101
APLIKASI ISTILAH âQIRAâAT AL-JAMAâ AHâ DALAM KITAB IâRAB AL
QURAN AL-NAHHAS
Fairuz A. Adi1
Zainora Binti Daud2
Muhd Izzat Ngah3
Abstrak
âQiraat al-jamaâahâ merupakan satu istilah yang popular di sisi ulama qiraat. Ia
merupakan satu istilah yang digunakan oleh pengkarya dalam menapis lambakan
riwayat-riwayat qiraâat dan mengasingkan antara yang sahih dan yang tidak sahih.
Abu jaafar al-Nahhas tidak ketinggalan menggunakan istilah qiraâat al-jamaâah
dalam perbahasan beliau terhadap ayat-ayat al-Quran yang diisi dengan wajah-wajah
qiraâat. Apa yang menjadi isu dalam penulisan ini adalah perbezaan kefahaman dan
penggunaan di sisi al-Nahhas berbanding ulama lain. Kertas kerja ini bertujuan untuk
menganalisis kefahaman dan penggunaan al-Nahhas mengenai istilah ini melalui
penulisan beliau dalam kitab Iârab al-Qurâan. Kajian ini merupakan kajian teks yang
menjadikan kitabIiârab al-Qurâan oleh al-Nahhas sebagai subjek utama. Pendapat-
pendapat al-Nahhas terhadap ayat-ayat yang mempunyai perselisihan qiraâat
dikumpul dan dianalisis. Hasil kajian ini menunjukkan penggunaan istilah qiraâat al-
jamaâahâ adalah sama maksud dengan al-qiraat al-mutawatirah iaitu qiraâat yang
diriwayatkan oleh sekumpulan manusia yang ramai di mana ia tidak mungkin
didustakan. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengkaji dan
peminat pengajian islam khususnya dalam lapangan ilmu qiraâat dalam memahami
metod serta penggunaan istilah âqirâaat al-jamaâahâ yang diaplikasikan oleh al-
Nahhas dalam karya beliau ini.
Keyword: qiraat al-jamaâah, ilmu qiraâat, al-Nahhas, rukun qiraâat, ikhtiyar al-
qiraâat
1 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Qurâan dan al Qiraâat, Akademi Islam, KUIS.
2 Pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Qurâan dan al Qiraâat, Akademi Islam, KUIS.
3 Pensyarah di Pusat pengajian Teras, KUIS
102
Pengenalan
Istilah qiraâat al-jamaâah adalah istilah yang merujuk kepada salah satu kaedah khas
para ulama qiraâat yang mereka namakan sebagai dawabit al-ikhtiyar. Objektif
penggunaan dawabit al-ikhktiyar adalah untuk menjaga riwayat-riwayat qiraâat dalam
masa yang sama bertujuan untuk mengasingkan antara qiraâat sahih dan tidak sahih.
dawabit ikhtiyar ini digunakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah
bertujuan untuk mengasingkan dari qiraâat yang sahih dari riwayat-riwayat qiraâat
yang bercampur. Pada peringkat kedua pula, dawabit al-ikhtiyar digunakan untuk
mengenal pasti bacaan yang menepati kefasihan dalam pertuturan dan kedah bahasa
arab dan istilah Qiraat al-Jamah digunakan oleh ulama qiraat dalam kategori kedua.
Al-Nahhas merupakan salah seorang pengkarya yang telah menggunakan istilah
qiraâat al-jamaâah dalam banyak tempat di dalam kitab beliau Iârab al-Qurâan. Isu
dalam kertas kerja ini adalah perbezaan penggunaan istilah oleh Al-Nahhas dengan
apa yang telah dipraktis oleh para ulama qiraâat. Oleh itu, objektif utama penulisan
kertas kerja ini mengkaji pemahaman serta penggunaan istilahâ qiraâat al-jamaâah
oleh Al-Nahhas sebagai salah satu syarat untuk melayakkan sesuatu qiraâat itu
diterima sebagai bacaan al-Quran. Ia merupakan syarat yang berbeza dengan apa yang
di ijmaâ oleh ulama-ulama qiraâat lain iaitu sesuatu kalimah qiraâat itu mesti
mutawatir atau sah sanad untuk layak dikategorikan sebagai kalimah quraniyyah yang
sah disamping qiraâat itu mesti menepati tulisan mushaf uthmani dan mempunyai
kaedah dalam bahasa Arab.
Definisi Qiraâat al-Jamaâah
Istilah ini dikesan penggunaannya pada karya-karya yang membicarakan ikhtiyar
qiraâat kurun ke 3 hijrah yang dipelopori oleh al-Qasim bin Sallam, abi Hatim dan
diteruskan oleh generasi ulama selepas mereka.
Makki bin Abi Talib telah merungkai permasalahan mengenai istilah qiraâat al-
jamaah dengan membuat rumusan bahawa qiraâat al- jamaâah adalah sinonim kepada
istilah qiraâat âammah di mana kedua-dua istilah tersebut membawa maksud
103
âkesepakatan bacaan ahli madinah dan ahli kufahâ atau â kesepekatan bacaan ulama
qiraâat dari tanah haramâ atau âkesepakatan bacaan ulama tanah haram dengan
imam âAsimâ.4
Oleh itu terdapat perbezaan penggunaan di sisi al-Nahhas mengenai istilah qiraâat al-
jamâaah dimana beliau menggunakannya sebagai rukun asas dalam menerima qiraâat
sahihah sedangkan rukun tersebut digunakan oleh ulama ikhtyar untuk menapis
riwayat yang sudah terbukti sahih bagi mendapatkan qiraâat yang paling kuat tahap
kesahihanya.
Pengenalan Serta Biografi Ringkas Al-Nahhas dan Karyanya Icrab Al-Quran
Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Ismacil bin Yunus al-Muradi al-Nahwi al-
Misri. Gelaran yang sering gunakan ialah AbĂ Jacfar atau Ibn al-NahhĂs. Beliau juga
dikenali sebagai al-Nahhas atau al-Saffar.5 Tarikh lahir dan tempat membesar beliau
tidak disebutkan secara terperinci oleh pengarang kitab-kitab ĂabaqĂt dan tarĂjim
kecuali mereka menyatakan bahawa AbĂ Jacfar al-NahhĂs lahir di Mesir. Menurut
Dr. Yahya Murad dalam mukadimah kitab MacĂni al QurâĂn karangan al-NahhĂs
âsebahagian ulama menyatakan bahawa AbĂ Jacfar al-NahhĂs lahir pada tahun 260
hijriyyahâ. 6
Al-NahhĂs memulakan pencarian ilmu ketika masih di Mesir seterusnya berhijrah ke
Baghdad. Di samping itu Al-Nahhas telah mengunjungi Kufah, Basrah, Anbar,
Ghazza dan Ramallah untuk mengambil manfaat dari ulama-ulama yang terdapat pada
kawasan tersebut. Al-Nahhas telah berguru dengan 22 orang ulama dari pelbagai
bidang ilmu dan berjaya melahirkan ribuan pelajar dalam pelbagai lapangan.
Iârab al-Quran adalah salah satu judul dari dari lima puluh karya yang telah dihasilkan
oleh Al-Nahhas . Perbahasan kitab ini adalah mengenai iârab ayat-ayat al-Quran
bermula dari surah al-Fatihah hingga ke akhir surah al-Nas. Walaupun fokus kitab ini
tertumpu pada iârab ayat, perbicangan mengenai ilmu qiraâat juga menjadi keutamaan
4 Makki abi Talib, al-Ibanah âan Maâani al-Qiraâat , 2007, Mesir, Dar al-Sahabah li al-Turath, hlm. 34.
5 Ibn Khallikan, Ahmad bin Muhammad, WafiyĂt al-A
cyĂn wa AnbĂâ AbnĂâ al -ZamĂn, Dar Ăadir,
BayrĂt, 1968, hlm. 100. 6al-NahhĂs, AbĂ Ja
cfar, Ahmad bin Muhammad, Ma
cĂni al-QurâĂn, DĂr al-HadtĂh, Kaherah. 2004,
jil. 1. Hlm. 8
104
dalam perbahasan beliau. Setiap bacaan qiraâat tidak sunyi dari pendapat dan
komentar dari beliau.
Sumber Rujukan Kitab Iârab Al-Quran
Penulis mendapati kitab IcrĂb al-QurâĂn ini menampilkan dua jenis rujukan iaitu
berbentuk karya serta riwayat lisan atau disebut shafawiyyah. Dua jenis rujukan ini
bersumber dari tiga aliran iaitu dari ulama Basrah, Kufah dan Baghdad
Antara rujukan bertulis dari Basrah adalah al-Kitab karangan Sibawayh, al-âAyn oleh
khalil bin Ahmad, Masaâil al-Kabir oleh al-Akhfash, Maâani al-Qurâan dan kitab Ma
Yansarif wa Ma la Yansarif hasil karya al-Zajjah. Riwayat shafawiyyah dari Basrah
pula di ambil dari Muhammad al-Walid, Abu Ishaq al-Zajjaj dan Ali bin Sulaiman al-
Akhfash. 7
Rujukan beliau dari ulama-ulama Kufah adalah seperti Kitab MacĂni al-QurâĂn,
MaĂĂdir li al-QurâĂn dan al-MaqsĂr wa al-MamdĂd ketiga-tiga dari tersebut oleh al-
FarrĂâ, al-QirĂâĂt dan al-GharĂb al-Musannif oleh AbĂ cUbayd al-QĂsim bin SalĂm
dan kitab al-QirĂâĂt oleh Ibn Saâadan al-Nahw. Manakala riwayat shafawiyyah yang
bersumber dari ulama kufah adalah dari NifĂawayh Ibrahim bin Muhammad bin
Arafah dan imam Ibn Rustam Ahmad bin Muhammad bin al-Ăabari.
Rujukan secara lisan kitab Iârab al-Quran dari ulama aliran Baghdad yang direkodkan
adalah dari Ali bin Muhammad bin Ahmad bin KaysĂn al-Harabi dan AbĂ Bakr
Ahmad bin Shuqayr al-BaghdĂdi
Rukun Al-Qiraâat Menurut Al-Nahhas Dan Ulama-Ulama Qiraâat .
Rukun al-qiraâat atau disebut sebagai dawabit al-qabul merupakan garis panduan
yang telah disusun oleh ulama-ulama qiraâat dalam menerima dan mengiktiraf
sesuatu bacaan qiraâat untuk dikategorikan sebagai al-Quran. Ini bermaksud setiap
kalimah qiraâat itu mesti memenuhi setiap rukun yang digariskan. Jika tidak
7 Al-Nahhas, I
crĂb al-QurâĂn al-NahhĂs. 2005.
cĂlam al-KitĂb, BayrĂt. Hlm. 30. Tahkik Zuhayr
GhĂzi ZĂhid kitab Cet 1
105
memenuhi salah satu rukun yang digariskan, maka bacaan itu tidak dikategorikan
sebagai bacaan al-Quran malah dikategorikan sebagai qiraâat syaz.
Secara ringkas, terdapat tiga rukun yang telah digariskan untuk menentukan
kesahihan sesuatu bacaan qiraâat. Al-Nahhas dalam kitabnya iârab al-Quran secara
tidak langsung telah menggariskan tiga rukun yang perlu dimiliki oleh setiap bacaan
qiraâat untuk diterima pakai sebagai bacaan al-quran. Tiga rukun tersebut adalah
seperti di bawah:
QirĂâĂt yang Menetapi QiyĂs8 Bahasa Arab yang Biasa Digunakan serta
Masyhur 9
Sebagai contoh firman Allah S.W.T surah al-AcrĂf ayat 143:
10
Mengenai ayat di atas al-NahhĂs menyatakan bahawa bacaan imam NĂfic
pada kalimah ( ÙŰŁÙۧ ŰŁÙ ÙÙ Ű€Ű§ÙÙÙ) dengan ithbĂt huruf (Ù) adalah lughĂh shĂdhdhah yang
terkeluar dari qiyĂs bahasa Arab.
Kata Al-Nahhas :
âImam NĂfic membaca ( ÙŰŁÙۧۧ ŰŁÙ ÙÙ Ű€Ű§Ű§ÙÙÙ ) dengan ithbat huruf (Ù) ketika bacaan
sambung dan yang utama adalah huruf (Ù) itu dibuang ketika bacaan tersebut.
Mengithbatkan huruf tersebut merupakan bahasa yang shĂdh dan terkeluar dari qiyĂs
kerana (Ù) itu didatangkan untuk menjelaskan baris fathah.â11
QirĂâĂt yang Menepati MaĂĂhif cUthmĂni
12
Sebagai contoh perbahasan beliau dalam firman Allah S.W.T
8 QiyĂs dalam ilmu bahasa arab merupakan satu proses menyamakan sesuatu kaedah atau
hukum menurut gaya bahasa yang dipertutur oleh orang arab samada dari segi bentuk kalimah, tertib
huruf dan sebagainya. (Muhd. SamĂr Najib, Mucjam MusĂalahĂt al-Nahwiyyah wa al-Ăarfiyyah,
Muassasah al-RisĂlah, BayrĂt, 1985, hlm. 191) 9 al-NahhĂs, hlm. 800.
10 Al-Quran, al-Aâraf 7:143
11 al-Nahhas, hlm. 345.
12 MasĂhif
cUthmĂni di atas bermaksud: mashaf-mashaf yang telah ditulis dibawah seliaan saydina
Uthman pada zaman pemerintahanya. Terdapat enam mushaf telah ditulis dan dihantar ke lima buah
negara iaitu Basrah, KĂfah, ShĂm, Mekah dan dua buah mushaf menjadi rujukan di Madinah. (al-QĂĂi,
Abd FattĂh, TĂrĂkh al -Mushaf al-SharĂf, Maktabah al-Azhariyyah, Kaherah, T.th. hlm 26).
106
13
Merujuk kepada ayat di atas, al-NahhĂs di dalam kitab ini telah membawa dua
riwayat yang mengandungi qirĂâĂt shĂdh iaitu ( ŰŁÙۀۧ ÙÙ ) dan ( ŰŁÙۧÙÙÙ ) sebagai bacaan
alternatif kepada kalimah ( ŰŁŰčۧۧÙÙ Ù ). Seterusnya al-NahhĂs berhujah bahawa kedua
bacaan qirĂâĂt tersebut menyalahi rasm al-maĂhaf . Al-Nahhas berkata:
âIbnu cUyaynah meriwayatkan dari
cAmru bin DĂnĂr berkata: Ibn
cAbbĂs telah
membaca ( Ű„Ù ŰŹŰčÙÙ Ùۧ ŰŁÙۀۧ ÙÙ ŰŁÙۧۧÙÙ ÙÙ Ű§Ű° ÙÙ Ű§). Berkata AbĂ Ishaq ayat ini dibaca dengan
Berkata AbĂ Ja .(Ű„Ùۧ ŰŹŰčÙÙۧ Ùۧ ŰŁÙۀۧ ÙÙ ŰŁÙۧۧÙÙ)cfar bacaan ini adalah berbentuk tafsiran dan
tidak dibaca apa-apa ayat yang menyalahi tulisan maĂhafâ.â14
QirĂâĂt yang Tidak Terkeluar dari QirĂâĂt JamĂcah atau Ummah
Sebagai satu contoh ialah di dalam firman Allah S.W.T:
15
Pada kalimah (ÙÙÙ ŰšŰ§Ű§ Ù) dalam ayat di atas, imam Yahya bin Yacmar
16 telah
membaca dengan bentuk ficl al Amr iaitu huruf (Ù) berbaris bawah. Menurut al-
NahhĂs qirĂâĂt yang dibacakan oleh imam Yahya bin Yacmur di atas adalah qirĂâĂt
yang keluar dari jamĂcah dan ia adalah suatu bacaan yang shĂdh. Kata al-NahhĂs
mengenai ayat di atas:
âBacaan Yahya bin Yacmar (ÙÙÙ ŰšŰ§ Ù) adalah bacaan shĂdh yang terkeluar dari jamĂ
cah
dan qirĂâĂt ini dengan makna ancaman.â17
13
Al-Quran, Yasin 36:8 14
Al-Nahhas, hlm. 712 15
Al-Quran, Qaf 50:36 16
Beliau adalah Yahya bin Yacmar , Abu Sulayman al
cUdwani al Basri. Seorang tabi
cein. Mengambil
Bacaan dari Ibn cAmru,Ibn
cAbbas. Abu
cAmru al
cAlaâ dan Ibn Abi Ishaq mengambil bacaan dari
pada beliau. Beliau juga dikatakan orang pertama meletakkan titik kepada huruf-huruf al-Qurâan. wafat
pada sebelum tahun 90 H. (Ibn al-Jazari, GhĂyah al-NihĂyah fi ĂabaqĂt al-QurrĂâ, jil. 2. Hlm. 331). 17
Al-Nahhas 874
107
Imam Ibn al-Jazari berkata dalam kitabnya al-Nashr18
bahawa rukun yang disepakati
oleh ulama salaf sebelum beliau seperti imam al-Dani, Makki Abu Talib, al-Mahdawi,
Abu Shamah dan lain-lain bahawa setiap qiraâat yang sahih mesti memenuhi tiga
rukun iaitu:
1. Setiap qiraâat mesti menetapi salah satu kaedah bahasa Arab
2. Menetapi tulisan yang ada pada mana mashaf Uthmaniah walaupun secara
ihtimal
3. Mempunyai sanad yang sah
Jika dibandingkan dengan apa yang diketengahkan oleh Al-Nahhas mengenai rukun
qiraâat , penulis mendapati terdapat sedikit perbezaan dalam rukun pertama iaitu
mengenai keselarasan dalam kaedah bahasa Arab. Perbezaan paling ketara adalah
pada rukun yang ketiga di mana beliau tidak menyebut perihal sanad dalam menerima
pakai sesuatu bacaan qiraâat tetapi menyatakan bahawa qiraâat yang sahih perlu
menepati qiraâat al- jamaâah. Menjadi fokus utama penulis mengenai aplikasi serta
pemahaman Al-Nahhas terhadap istilah qiraâat al-jamaah melalui penulisan dan
perbahasan beliau isu berkaitan dengan bacaan qiraâat.
Penggunaan Istilah Qiraâat al-Jamaâah oleh Al-Nahhas
Al-Nahhas telah menggunakan istilah qiraâat al-jamaâah terhadap bacaan sesuatu
qiraâat dengan maksud-maksud tertentu. Penggunaan istilah ini telah memberi kesan
kepada qiraâat yang berlawanan dengan qiraâat jamaâah. Melalui kajian, penulis
mendapati lima pendekatan Al-Nahhas dalam menggunakan istilah qiraâat jamaâah
berdasarkan penulisan beliau dalam kitab Iârab al-Qurâan. Lima cara tersebut
berserta contoh adalah sepertimana berikut:
1. Dengan maksud banyak dari segi periwayatan. Sebagai contoh firman Allah
S.W.T:
18
Al Jazari, Muhammad bin Muhammad, T.th. al-Nashr Fi al-Qiraâat al-Ashr, Dar al-fikr, Bayrut, jil
1. Hlm. 1
108
Terdapat dua wajah bacaan pada perkataan (Ù۟۱۩) dalam ayat di atas sama ada dengan
penambahan huruf alif selepas huruf nun (Ù ŰźŰ±Ű©) dan tanpa alif. Abu jaafar Al-Nahhas
menyatakan kedua-dua bacaan tersebut merupakan qiraâat yang baik kerana kedua-
duanya diriwayatkan oleh jamaâah. Kata beliau:
ÙŰ© Ű”Ű ŰŰ© Űč ÙŰš ŰčŰš Űł ۱ÙÙÙ ÙŰš Űč ÙŰ© Űč ŰčŰ€Ű±Ù Űš ŰŻÙÙ Ű± Űč ÙŰš ŰčŰš Űł ÙŰ”Ű ŰŰ© Űč ÙŰš ÙÙ ŰČŰš ۱ ÙÙ۱Ù
Űč ŰčŰ€Ű±Ű ÙÙŰš ÙŰłŰč ŰŻŰ ÙÙ ÙÙŰĄ ۣ۱ۚŰčŰ© Ù ÙÙ Ű”Ű ŰšŰ© ÙÙŰ° ÙŰč ÙŰ°Ù Ű±ÙŰĄŰ© ÙŰš ÙŰ« Űš ÙÙÙŰčۀێ ÙŰŰ€ŰČŰ© ÙÙÙ ÙŰł ŰŠŰ°
ÙÙ ÙŰȘÙ Ű€ ÙÙ ŰŹŰ€ ŰčŰ©. Ù Ű±ÙŰĄŰ© Ù۟۱۩ ŰŁÙÙ ÙÙ ŰŰ±Ù ÙÙÙ ŰŰł ÙŰŁŰš ŰčŰ€Ű±Ù Ù Ù Ù Ű±ÙŰĄŰȘ ŰŰłÙŰȘ Ù âŠ19
Maksudnya:
Qiraâat sahih dari Ibn Abbas, diriwayatkan oleh Ibn Uyaynah dari Amr bin Dinar dari
Ibn Abbas. Dan Sahih dari Ibn Zubayr yang diriwayatkan dari Umar dan Ibn Masâud
empat orang ini merupakan dari kalangan sahabat. Dan ia adalah qiraâat menjadi
pihihan Ibn Wathab, al-Aâmash, Hamzah dan KisaiâŠ. Manakala qiraâat (Ù۟۱۩) adalah
bacaan ahli Haramayn, al-Hasan, Abu âAmru. Maka kedua-dua bacaan tersebut
adalah bacaan yang baik kerana ramai yang meriwayatkannya.
Berdasarkan dari kenyataan Al-Nahhas di atas, istilah qiraâat al-jamaâah membawa
maksud qiraâat yang mempunyai riwayat yang banyak tanpa beliau menentukan
jumlah bilangan riwayat.
2. Qiraâat al-jamaâah dengan maksud bacaan mutawatir manakala qiraâat yang
bertentangan dihukum sebagai shaz.
Maksudnya:
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang
musyrik makkah itu kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan
kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di
merata-rata negeri. (meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka)
menyelamatkan diri?
19
Al-Nahhas, hlm. 1058
109
Pada kalimah (ÙÙÙ ŰšŰ§Ű§ Ù) dalam ayat di atas, imam Yahya bin Yacmar
20 telah
membaca dengan bentuk ficl al Amr dengan huruf (Ù) berbaris bawah. Menurut al-
NahhĂs qirĂâĂt yang dibacakan oleh imam Yahya bin Yacmar di atas adalah qirĂâĂt
yang keluar dari jamĂcah dan ia adalah suatu bacaan yang shĂdh. Kata al-NahhĂs
mengenai ayat di atas:
Ù Ű±ÙŰĄŰ© ÙŰ Űš ÙŰčۀ۱ ÙÙÙ Űš Ù ŰŽ Ű© Űź ۱ۏ۩ Űč ÙÙ ŰŹŰ€ ŰčŰ© ÙÙŰ° ŰčÙ ÙÙ ŰȘÙ ÙÙÙ.21
Maksudnya:
Bacaan Yahya bin Yacmar (ÙÙÙ Űš Ù) adalah bacaan shĂdh yang terkeluar dari jamĂ
cah
dan qirĂâĂt ini dengan makna ancaman.
Dalam perbincangan di atas, Al-Nahhas telah meletakkan satu ciri qiraâat yang
dikategorikan sebagai shaz iaitu qiraâat yang terkeluar dari jamaâah. Ini memberi
petunjuk bahawa qiraâat-qiraâat yang tidak diriwayatkan oleh jamaâah adalah qiraâat
yang tidak boleh dibaca kerana tidak dikira sebagai al-Qurâan. Dalam hal ni
menampakkan istilah qiraâat al-jamaâah sebagai ukuran utama kepada
pengklasifikaisan hukum bagi qiraâat yang bertentangan dengan istilah tersebut.
3. Qiraâat al-jamaâah dengan maksud kebanyakan qurraâ membaca qiraâat
tertentu manakala qiraâat yang bertentangan tidak diberi hukum. Sebagai
contoh pada firman Allah S.W.T:
22
Terdapat dua wajah bacaan pada kalimah ( Ù Ù). Ia dibaca dengan baris fathah dan
baris dommah. Abu Jaafar Al-Nahhas menyatakan bacaan qiraâat dengan baris
dommah merupakan qiraâat jamaâah manakala Ibn Amir membaca dengan fathah
20
Beliau adalah Yahya bin Yacmar , Abu Sulayman al
cUdwani al Basri. Seorang tabi
cein. Mengambil
Bacaan dari Ibn cAmru,Ibn
cAbbas. Abu
cAmru al
cAlaâ dan Ibn Abi Ishaq mengambil bacaan dari
pada beliau. Beliau juga dikatakan orang pertama meletakkan titik kepada huruf-huruf al-Qurâan. wafat
pada sebelum tahun 90 H. (Ibn al-Jazari, GhĂyah al-NihĂyah fi ĂabaqĂt al-QurrĂâ, jil. 2. Hlm. 331). 21
al-NahhĂs, hlm. 874. 22
Al-Quran, Maryam 19:35.
110
kemudian beliau beralih ke ayat seterusnya tanpa menyatakan status qiraâat Ibn Amir
tersebut. Kata Al-Nahhas :
.ÙŰ„ÙŰ€ ÙÙ Ù Ù Ù Ù Ù Ű±ÙŰĄŰ© ÙÙ ŰŹŰ€ ŰčŰ©Ű Ù Ű±ŰŁ ÙŰš Űč Ù۱ ÙÙ ŰŽ ÙŰ° Ù Ù 23
Maksudnya:
Ù Ù adalah qiraâat al-jamaâah dan Ibn Amir membaca ÙŰ„ÙŰ€ ÙÙ Ù Ù Ù Ù Ù
Dalam hal ini, walaupun qiraâat ibn âAmir terkeluar dari qiraâat al-jamaâah tetapi Al-
Nahhas tidak menghukumkannya sebagai shaz. Beliau hanya mendiamkan qiraâat
tersebut tanpa menulis apa-apa komentar atau hujah berkaitan dengannya. Mungkin
yang dikomentar oleh al-Nahhas sebagai shaz maka dikira sebagai qiraâat shaz tetapi
qiraat ( yang terkeluar dari qiraat al-jamaâah) yang beliau diamkan hukumnya belium
tentu syaz.
4. Qiraâat al-jamaâah dengan maksud bacaaan kebanyakan imam dan qiraâat
yang bertentangan diterima kesahihannya dengan syarat tertentu. Sebagai
contoh firman Allah S.W.T:
...24
Merujuk pada potongan ayat al-Quran di atas, terdapat dua wajah bacaan pada
kalimah ( ÙÙۧ) sama ada dengan huruf taâ atau huruf yaâ. Al-Nahhas menyatakan
bahawa qiraâat dengan huruf ya adalah qiraâat jamaah dan qiraâat dengan huruf ta
adalah bacaan Yazid bin Qaâqaâdi mana bacaan beliau menyalahi jamaah. Walaupun
begitu Al-Nahhas menyatakan bahawa qiraâat yazid bin Qaâqa harus dibaca kerana ia
menepati dua rukun qiraâat yang lain iaitu tulisan qiraâat itu sepadan dengan rasm
Uthmani dan bertepatan dengan bahasa Arab. Al-Nahhas berkata:
ÙÙŰ°Ù ÙÙ Ù Ű±ÙŰĄŰ© ÙŰ„ Ù ÙŰȘ ÙŰź Ù ÙŰ© Ù ŰŰŹŰ© ÙÙ ŰŹŰ€ ŰčŰ© ÙÙ Ű° Ù ÙÙÙ Ű© )Ù ŰȘÙ Ù ÙŰŹ Ù Ű«ÙŰ«Ű©(Ù Ű±ŰŁ ÙŰČÙÙ Űš ÙÙ Ù ŰčÙ Űč
ÙŰł ÙŰŻ ŰŹ ŰŠŰČŰ© ÙŰ° ÙÙ Űč۱ۚ Ű©Ù 25
23
Al-Nahhas, hlm. 527 24
Al-Quran, al-Mujadilah 58:7 25
Al- Nahhas, hlm. 527
111
Maksudnya:
Imam Yazid bin Qaâqa telah membaca dengan (Ùۧ ŰȘÙۧ Ùۧ Ùۏۧ Ù Ű«Ù۫ۧ۩) dan qiraâat ini
walaupun menyalahi hujjah jamaah, ia menepati tulisan mashaf dan mempunyai
keharusan dalam kaedah bahasa ArabÙ.
Dalam hal di atas, prinsip Al-Nahhas sedikit berbeza. Beliau menerima bacaan imam
Yazid bin Qaâqaâ yang bersalahan dengan qiraâat jamaâah dengan hujah bahawa
qiraâat tersebut bertepatan dengan tulisan mushaf. Oleh itu kita dapat lihat
terdapatnya pengecualian yang diberikan pada sesetengah qiraâat jika tidak menepati
hujah jaamah maka ia perlu selari dengan tulisan mashaf dan ada keharusan dalam
kaedah bahasa arab bagi diterima pakai dan diiktiraf sebagai kalimah al-Quran.
Perbincangan Al-Nahhas dalam perkara ini adalah sinonim dengan pendapat
sebahagian ulama qiraâat yang menyatakan keperluan kepada sanad yang bersambung
disusuli dengan ketepatan qiraâat itu dengan tulisan mushaf uthmani serta terdapat
keharusan dalam bahasa arab untuk mengangkat sesuatu bacaan itu ke taraf sahih. ini
bermakna terdapat dua ciri yang diletakkan oleh Al-Nahhas untuk menerima
kesahihan sesuatu qiraâat iaitu yang pertama ialah qiraâat yang berada dalam kategori
qiraâat al- jamaâah dan tidak perlu kepada syarat yang lain. Kedua, qiraâat yang
bukan dalam kategori tersebut mesti menepati dua syarat lain seperti yang telah
disebutkan sebelum ini.
5. Qiraâat al-jamaâah dengan maksud mutawatirah dan menghukumkan qiraâat
yang bertentangan sebagai ahad sekiranya qiraâat tersebut mempunyai sanad
yg sahih. Sebagai contoh firman Allah S.W.T:
26
Dalam membincangkan ayat di atas, Al-Nahhas telah mendatangkan empat wajah
qiraâat yang terdapat pada kalimah (ÙÙŰŽÙ) selain dari bacaan ( ÙÙŰŽÙ) di mana ke
empat-empat wajah tersebut bukan bacaan mutawatir. Al-Nahhas menyatakan:
26
Al-Quran, al-Qalam 68:42
112
ÙŰ°Ù ÙÙ Ù Ű±ÙŰĄŰ© ÙÙ ŰȘŰ° ŰčÙ Ù ŰŹŰ€ ŰčŰ© ÙÙ ŰŰŹŰ© ÙÙ Ù۱ÙÙ Ù Ùۧ Ű±Ù ÙÙ Űč Ù Ù ÙÙ۶۷۱ÙŰšŰ ÙÙŰ°Ù ŰŁÙ۫۱ ÙÙ Ù Ű±ÙŰĄÙŰȘ ÙÙ Űź ۱ۏ۩
ŰŁÙÙ Ù ŰŹÙ Ű© ÙŰąŰŰ ŰŻ.Űč ÙÙ ŰŹŰ€ ŰčŰ©Ű ÙŰ„ Ù ŰčŰȘ ÙŰ° ÙÙŰł Ù Ù ÙÙ Ű”Ű Ű Ű„Ù27
Maksudnya:
Qiraâat yang diriwayatkan oleh jamaah merupakan satu hujah. Dan apa-apa yang
diriwayatkan selain dari jamaah maka pada qiraâat tersebut terdapat iddirab(, begitu
juga kebanyakan qiraâat lain yang terkeluar dari jamaah walaupun ia mempunyai
sanad yang sah tetapi ia ia dikategorikan dalam kategori ahad.
Menjadi keutamaan Al-Nahhas untuk melihat keberadaan sesuatu bacaan qiraâat itu
dalam kategori qiraâat al- jamaâah atau sebaliknya. Jika iya , maka qiraâat tu dikira
sebagai sahih tanpa melihat kepada syarat yang lain. Qiraâat yang tidak termasuk
dalam kategori qiraâat al-jamaâah pula ia dikategorikan sebagai qiraâat ahad jika
mempunyai sanad yang sahih. Dalam kenyataan di atas Al-Nahhas tidak meletakkan
apa-apa syarat tambahan kepada qiraâat yang bertaraf ahad untuk diiktiraf sebagai
satu bacaan yang harus di baca.
27
Al-Nahhas, hlm. 998
113
Kesimpulan
Merujuk kepada perbincangan di atas, pengunaan istilah âqiraâat al-jamaahâ di sisi
al-Nahhas adalah sama maksud dengan istilah âmutawatirâ. Penulis dapati bahawa
jika sekiranya qiraâat tu diriwayat dan dibacakan oleh ramai imam maka qiraat
tersebut dihukum sebagai sahih tanpa melihat kepada dua rukun yang lain. Bagi qiraat
yang tidak menepati qiraat al-jamaah pula maka ia diletakkan dalam kategori qiraâat
ahad serta belum dianggap sebagai sebagai qiraâat yang boleh dibaca. Bagi al-Nahhas
qiraat yang berada dalam kategori ahad mesti memenuhi dua lagi syarat iaitu
menepati kaedah dalam bahasa arab dan selari dengan kaedah rasm uthmani. Ini
bermakna al-Nahhas telah menggunakan iatilah ini sebagai syarat mengkategorikan
sesuatu qiraâat kepada sahih atau dikenali sebagai rukun qiraâat. Berbeza dengan
ulama qiraâat lain yang menggunakan istilah ini dengan tujuan mengenal pasti qiraâat
yang paling utama kefasihan dalam pertuturan menurut kaedah bahasa Arab.
Bagi al-Nahhas qiraâat yang dikategorikan sebagai qiraâat al-jamaâah tidak perlu
diperbincangan dari sudut yang lain kerana periwayatan yang banyak terhadap sesuatu
bacaan sudah menjadi hujah terhadap kesahihannya. Penulis berpendapat penggunaan
al-Nahhas terhadap istilah ini tidak sama dengan apa yang didefinisikan oleh imam
Makki bin Abi Talib. Beliau tidak melihat seperti yang dimaksudkan oleh Imam
Makki bahkan bagi al-Nahhas dengan periwayatan yang banyak sudah cukup untuk
mengkategorikan sesuatu qiraâat sebagai sahih.
Metode al-Nahhas dalam perbicangan ilmu qiraâat ini bertujuan menjaga kesucian
bacaan al-Qurâan dari dicemari dengan bacaan yang tidak sahih atau diragukan
kesahihannya kerana bagi beliau bacaan al-Qurâan seharusnya mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam periwayatan, paling tepat penulisannya dengan kaedah rasm dan
mempunyai kemasyhuran dalam kaedah bahasa arab.
114
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim .
cAbd al-
cĂli al-MasâĂl. 2007. Mu
cjam MusĂalahĂt
cIlm al-QirĂâĂt al-Qurâaniyyah.
Kaherah: DĂr al-SalĂm.
cAbd al-Fattah
cAbbĂsh. T.th. HaqĂqah al-Raâyu al-Basriyyin wa al-KĂfiyyin fi al-
IstishhĂd bi al-QirĂâĂt al-QurâĂniyyah cala QawĂ
cidihim al-Nahwiyyah.
Yaman: t.pt.
cAbd al-Halim bin Mohd. Al-HĂdi Qabh. 1999. Al-QirĂâĂt al-QurâĂniyah
TarikhuhĂ. ThubĂtuhĂ, HujjiyatuhĂ wa AhkĂmuhĂ. Cet. 2. BayrĂt: DĂr al Gharb
al IslĂmiy.
cAbd al-Karim Ibrahim Salim. T.th. Murshid Al-A
cizzah Fi BayĂn Mawqif Al-
cUlamĂâ Min Al -QirĂâĂt al-ShĂdhdhah. Tanta: Kuliyyah al-QurâĂn al-KarĂm
li al- QirĂâĂt wa cUlĂmiha. Uni. Al-Azhar. Tanta.
AbĂ al-HajjĂj, JamĂl al-DĂn Yusuf al-Mizzi. 1992. TahdhĂb al-KamĂl fi AsmĂâ al-
RijĂl. BayrĂt: Muassah al-RisĂlah. Jil. 2.
Ahmad bin Muhammad al-Banna. 1987. Ittihaf Fudalaâ al-Bashar bi al-Qiraâat al-
Arbacah al-
cAshar. BayrĂt:
cAlim al-Kitab.
Ahmad Mukhtar cUmar. 1970. TĂrĂkh Lughah
cArabiyyah Fi Misr. Kaherah:
Maktabah al-cArabiyyah.
Ahmad Sunawari Long. 2008. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.
Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Fakulti pengajian Islam. Universiti
kebanggsaan Malaysia.
Amin bin IdrĂs bin cAbd. RahmĂn Falatah. 2000. Al-IkhtiyĂr
cInda al-QurrĂâ,
MafhĂmihi wa MarĂhilihi wa Atharihi fi al-QirĂâĂt. Tesis peringkat
sarjana. Fakulti Dakwah & Usuluddin. Jab. Al-Qurâan & Sunnah. Uni.
Umm al-Qura. Mekah al- Mukarramah.
al-AnbĂri. AbĂ al-BarakĂt. cAbd. RahmĂn bin Muhammad. 1985. Nuzhah al-AlbĂâ fi
ĂabaqĂt al-UdabĂâ. Jordan: Maktabah al Manar.
al-AstarabĂdhi, RaĂhi al-DĂn, Muhammad bin al Hasan. 1982. Syarh al-ShĂfiah Ibn
al- Hajib. BayrĂt: DĂr Kutb al-cIlmiyyah. Jld. 1.
115
al-BukhĂri, AbĂ cAbdullah, Muhammad bin Isma
cil. 1400H. ĂahĂh al-BukhĂri.
Kaherah: MaĂbacah Salafiyyah
al-DawĂdi, Muhammad bin Ahmad. 1994. ĂabaqĂt al-MufasirĂn. Kaherah:
Maktabah Wahbah. Jil. 1.
al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad, 1995. Macrifat al-QurrĂâ al-Kibar, Istanbul:
Silsilah al-cUyĂn al Islamiyy, jil.1.
al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad bin Uthman. 1985. SiyĂr AclĂm al-NubalĂâ.
BayrĂt: Muassasah al-RisĂlah. Jld. 10.
al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad bin Uthman. 1985. Tarikh al-Islam wa Wafayat
al-Mashahir wa al-Aclam. BayrĂt: Dar al-Kitab al-
cArabi. Jld. 10.
al-FarrĂâ, AbĂ Zakariyya, Yahya bin ZiyĂd. 1983. Macani al-Quran. BayrĂt:
cĂlim
al KitĂb.
al-Farmawy. c
Abd Hayy Husayn. 2004. Rasm al-Mushaf wa Naqtuh. Kaherah:
Maktabah Makkiyyah.
al-FĂrisi, AbĂ cAli, al Hasan bin Ahmad. 2001. Al-Hujjah li al-QurrĂâ al-Sab
ca.
BayrĂt: cĂlim al-KitĂb. Jil. 2.
Hamdi Sultan Hasan. T.th. JamĂl al-AdĂâ fi TamĂm al-Waqf Wa Husn al-IbtidĂâ.
Tanta: Kuliyyah al-QurâĂn wa al-QirĂâĂt wa cUlĂmiha,Uni. Al AzhĂr.
al-Hamawi al-RĂmi, YĂqĂt bin cAbdullah. 1993. Mu
cjam al-UdabĂâ IrshĂd al-
ArĂb fi Macrifah al-AdĂb. BayrĂt: DĂr al-Gharb al IslĂmiyy. Jil 1.
al-Hamawi al-Rumi, YĂqĂt bin cAbdullah. 1977. Mu
cjam BuldĂn. BayrĂt: DĂr al
ĂĂdir. Jil 4.
Hussain Unang, Kamus at Tullab. 1994. DarulFikir. K.Lumpur.
Ibn FaraĂi, AbĂ al WalĂd, cAbdullah bin Muhammad. 1966. TĂrikh
cUlamĂâ al-
Andalus. BayrĂt: DĂr al-Misriyyah li al-Tarjamah wa al-TaâlĂf. Jil. 1.
Ibn FĂris, Ahmad bin FĂris bin Zakaria. T.th. Mucjam MaqĂyis fi al-Lughah. BayrĂt:
DĂr al-Fikr. Jil. 5.
Ibn Hajar al-cAsqalani. Ahmad bin
cAli. 2002. LisĂn al-MizĂn. BayrĂt: DĂr al-
BashĂir al-IslĂmiyyah. Jil. 1.
116
al-Jawhari, IsmacĂl bin HammĂd. 1984. Al-Ăihhah, TĂj al-LughĂt wa Ăihah al-
cArabiyyah. BayrĂt: DĂr al-
cIlm al MalayĂn, jld. 5.
Ibn al-Jazari, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. T.th. al-Nashr fi al-Qiraat
al-cAshr. BayrĂt: DĂr al-Fikr.
Ibn al-Jazari. Muhammad bin Muhammad. 2006. GhĂyah al-NihĂyah fi ĂabaqĂt al-
QurrĂâ. BayrĂt: DĂr al-Kutb al-cIlmiyyah. Jil. 1.
Ibn al-Jazari, AbĂ al-KhĂyr, Muhammad bin Muhammad. 2007. Munjid al-MuqriâĂn
wa Mursyid al-ĂĂlibĂn, Tanta: DĂr al-ĂahĂbat.
Ibn Jinni, Abu al-Fath, cUthmĂn. T.th. al-Muhtasab fi TabyĂn wujĂh al-QirĂâĂt wa
al- ĂĂah canha. Kaherah: Maktabah al-Azhariyah.
Ibn Kathir, Abu al-Fidaâ, Ismacil bin
cUmar. 1998. Al-Bidayah wa al-Nihayah.
Bayrut: Dar Ihyaâ al-Turath al-cArabiy. Jil. 11.
Ibn Khayr, Muhammad bin Khayr bin cUmar. 1998. FahrasĂt Ibn Khayr al-IshbĂlĂ.
BayrĂt: DĂr al-Kutb al-cIlmiyyah.
Ibn Khalawayh, Abi cAbd Allah al-Hasan bin Ahmad. 1990. MukhtaĂar fi ShawĂdh
al-Qurâan. Kaherah: Maktabah al-Mutannabiyy.
Ibn MujĂhid, al-Sabcah fi al QirĂâĂt. T.th. Kaherah: DĂr al Ma
cĂrif.
Ibn Zanjalah, AbĂ Zarcah,
cAbd al RahmĂn bin Muhammad. 2001. Hujjah al-
QirĂâĂt. BayrĂt: Muassasah al-RisĂlah.
IsmacĂl Basha al-Baghdadi. 1955. HadĂyah al-
cĂrifĂn AsmĂâ al-MuallifĂn wa AthĂr
al- MuĂannifĂn. Kaherah: Dar IhyĂâ al-ThurĂth al-cArabiy. Jil. 2.
Kamus dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KhĂlid bin cAbd. Rahman al
cAk. 2007. UĂĂl al-TafsĂr wa QawĂ
ciduhu. Damsyik:
DĂr al-NafĂis.
al-KharrĂz, AbĂ Abdullah Muhammad bin Muhammad. 2005. DalĂl al-HayrĂn cAla
Mawrid al-ĂamâĂn fi Fannay al-Rasm wa al-Dabt. Kaherah: DĂr al HadĂth.
Makki bin Abi Talib. 1997. Al-Kasyf can Wujuh al-QirĂâĂt al-Sab
c . BayrĂt:
Muassah al-RisĂlah. Jld 2.
117
Muhammad Ibn cUmar Salim Bazamul. 1996. Al-QirĂâĂt wa Atharuha fi al-TafsĂr
wa al-Ahkam. Sacudi
cArabia: DĂr al-Hijrah.
Muhd. Samir Najib. Mucjam MusĂalahĂt al-Nahwiyyah wa al-Ăarfiyyah. Bayrut:
Muassasah al-Risalah.
Mucjam al-
cArabi al-Asasi. T.th. T.pt: al MunaĂĂamah al-
cArabiyyah li al-
TarbĂyyah wa al -ThaqĂfah wa al-cUlĂm.
Najimudin al GhĂzzi. T.th. KawĂkib al-SĂâirah bi A`yĂn al-Miah al-cAsyarah.
BayrĂt: DĂr al- Kutb al cIlmiyyahJil. 1.
al-NahhĂs. AbĂ JacfĂr. Ahmad bin Muhammad. 2005. I
crĂb al-QurâĂn. BayrĂt:
cĂlam al-KitĂb.
al-NahhĂs, AbĂ Jacfar, Ahmad bin Muhammad. 2004. Ma
cĂni al-QurâĂn. Kaherah:
DĂr al- HadtĂh. jil. 1.
al-NahhĂs, AbĂ Jacfar, Ahmad bin Muhammad. 1990. SinĂ
cah al-KuttĂb. BayrĂt:
DĂr cUlĂm al-
cArabiyyah.
al-NahhĂs, AbĂ Jacfar, Ahmad bin Muhammad. 1965. Al-Tufahah fi al-Nahw.
Baghdad: Maktabah al-cAni.
al-QĂĂi. Abd FattĂh T.th. TĂrĂkh al-Mushaf al-SharĂf. Kaherah: Maktabah al-
Azhariyyah.
al-Qaisiy, Abi Muhammad Makki bin Abi Talib. 1997. Al-Kasyfu can WujĂh al-
QirĂâĂt al- Sabc wa
cilaliha wa Hijajiha. Cet. 5. BayrĂt: Muassasah al-
Risalah.
al-Qastalani, Shihab al-Din, 1972, LaĂĂâif al-IshĂrat li Funun al-QirĂâĂt, Kaherah:
Lahjah IhyĂâ TurĂth IslĂmiyy.
al-QifĂi, Jamal al-DĂn, cAli bin YĂsuf. 1986. InbĂh al-RuwĂh
cala AbnĂâ al-NuhĂh.
BayrĂt: DĂr al-Fikr. Jil. 3.
al-Subki, TĂj al-DĂn, cAbd. Wahb bin
cAli. T.th. ĂabaqĂt ShĂfi
ciyyah al-KubrĂ.
BayrĂt: DĂr al- IhyĂâ al Kutb al-cArabiyyah. Jil. 2.
al-SuyĂĂi, JalĂl al-DĂn, Abd. Rahman bin AbĂ Bakr. 1979. Bugyah al-WucĂh fi
ĂabaqĂt al-LughawiyyĂn wa al-NuhĂh. BayrĂt: DĂr al-Fikr.
118
al-SuyuĂi. JalĂl al-DĂn cabd. RahmĂn. 2000. Al-ItqĂn fi
cUlĂm al-QurâĂn. BayrĂt:
DĂr Ibn kathĂr. Jil 1.
al-SuyĂĂi, JalĂl al-Din cabd. RahmĂn. 2003. Tarikh KhulafĂâ. BayrĂt: DĂr Ibn
Hazm.
Sabri Mohamad, Mohd Faizul Amri Mohd Saad. 2010. Dinamika Ilmu Qiraâat
Qurâaniyyah. Jab. Pengajian al Qurâan dan al Sunnah fakulti pengajian Islam.
UKM.
Siddiq Manshawi. T.th. QamĂs MusĂalahĂt HadĂth al-Nabawi. Kaherah: DĂr al-
FadĂlah.
al-Tirmidhi, Abu cIsa, Muhammad bin Sawrah, Jami
c al-Sahih. t.th. Tahkik
Nasiruddin al-Albani. Bayrut: Maktabah al-Macarif,
al-ZahrĂni, Abd HĂdi bin cAli. 2008. IkhtiyĂrĂt AbĂ Ja
cfar al-NahhĂs fi al-TafsĂr.
Tesis Dr. Fal, Universiti Um al-Qura, Makkah al Mukarramah.
al-Zamakhshari, Abu al-Qasim, Mahmud bin cAmru. 1986. Al-KashshĂf
can HaqĂiq
GhawĂmiĂ al-TanzĂl. BayrĂt: DĂr al KitĂb al-cArabi. Jil 2.
al-Zubaidi, Abu Bakr Muhammad bin al-Hasan, T.th. Tabaqat al-Nahwiyyin wa al-
Lughawiyyin. Cet. 2. Egypt: Dar al-Macarif.
al-Zuhayli, Wahbab bin MusĂafa. 1998. Al-TafsĂr al-MunĂr fi al-AqĂdah wa al
SharĂcah wa al-Manhaj. Damshik: DĂr al-Fikr. Jld. 17.
www.mehesen.com/info.html, [23 Mac 2011].