Transcript

TEKS PENGACARASAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2015

Pengumuman

Assalamualikum wbt..selamat sejahtera..Tuan2 dan puan2..Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan1. Mohon kerjasamasemua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita meninggalkan dewan..kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. KamisanExco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor.

Nyanyian Lagu:

- Bangsa Johor- Selangkah Ke Hadapan

Para hadirin dipersilakanduduk

Solutasi:

Assalamualaikum wbthSelamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia , Salam Muafakat Johor

Istana kota sebelas tingkatTempat baharu nakhoda pekanSama kata sama sepakatHari guru kitaraikan.

Hendak disimpan bunga selasihBeralas sutera di dalam petiMenuai budi bersulam kasihJasamu guru bertakhta di hati.

Batu permata tidak terbilangBersinar Indah di atas paGuru aktif dan inovatif sentiasa cemerlangMembina Ilmu Menyempurna Akhlak

Duduk santai di atas kerusiMinum air beralas dulangPencetus kreativiti Penjana InovasiPelajar Cemerlang Negara Terbilang

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahatbagi tahun 2015yang bertemakan Guru :Pembina Ilmu Menyempurna Akhlak..... Salam keberkatan dan selamat datang diucapkan khasnya kepada ..

Yang Berhormat Dato Zulkurnain bin Hj. KamisanExco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor.

Yang Berusaha En. Ab Rahim bin LaminPegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat

dif-dif kehormat, dan jemputan tuan-tuan pengetua, para guru besar, guru-guru yang dihormati seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Bacaan Doa:

Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi;Doa dibaca memohon Rahmat,Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada malam ini, majlis dengan sukacitanya menjemputUstaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abasuntuk memimpin bacaan doa.memohon keselamatan dan keredhaan Allah dan selanjutnya membaca doa makan. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Tn. Hj Maskor bin Haji Abasatasbacaan doasebentar tadi.

Makan/ persembahan

Demikianlah rangkaian lagu medley1. Terima Kasih Cikgu2. Kami Anak Merdeka dan3. Guru Anak Kampungyang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai AriffinMajlis merakamkan jutaan terima kasih .

Ucapan:

Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan-Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakanYang Berusaha En. Ab Rahim bin Lamin

Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahatbagi menyampaikan ucapan alu-aluan Malam Cinta Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepadaYang Berusaha En. Abd Rahim bin LaminPegawai PendidikanDaerah Batu Pahatdi atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin ZainiTimbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Malam Cinta Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

Terbang melayang si anak kedidi,terima kasih di ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin ZainiTimbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor di atas ucapan itu tadi.

(GIMIK PELANCARAN) & (MULTIMEDIA)

Bacaan Ikrar /

Presiden dan PengerusiPEKASAM - EN. RASHID BIN SULAIMANMAJLIS GURU BESAR - EN HAMZAH BIN JAMAKMAJLIS GABUNGAN GPK 1 - EN. ABD RAHMAN HASSANMAJLIS GABUNGAN GPK HEM TN HJ TAAT BIN KASRINMAJLIS GABUNGAN GPK KOKURIKULUM - EN ABU ZAYIN BIN ABDULLAHMAJLIS GURU BESAR SJKC - EN. SOH LIP SOON

Nyanyian lagu Guru Malaysia

Tuan-tuan dan puan-puan

Penyampaian Anugerah

Tuan-tuan dan puan2Para hadirin yang dihormati sekalian

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepadaguru-guru.

Dengan itumajlis mempersilakan Yang Berusaha En. Abd Rahim bin LaminPegawai PendidikanDaerah Batu Pahat untuk menjemput dan mengiringiYang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin ZainiTimbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Untuk menyampaikan anugerah pada Malam Cinta Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat bagi tahun 2014.Dipersilakan tuan.

Guru Inovatif Guru Aktif dan Kreatif Tokoh Guru 2014

Penyampaian cenderamata

Maju Bangsa Kerana Bahasa,Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;Ingatan Diberi Tidak Seberapa,Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Kepada tuan Timbalan yg sudi hadir pada malam ini diucapkan jutaan terima kasih.

Tiada ungkapan selayaknya pengganti masa dan keikhlasan tuanTiada Hanya cenderamata tanda kenanganBukti dan Saksi sebuah pertemuanMalam Cinta Guru pd mala mini yg begitu cemerlang.

Lagu Negaraku /Penutup

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abd Rahim bin Lamin Pegawai PendidikanDaerah Batu Pahat untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Yang Berbahagia Tuan Hj. Md Hasidin bin ZainiTimbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Bersenjatakan pena keramatBerbekalkan ilmu di dada penuh saratMelangkah sang guru penuh semangatKe gelanggang Pendidikan untuk berkhidmatDengan satu misi dan matlamatSemoga jasa guru mendapat rahmatDemikian sifat guru berkualitiKerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda

Sebelum majlis menutup tirainyaTerima kasih daun keladiPanjang umur kita sambut lagiBuat guru kami sudahiSelamat hari guru buatmu dikasihiJasa guru terpahat dihatiMajlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku

Sekuntum terima kasih kami berikan,Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,Menjadi insan bijak bestari,Engkau pencetus evolusi kami,Terimakasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti tuk hari depanTerimakasih cikgu yang telah membantukami memahami sebuah realiti kehidupan.Terimakasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapanTerimakasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dadaTerimakasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguhTerimakasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan

kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlangBERSENJATAKAN PENA KERAMATBERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARATMELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGATKE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMATDENGAN SATU MISI DAN MATLAMATSEMOGA JASA GURU MENDAPAT RAHMATDEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITIKERANA SEMEMANGNYA..GURU PENJANA TRANFORMASIPENDIDIKANNEGARA.

TINGGI BUKIT SILANG GEMILANGAIR PASANG TENANG-TENANGANBUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANGDALAM HATI KENANG-KENANGAN

TERIMA KASH DAUN KELADIPANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGIBUAT GURU KAMI SUDAHISELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHIJASA GURU TERPAHAT DIHATI

Maju Bangsa Kerana Bahasa,Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;Ingatan Diberi Tidak Seberapa,Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia .............,dipersilakan.......dan seterusnya kepada Yang Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberangAndai memanjat dah sampai ke pucukAndai mendaki dah sampai ke puncakSetiap yang bermula pasti akan berakhirBegitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,Menganyam daun atap jerami,Yang indah,yang berseri bawalah pergiYang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,Tambat perahu di muara Deli.Kalau ada umur yang panjang,InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Teratai Melati Melur dan Mawar,Bunga-Bungaan Harum dan Wangi,Guru Laksana Pelita Pelajar,Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.