Download docx - Surat Jemputan Imam

Transcript
Page 1: Surat Jemputan Imam

Ruj Kami : SKUB/100/03/JLD2: ( )Tarikh : 09 Julai 2014

Kepada :-

En Zulkifli Bin Kassim,Imam 2,Masjid Kariah Kg. Ulu Bendul,71500 Tanjong Ipoh,Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan ,

JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL – QURAN 2014 (MEMIMPIN SOLAT ASAR & KHATAM AL- QURAN)

Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar Perdana dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Julai 2014 ( SABTU )Masa : 4.00 petang – 8.15 malamTempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul

3. Justeru, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat mengimamkan solat asar berjemaah dan memimpin bacaan khatam Al-Quran pada majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan akan memeriahkan lagi majlis. Kehadiran tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………….( SUHAIMI BIN NORAZI )Guru Besar,SK Ulu Bendul,

ATURCARA PROGRAM :

4.00 petang – Berkumpul di surau bilik j-Qaf4.30 petang – Persiapan solat Asar berjemaah5.00 petang – Majlis khatam Al- Quran bermula

Ketibaan VIPBacaan DoaUcapan Guru BesarUcapan YB Dato Abd SamadPenyampaian HadiahPersembahan Murid

7.00 petang – Persiapan berbuka puasa & menjamu selera7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah8.15 malam - Bersurai


Recommended