoh ini membuktikan bahawa Baginda Sultan juga menyatakan sesuatu maklumat
secara berterusan dengan hanya menggunakan kata hubung ‘dan’, iaitu dengan tidak
mengakhiri sesuatu ayat dengan tanda noktah. Penggunaan kata hubung ini akan menjadikan
sesuatu ayat itu panjang dan sarat dengan maklumat yang berkaitan antara satu sama lain.
Simile
Simile merupakan elemen retorik untuk menyatakan perbandingan atau persamaan yang
secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan dua objek atau lebih melalui
beberapa kata hubung seperti, bagai, bak, dan seumpamanya. Gorys Keraf (1984),
menjelaskan simile sebagai persamaan yang membawa maksud perbandingan yang bersifat
eksplisit, iaitu secara langsung menyatakan bahawa sesuatu itu sama dengan hal yang lain.
Dalam pengucapan rasmi, pengkaji mendapati bahawa baginda tidak kerap menggunakan
elemen ini disebabkan oleh keberkesanan penerapan elemen simile adalah perlu memenuhi
syarat penggunaan ungkapan yang segar dan asli, idea bandingan juga perlu sesuai dengan
subjek yang dikemukakan, dan selari dengan konteks penggunaannya. Buktinya:
T2 P36 b1-5 Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada di kalangan umat
Islam atau kalangan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia
yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, polimik
tentang agama harus diurus dengan cermat dan berhemah …
Berdasarkan contoh di atas, jelas penggunaan elemen simile adalah untuk menyatakan
perlambangan tentang Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian bangsa,
agama dan kepercayaan.
90 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Alusi
Alusi ialah perbuatan pengucap memberikan bayangan atau merujuk kepada sesuatu secara
tidak langsung. Secara jelas alusi ialah rujukan ringkas berdasarkan beberapa perkara seperti
orang, tempat atau peristiwa. Gorys Keraf (1984) berpandangan bahawa alusi merujuk
kepada sesuatu secara eksplisit atau implisit kepada tokoh, peristiwa, atau tempat dalam
kehidupan nyata, mitos, atau dalam karya sastera yang terkenal. Contoh yang terdapat
dalam teks adalah seperti yang berikut:
T3 P17 b3-6 Beta difahamkan satu Pusat Latihan Belia sedang dirancang pembinaannya
di Pengkalan Chepa untuk memberi kemudahan latihan dalam pelbagai
bidang.
Contoh yang diberikan ini membuktikan bahawa elemen alusi diterapkan oleh Baginda
Sultan untuk berkongsi maklumat yang diterima dengan khalayak. Baginda membayangkan
kepada khalayak tentang pembinaan Pusat Latihan Belia yang dirancang untuk memberikan
kemudahan latihan kepada belia di negara ini.
Penggunaan kosa kata asing
Bahasa Arab
Baginda Sultan kerap menggunakan beberapa istilah bahasa Arab untuk menyatakan
pelbagai definisi tentang sesuatu perkara yang disampaikan.
T2 P28 b12-14 Kepimpinan kini telah berjaya menerapkan nilai-nilai tarbiyah dan
disiplin dalam membentuk imej pemain dan penonton sukan di negeri
ini.
T3 P16 b3-7 Beta berharap agar penambahbaikan kepada gerakan amar makruf
nahi mungkar dapat dilaksanakan, terutama melalui penguatkuasaan
undang-undang oleh semua pihak yang berkaitan.
Kata ‘tarbiyah’ dalam contoh T2 P28 b12-14 bermaksud pendidikan atau pengasuhan
yang mengajak umat manusia memahami dan beramal dengan nilai Islam untuk membentuk
disiplin dalam diri seseorang. Baginda Sultan menghubungkaitkan sesuatu tindakan atau
amalan dengan konteks agama Islam. Manakala contoh T3 P16 b3-7, penggunaan istilah
Arab ‘amar makruf nahi mungkar’ memberikan maksud mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Baginda Sultan mengharapkan pelaksanaan gerakan melalui
penguatkuasaan untuk mengajak rakyat jelata melakukan kebaikan dan menjauhi
kemungkaran terus ditingkatkan.
Bahasa Inggeris
T1 P18 b5-13 Beta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dengan
cadangan projek central spine road iaitu pembinaan jalan baru dan
menaiktaraf jalan persekutuan laluan lapan …
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 91
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
T2 P25 b4-8 … pembangunan Bandar Baru Tunjong yang semakin rancak di samping
kesan berganda multiplier effects yang akan dapat dinikmati oleh rakyat
negeri Kelantan hasil dari projek-projek yang telah diluluskan tahun
lepas.
T3 P12 b1-4 Beta difahamkan bahawa negeri Kelantan telah diberikan siling
peruntukan sebanyak satu perpuluhan tujuh billion ringgit bagi
pelaksanaan pelbagai projek di bawah rolling plan ketiga Rancangan
Malaysia Kesepuluh.
Baginda Sultan juga sering kali menggunakan kosa kata bahasa Inggeris untuk
menjelaskan sesuatu perkara agar lebih jelas dan difahami. Berdasarkan tiga contoh yang
dinyatakan di atas, kebiasaannya baginda menggunakan istilah bahasa Inggeris adalah
untuk menjelaskan secara tepat tentang sesuatu perkara atau projek yang dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa sebanyak lapan elemen retorik
terdapat dalam teks titah ucapan KDYMM Sultan Muhammad V, iaitu aliterasi, repitisi,
metafora, simile, alusi, polisindeton, hiperbola dan penggunaan bahasa asing seperti
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Setiap elemen retorik yang digunakan oleh KDYMM
Sultan Muhammad V dalam titah ucapan berupaya menyatakan maksud, nada, rasa dan
pemikiran baginda. Bahasa yang digunakan juga tidak bersifat memaksa tetapi lebih kepada
menyarankan khalayak pendengar secara menyenangkan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa penggunaan teknik retorik dalam titah
ucapan KDYMM Sultan Muhammad V adalah untuk meningkatkan daya keseimbangan
dalam pengungkapan kata agar memberikan kesan kepada khalayak, dan seterusnya
mendapat perhatian serta tindakan terhadap sesuatu perkara. Sebagai khalayak, Ahli Dewan
Undangan Negeri sebagai wakil rakyat perlu bertindak serta mengambil peranan dengan
setiap perkara yang dibangkitkan seperti soal pembangunan negeri dan kemaslahatan
seluruh rakyat jelata agar dapat diselesaikan, seterusnya dipertingkatkan ke arah yang
lebih baik.
Manakala penerapan elemen retorik yang digunakan oleh Baginda Sultan adalah untuk
memberikan kesan kepada khalayak. Elemen ini digunakan oleh Baginda Sultan untuk
memberikan keindahan melalui ketepatan kosa kata, kejelasan dan kesesuaian bahasa
dengan khalayak yang menjadi sasaran dalam pengucapan. Di samping itu juga, Baginda
Sultan ingin menjelaskan maksud sebenar ucapan kepada khalayak, agar diberikan perhatian
serius, dan diambil tindakan sewajarnya.
BIBLIOGRAFI
Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. (2007). Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aristotle. (1984). The rhetoric and the poetics of Aristotle (R. W., Roberts, Penterjemah). New York: The
Modern Library.
92 MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016)
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Asmah Haji Omar. (2007). Bahasa diraja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beebe, S. A. & Beebe, S. (2003). Public speaking: An audience-centered approach. Boston: Allyn and Bacon.
Choong Kee Foong. (2003). Analisis strategi retorik Sultan Omar Ali Saifuddien III tentang isu-isu
perlembagaan negeri Brunei dan rancangan Malaysia, 1959-1963, (Disertasi Doktor Falsafah). Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Cook, J. S. (1989). The element of speechwriting and public speaking. New York: Macmillan Publishing
Company.
Dori Wuwur Hendrikus. (1991). Retorika. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Dowis, R. (2000). The lost art of the great speech. New York: American Management Association Publications.
Enos, T. & Brown, S. C. (1993). Defining the new rhetoric. New York: Sage Language Society.
Gorys Keraf. (1984). Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Penerbit PT Gramedia
Henry Guntur Taringan. (1981). Berbicara sebagai suatu keterampilan berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa
Bandung.
Lee Ai Chat. (2001). Analisis teks ucapan politik Bahasa Melayu dari segi retorik; Satu kajian kes terhadap
ucapan politik Dr. Mahathir Mohamad (Disertasi Sarjana). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nor Azuwan Yaakob. (2008). Retorik kewartawanan Melayu akhbar Berita Harian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Saniah Abu Bakar. (2009). Retorik dalam wacana iklan radio (Disertasi Doktor Falsafah). Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Sobariah Baharum. (2008). Retorik dalam Novel-novel Abdullah Hussain (Disertasi Doktor Falsafah). Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Zoriati Osman. (2005). Retorik pujukan: Kajian kes ceramah Haji Hadi Awang (Disertasi Sarjana). Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Zulkifli Ahmad Hamid. (1985). A Rhetorical analysis of the selected speeches of Tunku Abdul Rahman Putra on
the issues of independence for Malaya, 1951-1957 (Disertasi Doktor Falsafah). Ohio: University of Ohio.
MAHAWANGSA 3 (1): 79 - 93 (2016) 93
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
Yuhastina Sinaro* dan Che Ibrahim Salleh
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM,
Serdang, Selangor Malaysia
ABSTRAK
Makalah ini membicarakan tunjuk ajar sebagai pandangan dunia (world view) bagi orang
Melayu yang menjadi sumber pedoman hidup manusia, khususnya dalam pantun. Analisis
kontekstual digunakan untuk memahami makna teks tunjuk ajar Melayu dengan metode
yang menghubungkan teks dengan tiga hubungan penting dalam logika berfikir dan
bertindak dalam alam Melayu. Tiga hubungan tersebut ialah hubungan manusia dengan
manusia, manusia dengan alam, dan manusia dengan Allah selaku pencipta alam semesta.
Konsep sosiobudaya tersebut merupakan nilai sosial keagamaan bagi orang Melayu tentang
dunianya yang menunjukkan bahawa hubungan tersebut saling memberikan impak dan
menjadi prinsip untuk mengasihi antara satu sama lain.
Kata Kunci: Melayu, pandangan dunia, pantun, sosiobudaya, tunjuk ajar
ABSTRACT
This paper discusses about ‘tunjuk ajar’ in ‘pantun’ as a world view concept for the
Malays, which function as a source of guidance for human life. Contextual analysis is
used to understand the meaning of the Malay ‘tunjuk ajar’ text through linking the text
with three fundamental relationships in logical thinking and action in the Malay world.
The three fundamental relationships comprise the relationships between human beings,
human dan nature, and human and God as the creator of the universe. This sociocultural
concept represents the socio-religious value of the Malay, about the world which indicates
the relationships have impact on each other and have become the principal for loving and
caring.
Keywords: Malay, ‘pantun’, sociocultural, ‘tunjuk ajar’, world view.
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: 10 Ogos 2015
Diterima: 21 Oktober 2015
E-mail:
[email protected] (Yuhastina Sinaro),
[email protected] (Che Ibrahim Salleh)
* Penulis Penghubung
PENGENALAN
Makalah ini akan mengetengahkan persoalan
atau isu yang berkaitan dengan peranan
pantun sebagai pewujudan pandangan
dunia Melayu. Dalam konteks sosiobudaya
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
Melayu, pantun sarat dengan ajaran yang diadun dengan bahasa kiasan sebagai panduan
untuk generasi yang akan datang. Pemahaman terhadap karya sastera seperti pantun, yang
dipandang sebagai salah satu pewujudan pandangan dunia, memerlukan metodologi untuk
mentafsirkan makna pantun sebagai ilmu pengetahuan bagi masyarakatnya. Ini demikian
kerana pantun merupakan cara berkomunikasi yang tidak berterus terang, tetapi berkias
sebagai “beating about the bush phenomenon” (Wan Ab Kadir Wan Yusoff, 1996, ms.7).
Dari segi penggunaannya, pantun lebih disyaratkan oleh kehendak sosial yang membawa
nilai kemasyarakatan. Tunjuk Ajar Melayu merupakan kumpulan pantun masyarakat Islam
Melayu. Sejarah Islam dan hubungannya dengan pantun telah dihujahkan oleh Sir Richard
Winstedt. Beliau telah menganalisis pantun secara mendalam (Winstedt, 1977, ms.178-207).
Masyarakat Melayu yang beragama Islam memiliki hasil kebudayaan berupa pantun
yang diekspresikan oleh mereka secara lisan. Secara metodologi, pantun dapat dikaji dari
sudut pandangan Islam. Al-Faruqi (1983, ms.34-38) menghujahkan bahawa prinsip pertama
yang penting dalam metodologi Islam ialah “the unity of Allah; the unity of creation; the
unity of truth and the unity of knowledge; the unity of life; and the unity of humanity”. Al
Faruqi berhujah bahawa dalam penganalisisan fenomena, kebudayaan dan agama bukanlah
sebagai dualisme. Ini bermakna, fikiran dan tindakan bukanlah dua aspek yang terpisah,
tetapi kesatuan yang mempengaruhi satu sama lain. Hal ini menurutnya dapat terjadi kerana
akal dan wahyu (bersumberkan Al-Quran) terkait secara terus menerus sehingga bukanlah
entiti yang terpisah dan menjadi dasar bagi pengetahuan dan metodologinya.
Pengetahuan dan bahasa juga merupakan satu kesatuan. Bahasa dalam hal ini,
merupakan perantara untuk menyampaikan pesan yang berasaskan pengetahuan daripada
individu yang satu kepada yang lainnya dalam suatu masyarakat, dalam bentuk bunyi
yang bersifat simbolik. Dalam hal ini, terdapat hubungan antara penghasil bahasa dengan
penerima bahasa. Peristiwa kebahasaan tersebut merupakan proses transmisi gagasan,
warisan buah fikir yang dijadikan saranan ideal. Pemahaman tentang gagasan di sebalik bahasa akan menghasilkan tanggapan bagi penerimanya, sama ada gagasan itu diterima
atau ditolak. Apabila diterima, maka gagasan akan disepakati dan disebarluaskan sebagai
pengetahuan bersama, yang kemudian akan diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lainnya, membentuk pandangan dunia (world view) yang menjadi sumber
tunjuk ajar untuk menuntun kehidupan manusia. Ini bererti bahawa tunjuk ajar memiliki
sistem nilai yang berisi etika, moraliti, pilihan hidup, prioriti hidup yang digunakan oleh
individu, kelompok mahupun masyarakat untuk mencapai sesuatu yang diharapkan secara
bersama.
Objektif kajian ini, untuk menghuraikan ajaran penting tunjuk ajar Melayu yang
tersurat dan tersirat dalam pantun, dalam konteks sosiobudaya Melayu. Kaedah kepustakaan
digunakan untuk memperoleh bahan dan data kajian, dan kaedah analisis teks untuk huraian.
SOSIOBUDAYA MELAYU
Vygotsky (1986) menjelaskan betapa pentingnya aspek sosiobudaya. Beliau menjelaskan
bahawa seorang individu tidaklah dapat dikaji secara sendirian, namun, haruslah
dikaitkan dengan konteks dunia sosiobudaya di sekitarnya sebagai tempat individu
tersebut berkembang. Sistem sosiobudaya tersebut terdiri daripada persekitaran berupa
96 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
masyarakat yang bergaul dan berhubungan satu sama lain, dan membentuk struktur sosial
berdasarkan peranan dan statusnya. Aspek kebudayaan, dalam pandangan Faruqi (1986),
tidaklah terpisah dengan agama (din). Dalam pandangan ilmu sosial moden, kebudayaan
dipandang sebagai konstruksi sosial. Ini demikian kerana dalam kebudayaan, terdapat unsur
akal, fikiran, pengertian, kefahaman, pendapat, perasaan, ikhtiar, kekuatan, kesanggupan
dan kemampuan. Dari sudut tersebut, ilmu pengetahuan moden menjadi terpisah dengan
agama, kerana agama bukanlah konstruksi sosial, namun, merupakan kebenaran wahyu
dari sudut pandang Faruqi (1986, ms.34-38), sehingga kebudayaan dan agama bukanlah
dualisme. Dalam konteks masyarakat Melayu yang menghasilkan pantun, sesungguhnya
kewujudan kesatuan antara hasil kebudayaan (dalam hal ini pantun) dengan agama begitu
jelas. Ini bererti, aspek agama dalam pantun merupakan aspek sosiobudaya yang penting
dan memberikan pengaruh terhadap sistem nilai (pengetahuan) yang berlaku untuk menjadi
panduan dan tindakan.
Aspek budaya dalam hal ini memiliki dua sifat, iaitu yang bersifat benda dan bukan
benda. Aspek sosiobudaya bukan benda merupakan gagasan, norma atau nilai (ketentuan
atau peraturan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap
anggota masyarakat), termasuk agama yang digunakan untuk menuntun kehidupan manusia.
Budaya juga membawa pengertian sikap dan pandangan hidup, serta unsur peradaban
(Asmah Haji Omar, 2005, ms.2). Tunjuk ajar Melayu ialah salah satu contoh budaya
bukan benda, yang menjadi pedoman bagi manusia untuk memiliki gagasan yang sesuai
dengan nilai ideal yang diharapkan untuk menjadi manusia yang mulia dan bermaruah
seperti yang diajarkan oleh agama Islam. Sementara itu, aspek material merupakan hasil
karya berupa benda kreatif manusia yang didasarkan pada tunjuk ajar yang berlaku pada
masyarakat Melayu sehingga benda material tersebut tidak bertentangan dengan tunjuk
ajar yang berlaku. Dengan demikian, tunjuk ajar sesungguhnya merupakan cara pandang
(world view) tentang dunia dalam konteks Melayu.
Budaya yang mengandung sistem nilai menjadi asas penting untuk berperilaku
berdasarkan kesepakatan bersama. Menurut Koentjaraningrat (1979), rangkaian sistem
budaya meliputi tujuh unsur, iaitu sistem keagamaan (yang terdiri daripada sistem
kepercayaan, nilai dan pandangan hidup, komunikasi keagamaan serta upacaranya), sistem
kemasyarakatan dan organisasi sosial (yang meliputi kekerabatan, sistem kenegaraan,
sistem kesatuan hidup, dan asosiasi), sistem pengetahuan (pengetahuan tentang alam
raya, manusia, flora dan fauna, waktu dan ruang, serta matematika), sistem bahasa (lisan
dan tulisan), sistem kesenian (seni reka bentuk, sastera, suara, musik, dan lukis), sistem
teknologi dan peralatan (transportasi, komunikasi, pakaian, dan rumah), sistem mata
pencarian hidup atau ekonomi (Koentjaraningrat, 1979, ms.203-204).
Dalam hal ini, sistem nilai orang Melayu, salah satunya terdapat dalam pantun Melayu.
Pantun merupakan puisi tertua dalam tradisi budaya Melayu yang menggambarkan
kepelbagaian fenomena gejolak jiwa dan jati diri bangsa Melayu. Fenomena ini dijelmakan
dalam pelbagai cara, sama ada untuk mengetengahkan idea atau perasaaan, atau untuk
maksud sindiran, jenaka, hiburan dan nasihat secara tersurat dan tersirat, sesuai dengan
anak-anak, remaja, antara generasi. Isi pantun ialah tunjuk ajar untuk berhubungan dalam
kehidupan di dunia ini, apakah berhubungan dengan sesama manusia, sesama makhluk
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 97
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
Allah, manusia dengan alam sekitar, dan hubungan manusia dengan sang pencipta alam
semesta, Allah. Pantun ialah khazanah budaya yang amat tinggi nilainya. Dalam pantun,
tergambar bagaimana tingginya peradaban Melayu tentang ilmu pengetahuan. Dalam
pantun, terkandung ilmu pengetahuan tentang alam, adat dan adab yang memiliki budi
bahasa yang halus dan tinggi.
Pantun memberikan arahan asas kepada manusia untuk berperilaku dalam kehidupan
sehari-hari. Para leluhur yang menciptakan pantun memiliki penguasaan ilmu pengetahuan
yang amat luas. Mereka menguasai unsur dan fenomena alam, dan juga ilmu geografi untuk
mengetahui lokasi dan nama kampung, kota, gunung, sungai, pantai, tasik, laut, termasuk
ciri topografi (laut yang banyak karang, laut yang cetek/dalam, pantai yang pasir putih)
serta fungsinya. Pencipta pantun juga harus memiliki pengetahuan tentang sejarah, adat,
agama, falsafah dan ilmu pengetahuan lainnya (Noriah Taslim, 2010, ms.63-72). Pelbagai
pengetahuan tersebut kemudian diungkapkan melalui bahasa yang indah dan memiliki
rima untuk memudahkan pendengar dalam mengingat syair demi syair, berlogika ketika
merumuskan pantun, dan juga memberikan ruang bagi pendengarnya untuk berfikir dan
mentafsirkan pengetahuan yang ada di dalamnya.
Menurut Muhammad Haji Salleh (2014, ms.8), pantun merupakan wujud puisi
lisan. Lebih lanjut beliau juga menghujahkan bahawa suara pantun yang diucapkan
“menghidupkan muzik bahasa yang terjalin dalam bahasa itu”. Dalam hal ini menurutnya,
pemantun memberikan warna pribadi terhadap pantun yang disuarakannya, dan suara
tersebut membina kembali pantun berdasarkan tafsiran suara peribadi yang melagukannya
(Muhammad Haji Salleh, 2014, ms.10). Pantun juga memiliki kandungan ilmu pengetahuan
tentang alam yang terbentang dari gunung, daratan, lautan, dan langit, serta bulan,
matahari dan bintang. Ilmu pengetahuan tentang alam yang dipantunkan sesungguhnya
juga merupakan cara masyarakat untuk mengingat ilmu pengetahuan melalui cara lisan.
Pantun merupakan bentuk kebudayaan yang dikenal masyarakat Nusantara, bahkan
banyak mengilhami sasterawan dalam berkarya. Menurut Afrizal Malna (2014), karya
Sitor Situmorang misalnya, sangat terilhami oleh bentuk pantun tentang alam seperti pada
masyarakat Minangkabau yang disebut sebagai patuntun, kemudian pada masyarakat
Sunda disebut paparikan, dan pada masyarakat Jawa disebut parikan. Menurut Ding Choo
Ming (2012, ms.268-269), pantun berakar pada tradisi dan budaya Melayu dalam konteks
regional masyarakat Nusantara, yang menjadi medium untuk mengekspresikan gagasan
dan pelbagai hal yang bersifat individual, baik oleh individu mahupun komunitinya.
Pantun diekspresikan secara lisan dalam majlis berbalas pantun untuk pernikahan,
sunatan, dan pelbagai acara adat lainnya yang diselenggarakan oleh masyarakat. Pantun
merupakan tradisi lisan yang disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi
berikutnya untuk memberikan tuntunan (panduan hidup) dalam kehidupan sehari-hari.
Dalam tradisi ini, kemampuan untuk mengingat sangatlah penting. Ingatan tersebut bukan
hanya ingatan individual, namun juga ingatan kolektif masyarakat, kemudian sistem nilai
juga dirakam, sekali gus dilakukan melalui proses berpantun secara aktif dalam masyarakat
sehingga nilai yang ada dalam pantun disebarluaskan ke seluruh anggota masyarakat.
Pantun ialah tunjuk ajar, yang berisi segala jenis petuah, petunjuk, nasihat, amanah,
pengajaran dan contoh teladan yang bermanfaat bagi kehidupan manusia dalam arti luas
(Tenas Effendy, 2006, ms.7-8).
98 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
AJARAN PENTING TUNJUK AJAR MELAYU
Tenas Effendy (2006), mengatakan bahawa Tunjuk ajar Melayu mempunyai tiga (3)
kategori hubungan penting untuk menuntun arah kehidupan manusia. Pertama, hubungan
manusia dengan Tuhan; kedua, hubungan manusia dengan manusia; ketiga, hubungan
manusia dengan alam. Ajaran ini berpandukan ajaran Islam yang bersumberkan Al-
Quran dan Hadis. Untuk memahami ketiga-tiga aspek hubungan tersebut, kajian ini akan
menganalisis satu persatu berdasarkan urutannya. Tunjuk ajar yang menuntun kehidupan
manusia berdasarkan hubungannya dengan Allah, salah satunya dapat kita lihat daripada
pantun di bawah ini:
Apa tanda Melayu jati,
dengan Islam ia bersebati
Apa tanda Melayu bertuah
hidup bertakwa kepada Allah
Apa tanda Melayu berakal,
di dalam Islam ia beramal
Apa tanda Melayu pilihan,
hidup matinya dalam beriman
Apa tanda Melayu benar,
kepada Islam ia bersandar
(Tenas Effendy, 2006, ms.33-35)
Pantun di atas menunjukkan bahawa dalam hubungan antara manusia dengan Allah,
akal fikiran merupakan hal yang paling penting untuk memahami ajaran agama. Akal
sebagai sumber pengetahuan diyakini sebagai pemberian Allah sang pencipta alam semesta
yang berfungsi untuk memahami dunia sekeliling dan juga keberadaan Allah. Dalam
memahami keberadaan Allah melalui ajaran agama, akal digunakan untuk memahami kalam
Allah dalam Al-Quran, kerana ia ialah petunjuk untuk memahami pelbagai hubungan yang
terkait antara satu sama lain, terutama dengan manusia. Pemahaman tersebut kemudian
akan membawa kepada terbentuknya iman terhadap Islam. Iman diertikan bahawa sebagai
manusia haruslah bersandar kepada Islam dalam pengertian Islam sebagai jalan untuk
mencapai keselamatan yang mulia dan bermaruah. Jalan yang Islami tersebut adalah
menghargai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam
semesta kerana semuanya itu ialah amanah ajaran agama. Dalam hal ini, amanah tersebut
diwujudkan dalam bentuk pantun tunjuk ajar Melayu.
Hubungan antara manusia dengan manusia dalam tunjuk ajar Melayu, dapat
dikategorikan menjadi dua aspek penting. Pertama, ialah hubungan dalam keluarga, dan
kedua, ialah hubungan dalam kehidupan bermasyarakat. Contoh hubungan dalam keluarga
dapat kita lihat daripada pantun yang berupa petua dan amanah daripada orang tua kepada
orang muda (anak). Dalam tradisi budaya Melayu, petua dan amanah yang disampaikan
daripada orang tua kepada anak agar anak tersebut menjadi manusia yang berperilaku yang
baik terhadap sesama mereka. Baik buruknya anak amat erat kaitannya dengan pendidikan
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 99
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
daripada orang tua, keluarga dan masyarakatnya. Contoh pantun tersebut adalah seperti
yang berikut ini:
Elok anak karena emak,
baik anak karena bapak
Adat menjadi orang tua,
Wajib memberi petuah amanah
Sebelum anak bertambah besar,
Wajib diisi tunjuk ajar
Kalau anak hendak jadi orang,
Tunjuk ajarnya janganlah kurang
(Tenas Effendy, 2006, ms.467)
Pantun di atas bukan hanya menunjukkan hubungan antara orang tua dengan anak,
namun juga terkandung pengetahuan yang bersifat turun temurun daripada satu generasi
kepada generasi berikutnya. Tradisi memberikan petua dan amanah ialah bahagian daripada
budaya Melayu dalam menjaga nilai yang penting untuk kehidupan. Tradisi ini bertujuan
untuk mewariskan nilai luhur kepada generasi penerus. Petua dan amanah ini lazimnya
disampaikan secara langsung dengan membuka peluang untuk berdiskusi sehingga
mengembangkan pemikiran generasi belia. Ini menunjukkan bahawa budaya Melayu juga
memiliki karakter terbuka, sehingga menerima soal jawab meskipun itu datang daripada
kaum lebih muda. Petua dan amanah juga disampaikan oleh orang tua ketika anak akan pergi
merantau sebagai bekal dalam kehidupan bermasyarakat. Meskipun petua dan amanah ini
berupa nasihat orang tua kepada anak, yakni hubungan manusia dengan manusia, petua di
bawah ini juga mengandung ajaran tentang hubungan manusia dengan Tuhan dan manusia
dengan alam.
wahai anak dengarlah petuah
kini dirimu besar panjang
umpama burung dapat terbang
umpama kayu sudah berbatang
umpama ulat mengenal daun
umpana serai sudah berumpun
tapi walaupun begitu,
banyak petuah yang belum tahu
banyak amanah yang belum ditimba
banyak amanah belum kau dapat
banyak pengajar belum kau dengar
banyak petunjuk belum kau sauk
banyak kaji belum terisi
maka sebelum engkau melangkah
terimalah petuah dengan amanah
supaya tidak tersalah langkah
100 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
supaya tidak terlanjur lidah
apalah petuah amanah hamba
petuah amanah orang tua-tua
yang berketurunan jadi pusaka
yang dipakai nenek moyang kita
yang mengandung syarak dan sunnah
yang mengandung adat lembaga
ada undang dengan hukumnya
apa pula pantang larangnya
petuah amanah jadikan bekal
ke mana pergi jangan kau tingga;
peganglah dengan hati yang pukal
supaya kelak tidak menyesal
petuah amanah hamba sampaikan
melepaskan hutang meringankan beban
supaya tidak jadi sesalan
mana yang elok engkau kerjakan
sebelum engkau melangkah pergi
luruskan niat di dalam hati
kebaikan juga engkau cari
kepada Allah berserah diri
(Tenas Effendy, 2006, ms.468-469)
Pantun di atas pada baris pertama mengajarkan kepada anak tentang erti kedewasaan
dan kemandirian dengan mengambil contoh kepada alam. Hal ini juga bererti sang anak juga
diajarkan untuk memperhatikan lingkungan alam. Alam dalam dunia Melayu, kerana ciptaan
Allah, dipandang memiliki pesan kepada manusia. Oleh sebab itu, berhubungan dengan alam
pun memerlukan pengetahuan yang mendalam untuk memahaminya. Kemudian, pantun baris
kedua dan ketiga menjelaskan bahawa meskipun alam sudah memberikan tanda, tetapi belum
tentu orang memahaminya. Oleh sebab itu, perlu memiliki kepekaan rohaniah atau ilmu
rohaniah untuk memahami alam. Lebih lanjut, pada baris keempat dan kelima mengandung
ajaran tentang hubungan manusia dengan manusia, khususnya belajar daripada orang yang
telah berpengalaman dalam kehidupan, iaitu atuk, ayah dan ibu. Ini juga bermakna, kita
menghargai ilmu pengetahuan orang yang lebih berpengalaman dalam hidup. Baris ke enam
sampai kesembilan mengandung ajaran tentang hubungan manusia dengan Tuhan untuk
hidup di jalan yang diredai oleh Allah. Secara keseluruhan, pantun tersebut di atas memiliki
kandungan yang berasaskan konsep habluminalam, habluminanas, dan habluminallah, yang
bersumberkan Al-Quran.
Dalam konteks hubungan manusia dengan manusia yang merupakan bahagian daripada
kehidupan bermasyarakat, pantun juga memberikan panduan tentang berbudi bahasa. Adat
Melayu mengutamakan perilaku berbudi bahasa, tidak mengira waktu, tempat, keturunan
dan bangsa. Budi ialah perilaku yang baik, manakala bahasa ialah wahana yang indah, yang
membawa perutusan yang indah pula (Muhammad Ariff Ahmad, 2007, ms.69). Keadaan ini
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 101
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
dijelmakan dalam ungkapan ‘yang baik budi, yang indah bahasa’, ‘bahasa jiwa bangsa’,
‘bahasa menunjukkan bangsa’, dan sebagainya. Nilai budi dan bahasa adalah setara, seperti
kuku dengan isi, yang amat erat dan mesra. Budi merangkumi segala perilaku manusia,
sedangkan bahasa bersifat unik lagi bitara, menyerlahkan elemen estetika dan ketuntasan
jiwa bangsa. Dari kaca mata Melayu, yang baik ialah sifat terpuji, dan yang indah ialah
perhiasan sejati dan abadi. Kedua-duanya sama mulia dan suci murni. Apabila budi dan
bahasa dibaurkan dan digembleng bersama, maka budi bahasa merupakan manifestasi
peribadi insan Melayu. Fenomena ini dijelmakan dalam ungkapan ‘budi bahasa tak dijual
beli’, yang bermaksud nilai atau harga budi dan bahasa tidak terpermanai (terlalu banyak,
tidak terkira jumlahnya). Tidak terkira oleh dacing dan kati. Sehingga dikatakan ‘hutang
emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati’ atau ‘hancur badan dikandung tanah, budi
yang baik dikenang juga’.
Salah satu ciri orang Melayu adalah suka menanam budi dan membalas budi. Bahawa
sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang tahu berbudi dan tahu membalas budi. Budi
tidak dapat dibalas seperti membayar hutang benda atau wang. Jika seseorang telah
termakan budi maka seumur hidup akan selamanya terhutang hingga akhirat. Mengikut
Hashim Musa (2008, ms.2), seseorang yang berhati budi mulia ialah seorang budiman
yang memiliki budi pekerti yang mulia, budi bahasa yang halus, budi bicara yang bernas,
dan hati yang tinggi dan luhur, yang pemurah, penyayang dan suka berbakti, adalah sangat
berguna dan bermanfaat kepada individu lain dan masyarakatnya. Oleh sebab itu, hutang
budi haruslah diingat dan tidak baik jika dikhianati. Pantun tersebut seperti berikut ini:
Hutang emas dibayar emas
Hutang budi dibawa mati
Mati semut karena gula
Mati Melayu karena budi
Apa tandanya Melayu jati,
Bertanam budi sebelum mati
Termakan budi ianya mati
Apa tanda Melayu jati,
Hidup ikhlas menanam budi
Apa tanda Melayu jati,
Elok perangai mulai pekerti
Sakit senang menanam budi
Apa tanda Melayu jati,
Hidupnya tahu membalas budi
Apa tanda Melayu jati,
membalas budi sampailah mati
(Tenas Effendy, 2006, ms.188-189)
Pantun tentang balas budi di atas, sesungguhnya bukanlah sekadar menuntun hubungan
manusia dengan manusia semata, namun, kerana manusia ialah ciptaaan Allah, maka
masalah balas budi juga secara automatik terkait dengan keberadaan Allah, bukan hanya
102 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
manusia. Perilaku membalas budi amat penting demi menyemai dan memupuk jati diri,
sahsiah dan keperibadian dengan mengambil kira aspek budi pekerti dan adat sopan yang
mulia, budi bahasa dan budi bicara yang santun, indah, bernas dan berwibawa, hati budi
dan akal yang tinggi dan bijaksana (Rozita Che Rodi & Hashim Musa, 2014, ms.269).
Penegasan akan pentingnya hubungan dengan Allah tampak selalu ditegaskan dalam setiap
pantun tunjuk ajar Melayu. Hati budi yang luhur dalam masyarakat Melayu mempunyai
nilai dan citra yang tinggi. Nilai dan citra yang tinggi ini ditonjolkandalam ungkapan
pantun berikut:
wahai ananda ibu bermadah
membalas budi janganlah lengah
budi termakan hutang tak sudah
balas olehmu karena Lillah
wahai ananda intan dikarang
bertanam budi janganlah kurang
kalau termakan budinya orang
balas olehmu pagi dan petang
wahai ananda mustika ibu,
membalas budi hendaklah tahu
budi yang mulia tempat bertumpu
perbuatan baik jadi amalmu
wahai ananda perbanyaklah budi,
tetapi jangan minta dipuji
ikhlas dan rela dalam memberi
supaya amalmu Allah ridhoi
(Tenas Effendy, 2006, ms.396-399)
Sementara itu, dalam konteks hubungan seorang individu dalam masyarakat, tunjuk
ajar Melayu juga memberikan pengetahuan yang sangat demokratis. Pengertian demokratis
dalam hal ini haruslah diletakkan dalam pengertian musyawarah, muafakat, dan berunding
untuk mengambil keputusan demi kepentingan bersama. Ini bererti, prinsip demokrasi
dimiliki oleh bangsa Melayu yang berdasarkan ajaran agama Islam. Dalam beberapa
hal dasar, demokrasi tersebut memiliki titik temu dengan prinsip demokrasi Barat yang
sekarang ini menjadi asas berpolitik secara moden. Meskipun demikian, ada perbedaan
besar dan penting antara kedua-duanya. Perbedaannya ialah demokrasi Barat berpinsip
pada prinsip “kalah dan menang” melalui pengambilan suara. Sementara itu, demokrasi
dalam masyarakat Melayu lebih menunjukkan prinsip “menang dan menang” melalui
proses musyawarah sehingga mewujudkan keputusan bersama. Ini juga bererti, masyarakat
Melayu ialah masyarakat yang demokratis jauh sebelum demokrasi Barat digunakan sebagai
asas untuk berpolitik. Masyarakat Melayu juga bersifat ceria, luwes dan terbuka. Ertinya
tidaklah serius dan emosional. Prinsip tersebut dapat kita hayati daripada pantun berikut ini:
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 103
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
apa tanda Melayu bermarwah,
dalam berunding ia berlembut lidah
apa tanda Melayu bermarwah,
dalam mufakat ia amanah
apa tanda Melayu bermarwah,
memegang teguh hasil musyawarah
apa tanda Melayu berilmu
adat musyawarah ianya tahu
apa tanda Melayu berilmu,
sebelum berbuat, mufakat dahulu
(Tenas Effendy, 2006, ms.254-258)
Prinsip yang demokratis itu bukanlah dimonopoli oleh generasi tua, namun juga
menjadi petua bagi generasi muda. Ini bererti, reproduksi nilai sosial tentang pentingnya
musyawarah, muafakat dan berunding juga perlu untuk dilakukan oleh generasi muda
sebagai penerus masyarakat dan nilai Melayu. Prinsip demokratis untuk generasi muda
tersebut dapat kita lihat daripada pantun berikut ini:
wahai ananda dengarka0,5s.259-261)
Berdasarkan pantun di atas, tunjuk ajar Melayu mengajarkan bagaimana seseorang
individu berpolitik secara benar dan bermaruah. Berpolitik secara bermaruah adalah
melaksanakan strategi secara benar dan halal, dengan tidak mencelakakan atau untuk
mengalahkan pihak lain melalui cara yang tidak bermaruah seperti fitnah. Memfitnah pihak yang menjadi lawan politik sama sekali tidak dibenarkan dan merupakan perbuatan
yang diharamkan. Ini ialah dasar berfikir “menang dan menang” dalam pengertian tidak
menyakiti dan tidak merendahkan (mengalahkan) salah satu pihak dalam perbedaan politik.
Prinsip politik bangsa Melayu adalah berunding, bermuafakat dan bermusyawarah secara
mulia bukan dengan cara pengambilan suara secara perseorangan. Ini bererti, kebersamaan
bagi bangsa Melayu lebih penting dibandingkan dengan perseorangan. Di sinilah letaknya
perbedaan yang mendasar dengan prinsip berpolitik Barat yang berasaskan kepentingan
perseorangan atas kebersamaan. Oleh sebab tujuannya adalah untuk kebersamaan, maka
berpolitik dengan fitnah atau mengada-ada cerita tentulah bukan merupakan tunjuk ajar
Melayu, kerana tunjuk ajar memberikan ajaran untuk berfikir secara benar dan jujur sehingga berkata dan bertindak pun juga secara benar dan jujur. Kebenaran dan kejujuran
tersebut bertujuan untuk mencapai kemuliaan yang bermaruah bukan sekadar pemenuhan
kepentingan yang bersifat perseorangan.
Selain hubungan manusia dengan manusia dalam konteks keluarga dan masyarakat,
tunjuk ajar Melayu juga mengajarkan bagaimana orang Melayu menghargai alam
semesta yang berhubungan erat dengan kita, kerana menghargai alam semesta itu ertinya
menjalankan cara kehidupan yang rahmatan lil alamin (kasih sayang untuk seisi alam)
sesuai dengan ajaran Islam. Hal ini penting kerana alam semesta juga menyediakan bahan
yang penting untuk kehidupan manusia. Oleh sebab itu, sebagai orang Melayu, kita pun
perlu dan wajib untuk menghargai alam. Keserakahan untuk menguasai alam sangatlah
104 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
bertentangan dengan tunjuk ajar Melayu, kerana keserakahan untuk menguasai alam hanya
akan menghasilkan bencana bukan sahaja bagi manusia itu sendiri, namun juga makhluk
lain mahupun kerusakan bagi benda yang tidak bernyawa yang ada di sekitar manusia.
Tunjuk ajar yang menunjukkan pentingnya kita sebagai orang Melayu untuk menghargai
alam semesta dapat kita hayati daripada pantun berikut ini:
tanda orang memegang adat,
alam dijaga, petuah diingat
tanda orang memegang amanah,
pantang merusak hutan dan tanah
tanda orang berfikiran panjang,
merusak alam ia berpantang
tanda orang berbudi pekerti,
merusak alam ia jauhi
tanda ingat ke anak cucu,
merusak hutan hatinya malu
(Tenas Effendy, 2006, ms.664)
Pantun di atas jelas sekali menunjukkan bahawa kita tidak boleh merusak hutan,
kerana hutan merupakan manifestasi kasih sayang Allah kepada manusia dan makhluk
hidup lainnya. Merusak hutan akan mengganggu keseluruhan sistem ekologi yang dapat
membawa bencana. Banjir yang melanda beberapa wilayah di Malaysia pada penghujung
2014 dan awal 2015 diduga tidak terlepas daripada tindakan merusak hutan. Menurut berita
yang disiarkan oleh Mongabay, NASA (National Aeronautics and Space Administration)
telah mengenal pasti bahawa perusakan hutan di Malaysia pada perempat tahun pertama
2014 meningkat mencapai 150% (“Nasa detects surge”, 2014).
Perusakan hutan itu menunjukkan bahawa ada individu yang tidak memegang amanah
untuk menjaga hutan dengan penuh kasih, tidak lagi memegang adat dan tunjuk ajar
Melayu, tidak berbudi pekerti, tidak berfikiran panjang, sehingga kerusakan alam terjadi.
Akibatnya, bencana yang membawa mangsa manusia mahupun kehidupan lainnya pun
terjadi dan menyengsarakan banyak pihak. Bahkan anak cucu pun menjadi mangsa kerana
masa depannya telah dihadapkan dengan kerusakan alam.
Oleh sebab itu, tunjuk ajar Melayu pun menyedarkan kita semua, sebagai bangsa
Melayu Islam, kita harus berlaku sebagai khalifah tidaklah menyalahkan alam, namun
haruslah menyalahkan diri sendiri kerana telah melanggar amanah nenek moyang agar
tidak merusak hutan mahupun merusak alam seperti yang dapat kita hayati dalam tunjuk
ajar berupa pantun di bawah ini.
siapa sadar dirinya khalifah,
terhadap alam takkan menyalah
beramu tidak merusak kayu
berotan tidak merusak hutan
bergetah tidak merusak rimba
berumah tidak merusak tanah
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 105
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
berkebun tidak merusak merusak dusun
berkampung tidak merusak gunung
berladang tidak merusak padang
(Tenas Effendy, 2006, ms.666)
Sesungguhnya tunjuk ajar Melayu yang merujuk pada surat Ar-Rahman mengajarkan
kita untuk menikmati pemberian Allah dengan menghargai alam semesta dan dengan tidak
mendustakan nikmat yang diberikan Allah kepada umat manusia. Ketika meramu kayu, kita
pun tidak diperbolehkan merusak kayu, ini bererti kita diharuskan untuk mengambil kayu
yang telah jatuh dan kering, bukan merusak kayu yang masih hidup. Ketika mengambil
rotan, kita pun tidak boleh merusak hutan. Ketika kita mengambil getah tidak boleh kita
merusak rimba. Ketika kita membina rumah kita pun tidak boleh merusak tanah. Gunung
dan padang pun harus dijaga, meskipun kita berladang dan berkampung di atas gunung.
Apa yang terjadi sekarang ini, banyak gunung yang diratakan untuk perumahan moden.
Hutan pun kita habisi ketika manusia memerlukan tempat untuk mereka hidup. Manusia
Melayu moden banyak yang melupakan tunjuk ajar Melayu, sehingga bencana pun kita
peroleh kerana terlupa dan lalai untuk menghargai alam semesta secara baik.
KESIMPULAN
Tunjuk ajar berupa pantun telah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu dini. Pantun
juga memiliki pengetahuan yang luar biasa kerana menjelaskan kepada bangsa Melayu
bahawa sebagai seorang manusia, ia tidaklah berdiri sendiri, namun terkait dengan manusia
lainnya, alam semesta dan Allah. Dengan demikian, tunjuk ajar Melayu menjelaskan
bahawa manusia itu hidup bermasyarakat serta berhubungan dengan makhluk hidup
lain, termasuklah benda yang tidak bernyawa seperti hutan, gunung, sungai dan laut.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat dini belajar daripada alam, yang kemudiannya
dijelmakan melalui pemikiran yang tinggi dan mendalam. Isinya padat dan kemas serta
menggambarkan kehalusan dan keprihatinan masyarakat Melayu terhadap alam dan budaya,
bukan setakat alam rasa, tetapi menjangkau nilai budi dan pandangan sarwa. Keadaan ini
menjadikan pantun bukan sahaja menyatakan keindahan penyusunan kata, malahan pantun
menyatakan manifestasi minda masyarakat.
Selain itu, perhubungan dengan Allah sebagai sang pencipta alam semesta beserta
isinya merupakan rahmat bagi seluruh makhluk hidup dan alam semesta. Oleh sebab semua
bentuk hubungan tersebut merupakan rahmatan lil alamin, maka perilaku manusia haruslah
memuliakan sesama manusia dan ciptaan Allah lainnya yang bertujuan bukan semata-mata
untuk kepentingan manusia tetapi juga untuk kepentingan seluruh isi alam semesta.
BIBLIOGRAFI
Afrizal Malna. (22 Disember 2014). Sitor Situmorang: Ilmu alam di bawah kata. Harian Indoprogress 2014.
Dicapai melalui wwwindoprogress.com
Al-Faruqi, Ismail Raji, (1983). Al-Tawheed; Its implications for thought and life. Kuala Lumpur: International
Islamic Federation of Student Organization.
Asmah Haji Omar. (2005). Budaya dan bahasa kiasan. Jurnal Peradaban Melayu. 3/2005, 1-3.
106 MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016)
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia
Ding Choo Ming. (2012). Kajian baru pengarangan manuskrip & kreativiti pantun Melayu. Bangi: Institut
Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hashim Haji Musa. (2008). Hati budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-21. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Koentjaraningrat. (1979). Pengantar ilmu antropologi. Jakarta: Aksara Baru.
Muhammad Ariff Ahmad. (2007). NILAM: Nilai Melayu Menurut Adat. Singapura: Majlis Pusat Pertubuhan
Budaya Melayu Singapura.
Muhammad Haji Salleh. (2014). Ghairah dunia dalam empat baris: Sihir pantun estetikanya. Kuala Lumpur:
PTS Akademia.
Nasa detects surge in deforestation in Malaysia, Bolivia during first quarter of 2014 (21 April 2014). Dicapai
melalui news.mongabay.com/2014/0421-glofdas-2014q1. html.
Noriah Taslim. (2010). Lisan dan tulisan teks dan budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozita Che Rodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia”, Mahawangsa:
Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu. 1(2), 257-272.
Tenas Effendy. (2006). Tunjuk ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.
Vygotsky, L. (1986). Thought and language. Massachussets: The MIT Press.
Wan Ab Kadir Wan Yusoff (Peny.). (1996). Pantun manifestasi minda masyarakat. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Winstedt, Sir Richard. (1977). A History of classical Malay literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
MAHAWANGSA 3 (1): 95 - 107 (2016) 107
MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Ulasan Buku
An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott
Puteh Noraihan A Rahman1 dan Zahir Ahmad2
Buku K. M. Endicott yang berjudul An Analysis of Malay Magic diterbitkan pada 1970 oleh
Oxford University Press. Buku ini membincangkan secara mendalam tentang kepercayaan
dan amalan sihir di Semenanjung Malaysia. Sebelum menelusuri kandungan buku ini secara
lanjut, para pembaca perlu mengetahui bahawa analisis tentang ilmu kebatinan masyarakat
Melayu telah lama dikaji oleh penulis kolonial seperti R. O. Winstedt, W. W. Skeat, F. A.
Swettenham dan J. M. Gullick yang menggelar ilmu ini sebagai “agama lama” masyarakat
Melayu. Terdapat juga persoalan mengapakah buku K.M. Endicott dipilih walhal buku ini
agak terlalu lama, iaitu penerbitannya pada 1970. Pada pendapat kami, pemilihan sesebuah
karya adalah bergantung kepada skop dan objektif kajian tanpa berasa bias kepada tahun
penerbitan sesebuah karya. Keunikan penulisan Endicott sememangnya dapat dilihat
melalui struktur penganalisisan dan penjelasan beliau yang teratur.
Usaha beliau dilihat lebih kritikal kerana bukan sahaja membuat kompilasi dapatan
kajian oleh penulis lalu tetapi melakukan kritikan tentang hipotesis mereka. Penulisan
Endicott menjadi menarik kerana kritikan yang dibuat penulis lalu terhadap perkataan,
konsep serta pandangan mereka yang kurang relevan dan sesuai. Kaedah strukturalisme
yang diaplikasikan oleh Endicott membantu dalam menampakkan esei ini lebih analitikal
dan kritikal berbanding dengan Windstedt dan penulis lain yang cenderung dengan
penulisan yang lebih naratif, yang mungkin disebabkan metode kajian mereka. Pengaruh W.
W. Skeat dalam beberapa bahagian esei ini dan gaya penulisan beliau dalam mengekalkan
tema sihir Melayu mengikut cara tersendiri menjadikan karya beliau adalah distingtif.
Ketakjuban beliau dalam pengkajian budaya lama masyarakat Melayu ini jelas tergambar
tatkala beliau menyimpulkan bahawa bomoh atau pawang merupakan satu profesion kerana
keistimewaan mereka dalam berinteraksi dengan alam ghaib dan menyembuhkan penyakit.
Salah satu idea yang signifikan tentang sihir Melayu telah diterangkan dalam bab
empat. Beliau menyentuh tentang asas kepada sihir Melayu. Apakah faktor utama yang
menyebabkan orang Melayu percaya kepada sihir? Bermula dengan unsur binatang,
Endicott memegang pendirian yang 1Puteh Noraihan A Rahman sedang melanjutkan pengajian doktor
falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya semenjak
2013. Kepakaran beliau adalah tentang kepercayaan Melayu
lama dan sastera Melayu klasik. Beliau juga merupakan seorang
pensyarah di University Taylors (Lakeside campus), Malaysia
2Zahir Ahmad (Dr.) merupakan pensyarah dan Professor Madya
di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bidang dan
kepakaran beliau ialah kesusasteraan Melayu klasik
sama seperti Winstedt yang menganggap
amalan Melayu purba mementingkan
antropomorfik. Pengaruh haiwan diberikan
penekanan dalam pandangan semesta
Melayu. Tidak hairanlah, penceritaan
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad
dalam kisah rakyat menggunakan binatang sebagai peranan utama dalam menyampaikan
nilai moral kepada pembaca. Malah, sebahagian besar daripada cerita rakyat Melayu
merangkumi cerita tentang haiwan dan unsur semula jadi. Endicott juga memperbandingkan
teori yang berbeza daripada penulis lalu. Pertama, tentang teori antropomorfik Skeat.
Endicott juga menyelidiki teori sumangat oleh Cuisinier dalam kepercayaan Melayu.
Idea tentang sĕmangat ialah sesuatu yang teras dan boleh dikatakan kesemua pengkaji
kepercayaan Melayu lama menganggap kefahaman tentang konsep sĕmangat adalah
amat penting. Endicott menggariskan beberapa prinsip untuk menilai elemen sĕmangat
seperti sĕmangat sesuatu jisim dan tidak berjisim. Sĕmangat juga boleh dibuat, dibuang
dan dimaipulasi kerana terdapat upacara membuat sĕmangat. Sĕmangat boleh mengalami
proses berkurangan atau pertambahan dengan menggunakan sihir Melayu. Beliau turut
bersetuju dengan pendapat Skeat yang menyimpulkan bahawa sĕmangat merupakan ciri
utama kepada keseluruhan sistem sihir Melayu. Terdapat juga perspektif lain tentang konsep
sĕmangat melalui amalan Sufi. Endicott menjelaskan bagaimana amalan Sufisme menjadi
perantaraan untuk menghubungkan sĕmangat dalam badan fizikal manusia dengan alam
metafizikal. Dalam amalan Sufisme, interaksi antara manusia dengan Tuhan berlaku di
bawah minda separa sedar.
Dalam definisi yang lebih struktural, Endicott menghuraikan konsep nyawa, roh dan
sĕmangat. Endicott menganggap bahawa jiwa manusia dapat terbahagi kepada roh, nyawa
and sĕmangat. Beliau mengambil kira laporan Robinson dan Annandale yang membezakan
konsep tersebut berdasarkan pemerhatian mereka terhadap orang Pattani. Endicott juga
mengutarakan pandangan beliau tentang kelas sĕmangat kerana terdapat sĕmangat yang
boleh mencapai keramat. Terdapat juga sĕmangat roh bebas seperti hantu pĕlĕsit, polong,
bajang, bĕlian serta jin-jin. Terdapat juga perbincangan tentang roh yang berhubung kait
dengan kematian dan kelahiran (vampires) seperti bajang, pontianak, penanggalan dan
langsuir. Dalam bab tersebut juga, Endicott menjelaskan perihal transformasi yang berlaku
terhadap roh selepas kematian, seperti roh kanak-kanak yang mati semasa kelahiran, dan
sebagainya. Rentetan daripada huraian cara kematian seseorang, kemudian menjadi roh
berkeliaran dan ada yang menjadi hantu penghisap darah, dan sebagainya. Selain itu,
komponen yang dibincangkan dalam bab ini ialah perkaitan badi dengan fizikal atau
badan manusia. Pada akhir bab, Endicott mengeluarkan pandangan tentang hubungan
antara sĕmangat manusia dengan haiwan. Beliau turut mengkritik penulis yang keliru
dengan pandangan masyarakat Melayu dengan Barat. Misalnya, pendapat Annandale
yang mendakwa orang Melayu Pattani tidak membezakan haiwan dengan manusia dan
mempunyai taraf yang sama. Hal ini disebabkan sĕmangat binatang dapat memasuki
diri seseorang seperti kejadian seperti harimau jadian. Sebaliknya, Endicott menjelaskan
bahawa orang Barat sememangnya menyamakan manusia dengan haiwan mengikut kategori
mamalia tetapi sudah tentulah kriteria haiwan dan manusia adalah berbeza.
Mungkin ada antara pembaca yang berminat untuk mengkaji penulisan penulis yang
lebih awal seperti Skeat, Windstedt, Anandale tetapi permulaan yang baik sebelum mengkaji
buku penulis di atas adalah membaca karya An Analysis of Malay Magic ini terlebih
dahulu. Penulisan yang lebih tersusun dan huraian yang jelas membantu bagi kajian yang
lebih mendalam tentang sihir Melayu. Bermula daripada bab dua sehinggalah bab terakhir,
110 MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)
An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott
Endicott tidak akan lupa untuk mengingati pembaca tentang pengelasan roh, sĕmangat dan nyawa agar pembaca tidak hanyut dalam konsep yang seakan-akan sama. Tambahan
pula, sesuatu yang menarik bagi pembaca kerana beliau akan melakukan kritikan terhadap
penulis lain sekiranya terdapat kekeliruan atau konsep yang sukar difahami. Contohnya,
seperti ‘reflection of souls’ oleh Skeat. Kritikan sebegini adalah penting untuk mengelakkan
sebarang kekeliruan kepada pembaca yang masih dalam proses memahami konsep dalam
sihir Melayu.
Bagi kajian antropologi, terutamanya tentang kepercayaan lama orang Melayu, keramat
merupakan perkara asas yang perlu diketahui. Keramat dipercayai mempunyai kuasa
semula jadi dan masih disembah oleh masayarakat kini walaupun pada hakikatnya amalan
sebegini adalah berlawanan dengan pandangan semesta Islam. Usaha Endicott adalah begitu
baik dalam menerangkan pengertian keramat. Bagi beliau, keramat bergantung kepada
berapa faktor seperti kesucian, keganjilan bentuk, kecacatan, keagamaan dan ketaksuban
kepada sesuatu sĕmangat. Tiada rujukan yang lebih mudah selain karya Endicott kerana
beliau berjaya melakukan kompilasi, komentari dan mengetengahkan kajian lalu tentang
sihir Melayu. Falsafah beliau melalui analisis yang sistematik dalam kerangka ilmu sihir
Melayu memberikan keistimewaan kepada Endicott untuk memberikan kesimpulan yang
baik serta melakukan kritikan yang bernas kepada penulis lalu.
Terdapat satu sistem berhubung dengan falsafah dunia kebatinan Melayu. Kami
mendapati bahawa Endicott menjelaskan pengkategorian ilmu sihir Melayu mengikut
wilayah yang berbeza. Berlainan dengan pendapat pengkaji terdahulu yang menetapkan
ilmu sihir Melayu terbahagi kepada empat tempat. Selain itu, isu lain adalah berkaitan
dengan elemen alam sekitar yang mempunyai peranan dan pengaruh dalam ilmu kebatinan
orang Melayu. Bahagian alam sekitar seperti hutan-air, tanah-hutan, tanah-air serta tempat
tinggal manusia mempunyai kaitan dengan upacara, kejadian hantu, kejadian luar biasa,
pusat bagi alam ghaib, dan sebagainya. Beliau berpendapat bahawa hubungan antara roh
dengan alam sekitar adalah bersifat abstrak dan berbeza.
The analysis of Malay Magic berakhir dengan begitu baik sekali kerana bab
yang terakhir berhubung dengan operasi sihir Melayu. Endicott menekankan bahawa
manifestasi dan praktis pawang atau bomoh yang mahir melalui kepandaian mereka dapat
membuatkan roh di alam ghaib berinteraksi. Pawang ini juga berupaya untuk mengawal
serta memanipulasikan sĕmangat. Endicott turut mengenal pasti jenis jampi dan beberapa
peralatan yang diguna pakai dalam ritual yang dijalankan oleh pawang. Antara elemen
untuk “menguatkan semangat ”, berlindung daripada badi dan menjampi pĕlĕsit adalah dengan penggunaan emas, besi dan perak. Elemen yang seterusnya adalah berkenaan
dengan melemahkan dan membuang sĕmangat yang tidak baik seperti upacara mandi
dan menepung tawar. Terdapat juga elemen “pemegang” kepada roh dan sĕmangat, iaitu
dengan penggunaan limau, telur dan kain kuning, hitam atau putih. Dalam masa yang sama,
Endicott menghuraikan bahan perantaraan seperti pembakaran kemenyan, lilin beserta
jampi tertentu untuk memanggil roh dan hantu. Perkara seterusnya untuk dipersembahkan
kepada hantu dan roh ialah beras kunyit, telur, tepung dan kepala, sirih, air setengah cawan.
Dalam upacara dan ritual, nombor juga memainkan peranan kerana terdapat nombor tertentu
dalam pelaksanaan upacara sihir. Pada akhir bab, beliau menghuraikan upacara “semanagat
MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016) 111
Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad
padi”, dan upacara “berhantu” dan turut membincangkan tafsiran penulis seperti Skeat,
Cuisinier, Gimlett dan Annandale tentang upacara ini.
Apa yang menjadikan buku beliau menarik ialah cara penyusunan yang sistematik.
Permulaan yang baik dengan memberikan pendahuluan tentang sihir Melayu dan
penggunaan kaedah strukturalisme mudah dijadikan panduan dalam menganalisis sihir
Melayu jika hendak dibandingkan dengan penulis yang lain. Secara keseluruhan, teknik
memperjelas konsep asas bagi sihir Melayu dalam bab dua, dan membuat perbandingan
terminologi dan konsep sihir Melayu dalam bab tiga melancarkan proses pembacaan buku
ini. Kajian komprehensif tentang sĕmangat dan pengelasannya juga ditekankan kerana ia
merupakan asas untuk memahami keseluruhan konteks sihir Melayu. Perkaitan peranan
alam sekitar seperti hutan,air, tanah dan tempat tinggal manusia serta pengaruh lain seperti
sosial, masa, dan ruang penting membantu dalam memahami ilmu sihir Melayu. Akhir
sekali, pengakhiran tentang operasi atau pelaksanaan sihir mengakhiri penulisan yang
baik ini. Kepercayaan yang diberi untuk kami mengulas karya beliau ialah sesuatu yang
amat berharga kerana analisis yang baik oleh K. M. Endicott merupakan suatu permulaan
yang baik bagi kajian tentang ilmu sihir masyarakat Melayu. Sayangnya kami tidak dapat
memberikan biografi tentang K. M Endicott kerana maklumat tentang beliau adalah
terhad. Akhir kalam, buku ini dapat memberikan maklumat yang berguna tentang budaya
masyarakat Melayu lama, terutamanya dari segi sihir Melayu.
112 MAHAWANGSA 3 (1): 109 - 112 (2016)
Pertanika
Gerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi
MAHAWANGSA
(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Garis Panduan Penulisan dan Tatacara Serahan
Semakan: Ogos 2015
Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu
melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak makalah yang tidak mematuhi garis panduan ini.
LATAR BELAKANG
Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian
tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural
Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH),
Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST), sebagai memenuhi keperluan jurnal
yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang
yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Pertanika MAHAWANGSA. Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa
Melayu dengan kekerapan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.
MATLAMAT
Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.
KUALITI
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin
dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
INDEKS PETIKAN
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin
dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
VISI
Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika
berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum.
Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.
SKOP DAN MATLAMAT
Matlamat MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas
multidisiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka
kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu
dan diaspora Melayu.
Kenyataan Redaksi
Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah
MAHAWANGSA.
GARIS PANDUAN PENULISAN
Dasar Penerbitan
Dasar Pertanika MAHAWANGSA melarang penghantaran makalah yang sama untuk penilaian serentak oleh dua atau
lebih penerbitan. Penerbitan semula mana-mana makalah yang telah diterbitkan oleh pihak penerbitan lain sama ada secara
menyeluruh atau sebahagiandaripadanya juga dilarang. Penerbitan semula makalah yang telah diterbitkan secara keseluruhan
dalam bentuk prosiding juga dilarang.
Proses Editorial
Penulis akan dimaklumkan tentang penerimaan makalah, status dan sebarang keputusan berkaitan dengan proses penerbitan
oleh pihak Editorial dari semasa ke semasa.
Proses Pewasitan: Makalah yang sesuai untuk diterbitkan akan dimajukan kepada sidang editorial dan/atau pewasit. Penulis
digalakkan untuk mencadangkan pewasit yang berpotensi untuk pewasitan. Makluman keputusan sidang editorial lazimnya
mengambil masa 8 hingga 10 minggu daripada tarikh penerimaan makalah. Sidang editorial tidak menjamin penerbitan setiap
makalah.
Kebenaran Penulis: Penulis bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang disiarkan dalam makalah tulisannya, termasuk
perubahan yang dilakukan oleh editor. Penulis perhubungan diminta bersedia untuk berunding dengan editor jurnal untuk
menjawab soalan semasa proses editorial dan meluluskan salinan makalah yang telah disunting. Penulis akan menerima
versi makalah yang telah disunting untuk kelulusan akhir. Untuk melancarkan proses penerbitan, sebarang perubahan pada
makalah yang sudah disunting dan diluluskan adalah tidak dibenarkan.
Penyediaan Makalah
Pertanika Mahawangsa menerima serahan empat jenis makalah. Setiap serahan diklasifikasikan sebagai makalah atau karya
asli, ulasan buku, nota penyelidikan dan juga cadangan untuk terbitan isu khas. Makalah harus ditulis dalam bahasa Melayu
dan mestilah tepat, jelas, mudah difahami dan berupaya menyampaikan isi dengan baik menggunakan aturan bahasa Melayu
yang gramatis.
Penulis digalakkan membuat semakan bahasa sebelum dimajukan kepada pihak editorial. Makalah yang lemah dalam pengunaan
tatabahasa akan ditolak serta-merta.
Penggunaan singkatan perkataan adalah diterima. Penggunaan slang, jargon atau singkatan yang tidak jelas adalah
dilarang. Unit dalam sukatan metrik dibenarkan dan sekiranya unit ukuran (penjelasan) dalam bahasa Inggeris digunakan,
unit tersebut hendaklah dimasukkan di dalam kurungan. Sebarang singkatan perkataan hendaklah dieja penuh pada setiap
kali penggunaan pertama dalam teks
Pewasitan
Makalah yang diterima disemak melalui proses pewasitan. Pewasit bagi setiap makalah terdiri daripada pakar bidang dalam skop
makalah. Pewasit akan dipilih oleh sidang editor jurnal atau dipertimbangkan melalui cadangan pewasit yang telah dinamakan
oleh penulis.
Pewasit akan mengemukakan penilaian bertulis yang menyatakan kekuatan dan kelemahan makalah bagi tujuan penambahbaikan
dan pengenalpastian bahan sokongan tambahan yang sesuai untuk makalah tersebut.
Makalah akan dinilai oleh dua hingga tiga orang pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang
berpotensi dan dinyatakan dalam borang penilaian. Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tetap tertakluk
kepada keputusan akhir editor.
Makalah dinilai berdasarkan kandungan. Oleh itu, editor berhak membuat suntingan pada teks untuk mengelakkan kekaburan
makna dan pengulangan serta meningkatkan komunikasi antara penulis dengan pembaca. Makalah akan dikembalikan kepada
penulis untuk semakan sekiranya perubahan perlu dilakukan.
Proses Semakan Jurnal
Tujuh langkah proses semakan editorial:
1. Editor Eksekutif meneliti makalah untuk menentukan kesesuaiannya dengan skop jurnal. Makalah yang tidak sesuai
dengan skop jurnal akan ditolak. Penulis akan dimaklumi sekiranya makalah ditolak.
2. Editor Eksekutif akan menghantarkan maklumat identifikasi makalah kepada dua hingga tiga pewasit. Salah seorang
pewasit biasanya terdiri daripada sidang editorial jurnal, sementara dua orang pewasit lain mewakili pakar dalam
bidang atau disiplin perbincangan makalah tersebut. Proses penilaian melibatkan dua borang, iaitu (a) ‘Borang
Pewasitan’ dan (b) ‘Borang Ulasan Pewasit’ bersama ‘Panduan Pewasitan’. Proses pewasitan ini mengambil
masa dua hingga tiga minggu. Ulasan yang diberikan merangkumi kesesuaian kerangka teori dan konseptual,
sorotan kajian, metodologi, dapatan, perbincangan dan kesimpulan. Pewasit biasanya akan menyertakan bersama
cadangan penambahbaikan. Ulasan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan dan sumbangan
makalah terhadap perkembangan disiplin ilmu.
3. Editor Eksekutif meneliti laporan pewasitan. Editor Eksekutif akan berunding dengan Ketua Editor untuk memutuskan
sama ada sesebuah makalah wajar ditolak atau diserahkan semula kepada penulis untuk pembetulan. Keputusan akhir
tertakluk kepada sidang editorial yang berhak menolak apa-apa bahan untuk diterbitkan. Dalam beberapa keadaan,
makalah diterima dengan hampir tiada semakan. Laporan pewasitan akan dimajukan kepada penulis dengan sedikit
penambahan daripada editor untuk memudahkan penulis mengambil tindakan mengikut cadangan panel pewasit.
4. Penulis memberikan jawapan terhadap ulasan penilaian. Penulis dikehendaki menghantarkan edisi semakan makalah
kepada Editor Eksekutif bersama-sama maklumat khusus yang memerihalkan respons terhadap laporan pewasitan.
5. Setelah selesai proses semakan, Editor Eksekutif, sidang editorial dan Ketua Editor akan membuat semakan
terhadap laporan pewasitan. Keputusan sama ada makalah tersebut diterima untuk penerbitan atau memerlukan
semakan semula atau ditolak akan dibuat pada peringkat ini.
6. Makalah yang memerlukan semakan semula akan dihantar kepada penilai selain penilai asal makalah tersebut.
7. Makalah yang diterima akan dihantar kepada Bahagian Penerbitan untuk dicetak. Proses cetakan makalah
mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Pihak penerbit akan memastikan bahawa makalah mematuhi gaya penulisan
yang ditetapkan (petikan, rujukan, jadual, kejelasan dan tatabahasa). Penulis diminta memberikan kerjasama
terhadap sebarang keperluan dan pertanyaan daripada pihak penerbitan. Halaman yang sudah siap disemak akan
dihantar kepada penulis utama untuk pengesahan akhir. Sebarang perubahan pada penulisan pada tahap ini hanya
melibatkan perubahan yang penting. Makalah yang telah melalui kesemua proses ini akan diterbitkan dalam talian
pada keluaran semasa.
Jurnal Pertanika menerima makalah berbentuk:
1. Makalah
Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan
yang jelas. Sementara itu, penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
2. Ulasan Buku
Definisi: Penilaian ringkas tentang sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dan sebagainya). Panjang Ulasan: Jumlah
perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris,
rujukan, jadual serta gambar rajah).
3. Nota Penyelidikan
Definisi:- Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas
yang rinci. Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang
mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu.
Panjang Laporan:- Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
4. Isu Khas
Definisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau
simposium.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak
dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
5. Lain-lain
Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang
disiarkan boleh dipertimbangkan.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.
FORMAT
Penulis digalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column)
dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Penulis digalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz
fon 12 poin. Penulis dinasihati agar memberikan perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya
penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho.
Penulis diminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu
diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran.
Pengarang dikehendaki memberikan penomboran pada setiap muka surat.
JUDUL
Judul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10
perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh.
ABSTRAK
Abstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah dan tidak
kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau
sebaris (single spacing). Penulis perlu menyertakan 5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan
keseluruhan isi kandungan makalah.
SUNAN MAKALAH
Halaman 1: Judul
Judul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap
halaman makalah (header).
Halaman 2: Maklumat Penulis dan Penulis Utama:
Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama penulis, institusi dan alamat penuh serta saluran untuk dihubungi
(sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama penulis mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana
yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M.
Alamat Penulis
Bagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang penulis dengan alamat yang berbeza, alamat setiap penulis perlu diberikan
penomboran dengan menggunakan superskrip.
George Swan1 dan Nayan Kanwal2
1 Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA. 2 Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
Halaman 3: Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan
penulisan abstrak).
Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya
bermula daripada halaman 5 dan seterusnya.
Singkatan
Sebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan
atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan
singkatan baginya dalam kurungan ( ).
Nota kaki
Alamat semasa penulis sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki.
Kandungan
Makalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan dan penutup.
Jadual
Semua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnal dan hendaklah dinomborkan dengan angka
Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman
yang berasingan.
Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau
powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.
Formula dan Persamaan
Sebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan
langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan.
Rajah dan Gambar
Penulis yang melampirkan rajah atau gambar dinasihati agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi
tinggi. Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi. 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya
hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.
Bagi fail bersaiz besar, penulis boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawa saiz makalah
sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Penulis boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan
sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna.
RUJUKAN
Nama penulis dan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih
daripada dua orang , nama penulis pertama perlu diikuti dengan ‘et al.,’
Swan dan Kanwal (2007) melaporkan bahawa ...
Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009).
Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis. Bagi penulis yang sama atau kumpulan penulis yang sama,
rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya penulis mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama,
angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan.
Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 penulis dan diikuti dengan et al.,
Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan.
Nama jurnal perlu ditulis penuh.
Contoh:
Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin, 126, 910-924.
Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.
Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions
from community psychology. Health Promotion International, 9,199-210.
Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location.
Review of International Economics, 8, 448-461.
Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, penulis
boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan
rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam rujukan (jika ada).
Contoh petikan rujukan:
Monograf: Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY:
State University of New York Press.
Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L.
Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.
Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam
Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu
Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human
Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
GAYA MAKALAH
Makalah yang diserahkan untuk penerbitan harus mematuhi panduan versi terkini Manual Penerbitan American Psychological
Association (APA). Jurnal ini menerima ejaan Amerika dan British untuk penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris.
Penulis boleh menggunakan edisi terkini Oxford Advanced Learner’s Dictionary sebagai panduan untuk ejaan British.
PENYERAHAN MAKALAH
Surat Iringan
Penyerahan manuskrip perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan maklumat makalah yang diserahkan. Makalah
yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal ini ialah tulisan yang asli dan belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-
mana syarikat penerbitan. Perkara ini perlu dinyatakan dalam surat iringan.
Penulis juga perlu memaklumkan dalam surat iringan bahawa kesemua penulis telah memberikan sumbangan dalam proses
penulisan makalah dan telah bersetuju dengan kandungan makalah yang dihantar untuk penerbitan.
Surat iringan perlu mengandungi (i) tajuk; (ii) nama penuh penulis; (iii) alamat institusi; (iv) poskod dan alamat e-mel,
faksimili dan nombor telefon penulis perhubungan. Alamat semasa bagi penulis yang berbeza dengan alamat insititusi
hendaklah dinyatakan pada ruangan nota kaki.
Suntingan Bahasa
Pertanika menitikberatkan aspek ketepatan dalam penggunaan bahasa bagi setiap makalah yang diterbitkan. Penulis dinasihati
untuk memastikan bahawa manusrip yang dihantar menggunakan bahasa Melayu yang baik, jelas dan tepat dari
segi tatabahasa. Khidmat semakan profesional boleh digunakan bagi tujuan ini. Makalah yang baik dari segi bahasa akan
memudahkan dan mempercepat urusan semakan untuk penerbitan.
Polisi Arkib
Penulis yang memerlukan pemulangan sebarang bahan yang ditolak untuk penerbitan harus menyatakan sedemikian dalam
surat iringan. Hal ini kerana pihak Editorial akan melupuskan semua bahan bercetak dan elektronik sekiranya tiada tuntutan
daripada penulis secara bertulis seperti yang disebutkan.
Hak cipta
Penulis dikehendaki menandatangani Borang Akuan yang menyatakan bahawa penulis telah mendapat kebenaran untuk
menggunakan bahan hak cipta dan bahan terbitan sebelumnya. Sekiranya penulis utama menandatangani Borang Akuan bagi
pihak penulis yang lain, syarat yang digariskan dalam Borang Akuan hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh kesemua penulis
yang terlibat sebelum ditandatangani. Makalah tidak akan diterbitkan selagi Borang Akuan hak cipta belum ditandatangani.
Jeda Masa
Jangka waktu keputusan penerimaan dan penolakan makalah ialah tiga hingga empat bulan (lebih kurang 14 minggu). Jangka
waktu antara penyerahan makalah dengan penerbitan adalah lebih kurang lima hingga enam bulan.
Salinan Cetak Jurnal dan Cetak Ulang
Penulis utama akan menerima satu salinan cetak (hardcopy) jurnal yang mengandungi makalah tulisannya.
PROSEDUR SERAHAN
Makalah perlu diserahkan bersama-sama ‘Surat Iringan’ dan ‘Kit Penyerahan Makalah’ yang telah lengkap diisi. Makalah yang
dihantar perlu memenuhi garis panduan dan tatacara yang telah dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
makalah dipulangkan dan menimbulkan kelewatan penerbitan. Penyerahan makalah dalam bentuk CD adalah diterima. Penulis
dinasihati untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Penulis dikehendaki memaklumkan
sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantar sebelum suntingan akhir.
Makalah hendaklah diserahkan melalui Ketua Editor untuk tindakan seterusnya ke alamat seperti yang berikut::
Ketua Editor
MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Pejabat Dekan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor,
Malaysia
e-mel: [email protected]; [email protected]
Tel: + 603-8946 8661/ 8929 / 8723/ 8753
Pengarang dinasihatkan untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Pengarang
dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantarsebelum suntingan akhir.
eer-
(JST);
SH).
s
Why should you publish in
?
BENEFITS TO AUTHORS
PROFILE: Our journals are circulated in large numbers all over
Malaysia, and beyond in Southeast Asia. Our circulation covers
other overseas countries as well. We ensure that your work reaches
the widest possible audience in print and online, through our wide
publicity campaigns held frequently, and through our constantly
developing electronic initiatives such as Web of Science Author
Connect backed by Thomson Reuters.
QUALITY: Our journals’ reputation for quality is unsurpassed
ensuring that the originality, authority and accuracy of your work
is fully recognised. Each manuscript submitted to Pertanika
undergoes a rigid originality check. Our double-blind peer refereeing
procedures are fair and open, and we aim to help authors develop
and improve their scientific work. Pertanika is now over 35 years
old; this accumulated knowledge has resulted in our journals being
indexed in SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge
[BIOSIS & CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, Google Scholar,
AGRICOLA, ERA, ISC, Citefactor, Rubriq and MyAIS.
AUTHOR SERVICES: We provide a rapid response service to
all our authors, with dedicated support staff for each journal, and a
point of contact throughout the refereeing and production processes.
Our aim is to ensure that the production process is as smooth as
possible, is borne out by the high number of authors who prefer to
publish with us.
CODE OF ETHICS: Our Journal has adopted a Code of Ethics
to ensure that its commitment to integrity is recognized and adhered
to by contributors, editors and reviewers. It warns against plagiarism
and self-plagiarism, and provides guidelines on authorship,
copyright and submission, among others.
PRESS RELEASES: Landmark academic papers that are
published in Pertanika journals are converted into press releases
as a unique strategy for increasing visibility of the journal as well
as to make major findings accessible to non-specialist readers.
These press releases are then featured in the university’s UK-based
research portal, ResearchSEA, for the perusal of journalists all over
the world.
LAG TIME: The elapsed time from submission to publication for
the articles averages 4 to 5 months. A decision on acceptance of a
manuscript is reached in 3 to 4 months (average 14 weeks).
Pertanika Granted
CREAM Status
by MOHE
—SEPTEMBER 2015
About the Journal
is an international multidisciplinary p reviewed leading journal in Malaysia which began publication in 1978. The journal publishes in three different areas — Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS); Journal of Science and Technology and Journal of Social Sciences and Humanities (JS
JTAS is devoted to the publication of original paper that serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to tropical agricultural research- or related fields of study. It is published four times a year in February, May, August and November.
JST caters for science and engineering research- or related fields of study. It is published twice a year in January and July.
JSSH deals in research or theories in social sciences and humanities research. It aims to develop as a flagship journal with a focus on emerging issues pertaining to the social and behavioural sciences as well as the humanities, particularly in the Asia Pacific region. It is published four times a year in March, June, September and December.
Call for Papers 2016-17 now accepting submmissions...
invites you to explore frontiers from all key areas of agriculture, science and technology to social sciences and humanities.
Original research and review articles are invited from scholars, scientists, professors, post-docs, and university students who are seeking publishing opportunities for their research papers through the Journal’s three titles; JTAS, JST & JSSH. Preference is given to the work on leading and innovative research approaches.
is a fast track peer-reviewed and open-access academic journal published
by Universiti Putra Malaysia. To date, Pertanika Journals have been indexed by many important databases. Authors may contribute their scientific work by publishing in UPM’s hallmark SCOPUS & ISI indexed journals.
Our journals are open access - international journals. Researchers worldwide will have full access to all the articles published online and be able to download them with zero subscription fee.
uses online article submission, review and tracking system for quality and
quick review processing backed by Thomson Reuter’s ScholarOne™. Journals provide rapid publication of research articles through this system.
For details on the Guide to Online Submissions, visit http://www.pertanika.upm.edu.my/guide_online_submission.php
Questions regarding submissions should only be directed to the Chief Executive Editor, Pertanika Journals.
Remember, is the resource to support you in strengthening research and research management capacity.
Address your submissions to: The Chief Executive Editor Tel: +603 8947 1622 [email protected]
Journal’s profile: www.pertanika.upm.edu.my
MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Vol. 3 (1) Jun. 2016
Kandungan
Artikel Penyelidikan
Asimilasi Budaya Tempatan Kaum Peranakan Chitty Melaka 1
Paramasivam Muthusamy dan Che Ibrahim Salleh
Hati Budi Melayu dalam Skrip Drama Megat Terawis 11
Haliza Hamat dan Normahdiah Seikh Said
Kepelbagaian Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan 25
Nor Saadah Mohd Salleh dan Hashim Musa
Maksim Kesantunan sebagai Strategi Menghindar dalam Komunikasi: 37
Sebuah Kes dalam Perkumpulan Warga Surakarta
Agus Hari Wibowo
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Tradisi Abad Ke-20 Hingga Kini 47
Wan Muhammad Wan Sulong
Tahap Motivasi dan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu dalam Kalangan 63
Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar, Daerah Meradong, Bintangor, Sarawak
Zamri Mahamod dan Sharlina Mohamad Shamsuddin
Titah Ucapan Pembukaan Dewan Undangan Negeri Kelantan Oleh Sultan 79
Muhammad V: Satu Analisis Retorik
Nurulain Abdul Razak, Che Ibrahim Salleh dan Hashim Musa
Tunjuk Ajar Melayu sebagai Pandangan Dunia 95
Yuhastina Sinaro dan Che Ibrahim Salleh
Ulasan Buku
An Analysis of Malay Magic. oleh K.M. Endicott 109
Puteh Noraihan A Rahman dan Zahir Ahmad
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 8947 1621 / 1619
http://www.penerbit.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 8946 8855