SIRIMMS ISO/EC 17021:2006QS 02121999 CB 01
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BAHAGIAN AKAUN
ARAS 6, BLOK E7, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 WP PUTRAJA YA CERTIFIED TO ISO 9001:2008CERT. NO. : AR4883
Telefon : 03·88833252Faks : 03·88891030Lama" Web: http://account.moh.gov.my
Ruj KKM.BAlSPW/1 00/1-2014 (06)
t\ Mac2014Tarikh
EDARAN SEPERTI 01 LAMPIRAN
Y.Bhg DatuklDato'/DatinlTuan/Puan,
SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BIL.6 TAHUN 2014
GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN INSENTIF KLlNIK RAWATAN PESAKIT
SELEPAS WAKTU PEJABAT (KRPSWP) BAGI PEGAWAI PERUBATAN
1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk menyeragamkan format borang
tuntutan Bayaran Insentif Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP)
dan dokumen untuk pembayaran serta tatacara bayaran bagi pelaksanaan di seluruh
Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pelaksanaan KRPSWP di Jabatan Kecemasan hospital-hospital kerajaan
telah dijalankan mulai Oktober 2002 yang melibatkan 22 hospital di seluruh
negara.Hospital yang terlibat merupakan hospital yang dikenalpasti
menerima kedatangan pesakit sekurang-kurangnya 100 orang dalam tempoh
masa 24 jam.
2.2 Peningkatan kedatangan pesakit khususnya yang tidak kritikal ke Jabatan
Kecemasan selepas waktu pejabat telah memberi kesan terhadap beban
kerja dan mutu perkhidmatan kecemasan yang diberikan. Oleh itu,
pelaksanaan KRPSWP amat diperlukan dan boleh diperluaskan kepada
hospital lain yang memerlukan.
Healthy Accounting Passionately @ Your Service
3. PEKELlLlNG YANG BERKUATKUASA
Bagi pelaksanaan KRPSWP yang sistematik dan teratur, pekeliling berikut dijadikan
rujukan :-
3.1 Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 7/2007 - Ruj:
KKKMB7/P1/1/1/3(13) bertarikh 16 Ogos 2007 - Pelaksanaan Perkhidmatan
KRPSWP di Jabatan Kecemasan;
3.2 Surat Edaran Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) - Ruj: BiI (2)
dlm.KKM-61 (191B)Jld.9 bertarikh 17 April 200B - Kenaikan Kadar Bayaran
Insentif KRPSWP dari RM 30.00 sejam kepada RM BO.OO sejam dan
3.3 Surat Edaran KKM - Ruj: KKA173/UGJ/2B(5) bertarikh 04 Ogos 2011 -
Penentuan Kadar Bayaran Insentif KRPSWP adalah berasaskan kepada
perkhidmatan sebenar yang diberi dan disempurnakan.
4. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
4.1 Pemilihan hospital
Hospital yang menerima kedatangan pesakit harian di Jabatan Kecemasan
sekurang-kurangnya 100 orang dalam tempoh 24 jam. Klinik ditempatkan di
Jabatan Kecemasan atau tempat berhampiran bagi memudahkan penyeliaan
oleh Jabatan Kecemasan.
4.2 Jenis kes yang dirawat
Kes-kes yang tidak kritikal yang tertakluk kepada garis panduan sistem triage
Jabatan Kecemasan hospital-hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi
kes-kes yang tidak kritikal tetapi melibatkan banduan, tahanan polis,
keperluan rawatan di pusat rawatan sepadu (OSCC) dan mana-mana kes
berunsur perundangan (medico-Iegal) akan dikendalikan oleh pegawai
perubatan kecemasan.
4.3 Waktu klinik
Waktu klinik adalah antara jam 5 petang hingga 12 malam pada hari bekerja
dan 8 pagi hingga 12 malam pada hari minggu dan hari kelepasan am. Walau
bagaimanapun, Pengarah Hospital yang terlibat boleh menggunakan budi
bicara dalam menentukan waktu klinik, bilangan syif dan bilangan pegawai
perubatan yang bertugas bagi setiap syif yang bersesuaian dengan keperluan
serta keadaan setempat dan jumlah kedatangan pesakit dan mempamerkan
maklumat tersebut untuk dimaklumkan kepada orang awam.
4.4 Bayaran insentif
Kadar bayaran semasa adalah RM 80.00 sejam (tertakluk kepada pindaan
semasa yang diluluskan oleh Perbendaharaan). Penentuan kadar bayaran
adalah ditentukan berdasarkan kepada perkhidmatan yang diberi dan
mengambilkira perkhidmatan sebenar yang disempurnakan.
4.5 Kelayakan pegawai perubatan
Kelayakan pegawai perubatan bagi menjalankan tugas di KRPSWP adalah
seperti berikut :-
4.5.1 Berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan di bawah skim Pegawai
Perubatan secara hakiki;
4.5.2 Tidak berada dalam tugas rasmi yang lain samada bertugas atas
panggilan atau syif semasa mengendalikan klinik;
4.5.3 Keutamaan akan diberi kepada pegawai perubatan yang telah
menjalani kesemua penempatan kepakaran asas;
4.5.4 Mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing;
4.5.5 Proses penilaian kelayakan pegawai perubatan yang memohon untuk
menjalankan tugas di KRPSWP diuruskan oleh Urusetia KRPSWP di
Jabatan Kecemasan.
4.6 Tatacara pendaftaran dan pemilihan
Pegawai perubatan yang berminat hendaklah mendaftarkan nama dan
memaklumkan waktu klinik yang ingin dikendalikan kepada pegawai yang
bertanggungjawab di JabatanKecemasan dengan menggunakan borang
permohonan mengendalikan tugas di KRPSWP. Jadual tugas akan
disediakan oleh pegawai yang bertanggungjawab berdasarkan nama dan
waktu klinik yang didaftarkan dan diedarkan kepada pegawai perubatan yang
terlibat.Sebarang pertukaran jadual hendaklah dimaklumkan kepada pegawai
yang bertanggungjawab dalam tempoh yang sepatutnya.
4.7 Pengesahan menjalankan tugas
Kad perakam waktu yang sedia ada hendaklah digunakan sebagai
pengesahan menjalankan tugas di KRPSWP. Pegawai berkenaan hendaklah
mengetip kad perakam waktu sebelum dan selepas menjalankan tugas.
5. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT TUNTUT AN
Bagi tujuan tuntutan, dokumen sokongan berikut hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Jabatan Kecemasan untuk pengesahan.
5.1 Salinan kad perakam waktu/ Buku Daftar Kedatangan
5.2 Borang Tuntutan BA.KKM/KRPSWP
5.3 Salinan Jadual Tugas di KRPSWP
5.3 Salinan Kad Pengenalan dan Penyata Akaun Bank yang disahkan bagi
pegawai yang baru pertama kali membuat tuntutan.
6. TATACARA PROSES PEMBAYARAN TUNTUTAN BAYARAN
Unit Kewangan di PTJ perlu :-
6.1 menyemak dan memastikan dokumen yang diterima daripada pegawai
terlibat telah memenuhi keperluan di Para 5. Jika tidak lengkap, borang
tuntutan akan dikuiri dan dipulangkan kepada pegawai untuk dilengkapkan;
6.2 menyemak dan memastikan pegawai tidak menuntut kedua - dua Bayaran
Insentif Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat dan Elaun Kerja Di
Luar Waktu Bekerja Biasa bagi tarikh bertugas yang sama seperti di Para 3.3.
6.3 memastikan baucar bayaran disediakan menggunakan Modul Invois Tanpa
PT didalam sistem eSPKB.
6.4 memastikan tarikh invois di dalam sistem e-SPKB adalah tarikh borang
tuntutan ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
6.5 tuntutan ini hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam
bulan berikutnya. Hanya satu tuntutan boleh dibuat bagi satu-satu bulan.
7. BORANG TUNTUT AN
Format borang tuntutan adalah seperti di Borang BA.KKM/KRPSWP
8. Sukacita dilampirkan borang Bayaran Insentif Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu
Pejabat (KRPSWP) untuk perhatian dan rujukan pihak Y.Bhg DatuklDato'/Datin/Tuan/Puan.
Mohon kerjasama pihak Jabatan Kesihatan Negeri memanjangkannya kepada semua Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,\
(BALASUBRAMANIAM A.)Ketua AkauntanKementerian Kesihatan Malaysia
s.k: TKSU(K)SUB Bahagian KewanganSUB Bahagian Sumber ManusiaSUB Bahagian Perkembangan PerubatanBPOPP, JANM - Mohon kerjasama pihak tuan untuk memanjangkan ke JANM
Negeri
BA.KKMI KRPSWP
PENYATA TUNTUTAN BAYARAN INSENTIF KLlNIK RAWATAN PESAKIT
SELEPAS WAKTU PEJABAT (KRPSWP) BAGI PEGAWAI PERUBATANBULAN TAHUN
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PEGAWAI PENUNTUT
1 NAMA PEGAWAI · ..............................................
2 NO. KAD PENGENALAN · ..............................................
3 JAWATAN · ..............................................
4 GRED JAWATAN · ..............................................
5 NO. GAJI · ..............................................
6 NO. AKAUN · ..............................................
7 NAMA & CAW. BANK · ..............................................8 UNITITEMPAT BERTUGAS · ..............................................
9 HOSPITAL · ..............................................
10 NO. TELEFON & SAMB. · ..............................................
11 E-MEL · ..............................................
12 NO. TELEFON BIMBIT · ..............................................
BAHAGIAN B: BUTIRAN TUNTUTAN
KENYATAAN TUNTUTAN BAYARAN INSENTIF KLlNIK
RAWATAN PESAKIT SELEPAS WAKTU PEJABAT (KRPSWP)
MASATARIKH JUMLAHJAM
DARIPADA HINGGA
JUMLAH BAYARAN INSENTIF KERJA SELEPAS WAKTUPEJABAT (BIKSWP) BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Jam Tuntutan Kadar Sejam (RM) Jumlah Tuntutan (RM)80.00
BAHAGIAN C : PENGESAHAN PEGAWAI PENUNTUT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa tuntutan Bayaran Insentif Klinik Rawatan Pesakit SelepasWaktu Pejabat adalah betul dan telah dilaksanakan oleh saya.
Tarikh:
Tandatangan & Cop Pegawai
BAHAGIAN D : PENGESAHAN KETUA JABATAN
Dengan ini saya mengesahkan pegawai ini dikehendaki menjalankan tugas di Klinik RawatanPesakit Selepas Waktu Pejabat dan telah menjalankan tugasnya seperti tuntutan tersebut.Tuntutan dan dokumen yang disertakan adalah betul.
Tarikh:
Tandatangan & Cop Ketua Jabatan
BAHAGIAN E : SENARAI SEMAK
1. Borang Tuntutan KRPSWP2. Jadual Tugas KRPSWP3. Kad Perakam Waktu/ Buku Daftar Kedatangan yang
disahkan4. Pengesahan Ketua Jabatan pad a dokumen sokongan
-,~----------------------~~