Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi
Tahun 2012:
Perkara Mukasurat
Kod Tuntutan : 148
Kod Tuntutan : 149 14
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 1 -
Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2012. Sila baca
nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun
Taksiran 2012 adalah benar dan lengkap.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TP
KECUALI bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut
yang boleh diperoleh daripada buku panduan dalam laman sesawang:
(i) Helaian Kerja HK-3 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);
(ii) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(iii) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai
yang telah dibuat di negara asing.
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh
(7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang
disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak berkenaan
tidak perlu diisi.
Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun cukai di ruangan B35a hingga B36, C35a
hingga C36, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala bahagian lain yang
melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.
SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP
Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang dimiliki disisi undang-undang pada masa kematian
dikenali sebagai harta pusaka. Sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindahmilik kepada waris,
maka wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca pendapatan arwah / mendiang dalam
Borang TP.
1
2
Isikan nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Isikan nombor cukai pendapatan harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.
<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?
1 Nama Harta Pusaka
usaka
H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y
0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>?
No. Cukai Pendapatan
TP 2
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 2 -
KEDUDUKAN CUKAI
Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan
borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak
sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TP.
BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA
A1
Domisil
di Malaysia Semasa Mati
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai
ini berdomisil di Malaysia semasa kematian dan isikan ‘2’ sekiranya
berdomisil di luar Malaysia.
Domisil bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya.
Individu berkenaan juga mempunyai niat untuk menetap di negara
tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
A2
Negara Domisil Semasa Mati
Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’ dan sekiranya
pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila
rujuk kepada muka surat 13 nota ini untuk mendapatkan senarai
ringkas kod negara atau Lampiran E Buku Panduan untuk senarai
terperinci.
A3
Tarikh Kematian
Nyatakan tarikh yang tercatat di dalam sijil kematian.
A4
Wasiat
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya arwah/
mendiang ada meninggalkan wasiat dan isikan ‘2’ sekiranya tidak
meninggalkan wasiat sebelum kematian.
A5 Surat Kuasa
Mentadbir
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah
memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat
kuasa dipanggil geran probet (grant probate) akan dikeluarkan oleh
pihak mahkamah atau jika simati tiada meninggalkan wasiat, surat
kuasa pentadbir harta pusaka (Letter of Administration) akan
dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
A6 Tarikh Pemerolehan
Surat Kuasa
Nyatakan tarikh yang tercatit di dalam surat kuasa dimana ianya
dianggap tarikh perlantikan berkuatkuasa bagi seseorang pentadbir
kepada harta pusaka berkenaan. Jika ruang A5 ialah ‘2’, ruang ini
dibiarkan kosong.
A7
Penyimpanan
Rekod
Isikan ‘1’ di ruang yang disediakan jika ada membuat penyimpanan
rekod.
Isikan ‘2’ jika tiada.
A8 Alamat Surat-
menyurat Wasi /
Pentadbir Utama
Alamat di mana dokumen perihal cukai pendapatan perlu
disampaikan atau diposkan.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 3 -
A9 Alamat Premis
Perniagaan Simati
Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta
pusaka dikendalikan sekiranya simati ada mempunyai tempat
berniaga semasa hayatnya dan perniagaan itu masih diteruskan oleh
siwaris tanpa menukar nama pemilik perniagaan yang asal.
A10 Alamat di mana rekod
harta pusaka disimpan
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan
dokumen harta pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat atau
isikan ‘2’ sekiranya disimpan di premis perniagaan atau isikan ‘3’ jika
disimpan di alamat lain.
A11 Alamat lain (Jika A10 = 3)
Nyatakan alamat berkenaan jika jawapan di ruang A10 ialah ‘3’.
A11a Alamat Laman
Sesawang /Blog
Alamat laman sesawang atau blog (jika ada)
A12 Maklumat
Wasi/Pentadbir
Isikan maklumat wasi/pentadbir di mana yang berkenaan.
A12a Nama Nyatakan nama penuh wasi/pentadbir seperti yang tertera di kad
pengenalan atau pasport.
A12b No. Pengenalan /
Pendaftaran*
Isi nombor kad pengenalan/ Polis/ Tentera sebagai no.pengenalan
dan potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan.
A12c No. Pasport Isi nombor pasport sekiranya wasi/pentadbir merupakan warga asing
yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.
A12d No. Cukai Pendapatan
Isi nombor cukai pendapatan setiap wasi/pentadbir, sekiranya ada.
Tulis nombor berkenaan dari kanan ke kiri.
A12e No. Telefon
Isi nombor telefon untuk memudahkan pihak LHDNM menghubungi
setiap wasi/pentadbir, sekiranya perlu.
Sekiranya terdapat lebih daripada 2 orang yang dilantik sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka
ini, senaraikan maklumat seperti di A12a hingga A12e sebagai lampiran tambahan dan lampiran ini
perlulah dikemukakan bersama pengembalian Borang TP.
A13 Maklumat Bank Wasi/
Pentadbir
Maklumat bank dikehendaki sekiranya LHDNM ingin mengkreditkan
lebihan bayaran cukai pendapatan, jika ada.
A13a Nama Bank Nyatakan nama bank berkenaan untuk tujuan di atas dan bank ini
mestilah beroperasi dalam Malaysia sahaja.
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai Berdomisil Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=1)
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 4 -
B1
–
B9
PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan,
perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.
Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada
penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian
perkhidmatan. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1, amaun N dari
Helaian Kerja HK-1C dan amaun L dari Helaian Kerja HK-1D (Buku
Panduan yang boleh diperoleh di laman sesawang LHDNM).
PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari
menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion
dikenakan cukai. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B (Buku
Panduan dalam laman sesawang).
ELAUN MODAL
Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun
bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga
HK-1.2A
RUGI PERNIAGAAN
BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum
ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca
perniagaan / perkongsian sahaja. Amaun B dari Helaian Kerja HK-
1.3. Jika amaun B8 lebih besar dari amaun B7, tolakan dibenarkan
adalah terhad kepada amaun B7 sahaja. Baki kerugian tahun
kebelakangan hendaklah dimasukkan ke ruang G1b Borang TP.
B10 –
B22
DIVIDEN
Masukkan pendapatan berpunca dari dividen / pengagihan pendapatan daripada syarikat dan amanah unit [selain dari Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF)] yang telah dikenakan cukai atas kadar cukai tahun semasa syarikat iaitu 25%. Helaian Kerja HK-3 perlu disertakan bersama Borang TP sekiranya tuan layak menuntut pembayaran balik seperti di ruangan D7. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3.
FAEDAH
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.
DISKAUN
Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 5 -
SEWA
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B (Buku Panduan dalam laman sesawang).
ROYALTI
Royalti bermaksud:-
(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk
penggunaan atau hak untuk menggunakan:
(i) hakcipta, hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk
atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama
atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta
atau hak lain yang serupa;
(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal,
perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman
atau kemahiran saintifik;
(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-
mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam
perenggan (a) definisi di atas.
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5 (Buku Panduan dalam laman
sesawang).
ANUITI
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan
amanah. Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang
melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk
selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
BAYARAN BERKALA LAIN
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 6 -
TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira
diperingkat pendapatan agregat.
Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali
di bawah Jadual 4 ACP 1967.
Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika
tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.
Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4
ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan dan diambil
kira dalam menentukan pendapatan agregat.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
RUGI PERNIAGAAN
TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada jumlah
pendapatan agregat/terkumpul (ruang B17). Contoh: kerugian
perniagaan pada tahun 2012 ditolak daripada pendapatan agregat
bagi tahun 2012. Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun
B18 lebih besar dari amaun B17, tolakan dibenarkan adalah terhad
kepada amaun B17 sahaja.
PERBELANJAAN
MENCARIGALI -
JADUAL 4 DAN
PERENGGAN
44(1)(b)
Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau
mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan
yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagai potongan. Amaun
ini terhad kepada B19 Borang TP. Baki yang tidak boleh diserap (jika
ada) dimasukkan ke ruang J3 Borang TP.
B22
ANUITI KENA
DIBAYAR /
BAYARAN
BERKALA
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang
melayakkan waris menerima bayaran tahunan, sama ada untuk
selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Jika simati tidak
meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama
anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang.
Sesuatu bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang
tetap.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 7 -
B24 – B30 DERMA DAN HADIAH
HADIAH WANG KEPADA KERAJAAN / KERAJAAN TEMPATAN YANG DILULUSKAN
Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan.
Subseksyen 44(6)
HADIAH WANG KEPADA INSTITUSI ATAU ORGANISASI DILULUSKAN
Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)
HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA AKTIVITI SUKAN
ATAU BADAN SUKAN YANG DILULUSKAN
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang
diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya
Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen
44(11B)
HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA PROJEK
BERKEPENTINGAN NEGARA YANG DILULUSKAN
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan
negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)
Terhad
kepada
7%
daripada
pendapatan
agregat di
ruang B17
HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.
Subseksyen 44(6A)
HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN
Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan
awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi.
Subseksyen 44(8)
HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan
pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.
Subseksyen 44(11)
ZAKAT PERNIAGAAN
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.
Subseksyen 44(11A)
B33
PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang
mentadbir harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil
di Malaysia semasa kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada
pentadbir harta pusaka tanpa mengira sama ada pentadbir tersebut
adalah seorang pemastautin atau tidak. Amaun potongan adalah
sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk
kes individu iaitu RM 9,000.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 8 -
B35
– B36
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
Cukai ke atas yang pertama
Sesuaikan amaun di B34 Borang TP (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan
bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).
Cukai ke atas baki
Contoh:
Pendapatan bercukai di B34: RM15,550
Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:
Cukai ke atas RM10,000 yang pertama RM175.00
Cukai ke atas baki RM5,550 atas kadar 3% RM166.50
Jumlah cukai yang dikenakan RM341.50
Masukkan di ruang B35a dan B35b dalam Borang TP seperti berikut:
BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai TIDAK BERDOMISIL Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=2)
C1 – C30 Rujuk kepada nota dalam Bahagian B di ruangan B1 hingga B30
Sekiranya C23 tiada jumlah atau nilai negatif, isikan ‘0’ di ruangan
C23. Derma dan hadiah dari C31 yang tidak boleh ditolak, tidak
boleh di bawa ke hadapan.
C33
_
C34
Penerangan mengenai pendapatan faedah dan royalti boleh dirujuk kepada nota dalam
Bahagian B di ruangan B10 hingga B22. Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di
Malaysia semasa kematian, pendapatan ini dicukai daripada jumlah kasar.
PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A
Pendapatan-pendapatan berikut bagi seseorang yang bukan
pemastautin di Malaysia dianggap terbit dari Malaysia dan boleh
dikenakan cukai:
amaun yang dibayar untuk perkhidmatan yang diberi oleh
1 6 6 5 0
1 0 0 0 0 1 7 5 0 0
3 4 1 5 0
5 5 5 0 0 3
->>_>>_>>? ->>_>>_>>?
<?
B36
Cukai ke atas yang pertama
Cukai ke atas baki
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B35a + B35b)
Atas Kadar (%)
B35
B35a
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN (Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan)
->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?
, , ,
, , ,
, , ,
, , ,
.
.
, , , . ->>_>>_>>_>?
B35b
B36
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 9 -
seseorang berkaitan dengan penggunaan harta atau hak yang
dipunyainya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji,
mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada orang itu;
amaun yang dibayar sebagai balasan bagi nasihat teknikal,
bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi berkaitan
dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran bagi apa-apa skim,
projek, ventur atau perusahaan saintifik, perindustrian atau
perdagangan; atau
sewaan atau bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa
perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.
PENDAPATAN LAIN
Pendapatan-pendapatan dari sumber lain sebagaimana dinyatakan
di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK)
antara negara-negara yang terlibat di mana pendapatan berkenaan
adalah tertakluk kepada kadar cukai lain.
C35 _
C36
PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing
Rujuk Lampiran F Buku Panduan untuk senarai kadar cukai bagi pendapatan-pendapatan
berkenaan. Sekiranya ada negara atau kadar cukai yang tidak terdapat dalam senarai ini, sila
rujuk dalam laman sesawang atau PPPDK negara berkenaan untuk senarai yang terkini.
Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini
menerima pendapatan faedah dan royalti.
Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C35a: RM50,500
Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C35f: RM10,000
Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C35d: RM25,000
Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TP seperti berikut:
->>_>>_>>_>?
<>_>>_>>_>>?
Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
2 5 0 0 0 0
25 C35a
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
, , , . , , , 1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0
C36 ->>_>>_>>_>?
, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C35a hingga C35g) C36
1 5 0 0 0 0
2 5 0 0 0
1 0 0 0 0
1 6 6 2 5 0 0
10 C35d <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , . 15 C35f <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , .
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 10 -
BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
D1 – D7
Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B36 dalam Bahagian B atau dari ruang C36 dalam Bahagian C.
TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)
Sertakan pengiraan di Helaian Kerja HK-3 sekiranya harta pusaka ini
layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang D7 Borang TP.
Amaun D dari Helaian Kerja HK-3.
TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang
dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk
Lampiran F Buku Panduan untuk menentukan negara-negara yang
memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan
Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 (Buku
Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat pengiraan kredit.
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang
dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-
negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua
kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja
HK-9 (Buku Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat
pengiraan kredit.
BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2012 RUMUSAN CUKAI DAN BAYARAN
Sila isi ‘0’ di ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D7. Masukkan bayaran
ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2. Baki cukai kena
dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran
(CP501) yang dilampirkan bersama borang apabila membuat bayaran di kaunter bayaran LHDNM
atau menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank sekiranya membuat bayaran di
kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank)
dan Affin Bank Berhad (ABB).
Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai
kena dibayar ialah pada 30 April 2013. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti
dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 11 -
BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM
DILAPORKAN
F1 – F3
Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum
dilaporkan sebelum ini. Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2011 tetapi baucar hanya
diterima dalam tahun 2012.
Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
G1 –
G3e
Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati dalam Helaian Kerja Buku Panduan Borang TP yang boleh diperoleh dari laman sesawang.
BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA
DAN POTONGAN DUA KALI
Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.
BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF
J1 – J3
ELAUN JADUAL 7A
Insentif ini diberi bagi yang menjalankan perniagaan penternakan
ayam dan itik yang menukar daripada sistem reban terbuka kepada
sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem reban tertutup
sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani [perenggan 1c dan subperenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967].
Insentif ini boleh dituntut sekiranya terdapat baki elaun Jadual 7A
yang belum diserap sepenuhnya(perenggan 4 Jadual 7A).
Rujuk kepada perenggan 3 Jadual 7A ACP 1967 serta Helaian Kerja
HK-1B / HK-1C(yang mana berkaitan) untuk membuat pengiraan.
Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang
layak serta borang permohonan dan pengiraan elaun tersebut untuk
semakan.
ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN
Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk
menentukan kelayakan. Gunakan Helaian Kerja HK-1D untuk
pengiraan.
PERBELANJAAN JADUAL 4
Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam
tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke
ruang ini.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 12 -
BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA
K1 –
K50
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan
perniagaan.
Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta
Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan sahaja.
BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN
L1 –
L5
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang
dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.
AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Isikan nama tuan selaku wasi/pentadbir kepada harta pusaka ini. Jika harta pusaka ini mempunyai
lebih dari seorang wasi/pentadbir, hanya salah seorang daripada mereka yang perlu melengkapkan
ruangan ini. Walau bagaimanapun, kesemua wasi/pentadbir adalah bertanggungjawab secara
bersama ke atas urusan percukaian simati.
Potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan dan isikan nombor pengenalan yang berkaitan.
Nyatakan tarikh borang nyata ini dilengkapkan.
Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan
dikembalikan kepada tuan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan
semula borang nyata ini kepada LHDNM.
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen/wakil cukai yang menyediakan borang
nyata ini sekiranya pentadbir harta pusaka menggunakan khidmat mereka.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 13 -
JADUAL CUKAI
KATEGORI
BANJARAN PENDAPATAN
BERCUKAI
(a)
PENGIRAAN
RM
(b)
KADAR
%
(c)
CUKAI
RM
(d)
A 0 - 2,500 2,500 pertama 0 0
B 2,501 - 5,000 2,500 berikutnya 1 25
C 5,001 - 10,000 5,000
5,000
pertama
berikutnya
3
25
150
D 10,001 - 20,000 10,000
10,000
pertama
berikutnya
3
175
300
E 20,001 - 35,000 20,000
15,000
pertama
berikutnya
7
475
1,050
F 35,001 - 50,000 35,000
15,000
pertama
berikutnya
12
1,525
1,800
G 50,001 - 70,000 50,000
20,000
pertama
berikutnya
19
3,325
3,800
H 70,001 - 100,000 70,000
30,000
pertama
berikutnya
24
7,125
7,200
I Lebih 100,000 100,000 pertama
setiap ringgit berikutnya
26
14,325
..............
KOD NEGARA
Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku
Panduan Borang TP untuk mendapatkan senarai lengkap.
Nama Negara Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 14 -
KOD TUNTUTAN
TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS
Kod Tuntutan
101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
104 Perbelanjaan kebajikan
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107
Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing:
terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan
terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka
121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja
122 Kos membangunkan laman jaring
137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus
140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja
144 Pendaftaran perbelanjaan cap dagangan dan paten
146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat(Kumpulan Wang PPS)
148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais
149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo
202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja
219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional