TAJUK : PAPA TADA RUAG IKLA TUJUK ARAH
MAJLIS PERBADARA JASI MELAKA
PPEENNGGEENNAALLAANN
PPEENNEERRAANNGGAANN MMEENNGGEENNAAII JJAABBAATTAANN//BBAAHHAAGGIIAANN//UUNNIITT
LLAATTAARRBBEELLAAKKAANNGG MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN JJAASSIINN
Bermula sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural district Council)
pada tahun 1959. Sebelum mendapat pengiktirafan Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai
1978. Seterusnya pada tanggal 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf
kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta kerajaan yang disiarkan pada 28
Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang
Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.
Keluasan kawasan operasi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam Daerah Jasin
dengan keluasan 641 km persegi dengan bilangan penduduk seramai 128 700 orang.
Keseluruhan kawasan ini terdiri dari 2 bandar, 10 pekan kecil, 20 mukim yang terbahagi
kepada 136 kampung tradisi 3 rancangan FELDA dan 2 rancangan FELCRA.
OBJEKTIF
Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju, dengan meningkatkan pertumbuhan
pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan serta memberikan kehidupan yang
harmoni, persekitaran bersih dan indah, mempunyai infrastruktur terbaik dengan
penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan
berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan
negara.
FFUUNNGGSSII MMAAJJLLIISS
� Merancang dan mengawal pemajuan serta melaksanakan projek-projek
pembangunan berpandukan kepada rancangan pemajuan.
� Memproses, melulus dan mengawal pelan-pelan pembangunan selaras
dengan peruntukan perundangan dan polisi yang ditetapkan.
� Memantapkan pembangunan organisasi dan tadbir urus yang cekap serta
menyelaraskan aduan-aduan awam demi kepentingan dan kepuasan pelangan.
� Mengurus pendapatan dan mengawal perbelanjaan berdasarkan sumber
hasil yang diterima daripada cukai, lesen, sewaan, geran, dan sumber-
sumber lain.
� Memantau perkhidmatan sisa pepejal, kebersihan dan keindahan,
menyelenggara kemudahan dan tempat-tempat awam, mengawal dan
meningkatkan kesihatan awam.
� Mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
berkaitan dengan aktiviti pihak berkuasa tempatan.
SSTTRRUUKKTTUURR OORRGGAANNIISSAASSII
PPengurusan Majlis Perbandaran Jasin diketuai oleh Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Jasin dan dibantu oleh Setiausaha, Ahli Majlis dan Pengarah
Kanan/Pengarah Jabatan serta Ketua Unit. Pembahagian jabatan di bawah pentadbiran
Majlis adalah seperti berikut:
a) Jabatan Khidmat Pengurusan & Korporat
b) Jabatan Kewangan
c) Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
d) Jabatan Kawalan Perniagaan
e) Jabatan Kejuruteraan
f) Jabatan Kawalan Bangunan
g) Jabatan Landskap & Perkhidmatan Bandar
h) Jabatan Perancang Bandar & Desa
i) Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan
j) Jabatan Teknologi Maklumat
k) Unit Pusat Setempat (OSC)
l) Unit COB
m) Unit Audit Dalaman
JABATAN KAWALAN PERNIAGAAN
FUNGSI
� Mengawal, melesen dan menguatkuasa semua bentuk perniagaan dalam
daerah Jasin.
� Memastikan tempoh pemprosesan dan pengeluaran semua jenis lesen
mengikut piagam yang ditetapkan kecuali yang melibatkan ulasan Kerajaan
Negeri dan jabatan teknikal.
� Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang lesen sentiasa tepat.
� Mengawal dan mengwujudkan tahap kebersihan premis yang bersih & selamat.
� Memastikan semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan dan
menghadiri kursus pengendalian makanan.
� Mengurangkan gangguan anjing liar dengan melesenkan anjing peliharan dan
perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan.
� Memastikan tiada sebarang aduan daripada pelanggan mengenai kelewatan
tempoh pemprosesan pengeluaran lesen perniagaan dan permit.
STRUKTUR ORGANISASI JABATAN
Diketuai oleh Pengarah Jabatan – Pegawai Kesihatan Persekitaraan (PKP), dibantu
oleh tiga (3) orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaraan (PPKP), tiga (3) orang
Pembantu Tadbir dan seorang (1) Pembantu Kesihatan Awam (PKA).
PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Idea menghasilkan inovasi ini timbul apabila melihatkan trend atau kebiasaan orang
ramai terutama menjelang musim cuti sekolah dan masing-masing mula sibuk
mengadakan majlis perkahwinan. Sebagai salah satu panduan kepada para jemputan ke
majlis yang ditetapkan satu iklan tunjuk arah majlis kahwin dengan pelbagai rekaan dapat
dilihat dan dipasang di jalan-jalan utama, setiap persimpangan jalan/lampu isyarat dan
bulatan jalan (round about).
Pemasangan tanpa kebenaran ini telah menimbulkan permasalahan kepada pihak
Majlis Perbandaran Jasin apabila perletakan dengan susunan yang tidak teratur
mencacatkan pandangan, menutup papan tanda keselamatan sehingga menyulitkan
pengguna jalan raya dan mengotori persekitaran apabila iklan tersebut tidak ditanggalkan
sebaik selesai majlis tersebut. Kebiasaaannya iklan-iklan tersebut tidak mempunyai
maklumat pemilik yang lengkap sehingga menyukarkan tindakan penguatkuasaan dan
menjadi bebanan tugas kepada Majlis Perbandaran Jasin untuk menanggalkan iklan-iklan
tersebut. (Lampiran A).
Pihak Majlis Perbandaran Jasin telah berusaha pelbagai langkah menangani
permasalahan ini antaranya dalam syarat kelulusan surat permohonan tutup jalan telah
dinyatakan agar mengambil tindakan pembersihan segala papan tanda tunjuk arah di
jalan-jalan (Contoh surat di Lampiran B), memaklumkan dalam mesyuarat yang
melibatkan ahli majlis, pemimpin masyarat seperti JKKK kawasan dan Pengerusi taman
selain rondaan oleh anggota Penguatkuasa Majlis sendiri. Namun begitu permasalahan
masih tiada penyelesaian.
Melalui Mesyuarat Bersama Jabatan bil 3/2011 telah dibangkitkan dalam usaha
mencari hasil baru bagi Majlis disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul. Yang
Dipertua Majlis telah menyarankan agar melihat bagaimana cara penyelesaian yang
bersesuaian bagi tujuan penyeragaman pemasangan iklan-iklan ini terutama di
persimpangan. Perkara ini selanjutnya telah dibincangkan secara lebih fokus melalui
Mesyuarat Pagi di mana Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) telah
dipertanggungjawabkan untuk merangka idea dan melaksanakan projek ini seterusnya
menguatkuasakan mengikut undang-undang yang bersesuaian. Selari dengan salah satu
fungsi Jabatan Kawalan Perniagaan iaitu mengawal dan mengwujudkan tahap kebersihan
premis yang bersih & selamat telah mengambil inisiatif awal dengan mengadakan
perbincangan dalaman dan merangka idea-idea yang bersesuaian disamping melihat
pendekatan yang telah dilaksanakan oleh PBT lain
Satu lawatan juga telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Perniagaan ke Majlis Daerah
Tampin bagi meninjau antara usaha yang telah dijalankan (Lampiran C). Hasil lawatan
tersebut dan rangka idea melalui perbincangan yang telah dibuat Jabatan Kawalan
Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan telah merekacipta Papan Tanda
Ruang Iklan bukan sahaja untuk iklan tunjuk arah majlis kahwin malah lain-lain iklan kecil.
Sebagai langkah awal, beberapa lokasi 'hot spot' dikenalpasti bagi pemasangan peringkat
percubaan.
TUJUAN
� Menyediakan kemudahan papan tanda ruang iklan khusus untuk iklan-iklan kecil
terutama iklan majlis kahwin dipersimpangan jalan bagi tujuan penyeragaman.
� Memastikan setiap perletakan iklan-iklan tersebut mendapat kebenaran dan
diletakkan di lokasi yang dibenarkan.
� Memastikan tiada lagi aktiviti pemasangan iklan-iklan majlis kahwin atau lain-lain
kecil tanpa kebenaran atau menutup papan tanda keselamatan sehingga
mengundang bahaya keselamatan.
� Memudahkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dalam aspek kebersihan.
CIRI-CIRI
� Papan tanda PVC berukuran 4' x 1' dengan tiga (3) ruang iklan bertutup plastik
lutsinar yang boleh memuatkan iklan bersaiz kertas A4 (Lampiran D).
� Rekabentuk yang mudah dipasang, sangat praktikal, tidak menggunakan ruang
yang luas dan seragam.
� Pemasangan di tiang lampu isyarat atau tiang lampu persimpangan jalan sahaja.
� Mudah dilihat, kedudukan papan tanda tidak menghalang pandangan atau
mengganggu laluan pengguna jalan raya.
� Mesra pengguna dan alam sekitar, menjimatkan kos dan masa bagi pengguna
hanya perlu menyediakan rekaan iklan masing-masing bersaiz kertas A4 dan
dimasukkan ke ruang yang disediakan dengan kebenaran.
� Tidak melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
LOKASI PELAKSANAAN
� Persimpangan lampu isyarat jalan (lokasi yang dikenalpasi menjadi sasaran utama)
(Lampiran E)
− Persimpangan lampu isyarat Taman Maju (2 unit)
− Persimpangan lampu isyarat Kemendor (1 unit)
− Persimpangan jalan Lipat Kajang, Merlimau (1 unit)
− Persimpangan 'push button' Bandar Jasin (1 unit)
− Persimpangan lampu isyarat Pekan Bemban (1 unit)
� Persimpangan jalan (termasuk lebuh AMJ – cadangan pelaksanaan seterusnya)
PENGUATKUASAAN
Selaras dengan Undang-undang Kecil (Majlis Perbandaran Jasin) 2011 telah
menyatakan “Seseorang tidak boleh mempamerkan atau mendirikan atau menyebabkan
dipamerkan atau didirikan apa-apa iklan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Majlis”
Walau bagaimanapun terdapat iklan-iklan tertentu yang dikecualikan dari dilesenkan
termasuklah iklan majlis kahwin kerana di bawah kategori “Iklan Masyarakat Sosial iaitu
“Suatu iklan berarah sementara yang didirikan atau dipamerkan bagi tempoh tidak lebih
daripada tujuh (7) hari di sepanjang hak lalu lalang awam oleh seseorang untuk memberi
arahan ke suatu majlis tertutup, sosial atau masyarakat”. Oleh kerana itu pengguna
hanya perlu mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan (PK-
JKP-003/R1a) (Lampiran F) dengan pengisian butiran tertentu berserta iklan bersaiz
kertas A4 dan menjelaskan bayaran caj sewaan sebanyak RM2.00 sahaja per ruang iklan.
Pengguna juga hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tertakluk kepada
undang-undang yang berkaitan.
PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS
SEBELUM SELEPAS
-
-
* Sila sertakan bersama iklan bersaiz A4
TERIMA PERMOHONAN
SEMAK
PROSES PERMOHONAN (PENDAFTARAN)
BAYARAN RM2 & COP MAJLIS
KEPUTUSAN
PEMOHON
TIDAK LENGKAP
LENGKAP * TAKLIMAT TUGASAN/ ATURAN KUMPULAN (JIKA ADA)
JADUAL PEMANTAUAN/
ADUAN
PEMANTAUAN IKLAN/ BANNER
MENURUNKAN IKLAN/ BANNER TANPA KEBENARAN/ TAMAT
TEMPOH
PELUPUSAN/ PEMAKLUMAN
KEPADA PEMILIK
Aktiviti pemantauan iklan dijalankan hampir setiap hari
Aktiviti pemantauan iklan diadakan sekali (1 ) hari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat.
IMPAK INOVASI
BIL ELEMEN CATATAN
1.
Inovatif/ Kreativiti Lanjutan dari permasalahan yang timbul antaranya:
− Tiada kemudahan disediakan;
− Pemasangan tidak mengikut peraturan;
− Rekabantuk iklan tidak seragam dan
tersusun;
− Menutup papan tanda keselamatan
jalanraya;
− Mengotori persekitaran apabila iklan tersebut
tidak ditanggalkan.
Bermula awal tahun 2012 melalui perbincangan,
hasil lawatan, terjemahan idea kepada rekabentuk
dan penambahbaikan peringkat pengurusan
menghasilkan inovasi berupa Papan Tanda Ruang
Iklan Tunjuk Arah telah menjalani dua (2) peringkat
pengubahsuaian.
Konsep mesra pengguna dan alam sekitar hanya
perlu memasukkan iklan bersaiz kertas A4 ke ruang
yang disediakan, praktikal, menjimatkan kos dan
masa bersesuaian dengan slogan “Rakyat
didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
2 Keberkesanan
− Membantu persekitaran kawasan
persimpangan jalan atau pulau-pulau jalan
menjadi lebih menarik;
− Penyeragaman bentuk/ grafik iklan dan lebih
tersusun;
− Mendidik masyarakat untuk lebih
bertanggungjawab dan berdisplin dalam
menjaga kebersihan persekitaran dan
menggunakan kemudahan yang disediakan.
− Hanya dikenakan kos sewaan sebanyak
RM2.00/iklan/hari.
BIL ELEMEN CATATAN
3 Signifikan − Kos penyelenggaraan dan pengendalian
yang minima serta menggunakan bahan yang
mudah didapati.
− Mesra penguna dan alam sekitar serta
menjimatkan kos dan masa. Para pengguna tidak
perlu lagi mengeluarkan kos untuk 'laminating' dan
papan tanda untuk dipacakkan.
− Prosedur permohonan yang mudah melalui
Majlis Perbandaran Jasin dengan membawa iklan
bersaiz kertas A4 dan dikenakan caj sewaan
sebanyak RM2 sahaja per ruang iklan.
− Pengguna bertanggungjawab menanggalkan
iklan masing-masing sebaik selesai majlis.
− Mengurangkan beban kerja, masa dan kos
anggota penguatkuasa Majlis untuk menurunkan
iklan-iklan tersebut.
4 Relevan Komitmen daripada pihak pengurusan dan
kerjasama antara Pengarah Kanan/ Pengarah
Jabatan semasa merangka idea, menterjemahkan
rekabentuk dan proses penambahbaikan
menghasilkan inovasi yang praktikal dan mesra
pengguna.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan diharap projek ini menjadi pemangkin dalam usaha untuk mengawal
ketidakseragaman iklan-iklan kecil seperti majlis kahwin yang dipasang tanpa kebenaran
terutama di persimpangan jalan. Dengan adanya kemudahan yang praktikal dan mesra
pengguna dan alam sekitar selari dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan” diharap masyarakat akan menggunakan dengan sebaik-baiknya dengan
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan agar akhirnya persimpangan jalan atau lampu
isyarat yang dulunya meriah dengan pelbagai bentuk iklan majlis kahwin yang
mencacatkan pandangan bertukar wajah menjadi lebih menarik, seragam dan menjadikan
kawasan persekitaran jalan lebih bersih, sekaligus menjadikan Jasin Daerah Lestari,
Bandar Bestari lebih cemerlang ke arah kesinambungan Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau
Lampiran A
Pemasangan iklan-iklan tunjuk arah majlis kahwin tanpa kebenaran
Lampiran C
Ruang Iklan yang disediakan oleh Majlis Daerah Tampin
Lampiran E
Lokasi pemasangan
− Persimpangan lampu isyarat Taman Maju (2 unit)
− Persimpangan 'push button' di Bandar Jasin (1 unit)
− Persimpangan jalan Lipat Kajang Merlimau
− Persimpangan lampu isyarat Kemendor
- Rekaan kedua
Gambarajah foto Rekaan kedua
Lampiran H
Contoh penggunaan (Persimpangan lampu isyarat Taman Maju)