PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2
TILAWAH AL-
QURANHADIS
AKIDAH
IBADAH
TAMADUN ISLAM
ADAB DAN
AKHLAK ISLAM
TUGAS-TUGAS MALAIKAT
PELAJARAN 13UNIT 2
HASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran, murid dapat :-
• Menyenaraikan nama-nama malaikat
yang wajib di ketahui dan tugas-tugas
malaikat
• Menyatakan tugas-tugas umum
malaikat
• Mengetahui perbezaan antara tugas
malaikat dan manusia
ISI KANDUNGAN
Nama dan tugas malaikat
yang wajib diketahui
Tugas Umum
malaikat
Perbezaan antaraTugas malaikat
Dengan manusia
Nama dan tugas malaikat yang wajib diketahui
Malaikat ialah makhluk Allah yang taat , tidak menderhaka, dan tidak sombong kepada Allah. Bilangan malaikat amat banyakMereka melakukan pelbagai tugas yang diperintahkan oleh AllahFirman Allah:-
Maksudnya:- sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (perbuatan). Yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatan-perbuatanmu itu). Mereka mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
Nama-nama Malaikat
Tugas-tugas Malaikat
1. Jibril Menyampaikan wahyu kepada para rasul & nabi. Jibril ialah ketua para malaikat
2. Mikail Menurunkan Hujan & mengatur pembahagian rezeki
3. Israfil Meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak 2 kali. Tiupan kali pertama : Alam & isinya akan hancur . Tiupan kali kedua : Manusia dihidupkan kembali
4. 'Izrail Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa
5. Munkar Menyoal orang mati dalam kubur
6. Nakir Menyoal orang mati dalam kubur
7. Ridhuan Menjaga pintu syurga
8. Malik Menjaga pintu neraka
9. Raqib Mencatat amalan baik setiap manusia
10. 'Atid Mencatat amalan buruk setiap manusia
Tugas Umum Malaikat
Tugas umum
malaikat
Mendoakan orang mukmin yang
beribadah
Menanggung arasy’
Memohon supaya diampunkani dosa-
dosa orang yang menuntut ilmu
Membantu dan menolong tentera
islam
Menyampaikan berita gembira kepada org
mukmin
Bertasbih dan beribadah kepada
Allah
Perbezaan Antara Tugas Malaikat Dengan Manusia
Tugas Malaikat Tugas Manusia1. Taat dalam melakukan tugas 1. Memilih dalam melakukan tugas (Taat /
tidak )
2. Tiada balasan pahala bagi setiap tugas yang dilakukan
2. Mendapat balasan pahala bagi setiap tugasan baik yang dIlakukan
3. Sentiada beribadat kepada Allah dan tidak diperintahkan memakmurkan kehidupan dunia
3. Di samping beribadat kepada Allah, manusia diwajibkan untuk memakmurkan kehidupan di dunia. seperti : Membangun keluarga, masyarakat & negara
KUIZ
NO SOALAN
1 2 3 4
MALAIKAT IALAH MAKHLUK ALLAH YANG…..?
A. TAATB. SOMBONGC. MENDERHAKA
BERAPAKAH BILANGAN MALAIKAT YANG WAJIB KITA KETAHUI?
A. 99
B. 10
C. 20
SIAPAKAH KETUA PARA MALAIKAT?
A. JIBRIL
B. MIKAIL
C. ISRAFIL
APAKAH TUGAS MALAIKAT RIDHWAN?
A. MENJAGA PINTU NERAKA
B. MENJAGA PINTU SYURGA
C. MENCATAT AMALAN KEBAIKAN MANUSIA
TAHNIAH!!!! ANDA BAGUS
OPSSss… CUBA LAGI