SOALAN NO: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
DARIPADA
TARIKH
SO ALAN
LIS AN
YB. DATUK WIRA HAJJ AHMAD BIN
HAMZAH [ JASIN ]
5 NOVEMBER 2014
YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan
pendapatan kaum Burniputera dari sumber modal (income from
capital} kerana majoriti kaum ini menerima pendapatan dari gaji yang
kecil sahaja.
1
JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,
MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di-Pertua,
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan
pendapatan kaum Bumiputera daripada sumber modal iaitu,
antaranya:
(i) Pelaburan skim Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Pelaburan skim Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
merupakan skim yang diperkenalkan di bawah Permodalan
Nasional Berhad (PNB). Antara skim ASNB yang boleh
dilanggan adalah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB),
Amanah Sa ham Nasion a! (ASN) dan Amanah Sa ham 1 Malaysia
(AS1 M). Melalui pelaburan dalam skim ASNB, setiap pelabur
boleh menggandakan pelaburan asalnya dengan memperolehi
pulangan pelaburan yang - terdiri daripada pengagihan
pendapatan dan bonus.
Sebagai contoh, sejak skim ASB diperkenaikan pada tahun
1990, terdapat 8.5 juta pemegang akaun ASB dengan unit
simpanan 135 bilion unit. Pada tahun 2013, jumlah agihan
pendapatan dan bonus yang diberikan adalah sebanyak RM9.9
bilion. Pengagihan pendapatan dan bonus seunit ASB yang
konsisten, iaitu melebihi 8.55 sen seunit, mampu meningkatkan
lagi pendapatan masyarakat Bumiputera berasaskan sumber
modal.
2
Di bawah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pula, skim
Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) telah diperkenalkan
dengan suntikan modal RM1 0 bilion bagi membantu
meningkatkan lagi pendapatan masyarakat Bumiputera. Sejak
dilancarkan pada bulan April 2014, ASB2 telah dilanggan
sebanyak 1.1 bilion unit yang terdiri daripada 57,432 pemegang
akaun;
(ii) Pelaburan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Kerajaan turut menggalakkan pegangan unit amanah hartanah,
iaitu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di bawah Pelaburan
Hartanah Berhad (PHB). Pelaburan ini membolehkan pelabur
Bumiputera mengambil bahagian dalam pemilikan benefisial
aset hartanah dengan pelaburan permulaan serendah RM500.
Sehingga kini, AHB telah menambah saiz dana kepada RM2.0
bilion. Seramai 54,516 pelabur telah menyertai AHB. Skim ini
yang dilancarkan pada bulan November 2010 telah membuat
pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak 7 kali dengan
kadar pengagihan yang konsisten dan kompetitif. Secara
keseluruhannya, AHB telah berjaya mengagihkan pendapatan
lebih RM257.1 juta kepada pemegang-pemegang unit; dan
(iii) Program Pembangunan Keusahawanan
Program pembangunan keusahawanan adalah bertujuan untuk
menggalakkan penglibatan masyarakat Bumiputera dalam
bidang perniagaan dan keusahawanan. Kerajaan menyediakan
bantuan modal kewangan seperti pembiayaan pinjaman dan
geran serta bantuan modal bukan kewangan seperti penyediaan
pengangkutan dan mesin untuk menjalankan perniagaan.
Melalui program 1n1, usahawan Bumiputera mampu 3
meningkatkan pendapatan melalui penjanaan keuntungan
perniagaan.
Program pembangunan keusahawanan ini disediakan oleh
beberapa agensi Kerajaan, antaranya Amanah lkhtiar Malaysia
(AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Sejak tahun 1987 sehingga Julai 2014, AIM telah mengeluarkan
pinjaman berjumlah RM10.0 bilion yang memanfaatkan 339,226
Sahabat AIM Bumiputera. Di samping itu, TEKUN pula telah
mengeluarkan pinjaman sebanyak RM3.19 bilion bagi
membantu 297,077 peminjam sejak tahun 1998. Berdasarkan
bancian yang dijalankan pada tahun 2013, sebanyak 94o/o
usahawan yang menerima pinjaman TEKUN telah menunjukkan
peningkatan jualan dan pendapatan. Selain itu, sehingga Ogos
2014, sejumlah 87,085 pinjaman ulangan bernilai RM1.2 billion
telah ditawarkan kepada usahawan Bumiputera yang berjaya
meningkatkan pendapatan melalui bantuan perniagaan yang
diberikan.
(iv) Simpanan Tabung Haji
Simpanan Tabung Haji dalam Lembaga Tabung Haji (L TH) juga
memberikan pulangan yang agak baik. Meskipun ramai yang
menyimpan adalah untuk mengerjakan ibadah Haji, ianya dapat
meningkatkan pulangan kepada pendeposit. Sehingga akhir
tahun 2013, terdapat 8.3 juta pendeposit dengan jumlah ni!ai
sirnpanan sebanyak RM45.7 bilion. L TH telah mernbuat bayaran
bonus kepada pendeposit dengan kadar 8.0%, termasuk 2.0%
bonus haji dengan jumlah agihan bonus bernilai RM2.6 bilion.
Sekian, terima kasih. 4