8/6/2019 TESIS RAJI
1/64
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN SEJARAH MENARIK MINAT
PELAJAR TINGKATAN 2 SEK. MEN. KEBANGSAAN PASIR PUTIH TAWAU
ABSTRAK
Mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Justeru tulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan
sebagai bahan untuk P&P sejarah. P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu teknik
tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. P&P Keempat-empat teknik ini boleh
menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan
perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P
turut memberikan kesan dan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi,
keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu
latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan
ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau
bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran
sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.
BAB 1
1
8/6/2019 TESIS RAJI
2/64
8/6/2019 TESIS RAJI
3/64
masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari
kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i) ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu
yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii) Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan
sebagaisesuatu subjek tersendiri.
iii) Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah
memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi
berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu
utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai,
usaha akan dipergiat untuk mengarus perdanakan akses kepada perkhidmatan dan
kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT
secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Pada era digital ini konsep pengajaran
dan pembelajaran Sejarah banyak dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar
di universiti. Perbincangan tentang P&P Sejarah banyak memfokuskan kepada aspek:
3
8/6/2019 TESIS RAJI
4/64
1. Sumber-Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di internet dan proses
pendigitalan.
2. Penggunaan Sumber-memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh
digunakan di dalam kelas.
Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap Sejarah sebagai
mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak
maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula faktatersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian
Penghasilan bahan pengajaran berteraskan ICT di dalam kalangan guru masih lagi
di tahap yang rendah. Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai
pengalaman untuk membina laman web. Ini diakui melalui kajian Foong (1999) yang
menunjukkan hanya 12.5% daripada guru di Selangor mempunyai pengalaman dan
pengetahuan mereka bentuk laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan
guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.
4
8/6/2019 TESIS RAJI
5/64
Selain itu, penyediaan pembelajaran berteraskan ICT memakan masa yang
panjang berbanding penyediaan pengajaran secara traditional. Kajian yang dijalankan
oleh National Education Association dalam Weiner (2000) terhadap guru-guru di
Amerika mendapati 43% guru menyatakan penyediaan untuk pembelajaran berteraskan
ICT memakan masa yang lebih lama kerana beban kerja tambahan yang perlu dilakukan
seperti mereka bentuk laman web, sidang video dan membalas e-mel. Tambahan pula
beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji.
Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan
internet dalam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru
memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Bagi mencapai tahap
penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik
darjah. Mengikut McKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit
komputer di sekolah rendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah
untuk membolehkan program berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di
sekolah. Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah
hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di
perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan demikian akan menyebabkan
tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Ini
adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan
membuat penyelenggaraan komputer
5
8/6/2019 TESIS RAJI
6/64
1.3 Pernyataan Masalah
Sering kali terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran
Sejarah, khususnya dari segi keupayaan untuk mengingat fakta Sejarah yang dipelajari.
Masalah pembelajaran ini jugalah yang mengakibatkan mereka tidak dapat mencapai
keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan, baik peringkat sekolah mahupun
peperiksaan awam seperti UPSR. Antara faktor utama masalah tersebut adalah
disebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap mata pelajaran Sejarah tersebut.
1.4 Objektif kajian
Mengetahui sejauh mana penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Mengenal pasti keberkesanan ICT dalam mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam
menguasai mata pelajaran Sejarah.
6
8/6/2019 TESIS RAJI
7/64
Memastikan penggunaan ICT mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran
Sejarah.
1.5 Soalan Kajian
Sejauh manakah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
sekolah?
Adakah penggunaan ICT mampu mengatasi masalah kelemahan pelajar terhadap mata
pelajaran Sejarah?
Adakah penggunaan ICT mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari mata
pelajaran Sejarah di sekolah?
1.6 Pernyataan Hipotesis
7
8/6/2019 TESIS RAJI
8/64
H0: Pengajaran dan pembelajaran Sejarah secara tradisional.
H1: Pengajaran dan pembelajaran Sejarah berteraskan ICT.
1.7 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini adalah penting kerana dapat merintis jalan kepada guru dan
pelajar ke arah strategi pembelajaran alternatif iaitu penggunaan ICT untuk mengatasi
masalah pembelajaran dalam Sejarah dan diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah bagi pelajar Tingkatan Dua. Di samping itu, hasil kajian
tindakan ini dapat menokok tambah kepada himpunan ilmu pengetahuan tentang strategi
P&P Sejarah, bagi konteks penyelidik guru tersebut, dan juga bagi guru Sejarah lain yang
mungkin juga mengalami masalah yang seumpamanya.
8
8/6/2019 TESIS RAJI
9/64
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini meliputi soal selidik terhadap 30 orang pelajar Tingkatan 2 di Sek Men.
Kebangsaan Pasir Putih, Tawau berkaitan minat mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah di sekolah sebelum dan selepas penggunaan ICT oleh guru. Kajian
ini mengandungi praujian dan juga pascaujian bagi melihat perbezaan minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah berdasarkan markah ujian kedua-duanya.
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )
ICT merupakan istilah Information Communications Technology
(ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Agak sukar untuk memberi
9
8/6/2019 TESIS RAJI
10/64
takrifan yang tepat disebabkan perkembangan ICT yang terlalu pantas. Walau
bagaimanapun kita akan memfokuskan kepada tiga perkataan di sebalik ICT :
Information (Maklumat)
Communications (Komunikasi)
Technology (Teknologi)
Justeru, ICT banyak menyentuh aspek penyimpanan ( storage ), retrieve ,
manipulasi, transmisi atau menerima data-data digital. Malah kesemua aspek inisaling bergantung di antara satu sama lain. Dalam urusan seharian ICT
dikategorikan kepada dua:
1. Teknologi Asas Komputer-Alat Komputer Peribadi ( PC ) yang digunakan
di rumah atau di tempat kerja. Aplikasi yang sering digunakan ialah
Pemprosesan Perkataan ( Word/Text ), Hamparan Kerja ( Spreadsheets ),
Pangkalan Data ( Database ), Persembahan ( Presentation ), pelayar internet,
Perisian Grafik dan lain-lain.
2. Teknologi Komunikasi Digital-Teknologi yang membolehkan orang
ramai, berkomunikasi dan berkongsi maklumat digital.
1.9.2 Sejarah
10
8/6/2019 TESIS RAJI
11/64
Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya
menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail
komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai
bidang kajian, Sejarah merujuk kepada Sejarah manusia yang berkenaan catatan
mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji Sejarah dikenali
sebagai ahli Sejarah atau pakar Sejarah.
1.10 Kesimpulan
Dalam Bab 1, kita telah menghuraikan sedikit sebanyak tentang pengenalan
kepada kajian iaitu bagaimana penggunaan ICT dalam mata pelajaran Sejarah mampu
menarik minat pelajar. Kita juga telah membincangkan tentang objektif serta persoalan
kajian serta beberapa definisi yang berkaitan dengan kajian.
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
11
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_sejarahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_sejarah8/6/2019 TESIS RAJI
12/64
2.1 Pendahuluan
Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu
yang menyeronokkan dan menghiburkan. Aktiviti interaktif dalam sistem multimedia
membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian,
keperluan dan citarasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses
P&P di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat
memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
(Thomas, 1996). Keistimewaan sistem multimedia adalah ia dapat menerima tindak balas
berbentuk teks yang ditaip ataupun suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh para
pelajar. Kaedah ini dapat menyediakan suasana saling tindak antara pelajar dan komputer
12
8/6/2019 TESIS RAJI
13/64
2.2 Kajian yang Berkaitan
Kajian-kajian mengenai sistem pendidikan di Malaysia dan di luar negara akan
diterangkan dengan lebih mendalam.
2.2.1 Kajian DalamNegara
Untuk memahami dengan lebih jelas penulisan ini adalah lebih baik kita
melihat latar belakang Sistem Pendidikan di Malaysia. Pendidikan untuk rakyat
Malaysia bermula seawal-awal umur enam tahun. Ibu bapa bebas untuk memilih
tadika yang disukai, walau bagaimanapun bagi ibu bapa yang kurang
berkemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan pendidikan
asas enam tahun.
Seterusnya pelajar akan melalui pendidikan rendah selama enam tahun.
Pada tahun yang keenam iaitu ketika berumur 12 tahun semua pelajar akan
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan UPSR biasanya
akan menjadi kayu ukur untuk pemilihan pelajar ke sekolah-sekolah terpilih di
seluruh Negara.
Pendidikan Menengah akan bermula ketika berumur 13 tahun hinggalah
pelajar berumur 17 tahun. Di antara tempoh umur ini pelajar akan menduduki
peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) semasa di tingkatan tiga dan
13
8/6/2019 TESIS RAJI
14/64
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika di tingkatan lima. Peperiksaan
PMR biasanya digunakan sebagai pengukur pelajar yang berkebolehan ke aliran
Sains, Sastera atau Teknik. Manakala kelulusan SPM digunakan sebagai asas
untuk kemasukan ke Matrikulasi, Politeknik atau Kolej Swasta. Hanya sebahagian
kecil sahaja pelajar akan meneruskan pelajaran di tingkatan enam bagi menduduki
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Matapelajaran Sejarah telah diajar sebagai salah satu matapelajaran
diperingkat sekolah rendah sebelum pengenalan Kurikulum Baru SekolahMenengah (KBSM). Selepas tahun 1984 matapelajaran sejarah terus diajar di
Sekolah Menengah sebagai salah satu matapelajaran aliran kemanusiaan. Mulai
tahun 1992 matapelajaran Sejarah menjadi subjek teras di peringkat tingkatan satu
hingga tingkatan lima.
Matapelajaran Sejarah terus diperbaiki dengan memasukkan unsur
Peradaban Dunia mulai tahun 1992 dan melihat sejarah daripada kaca mata
budaya kita sendiri dan kaca mata barat. Ini untuk mengelak pelajar kita menjadi
seperti Katak di bawah tempurung (Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah
Tingkatan Empat 1992).
Pada tahun 2002, Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat
disemak bagi mempastikan aspek yang relevan dan terkini dimasukkan. Salah
satu aspek yang diberikan tumpuan melalui rombakan tahun 2002 ialah
14
8/6/2019 TESIS RAJI
15/64
menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan, perubahan dunia
teknologi maklumat (TMK) serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-
21. Di sini kita dapati Negara kita telah sedar potensi ICT dalam P&P sejarah
pada masa hadapan dengan memasukkan aspek ICT sejak tahun 2002.
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002)
telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan ialah:
a. Syarahan/Khutbah
b. Bercerita
c. Simulasi
d. Kajian Kes
e. Eksperimen
f. Sumbang Saran
g. Perbincangan
h. Tunjuk Cara
i. Penggunaan Sumber
j. Kerja Luar
k. Latih Tubi
Kaedah yang paling popular digunakan dalam P&P ialah kaedah khutbah
atau syarahan, manakala bentuk P&P masih berpusatkan guru (Subadrah Nair
15
8/6/2019 TESIS RAJI
16/64
2005). Laporan prestasi mata pelajaran Sejarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
turut menyatakan pelajar masih menghafal dan membuat ramalan topik-topik
tertentu tanpa menganalisis kehendak soalan (Lembaga Peperiksaan 2003). Kajian
kes di Pakistan turut menunjukkan penggunaan kaedah lama dalam pengajaran
sejarah (Intel Education 2007) dan situasi ini sangat membosankan pelajar
(McKenzie, B. 2005)
Berdasarkan laporan LPM, masih terdapat ruang untuk mata pelajaran
sejarah diajar menggunakan pendekatan lain yang turut melibatkan pelajar secaraaktif dalam P&P. Justeru, ICT menawarkan peluang yang sangat luas bagi
menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang berkesan dalam
pembinaan Negara dan menangani perubahan persekitaran yang begitu pantas.
2.2.2 Kajian Luar Negara
Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21
melalui perubahan dalam cara kerja, hubungan secara terus di antara pembuat dan
pengguna, dan akses kepada sumber maklumat yang begitu banyak. Aspek
pendidikan turut terdedah dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses
sumber maklumat dengan mudah. Mata pelajaran Sejarah turut mengalami
perubahan dengan pengenalan ICT dalam pendidikan. Guru Sejarah yang peka
kepada perubahan akan menggalakkan pelajar membina kemahiran yang sesuai
16
8/6/2019 TESIS RAJI
17/64
dengan keperluan dunia ICT . Antara beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh guru Sejarah ialah:
a. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT dalam pengajaran Sejarah di
dalam kelas.
b. Bagaimanakah hasil pembelajaran Sejarah dengan ICT dapat disatukan
atau dibezakan.
c. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat
pengajaran.
Kajian di England menunjukkan kualiti pengajaran Sejarah sama ada
dengan menggunakan ICT atau tidak, banyak bergantung kepada sejauh mana
ilmu pengetahuan guru tentang mata pelajaran. Pemahaman guru tentang
bagaimana cara terbaik untuk menyampaikannya juga memainkan peranan
penting. Guru Sejarah yang baik akan mencabar pelajarnya untuk berfikir secara
Sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P Sejarah bermaksud bagaimana ICT
membantu proses P&P.
Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di
dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di
sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC , Projektor LCD ,
17
8/6/2019 TESIS RAJI
18/64
8/6/2019 TESIS RAJI
19/64
Sumber-sumber yang diperoleh ini boleh membantu pelajar mengkonstruk
narratif sendiri. Mereka perlu memahami naratif untuk membina pemahaman
sendiri tentang masa lalu dari persepektif yang berbeza (Joke van der Leeuw-
Roord. 1998). Situasi ini mungkin boleh diterima dalam sistem pendidikan sejarah
di Amerika dan Eropah, tetapi keadaan di Malaysia mungkin memerlukan masa
yang agak panjang sebelum kaedah ini dapat dijalankan dengan jayanya. Salah
satu kemahiran yang dapat diterapkan di sini ialah pemikiran kritikal terhadap
sumber, ICT dan bahan itu sendiri.
Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan
ICT akan memberi impak kepada pengajaran mata pelajaran Sejarah. Misalnya
kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan membawa
pelajar untuk bekerja secara kendiri. Oleh itu, mereka memerlukan kemahiran
inkuiri, menganalisis dan membina argument. Bagi mencapai matlamat ini kita
harus memberi peluang untuk pelajar membuat analisis tentang masa lalu secara
bebas dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan ( MS Word atau Text )
untuk menulis semula jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.
Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar
hilang punca dalam membuat pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan
kaedah lain iaitu menjalankan perbincangan di internet. Perbincangan boleh
dijalankan melalui kumpulan-kumpulan pengguna di www.yahoo.com atau
www.gmail.com . Bagi penulis kaedah yang paling sesuai adalah melalui
19
http://www.yahoo.com/http://www.gmail.com/http://www.yahoo.com/http://www.gmail.com/8/6/2019 TESIS RAJI
20/64
kaedah papan perbincangan yang lebih mengkhusus kepada tujuan perbincangan.
Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah phpBB dan
Invision Power Board .
Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai moderator dan memasukkan
bahan bacaan, pautan internet dan bahan muat turun di dalam forum (Pusat
Perkembangan Kurikulum 2008). Pelajar boleh melakukan perbincangan dan
berkongsi kesemua bahan yang diperoleh hasil penerokaan di internet.
Kesahihan bahan di internet selalu dipertikaikan. Justeru kemahiran harus
diberi kepada pelajar agar pelajar mampu menilai secara kritikal sumber yang
diterima, misalnya melalui filem dan cetakan. Aspek yang ditekankan melalui
cara kerja kritis:
a. Siapakah yang menulis sumber?
b. Apakah tujuannya?
c. Kepada siapa penulisan ini ditujukan?
d. Bila ia diterbitkan?
e. Apakah motif penerbitan bahan tersebut?
20
8/6/2019 TESIS RAJI
21/64
f. Bagaimanakah kesesuaian sumber maklumat?
Kaedah Simulasi dan tutorial multimedia merupakan salah satu kaedah
pengajaran yang terbaik sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan
courseware yang sesuai dengan bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).
Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam
P&P, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001)
mencadangkan P&P melalui empat kategori:
1. Tutorial
ICT dalam P&P mata pelajaran Sejarah boleh menggunakan kaedah
tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan
urutan topik yang telah ditetapkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).
Kaedah tutorial merangkumi:
1. Pembelajaran Ekspositori
2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya
3. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan
komputer dan perisian yang terdapat di dalam CDROM , cakera keras ataupun
laman web (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Oleh yang demikian, pelajar
boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi
21
8/6/2019 TESIS RAJI
22/64
lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek
multimedia.
Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan
penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar yang ramai di dalam
sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat menyelesaikan
masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar
sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza
kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yangdisediakan.
2. Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan boleh berlaku sekiranya ICT digunakan sebagai
medium untuk:
a. Mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM/DVDROM dan
internet.
b. Mempelajari sesuatu secara simulasi.
c. Demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid.
Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan
oleh Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan
melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah
simulasi berasaskan laman web bagi Yucesan dan Chun Hung Chen (Shaharudin
22
8/6/2019 TESIS RAJI
23/64
Md Salleh 2007) merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi
dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui
pelbagai sistem operasi komputer. Ini disokong oleh kajian Lorenz et. al
(Shaharudin Md Salleh 2007) menyatakan simulasi boleh menjadi alat dan model
yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang
mudah diakses. Ini menyokong pembelajaran kaedah koperatif dilakukan di dalam
kelas.
Pembelajaran penerokaan boleh dilakukan melalui penyediaan CDROM atau DVDROM yang sesuai dengan P&P Sejarah selain daripada menggunakan
internet. Dalam satu kajian kes di Sweden, pembelajaran Sejarah menggunakan
CDROM yang diusahakan oleh Muzium dan Jabatan Arkib di Stockholm. Dalam
modul yang disediakan pelajar diminta mengemukakan persoalan dan
mengemukakan dapatan mereka. Pelajar telah membincangkan tentang projek
yang dibuat dan mempersembahkan hasil melalui Power Point. Banyak penemuan
yang dihasilkan oleh pelajar dan didapati mereka sangat gembira dengan hasil
tinjauan mereka. Manakala di Canada (Paquin M & Barfurth M 2007) kajian
menunjukkan berlakunya peningkatan minat daripada pelajar disebabkan
sebahagian pelajar memiliki kemahiran menggunakan alat ICT .
Melalui kaedah ini pelajar sendiri yang menentukan maklumat yang
diterima melalui medium ICT . Justeru penerangan yang jelas amat penting agar
pelajar menggunakan ICT untuk mempelajari Sejarah. Kaedah ini sangat sesuai
23
8/6/2019 TESIS RAJI
24/64
dengan pendekatan pembelajaran Konstruktif, iaitu penekanan kepada aspek
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pelajaran yang autentik, dan
pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Kaedah ini sesuai dalam situasi
berikut:
1. Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
2. Penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
3. Kajian masa depan.
4.Pembelajaran simulasi.
Kaedah ini akan memberi kelebihan kepada pelajar supaya lebih aktif dan
tidak berorientasikan guru. Guru boleh menerapkan teori pembelajaran
konstruktif, pelbagai kecergasan dan sebagainya.
3. Aplikasi
Internet merupakan sumber maklumat yang begitu besar tetapi tidak
semuanya boleh digunakan sebagai sumber maklumat yang sahih dari kaca mata
Sejarah. Malah maklumat yang sama boleh ditafsirkan dengan cara yang berbeza
oleh penulis laman web. Aspek bias, propaganda politik dan ekonomi boleh
mempengaruhi tafsiran bahan Sejarah.
Pencarian maklumat Sejarah yang sah bukanlah satu tugas yang mudah.
Pelayar ( Browser ) yang sesuai dan banyak digunakan misalnya Internet Explorer ,
24
8/6/2019 TESIS RAJI
25/64
Mozilla Firefox dan Netcape Navigator . Semua pelayar ini boleh menyimpan
tapak-tapak web yang dilayari ( Bookmark ). Manakala pencarian di internet akan
menggunakan enjin pencari seperti Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain lagi.
Kaedah yang biasa digunakan dalam P&P ialah:
Guru menyenaraikan alamat web untuk dicarikan maklumat.
Guru menyenaraikan beberapa soalan yang perlu diselesaikan melalui
carian maklumat di laman web.
Pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka.
Perkara paling jelas dalam menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan P&P
Sejarah ialah kita boleh memberi tumpuan kepada topik pengajaran berbanding
sub topik lain yang kurang ditekankan. Misalnya, selepas melakukan ekperimen
dalam kajian Arkeologi sejarah pelajar perlu mengkaji hubungan di antara dua
pembolehubah. Mungkin pelajar perlu membuat plot graf yang banyak untuk
melihat hubungan. Adalah tidak dinafikan pelajar perlu memiliki pengetahuan
dalam membina graf tetapi dalam sejarah kita wajar memanipulasi beberapa
perisian yang khusus untuk membuat pengiraan dan membina graf. Justeru,
perhatian pelajar bukanlah tentang masalah membina graf tetapi untuk membuat
tafsiran dan analisis terhadap graf dan trend graf yang dibina oleh perisian
komputer (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).
25
8/6/2019 TESIS RAJI
26/64
Kekurangan yang paling ketara dalam implementasi kaedah ICT dalam
P&P Sejarah di negara kita ialah tidak wujud aspek perkongsian maklumat
dengan sekolah atau institusi lain dalam dapatan bahan. Kalaupun ada aspek
perkongsian hanya terhad kepada perkongsian yang berkaitan dengan soalan
peperiksaan atau pembinaan bank soalan.
Aplikasi ICT dalam P&P Sejarah boleh melibatkan penggunaan Internet,
E-Mail, CDROM , Pangkalan Data, dan Pemprosesan perkataan. Aplikasi ini akan
dijelaskan dalam topik seterusnya.
4. Komunikasi
Aspek Komunikasi dalam peralatan ICT hanya terhasil apabila sumber
Sejarah, guru dan pelajar dapat menerima, menghantar dan berkongsi bahan
Sejarah dalam lokasi tempat yang berbeza. Komunikasi di buat dalam bentuk
Komputer Peribadi ( PC ), Notebook dan telefon bimbit. Perbezaan tempat ialah
jarak di antara sumber, guru dan pelajar berada, malah mungkin merentasi
sempadan negara dan sempadan masa. Bahan yang dikongsi boleh wujud dalam
bentuk:
1. Teks
2. Grafik
3. Audio
4. Video
26
8/6/2019 TESIS RAJI
27/64
8/6/2019 TESIS RAJI
28/64
dan politik. Justeru, pembelajaran Sejarah oleh pelajar akan banyak berkongsi
pengalaman dan membuat perbandingan dengan negara lain. Kaedah
pembelajaran begini mampu membuka minda (Pusat Perkembangan Kurikulum
2001), serta menjadikan pembelajaran Sejarah sesuatu yang sangat
menyeronokkan pelajar. Peningkatan ilmu pengetahuan hasil empat teknik
komunikasi diharap dapat meningkatkan keyakinan kendiri pelajar dan seterusnya
memenuhi matlamat negara menyediakan pelajar yang boleh bersaing di
peringkat global dalam semua apek kehidupan.
Amatlah jelik sekiranya pelajar yang dikeluarkan oleh negara kita
mengabaikan perkembangan teknologi komunikasi khususnya dalam skop
pembelajaran Sejarah. Tanpa komunikasi yang terbuka kita mungkin cenderung
melahirkan pelajar yang terlalu jumud berfikir dan hanya bergantung kepada buku
teks.
2.3 Kerangka Teoritikal Kajian
Dalam penulisan berhubung dengan P&P Sejarah, literasi sejarah dikatakan
merangkumi 3 dimensi utama iaitu pengetahuan fakta Sejarah, penaakulan Sejarah, dan
kemahiran berkomunikasi untuk mengongsikan pengetahuan Sejarah dan penaakulan
Sejarah dengan orang lain (Drake,1997). Kajian tentang proses pembelajaran dan
pemikiran manusia pula menegaskan bahawa penguasaan pengetahuan baru dan
28
8/6/2019 TESIS RAJI
29/64
pengekalan pengetahuan baru dalam ingatan menuntut supaya pemerolehan pengetahuan
dilakukan melalui pelbagai deria; adanya latih tubi; melibatkan pengetahuan yang
bermakna dan dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada (Bransford, et al, 1999).
Dalam kes subjek kajian ini, masalah pembelajaran dari segi mengingat fakta, dan
menghurai fakta amatlah berkaitan dengan tahap pemahaman pelajar terhadap konten
Sejarah yang diajar. Fakta Sejarah yang diajar oleh guru diingat secara berasingan tanpa
melalui pemprosesan minda. Hal ini berlaku kerana subjek kajian bersifat pasif dan tidak
melibatkan diri dalam perbincangan dengan orang lain, mengakibatkan proses penaakulan tidak berlaku dan tahap pemahaman mereka terhadap isi pelajaran Sejarah
adalah pada tahap superficial.
Sehubungan itu, Slavin (1987) mencadangkan dua perspektif teori yang dapat
dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori
kognitif. Dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti dalam
pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan
hanya dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya (Slavin, 1990).
Justeru, demi mencapai matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada
rakan-rakan sekumpulan serta membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya.
Dari perspektif kognitif pula, dua teori dapat digunakan untuk menjelaskan kesan
pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori elaborasi
(elaboration) (Slavin, 1987). Teori developmental mengandaikan bahawa interaksi
29
8/6/2019 TESIS RAJI
30/64
sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian akan dapat meningkatkan
tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting (Damon, 1987). Hal ini kerana
melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan
membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya
membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Di
samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul
semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman
terhadap konten yang dipelajari.
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang bertindakbalas terhadap ransangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Teori kognitisme pula menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini
menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid
(Newell, 1990). Di bawah pembelajaran secara behaviorisme dan kognitisme setiap guru
berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah
mempunyai pengetahuan sedia ada. Guru kontruktivis menggunakan tugasan yang
berdasarkan kepada keadaan sebenar di dalam bilik darjah.
Semasa pembelajaran kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif dan
belajar melalui perayuan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para
guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan
30
8/6/2019 TESIS RAJI
31/64
pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan
mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet.
Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan
kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer
dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak.
2.4 Kerangka Konseptual Kajian
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini bertitik tolak daripada andaian bahawa
masalah pembelajaran pelajar ada kaitannya (walaupun bukan sepenuhnya) dengan
strategi P&P yang digunakan dalam bilik darjah. Justeru, guru dapat membantu
menyelesaikan/mengurangkan masalah pembelajaran pelajar dengan membuat intervensi
yang bersesuaian dari segi pendekatan P&P di bilik darjah.
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk tutorial, eksploratori atau
penerokaan, aplikasi dan juga komunikasi.Penggunaan ICT dalam teori pembelajaran
seperti teori pembelajaran tingkah laku, teori pembelajaran sosial kognitif dan juga
pembelajaran konstruktivisme. Sekiranya guru mengaplikasikan ICT dalam teori
pembelajaran tersebut, secara tidak langsung matlamat atau objektif pengajaran dan
pembelajaran akan terlaksana. Selain daripada itu, ia turut meninggalkan implikasi yang
positif terhadap pelajar samada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
31
8/6/2019 TESIS RAJI
32/64
Penggunaan internet dan e-mail umpamanya dapat memudahkan komunikasi
antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Komunikasi secara maya ini
adalah merupakan salah satu faktor sosial dalam teori pembelajaran sosial kognitif yang
mana akan mempengaruhi jangkaan pelajar terhadap pembelajaran.
Seterusnya dalam teori pembelajaran konstruktivisme, penggunaan ICT akan
dapat membina keyakinan dan pelajar yang mampu untuk belajar sendiri contohnya
mencari maklumat dengan melayari internet. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan tahap metakognitif dan melahirkan pelajar yang mahir.
2.5 Kesimpulan
Bab 2 lebih banyak membincangkan tentang kajian-kajian daripada dalam dan
luar negara berkenaan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dam pembelajaran
Sejarah serta bagaimana ianya mampu menarik minat pelajar. Kita telah meninjau kajian-
kajian lalu yang berkaitan serta teori pembelajaran dalam menerangkan tentang konsep
kajian yang dijalankan.
32
8/6/2019 TESIS RAJI
33/64
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengenai penggunaan ICT dalam
pengajaran Sejarah bagi menarik minat pelajar Tingkatan 2 Sek. Men. Kebangsaan Pasir
Putih Tawau. Sehubungan itu, bab ini akan bertindak untuk menerangkan kaedah
penyelidikan yang akan digunakan di bawah beberapa topik kecil yang terdiri daripada
reka bentuk, sampel, alat-alat yang akan digunakan dalam kajian ini, tatacara
pengumpulan data, serta tatacara penganalisisan data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
33
8/6/2019 TESIS RAJI
34/64
Reka bentuk kajian adalah satu rancangan yang melibatkan pembahagian sampel
kajian. Pemilihan tersebut dibuat dengan menilai langkah-langkah yang bersesuaian
untuk membahagikan sampel kajian, serta tatacara untuk mengumpulkan semua data
yang diperlukan. Terdapat beberapa kaedah dalam kajian pendidikan yang terdiri
daripada tiga kaedah yang berbeza-beza iaitu kuantitatif, kualitatif, serta penggabungan.
Bagi kajian ini, kaedah gabungan iaitu penggunaan kedua-dua kaedah kuantitatif
dan kualitatif, telah dipilih bagi melaksanakan proses pengumpulan serta penganalisisan
maklumat kajian. Ini disebabkan kaedah tersebut mampu mengumpulkan maklumat yangdiperlukan daripada responden-responden yang terpilih dengan lebih jelas dan
menyeluruh. Reka bentuk tinjauan (kuantitatif) dan bentuk lapangan (kualitatif) dipilih
memandangkan ia merupakan bentuk kajian yang mampu menghuraikan sesuatu
permasalahan dengan lebih jelas dan mendalam.
Menurut Walker & Burnhill (1988), pengumpulan data melalui temu bual boleh
dilaksanakan dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data ini diperolehi melalui
temu bual pengkaji dengan responden. Kaedah soal selidik juga dibuat untuk
mendapatkan maklumat tambahan dan mengukuhkan maklumat temubual. Kaedah yang
digunakan untuk kajian ini adalah seperti di bawah :-
3.2.1 Pemerhatian
34
8/6/2019 TESIS RAJI
35/64
8/6/2019 TESIS RAJI
36/64
Praujian ini bertujuan mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran
Sejarah. Seterusnya ujian ini bertujuan mengetahui tahap minat murid dalam mata pelajaran tersebut sebelum guru menggunakan konsep ICT dalam pembelajaran.
Pascaujian pula dibuat untuk melihat keberkesanan penggunaan ICT yang
digunakan dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Seterusnya untuk menilai
peningkatan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut sekaligus mendapatkan
pencapaian yang memberangsangkan.
3.3 Persampelan
Bagi kajian ini, sampel hanya akan melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 2 Sek.
A di luar bandar. Sampel bagi soal selidik (pelajar) akan dipilih melalui pemerhatian di
dalam kelas dan seterusnya mengikuti praujian. Kajian juga akan melibatkan seorang
guru Sejarah bagi menjawab soal selidik.
3.4 Instrumen Kajian
36
8/6/2019 TESIS RAJI
37/64
Kajian ini melibatkan penggunaan gabungan kedua-dua kaedah berbentuk kaedah
kuantitatif. Kaedah kuantitatif merupakan kaedah yang melibatkan kaedah penganalisisan
data secara numerikal.
Pembangunan alat-alat kajian
Instrumen bagi setiap kajian perlulah dibentuk terlebih dahulu sebelum kajian
sebenar dijalankan.Sehubungan itu, perancangan teliti perlu dilakukan bagi memastikan
instrument yang dipilih adalah terbaik untuk mengumpulkan data dan maklumat yang
diperlukan bagi kajian ini.
Proses pembangunan instrumen boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu,
penentuan objektif dan kandungan alat kajian. Bahagian pertama menekankan bahawa,
sesuatu instrumen perlu dibina mengikut objektif yang boleh dicapai dalam kajian
tersebut. Manakala bahagian kedua pula perlu memastikan bahawa instrumen yang
dipilih adalah berkesan dan mempunyai tahap kebolehpercayaan kandungan data yang
tinggi.
Ini akan dijalankan dengan menggunakan alat kajian seperti pemerhatian, kaji
selidik, praujian dan pascaujian. Kaedah pemerhatian akan digunakan untuk memerhati
pelajar-pelajar yang belajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran37
8/6/2019 TESIS RAJI
38/64
berlangsung untuk mengenalpasti sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran Sejarah
mampu menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Praujian
Dijalankan pada awal bulan November untuk mendapatkan data pelajar yang
tidak mahir dan sering mendapat markah rendah dalam mata pelajaran Sejarah. Sebanyak
60 soalan berbentuk objektif bagi mata pelajaran sejarah diedarkan dan diberikan kepada
30 orang pelajar yang bermasalah. (Rujuk lampiran)
Pascaujian
Dijalankan pada awal bulan Disember untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar telah meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah
sekaligus memperbaiki markah melalui penggunaan ICT yang diterapkan oleh guru.
Sebanyak 60 soalan berbentuk objektif bagi mata pelajaran Sejarah diedarkan dan
diberikan kepada 30 orang pelajar yang bermasalah dan telah mengikuti pengajaran guru
yang berteraskan konsep ICT . (Rujuk lampiran)
3.5 Kajian Rintis
38
8/6/2019 TESIS RAJI
39/64
Kajian rintis adalah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian
sebenar. Kajian rintis bertujuan untuk menguji tahap kebolehpercayaan item-item soal
selidik. Menurut Mohd. Majid Konting (2004: 218), melalui kajian rintis, kesesuaian dan
ketepatan soalan serta format yang digunakan dapat dikenal pasti. Kelemahan-kelemahan
yang ada meskipun kecil perlu diperbaiki untuk memastikan penghasilan soal selidik
yang bermutu. Oleh itu, pengkaji telah menyediakan item-item berdasarkan objektif
kajian dan mengubahsuai item-item dari kajian lepas mengikut kesesuaian tajuk kajian.
3.6 Jangkaan Keputusan
Prosedur pengumpulan data akan dilakukan sendiri oleh pengkaji. Sepanjang
proses untuk mengumpulkan data juga hanya akan melibatkan kerjasama serta kelulusan
pihak sekolah untuk menjalankan soal selidik dengan responden berhubung isu yang
dibincangkan, di samping mendapatkan kerjasama guru untuk menjalankan pemerhatian
dan soal selidik ke atas murid yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Sebelum pengumpulan data dijalankan, pengkaji perlu mengetahui perbezaan
antara kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer adalah maklumat yang
39
8/6/2019 TESIS RAJI
40/64
diperolehi secara terus dari sumber yang asal, manakala data sekunder pula terdiri
daripada data-data yang telah sedia ada dan dihasilkan oleh penulis atau pengkaji lain.
Selepas itu, pemilihan sampel juga perlu dibuat dengan bantuan pihak pentadbiran
sekolah yang terlibat. Bagi kajian ini, pemilihan responden akan melibatkan persampelan
mudah. Setelah sampel dikenal pasti dan disenaraikan, jadual waktu kelas bagi mata
pelajaran tersebut juga akan diteliti untuk menyelaraskan proses pemerhatian yang
hendak dijalankan di dalam bilik darjah, dan pada masa yang sama mengatur waktu yang
sesuai untuk menjalankan temubual dengan murid yang telah dipilih dalam kajian ini.
Pada peringkat pemerhatian, kajian akan melibatkan responden iaitu pelajar Tingkatan 2.
Kajian ini juga akan dijalankan bertempat di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah berlangsung. Setelah responden dikenal pasti, praujian
dijelaskan. Setelah penerapan penggunaan ICT dalam pembelajaran Sejarah dijalankan
berakhir, responden menduduki pascaujian. Kemudian, borang soal selidik akan
diedarkan kepada 30 orang murid yang telah dipilih menjadi sampel kajian ini.
Kajian ini juga akan dibuat mengikut jadual perancangan gerak kerja bagi
memastikan semua peringkat dalam kajian ini dilaksanakan dan berketetapan dengan arah
tuju kajian ini. Berikut merupakan contoh jadual gerak kerja yang akan digunakan pada
peringkat gerak kerja kajian :
Jadual 1: Jadual Perancangan Gerak Kerja Kajian: Kaedah Latih Tubi40
8/6/2019 TESIS RAJI
41/64
AKTIVITI Oktober 2010 November 2010 Disember 2010
Menulis cadangan kajian X
Menyiapkan alat kajian/instrumen X
-Mendapatkan kebenaran pihak sekolah
untuk menjalankan kajian
-Menjalankan ujian pra
-Mengedarkan borang soal selidik dan
Mendapatkan jadual pembelajaran
daripada murid yang terlibat.
X
X
X
X
Mengutip data
- Mengumpulkan semula semua borang
soal selidik daripada murid-murid
yang terpilih.
X
- Membuat pemerhatian di dalam
bilik di bilik darjah
- Mengadakan ujian PosX
X
Menganalisis data X
Membuat laporan X
41
8/6/2019 TESIS RAJI
42/64
3.7 Kesimpulan
Satu dasar yang jelas amat diperlukan bagi mempastikan ICT dalam P&P betul-
betul memberi kesan yang baik untuk guru dan pelajar. Penekanan yang keterlaluan
dalam mencapai matlamat (objektif) tanpa mengambil kira kemampuan guru dikhuatiri
akan merugikan dalam jangka masa yang panjang. Kita wajar menyediakan satu kerangka
atau modul pengajaran Sejarah berasaskan ICT yang praktikal dan bukannya hanya pada
teori sahaja. Mungkin pengalaman dalam kajian kes di England oleh Haydn T. (2006)
amat mustahak untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan implementasi ICT dalam
P&P sejarah. Noss dan Pachler (1999) menyatakan,
The vision of connecitivity is one of delivery... Theres is no mention of the
computer of as a potential source of empowerment either for the student or for the
teacher ... It might be better to have as the short term goal the serious engagement of
teachers with the substantive ways in which the the computer might afford students the
exploration of deep and hitherto inaccessible conceptual knowledge.
Akses kepada komputer masih merupakan masalah besar untuk guru-guru Sejarah
walaupun bilangan komputer di sekolah meningkat dengan drastik berbanding lima tahun
yang lalu. Bahkan jalan penyelesaian seperti kata Noss dan Pachler (1999) ialah
menggunakan ICT hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, manakala aktiviti
melalui ICT tidak memakan masa yang panjang.
42
8/6/2019 TESIS RAJI
43/64
8/6/2019 TESIS RAJI
44/64
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kita akan membincangkan mengenai dapatan kajian iaitu hasil
daripada kajian yang telah dijalankan mengenai penggunaan ICT bagi meningkatkan
pembelajaran Sejarah. Sebagai permulaan, kita akan bincangkan mengenai keputusan
pemerhatian yang telah dijalankan. Setelah itu, kita akan membuat perbandingan
berkenaan ujian pra dan ujian pos untuk mengenalpasti peningkatan yang telah berlaku
dengan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
dalam kelas.
44
8/6/2019 TESIS RAJI
45/64
4.2 Profil Responden
Responden kajian saya terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah Kebangsaan
Pasir Putih Tawau, Sabah yang masih lemah dalam matapelajaran Sejarah di sekolah.
Jantina Responden
0
5
10
15
Perempuan
Jantina
Rajah 4.2.1 Bilangan pelajar mengikut jantina
Seramai 30 orang pelajar iaitu 15 orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar
lelaki dipilih secara rawak daripada senarai pelajar paling lemah dalam pembacaan
bahasa Melayu.
Bangsa Responden
45
8/6/2019 TESIS RAJI
46/64
0
5
1015
20
25
30
Melayu Cina India Lain-lain
Bangsa
Rajah 4.2.2 Bilangan pelajar mengikut bangsa
Daripada jumlah tersebut, 28 orang berbangsa Melayu, 1 orang berbangsa Cina, 0
orang berbangsa India dan 1 orang lagi berbangsa lain-lain.
Agama Responden
0
5
10
15
20
25
30
Islam Bukan Islam
Agama
Rajah 4.2.3 Bilangan pelajar mengikut agama
Ini menunjukkan bahawa 28 orang pelajar adalah beragama Islam dan selebihnya
bukan beragama Islam.46
8/6/2019 TESIS RAJI
47/64
4.3 Praujian
Gred MarkahA 80 100B 60 79C 40 59D 20 39E 0 19
Bil Nama Pelajar Markah1 Aminur B. Basri 152 Badrul Iman B. Salleh 83 Dariah Bte Laahari 234 Dalinah Bte Dullah 175 Erika Bte Thomas 46 Faridah Bte Abdullah 257 Ghazali B. Sarapi 128 Mohd Saifullah B. Jalani 109 Mohd Badrullah B. Salam 31
10 Multazam B. Mohd Firdaus 1811 Abdullah B. Abdul Hamid 1112 Syed Idrus B. Syed Ayob 713 Sharmini Bt. Sulaiman 1014 Rohana Bt. Abdul Razak 2215 Juliatnah Bt. Pandu 3016 Mohd Firdaus B. Mohd Zahid 19
47
8/6/2019 TESIS RAJI
48/64
17 Maimunah Bt. Shaharuddin 718 Abdul Latiff B. Abdul Hanif 2519 Razak B. Mohsin 2020 Junainah Bt. Shoib 2121 Tah Ooi Lek 35
22 Florinda Joseph 1723 Rosmawati Bt. Sidek 2824 Rosminah bt. Abdillah 1225 Sharifah Julaikha Bt. Syed Mustapha 2926 Fatimah Bt. Badrul Hisyam 1327 Jainal B. Jamaluddin 528 Mohd Fitri B. Mohd Yassir 1429 Salehuddin B. Mohd Isa 1130 Badariah Bt Kadir 30
Jadual 4.3.1 Markah bagi murid yang berada di kumpulan kajian semasa
praujian di mana guru menggunakan pendekatan tradisional
Berdasarkan jadual di atas, kita dapati kesemua responden yang berada di dalam
kumpulan kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid telah dikenalpasti sebagai
murid-murid yang sangat lemah dalam matapelajaran Sejarah. Kumpulan ini juga dapat
dikategorikan sebagai murid yang tidak pernah lulus di dalam sebarang ujian mahupun
peperiksaan yang dijalankan di sekolah. Daripada 30 orang murid, 18 orang mendapat
gred E iaitu mempunyai markah sekitar 0 19 markah sahaja. Sementara selebihnya iaitu
seramai 12 orang mendapat gred D iaitu mempunyai markah sekitar 20 39 markah.
4.3 Pascaujian
48
8/6/2019 TESIS RAJI
49/64
Bil Nama Pelajar Markah1 Aminur B. Basri 622 Badrul Iman B. Salleh 503 Dariah Bte Laahari 834 Dalinah Bte Dullah 67
5 Erika Bte Thomas 546 Faridah Bte Abdullah 857 Ghazali B. Sarapi 728 Mohd Saifullah B. Jalani 489 Mohd Badrullah B. Salam 93
10 Multazam B. Mohd Firdaus 7811 Abdullah B. Abdul Hamid 8112 Syed Idrus B. Syed Ayob 5713 Sharmini Bt. Sulaiman 6014 Rohana Bt. Abdul Razak 7215 Juliatnah Bt. Pandu 9016 Mohd Firdaus B. Mohd Zahid 7917 Maimunah Bt. Shaharuddin 5718 Abdul Latiff B. Abdul Hanif 7519 Razak B. Mohsin 8020 Junainah Bt. Shoib 8121 Tah Ooi Lek 9522 Florinda Joseph 7723 Rosmawati Bt. Sidek 8824 Rosminah bt. Abdillah 7225 Sharifah Julaikha Bt. Syed Mustapha 8926 Fatimah Bt. Badrul Hisyam 7327 Jainal B. Jamaluddin 5528 Mohd Fitri B. Mohd Yassir 6429 Salehuddin B. Mohd Isa 6130 Badariah Bt Kadir 80
Jadual 4.3.2 Markah bagi murid yang berada di kumpulan kajian semasa
pascaujian di mana guru menggunakan ICT dalam pelajaran Sejarah
Berdasarkan jadual di atas, kita dapati kesemua responden yang berada di dalam
kumpulan kajian mencapai keputusan yang sangat memberangsangkan dalam
49
8/6/2019 TESIS RAJI
50/64
matapelajaran Sejarah setelah guru menerapkan ICT dalam pembelajarannya. Daripada
30 orang murid, 7 orang yang telah mendapat mendapat gred E semasa ujian pra, kini
melonjak naik dan mendapat gred B dan gred C. Sementara selebihnya mendapat gred A
iaitu mempunyai markah sekitar 80 100 markah. Daripada 30 orang, 5 orang telah
mendapat gred C, 13 orang mendapat gred B dan 12 orang mendapat gred A.
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
50
8/6/2019 TESIS RAJI
51/64
Dalam bab 5, kita akan membincangkan tentang keputusan ujian serta
pembandingan keputusan antara praujian dan juga pascaujian. Setelah itu, kita akan
meninjau tentang cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh diterapkan di
dalam kajian-kajian akan datang.
5.2 Perbincangan
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-
negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan
ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat
(knowledge based society). Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol
dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah
diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
In the information age that we are living in, the Malaysian society must be
information rich. It can be no accident that today there is no wealthy developed country
that is information poor and no information rich country is poor and undeveloped
(wawasan 2020, 1991, p36)
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan
ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan.
51
8/6/2019 TESIS RAJI
52/64
8/6/2019 TESIS RAJI
53/64
Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan
pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran
berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh
menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia
dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin
dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah
dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain
daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana
menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan
teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah
pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan
bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara
tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.
Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara
konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.
Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru
secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam
semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran,
53
8/6/2019 TESIS RAJI
54/64
semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan
yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
5.3 Cadangan Kajian Hadapan
Peranan Pemimpin Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P
bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin
sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di
sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga
menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada
perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis
seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT
bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.
Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila
tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur
Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan
perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat
Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002).
54
8/6/2019 TESIS RAJI
55/64
Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus
menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi
aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang
pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang
digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara
berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong
sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan
digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal
komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar
kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT
mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan
selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan
arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat
sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk
melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas
inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer
telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses
P&P.
55
8/6/2019 TESIS RAJI
56/64
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh
pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah
berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti
pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan
kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah
hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat
perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan
untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar- pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan
pelan pembangunan sekolah.
Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran
berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan
kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan
pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam
pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang
boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan
kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa56
8/6/2019 TESIS RAJI
57/64
pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat
mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme
ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan
pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian
CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh
sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang
digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model
tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai
maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus
diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah
dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses
P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan
pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang
berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan.
Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan
tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu
oleh individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau
menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner,
1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis,
57
8/6/2019 TESIS RAJI
58/64
penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang
dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru
berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT
sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta
meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah
dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk
menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini
membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia
multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji
hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah
pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus
maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai).Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk
menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan,
lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan
murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan
ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya
digunakan sebagai mesin taip elektronik.
58
8/6/2019 TESIS RAJI
59/64
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini
digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen
multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan
kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk
memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan
pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-
murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi
kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang
diharapkan berdasarkan tahap murid.
Sokongan Daripada Pihak Luar
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus
menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan
akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri
merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat
mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara
59
8/6/2019 TESIS RAJI
60/64
sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan
kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang
yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk
tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P
secara berkesan.
5.4 Penutup
Integrasi ICT dalam P&P khususnya dalam matapelajaran Sejarah merupakan
perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di
antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain
melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat
menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan
pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi
teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang
untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
60
8/6/2019 TESIS RAJI
61/64
RUJUKAN
Briley, R .2008. Incorporating films into a history classroom: a teaching note, dlm Teaching
History: A Journal of Methods . Spring
http://findarticles.com/p/articles/mi_hb302/is_1_33/ai_n29427185/?tag=content;col1
[20 Mac 2009]
H. Doreen Tan .2004. 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19, 2004.
Baltimore.
http://www.aare.edu.au/05pap/tan05410.pdf [25 Mac 2009]
61
http://findarticles.com/p/articles/mi_hb302/is_1_33/ai_n29427185/?tag=content;col1http://www.aare.edu.au/05pap/tan05410.pdf%20%5B25http://findarticles.com/p/articles/mi_hb302/is_1_33/ai_n29427185/?tag=content;col1http://www.aare.edu.au/05pap/tan05410.pdf%20%5B258/6/2019 TESIS RAJI
62/64
Herbert Crijns. 1997. Informations Technology, Does IT Enhance History Teaching.
Questannaire for EUROCLIO annual Conference in Helsinki Findland March 11-15 1997.
History Teaching and Information and Communications Technology . Bulletin Nr.10, -
Summer 1998. 27:31.
Hillis, P. 2002. Using ICT to enhance the teaching and learning of history in Scottish schools.
(Information and Communications Technology).History Computer Review.
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-9128042_ITM [20 Mac 2009]
Noss, R. dan Pachler, N. 1999. The Challenge of New Technologies: Doing Old Things in a New
Way or Doing New Things? , dalam P. Martimore (Pnyt), Understanding Pedagogy and
Its Impact on Learning . London. Paul Chapman Publishing: 195-211
Haydn, T. 2006. Subject discpline dimensions of ict and learning: History a Case Study . East
Anglia. University of East Anglia.
Haydn, T. & Counsell, C. 2003. History, ICT and Learning in the Secondary School. London.
RoutledgeFalmer.
http://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,
+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1 [26 Mac 2009]
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan Empat .
1992 dan 2002. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Intel Education Initiative- Bringing change through ICT in Fazaia School System . 2007.
62
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-9128042_ITMhttp://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1http://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-9128042_ITMhttp://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1http://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-YwC&printsec=copyright&dq=History,+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M18/6/2019 TESIS RAJI
63/64
8/6/2019 TESIS RAJI
64/64
Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah. 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 20, 21-41.
van der Leeuw-Roord, J. 1998. History and Teaching Information Technology-Will IT Enhance
History Teaching?. March 9-15. Conference Report at Hanasaari/Hanaholmen the
Swedish-Finnish Cultural Centre, Espoo, Filand.
http://www.euroclio.eu/download/bulletin/Bulletin_10_98_
%20History_Teaching_and_Information_and_ Communications_Technology.pdf [29
Mac 2009]
Shaharudin Md Salleh, Zaidatun Tasir dan Baharuddin Aris. 2007. Simulasi Menerusi Web :
Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran WWWS . 1st International Malaysian
Educational Technology Convention. 2nd - 5th November 2007. Skudai. 336:345