SISTEM PENGURUSAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM
SHAH ( POLIMAS ) BERASASKAN WEB ( SISMAP )
ANIS MASTURA BINTI AZIZAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SISTEM PENGURUSAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH ( POLIMAS )
BERASASKAN WEB ( SISMAP )
ANIS MASTURA BINTI AZIZAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ( Komputer )
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2005
iii
Betapa sucinya kasih Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran Mu
Diri ini mendambakan cinta Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku...
Teristimewa buat ayah dan ummi tersayang…
Terima kasih kerana sentiasa bersama anakanda
dalam menempuh pahit manis di bumi perjuangan UTM ini.
Kata-kata perangsang ayah dan ummi
menjadi azimat untuk anakanda meneruskan perjuangan
di lapangan ilmu yang maha luas ini…
Buat adik-adik yang akak kasihi,
Anis Syazwani, Anis Syakirah & Anis Syuhaida…
Keprihatinan kalian amat dihargai.
Justeru, akak abadikan kejayaan ini milik kita bersama.
Didoakan semoga kalian juga bakal meneruskan
kejayaan kita sekeluarga dan lebih cemerlang dari akak...
Littz, Abuya, Moruliana, Hawa, Along, Rona, Huda, Nina, Ikin...
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup disiram nur kasih
Jasa kalian akan ku abadikan sepanjang hayat.
Buat teman-teman seperjuangan khususnya dari bumi UTMKCP...
Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin
akan terus dibajai dengan kalimah cinta yang tiada kesudahannya.
Sebagai penutup bicara...
Syukran jazilan buat semua
Jazakallahu khairan kathiira...
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rafa’ kesyukuran dan segala pujian bagi Allah
S.W.T di atas Nur Kasih-Nya kerana menganugerahkan secebis kekuatan untuk saya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan lancarnya.
Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas buat ayahanda
Azizan Ahmad, bonda Faridah Shaari dan adinda-adinda tersayang, di atas
bimbingan dan dorongan yang sentiasa menyemarakkan semangat untuk meneruskan
perjuangan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas buat Puan Siti Hajar Othman,
selaku penyelia projek dan Encik Mohd Noor Shahudin, selaku pembimbing projek
dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), di atas jasa kedua-
duanya memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang perlaksanaan projek ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua pensyarah
Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, UTM khususnya pensyarah di Jabatan
Sistem & Komunikasi Komputer serta seluruh warga POLIMAS di atas kerjasama
dan tunjuk ajar yang diberikan.
Akhirul kalam, kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi. Seluas
galaksi ucapan terima kasih ditujukan di atas baik buruk serta susah senang dalam
mengharungi kehidupan sebagai seorang ‘kawan’ di menara gading ini. Tahniah di
atas kejayaan kita bersama...
v
ABSTRAK
Sistem Pengurusan Pemarkahan Peperiksaan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (POLIMAS) Berasaskan Web (SISMAP) merupakan sebuah sistem
berkomputer berasaskan web yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan
urusan pemprosesan markah pelajar dan seterusnya menghasilkan slip keputusan
peperiksaan pelajar pada setiap semester. Sistem ini dibangunkan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbiran Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (POLIMAS) dalam mengendalikan urusan yang berkaitan dengan
pemprosesan markah pelajar. SISMAP dibangunkan melalui pendekatan metodologi
berasaskan web dan kaedah yang digunakan adalah kaedah UML sebagai
menyokong pembangunan sebuah aplikasi web yang sebenar. Secara amnya, sistem
ini dimanfaatkan untuk kegunaan warga POLIMAS yang melibatkan pensyarah,
pelajar dan Penyelaras Peperiksaan di Unit Peperiksaan POLIMAS. Selain itu,
pendekatan pembangunan berasaskan web yang diaplikasikan dalam SISMAP
membolehkan sistem ini dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. SISMAP
dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian sumber terbuka (open source
software) yang berasaskan web iaitu PHP Programming dan juga aplikasi MySQL
sebagai sistem pangkalan data. Selain itu, Macromedia Dreamweaver MX 2004
telah digunakan untuk pembangunan antara muka pengguna dan Apache Web Server
sebagai pelayan web. Sebagai elemen tambahan, suatu modul koleksi kertas soalan
peperiksaan turut dibangunkan. Pembangunan sistem ini juga menitikberatkan aspek
keselamatan di mana teknik cincangan data (hashing) dan penyulitan turut
diaplikasikan bagi meningkatkan kebolehpercayaan sistem.
vi
ABSTRACT
Sistem Pengurusan Pemarkahan Peperiksaan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (POLIMAS) Berasaskan Web (SISMAP) is a computerized system
development in order to facilitate the processing of students’ marks and to assist the
producing of examination’s result sheet for every student. The main idea to develop
this kind of system is burst out due to the problems that most of the Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) administrators had faced in order to
handle any job related to the processing of the students examinations. SISMAP is a
web based system development and using a UML technique order to support the
extension of the real environment to web application. Generally, the development of
this system is dedicated to all POLIMAS community such as lecturers, students and
Examination Coordinators. Besides, the main motive to implement the web based
element in developing this system is to ensure the availability of SISMAP whereby it
can be accessed in everywhere at anytime. SISMAP has been developed using web
based open source software which are PHP Programming and MySQL as the
database system. Moreover, Macromedia Dreamweaver MX 2004 has been used to
develop the interface and Apache Web Server has been adopted as the web server.
Another additional feature of this system is the collection of examination papers.
The security aspect has been considered in this system development whereby the
MD5 Hashing and encryption are used in order to increase the system reliability.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI ISTILAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat Projek 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi Projek 5
1.7 Ringkasan 5
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 6
2.2 Pengenalan Terhadap Organisasi Kajian 7
2.3 Pengenalan Terhadap Unit Peperiksaan 7
POLIMAS
2.4 Kajian Terhadap Sistem Semasa 8
2.5 Kajian Terhadap Teknologi Berasaskan Web 12
2.5.1 Teknologi Internet 12
2.5.2 World Wide Web ( WWW ) 13
2.5.3 Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 13
2.6 Kajian Terhadap Teknologi Pelayan-Pelanggan 14
2.6.1 Seni Bina Teknologi Pelayan-Pelanggan 15
2.6.1.1 Model Satu Aras 15
2.6.1.2 Model Dua Aras 15
2.6.1.3 Model Tiga Aras 16
2.7 Kajian Terhadap Aplikasi Laman Web 18
2.7.1 Seni Bina Aplikasi Web 19
2.7.2 Kebaikan Sistem Berasaskan Web 20
2.8 Kajian Terhadap Aspek Keselamatan 22
2.8.1 Proses Kriptografi 22
2.8.2 Protokol SSL 26
(Secure Socket Layer Protocol)
2.9 Kajian Terhadap Perisian 27
2.9.1 Macromedia Dreamweaver MX 2004 28
2.9.2 PHP Versi 4.2.3 29
2.9.3 Apache Web Server 30
2.9.4 MySQL 31
2.10 Justifikasi Pemilihan Perisian, Teknik dan 32
Teknologi
2.11 Rumusan 33
ix
BAB 3 METODOLOGI PROJEK
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Pendekatan Metodologi Pembangunan Web 35
3.2.1 Fasa Pembangunan Sistem 36
3.2.1.1 Fasa Perancangan 37
3.2.1.2 Fasa Analisa 38
3.2.1.3 Fasa Reka Bentuk 38
3.2.1.4 Fasa Implementasi 39
3.2.1.5 Fasa Inovasi 39
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 40
3.4 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 41
3.4.1 Kelebihan UML 43
3.4.2 Justifikasi Pemilihan Kaedah UML 44
3.5 Analisis Keperluan Sistem 44
3.5.1 Justifikasi Perkakasan 44
3.5.2 Justifikasi Perisian 45
3.5.3 Spesifikasi Input 47
3.5.4 Spesifikasi Output 48
3.6 Andaian dan Kekangan 49
BAB 4 REKABENTUK AWALAN
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Reka Bentuk Rangkaian Komputer 51
4.3 Reka Bentuk Seni Bina Sistem 52
4.4 Reka Bentuk UML 54
4.4.1 Permodelan Gambar Rajah Kes Guna 54
4.4.2 Permodelan Gambar Rajah Jujukan 57
4.4.3 Permodelan Gambar Rajah Kelas 57
x
4.5 Reka Bentuk Modul 58
4.5.1 Modul Pengurusan Rekod Pelajar 59
4.5.2 Modul Pengurusan Rekod Pensyarah 59
4.5.3 Modul Pengurusan Rekod Pentadbir 60
4.5.4 Modul Pengurusan Rekod Subjek 60
4.5.5 Modul Pengurusan Rekod Kelas 60
4.5.6 Modul Pemprosesan Rekod Pemarkahan 61
4.5.7 Modul Pemprosesan Keputusan 62
Peperiksaan
4.5.8 Modul Pengurusan Koleksi Kertas 62
Soalan Peperiksaan
4.5.9 Modul Pemprosesan Laporan 62
Analisis / Graf
4.6 Reka Bentuk Antara Muka Pengguna 63
4.7 Reka Bentuk Pangkalan Data 66
4.7.1 Jadual Jabatan 67
4.7.2 Jadual Kelas 67
4.7.3 Jadual Keputusan 68
4.7.4 Jadual Konfigurasi 68
4.7.5 Jadual Kursus 69
4.7.6 Jadual Markah 69
4.7.7 Jadual Pelajar 69
4.7.8 Jadual Pensyarah 70
4.7.9 Jadual Pentadbir 70
4.7.10 Jadual Soalan 71
4.7.11 Jadual Subjek 71
xi
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pendahuluan 72
5.2 Persekitaran Pembangunan 72
5.2.1 Pemasangan Perisian Phpdev 4.2.3 73
5.3 Implementasi 74
5.3.1 Atur Cara Perhubungan Antara Sistem 74
Dengan Pangkalan Data
5.3.2 Atur Cara Untuk Konfigurasi Pangkalan 75
Data
5.3.3 Atur Cara Pengesahan Login SISMAP 77
Dan Perlaksanaan Teknik Cincangan MD5
5.3.4 Atur Cara Kawalan Keselamatan Lain 78
Terhadap Sistem
5.3.5 Modul Pengurusan Rekod Subjek 78
5.3.6 Modul Pengurusan Rekod Kelas 82
5.3.7 Modul Pengurusan Koleksi Kertas 82
Soalan Peperiksaan
5.3.8 Modul Pemprosesan Rekod Pemarkahan 85
5.3.9 Modul Pengurusan Rekod Pelajar 87
5.3.10 Modul Pengurusan Rekod Pensyarah 89
5.3.11 Modul Pengurusan Rekod Pentadbir 89
5.3.12 Modul Pemprosesan Keputusan 89
Peperiksaan
5.3.13 Modul Pemprosesan Laporan Analisis / 91
Graf
5.4 Data dan Hasil Input / Output 92
5.5 Rumusan 92
xii
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Hasil dan Pencapaian 93
6.2 Masalah dan Kelemahan Sistem 95
6.3 Cadangan Pembaikan dan Peningkatan 96
6.4 Kesimpulan 97
SENARAI RUJUKAN 99
LAMPIRAN
LAMPIRAN A - H 102 - 164
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Penentuan Gred Dan Nilai Mata 11
2.2 Perbezaan Antara Model Aras Satu Dan Model Aras Dua 17
3.1 Bahagian-Bahagian Dalam UML 42
3.2 Spesifikasi Minimum Perkakasan Bagi Pembangun Dan 45
Pengguna Sistem
3.3 Spesifikasi Perisian 46
4.1 Notasi Bagi Permodelan Gambar Rajah Kes Guna 55
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Model Dua Aras 16
2.2 Model Tiga Aras 17
2.3 Mekanisme Asas Aplikasi Web 19
4.1 Reka Bentuk Rangkaian 52
4.2 Seni Bina Sistem Dalam Persekitaran Internet 53
4.3 Gambar Rajah Kes Guna Bagi Sistem Pengurusan 56
Pemarkahan Peperiksaan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah ( POLIMAS ) Berasaskan Web ( SISMAP )
4.4 Antara Muka Utama SISMAP 64
4.5 Antara Muka Bagi Proses Pendaftaran Pelajar 65
4.6 Antara Muka Proses Login SISMAP 66
5.1 Keratan Kod Atur Cara Yang Menghubungkan Antara 75
Sistem Dengan Pangkalan Data MySQL
5.2 Kod Atur Cara Bagi Fail “database.php” 76
5.3 Kod Atur Cara Bagi Fail “configuration.php” 76
5.4 Keratan Kod Atur Cara Bagi Pengesahan Entiti Pelajar 77
5.5 Keratan Kod Atur Cara Bagi Pengimplementasian Session 78
5.6 Keratan Kod Atur Cara Bagi Paparan Maklumat Umum 79
Bagi Setiap Subjek Yang Telah Didaftarkan
5.7 Keratan Kod Atur Cara Bagi Pendaftaran Subjek Baru 80
5.8 Keratan Kod Atur Cara Bagi Paparan Maklumat Terperinci 80
Rekod Subjek
5.9 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Kemas Kini 81
Rekod Subjek
5.10 Keratan Kod Atur Cara Untuk Membuang Rekod Subjek 81
xv
5.11 Keratan Kod Atur Cara Bagi Penetapan ‘form action’ 83
dan Penetapan Kotak Input Jenis ‘file’
5.12 Keratan Kod Atur Cara Untuk Menyimpan Maklumat 83
Tentang Fail Yang Di’Upload’ Ke Dalam Jadual
“soalan” Di Dalam Pangkalan Data “sismaponline”
5.13 Keratan Kod Atur Cara Untuk Memuatkan Fail Yang 84
Telah Di’Upload’ Ke Dalam Folder “upload_file”
5.14 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Download Soalan 84
5.15 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Carian Soalan 84
5.16 Keratan Kod Atur Cara Bagi Paparan Hasil Carian Soalan 85
5.17 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Kemasukan Markah 86
Pelajar Mengikut Subjek
5.18 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Kemas Kini Markah 86
Pelajar Mengikut Subjek
5.19 Keratan Kod Atur Cara Bagi Pengisytiharan Fungsi Di Dalam 87
Fail “function.php”
5.20 Keratan Kod Atur Cara Bagi Perlaksanaan Elemen Kawalan 87
Keselamatan Untuk Modul Pemprosesan Rekod Pemarkahan
5.21 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Pendaftaran Rekod Pelajar 88
5.22 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Keputusan Peperiksaan 90
5.23 Keratan Kod Atur Cara Bagi Proses Penjanaan Graf 91
xvi
SENARAI SINGKATAN
API - Application Programming Interface
ASP - Active Server Pages
CGPA - Purata Nilai Mata Keseluruhan
CPU - Central Processing Unit
CSS - Cascading Style Sheet
DES - Data Encryption Standard
GPA - Purata Nilai Mata
HPNM - Himpunan Purata Nilai Mata
HTML - Hypertext Markup Language
IIS - Internet Information Server
JSP - Java Server Pages
LAN - Local Area Network
MD5 - Message Digest 5
PHP - Hypertext Preprocessor
PNM - Purata Nilai Mata
POLIMAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
SHA-1 - Secure Hash Algorithm
SISMAP - Sistem Pengurusan Pemarkahan Peperiksaan
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(POLIMAS) Berasaskan Web
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SQL - Structured Query Language
SSL - Secure Socket Layer
UML - Unified Modeling Language
WAN - Wide Area Network
xvii
SENARAI ISTILAH
SENARAI ISTILAH Atas Talian - Online
Bahasa Skrip - Scripting Language
Penyulitan - Decryption
Penyahsulitan - Encryption
Penyulitan Kekunci Tunggal - Single -Key Encryption
Penyulitan Kekunci Umum - Public-Key Encryption
Halaman - Site
Hubungan - Relationship
Kata Laluan - Password
Kata Nama - Username
Kekunci Umum - Public Key
Kitar Hayat Pembangunan Sistem - Software Development Life Cycle
Kriptografi Simetrik - Symmetric Cryptography
Mata Kredit - Credit Point
Pelanggan - Client
Pelayan - Server
Pelayar - Browser
Perenambelasan - Hexadecimal
Perisian Sumber Terbuka - Open Source Software
Purata Nilai Mata Keseluruhan - Cumulative Grade Point Average
Purata Nilai Mata - Grade Point Average
Gambar Rajah Jujukan - Sequence Diagram
Gambar Rajah Kes Guna - Use Case Diagram
Teknik Cincangan MD5 - MD5 Hashing
Teks Asal - Plaintext
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A1 Carta Gantt Perancangan Projek Sarjana Muda I ( PSM I ) 102
A2 Carta Gantt Perancangan Projek Sarjana Muda II ( PSM II ) 103
B1 Aliran Fasa-Fasa Yang Terlibat Di Dalam Metodologi 104
Pembangunan Web
B2 Perjalanan Proses Yang Terlibat Semasa Fasa Perancangan 105
B3 Perjalanan Proses Yang Terlibat Semasa Fasa Analisa 106
B4 Perjalanan Proses Yang Terlibat Semasa Fasa Reka Bentuk 107
B5 Perjalanan Proses Yang Terlibat Semasa Fasa Implementasi 108
C1 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Login 109
SISMAP Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C2 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 110
Rekod Pelajar Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C3 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 111
Rekod Pensyarah Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C4 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 112
Rekod Subjek Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C5 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pemprosesan 113
Pemarkahan Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C6 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pemprosesan 114
Keputusan Peperiksaan Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C7 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 115
Koleksi Kertas Soalan SISMAP Bagi Aktor
Penyelaras Peperiksaan
C8 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pemprosesan 116
Laporan Analisis / Graf Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
xix
C9 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 117
Rekod Kelas Bagi Aktor Penyelaras Peperiksaan
C10 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Login SISMAP 118
Bagi Aktor Pensyarah
C11 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 119
Rekod Pelajar Bagi Aktor Pensyarah
C12 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 120
Rekod Subjek Bagi Aktor Pensyarah
C13 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pemprosesan 121
Pemarkahan Bagi Aktor Pensyarah
C14 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 122
Koleksi Kertas Soalan SISMAP Bagi Aktor Pensyarah
C15 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Modul Pengurusan 123
Rekod Kelas Bagi Aktor Pensyarah
C16 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Pendaftaran 124
SISMAP Bagi Aktor Pelajar
C17 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Login 125
SISMAP Bagi Aktor Pelajar
C18 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Lihat Rekod 126
Peribadi Bagi Aktor Pelajar
C19 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Lihat / Carian / 127
Download Koleksi Kertas Soalan SISMAP Bagi Aktor Pelajar
C20 Permodelan Gambar Rajah Jujukan Untuk Proses Lihat 128
Keputusan Peperiksaan Bagi Aktor Pelajar
D Permodelan Gambar Rajah Kelas 129
E Reka Bentuk Antara Muka Pengguna 130
F Jadual Pangkalan Data 137
G Konfigurasi Pemasangan Sistem 143
H Manual Pengguna 149
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pendahuluan
Ledakan revolusi pengkomputeran dalam teknologi maklumat masa kini
menjadikan dunia semakin kecil dan tanpa sempadan. Setiap organisasi khususnya
dan juga individu amnya berlumba-lumba merebut peluang untuk mendapatkan
informasi terkini sebagai benteng persediaan merentasi era globalisasi. Lantas,
teknologi komputer, teknologi maklumat dan teknologi rangkaian saling bergabung
untuk mencapai suatu perkembangan baru terutamanya dari aspek perkongsian
maklumat, komunikasi dan sebagainya. Perkembangan ini menjadikan teknologi
komunikasi dan maklumat sebagai suatu teknologi yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi komputer kini
diibaratkan sebagai ‘capaian maklumat berada di hujung jari’. Justeru itu, tidak
hairanlah jika banyak tugas manual dapat diautomasikan di samping dapat
memudahkan kerja, menjimatkan masa dan mencapai mutu kerja yang jauh lebih
efisien.
Sejajar dengan perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi dan
maklumat ini, suatu pendekatan berasaskan teknologi komputer cuba diperkenalkan
kepada pihak pentadbiran POLIMAS. Ianya sebagai suatu usaha untuk
meningkatkan mutu sistem semasa dan ke arah menyediakan persekitaran
pengurusan yang lebih mantap dalam era globalisasi ini. Pendekatan berasaskan
aplikasi web yang bakal diperkenalkan ke atas Sistem Pengurusan Pemarkahan
Peperiksaan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
2
Berasaskan Web (SISMAP) ini adalah diharapkan bakal menjadi projek perintis ke
arah menyediakan suatu persekitaran pengurusan yang global. Selain itu,
pembangunan sistem ini juga merupakan suatu pendekatan positif bagi melatih dan
memberi peluang kepada setiap warga POLIMAS untuk mempersiapkan diri bagi
menghadapi perubahan sistem kerja berasaskan tradisional kepada suatu pemindahan
teknologi komunikasi dan maklumat berkomputer.
Terdapat enam bab dalam laporan ini yang meliputi pengenalan projek, kajian
literatur, metodologi pembangunan, rekabentuk, implementasi dan pengujian dan
akhir sekali perbincangan dan kesimpulan. Bab 1 menerangkan objektif, skop dan
matlamat projek, Bab 2 merupakan kajian terhadap perkara-perkara berkaitan dengan
sistem manakala metodologi yang digunakan dalam proses pembangunan projek
dinyatakan dalam Bab 3. Bab 4 pula merupakan penerangan rekabentuk antaramuka
dan pangkalan data sistem. Seterusnya Bab 5 merupakan proses implementasi dan
pengujian yang dijalankan terhadap sistem dan Bab 6 membincangkan hasil sistem,
cadangan pembaikan dan juga kesimpulan.
1.2 Pernyataan Masalah
SISMAP dibangunkan atas permintaan daripada para pensyarah yang sering
menghadapi kesukaran dalam menguruskan pemprosesan peperiksaan para pelajar
yang semakin bertambah. Hal yang sedemikian berlaku kerana sistem yang sedia
ada mengalami pelbagai masalah dan mempunyai beberapa kekangan dari segi
kefungsiannya. Berikut adalah masalah-masalah dan kekangan-kekangan yang telah
dikenal pasti :
i. Sistem semasa yang digunakan tidak diautomasikan sepenuhnya kerana
terdapat sebahagian tugas seperti kemasukan markah pelajar dilakukan secara
manual di atas sekeping borang yang umum. Hal ini merumitkan kerja serta
melambatkan sebarang urusan yang dikendalikan.
3
ii. Perisian DBASE IV yang digunakan dalam sistem semasa tidak langsung
mempunyai ciri-ciri antaramuka yang ramah pengguna serta tidak begitu
sistematik dan efisien kerana bersifat standalone di mana setiap jabatan
akademik menjalankan pemprosesan markah secara berasingan.
iii. Penstoran data-data adalah dalam bentuk fail-fail manual yang diuruskan
secara manual. Oleh yang demikian, kemungkinan berlakunya kehilangan
atau perulangan data adalah tinggi.
iv. Proses penyimpanan rekod dalam bentuk fail borang memerlukan ruang yang
besar dan tidak selamat kerana setiap pensyarah kelas perlu menyimpan fail
borang tersebut pada setiap semester untuk digunakan semula pada semester
berikutnya untuk tujuan pengemaskinian dan pemprosesan markah.
v. Sistem semasa tidak mempunyai sebarang kawalan atau ciri-ciri keselamatan
daripada sebarang pencerobohan kerana segala rekod atau maklumat sulit
boleh dilihat dan dicapai oleh setiap pengguna sistem.
vi. Sistem semasa tidak menyediakan fungsi yang lengkap seperti fungsi carian
dan penjanaan laporan berstatistik untuk kemudahan rujukan dan sebagainya.
1.3 Matlamat Projek
Membangunkan sebuah sistem pengurusan pemarkahan peperiksaan
berasaskan web yang membolehkan pemprosesan markah dan penghasilan slip
keputusan peperiksaan dilaksanakan secara atas talian di samping menghasilkan
analisis keputusan peperiksaan yang dapat membantu pentadbir unit peperiksaan
memantau prestasi pelajar dengan cekap dan berkesan. Pembangunan projek yang
melibatkan sembilan modul utama iaitu : Modul Pengurusan Rekod Pelajar, Modul
Pengurusan Rekod Pensyarah, Modul Pengurusan Rekod Pentadbir, Modul
Pengurusan Rekod Subjek, Modul Pengurusan Rekod Kelas, Modul Pemprosesan
Rekod Pemarkahan, Modul Pemprosesan Keputusan Peperiksaan, Modul
Pemprosesan Laporan Analisis / Graf dan Modul Pengurusan Koleksi Kertas Soalan
Peperiksaan. Pembangunan modul-modul ini dikhususkan untuk mewujudkan
kesinambungan pemprosesan input pengguna bagi menjana output sistem.
4
1.4 Objektif Projek
Berikut adalah objektif pembangunan SISMAP :
i. Mereka bentuk dan membangunkan sebuah sistem pengurusan pemarkahan
peperiksaan berasaskan web yang ramah pengguna.
ii. Membolehkan pemprosesan markah dan penghasilan slip keputusan
peperiksaan dilaksanakan secara atas talian dengan cekap dan berkesan.
iii. Menghasilkan analisis keputusan peperiksaan yang dapat membantu
pentadbir unit peperiksaan memantau prestasi pelajar pada setiap semester.
iv. Menghasilkan sebuah sistem yang selamat daripada sebarang pencerobohan
daripada pihak-pihak yang tidak sepatutnya dan mempunyai kawalan akses
capaian ke atas golongan pengguna yang berbeza.
1.5 Skop Projek
Skop sistem meliputi tiga golongan entiti pengguna iaitu pentadbir yang juga
merupakan penyelaras unit peperiksaan, pensyarah dan pelajar seperti berikut :
i. Entiti pelajar dibenarkan untuk mengemas kini rekod peribadi di samping
melihat slip keputusan peperiksaan dan memuat turun koleksi kertas soalan.
ii. Entiti pensyarah pula akan menguruskan rekod pemarkahan pelajar dan
menguruskan koleksi kertas soalan peperiksaan.
iii. Entiti pentadbir merupakan satu-satunya entiti yang mempunyai autoriti
sepenuhnya terhadap capaian sistem dan juga pangkalan data.
iv. Kajian kes hanya dilakukan terhadap pengurusan pentadbiran Unit
Peperiksaan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).
v. Sistem ini menguruskan semua rekod yang berkaitan dengan pemprosesan
pemarkahan peperiksaan dengan kawalan keselamatan berdasarkan kepada
teknik cincangan MD5.
5
vi. Sistem dibangunkan dalam persekitaran PHP dan Apache Web Server serta
disokong oleh aplikasi MySQL sebagai pangkalan data sistem. Pembangunan
antara muka pengguna pula menggunakan perisian Macromedia
Dreamweaver MX 2004.
vii. Sistem hanya dibangunkan sepenuhnya untuk pelantar Microsoft Windows 9x
/ ME / 2000 / XP.
viii. Pengujian terhadap sistem cadangan pada persekitaran sebenar dan membuat
analisis berdasarkan reaksi yang diterima daripada pengguna sistem.
1.6 Justifikasi Projek
Pembangunan SISMAP adalah penting bagi memenuhi permintaan daripada
pihak pentadbiran POLIMAS. Kejayaan pembangunan sistem ini akan membuka
suatu lembaran baru terhadap pengurusan pentadbiran di POLIMAS. Ini kerana
daripada tinjauan yang telah dijalankan, pendekatan perlaksanaan sistem pentadbiran
dan pengurusan yang berasaskan komputer masih kurang diamalkan di organisasi
tersebut. Oleh itu, diharapkan dengan usaha pembangunan SISMAP, ia bakal
menjadi projek perintis kepada Unit Peperiksaan POLIMAS khususnya dan juga
seluruh jentera pentadbiran POLIMAS amnya dalam penggunaan era teknologi
berkomputer yang semakin pesat berkembang.
1.7 Ringkasan
SISMAP akan dibangunkan sebagai sebuah sistem cadangan kepada
POLIMAS setelah mengenal pasti segala permasalahan yang timbul rentetan
daripada pemerhatian, keperluan dan kajian yang dijalankan. Ini adalah bagi
memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi setiap objektif dan skop
sebagaimana yang telah dinyatakan. Selain itu, diharapkan juga agar sistem ini
benar-benar dapat memberi manfaat kepada seluruh warga POLIMAS amnya.