ResMIRESEARCH . MEDICINE . INNOVATION
BULETINVol. 2 (1) 2020
“Pengurusan Penyelidikan yang cekap dan efisien”www.ppukm.ukm.my/sppi/
The National Universityof Malaysia
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan UKM
Pelancaran Pelancaran MajlisMajlis
ResMI
2Vol. 2 (1) 2020
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya amat bersyukur kerana dengan izinNya, buletin ResMI edisi ke-2 dapat dikeluarkan setelah edisi sulong dirasmikan di Mesyuarat Fakulti Perubatan tahun lepas. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi buletin ResMI atas penerbitan edisi ke-2 ini. Penerbitan buletin ResMI adalah hasil kerjasama mantap dan berterusan antara perpus-takaan PPUKM dan SPI.
Buletin ResMI telah diedarkan kepada semua jabatan-jabatan di Fakulti Perubatan serta fakulti-fakulti di UKM Bangi. Ia juga dijadikan cenderhati kepada pelawat luar negara yang mengunjungi Fakulti Perubatan UKM. Harapan kita ialah supaya buletin ini dapat memberi maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Fakulti Perubatan dan memberi maklumat terkini dari perpustakaan PPUKM. Semoga ia dapat meningkatkan peluang koloborasi penyelidikan di dalam dan luar Fakulti Perubatan. Hasil maklumbalas yang sangat baik telah diterima dan adalah diharapkan Edisi ke-2 ini juga akan berjaya.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada jawatankuasa dan sidang redaksi buletin ini dan saya mendoakan semoga ia akan terus maju dan menjadi kebanggaan ahli Fakulti.
Sekian, terima kasih.
Prof. Dr. Ahmad Nazrun ShuidTimbalan Dekan Penyelidikan dan InovasiFakulti Perubatan UKM.
KandunganKata alu-aluan
WawancaraTokoh Penyelidik
Takwim
Aktiviti
Kolum- Prof. Dr. Srijit Das
Penyelidikan- Kumpulan Tujahan
Statistik
2
3
4
5
6
7
8
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Sidang Pengarang Buletin ResMI yang menghasilkan buletin edisi 2 tahun 2020. Semoga usaha ini dapat diteruskan untuk edisi seterusnya dalam menyampaikan maklumat terkini dan pencapaian Fakulti Perubatan dalam penyelidikan dan inovasi.
Salam penuh takzim.
Yang Mulia Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali Dekan Fakulti Perubatan, UKM.
Alu-aluan Dekan
Ketua SidangPengarang
SIDANG PENGARANG
PenasihatYang Mulia Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali
Ketua Sidang PengarangProf. Dr. Ahmad Nazrun Shuid
Sidang Pengarang:Hazmir ZainalAzlan Mohamad HamzahLiyana JasmanWan Nur ’Afifah Wan YahyaSiti Salmah Md YusofMohd Hairul Faizal AhmadNurazilah Mohamed SallehulldinSiti Noorain HamidNur Fatin Hazwani DahalinKhairul Hazdi YusofSazman WahabMuhammad Khaidir Hashim
3
WAWANCARAKenali Tokoh Penyelidik 2019
Profesor Dato’ Dr. Ruszymah Idrus dilahirkan pada 6 Januari 1963 di Pahang. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Bapa beliau merupakan mantan Pengarah Kebudayaan Belia dan Sukan di Pahang manakala ibu beliau pernah bekerja sebagai telefonis di Telekom Malaysia.
Beliau telah berkahwin dengan Dr. Aminuddin Saim, seorang pakar telinga, hidung dan tekak yang kini bertugas di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Hasil perkahwinan dengan Dr. Aminuddin, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Profesor Dato’ Dr. Ruszymah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Klang dan Sekolah Menengah Ulu Klang. Beliau melan-jutkan pelajaran di Matrikulasi Pengkalan Chepa, Kelantan dan seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Perubatan. Setelah memperoleh Ijazah Perubatan, pada tahun 1990 beliau kemudian menjadi pensyarah pelatih di Jabatan Pediatrik. Atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan, beliau kemudiannya menjadi pensyarah pelatih di Jabatan Fisiologi dan memperoleh PhD pada tahun 1996. Beliau telah menjalani sangku-tan postdoktoral di Harvard Medical School, di mana beliau telah mendalami bidang kejuruteraan tisu. Pada tahun 2000, Profesor Dato’ Dr. Ruszymah bersama-sama dengan suaminya mewujudkan Makmal Kejuruteraan Tisu dan Manusia Genetik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang pada masa itu masih belum ada di Malaysia. Pada tahun 2008, makmal ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan. Sehingga kini, Pusat Kejuruteraan Tisu telah mem-fokuskan penyelidikan yang berasaskan kepada penghasilan kulit, tulang rawan, tulang, kornea, saluran pernafasan dan jantung dengan kaedah kejuruteraan tisu.
Sepanjang karier beliau sebagai pensyarah dan kini sebagai profe-sor di Jabatan Fisiologi, beliau telah terlibat sebagai penyelia kepada lebih daripada 20 orang pelajar PhD, 50 orang pelajar master, dan 20 orang pelajar prasiswazah. Beliau telah berjaya menulis dan menghasilkan lebih daripada 300 penerbitan. Akan tetapi, bagi Profesor Dato’ Dr. Ruszymah, perkara yang lebih meng-gembirakan beliau ialah impak daripada penerbitan tersebut kepada orang ramai. Beliau merasa lebih puas sekiranya sesuatu penerbitan itu mendapat sitasi yang tinggi.
Profesor Dato’ Dr. Ruszymah telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang penyelidikan, malah juga pendidikan. Antara anugerah yang paling menggembirakan beliau ialah apabila dianugerahkan dengan Anugerah Pengajar Cemerlang. Menurut beliau, anugerah ini dipilih bukan sahaja dari kalangan pihak pengurusan malah juga daripada kalangan pelajar. Bagi beliau, walaupun beliau aktif dalam penyelidikan, pengajaran juga tidak patut diabaikan. Antara kejayaan beliau yang lain ialah telah berjaya dalam teknologi menghasilkan kulit gantian, KulitKu bersama kumpulann-ya. Teknologi kulit gantian ini menjadi rawatan alternatif bagi pesakit yang mengalami luka kebakaran, trauma dan ulser diabe-tik. Satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah produk ini telah berjaya diaplikasikan pada seorang pesakit yang berusia 4 tahun lebih yang hilang 50% bahagian kulitnya kerana luka terba-kar. Pesakit ini sembuh selepas 3 bulan rawatan dijalankan. Selain itu, banyak lagi produk dari Kejuruteraan Tisu yang akan dihasilkan pada masa akan datang. Antaranya ialah LututKu yang akan mula menjalani percubaan klinikal pada bulan hadapan.
Antara rahsia kecemerlangan Profesor Dato’ Dr. Ruszymah ialah bekerja secara berpasukan. Bagi beliau seseorang itu tidak boleh sampai ke mana-mana jika bekerja seorang diri. Contohnya, sekira-nya beliau ialah pengemudi kapal, kapal tersebut tidak mungkin boleh berjalan tanpa ahli kapal yang lain.
Selain daripada kejayaan, Profesor Dato’ Dr. Ruszymah juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Antaranya ialah pengu-rusan sampel iaitu tisu manusia yang memerlukan proses kerja yang teliti dan segera. Oleh sebab itu, beliau sering menasihati kakitan-gan dan pelajar beliau untuk sentiasa bersemangat dalam menjalankan penyelidikan. Dengan semangat yang tinggi, barulah dapat menghasilkan penyelidikan yang bagus.
Profesor Dato’ Dr. Ruszymah mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi agar para pensyarah daripada jabatan klinikal dan praklinikal di Fakulti Perubatan, UKM dapat bertukar-tukar fikiran dan seterusnya berbincang mengenai perkara yang boleh dilaku-kan dalam memajukan lagi kaedah rawatan di PPUKM. Bagi beliau, segala kemudahan telah sedia ada di PPUKM. Hanya memerlukan kerjasama di kalangan pensyarah agar dapat sama-sama membu-dayakan penyelidikan di Fakulti Perubatan.
Wawancara oleh En Muhammad Khaidir HashimRakaman oleh Pn Nur Fatin Hazwani DahalinLaporan oleh Pn Siti Noorain Hamid
Profesor Dato Dr. Ruszymah Hj Idrus
TAKWIM
4Vol. 2 (1) 2020
BENGKEL-BENGKEL ANJURAN SPI 2019
BIL BENGKEL TARIKH TEMPAT 1 Bengkel Sesi Penilaian Program
Tujahan Penyelidikan 29 Januari 2019 Sukmaria
2 Bengkel Pemurnian Proposal FRGS 18 & 19 Februari 2019 Blok Praklinikal PPUKM 3 Bengkel Pengenalan Saringan
Proposal 12 Mac 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 4 Bengkel Penerbitan Case Report 18 & 19 Mac 2019 Makmal Komputer Dome 5 Bengkel Pemurnian Kertas Konsep
TRGS & LRGS 1 April 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 6 Bengkel High Achievers 23 April 2019 Sukmaria 7 Bengkel Penulisan Manuskrip SSM 24-25 April 2019 Makmal Komputer Dome 8 Bengkel Penyelidik Muda 14 Mei 2019 Bilik Mesyuarat Anatomi 9 Bengkel Pemurnian Proposal GGPM 4-5 Julai 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 10 Minggu Penyelidikan & Perubatan 22 -26 Julai 2019 Dewan Kuliah 2 Blok
Praklinikal 11 Good Clinical Practice 19-21 Ogos 2019 Dewan Kuliah 1 Blok
Pendidikan 12 Bengkel Penulisan Buku 30 Ogos 2019 Makmal Casemix 13 Sesi Interaktif Bersama Dekan 6 November 2019 Bilik Mesyuarat Lembaga 14 Bengkel Penulisan Buku Syarahan
Perdana Prof. Dr. Halim 12 November 2019 ASSC
15 Bengkel Penulisan Buku 15 November 2019 Makmal Casemix 16 UKM-NCKU Workshop VR And AR In
Medical Education 18 November 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 17 Bengkel Penulisan Buku Siri 2 21 November 2019 ASSC 18 Taklimat Geran FRGS 21 November 2019 Dewan Kuliah 1 Blok
Praklinikal 19 Sesi Interaktif Bersama Dekan Siri 2 21 November 2019 Bilik Mesyuarat Lembaga 20 Bengkel Pemurnian Proposal FRGS
2020 25-26 November 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 21 Sanggar Kerja 29 November – 1
Disember 2019 Langkawi
22 Bengkel Penulisan Buku Siri 6 5 Disember 2019 ASSC 23 Syarahan Umum Penyelidikan - Prof.
Dato' Dr. Roslan Abd. Shukor 10 Disember 2019 Auditorium ASSC
24 Bengkel Penulisan Buku 7 12 Disember 2019 ASSC 25 Bengkel Pemurnian Proposal FRGS
2020 Siri Ke-2 11-12 Disember 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,
Blok Praklinikal 26 Bengkel Penulisan Buku 8 20 Disember 2019 ASSC
5
AKTIVITISenarai penerima geran
Lawatan Penanda Aras ke UPM (8 April 2019)
Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-21 (22-26 Julai 2019)
Vol. 2 (1) 2020
LAPORAN
6
Perpustakaan PPUKM dengan Kerjasama Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan Sesi Publishing with Nature Journals pada 25 September 2019 di Dewan Kuliah 2, Pusat Perubatan UKM. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr Yaoqing Zhang, Senior Editor Nature Communications. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan trend dan strategi penerbitan melalui Jurnal Nature serta kaedah dalam menyediakan manuskrip untuk penerbitan. Seramai 34 orang hadir pada sesi ini yang terdiri daripada para pensyarah, ahli akademik, kakitangan dan pelajar UKM.
Sesi Publishing With Nature Journals 2019
Bengkel Pangkalan Data Web Of Science & Journal Citation Reports telah diadakan pada 28 Ogos 2019 di Makmal Komputer Terabyte Aras 5 Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar, PPUKM. Bengkel ini dihadiri seramai 42 orang yang terdiri daripada para pensyarah, kakitangan dan pelajar pasca-siswazah. Bengkel ini disampaikan oleh Ms. Dju-Lyn Chng daripada Web Of Science Group. Antara topik yang disampaikan adalah :
Taking Researchers from Research Discovery to Impactful Collaborations and Publication
Find, Read and Publish in High Impact Journals
Finding Research and journals that are relevant to me and my field of study
What are the emerging research areas I can focus my research topic on?
How do I choose the most ideal journal to publish in?
Bengkel WOS & JCR 2019
PENYELIDIKAN
7
Kumpulan CARDIOVASCULAR HEALTH
Nama Ahli-ahli kumpulan Jabatan
1. Prof Madya Dr Isa Naina Mohamed Farmakologi
2. Prof Madya Dr Qodriyah Haji Mohd Saad
Farmakologi
3. Prof Madya Dr Zakiah Jubri Biokimia
4. Dr. Amilia Aminuddin Fisiologi
5. Dr. Azizah Ugusman Fisiologi
6. Dr Hamat Hamdi Che Hassan Perubatan (Unit Kardiologi)
7. Dr. Shathiskumar Govindaraju Perubatan (Unit Kardiologi)
8. Dr. Mohd Syawal Faizal Mohamad Perubatan (Unit Kardiologi)
9. Dr. Patrick Tiau Wei Jyung Perubatan (Unit Kardiologi)
10. Dr. Norliana binti Masbah Farmakologi
11. Puan Adila A Hamid Fisiologi
12. Dr. Noor Diyana Mohamad Farouk
Perubatan (Unit Kardiologi)
13. Dr Nadiah Sulaiman Pusat Kejuruteraan Tisu
14. Dr Satirah Zainalabidin Fakulti Sains Kesihatan
15. Dato’Dr. Oteh Maskon Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi
STATISTIK
8
Jumlah Penerbitan = 1222
Jumlah Dana
Penerbitan 2018 = 504Penerbitan 2019 = 492
486467
144
69
31
18 61
Bilangan Penerbitan Fakulti Perubatan mengikut MyRA Januari – Disember 2019
Jurnal
Lain-lain penerbitan
Jurnal Q1 dan Q2
Penerbitan dalam jurnal lain
Bab dalam buku penyelidikan
Buku penyelidikan
Konferen/Prosiding
Kertas polisi
0.85 0.90 0.81 0.831.44
1.04 0.78
2.05 1.811.152.43
1.011.87
1.23
7.11
3.19 3.02
8.547.80
12.95
0
2
4
6
8
10
12
14
2015 2016 2017 2018 2019
Jumlah Dana (RM Juta) Yang Diperolehidi Fakulti Perubatan
Tahun 2015-2019
DANA FUNDAMENTAL PPUKM DANA UNIVERSITI DANA KEMENTERIAN DANA LUAR/INDUSTRI
64
8967
46
238
504
37
107
55 55
238
492
0
100
200
300
400
500
600
Q1 Q2 Q3 Q4 Tiada Q Jumlah
Perbandingan Bilangan Rekod Penerbitan 2019 dan 2018 Fakulti Perubatan Mengikut
Quartile (Artikel/Prosiding/Ulasan)
2018 2019
Tahun RM2015 7,508,4822016 5,714,6782017 13,274,0442018 11,667,8902019 22,647,121