TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
UICI 1012
UMAR BIN AL-KHATTAB THE CONQUEROR
ULASAN OLEH :
MUHAMMAD SAUFI BIN MOH AZAMRI
A15GH0071
NAMA PENSYARAH:
DR BUERAH BINTI TUNGGAK
Umar bin Al-Khattab The Conqueror. Oleh Abdurrahman Asy Syarqawi. 2011.
Yamani Angle Sdn Bhd. 503 halaman. Ulasan oleh Muhammad Saufi bin Moh
Azamri.
Melalui karya ini, penulis mengajak para pembaca menghayati kembali
perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam usaha untuk menegakkan
keadilan dan membasmi kemungkaran serta kefasadan dari muka bumi.
Ketokohan dan kepimpinan Rasulullah memang tidak dapat disangkal lagi. Dari
segi kepimpinan yang ditonjolkan oleh Rasulullah, baginda amat menekankan
aspek kejujuran hingga membawa kepada gelaran al-Amin oleh masyarakat
Mekkah yang bermaksud yang dipercayai. Sifat Rasulullah ini telah menjadi
ikutan Umar Al-Khattab. Beliau merupakan seorang pemimpin yang
bertanggungjawab, penyayang, dan adil terhadap keselamatan, keamanan dan
kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak membuat pembaharuan untuk kemajuan
rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau
keadaan rakyatnya.
Umar bin Al-Khattab The Conqueror ditulis oleh Abdurrahman Asy Syarqawi
dan diterbitkan oleh Yamani Angle Sdn Bhd. Bab 1 Dalam Lindungan
Kenabian, Bab 2 Umar dan Abu Bakar, Bab 3 Amirul Mukminin Pemimpin
Umat, Bab 4 Penaklukan Rom, Bab 5 Kemenangan, Bab 6 Perang Futuh, Bab
7 Kegelisahan Seorang Khalifah, Bab 8 Ya Allah, Rakyatku Semakin Banyak,
Bab 9 Sedangkan Aku Semakin Tua.
BAB 1 Amr bin Ash pernah berkata, “Suatu malam ketika masih kecil aku
pernah melihat ada tentera di rumah al-Khattab. Aku tanyakan ada apa gerangan
di rumah itu? Orang menjawab bahawa isteri al-Khattab melahirkan anak. Itulah
malam kelahiran Umar.” Ketika masih kecil, Umar membesar sebagaimana
lazimnya anak-anak suku Quraisy yang lain, tetapi ayahnya lebih focus
mengajarinya membaca dan menulis. Oleh sebab itu, ketika remaja, dia
termasuk seorang daripada 17 orang Makkah yang boleh membaca dan menulis.
Karakter yang kasar dan tidak boleh ditawar dalam mempertahankan pendapat
serta keyakinan inilah yang membuat Umar menentang ajaran Islam pada awal
perkembangannya. Pada suatu hari, Umar mendengar bacaan al-Quran yang
telah dibaca oleh adiknya, Fatimah dan suaminya yang ketika itu sedang belajar
membaca al-Quran dengan Khabbab bin al-Art dan selepas daripada itu terdapat
pergelutan antara Umar dengan suami Fatimah kerana Umar tidak mendapat
jawapan yang dikehendakinya apabila mengajukan soalan terhadap mereka.
Setelah Umar sendiri yang membaca al-Quran beliau lantas bertemu dengan
Rasulullah SAW untuk mengungkap keimannya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah SAW kemudian menasihati Umar agar jangan menampakkan
keislamannya dulu. Hal ini untuk menghindari perlakuan buruk orang Quraisy
sedang dia masih belum punya pelindung.
Recommended