ABKSTRAK
Negeri Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Negeri
ini bersempadan dengan dengan 4 wilayah iaitu Thailand (Pattani) di timur laut, Perak
(Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (Besut) di
timur/tenggara.1 Di timur Kelantan ialah Laut Cina Selatan. Keluasan negeri Kelantan
ialah 14,931 kilometer persegi.2 Ia meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia. Negeri
Kelantan dari dahulu hingga kini sumber ekonominya banyak bergantung pada hasil
pertanian, perikanan dan juga perusahaan. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri
yang unik kerana telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, Pas, dan Kerajaan
Campuran. Kajian ini akan meninjau peranan-peranan kerajaan tersebut dalam
meningkatkan ekonomi Kelantan dalam tahun 1959-2009.Kajian ini dilakukan adalah
untuk melihat perkembangan ekonomi yang berlaku di Negeri Kelantan selepas tahun
1959. Selain itu kajian ini juga menilai kemiskinan yang berlaku serta mengenalpasti
dasar dan program yang dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan tersebut. Serta
meninjau sejarah perkembangan ekonomi kelantan. Kajian ini akan menggunakan
kaedah deduktif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan temubual. Pemilihan
bermula dengan tahun 1959 adalah untuk meninjau pemerintahan kerajaan Kelantan selepas
merdeka daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Kelantan melalui pilihanraya 1959. Kajian
juga dibuat sehingga tahun 2009 untuk melihat arus perubahan kerajaan Kelantan daripada
sistem pemerintahan yang berbeza dalam jangka masa 50 tahun.
1 Hassan Harun, 1999, KELANTAN Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan, Kuala Lumpur, DD Mediaconsult Sdn. Bhd, hlm. 162 Mohd Roselan Abd. Malek,1993, Salasilah Nama Tempat Negeri Kelantan Darul Naim, Petaling Jaya, Penerbit Prisma Sdn. Bhd, hlm 1
1
ABSTRACT
Kelantan Darul Naim state located on the east coast of Peninsular Malaysia. The state is
bordered by the four regions of Thailand (Pattani) in the northeast, Perak (Hulu Perak) to the
west, Gujarat (Kuala Lipis) in the south and Terengganu (Besut) to the east / southeast. In the
east of Kelantan is the South China Sea. Kelantan acreage is 14,931 square kilometers. It covers
4.4% of the area of Malaysia. Kelantan State the past and present economic resource to rely
heavily on agriculture, fisheries and enterprises. Kelantan is a unique state because the
government has been ruled by the National Front, Pass, and the Coalition Government. This
study will explore the roles of the government in improving the economy of Kelantan in 1959-
2009.Kajian this is done is to look at economic developments taking place in the State after 1959.
Furthermore, the study is done to assess poverty has occurred and identify policies and programs
done in such poverty. And gives an overview of the economic development of Kelantan. This
study will use deductive method which consists of literature review and interviews. Starting with
the 1959 election was to review the Kelantan state government after independence from the
government elected by the people of Kelantan through the 1959 elections. Studies were also
made up in 2009 to look at the changing state of Kelantan different system of government in 50
years period.
2
PENGENALAN
1.1 SALASILAH NEGERI DAN SEJARAH AWAL PERMERINTAHAN.
Kelantan merupakan negeri yang paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Bumi
Kelantan telahpun berpenghuni sejak 10,000 tahun yang lalu.3 Penemuan artifak-artifak atau
bahan-bahan peninggalan sejarah di kawasan Hulu Kelantan menjadi bukti kepada hakikat
tersebut. Ibu negeri Kelantan ialah Bandar Kota Bharu yang terletak berhampiranengan Sungai
Kelantan. Kota Bharu mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri yang penuh dengan
peristiwa pahit dan getir yang telah diharungi oleh tohoh-tokoh yang terlibat pada masa
lampau.
Pada mulanya ibu kota negeri Kelantan ialah Kota Kubang Labu yang terletak di antara
kampung Pekan dan kampung Wakaf Bharu.4 Sejarah Kota Kubang Labu bermula pada tahun
1721 apabila Sultan Umar daripada Kerajaan Jembal, mangkat. Raja Kecil Sulong iaitu putera
sulong Sultan Umar yang bernama Tuan Besar Long Bahar telah dilantik menjadi pemerintah
Jembal. Apabila Sultan Umar mangkat pada tahun 1721, Tuan Besar Long Bahar telah menaiki
takhta dan Kota Kubang Labu diserahkan kepada Long Sulaiman. Akibat peperangan yang kerap
berlaku, akhirnya Kota Kubang Labu telah musnah.
Pemerintah Kelantan seterusnya ialah Sultan Muhamad 1 yang telah mendirikan kota di
Pulau Saba yang terletak di pinggir Sungai Kelantan iaitu di tebing timur sungai. Di Pulau Saba
inilah Sultan Muhamad 1 telah mendirikan istana dan menjalankan pemerintahannya. Sebuah
masjid turut sama dibina. Pulau Saba menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran serta
ibukota bagi negeri Kelantan selama 42 tahun bermula pada tahun 1842 Masihi.
Bermula pada tahun 1839, Tuan Senik Mulut Merah telah menjadi raja pemerintah bagi
negeri Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad II ataupun lebih dikenali sebagai Sultan
Muhammad Mulut Merah. Pusat pemerintahan masih lagi di Pulau Saba. Kedudukan Pulau
3 Nik Mohamedbin Nik Mohd Salleh, “Sistem Politik dan Kesultanan Kelantan” dalam Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia,Kota Bharu, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1987, hlm. 15.4 Nik Mohamed bin NikMohd Salleh “Bandar Kota Bharu: Sejarah Pertubuhan dan Perkembangannya” dalam Warisan Kelantan III, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984, hlm. 87.
3
Saba di tebing sungai Kelantan terancam pada hakisan. Setiap kali banjir melanda, Pulau Saba
semakin terhakis. Keadaan ini membimbangkan Sultan Muhammad II. Baginda telah
mengarahkan supaya menggali anak sungai dari kampung Kutan hingga ke Bendang Mokrat.5 Ini
bertujuan mengelakkan arus aliraan sungai yang deras semasa banjir. Kerja-kerja menggali
sungai ini bermula pada tahun 1840 Masihi dan siap pada tahun 1841 Masihi. Sungai yang
digali ini dikenali dengan Sungai Raja Gali. Walau bagaimanapun, sungaiini tidak mampu
mengatasi masalah yang dihadapi kerana ia telah ditimbus dengan hanya sekali banjir melanda.
Kesannya masih ada hingga ke hari ini dan tetap dikenali dengan nama Sungai Raja Gali.
Pulau Saba terus terancam pada hakisan yang meruntuhkan tebing sedikit demi sedikit.
Ini termasuklah “Kebun Mengseta” yang menempatkan kediaman kerabat diraja Kelantan di
zaman itu. Melihatkan keadaan hakisan dan runtuhan tebing yang semakin meruncing,Sultan
Muhamad II telah memilih satu kawasan lain untuk didirikan kota yang baru sebagai pusat
pentadbiran.
Sultan Muhammad II telah memilih sebuah kawasan di pedalaman. Kawasan itu
terletak di sebelah timur Pulau Saba dan Kota Mengseta. Di sini bermula detik-detik awal
kemunculan bandar Kota Bharu iaitu kota yang baru dibina. Bersempena dengan nama inilah
bandar Kota Bharu mendapat namanya. Kerja-kerja pembinaan kota yang baru telah
dimulakan. Kawasan kota yang baru ini seluas lebih kurang 4 ekar. Bahan-bahan yang
digunakan untuk membina kota ini terdiri daripada jenis yang terpilih. Kayu cengal merupakan
kayu utama yang digunakan dalam pembinaan kota yang baru ini. Dari sinilah bermulanya
bandar Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan.
1.1.1 SEJARAH PEMERINTAHAN AWAL KELANTAN
Sultan Muhammad II atau biasanya digelar ‘Sultan Muhammad Mulut Merah’
memerintah Kelantan dalam keadaan stabil dan utuh dalam waktu lanjut, hingga tahun 1886.
Baginda digantikan oleh puteranya Long Sulong dan ditabalkan dengan gelaran Sultan Ahmad
pula memerintah Kelantan dari tahun 1886-1889 Masihi. Baginda juga dikenali sebagai “Sultan 5 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Rahman, op. cit, hlm. 37-40
4
Tengah” dan mangkat pada tahun 1889 dan ditabalkan pula puteranya Long Kundur dengan
gelaran “Sultan Muhammad III” dan terkenal juga dengan gelaran “Raja Bendahara” dan
“Sultan Bungsu. Baginda mangkat pada tahun 1890 dengan meninggalkan empat orang putera
dan empat orang puteri.6
Setelah kemangkatan Sultan Muhammad III, puteranya Long Senik masih muda untuk
ditabal sebagai sultan. Jadi dilantik saudaranya Long Mansur sebagai sultan dengan gelaran
“Sultan Mansur”. Setelah kemangkatannya, Long Senik ambilalih kuasa dengan gelaran “Raja
Kelantan”. Pada tahun 1909 Raja Kelantan telah menerima naungan Inggeris dan menamatkan
pengaruh Siam atas negeri Kelantan. Pada 22 Jun 1911, barulah baginda ditabalkan menjadi
sultan dengan gelaran “Sultan Muhammad IV”
Sultan Muhamad IV mangkat pada 23 Disember 1920 dan ditabalkan puteranyaa Tengku
Ismail (Raja Kelantan) menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Ismail” pada 28 April 1921.
Baginda memerintah Kelantan selama 24 tahun dengan membawa kemajuan dan pemodenan
dalam negeri. Baginda mangkat pada 20 Jun 1944.7 Sultan Ismail juga tidak mempunyai putera
atau puteri. Oleh itu, selepas kemangkatannya adinda Tengku Ibrahim ditabalkan menjadi
sultan dengan gelaran “Sultan Ibrahim” pada 21 Jun 1944 dan dimahkotakan pada 31 Oktober
1944. Dalam pemerintahan baginda negeri Kelantan bersama dengan negeri-negeri Melayu
yang lain telah mencapai kemerdekaan dari Inggeris pada 31 Ogos 1957. Semasa pemerintahan
baginda juga Kelantan telah sampai kepada suatu tingkat kemajuan yang boleh dipuji. Baginda
mangkat pada 9 Julai 1960.
Pada 10 Julai 1960, putera Sultan Ibrahim iaitu Tengku Yahya Petra yang bergelar
Tengku Mahkota telah ditabal menjadi sultan dengan gelaran Sultan Yahya menggantikan
ayahandanya. Baginda telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada
22 Julai 1970. Dalam persidangan Majlis Raja-raja pada 21 September 1975 baginda telah
dipilih pulauntuk memegang teraju pemerintahan Negara Malaysia sebagai Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong yang ke-6. Semasa pemerintahannya
6 Abdullah b.Mohamed (Nakula), Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah,1981, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, hlm.32-33.7 Ibid, hlm 35.
5
Malaysia telah menempuh zaman kemajuan dan pembangunan yang pesat.8 Baginda mangkat
pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur dan dimakamkan d iMakam Diraja Langgar,
Kota Bharu, Kelantan.
Setelah kemangkatan Sultan Yahya, Tengku Ismail anakandanya pula dilantik dengan
memakai gelaran Sultan Ismail. Upacara kemahkotaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ismail Petra dank e bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
diadakan pada 30 Mac 1980 di Istana Balai Besar Kota Bharu.9
Sebagai kesimpulan mengenai pemerintah awal negeri Kelantan, salasilah keturunan
raja-raja Kelantan adalah daripada keturunan Long Yunus.Pemusatan kuasa yang dilakukan
menyebabkan setiap pembesar dan kerabat diraja tidak lagi mempunyai kuasa ke atas tanah
jajahannya. Negeri Kelantan pada abad yang ke 19 telah bersatu, bukan sahaja disebabkan hasil
tekanan politik tetapi juga hasil tekanan ekonomi di Kelantan yang mana meninggalkan kesan
yang mendalam terhadap rakyatnya.
1.2 Latar Belakang
8 Ibid,hlm. 37.9 Ibid, hlm 39.
6
Sejak pilihan raya pertama diadakan, Kelantan dikuasai oleh UMNO sehingga 1959.
Namun pada tahun 1959 hingga 1978, PAS telah mengambil alih kuasa politik Kelantan. Pada
tahun 1978 hingga 1990, UMNO berjaya menguasai Kelantan. Walaubagaimanapun pada tahun
1990 sehingga sekarang PAS kekal memerintah Kelantan. Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk
melihat prestasi ekonomi Negeri Kelantan.
Masalah yang sering kali dikaitkan dengan negeri Kelantan adalah masalah kemiskinan.
Kemiskinan merupakan faktor utama kelemahan dalam pembangunan. Oleh itu kajian
dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana masalah kemiskinan yang dialami oleh negeri
Kelantan.
Kerajaan negeri komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di negeri Kelantan.
Kerajaan negeri telah melaksanakan dasar dan program-program untuk membantu
meringankan beban rakyat yang miskin. Oleh itu kajian dilakukan adalah untuk melihat dasar-
dasar dan program yang telah dilakukan.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu
i. Menganalisis perkembangan dan corak ekonomi Negeri Kelantan dari 1959-2009
ii. Mengkaji prestasi pembangunan ekonomi yang berbeza diantara kerajaan PAS dan
Barisan Nasional (UMNO).Analisis terperinci dibuat diantara kedua pucuk pimpinan
kerajaan yang silih berganti memerintah Kelantan dalam jangka masa lima dekad.Kajian
meneliti serta menyenaraikan peranan, sumbangan serta perkembangan ekonomi yang
berlaku semasa pemerintahan kerajaan tersebut.
iii. Mengkaji dasar dan program yang dijalankan serta agensi yang dilantik oleh pihak
kerajaan dalam mengurangkan masalah kemiskinan di Kelantan
7
Sebagai rumusannya, tujuan kajian ini ialah untuk membuat satu analisis yang rasional tentang
sejarah perkembangan ekonomi negeri Kelantan sepanjang tahun tahun 1959 hingga 2009.
Tetapi skop kajian lebih dikhususkan untuk melihat apakah corak dan faktor perkembangan
ekonomi serta menyenaraikan peranan sumbangan pemerintahan kerajaan yang berlaku
semasa tempoh kajian dijalankan.
1.4 SKOP KAJIAN
Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji perkembangan ekonomi negeri Kelantan sekitar
tahun 1959 sehingga tahun 2009. Kajian akan dibuat tentang taraf ekonomi penduduk di
Kelantan sekitar tahun yang dikaji dalam jangkamasa 50 tahun untuk melihat perkembangan
ekonomi rakyat Kelantan melalui program-program yang telah dijalankan. Kajian utama
dijalankan bagi menilai prestasi corak perbezaan pimpinan pemerintahan (kerajaan PAS dan
Kerajaan Barisan Nasional) serta menyenaraikan sumbangan serta perkembangan ekonomi
bagi kedua-dua kerajaan pemerintah untuk negeri kelantan.
Kajian memberi tumpuan kepada peranan yang dimainkan oleh KESEDAR bagi
meningkatkan taraf hidup orang Melayu Kelantan termasuk objektif, matlamat dan program-
program yang dijalankan bagi membantu rakyat miskin di Kelantan. Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan
pada 2 Mac 1978. Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun
Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu
Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi
penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.
Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Mengkebang telah dibuka pada tahun
1961 dengan keluasan keliling seluas 2193.017 hektar oleh kerajaan Negeri Kelantan ketika itu
di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri yang mana halacara pembukaan tanah tanpa
perancangan yang tersusun.
8
Objektif KESEDAR
i. Objektif KESEDAR Pusat ialah membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat, menyedia dan menaik taraf kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial dan melahirkan masyarakat yang sejahtera, dinamik serta produktif
ii. Membuat bancian bagi penduduk miskin untuk di masukkan dalam SPKR dan senarai e-kasih, mengumpul maklumat pembangunan bagi sektor ekonomi, sosial, SPKR dan kemudahan insfrastruktur dan menyelesaikan masalah hak milik tanah rancangan.
iii. Meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil 25% setahun supaya menjadi 2 kali ganda dalam masa 3 tahun.
Tujuan kajian ini dibuat juga untuk meninjau program-program yang dirancang oleh
pihak MTEN Kelantan, adakah dapat membantu meningkatkan konomi orang Melayu. Sejauh
manakah keberkesanan program yang dirancangkan dan kejayaan-kejayaan yang diperolehi
daripada 22 program yang telah disenaraikan.MTEN bertindak sebagai badan perunding kepada
kerajaan bagi menangani isu semasa dan jangka sederhana bagi memastikan pertumbuhan
ekonomi Negara yang mapan.10Antara 22 program yang dilaksanakan adalah
a) Pemulihan tanah sawah terbiar yang meliputi keluasan kawasan 8,154 hektar.
b) Pembangunan pertanian komersial oleh sector swasta
c) Integrasi lembu di kawsan ladang kelapa sawit.
d) Taman teknologi pertanian.
e) Pasar borong negeri Kelantan.
f) Projek pasar tani harian.
g) Projek buku hijau
h) Projek rumah sembelihan ternakan lembu/kerbau.
10 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998 , “Laporan Mengenai Majlis Tindakan Ekonomi Negara Peringkat Negeri Kelantan (MTEN Kelantan),hlm1
9
i) Kompleks pendaratn ikan di Tok Bali dan Pengkalan Petah.
j) Pelaksanaan meluas projek-projek di bawh program satu produk satu jajahan.
k) Pembangunan tanaman bergilir di kawasan jelapng tembakau.
l) Projek ladang bersepadu sayur-sayuran/ bunga tanah tinggi di Lojing Gua
Musang (Projek KESEDAR)
m) Memperluaskan pelaksanaan projek ladang merdeka (pembangunan ladang padi
bersepadu oleh KADA)
n) Projek kawasan sayur berkelompok (zon)
o) Projek PPRT bersepadu
p) Desa Taqwa
q) Taman industri marin di Tok Bali (oleh PKINK)
r) Pusat penetasan ikan ir tawar di Kuala Krai
s) Projek ladang rakyat (ladang nucleus buah-buahan) projek PKINK
t) Ternakan ikan dalam taliair dan sawah padi
u) Pembangunan kawasan rezab ragutan lembu / kerbau dengan projek ternakan
komersial oleh sektor swasta.
v) Rancangan pengorekan Kuala Besar.11
Segala projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh MTEN Kelantan telah
memberi manfaat kepada rakyat Kelantan. Secara tidak langsung MTEN Kelantan telah
memainkan peranan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan.
11 Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, 1998, “Laporan MTEN Kelantan”. Hlm 10-11
10
Pengkaji turut meninjau perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah
Kelantan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kajian dibuat sejak 1959 sehingga 1978
apabila PAS berjaya merebut Kelantan dalam pilihanraya 1959. Dari segi perancangan
pembangunan kerajaan PAS mengambilkira keseimbangan dua kawasan yang berlainan iaitu
kawasan utara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, manakala kawasan selatan
mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.12 Strategi pembangunan di kawasan Kelantan
Utara adalah untuk meninggikan pendapatan penduduk melalui pembangunan setempat.
Berbeza dengan kawasan selatan, kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan
mengemuka kawasan-kawasan pertanian baru. Strategi ini adalah bertujuan menempatkan
petani-petani di kawasan tersebut supaya nisbah kependudukan sejajar dengan keluasan tanah
dan pendapatan petani-petani juga dapat ditingkatkan.13 Pembukaan kawasan pertanian yang
baru ini dijalankan di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli dari tahun 1957-1971.
Agensi yang terlibat dalam pembukaan tanah secara besar-besaran ialan Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR).14
Kajian juga turut meneliti sejauh mana keberkesanan pemerintahan kerajaan campuran
Pas dan Barisan Nasional pada tahun 1974-1976 dimana sektor perindustrian mula dijalankan di
negeri ini. Hubungan baik di antara kedua-dua pihak,telah meningkatkan pembangunan di
negeri Kelantan terutamanya di dalam sektor pertanian. Agensi-agensi pertanian seperti
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), telah menggiatkan pelaksanaan projek-projek pertanian
mulai tahun 1973. Pada 2 Mac 1973, KADA telah membangunkan kawasan seluas 57,510
hektar tanah. KADA juga turut membina lima rancangan pengairan iaitu, Rancangan Pengairan
Kemubu (19,035 hektar), Rancangan Pengairan Lemal (9,315 hektar), Rancangan Pengairan
Pasir Mas (2,025 hektar), Rancangan Pengairan Salor (850.5 hektar), dan Rancangan Pengairan
Alor Pasir (567 hektar).15
12 Kelantan Terus Bergerak Maju, 1985,hlm 4.13 Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14.14 Taklimat Status Pembangunan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Kota Bharu, hlm 4.15 Kelantan Terus Membangun Menuju Kemakmuran, Jabatab Penerangan Malaysia, Kementerian Kewangan, hlm 4.
11
Selain daripada itu pengkaji juga menyingkap peranan yang dimainkan oleh Yayasan
Kemiskinan Kelantan (YKK) dalam membantu rakyat Kelantan daripada terus dibelenggu
kemiskinan. YKK telah ditubuhkan pada 26 Mac 1992 di bawah Akta Perbadanan Amanah 1952.
Penubuhannya berasaskan kepada inisiatif dan ilham YB Tan Seri Haji Anuar bin Haji Musa.
Matlamat penubuhan YKK adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat miskin di negeri
Kelantan.
Terdapat 3 objektif penubuhan YKK iaitu:
i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah pembasmian kemiskinan
melalui program-program seperti sumbangan dermasiswa kepada
pelajar-pelajar, bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin di
pusat-pusat pengajian tinggi dan bantuan-bantuan lain.
ii. Melaksanakan program pembangunan sosio ekonomi sama ada
secara persendirian ataupun bekerjasama dengan organisasi sektor
swasta dan kerajaan.
iii. Mengadakan program-program latihan bagi mempertingkatkan
kemahiran,pengetahuan serta mengubah cara berfikir kumpulan
sasar.
Seterusnya tinjauan dibuat pula dari tahun 1978 sehingga tahun 1990 semasa kerajaan
Barisan Nasional pula yang memerintah Kelantan. Kajian turut meneleti perkembangan
ekonomi orang Melayu di Kelantan pada tahun 1990 apabila PAS berjaya sekali lagi merebut
semula tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada kerajaan Barisan Nasional. Isu politik,
ekonomi, dan sosial bercampur aduk di Kelantan menyebabkan tercetusnnya ketegangan di
antara kerajaan pusat dan negeri.Faktor-faktor tersebut memainkan peranan penting dalam
memastikan perkembangan hala tuju ekonomi negeri kelantan akan dijelaskan dengan lebih
terperinci dalam bab-bab seterusnya.
12
1.5 Kajian Lepas
Kajian lepas mengenai ekonomi negeri Kelantan adalah sangat terhad. Hal ini kerana
kebanyakan pengkaji berminat mengkaji sistem politik Kelantan berbanding sistem ekonomi.
Kajian dimulakan seawal tahun 2003 oleh Zakariah Abdul Rashid dan diteruskan oleh Azizah
Md. Yusof (2005) , Suhana binti Saad (2010) dan Ismail Yusoff (2011).
Kajian yang dibuat oleh Zakariah Abdul Rashid 2003, ekonomi Negeri Kelantan dari
Perspektif Analisis Shift Share Wilayah. Dengan menggunakan data-data KDNK mendapati
bahawa dalam tempoh 1980-1995. Kelantan telah mengalami kesan peralihan wilayah yang
negatif. Akibatnya Kelantan telah kehilangan share wilayahnya sebanyak 32peratus. Kajian ini
menunjukkan bahawa prestasi sektor ekonomi Kelantan semakin merosot berbanding dengan
sektor ekonomi yang sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia. Kajian yang dilakukan mengambil
kira perkembangan sektor untuk tahun 1980 hingga 1995. Sepanjang tahun 1980 hingga 1995,
berlaku peralihan kuasa iaitu pada tahun 1980-1990 diperintah oleh Umno dan pada tahun
1990-1995, PAS telah mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan. Oleh itu, kajian ini
dilakukan adalah untuk melihat prestasi ekonomi sepanjang pemerintahan PAS iatu pada tahun
1990-2013. Berbeza dengan analisis shift share oleh Zakariah Abdul Rashid 2003 di atas, Azizah
Md Yusoff dan Nariman Saad 2005 telah menggunakan model Anser untuk mengkaji hubungan
antara legislatif dan program Islam dengan hasil negeri menerusi data sekunder dan kaedah
statistik. Hasil kajian mendapati program Islam dan legislatif yang dilaksanakan dalam
pentadbiran di Kelantan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi Kelantan untuk tempoh 1990 hingga 2004.
Pengkaji tidak mengkaji dari dusut kemiskinan yang merupakan masalah utama rakyat
Kelantan. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah untuk melihat masalah kemiskinan yang berlaku di
Negeri Kelantan dan program yang dilakukan bagi membasmi kemiskinan di Negeri Kelantan.
Kajian lain telah dilakukan adalah oleh Ismail Yusoff, 2011. Kajian menunjukkan implikasi
pembaharuan yang dilakukan telah mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi Negeri
Kelantan. Kajian mendapati peningkatan hasil yang berlaku adalah disebabkan oleh pengurusan
yang efektif. Sebagai contoh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan sistem tender
13
terbuka dalam aktiviti pembalakan. Pada tahun 1981-1989, hasil balak berjumlah sebanyak
RM31 juta. Sementara dalam tempoh masa yang sama iaitu pada tahun 1991 hingga 1998 hasil
balak meningkat dua kali ganda iaitu berjumlah RM 61 juta. Pertambahan ini disebabkan oleh
kejayaan dasar baru ekonomi yang berkaitan industri balak. Selain itu, kerajaan negeri telah
berjaya menurunkan kadar pengangguran daripada 7.4 peratus pada tahun 1980 kepada 3.4
peratus pada tahun 2000. Pengkaji tidak mengkaji dari dusut kemiskinan yang merupakan
masalah utama rakyat Kelantan. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah untuk melihat masalah
kemiskinan yang berlaku di Negeri Kelantan dan program yang dilakukan bagi membasmi
kemiskinan di Negeri Kelantan.
1.6 Metodologi Kajian
Kajian ini bersifat kualitatif berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan.
Kaedah deduktif adalah kaedah penyelidikan yang paling sesuai bagi mendapatkan
perlaksanaan pembangunan ekonomi dalam ekonomi semasa. Hal ini kerana ia memerlukan
penelitian menyeluruh daripada data-data yang dikumpulkan seterusnya akan dianalisis
sehingga menghasilkan pembangunan ekonomi Islam yang dikehendaki dan bersesuaian
dengan konsep yang dikaji. Oleh itu pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah
menerusi kajian kepustakaan dan temubual.
a) Kajian Kepustakaan
Kajian kepustakaan telah dilakukan bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan
pembangunan ekonomi negeri Kelantan sama ada di peringkat cadangan mahupun yang telah
terlaksana. Disamping itu, data berkaitan perkembangan ekonomi negeri Kelantan dan
pengamalannya juga diperoleh melalui kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan juga
digunakan bagi mendapatkan mekanisme perlaksanaan pembangunan ekonomi. Selain itu
untuk mendapatkan implikasi perlaksanaan pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, kajian
perpustakaan juga digunakan.
14
b) Temu bual
Temu bual ini telah dilakukan dengan lima orang individu yang mempunyai kaitan dengan fokus
kajian. Mereka ialah
i. En Nik Abdul Halim bin Nik Hassan (Penolong Pengarah Pertanian & Sumber Asli UPEN
Negeri Kelantan)
ii. En. Mohd Nazwan Bin Ismail (Penolong Pengarah Pelaburan UPEN Negeri Kelantan)
iii. Puan Siti Fatima binti Abdullah (Penolong Pegawai Kewangan Negeri Pejabat
Perbendaharaan Negeri Kelantan)
iv. Kamarul Faishal b Che Yacob (Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Pembangunan Negeri
Kelantan)
v. Nor Hannan bin Mohamad (Eksekutif Pembangunan Korporat Perbadanan Menteri Besar
Kelantan)
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian mengenai pembangunan serta perkembangan ekonomi di Negeri Kelantan adalah
penting kerana akan menjadi satu sistem alternatif dalam pembangunan ekonomi yang sedia
ada. Oleh itu, terdapat tiga sumbangan
utama kajian ini iaitu:
i. Memberi pandangan dan idea kepada penggubal dasar dalam menilai kembali
pembangunan ekonomi sedia ada.
ii. Mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan dan swasta
dalam membangunkan ekonomi.
iii. Menambahkan literatur dalam bidang kajian pembangunan
ekonomi .
Dapatan kajian mengenai pembangunan ekonomi di Negeri Kelantan akan dijadikan panduan
15
dalam membangunkan ekonomi sekiranya diterima untuk dilaksanakan di Malaysia.
1.8 Dapatan Kajian
Kajian menunjukkan perkembangan ekonomi di Negeri Kelantan adalah berdasarkan
prinsip asas pembangunan ekonomi yang bukan sahaja mementingkan pembangunan fizikal,
malah menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Kelantan dilihat komited dalam membasmi
kemiskinan yang berlaku di Negeri Kelantan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan
seterusnya untuk mencapai baldattun toyyibatun. Pembangunan ekonomi secara Islam telah
berjaya walaupun negeri ini menghadapi banyak kekangan dari segi modal dan infrastruktur.
1.9 Organisasi Kajian
Kajian ini dimulakan dengan pendahuluan dan diikuti dengan perkembangan ekonomi
dan corak pemerintahan Negeri Kelantan selepas 1959. Seterusnya Kajian diteruskan dengan
masalah kemiskinan yang sinonim dengan rakyat Kelantan dan diteruskan dengan dasar dan
program yang dilakukan dalam memastikan masalah kemiskinan ini dapat diatasi.
2.0 PERKEMBANGAN , PROGRAM DAN DASAR EKONOMI
Sejak tahun 1959 pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan adalah berdasarkan
"Membangun Bersama Islam",hasil daripada kemenangan pilihan raya pertama 1959 yang
berteraskan kepada pembangunan ini ialah berpaksikan kepada ubudiah, masuliah dan itqan
(UMI). Ubudiah merujuk kepada tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah SWT, Masuliah
pula berkait rapat dengan tanggungjawab yang selaras dengan tuntutan syariat manakala Itqan
merujuk kepada akhlak. Segala dasar dan program kerajaan hendaklah dipacu berpandukan al-
Quran dan Hadis serta Ijmak. Dalam menangani masalah pembangunan, kerajaan Negeri
Kelantan akan menggunakan pendekatan pembangunan ekonomi Islam. Pembangunan
ekonomi bukan semata-mata pada pertumbuhan fizikal sahaja, tetapi juga mengambil kira
kesejahteraan manusia. Manusia yang mempunyai ciri-ciri yang islamik akan menggerakkan
16
pertumbuhan ekonomi. Perbincangan mengenai perkembangan ekonomi Kelantan akan
memberi tumpuan kepada beberapa angkubah sosio-ekonomi sahaja termasuk Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan kewangan kerajaan negeri. Pada bab yang seterusnya,kajian akan
menerangkan dengan lebih teliti antara program dan dasar yang telah di jalankan di negeri
kelantan bagi memastikan prestasi ekonomi negeri meningkat.
2.1 Sinopsis Bab
Kajian ini terbahagi kepada beberapa bab.Dalam bab 1,penulis menerangkan tentang
kedudukan negeri kelantan,salasilah,politik awal pemerintahan serta pola pergerakan ekonomi
dari tahun kajian secara umum nya.Dimana sejarah perkembangan ekonomi kelantan akan
mula diterangkan dengan lebih terperinci pada bab seterusnya.
Bab 2 pula akan menceritakan tentang struktur ekonomi kelantan pada tahun 1959-
1978.Bagaimana keadaan ekonomi semasa era pemerintahan kerajaan pas.Segala sumbangan
dan peranan yang terlibat diterangkan pada bab ini.Tumpuan utama pada program-program
dan agensi kerajaan yang dilantik bagi meningkatkan ekonomi kelantan.
Bab 3 pula mengulas tentang peranan agensi kerajaan seperti
KESEDAR,MTEN,PKINK,YKK,YIK dan analisis tentang peranan-peranan egensi ekonomi
berikut.Seterusnya penilaian terhadap pencapaian pemerintahan parti perikatan pada tahaun
1978-1990 serta mengkaji prestasi pembangunan ekonomi yang berbeza diantara kerajaan
PAS dan Barisan Nasional (UMNO).Analisis terperinci dibuat diantara kedua pucuk pimpinan
kerajaan yang silih berganti memerintah Kelantan dalam jangka masa lima dekad.Kajian
meneliti serta menyenaraikan peranan ,sumbangan serta perkembangan ekonomi yang
berlaku semasa pemerintahan kerajaan tersebut.
Dalam bab 4 pula,iaitu bab yang terakhir penulis menerangkan perkembangan ekonomi
kelantan pada 1990-2009 setelah pertukaran tampuk pemerintahan sekali lagi. Penilaian
dilakukan tentang bentuk hubungan yang terjalin di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
yang memberi impak kepada pembangunan ekonomi. Psikik masyarakat Kelantan terhadap
17
pembangunan ekonomi juga turut dinilai.Ini kerana pucuk pimpinan parti dan pembangunan
ekonomi kelantan mempunyai perkaitan yang rapat dengan psikik masyarakat. Akhirnya,bab
penilaian secara keseluruhan daripada penemuan-penemuan yang dilakukan pada setiap bab
diterangkan.
2.2 Kesimpulan
Negeri kelantan jika kita tinjau keadaannya pada zaman pra penjajahan terutamanya
keadaan yang terdapat pada era 1959 masih bersifat prakapitalis. Kebanyakan rakyatnya
terlibat dalam kegiatan pertanian.Selepas semenanjung Malaysia mendapat kemedekaan
politik pada 1957, ekonomi kelantan masih terpadu dengan ekonomi Negara. Kita dapati pihak
pemerintah yang menguasai tampuk pemerintahan negeri memainkan peranan besar dalam
membawa perubahan terhadap kegiatan ekonomi. Ini dapat di lihat melalui pengenalan
kepada soal teknologi dan institusi moden yang bermatlamat untuk meninggikan daya
pengeluaran. Namun begitu, kita dapat perhatikan pada waktu yang sama terdapat jurang
perbezaaan pendapat dan ideologi antara mereka. (merujuk kepada kerajaan pusat dan
kerajaan negeri)
Secara keseluruhannya, kita dapati kegiatan ekonomi di kelantan sememangnya berlaku
perubahan yang ketara dari segi teknologi dan corak perkembangannya. Ekonomi orang
Melayu Kelantan dari tahun 1959-2009 telah mengalami banyak perubahan dan
peningkatannya. Secara keseluruhannya ekonomi rakyat Melayu Kelantan telah mengalami
peningkatan yang hampir sama dengan masyarakat Melayu dari negeri-negeri lain. Kerajaan
Persekutuan dan juga kerajaan negeri telah memainkan peranan penting bagi membantu
meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu di Kelantan.Contohnya
(i) Pembangunan inftrastruktur dan utiliti
(ii) sektor pembanguan baru secara berkelompok
(iii) pelaburan domestik serta asing
(iv) peningkatan produktiviti dan penggunaan teknologi baru.
18
2.3 TINJAUAN BACAAN
Banyak buku, risalah, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya yang menulis tentang
negeri Kelantan. Bahan-bahan yang ditulis itu sama ada mengenai politik negeri Kelantan,
kebudayaan, masyarakat dan sebagainya.
Pengkaji memilih beberapa buah buku sebagai sorotan kajian yang berkaitan dengan
kajian tesis yang ditulis. Buku-buku yang dipilih ialah siri “Warisan Kelantan I – 27” yang
diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diselenggarakan oleh Dato’ Nik
Mohamad bin Nik Mohamad Salleh dan beberapa orang penulis lain. Buku ini mula ditulis pada
tahun 1982, dan setiap tahun sebuah buku dikeluarkan pada tahun-tahun berikutnya.
Buku ‘Warisan Kelantan” ini mempunyai banyak edisi iaitu edisi 1 sehingga edisi 27.
Buku-buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan pada awal penubuhannya,
kerajaan-kerajaan awal negeri Kelantan, asal keturunan pemerintah Kelantan, kemasukan Islam
di Kelantan, sistem pentadbiran, Kelantan sebagai pusat pengajian Islam, perjuangan orang
Melayu di Kelantan menentang penjajah, ulama-ulama di Kelantan. Kajian banyak dibuat pada
tahun-tahun sebelum merdeka. Walau bagaimanapun penulisan selepas merdeka ada juga
ditulis, walaupun tidak banyak.
Penulisan buku-buku keluaran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ini banyak
membantu penulis dalam menyediakan bahan kajian tesis. Sebagai seorang pengkaji sejarah,
bacaan buku yang berkaitan dengan sejarah Kelantan sebelum dan juga selepas merdeka amat
penting dalam mempengaruhi corak penulisan. Walaupun sumber yang diperolehi tidak
membincangkan mengenai sejarah ekonomi Kelantan secara langsung.
Buku lain yang dikaji oleh penulis ialah ‘History of Kelantan 1840 – 1940’ yang ditulis
oleh Shahril Talib, 1994. Buku ini diterbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn.Bhd di
Kuala Lumpur. Di dalam buku ‘History of Kelantan 1890-1940’, Shahril Talib membincangkan
19
tentang sejarah ringkas negeri Kelantan, kerajaan-kerajaan tempatan, krisis dan persetujuan
dalam kerajaan Kelantan, permulaan sistem penasihat di Kelantan bermula pada 1903-1909
melalui Perjanjian Bangkok. Shahril Taib juga sentuh tentang kesan pemerintahan dan
penjajahan British kepada masyarakat Melayu di Kelantan.
Melalui buku ini pengkaji dapat pengetahuan tentang sejarah dan pentadbiran negeri
Kelantan dari tahun 1890 sehingga 1940. Walaupun kajian tesis bermula selepas merdeka iaitu
1959 sehingga 2009, namun segala perbincangan dalam buku ini dapat memberi gambaran
sebenar sebelum merdeka.
Buku ketiga yang dipilih oleh pengkaji ialah buku “Kelantan, Religion, Society and Politics
in a Malay State” yang ditulis oleh William R.Roff cetakan tahun 1974 oleh Oxford Universiti
Press. Buku ini memuatkan 12 rencana mengenai negeri Kelantan yang ditulis dalam bahasa
Inggeris oleh 12 orang penulis. Walau bagaimanapun pengkaji hanya mengkaji beberapa
rencana yang berkaitan sahaja.
Di dalam buku ini memuatkan rencana, “Nineteenth Century Kelantan: A Thai View
yang ditulis oleh Davis K. Wyatt. Rencana ini mengenai Kelantan sekitar abadke-19 dari
kacamata Thailand. Rencana “Kelantan in Transition:1891-1910 pula ialah tentang Kelantan
dalam peralihan tahun 1891-1910 oleh Muhamad b. Nik Mohd Salleh. Ibrahim Nik Mahmood
pula menulis rencana “The To’ Janggut Rebellion of 1915” tentang pemberontakan Tok Janggut
pada tahun 1915. William R.Roff pula menulis “The Origin and Early Years of the Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu”. Roff menulis tentang penubuhan awal Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu pada tahun 1915 dengan 12 ahli jwatankuasanya, peranan majlis, lokasi
dan bangunan awal, jawatan-jawatan dalam majlis, sumber pendapatan dan sebagainya.
Rencana lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah “Theological Debates : Wan Musa Bin
Haji Abdul Samad and His Family ” yang ditulis oleh Muhamad Salleh & Wan Musa (with
Othman Kelantan). Rencana “Social Stress and Social Structure in Kelantan Village Life” ditulis
oleh Dougls A Raybeck. Rencana “Ethnicity, Centrality and Education in Pasir Mas” pula ditulis
oleh Manning Nash. Sementara rencana “The Social Organization of Islam in Kelantan ditulis
oleh Robert L. Winzeler.
20
Penulisan rencana-rencana yang terdapat di dalam buku “Kelantan, Religion, Society
and Politics in a Malay State” yang ditulis oleh Roff, Kessler, Nik Mohd Salleh dan beberapa
orang penulis dalam dan luar Negara ini amat bermanfaat sebagai panduan para pelajar dan
pengkaji sejarah. Rencana-rencana di dalam buku ini banyak membincangkan tentang negeri
Kelantan sebelum dan selepas merdeka. Kessler membincangkan mengenai parti-parti politik
yang terdapat di Kelantan seperti Pas, Umno, Pan Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti
Negara selepas merdeka iaitu tahun 1959. Jadi, rencana ini banyak membantu pengkaji dalam
menyiapkan tesis yang dikaji dari tahun 1959.
Pengkaji juga meninjau tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun 1986
yang bertajuk “Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan semasa pemerintahan Pas
1959-1973” Melalui buku ini, penulis memaparkan kegagalan PAS memajukan ekonomi negeri
Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang mengabai dan melambatkan kemajuan di negeri
Kelantan, serta hubungan tegang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan telah
membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi dinegeri Kelantan.
Selain itu juga, pengkaji turut meninjau buku yang ditulis oleh Wan Harun Wan Yaakub
iaitu buku “Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-
1973” Dalam buku ini penulis menyentuh tentang kegagalan kerajaan PAS dalam memajukan
negeri Kelantan. Penulis juga menyentuh tentang Kerajaan Persekutuan yang mengabaikan
negeri Kelantan, menyebabkan negeri Kelantan lambat memperolehi kemajuan.
Seterusnya pengkaji mengupas buku yang ditulis oleh Maziyah Abdullah yang bertajuk
“SejarahPenubuhan dan Perkembangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Tahun 1969-1983” Buku ini membincangkan matlamat penubuhan PKINK dan pencapaiannya.
Akhir sekali pengkaji memilih buku “Perindustrian di Kelantan” yang ditulisoleh Nural
Huda Ahmad pada tahun 1984. Buku ini membincangkan tentang negeri Kelantan yang
mempunyai potensi dalam sektor industry, tenaga buruh yang murah dan banyak, peranan
kerajaan dalammembantu sector industri, infrustruktur yang semakin baikdi negeri Kelantan.
Selain itu penulis menyentuh tntang peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah
21
kekurangan tenaga mahir, kedudukan negeri Kelantan yang jauh dari Pantai Barat serta
kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri Kelantan.
2.4 SUMBER RUJUKAN
Sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kertas
cadangan ini ialah buku-buku, laporan, tesis dan keratan akhbar. Di antara buku yang
digunakan ialah buku ‘Warisan Kelantan 1-27” yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan pada tahun 1982-2003. Buku ‘History of Kelantan 1890-1940’ juga menjadi
rujukan pengkaji hasil tulisan Shahril Talib yang yangditerbitkan oleh Academe Art & Printing
Services Sdn. Bhd pad tahun 1994 di Kuala Lumpur. Selain itu pengkaji juga guna buku
‘Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan’ yang ditulis oleh Hassan Harun dan
diterbitkan oleh DD Mediaconsult Sdn. Bhd pada tahun 1999 di Kula Lumpur. Buku ‘Detik-detik
Sejarah Kelantan’ ditulis oleh Sa’ad Shukri Bin Haji Muda juga diguna oleh pengkaji yang
dikeluarkan oleh Pustaka Aman Press di Kota Bharu pada tahun 1971.
Selain buku-buku ilmiah, pengkaji juga turut menggunakan contoh-contoh tesis sebagai
bahan rujukan. Di antara tesis yang digunakan ialah ‘Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri
Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-1975’ oleh Wan Harun Wan Yaakub. ‘Sejarah
Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957’ oleh Rosmi Bin Mat Nasir. ‘Ekonami
Kelantan Selepas Merdeka: Penilaian Terhadap Perkembangan & Masalah 1945/1995’ olehWee
Lip Ping, ‘Sejarah Penglibatan Wanita Kelantan Dalam Aktiviti Perniagaan’ oleh Rose Anita
Abdullah turut dikaji oleh pengkaji.
22
2.5 SENARAI RUJUKAN
Sumber-sumber rujukan diperolehi di:
i. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan
ii. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur
iii. Arkib Negara Cawangan Kelantan
iv. Perpustakaan Islam Nur Az-Zahra, Kelantan
v. Perpustakaan Hamzah Sendut I, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
vi. Perpustakaan Hamzah Sendut II, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
vii. Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Kota Darulnaim Kota Bharu, Kelantan
viii. Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, Kampus HUSM
Kubang Kerian
23