MANUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI BERUNSURKAN
ETNOMATEMATIK
RODZI BINTI AMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
MANUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI BERUNSURKAN
ETNOMATEMATIK
RODZI BINTI AMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
Dedikasi ini ditujukan khas buat insan-insan yang banyak memberi makna dalam
hidupku….
Suami tercinta, Abdul Majeed bin Jaffar
Ibu tersayang, Hjh Royah bt Dikun
Permata-permata hati mama,
Razeeatul Maisara
Raedatul Marhynee
Muhamad Aminoul Razeen
Munawwarah
Muhammad Alim Moubin
Adik-adik 5 SPT yang dikasihi terutama Halim, Rubi dan Fifi,
kenangan indah bersamamu akan sentiasa segar dalam ingatan
Terima kasih atas kebaikan dan kesetiaan serta doa yang berpanjangan
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya
iii
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Penyelia Projek ini iaitu Profesor Madya Dr. Hjh Zaleha binti Ismail
di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan projek
ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Penasihat Akademik saya iaitu Professor
Madya Dr. Baharuddin Aris yang sentiasa bermurah hati untuk memberi galakkan dan
dorongan serta panduan sepanjang pengajian saya di universiti bertuah ini.
Khas untuk suami yang dikasihi, Encik Abdul Majeed bin Jaffar dan ibunda
tersayang, doa dan kepercayaan yang kalian berikan menjadi azimat untuk saya
meneruskan usaha ke tangga kejayaan. Buat anak-anak yang disayangi, Sara, Hani, Ajin,
Muna dan Moubin, sekalung kasih selaut sayang mama utuskan kerana sentiasa bersabar
menanti cita-cita mama tercapai.
Kepada adik, kawan, sahabat dan rakan yang istimewa, Halim dan Rubiah, serta
rakan sekuliah 5SPT, terima kasih kerana banyak menolong sewaktu susah dan senang.
Penghargaan ini juga harus diabadikan untuk Pn.Zainab Amin yang banyak menyediakan
sokongan sumber bahan dan pandangan yang bernas dalam menjayakan projek ini.
Semoga kalian mendapat pembalasan yang setimpal dari-Nya.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu saya sepanjang saya
menyiapkan projek sarjana muda saya ini. Sesungguhnya jasa kalian akan saya kenang
selagi hayat di kandung badan.
iv
ABSTRAK
Pendekatan pengajaran guru matematik pada hari ini lebih menjurus kepada
peperiksaan semata-mata. Terdapat sebahagian guru lebih cenderung menghabiskan
sukatan pelajaran dengan berpandukan kepada buku teks sahaja. Proses pengajaran dan
pembelajaran matematik juga lebih kepada berpusatkan guru yang mana guru selalunya
mengemukakan fakta matematik. Sepatutnya guru memainkan peranan sebagai pencetus
idea dan memberi peluang kepada meneroka konsep matematik. Satu cara yang sesuai
ialah mendekatkan mereka dengan kegiatan matematik yang berlaku di dalam dunia
persekitarannya. Kegiatan masyarakat seperti dalam bidang ekonomi, senibina, seni dan
kraftangan sebenarnya banyak menggunakan matematik di dalamnya. Jadi, Panduan
Perlaksanaan Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik direkabentuk supaya dapat
diadaptasikan dalam proses pembelajaran matematik seterusnya pelajar dapat menghayati
keindahan matematik dalam aktiviti sehariannya. Panduan ini juga dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan kepada guru dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka. Aktiviti berunsurkan etnomatematik disediakan untuk pembelajaran
yang umum tetapi dilengkapi dengan penerangan idea dan sedikit penjelasan konsep
matematik yang akan digunakan. Panduan ini telah diberikan kepada beberapa orang
bakal guru sekolah menengah untuk mendapatkan komen dan pendapat mereka terhadap
manual ini dengan menggunakan borang soal selidik ringkas.
v
ABSTRACT
The teaching of mathematics today is very examination-centered. A number of
teachers prefer to cover syllabus as soon as possible by depending on text books. The
process of teaching and learning is mainly teacher-centered since they frequently deliver
mathematical facts. On the other hand, it would have been better if students are given the
opportunity to discover mathematical knowledge by relating their cultural activities with
mathematics. For instance, most economical bussines and producing craft and
architectures impliment some mathematical concepts in it. Let the students quest for
knowledge on their own as they explore the mathematical ideas in those field. Therefore,
this small manual is designed so that teachers can get be exposed on how to integrate
cultural activities which is so called ethnomathematics, for the purpose of teaching and
learning. This manual can also provide source of references for teachers to use various
teaching approaches. The ethnomathematics activities are formed in general as to
enhance various level of communities involvement. It also provides a brief ideas and the
mathematical concept which is relevant to the activities. Finally this manual is examined
by a group of pre-service secondary school teachers who had provided feedbacks by
answering a simple questionnaire.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional dan Kepentingan Projek 7
1.6 Skop dan Batasan Projek 8
1.7 Penutup 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
vii
2.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 10
2.3 Pemupukan Penghargaan Terhadap Matematik 13
2.4 Pembelajaran Aktif 15
2.5 Etnomatematik 15
2.6 Implikasi Etnomatematik Dalam Pendidikan
Matematik 17
2.7 Penutup 18
3 METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan 20
3.2 Pelaksanaan Projek 20
3.2.1 Pembinaan Manual Perlaksanaan Aktiviti
Berunsur Etnomatematik 21
3.2.1.1Manual Perlaksanaan Aktiviti Berunsur
Etnomatematik 22
3.2.1.2Objektif Manual 22
3.2.1.3Sasaran 23
3.3 Alat Penilaian Manual 23
3.4 Penutup 23
4 MANUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI BERUNSUR
ETNOMATEMATIK
4.1 Pengenalan 24
4.2 Manual Perlaksanaan Aktiviti Berunsurkan
Etnomatematik 25
4.2.1 Apa itu Etnomatematik ? 25
4.2.2 Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik 26
4.3 Perkaitan Matematik Dalam Aktiviti Etnomatematik 27
4.3.1 Merekabentuk Corak Teselasi Songket 27
viii
4.3.2 Senireka Geometri Hiasan Masjid 28
4.4 Analisis Data 30
4.5 Penutup 32
5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 34
5.2 Perbincangan Projek 34
5.3 Kekangan Perlaksanaan 35
5.4 Kelebihan Manual Aktiviti Etnomatematik 35
5.5 Kelemahan Manual Aktiviti Etnomatematik 36
5.6 Cadangan 36
RUJUKAN 37
LAMPIRAN 39
ix
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 40
B Manual Perlaksanaan Aktiviti 42
Berunsurkan Etnomatematik
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 1 Aliran Penggunaan Manual 25 Rajah 2 Konsep Teselasi Pada Corak 27 Bunga Tampuk Manggis Rajah 3 Langkah-langkah Melukis Corak 28
Geometri Islam Rajah 4 Corak Rekaan Geometri Islam 29
Bab 1
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Sesungguhnya ramai yang menganggap bahawa pengajian matematik adalah
suatu keperluan. Abdul Latif (1999) mengatakan bahawa matematik menjadi satu
subjek yang amat berguna kepada manusia kerana matematik dikatakan bersifat
antara disiplin. Semua bidang ilmu mesti memiliki sedikit sebanyak matematik, sama
ada sains hayat, ekonomi, politik, geografi, psikologi mahupun pendidikan. Senario
sistem persekolahan di Malaysia juga banyak menunjukkan imej subjek matematik
sangat dipandang tinggi kerana para pelajar akan mudah berasa tertekan untuk
mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran ini berbanding mata
pelajaran lain. Pembelajaran matematik pula seringkali disalahertikan oleh
masyarakat dengan menganggap matematik sebagai satu aritmetik semata-mata iaitu
satu bidang kira-kira yang melibatkan aljabar, operasi tolak, tambah, bahagi dan
sebagainya. Maka, ibu bapa juga tidak dapat tidak untuk mengikut fahaman ini
dengan mengharap dan memberi penekanan terhadap anak-anak untuk mendapat
pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik. Tekanan terhadap
penguasaan matematik ditambah lagi apabila matematik mendapat kedudukan utama
dalam kebanyakan syarat kelayakan untuk mengikuti bidang pengajian pada
peringkat sekolah mahupun pada peringkat lebih tinggi.
Justifikasi ini membuat guru berusaha keras untuk mencapai matlamat yang
diidamkan oleh semua pihak. Mereka mengajar dengan memberi tumpuan untuk
2
menyampaikan isi kandungan subjek, menambahkan latih tubi, membuat kelas
tambahan dan sebagainya semata-mata untuk menghabiskan silibus yang telah
ditentukan tanpa mengambilkira kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap subjek
matematik. Gambaran ini menyebabkan ramai orang berpendapat bahawa matematik
adalah satu perkara yang sukar dan membosankan. Belajar matematik dianggap satu
beban terutama apabila ia melibatkan pengiraan yang rumit dan angka semata-mata.
Apa yang berlaku ini menghasilkan implikasi yang tidak sihat dan tidak seimbang
dari segi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran matematik itu sendiri. Pelajar-
pelajar kita akhirnya menjadi ‘seperti katak di bawah tempurung’ apabila sebahagian
besar masanya dihabiskan menelaah dan membuat latihan yang tidak berkesudahan.
Hakikatnya, situasi ini sangat kontra dengan kenyataan Esah Sulaiman (2003) yang
mengatakan, seseorang guru yang professional mestilah mempunyai sifat altruism
iaitu tidak mementingkan diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap anak didiknya sendiri.
Ini kerana seorang guru harus sedar bahawa pelajar adalah individu yang mengalami
proses pembelajaran melalui pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka ini
berbeza-beza dari segi kognitif, emosi dan psikomotor yang memerlukan bimbingan
dan tunjuk ajar yang sepenuhnya dari pihak guru.
Sewajarnya guru bertindak mendidik dan membimbing pelajar ke arah
pembentukan pemahaman konsep matematik yang seiring dengan keupayaan dan
minat pelajar. Di samping memupuk nilai-nilai murni, kecintaan pelajar terhadap
matematik seharusnya disepadukan dengan pemilihan strategi yang paling sesuai dan
berkesan. Ianya sesuai dengan saranan Noor Azlan Ahmad Zanzali (2001) bahawa
penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah bukan sahaja menuntut perubahan
pemikiran guru terhadap kurikulum tersebut, tetapi juga menggalak guru mengubah
tanggapan terhadap peranan yang harus dimainkan, bentuk ilmu yang hendak
disampaikan termasuk profesionalisme keguruan itu sendiri. Selaras dengan itu,
usaha dipelbagaikan oleh para pendukung institusi pendidikan untuk memastikan
semua pelajar dapat memenuhi matlamat yang telah digariskan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
3
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Berdasarkan kepada pegangan inilah, guru-guru wajar mengambil langkah
proaktif dalam menzahirkan peranan-peranannya yang bukan sahaja sebagai pengajar
dan penyebar ilmu, tetapi juga sebagai pembimbing, pembentuk akhlak malahan
sebagai pembina kemahiran sosial dalam menangani konflik pelajar. Ab Fatah Hasan
(1994) mengatakan, jika pelajar mengalami masalah dalam pembelajaran, mungkin
kedua bahagian otak tidak diintegrasikan secara menyeluruh atau sebahagian otak
sahaja berfungsi lebih banyak daripada yang sebahagian lagi. Jika seseorang pelajar
itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan
menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah
kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan
masalah dan pemikiran akan menjadi lebih kreatif. Ini bermakna gaya pembelajaran
sehala dan ‘stereotype’ yang lebih berpusatkan kepada guru telah mencatu pemikiran
pelajar yang rigid dan tidak berkembang.
Guru-guru harus sedar tentang kaedah pengajaran yang diamalkan secara
sehala dan tradisi ini tidak dapat memberi keseronokan dan sikap positif sepenuhnya
terhadap pembelajaran matematik. Mungkin sudah tiba masanya guru-guru
mengaplikasikan pendekatan berbeza agar pengajaran dan pembelajaran matematik
yang diamalkan dapat memberi makna tertentu dan menimbulkan keseronokan
kepada pelajar untuk mendalami bidang matematik. Antara contoh pendekatan yang
boleh dijalankan ialah dengan membincangkan penggunaan matematik dalam
kegiatan atau pekerjaan sesuatu masyarakat, iaitu suatu bidang yang dipanggil
etnomatematik.
4
1.2 Latar Belakang Masalah Tahap kefahaman dan pencapaian pelajar di sekolah dalam penguasaan
kemahiran matematik adalah bergantung kepada kaedah dan pendekatan yang
diamalkan oleh guru. Kajian oleh Noor Shah (2005) tahap penguasaan isi kandungan
pedagogi guru matematik mendapati guru matematik kurang berpengetahuan tentang
aspek-aspek yang berkaitan dengan matlamat pendidikan matematik, matlamat dan
objektif kurikulum matematik KBSM. Guru-guru juga menggunakan pendekatan
yang tipikal iaitu memberi penerangan, soal jawab secara lisan, memberi latihan,
pemantauan dan mengakhiri pengajaran dengan memberi latihan sebagai latihan
pengukuhan. Ini menunjukkan persepsi guru terhadap tugas masih terkongkong
kepada kepercayaan tradisi iaitu guru adalah pengajar dan pelajar adalah penerima
yang taat. Jadi proses pengajaran dijalankan adalah berpusatkan kepada guru semata-
mata. Guru sentiasa menjalankan fungsinya sebagai pemberi input dan disusuli pula
dengan habuan latih tubi dan seterusnya menyusun prosidur penyelesaian untuk
dihafal. Pelajar diajar dan dikerah untuk memahami konsep yang diajar dan
menguasai objektif-objektif pelajaran dalam masa yang telah ditentukan. Maka
pelajar lebih cenderung untuk mengikut sama kederasan guru mengejar silibus dan
giat menghafal prosedur atau formula daripada mendalami tentang apakah maknanya
sesuatu topik yang diajar itu.
Penumpuan pelajar pula ditekankan kepada peperiksaan semata-mata.
Akhirnya pelajar menjadi taksub kepada pembelajaran dan menjurus mereka kepada
pemikiran yang tidak berkembang, tidak kreatif serta bebas. Dalam erti kata lain
mereka tidak berpeluang untuk melihat di mana dan apakah kegunaan subjek
matematik itu sebenarnya, adakah kita perlukannya , dan macam-macam lagi. Wahid
Hashim (2006) mencadangkan agar kita mencuba pendekatan yang lebih terbuka
dan bebas boleh menolong membuka ruang minda pelajar untuk lebih menghayati
pengetahuan matematik yang dipelajari. Nik Azis Nik Pa (1999) menegaskan
bahawa, adalah tidak mencukupi untuk menggalakkan para pelajar mengingati,
menghafal dan mengumpulkan maklumat melalui pembelajaran hafalan. Sebaliknya
pelajar harus diberi peluang, bimbingan dan dorongan untuk membina skim
matematik yang berdaya maju dan menggunakannya secara bermakna.
5
Penganjuran Karnival Matematik, Pesta Matematik, Minggu Matematik
ataupun Pameran Matematik yang bertemakan bidang-bidang dalam matematik
adalah satu alternatif yang berpotensi membawa pelajar mendekati matematik
dengan lebih terbuka. Contohnya Pesta Matematik, yang menjadi acara dwi-tahunan
bagi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia sejak 1999 telah banyak
membuka mata warga universiti tersebut betapa luasnya bidang matematik.
Penonjolan kegiatan matematik dalam pengaturcaraan LOGO, rekreasi matematik,
alam sekitar adalah satu cara yang dapat mendekatkan masyarakat dengan
matematik. Pendekatan sebegini akan dapat mendedahkan pelajar tentang fungsi
matematik yang sebenarnya. Contohnya, pelajar dapat mengetahui bahawa banyak
unsur alam yang berkait rapat dengan Siri Fibonacci seperti jumlah kelopak bunga,
tumbesaran daan pokok, malah pembiakan arnab dan juga ternakan lain. Dari skop
program yang lain, kegiatan seperti ini telah terbukti berkesan melalui Program
‘Summer Camp’ atau ‘English Week’ di sekolah yang telah dapat menarik minat
pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Dalam program seperti ini, motivasi pelajar
dapat ditingkatkan kerana mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti yang
disediakan. Mereka dapat menerokai sesuatu tema itu dengan lebih tenang tetapi
seronok kerana berlakunya persaingan yang sihat dalam suasana yang menyelesakan
mereka. Pada masa-masa seperti ini jugalah pelajar berani berinteraksi sesama rakan
sebaya untuk bertukar-tukar pendapat dan hasil projek.
Laporan Hazimah Abdul Hamid (1994) dalam Program ‘Enchantment of
Mathematics Through Bulletin Board Display’ menunjukkan bahawa pelajar sangat
teruja untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti pertandingan ini kerana mereka
dapat menonjolkan ekspresi mereka terhadap keindahan matematik. Tema-tema
seperti ‘Matematik Dalam Berita’, ‘Geometri Dalam Masjid’ dan ‘Matematik di
Dalam Kereta’ dapat menggalakkan pelajar untuk belajar menterjemahkan laporan,
graf turun naik saham, mengenal senibina Islam, malah menimbulkan idea dan
motivasi kepada pelajar tentang kewujudan fungsi matematik dalam kehidupan kita.
6
1.3 Pernyataan Masalah Pendidikan matematik menjadi semakin penting dari semasa ke semasa dan ia
perlu dilakukan secara terancang berdasarkan kepada perkembangan semasa yang
memerlukan kefahaman matematik yang lebih canggih dan mencabar. Lebih-lebih
lagi dalam era teknologi maklumat sekarang ini, pelajar perlu dididik menjadi
masyarakat yang mampu menterjemahkan budaya matematik yang bukan hanya
berkebolehan menjalankan algoritma kira mengira sahaja. Namun, kekangan masa
dan kesaratan dengan aktiviti pembelajaran terlalu bersifat prosidural dan
mementingkan peperiksaan mempengaruhi pelajar agar lebih fokus kepada
penguasaan simbol-simbol dan menghafal perwakilan serta perkaitannya tanpa
mengambilkira minat dan kepentingan pelajar untuk menghayati keindahan
matematik.
Pengajaran secara tradisi seperti ini cenderung menjadikan pemikiran pelajar
tidak berkembang dan menganggap matematik sebagai suatu yang asing dari
kehidupan mereka. Ia sepatutnya mengikut aliran falsafah pendidikan matematik itu
sendiri seperti yang dikatakan oleh Omar Ahmad (1995) bahawa matematik bukan
diajar untuk kegunaannya semata-mata. Ia seharusnya menjadi sumber keseronokan
dan keajaiban yang merangsang intelektual pelajar. Contohnya dengan penemuan
sesuatu hubungan, mengungkai kesukaran sesuatu ungkapan dan akhirnya mencapai
satu penyelesaian..
Penganjuran pesta atau karnival matematik atau aktiviti matematik yang
mengambil kira aspek budaya-budaya dalam masyarakat yang dipanggil
etnomatematik, dapat memberikan idea yang lebih agresif kepada pihak institusi
pendidikan dalam mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
dijadikan sebagai satu platform yang dapat mendekatkan pelajar dengan masyarakat
dengan menjadikan matematik sebagai medium interaksi sosial. Idea
penggabungjalinan ini juga dapat menyemai rasa cinta dan memupuk penghargaan
pelajar dan masyarakat agar lebih menjiwai dan mendalami kepentingan dan unsur
kepenggunaan dalam subjek matematik itu sendiri. Oleh itu, projek ini merupakan
satu usaha untuk menyediakan bahan yang sesuai untuk dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembengajaran yang menerapkan unsur etnomatematik.
1.4 Objektif Projek Projek ini bertujuan untuk menghasilkan panduan guru berkaitan penerapan
unsur etnomatematik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Objektif projek
ialah menghasilkan panduan guru yang menerangkan aktiviti matematik yang
berlaku dalam budaya masyarakat setempat seperti dalam bidang
i. kesenian Islam
ii. penghasilan produk kraftangan tempatan
iii.penggunaan peta dan model
iv. senibina
1.5 Rasional dan Kepentingan Projek Panduan Perlaksanaan Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik adalah sangat
penting sebagai satu anjakan positif terhadap gaya pembelajaran dan pengajaran
matematik yang sedia ada. Oleh itu panduan ini sangat signifikan terhadap fungsi-
fungsinya yang berikut :
1.5.1 Projek ini dijangka dapat menampilkan pendekatan yang lebih inovatif untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Panduan ini dapat mengilhamkan
perubahan dalam takwim program sekolah di mana semua warga sekolah dapat
diberi peluang mendekati dan mendalami kepentingan kemahiran matematik melalui
aktiviti-aktiviti matematik.
1.5.2 Pembangunan projek ini dijangkakan berdaya meningkatkan kesedaran
pelajar dan guru tentang kaitan unsur-unsur kemasyarakatan dalam subjek
matematik. Panduan ini berpotensi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
bahawa betapa mereka menggunakan matematik dalam ciri-ciri binaan tempat ibadat,
pembuatan barangan kraftangan dan hasil tempatan seperti songket, pembinaan
rumah dan sebagainya.
1.5.3 Secara umumnya, projek ini boleh digunakan untuk mendidik masyarakat
bahawa unsur-unsur kepenggunaan matematik telah lama wujud dalam aktiviti
masyarakat seperti contoh dalam pembuatan bahan hiasan senibina dan kraftangan
yang dipamerkan.
1.5.4 Projek ini dapat memberi pendedahan kepada golongan pendidik tentang
kepentingan bahan-bahan pengajaran matematik berunsur masyarakat yang lebih
praktikal untuk dipersembahkan dalam proses pengajaran di dalam kelas.