7/28/2019 PKP3110 - 2010 soalan
1/3
Pkp 3110 - 2010
BAHAGIAN B
1. a. Apakah yang dimaksudkan dengan kajian tindakan?
(2 markah)
b. Nyatakan dua tujuan Kajian Tindakan diamalkan di sekolah
(2 markah)
c. Nyatakan tiga ciri Kajian Tindakan
(6 markah)
2. Lewin (1946) merupakan orang yang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi tentang
prosedur kajian tindakan.
a. Nyatakan empat peringkat prosedur/proses dalam kajian tindakan
(4 markah)
b. Jelaskan proses refleksi dalam kajian tindakan
(2 markah)
c. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan menentukan fokus kajian
(2 markah)
d. Jelaskan apakah maksud mengenalpasti objektif dalam kajian tindakan
(2 markah)
3. Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang
beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang kajian
tindakan yang akan dilaksanakan.
a. Senaraikan empat persoalan yang perlu dijawab dalam kertas cadangan
(4 markah)
b. Nyatakan empat kaedah pengumpulan data dalam kajian tindakan
(4 markah)
c. Apakah yang dimaksudkan dengan skala likert?
(2 markah)
1
7/28/2019 PKP3110 - 2010 soalan
2/3
4. Kajian tindakan memerlukan asas empirikal yang kuat untuk membolehkan tindakan
yang tepat dilaksanakan. Justeru, pengumpulan data menggunakan skala yang sah
amat penting dalam pembinaan instrumen soal selidik.
a. Senaraikan dua jenis skala yang boleh digunakan penyelidik untuk memungut
data beserta dengan contoh skala yang digunakan.
(4 markah)
b. Dalam pembinaan instrumen soal selidik beberapa kriteria penting perlu diambil
kira.
Jelas tiga kriteria dalam pembinaan instrumen soal selidik
(6 markah)
BAHAGIAN C
1 a. Huraikan empat cara bagaimana penyelidikan tindakan boleh digunakan untuk
perkembangan profesionalisme seorang guru
(10 markah)
b. Seorang guru Tahun 4 Amanah mendapati muridnya yang seramai 40 orang
sentiasa tidak menghantar kerja rumah walaupun mereka adalah murid yang
terbaik. Beliau bercadang untuk menggunakan kerja rumah secara berpasangan
untuk meningkatkan kadar kerja rumah yang dihantar.
Huraikan langkah-langkah kajian tindakan ( soalan kajian, sampel, instrumen,
tindakan, cara mengumpul dan menganalisis data) yang boleh dijalankan oleh
guru tersebut untuk menentukan tindakan beliau berkesan atau tidak.
(10 markah)
2. Keboleh mengenalpasti dan menyaring maklumat dari literatur yang berkaitan dengan
kajian yang hendak dijalankan akan membantu kita lebih memahami bidang dan topik
kajian.
a. Jelaskan maksud beserta contoh yang sesuai batsan kajian dan masalah kajian
yang terdapat dalam sesbuah tinjauan literatur.
(4 markah)
b. Tinjauan literatur juga memberikan beberapa maklumat lain yang penting seperti
mana tempat kajian, popilasi dan persampelan kajian, alat kajian, kaedah
analisis data dan dapatan kajian.
2
7/28/2019 PKP3110 - 2010 soalan
3/3
Berkan rasional beserta empat maklumat penting yang terdapat dalam tinjauan
literatur
(16 markah)
3. a. Soal selidik merupakan satu cara untuk mengumpul data dalam kajian tindakan.
Huraikan empat garis panduan semasa membentuk item bagi soal selidik.
(10 markah)
b. Seorang guru Pemilihan mendapati murid-muridnya kurang melibatkan diri dalam
pelajaran. Beliau ingin menjalankan kajian tindakan untuk menentukan sama ada
penggunaan lagu-lagu dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
pengajarannya.
Dalam kajian sedemikian, terangkan dua sebab mengapa pemerhatian lebih
sesuai berbanding dengan soal selidik untuk mengumpul data. (10 markah)
3