PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
1 MAC 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.15 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
4
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Mac 2016 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Industri dan Klasifikasi Tarif
Dagangan (IKTD) kerana telah
mengatur dan menganjurkan Majlis
5
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan begitu baik sekali.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEGAWAI KEMBALI KE
RAHMATULLAH]
3. Seperti semua sedia maklum, pada 28
Julai yang lepas Jabatan Kimia
Malaysia telah kehilangan seorang
Pegawai Sains, C44 iaitu Puan
Rozieyati binti Abdullah yang telah
kembali ke rahmatullah pada 9
6
Februari yang lepas. Semoga roh nya
dicucuri rahmat dan ditempatkan di
kalangan mereka yang soleh dan
beriman.
Al-Fatihah...
[PEMANGKUAN PEGAWAI SAINS GRED
C41 KE C44]
4. Saya ingin mengucapkan syabas
kepada En. Lau Nie Chai dan En.
Abdul Razak bin Abu Samah atas
pemangkuan dari Gred C41 ke Gred
7
C44 (Hakiki) yang berkuatkuasa pada
1 Februari 2016.
5. Tidak lupa tahniah juga kepada 71
orang Pegawai Sains atas
pemangkuan dari Gred C41 ke Gred
C44 (Fleksi) yang juga berkuatkuasa
pada 1 Februari 2016. Seramai 33
orang merupakan pegawai sains dari
Ibu Pejabat manakala 38 orang lagi
dari Makmal Cawangan.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati
sekalian,
[INTEGRITI]
8
6. Menyentuh tentang isu integriti seperti
membuat tuntutan palsu, tidak
mematuhi prosedur yang ditetapkan di
dalam proses kerja. Tuan/ Puan
diingatkan agar memastikan
pematuhan kepada prosedur kerja
yang ditetapkan seperti mengisi
borang-borang yang berkaitan,
memasukkan maklumat yang
sepatutnya (seperti pemandu yang
perlu mencatat rekod meter
pembatuan kenderaan sebelum dan
9
selepas sampai ke destinasi) dan
sebagainya. Pemantauan yang teliti
pihak pengurusan juga perlu dalam
memproses tuntutan yang dibuat agar
tidak berlaku tuntutan palsu dan kerja
tidak dilaksanakan sebagaimana
tuntutan yang dibuat.
7. Sehubungan itu, tuan-tuan dan puan-
puan diingatkan agar sentiasa
berusaha untuk mematuhi peraturan
dan prosedur kerja yang telah
ditetapkan. Saya berharap semua
10
warga Kimia menunjukkan tahap
integriti yang tinggi.
[PENSIJILAN INFORMATION SECURITTY
MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)]
8. Audit Luar Pengurusan Sistem
Keselamatan Maklumat atau
Information Security Management
System (ISMS) telah selesai
dilaksanakan pada 12 – 14 Januari
2016 oleh Pasukan Audit dari
11
CyberSecurity Malaysia yang
melibatkan lokasi pengauditan di Ibu
Pejabat Jabatan Kimia Malaysia,
Pusat Data Sektor Awam (PDSA)
Putrajaya dan juga 3 makmal
cawangan iaitu JKMC Kuching, JKMC
Perak dan JKMC Melaka. .
9. Untuk makluman semua, objektif
sistem keselamatan maklumat ini ialah
untuk “Menyediakan pelan
pengurusan dan pengoperasian
Sistem Pengurusan Informasi Makmal
12
(SPIM) di Jabatan Kimia Malaysia
yang optimum bagi menjamin
kerahsiaan, ketersediaan,
kebolehcapaian, integriti maklumat
atau data yang dijana serta dilaporkan
kepada pelanggan”.
10. Setinggi penghargaan diucapkan
kepada semua ahli Jawatankuasa
ISMS, Pasukan Pelaksana ISMS serta
semua pegawai dan kakitangan di
Ibupejabat dan makmal-makmal
cawangan yang memberikan
kerjasama dan komitmen dalam
13
memastikan prosedur-prosedur
keselamatan maklumat dipatuhi dan
seterusnya memenuhi keperluan
pensijilan Pengurusan Sistem
Keselamatan Maklumat ini.
11. Untuk makluman semua, Jabatan
Kimia Malaysia telah disahkan layak
untuk memperolehi pensijilan ini di
mana JKMC Kuching, JKMC Perak
dan JKMC Melaka turut dimasukkan
ke dalam skop pensijilan ini. Bagi
makmal-makmal cawangan lain akan
dimasukkan ke dalam skop pensijilan
14
secara berperingkat pada audit
seterusnya.
Hadirin sekalian,
[PROGRAM SEJIWA SENADA 2016]
12. Pada 15 – 17 Januari 2016 yang lalu,
seramai 13 orang kakitangan Jabatan
Kimia Malaysia, Cawangan Sibu,
Sarawak telah terlibat dengan
pameran bersempena ‘Program
Sejiwa Senada 2016” di Dataran
Sibu, Sibu, Sarawak. Program
tersebut telah dirasmikan oleh Ketua
15
Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adnan
Satem dan telah berlangsung selama
tiga hari.
13. Pameran tersebut mendapat
sambutan dari segenap lapisan
masyarakat Sibu. Tujuan utama
pameran adalah antara lainnya bagi
menggalakkan orang awam mencintai
sains serta lebih mengenali peranan
Jabatan Kimia Malaysia.
14. Saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan kepada Pengarah serta
16
semua pegawai dan kakitangan JKMC
Sibu, Sarawak atas komitmen mereka
dalam menjayakan program ini.
Hadirin sekalian,
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
CAWANGAN PAHANG & TERENGGANU]
15. Untuk makluman, saya telah
mengadakan lawatan kerja ke dua
cawangan Jabatan Kimia Malaysia
pada bulan lepas. Cawangan yang
terlibat adalah cawangan Pahang (22
Januari) dan juga Terengganu (26
Januari).
17
16. Lawatan ini bertepatan dengan
saranan KSN supaya semua ketua
jabatan turun padang untuk melihat
sendiri keadaan kakitangan masing-
masing ke arah memberi
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Langkah ini bertujuan menjaga
kebajikan penjawat awam dalam
melaksanakan tugas.
17. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat
sendiri keadaan cawangan dan
beramah mesra dengan kakitangan
18
Kimia cawangan. Lawatan ini juga
membolehkan sistem terbuka
dijalankan, sebagai contoh, ruang
diberi kepada semua warga Kimia
untuk bersua muka dan memberi idea
atau menyatakan sebarang masalah
terus kepada saya.
18. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
19
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
KEY PERFORMANCE INDICATORS 2012
Hadirin sekalian,
14. Pada pertengahan Februari lalu, pihak
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
(MOSTI) telah mengeluarkan Sasaran KPI
Jabatan Kimia bagi Tahun 2012 untuk
dicapai selaras dengan KPI MOSTI sendiri.
Oleh itu, adalah tanggungjawab saya
sebagai Ketua Jabatan untuk memastikan
seluruh warga kerja Kimia mendapat
maklumat ini untuk perhatian dan tindakan
kita bersama untuk mencapainya.
20
i) Program Kesedaran Sains, Teknologi
& Inovasi (STI);
Sasaran: 60
ii) Bilangan rakyat yang mendapat impak
dari Program Kesedaran STI;
Sasaran: 1,500 orang
iii) Bilangan penerbitan/penulisan
saintifik;
Sasaran: 20
iv) Pembangunan Sumber Manusia;
Sasaran: 900 orang
v) Kaedah/Teknik Baru Analisis Air,
Makanan dan Alam Sekitar;
21
Sasaran: 6
vi) Kaedah/Teknik Baru Analisis Forensik
Sasaran: 3
vii) Kepuasan Pelanggan
Sasaran: 99%
viii) Tahun Sains & Gerakan Inovasi 2012
a) Kesedaran Sains Forensik
Sasaran: 2,000 orang
b) Pertandingan Esei Kesedaran
Kimia
Sasaran: 50
c) Pengenalan Analisis Halal Kimia
Malaysia
22
Sasaran: 2,000 orang
d) Permainan Interaktif – Crime Scene
Investigation (CSI)
Sasaran: 1,000 orang
13. KPI yang saya sebutkan tadi juga
meliputi tempoh siap Laporan Kimia dan
juga cara kita berurusan dengan pelanggan
yang menghantar sampel kerana ini akan
memberi kesan kepada kepuasan
pelanggan. Jika masih ada kes tertunggak,
selesaikanlah segera dan pesanan saya
kepada semua yang berurusan dengan
penerimaan sampel, janganlah sewenang-
wenangnya menolak sampel jika anda
kurang pasti. Rujuklah kepada Pengarah
23
masing-masing atau pegawai yang lebih
kanan dan sentiasalah memberi penjelasan
kepada pihak pelanggan agar mereka lebih
faham tentang operasi makmal kita. Mana-
mana polisi Jabatan yang berkaitan dengan
pihak pelanggan hendaklah dimaklumkan
kepada mereka agar tidak berlaku salah
faham dan menyusahkan kedua belah pihak
di kemudian hari.
[PENUTUP]
19. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Tahun Baru
Cina & “Gong Xi Fa Cai” kepada
24
sahabat-sahabat kita yang berbangsa
Tionghoa. Saya difahamkan tahun ini
merupakan Tahun Monyet Api dalam
kalendar Cina. Diharap agar semangat
“api” ini dapat membawa tenaga dan
memperkuatkan tekad bagi semua
untuk terus memajukan nama Jabatan
Kimia Malaysia. Saya juga ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Februari ini.