1
SINOPSIS
Skrip Drama Kanak-kanak
AYAMKU SAYANG
Oleh:
HUSSIN BIN SARIFJABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPTHO, BATU PAHAT.
Drama kanak-kanak ini menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di belakang rumah
seorang petani. Petani itu mempunyai sebuah reban ayam yang di dalamnya didiami oleh
beberapa ekor ayam, iaitu Ayam Kampung, Ayam Bandar, Ayam Belanda dan Ayam
Siam. Ayam-ayam ini sentiasa bertelagah antara satu sama lain dan sering bersikap
oputurnis apabila berhadapan masalah. Berdekatan dengan reban itu juga terdapat seekor
lembu, seekor kambing dan seekor kerbau peliharaan petani. Binatang-binatang ini juga
bersikap mementingkan diri sendiri. Sikap negatif tersebut menyebabkan mereka gagal
mengatasi segala masalah luaran yang menganggu kehidupan dan ketenteraman hidup
mereka. Pada akhirnya beberapa watak yang bersikap individualistik seperti watak Ayam
Siam, Ayam Kampung, Ayam Belanda dan Ayam Bandar menerima akibat apabila
mereka semuanya ditangkap dan dihapuskan oleh pihak PBT kerana ditakuti merebakkan
wabak Selesema Burung. Di kalangan keluarga binatang, Sang Kambingg juga menerima
akibatnya apabila akhirnya Sang Kambing terpaksa dikorbankan oleh petani untuk
menunaikan hajatnya melakukan ibadat korban
2
Skrip Drama Kanak-kanak
AYAMKU SAYANG
Oleh
HUSSIN BIN SARIFJabatan Pengajian Melayu,IPTHO, Batu Pahat.
WATAK-WATAK
MANUSIA AYAM BINATANG
PETANI AYAM KAMPUNG SANG LEMBUANAK PETANI LELAKI AYAM BANDAR SANG KAMBINGANAK PETANI PEREMPUAN AYAM BELANDA SANG KERBAUISTERI PETANI AYAM SIAM
Di hadapan sebuah reban ayam
MASA
Pada waktu pagi yang cerah.
PENTAS
Kedudukan pentas serupa bagi keseluruhan adegan. Ayam-ayam keluar di
bahagian hadapan reban di belakang rumah seorang petani. Terdapat sebuah
tunggul kayu dan sebatang pokok kelapa yang telah tumbang. Ayam-ayam
bertenggek pada tunggul kayu dan batang kelapa itu. ( Irama lagu AYAM )
3
ADEGAN 1
Pentas terang menunjukkan waktu pagi. Ayam-ayam duduk bertenggek sambil
berbual-bual sesama sendiri, tetapi tidak jelas apa yang diujarkan. Mereka
menyanyi dan ada di antara mereka juga sedang asyik berkokok.
( Pergerakan Ayam dalam formasi yang menarik sambil mengayakan kehebatan
masing-masing ). ( Cadangan lirik Lagu Ayam )
AYAM KAMPUNG: Hei kawan-kawan, cuba lihat,
Aku Ayam Kampung, badanku lentik,
Aku suka makan pari tuka,
Buluku cantik,
Tentu Tuan kita suka.
AYAM BANDAR : Pinggan kaca jatul remuk,
Tersepak bunga dedap,
Badanku gemuk,
Tuan kita bagiku makan sedap-sedap.
AYAM BELANDA : Apalah kamu ni, Tuan kita paling sayang aku. Aku selalu
4
tolong jaga rumahnya.
Aku suka makan duku,
Pokok duku di rumah Che Timah,
Tuan paling sayang kat aku
Kerna aku selalu tolong jaga rumah.
AYAM SIAM : Hah...Hah...Hah....Dengar sini, dengar sini. Aku ni tinggi. Aku kuat
berlaga. Tentu Tuan kita amat sayang padaku AYAM SIAM saja.
Pergi bandar cari ragi,
Ragi bercampur dengan pelaga,
Badan aku tinggi,
Aku pula kuat berlaga.
AYAM SIAM masuk dari satu sudut menuju ke kumpulan ayam yang lain. Ayam
yang lain diam, tidak suka melihat gelagat AYAM SIAM yang begitu
mengada-ngada. Selesai menyanyi mereka pun bercakap-cakap.
AYAM BELANDA : Alah AYAM SIAM, tak usahlah kamu rasa bangga sangat.
AYAM KAMPUNG : Betul cakap kau tu, AYAM BELANDA. AYAM BANDAR pun
Tuan kita suka juga. Kalau tidak, tak kan Tuan kita beri dia makan yang
sedap-sedap.
5
AYAM SIAM : Memang aku megah, Dulu tak siapa yang kenal aku semasa aku
belum datang ke sini. Bila aku datang, kamu barulah kenal aku.
AYAM BANDAR : Memang benar tu, tapi takkanlah aku mahu heboh-heboh ke
seluruh dunia. Bukan kau saja yang disayangi oleh Tuan kita. Orang lain
pun disayangi juga.
AYAM BELANDA : Eh, eh, kau semua. Mengapa bertengkar saja ni? Tak ada
kerja lain, ke ? Kan kita dah terima AYAM SIAM tinggal bersama kita ?
AYAM KAMPUNG : ( menghampiri AYAM BELANDA ) Betul cakap kau tu,
AYAM BELANDA. Tapi, kau pun dengar apa yang AYAM SIAM kata tadi
masa dia menyanyi. Dia memang nak menunjuk-nunjuk depan kita. Kita
pun tahu dia kuat. Kita pun apa kurangnya.
AYAM BANDAR : Yalah, AYAM KAMPUNG. Aku, kau dan AYAM BELANDA
boleh juga cakap besar macam si AYAM SIAM. Tapi tak mahu saja.
AYAM BELANDA : Sudahlah, si AYAM KAMPUNG dan AYAM BANDAR.
Jangan kita bergaduh lagi. Nanti lari pula si AYAM SIAM tu. Dia pun baru
6
datang ke sini, hendak hidup bersama kita. Kita pula janganlah menyakiti
hatinya.
AYAM KAMPUNG : Memang kau tak sayangkan kami lagi, AYAM BELANDA.
Kau suka sokong si AYAM SIAM saja. Pada hal kita dah lama berkawan.
AYAM BELANDA : Bukan begitu
AYAM BANDAR : Habis, mengapa kau lawan cakap kami? Aku pun rasa kau
tidak pedulikan kami lagi sejak AYAM SIAM tu rapat dengan kau.
AYAM BELANDA: AYAM BANDAR, janganlah kau kata yang bukan-bukan.
Memang kita dah lama hidup bersama. Tapi takkanlah aku nak biarkan
apa yang kamu buat dan katakan. Yang salah tu, salah juga. Takkan aku
nak kata betul.
AYAM KAMPUNG : ( gayanya merajuk) Dulu kau juga kata kita jangan
Bertengkar
AYAM BELANDA : Aku ingat tu. Tapi kita bukan nak berkelahi. Cuma aku tegur
kamu berdua apa yang tak patut. Tengok tu, AYAM SIAM dah lari dari
7
kita. ( melihat gelagat AYAM SIAM yang mula mengasingkan diri )
AYAM SIAM ( mahu lari dari mereka) Mari, AYAM SIAM, dekat kami.
AYAM SIAM : ( nampaknya berkecil hati dan ragu-ragu mahu dekati yang lain )
Apa pula kata AYAM KAMPUNG dan AYAM BANDAR tadi. Disebabkan
akukau orang semua nak bergaduh. Aku mengacau kamu semua saja.
( bercakap seolah-olah menyindir )
AYAM BANDAR: Eh, eh, AYAM SIAM. Mengapa pula kau nak lari ? Kan
AYAM KAMPUNG dah panggil kau tadi. Janganlah nak jual mahal pula.
(sambil mengusik-ngusik AYAM SIAM dengan mencuit—cuitnya )
( AYAM SIAM cuba mengelakkannya)
AYAM KAMPUNG : ( Pun mengusik-ngusik juga) Ya tak yalah, AYAM SIAM.
Kami panggil kau tu menunjukkan kami terima kaulah.
8
AYAM SIAM: ( dalam keadaan ragu-ragu dan malu-malu) Kalau begitu, terima
kasih sajalah. Senang hati aku sekarang sebab kamu dah tak bencikan
aku lagi.
AYAM BANDAR : Siapa pula yang bencikan kau ? Kau saja yang mula cari fasal
tadi.
AYAM BELANDA : Sudah-sudah, AYAM BANDAR. Jangan pula kau nak
mengusik Si AYAM SIAM tu. Kau ni memang nakallah. ( sambil
mencubit si AYAM BANDAR )
AYAM BANDAR : ( Kesakitan ) Aduh, Aduh...sakit oii....
AYAM KAMPUNG : ( Tergelak kerana geli hati ) Ha, ha, ha...padan, muka kau,
AYAM BANDAR !
9
AYAM BANDAR : Hei... kamu ni asik ketawa sahaja, kamu tahu tak kita sedang
menghadapi masalah besar.
AYAM BELANDA : Masalah apa....masalah apa, cepatlah beritahu.
AYAM BANDAR : Itulah kamu asik ketawa sahaja. Kau tahu tak jiran kita SANG
KAMBING, SANG LEMBU dan SANG KERBAU sedang memerhatikan
kita. Cuba kamu semua tengok.
AYAM KAMPUNG : Yalah tentu mereka nak mengenakan kita. SANG
KAMBING, SANG LEMBU dan SANG KERBAU seolah-olah tidak
mendengar apa yang ayam-ayam itu sedang bincangkan. Ketiga-
tiganya berlalu dengan muka selamba sahaja.
( Semua ayam-ayam berkumpul di tengah-tengah pentas, kemudian melakukan
beberapa formasi yang menarik sambil menyanyikan lagu ‘ Ayam Didikku
Sayang ‘)
Di mana dia sayang didikku tadi,
10
Padiku tumpah di bawah tangga,
Di mana hilang sayang, adikku tadi,
Adikku manja sayang,
Hilang di bawah tangga.
.............dan seterusnya.
ADEGAN 2
Pentas diterangkan menunjukkan suasana waktu petang. Kelihatan SANG
KAMBING sedang meragut-ragut rumput sambil diperhatikan oleh SANG
LEMBU dan SANG KERBAU. Sekali-kali SANG LEMBU mengeluh, SANG
KAMBING mengembek dan SANG KERBAU menguak. Mereka solah-olah
berbisik-bisik tetapi tidak jelas biji butirnya.
SANG KAMBING : ( Berjalan menghampiri SANG LEMBU ) SANG LEMBU,
awak dengar tak apa yang sedang berkumandang tu. Dengar tak ?
SANG LEMBU : ( Sambil menaik-naikkan telinganya untuk mendengar sesuatu
).
11
Bunyi apa SANG KAMBING. Aku tak berapa dengarlah.
SANG KAMBING : Tu bunyi macam isteri Tuan kita sedang mengiling lada.
Tentu dia nak masak gulai.
SANG LEMBU : Agak-agaknya dia nak masak gulai daging kambing tak.
He...he...he....
SANG KAMBING : Kau ni tak baiklah SANG LEMBU. Kan Hari Raya Korban
lama lagi, tak kan dia nak sembelih aku sekarang.
SANG LEMBU : Ya tak ya jugalah
SANG KERBAU : Aku tau, aku tau, semalam aku dengar Tuan kita berbincang
dengan isterinya.
SANG KAMBING : Mereka bincang apa, mereka bincang apa. Beritahulah
SANG KERBAU : Tuan kita nak adakan kenduri.
SANG LEMBU : Kalau macam tu, selamatlah kita. Kasihan sedara kita ayam-
ayam tu. Tuan kita tentu akan sembelih dua tiga ekor ayam.
12
He...he...he... Nasiblah kau ayam.
SANG KAMBING : Tak baiklah kau cakap macam tu SANG LEMBU dan SANG
KERBAU.
SANG LEMBU : Apa tak baiknya, kan kita ni binatang teranakan petani. Bila-bila
kita akan disembelihnya.
SANG KERBAU : Bukan begitu maksud kami si SANG KAMBING. Kita perlu
melarikan diri sebelum kita sendiri disembelihnya.
SANG KAMBING dan SANG LEMBU : Yalah, kita semua mesti lari malam ni
juga.
SANG KAMBING : Tapi kita tak tahu, Tuan kita nak sembelih ayam atau kita
SANG KERBAU : Aku dengar tadi, ayam-ayam tu pun nak melarikan diri
SANG LEMBU : Kita mesti halang hasrat ayam-ayam tu.
13
SANG KAMBING : Kalau ayam-ayam tu lari, tentu kita pula yang akan
disembelih.
SANG KERBAU : Aku ada satu cadangan.
SANG KAMBING : Apa cadangan awak tu, SANG KERBAU.
SANG KERBAU : Apa kata kita kunci pintu reban tu malam ni, tentu ayam-ayam
tu tidak boleh lari.
SANG KAMBING, SANG LEMBU dan SANG KERBAU ketawa dengan riang
sekali. Mereka seolah-oleh mempersendakan ayam-ayam yang menjadi jiran
mereka.
( Pentas digelapkan dengan dimainkan lagu AYAM.)
Anaklah ayam,anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor, mati seekor,
Tinggal sembilan...........
Atau
14
Ayam, bermacam ayam,
Ada ayam kampung, ayam bandar, ayam belanda, ada ayam siam.
Ayam, bermacam ayam
................................seterusnya.
ADEGAN 3
Pentas diterangkan semula. Ayam-ayam sedang bercakap-cakap sesama
sendiri. Topik percakapannya tidak berapa jelas. Tetapi AYAM KAMPUNG
menunjuk-nunjuk jarinya ke arah AYAM BANDAR
PETANI sedang mengasah-aah parang di hadapan reban. Semua ayam dalam
reban kecut dan senyap sunyi.
AYAM KAMPUNG : Hai sahabatku AYAM BANDAR, aku dengar tuan kita nak
15
mengadakan majlis kenduri.
AYAM BANDAR : Bila, seronoklah kita dapat makan makanan yang sedap
AYAM KAMPUNG : Seronok memang seronok AYAM BANDAR, tapi aku dengar
tuan kita nak sembelih kau.
AYAM BANDAR : Kau jangan berguraulah, kan aku ni ayam kesangannya.
AYAM BELANDA : Yalah AYAM BANDAR, takkanlah tuan kita nak sembelih
kau.
AYAM BANDAR : Aku ada satu cadangan
AYAM KAMPUNG : Apa cadangan kau AYAM BANDAR
AYAM BELANDA : Yalah AYAM BANDAR apa cadangan kau
AYAM BANDAR : Apa kata kita lari malam ni, tapi sebelum tu kita ikat dulu
16
AYAM SIAM, kan tuan kita hendak mengadakan kenduri.
AYAM KAMPUNG : Bagus betul cadangan kau tu, tentu tuan kita tidak akan
mencari kita. AYAM SIAM. Nasib kaulah
AYAM BANDAR : Aku memang tidak suka AYAM SIAM yang berlagak dan
megada-ngada tu, aah.
AYAM SIAM : ( Ayam Siam berjalan dengan bangga menghampiri Ayam
Kampung, Ayam Bandar dan Ayam Belana ) Hai, sahabat-sahabatku
apa yang sedang dibincangkan Ayam Bandar, Ayam Kampung dan
Ayam
Belanda bergegas berjalan meninggalkan Ayam Siam. (Lampu pentas di
Kelamkan perlahan-lahan )
ADEGAN 4
Pentas di terangkan secara perlahan-lahan. Kedengaran suara pengumuman
daripada corong radio tentang wabak selesema burung yang sedang melanda.
Kelihatan beberapa lembaga yang memakai pakaian serba putih membawa
karung plastik dan penyauk sedang menghampiri reban.
17
AYAM KAMPUNG : Lari, lari, semua.
AYAM BANDAR : Tapi pintu reban ini berkunci, macam mana nak lari.
AYAM BELANDA : Yalah, pintu ni berkunci, macam mana kita nak lari.
Ayam Siam terkurung di tempat lain. Ayam Siam memang menjadi kesayangan
Petani. Petani meletakkan Ayam Siam di tempat yang berasingan.
AYAM SIAM : Hei....tolong,tolong, kaki saya terikat. ( Ayam Siam terkial-kial
berusaha untuk melepaskan kakinya yang terikat )
Pada masa itu operasi menangkap semua unggas sedang dijalankan. Semua
unggas ditangkap untuk dihapuskan untuk mengelakkan wabak selesema
burung daripada merebak.
Keadaan yang kacau bilau dan bising pun berlaku.
( Kelihatan petani, anak lelaki dan anak perempuan cuba menghalang tugas
pasukan PBT yang sedang menjalankan operasi menangkap ayam )
ANAK LELAKI : Jangan, jangan tangkap ayam saya tuan.
18
ANAK PEREMPUAN ( Bercakap sambil memegang ayam-ayam dengan nada
sedih ): Ayah-ayah, tolong Ayah, mereka nak tangkap ayam-
ayam kita ayah.
PASUKAN PBT : Adik-adik tolong beri kerjasama yea. Kami hanya menjalankan
tugas.
Pasukan PBT menangkap ayam yang disyaki telah dijangkiti wabak selesema
burung. Mereka menjalankan tugas dengan cekap menangkap ayam-ayam itu
dengan menggunakan jaring. Anak-anak petani berlari-lari mendapatkan
kedua-dua ibu bapa mereka.
PETANI dan ISTERINYA ( Bercakap sambil memujuk anak-anaknya ) :
Sudahlah anak-anakku, biarkanlah mereka menjalankn tugas mereka. Kitakan
ada binatang-binatang peliharaan lain.
19
ADEGAN 5
Pentas diterangkan semula. Kelihatan Sang Kambing, Sang Lembu dan Sang
Kerbau sedang meragut rumput dengan senang hati. Kedengaran sayup-sayup
bunyi tadbir Hari Raya Korban sedang berkumandang..
SANG KAMBING : Bunyi apa tu sahabatku SANG LEMBU
20
SANG LEMBU : Entahlah SANG KAMBING. Agaknya tuan kita sedang
Bergembira. Aku rasa legalah sekarang ini
SANG KERBAU : Apa sebab kau berasa lega SANG KAMBING.
SANG KAMBING : Yalah sejak jiran kita ayam-ayam tu kena tangkap suasana
menjadi tenteram.
SANG KERBAU: Itulah kita kalau hidup berjiran ni perlu menghormati jiran.
Tapi ayam-ayam tu asyik buat bising saja. Makbul juga doa kita yea.
Tiba-tiba kelihatan petani bersama-sama dengan isteri dan kedua-dua anaknya
datang menghampiri SANG KAMBING. Petani menepuk-nepuk belakang Sang
Kambing sambil menganguk-anguk kepalanya. Isteri dan kedua-dua anaknya
menganguk-anguk sama tanda bersetuju.
ANAK LELAKI PETANI : Yalah ayah, kambing ini amat sesuai untuk
dikorbankan.
ANAK PEREMPUAN PETANI : Kita korbankan kambing ni. Kita sedekahkan
dagingnya untuk orang-orang kampung kita yang miskin.
ISTERI PETANI : Betul kata anak-anak kita tu bang, kita pun dah lama
21
memelihara kambing.
Sang Kambing cuba meronta-ronta, tetapi usahanya sia-sia sahaja. Petani tadi
pun mengheret kambing itu untuk di korbankan. Sang Lembu dan Sang Kerbau
menundukkan kepala masing-masing sambil terus meragut rumput.
( Pentas digelapkan secara perlahan-lahan dengan diiringi lagu bernada sedih )
TAMAT
Recommended