1
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA (BAJET 2018)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI PERTAMA KHAMIS, 23 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
2
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
3
(Tanjung Surat)
4
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Tuan Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
5
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
6
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ., PIS II., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
7
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat Johor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi ini, kita akan menyambung Mesyuarat, iaitu
Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang
Ketiga Belas.
Persidangan kali ini akan mengambil masa selama 7 hari, mulai hari ini sehingga 4
Disember 2017.
Sebelum kita meneruskan Persidangan, sukacita saya dan seluruh Ahli Dewan
Negeri merakamkan ucapan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November 2017.
Semoga Allah melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Negeri Johor
kekal aman makmur, maju dan rakyatnya hidup bermuafakat dan bersatu di
bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada hari ini, kita akan mendengar ucapan Bajet Negeri
Tahun 2018 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Selama lima tahun YAB Menteri Besar bersama Ahli-Ahli Badan Eksekutifnya
mentadbir negeri, banyak pendekatan dan pembaharuan yang diambil telah
menunjukkan keberhasilan yang tinggi. Bukan sekadar nampak secara fizikal, dari
segi menjadikan Negeri Johor yang progresif dalam aspek kepesatan
pembangunan ekonomi, malahan turut tidak mengetepikan pembangunan insan
dan kerohanian.
Kita percaya bahawa, Bajet 2018 yang bakal dibentangkan ini akan mencerminkan
aspirasi kerajaan dan rakyatnya untuk saling melengkapi, menjadikan negeri Johor
terus berkembang maju dan berdaya saing serta seimbang dari aspek keagamaan
dan kerohaniannya.
Dimaklumkan juga, pembentangan Bajet 2018 ini boleh diikuti secara langsung di
facebook rasmi Dato’ Mohamed Khaled Nordin atau stesen radio Johor FM101.9
dan Best FM104.1.
Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membentangkan
Kertas Mesyuarat Bilangan 14 hingga 17 Tahun 2017.
Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2017 – Anggaran Perbelanjaan Tambahan
Kedua Tahun 2017.
8
Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2017 – Laporan Jawatankuasa Bajet Negerri
Mengenai Peranggaran Negeri Johor Tahun 2018.
Kertas Mesyuarat Bilangan 16 Tahun 2017 – Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Negeri Johor Tahun 2018.
Kertas Mesyuarat Bilangan 17 Tahun 2017 – Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016
dan Penyata Memorandum mengenai : Pengurusan Aktiviti/Kewangan jabatan dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 18 hingga 24
Tahun 2017.
Kertas Mesyuarat Bilangan 18 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Kertas Mesyuarat Bilangan 19 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Tangkak.
Kertas Mesyuarat Bilangan 20 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Yong Peng.
Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Simpang Renggam.
Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Segamat.
Kertas Mesyuarat Bilangan 23 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Pontian.
Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2016 Majlis Daerah Labis
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat
Bilangan 25 Tahun 2017.
Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2017 – Penyata Kewangan Perbadanan Taman
Negara (Johor) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Raya : Yang Berhormat Tan Sri Speaker saya
mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 26 Tahun 2017.
Kertas Mesyuarat Bilangan 26 Tahun 2017 – Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Raya
Negeri Johor kepada Dewan Negeri Johor Berhubung Dengan Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Kira-Kira Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 2014.
Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan menurut Peraturan Tetap 15(3), supaya Rang Undang-Undang Enakmen
9
Perbekalan (2018) Tahun 2017 dikemukakan sekarang tanpa mengikut Susunan
Perkara-Perkara Mesyuarat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
Enakmen Perbekalan (2018) Tahun 2017 dikemukakan sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu
dipersetujukan.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan
(2018) Tahun 2017 dibaca kali yang pertama.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.
Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan
Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2018 dan bagi memperuntukkan wang
itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam
Muafakat Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, alhamdulillah marilah kita menzahirkan rasa syukur
yang setulusnya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia-Nya jua, saya
diberikan kesempatan sekali lagi untuk membentangkan Bajet Negeri Johor bagi
tahun 2018. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mewakili kerajaan
negeri, rakan-rakan Yang Berhormat serta seluruh warga Johor, untuk merafak
sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku pada 22 November 2017.
Marilah kita semua, menitipkan doa paling tulus dan ikhlas, semoga Duli Yang Maha
Mulia Tuanku serta seluruh keluarga DiRaja, akan terus diberkati, dirahmati serta
diberikan segala kelebihan untuk terus menaungi negeri Johor ini dengan adil dan
saksama.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah
kerajaan negeri dan seluruh warga Johor kepada pasukan bola sepak Johor Darul
Ta’zim (JDT) atas kemenangan besar mereka merebut Piala Malaysia. Adalah
diharapkan kemenangan JDT ini akan menjadi dorongan kepada pasukan Johor
dalam acara sukan lain agar negeri Johor menjadi kuasa sukan penting negara.
Pastinya pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Johor amat berbangga dengan
pencapaian tersebut. Marilah kita semua, terus mendoakan lebih banyak kejayaan
dapat dicatatkan pada masa hadapan, insya-Allah.
10
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bajet Johor 2018 ini amat bermakna kerana ia
bukan sekadar satu pembentangan bagi menyantuni tuntutan takwim tahunan.
Sebaliknya, ia menjadi asas kepada usaha kerajaan negeri memberikan suntikan
serta lonjakan baharu kepada pertumbuhan dan masa depan Johor. Maka, segala
susunan, pertimbangan dan kandungan Bajet Johor 2018 ini dipimpin tegas oleh 3
objektif dan keutamaan, iaitu:
Pertama, memperkukuh pengurusan fiskal dan kewangan negeri sebagai landasan
ekonomi yang ampuh.
Kedua, menambah baik agenda kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif-inisiatif
strategik bersifat pro-rakyat.
Ketiga, mengemukakan naratif baru bagi melonjak pembangunan Johor secara
besar-besaran.
Sebelum saya mengulas lanjut kesemua ini, izinkan saya melaporkan kepada
Dewan yang mulia, prestasi dan kedudukan semasa ekonomi Johor serta sorotan
ringkas pencapaian pembangunan serta pelaburan bagi tahun 2017.
A. KEDUDUKAN DAN CABARAN EKONOMI
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita maklum bahawa perancangan pengurusan
kewangan dan pembangunan negeri tidak boleh direncanakan dengan
mengetepikan segala perkembangan dan senario global. Ini kerana,
perkembangan dan kedudukan semasa ekonomi global pastinya akan memberi
impak kepada rantau ini, kepada Malaysia dan pastinya kepada Johor.
i. Ekonomi Global
1. Ekonomi global yang kini masih dalam fasa pemulihan dari kelembapan
pertumbuhan pada 2016, dijangka akan dapat terus mengekalkan
momentum pertumbuhan, iaitu 3.7% bagi tahun 2018, berbanding 3.6% pada
2017. Walaupun pertumbuhan ekonomi negara maju dijangka akan sedikit
menurun, beberapa negara pasaran membangun atau emerging economies,
dengan izin dan ekonomi membangun (EMDE) terutama sekali di Asia dan
juga beberapa negara ASEAN, akan menunjukkan sedikit peningkatan.
2. Prospek ekonomi global yang lebih baik adalah salah satu faktor penyumbang
kepada pengekalan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia yang
diunjurkan bagi tahun 2018. KDNK dijangka berkembang pada kadar antara
5.0% hingga 5.5% pada tahun 2018 setelah tumbuh pada kadar 5.2% hingga
5.7% pada tahun ini. Ini akan terus didorong oleh penggunaan swasta dan
sektor-sektor utama iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
3. Walau bagaimanapun, unjuran dan prospek ekonomi global tersebut tertakluk
kepada kebarangkalian risiko-risiko yang boleh menyebabkan senario asas ini
tersasar. Antara risiko-risiko yang akan memberi impak paling negatif ialah:
4. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, sudah tentu
negara tidak dapat lari dari menerima kesan risiko-risiko ekonomi global ini.
ii. Ekonomi Malaysia
Selain itu, negara juga harus bersedia dengan risiko dari faktor domestik antaranya:
11
a. Ketidaktentuan pasaran kewangan domestik dan komoditi;
b. Kedudukan dan volatiliti Ringgit dalam pasaran antarabangsa; dan
c. Ketidakseimbangan pasaran hartanah yang semakin meruncing.
iii. Ekonomi Negeri Johor
Ekonomi Yang Disokong Kukuh Oleh Pelbagai Sektor.
Sejak tahun 2011 sehingga 2016, pertumbuhan ekonomi Johor melepasi kadar
direkodkan untuk Malaysia setiap tahun, dengan purata pada 5.9% berbanding
5.1% bagi Malaysia.
Keadaan ini disumbangkan oleh, antaranya, faktor ekonomi Johor yang digerakkan
oleh kekuatan pelbagai sektor dan tidak terlalu tertumpu kepada hanya satu sektor
pendorong. Johor adalah negeri ketiga terbesar bagi semua sektor utama negara
kecuali perlombongan.
Bagi tahun 2016, Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK pada 4.2%
manakala Johor mencatatkan kadar pertumbuhan 5.7%, iaitu ketiga tertinggi
selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Kadar ini bukan sahaja
melepasi unjuran awal pertumbuhan KDNK 2016 iaitu 4.9%. Malah, nilai KDNK sendiri
telah meningkat daripada RM98.9 bilion kepada RM104.5 bilion. Jumlah ini
menyumbang kepada 9.4% KDNK Nasional.
Secara asasnya, unjuran semula pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017 telah
berkembang pada kadar 5.9% hingga 6.3%, yakni lebih tinggi daripada unjuran asal
iaitu pada 4.5% hingga 5.5% semasa ucapan bajet saya yang lepas. Bagi tahun
2018, unjuran pertumbuhan ekonomi Johor dianggarkan pada kadar sekitar 5.5%
hingga 6%.
B. PRESTASI PEMBANGUNAN DAN PELABURAN
Seterusnya, saya rumuskan pula prestasi dan pencapaian pembangunan serta
pelaburan negeri Johor bagi tahun ini.
i. Prestasi Pembangunan
Peningkatan Pendapatan Isi Rumah Johor dan Pengecilan Jurang Antara Bandar
dan Luar Bandar.
Median pendapatan isi rumah Johor adalah sebanyak RM5,652.00 pada tahun
2016, iaitu lebih tinggi dari tahap nasional iaitu RM5,228.00. Lebih membanggakan,
pendapatan isi rumah di luar bandar di Johor adalah sekitar RM4,431.00, iaitu
RM1,000.00 lebih tinggi dari kadar nasional iaitu hanya sekitar RM3,471.00.
Berikutan penokokan pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan Johor telah menurun
dengan ketara, iaitu dari 0.9% pada tahun 2012 kepada 0.0% pada tahun 2014. Dan
pada tahun 2016, Johor berjaya mengekalkan insiden kemiskinan pada kadar 0.0%,
dan merupakan yang terendah di Malaysia. (Dewan bertepuk).
12
ii. Prestasi Pelaburan
Johor Kekal Sebagai Pilihan Utama Pelabur Swasta.
Untuk setengah tahun pertama 2017, Johor mencatat jumlah pelaburan untuk
sektor pembuatan sebanyak RM1.4 bilion, iaitu 8.23% daripada jumlah keseluruhan
pelaburan di Malaysia. Ini menjadikan pelaburan terkumpul sejak 2010 sehingga Jun
tahun ini adalah sebanyak RM113 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia. (Dewan
bertepuk).
C. DEKAD BAHARU JOHOR: MISI, FALSAFAH DAN HALA TUJU
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bersandarkan semua pencapaian yang telah saya
rumuskan di atas, amat jelas bahawa Johor mempunyai potensi yang luar biasa.
Segala potensi ini sudah tidak lagi boleh dibangunkan secara biasa-biasa. Malah,
pendekatan yang berdasarkan pertumbuhan secara malar nampaknya terlalu
perlahan dan tidak sepadan dengan kepesatan pembangunan Johor.
Sebaliknya, Johor memerlukan dorongan baharu. Dorongan yang berupaya
menterjemahkan falsafah pembangunannya, iaitu Johor Yang Berkemajuan,
dengan lebih berkesan dan berjaya. Johor memerlukan lonjakan yang radikal dan
transformatif, yang akan memberikan wajah baharu kepada iklim ekonomi dan
landskap kesejahteraan rakyatnya. Lalu, bertitik tolak dari kesedaran ini, saya ingin
mengutarakan misi baharu untuk Johor. Iaitu membangunkan Johor menjadi negeri
paling membangun dan sejahtera dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Misi ini
akan kita panggil Membangun Dekad Baharu Untuk Johor. Ringkasnya Dekat
Baharu Johor.
Melalui misi ini, dalam masa sepuluh tahun akan datang, akan bermulalah era
baharu untuk Johor. Johor akan menyaksikan dekad yang penuh dengan
pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya
secara transformatif.
Misi ini, insya-Allah, akan menjadi dorongan baharu untuk kita merealisasikan visi
besar Johor Yang Berkemajuan. Misi inilah yang menjadi tema Bajet Johor 2018 iaitu
Membangun Dekat Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor. Apakah maksud, inti pati
dan hala tuju misi baru ini?
Pertama, dalam masa sepuluh tahun akan datang, Johor akan dibangunkan pada
skala besar-besaran. Khususnya dalam aspek prasarana yang kemas, moden,
terancang, terhubung serta yang menggambarkan kedudukan Johor dalam Abad
ke-21. Dalam sedekad dari sekarang, insya-Allah, pelbagai projek pembangunan
prasarana akan siap beroperasi di Negeri Johor. Ringkasnya, Dekad Baharu Johor
akan menyaksikan pelbagai infrastruktur dibangunkan secara terancang dan total.
Kita sama sekali tidak boleh mewariskan prasarana usang untuk generasi akan
datang yang hidup dalam kurun ke-21 ini. Menjelang 2028, seluruh negeri Johor
akan mempunyai prasarana terbaik, komprehensif dan mapan.
Kedua, Dekad Baharu Johor mensasarkan perubahan drastik struktur ekonomi Johor.
Ekonomi Johor mesti dipacu oleh idea besar, kreativiti, teknologi dan inovasi. Kita
akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi digital, ekonomi kreatif dan ekonomi
13
hijau secara besar-besaran di samping memberikan lonjakan baharu kepada
ekonomi tradisional.
Kita akan memberi tumpuan kepada start-up, pelaburan berkaitan internet of things
dengan izin, pelbagai pelaburan berorientasikan big data dengan izin, serta
kecerdikan buatan. Kita juga akan membangunkan Johor sebagai Hab Data
Global dan pertumbuhan Iskandar Malaysia akan insya-Allah, dipacu oleh The New
Millenial Economy. Sekalipun begitu, di sebalik fokus baharu ini, pastilah pada masa
yang sama kita akan memastikan sektor ekonomi tradisional sedia ada akan terus
diberikan pesona baharu melalui inovasi, penggunaan teknologi termaju dan
kecerdikan buatan. Ini bukan kes habis madu sepah dibuang. Ini situasi, yang
baharu diteroka, yang lama diperkasa.
Ketiga, Dekad Baharu Johor akan menyaksikan transformasi sistem, budaya kerja
dan norma kehidupan kepada kerajaan dan masyarakat digital.
Keempat, Dekad Baharu Johor akan menyaksikan usaha besar-besaran untuk
memastikan setiap putera-puteri Bangsa Johor, dibangunkan kemahirannya secara
bersepadu. Azam kita adalah memastikan yang setiap keluarga di Johor mesti
mempunyai sekurang-kurangnya satu graduan atau mereka yang berkemahiran
tinggi. Agenda Johor Mahir akan dijayakan secara lebih agresif dengan memberi
tumpuan kepada kemahiran masa hadapan. Cita-cita kita ialah untuk menjadikan
Johor negeri tarikan dan tumpuan bakat-bakat terbaik rantau Asia Tenggara. Agar
mereka datang, bekerja dan memilih Johor sebagai tempat bermastautin,
membangun perniagaan dan membina kehidupan untuk keluarga mereka.
Kelima, Dekad Baharu Johor adalah dekad yang hijau dan lestari. Kelestarian akan
menjadi penanda aras setiap projek pembangunan di Johor. Lebih banyak pokok
akan ditanam, lebih banyak kawasan hutan dipulihara dan dipelihara, lebih banyak
sungai dibersihkan, lebih banyak pantai dipulihkan. Semua pelaburan mesti
mengambil kira aspek kelestarian. Semua gaya hidup masyarakat mesti berubah
menjadi lebih mapan dan lestari.
Keenam, kesejahteraan dan kualiti hidup yang ditingkatkan. Sepuluh tahun dari
sekarang, institusi keluarga Johor akan semakin kukuh, gejala sosial semakin
menurun, indeks jenayah akan menjunam secara signifikan dan jurang kualiti hidup
bandar dan luar bandar akan menjadi yang terbaik di Malaysia.
Johor sedekad dari sekarang akan terbangun sebagai negeri yang sangat
berbudaya, Islami, mendukung dengan bangganya struktur masyarakat yang
majmuk dan lebih erat perpaduannya.
D. PECAHAN PERBELANJAAN BAJET JOHOR 2018
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk Bajet Tahun 2018 bagi negeri Johor.
Anggaran hasil pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,504.33 juta. Manakala
anggaran perbelanjaan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,503.19 juta. Ini
bermakna, Bajet Johor 2018 adalah bajet lebihan atau surplus budget dengan izin,
iaitu RM1.141 juta. Perbelanjaan mengurus termasuk caruman kepada Kumpulan
Wang Pembangunan berjumlah RM1,503,193 juta, terdiri:
a. Emolumen RM493.358 juta; dan
b. Perbelanjaan lain-lain RM1,009.835 juta
14
Bagi Perbelanjaan Pembangunan tahun 2018 pula, akan diperuntukkan sebanyak
RM700 juta yang akan ditampung melalui Kumpulan Wang Pembangunan, di mana
RM610 juta merupakan caruman daripada Akaun Hasil Disatukan, dan baki RM90
juta adalah daripada hasil dan terimaan-terimaan lain.
E. STRATEGI BAJET JOHOR 2018
Secara keseluruhannya perbelanjaan ini adalah bagi melaksanakan 153 titik
sentuhan, yang kesemuanya disusun mengikut 5 strategi khusus seperti berikut:
i. Strategi Pertama: Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Nan Sejahtera
Dengan Mempelbagaikan Sektor Pertumbuhan.
Seperti yang saya maklumkan, kita mesti mula mencorakkan semula struktur
ekonomi Johor agar lebih pelbagai dan mencapah, lestari serta berorientasikan
tuntutan masa hadapan. Bajet ini mesti memberi lonjakan dan merangsang
pertumbuhan baharu yang diperlukan oleh ekonomi Johor.
Untuk itu, kita akan melakukan inisiatif-inisiatif berikut:
Pengerang Industrial Park
Kita maklum, Pengerang kini sedang menyaksikan pembinaan infrastruktur mega
berkepentingan nasional dalam industri minyak dan gas, yang dikenali sebagai
Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang atau PIPC. Lanjutan daripada itu, bagi
terus menyokong dan merancakkan pembangunan di kawasan ini, satu kawasan
perindustrian baharu yang dinamakan Pengerang Industrial Park akan dibangunkan
melalui Johor Corporation.
Pengerang Industrial Park ini akan dibangunkan di atas kawasan seluas 1,192 ekar
dan bernilai RM1.1 bilion (Gross Development Cost). Dijangkakan apabila
beroperasi kelak, kawasan perindustrian ini akan mampu menawarkan kesan
berganda kepada aktiviti-aktiviti pembangunan di Kota Tinggi, termasuklah
menjana pelaburan bernilai sehingga RM18 bilion dan mewujudkan 2,700 peluang
pekerjaan dalam tempoh 5 tahun.
DIALOG Group pula akan meningkatkan pelaburannya di Terminal Tanjung Langsat
dan Terminal Pengerang berjumlah RM1 bilion dalam masa 1 hingga 2 tahun. Saiz
Terminal Tanjung Langsat akan diperluas dengan tambahan 300,000 meter padu,
manakala Terminal Pengerang dengan tambahan 420 ribu meter padu. Ini akan
menyediakan tambahan 1 ribu peluang pekerjaan sepanjang pelaksanaan projek
ini.
Jawatankuasa Ekonomi Baharu Johor
Seterusnya, bagi memantapkan persediaan kita berhadapan dengan ekonomi
masa hadapan serta cabaran-cabarannya, Jawatankuasa Ekonomi Baharu Johor
akan ditubuhkan. Jawatankuasa khas ini akan diberi mandat untuk merangka
strategi serta melakukan persiapan agar Johor bersedia untuk berhadapan dengan
ekonomi masa hadapan yang berorientasikan ekosistem digital dan pencernaan
idea. Permodalan Darul Ta’zim (PDT) akan diberikan tanggungjawab sebagai
sekretariat untuk menguruskan inisiatif ini dengan peruntukan RM1 juta.
Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ)
15
Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) yang memasuki tahun ketiga
pelaksanaannya akan diteruskan di semua daerah dengan peruntukan RM7 juta
pada tahun 2018. Antara inisiatif setempat di bawah pelan ini adalah seperti
berikut:
a. Daerah Muar - Projek Pembangunan Pembiakan dan Pemeliharaan Tiram di
Sungai Muar. Projek ini adalah kesinambungan daripada projek
pembangunan dan pengindahan Sungai Muar yang menjadi ikon
pelancongan bagi daerah ini. Inisiatif ini diperuntukkan RM300,000.00.
b. Daerah Batu Pahat - Projek menaik taraf Pusat Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) Parit Raja. Projek ini merangkumi kerja-kerja menaik taraf pusat
perniagaan IKS yang menempatkan 25 premis perniagaan peruntukan
sebanyak RM300,000.00.
c. Daerah Tangkak - kerja–kerja baik pulih dan naik taraf infrastruktur di Pusat
Pelancongan Gunung Ledang Resort dengan peruntukan sebanyak RM1 juta
dan kerja-kerja naik taraf infrastruktur rumah dan aktiviti promosi bagi 17
pengusaha Inap Desa Sagil dengan peruntukan RM300,000.00.
d. Daerah Segamat - Projek membina Pusat Kraf & IKS di Daerah Kecil Labis
dengan peruntukan RM300,000.00. Selain itu, bagi meneruskan usaha
menjadikan Segamat sebagai Hab Pertanian, Projek Pembinaan Rumah
Sembelih, Pusat Lelongan Ternakan dan Pusat Jualan Setempat Produk
Veterinar akan dilakukan. Ketiga-tiga projek utama yang melibatkan
subsektor ternakan ini diperuntukkan sebanyak RM700,000.00.
Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ)
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Johor akan terus memperkasa kepakaran Universiti
dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini melalui Institut Inovasi dan Strategik
Johor (IISJ). Kita percaya inovasi yang di bangun sendiri atau 'home grown
technology', dengan izin, akan lebih mudah diadaptasi, diberi nilai tambah dan
mempunyai kos yang lebih efektif berbanding teknologi import.
Pada tahun 2017, IISJ melalui inisiatif yang diterajui Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah menghasilkan lebih 12 inovasi dan produk untuk kegunaan komuniti dan
pengkomersialan. Antaranya projek Mollescure, sistem rawatan & penyingkiran sisa
logam toksik daripada kerang yang mampu meningkatkan 75% nilai pasaran
kerang daripada RM4.00 sekilo kepada RM7.00 sekilo. Selain itu, Projek Biofeed atau
makanan lembu/kambing berasaskan bioteknologi juga mendatangkan impak
yang positif kepada penternak. Dengan biofeed ini, ternakan menjadi lebih aktif
(tanda kesihatan yang bagus), tahap tumbuhan yang lebih konsisten, keadaan kulit
yang lebih sihat/bersinar dan sisa buangan yang kurang didatangi lalat. Jadi,
susulan kejayaan ini, IISJ akan diperuntukkan RM300,000.00 bagi tahun 2018 untuk
inisiatif-inisiatif seterusnya.
Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC)
Bagi memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan utama dalam
Malaysia, sebanyak RM1 juta diperuntukkan kepada Pusat Pelaburan Negeri Johor
(JSIC). Sebagai peneraju dalam memastikan kemasukan pelaburan ke dalam
negeri Johor, JSIC perlu dipastikan berupaya untuk terus merangka strategi serta
pendekatan yang lebih berkesan terutamanya dalam mengharungi cabaran
ekonomi semasa di peringkat serantau mahupun global.
16
17
Kajian Pelan Pembangunan Pekan Panchor
Bagi mengambil kesempatan dari kedudukan strategiknya yang terletak
bersebelahan hab pendidikan Pagoh dan sebagai kawasan yang bakal
menempatkan stesen cadangan HSR-Muar, kerajaan negeri merancang
membangunkan pekan Panchor dengan lebih terancang. Khususnya dalam
memastikan yang pekan ini akan menerima limpahan ekonomi yang berlaku di
sekitarnya secara bermakna. Sehubungan itu, Kajian Pelan Pembangunan Pekan
Panchor akan dilakukan pada tahun hadapan melalui Kumpulan Prasarana Rakyat
Johor dengan kos sebanyak RM300,000.00. Selain daripada itu, ekonomi negeri
Johor akan terus dilonjakkan melalui 6 inisiatif dalam sektor pelancongan.
Desaru Coast, Kota Tinggi
Pertama, bagi meningkatkan kemasukan pelancong ke Johor, projek
pembangunan pusat pelancongan bersepadu iaitu Desaru Coast di Desaru, Kota
Tinggi, sedang rancak dilaksanakan. Pembangunan kawasan pelancongan
bersepadu ini meliputi keluasan 3,900 ekar. Ia akan menempatkan, antara lain,
hotel dan resort premium, 2 buah padang golf berstatus kejohanan antarabangsa,
pusat persidangan, taman tema air dan perkampungan membeli belah.
Pembangunan Fasa 1 dengan keluasan 1,900 ekar, bernilai RM4.5 bilion akan
memberikan manfaat peluang pekerjaan sebanyak 1,700 kepada rakyat
tempatan.
Untuk makluman semua, Kelab Golf The Els Club Desaru Coast telah pun siap dan
sudah mula beroperasi sejak 2016. Manakala komponen pembangunan lain yang
sedang disiapkan dan dijangka mula operasi pada akhir Jun tahun hadapan
adalah seperti berikut:
a. Aman Resort & Villas
b. The Westin Desaru Coast Resort
c. Desaru Coast Conference Centre
d. Hard Rock Hotel Desaru Coast
e. Desaru Coast Adventure Waterpark dan
f. Desaru Coast Riverside
Program KampungStay
Kedua, bagi mentransformasi Program Inap Desa Tradisional ke arah menjayakan
pelancongan berasaskan komuniti, Program KampungStay akan diperkenalkan.
Program ini akan dilaksanakan dalam kawasan berkeluasan 3.7 ekar di Pantai Teluk
Buih, Air Papan, Mersing dengan jumlah kos keseluruhan RM15 juta melalui Majlis
Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC), dengan peruntukan permulaan
sebanyak RM3 juta bagi tahun 2018. Projek ini melibatkan, antara lain, kerja-kerja
infrastruktur dan penubuhan koperasi untuk 23 pengusaha inap desa sedia ada.
Projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetlands
18
Ketiga, Projek Pelancongan Desa iaitu Kompleks The Wetlands di Kampung Belukar
Durian akan diperuntukkan sebanyak RM2 juta melalui Lembaga Kemajuan Johor
Tenggara (KEJORA). Peruntukan ini akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur
seperti menaik taraf dan membina tambahan boardwalk, dengan izin, membina
laluan kanopi, menambah 3 unit chalet KampungStay, membina sebuah taman
permainan, gabion dan tembok pengadang hakisan sepanjang 150 meter.
Johor Eco Entertainment Park
Keempat, satu projek pembangunan yang dikenali sebagai Johor Eco
Entertainment Park (JEEP) akan dibangunkan di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi.
Projek bernilai RM2.7 bilion secara keseluruhannya ini akan dimulakan dengan Fasa
1 pada tahun hadapan, dengan kos berjumlah RM698.7 juta. Taman Tema yang
bercirikan ekotropika, pembelajaran alam sekitar dan hiburan 3E – ‘Environment,
Education and Entertainment’ ini dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai
pada akhir Disember 2019.
Pengerang Waterfront, Sungai Rengit
Kelima, tahun 2018 juga akan menyaksikan pembinaan Pengerang Waterfront di
Sungai Rengit. Pembinaan ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM100 juta
untuk tahun hadapan, ia dimulakan dengan Fasa 1A bernilai RM15 juta, yang
merangkumi penaik tarafan dataran usahawan.
Tourism Johor
Yang keenam, kita amat sedar, bahawa Johor tidak akan dapat menjadi pusat
pelancongan yang terkenal jika ia tidak dikenali. Oleh itu, sebanyak RM6 juta akan
disalurkan kepada Tourism Johor untuk merancakkan program promosi dan
melaksanakan acara pelancongan yang bertaraf antarabangsa.
Berdasarkan keenam-enam inisiatif khusus ini, kita harap sektor pelancongan Johor
akan terus berkembang dan memberikan sumbangan yang besar kepada
pendapatan negeri dan masyarakat setempat. Selain industri minyak dan gas serta
pelancongan, fokus juga akan diberikan kepada sektor pertanian, perikanan dan
yang berkaitan dengannya melalui 5 inisiatif utama.
Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing Fasa 2
Pertama, memperkukuh kedudukan Mersing sebagai sebuah hab pengeluaran
perikanan dengan membangunkan Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-
Mersing Fasa 2. Projek ini akan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM26.5 juta.
Untuk tahun 2018, projek ini diperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk kerja-kerja
infrastruktur.
Kedua, sejumlah RM17.4 juta akan diperuntukkan dalam sektor pertanian, perikanan
dan veterinar. Peruntukan ini adalah untuk menjayakan projek-projek peningkatan
pendapatan melalui bantuan mesin dan geran, program pembangunan unggas,
program kawalan penyakit serta kesihatan ternakan, serta pembangunan industri
ruminan berskala besar dan kecil. Selain itu, Jabatan Pertanian akan mengadakan
pembangunan industri tanaman utama seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Program dan kursus teknikal serta bengkel keusahawanan kepada peserta yang
layak juga akan diberikan.
19
Ketiga, bagi memacu pembangunan industri lembu tenusu, Kerajaan Negeri
bersama Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan J-Biotech akan
melaksanakan 3 inisiatif utama iaitu:
a. Pembangunan Lembah Tenusu di Jemaluang, Mersing meliputi kilang
pemprosesan hasil tenusu daripada penternak setempat serta pembuatan
susu berperisa dan keju bernilai RM70 juta;
b. Pembangunan Pusat Perintis Koloni Lembu Tenusu di Bio Desaru dengan nilai
pelaburan RM1.2 juta; dan
c. Projek pengeluaran produk keju yang dinamakan Desaru Cheese dengan
pelaburan sebanyak RM5 juta. Cheese yang halal untuk pertama kali dalam
dunia. (Dewan bertepuk).
Industri Ternakan Ayam Pedaging Halal
Keempat, melalui Sistem Rantaian Halal Industri Ternakan Ayam Pedaging Berskala
Besar Negeri Johor, Johor Corporation akan bertindak sebagai penyepadu dengan
kos keseluruhan berjumlah RM420 juta. Peruntukan bagi Fasa 1 projek ini pada tahun
hadapan adalah sebanyak RM76 juta, yang bertujuan mewujudkan 10 usahawan
bumiputera dalam sistem rantaian bekalan halal industri ayam. Inisiatif ini turut
melibatkan pembinaan 10 buah reban, 10 buah reban pembiak baka atau
‘breeder’, 1 pusat ternakan dan pembelian anak ayam serta makanan ayam.
Penubuhan Bank Benih
Kelima, bagi menggalakkan penggunaan benih atau baka yang berkualiti dan
terjamin, Jabatan Pertanian akan menubuhkan bank benih yang mempunyai
antaranya, benih kelapa, pokok dusun, sayuran serta baka ternakan. Sebanyak
RM1.7 juta akan diperuntukkan bagi tujuan, antara lain, memberi pensijilan bagi
mengiktiraf pengusaha benih atau tapak semaian atau ‘nursery’ dan pemberian
benih secara percuma kepada petani dan penternak.
Keusahawanan Johor
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, memandangkan keusahawanan terus menjadi
antara penyumbang penting kepada ekonomi Johor, maka usaha-usaha
menjayakan aspirasi Keusahawanan Johor akan terus dilaksanakan. Sehubungan
itu, RM6 juta diperuntukkan kepada Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC of
Johor) antaranya bagi melaksanakan 6 inisiatif berikut:
a. Projek Ekonomi Rakyat Johor (ERA). Ini merupakan satu usaha untuk
meningkatkan hasil pencarian golongan berpendapatan rendah melalui
konsep keusahawanan sosial dengan penglibatan golongan pasca siswazah
bersama masyarakat. Projek perintisnya telah dilaksanakan di Pasir Gudang
pada tahun ini. Maka, pada tahun 2018, ia akan diperluas ke seluruh Johor
dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Projek ERA ini terbahagi kepada 5
jenis, iaitu tanaman cili fertigasi, tanaman cendawan tiram kelabu, ternakan
ikan kolam, perniagaan aiskrim dan bakeri. Program ini juga menyaksikan
komitmen Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech)
dalam meningkatkan ekonomi penduduk setempat di Kota Tinggi, Mersing
dan Segamat melalui aktiviti biopertanian mapan dengan membekalkan
benih bermutu tinggi dan pembelian balik oleh pelabur-pelabur di Bio
Desaru. Inisiatif ini melibatkan aktiviti penanaman, akuakultur dan ternakan
oleh syarikat-syarikat seperti LTN Resources, CP Group dari Thailand, Swiftlet
20
Garden dan Holstein Milik Sdn. Bhd. dengan pembiayaan berjumlah RM5
juta.
b. Menambah baik Program Galakan Usahawan Johor dengan memperluas skop
bantuan kepada usahawan mini mikro dan mikro melalui Insentif Bantuan PKS
Johor. Seramai 650 usahawan disasar akan menerima manfaat iaitu 500
usahawan mini mikro bagi bantuan peralatan bernilai sehingga RM1,000.00
dan 150 usahawan mikro bagi bantuan peralatan, pembungkusan dan
promosi bernilai antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00.
c. Community Incubation Program, iaitu pemberian peluang perniagaan di 30
buah premis yang lengkap dengan fasiliti. Program ini adalah kerjasama
antara pusat komersial dan korporat, khusus untuk membantu usahawan baru
yang tidak mempunyai premis untuk berniaga. Latihan sepanjang 6 bulan
untuk mengendalikan premis akan turut ditawarkan.
d. Meneruskan program Indienomics 3.0 sebagai platform bagi mereka yang
ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan melalui 2 kategori dana
permulaan iaitu RM10,000.00 dan RM20,000.00 kepada 50 usahawan terpilih.
e. Pelaksanaan Program Misi Jejak PKS bagi mengenal pasti masalah dan
memberikan bantuan khidmat nasihat secara terus kepada usahawan melalui
lawatan yang dijalankan di 26 lokasi dengan sasaran 200 usahawan.
f. Program Johor O.E.M dengan objektif membantu usahawan memiliki produk
sendiri di bawah 5 kluster produk iaitu kosmetik, makanan, produk kecantikan,
herba tradisional dan farmasi.
Waqaf Sebagai Instrumen Pembangunan Usahawan
Malah, agenda keusahawanan ini akan turut dirancakkan menggunakan instrumen
waqaf. Pada tahun hadapan terdapat 3 inisiatif khas pembangunan usahawan
yang akan menggunakan instrumen waqaf, iaitu:
a. Pemberian insentif khas kepada usahawan untuk menyertai pasaran portal e-
dagang Halalmartz. Perbadanan Islam Johor (PIJ) akan memperuntukkan
sebanyak RM80,000.00 dengan sasaran 100 usahawan Johor.
b. Bantuan memperoleh pensijilan halal melalui insentif atau subsidi RM1,000.00
seorang dengan sasaran 100 orang dengan peruntukan RM100,000.00.
c. Peluang perniagaan melalui Kedai Harga Patut imCoop yang kini hanya
terbuka kepada koperasi akan diperluas dan dibuka kepada usahawan
peruncitan. Setiap peserta akan menerima geran bernilai RM30,000.00
sebagai modal. Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM600,000.00.
Separuh darinya, akan disuntik oleh kerajaan negeri yang akan terbuka
kepada penyertaan peruncit pelbagai kaum. Manakala baki RM300,000.00
lagi akan disumbangkan oleh Tabung Wakaf Rakyat Johor.
Kompleks Ekonomi Rakyat
Konsep Kompleks Ekonomi Rakyat Johor akan diwujudkan bagi penyediaan unit-unit
perniagaan bagi tujuan membolehkan usahawan Bumiputera menyewa premis
dengan kadar berpatutan. Sebagai permulaan, unit-unit ini akan dibina di Taman
21
Pelangi Indah dan Taman Rinting dengan kos RM7 juta. Usaha ini akan dijalankan
oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
22
Penyertaan Bumiputera Di Kawasan Medini
Di tengah-tengah kepesatan pembangunan kawasan Medini seluas 200 ekar,
Kerajaan Negeri amat serius dalam memastikan yang golongan Bumiputera tidak
akan ketinggalan untuk turut sama mengambil manfaat dari pembangunan di
sana. Khususnya, membeli dan memiliki ruang-ruang komersial dan aset hartanah
yang dibangunkan. Satu pembangunan bercampur di kawasan itu yang dikenali
sebagai Mutiara Medini akan dilaksanakan yang akan memberi peluang untuk
bumiputera turut memiliki ruang-ruang komersial dan aset hartanah.
Ruang Perniagaan oleh PBT
Melalui Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula, sebanyak RM29.3 juta
diperuntukkan bagi tujuan membina baharu dan menaik taraf ruang-ruang
perniagaan meliputi gerai, kios dan tapak ‘food truck’. Antaranya adalah:
a. Di Muar – pembinaan Kompleks Perniagaan di Jalan Meriam bernilai RM3
juta dan Kompleks Niaga Pantai Leka serta kemudahan awam bernilai RM2
juta;
b. Di Batu Pahat – pembinaan Medan Niaga Batu Pahat bernilai RM7 juta; dan
c. Di Pontian – pembinaan bangunan baharu Pasar Borong dengan kos RM4 juta.
B5 Johor Street Market
Sebuah pusat komersial pelancongan setempat berkonsepkan bazar seni akan
dibangunkan oleh Johor Corporation, yang berkeluasan 5.86 ekar di Tampoi, Johor
Bahru. Ia akan menjadi platform mengetengahkan aktiviti kebudayaan dan produk
seni setiap daerah serta mewujudkan 168 unit ruang niaga kepada usahawan
Johor. Pembangunan ini melibatkan kos berjumlah RM68 juta dan dinamakan B5
Johor Street Market.
Pusat Edaran imCoop
Kerajaan Negeri sedar bahawa hasil pengeluaran daripada para petani, penternak
dan usahawan tempatan bukan sahaja mesti ditingkatkan produktivitinya. Namun,
penjualan serta pengedaran segala hasil ini mestilah dilakukan dengan baik dan
berupaya untuk diperolehi dan dibeli oleh rakyat Johor pada harga yang
berpatutan. Lebih penting, kita mestilah mempunyai satu mekanisme yang
berupaya menghapuskan kewujudan orang tengah yang sering mengambil untung
atas angin secara berlebihan.
Untuk itu, sebuah pusat edaran yang dikenali sebagai imCoop Distribution Centre
akan ditubuhkan. Inisiatif ini akan dijayakan oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad
dan melibatkan kos berjumlah RM1 juta.
Inisiatif Keusahawanan oleh MAINJ
Selain itu, imCoop akan memperkenalkan satu lagi pendekatan baharu melalui
peruncitan hasil pertanian dan produk makanan segar secara perniagaan
bergerak yang dipanggil Fresh Truck Johor. Ia mensasarkan seramai 10 usahawan
baharu melalui Program Sewa Beli Food Truck Usahawan Asnaf Johor oleh Majlis
23
Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan peruntukan berjumlah RM260 ribu.
Manakala 5 orang usahawan pelbagai kaum disasarkan melalui Geran Mobile Truck
Business Iskandar Malaysia oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
(IRDA).
Selain Program Sewa Beli Food Truck Usahawan Asnaf Johor, MAINJ turut
melaksanakan 2 lagi inisiatif pembangunan keusahawanan asnaf yang
kesemuanya diperuntukkan RM1.5 juta, iaitu:
a. Mewujudkan Tabung Pinjaman Usahawan Mualaf dengan dana berjumlah
RM500,000.00 bagi tujuan pembiayaan memulakan perniagaan atau
memenuhi keperluan sedia ada yang memberi manfaat 50 usahawan
mualaf; dan
b. Menambah 30 lagi usahawan asnaf dalam perniagaan francais daripada 50
usahawan sedia ada. Antara usaha tahun hadapan termasuklah, memperluas
jenama francais yang terlibat melalui kerjasama dengan francaisor–
francaisor ternama seperti Perusahaan Otak-otak JB dan Syarikat Zam Saham
yang mempelopori produk sejuk beku di daerah Johor Bahru. Kerajaan Negeri
melalui MAINJ akan memperuntukkan RM500 ribu untuk program ini.
Koperasi Kampung Desa Lestari
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita percaya bahawa potensi ekonomi dan sumber
alam sedia ada di kampung-kampung perlu diteroka dan dikomersialkan. Selain
dapat mengelakkan pembaziran sumber yang tidak dibangunkan secara optimum,
ia boleh menjadi platform untuk meningkatkan pendapatan serta mencari peluang
pekerjaan penduduk kampung. Maka, bagi menggalakkan orang kampung terus
bermuafakat, sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan kepada koperasi-koperasi di
kampung di bawah Program Koperasi Kampung Desa Lestari yang dianggotai oleh
penduduk kampung untuk melaksanakan aktiviti ekonomi berasaskan potensi
setempat.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
ii Strategi Kedua: Pemantapan Kemudahan Awam dan Pelebaran Ruang
Kesejahteraan Rakyat.
Di bawah strategi ini, kita akan melaksanakan segala inisiatif yang akan
menterjemahkan kesejahteraan kepada semua. Bajet Johor 2018 adalah bajet
untuk golongan kebanyakan dan bukan eksklusif kepada sesetengah kelompok.
Rakyat harus dipastikan benar-benar menerima keistimewaan dan manfaat dari
segala dasar, kemudahan serta infrastruktur yang ada di Johor. Yang miskin,
disantuni dan diupayakan. Yang memerlukan, dibantu. Yang tiada tempat
berteduh, ditawarkan rumah.
Untuk itu, kita akan melakukan inisiatif-inisiatif berikut dan saya mulakan dengan
Agenda Perumahan Johor.
Agenda Perumahan Johor
Dalam pembentangan Bajet Johor Tahun 2016, saya menyatakan bahawa
Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan 60 ribu unit Rumah Mampu Milik Johor
(RMMJ) menjelang tahun 2020. Hari ini sukacita saya melaporkan bahawa sejak
24
2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 16,010 unit buah Rumah Mampu Milik
Johor telah berjaya disiapkan.
Ini bermakna, kita telah melepasi 27% daripada sasaran tersebut dalam tempoh
hanya 3 tahun. Taskforce Perumahan Negeri Johor mengunjurkan unit RMMJ yang
akan disiapkan adalah sebanyak 13,536 unit bagi tahun 2018 dan 30,993 unit dalam
tahun 2019 dan 2020.
Di sebalik segala perkembangan dan kejayaan ini, saya ingin tegaskan sekali lagi
bahawa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, perumahan akan
terus menjadi agenda besar kita.
Sasaran 100,000 RMMJ Menjelang 2023
Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri meletakkan
komitmen tambahan 40,000 unit RMMJ lagi menjelang tahun 2023 menjadikan
jumlah keseluruhan sebanyak 100,000 unit.
Rumah Sewa PBT
Selain RMMJ, Kerajaan Negeri menyarankan PBT supaya memainkan peranan
dalam penyediaan rumah-rumah sewa, bukan sahaja untuk kakitangannya, tetapi
juga kepada golongan berpendapatan rendah.
Setakat ini, rumah-rumah sewa yang telah disediakan oleh PBT-PBT seperti Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis
Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) adalah
masing-masing sebanyak 212 unit, 1,668 unit, 96 unit dan 60 unit.
Maka, suka saya umumkan bahawa sejumlah RM75 juta disediakan pada tahun
hadapan bagi tujuan penyediaan rumah-rumah sewa oleh PBT. Ini termasuklah
pembinaan 250 unit rumah pangsa melalui PBT Pengerang dengan kos RM50 juta;
dan yang lain pembelian unit-unit kediaman serta penyelesaian atau pengambilan
tanah oleh PBT-PBT.
Bagi tujuan mewujudkan peranan aktif oleh PBT-PBT dalam menyediakan rumah-
rumah sewa atau transit kepada penduduk yang tidak berkemampuan dan
menyelenggara perumahan tersebut, sebagai permulaan, 2 PBT iaitu, MBJB dan
MBIP akan mewujudkan unit ataupun Jabatan Perumahan. Projek perintisnya
adalah penyerahan PPR Desa Mutiara di Tebrau kepada MBJB.
Program Rumah Transit Belia Johor
Seterusnya, Program Rumah Transit Belia Johor akan diperkenalkan melalui
kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit
1Malaysia (RT1M) untuk memberi kemudahan perumahan sementara kepada belia
berumur 18 hingga 30 yang sudah berkahwin. Projek perintis program ini melibatkan
sebanyak 390 unit di PPR Melana Indah dengan dikenakan kadar sewa bulanan
serendah RM250.00.
Skim Jauhar Prihatin – KPRJ
Kerajaan Negeri menyedari kesukaran dan dilema mereka yang tidak mendapat
kelulusan pinjaman perumahan. Sehubungan itu, pada tahun ini melalui Kumpulan
Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Kerajaan Negeri telah melancarkan satu skim khusus
25
untuk membantu rakyat memiliki rumah melalui kaedah sewa beli bagi tempoh
maksimum 5 tahun.
Menariknya, bayaran sewa bulanan dibahagikan kepada 3 kategori dan
sebahagian bayaran tersebut adalah bagi tujuan simpanan yang akan diperolehi
kembali apabila tamat tempoh penyewaan antara 2 hingga 5 tahun. Kadar
simpanan tersebut boleh mencecah RM18,000.00 dalam tempoh 5 tahun.
Di bawah fasa pertama skim yang dikenali sebagai Jauhar Prihatin ini, sebanyak 409
unit telah dibuka untuk permohonan. Di bawah Fasa 2, 3 dan 4 pula, ia akan
ditawarkan kepada 4,870 penyewa sedia ada di bawah SUK Perumahan. Untuk
tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membeli unit-unit tambahan untuk ditawarkan di
bawah skim ini dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Perumahan M40 – KPRJ
KPRJ akan turut terlibat dalam pembinaan perumahan mampu milik bagi golongan
pertengahan (M40) yang berharga di bawah RM300 ribu. Projek ini akan melibatkan
2 kawasan utama iaitu Taman Pelangi Indah di atas kawasan seluas 6 ekar yang
merangkumi 280 unit rumah pangsapuri dan Taman Rinting di kawasan seluas 4.5
ekar yang merangkumi 208 unit rumah pangsapuri.
Perumahan-KPRJ
Selain itu, KPRJ juga akan membina sebanyak 1,000 unit RMMJ yang pecahannya
adalah seperti berikut:
a. 190 unit di Paloh dan Kahang, Kluang;
b. 100 unit di Yong Peng, Batu Pahat; dan
c. 70 unit di Kulai.
Manakala yang sedang dalam proses perolehan tapak menerusi pengambilan
balik tanah pula adalah seperti berikut:
a. 330 unit di Jalan Nior dan Kampung Sembrong, Kluang;
b. 160 unit di Pontian;
c. 100 unit di Payamas, Tangkak; dan
d. 50 unit di Buloh Kasap, Segamat.
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Bagi program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang dikhususkan
kepada penjawat awam sebelum ini, ia akan diperluas untuk turut melibatkan
kakitangan PBT dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor. Pada masa ini
terdapat 13 lokasi tambahan pada peringkat perancangan melibatkan 4,180 unit,
iaitu:
a. Di Batu Pahat, sebanyak 724 unit.
b. Di Muar, sebanyak 226.
26
c. Di Kluang, sebanyak 1,000 unit.
d. Di Johor Bahru, sebanyak 2,230 unit
Perumahan-PIJ
PIJ Holdings pula akan membangunkan 2 buah lagi Taman Perbadanan Islam iaitu:
a. Di Permas Jaya, Plentong dengan keluasan 14 ekar.
b. Di Gelang Patah, Johor Bahru dengan keluasan 35 ekar.
Manakala, sejumlah 600 unit rumah jenis ‘landed’ yang sedang dalam proses
pengambil alihan tanah adalah seperti berikut:
a. Di Labis dengan keluasan 10 ekar.
b. Di Kukup dengan keluasan 20 ekar.
c. Di Parit Botak, Batu Pahat dengan keluasan 30 ekar.
d. Di Pekan Rengit, Batu Pahat dengan keluasan 22 ekar.
e. Di Mersing dengan keluasan 20 ekar.
f. Di Ledang, Tangkak dengan keluasan 20 ekar.
g. Di Parit Sumarto, Ayer Itam dengan keluasan 4 ekar.
h. Di Mukim Simpang Kanan, Batu Pahat dengan keluasan 7 ekar.
Perumahan-Johor Corporation
Bagi agenda perumahan yang dijayakan oleh Johor Corporation, suka untuk saya
maklumkan bahawa sehingga kini konglomerat milik Johor ini, telah menyiapkan
sebanyak 2,426 unit rumah mampu milik sejak 2013. Antaranya adalah 304 unit di
Taman Seroja yang telah pun diduduki pada tahun 2015. Manakala 1,646 unit di
Bandar Dato’ Onn dan Bandar Tiram pula kini sedang dalam proses memperolehi
Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dan telah mula ditawarkan kepada pembeli
yang layak.
Selain itu, sebanyak 476 unit sedang dibina di Endau dan Bandar Baru Majidee.
Manakala 210 unit RMMJ lagi akan dibina di Sri Gading, Batu Pahat yang
merupakan komponen pembangunan di atas tanah berkeluasan 17 ekar. Secara
keseluruhan, sehingga kini sebanyak 7,599 unit rumah berpandukan dasar RMMJ di
mandatkan pembangunannya kepada Johor Corporation.
Pembiayaan Perumahan Pekerja Perladangan
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan negeri dengan kerjasama strategik
Jabatan Tenaga Kerja dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan
pembiayaan perumahan untuk pekerja perladangan dengan kadar faedah
serendah 2%. Skim ini akan dikhususkan kepada unit-unit RMMJ.
27
Dasar Kependudukan Melayu-Kota Larkin
Dalam pembentangan bajet terdahulu serta kenyataan-kenyataan rasmi saya
sebelum ini, saya sering menegaskan bahawa menjadi dasar serta komitmen
kerajaan negeri untuk memastikan lebih ramai orang Melayu tinggal di bandar dan
mempunyai pemilikan aset hartanah strategik di kawasan bandar.
Bagi menjayakan Dasar Kependudukan Melayu Di Bandar ini, KPRJ akan
membangunkan semula kawasan industri Larkin menjadi kawasan penempatan
Melayu. Kawasan ini akan dinamakan sebagai Kota Larkin, dan akan mengguna
pakai konsep pembangunan bercampur.
Fasa 1 akan dimulakan pada tahun 2018 melibatkan pembinaan 246 unit rumah
PKJ-A dengan kos sebanyak RM50 juta. Dan, kesemua hartanah ini akan diberikan
status tanah Rizab Melayu.
Pemindahan Penduduk Setinggan
Untuk menampung perpindahan penduduk setinggan yang layak yang selama ini
menetap di atas tapak lama Kem Tebrau, kerajaan negeri melalui KPRJ akan
membina 1,000 unit PKJ-A dan PKJ-B. Kawasan penempatan baharu ini bukan
sahaja akan menawarkan penempatan semula kepada para penduduk
perkampungan setinggan di sana, malah kesemua penempatan baharu ini akan
diberikan status tanah Rizab Melayu.
Pemberian Hak Milik Tanah
Kerajaan negeri akan mengurniakan hak milik tanah seluas 13,684.2 ekar yang
pecahan penerima, keluasan dan kawasannya adalah seperti berikut:
a. 521 penerima dari 8 buah kampung di Johor Bahru dengan jumlah keluasan
207.27 ekar iaitu Kampung Baru Masai, Kampung Melayu Pandan dan Desa
Perwira dalam Mukim Plentong; Kampung Permatang 5, Kampung Lorong
Aman, Kampung Lembah Murni dan Kampung Jalan Masjid dalam Mukim
Tebrau; dan Kampung Dapor Arang di Mukim Tanjung Kupang.
b. 169 penerima dari 4 buah kampung di daerah Kulai dengan jumlah keluasan
22.17 ekar iaitu Kampung Baru Air Bemban dan Kampung Baru Kelapa Sawit di
Mukim Bukit Batu; dan Kampung Baru Sedenak serta Kampung Baru Bukit Batu
di Mukim Sedenak.
c. 537 penerima dari 4 kawasan di daerah Kota Tinggi dengan jumlah keluasan
1,239.9 ekar iaitu Tanjung Buluh dan Belukar Durian di Mukim Sedili Kecil;
Kampung Sungai Sembilang di Mukim Johor Lama dan Sungai Kayu, di Mukim
Ulu Sungai Sedili Besar.
d. 666 penerima dari 3 kawasan di daerah Mersing dengan jumlah keluasan
7,044.09 ekar iaitu FELDA Tenggaroh 1, 2 dan 7.
e. 3,280 penerima bagi 554 plot di 7 kawasan dalam daerah Segamat dengan
jumlah keluasan 322.54 ekar iaitu Kawasan Padang Serian di Mukim Sungai
Segamat; Kampung Jawa di Mukim Gemas; Generasi Kedua Felda Redong
28
dan Generasi Kedua Felda Chemplak; serta Kawasan Paya Purun, Tanah
Umum Bukit Bujang 1 dan 2 di Mukim Buloh Kasap.
f. 97 penerima dari 2 kawasan di daerah Tangkak dengan jumlah keluasan
119.66 ekar iaitu Kampung Hujung Tambak di Mukim Grisek dan Kawasan
Teratai di Mukim Bukit Serampang.
g. 157 penerima dari 4 buah kampung di Batu Pahat dengan jumlah keluasan
184.77 ekar iaitu Kampung Rahmat dan Kampung Nawi Jaya di Mukim Minyak
Beku; serta Kampung Haji Kamisan dan Kampung Baru Lam Lee di Mukim
Chaah Baru.
h. 1,124 penerima dari 5 kawasan di daerah Kluang dengan jumlah keluasan
4,304.22 ekar iaitu Kampung Paya di Mukim Ulu Benut; Kampung Bukit Nyamuk
di Mukim Layang-Layang; Batu 4 Kampung Mengkibol dan Kampung Haji
Hamzah di Mukim Kluang; serta Kawasan PCM di Mukim Machap; dan
i. 87 penerima di daerah Pontian dengan jumlah keluasan 239.52 ekar iaitu di
Kampung Parit Haji Ahmad di Mukim Ayer Baloi.
Ringkasnya, pada tahun hadapan seramai 6,638 penerima dari 38 buah kampung
akan dikurniakan hak milik tanah. Dan, 99% daripada tanah-tanah ini akan
dijadikan tanah Rizab Melayu.
Kemudahan Awam oleh PBT
Kesejahteraan sosial masyarakat tidak akan dapat ditingkatkan jika kemudahan
serta infrastruktur awam Johor berada dalam keadaan yang uzur, daif dan tidak
lengkap. Oleh itu, dalam aspek kemudahan serta infrastruktur awam, perancangan
kita adalah seperti berikut.
Memberikan Geran Keseimbangan yang bertujuan membantu perbelanjaan
operasi, infrastruktur dan perkhidmatan kepada rakyat kepada 12 PBT terpilih
dengan peruntukan RM10 juta.
Selain itu, sebanyak RM8.7 juta akan diperuntukkan bagi membolehkan PBT-PBT
melaksanakan projek ekonomi dan kemudahan awam di kawasan masing-masing.
Sebagai tambahan, secara khususnya 4 inisiatif melalui PBT akan dijalankan:
a. Pembinaan Dewan Muafakat dengan peruntukan keseluruhan sebanyak
RM32 juta, antaranya di Bandar Penawar dan Pulai Perdana;
b. Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi seluruh Johor dengan
peruntukan RM45.7 juta yang akan digunakan, antaranya untuk menaik
taraf padang bola sepak di Taman Puteri Wangsa;
c. Menaik taraf taman rekreasi dan riadah dengan peruntukan keseluruhan
sebanyak RM44.6 juta. Antara projek naik taraf kemudahan rekreasi ini
adalah di Taman Rama-rama di Labis dan projek naik taraf Taman Rekreasi
Tanjung Emas di Muar.
d. Penyediaan Terminal Kenderaan Berat oleh PBT dengan peruntukan
berjumlah RM1.6 juta.
Dewan Komuniti Masyarakat India dan Sikh
29
Bagi memastikan kemudahan awam kita bukan sahaja lengkap, tetapi inklusif,
maka kita juga akan membina Dewan Komuniti Masyarakat Sikh di bandar Kulai,
dan Dewan Komuniti Masyarakat India di Seri Alam, Pasir Gudang dengan
peruntukan RM1 juta setiap satu.
Kemudahan Awam – Landskap dan Taman
Selain kemudahan bersifat bangunan dan kompleks tertutup, kita akan menambah
baik dan menyelenggara landskap dan taman–taman awam serta mengadakan
program atau kempen bersepadu. Peruntukan keseluruhannya adalah sebanyak
RM5 juta, yang merangkumi, antara lain, projek Taman Botani di Sri Medan bernilai
RM1.5 juta dan pembangunan Taman Komuniti di Simpang Renggam bernilai
RM500,000.00.
Malah, bermula tahun 2018, satu reka bentuk khusus dan terperinci akan
diwujudkan bagi taman-taman rekreasi yang berada dalam Iskandar Malaysia
melalui kerjasama antara IRDA dan PBT. Ia melibatkan dua hierarki taman rekreasi
iaitu Taman Tempatan dan Taman Kejiranan.
Bagi melaksanakan hasrat ini, RM20 juta akan disediakan oleh PBT-PBT seperti
berikut:
a. Majlis Bandaraya Johor Bahru – Taman Bunga Raya, RM5 juta;
b. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri – Tapak Perkhemahan Impian Emas, RM3 juta;
c. Majlis Perbandaran Pasir Gudang – Taman Tasik Perdana Pasir Gudang, RM5
juta;
d. Majlis Perbandaran Kulai - Hutan Bandar Putra, RM5 juta; dan
e. Majlis Daerah Pontian – Taman Rekreasi Sungai Rambah, RM2 juta.
Kemudahan Awam – Laluan Basikal
Selain itu, PBT-PBT juga akan terlibat dalam yang pecahannya masing-masing
adalah seperti berikut:
a. Majlis Bandaraya Johor Bahru – RM2 juta.
b. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri – RM500,000.00.
c. Majlis Perbandaran Pasir Gudang – RM1 juta.
Infrastruktur – Air
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, infrastruktur air di Johor akan dibangunkan melalui
peruntukan yang disediakan agensi Kerajaan Pusat iaitu Pengurusan Aset Air
Berhad (PAAB) berjumlah RM925.6 juta. Peruntukan ini merangkumi 12 buah projek,
yang lokasi dan kosnya adalah seperti berikut:
a. Pembinaan baharu Loji Rawatan Air Buloh Kasap, Segamat, RM60 juta.
b. Menaik taraf Loji Rawatan Air Felda Pemanis, Segamat, RM16 juta.
30
c. Pembinaan tangki baharu di Labis, Segamat, RM3.6 juta.
d. Menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Serampang, Muar, RM29 juta.
e. Pembinaan Loji Rawatan Air Pagoh, Muar, RM120 juta.
f. Menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Lebam (Fasa 2), Kota Tinggi, RM38 juta.
g. Menaik taraf Rumah Pam Seluyut, Kota Tinggi, RM 3 juta.
h. Menaik taraf Loji Rawatan Air Sembrong Barat, Batu Pahat, RM20 juta.
i. Membaik pulih tangki Sri Sulong dan sistem agihannya, Batu Pahat, RM3 juta.
j. Menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Layang, Johor Bahru, RM17 juta.
k. Pembinaan baharu Loji Rawatan Air Sungai Layang 2, Johor Bahru RM600 juta.
l. Pemasangan paip agihan dari Tangki Bukit Kulai ke Tangki Sedenak, Johor
Bahru, RM16 juta.
Seterusnya menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri, kita akan melaksanakan 2
inisiatif berikut:
a. Projek pembinaan Loji Rawatan Air Kahang bernilai RM100 juta.
b. Projek pembekalan air mentah Layang 2 (Fasa 2) daripada Empangan Seluyut
ke Empangan Upper Layang bernilai RM30 juta.
Bagi inisiatif pemeliharaan sumber air pula, Badan Kawal Selia Air Negeri Johor
(BAKAJ) diperuntukkan sebanyak RM8 juta yang antara lain untuk melaksanakan
Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Johor dan projek-projek sumber
air di pelbagai daerah. Selain itu, Kerajaan Pusat telah meluluskan RM5 juta untuk
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Johor bagi tahun 2018.
Manakala Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan diberikan peruntukan
pembangunan sebanyak RM35 juta bagi melaksanakan projek–projek
menyelenggara parit dan saliran seluruh Johor serta menjalankan kerja–kerja
tebatan banjir di beberapa kawasan yang sering dilanda banjir seperti yang kita
sedia maklum.
Infrastruktur-Jalan dan Jambatan
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi menambah baik jaringan jalan negeri dan
jambatan seluruh Johor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor diperuntukkan
sebanyak RM49.5 juta untuk projek baharu dan sambungan antaranya:
a. Menggantikan Jambatan Sempit di Sengkang, Bukit Gambir, Ledang - RM5
juta.
b. Menggantikan Jambatan Sungai Plentong di Jalan Masai Lama, Johor Baru, -
RM5 juta.
31
c. Menggantikan Jambatan Parit Kassim, Jalan Temenggong Ahmad, Muar - RM2
juta
d. Cadangan Meninggikan Aras Jalan sepanjang 2KM di Jalan Parit Haji Ariff Sri
Medan,Batu Pahat - RM2.5 juta dan sebagainya.
Selain itu, JKR Negeri Johor juga akan melaksanakan pembaikan dan penaik
tarafan bangunan–bangunan utama Kerajaan dengan kos sebanyak RM7 juta.
Sebanyak RM630 juta diperuntukkan melalui Sistem Rekod-rekod Jalan Raya
Malaysia (MARRIS), untuk antara lain, menambah baik penyelenggaraan jalan-jalan
negeri, jalan-jalan kampung dan perabot jalan, seperti papan tanda dan ‘ramp’,
lampu jalan serta pengukuhan bahu jalan.
Daripada jumlah ini, sebanyak RM30 juta adalah khusus untuk kawasan FELDA
manakala RM15 juta pula adalah untuk menyelenggara jambatan trafik sederhana.
Infrastruktur – Hospital
Bagi pembinaan prasarana kesihatan, kerja-kerja awal pembinaan Hospital Pasir
Gudang yang bernilai RM500 juta akan dimulakan pada tahun hadapan.
Infrastruktur – Pengangkutan Awam Darat
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan negeri amat berterima kasih dengan
kerajaan pusat yang sentiasa memberi tumpuan kepada Johor dalam usaha
meningkatkan jaringan perhubungan darat di negeri ini. Antara projek mega
dengan nilai berbilion ringgit yang sedang rancak dilaksanakan adalah High Speed
Rail Kuala Lumpur-Singapura (HSR); Bus Rapid Transit (BRT); Sistem Rapid Transit (RTS)
Johor Bahru-Singapura; dan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Ini termasuklah projek perintis sistem pengangkutan Bus Rapid Transit bernilai RM1
bilion di 3 laluan berkapasiti tinggi dan pembinaan Busway yang akan dimulakan
pada tahun hadapan dengan peruntukan RM30 juta.
Landasan Kereta api Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang menelan kos
keseluruhan sebanyak RM10.45 bilion pula akan mendapat peruntukan
pendahuluan sebanyak RM200 juta pada tahun 2018. Apabila siap kelak, jaringan
ini akan memperkukuh kerancakan ekonomi Johor selain meningkatkan kualiti
pengangkutan awam di negeri ini.
Sejak diperkenalkan pada 1 April 2016, Bas Muafakat Johor atau BMJ telah menjadi
antara strategi utama Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam serta membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Sehingga kini, kesemua 47 laluan Bas Muafakat Johor yang diumumkan dalam 2
pembentangan bajet sebelum ini telah beroperasi sepenuhnya. Mengikut
maklumat terkini, seramai 3,891,592 orang menggunakan perkhidmatan ini.
Rentetan daripada kejayaan ini, 3 lagi inisiatif khusus akan dilaksanakan berkaitan
perkhidmatan Bas Muafakat Johor iaitu:
a. Penambahan 4 laluan baharu melibatkan pertambahan peruntukan RM2.83
juta, iaitu 1 laluan di Labis dan 3 laluan di Pengerang, menjadikan keseluruhan
peruntukan bagi 51 laluan dengan 75 buah Bas Muafakat Johor (BMJ)
berjumlah RM23.15 juta.
32
b. Mengeluarkan Kad Muafakat Johor secara percuma kepada warga emas
berumur 60 tahun yang mendaftar.
c. Membuka dan memperluas penggunaan Bas Muafakat Johor kepada pelajar
antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di
Johor. Walau bagaimanapun, mereka perlu membayar Kad Muafakat Johor
dengan kadar RM120.00 setahun.
Perkhidmatan bas antara bandar TransJohor pula akan ditambah baik melalui 3
inisiatif dengan peruntukan berjumlah RM610,000.00 iaitu:
a. Penambahan 2 laluan dengan 4 buah bas iaitu Batu Pahat-Muar dan Batu
Pahat-Benut.
b. Penambahan 2 buah bas bagi laluan sedia ada Pontian–Kukup.
c. Menyediakan kemudahan WiFi dan memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV)
bagi 20 buah bas.
Bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat mengenai informasi
perjalanan Bas Muafakat Johor dan TransJohor dengan lebih mudah, Perbadanan
Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan menambah 200 tiang bas dan 3 papan
informasi di Terminal Bas Pengerang, Bandar Penawar dan Labis. Penambahan ini
melibatkan peruntukan berjumlah RM990,000.00.
Selain itu, bagi menjadikan jaringan dan kemudahan pengangkutan awam Johor
lebih cekap dan berkesan, tapak pengangkutan awam di Johor Jaya akan
dibangunkan dengan konsep pembangunan berorientasikan transit. Pembangunan
ini bernilai RM445 juta dan akan dilakukan secara kerjasama awam-swasta.
Fasa 1 pada tahun hadapan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM19 juta,
yang akan digunakan untuk pembinaan terminal bas, tempat letak kereta, medan
selera, pasar baharu dan ruang perniagaan. Seterusnya, pembinaan Kompleks
Terminal Bas Batu Pahat akan turut dimulakan pada tahun hadapan dengan
peruntukan berjumlah RM700,000.00.
Infrastruktur – WiFi
Menyentuh aspek jaringan perhubungan dan komunikasi bukan fizikal pula,
kemudahan WiFi percuma untuk rakyat iaitu Johor WiFi akan diperluaskan ke 70
lokasi dengan peruntukan berjumlah RM5.43 juta. Sejak diperkenalkan pada tahun
2015, sebanyak 135 lokasi seluruh Johor telah dilengkapkan dengan kemudahan ini.
Di samping itu, suka saya umumkan bahawa Johor Corporation akan turut terlibat
dalam membangunkan penambahan 768 hotspot dengan peruntukan RM2 juta
pada tahun 2018.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
iii Strategi Ketiga: Memberi Fokus Kepada Keperluan Masa Hadapan Johor, Iaitu
Membangunkan Kemahiran Semua Rakyat Johor.
Di bawah strategi ini, semua potensi dan bakat anak-anak Johor akan diberikan
perhatian serius dan dibangunkan sebagai aset masa hadapan. Yang tiada
kemahiran, akan diberikan kemahiran. Yang telah ada kemahiran, akan dilatih
33
semula dan ditingkatkan kepakarannya. Yang berbakat akan dicari, dihargai dan
diberikan peluang. Yang kurang berbakat, akan kita asuh, beri pendedahan dan
bangunkan keupayaannya. Ringkasnya, di bawah Strategi Ketiga ini, tidak ada
anak-anak Johor yang akan dibiarkan tertinggal tanpa kemahiran dan kepakaran.
Untuk menjayakan misi besar ini, kita telah menyusun secara teliti program-program
berikut.
Program Pembangunan Karakter Murid Johor
Bagi peringkat terawal dan terendah, pendidikan awal sekolah Johor akan
menyaksikan pengenalan Program Pembangunan Karakter Murid Johor, yang
bertujuan membangunkan modal insan dan kemandirian jati diri, akhlak, jasmani
serta rohani pelajar Johor seawal yang mungkin. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan
Negeri akan memperuntukkan RM500,000.00 kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Johor untuk menjayakan agenda ini.
Biasiswa Kenangan Dato’ Onn
Berhubung pembiayaan pendidikan peringkat sekolah, pemberian Biasiswa
Kenangan Dato’ Onn kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang
dilaksanakan selama ini akan diteruskan dengan penambahan jumlah penerima
baharu seramai 500 orang. Tahap kelayakan pendapatan keluarga yang kini
dihadkan kepada RM2,000.00 akan turut dilonggarkan kepada RM3,000.00. Inisiatif
ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.00.
Bantuan dan Program Tuisyen
Program Bantuan Tuisyen SPM Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan diteruskan
dengan peruntukan berjumlah RM1 juta. Program ini akan memberi manfaat
kepada seramai 4 ribu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Selain itu, Yayasan Pelajaran Johor juga akan meneruskan Program Tuisyen atas
talian atau e-Learning Johor untuk semua peringkat sekolah, dengan peruntukan
keseluruhan berjumlah RM200,000.00. Sebahagian daripada kos langganan pakej
pembelajaran digital ini akan ditanggung oleh YPJ, manakala 50% lagi ditanggung
oleh ibu bapa dengan bayaran serendah RM11.60 sebulan. Program yang terbuka
kepada pelajar dari semua kaum ini menawarkan beberapa pakej pembelajaran
dan dijangka akan memberi manfaat kepada 2,300 pelajar khususnya daripada
keluarga berpendapatan sederhana ataupun M40.
Projek Tuisyen Yayasan Johor Corporation akan turut diteruskan pada tahun
hadapan, khususnya untuk murid sekolah rendah luar bandar terpilih di seluruh
Johor. Sehingga kini, 2,799 murid dari keluarga yang kurang berkemampuan dari 30
buah sekolah telah menerima manfaat tersebut. Pada tahun hadapan, program ini
akan dipecahkan kepada 2 kaedah iaitu kaedah konvensional dan ‘online
Classruum’, dengan izin, dengan peruntukan berjumlah RM500,000.00. Sasaran
pada tahun hadapan adalah seramai 1,200 murid dari 40 buah sekolah.
Pembiayaan dan Pinjaman Pengajian Tinggi
Di peringkat yang lebih tinggi, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan
memperuntukkan RM20.35 juta bagi pinjaman pelajaran ke IPT. Jumlah ini akan
memberi manfaat kepada kira-kira 3,290 mahasiswa.
34
Inisiatif ini akan disalurkan melalui, antaranya, Biasiswa Sultan Ibrahim kepada 5
pelajar Johor yang cemerlang yang menerima tawaran menyambung pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah serta 5 Biasiswa kepada pelajaran
atlet yang dipanggil melalui atau pun yang diberi melalui Biasiswa Sukan Atlet
Johor.
Kita maklum bahawa Johor merupakan antara negeri yang mempunyai banyak
universiti serta institusi pengajian tinggi antarabangsa yang bertapak dan
menawarkan pelbagai program pengajian di sini. Jadi, kerajaan negeri tidak akan
membiarkan anak-anak Johor sekadar menjadi pemerhati kepada semua ini
kerana tidak berpeluang untuk merebut peluang belajar di institusi-institusi berprestij
ini. Untuk itu, satu skim pinjaman baharu berjumlah RM500,000.00 akan
diperkenalkan, khusus untuk membiayai 20 orang pelajar cemerlang Johor yang
ditawarkan tempat pengajian di mana-mana universiti antarabangsa swasta yang
terletak di dalam EduCity, Iskandar Malaysia.
Sehingga hari ini Yayasan Pelajaran Johor telah memperkenalkan pelbagai
penambahbaikan kepada Skim Pinjaman Pelajaran YPJ termasuklah pemberian
pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam yang berjaya mendapat
Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Selain itu, Yayasan Pelajaran
Johor juga memberikan insentif diskaun sehingga 50% bayaran balik kepada
peminjamnya yang membuat bayaran balik dalam tempoh-tempoh tertentu.
Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri bersetuju untuk
memansuhkan kos perkhidmatan 4% bagi peminjam-peminjam baharu dan
peminjam yang dijadualkan mula membayar balik pinjaman pada tahun hadapan.
Pinjaman Pengajian Tanpa Faedah
Ini bermakna, bermula pada tahun hadapan, semua pinjaman pengajian tinggi
Johor adalah tanpa caj dan tidak akan dikenakan sebarang faedah ke atas jumlah
pinjaman. Pemberian pinjaman sebegini dikenali sebagai ‘qard hassan’ yang
terdapat dalam sistem kewangan Islam.
Penginapan Pelajar IPT di Batu Pahat
Selain pembiayaan pengajian, kecukupan tempat penginapan yang selamat dan
selesa kepada para pelajar turut sering menjadi cabaran kepada kita. Oleh itu,
bagi menampung kekurangan tempat tinggal pelajar anak Johor yang menuntut di
Universiti Awam dan Swasta di sekitar Parit Raja, Batu Pahat, kerajaan negeri melalui
YPJ Holdings akan mengubah suai dan menukarkan sebuah bangunan miliknya
menjadi kemudahan kediaman alternatif. Perbelanjaan pengubahsuaian serta kos
perabot dan peralatan dijangkakan sebanyak RM1 juta. Apabila siap bermula sesi
pertama tahun 2018 nanti, asrama ini mampu menampung seramai 138 pelajar.
Program Insentif Bio-Johor
Bagi menggalakkan generasi muda terlibat dalam sektor bioteknologi,
Program Insentif Bio-Johor berbentuk bantuan khas kewangan bernilai
RM4,000.00 setahun selama 4 tahun pengajian akan diperkenalkan. Bagi tahun
2018, sebanyak RM100,000.00 akan diperuntukkan kepada 25 orang pelajar
cemerlang terpilih kelahiran Johor yang sedang menuntut di 15 buah IPTA dalam
jurusan Bioteknologi.
35
Tabung Pendidikan Sarjana PDT
Tabung Pendidikan Sarjana PDT yang dikhususkan kepada mereka yang
melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di IPT Awam akan diteruskan
dengan bantuan bernilai RM5,000.00 seorang melalui peruntukan berjumlah RM1
juta. Sejak diperkenalkan pada tahun lalu, inisiatif yang terbuka kepada semua
kaum dan bidang pengajian ini telah memanfaatkan 295 orang dari isi rumah
berpendapatan kurang RM4,000.00. Bagi tahun 2018, bantuan ini akan
mengkhususkan kepada bidang-bidang kritikal selaras dengan keperluan ekonomi
semasa Johor.
Tabung Latihan Kemahiran Johor
Selain daripada Tabung Pendidikan Sarjana PDT ini, satu tabung khas yang dikenali
sebagai Tabung Latihan Kemahiran Johor akan turut disediakan pada tahun
hadapan dengan peruntukan RM5 juta. Tabung yang akan memberi pengkhususan
kepada program latihan kemahiran ini meletakkan pecahan pembahagian
dananya seperti berikut:
a. RM2 juta kepada masyarakat umum.
b. RM1.5 juta kepada warga FELDA.
c. RM1.5 juta kepada kaum India.
IPTA dan Institut Kemahiran di Johor diseru untuk memperkenal dan menambah
penawaran pengajian kemahiran-kemahiran teknikal selari dengan pertumbuhan
pesat negeri ini seperti dalam bidang minyak dan gas, maritim, robotik dan pusat
data.
Pembangunan Modal Insan oleh KEJORA
Melalui KEJORA pula, terdapat 2 program yang akan dilaksanakan dengan jumlah
peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.5 juta.
a. Program Pembangunan Modal Insan yang diperuntukkan sebanyak RM1 juta.
Program ini disasarkan kepada komuniti organisasi, golongan wanita, para
belia, golongan warga emas, ibu-ibu tunggal, OKU dan anak-anak yatim di 35
kampung tradisi di dalam Wilayah KEJORA. Program ini dijangka dapat
memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 500 peserta dari pelbagai
program.
b. Program Pembangunan Pendidikan, yang mendapat peruntukan sebanyak
RM2.5 juta. Program ini mengandungi beberapa program di bawahnya seperti
Program Peningkatan Kecemerlangan Pendidikan, Program Peningkatan
Pendidikan dan Sahsiah pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah.
Program ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 3,000 pelajar
peringkat rendah dan menengah di Wilayah Johor Tenggara.
Program Readiness Enhancement and Dedicated Skills (REDS)
Sukacita saya maklumkan bahawa industri perkhidmatan perniagaan melalui
program Global Business Services (GBS) ISKANDAR semakin rancak membangun di
36
Iskandar Puteri, Johor. Sehingga kini, sebanyak 14 buah syarikat telah melabur
dengan pelaburan yang direalisasi berjumlah RM1.7 bilion di samping penawaran
sebanyak 3,997 peluang pekerjaan bernilai tinggi. Antara syarikat yang sudah
bertapak di sini termasuklah Frost & Sullivan, VISTRA, AEGIS dan BRANDT
International.
Bagi terus menyokong perkembangan sektor ini, program perintis Readiness
Enhancement and Dedicated Skill (REDS) akan diperkenalkan. Ia merupakan
program bagi meningkatkan kemahiran dan latihan semula peserta dalam industri
ini. Selain itu, inisiatif yang berpusat di Iskandar Puteri ini akan turut menggalakkan
penemusuaan kerjaya atau job matching antara syarikat tempatan dan asing di
bawah GBS ISKANDAR dengan bakat-bakat tempatan berdasarkan penawaran
dan permintaan. Sesi pertama pengambilan peserta akan bermula pada bulan
Januari tahun depan. Kos program berjumlah RM7 ribu seorang akan ditanggung
sepenuhnya oleh pihak i2M Ventures Sdn Bhd dan syarikat-syarikat di bawah GBS
ISKANDAR.
Selain REDS di Iskandar Puteri, kita akan turut memberi perhatian kepada keperluan
untuk memenuhi permintaan tenaga kerja mahir di kawasan lain di seluruh Johor,
khususnya Pengerang. Untuk itu, Kerajaan Pusat akan menaik taraf bengkel dan
kemudahan latihan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dengan
peruntukan sebanyak RM1.555 juta.
Unit Swadaya Insan
Unit Swadaya Insan yang telah ditubuhkan pada tahun lalu diperuntukkan
sebanyak RM2.5 juta bagi meneruskan pembangunan modal insan dan
menjayakan aspirasi Johor Berkemahiran melalui pelaksanaan Pelan Induk
Pembangunan Kemahiran Negeri Johor, program intervensi pembangunan
swadaya insan di peringkat pendidikan awam dan Kembara Kerjaya 5.0.
Selain itu, Program Azam Kerja Muafakat Johor yang telah dimanfaatkan oleh 1,656
orang dengan perbelanjaan RM3 juta sejak tahun 2015 akan diteruskan meliputi
Azam Kerja@Industri, Program Jana Pendapatan dan Program Kebolehpasaran.
Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 50 ribu lagi peluang
pekerjaan baharu akan ditawarkan di seluruh Johor, terutamanya dalam kawasan
Iskandar Malaysia dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang.
Infrastruktur dan Pembangunan Sukan
Selain aspek pendidikan dan pengasahan bakat dalam bidang kerjaya, kita akan
turut memberi fokus serta perhatian kepada usaha membongkar potensi sukan
Johor secara lebih serius dan berkesan. Untuk itu, secara rangkumannya, kita akan
melakukan 7 inisiatif besar berikut bagi membingkas pembangunan serta promosi
sukan di Johor.
Pertama bagi menyelaras persiapan ke arah penganjuran Sukan Malaysia 2020 satu
Sekretariat SUKMA 2020 akan dibentuk dengan suntikan RM10 juta secara
berperingkat.
Kedua bagi menyediakan kemudahan latihan atlet dan prasarana SUKMA 2020
infrastruktur sukan yang akan di naik taraf meliputi:
a. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kos keseluruhan RM15 juta di
mana untuk tahun 2018 peruntukkannya adalah sebanyak RM2.5 juta.
37
b. Trek Kompleks Sukan Kluang dengan kos RM3.2 juta.
c. Stadium Mini Kluang dengan kos keseluruhan RM5 juta. Sebanyak RM4 juta
akan diberikan pada tahun hadapan.
d. Pembinaan Stadium Mini dan Balapan Johor Bahru dengan kos keseluruhan
RM8 juta. Sebanyak RM6.5 juta akan diberikan terlebih dahulu pada tahun
hadapan.
Ketiga, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Program Pembangunan Atlet Ti20
(Titanium 20) iaitu Modul Khas Pembangunan Sukan ke arah kecemerlangan SUKMA
2020. Atlet-atlet yang mempunyai prospek memenangi pingat akan diserapkan ke
dalam program ini untuk menjalani latihan insentif fizikal dan mental.
Keempat, lanjutan pencapaian cemerlang Johor dalam sukan bola sepak
tempatan dan serantau, peruntukan RM10 juta yang diberikan sebelum ini akan
diteruskan pada tahun hadapan bagi tujuan pembangunan bola sepak khusus di
peringkat akar umbi.
Kelima, Kerajaan Negeri melalui Johor Corporation akan menyumbang kepada
pembangunan sukan pelayaran dengan penglibatan Persatuan Pelayaran Negeri
Johor dan Persatuan Pelayaran Malaysia. Johor Corporation akan sekali lagi menaja
sukan ini dengan peruntukan RM2 juta bagi membiayai penyertaan dalam Sukan
Asia ke-18 di Jakarta dan persediaan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Keenam, kita akan menjadikan Johor sebagai destinasi aktiviti sukan antarabangsa.
Bagi menjayakan aspirasi ini, 3 inisiatif usaha sama Kerajaan Negeri dan pihak
swasta akan dilakukan, iaitu:
a. Iskandar Puteri Night Marathon, yang akan dijadikan acara tahunan untuk
mempromosikan Iskandar Puteri dan negeri Johor sebagai destinasi
penganjuran sukan antarabangsa.
b. The Southern Cycling Race, iaitu perlumbaan basikal jelajah negeri Johor
dengan penyertaan pelumba dari seluruh negara dan antarabangsa.
c. Kejohanan Tinju Antarabangsa akan dianjurkan secara tahunan dengan
jumlah peruntukan RM160,000.00 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2016.
Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50,000.00 untuk
kejohanan ini.
Ketujuh, pembangunan sukan dan Rakan Muda secara keseluruhannya akan
diperuntukkan sebanyak RM17.355 juta. Pembahagian peruntukan ini adalah seperti
berikut:
a. Majlis Sukan Negeri Johor – RM12.505 juta.
b. Perbadanan Stadium – RM2.65 juta.
c. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor– RM1.9 juta.
d. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) –
RM300,000.00.
38
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
iv Strategi Keempat: Menjelmakan Pengurusan Tatakelola Kerajaan Yang
Berprestasi, Telus Dan Beramanah.
Sistem penyampaian Kerajaan mesti inklusif, cekap dan amanah. Operasi kita mesti
telus dan bebas ketirisan. Perbelanjaan kita mesti berhemah dan mempunyai impak
serta sasaran. Bagi merealisasikan tekad ini, 2 agenda utama yang berikut akan
dilaksanakan pada tahun 2018.
Pertama: Agenda Kepimpinan Berprestasi Dan Pemantapan Perkhidmatan Awam.
Di bawah agenda ini, perkhidmatan awam negeri Johor akan dibangunkan
menjadi yang terbaik di dalam kelasnya melalui 2 pelan jangka pendek, sederhana
dan panjang, iaitu:
a. Pelan Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Negeri Johor
2018- 2020.
b. Pelan Transformasi Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Tabung Latihan Kemahiran Penjawat Awam
Tabung Latihan Kemahiran Penjawat Awam Johor-PDT yang diperkenalkan pada
tahun 2016 sehingga kini telah berjaya menjadi platform dalam memberikan kursus
eksekutif jangka pendek di universiti terkemuka dunia dan pensijilan profesional
kepada 124 Pegawai Tadbir Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tahun ini,
tabung ini telah turut memberi pendedahan tentang teknik-teknik pengajaran dan
pedagogi kepada 360 guru KAFA di Johor.
Sehubungan itu, bagi tahun 2018, cakupan penerima manfaat tabung ini akan
diperluas kepada penjawat-penjawat awam negeri dan PBT di peringkat
pelaksana. Bantuan sebanyak RM5,000.00 seorang akan diberikan kepada mereka
yang berjaya dan terpilih melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Tabung ini akan menerima peruntukan berjumlah RM600,000.00.
Program Takaful Penjawat Awam Negeri Johor
Selain memberikan peluang melanjutkan pengajian, kita akan memperkenalkan
Program Takaful Penghospitalan & Pembedahan serta Program Takaful
Kemalangan Diri Penjawat Awam Negeri Johor. Skim ini merupakan satu
kemudahan tambahan daripada kemudahan rawatan kesihatan sedia ada yang
dinikmati penjawat awam mengikut Pekeliling Bilangan 21 Tahun 2009. Di bawah
inisiatif baharu ini, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi separuh daripada kadar
bayaran caruman bulanan kad perubatan yang akan melayakkan penjawat
awam negeri dan ahli keluarga mereka menerima faedah rawatan pakar di
hospital-hospital KPJ dengan kadar RM60,000.00 setahun. Skim ini juga memberi
perlindungan sehingga RM220,000.00 bagi kes-kes kemalangan yang
mengakibatkan kematian dan keilatan kekal. Pada tahun hadapan, inisiatif ini
diperuntukkan RM6.21 juta dengan sasaran 10,184 penjawat awam negeri
menerima manfaatnya. Kerajaan Negeri menyeru semua PBT, badan berkanun dan
GLC negeri untuk melaksanakan program ini kepada pegawai dan kakitangan
masing-masing dengan peruntukan sendiri.
39
40
Transformasi PBT
Transformasi PBT seperti yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2017 akan diteruskan
pada tahun hadapan melalui 2 inisiatif utama.
Pertama, penaiktarafan PBT. Setakat ini Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
telah dinaik taraf ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang telah mula berkuat kuasa
pada 22 November 2017. Hari ini, sukacita saya maklumkan bahawa bermula 1
Januari 2018 nanti, Majlis Daerah Segamat pula akan di naik taraf ke Majlis
Perbandaran Segamat. (Dewan bertepuk).
Kedua, pemantapan dasar pengambilan kakitangan yang pelbagai dan inklusif.
Sebelum ini, PBT-PBT di Johor telah mengambil golongan OKU sebagai kakitangan
untuk berkhidmat di PBT-PBT seluruh Johor. Pada tahun hadapan, setiap PBT perlu
mengambil sekurang-kurangnya 5 orang kaum India dalam pelbagai gred dan
pangkat untuk berkhidmat di semua PBT di seluruh Johor.
Kedua-dua inisiatif ini diharap akan dapat meningkatkan kecekapan serta
keberkesanan PBT-PBT di negeri Johor.
Agenda Kedua: Melakukan Peralihan Ke Arah Kerajaan Digital.
Johor yang pesat membangun perlulah digerakkan oleh jaringan maklumat yang
pantas dan canggih melalui prasarana ICT yang moden dan terkini. Sehubungan
itu, kita telah menjalankan satu Kajian dan Pelan Tindakan Digital Johor, yang
hasilnya menunjukkan keperluan melaksanakan pelbagai inisiatif digital yang kita
rangkumkan sebagai inisiatif Johor 4.0.
Inisiatif strategik Johor 4.0 ini adalah satu agenda komprehensif Kerajaan Negeri
untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan memartabatkan masyarakat melalui
penggunaan teknologi digital atau ICT yang selari dengan revolusi industri ke-4.
Bermula tahun hadapan, kita akan memfokuskan terlebih dahulu kepada usaha
mendigitalkan sektor-sektor utama ekonomi Johor ke arah model perniagaan
baharu yang sekali gus akan menjadikan Johor sebagai tumpuan serantau dan hab
perniagaan global. Sebagai permulaan, RM5 juta diperuntukkan untuk
melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Johor 4.0.
Dari segi pembinaan infrastruktur, fasa pertama akan dijalankan meliputi kawasan
Iskandar Malaysia dan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM40 juta. Antara
komponen utama inisiatif ini adalah mewujudkan prasarana gentian optik agar
rakyat dapat menikmati kemudahan internet jalur berkelajuan ultra atau ultra speed
broadband.
Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor akan diperuntukkan sebanyak RM8
juta bagi tujuan pembangunan Projek dan Infrastruktur Digital. Antara cakupan
utama di bawah inisiatif ini adalah Sistem e-Kewangan Johor, Sistem Pemantauan
Projek dan Sistem Hasil Tanah Versi 2.0.
Ini termasuklah inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Teknologi Digital
di Sekolah Agama Johor yang telah dirintis pada tahun 2016 dan kini telah
mencapai 40% pelaksanaannya. Sebanyak 693 unit iPad telah disediakan kepada
murid-murid dan para guru agama di 4 buah sekolah agama perintis yang kita
sedia maklum.
41
v. Strategi Kelima: Mewujudkan Pembangunan Serta Persekitaran Yang Lestari,
Islami, Selamat, Berbudaya, Seimbang Dan Bersandarkan Kearifan Tempatan.
Melalui Bajet ini, kita beriltizam menjadikan persekitaran Johor bukan sahaja
selamat, tetapi terus lestari dan dipulihara. Budaya, nilai dan tradisi kita mesti terus
didukung dan diberikan apresiasi. Dan, kita mesti menggunakan kearifan tempatan
untuk menyelesaikan pelbagai enigma sosial dalam rutin harian. Cara Johor. Model
Johor. Citra Johor.
Untuk menjayakan strategi terakhir ini, 5 agenda berikut akan diberikan perhatian.
Pertama: Agenda Johor Islami
Sebelum saya terangkan tentang inisiatif-inisiatifnya, suka untuk saya jelaskan
konteks dan idea Johor Islami yang ingin kita jayakan. Johor Islami tidak seharusnya
dilihat dengan pandangan sempit dan terpesong. Ia bukan berkisar tentang
pengenalan atau pelaksanaan Islam melalui instrumen undang-undang. Dan ia
sama sekali tidak bertujuan mengetepikan kebebasan agama lain untuk diamalkan
dengan harmoni.
Sebaliknya, Johor Islami merujuk kepada usaha-usaha untuk menterjemahkan atau
menjelmakan prinsip dan saranan Islam dalam pelbagai agenda pembangunan
serta ikhtiar menyejahterakan masyarakat, yang pastinya lebih bertepatan dengan
ajaran Islam sebagai satu cara hidup berbanding hanya kompilasi hukum hakam
dan peraturan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk itu, Agenda Johor Islami akan menyentuh
antara lain, perkara-perkara berikut.
Skim Zakat MAINJ
Sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus dan mengagih pungutan
zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), kini bertindak sebagai
Perbendaharaan kepada lebih 160,000.00 orang asnaf, fakir, miskin dan mereka
yang memerlukan di seluruh Johor.
Sehubungan itu, 20 jenis Skim Bantuan Zakat MAINJ yang meliputi pelbagai bantuan
kebajikan, perumahan, perubatan, ekonomi, taraf hidup serta pendidikan akan
terus dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM161 juta.
Pembelaan Mualaf
Negeri Johor tidak akan ketinggalan dalam membela kebajikan mualaf. Dasar ini
selari dengan firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan
orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari
Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
42
Berpandukan pengajaran dari ayat di atas, kita akan memperkenalkan Skim
Bantuan Bulanan Mualaf dengan peruntukan RM3.6 juta. Skim ini akan
memanfaatkan 3 kategori penerima yang terdiri daripada 1,000 orang mualaf yang
masih dalam tempoh 2 tahun pertama pengislamannya. Jumlah bantuan bulanan
mengikut kategori adalah seperti berikut:
a. RM200.00 kepada mualaf yang berstatus bujang.
b. RM300.00 kepada mualaf yang merupakan ketua keluarga dengan
tanggungan sehingga 5 orang; dan
c. RM400.00 kepada mualaf yang merupakan ketua keluarga dengan
tanggungan melebihi 5 orang.
Skim ini menjadikan negeri Johor sebagai negeri yang mempunyai sekurang-
kurangnya 8 skim bantuan khusus dalam membela kebajikan mualaf. (Dewan
bertepuk)
Agama Islam mengajar kita bahawa sifat prihatin tidak seharusnya dipamerkan
secara terhad mengikut kaum atau kepercayaan sahaja. Sebaliknya, ia harus selari
dengan hikmah ajaran Al-Quran yang turun sebagai rahmat kepada seluruh umat
manusia.
Bantuan Pesakit Bukan Islam
Atas sebab itu, Kerajaan Negeri memperkenalkan bantuan kepada pesakit-pesakit
bukan Islam yang kurang berkemampuan dan terlantar bagi mendapatkan
rawatan di hospital-hospital dalam bentuk sokongan keperluan asas perubatan
dengan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000.00.
Bantuan Hemodialisis
Bantuan rawatan hemodialisis di setiap daerah melalui Majlis Agama Islam Negeri
Johor (MAINJ), Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Johor Corporation akan
diteruskan.
Setakat ini, Johor Corporation telah membelanjakan RM773,000.00 termasuk untuk
pesakit dialisis yang hanya membayar RM90 berbanding RM130.00 di pusat dialisis
luar. Sejak 2013, Perbadanan Islam Johor pula telah menyumbang RM1.5 juta bagi
tujuan pemasangan tapak fistula yang telah memanfaatkan 1,500 pesakit buah
pinggang. Manakala Majlis Agama Islam Negeri Johor membelanjakan RM45 juta
untuk manfaat 3,500 orang pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang.
Pendidikan Agama – Peringkat Awal
Bagi menjayakan Agenda Johor Islami ini, kita akan memberi perhatian serius dan
terus memperkukuhkan sistem pendidikan dan sekolah agama Johor di pelbagai
peringkat.
Di peringkat pendidikan awal, Program Iqra’ dan Fardhu Ain (IQFA) akan terus
dilaksanakan di TABIKA KEMAS terpilih di negeri Johor. Sejak diperkenalkan pada
tahun 2014, program ini telah berjaya mendidik sehingga 9,165 kanak-kanak melalui
196 buah TABIKA KEMAS.
43
Lanjutan kepada kejayaan ini, bagi tahun 2018, sebanyak 44 buah lagi TABIKA
KEMAS akan mula melaksanakan program ini, menjadikan jumlah keseluruhan
TABIKA KEMAS yang mempunyai Program IQFA adalah sebanyak 240 buah.
Dianggarkan 4,800 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah akan
menerima manfaat program ini.
Usaha memartabatkan tulisan Jawi dan bahasa Arab sebagai bahasa ketiga akan
dirancakkan dengan pengenalan 2 lagi modul tambahan baharu iaitu asas tulisan
Jawi dan asas Bahasa Arab. Penambahan 2 modul ini menjadikan TABIKA KEMAS
kini mengandungi 7 modul utama.
Pendidikan Agama – Peringkat Sekolah
Di peringkat sekolah rendah pula, suka saya umumkan bahawa pembinaan
Sekolah Agama Kerajaan Johor telah memasuki Fasa 5 melibatkan pembinaan 30
buah lagi sekolah. Sehubungan itu, sebanyak RM40.297 juta akan diperuntukkan
bagi tahun hadapan. Penambahan ini adalah daripada 578 buah Sekolah Agama
Kerajaan Johor yang sedia ada.
Seperti yang dinyatakan semasa Majlis Penutupan Ekspo Johor Berkemajuan yang
lalu, Kerajaan Negeri telah mengambil alih penyeliaan 65 buah sekolah agama di
kawasan FELDA. Untuk itu, peruntukan sebanyak RM1.03 juta akan disediakan bagi
menyelenggara sekolah-sekolah agama di kawasan FELDA pada tahun 2018.
Pendidikan Agama – Peringkat Tinggi
Selain pendidikan agama peringkat rendah, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri
mengambil komitmen untuk memantapkan pula pendidikan Islam di peringkat yang
lebih tinggi.
Untuk itu, fokus pada tahun 2018 adalah untuk melaksanakan usaha-usaha
memenuhi kriteria yang diperlukan bagi menaik taraf Kolej Pengajian Islam Johor
(MARSAH) kepada sebuah Kolej Universiti menjelang 2019. (Dewan bertepuk).
Untuk makluman semua, pada tahun ini, kita sudah menjalankan kajian awal
berhubung kesesuaian dan kredibiliti untuk melonjakkan MARSAH ke tahap yang
lebih baik. Apabila status Kolej Universiti berjaya diperolehi kelak, MARSAH dijangka
berupaya menjadi tempat pengajian kepada kira-kira 10,000 pelajar.
Agenda Johor Islami tidak akan lengkap tanpa usaha membangunkan persekitaran
ekonomi yang mematuhi tuntutan Shari’ah.
Majlis Halal Negeri Johor
Oleh yang demikian, pembangunan industri halal di negeri Johor akan diberi nafas
baharu dengan penyelarasan yang lebih baik melalui kewujudan Majlis Halal Negeri
Johor. Komponen utama di bawah majlis ini adalah ‘Johor Halal One Stop Agency’,
yang akan diselia sepenuhnya oleh Perbadanan Islam Johor. Manakala
pelaksanaannya akan diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor Holdings.
Inisiatif ini memfokuskan 5 perkara utama iaitu pembangunan pensijilan halal,
pembangunan produk dan perkhidmatan halal, infrastruktur halal, pembangunan
pasaran halal dan pematuhan dan pemantauan halal.
Dana Bantuan Guaman Syarie
44
Bagi melengkapkan aspirasi menjadikan persekitaran negeri Johor sebagai
persekitaran yang Islami, hak seseorang individu untuk mendapat keadilan dan
pembelaan bukan sahaja mesti diiktiraf, tetapi kemampuan untuk memperoleh
khidmat peguam atau nasihat undang-undang mesti turut ditingkatkan, seperti
yang kini dilakukan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dan ‘legal aids’
dalam kes-kes sivil dan jenayah. Sehubungan itu, bagi kes-kes Syari’ah atau
tuntutan kes-kes perkahwinan dan mal di Mahkamah Syari’ah, kerajaan negeri buat
julung-julung kalinya akan memperkenalkan Dana Bantuan Guaman Syarie.
Dengan peruntukan permulaan sebanyak RM500,000.00, dana ini kelak akan
membolehkan mereka dari kalangan isi rumah bawah RM3,000.00 berpeluang
mendapatkan nasihat undang-undang atau mengupah peguam.
Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, melalui peruntukan kerajaan pusat, sebanyak
RM26 juta disediakan bagi membina baharu atau membina semula 12 buah masjid
di seluruh Johor, iaitu
a. Masjid Bandar Sri Gading, Batu Pahat dengan peruntukan sebanyak RM4
juta.
b. Masjid Kampung Air Putih, Mukim 18 Parit Sulong, Batu Pahat dengan
peruntukan sebanyak RM2 juta.
c. Masjid Makam Lubok Batu, Kampung Lubok Batu, Segamat dengan
peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
d. Masjid Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8, Parit Raja dengan peruntukan
sebanyak RM1.75 juta.
e. Masjid Kampung Parit Awang di Yong Peng dengan peruntukan sebanyak
RM1.05 juta.
f. Membina semula bangunan Masjid Jamek Nurul Huda, Kampung Parit Jayus
4, Seri Medan, Batu Pahat dengan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.
g. Membina baharu Masjid Jamek Parit Betong, Mukim 4 Parit Sulong, Batu
Pahat dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
h. Membina baharu Masjid Jamek Kampung Relau Asahan, Tangkak dengan
peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
i. Membina baharu Masjid Jamek Kampung Bukit Banjar, Tangkak dengan
peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
j. Membina baharu Masjid Parit Sulaiman, Pontian dengan peruntukan
sebanyak RM1 juta.
k. Membina baharu Masjid Taman Sri Kluang, Kluang dengan peruntukan
sebanyak RM2 juta.
l. Membina Masjid baharu di Taman Bayu Damai, Pengerang dengan
peruntukan sebanyak RM5 juta.
45
Selain itu, sebanyak RM3.5 juta turut diperuntukkan di bawah Tabung
Pembangunan Masjid Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan baik pulih 30
buah masjid dan 70 buah surau.
Kedua: Agenda Johor Berbudaya.
Pusat Warisan Negeri
Hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa akan
diteruskan pada tahun hadapan termasuk mewujudkan Pusat Warisan Negeri Johor
dengan menjadikan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar sebagai pusat sehenti bagi
aktiviti kebudayaan negeri Johor. Sebanyak RM10.4 juta diperuntukkan bagi tujuan
menaik taraf bangunan, pengisian Galeri Tenun dan penyediaan Galeri Seni Johor
di lokasi baharu tersebut.
Lanjutan kepada hasrat menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu
Antarabangsa ini juga, Seminar Johor Riau akan dianjurkan pada tahun hadapan.
Seminar ini diharap akan dapat menyumbang perkara-perkara berikut:
a. Menyingkap perkembangan Melayu serantau dalam konteks negeri Johor.
b. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sumbangan dan peranan
sejarah, budaya dan persuratan dalam ketamadunan Melayu serantau.
c. Menghayati dan mengambil iktibar daripada ketamadunan Melayu serantau
untuk pengukuhan muafakat dan jati diri masyarakat Johor dalam
menempuh era mendatang.
d. Mendokumentasi serta menerbitkan hasil persidangan untuk rujukan masa
hadapan.
Kain Benang Johor
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita akan memperkenalkan semula Kain Benang
Johor sebagai langkah memelihara warisan budaya dengan menghasilkan produk
tenun secara komersial, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
Johor.
Festival Hujung Medini
Rentetan kejayaan penganjurannya pada tahun ini dan edisi-edisi sebelumnya,
Festival Hujung Medini akan dijadikan festival kebudayaan tahunan selama 3 hari.
Selain mementaskan pelbagai jenis seni zapin, festival ini akan diisi dengan
perarakan kebudayaan terbesar bagi memaparkan seni budaya sama ada warisan
busana, cara berpakaian, seni muzik dan seni tari pelbagai etnik dari seluruh Johor.
Program Jelajah Akar 01
Bagi meningkatkan jati diri anak muda Johor, Kerajaan Negeri melalui Arkib Negara
cawangan Johor akan menganjurkan Program Jelajah Akar 01 dengan peruntukan
RM500,000.00. Siri jelajah ke setiap daerah dalam Johor ini disusun dengan
pendekatan meliputi aktiviti kebudayaan, pameran dan kesedaran pengetahuan
sejarah Johor. Program disasar akan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000.00
belia Johor.
46
Ketiga: Agenda Johor Lestari
Sesungguhnya kita tidak akan menjadi bangsa yang berperadaban tinggi dan
berbudaya jika kita tidak pandai menjaga dan menghormati alam sekitar yang
menjadi rumah kediaman kita semua.
Naik Taraf Hutan Lipur
Oleh itu, sebanyak RM4.5 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Perhutanan
Negeri Johor. RM1.43 juta daripadanya adalah untuk membaik pulih dan menaik
taraf 8 buah hutan lipur dan taman ekorimba seluruh Johor.
Pusat Kecemerlangan Pemuliharaan Bakau
Tapak RAMSAR Sungai Pulai akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pemuliharaan
Bakau dengan peruntukan RM500,000.00 bagi melaksanakan Kajian Kemungkinan
dan Rangka Kerja. Hasil kajian ini akan dijadikan panduan dalam meneruskan
Kajian Reka Bentuk Terperinci dan pembinaan infrastruktur fizikal.
Pusat Baja Johor
Sebuah Pusat Baja Johor di bawah J-Biotech akan ditubuhkan dengan peruntukan
RM600,000.00. Inisiatif ini melibatkan kerjasama strategik pengusaha-pengusaha
kilang baja organik di seluruh Johor dan bermatlamat bagi membolehkan komuniti
bio pertanian, iaitu petani-petani moden mendapat bekalan baja organik dengan
harga yang lebih rendah dari pasaran
Di bawah Dasar Kelestarian Negeri Johor yang telah dilancarkan tahun ini, kerajaan
negeri juga akan melaksanakan, antara lain:
a. Projek Perintis pemasangan sistem hibrid untuk mini hidro di Tanjung Piai
dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00.
b. Pemasangan Lampu Jimat Tenaga Jenis LED berteknologi hijau di jalan raya
di bawah Jabatan Kerja Raya.
c. Pengukuhan penguatkuasaan hidupan liar di negeri Johor dengan
peruntukan sebanyak RM418,000.00.
d. Man and Biosphere RAMSAR Site dengan peruntukan RM500,0000.00.
e. ASEAN Heritage Park dengan peruntukan sebanyak RM188,000.00.
Di bawah Pelan Tindakan Biorosot dan Biokompos, J-Biotech akan diberi mandat
untuk mempelopori pengeluaran bahan pembungkusan Biorosot halal bagi
menggantikan plastik konvensional dan polestrin melalui kerjasama dengan
pemain-pemain industri biorosot dan biokompos di Johor. Saya dengan ini
mengumumkan pelaksanaan penggunaan bahan pembungkusan biorosot halal
bagi menggantikan bekas makanan polesterin dan plastik akan dilaksanakan di
seluruh Johor bermula pada 1 Januari 2018 secara berperingkat. Sebagai
permulaan, disasarkan 30% daripada keseluruhan penggunaan pembungkusan
47
adalah daripada bahan biorosot halal. Inisiatif ini mendapat peruntukan sebanyak
RM300,000.00.
Village Enhancement Program
Usaha untuk memastikan kelestarian dan pemeliharaan kampung-kampung
tradisional dalam Iskandar Malaysia yang dinamakan Village Enhancement
Program telah dimulakan tahun ini melibatkan 2 buah kampung iaitu Kampung
Kuala Masai dan Kampung Pasir Gudang Baru.
Pada tahun hadapan, program ini akan diperluas ke 17 buah kampung dengan
populasi seramai lebih 80,000, melibatkan peruntukan berjumlah RM17 juta di
bawah Kumpulan Wang Projek Sosial Iskandar Malaysia.
Kawasan-kawasan tersebut adalah Felda Bukit Batu, Felda Bukit Permai, Felda Taib
Andak, Felda Ulu Tebrau, Felda Sungai Tiram, Kampung Cahaya Baru, Kampung
Tanjung Langsat, Kampung Perigi Acheh, Kampung Pasir Puteh, JB City VID,
Kampung Melayu Majidee, Kampung Sungai Melayu, Kampung Tebing Runtuh,
Tanjung Pelepas VID, Kampung Simpang Ampat, Kampung Ulu Choh dan Kampung
Terapung Kukup. Ini bermakna semua kampung ini akan dipertahankan dalam
kemajuan pembangunan yang begitu sesak.
Kursi Profesor Iskandar Malaysia
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebuah Kursi Profesor Iskandar Malaysia akan
diwujudkan bagi tujuan mempromosi dan mengembangkan ilmu berkaitan
wawasan pembangunan lestari wilayah yang akan menggunakan konsep
endowmen atau wakaf berjumlah RM3 juta daripada Kumpulan Wang Projek Sosial
Iskandar Malaysia. Kursi Endowmen ini ditempatkan di Universiti Teknologi Malaysia.
Kita juga akan memperkenalkan konsep Iskandar Sustainable Living (ISL) iaitu projek
mapan yang bercirikan bandar pintar dan rendah karbon. Projek ini akan
diperkenalkan di kawasan Medini melalui kerjasama antara Iskandar Investment
Berhad (IIB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Sasaran kita adalah untuk tampil sebagai "Ikon Global bagi Bandar Mapan dan
Sejahtera Didiami", sekali gus mewujudkan satu legasi dalam perancangan dan
pembangunan bandar.
Unit Sungai PBT
Bagi mempergiat usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai, sebagai
langkah proaktif 3 buah PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan menubuhkan Unit Sungai
bagi tujuan pemantauan khusus ke atas sungai. Kerajaan negeri amat
menggalakkan PBT-PBT lain untuk mencontohi dan turut mewujudkan unit ini.
Program Kelestarian Alam Sekitar – Johor Corporation
Dalam menyokong Dasar Kelestarian Johor, Kerajaan Negeri melalui Johor
Corporation akan melaksanakan Pelan Pengurusan Konservasi Paya Bakau Secara
Mapan Di Sungai Johor dan Sungai Lebam. Inisiatif ini adalah fasa pertama
daripada 3 komponen Pelan Induk Pembangunan Sungai Johor yang akan turut
melibatkan pembangunan ekopelancongan dan aktiviti-aktiviti yang menjana
ekonomi serta memfokuskan pembangunan ekonomi masyarakat setempat. Projek
48
ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM55 juta, dan untuk tahun 2018,
sebanyak RM16 juta diperuntukkan.
Johor Corporation juga akan meneruskan penajaan program Johor Corporation
GO Green Initiative, yang menggunakan pendekatan pendidikan untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar di 13 sekolah menengah seluruh Johor tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Program ini melibatkan kos sebanyak
RM280,000.00 setahun dan dijayakan dengan kerjasama antara Yayasan Johor
Corporation, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pertanian Johor dan FAMA
Johor.
Keempat: Agenda Johor Selamat.
Pengawasan Setempat oleh Komuniti
Bagi memastikan persekitaran kehidupan di Johor lebih selamat dan sejahtera, kita
akan menggalakkan penglibatan masyarakat secara langsung dalam ikhtiar
tersebut melalui 3 inisiatif:
a. Program Permuafakatan Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun
Tetangga dengan peruntukan RM280,000.00.
b. Pemberian Geran Pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga berjumlah
RM500,000.00.
c. Pemberian Geran Pengoperasian Rondaan Skim Rondaan Sukarela berjumlah
RM100,000.00.
Program Bandar Selamat
Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh PBT-PBT akan diperuntukkan RM1.6 juta
yang meliputi pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV), membina laluan pejalan
kaki dan juga susur.
Kelima: Agenda Johor Prihatin.
Johor Prihatin adalah mekanisme kita untuk melahirkan sebuah masyarakat yang
peka dan cakna dengan persekitarannya. Ia mensasarkan pembentukan sebuah
masyarakat yang saling mengambil berat, bersedia untuk saling membantu dan
sentiasa tampil menghulurkan sumbangan masa, tenaga dan sumber untuk
menjayakan sebarang usaha meningkatkan kesejahteraan kehidupan
bermasyarakat.
Bagi menterjemahkan hasrat ini, kita merancang melaksanakan inisiatif-inisiatif
berikut.
Pembukaan Akaun SSPN-i
Bermula pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan membantu Pembukaan
Akaun SSPN-i bernilai RM50.00 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada
tahun 2018. Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 oleh YPJ dan
dikhususkan untuk golongan ibu bapa yang berpendapatan bawah RM7,000.00.
Bantuan Am Negeri Johor – Kenaikan Kadar Bantuan
49
Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat 10 skim bantuan
kebajikan persekutuan yang kini dimanfaatkan oleh 42,414 penerima dari negeri ini.
Selain itu, seramai 5,724 orang yang terdiri daripada 3,415 Melayu, 1,213 Cina, 926
India dan 170 lain-lain kaum pula dibantu oleh Kerajaan Negeri di bawah Bantuan
Am Negeri Johor. Memahami keperluan mereka ini untuk berhadapan dengan kos
sara hidup yang meningkat, kadar Bantuan Am Negeri Johor akan dinaikkan
sebanyak RM50.00, iaitu dari RM150.00 menjadi RM200.00 sebulan. Inisiatif ini
melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13.7 juta.
Perlindungan Takaful Asnaf dan Penerima Bantuan Am
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dalam memastikan golongan yang
kurang berkemampuan turut berpeluang menerima rawatan perubatan dan
penjagaan kesihatan pakar, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan Skim
Perlindungan Takaful bagi golongan asnaf dan penerima Skim Bantuan Am di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dengan adanya skim ini, ia membolehkan
golongan ini mendapat rawatan pakar bagi penyakit-penyakit kronik, pampasan
kematian dan perbelanjaan pengebumian. Caruman sebanyak RM120.00 setahun
akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan MAINJ. Disasarkan seramai
10,000 orang asnaf dan 5,724 penerima bantuan Am akan menerima perlindungan
takaful ini. Kos keseluruhan bagi 15,724 penerima adalah sebanyak RM1.9 juta.
Pembangunan Masyarakat India
Peruntukan khusus pembangunan masyarakat India akan ditambah pada tahun
2018 kepada RM8 juta. Ini meliputi peruntukan berjumlah RM6.5 juta kepada
Yayasan Sultanah Rogayah bagi program keusahawanan sebanyak RM2.5 juta,
kebajikan, RM2.5 juta dan pendidikan, RM1.5 juta. Selain itu, RM1.5 juta
diperuntukkan untuk kerja-kerja baik pulih prasarana Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil.
Pembangunan Masyarakat Cina
Peruntukan khusus pembangunan masyarakat Cina pula adalah berjumlah RM6.5
juta, yang dipecahkan kepada Yayasan Sultanah Fatimah, RM3 juta, inisiatif
meningkatkan mutu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta pembiayaan kos pendidikan
latihan vokasional, RM1 juta dan kerja-kerja baik pulih prasarana SJKC, RM2.5 juta.
Peruntukan kepada Kolej Universiti Selatan akan diteruskan dengan jumlah
RM500,000.00, yang bermatlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan tinggi
masyarakat Cina.
Ibu Tunggal dan Wanita
Seterusnya, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim akan meneruskan
Program Bantuan Peralatan Perniagaan kepada ibu tunggal dan wanita
berpendapatan rendah dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Saya suka
mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan menggalakkan semua Yayasan di
bawah PBT-PBT yang lain di Johor untuk turut mempertimbang dan mengikut
langkah ini.
Sebagai usaha untuk menyambut saranan Kerajaan Pusat, semua GLC negeri dan
Pihak Berkuasa Tempatan di Johor disarankan untuk mewujudkan Pusat Ambang
Kanak-kanak untuk manfaat anak-anak kakitangan.
50
51
Bantuan Khas Nelayan
Sejumlah RM3.67 juta diperuntukkan bagi meneruskan Bantuan Khas kepada
nelayan sebanyak RM2,000.00 seorang kepada 1,834 penerima berdaftar.
Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti
Bagi meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga, 2 program akan dilaksanakan
dan diperluaskan iaitu Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti atau FACE
dan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita. Kedua-dua program ini
akan mempunyai lokasi bersasar dan melibatkan peruntukan sebanyak
RM300,000.00 daripada Kerajaan Negeri.
Untuk maklumat semua, kini terdapat 10 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di
Johor yang dimanfaatkan oleh kira-kira 3,625 orang warga emas. Tahun hadapan,
2 buah lagi PAWE baharu akan dibina di Pasir Gudang dan Bukit Pasir, Muar.
Manakala 5 buah PAWE yang berada di Kota Tinggi, Pontian, Muar, Tangkak dan
Johor Bahru akan dinaik taraf. Kesemua ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1
juta.
Dan sebanyak RM20,000.00 diperuntukkan kepada setiap PAWE bagi memacu
program dan aktiviti yang mereka jalankan. Inisiatif ini akan melibatkan jumlah
keseluruhan sebanyak RM200,000.00.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Johor banyak berperanan membantu OKU
berdikari melalui pemberian kemahiran yang bersesuaian, di samping menjadi
platform menyuburkan sifat prihatin masyarakat. Sukacita saya maklumkan bahawa
negeri Johor kini memiliki jumlah PDK terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 73 buah.
(Dewan bertepuk). Malah, PDK Felda Bukit Besar, Kota Tinggi telah diiktiraf sebagai
PDK Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2017.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersetuju membina 4 buah lagi PDK iaitu di
Pemanis, Segamat; Kahang, Kluang; Parit Raja, Batu Pahat; dan Felda Nitar 2, di
Mersing.
Manakala 5 buah PDK masing-masing di Penggaram, Batu Pahat; Layang-Layang,
Kluang; Palong Timur, Segamat; Bukit Gambir, Muar; dan Felda Nitar 1, Mersing akan
dinaik taraf dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.7 juta.
Selain peruntukan infrastruktur ini, sebanyak RM260,000.00 diperuntukkan bagi
menyokong penganjuran program-program PDK.
Peranan sektor swasta dalam mengupaya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
melalui tanggungjawab sosial akan diperluaskan dengan memperkenalkan
Corporate Adventure Program di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul
Ta’zim. Sebagai permulaan, pembiayaan bantuan peralatan dan penyediaan
peluang pekerjaan kepada golongan OKU akan dilakukan dengan melibatkan
pihak swasta dalam industri perhotelan, perkilangan dan peruncitan atau pasaraya.
Manakala program 2YEP Muafakat Johor (2-Year Exit Program) yang membantu
penerima-penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ingin
memulakan perniagaan diperuntukkan RM300,000.00. Program ini mensasarkan 100
52
penerima geran permulaan perniagaan bernilai RM3,000.00 seorang. Mereka
dijangka boleh menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan dan akan mampu
untuk keluar daripada kelompok kemiskinan berbekalkan bimbingan dan
pemantauan rapi dalam tempoh dua tahun.
Selari dengan inisiatif dan bantuan Kerajaan Pusat kepada komuniti Orang Asli
seperti bantuan bina baharu dan baik pulih rumah, bantuan makanan dan
persekolahan serta pembangunan keusahawanan; Kerajaan Negeri turut tidak
ketinggalan menawarkan pelbagai bantuan.
Pembangunan Orang Asli
Namun, matlamat dan fokus kita di Johor lebih kepada usaha untuk membantu
mentransformasi masyarakat Orang Asli. Dengan peruntukan berjumlah
RM500,000.00 pada tahun hadapan, program ini akan meliputi pembangunan
infrastruktur asas di perkampungan Orang Asli seluruh Johor serta program-program
pembangunan komuniti yang dinamakan ProDaya Orang Asli.
Program Perpaduan dan Muafakat
Peranan Tabika Perpaduan akan diperkasakan melalui Program Permuafakatan
JPTP yang kini meliputi 206 buah kelas dengan peruntukan sebanyak RM412,000.00.
Karnival Pengguna Muafakat Johor yang bertujuan menangani kos sara hidup
melalui penjualan barangan borong dari kilang terus kepada rakyat, Factory to
Street diperuntukkan RM1 juta.
Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Johor, Kerajaan Negeri
bersetuju menyediakan peruntukan RM300,000.00, yang antaranya adalah untuk
pembangunan ekonomi dan penganjuran aktiviti atau program.
NGO dan Kesukarelawanan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan salah satu penggerak utama
masyarakat. Pelbagai program berbentuk kebajikan, sosial, keusahawanan dan
kesihatan digerakkan melalui platform ini. Justeru, suka saya umumkan bahawa
Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan peruntukan dalam bentuk geran berjumlah
RM8.5 juta, khusus untuk program kesukarelawanan dan bantuan kepada NGO-
NGO di Johor. Sebanyak 98 NGO disasarkan menerima geran ini pada tahun
hadapan, antaranya, Persatuan HELWA di setiap daerah, Persatuan Ibu Tunggal,
Persatuan Orang Pekak dan lain-lain.
Duta Jauhar
Sejak penganjuran inisiatif ini pada tahun 2014, sebanyak 106 projek keusahawanan
sosial telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 1,580 mahasiswa Johor. Dan
seramai 27,255 orang daripada pelbagai kelompok masyarakat seperti golongan
ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah, OKU, orang asli dan warga emas
telah menerima manfaat dan impaknya. Melihat kepada keberkesanan projek ini,
Kerajaan Negeri bersetuju agar Program Duta Jauhar diteruskan bagi sesi ke-5 pada
tahun 2018 dengan peruntukan RM1.5 juta dengan sasaran penglibatan seramai
450 mahasiswa dan 5,000 orang awam.
53
Pembangunan Orang Muda Johor
Generasi belia atau yang kita namakan sebagai Orang Muda Johor (OMJ),
merupakan sumber terbesar negara dan negeri Johor. Mereka berpotensi untuk
menyumbang kepada pembangunan negara.
Berdasarkan maklum balas daripada golongan belia di kampung-kampung di
dalam Iskandar Malaysia, wujud keperluan untuk golongan ini mempunyai pusat
khusus bagi menjalankan aktiviti keusahawanan serta berkumpul untuk berbincang
dan mendapat informasi terkini berkenaan Iskandar Malaysia. Sehubungan itu,
inisiatif Iskandar Malaysia Port Orang Desa (IMPOD) akan dilaksanakan dengan
peruntukan sebanyak RM1.72 juta. Inisiatif ini melibatkan penyediaan unit berbentuk
kabin yang menepati selera golongan belia di kampung-kampung yang terlibat.
Untuk tahun 2018, sebanyak 4 lokasi telah dikenal pasti sebagai projek perintis dan
pembinaannya akan bermula seawal bulan Januari. Kita mensasarkan untuk
membina 14 IMPOD di pelbagai lokasi sekitar Iskandar Malaysia dalam tempoh 3
tiga tahun.
Selain itu, antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pembinaan
Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang
dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2018 dengan penambahan
komponen-komponen aktiviti lasak seperti ‘wall climbing’, ‘parkour’, ‘skate plaza’
dan trek basikal.
Sesuai dengan slogan from youth to youth, suatu dana yang dinamakan Iskandar
Malaysia Youth Fund akan diwujudkan dengan peruntukan awal sebanyak RM3
juta. Dana ini bertujuan membolehkan golongan belia melaksanakan program-
program sosial terutamanya dalam 3 teras utama Hab Belia Iskandar Malaysia iaitu
keusahawanan, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat.
Pertanian Bandar
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, mereka yang berbudi pada tanah tidak akan
pernah rugi. Atas kesedaran ini, Program Pertanian Bandar Iskandar Malaysia (Urban
Farming) yang telah dilancar dan laksanakan sejak tahun 2016 akan diteruskan.
Idea dan konsep inisiatif ini adalah untuk mewujudkan platform yang boleh
membantu para penghuni bandar di sekitar Iskandar Malaysia meningkatkan
pendapatan dan meringankan kesan kos sara hidup.
Susulan kejayaan yang telah dilaksanakan sebelum ini, maka untuk tahun hadapan,
peruntukan RM3 juta juga akan diberikan bagi kita meneruskan Program Pertanian
Bandar.
Program-Program Pembangunan Komuniti Iskandar Malaysia oleh IRDA
Bagi meneruskan inisiatif pembangunan sosial Iskandar Malaysia, program IM
Makmur telah diperkenalkan pada tahun ini untuk membantu 7 golongan sasar
yang merupakan golongan minoriti dan berisiko terpinggir, iaitu Orang Asli, kaum
India yang berpendapatan rendah, nelayan, ibu tunggal, golongan OKU, anak-
anak yatim dan warga emas akan kita teruskan. Pada tahun 2018, dijangka
melibatkan seramai 1,500 keluarga. Pelaksanaannya akan dijayakan secara usaha
sama dengan Yayasan PBT dalam kawasan Iskandar Malaysia serta mana-mana
54
NGO yang mempunyai program serta cadangan yang dilihat ia sesuai untuk
dilaksanakan.
Program Peningkatan Keupayaan Strategik Golongan Usahawan, Profesional dan
Eksekutif Wanita – IRDA
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, walaupun kita mempunyai 5 strategi kursus yang
mendasari bajet Johor 2018 kita akan tetap bergerak seiring dan sentiasa
menyokong segala ikhtiar program dan dasar baru yang diumumkan dalam bajet
persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Malah, saya ingin sekali
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih Kerajaan
Negeri dan warga Johor kepada Kerajaan Persekutuan atas perhatian dan
komitmen berterusan kepada Negeri Johor. Khususnya atas peruntukan sebanyak
RM2.1 bilion pada tahun hadapan melalui Third Rolling Plan Rancangan Malaysia
Ke-11. Sesungguhnya, kita tidak dapat nafikan bahawa kerancakan ekonomi dan
pertumbuhan pesat di Johor ini turut banyak disumbangkan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Atas dasar inilah, Kerajaan Negeri Johor akan terus bekerjasama dengan Kerajaan
Persekutuan untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga Johor. Kita tidak
akan memadam segala yang ada dan membuka lembaran baharu bermula dari
sifar. Sebaliknya, segala ruang sedia ada yang menawarkan kepentingan strategik,
unik dan khusus kepada Johor, tetapi tidak diperuntukkan dalam Bajet Persekutuan
2018, akan di lengkap dan ditawarkan oleh kerajaan negeri. Manakala, perkara-
perkara yang sudah dicakupi oleh inisiatif serta bidang kuasa kerajaan pusat,
kerajaan negeri akan bantu untuk menambah baik, mengikut kemampuan kita.
Malah, pada masa yang sama saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa segala
kecemerlangan dan pencapaian Kerajaan Negeri Johor selama ini adalah hasil
kerja keras dan sumbangan besar semua pihak. Khususnya kakitangan Kerajaan
Negeri dan para penjawat awam yang komited dan ikhlas berkhidmat.
Untuk itu, saya ingin mengumumkan insentif-insentif berikut.
Bagi para penggerak masjid-masjid dan para penggerak Program Sakinah di
seluruh negeri Johor, bayaran Khas Kewangan berjumlah RM500.00 akan diberikan.
Bagi penjawat awam yang akan bersara, mereka juga tidak sesekali kita lupakan.
Jasa mereka kepada negeri Johor amat besar dan akan sentiasa kita kenang.
Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Persaraan
bernilai RM1,000.00 kepada penjawat-penjawat awam negeri yang bersara
bermula tahun 2018.
Seterusnya, bagi menghargai jasa bekas Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri,
kerajaan negeri akan menaikkan kadar pencen pesara ADUN kepada 60%
daripada gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan. Kadar ini adalah bersamaan
dengan kadar pencen Ahli-Ahli Parlimen.
Dan, akhir sekali, sebagai menghargai segala sumbangan dan kerja keras penjawat
awam negeri Johor, Bantuan Khas Kewangan akan diberi kepada kakitangan
kerajaan negeri Johor dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh
kerajaan negeri Johor, jangan tersilap, yang gajinya di bayar oleh kerajaan negeri
Johor dengan jumlah bersamaan setengah bulan gaji dengan kadar minimum
RM1,500.00. Bagi yang mempunyai gaji di bawah RM3,000.00, ia bermakna mereka
55
akan dapat RM1,500.00. Dan, bagi yang mempunyai gaji lebih RM3,000.00 dia
dapat setengah daripada itu. (Dewan bertepuk).
Bantuan Khas Kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor, Ahli Dewan Negeri Johor, Ahli Jumaah Diraja Johor, Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor, Pelatih-pelatih Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) dan Guru-guru Tadika Agama Islam Johor (TAJ).
Selain itu, semua pesara penjawat awam negeri Johor akan menerima Bantuan
Khas sebanyak RM750.00 seorang, iaitu bayaran oleh kerajaan persekutuan seperti
yang diumumkan dalam Bajet Persekutuan 2018.
Semua bantuan-bantuan khas kewangan yang saya umumkan ini akan diberikan
pada bulan Januari 2018. Dan, yang paling penting bantuan ini tidak termasuk
pemberian untuk Hari Raya itu akan diumumkan kemudian. (Dewan bertepuk).
Kita harap, segala pemberian bantuan dan insentif khas kewangan ini akan
menjadi lambang terima kasih dan penghargaan tulus Kerajaan Negeri kepada
semua yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pastinya kita amat sedar, semua
ini tidak akan sesekali setara dan memadai jika dibandingkan dengan jasa dan
sumbangan besar semua pihak kepada perkhidmatan awam Johor. Namun, kita
benar-benar berterima kasih kepada semua yang telah berjasa kepada
perkhidmatan awam Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Sesungguhnya kesempatan membentangkan Bajet Johor 2018 ini membawa
bersamanya makna besar kepada saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran
Kerajaan Negeri Johor.
Pertama, kali ini lengkaplah lima tahun saya membentangkan Bajet Negeri Johor,
sesuai dengan mandat lima tahun yang kami peroleh dari rakyat untuk mentadbir
negeri ini. Lima tahun yang sangat mencabar, tetapi lima tahun yang saya juga
rasakan sangat berjaya. (Dewan bertepuk).
Kedua, Bajet Johor 2018 adalah Bajet terakhir sebelum Dewan ini dibubarkan untuk
membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 dilaksanakan. Insya-Allah, selepas pilihan
raya akan datang, saya pasti akan kembali membentang Bajet Negeri Johor untuk
tahun 2019. Dengan kepimpinan yang bersandarkan prestasi, Johor telah menjadi
sebuah negeri paling berdaya saing di Malaysia. Maka tidak ada sebab mengapa
kita tidak boleh diberikan mandat sekali lagi untuk terus memimpin Kerajaan Negeri
pasca Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Saya akui bahawa impian membangunkan Dekad Johor adalah satu impian yang
besar. Kepada mereka yang prejudis, ini adalah angan-angan yang tidak berpijak
di bumi nyata. Kepada mereka yang pesimis, ini hanyalah satu mimpi yang tidak
mungkin kesampaian.
Namun, pada saya dan seluruh jentera kerajaan negeri, adalah tidak bermoral dan
tidak bertanggungjawab, jika sebagai pemimpin, kita tidak mengambil pendirian
patriotik untuk membentangkan satu lembaran baharu demi masa depan Johor
dan anak bangsanya.
Janganlah kita sekadar mentadbir negeri ini demi kepentingan sendiri, seperti enau
dalam belukar, yang hanya mahu melepaskan pucuk masing-masing. Dan,
56
janganlah pula kita culas dan malas merancang masa depannya, sehingga Johor
menjadi sebuah negeri yang lesu, ibarat hidup segan mati tak mahu.
Lebih teruk, janganlah kita menjadi mereka yang terlalu berfikiran sempit dan
gemar mencari salah dan silap. Ibarat gagak hitam yang suka menyelongkar
sampah dan memakan bangkai.
Marilah kita semua, berusaha sehabis kudrat dan daya, memperbaiki kelemahan
dan memberikan yang terbaik, demi menjayakan 10 tahun akan datang. Bukan
sahaja sebagai sebuah dekad yang sarat dengan pencapaian, tetapi dekad yang
dilihat dan dikenali sebagai, Dekad Johor!
Sekian, saya mohon mencadang, terima kasih.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, selesai sudah Ucapan Bajet Negeri Johor
2018 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema ‘Membangun Dekad
Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor’. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’.
Sebelum saya menangguhkan mesyuarat, dijemput Ahli-Ahli Yang Berhormat dan
para hadirin bersama-sama YAB Menteri Besar ke Gallery Walk Titik Sentuhan Bajet
Johor 2018 di sebelah kanan Dewan ini dan seterusnya ke Dewan Jamuan untuk
menikmati jamuan makan tengah hari.
Teks penuh Ucapan Bajet 2018 boleh dimuat turun di www.muafakatjohor.com dan
www.jauhar.my . Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Ahad, 26
November 2017 jam 9.30 pagi di mana perbahasan atas rundingan bagi bacaan
kali yang kedua Enakmen Perbekalan (2018) Tahun 2017 akan dimulakan.
Persidangan ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.
57
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA (BAJET 2018)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KEDUA AHAD, 26 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN.,PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN.,PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
58
59
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
(Tanjung Surat)
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
60
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
61
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
62
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ,. PIS., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
63
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmannirrahim.
(Berselawat). Salam sejahtera dan selamat pagi. Alhamdulillah, pada hari Khamis
yang lepas kita telah mendengar Ucapan Bajet Negeri Johor 2018 oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar dengan tema ‘Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera
Untuk Johor’. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar dan Ahli-Ahli Eksekutif barisan kepimpinan kerajaan negeri dan pegawai-
pegawai kerajaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dukacita dimaklumkan bahawa, Yang Berhormat
Allahyarhamah Hajah Khatijah binti Md. Som yang telah berkhidmat sebagai Ahli
Dewan Negeri Johor kawasan Pulai Sebatang mulai 3 Ogos 1986 hingga 10
November 1999 telah kembali ke rahmatullah pada 13 November 2017 yang lalu.
Dewan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Hajah
Khatijah binti Md. Som dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh
Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bagi orang-
orang Islam membacakan Al-Fatihah dan bukan Islam berdiri bertafakur. Al-Fatihah.
(Dewan berdiri). Terima kasih.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Sungai Abong, jemput.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan nombor 1.
Bagaimanakah sambutan orang ramai Program Bas Muafakat Johor di negeri Johor
amnya dan di daerah Muar khususnya. Adakah kerajaan akan mengkaji analisis
kos-efektif Program Bas Muafakat Johor, sambutan yang diberikan dengan kos
program.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan :
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Waalaikumsalam.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Selamat pagi,
salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang
Berhormat Sungai Abong membangkitkan soal sambutan Bas Muafakat Johor yang
telah berkhidmat selama dua tahun. Sambutan orang awam terhadap
perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini sangat menggalakkan. Sehingga September
2017, jumlah kepenggunaan perkhidmatan ini adalah sebanyak 4,054,923 di 47
laluan bagi dua tahun pelaksanaannya iaitu sejak tahun 2016. Bagi kawasan Muar
pula, jumlah kepenggunaan yang dicatatkan keseluruhannya sejak dilaksanakan
pada 1 April 2017 sehingga September 2017 adalah sebanyak 11,248
kepenggunaan bagi tiga laluan, iaitu laluan daripada Terminal Maharani ke Parit
64
Setongkat, Jalan Kampung Tengah dan Taman Tun Dr. Ismail. Laluan kedua
daripada Terminal Maharani ke Kampung Parit Keroma, Taman Bahagia dan Jalan
Joned dan laluan ketiga daripada Terminal Maharani dan terus ke Pekan Bakri
melalui Jalan Jeram, Sungai Terap.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, penggunaan Bas Muafakat Johor ini akan
meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak kerajaan khususnya pihak
Perbadanan Pengangkutan Awam Johor bersama-sama dengan agensi-agensi
berkepentingan lain termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan akan terus mencari
jalan menambah baik perkhidmatan ini:
1. Kita akan sentiasa terus menyemak semua laluan-laluan yang mempunyai
kepenggunaan yang rendah setiap tiga bulan berturut-turut bagi
memanjangkan atau mengubah waktu perjalanan dengan mengambil kira
kepadatan penduduk, lokasi-lokasi khidmat masyarakat seperti sekolah, rumah
ibadat, pasar awam, hospital, klinik kesihatan dan lain-lain.
2. Kita juga akan mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mempromosi laluan dan
juga penjualan kad Bas Muafakat Johor di seluruh pelosok negeri Johor.
3. Akan terus mengadakan kempen kesedaran dan untuk menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam secara berterusan.
4. Pembinaan tiang-tiang maklumat bagi tujuan tempat mengambil dan
menurunkan penumpang serta maklumat laluan dan waktu perjalanan bas
muafakat Johor ini. So, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor akan sentiasa
dan juga mengkaji aspek, kos, analisis program bas Muafakat Johor secara
berterusan untuk menambah baik perkhidmatan termasuklah mengintegrasi
perkhidmatan bas muafakat Johor ini dengan perkhidmatan pengangkutan
awam yang lain di masa akan datang.
Ini adalah sebahagian perancangan kerajaan bagi memperluaskan perkhidmatan
pengangkutan awam yang lebih efisien lagi.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Walaupun program ini, ianya
lebih kepada service-oriented dan bukan untuk keuntungan khususnya di Muar.
Kalau kita tengok maklumat yang telah diberikan tadi bahawa sekitar 2,000 orang
sahaja yang menggunakan 2,000 lebih perkhidmatan ini dalam masa sebulan
daripada tiga laluan. Kalau di Muar ni, saya hari-hari lalu Tan Sri Speaker, berselisih
dengan Bas Muafakat Johor. Dia seolah macam bas berhantu. Nampak driver
seorang, kepala driver seorang, basnya kosong. Jadi kebetulan saya bertanya
dengan driver bas, apa masalahnya sampai kosong orang Muar macam tak minat
sangat naik bas Muafakat Johor ini. Adakah orang Muar semua dah kaya-kaya
punya kenderaan sendiri. Maka jawapan yang diberikan, ‘ha itulah kerajaan tak
bincang dengan kita, tak bincang dengan driver bas kononnya begitulah untuk
memilih laluan-laluan yang sesuai’. Jadi, masalahnya adakah kerajaan selama ini
tidak berbincang dengan mana-mana syarikat bas syarikat bas yang terbabit untuk
menentukan route, jalan-jalan yang sesuai. Saya rasa ini mudah dijalankan kerana
kita boleh melihat kepada bilangan yang memohon kad, pas-pas. Mana kawasan
yang banyak memohon, maka pada saya, itulah kawasan yang paling sesuai
dibuat laluan Bas Muafakat Johor ini. Jadi, nampaknya tak ada sambutan. Sangat-
sangat mengecewakan sambutan bagi Bas Muafakat Johor di daerah Muar ini.
YB Speaker : Ok, Sungai Abong.
65
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, masa kita nak tentukan laluan bas tu memanglah kita tak bincang
dengan pemandu bas, kita bincang dengan operator bas, tauke dia ye. Jadi,
masa nak tentukan laluan tu, pertama, macam Di Muar, Syarikat Mayang Sari, dia
bagi pandangan. Kemudian juga kita minta pandangan pihak PBT, sebab PBT Majlis
Perbandaran Muar yang akan keluarkan belanja, Majlis Daerah Tangkak juga kita
minta pandangan sebab Muar adalah satu daerah. Dan satu lagi, begitu juga
tanya Pejabat Daerah melalui Penghulu dan sebagainya tempat-tempat laluan
yang sesuai.
Tapi kalau tengok dari segi jumlah Kad Bas Muafakat ni yang dibeli di daerah Muar
ni yang melibatkan Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Daerah Tangkak adalah
sebanyak 1,121 orang yang ada kad. Lepas tu, bila kita nak ubah ataupun nak kaji
balik laluan dia tak semudahnya. Sebab bila orang yang beli kad ni dia tak sebut
dia duduk mana. Dia cuma datang nak beli apa nama ni, Kad Bas Muafakat
sama ada dia naik atau tak naik itu urusan dia. Jadi, nak tentukan nak ubah tu, kita
pun tengah perhatikan mana-mana laluan yang memang betul tak de orang naik,
then kita akan ubah. Tapi walaupun ada mungkin 4,5 orang naik, dia dah beli kad.
Kalau kita tiadakan laluan tu, dia akan complain pulak, kita dah beli kad, kita
duduk sini tiba-tiba bas tak de. Jadi dari segi kepenggunaan, memanglah kita baru
mula daripada bulan April, Tan Sri Speaker, lebih kurang 6 bulan, sehingga
September, jadi memang ada sedikit sebanyak kekurangan dari segi tu yang saya
katakan tadi, kita akan sentiasa menambah baik. So, kalau mungkin Yang
Berhormat ada pandangan dari segi laluan, kita tak de masalah apa ni masukkan
dalam apa nama ni kajian ataupun kawasan-kawasan yang boleh dilalui oleh bas
ni. Sebab apa ni, servis kita ni untuk semua orang, tak kira siapa.
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Terima kasih kepada Tan Sri
Speaker. Pertama kali saya, Parit Yaani merasakan bahawa penggunaan Bas
Muafakat ni, satu perkara yang baik. Cuma apa yang saya nak persoalkan di sini
ada beberapa perkara. Yang pertama, kekerapan laluan bas, kedua, bilangan
basnya berapa, yang ketiga, kenapa kita tidak letakkan kepada bandar-
bandaraya yang telah bertambah dua di negeri Johor, Bandaraya Johor Bahru itu
sendiri dan juga Bandaraya Johor Bahru Tengah kerana di sini tempat yang paling
sesak untuk rakyat...
YB Speaker : Bandaraya Johor Bahru Tengah tak de.
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Oh, oh minta maaf...
Bandaraya Iskandar Puteri. Jadi, maknanya, sepatutnya di situ kita letakkan
bilangan Bas Muafakat yang lebih banyak dengan panduan-panduan ataupun
laluan memang tempat penduduk yang padat ke tempat-tempat bekerja.
Sebagai contohnya kalau di Taman Universiti di Skudai yang padat pergi ke UTM. Itu
sepatutnya kita ada bas yang memang boleh berulang alik mengurangkan
kesesakan lalu lintas di situ. Kalau di Pasir Gudang sebagai contohnya, jadi ini
benda-benda yang sewajarnya kita semak dan saya nak bertanya di sini, kalau
andai kata yang keempat persoalannya, ada tak parking khas kepada mereka
dikumpulkan parking-parking tadi tempat khas jadi bas datang kat situ ambik, pergi.
Jadi taklah menjadikan bandar raya kita berterusan sesak dan menjadikan
kemalangan yang menggunakan kenderaan bermotor. Sekian, terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, dari segi pelaksanaan Bas Muafakat ni, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, pada tahun 2016 kita laksanakan di peringkat 4 PBT, Majlis Bandaraya
66
Johor Bahru, masa tu Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga Majlis Perbandaran Kulai.
Itu 2016, April 2016. Bila kita tengok sambutan yang agak menggalakkan khususnya
di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan juga Majlis Perbandaran Pasir
Gudang, maka kerajaan putuskan kita luaskan ke kawasan-kawasan lain,
maksudnya daerah-daerah lain, di kawasan PBT lain. Itu yang April 2017 kita
mulakan di setiap PBT. Jadi maknanya kita nak, tak nak orang Johor Bahru aje
mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang kerajaan berikan ini. Ok.
Kalau kita nak bandingkan dari segi tadi Yang Berhormat Parit Yaani sebutkan
kenapa tak ditumpukan di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri umpamanya.
Kalau tengok statistik yang ada Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya
kawasan-kawasan, secara perbandingannya antara Majlis Perbandaran di PBT di
Johor Bahru, 4 PBT tu, yang paling kurang sebenarnya kawasan Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri. Itu pun kita tengah pening nak tengok, kita dah belanja banyak.
Antara laluan yang kita nak beri perhatian ialah laluan ke UTM. Memang ada
dalam perancangan, cuma dalam proses untuk kita synchronize kan balik. Sebab
kita pun tak mampu buat masa ini untuk tambah lagi bilangan bas sebab kita nak
manfaatkan sebaik mungkin jumlah bas yang ada pada hari ini. Kalau di kawasan
luar PBT, luar Johor Bahru, satu laluan itu dalam 2 bas sahaja. Sebab itu frekuensi
pun masih lagi tak mencukupi. Kita sedar itu. Sebab itu dalam masa yang sama,
kita, saya pernah katakan dulu, kita nak kempen supaya orang juga ada kesedaran
dan beli kad ini. Sebab kalau perbandingannya dengan jumlah kad yang diberi
pun masih jauh lagi. Makna kesedaran orang ramai masih lagi rendah. Yang saya
katakan tadi penggunaan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru kalau
berbanding dengan eh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, setakat September 2017,
hanya 337,939 sahaja penggunaan. Maknanya orang naik turun tu baru 300,000
lebih sahaja. Berbanding dengan Pasir Gudang 1 juta lebih, 1,018,039 dan Majlis
Bandaraya Johor Bahru 1,916,323. Makna Majlis Bandaraya Johor Bahru ini lebih
banyak penggunaan. Sebab itu, mungkin kalau tengok dari segi keadaan di Majlis
Bandaraya Iskandar Puteri, mungkin kat situ banyak orang, i mean orang-orang
yang berpendapatan tinggi mungkin tak naik bas ini. Jadi, antara tumpuannya
selain daripada laluan itu, kita juga nak tengok kawasan-kawasan yang masyarakat
yang berpendapatan rendah.
YB Speaker : Yang Berhormat Pasir Raja jemput.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bismillahirrahmannirrahim. Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 2.
Nyatakan kriteria dan ciri-ciri Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang cemerlang
berdasarkan rujukan-rujukan yang digariskan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) memandangkan pengurusan penjagaan Orang Kelainan Upaya kini semakin
kompleks dan mencabar.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam muafakat
Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih juga kepada Yang
Berhormat Pasir Raja. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Raja, kriteria-
kriteria dan ciri-ciri yang telah ditetapkan bagi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
yang cemerlang adalah:
1. Ianya berpandu kepada projek-projek khas dan kemudahan-kemudahan lain
yang diusahakan oleh jawatankuasa untuk faedah kanak-kanak istimewa
67
seperti pembinaan bangunan, penubuhan pusat sumber, pembelian peralatan
pasu, penghasilan kerja tangan dan juga bengkel vokasional dan lain-lain.
2. Cemerlang dengan kepelbagaian aktiviti yang berfaedah dan berkesan
kepada kanak-kanak istimewa.
3. Keanggotaan jawatankuasa hendaklah mencerminkan penglibatan
menyeluruh masyarakat tempatan.
4. Pengurusan dan pentadbiran PDK yang kemas dan teratur serta langkah-
langkah memaksimumkan penggunaan Pusat PDK selain daripada
penggunaan untuk tujuan pemulihan kanak-kanak istimewa, Pusat PDK
digunakan sepenuhnya dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti pusat
sumber maklumat, latihan dan lain-lain aktiviti.
5. Seterusnya adalah penglibatan ibu bapa, keluarga dan penduduk serta
komuniti setempat dalam program PDK.
6. Seterusnya pelaksanaan program latihan untuk pekerja PDK dan ibu bapa,
keluarga dan juga kanak-kanak dan yang akhirnya
7. Pengurusan akaun serta maklumat kewangan diuruskan dengan baik dan
teratur. Ada usaha untuk menambah sumber kewangan dan tidak semata-
mata bergantung kepada geran kerajaan ataupun jabatan.
Dan, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
Yang Berhormat Pasir Raja kerana pada tahun 2017, PDK Bukit Besar yang mana
diterajui oleh ADUN Pasir Raja telah pun mendapat Anugerah PDK Cemerlang
Peringkat Kebangsaan untuk tahun 2017. (Dewan bertepuk). Dan, 2 tahun
sebenarnya berturut-turut Johor mendapat Anugerah PDK Cemerlang. Bagi tahun
2016 adalah PDK Bandar Tenggara.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Tan Sri Speaker, terima kasih.
Alhamdulillah Tan Sri Speaker, sejak EXCO memimpin jawatankuasa PDK ini, kita
dapat banyak manfaat dan pengorbanan yang dilakukan oleh kerajaan Johor
terhadap membela orang kurang ataupun orang kelainan upaya ni nampaknya
berjaya.
Apa yang nak saya bangkitkan Tan Sri Speaker, apabila saya dapat anugerah
peringkat negara, perkara pertama yang saya dapati ialah apabila saya ambil
anugerah tersebut, adakah dia untuk Johor, kebaikan orang Johor, yang lebih saya
fikirkan ialah mendapat anugerah mungkin mudah, tetapi mengekalkan
kecemerlangan tu, nak mengekalkan kecemerlangan tu, lepas ni apa dia? Jadi,
soalan saya pada pagi ini ialah untuk menanyakan Pengerusi Jawatankuasa
Wanita ini, langkah-langkah yang diberikan sebagai kriteria utama, nampak
macam boleh kita jadikan kriteria di negeri Johor, apakah langkah-langkah kita
untuk memodenkannya supaya kalau kita bertanding di peringkat antarabangsa,
dia boleh menjadikan Johor punya PDK benchmark ataupun tanda aras kepada
kejayaan pada masa akan datang. Itu saya nak tanyakan.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Raja. Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
sebenarnya kalau kita lihat di Johor ini, kita merupakan negeri yang paling banyak
68
PDK. Kita ada 73 buah PDK ya di seluruh negara. Dan kita juga mempunyai
petugas yang paling ramai, 452 petugas. Dan yang sebenarnya yang menjadikan
Johor itu cemerlang dalam PDK nya, salah satu adalah keprihatinan kerajaan
negeri Johor sendiri terhadap PDK dan juga orang-orang kurang upaya di negeri
Johor. Contohnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi tahun ini sahaja, kita akan
mendapat peruntukan lebih kurang RM3,044,800.00 termasuklah pembinaan
bangunan PDK, 4 buah bangunan dengan RM1.7 juta, program di PDK
RM260,000.00 dan juga sebanyak RM1,084,800.00 tambahan elaun sebanyak
RM200.00 kepada semua petugas PDK, sama ada penyelia dan juga petugas PDK
yang saya sebutkan tadi.
Dan, sebagaimana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat ADUN Pasir Raja, kita
boleh mengekalkan kecemerlangan dan kita juga boleh insya-Allah kalau di
peringkat antarabangsa boleh, kerana dengan penglibatan semua pengerusi dan
jawatankuasa, kita telah dapat meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan
PDK itu sendiri, dengan contohnya kita memperbanyakkan aktiviti dan juga
program. Kalau program yang dilaksanakan oleh PDK cemerlang yang telah pun
mendapat kemenangan di peringkat kebangsaan, dia mempunyai projek tersendiri
Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Iaitu kalau di Bukit Besar lah saya ambil contoh,
kita ada projek IKS (Industri Kecil Sederhana), kita buat produk makanan ringan dan
sebagainya, kemudian kita ada jahitan, ada katering, ada kafe sendiri Yang
Berhormat Tan Sri Speaker di Bukit Besar dan juga yang terbaharu ada homestay. Ini
kita boleh angkatkan sebenarnya ke peringkat antarabangsa sebab siapa
menduga, mereka yang menerajui ini ataupun anak-anak kita yang kelainan upaya
ataupun kurang upaya, mereka dapat membuat semua yang saya sebutkan tadi.
Ini memang kita tidak duga, tetapi hasilnya kita boleh buat kerana penglibatan
Pengerusi, Jawatankuasa, yang pentingnya NGO’s dan masyarakat setempat
keseluruhannya Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Dan, bagi kita nak memodenkan PDK itu sendiri dan nak meningkatkan lagi taraf
PDK itu sendiri, kita juga mendapat kerjasama daripada kepimpinan di peringkat
daerah kerana kita boleh memasarkan produk kita. Contohnya, 3 buah daerah
telah pun ada pusat pemasaran untuk barangan IKS PDK iaitu di Mersing, Tangkak
dan Muar. Dan, insya-Allah akan diikuti oleh daerah-daerah yang lain. Dan kita
mempunyai produk walaupun kita ada 73 buah PDK Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, tapi kita ada lebih kurang 200 produk bagi mewakili 73 buah PDK di seluruh
negeri Johor Yang Berhormat Tan Sri Speaker, insya-Allah.
YB Speaker : Yang Berhormat Tenggaroh jemput.
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan saya nombor 3.
Mersing dikategorikan dalam sektor pelancongan dalam pelan pembangunan
negeri Johor. Apakah projek-projek baru yang terdapat di Mersing untuk
meningkatkan sektor pelancongan?
YBSpeaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Tenggaroh, selamat
pagi, salam sejahtera, salam Muafakat Johor.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menetapkan matlamat untuk
69
menjadikan Daerah Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul dan
mampan di negeri Johor berkonsepkan dari Hutan Hujan Ke Terumbu Karang atau
From Forest, Rainforest To Reef atau ringkasnya R2R dengan izin. Konsep R2R ini
merangkumi semua produk, aset dan pembangunan dari Taman Negara Endau
Rompin hinggalah ke kawasan pantai, pulau dan terumbu karang di Perairan
Mersing.
Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Daerah Mersing sebagai sebuah
destinasi pelancongan unggul dan mampan di Negeri Johor, kerajaan negeri dan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur akan melaksanakan beberapa
inisiatif strategik sebagaimana berikut :
1. Pembangunan Pelancongan Kampungstay Kampung Air Papan & Pantai Teluk
Buih. Pembangunan ini kini sedang dalam proses pelantikan juru perunding
reka bentuk yang dijangka dimuktamadkan pada bulan Disember 2017.
Komponen pembangunan termasuk pembinaan chalet serta menaik taraf
rumah pengusaha homestay dan kemudahan pelancongan serta latihan
kemahiran usahawan kepada peserta di bawah Program Pembangunan
Modal Insan ECER.
2. Pembangunan Pelancongan Tanjung Penyabong. Pembangunan
Pelancongan Tanjung Penyabong ini merangkumi pembinaan kompleks gerai
makanan laut, pusat kraf tangan dan naik taraf jeti pelancong dan nelayan.
Peringkat reka bentuk terperinci telah dimuktamadkan dan peringkat
pembinaan telah bermula pada bulan Mei 2017 dan projek dijangka siap
pada bulan Mei 2019.
3. Jeti Sungai Jemaluang. Jeti Sungai Jemaluang akan di naik taraf dan kerja-
kerja dijangka bermula pada bulan Mac 2018 dengan matlamat bagi
memajukan lagi aktiviti pelancongan dan juga kemudahan produk
penduduk setempat.
4. Pembangunan Pelancongan Kepulauan Mersing. Pihak ECERDC sedang
melaksanakan pembinaan Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut
Sultan Iskandar di Pulau Besar yang dijadualkan siap sepenuhnya pada suku
kedua tahun 2019. Ia juga akan berfungsi sebagai Pusat Transformasi Luar
Bandar bagi masyarakat setempat di Kepulauan Mersing dan akan menjadi
salah satu tarikan utama pelancongan ke Kepulauan Mersing.
Manakala di Pulau Pemanggil pula, pihak ECERDC akan membina jeti dan
tembok penahan ombak.
Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa kawasan seluas 1,000 ekar di persisiran
pantai Tanjung Leman telah dikenal pasti berpotensi untuk menarik pelaburan dari
pihak swasta bagi projek pelancongan bersepadu. Potensi pelaburan ini
dianggarkan sebanyak RM3 bilion dan akan dilaksanakan secara berperingkat
dalam tempoh 13 tahun ini.
Saya amat yakin dengan adanya inisiatif ini akan mentransformasikan dan
mengukuhkan lagi Daerah Mersing sebagai sebuah lagi destinasi pelancongan
unggul di negeri ini. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Rengit, jemput.
70
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 4.
Minta penjelasan struktur pengurusan bekalan air di Negeri Johor. Nyatakan
peranan dan kepentingan BAKAJ, PAAB dan SAJ dalam pengurusan tersebut.
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan
strategik awam ini terjamin bagi masa kini dan selamanya.
YB Speaker : Yang Berhormat Bukit Permai, jemput.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 5.
Berapakah jumlah keseluruhan bayaran yang telah dibuat oleh pihak SAJ kepada
PAAB dan bagaimana agihan kos tersebut dikenakan atau dicas semula kepada
pihak pengguna ?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, izinkan saya menjawab secara bersekali. Kedudukan
dan senario sebenar industri bekalan air sama ada di peringkat negeri mahupun
nasional di negara ini, dikawal oleh Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655
dan Enakmen Bekalan Air 1921 Pindaan 2014. Di Johor, pengurusan sumber air
adalah di bawah tanggungjawab Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ). Manakala
pengurusan air terawat adalah di bawah tanggungjawab SAJ Ranhill Sdn. Bhd.
Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) ditubuhkan pada tahun 1994 bagi
menguatkuasakan Enakmen Bekalan Air 1993. Apabila Jabatan Bekalan Air Johor
(JBA) diperbadankan menjadi Syarikat Air Johor pada tahun 1994 dan diswastakan
menjadi SAJ Holdings. SAJ Holdings pula pada tahun 1999. Pada masa tersebut,
BAKAJ bertanggungjawab memastikan sumber air mentah ke loji rawatan air
mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memastikan sifar pencemaran air mentah dan juga memastikan pelaksanaan
projek-projek bekalan air yang dilaksanakan oleh SAJ disiapkan mengikut
perancangan serta memastikan bekalan air bersih kepada pengguna selamat dan
berterusan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bermula pada tahun 2009, peranan BAKAJ hanya
memastikan sumber air mentah ke loji rawatan air mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengawal pencemaran air
mentah apabila SAJ Holdings berhijrah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN).
Pada tahun 2014, Enakmen Air 1921, telah dipinda bagi memberi kuasa kepada
BAKAJ untuk mengawal selia sumber air melalui pungutan hasil berlesen, caj air
mentah, kawalan pencemaran dan penguatkuasaan. Bermula pada Oktober 2014
juga, Enakmen Air 1921, yang dipinda turut bertujuan memberi kuasa dan peranan
yang jelas kepada BAKAJ dalam menjaga 5 lembangan sungai utama dan 7
lembangan sungai kecil di Negeri Johor.
Struktur organisasi BAKAJ akan diperkukuhkan dan diperluaskan dengan melantik
kakitangan teknikal dan khidmat kepakaran selari dengan pindaan Enakmen Air
dan juga hasil resolusi Johor Water Forum yang diadakan pada 17 November 2015.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, perbekalan air di negeri ini telah pun melalui fasa-
fasa di era pentadbiran kerajaan kemudian pengkorporatan dan kemudiannya
71
penswastaan. Kalau dulu bekalan air ditadbir oleh JKR, Jabatan Bekalan Air dan
Syarikat Air Johor, yang dikawal selia oleh BAKAJ melalui Enakmen Bekalan Air
Negeri Johor, pada masa ini keadaan sudah berubah ke arah pembangunan yang
lebih dinamik untuk mengekalkan kelestarian bekalan air di negeri.
Sejak memasuki era rejim perlesenan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006,
Akta 655 pada tahun 2011, kawal selia bekalan air negeri ini dilakukan di peringkat
persekutuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Ini juga membabitkan
Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang merupakan sebuah syarikat aset air yang
memajakkan kembali aset-aset air di negeri ini kepada pihak operator iaitu SAJ
Ranhill dengan kenaan caj sewa pajak atau lease rental. SAJ Ranhill terikat untuk
membayar sewa pajak terhadap aset-aset bekalan air, kerajaan negeri memiliki
20% pegangan saham dalam SAJ Ranhill.
Perancangan perniagaan yang dikemukakan oleh SAJ Ranhill bagi tempoh 30
tahun dengan 3 tahun mengikut operating period dengan izin, harus dilihat mampu
untuk menampung keperluan infrastruktur dan operasi air di Johor yang meningkat
setiap tahun. Dari sudut perkhidmatan, operator ini juga tertakluk dengan kawal
selia yang dilakukan oleh pihak SPAN melalui KPI yang telah ditetapkan. Ini termasuk
soal keuntungan operator bekalan air yang turut dikawal. Penstrukturan semula ini
memberi satu pulangan sewajarnya menjadikan pengurusan bekalan air lebih
mampan dan holistik serta berdaya maju dalam jangka masa panjang ke arah full
cost recovery dengan izin, Yang Berhormat Tan Sri.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi kerajaan negeri pembangunan bekalan air
merupakan salah satu perancangan yang bersifat inklusif. BAKAJ
bertanggungjawab bagi memastikan pengurusan sumber air mentah seperti air
sungai dan air permukaan iaitu empangan mencukupi dari segi kualiti dan
kuantitinya. Pemantauan rapi juga dilaksanakan bagi mengenal pasti sebarang
ancaman yang boleh berlaku di sumber air mentah sama ada ancaman kualiti
mahupun kuantitinya. Bagi memastikan pengurusan bekalan air terawat terus
mampan,projek-projek perbelanjaan modal CAPEC dan perbelanjaan operasi
OPEC seperti menaik taraf loji-loji rawatan air, pembangunan sistem agihan dan
penggantian tangki, pemulihan dan pengalihan paip, pengurusan in-situ, program-
program Non-Revenue Water (NRW) serta kerja-kerja kecemasan perlu
dilaksanakan. Kesemua perlaksanaan bertujuan menangani isu-isu pencemaran
seperti kemasukan ammonia, algae, kelodak, penerobosan air masin, konflik guna
tanah termasuklah jumlah hujan yang berkurangan. Manakala isu-isu operational
seperti kualiti air yang rendah atau kejadian paip pecah adalah bersifat sementara
dan dengan kecekapan, efficiency serta tindakan segera oleh pihak SAJ Ranhill
akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Ini bermakna SAJ Ranhill sebagai operator pembekalan air di negeri ini, beroperasi
melalui pemantauan-pemantauan yang sentiasa dilakukan oleh pihak kerajaan
khususnya SPAN. Maka, memenuhi KPI yang ditetapkan serta keperluan
penggunaan air di negeri ini perlu menjadi keutamaan SAJ Ranhill. Pengurusan Aset
Air Berhad (PAAB)ditubuhkan pada Mei 2006, sebagai syarikat milik penuh
Kementerian Kewangan diperbadankan sejajar dengan hasrat kerajaan
persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air negara ke arah
perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti tinggi. Akta Industri Perkhidmatan Air,
WASIA 2006, memperuntukkan PAAB selaku pemegang lesen kemudahan
berperanan membina, memulih, menaik taraf, memperbaiki dan menyelenggara
prasarana air dan aset-aset berkaitan sistem bekalan air melalui kemudahan
pembiayaan yang kompetitif. Secara umumnya, peranan PAAB dalam
72
penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Negeri Johor adalah
meliputi skop berikut:-
Pertama, pembayaran balik pinjaman bekalan air kerajaan persekutuan oleh
kerajaan negeri dan liabiliti-liabiliti SAJ diambil alih sepenuhnya oleh PAAB dan
sebagai balasan aset-aset berkenaan bekalan air negeri Johor dengan nilai yang
setara diambil alih oleh PAAB. SAJ menggunakan aset tersebut secara pajakan
untuk tempoh yang telah dipersetujui.
Kedua, PAAB membangunkan aset-aset air yang baru dan mengenakan sewa
pajakan bagi aset-aset tersebut kepada SAJ Ranhill untuk tempoh pajakan pada
kadar sewa pajakan yang telah dipersetujui seperti mana dalam perjanjian
kemudahan. Pembangunan aset-aset air baru adalah melalui projek-projek
perbelanjaan modal yang dijalankan berdasarkan pelan perniagaan yang
disediakan oleh SAJ Ranhill, manakala penilaian dan kelulusan adalah di bawah
bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Setelah kelulusan diberikan oleh SPAN, projek-projek perbelanjaan modal yang
terkandung dalam rancangan perniagaan tersebut akan dilaksanakan dan
dibiayai oleh PAAB sepenuhnya. Apabila siap, PAAB akan menyerahkan aset-aset
air tersebut kepada SAJ Ranhill. SAJ Ranhill pula selaku pemegang lesen
perkhidmatan di bawah WASIA 2006, bertanggungjawab dalam membekalkan air
bersih kepada pengguna-pengguna di negeri Johor. Peranan SAJ Ranhill sebagai
operator air adalah di bawah seliaan SPAN di mana indeks petunjuk prestasi KPI
yang telah saya katakan tadi ditetapkan dan pemantauan bekalan dilakukan oleh
SPAN.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, jumlah keseluruhan sewa pajakan PAAB yang telah
diperakaunkan oleh SAJ Ranhill semenjak tahun pertama mereka beroperasi iaitu
pada tahun 2009 hingga 2016, berjumlah RM1.728 bilion. Penentuan ke atas kadar
caj atau tarif air yang dikenakan kepada pelanggan adalah secara holistik yang
mana ianya melibatkan keseluruhan komponen-komponen kos operasi termasuk
komponen sewa pajak di dalam memberi perkhidmatan perbekalan air kepada
pengguna.
Kos-kos yang terlibat ini berserta dengan cadangan tarif air perlulah dimajukan
kepada SPAN berserta simulasi kewangan di dalam perancangan perniagaan
untuk tempoh operasi setiap 3 tahun. Setiap maklumat kos berserta dengan tarif air
ini akan melalui satu proses penilaian yang teliti oleh pihak SPAN dalam
menentukan kos-kos ini pihak SAJ Ranhill perlu mengambil kira kadar kenaikan
inflasi, kadar pertumbuhan permintaan bekalan air dan juga keperluan kepada
pembangunan infrastruktur bekalan air bagi mempastikan operasi perkhidmatan
yang berterusan kepada pengguna di seluruh negeri Johor. Setelah proses
penilaian tersebut selesai, pihak SPAN akan memberi penilaian dan kelulusan
kepada perancangan perniagaan atau business operating plan dengan izin, untuk
membolehkan SAJ Ranhill melaksanakan dan memantau seperti mana yang telah
dirancang di dalam perancangan perniagaan berkenaan. Terima kasih.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi. Sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, saya minta izin
kepada Tan Sri Speaker, untuk, sebab ini complicated, untuk saya ulas sikit, sebab
kita dengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Benut...
YB Speaker : Ulas tak boleh, Yang Berhormat. Tanya aje boleh.
73
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ya tanya, tapi nak menjurus
kepada soalan itu, sebab isu air ini, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, isu air ni isu
penting. Ia soal kehidupan, tak ada air kita semua mati, jadi kita dengar pun kita
dah pening, saya rasa ramai yang dengar jawapan EXCO tadi, dengar aje, tapi dia
pun tak faham. Sebab, dia punya susunan dia, BAKAJ.
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, jangan sangka buruk pada Ahli-Ahli
Yang Berhormat yang lain.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Tak, saya minta maaf. BAKAJ...
YB Speaker : Mereka faham, mereka diam.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : BAKAJ, SPAN, PAAB, SAJ, bunyi
yang mengawalnya banyak. Ok, apa yang saya nak tanya ni Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, air ini anugerah daripada Allah SWT, dia turun di bumi Johor, dia turun di
bumi Johor, tapi akhirnya, akhirnya, Johor ni, kita ni tak boleh nak kawal soal
pengurusan air, kita tak boleh nak kawal dah, sebab bawah SPAN dia tubuh PAAB,
kemudian kita punya bekalan air daripada pengkorporatan, kita pergi
penswastaan, bila penswastaan maksudnya kerajaan negeri dah tak ada apa-apa,
kita ada cuma 20% aje dalam SAJ Ranhill. Jadi, kita dah tak ada kuasa pemutus
dekat situ, sebab air ni soal kepentingan rakyat, soal kedaulatan, soal keselamatan,
soal kehidupan rakyat, jadi sebab itu isu air ini saya bangkitkan dalam Dewan ini,
soalan ini kerana saya nak beritahu apabila PAAB ni, dia uruskan aset-aset air, dia
pajakkan pada operator, jadi operator kena bayar pajak, jumlah yang bayar tadi
jawapan EXCO kata, RM1.7 bilion. Jadi akhirnya, caj operator ini pergi ni, yang dia
share ini, ini yang jadi pengguna kena bayar, pengguna kena bayar, pengguna
kena bayar melalui caj yang pajak ni, sebab itu tarif air kita agak tinggi sikit.
Jadi, soalan saya, dengan adanya kekuatan negeri Johor ini, kekuatan, kita
sebenarnya kita ada kekuatan, kita ada hasil, kita ada kekuatan, boleh tak kalau
kita tingkatkan pegangan kita dalam SAJ Ranhill ni kepada mungkin 51% ke, supaya
kita ada kuasa pemutus dalam menentukan keputusan-keputusan Syarikat SAJ
Ranhill ini, yang pertama.
Yang kedua, soalan dia, Tan Sri Speaker bagaimana kita nak mengeluarkan Johor
ini daripada cengkaman, sebab tadi Datuk EXCO jawab pun, rejim dia kata, rejim
SPAN, bila rejim maksudnya ganas, jadi macam mana kita nak keluarkan Johor ni
daripada cengkaman PAAB ni, sebab kita sebenarnya boleh menguruskan sendiri,
tapi bila kita pajak, pajak ni yang buat mahal. Itu pasal rate air kita ni susah kita
nak control, terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Terima kasih. Jemput Yang Berhormat.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah :
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Permai. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kalau
maksud kawal tu, bererti bahawa kerajaan negeri perlu ada kawalan terhadap
syarikat operator air negeri Johor, kita dengan pegangan 20% saham seperti mana
syarikat-syarikat biasa, kita tidak ada kata pemutus dalam keputusan yang dibuat.
Walau bagaimanapun, segala keputusan yang dibuat oleh SAJ Ranhill ini
sepertimana jawapan saya, ianya adalah melalui proses yang teliti dan kita di
peringkat kerajaan negeri melihat bahawa sekiranya ada terdapat sebarang
perkara yang di luar pertimbangan syarikat, atas kepentingan kerajaan negeri dan
penduduk atau pengguna, maka kerajaan negeri masih ada saluran iaitu
merujukkan perkara-perkara ini kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN).
74
YB Speaker : Bukit Permai yang buat, dia tanya, boleh tak yang 20% tu kita naikkan?
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Itu
yang pertama, Yang Berhormat.
YB Speaker : Itu, yang dimaksudkannya.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Untuk
mempunyai kawalan, ha itu cadangan yang terbaik Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Kita meningkatkan pegangan saham kita daripada 20%. Jadi, saya
percaya kerajaan negeri akan memastikan bahawa kita senantiasa berada pada
kedudukan di mana kita mempunyai kedudukan untuk mengawal operator kita
supaya bekalan air kepada pengguna-pengguna tu sentiasa adalah air yang
berkualiti tinggi. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput, Mengkibol.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih
jawapan Yang Berhormat Pengerusi di mana Yang Berhormat Tan Speaker, isu air ni
seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bukit Permai tadi, isu penting. Tapi
nampaknya kita dah semakin lost control, dengan izin isu-isu khasnya apabila
kebanyakan ataupun kesemua aset kita dah diserahkan atau diambil alih oleh
PAAB. Dan tadi Yang Berhormat Benut juga ada bagi tahu bahawa RM1.7 bilion
iaitu lebih kurang saya kira lebih kurang setiap tahun RM100 juta kita bayar kepada
PAAB sebab sewa pajak tadi. Tapi, kita lihat infrastruktur air di negeri Johor ni dalam
keadaan yang lambat perkembangannya ataupun kadang dia langsung tak ke
hadapan.
Di mana saya bagi satu contoh, isu air di Kluang sepatutnya diselesaikan atau
ditangani dengan pembinaan Empangan Kahang dengan sekali Loji Rawatan Air
Kahang yang sepatutnya di siap di awal tahun 2014. Tetapi empangan baru siap
hari ni, tahun ni loji rawatan air belum lagi di siap. Semua ini kita bergantung
ataupun apa tu kita kata stuck pada PAAB. Jadi, kita macam terlalu pasif.
Jadi soalan saya, daripada duit yang sebanyak bilion-bilion ringgit, atau ratus-ratus
juta dipungut daripada Johor ni dari SAJ Ranhil ni ke PAAB, berapa peratus yang
diberi balik digunakan balik untuk manfaat rakyat Johor. Dan sekiranya PAAB tidak,
ataupun terlalu pasif ataupun terlalu tidak begitu agresif dalam membangunkan
infrastruktur air di Johor apakah tindakan yang boleh kerajaan buat ataupun telah
kerajaan buat supaya masalah-masalah ini diselesaikan ataupun projek-projek
dijalankan mengikut jadual yang dicadangkan.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Mengkibol, soalan kita hari ni bercakap
tentang soal struktur pengurusan bekalan air pihak-pihak yang terlibat, BAKAJ,
SPAN, PAAB dan juga operator air SAJ Ranhil. Walau bagaimanapun, perkara yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, dengan sendiri menjawab
bahawa soal isu air ini ianya melibatkan pelbagai agensi. Koordinasi antara badan-
badan yang terlibat itu adalah amat penting kerana banyak akta yang terlibat
dalam kita menguruskan soal air. Antaranya Akta Kanun Tanah Negara, Akta Alam
Sekitar, Akta Industri Perkhidmatan Air, Enakmen Air 1921, banyak akta-akta dalam
75
kita nak memastikan bahawa pengurusan air ini dapat diurus dengan baik. Maka,
isu koordinasi itu amat penting.
Kedua, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tentang bayaran
yang dibuat kepada PAAB itu sama ada pelaburan balik semula kepada negeri itu
dilakukan. Ini adalah di mana saya katakan tadi bergantung kepada business
operating plan ataupun pelan perancangan oleh syarikat operator kita. Jadi
dengan adanya SPAN yang meneliti setiap perancangan, pelan perancangan
yang dibuat, saya percaya setiap pelaburan yang dibuat itu akan akhirnya
memastikan bahawa tarif air ini yang menjadi kepentingan kepada kita semua, tarif
air itu berada pada kedudukan yang mana ianya adalah terkawal. Tarif air ni Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, pelarasan, semakan tarif air ini mengambil kira beberapa
faktor. Antaranya, tenaga elektrik, bahan kimia, kos buruh, penyelenggaraan dan
indeks harga pengguna juga melihat kedudukan kewangan semasa. Indeks harga
pengguna ini kita jadikan juga sebagai asas dalam menentukan tarif. Hari ini tarif
kita berada di bawah indeks harga pengguna termasuklah kos perbelanjaan baru
CAPEX dan OPEX. Jadi pelaburan yang dibuat oleh PAAB atas bayaran yang kita
buat itu adalah digambarkan di dalam pelan perancangan syarikat operator air.
YB Speaker : Yang Berhormat Jorak, jemput.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Tan Sri Speaker, soalan saya
nombor 6.
Bagi tahun 2016 dan 2017; berapa banyak kilang yang sudah ditutup dan pekerja
diberhentikan; di negeri Johor mengikut daerah, nama syarikat dan jenis kilang.
YB Speaker : Yang Berhormat Pasir Raja, jemput.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Tan Sri Speaker, soalan saya
nombor 7.
Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan sebahagian masyarakat
terkesan khasnya bagi golongan yang tidak bekerja akibat diberhentikan kerja atau
menerima Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS). Sehubungan dengan itu,
berapakah statistik terkini kadar pengangguran akibat pekerja yang diberhentikan
kerja di Negeri Johor mulai tahun 2016 hingga yang terkini berbanding Malaysia?
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, izinkan saya menjawab soalan YB Pasir Raja dan Jorak secara bersekali.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh
pihak syarikat kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, seramai
32,127 orang pekerja di Malaysia yang telah pun diberhentikan setakat November
2017. Bagi negeri Johor, seramai 922 orang pekerja tempatan diberhentikan pada
tahun 2016 dan 2,579 orang setakat November 2017.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, statistik daripada Labour Market Database,
Jabatan Tenaga Kerja telah menunjukkan sebanyak 16 buah syarikat pada tahun
2016 dan 66 buah syarikat setakat November 2017 telah pun membuat
pemberhentian pekerja dan hampir 65% daripada syarikat-syarikat tersebut adalah
syarikat-syarikat tempatan. Jumlah pemberhentian pekerja yang dinyatakan ini
turut disumbangkan oleh penutupan kilang-kilang di negeri ini dan laporan
daripada Tenaga Kerja Johor sebanyak 8 buah kilang telah pun ditutup pada tahun
2016. Dan setakat November, sebanyak 26 buah kilang telah pun ditutup, dan lebih
76
daripada 15 daripada kilang tersebut adalah kilang tempatan. Terima kasih Tan Sri
Speaker.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Tan Sri Speaker, terima kasih di
atas jawapan. Perkara ini pemberhentian kerja atau job lost ini memang perlu
dibangkitkan Tan Sri kerana rakyat nak tahu apa langkah kita nak bantu.
Melalui statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO ada peningkatan tahun
2016 berbanding dengan 2017 terhadap pemberhentian kerja, terhadap
penutupan syarikat. Ini mungkin kita boleh ambil sebagai satu peluang untuk
membantu masyarakat yang diberhentikan kerja. Soalan saya Tan Sri Speaker,
yang kita nak tahu, Unit Swadaya Insan yang ditubuhkan 2015, tentu sekali bukan
sahaja mengadakan program-program intervensi, program-program
kebolehpasaran, program jana pendapatan, kerja industri. Kita nak tahu kalau
mereka yang seramai katalah tadi, 2,576 orang, 2017 di Johor diberhentikan kerja,
apakah selain dari program-program yang dibuat oleh Unit Swadaya ini, mereka
yang mengalami shock, apa tu, terperanjat Tan Sri kena berhenti kerja ni. Dia orang
susah hati ni.
YB Speaker : Kejutan.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ya?
YB Speaker : Kejutan dalam hiduplah.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ha, kejutan dalam hidup ini. Ini
perkara penting. Jadi minta YB EXCO tolong ada tak program-program selanjutnya
selain daripada kaunseling dan juga penemusuan, dipanggil job matching yang
mesti kita laksanakan. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Tan Sri Speaker,
terlebih dahulu izinkan saya untuk menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang
dilaksanakan ketika ini. Sebenarnya, setiap majikan yang membuat pemberhentian
pekerja, dia mesti melaporkan ataupun diwajibkan untuk melaporkan kepada
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor lebih awal sebelum melaksanakan proses
pemberhentian. Apabila pihak Jabatan Tenaga Kerja menerima laporan
pemberhentian, JTK pertama sekali akan pastikan bahawa segala pampasan dan
pembayaran gaji akhir adalah mematuhi undang-undang.
Bagi membantu pekerja yang diberhentikan, inisiatif pemadanan pekerjaan
ataupun job matching akan dilaksanakan termasuk untuk menempatkan pekerja-
pekerja ini dengan majikan-majikan lain ataupun pelabur-pelabur baru yang
memerlukan tenaga kerja bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki oleh
pekerja tersebut. Usaha untuk melatih semula ataupun reskilling juga dilaksanakan
bagi memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan untuk
memperolehi pekerjaan yang baru dengan kerjasama daripada pihak seperti
PUSPATRI, Skills Johor, Perbadanan Sumber Manusia Berhad dan agensi-agensi yang
lain.
Dan ketika ini juga Skills Johor misalnya telah pun melaksanakan beberapa program
outreach dengan pembiayaan Perbadanan Sumber Manusia seperti kursus
scaffolding dalam industri oil and gas, penyelia keselamatan tapak (site safety
supervisor) dan juga kursus-kursus yang lain supaya mereka dapat melatih pekerja-
77
pekerja yang diberhentikan ini dan seterusnya mendapat tawaran pekerjaan
dengan majikan yang baru.
Selain daripada itu juga, MoU ataupun perjanjian persefahaman antara industri dan
penyedia latihan juga telah pun dilaksanakan. Bagi memastikan jaminan peluang
pekerjaan yang ada diisi dengan pekerja-pekerja tempatan termasuk pekerja-
pekerja yang diberhentikan. Antara MoU yang telah pun kita tandatangani setakat
hari ini dengan Country Garden Pacific View dengan kerjasama Yayasan Pelajaran
Johor dan pihak UTM juga telah pun menandatangani dengan Country Garden
Pacific View.
Selain daripada itu juga, pemberhentian, pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja
ini juga, kita menggalakkan mereka untuk menjalankan perniagaan secara kecil-
kecilan sementara mendapat tawaran pekerjaan yang sesuai dengan
pengalaman mereka. Dan kita menggalakkan mereka untuk melibatkan dalam
Program Azam Kerja Muafakat Johor. Di mana menerusi program ini kita akan
memberi mereka selain daripada peralatan perniagaan, tetapi juga matching
dengan agensi-agensi yang lain supaya mereka dapat menjalankan perniagaan
seperti online dan juga program-program yang lain. Jadi, ini adalah antara usaha
yang kita laksanakan.
Tetapi berdasarkan soalan YB Pasir Raja mengenai memberi kaunseling dan
sebagainya, setakat hari ini pihak JTK ataupun Swadaya Insan belum ada
perkhidmatan seperti itu. Dan difahamkan juga menerusi Jabatan Kebajikan
Masyarakat juga, walaupun ada kaunselor, tetapi kaunselor-kaunselor tersebut
adalah untuk perkara-perkara atau kes-kes yang lain, tetapi cadangan yang
dibawa Yang Berhormat Pasir Raja memang sesuatu yang mungkin Unit Swadaya
Insan mengambil perhatian dan mungkin pada masa-masa akan datang kita akan
cuba menempatkan kaunselor-kaunselor seperti ini di setiap daerah supaya dapat
membantu untuk menyelesaikan isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Pasir Raja tadi. Terima kasih.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja soalan-soalan yang dapat
kita jawab pada pagi ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum dijawab
secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan yang sama.
Jurutulis : PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG
UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa menurut
Peraturan Tetap 112 (2) maka perbahasan atas rundingan itu hendaklah dihadkan
kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar dan pentadbiran kerajaan
sebagaimana tersebut dalam rang undang-undang ini.
Dimaklumkan bahawa tempoh perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah
selama empat hari iaitu mulai hari ini 26 November hingga 30 November 2017. Bagi
pencadang, masa yang diberikan adalah antara 40 minit hingga 1 jam dan
penyokong adalah antara 30 minit sehingga 40 minit. Dan bagi Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang lain masa yang diberikan adalah 15 hingga 20 minit untuk
perbahasan. Oleh yang demikian, dipohonkan kerjasama semua Ahli Yang
Berhormat mematuhi masa yang diberikan bagi membolehkan semua boleh
bercakap.
78
YB Speaker : Perbahasan atas rundingan bagi bacaan kali kedua Enakmen
Perbekalan (2018) Tahun 2017 dimulakan sekarang. Saya jemput Yang Berhormat
Kukup.
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. (Berselawat). Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat, barisan ketua-ketua jabatan, pemerhati sama
ada dalam Dewan ataupun yang di luar Dewan. Terima kasih atas laluan dan
kesempatan yang diberikan untuk saya membahaskan Pembentangan Bajet 2018
yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 23 November
yang lalu.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan
Yang Dipertuan bagi negeri dan takluk Johor sempena Ulang Tahun Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Sekalung tahniah juga
diucapkan kepada Datuk Bandar dan juga seluruh Ahli Majlis berserta kakitangan
atas pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dahulunya dikenali
sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan telah disempurnakan
majlisnya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim pada hari keputeraan baginda.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor atas perhatian serta peruntukan yang disalurkan
kepada DUN Kukup. Sesungguhnya hadiah ini amat bermakna buat penduduk di
Kukup khususnya dalam melonjak kemajuan ekonomi serta kesejahteraan sosial di
Kukup. Dan selepas meneliti segala peruntukan dan rancangan besar untuk Kukup
dan untuk seluruh Johor secara keseluruhannya sejujurnya saya tergamam dan
berfikir panjang Tan Sri.
Sedar tidak sedar tidak lama lagi Kukup akan beroperasi menjadi sebuah destinasi
tarikan pelancongan yang ramai sama ada dari dalam mahupun daripada luar
negeri. Apa tidaknya, pembinaan jambatan yang menghubungkan Tanjung Bin
dan Gelang Patah misalnya, ia pasti akan memendekkan perjalanan pengunjung
untuk datang ke Kukup. Ia menyebabkan saya bermimpi, dalam mimpi itu saya
melihat Kukup melonjak naik menjadi tarikan utama yang menyebabkan ramai
orang berpusu-pusu hadir untuk menetap dan juga untuk melawat. Terbinanya
lebih kurang 2,000 ekar kawasan perindustrian yang akan dimajukan oleh Seaport
contohnya pasti mengundang lebih banyak lagi pelabur yang lain.
Pulau Kukup yang merupakan pulau bakau antara yang terbesar di dunia akan
terus dinaikkan taraf dan dipelihara sehingga menjadi destinasi pelancongan
berkepentingan global. Tanjung Piai selaku penghujung tanah besar Benua Asia
akan terus menjadi destinasi wajib bagi para pencinta alam dan juga pelancong
antarabangsa. Malah saya turut mengimpikan terbinanya hotel-hotel 5 bintang di
Tanjung Piai, di Kukup. Dan, Kukup akan menjadi sangat bersih, sangat dinamik
terhubung dengan baik dan muncul sebagai destinasi wajib kepada semua
pelawat Benua Asia.
Tarikan yang menawarkan 1,000 keindahan alam yang dipagari dengan lapisan
demi lapisan bangunan yang bukan sahaja berwarna-warni tetapi juga indah.
Namun ianya lestari, lestari dalam mengekalkan nilai tradisi dan budaya Melayunya,
lestari dalam menonjolkan warisan serta kekayaan budaya Cina tempatan dan
lestari sebagai bandar yang terpelihara ekosistem serta keindahan alam semula
jadinya. Malah tidak mustahil akan terbinanya monumen-monumen sejarah, tugu
79
mahupun mercu tanda yang menjadi peringatan tentang segala kenangan manis
yang bakal bercambah di sana.
Kemudian saya tersedar Yang Berhormat Tan Sri, rupanya saya sedang memasang
cita-cita yang besar, cita-cita yang menjadi modal kepada semua sang pemimpi.
Sang pemimpi yang melihat perkara menjangkaui apa yang ada di depan mata,
sang pemimpi yang mahu realiti semasa menjadi jauh lebih baik dan indah pada
masa hadapan. Namun, saya percaya ia bukanlah sesuatu yang salah dan
keterlaluan. Saya mempunyai alasan yang kukuh kenapa segala mimpi dan cita-
cita besar saya untuk Kukup itu sebenarnya satu mimpi yang besar, mimpi yang
tidak keterlaluan dan mimpi yang sebetulnya boleh dicapai.
Pertama, kerana kita sudah mempunyai susuk pemimpin bijaksana yang berani
untuk melontarkan idea-idea besar. Memetik kata ucapan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar semasa pembentangan Bajet yang lalu, beliau berkata “saya akui
bahawa impian membangunkan dekad Johor adalah satu impian yang besar
kepada mereka yang prejudis ini adalah angan-angan yang tidak berpijak di bumi
yang nyata. Kepada mereka yang pesimis ini hanyalah satu mimpi yang tidak
mungkin kesampaian”. Namun, pada saya seluruh jentera kerajaan negeri adalah
tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab jika sebagai pemimpin kita tidak
mengambil pendirian patriotik untuk membentangkan satu lembaran baru demi
masa depan Johor dan anak bangsanya.
Apabila saya perhalusi Bajet 2018, Gagasan Johor Berkemajuan serta seruan untuk
membangunkan dekad baru yang sejahtera untuk Johor saya semakin percaya
bahawa kita berada di landasan yang betul. Dan saya masih makin percaya
adalah munasabah untuk kita mempunyai mimpi dan cita-cita yang besar untuk
Johor. Lihat saja apa yang telah dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, bermula dengan menjadikan negeri Johor sebagai kerajaan yang prihatin
dan mendengar keluhan rakyat melalui pelan suara hati rakyat, beliau seterusnya
menggagaskan satu seruan perubahan mentaliti dan sikap melalui Gagasan Johor
Berkemajuan.
Dan, selepas corak pemikiran dan sikap ini dibetulkan, beliau memperkenalkan pula
semangat Team Johor satu seruan kepada segenap anak bangsa tanpa mengira
kaum, asal keturunan, tahap pendidikan mahupun status sosial untuk sama-sama
hadir dan memberikan yang terbaik untuk Johor. Tidak cukup dengan itu Team
Johor kini dicabar dengan hebat dan terbuka dengan satu lagi aspirasi yang cukup
mempesonakan imaginasi kita semua.
Dan apakah cabaran itu, apakah cabaran hebat itu? Iaitu untuk menjadikan 10
tahun akan datang sebagai dekad yang terbaik untuk kita semua. Dekad yang
beliau usulkan sebagai dekad Johor. Malah yang paling mengujakan kita semua
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, adalah kesanggupan serta keberanian Yang
Amat Berhormat Menteri Besar untuk membiarkan Bajet 2018 ini sarat dengan idea-
idea yang saya simpulkan sebagai 3B, iaitu baharu, bernas dan besar.
Misalnya dalam menjadikan persekitaran Johor sebagai persekitaran yang Islami
dan subur dengan nilai Islam, Bajet 2018 tidak sedikit pun menggunakan instrumen
undang-undang atau paksaan atau mana-mana pendekatan yang lebih bersikap
fizikal dan material, sebaliknya persekitaran yang Islami itu diterjemahkan melalui 3
sentuhan baru, yang saya kira sebagai sangat segar dan progresif.
Pertama, Johor Islami dijayakan melalui agenda pendidikan yang bukan sahaja
mengutamakan nilai agama tetapi mengambil berat tentang keperluan semasa
80
dan tuntutan masa hadapan. Sebab itulah semakin banyak sekolah agama bukan
saja akan menggunakan iPad, malah sekolah-sekolah agama ini akan dijadikan
pusat untuk mengajar pelbagai kemahiran abad ke 21.
Kedua, Johor Islami dijelmakan dengan pemerkasaan hak individu di sisi undang-
undang. Perkara ini jelas dengan pengenalan inisiatif dana guaman syarie yang
dilihat sebagai inovatif dan lain daripada yang lain. Beliau tidak memaparkan Islam
itu sebagai agama yang mengutamakan hukuman. Sebaliknya, Islam diangkat
sebagai cara hidup yang mementingkan pembelaan kepada mereka yang
memerlukan.
Ketiga, dengan tindakan meluaskan bantuan kewangan kepada bukan Islam yang
sakit, saya ulangi ya, meluaskan bantuan kewangan kepada orang bukan Islam
yang sakit terlantar, untuk mendapatkan rawatan perubatan yang selayaknya
sekali lagi agenda Johor Islami disampaikan dengan naratif baru yang sebenarnya
sangat moden dan tidak konvensional.
Tan Sri Speaker, secara peribadi saya melihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar
dan Bajet 2018 mengangkat agenda Islam ini diasaskan kepada 2 konsep besar
iaitu kehidupan seharian iaitu ihsan dan hikmah. Dan kedua-dua konsep ini
merupakan sesuatu yang sangat dekat dengan hati rakyat, sangat relevan dalam
konteks Johor yang sedang membangun dan sangat segar dalam pentas politik
antarabangsa yang sering mengaitkan Islam sebagai fahaman yang keras dan
menindas.
Ini bermakna artikulasi serta penyusunan Bajet 2018 itu bukan sahaja memberi
perhatian yang serius kepada keperluan rakyat namun diadun dengan cara yang
turut menawarkan perspektif yang relevan di peringkat global. Jadi Tan Sri Speaker,
mana mungkin saya tidak teruja, mana mungkin saya tidak termimpi dan mana
mungkin saya tidak menyimpan cita-cita besar untuk Kukup dan untuk Johor.
Tan Sri Speaker, kedua saya katakan wajar untuk kita bermimpi dan bercita-cita
besar kerana kita tidak bermimpi secara suka-suka tetapi kesemua mimpi dan cita-
cita besar kita dilapikkan dan dipasak dengan pelan dan strategi yang mantap.
Saya kira saya tidak perlu mengulas panjang tentang perkara ini kerana 153 titik
sentuhan yang dibentangkan tersebut akan menjawab dengan jelas betapa kita
amat hati-hati dalam merencana sesuatu masa hadapan.
Saya ingat, saya ingat selepas pelan pertubuhan strategik Johor yang merencana
pembangunan setiap daerah Johor berdasarkan kebitaran masing-masing kita
akan berhenti dan menunggu hasilnya. Namun, sebelum PPSJ ini lengkap sekalipun,
kita sudah bersedia lebih awal dan kini kita menubuhkan pula Jawatankuasa
Ekonomi Baharu Johor. Pada saya ini merupakan satu tindakan yang sangat wajar
dipuji. Ia ibarat menyediakan payung sebelum hujan agar kita tidak menjadi
mereka terhantuk barulah tengadah. Jadi, syabas saya ucapkan kepada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Ketiga, kenapa saya bercita-cita besar dan sanggup untuk menjadi sang pemimpi.
Kerana hanya dengan bermimpi dan bercita-cita besarlah kita akan menjayakan
segala potensi serta keupayaan yang ada. Kata Aristotle seorang ahli falsafah
Greek, harapan adalah mimpi daripada orang yang terjaga. Kata Windi Puspita
Dewi pulak daripada seberang Indonesia, seorang ahli falsafah juga, burung
tersebut memang ngak akan lari tapi burung tanpa sayap sudah bukan burung lagi.
Jangan ketawa ya. Tak ada double meaning. Saya ulang. Burung tersebut memang
ngak akan lari, tapi burung tanpa sayap sudah bukan burung lagi, dan manusia
81
tanpa mimpi sudah bukan manusia lagi. Dan kata Bong Chandra “tak ada mimpi
yang terlalu tinggi untuk dicapai. Yang ada hanyalah niat yang terlalu rendah untuk
melangkah. Ketiga-tiga ungkapan tokoh ini, menggambarkan pentingnya dalam
kehidupan ini untuk kita memasang cita-cita besar dan bermimpi kerana banyak
pencapaian dan kejayaan oleh tamadun-tamadun besar bermula dengan
masyarakatnya yang berani untuk memasang mimpi dan bercita-cita besar. Jadi
tidak ada sebab mengapa bajet yang mahukan sebuah dekad yang besar dan
maju untuk Johor seperti Bajet 2018 ini perlu dilihat dengan prejudis dan tentangan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin sekali lagi menegaskan dengan penuh
kesedaran dan sedikit kekesalan bahawa mimpi besar ini pastinya tidak akan sunyi
daripada cabaran serta kekangan kerana tidak ada cita-cita yang terlunas
dengan sekali percubaan dan tidak ada cita-cita besar yang tidak akan
bertembung dengan mereka yang berfikiran sempit. Dan cabaran-cabaran ini
bolehlah dikelaskan seperti berikut :
1. Kewujudan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak komited dengan kerajaan
Johor. Dewan ini sering menjadi saksi akan kewujudan sesetengah pihak yang
saya anggap sebagai gunting dalam lipatan. Mereka kononnya mewakili
rakyat Johor, namun mereka tidak ubah seperti golongan yang hanya mahu
menangguk di air yang keruh. Misalnya, lihat sahajalah pihak pembangkang
kita yang dikepalai oleh DAP, mereka bukan sahaja tidak pernah
menunjukkan minat menjadikan Johor ini sebuah negeri yang lebih baik malah
mereka tidak pernah mahu membantu pentadbiran sedia ada menjayakan
segala aktiviti atau agenda-agenda berkepentingan rakyat. Lebih teruk lagi,
segala kekurangan Johor akan sentiasa mereka canang ke sana dan ke sini.
Tanpa mereka sedar, tindakan mereka memburukkan Johor itu ibarat
membuka pekung di dada. Tak ubah seperti meludah ke langit, kecepik,
akhirnya kahak busuk terkena ke pipi. Jadi, kepada semua rakan-rakan Yang
Berhormat, ketahuilah, sedarlah bahawa kita mesti bekerja keras untuk
memastikan yang golongan yang tidak mahu bersama-sama dengan
Team Johor seperti DAP ini tidak dibiarkan untuk menjadi penghalang kepada
cita-cita kita membangunkan dekad baru yang sejahtera untuk Johor.
2. Cabaran kita adalah untuk berhadapan dengan mereka yang tujuan
hidupnya hanyalah untuk membandingkan Johor dengan negeri lain seperti
Pulau Pinang dan Singapura.
YB Speaker : Yang Berhormat saya ingatkan, Yang Berhormat jangan tuduh-tuduh
misalan perkataan DAP, tidak ada DAP dalam Dewan ini. Jadi gunakan bahasa-
bahasa yang lain yang seerti dengannya tapi tidak kepada maksud yang seperti
itu. Kita Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini kena berhati-hati dalam ucapan kita
supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Sila Yang Berhormat, teruskan.
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Saya akur Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
saya ulang sedikitlah kalau gitu. Jadi kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat,
ketahuilah, sedarilah bahawa kita mesti bekerja keras untuk memastikan yang
golongan yang tidak mahu bersama-sama dengan Team Johor seperti pihak
sebelah sana tidak dibiarkan untuk menjadi penghalang kepada cita-cita kita
membangunkan dekad baru yang sejahtera untuk Johor. (Dewan ketawa).
Jika kita lihat Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor, ia mengandungi 153 Titik Sentuhan yang telah dipecahkan kepada
lima strategi yang sangat inklusif. Kalau kita boleh bandingkanlah, Pulau Pinang
mempunyai titik sentuhan yang jauh lebih sedikit dari Johor, manakala Selangor
82
mempunyai hanya 64 titik sentuhan sahaja. Sedangkan kedua-dua negeri tersebut
membentangkan satu bajet defisit yang sangat besar di mana Selangor
membentangkan bajet defisit sebanyak RM870 juta menyamai 38.67% daripada
hasil negeri, manakala Pulau Pinang pula membentangkan bajet defisit sebanyak
RM748.5 juta yang juga menggambarkan 148% lebih tinggi daripada hasil iaitu
sekitar RM503.8 juta sahaja. Maksudnya hasil RM503 juta dibentangkan bajet RM1.2
billion lebih, RM700 juta lebih adalah defisit. Dan kalau kita cantumlah, di mana
Pulau Pinang mempunyai rizab terkumpul sehingga 2016 ialah sebanyak RM1.04
billion. Kalau kita campurlah belanjawan Pulau Pinang untuk 2017 dan juga 2018 ini,
2017 mereka mensasarkan bajet defisit sebanyak RM667.1 juta. 2018 , RM748.5 juta
dicampurkan kedua-duanya berjumlah RM1.355 billion melebihi daripada RM1.041
billion bajet ataupun rizab terkumpul Pulau Pinang. Itu dibentangkan pada 2
November yang lalu. Lebih RM100 juta diperuntukkan untuk pencegahan banjir.
Malangnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, selepas satu hari bentang bajet, hujan
mula mencurah-curah. Dua hari berikutnya iaitu pada 4 hari bulan, banjir satu Pulau
Pinang. Kalau kita lihat viral, orang Pulau Pinang sendiri menjerit “macam mana
pulau boleh banjir? Macam mana pulau kecil ini boleh banjir”? Jadi kalau kita lihat
pula apa yang diperkatakan oleh ketuanya ketika Kelantan banjir, “Kelantan banjir
menunjukkan kelemahan kerajaannya. Kelantan banjir menunjukkan korupsi di
Kelantan”. Tapi rupa-rupanya orang yang cakap besar ini, rupanya kerajaan dan
juga kerajaan PAS tidak membalas dengan kecaman ataupun juga yang sewaktu
dengannya. Kerajaan PAS hantar rombongan dan juga bantuan ke Pulau Pinang.
Tapi yang saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah ialah secara serta merta
kerajaan di Johor di bawah EXCO Belia dan Sukan telah menghantar lebih 200
sukarelawan Johor berkhidmat di Pulau Pinang. Mereka berkhidmat di sana selama
3 hari Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Banyak masjid, banyak surau, banyak rumah-
rumah kampung telah mereka bersihkan, sangat bersyukur dan sangat teruja
orang-orang Pulau Pinang. Malah ada dua tiga keluarga bila kita berbual dengan
dia, dia berkata alangkah seronoknya seandainya Pulau Pinang mempunyai
menteri besar sebagaimana tuan-tuan. Jadi kita boleh bayangkan apa yang
berlaku di sana. Kita boleh lihat balik apa kata-kata pemimpin di sana dan kita
boleh lihat dan kita boleh fikirkan apa sebenarnya berlaku dan apa yang
seterusnya akan berlaku.
Persoalannya, apabila bajet itu mempunyai defisit yang besar namun pada masa
yang sama mempunyai titik sentuhan yang jauh lebih sedikit daripada yang kita
bentangkan di Johor ini. Apa yang boleh kita simpulkan? Sebenarnya Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, dinamakan titik sentuhan itu bermaksud kepada siapa
kita nak sentuh. Kepada siapa yang kita nak santuni. Jadi kita sentuh setiap segmen
masyarakat. Makin banyaklah titik sentuhan, maksud makin banyaklah pemikiran
kita, makin banyaklah perhatian kita, makin banyaklah tumpuan kita untuk segala
golongan yang berada dalam sesuatu negeri itu. Jadi Johor meletakkan titik
sentuhan yang teramat banyak pasal kita sangat prihatin. Kita ingin melihat Johor
membangun bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di desa-desa. Melalui
kajian saya, saya ada maklumat lengkap sebenarnya tentang apa,
membandingkan tiga belanjawan untuk tiga-tiga negeri. Tapi saya ambil contoh
tiga, pasal banyak sangat Johor mendahului kedua-dua negeri ini. Contohnya dari
sudut keusahawanan. Di Johor kita ada 13 titik sentuhan, di Selangor, tiga. Pulau
Pinang, ilek. Pelancongan, Johor sentuh 7.
YB Speaker : Ilek itu apa Yang Berhormat ?
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Tak ada. Johor sentuh 7, Selangor sentuh 2
sahaja, Pulau Pinang 1. Tentang alam sekitar, Johor meletakkan 10 titik sentuhan. Di
selangor, 2, di Pulau Pinang 1 dan yang lain-lain banyak lagi Yang Berhormat Tan Sri
83
Speaker yang menunjukkan Johor jauh terkehadapan dalam menyantuni rakyat
negeri Johor ini. Jadi apa yang boleh kita simpulkan, seriuskah mereka sebenarnya
dalam membawa maksud kesejahteraan kepada rakyat? Atau pada mereka
cukuplah sekadar memberikan beberapa gula-gula politik yang menarik dan sudah
tidak perlu lagi untuk memikirkan masa depan rakyat secara teliti. Malah dengan
lebihan, dengan bajet lebihan yang menjangkaui lapan tahun berturut-turut ini,
Johor turut menambah sasaran untuk membina 40 lagi rumah mampu milik rakyat
Johor menjadikan sasaran kita menjelang 2023 sebanyak 100 ribu unit. Jadi, berapa
yang Pulau Pinang dan Selangor tawarkan melalui bajet yang mempunyai defisit
yang begitu besar ini. Berapa ?.
Perbandingan juga boleh dilakukan dengan skim perlindungan takaful bagi
golongan asnaf yang mana membolehkan golongan asnaf menerima rawatan di
hospital pakar swasta. Peruntukan ini melibatkan anggaran 10,000 orang asnaf yang
bakal menikmati kemudahan yang mungkin tidak dapat diperuntukkan oleh mana-
mana negeri lain dalam Malaysia. Itu belum lagi kita sentuh tentang pemansuhan
kos perkhidmatan 4% bagi peminjam-peminjam baru dan peminjam yang
dijadualkan mula membayar balik skim pinjaman YPJ pada tahun hadapan yang
sudah barang tentu akan meringankan beban para peminjam.
YB Speaker : Yang Berhormat, sila duduk dahulu. Yang Berhormat boleh sambung
semula selepas kita berehat. Ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguhkan persidangan
ini selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:00 pagi
Persidangan disambung semula jam 11:20 pagi
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli
Yang Berhormat. Perbahasan disambung semula. Sila Kukup sambung.
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup): Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker. Biar Kukup ulang sedikit tentang apa yang telah Johor masukkan dalam
bajet yang tidak terdapat dalam negeri lain iaitu tentang pemansuhan kos
perkhidmatan 4% bagi peminjam-peminjam baru dan peminjam yang dijadualkan
mula membayar balik skim pinjaman YPJ pada tahun hadapan yang sudah barang
tentu akan meringankan beban para peminjam. Maksudnya, pada tahun
hadapan, Johor akan menjadi negeri yang menawarkan skim pinjaman tanpa
faedah dan tanpa caj kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tidak bercadang sebenarnya untuk mengulas
satu persatu titik sentuhan dalam bajet negeri Johor ini atau membandingkan
kesemuanya dengan apa yang Pulau Pinang dan Selangor sogokkan. Cuma izinkan
saya kongsikan inti pati pembentangan bajet Pulau Pinang dan Selangor. Tahukah
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, tahukah anda tidak ada sekalipun
perkataan tentang agenda Bumiputera, agenda Melayu, apatah lagi inisiatif untuk
mengukuhkan tanah-tanah rizab Melayu dalam kedua-dua bajet negeri yang saya
sebutkan tadi. Jika di Pulau Pinang, ia tidak disebutkan dan memang tidak ada, tak
ada, tak ada langsung. Kalau adapun satu perkataan Melayu tu terkeluar bila
Ketua Menterinya mengatakan bahawa orang MCA telah melabelkan dia sebagai
anti-Cina, kononnya kerana Pulau Pinang memperuntukkan perbelanjaan yang
besar untuk hal ehwal agama Islam dan juga menyokong industri halal di sana.
Jadi kata dia, pasal ini MCA tuduh dia anti-Cina, tapi kata dia pula, UMNO pula
84
tuduh dia anti-Islam. Jadi yang mana betul? Ha, itu saja perkataan Melayu itu
keluar. Itu saja perkataan Melayu yang keluar dalam bajet yang dibentangkan
oleh Ketua Menteri Pulau Pinang awal bulan yang lalu.
Di Selangor pula, tidak disebutkan tapi nampaknya macam ada, secara tak
langsung apabila diceritakan tentang peruntukan pembangunan luar bandar. Jadi
kita sedia maklum, masyarakat luar bandar rata-ratanya adalah orang Melayu
secara tak langsung. Namun semua itu disebut secara sambil lewa dan tiada
kesungguhan, kelihatan seolah-olah kedua-dua kerajaan negeri ini takut, hipokrit
dan juga membelakangkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara
153 yang menyentuh tentang hak istimewa orang Melayu. Mereka ini seolah-olah
jijik untuk membantu dan membangunkan agenda Melayu dan bumiputera, sebut
dalam bajet pun tak mahu Tan Sri Dato’ Speaker. Sebut dalam bajet pun tak mahu.
Inilah kesannya apabila DAP, DAP tak boleh sebutkan? Mendominasi kerusi-kerusi
dalam Dewan Negeri. Dan, ini jugalah kesannya apabila pembangkang jenis ini
diberikan kuasa yang lebih, maka orang Melayu sebenarnya akan tersisih dan
diketepikan. Kerana mereka bukan sahaja tidak prihatin dengan masa depan
bumiputera, tetapi mereka tidak pun berminat untuk benar-benar menjiwai dan
menjelmakan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Berbanding dengan rakan-rakan kita dalam MCA mahupun Gerakan di Johor, saya
sebut MCA, saya sebut Gerakan, saya rasa mereka tak marah. Mereka faham,
orang Cina di Johor ini bukan sahaja menerima pelbagai peruntukan secara khusus
di Johor seperti peruntukan pembangunan berjumlah RM6.5 juta yang dipecahkan
kepada Yayasan Sultanah Fatimah RM3 juta, inisiatif meningkatkan mutu
pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah jenis
kebangsaan Cina serta kos pendidikan vokasional RM1 juta dan kerja-kerja baik
pulih prasarana sekolah jenis kebangsaan cina RM2.5 juta. Begitu juga dengan
peruntukan khas kepada Kolej Universiti Selatan sebanyak RM500,000.00 yang
bermatlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan tinggi masyarakat Cina. Lebih
penting lagi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, rakan-rakan MCA dan Gerakan kita
faham dengan jelas bahawa masyarakat Cina di Johor ini menerima pelbagai
peruntukan ekonomi secara tidak langsung walaupun tidak dinyatakan secara
khusus.
Contohnya, seandainya seorang kontraktor Bumiputera mendapat kontrak katalah
RM100,000.00 dan kita bagi keuntunganlah, katalah dia mendapat keuntungan
15%, maka keuntungan dia RM15,000.00, tapi sebenarnya keuntungannya lebih lagi,
mungkin lebih RM30,000.00 akan di perolehi oleh pembekal-pembekal bahan
binaan yang semua kita faham rantaian apa tu, perkhidmatan ataupun penjualan
itu dikawal oleh ramai peniaga-peniaga Cina. Jadi kalau seorang orang Melayu
atau orang India dapat kontrak itu, yang jelas sebenarnya lebih banyak bahagian
itu akan dapat dirasai sama oleh orang-orang Cina di dalam negeri Johor dan juga
Malaysia ini.
Ini bukan sahaja kontrak, cakaplah apa sahaja kalau sekarang ini kita umumkan
kenaikan gaji penjawat awam ataupun sektor swasta memberi bonus, kita sudah
barang tentu tahu bahawa limpahan ini akan dapat dinikmati oleh ramai peniaga-
peniaga Cina di luar sana. Lihatlah siapa yang memiliki gedung-gedung
perniagaan? Lihatlah siapa yang menjual bahan-bahan binaan? Lihatlah siapa
yang mengawal servis kenderaan, penjualan kenderaan dan sebagainya? Rakyat
Johor tahu, orang Melayu di Johor tahu, orang Cina di Johor tahu, orang India di
Johor tahu. Jadi itu, jadi itu kita faham semakin banyak peruntukan diberikan
kepada masyarakat Melayu dan India, ianya juga akan dapat dinikmati oleh
peniaga berbangsa Cina. Tetapi sebaliknya, kalau peruntukan itu atau kontrak itu
85
kita berikan secara langsung kepada orang Cina, kontraktor Cina contohnya,
sangat sedikit ataupun mungkin hampir tiada, limpahan itu dapat dinikmati oleh
peniaga-peniaga Melayu ataupun orang Melayu. Bayangkan kalau tiada agenda
ekonomi yang khusus untuk orang Melayu dan semua kontraktor bertanding secara
sama rata, pastilah tiada limpahan ekonomi akan dirasai oleh orang Melayu. Pasti,
saya cukup jelas akan perkara ini. Jika perkara seperti ini tidak diberikan perhatian,
pastilah orang Melayu akan semakin jauh, pastilah orang Melayu makin tersisih
daripada sistem ekonomi, dan inilah yang sebenarnya berlaku di Pulau Pinang.
Orang Melayu di sana terus terpinggir, terus dipencilkan di Pulau Pinang. Jadi,
apabila kerajaan Johor menyebut bumiputera dan memberikan peruntukan khas,
ia bertujuan agar orang bumiputera mendapat peruntukan terus dan menikmati
pembangunan negeri yang lebih saksama.
Mujurlah pembentangan bajet 2018 ini turut memberikan peruntukan khusus
kepada Bumiputera sekali gus membolehkan Bumiputera dapat bersaing di
padang yang rata. Dengan semua inisiatif ini telah menyebabkan orang Melayu
dan Bumiputera terus dapat mengekalkan peratusan penguasaan ekonominya.
Inilah yang dinamakan kesaksamaan, bukan kesamarataan. Ini adalah jauh lebih
jelas, jauh lebih praktikal dan juga lebih ikhlas. Bukan seperti ada sebahagian besar
Wakil Rakyat pembangkang di sini yang sekadar mengambil pegawai khas
daripada orang Melayu, lalu mendakwa mereka ini sebenarnya membela orang
Melayu dan Bumiputera. Kesian anak-anak yang tidak berdosa dan naif ini yang
dijadikan boneka kempen mereka.
Jadi sebenarnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, orang cina dalam MCA dan
Gerakan amat faham akan perkara ini. Malangnya, malangnya, para pemimpin
dan penyokong DAP yang tidak pernah faham. Pendukung AMANAH dan PKR pula
pura-pura tak faham. Pemimpin Pribumi Bersatu, dulu faham, sekarang faham-
faham lah. Namun, alhamdulillah, nampaknya orang PAS dah mula faham.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum berakhir saya menyeru sidang Dewan
sekalian untuk terus menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Beliau ini
orang yang pandai. Beliau ini orang yang bijaksana. Terlalu banyak mimpi-mimpi
besar yang beliau bawa. Terlalu banyak perubahan yang besar dibawa ke negeri
Johor, sampaikan kadang-kadang kita pun terasa seperti tidak terikut oleh tindakan
kepantasan beliau ini. Beliau hanya memikirkan untuk membangunkan Johor ini.
Beliaulah yang saya gelar saudagar mimpi. Yang kita perlukan saudagar yang
datang dan menawarkan kepada kita akan mimpi-mimpi yang betul dan realistik.
Saudagar mimpi yang meyakinkan kita bahawa adalah tidak salah untuk
memasang cita-cita besar untuk bangsa dan negara.
Justeru itu, ayuhlah, ayuhlah kita semua bersatu. Bersatu dalam mimpi dan cita-cita
nan seribu untuk melihat Johor terus membangun dan maju. Ayuhlah, bangkitlah
kita bersama. Sekian, izinkan saya akhiri kalam saya dengan serangkap pantun.
Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, terbela bangsa kerana budi,
runtuh budi bangsa binasa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kukup
mohon mencadang. (Dewan bertepuk).
YB Timbalan Speaker : Sebelum perbahasan diteruskan, izinkan saya membuat
sedikit pembetulan. Sesi perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan berlangsung
selama 4 hari iaitu mulai hari ini 26 November 2017 hingga 29 November 2017.
Perbahasan diteruskan. Sila Pemanis.
YB Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terlebih dahulu Pemanis mulakan bicara dalam Dewan yang mulia ini, untuk
86
merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga
bagi pihak rakyat di daerah Segamat dan khususnya DUN Pemanis atas
keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kerajaan negeri Johor di
atas pemberian beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan di daerah
Segamat dan DUN Pemanis. Antaranya kami di DUN Pemanis mendapat RM16 juta
untuk menaik taraf loji rawatan air Pemanis dan menaik taraf sistem agihan air. Juga
RM3.5 juta pula untuk membina masjid baru FELDA Pemanis 2 dan juga puluh-puluh
juta pula untuk kerja-kerja naik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung, jalan-
jalan PBT, jalan-jalan negeri termasuk MARRIS bagi 3 penempatan FELDA. Tidak
dilupakan juga adalah kelulusan untuk membina bangunan baru bagi sekolah
agama Kampung Tengah.
Bagi sektor pertanian dan penternakan sebanyak RM1.25 juta untuk projek agro mix
atau kebun nukleus di persimpangan masuk FELDA Pemanis. Tambah pula dengan
kurniaan naik taraf Majlis Daerah Segamat kepada Majlis Perbandaran Segamat.
Nescaya kita akan menyaksikan satu pemangkinan untuk membangunkan
Segamat dan pemanis khasnya. Semua ini Yang Berhormat Dato’ Speaker ,
memperlihatkan satu konsep pembangunan holistik yang bukan sahaja melibatkan
infrastruktur tetapi juga lain-lain sektor termasuk keagamaan dan pertanian. Ia
sekali gus menjadi perlembagaan bahawa kita melihat tafsiran pembangunan itu
secara keseluruhan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, sejak mengambil alih
pentadbiran kerajaan negeri Johor pada 2013 yang lalu, kita dapat melihat
bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyusun dan mencanaikan idea
terhadap pembangunan negeri Johor. Bermula dengan kajian Suara Hati Johor
pada 17 Jun 2013, Yang Amat Berhormat Menteri Besar melibatkan semua rakyat
dalam mendapatkan input apa yang mereka mahukan. Dalam mana-mana
pengurusan bermatlamatkan jangka panjang kajian sebegitu lah adalah penting
supaya apa yang kita lakukan tidak syok sendiri sahaja. Dapatan kajian seterusnya
disesuaikan dan dirumuskan untuk melahirkan dalam bentuk permodalan dan objek
konkrit yang boleh dilaksanakan. Maka lahirlah Pelan Suara Hati Johor dengan
mekanisme pelaksanaannya menerusi muafakat, pembangunan dan pengagihan.
Seterusnya kita dapat melihat bagaimana Yang Berhormat Menteri Besar
menggerakkan negeri yang kita cintai ini menerusi membangunkan Johor secara
inklusif dalam erti kata lain, Johor yang hendak membangun tidak harus berkisar
soal infra semata-mata tetapi juga membawa ke penglibatan semua pihak dan
sosial dengan nilai yang tinggi. Perkataan sejahtera sering kita ucapkan namun kita
jarang membawa makna dan pengertian ini dalam acuan untuk sesebuah negeri
lestari dan sejahtera kemudian menjadi elemen Yang Amat Berhormat Menteri
Besar gagaskan untuk negeri ini selain daripada inklusif ke semua ini bagi Yang
Amat Berhormat Menteri Besar merupakan mekanisme untuk mengurus dan
membangunkan negeri secara inovatif dan terancang.
Kemudian, melangkah tahun demi tahun kita dapat melihat lahirnya Gagasan
Johor Berkemajuan, gagasan yang matlamatnya akhirnya adalah melahirkan
masyarakat terbaik dan bukan sekadar negeri maju. Ia banyak diterjemahkan
menerusi mekanisme pembangunan kemakmuran material, mewujudkan
kesejahteraan sosial dan memperkasa potensi insan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan kini kita melihat Yang Amat Berhormat Menteri
Besar merencana satu lagi pelan pembangunan jangka panjang untuk Johor.
Suatu rancangan melewati sedekad dalam membangun dekad baharu yang
sejahtera untuk Johor. Secara progresif kita mahu lahir sebagai nombor satu dalam
87
semua bidang secara inklusif kita mahu negeri kita ini menjadi yang terbaik dengan
kemakmurannya akan melimpah dan memberi manfaat kepada negara kita
Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tidak kurang nilai kepimpinan, aspirasi dan motivasi
ialah ucapan penggulungan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar. Dalam ucapan penggulungan bajet lepas Dewan ini dikejutkan daripada
mengikuti secara rapat penggulungan MB, yang pihak rakan pembangkang
menyampuk penggulungan tersebut dengan berbalas bila apabila Yang Berhormat
Menteri Besar berbalas soalan dan tuduhan yang mereka lontarkan semasa bahas.
Saya akui, keadaan jadi tegang kita harus hormati Dewan dan hak Yang Amat
Berhormat Menteri Besar untuk menjawab, juga fahamilah hak kita semua Ahli
Dewan serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil yang berada di sini untuk
mengikuti dan perjalanan hujah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Intipati negarawan dan pengawas negeri satu kelas tersendiri di Malaysia dan
sama-samalah kita hargai peluang untuk berada di Dewan dengan menikmati
rezeki dapat mendengar Menteri Besar secara terus sebagai Ahli Legislatif. Letaklah
ke tepi politik kepartian di dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita berperangai
sebagai Ahli Legislatif dan juga negarawan. Marilah kita jadikan Dewan ini institusi
demokrasi yang anggun seperti anggunnya negeri Johor. Saya rasa yang asas
sekali, Yang Berhormat Dato’ Speaker, bila Speaker beri arahan duduk, saya mohon
semua pihak akan duduk ini sama-sama jaga maruah Dewan yang mulia ini.
Semua ini memperlihatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai seorang
pendidik bukan sebagai merencanakan visi, hala tuju dan apa yang akan terjadi
kepada negeri kita, lebih dari itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar mendidik kita
semua bangsa Johor dengan ilmu dan peranan yang harus dimainkan oleh
seorang Ahli Legislatif. Pemimpin kerajaan malah rakyat kebanyakan seorang
pendidik yang dengan tegas dan mahukan sesuatu yang terbaik dari hasil sentuhan
tidak mengkesampingkan nilai dan unsur sentuhan peribadi kasih dan sayang
kepada sebuah negeri bernama Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demi memantapkan landasan dekad baharu
beberapa institusi dan perkara suka Pemanis kemukakan untuk dapat perhatian.
Pertamanya, pentingnya institusi Raja dan eksekutif dalam memantapkan politik
negeri. Apabila kita mengamalkan politik populis yang merupakan satu fenomena
sejagat dengan mengikut majoriti dan bunyi yang lebih kuat dan tajam dalam
membuat keputusan perlulah kita bergantung kepada dua institusi untuk
penyelesaian iaitu institusi Raja dan institusi eksekutif iaitu kerajaan. Tuanku sebagai
Sultan melindungi kedaulatan dan bangsa Johor dengan menekankan sempadan
dan kedaulatan jiwa Johor termasuk dengan teguran bahawa orang luar Johor
dengan sama ada bukan politik atau politik jangan campur hal ehwal Johor. Orang
yang hendak menjual idea bagaimana boleh jalan, bagaimana boleh jalankan
urusan Johor tapi tidak ada pegangan risiko mereka tidak bertanggungjawab jika
akhir mereka tidak berhasil akibatnya akan teruk. Marilah kita ambil iktibar pada
bab bencana akibat pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang. Ketua-Ketua
Negeri, anak watan Pulau Pinang sebelum ini tidak pernah berani untuk luluskan
pembangunan lereng bukit dalam masa pentadbiran hampir 40 tahun di kawasan
menjadi persoalan tertentu tidak lebih 5 projek diluluskan tetapi kerajaan yang sedia
ada sekarang berani meluluskan lebih daripada 30 projek dalam masa yang
pendek ini dan ia diluluskan oleh seorang Ketua Menteri yang datang dari luar
Pulau Pinang. Ini yang saya maksudkan, kalau orang luar yang tidak ada
pegangan risiko mereka tidak perlu bertanggungjawab apa yang berlaku di Pulau
Pinang pada zaman-zaman yang akan datang.
88
Saya setuju dengan langkah kerajaan untuk terus meningkat kualiti perkhidmatan
JCS pentadbiran awam negeri Johor termasuk kemudahan melanjutkan pelajaran.
Kerajaan yang tegas, telus dan adil dapat melindungi rakyat negeri Johor daripada
ombak cabaran dan arus kebangsaan dan antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam tempoh 10 tahun lalu kita dapat melihat
bagaimana mereka yang menjadi Ahli Legislatif atau perwakilan yang dipilih oleh
rakyat berada dalam proses untuk memecut, mereka melaksanakan secara inklusif
apa yang mungkin tidak dilaksanakan oleh Legislatif lain sebelum ini bukan sekadar
menjadi pusat kuasa untuk menentukan semua perkara sama ada boleh atau tidak
untuk diteruskan, dilaksanakan dan dijalankan di bawah pimpinan Kerajaan Barisan
Nasional.
Justeru bagi memastikan bahawa semua yang dipilih bagi menyokong agenda
kerajaan ini dapat bergerak dan bekerja dengan sebaik mungkin, kita
mengharapkan wakil rakyat dan wakil kerajaan iaitu ketua kampung, ketua
masyarakat dan ahli majlis yang dipilih hendaklah mereka yang benar-benar
mempunyai kaki, mereka yang boleh tanpa terikat, tanpa menjadi proksi dan
tanpa dibebani dengan kecenderungan untuk membuat keputusan yang mungkin
berat sebelah atau berasaskan kepentingan sesuatu dan kepimpinan kerajaan
amat diperlukan dalam aspek ini. Saya merakamkan penghargaan tidak terhingga
kepada semua ketua kampung dan ketua masyarakat selaku wakil kerajaan
terutama dalam kawasan saya DUN Pemanis yang menterjemahkan satu komitmen
kerja dan kesungguhan dalam menjaga kepentingan masyarakat. Sudah masa
elaun mereka dinaikkan sejajar dengan tanggung jawab mereka yang semakin
berat. Semua perwakilan rakyat harus bersikap dan bertidak sebagai seorang
negarawan. Malang sungguh apabila kita memiliki Ahli Legislatif yang tidak mampu
membawa aspirasi negeri dan negara selain hanya saban hari berada dalam
kepompong pemikiran dan tindakan yang bermatlamatkan politik semata-mata.
Janganlah asyik bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan. Kitab mana satu
dan negarawan mana satukah yang kata inilah perangai yang murni sebagai
pembangkang di Dewan Legislatif yang mulia?. Sebagai seorang negarawan kita
tidak melihat sesuatu itu dari sudut politik semata-mata kita melihat kepentingan
jangka panjang bagaimana ia boleh jadi lebih baik untuk generasi akan datang
walaupun kadang kala tindakan kita ini tidak populis dan mendatangkan
kemungkinan kerugian politik. Suka saya rujuk kepada bagaimana Pulau Pinang
yang Ahli Dewan pembangkang sentiasa agung-agungkan di Dewan ini begitu
terencat dalam pengurusan bencana ribut dan banjir besar baru-baru ini.
Berbanding dengan Johor kita sentiasa bersedia dan mempunyai pelan
kesiapsiagaan dalam berdepan semua ini.
Pada peringkat negeri, daerah, DUN malahan kampung sekali pun, kita
mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan banjir setiap tahun, kita
menyusun pelan dan sentiasa menambah baik walaupun tahun tersebut tidak
dilanda musibah kerana kita tahu bilakah bencana akan menimpa kita. Apabila
Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering menyalahkan kerajaan pusat sama ada
tidak atau lewat menghulurkan bantuan dalam masa yang sama kita harus
menyemak kembali apa yang telah disiapsediakan oleh kerajaan tersebut. Inilah
isu sebenar kajian dan punca banjir kemudian dan jangan diperalatkan untuk
memesongkan isu akauntabiliti manakah karakter dan sifat negarawan satu hujan
banjir dah membongkarkan segala kelemahan.
Yang Berhormat Dato’, salah satu usaha saya yang pertama sepanjang menjadi
Wakil Rakyat adalah perjumpaan dan kerahan pelbagai daya untuk memulihkan
89
institusi komuniti, saya cuba untuk mengangkat fungsi dan peranan yang dimainkan
oleh wakil kerajaan yang terdiri daripada ketua kampung, ketua masyarakat dan
ahli-ahli majlis. Sebab itu, dalam soalan-soalan terawal saya dahulu adalah
meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai fungsi dan peranan mereka
semua ini secara unik dan dibandingkan dengan Wakil Rakyat dan lain-lain
jawatan. Saya berkehendakkan mereka ini semua dinampakkan berfungsi dan
berperanan seterusnya menjadi antara institusi yang dihormati kerana kewibawaan
fungsi dan peranan itu. Saya juga banyak melihat permasalahan rakyat dan cuba
untuk mengkaji bagaimana institusi sedia ada meliputi berbagai bidang boleh
dijadikan instrumen bagi menyelesaikannya. Kita ada pelbagai institusi dalam
kehidupan, keagamaan, wanita, pendidikan, belia, kesihatan dan komuniti. Semua
ini jika semua diperkasakan boleh memainkan peranan masing-masing dalam
mobiliti sosial dan seterusnya mengerakkan komuniti secara progresif. Sebagai
seorang wakil rakyat di dalam kawasan DUN yang terletak di dalam kawasan luar
bandar biasanya saya akan terpegun apabila orang tanya, apakah program yang
dirancang dan dilaksanakan untuk belia memang perlunya ada program khusus
untuk remaja dan pelajar untuk melengkapkan program pembelajaran di sekolah.
Namun begitu program khusus belia tidaklah perlu jadi keutamaan kerana saya
memperkenalkan konsep teras pengarus perdanaan belia sebagai salah satu
elemen khusus bagi program pembangunan belia dalam kawasan DUN Pemanis.
Belia di kawasan luar bandar lebih banyak berhijrah keluar secara tetap atau
sementara. Justeru tenaga kemasyarakatan memang menjadi semakin kurang
maka saya mahukan belia saya terus mengambil peranan secara terus dalam arus
perdana di dalam sistem masyarakat. Belajar daripada veteran, senior dan
pemimpin, memberi sokongan dan memikul tanggungjawab terus. Mereka terus
mengambil alih program yang bersifat arus perdana seperti pendidikan,
keagamaan, perkhidmatan komuniti dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila belia tidak diberikan peluang untuk
bergerak bersama sesama mereka ataupun bergerak bersama komuniti, mereka
tentu dengan mudah akan menjadi negatif mereka tidak akan memahami
pengisian tugas sosial dan politik, perkara ini nampak mudah tetapi amat berat
untuk dilaksanakan dan jika dilaksanakan dengan sepenuh hati dan sokongan pasti
akan dapat memberikan hasil pembangunan komuniti yang hebat. Menyentuh
mengenai generasi muda atau belia, izinkan saya untuk mengutarakan beberapa
pandangan saya melihat kebanyakan kawasan sekarang ini tak kira bandar atau
luar bandar semakin kurang institusi atau perwakilan belia bergerak secara sah
makin kurang mereka perlu disokong supaya jadi lebih teratur boleh diyakini untuk
menjadi wakil mengerakkan komuniti mereka. Belia pula adalah satu badan yang
lebih daripada itu melihat sesuatu pada skop yang lebih besar, menggerakkan
agenda yang lebih unggul dan jitu, dan tidak seharusnya mempunyai kepentingan
yang bersifat politik sahaja ataupun kebendaan dalam erti kata kaki yang bebas
bergerak dan juga meminjam kata Kukup tadi, burung yang tanpa sayap bukan
burung lagi.
Maka seterusnya meleret kepada pemerhatian saya mengenai kumpulan belia
mencari jalan menyambung hayat dan survivor minta izin di dalam koridor kuasa
dan rangkaian perniagaan. Kita berdepan dengan dua kelompok, kelompok belia
yang ditaja atau pun mirip kepada koridor kuasa atau rangkaian perniagaan tak
kira pada pihak mana belah dan kumpulan belia yang mahu berkhidmat dalam
mana-mana bidang pilihan mereka secara sukarela. Tentu sekali dalam mana-
mana pertembungan, kumpulan kedua ini kemungkinannya akan kalah.
Kekalahan ini bukan kerana mereka tidak mempunyai aspirasi, visi dan matlamat
yang jelas tetapi koridor kuasa dan rangkaian perniagaan menjadi mereka ini
makin lemah dan lemas.
90
Ini adalah trek yang tidak baik dan tidak melambangkan proses kita untuk
membangunkan negeri dan negara secara progresif. Sebagai negarawan, semua
ini harus kita bendung dan berlaku adil dalam menilai, membuat pilihan dan
membantu. Kerana kecenderungan ini, saya melihat berapa ramai sukarelawan
dan kumpulan belia akhirnya terbenam di pertengahan jalan. Yang mampu untuk
mengharungi survivor ini boleh dikira dengan jari selebihnya memilih pada akhirnya
untuk hanya menjadi warganegara biasa, membiarkan apa yang terjadi terus
terjadi dan menerima seadanya.
Matlamat saya sejak memegang tugas wakil rakyat adalah dua yang utama. Yang
pertama untuk membaik pulih fungsi politik dan sistem atau polisi lantas
memperkukuhkan fungsi perwakilan kerajaan dan legislatif. Kedua, saya harus
mempertahankan maruah semua orang sebagai insan kerana kita seharusnya
hidup dalam dunia yang bertamadun. Tenaga dan kesedaran belia berkenaan
inisiatif legislatif ini makin kritikal dalam kita mendukung fungsi dan hala tuju
pembangunan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu bidang yang amat memerlukan tenaga
muda belia, ialah pengurusan bencana banjir. Saya sering mengingatkan orang
Segamat berkenaan apakah lingkungan umur mereka yang berpengalaman,
berani dicabar arus kuat dan masuk ke zon merah untuk menyelamatkan nyawa.
Mereka yang menguruskan pusat pemindahan, menguruskan wang ihsan, purata
umur mereka kini semua dalam lingkungan 55 sehingga 65. Mereka ini tetap
bersemangat, ia tetap berani sebut sahaja banjir, kita dapat lihat api daripada
mata mereka, tetapi adakah patut kita membiarkan mereka ini yang menjaga terus
memikul sedangkan kita ada kumpulan yang kuat dan lebih bertenaga dalam
lingkungan umur 20 sampai 30 tahun.
Saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan negeri dan
juga NADMA untuk memberi perhatian khusus kepada DUN Pemanis dan amnya
daerah Segamat, sebagai rekod 4,500 isi rumah telah terjejas setiap kali menerusi
banjir 100 tahun yang berlaku pada tahun 2006 dan juga 2011. Impak jurang banjir
agak besar Januari 2017 kerana berjayanya projek tebatan banjir. Jika perkara ini
dapat diuruskan iaitu dalam kawasan DUN Pemanis, maka selesailah masalah 50
sampai 60% daripada masalah berkaitan pengurusan banjir di daerah Segamat
keseluruhannya.
Mohon jadikan pengalaman kami yang telah mengharungi banjir dan menguruskan
banjir sebagai asas untuk penambahbaikan pengurusan banjir pada peringkat
negeri dan juga kebangsaan. Panjangkanlah pengalaman dan apa yang kami
pelajari sebagai kes untuk semua. Ini bagi memastikan apa yang kami miliki dalam
bentuk pengalaman dan pembelajaran tidak disia-siakan sahaja kerana ia amat
mahal dan penuh dengan pahit dan manis.
Bagi memperkukuhkan keupayaan siap siaga berdepan bencana banjir, kita
memerlukan suntikan dana dan juga tenaga dan sokongan pentadbiran. Antara
yang diperlukan adalah seperti berikut.
1. Dana untuk memberikan kemahiran kepada anak-anak di kawasan mudah
mengalami banjir bagi mendapatkan kemahiran asas berenang dan
keselamatan air.
91
2. Kita juga perlu memberikan kemudahan latihan dan juga pengurusan sehingga
mereka memiliki kemahiran pentauliahan. Saya juga mencadangkan perlunya
satu tabung khas untuk pengurusan bencana pada peringkat daerah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menerusi perjumpaan bersama Jawatankuasa
Pengurusan Banjir Kampung Tengah, saya menyarankan dengan pengalaman
yang kami di Pemanis miliki, kita seharusnya berani menjadi pentadbir untuk
pengurusan banjir dan kongsi pengalaman pada peringkat negeri dan juga
kebangsaan. Kita mesti mengambil peluang untuk menjadikan penggerak atau
penasihat dalam pengurusan apabila berlaku banjir. Di tempat lain sebenarnya
jaranglah ada kawasan di dunia ini yang melalui banjir skala 100 tahun yang
kemungkinannya jadi sekali dalam masa 100 tahun tetapi kita telah kini terjadi
sebanyak tiga kali dalam masa 11 tahun.
Untuk banjir luar biasa besar, saya mohon perhatian bahawa wang ihsan harus
diberi kepada semua yang terjejas tak kira pindah tak pindah. Bagi banjir sekecil
pula, bagi memudahkan urusan, galakan semua berpindah. Banjir besar kita
galakan orang pindah keluar dari tempat kejadian dan tinggal di rumah seperti
saudara, kawan kerana kita memahami kapasiti pusat pemindahan bencana tidak
dapat menampung bilangan mangsa yang terjejas kalau berlakunya banjir 100
tahun dan jika banyak pusat pemindahan dibuka pula tenaga sukarelawan untuk
menguruskan tidak akan cukup selain masalah logistik yang membebankan.
Orang juga kalau kita asingkan antara pindah dan tak pindah akan
mempersoalkan perkara ini. Masakan sebuah pusat pemindahan tertentu dapat
menampung contohnya, 500 orang mangsa 1000 mangsa, di mana kesahihan
senarai, saya telah memperjuangkan perkara ini dan telah diguna pakai pada
banjir 2006 dan 2011 tetapi dimaklumkan nama disusun mengikut cara lama
bukanlah data dan statistik.
Seterusnya saya ucapkan syabas kepada pemimpin kerajaan negeri Johor yang
tidak pernah lari daripada tanggungjawab banjir. Saya sebagai seorang yang
telah melalui tiga kali banjir besar, saya amat terkejut apabila awal pagi November
di saat Pulau Pinang dilanda banjir Ahli Parlimen pembangkang sudah tidak sabar
untuk cuba menuding jari kepada Jabatan Meteorologi Malaysia yang
menyatakan mungkin maklumat lambat diberitahu, ini pada kita adalah cubaan
dan aksi untuk memesongkan tanggungjawab.
Yang Berhormat Dato’ dan Ahli di Dewan yang saya hormati, suka saya bangkitkan
isu Ah Long. Perniagaan meminjam terutamanya wang wujud di mana-mana yang
ada penempatan manusia. Dahulu ada istilah ceti, bagi masyarakat Cina pula ada
kaedah pinjam di mana ahli daripada kumpulan kecil mengeluarkan dana setiap
bulan, siapa yang bagi sebut harga dengan faedah lebih tinggi dapat pinjam
kumpulan wang tersebut. Peminjam tanpa lesen memang diterima, haram tak
haram dalam sistem masyarakat kerana diperlukan oleh orang ramai khasnya
mereka yang tidak dapat memenuhi syarat untuk institusi kewangan berlesen. Ia
tidak terhad kepada miskin sahaja tetapi juga untuk putaran dana perniagaan
mereka yang berada. Sedih apabila peminjaman tidak berlesen ini menjadi satu
perangkap untuk peras ugut kepada golongan yang senang jatuh miskin, berjudi
dan menjalankan perniagaan mikro dan kecil. Simpanan dan harta sampai tiga
generasi diperas sampai kering kontang. Mereka seperti sudah tahu ada aset untuk
diperas atau tahu ada ahli keluarga yang mungkin mampu bayar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini bukan satu perkara yang senang, tetapi tetap
perlu ditangani. Kita mulakan dengan negeri Johor. Jika dalam masyarakat wujud
92
banyak sangat pertalian antara mangsa dan pemangsa yang peras ugut, saya
khuatir institusi bangsa Johor akan terjejas. Saya minta kerajaan Johor untuk
mengkaji perkara ini dan untuk polis Johor mengambil langkah proaktif. Satu
perkara yang menghantui ramai pemimpin politik dan wakil rakyat ialah kita pun
dilihat kurang berkemampuan membantu apabila didatangi aduan berkenaan hal
ini. Tetapi ia tetap perlu dibantu. Pada prinsipnya, jika pinjam mesti bayar, tetapi
tidak boleh jadi sampai ahli keluarga terus dipermangsakan. Sebagai permulaan,
untuk mencegah hal Ah Long yang menjejas pertalian dan rasa persaudaraan
bangsa Johor kita mesti utamakan perkara ini kalau ada pihak yang menghina
orang tua, ibu bapa, isteri atau anak peminjam teruslah ambil tindakan. Perbuatan
ini jika dibiarkan berleluasa akan meruntuhkan nilai kemasyarakatan, mencabar
dan menjejaskan imej kerajaan khasnya pihak PDRM. Ia juga menjejaskan
keyakinan institusi dalam melindungi mereka, kita harus jadikan ini perkara utama
yang tidak boleh kompromi dan toleran langsung.
Justeru saya mohon pertimbangkan pembukaan satu agenda yang khas untuk
berdepan dengan masalah ini . Saya juga meminta lima perkara di bawah ini untuk
diperangi habis-habisan di tanah Johor dalam 10 tahun supaya dekad baharu kita
ini yang kita harapkan ini dan kita tengah usaha ini akan menjadi satu kenyataan
bersejahtera.
Satu perangkap peminjaman yang saya baru sebut, kedua money games, kubu-
kubu money games ini banyak letak di Pulau Pinang. Jangan orang Johor dijadi
mangsa. Ketiga, skim piramid cepat kaya. Dan keempat kitalah perlu melindungi
khasnya kalangan wanita Johor yang dipermangsakan oleh skim internet khasnya
daripada penjahat daripada Afrika. Semua ini perbuatan jahat berangkaian dan
sistematik menjejaskan nilai seseorang terhadap orang Johor yang menganggap
sesama orang sebagai calon penipu dan boleh ditipu.
Saya juga suka ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada pemimpin
India khasnya daripada MIC kerana telah lihat hasil perjuangan mereka. Daripada
antaranya bajet kali ini khasnya dengan peruntukan kuota pekerjaan di Majlis-Majlis
Kerajaan Tempatan. (Dewan bertepuk). Masakan kita menanam tembikai tetapi
berhajat hendak mendapatkan kacang. Saya suka sebutkan satu perkara, selalu
kita dengar orang berkata macam ini, orang Cina sebenarnya tak minat politik,
cakap saja, orang Melayu pula sebenarnya tak minat perniagaan, cakap banyak.
Kerajaan perlu mengambil peranan untuk mengisi kekurangan dalam kepimpinan
politik bagi masyarakat Cina dan kepimpinan perniagaan untuk masyarakat
Melayu. Jika tidak, banyak agenda yang dirancang oleh kerajaan akan tidak
kesampaian dan banyak sumber akan menjadi sia-sia sahaja. Semua ini boleh
dilaksanakan dengan keazaman politik dan kesungguhan kerajaan dengan kuasa
yang ada dilakarkan dengan matlamat yang suci, murni dan jelas, ia akan
dirahmati dan diberkati. Jurang perbezaan kecenderungan sosial dan kerja ini
harus dikurangkan kerana ia penting untuk menjalin persefahaman dan perpaduan
bangsa Johor. Juga suka saya tegur dan izinkan Pemanis tegur, hindari segala
perbuatan menuding jari dan cari alasan. Bangsa Johor yang unggul ialah
bangsa yang pegang kepada prinsip dan sikap minta izin, no excuse, tiada alasan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semoga Johor dalam tahun dan dekad akan
datang akan menjadi sebuah negeri makmur, sejahtera, lestari dan kelas pertama
bersama pemikiran dan cara bertindak semua rakyatnya, bangsa Johor. Semoga
limpahan ini akan memberikan kemakmuran jua kepada Malaysia dari kita semua
bangsa Johor di dalam Team Johor untuk sebuah negeri bernama Johor. Dengan
ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong usul yang dibawa oleh ADUN
Kukup. Terima kasih. (Dewan bertepuk).
93
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Pemanis. Lembut ya. Perbahasan diteruskan. Ini
jangan keras pula ya. Sila Penggaram.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Selamat sejahtera Yang Berhormat Dato’
Speaker. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberi kepada
Penggaram selaku ketua pembangkang untuk menyertai Perbahasan Belajawan
Negeri Johor 2018 di Dewan yang mulia ini. Di kesempatan ini saya mewakili rakan-
rakan Yang Berhormat Pembangkang merafak sembah ucapan setinggi-tinggi
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang
lalu.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain, penyokong dan
pegawai pasukan bola sepak JDT setelah berhasil menjuarai Piala Malaysia buat
kali pertama sejak sekian lama.
YB Timbalan Speaker : YB tengok,
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Tengok.
YB Timbalan Speaker : Perlawanan tu.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Ada.
YB Timbalan Speaker : Bagus eh.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Kami amat berbangga dengan usaha
yang dimulakan oleh Tunku Mahkota Johor bagi mengembalikan kegemilangan
bola sepak negeri Johor. Tahniah Tunku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya bermula perbahasan saya, saya ingin
memuji kepada YB Kukup sebab dia berpotensi menjadi Ahli Pembangkang di
Dewan Negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana isi membahas kelemahan
belanjawan negeri Selangor dan Pulau Pinang.
YB Timbalan Speaker : YB rekomenlah ya.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Titik usaha yang titik sentuhan yang
usahawan pelancongan dan alam sekitar yang dibangkit oleh YB Kukup kurang
dalam belanjawan mengenai negeri Selangor dan Pulau Pinang bermakna 2 negeri
ini dah banyak laksanakan. Jadi mereka fokus dalam yang lebih boleh memberi
manfaat kepada rakyat. Kini kerajaan Johor menghadapi cabaran politik yang
begitu besar sehingga Yang Amat Berhormat Menteri Besar terpaksa
memperbanyakkan titik sentuhan dalam bajet dalam sekali lagi mendedahkan
kerajaan BN Negeri Johor tidak cukup prihatin kepada rakyat selama 5 tahun ini.
YB Timbalan Speaker : Oh, lagi banyak sentuhan lagi tak baik ya. Jadi bajet akan
datang sikitkan sentuhan, itu baik. Tapi, nanti ada...
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Penggaram mengariskan beberapa
rumusan berkaitan belanjawan Johor yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar.
94
1. Belanjawan ini disediakan bertujuan semata-mata untuk persiapan Pilihan raya
yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Maka tidak hairanlah
mengapa belanjawan ini begitu besar saiznya kerana ketika ini telah kita dapat
lihat betapa prihatinnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada rakyat.
Maka slogan Dekat Johor yang dikenalkan ini hanya retorik politik bagi menarik
perhatian dan memberi hati rakyat.
2. Yang Amat Berhormat Menteri besar berbangga dengan pencapaian sifar
kemiskinan yang dicapainya. Namun pada hakikatnya Menteri Besar
seharusnya berterima kasih dan mengucap tahniah kepada asnaf kerana
merekalah yang telah berusaha membebaskan diri dan keluarga mereka untuk
keluar dari belenggu kemiskinannya. Kerajaan BN mendakwa telah membantu
mereka tetapi pada hakikatnya tanpa usaha asnaf itu sendiri pastinya usaha
tersebut tidak akan berjaya. Justeru, saya mengiktirafkan pencapaian asnaf
dengan mengucapkan tahniah kepada mereka. Dalam pada itu jangan
sesekali kita lupa bahawa fakta di atas kertas boleh mengaburi mata kita
kerana hakikat kemiskinan itu bukan hanya terletak pada nombor atau fakta di
atas kertas yang cantik, sebaliknya kemiskinan ujud pada jahil kehidupan masih
ramai lagi keluarga yang miskin di luar sana dengan keadaan rumah yang
memerlukan perhatian serius dari kerajaan. Justeru janganlah Menteri Besar leka
dengan angka dan fakta di atas kertas.
3. Dalam belanjawan 2018 Johor ini tidak dinyatakan sama sekali langkah dan
program yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk membanteras
kegiatan rasuah di sektor-sektor penting kerajaan negeri. Saya hairan mengapa
perkara asas ini tidak diberi penekanan dalam memastikan kemajuan
pengurusan fizikal kerajaan akan lebih terjamin. Menteri Besar ghairah
merancang pelbagai program dengan cita-cita yang besar, dengan janji bulan
dan bintang tetapi gaga meletakkan kepentingan sebenarnya pada
tempatnya. Kami dan rakyat bimbang dengan peruntukan yang besar ini
akhirnya dana-dana ini akan bocor dan hilang lagi seperti sebelumnya.
Kerajaan negeri seharusnya mempunyai matlamat untuk mengembalikan
kepercayaan rakyat terhadap integriti agensi kerajaan dengan memberi
keutamaan program dan dana untuk membasmikan kegiatan rasuah yang sedang
bermaharajalela ketika ini. Semenjak Johor mendapat Menteri Besar yang baru
pada 2013, beberapa kes rasuah di negeri Johor berprofil tinggi telah berlaku. Johor
terkenal dengan projek-projek mega namun saya memang nanti Johor juga
terkenal dengan skandal rasuah yang mega-mega. Ini adalah indikasi dan wajah
yang sebenar di sebalik janji bulan dan bintang kerajaan Barisan Nasional Johor.
Mereka tidak meletakkan sesuatu kepentingan itu pada tempatnya. Justeru saya
berpendapat bahawa belanjawan 2018 ini tidak lengkap.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai reformasi Pihak Berkuasa Tempatan.
Kami sedia maklum akan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak
RM29.3 juta bagi tujuan membina baharu dan menaik taraf ruang-ruang
perniagaan meliputi gerai, kiosk dan tapak food truck. Namun saya ingin
menekankan agar semua usaha-usaha ini harus dijalankan dengan terus daripada
soal tender terbuka hinggalah kepada soal pengoperasian yang cekap, telus dan
selamat. Perlu ditekankan bahawa kawasan dan premis awam ini harus disertakan
dengan peralatan dan kelengkapan keselamatan mengikut piawaian bomba dan
jurutera.
Kes kebakaran yang mengakibatkan jutaan ringgit baik kepada kerajaan dan PBT
mahupun usahawan sangat membimbangkan. Kamera-kamera CCTV harus cukup
95
dan berfungsi dengan betul bagi memastikan keselamatan pengguna atau rakyat
dan premis tersebut sentiasa dipantau oleh Pihak Berkuasa. Ini termasuk
keselamatan di kawasan persekitaran yang mana ditanam pokok-pokok perhiasan
harus di selenggara dengan cekap, berkala dan tersusun.
Aspek penyelenggaraan sangat penting demi memastikan keselamatan rakyat
terjamin. Saya berharap janganlah hendaknya projek ini menjadi projek sakit dan
gagal disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi keselamatan yang baik gagal
disediakan. Cita-cita tinggi, tapi perlaksanaannya lemah. Kami juga ingin menegur
aspek ketelusan bagaimana premis-premis perniagaan ini diagihkan kepada
penyewa. Kita masih mendengar pelbagai rungutan berkaitan ruang premis untuk
disewa oleh para peniaga yang mana masih berlaku kes apabila penyewa ingin
membuat permohonan tetapi dimaklumkan premis tersebut telah ada penyewa.
Sedangkan selama berbulan-bulan selepas itu, premis tersebut kekal kosong. Ini
memberi indikasi bahawa sistem penyampaian di peringkat PBT bermasalah. Satu
langkah yang komprehensif perlu dilakukan untuk memulihkan masalah sistem
penyampaian yang telus kepada rakyat. Apa guna Menteri Besar mengumumkan
jutaan ringgit untuk membina baru dan membaik pulih premis-premis awam ini jika
pada akhirnya ia hanya menjadi bangunan usang dan tak berguna.
Saya mohon pihak UPEN segera memantau dan mengubah keadaan ini demi
pengguna dan usahawan kita. Masalah seperti ini turut berlaku dalam aktiviti lukisan
awam atau mural di dinding-dinding kawasan awam. Perlu difahami bahawa
kegiatan ini adalah kegiatan sosial yang memberi impak sosial. Lukisan mural yang
dilakar oleh penggiat seni tersebut adalah bertujuan untuk mengindahkan kawasan
persekitaran.
Ia tidak ada apa-apa kaitan dengan aktiviti politik kepartian. Seharusnya pihak PBT
berlaku adil kepada semua pihak yang ingin menawarkan cadangan untuk
program mengindahkan kawasan awam. PBT tidak seharusnya menilai kumpulan
pelukis berdasarkan justifikasi politik dan kepartian. Saya sedia maklum bahawa PBT
menerima tekanan politik dari sesetengah pihak untuk menghalang sumbangan
rakyat yang dilihat mesra kepada sesebuah parti politik. Perkara ini tidak adil
kepada pelukis dan rakyat. Justeru saya mohon orang-orang politik tidak memberi
tekanan dan gangguan kepada pihak PBT untuk merancang program-program
masyarakat demi mengindahkan persekitaran kawasan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai perumahan Johor. Dari data yang
direkodkan terdapat 119,696 permohonan untuk rumah mampu milik sejak tahun
2013, tetapi hanya 9,773 telah diluluskan yang mana sekitar 8% sahaja. Pada masa
yang sama berdasarkan jawapan yang diberi di Dewan Negeri, menyatakan
bahawa sebanyak 4,988 unit rumah mampu milik telah melalui kuota parti politik
yang dikenali Kuota Menegak Kerajaan iaitu KMK. Ini menunjukkan lebih separuh
daripada 9,773 unit yang diluluskan adalah melalui KMK.
Persoalannya kini adalah, adakah sistem Kuota Menegak Kerajaan untuk
mengagihkan rumah di Johor benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dalam
erti kata sebenar? Pengagihan menerusi parti politik sudah tentu akan berpihak
kepada orang tengah yang mempunyai pengaruh politik dan tidak menolong
mereka yang benar-benar memerlukan. Adakah sistem ini adil kepada rakyat yang
lain yang tidak ada apa-apa kaitan dan kepentingan dengan parti mahupun ahli
politik parti. Saya dan rakan-rakan pembangkang mendesak agar sistem ini
dimansuhkan kerana ia bukanlah sistem yang telus dan adil malah inilah punca
terjadinya amalan rasuah. Sebaliknya kami mencadangkan agar semua
permohonan mesti melalui pejabat perumahan sebagai sistem yang terbuka, telus
dan adil. Selain itu, Penggaram tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor
96
kepada pusat untuk mengatasi masalah lambakan rumah tidak terjual dengan
mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah oleh warga asing kerana ini
akan membuka ruang kepada warga asing untuk memonopoli hartanah di negeri
Johor. Kerajaan seharusnya mengenal pasti terlebih dahulu permasalahan dan
punca rumah-rumah ini tidak terjual, adakah ia berpunca kerana penawaran
melebihi permintaan. Justeru, cadangan kerajaan ini bukan satu penyelesaian yang
terbaik dalam keadaan yang mana rakyat lebih memerlukan rumah berbanding
mengaut keuntungan dari pembeli hartanah oleh warga asing.
Yang Berhormat Datuk Speaker, mengenai bebanan rakyat. Berdasarkan laporan
indeks harga pengguna secara purata berlaku peningkatan dari September 2016
hingga September 2017, sebanyak 4.3%. Jika kita semak kenaikan mengikut
bahagian, aspek pengangkutan telah meningkat sebanyak 15.8% manakala
minuman bukan alkohol juga meningkat sebanyak 4.6% dan bagi air, elektrik serta
gas dan bahan api meningkat sebanyak 2.4%. kesemua peningkatan ini jelas
menunjukkan bahawa kos sara hidup rakyat semakin tinggi dan menyukarkan.
Justeru, apabila ada menteri yang mengatakan bahawa pelaksanaan GST akan
menurunkan harga barangan dan perkhidmatan hanyalah omong kosong.
Kerajaan Negeri harus melihat perkara ini secara objektif bukan dengan sikap
penafian. Kami dari Pakatan Harapan telah menyatakan bahawa cukai GST akan
dikaji kembali untuk memastikan rakyat tidak menerima kesan dan terbeban
dengan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ketika ini.
Begitu juga dengan BRIM yang saban tahun telah meningkat. Johor antara negeri
yang menerima BRIM antara yang tertinggi di Malaysia. ini adalah indikasi yang
tidak baik. Rakyat dapat lihat bagaimana dengan segala bantuan menerusi polisi
kerajaan. Golongan B40 masih kekal dalam saiz dan jumlah yang besar. Inilah bukti
kegagalan kerajaan BN selama memerintah Malaysia dan Johor. Kami akan
berusaha menyedarkan rakyat Johor tentang masalah ini. Moga-moga rakyat
terbuka hati untuk memilih Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan
meritokrasi. Di Korea Selatan....
YB Timbalan Speaker : Doa lebih, doa lebih.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Doa lebih. Di Korea Selatan, kita kenal
mereka sebagai negara yang berdemokrasi tetapi Korea Utara kita kenal sebagai
negara kuku besi. Dan pada masa yang sama kita tidak mahu Malaysia terus kekal
dikenal sebagai negara kleptokrasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam
kenyataan politik sering menuduh dan menyebarkan biaya bahawa pembangkang
khusus DAP tidak ada perancang untuk rakyat. Di sini saya nak suruh YB Kukup
dengar baik-baik. Ya benar, kami tidak ada rancangan untuk mengenalkan
bebanan GST kepada rakyat. Kami tidak ada perancangan untuk mencuri harta
rakyat. Kami juga tidak ada perancangan untuk melakukan skandal 1MDB yang
memalukan. (Dewan bertepuk).
Malah kami juga bukan punca skandal dan kelemahan pengurusan yang berlaku di
FELDA dan FGV. Semua ini adalah perancangan kerajaan Barisan Nasional.
Perancangan mereka juga meliputi kewujudan ruang-ruang aktiviti rasuah seperti
yang berlaku ketika ini. Belum pernah ada dalam sejarah Johor, puluhan juta wang
hilang dari pendapatan kerajaan. Inilah senarai perancangan kerajaan Barisan
Nasional yang rakyat boleh menilainya dengan waras.
Sebelum saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan warga Johor Corp
untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Keuntungan Jcorp
menerusi Kumpulan Perubatan, KPJ seharusnya dapat dimanfaatkan secara
97
maksimum kepada negeri untuk kebajikan rakyat. Jcorp dan KPJ ada tanggung
jawab sosial korporat di mana mereka perlu menambah program-program
kesihatan buat kumpulan-kumpulan sasaran. Kumpulan asnaf dan kanak-kanak
harus mendapat program dari kerajaan negeri yang lengkap dan cukup. Kita boleh
mengambil beberapa contoh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor.
Sungguh pun mereka tidak mempunyai hospital seperti KPJ, tapi hampir 1 juta
rakyat Selangor dalam golongan B40 telah mendapat manfaat kesihatan asas. KPJ
seharusnya boleh membuat lebih baik lagi daripada itu jika ada kehendak. Tidak
ada gunanya jika kita berbangga dengan perolehan keuntungan perniagaan yang
tinggi jika kebajikan untuk rakyat tidak ditambah secara lebih meluas dan baik.
Justeru itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
kepada rakan-rakan kami dari pembangkang yang mana usaha-usaha kita selama
ini telah diambil oleh kerajaan Johor dan dijadikan program untuk rakyat. Selama ini
kita tidak mendengar ada peruntukan untuk masyarakat Sabah dan Sarawak,
tetapi setelah YB Johor Jaya membuat inisiatif membantu dan meraikan kumpulan
ini, kerajaan Barisan Nasional kini turut menyedari betapa pentingnya semua lapisan
rakyat dibantu dan diraikan.
Begitu juga dengan desakan dan saranan YB Mengkibol mengenai permasalahan
bekalan air bersih. Kerajaan Barisan Nasional turut memberi peruntukan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Tanpa desakan mungkin perkara ini tidak
dipandang serius oleh kerajaan negeri. Begitu juga dengan desakan terhadap
pemuliharaan alam sekitar oleh parti pembangkang dan rakan-rakan NGO. Kini
kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk maksud itu. Ini termasuk polisi-polisi
rakyat yang disalur dari kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam memberi
bantuan dan keselesaan kepada rakyat. Kami ucapkan tahniah kepada Menteri
Besar atas usaha tersebut. Inilah peranan kami dari pembangkang, bukan sahaja
menjadi agen semak dan imbang tetapi menawarkan pilihan dan penyelesaian
membantu rakyat yang kini menjadi ikutan pihak kerajaan Barisan Nasional Johor.
Sekian, terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih, Penggaram. Perbahasan diteruskan. Sila Puteri
Wangsa.
YB Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Assalamualaikum warahmatullahi
taala wabarakatuh. Bacaan doa dan selawat. Yang Berhormat Datuk Speaker,
Puteri Wangsa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi peluang
untuk turut serta di dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini. Mendahului kata,
Puteri Wangsa merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah ke
bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 22 November 2017. Puteri
Wangsa juga mengucapkan setinggi-tinggi, Puteri Wangsa juga merafak sembah
kepada Tunku Mahkota Johor yang sentiasa tegas dan berdisiplin menaungi dan
membimbing pasukan bola sepak JDT menjuarai kesemua piala berprestij yang
telah dipertandingkan di Malaysia iaitu piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala
Malaysia. Tidak lupa juga tahniah kepada EXCO Sukan dan kerajaan Johor di atas
kejayaan pasukan bola sepak JDT. Cuma saya ada sedikit masalah yang mana
keluarga saya, yang mana isteri saya berasal daripada Kedah. Ada anak saya
yang dilahirkan di Kedah, ada yang di Johor. Jadi berpihak, ada yang berpihak ke
Kedah ada pihak Johor, berlaku juga kecoh dalam keluarga saya tapi akhirnya
selesai masalah apabila isteri saya menyatakan, ummi juga sokong Johor.
YB Timbalan Speaker : Oh, dapatlah kopi masa tengok bola tu. Pasal isteri pun
sokong Johor.
98
YB Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Puteri Wangsa merakamkan ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor yang telah berjaya membentangkan Bajet Negeri Johor 2018 yang
begitu komprehensif dan menarik dengan tema “Membangun Dekad Baru Yang
Sejahtera Untuk Johor”. Saya telah mendengar dengan teliti pembentangan bajet
tersebut, maka oleh kerana pembentangan memakan masa yang panjang
sehingga oleh kerana terlalu khusyuk meneliti dan memahaminya sampai sesekali
terlena juga.
YB Timbalan Speaker : Khusyuk dan tawaduk tu.
YB Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Memanglah sangat menarik bajet ini
cuma belum sampai tahap apa yang disebut sebagai ibu segala bajet. Walau
bagaimanapun, setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor..
YB Timbalan Speaker : Bapa segala bajet boleh, bapa, bapa segala bajet.
YB Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Bapa segala bajet.
YB Timbalan Speaker : Ibu tak dapat.
YB Encik Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Datuk Speaker,
sebelum kerajaan dan rakyat melangkah ke tahun 2018 yang penuh dengan
cabaran dan halangan seeloknya terlebih dahulu kita mengambil intifadah
ataupun pengajaran daripada firman Allah SWT, Ayat 133 dan Ayat 134 surah Al-
Imran. (Bacaan Surah)
Yang bermaksud, “Dan bersegeralah kamu untuk mendapatkan keampunan
daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa, iaitulah orang-orang yang membelanjakan
harta bendanya, menginfakkan harta benda dalam keadaan lapang ataupun
dalam keadaan sempit dan orang yang menahan perasaan marah dan orang
yang memaafkan sesama manusia dan Allah mengasihi orang-orang yang
melakukan kebaikan.”
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ayat yang saya bacakan tadi menerangkan sifat-
sifat orang-orang yang bertakwa. Yang di antaranya sentiasa bersedia untuk
melakukan infak atau berderma memberi sumbangan bagi mencari keredaan
Allah Taala sama ada di waktu lapang mahupun di waktu sempit. Yang demikian
ialah memberikan derma atau sumbangan kepada orang-orang yang susah dan
memerlukan bantuan segala serta segala bentuk pertolongan. Lihatlah,
bagaimana ia begitu dituntut di dalam ajaran Islam dan dijanjikan dengan
ganjaran yang besar di dunia dan di akhirat. Demikianlah juga, kemuliaan dan
kelebihan di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan
memberikan kepada rakyat akan hak-hak mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Puteri Wangsa amat-amat mengharapkan agar
apa yang dibentangkan dalam Bajet Negeri Johor 2018 bukan sahaja cantik di atas
kertas sahaja, tetapi ianya juga cantik di dalam perlaksanaannya. Bukan sekadar
teori tetapi benar-benar praktikal. Bukan sekadar cita-cita tetapi hendaklah benar-
benar dapat diterjemahkan di alam nyata. Perkara ini memerlukan iltizam dan
pemantauan yang rapi, dan supaya semua pihak yang bertanggungjawab di
dalam melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab apa yang disebut
99
sebagai Al-Mas’ulyiah atau akauntabiliti dengan izin. Sabda Rasulullah s.a.w.
(Bacaan Ayat), yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya
yang apabila ia melakukan sesuatu maka ia melakukannya dengan itqan iaini
dengan tekun dan sempurna.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mencadang dan menegaskan bahawa
bantuan pelajaran para penuntut di pusat pengajian tinggi seperti di Mesir, Jordan,
Yaman dan lain-lain menggunakan asnaf fisabilillah bukan asnaf fakir miskin.
Supaya, penuntut boleh dapat, supaya semua penuntut-penuntut boleh dapat
bantuan zakat walaupun anak seorang kontraktor dan sebagainya untuk
memenuhi keperluan mereka di dalam menyempurnakan pembelajaran dan
kehidupan mereka semasa menimba ilmu. Duit zakat tak wajar disimpan, ia mesti
dibelanjakan untuk asnaf-asnaf dan saya menyeru supaya sebagaimana
canggihnya pungutan zakat maka begitulah hendaknya canggihnya pengagihan
kepada asnaf-asnaf zakat di mana-mana sahaja dalam negara, luar negara dan
kepada masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin
menyarankan agar rakyat khususnya umat Islam bahkan kerajaan terus berusaha
dan berjuang untuk memartabatkan mahkamah syariah. Meskipun saya
memahami ianya bidang kuasa parlimen ataupun pihak federal, tetapi langkah-
langkah jangka pendek dan jangka panjang ke arah meluluskan Akta 355 atau apa
sahaja usaha untuk memartabatkan mahkamah syariah perlu dirancang dari
sekarang. Ini adalah hak rakyat yang beragama Islam dan tidak mengganggu dan
menggugat rakyat yang bukan Islam. Semua pihak hendaklah menyedari yang
mana dalam sejarah daripada awal kemerdekaan negara sudah ditegaskan
dengan izin, Islam is the religion of federation but the other religion can be practice
in peace and harmony in any part of federation. Islam adalah agama persekutuan
tetapi agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana sahaja bahagian dalam persekutuan.
Sebab itu, kita lihat tidak ada satu agama yang disebut dalam constitution atau
Perlembagaan Negara selain dari Agama Islam. Maka, janganlah terbalik pula
sehingga Islam dan umat Islam tak dapat mengamalkan ajaran Islam dengan
bebas termasuk untuk memartabatkan mahkamah syariah sedangkan agama-
agama lain bebas melaksanakan tuntutan agama mereka. Maka, di manakah
maruah umat Islam dalam negara Malaysia yang disebut sebagai negara Islam?
Saya ingin mencadangkan agar negeri Johor menaik tarafkan mahkamah syariah
melalui RUU 355 yang mana agar Negeri Johor menjadi negeri yang pertama yang
akan menyahut setelah diluluskan nanti untuk memartabatkan mahkamah syariah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa isu di Puteri Wangsa dan juga isu
tempatan di Puteri Wangsa dan Negeri Johor. Untuk sekian kalinya saya memohon
jasa baik pihak kerajaan untuk menurapkan jalan masuk ke Sekolah Menengah
Agama Al-Masriah, Batu 40, Jalan Johor, Simpang Renggam, Johor untuk
kemudahan ibu bapa dan beberapa kali telah diutarakan perkara ini untuk faedah
atau pun kemudahan masyarakat dan rakyat pernah saya timbulkan, pernah
sahabat saya Yang Berhormat DUN Machap juga timbulkan, jadi diharap jasa baik
pihak kerajaan untuk memberikan ataupun menurapkan jalan masuk ke Sekolah
Menengah Agama Al-Masriah, Batu 40, Jalan Johor tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menjadi tanggungjawab pemegang taruh
ataupun stake holder dengan izin, berkaitan rakyat sebagai pembeli serta kerajaan,
isu perumahan menjadi tanggungjawab pemegang taruh ataupun stake holder
dengan izin, berkaitan rakyat sebagai pembeli serta kerajaan dan agensi berkaitan
100
mekanisme pemantauan harga rumah, pemberian CF barang binaan dan
sebagainya keadilan dan kesaksamaan dalam konteks pemilikan rumah mampu
milik dalam kalangan rakyat Johor perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah.
Begitu juga isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi tanggungjawab bukan sahaja
SPRM bahkan semua pihak untuk mencegahnya. Isu ekonomi pelaburan hartanah,
status tanah dan pemilikannya atau pajakan, sewaan perlulah dikawal selia secara
berakauntabiliti, berintegriti, berhemah dan berhikmah oleh pihak-pihak yang
berautoriti dan berkuasa bagi menjamin eko sistem kesaksamaan dan keadilan
serta kelestarian kepada rakyat Johor.
Puteri Wangsa juga mencadangkan agar penjualan minuman keras ataupun arak
di premis 7 Eleven hendaklah dihentikan ataupun diharamkan serta merta oleh
pihak yang mempunyai authority terutama di negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit lagi iaitu, memohon membaik pulih lampu-
lampu jalan di kesemua tempat seperti di PPRT Desa Mutiara, Tebrau. Membaik
pulih semua gelanggang futsal di Jalan Nenas, Taman Kota Masai dan negeri Johor
seluruhnya yang mana aduan yang kita terima oleh kerana gelanggang futsal yang
terbengkalai sehingga dijadikan tempat disalah gunakan tempat tersebut. Ada
yang melakukan maksiat dan juga menghidap dadah dan sebagainya.
Seterusnya menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuh tebing Sungai Tebrau yang
mengakibatkan boleh mengancam keselamatan penghuni di alamat No. 5,
Kampung Maju Jaya, Skudai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah banjir kilat yang sering berlaku apabila
hujan turun dengan lebat di kampung Maju Jaya Skudai dan juga Kampung Seri
Paya, Kangkar Tebrau perlulah kepada perhatian yang sewajarnya. Jutaan terima
kasih kepada pihak MBJB, MPJBT dan semua jabatan-jabatan kerajaan yang
memberikan kerjasama dan memberikan respons yang sebaik-baiknya terhadap
segala aduan-aduan daripada Puteri Wangsa dan juga daripada rakyat yang
mana semoga diberkati oleh Allah SWT.
Sekadar itulah yang dapat saya sampaikan dan mohon menyokong usul yang
dibawa oleh Kukup. Terima kasih, assalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih. Sila, Gambir.
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy (Gambir) : Salam Bahagia, selamat tengah hari
dan salam Muafakat Johor, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker
atas kesempatan untuk Gambir turut serta dalam Mesyuarat Ketiga Bajet Penggal
Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Gambir mewakili bangsa Johor berketurunan India
merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November 2017. Kami juga berdoa sama-sama agar ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku serta seluruh keluarga Diraja diberikan kekuatan, kelebihan untuk terus
menaungi juga bangsa Johor keturunan India dengan adil dan bijaksana.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kenyataan-kenyataan Duli Yang Maha Mulia
Tuanku apabila bertitah tentang perpecahan di kalangan bangsa Melayu baru-
baru ini turut menekankan, Tuanku juga tidak mahu melihat perpecahan di
kalangan bangsa India dan juga bangsa Cina. Sesungguhnya kenyataan Duli Yang
Maha Mulia Tuanku menunjukkan betapa Duli Tuanku begitu tinggi mulianya, tahap
101
kepimpinan yang adil dan saksama kepada rakyat negeri Johor. Oleh yang
demikian, kita sebagai Bangsa Johor harus sentiasa menunjukkan ketaatan dan
kesetiaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus menaungi negeri Johor
Darul Takzim buat selama-lamanya. Daulat Tuanku.
YB Speaker : Gambir sila duduk. Bagi membolehkan Gambir menyambung
perbahasan petang ini, saya dengan ini menangguhkan Mesyuarat Persidangan
hingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
Penolong Jurutulis : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan kita sambung semula. Saya
persilakan Yang Berhormat Gambir meneruskan ucapannya.
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy (Gambir) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Tadi saya menyatakan tentang kenyataan Duli Yang Maha Mulia Tuanku,
tentang betapa pentingnya setiap kaum di negeri Johor ini dihormati, sumbangan
mereka harus dihargai, sikap memperkecilkan mana-mana kaum harus dielakkan.
Ini merupakan temu ramah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
pada minggu yang lepas.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Gambir juga mengambil kesempatan
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota
Johor yang telah membawa JDT menjuarai Piala Malaysia. Tahniah kepada Duli
Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, JDT, luaskan kuasamu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebentar tadi Penggaram dalam perbahasan tadi
telah mengutarakan pelbagai tuduhan yang saya rasa tidak sesuai dan seharusnya
perlu dielakkan. Beliau menyatakan seolah-olah bajet ini tidak membawa apa-apa
manfaat kepada rakyat. Come onlah, minta maaf Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
sebagai contoh usaha asnaf, dia sebut mengenai usaha asnaf. Usaha asnaf itu
sendiri semata-mata saya rasa tak mungkin bawa kejayaan. Kalau tanpa usaha-
usaha khas dan perhatian serius daripada pihak kerajaan. Tengoklah apa manfaat
asnaf dapat di Penang dan Selangor. Boleh bagi contoh tak? Kalau benar-benar
Penggaram risau ataupun ada pandangan, saya rasa ia harus diberikan secara
konstruktif dan positif menggariskan apa yang ada dan apa yang lebih baik boleh
dibuat. Jangan selalu mengutarakan fakta-fakta yang cuba memperkecilkan
tujuan murni Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Johor. Dan lagi satu dia
kata, tidak letak bajet ini pada tempatnya. Kata tadi 153 Titik Sentuhan itu banyak
sangat tapi dia kata bajet ini tidak pada tempatnya. Salah kalau sentuhan banyak
tapi minta kecil tapi kata bajet ini tidak pada tempatnya. Saya rasa, kenyataan
Penggaram ini contradict lah Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Bila tuduhan-
tuduhan macam ini nanti Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab jangan
ganggu ya, biar dia jawab tadi you cakap kita tidak ganggu harap nanti Menteri
Besar jawab jangan marah kepada Menteri Besar atau mengganggu beliau.
Seterusnya Yang berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin merujuk kepada ucapan
Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. So, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana Bajet kali ini juga seperti
102
bajet tahun 2017, saya boleh sifatkan lebih komprehensif dan detail mengenai
segala bentuk inti pati pelaksanaan Bajet berkenaan menerusi 153 Titik Sentuhan.
Yang Amat Berhormat Dato’ telah menjelaskan secara terperinci Bajet 2018 dengan
tema, ‘Membangun Dekad Baru Yang Sejahtera’. Satu perancangan yang
mempunyai misi, visi, wawasan yang begitu jelas mengenai pertumbuhan ekonomi
yang agresif dengan peningkatan kesejahteraan rakyat secara transformatif.
Setiap titik sentuhan mempunyai penjelasan.
Yang berhormat Tan Sri Speaker, setiap titik sentuhan mempunyai penjelasan dan
jumlah bajet yang perlu dibelanjakan juga dinyatakan dengan jelas. Nampaknya
kerajaan begitu teliti dan jelas dan fokus akan keperluan rakyat dalam rangka Bajet
2018. Malah ia juga menunjukkan betapa kesinambungan perancangan telah
dibuat yang mana ia menjurus kepada kerangka 10 tahun pembangunan Johor
dengan panggilan Dekad Baharu Johor.
Jadi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya prepare macam ini dia kata tak ada
apa-apa. Itu rasa tersinggung sikit saya menyampaikan luahan hati saya.
Sebenarnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, inilah pemimpin nombor satu Johor
yang mempunyai wawasan dan kepintaran tersendiri untuk mentransformasi negeri
Johor. Syabas dan tahniah, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor.
(Dewan Bertepuk). Kami bersamamu, teruskan perjuanganmu, pemimpinku.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya juga terpanggil untuk memberikan pujian dan
sanjungan juga daripada masyarakat India kenapa saya kod satu curricular Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, (bahasa Tamil), dengan izin, maksudnya anda boleh
lupakan yang lain tapi bukan jasa dan budi. Itu maksudnya, jadi dalam
menyatakan perkara demikian, Program Intervensi Masyarakat India bukan tahun
ini, bukan tahun lepas, Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar telah menggariskan program ini sejak tahun 2015. Apabila
diumumkan Program Inklusif Masyarakat India dengan peruntukan berjumlah RM4
juta. Diikuti tambah lagi meningkatkan kepada RM6 juta tahun 2016. Diikuti bagi
tahun 2017 sebanyak RM7 juta dan melalui Titik Sentuhan yang ke 128 Yang Amat
Berhormat Menteri Besar mengumumkan peruntukan Program Inklusif Masyarakat
ditingkatkan kepada RM8 juta untuk tahun 2018. Tidakkah, ataupun tak bolehkah
pemimpin seperti ini dihargai ataupun di sanjungi? Saya juga ingin ucap terima
kasih nampaknya ada juga yang menghargainya tadi YB Pemanis menyebutkan
betapa kita harus menghargai usaha pihak kerajaan untuk Masyarakat India Negeri
johor. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, dengan izin, (bahasa
Tamil).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi tahun 2017 saya ingin melaporkan kepada
rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia ini, saya dilantik sebagai Pengerusi Program
Inklusif Masyarakat India Johor, sukacita ingin saya maklumkan Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, lebih daripada 5,000 keluarga India mendapat manfaat melalui
Program Inklusif ini dan merangkumi 3,500 secara individu menerima bantuan
minimum RM500.00. Ini kejayaan daripada Program Inklusif Masyarakat India. Dan,
proses kelulusan pula dilakukan secara telus dan meliputi semua golongan
masyarakat India saya kena tekankan lagi sekali meliputi semua golongan
masyarakat India tanpa mengira latar belakang politik mereka. Saya tahu, saya
pernah buat penyerahan surat kelulusan saya tahu mereka bukan daripada parti
penyokong kerajaan, kita tidak menolak kita sampaikan juga bantuan kepada
mereka.
Jadi, ini bagi untuk program kebajikan dan pendidikan, manakala bagi program
keusahawanan Yang Berhormat Tan Sri Speaker, mereka yang layak sebelum
103
diserahkan geran bantuan itu, kita dedahkan dengan kursus rancangan
perniagaan dan kewangan yang mana, usahawan-usahawan India ini wajib
menghadiri kursus berkenaan sebagai contoh hari ini, di Segamat di daerah
Segamat kursus berkenaan sedang dilangsungkan untuk siri keenam.
Ini komitmen dan cara kita mengagihkan nikmat daripada pihak kerajaan kepada
rakyat di bawah sana.
Seterusnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, belum selesai gembira mendengar
pengumuman mengenai Program Inklusif dalam Bajet 2018 itu, dapat lagi satu
pengumuman yang lebih menggembirakan dalam Bajet ini yang diharap-harapkan
masyarakat India iaitu peluang pekerjaan dalam PBT-PBT Negeri Johor. Terima kasih
lagi sekali kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dalam sidang Dewan
Negeri yang sebelum ini ada beberapa kali saya pernah bangkitkan tentang
peluang pekerjaan ini dalam perkhidmatan awam yang mana saya telah sebutkan
bagi masyarakat India peluang pekerjaan dalam kerajaan ini memang sangat
menjadi penghormatan buat mereka.
Jadi, peluang yang diberikan ini iaitu 5 orang kaum India akan ditempatkan dalam
pelbagai gred dan pangkat di setiap PBT melalui inisiatif pemantapan dasar
pengambilan kakitangan yang pelbagai dan inklusif ini amatlah kami hargai.
Transformasi yang disasarkan kepada PBT ini saya mengharapkan bahawa ianya
dapat dilaksanakan sepertimana dalam kenyataan Titik Sentuhan 94 Bajet 2018 iaitu
penempatan harus dalam pelbagai gred dan pangkat. Ini Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, biasa orang ini ialah lumrah mencari kelemahan. jadi jangan nanti dia
kata, tengok bagi kerja semua peringkat-peringkat bawahan sahaja. Perkara ini
jelas dalam Titik Sentuhan berkenaan pelbagai gred dan pangkat. Jadi, diharap
pihak Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Kerajaan Johor memantau dan
melaporkan kalau nak ikutkan 18 PBT kali 5 lebih kurang 90 pekerja India akan dapat
ditempatkan di PBT-PBT sebelum penghujung tahun 2018. Itu harapan daripada
masyarakat India seluruh negeri Johor Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Seterusnya, satu lagi Titik Sentuhan yang juga menarik buat masyarakat India
apabila adanya pembinaan Dewan Komuniti Masyarakat India di Seri Alam dan
juga untuk masyarakat Sikh di Kulai. Ini juga kami hargai Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Dan, satu lagi juga Titik Sentuhan ke 79 berkaitan Tabung Latihan
Kemahiran Johor bernilai RM1.5 juta juga bagi melibatkan belia-belia India
mendapat latihan kemahiran untuk mereka menghadapi peluang pekerjaan yang
lebih kondusif dan boleh membawa pendapatan tambahan kepada mereka.
Harapan saya agar Tabung Latihan Kemahiran Johor ini dapat dilaksanakan bukan
sahaja di kawasan Johor Bahru semata-mata tapi meliputi masyarakat luar
daripada Johor Bahru juga.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, maka dapat simpulkan kali ini RM11.5 juta
diperuntukkan khas kepada masyarakat India Negeri Johor. Saya berpandangan
dan saya yakin sesungguhnya tiada sebab langsung masyarakat India berpaling
tadah kepada yang lain pada PRU kali ini, kecuali minda mereka ini diperkosa oleh
mereka-mereka yang duduk fikir memesongkan minda rakyat Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai
Agenda Perumahan Johor. Pelbagai inisiatif telah digariskan dalam Bajet 2018
sebenarnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker daripada 153 Titik Sentuhan tersebut
sebanyak 14 Titik Sentuhan telah memberi penekanan berkenaan Agenda
Perumahan Johor tersebut termasuklah penyediaan Rumah Mampu Milik Johor,
rumah-rumah sewa PBT, rumah transit belia, Skim Jauhar Prihatin, perumahan
104
penjawat awam, pembiayaan rumah pekerja ladang dan pembinaan penduduk
setinggan. Tadi Penggaram kata kononnya macam tak ada apa-apa.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, adalah dapat dikesan bahawa semua perkara ini
perlu diurus oleh pihak SUK bahagian Perumahan, jadi Gambir ini mohon supaya
penyelarasan berkaitan dengan peluang-peluang pemilikan perumahan ini
termasuk pengagihan dapat terus diberi perhatian supaya nilai murni kerajaan ini
dapat diterjemahkan dan rakyat di bawah sana dapat manfaat dan kita boleh
elak daripada tuduhan-tuduhan melulu daripada pihak sebelah sana. Saya ingin
mohon juga kepada SUK Perumahan untuk menyatakan bagaimanakah kesemua
inisiatif-inisiatif ini bakal dilaksanakan adakah unit-unit khas akan main peranan bagi
setiap perkara berkenaan ataupun bagaimana caranya? Saya mohon maklum
balas daripada Yang Berhormat Datuk Pengerusi Perumahan.
Saya agak terpanggil mengenai perkara ini, Yang Berhormat Tan Sri Speaker sebab
saya ambil contoh misalnya kerajaan pusat telah peruntukan RM50 juta lebih
kurang 1, 2 tahun masa Yang Berhormat Datuk Sri Subra menjadi sumber manusia di
mana RM50 juta ini saya difahamkan telah dipulangkan balik kepada pihak
kerajaan kerana pekerja-pekerja ladang ini tak tahu macam mana nak dapatkan
peruntukan berkenaan. Jadi, saya mohon supaya satu unit atau pun satu agensi
ke, jabatan ke, bahagian ke yang benar-benar bertanggungjawab dalam
mengendalikan dana berkenaan. Jadi, penyediaan pembiayaan perumahan
untuk pekerja perladangan dengan kadar 2% ini perlu dikendalikan oleh agensi
atau pihak yang boleh jadi pihak rujukan mudah oleh mereka-mereka yang mohon
kemudahan ini.
YB Speaker : Yang Berhormat Gambir, sila gulung.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,dalam kita menggariskan secara terperinci tentang
pelbagai strategi dan inisiatif yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri, saya
ingin bertanyakan sejauh mana pula projek-projek kerajaan pusat dilaksanakan
mengikut jadual tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan pembangunan
ekonomi yang mampan di negeri Johor, perhatian dan fokus oleh agensi-agensi
pusat atau kementerian yang melaksanakan projek-projek kerajaan pusat di negeri
Johor mohon mengambil maklum perkara-perkara berkenaan sama ada projek itu
mengikut jadual dan jika tidak mengikut jadual apa kelewatan yang
menyebabkannya. Ini perlu untuk mengelakkan salah faham dan tuduhan melulu
terhadap pihak kerajaan. Saya ambil contoh, Jalan Yong Peng – Labis atau pun
projek pembinaan kereta api berkembar. Jadi mohon perhatian semua pihak yang
terlibat.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya saya nak menyentuh mengenai Pelan
Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) di semua daerah. Peruntukannya cuma RM7
juta Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Perkara ini, saya rasa perlu mendapat
perhatian yang lebih daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, statistik penduduk 2015 menunjukkan rakyat
Malaysia 3.55 juta dan daripada jumlah berkenaan 1.4 juta di daerah Johor Bahru,
2.1 juta di luar Johor Bahru. Saya merasakan bahawa kita perlu beri perhatian atau
peruntukan lebih untuk Pelan Pertumbuhan Strategik Johor ini, supaya daerah-
daerah lain juga boleh mendapat manfaat daripada nikmat hasil daripada
kerajaan negeri Johor Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Tan Sri Speaker, seterusnya satu dua perkara mengenai kawasan DUN Gambir ini,
kawasan tapak Sekolah Menengah Bukit Gambir 2 sudah banyak kali bawa dalam
105
Dewan, sudah tersedia lama tapi belum ada cadangan pembinaan, mohon
Kementerian Pelajaran melihat akan perkara berkenaan. Yang kedua, saya
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih bagi pihak masyarakat DUN Gambir dan
khususnya masyarakat Kampung Singkang di Bukit Gambir di mana jambatan
sedang dibina. Walau bagaimanapun pelebaran Jalan Bukit Gambir – Singkang
perlu dipertimbangkan menjelang siapnya jambatan berkenaan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi saya sempat bincang dengan rakan-rakan
saya sebelah sana yang tinggal di Bukit Gambir, mereka kata itu laluan yang
mudah nak pergi Segamat, nak pergi Labis, nak pergi Kuantan jadi, saya rasa
pelebaran jalan itu mempunyai signifikan kerana ramai menggunakan bukan saja
ramai tapi kenderaan-kenderaan berat sudah menggunakan jalan-jalan
berkenaan. Jadi, saya harap pihak JKR akan ambil maklum mengenai perkara
tersebut. Akhir sekali satu perkara Yang Berhormat Tan Sri Speaker mengenai
hospital baru di Tangkak. Sebenarnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Gambir ada
bangkitkan mengenai perkara ini sebelum ini. Ingin bangkit semula hospital yang
berada di Tangkak sekarang ini, sudah lebih 100 tahun. Dan, tidak dapat sebarang
pembinaan baru dengan kemudahan 62 katil sahaja. Jadi, kedudukan hospital ini
yang dekat dengan lebuh raya PLUS menyebabkan kes-kes kecemasan sentiasa
dirujuk ke Hospital Tangkak tetapi kemudahannya tidak cukup.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kemudahannya tidak cukup untuk memberi
rawatan kecemasan khususnya untuk kes-kes maut Tan Sri Speaker, kes-kes nyawa-
nyawa ikan yang dirujuk itu tidak dapat diselamatkan kerana jarak Hospital Pakar
Sultanah Fatimah Muar ini 25 kilometer jauh. Jadi, bila pergi Hospital Tangkak belum
sempat dia sudah meninggal. Jadi, perlu kepada hospital baru. Jadi, saya rasakan
masanya telah tiba untuk pembinaan hospital baru yang lebih kondusif di daerah
Tangkak sebenarnya tapak sudah ada Tan Sri Speaker, tapak seluas 30 ekar sudah
pun tersedia di pusat pentadbiran baru di daerah Tangkak, Jalan Muar. Saya
mohon sokongan kerajaan negeri pembinaan hospital baru untuk daerah Tangkak.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, harapan Gambir agar perkara-perkara yang
dibangkitkan ini mendapat pertimbangan dan perhatian daripada pihak-pihak
yang berkenaan. Dalam kesempatan ini, Gambir ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pegawai daerah dan Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah
Tangkak, ketua jabatan di peringkat negeri, persekutuan yang telah memberikan
kerja sama terbaik. Sebenarnya kerjasama ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker
bukan untuk kepentingan diri saya tetapi lebih kepada sebagai Wakil Rakyat lebih
kepada kepentingan rakyat. Kadang-kadang kita sebagai Wakil Rakyat terkasar
bahasa, mohon maaflah kalau-kalau perkara itu telah menyentuh hati ketua-ketua
jabatan. Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sekian Gambir menyokong usul
yang dibawa oleh YB Kukup. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Gambir. Sekarang saya mempersilakan
Yang Berhormat Parit Yaani.
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, (selawat). Terima kasih kepada Tan
Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Parit Yaani untuk turut serta
membahaskan bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar pada hari Khamis, 23 November yang lepas.
Pertamanya, Parit Yaani ingin merafak sembah setinggi tahniah dan ucapan
selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
106
Sultan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena
hari keputeraan baginda pada 22 November 2017.
Kedua, tahniah kepada team JDT yang menjuarai Piala Malaysia Edisi ke-91 di
bawah kelolaan Yang Amat Mulia Tunku Ismail iaitu Tunku Mahkota Johor sebagai
penaung JDT dan juga Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim, serta pengurus,
seluruh pemain dan jurulatih.
Bagi membahaskan bajet yang telah dibentangkan pada kali ini, jelas kita melihat
bahawa bajet yang dibentangkan di dalam bajet di PRU 14 berdasarkan kepada
kata-kata penutup Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa beliau
mengharapkan UMNO BN akan diberi mandat sekali lagi oleh rakyat dalam pilihan
raya 14. Dalam proses pilihan raya secara demokrasi sepatutnya SPR bertindak
sebagaimana pengadil dalam pertandingan bola sepak. Jika pengadil sudah
kurang adil dan berat sebelah kepada satu pihak, ini amat tidak bermaruah.
Contoh, berlaku pemindahan pengundi di DUN saya sendiri. Tanpa pemindahan
pengundi untuk pindah. Begitu juga dengan senarai daftar pemilih terkini yang
tidak diberikan kepada parti-parti pembangkang yang sah untuk bertanding, untuk
disemak senarai daftar pemilih terkini.
Yang ketiga, pengundi tentera yang belum ada penempatan di Parlimen Segamat
tetapi telah berdaftar sebagai pengundi pos di Parlimen Segamat seramai 1,050
orang. Parit Yaani memandang serius penyelewengan dan salah guna kuasa oleh
pihak yang berkepentingan menyebabkan SPR terpaksa akur dengan kehendak-
kehendak pihak-pihak yang tertentu. Apakah sebenarnya kehendak rakyat secara
keseluruhan. Rakyat tidak mahu lagi terbeban dan berterusan di beban kerajaan
Barisan Nasional yang memerintah selama 60 tahun. Sebahagian besar rakyat
bukan bertambah kaya atau selesa dengan polisi yang dibuat oleh kerajaan
Barisan Nasional tetapi semakin bertambah sengsara dan menderita. Medium
kemiskinan sifar yang digembar-gemburkan oleh kerajaan berdasarkan KDNK
begitu indah dengan penduduk luar bandar berpendapatan lebih RM4,000.00. Itu
ikut kiraan untuk menyenangkan hati pemimpin. Tetapi hakikat yang ditunjukkan
oleh kerajaan sendiri dengan penambahan penerima BRIM setiap tahun apakah
maknanya rakyat semakin selesa, semakin kaya dan pendapatan yang
memerlukan BRIM tadi menambahkan keselesaan rakyat. Golongan penerima
zakat dan kumpulan e-Kasih tetap wujud dan memerlukan bantuan dari banyak
pihak, sama ada dari agensi kerajaan seperti JKM , Majlis Agama atau pun NGO
yang dipertontonkan dalam rancangan Bersamamu di TV3 tiada penghujungnya.
Ada berapa ramai ibu tunggal dari masyarakat Melayu Islam yang terpaksa
menyara anak-anak sendirian dan adakah pihak Majlis Agama Islam atau pun
Jabatan Agama Islam ada data terkini supaya anak-anak yatim ini tidak terbiar dan
mendapat bantuan serta sokongan sewajarnya untuk mereka dapat meneruskan
pembelajaran sehingga tamat pengajian mereka. Apakah bentuk bantuan dan
berapa kekerapan yang diberikan sebulan atau pun dua bulan atau setengah
tahun atau setahun sekali. Bagaimana pula ibu tunggal dari kalangan masyarakat
Cina, India dan lain-lain. Apakah jaminan urusan anak-anak ini diberi bantuan
pendidikan atau sara hidup keluarga ini. Apakah agensi kerajaan yang
bertanggungjawab di dalam JKM sahaja dan NGO yang prihatin. Berapa jumlah
bantuan dalam setahun jika ada diberikan kepada setiap keluarga pada tahun
lepas. Berapa jumlah keluarga yang jadi penerima bantuan ihsan ini. Kami yakin,
sekiranya Barisan Nasional ini diberikan mandat oleh rakyat, maka perkara-perkara
berikut akan berterusan mencengkam rakyat. Cukai GST yang menzalimi golongan
berpendapatan rendah, anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa atau sumber
pendapatan mereka, orang tua yang tiada pendapatan, OKU yang
107
mengharapkan bantuan dan sokongan, orang sakit yang kehabisan wang untuk
membeli ubat-ubatan dan ramai lagi.
Kedua, nilai Ringgit kekal rendah, harga minyak petrol yang tidak menentu, harga
barang yang terus meningkat dan juga kutipan tol yang membebankan
kebanyakan mereka yang menggunakan khususnya pekerja-pekerja di kawasan
bandar. Harga rumah yang rakyat tidak mampu membelinya, laporan suku
tahunan Bank Negara Malaysia baru-baru ini melaporkan dalam suku pertama
tahun ini sebanyak 130,690 unit kediaman yang tidak terjual dan jumlah ini adalah
dua kali ganda purata tahunan 72,239 unit antara 2004 hingga 2016 iaitu 83%
daripada jumlah itu adalah dalam kategori harga melebihi RM250,000.00 dan 61%
pula adalah daripada bangunan tinggi berstrata. Negeri Johor mempunyai jumlah
unit kediaman tidak terjual paling tinggi iaitu 27% berbanding negeri-negeri lain.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan kerajaan negeri Johor
mempunyai Dasar Perumahan Rakyat di mana dinyatakan dengan jelas 40%
daripada unit-unit dibina di kawasan perumahan hendaklah terdiri daripada kos
rumah mampu milik yang terdiri daripada rumah-rumah komuniti Johor A, B dan
mampu milik serta kedai kos sederhana RM200,000.00. Masalahnya sekarang kita
semua kawasan perumahan baru yang memenuhi syarat ini disebabkan
kelonggaran serta pengecualian yang diberikan oleh kerajaan negeri di samping
kelemahan penguatkuasaan polisi perumahan itu sendiri.
Walaupun syarat pembinaan kuota 40% RMMJ ini akan mengurangkan keuntungan
pihak pemaju tetapi pengurangan keuntungan kos tersebut boleh ditampung oleh
keuntungan yang diperolehi daripada pembinaan 60% unit-unit lain yang
kebiasaannya terdiri daripada rumah jenis mewah. Kelemahan juga berlaku di
Pihak Berkuasa Tempatan dan kemajuan dan kerajaan negeri di dalam meluluskan
komponen pembangunan sesuatu projek perumahan yang baru. Sebagai contoh,
daripada laporan BNM, Bank Negara Malaysia, 60% daripada kelulusan pinjaman
perumahan baru, taman perumahan baru yang diluluskan oleh bank adalah untuk
pembelian rumah berharga di bawah RM500,000.00 seunit. 72% daripada
peminjam perumahan adalah merupakan pembeli rumah kali pertama bagi rumah
yang berharga kurang daripada RM500,000.00. Saya rasa ini menunjukkan segmen
hartanah yang masih mempunyai permintaan yang baik di pasaran adalah yang
berharga di bawah RM500,000.00.
Oleh yang demikian, sewajarnya kerajaan meletakkan satu sasaran bahawa
permintaan ramai rakyat adalah rumah yang berharga di bawah harga yang
berkenaan, bawah RM500,000.00. Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman
perumahan adalah juga antara penyebab kepada berlakunya unit-unit rumah
yang tidak terjual. Oleh yang sedemikian, maka apakah langkah terbaik perlu
dilakukan untuk membantu rakyat mampu memiliki rumah khususnya di kalangan
pasangan-pasangan muda dan juga di kalangan mereka yang berpendapatan
rendah.
Tan Sri Speaker, isu pencemaran air Sungai Johor, yang seolah-olah tidak ada
kesudahannya. Amat membimbangkan banyak pihak. Kerajaan berhasrat untuk
menjadikan Johor negeri berkemajuan. Namun masalah kilang haram kurang dari 1
km di sepanjang tebing sungai gagal untuk diambil tindakan. Sedangkan
pencemaran sungai membawa banyak kerugian, bukan sekadar air minuman
tetapi melibatkan banyak stickman lain turut terjejas. Perkhidmatan, hospital,
sekolah, pusat pengajian tinggi, industri yang menggunakan air sebagai bahan
utama dan juga pusat-pusat perniagaan akan terjejas.
108
Parit Yaani mencadangkan kerajaan sepatutnya berani mengambil tindakan tegas,
merobohkan premis haram tersebut sebagaimana tindakan PBT yang boleh
merobohkan rumah tambahan tanpa pelan, mendakwa pemilik berkenaan ke
mahkamah jika penternak atau pemilik kilang atau ada membuat permohonan
maka pihak berwajib harus memberikan syarat yang ketat dengan pemantauan
yang berkala serta pemantauan mengejut supaya pemilik kilang benar-benar
mematuhi syarat yang telah diluluskan.
Apakah hukuman kepada pemilik yang selama ini melakukan kesalahan yang
berulang? Di sinilah pentingnya penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan
untuk mendidik rakyat supaya sayangkan negaranya, sayangkan sungainya,
sayangkan alam sekitarnya, sayangkan bumi ini dapat kita tinggal bersama. Kalau
Bukit Permai sebut tadi, ada cengkaman rejim, maka kita mengharapkan
kakitangan kerajaan berani bertindak untuk keselamatan dan juga maruah negeri
Johor itu sendiri.
Tan Sri Speaker, untuk menghadapi PRU-14, sudah semestinya semua parti yang sah
bertanding ingin menyertai dan menawarkan janji atau hasrat mereka jika diberi
mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini. Kalau Kukup tadi kata, beliau dah
bermimpi, dulu masa mula-mula saya masuk di sini, dia kata Parit Yaani jangan
bermimpi dapat tadbir Johor. Hari ini Kukup pula yang mimpi.
Insya-Allah pakatan harapan tidak bermimpi, kita berhasrat bersungguh-sungguh
seluruh negara dan kita minta supaya rakyat boleh buat perbandingan, tawaran
Pakatan Harapan kepada rakyat sekiranya PH memerintah Malaysia dan negeri
Johor.
Pertama, kita akan hapuskan GST membebankan keseluruhan rakyat. Walaupun
ada pihak yang kata bahawa GST dapat membantu kerajaan untuk pertumbuhan
ekonomi negara tetapi hakikatnya GST adalah satu bentuk cukai yang zalim, yang
dibebankan kepada rakyat disebabkan kepincangan urus tadbir kerajaan
terhadap dana negara. Jangkaan hasil GST yang diperolehi sebanyak RM40 bilion
berbanding dengan sistem cukai sebelum GST iaitu sekitar RM16 bilion, ini bermakna
rakyat telah kehilangan wang perbelanjaan tahunan mereka sebanyak RM24 bilion
setahun semata-mata untuk membayar GST. Jumlah sebanyak RM24billion sudah
mencukupi untuk rakyat hidup dengan selesa berbelanja tanpa GST dan akan
merancakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara kerana wang
ada pada tangan rakyat menggalakkan peniaga-peniaga kecil terus bersaing
dengan sihat.
Kedua, sekiranya kami diberi mandat mengawal harga petrol untuk menstabilkan
harga barang, khasnya keperluan asas, harga petrol yang tidak menentu turun
naiknya, akan mengakibatkan kos pengangkutan juga tidak stabil. Ini secara tidak
langsung akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang di pasaran kerana
pergerakan barang-barang melalui pengangkutan. Kawalan harga bahan mentah
akan lebih mudah diurus jika kerajaan dapat mengawal harga petrol dengan lebih
cekap. Kami mencadangkan supaya kerajaan meletakkan harga syiling petrol
Ron95 ke tahap yang lebih rendah kerana lebih 90% pengguna Malaysia
menggunakan Ron95.
Ketiga, kami sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir, kami akan cuba dengan
bersungguh-sungguh meningkatkan nilai ekonomi dan nilai ringgit dengan
mewujudkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kepemimpinan
negara yang berintegriti lagi amanah dan berwibawa. Meningkatkan usaha dan
membanteras rasuah sehingga ke akar umbi bermula daripada pemimpin utama
negara dan negeri bukan sekadar ikrar bebas rasuah atau aku janji bebas rasuah
tetapi kita terlibat secara senyap-senyap di belakang rakyat.
109
Yang keempat, sekiranya kami diberikan mandat pendidikan percuma akan kami
usahakan dan di sini walaupun kami berbeza pandangan, dan juga pendekatan,
Parit Yaani mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar
kerana akhirnya apa yang dinikmati oleh rakyat di bawah pimpinan kerajaan
negeri Selangor dan Pulau Pinang turut dapat dirasai oleh rakyat Johor. Parit Yaani
bersetuju dengan cadangan kerajaan agar kos perkhidmatan pinjaman 4% yang
diberikan oleh YPJ dimansuhkan.
Cadangan kerajaan Johor dalam Bajet 2018 berkenaan menaik taraf Kolej
Pengajian Islam Johor (MARSAH) kepada universiti adalah satu cadangan yang
baik. Parit Yaani ingin menambah baik dari cadangan tersebut, dengan
meningkatkan pendidikan sekolah agama kerajaan Johor bukan sahaja dari segi
kuantiti, bilangan bangunan tetapi juga dari segi kualiti pendidikannya tetapi juga
dari segi kualiti pembelajarannya.
Pelajar lepasan Sekolah Agama Johor, kerajaan Johor benar-benar dapat dididik
dari segi kualiti sahsiah dan akhlak serta mempunyai jati diri untuk maju dan
bersaing dalam pelbagai bidang di dalam mengharungi kehidupan mendatang.
Maka Parit Yaani mencadangkan supaya syllabus sekolah agama kerajaan Johor
dapat dipertingkatkan kepada syllabus kontemporari yang memberi peluang
kepada lulusan Sekolah Agama Johor untuk menjadi feeder kepada Universiti Kolej
MARSAH nanti.
Seterusnya Parit Yaani ingin penjelasan daripada pihak yang berkenaan apakah
tindakan daripada pihak berwajib terhadap isu Sekolah Rendah Islam Johor Bahru
atau Seri Abim yang terkenal suatu masa dahulu. Jika hendak dipindahkan perlu
disediakan tapak yang sesuai dan berhampiran Johor Bahru dengan pampasan
untuk membina bangunan baru di tempat yang bersesuaian.
YB Speaker : Yang Berhormat Parit Yaani, sila gulung.
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Sikit lagi. Yang kelima,
sekiranya kami diberikan mandat kami akan berusaha untuk menghapuskan tol
yang membebankan rakyat ramai khususnya yang tinggal di bandar-bandar.
Penduduk sekitar Johor Bahru sangat mengharapkan kerajaan Barisan Nasional
dapat menghapuskan Tol Kempas dan Tol Perling yang sememangnya digunakan
kebanyakannya oleh rakyat tempatan. Tetapi kerajaan pusat dalam Bajet 2018
hanya menghapuskan tol di EDL yang sememangnya telah termasuk dalam janji
kempen BN dalam Pilihanraya 14. Bahkan jika PH berjaya memerintah kerajaan
persekutuan, insya-Allah kami akan menghapuskan semua tol untuk kesenangan
rakyat keseluruhannya.
Boleh, insya-Allah. Parit Yaani ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan semua
Ahli Yang Berhormat dengan semua tanggungjawab dan kemenangan yang telah
diberikan oleh Allah kepada kita, adakah telah kita laksanakan dengan baik,
sepanjang 5 tahun kita dilantik sebagai ADUN? Lihatlah rakyat yang berada di
sekeliling kita dengan penuh kasih sayang agar segala polisi dan cadangan serta
pembangunan atau projek benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat yang
teramat.
Insya-Allah jika ditakdirkan PH menerima mandat dari rakyat selepas PRU-14, kami
berjanji akan memberikan perkhidmatan lebih baik sebagaimana kerajaan PH di
Selangor memberikan sumbangan kepada kakitangan dalam Bajet 2018 sebanyak
tiga bulan gaji dan dibayar sebelum berakhir sebelum 2017. Johor setengah bulan
110
aje kan? Ini bermakna kerajaan PH boleh mentadbir sebuah negeri dengan lebih
baik daripada Kerajaan Barisan Nasional.
Akhir sekali, Parit Yaani ingin menyatakan bahawa jika berlaku perubahan kerajaan
pusat dan kerajaan Johor, maka segala perancangan dan bajet yang akan
diluluskan nanti akan kami teruskan dengan penambahan baik, dijaga dengan
penambahbaikan serta dijaga dengan lebih amanah, telus, merakyat dan manfaat
kepada semua.
Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan atas
sokongan, dukungan dan pertolongan yang telah diberikan kepada rakyat
khususnya di Dun Parit Yaani sepanjang saya sebagai Wakil Rakyat. Akhir sekali,
permintaan terakhirlah ialah sebelum dibubarkan DUN ini supaya lebarkanlah Jalan
Bindu yang terlalu kecil untuk kesenangan rakyat bersama. Untuk rakyat. Insya-
Allah, sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Parit Yaani. Sekarang
saya persilakan Yang Berhormat Kempas.
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Bismillahirahmannirahim. Segala puji dan syukur ke hadrat allah SWT,
Tuhan pencipta alam, salam dan selawat ke atas junjungan Baginda Rasullullah
Nabi Muhammad SAW.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Tan Sri Speaker kerana mengizinkan Kempas mengambil bahagian
dalam perbahasan bajet di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sejujurnya Kempas mengucapkan syabas kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mampu dan berjaya membentangkan
bajet bagi tahun 2018 dalam kelangsungan kerajaan Barisan Nasional menerajui
pemerintahan negeri Johor di bawah lembayung junjungan kedaulatan ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai payung yang berteduh hidup seluruh rakyat
dari pelbagai kaum atas nama bangsa Johor. Menghayati sepenuhnya setiap bait-
bait ucapan serta butiran angka-angka kewangan yang dibentangkan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar, menyerlah, ia menyerlahkan sebegitu nyata atas
keprihatinan serta kejujuran hati nurani beliau menyelami detik jantung kepayahan
rakyat menghadapi musim gelora ekonomi yang melanda negara kita kesan dari
situasi ketidaktentuan ekonomi global. Jika kita menghadami setiap ungkapan
kata-kata sewaktu membentangkan Bajet 2018 ini, bagaimana mampu kita
menafikan ungkapan, “Pemimpin Dan Rakyat Berpisah Tiada”.
Apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mempelbagaikan perhitungan
kehidupan rakyat dari segenap lapisan tua atau muda mahupun lelaki atau wanita.
Bajet 2018 yang sama-sama kita bahaskan ini mendasari sepenuhnya kehidupan
setiap petani dan peladang di ceruk daerah desa. Nelayan di pesisiran pantai
yang dilambung ombak serta badai kehidupan sukar warga buruh di pelbagai
sektor perkilangan dan industri. Anak-anak pelajar yang bakal menjadi pewaris
kepada generasi TN50 malahan tidak terkecuali warga korporat dan masyarakat
pedagang, kesemua lapisan rakyat dari desa bandar dan kota tidak terlepas
pandang oleh keprihatinan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar
serta kerajaan negeri.
Meskipun ada pihak beranggapan Bajet 2018 ini sebagai persiapan kerajaan
Barisan Nasional menghadapi gerbang musim pilihan raya umum yang bakal
111
diumumkan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional yang sudah bukan lagi menjadi
rahsia umum sebaliknya kita kian hampir kepada edah, jangka waktu, tempoh
hayat sejajar dengan amalan demokrasi yang kita anuti sejak negara mencapai
kemerdekaan. Sesungguhnya, Kempas bersyukur kerana berkesempatan
mengambil bahagian untuk berkongsi dalam wacana minda berhubung
pencernaan terhadap Bajet 2018 ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam kesempatan ini Kempas juga ingin menarik
perhatian Dewan Yang Mulia ini, di mana kita seharusnya menginsafi dan
menyedari bahawa sumber air mentah merupakan khazanah terpenting bagi
setiap insan dan sewajarnya kita memeliharanya sebaik mungkin. Sesungguhnya
khazanah dari kurniaan Allah SWT ini adalah merupakan hak mutlak milik lebih 3 juta
Bangsa Johor dan tidak sewajarnya dijadikan hak milik kepada orang lain.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sejak dari tahun 1994 industri air ini telah
dikomoditikan dalam era penswastaan untuk diurus tadbir oleh syarikat bukan milik
kerajaan. Kempas difahamkan sejak dari tarikh itu, Bangsa Johor telah kehilangan
satu khazanah paling bernilai melalui Perjanjian Bekalan Air dengan izin, Water
Supply Agreement 2009. Apabila sebuah syarikat swasta dianugerahkan
penguasaan air melalui Badan Kawal Selia Air Johor iaitu BAKAJ dengan kadar
yang teramat rendah. Sebagai perbandingan, Kempas dimaklumkan kerajaan
negeri turut membekalkan air kepada syarikat Petronas yang membangunkan
kawasan industri Pengerang tetapi pada kadar yang lebih tinggi. Kempas
memohon pencerahan daripada pihak kerajaan mengenai hal ini.
Kempas turut menyarankan agar kerajaan negeri dapat melaksanakan forensic
audit, dengan izin, bagi mempastikan kerajaan memperolehi pulangan yang
setimpal dan tidak sekadar menguntungkan sebelah pihak sahaja. Andainya harga
yang ditetapkan kepada syarikat air swasta itu ataupun SAJ sama nilai yang
diberikan kepada Petronas sudah pastinya kerajaan negeri memperolehi hasil
tambahan berpuluh juta ringgit yang boleh diagihkan untuk membangunkan rakyat
dan negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pengkorporatan industri air Johor telah
dilaksanakan pada tahun 1994 selaras dengan Dasar Penswastaan yang
direncanakan sejak tahun 1983. Sebagai seorang patriot bangsa, Kempas runsing
bila mendalami persoalan Dasar Penswastaan ini kerana jika diperhalusi ia
bagaikan merampok satu-satunya sumber khazanah yang begitu berharga milik
Bangsa Johor. Memang pada hakikatnya sejarah tidak boleh diputar semula atau
dikembalikan, namun ini tidak bererti kita tidak boleh memperbaiki dan
melaksanakan tindakan bersikap affirmative atau affirmative action, dengan izin,
sebagai pembetulan bagi mengembalikan khazanah ini kepada Bangsa Johor
semula.
Sudah sampai masa kerajaan negeri melaksanakan misi utama untuk
mengembalikan hak milik Syarikat Air Johor kepada Bangsa Johor. Dan ia
seharusnya dilakukan pada hari ini juga kerana ia menjangkau persoalan hak dan
kedaulatan rakyat Johor. Sesungguhnya, apabila kita bercakap soal kedaulatan ia
menjangkau sempadan dan daerah politik dan Kempas amat berharap agar
setiap Ahli Dewan Yang Mulia ini menyokong saranan dan pandangan ini demi
maruah rakyat Johor.
Dalam melangsaikan, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam melangsaikan
kemelut permasalahan yang bakal dihadapi oleh kerajaan dan Bangsa Johor kesan
112
dari persoalan dan isu air ini, Kempas mohon mencadangkan beberapa langkah
yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan.
Antaranya, kerajaan negeri memiliki simpanan rizab tunai hampir berjumlah RM4
billion. Dan dengan itu pastinya mampu untuk membeli saham dalam syarikat induk
yang telah dianugerahkan konsesi penswastaan air Johor, iaitu Ranhill Holdings
Berhad. Ianya telah pun diapung di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kempas
difahamkan bahawa syarikat induk tersebut memiliki sejumlah 80% kepentingan
dalam syarikat yang memperolehi konsesi penswastaan tersebut. Iaitu Syarikat Air
Johor Ranhill dan kerajaan negeri hanya memiliki 20% dan hanya boleh duduk diam
dengan suara yang terhad. Kempas amat gusar apabila memikirkan percaturan
perdagangan dan perniagaan ini. Pastinya syarikat induk yang telah tersenarai di
Bursa Saham Kuala Lumpur itu, terbuka kepada pemerolehan sahamnya ataupun
open to acquisition, dengan izin, oleh pelabur asing yang sudah pasti secara
langsung bakal menguasai sepenuhnya sama ada urus tadbir atau hala tuju
syarikat yang memperolehi konsesi penswastaan air Johor iaitu SAJ. Bukanlah
sesuatu yang mustahil di saat kita semua sedang nyenyak tidur, tanpa kita sedari
secara tiba-tiba Ranhill Holdings Berhad dimiliki oleh Syarikat Temasik Holdings yang
beribu pejabat di Singapura umpamanya.
Dalam situasi tersebut pastinya juga kita bakal mengalami hilang kawalan terhadap
industri air dan bakal hilanglah seri utama simbol Johor sebagai negeri yang
berdaulat, barang dijauhkan Allah SWT. Kita harus insaf andainya Syarikat Air Johor
ini jatuh ke tangan syarikat asing ini melalui penguasaan saham, tentunya ia
mendedahkan kepada wujudnya kemungkinan sabotaj ekonomi oleh pelabur
asing itu, saya mengutarakan persoalan ini Tan Sri Speaker, kerana memang tidak
dinafikan bahawa kita sedang menuju laju ke hadapan untuk menjadi Economy
Power House Of The South East Asia, dengan izin, dengan situasi sedemikian
pastinya kita terdedah kepada pelbagai ancaman dan percaturan persaingan dari
negara jiran yang begitu mencemburui kemantapan dan kemampuan kita
memacu ekonomi negeri Johor untuk terus mendepani cabaran masa depan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, memang benar proses pengambilalihan syarikat
asing terhadap syarikat tempatan adalah rumit dan perlu melalui beberapa proses
seperti penilaian daripada FIC, FIC ialah Foreign Investment Committee, iaitu
Jawatankuasa Pelabur Asing dan juga perlu dinilai oleh Security Comission, iaitu
Suruhanjaya Sekuriti. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa perkara yang kita
anggap mustahil pun boleh menjadi kenyataan. Buktinya sudah sedia ada. Kita
lihat bagaimana Johor hilang kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih dan kita
seakan-akan tidak mempunyai daya bagi mengunjungi Pulau Batu Putih itu.
Sekarang, hari ini, bermilion-milion ringgit sedang dibelanja untuk menghidupkan
kembali kes ini. Setelah rayuan dibuat, maka janganlah kita di Johor ini yang hebat
ini selalu bila sudah terhantuk baru nak terngadah. Kalau kita boleh elakkan hari ini
baiklah kita cegah terlebih dahulu sebelum terjebak dan kehilangan satu lagi
permata dalam kedaulatan kita.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kempas turut merasakan sudah sampai masanya
kerajaan negeri menggunakan kuasa yang sedia ada bagi melaksanakan force
acquisition, dengan izin, atas faktor kedaulatan dan kepentingan negara, national
security dan national interest, dengan izin...
YB Speaker : Sila betulkan pembesar suara Kempas ini. Atau Kempas gunakan yang
suara sebelah.
113
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kempas turut merasakan sudah sampai
masanya kerajaan negeri menggunakan kuasa yang sedia ada bagi
melaksanakan force acquisition, sebagaimana yang dikatakan tadi di atas faktor
kedaulatan dan kepentingan negara, national security dan national interest. Sebab
apa Kempas mengatakan ini melibatkan keselamatan dalam negara adalah
sebab air ini adalah keperluan bagaimana yang diberitahu tadi oleh Bukti Permai,
air ini hidup dan mati kita memang perlu air. Air kalau kita tak ada, kalau
ketandusan air, 3, 4 hari, kalau kita tak mandi atau kita tak minum kita bolehlah dry
cleaning lagi, kita boleh beli pergi ke 7eleven untuk beli air tapi kalau tak boleh
buang air besar kalau dah buang air besar 4 hari tak boleh flush, dengan izin, Yang
Berhormat Tan Sri, boleh jatuh talak dengan isteri. Kalau rumah tangga itu pun dah
huru hara kita nak buang air besar tak boleh ataupun kalau dah buang air besar
tak boleh pam bayang. Jadi, benda yang perkara ini apatah lagi apabila rakyat
tahu bahawa air yang sepatutnya digunakan untuk mereka itu disalurkan pelabur
asing. Ini akan menimbulkan satu huru hara, Tan Sri Speaker, Kempas sendiri sudah
menyaksikan dengan matanya sendiri apabila rakyat di Kempas selama 3 hari tak
ada air, kita nak pergi hantar ini, susah payah orang nak beratur untuk nak
mendapatkan air, apa kemudian nak bawak naik sampai 12 tingkat ulang balik
boleh bergaduh kat bawah. Baru dekat situ 3 hari tak ada air, jiran sama jiran pun
boleh bergaduh. Apatah lagi kalau kita berbulan-bulan ataupun setiap minggu 4
hari, 5 hari tak ada air. Jadi ini melibatkan keselamatan dalam negeri kerana boleh
ada huru hara di antara penduduk tempatan.
Dan apabila ada huru hara penduduk tempatan, tak ada stability keselamatan,
stability keselamatan pun tak ada bagaimana mungkin pelabur asing nak datang
sudah tentu dia takut nak datang kerana keadaan huru hara di negeri keselamatan
dalam negeri. Itulah maksud saya, itu menjadi satu ancaman pada keselamatan
dalam negeri.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kempas, jadi malah di bawah Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006, terdapat peruntukan yang membenarkan kerajaan
mengambil alih syarikat air tersebut. Di bawah Seksyen 114 Akta tersebut, kerajaan
persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air boleh bertindak
untuk membantu kerajaan negeri dalam mengambil alih syarikat air tersebut.
Seksyen tersebut mengambil kira kepentingan negara untuk memastikan
keselamatan, kemapanan dan daya maju industri bekalan air di sesebuah negeri.
Saya difahamkan sudah ada kerajaan negeri lain yang melaksanakan tindakan
sedemikian untuk mengembalikan semula kedaulatan serta pemilikan sumber air
negerinya. Sudah sampai masanya lagi kuasa melakukan tindakan tersebut
diberikan kepada kerajaan negeri Johor sebagai kunci utama memastikan hak dan
kedaulatan Johor tidak dicemari, sesungguhnya tindakan untuk menasionalis
dengan izin, aset bernilai ini bukan lah satu dosa sebaliknya ia bakal merupakan
satu rahmat buat bangsa Johor untuk dikenang di hari mendatang, insya-Allah.
YB Speaker : Yang Berhormat.
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Ye.
YB Speaker : Sila gulung.
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Baik. Bagi setiap dasar penswastaan, kerajaan negeri wajib memiliki
saham emas atau Golden Share dengan izin yang membolehkan kita bertindak
114
pada bila-bila masa jika mendapati adanya elemen-elemen kecurangan,
kealpaan, ketidakjujuran dalam mengawal selia bekalan air yang boleh
menggugat keselamatan negara dalam struktur kini.
Kerajaan Johor hanya memegang 20% dalam saham, saham dalam Syarikat Air
Johor. Kebiasaannya kalau kerajaan memegang saham di dalam satu-satu syarikat
di kebiasaannya kerajaan mempunyai saham emas ataupun Golden Share,
dengan Golden Share ini walaupun dia memegang saham yang lebih kecil, dia
atau kerajaan akan ada kuasa untuk bersuara dan menentukan hala tuju jikalau
ada, apa ini, keputusan syarikat itu menampakkan, apa nama ni, tidak, ianya tidak
menyebelahi rakyat ataupun kepentingan negeri.
Jadi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada
tahun lalu negeri Johor telah dikejutkan dengan tragedi catuan air melibatkan
beberapa daerah termasuk dalam DUN Kempas. Kami sebagai Wakil Rakyat
pastinya amat terkesan dengan tragedi tersebut. Tidak dapat dinafikan antara
punca permasalahan tersebut adalah ekoran dari kegagalan syarikat ini sebagai
operator menguruskan perbekalan air bagi negeri Johor. Kempas sedar kemarau
yang berpanjangan antara, adalah antara faktor terjadinya pencatuan air
tersebut. Namun, ianya bukanlah alasan mutlak yang boleh diterima akal, sebagai
operator yang menguruskan dan merawat air seharusnya SAJ Ranhill melaksanakan
persiapan bagi menghadapi kemarau yang sudah tentunya boleh diramal dengan
menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada.
Kita bukannya hidup dalam zaman kuno lagi Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Pada
hari ini, ada teknologi yang canggih sehinggakan ribut taufan dan puting beliung
pun boleh diramal 2 minggu lebih awal, membolehkan kerajaan, rakyat dan
syarikat ini membuat persiapan awal dengan rapi. Justeru, syarikat ini sudah
pastinya boleh mengurangkan kemudaratan yang bakal dialami rakyat Johor, jika
mereka mahu. Kalau hendak seribu daya kalau tidak seribu dalih.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, menurut kajian Jabatan Perangkaan, Johor
merupakan antara negeri di negara ini yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi
melebihi dari kadar nasional iaitu pada kadar 5.7%. Tahniah diucapkan kepada
pucuk pimpinan negeri Johor kerana berjaya meletakkan Johor sebagai kuasa
ekonomi baru yang disegani bukan sekadar dalam negeri malahan dilihat begitu
mantap berbanding negeri lain di rantau Asia pada umumnya. Tidak hairanlah
apabila Johor kini menjadi pilihan destinasi para pelabur dari luar negara untuk turut
berdagang dan melabur di bumi bertuah ini. Selain dari pembangunan Wilayah
Iskandar, Johor kini turut memiliki pembangunan berskala ikonik dengan izin iaitu
pembangunan bandar baru Forest City yang menarik perhatian seluruh dunia.
Kempas amat berharap dalam keghairahan kita menarik para pelabur dari luar
negara bertandang ke wilayah baru ini, ia tidak seharusnya meminggirkan
kepentingan serta keutamaan untuk setiap bangsa Johor agar rakyat tidak sekadar
menjadi pemerhati sepi yang melihat dengan sayu hati kekayaan buminya
dipunggah oleh pedagang asing. Ini adalah tanggungjawab asas kita sebagai
sebuah kerajaan negeri yang berdaulat dan merdeka bernaung di bawah payung
mahkota baginda Sultan yang kita kasihi.
Dalam konteks ini, Kempas difahamkan bahawa kerajaan negeri telah pun
menzahirkan melalui cadangan asalnya agar wilayah pembangunan ini iaitu Forest
City disyaratkan mencari sumber airnya sendiri, sama ada secara proses
penyahgaraman atau desalination process dengan izin atau melalui mekanisme
lain yang difikirkan sesuai oleh pihak pemaju agar penggunaan sumber air mesti
115
mengutamakan keperluan domestik rakyat negeri Johor terlebih dahulu. Desas
desus kini hangat mengatakan bahawa ada kemungkinan SAJ akan membekalkan
air kepada syarikat pemaju Forest city di mana jika benar ini merupakan sikap amat
tidak bertanggungjawab kerana ia seolah-olah membelakangkan keputusan
kerajaan negeri yang begitu jelas mensyaratkan agar pemaju wilayah
pembangunan tersebut mencari sumber air sendiri dan tidak menjejaskan
kepentingan rakyat serta negeri Johor.
Kita tidak mahu hanya kerana kepentingan untuk mengaut untung maka rakyat
dan bangsa Johor didedahkan kepada kemungkinan tercetusnya krisis air di negeri
Johor ini lagi. Mengikut perincian yang Kempas perolehi wilayah tersebut
memerlukan sejumlah lebih kurang 600 juta cubic ml air setiap hari. Apabila
pembangunan tersebut disiapkan sepenuhnya. Dan jumlah tersebut adalah
menyamai permintaan air bagi seluruh kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Berdasarkan kepada permintaan sebegitu tinggi yang diperlukan dikhuatiri SAJ
bakal memesongkan keperluan penggunaan domestik terdiri dari rakyat marhaen
ini yang begitu bergantung harap kepada kerajaan negeri, Kempas khuatir ia bakal
mengundang krisis air amat serius jika tidak diperhalusi sedalam-dalamnya, kesan ini
dari tindakan membekalkan air tersebut. Barang dijauhkan Allah SWT, Kempas tidak
mahu melihat bidalan “Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan”
dialami oleh rakyat Johor nanti. Kempas sedar bahawa kita perlu memberi
keyakinan kepada pelabur asing untuk memastikan pelaburan mereka terpelihara
dan selamat. Namun demikian, kita harus mengimbangi keyakinan yang diberikan
kepada pelabur asing ini dengan keperluan rakyat di negeri Johor. Tindakan ini
bukan disebabkan kerana kita takut kepada rakyat atau kerana pilihan raya sudah
hampir. Tetapi kita harus setiap saat yang kita duduk sebagai Wakil Rakyat di sini,
kita wajib ingat bahawa rakyatlah yang dengan izin Allah SWT, yang meletakkan
kita di tampuk kuasa dan kepada mereka dahulu lah kita bertanggungjawab.
Cukup-cukuplah kita dikelirukan oleh warga dagang yang meletakkan keuntungan
menghalalkan cara. Janganlah terjadi “Dagang lalu nasi ditanakkan, kera di
hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Jangan lah nanti terjadi kera di
hutan di sajikan dengan air, sedangkan rakyat dan bangsa Johor mati kehausan.
Kempas tidak mahu rakyat menghukum Barisan Nasional di atas dosa pihak lain
yang membuat keputusan sambil mengaut keuntungan beratus juta.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kini kerajaan di dalam situasi di mana orang lain
yang buat keputusan, sebab kerajaan Johor hanya 20% tak ada, golden share tu
tak ada. Golden Share tak ada dia kena duduk diam di dalam syarikat itu. Kita
tidak mahu kerajaan di dalam situasi di mana orang lain yang buat keputusan,
orang lain juga yang menjadi kaya, rakyat yang menderita, tetapi kerajaan Barisan
Nasional pula yang dihukum. Nauzubillahiminzalik. Ramai yang di luar sana Tan Sri
Speaker, tidak tahu lagi bahawa walaupun namanya Syarikat Air Johor, namun
demikian ia bukannyalah, bukan dikuasi oleh kerajaan negeri Johor. Keputusan
dibuat oleh orang lain. Jadi ini rakyat tak tahu. Ramai rakyat tak tahu perkara ini.
Bila sebut Syarikat Air Johor.
YB Speaker : Ok, Yang Berhormat.
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Jadi ini kita. Dah nak habis dah. Jika ianya diteruskan juga, Kempas
mahu setiap bangsa Johor wajib diberitahu siapakah dalang-dalang sebenarnya
yang menyebabkan tangki-tangki dan paip-paip air yang menyalurkan bekalan air
ke rumah mereka kekeringan. Sekurang-kurangnya jika syarikat ini dipunyai
116
kerajaan, kita sendiri boleh dipertanggungjawabkan di atas segala keputusan dan
kita bersedia jika perlu untuk menanggung dosa kita sendiri akibat keputusan kita.
Yang berhormat Tan Sri Speaker, pada hikmat saya, satu minit lagi, pada hikmat
saya, pada hikmat Kempas, dan pengiraan kempas, saya kira-kira semalam,
kerajaan Johor hanya perlukan tidak lebih dari 10% sahaja dari rizab kerajaan untuk
menguasai SAJ melalui Ranhill Holdings Berhad demi untuk menebus maruah dan
kedaulatan rakyat Johor.
Akhir kalam, Kempas mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang
Berhormat Ayahanda Tan Sri Speaker kerana diberi kesempatan untuk berhujah dan
berbahas selama 4 tahun di dalam Dewan yang mulia ini. Ucapan penghargaan
juga dirakamkan kepada seluruh rakyat Kempas di atas amanah dan kepercayaan
yang telah diberikan untuk mewakili mereka selama ini. Sekali lagi Kempas
melafazkan dengan penuh takzim dan ikhlas bahawa kerajaan yang diwakili
Kempas ini adalah sebenar-benarnya kerajaan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat
demi Allah untuk negara. Tan Sri Speaker, Kempas mohon menyokong. Semoga
Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan. Wabillahitaufik walhidayah,
wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Kempas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya
tangguhkan persidangan ini selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3.40 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 4.00 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli
Yang Berhormat, persidangan di sambung semula. Jemput Jorak.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan selamat sejahtera. Dato’ Speaker saya ambil kesempatan untuk
ucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker yang telah pun memberikan
kebenaran kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018
ini bagi Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ketiga Belas. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa ucapan tahniah kepada
ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang dapat memberikan
pembentangan Bajet 2018 dan sesungguhnya tidaklah mudah untuk menyiapkan
satu bajet yang bersifat komprehensif yang mana menyatakan kepelbagaian
dalam peruntukan kepada setiap lapisan masyarakat.
YB Timbalan Speaker : Boleh dapat PHD Dato’, mcm YB.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Dato’ Speaker. Oh ye ye. Boleh-
boleh. Insya-Allah. Kalau di submit untuk PHD tesis, insya-Allah boleh dapat PHD.
Kalau saya supervisornya lah. Kalau orang lain belum tentu. Dengan menyatakan
bahawa terdapat 153 titik sentuhan. Jangan tersilap cakap.
YB Timbalan Speaker : Cakap betul-betul tu titik.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Itulah saya dato’. Apa ni Speaker,
takut tersilap. Tidak lain dan tidak bukan bajet 2018 fokusnya ialah untuk
117
kepentingan rakyat. Tadi dalam perbahasan sebelum YB Kempas iaitu YB Parit
Yaani saya lihat begitu.
YB Timbalan Speaker : Kawan itu ye.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Garang sekali. Kawan-kawan,
ghairah dah tak sabar dah. Tak sabar nak memerintah, nak membentuk kerajaan
negeri.
YB Timbalan Speaker : YB tak ada azam macam itu.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Hmmm. Tak perlu sebut. Dalam
hati. (ketawa) dan banyak perkara yang telah disentuh oleh Parit Yaani tadi
dengan segala janji-janji dan sebagainya dengan tawaran-tawaran the new deal.
Dan saya mendengarnya..
YB Timbalan Speaker : Ada bincang ke tu?
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Ya.
YB Timbalan Speaker : Ada bincang?
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Tidak di sini, tapi di pentas-pentas
pidato kita biasa lah. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh YB Parit
Yaani tetapi apabila mendengar Kempas, saya jadi takut.
YB Timbalan Speaker : Eh. Dah dapat PHD pun confuse ya?
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Tidak, tidak, takut sahaja. Takut
kerana kalau satu tindakan tidak diambil terutamanya kerajaan Barisan Nasional
yang pada hari ini, kita Pakatan Harapan akan ambil kes ini. Saya sendiri pun baru
tahu cerita ini, iaitu bagaimana satu syarikat swasta yang menguasai bekalan air di
negeri Johor ini. Sebab itu, sebab ini ada disebutkan oleh YB Kempas juga ada di
sebutkan oleh YB Bukit Permai tentang isu yang sama, isu air.
Di mana ada disebut di situ, kini kerajaan berada di dalam situasi di mana orang
lain yang membuat keputusan, orang lain juga yang menjadi kaya, rakyat yang
menderita, tetapi kerajaan Barisan Nasional yang akan dihukum. Saya kira perkara
ini serius. Kalau kerajaan Barisan Nasional tak boleh selesaikan, kerajaan Pakatan
Harapan akan selesaikan. (Dewan bertepuk).Bukan ugutan tetapi saya rasa relevan
tentang perkara ini.
Sebelum saya melanjutkan lagi perbahasan petang ini, saya hanya hendak
memberi sikit komen tentang apa yang disebut oleh YB Kukup pagi tadi dalam
membawa usul iaitu tentang bagaimana Bajet Pulau Pinang tidak ada
menyebutkan soal tanah rizab Melayu. Sebenarnya negeri-negeri selat, sewaktu
kerajaan British lagi memang tidak ada Enakmen Rizab Melayu bagi negeri-negeri
Selat. Dua negeri yang tidak ada iaitu negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Memang tidak ada tanah rizab Melayu. Negeri yang ada pada awalnya ialah
negeri-negeri Melayu Bersekutu, pada 1913 dienakmenkan tanah-tanah rizab
Melayu, yang kemudiannya pada tahun 1930, negeri-negeri lain, iaitu negeri Johor,
Perlis, Kedah, Kelantan membuat Enakmen tentang rizab Melayu tetapi negeri Selat
tak ada. Jadi kita tak tahu lah mengapa tidak ada tanah rizab Melayu pada
negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang.
118
Itu hanya sebagai maklumat umum sahajalah, tidak dimasukkan dalam kita punya
pidato masa kempen pilihan raya. Dan, perkara itu saya kira penting kerana
sebagaimana yang diungkapkan oleh Dato’ Menteri Besar bahawa ini adalah
pembentangan bajet bagi beliau yang kelima dan saya di sini telah mendengar
bajet ini kali yang kesepuluh. Dah masuk tahun ke-10 kita di sini. Dan edah seperti
mana yang disebutkan oleh YB Kempas. Edah lima tahun bagi satu waktu parti
yang dipilih oleh rakyat, kerajaan sudah sampai, tahun hadapan. Jadi parti
manakah yang akan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang, rakyatlah
yang akan memilih. Rakyatlah yang akan mengundi yang akan memberikan
mandat itu kepada parti mana, yang akan memerintah untuk akan datang.
Dato’ Speaker, kalau kita melihatkan kepada bajet kali ini, dalam Kertas Mesyuarat
Bilangan 16 tahun 2017 ini, bajet 2018 adalah sebanyak RM1.504 bilion, itu nak
dibandingkan dengan Bajet 2017 iaitu tahun ini, iaitu sebanyak RM1.609 bilion.
Maknanya ada penurunan sebanyak RM100 juta ataupun 6%.Selama saya berada
di dalam Dewan ini, dah tahun ke-10 ini, ini pertama kali maknanya bajet ini less
atau kurang. Saya menjangkakan tahun ini, Bajet 2018 hampir-hampir dekat RM2
bilion. Saya jangkalah, tetapi rupa-rupanya RM4 bilion sahaja. Jadi saya kira tentu
ada mana-mana hasil yang tidak menyebabkan ianya kurang tapi kalau saya teliti
daripada situ, bagi kod hasil 60000 hasil cukai, bagi tahun akan datang,
anggarannya memang meningkat sebanyak RM100 juta, tetapi bagi kod hasil
bukan cukai, kod 70000 bagi tahun 2018 memang menurun sebanyak RM200juta.
Jadi hasil bukan cukai ini yang kurang. Jadi, mungkin akan diulas oleh Dato’ Menteri
Besar nanti, insya-Allah.
Seperkara yang ingin saya sentuh di sini ialah mengikut Jabatan Perangkaan
Malaysia, Department of Statistic Malaysia, bagi tahun 2016, betullah sebagaimana
yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar, bahawa Johor mencatatkan KDNK
sebanyak 5.7% yang kedua, yang ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan, kita berada tempat ketiga. Dalam
kita menyumbang kepada KDNK negara.
Cumanya ialah pertumbuhan KDNK untuk sektor pertanian, menguncup, -
4.6%.Kenapakah sektor pertanian negatif? Patutnya kita produce barang-barang
pertanian, tetapi kenapa jadi menguncup begitu. Mungkin kerana komoditi
pertanian seperti sawit atau getah yang menyebabkan kita kurang production
dalam perkara ini. Tetapi kalau kita lihatkan data itu, data statistik itu, yang lainnya
ialah dia menyebutkan bahawa KDNK per kapita, setiap kepala untuk 2016, KDNK
per kapita peringkat nasional, adalah sebanyak RM38,887.00 peringkat nasional.
Tetapi negeri Johor berada di tangga yang ke sembilan dari segi pendapatan per
kapita setiap kepala.
Di mana KDNK per kapita bagi negeri Johor hanya RM31,952.00 ataupun kalau kita
bahagikan dengan 12 bulan ialah RM2,700.00. Kita berada di tangga kesembilan,
yang atas kita adalah Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala
Lumpur dan Labuan, memanglah sebab dia sektor perkhidmatan sebab itu tinggi,
diikuti oleh Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, negeri kecil Melaka, kemudian Negeri
Sembilan, Pahang dan Johor. Johor di tangga ke-sembilan dari segi pendapatan.
Setiap kepala dalam negeri Johor ini.
Negeri kaya, sumber banyak, KDNK tinggi tapi rakyat di bawah paras nasional
RM38,883.00. Ini orang mungkin, dari segi ini kita nampak, kalau kita jumpa orang,
orang selalu sebut, susah YB nak itu, ni duit tak cukup dan sebagainya. Walaupun
negeri Johor kaya, semua sekali nampak maju, bangunan semua tinggi, rakyat?Tu
119
dia satu benda. Kalau kita ceramah, memang sedaplah dalam bab ini. Jadi nak
kena, apa tu, kita perhatikan pada hari ini, saya tak nak eksploitasi perkara ini
kerana tidak elok kerana kita tahu bahawa kita bangsa Johor, kita nak semua
sekalian ke hadapan dan tak menyalahkan mana-mana orang. Kita semua
bertanggungjawab.
Saya nak menyebutkan, tadi saya sebut tentang gaji. Kenapa orang rasa tertekan,
tak cukup, kos sara hidup tinggi dan sebagainya yang disebutkan oleh rakyat.
Kalau ikutkan statistik, Jabatan Statistik Malaysia juga menyebutkan bahawa gaji
purata pekerja Malaysia tahun 2016, purata gaji kita adalah RM2,463.00, tadi kata
pendapatan per kapita tadi ialah RM2300.00, dekat tak jauh. Antara gaji purata
dan KDNK per kapita tadi.
Dari itu, kalau kita lihat bahawa bagaimana kerajaan boleh menetapkan gaji
minima RM1,000.00, sedangkan gaji purata pekerja Malaysia dah RM2,463.00. Itu
saya kira kerajaan kena ada intervention kepada pengupah kepada rakyat
ataupun kepada Bangsa Johor ini. Saya nak beri contoh, gaji penjawat awam
negeri Johor, gaji minima kumpulan pelaksana, bagi gred, saya tak tahu gred
macam mana nak sebut, gred 11, macam B11, C11, E11 mungkin ini adalah dalam
kumpulan pelaksana, saya lihat gaji yang ditawarkan dalam gred ini, gaji penjawat
awam negeri Johor ini, gaji yang ditawarkan, gaji minima ialah RM1,207.00. Rendah
sangat. Nak makan apa RM1,200.00? Ya lah mungkin makanlah tapi RM1,207.00
dengan gred yang sikit tinggi macam mana? Masih ramai lagi yang di bawah paras
RM2,000.00.
Jadi saya ingin cadangkan supaya kerajaan negeri memikirkan bahawa gaji
minima bagi penjawat awam negeri Johor ini tidak kurang daripada RM2,000.00 lah.
Pasal negeri kita ini kaya. Saya sebutkan sekali lagi bahawa gaji yang ditawarkan
adalah rendah, kos sara hidup tinggi dan terus meningkat.
Saya pernah melihat satu penyata kewangan sebuah syarikat di negeri Johor ini.
Dia untung RM60 milion Dato’ Speaker. Sebuah syarikat,untung RM60 milion. Jadi
pada satu hari tu, saya pergi jumpa pengawal keselamatan. Saya tanya pengawal
keselamatan tu, berapa gaji dia dengan campur elaun sekali. Dia kata dia dapat
RM1,500.00. RM1,500.00 kepada seorang pengawal keselamatan, dia kata ada
empat orang baru RM6,000.00 sebulan. Company untung RM60juta. Jadi apa
langkah kerajaan nak tengok kebajikan pekerja-pekerja seperti ini. Terutamanya di
kalangan pekerja swasta.
YB Timbalan Speaker : Pengawal keselamatan itu orang tempatan ke foreigner?
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Orang tempatan, orang kampung
saya, tempat saya. Nak menunjukkan bahawa gaji terlalu rendah, company untung
tinggi. Kerajaan….
YB Timbalan Speaker : YB sila duduk.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Ok.
YB Timbalan Speaker : Sila Jorak teruskan perbahasan. Ada 4 minit lagi. Dah tolak
azan tadi.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak) : Terima kasih Dato’ Speaker. Setiap
kali saya berucap, membahaskan bajet ini memang Dato’ Speakerlah yang akan
duduk di situ dan setiap kali itu, sila gulung. Bangun je, sila gulung.
120
Jadi saya nak ulang semula. Pertama soal perkara yang dibangkitkan oleh YB
Kempas tentang keperluan untuk mengambil alih syarikat air. Yang keduanya ialah
tentang gaji penjawat awam terutamanya gaji minima RM2,000.00. Perkara lain
yang ingin saya sentuhkan di sini ialah tentang bagaimana dalam bajet itu
disebutkan tentang pendidikan agama, titik sentuhan yang ke-103 ada
menyebutkan bahawa nak menaik taraf kolej pengajian Johor MARSAH ke sebuah
kolej universiti, ini saya sambut baik. Tetapi yang saya ingin juga tambah di sini
ataupun permintaannya supaya dilihat dan dinilai semula sekolah-sekolah agama
kita. Sekolah petang, juga sekolah khas. Saya sebutkan dahulu dalam perbahasan
tahun yang lepas juga menyatakan bahawa sekolah khas ini tidak sepatutnya
setahun tetapi tahun tingkatan 1, 2, 3,4, 5, di mana melayakkan mereka ini nantinya
boleh melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti MARSAH ini supaya anak-anak kita
yang ada di madrasah, di tahfiz dan aliran agama ini mereka ada roadmap,
mereka tahu, selepas habis pengajian di peringkat rendah dan menengah ini
mereka boleh ambil kursus diploma atau ijazah di kolej universiti ini.
Dan yang keduanya permintaannya ialah kita mencadangkan supaya pendidikan
menengah dan juga pendidikan di universiti ini adalah pendidikan percuma.
Jangan kena bayar yuran dan kerajaan negeri harus memikirkan bagaimana satu
tabungan dalam bentuk dana wakaf dan zakat fisabilillah yang disebutkan oleh YB
yang sebelum kita ini. Satu cadangan yang mana penumbuhan universiti kolej ini
sangat baik dan saya harap bahawa dia dapat digerakkan tahun hadapan,
katanya 2019 tetapi saya rasa 2018 pun dah boleh ditubuhkan.
Seperkara lagi ialah tentang bas Muafakat Johor bagi daerah Muar yang disebut
pagi tadi saya tak dapat nak bertanya soalan tetapi saya nak menyatakan di sini
memang perkhidmatan bas di Muar ini memang mendapat sungutan daripada
penduduk daerah Muar. Di kawasan saya di Parlimen Pagoh langsung tak ada
perkhidmatan bas ini. Bas Muafakat Johor ini tak ada. Kenapa tak ada, saya tanya
kepada operator bas itu sendiri, kenapa tak ada dia dah cadangkan, tapi tak
diterima cadangan itu. Cumanya dia mengatakan bahawa orang ramai di situ
yang menyatakan kepada saya bahawa laluannya memang tak strategik. Sebagai
contoh, bas daripada bus stand Muar nak pergi ke hospital, kemudian balik satu
round pusingan balik ke bus stand semula. Bagi orang yang nak pergi daripada bus
stand Muar nak pergi ke Hospital Muar sahaja dekat sahaja, dia balik nanti dia tak
tunggu bas itu lagi, pasal bas tu pusing satu round 45 minit. Tidak ada bas yang anti
clockwise. Dia satu hala sahaja. Sepatutnya ada yang pusingan jam, satu lagi ikut
lawan jam. Jadi orang ini bila dah naik bas yang percuma ini, bas Muafakat Johor,
terpaksa jalan kaki daripada hospital nak pergi ke bus stand semula. Dan ramai
yang merungut dalam perkara ini. Dan nampaknya memang menyalahkan
kerajaan lah. Kita pun tambah minyak lagi lah. Memang betul kerajaan macam tu
saya kata, tunggu kerajaan kita.
YB Timbalan Speaker : Bakar habis ye.
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh (Jorak): Bakar habis lah. Tapi saya sebut ini
ikhlas di sini. Perbaiki sistem bas Muafakat Johor ini supaya rakyat rasa puas hati
ada feel good factor kepada kerajaan negeri.
Dan akhir sekali, ni akhir lah, untuk Pagoh juga. Saya ada bertanya tentang,
bertanya kepada empunya kilang, tadi pasal saya ada bertanya soal pagi tadi
juga tentang berapa ramai yang telah diberhentikan. Memang statistik
menunjukkan bahawa peningkatan pekerja yang diberhentikan di kilang
meningkat. Di negeri Johor daripada 900 naik 2500, satu negara kita dah 42,000
121
orang diberhentikan. Kebanyakan empunya kilang, the owner of the factory
menyatakan bahawa Malaysia dah tidak lagi kompetitif. Saya tanya, yang saya
tanya ni kilang ni belum tutup lagi dia kata tapi kalau keadaan masih macam ini
juga, seperti ini, dalam masa setahun dia kata dia kena tutup kerana operating cost
yang tinggi.
Pertama sekali dia kata yang menyebabkan dia tak boleh tahan itu adalah kerana
nilai ringgit yang rendah. Kejatuhan nilai ringgit. Dan dia menyatakan kepada saya
bahawa kerajaan tidak ambil langkah yang positif untuk menyelamatkan ringgit.
Dan barang-barang mentah di bawa secara import, kos dah tinggi, pekerja asing
yang dibawa pun juga guna pertukaran asing pun tinggi juga. Jadi, itu belum
cerita lagi pasal GST dia kata. GST kena; barang belum jual ; GST dah kena bayar.
Jadi, nak rolling tak boleh. Jadi masalahnya ialah pada pandangan saya kalau
perkara ini tidak ditangani dengan bijak oleh kerajaan, yang suffer nya ialah rakyat.
Pasal kilang tutup, rakyat tak ada kerja dan ini masalahnya nanti akan, rakyat boleh
memberontak, menjadikan negara tidak aman dan sebagainya.
Justeru itu saya minta kepada kerajaan supaya beri perhatian kepada perkara-
perkara yang ada kaitannya terus dengan rakyat. Dan soalan yang disebutkan
tadi bahawa ramai di kalangan mereka menyatakan bahawa betapa ringgit jadi
begitu rendah. Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin sebutkan di sini, saya
ucap berterima kasih dan kepada rakan saya Parit Yaani yang saya sebutkan tadi
begitu ghairah sekali telah menyatakan The New Deal untuk kerajaan negeri yang
bakal dibina oleh Pakatan Harapan. Sekian terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Jorak. Kita teruskan, Penawar.
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor (Penawar): Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahhirobbilalamin (Selawat nabi). Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam Muafakat Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan Penawar titipkan kata biarpun hanya sebait
madah. Kisah yang elok kita cerita, lestarikan Johor nan indah. Terima kasih Yang
Berhormat Dato Speaker, Penawar merakamkan ucapan terima kasih kerana
diberikan ruang dan peluang untuk memberikan ucapan di awal Persidangan
Kelima Dewan Undangan Negeri Johor Kali Ketiga Belas. Menjunjung setinggi-tinggi
tahniah, Daulat Tuanku Payung Mahkota, sempena ulang tahun keputeraan dan di
doakan agar tuanku terus sihat sejahtera agar rakyat dapat terus dapat tumpang
bernaung.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah diucapkan di atas kejayaan pasukan JDT
atas kejayaan merebut Piala Malaysia setelah kali terakhir menjulang piala tersebut
pada tahun 1991 dan selepas kali pertama pada tahun 1985. Tahniah juga
diucapkan kepada Persatuan Bola Jaring Negeri Johor yang terus melakar
kejayaan demi kejayaan di bawah naungan Yang Mulia Che Puan Khaleeda
dengan memenangi naib johan keseluruhan MSSM 2017, Naib Johan Bola Jaring
Remaja Kebangsaan 2017. Usaha pemain termasuk jurulatihnya dan
pengurusannya meletakkan Johor sehebat ini. Begitu juga ucapan tahniah kepada
pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail yang mewakili Malaysia dalam acara-
acara di sekitar Sukan SEA. Insya-Allah selepas ini kita akan terus memerhatikan
atlet-atlet kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan teliti Yang Amat Berhormat Menteri Besar
menyusuri negeri Johor, Muar, Batu Pahat, Tangkak, Segamat, Kulai, Kluang,
Pontian, Kota Tinggi dan Mersing membahagikan lebih satu bilion dengan lima
122
strategi yang merangkumi semua aspek ekonomi Johor. Dari menggalakkan
sumber pertumbuhan, memantapkan kemudahan, membangunkan kemahiran
dengan melihat prestasi bagi terus membangunkan Johor yang lestari, menyantuni
rakyat dengan 153 titik sentuhan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Penawar ingin mengucapkan tahniah atas
pembentangan bajet yang cukup terang dan jelas. Membangun Dekad Baharu
Yang Sejahtera Untuk Johor. Selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang tidak rela meninggalkan prasarana usang untuk generasi mendatang,
Penawar juga tidak pernah merasa jemu untuk memastikan perkara yang sama
tidak berlaku di Penawar. Penawar ingin mengucapkan terima kasih kepada
MARRIS kerana jalan-jalan di dalam kawasan FELDA yang ada di Penawar telah pun
diturap terutamanya di FELDA Sungai Mas yang tidak pernah di turap akhirnya
terturap juga. Selari dengan hasrat dan penyusunan rancangan usaha keras untuk
memperbandarkan FELDA. Generasi muda FELDA di Penawar juga merakamkan
setinggi–tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana
semua perkara yang dibangkitkan dalam lawatan Yang Amat Berhormat selesai
sudah.
Pertama tapak pemilikan masjid dalam FELDA dan Sekolah Agama telah dapat
dibuat di dalam 6 kawasan FELDA. Insya-Allah sedekad lagi akan dapat kita
saksikan institusi sekolah agama kita melahirkan pelajar yang hebat dan pelbagai
penambahbaikan dalam pelbagai perkara. Gelanggang-gelanggang futsal di
baik pulih tersebut juga di FELDA Papan Timur. Kelas-kelas literasi juga telah dibina
cantik terutama di FELDA Air Tawar 4. Kawasan premis perniagaan orang muda
telah pun selesai di premix terutamanya di FELDA Air Tawar 1 dan FELDA Sungai Mas.
Ayuh anak-anak muda FELDA DUN Penawar yang berusia 21 tahun hingga 40 tahun
yang mendaftar dalam daftar pemilih 2017 yang berjumlah 6,856 orang, yang ada
di Dewan ini dan juga di luar. Kita berada di landasan positif yang betul. Mari kita
teruskan hasrat ayah bonda kita peneroka FELDA yang masih ada untuk terus
melihat FELDA maju dan menjadi bandar yang dibanggakan. Jangan hanya
bermegah, berdemo di traffic light untuk mengganggu ketenteraman awam dan
keselamatan yang lain. Tinggalkan perkara-perkara yang tidak di ajar oleh agama
kita.
Tahniah kepada pengerusi FELDA yang telah menunaikan amanah bertindak untuk
terus membangunkan dan memperbandarkan FELDA. Tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar atas kewujudan Jawatankuasa FELDA kerjasama kerajaan
negeri dan pusat untuk memastikan usaha ini menjadi kenyataan. Yakin lah, Kota
Rome tidak dibina dalam tempoh satu hari. Enak lauk di kunyah-kunyah, enak kata
diulang-ulang, kepada barisan yang ada di sana seeloknya dengan
pembentangan bajet yang begitu telus dan terperinci ini, biarlah tiap kata yang
tidak berasas itu di kemam jadi manikam takut jika di luah menjadi sekam kerana
kami yang ada di sini bila berkata sentiasa memegang nasihat orang tua. Berkata
biar berhampar lapik, berlicin daun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Penawar terus bergerak kepada perkara 38
bahagian 2, dekad baharu Johor mensasarkan perubahan drastik semua ekonomi
Johor. Bagi menyahut seruan dan susunan dalam struktur ekonomi Desaru Cost
Kota Tinggi pada 29 ogos yang lalu, penawar bersama Desaru Cost dan Els Club
telah menghimpunkan usahawan muda tempatan yang mempunyai pelbagai
produk tempatan yang boleh diketengahkan. Sebagai contoh, produk
pelancongan seni dan budaya, seni kompang, seni tari, buskers dan selain
daripada itu usahawan-usahawan produk pelancongan makanan, IKS, makanan
basah, makanan kering dan juga hasil kraf tangan. Bagi mendengar taklimat,
123
berbincang dan bertukar pandangan untuk mengetahui apakah ruang dan
peluang yang ada untuk mereka turut serta terutamanya di Desaru Cost Riverside
yang cantik susunannya. Tahniah dan terima kasih dan mudah-mudahan hasil
usaha ini akan menjadi hasil yang terbaik. Desaru Cost adalah sebuah
pembangunan pusat pelancongan bersepadu di kawasan 3,900 ekar dengan kos
RM4.5 billion.
Penawar terus bersama generasi FELDA dalam pertanian itu perniagaan. Dari 6
gerai IKS yang cantik di FELDA Air Tawar 1 telah siap di premix. Insya-Allah akan
ditambah baik dengan beberapa prasarana yang lain dengan konsep tersendiri
dan akan usahakan agar kawasan ini dapat dimasukkan dalam Agro Pelancongan
pada masa yang akan datang. Perusahaan mereka ini juga telah memenangi
pertandingan keusahawanan yang membawa dan mempamerkan hasil IKS ini di
peringkat kebangsaan. Mohon EXCO Pertanian agar perkara ini dapat
direalisasikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga dengan Dataran Perniagaan Orang
Muda di FELDA Semenchu yang telah ditambah 3 kedai IKS. Insya-Allah akan terus
diberi perhatian untuk di premix dan ditambah prasarana yang lain. Dataran
Makan Malam, tapak Masjid FELDA Sungai Mas yang dikenali sebagai di bawah
masjid corner juga terus menghimpunkan anak-anak muda kita dalam usaha kita
meningkatkan ekonomi mereka. Makanan yang sedap, persekitaran yang selesa
dan dalam proses penambahbaikan keperluan yang lain, saya yakin ini semua
membantu merancakkan ekonomi kita.
Begitu juga di kawasan PBT Pengerang, Dataran Desaru Utama yang merupakan
ruang perniagaan orang muda dalam permulaan untuk perniagaan berkabin.
Diharapkan susunannya dan gayanya biarlah yang menarik dan beridentitikan
Johor moden. Tahniah di atas kewujudan mobil salon yang cantik dan praktikal.
Insya-Allah boleh berada di sebelah warung, di kedai kopi, di blok-blok FELDA, di
padang-padang bola serta di pasar malam untuk anak-anak kita bergunting
rambut. Ini lah di antara perkara-perkara yang rakyat akar umbi lakukan dalam
menjana ekonomi mereka dalam merancakkan ekonomi negeri yang berskala
besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Penawar juga mempunyai gerai kreatif Orang Asli
Sungai Layau yang baru saja beroperasi di bawah Wadira FELCRA. Pelbagai kraf
tangan ada di sini tetapi tidak dapat dijelaskan dengan teliti, insya-Allah dalam
pembentangan Bajet 2019 Penawar akan cuba bentangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Penawar mengharapkan agar taska-taska terus
diperluaskan kerana bilangan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan
pada masa ini. Dengan nisbah satu guru enam anak-anak, hanya 24 hingga 25
kanak-kanak untuk satu taska, adalah tidak mencukupi. Marilah kita sama-sama
melihat keperluan ini, untuk kepentingan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Mungkin kerajaan negeri boleh mewujudkan institusi latihan asas untuk taska, untuk
pusat jaga anak-anak yang berusia 6 bulan hingga 4 tahun, bagi mewujudkan
ruang kerja yang selesa untuk ibu-ibu muda hari ini, yang kebanyakan bekerja di
setiap kampung, di setiap pusat pentadbiran, di kawasan persekolahan, kawasan
industri, kawasan perniagaan yang amat memerlukan perkhidmatan ini. Walaupun
begitu, tahniah diucapkan dengan kewujudan Pusat Ambang Kanak-Kanak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyahut seruan digital, sudah pastinya seisi warga
perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan pencapaian wifi Johor,
yang disediakan di seluruh negeri. Diharapkan dapat membantu warga untuk terus
124
bergerak ke arah penjanaan ekonomi digital dalam membantu Bangsa Johor,
untuk meningkat taraf hidup yang lebih baik. Biarpun kadang kala kehidupan ini
seperti harga minyak dunia, kadang-kanak tinggi, kadang-kadang rendah,
merencanakan ekonomi dengan sebaiknya, rancang perbelanjaan dengan
berhemah, dan sama-samalah kita mengingati di antara satu dengan yang lain.
Orang Bajau berdagang kasut, jauh berjalan mencari ruang, mengapa di risau padi
menyusut, nasi di pinggan acap terbuang.
Akhir sekali, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kali ini untuk jangka masa 10 tahun ini,
marilah sama-sama kita bergerak seiring dengan dekad Johor ini. Gemersik alun
lagu muafakat lagu di dendang, merdu gambus diselang-seli paluan gendang,
rentaknya tiada pincang, syahdunya menangkis sumbang, irama berkait makmur
pemerintahan, wangsa Temenggong mempertahankan, leluhur jauhar terus
memartabatkan, Bangsa Johor untuk terus memakmurkan, tanah jauhar terus kukuh
dalam daulat. Penawar menyokong usul yang dibawa oleh Tanjung Piai.
Wabillahitaufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Pendek saja. Nak sambung tahun depan ke? Persidangan di
sambung semula. Jemput Tenggaroh.
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker. Salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Terlebih dahulu, ingin
Tenggaroh mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap
dalam rundingan Bajet 2018.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenggaroh mengambil kesempatan ini untuk
mewakili rakyat Tenggaroh, untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu Tenggaroh nak ucapkan sekalung
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, atas pembentangan bajet
negeri Johor yang saya rasa cukup cemerlang dan berjaya, pada hari Khamis yang
lepas. Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan, keikhlasan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar dan pasukan kerjanya dalam menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan. Tenggaroh juga ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat
Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh pegawai kerajaan negeri yang bekerja
keras membantu menjayakan penyediaan bajet yang cemerlang ini. Sekali lagi,
Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya membentangkan satu bajet
surplus atau Surplus Budget dengan izin, iaitu sebanyak RM1.141 juta. Ini jelas
menunjukkan kewibawaan Yang Amat Berhormat Dato’ Khaled Nordin, menerajui
kepimpinan kerajaan negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan pada kerajaan
negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya teruskan ucapan bajet, saya nasib
baik masa SPM ada buat, ambil jurusan, belajar Akaun. Kalau saya tak belajar
akaun, hari ini ucapan Yang Berhormat Puteri Wangsa, saya pun akan terpedaya.
Bila dia mula-mula dia cakap, melalui access team kerajaan negeri dapat, untung
sebanyak RM16 bilion. Lepas tu melalui GST, RM40 bilion. So, RM24 bilion duit rakyat
kerajaan ambil. Tapi bila kalau mereka jadi kerajaan, mereka nak pulangkan balik.
Tapi nak pulangkan balik, nak bagi free education, pendidikan percuma. Nak bagi
subsidi petrol, nak hapuskan tol, lepas tu nak bagi gaji bonus 3 bulan untuk
kakitangan kerajaan. Saya rasa bonus pun tak, gaji pun takut tak dapat bayar.
Pendapatan tak cukup dengan perbelanjaan. Nanti kalau kita bersidang, bukan
125
bersidang di Dewan, sebab bil letrik tak dapat bayar, mungkin kita kena bersidang
bawah pokok (Dewan ketawa). Kalau tak ada pendapatan, Dato’ Speaker. Itulah
bajet kalau kita nak buat bajet, kita kena buat bajet dengan mengambil kira
pendapatan dan juga perbelanjaan. Bukan suka-suka kita janji pula. Gula-gula
pilihan raya. Saya rasa YB Pengerang kena cakap dengan YB Puteri Wangsa itulah
gula-gula Pengerang, ucapan dia rasa, gula-gula pilihan raya.
YB Timbalan Speaker : Bukan Puteri Wangsa. Parit Yaani.
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Parit Yaani. YB Parit Yaani.
Minta maaf.
YB Timbalan Speaker : Dua-dua pakai songkok. Tapi lain-lain (Dewan ketawa).
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Tapi semua daripada satu
Pakatan. Oo, dia lain-lain pulak. Ok, minta maaf. Mungkin dia sudah masuk keluar,
masuk. saya pun tak tahu. Tapi dia kena faham tol yang kita bayar sekarang
adalah hasil Pengerusi Pakatan Harapan sekarang. Kita layak bayar tol hasil
daripada konsesi-konsesi syarikat. Itu yang rakyat, tak kan rakyat nak bagi balik, nak
create lagi banyak tol untuk rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
mula menghapuskan tol dalam bajet yang lepas. Itu hakikat. Rakyat tahu. Tak
payah menipu rakyat lagi.
Yang Berhormat saya teruskan dengan ucapan bajet saya. Yang Berhormat Dato’
Speaker, bajet kali ini bertemakan ‘Membangun Dekad Baru Untuk Johor’. Yang
mempunyai 5 strategi dan mempunyai 153 titik sentuhan. Bajet ini merupakan titik
permulaan membangunkan Johor menjadi negeri paling membangun dan
sejahtera dalam tempuh 10 tahun dari sekarang. Dalam 10 tahun ini, Johor akan
menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan
peningkatan kesejahteraan rakyat secara transformasi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu daripada strategi Bajet 2018 ini ialah
menggalakkan pertumbuhan ekonomi sejahtera dengan mempelbagaikan sektor
pertumbuhan. Antara inisiatif-inisiatif untuk sektor pelancongan ialah Pengerang
industrial Park, Desaru Coast, Program Kampung Stay di Telok Buih, Mersing dan
Projek Pelancongan Desa iaitu Kompleks, The West Land di Kampung Belekah
Durian. Sektor pelancongan dapat banyak menyumbang kepada peningkatan
pendapatan negeri. Hal ini disebabkan pelancongan menjadi penggerak utama
tukaran wang asing. Melalui kedatangan pelancongan asing, dapatlah sebuah
negara mempunyai kadar pertukaran dengan mudah dan banyak. Setiap
pelancong membawa mata wang asing untuk berbelanja serta membayar kos
penginapannya selama menetap di sesuatu destinasi.
Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam membeli cenderamata,
makanan, minuman dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menambahkan
pendapatan negara. Seterusnya, wang yang diperolehi oleh kerajaan, dapat
digunakan untuk pembangunan ekonomi, kemudahan-kemudahan pelancong
dan pembangunan fizikal negeri. Selain itu, pelancongan juga membuka peluang
pekerjaan yang lebih luas dalam sektor tersebut. Pelancongan merupakan antara
industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel, pemandu
pelancong, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraf tangan.
Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negeri kita ini
meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam
industri ini. Pada peringkat pengurusan dan penyediaan dan golongan pekerja
mahir dan separa mahir. Selain itu industri pelancongan memberi peluang
126
perniagaan berangkai pada rakyat. Perkembangan industri ini menjadikan nadi
kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti sektor pengangkutan,
makanan dan minuman. Bunga-bungaan, kraf tangan dan penternakan. Hal ini
mampu mengurangkan kadar pengangguran di negeri kita. Pada masa yang
sama, taraf hidup rakyat juga akan meningkat. Oleh yang demikian, Tenggaroh
menyokong inisiatif-inisiatif untuk mengembangkan sektor pelancongan di Johor.
Tenggaroh juga menyokong dana sebanyak RM6 juta yang akan disalurkan oleh
kerajaan negeri kepada Tourism Johor untuk merancangkan program promosi dan
melaksanakan acara pelancongan Johor yang bertaraf antarabangsa.
Selain sektor pelancongan, Mersing diberi keutamaan juga dalam sektor pertanian
dan perikanan. Melalui kerjasama ECERDC, fasa kedua, Taman Pemprosesan Ikan
Bersepadu Endau, Mersing akan diteruskan untuk memperkukuhkan kedudukan
Mersing sebagai sebuah hab pengeluaran makanan. Ini memang padan dengan
kedudukan Daerah Mersing yang berada di kawasan persisiran pantai. Antara jeti
nelayan yang berada di Tenggaroh ialah Jeti Tanjung Leman. Jeti ini, berada dalam
tanah kepunyaan Johor Corporation. So, dengan penambahan dana untuk sektor
perikanan, Tenggaroh mengharapkan Jeti Tanjung Leman juga dapat di baik pulih.
Harap-harap Johor Corporation akan dapat mengambil tindakan untuk membaik
pulih Jeti Tanjung Leman. Selain itu, Tenggaroh juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pelancongan, pagi tadi dia nyatakan Jeti
Sungai Jemaluang dah terdapat peruntukan untuk pembinaan jeti yang baru.
Terima kasih YB Datuk EXCO Pelancongan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri
Besar.
Selain itu, yang lebih menggembirakan Tenggaroh apabila Yang Amat Berhormat
mengumumkan kerajaan negeri dengan kerjasama Wilayah Pantai Timur, akan
membangunkan Lembah Tenusu di Jemaluang, Mersing yang meliputi kilang
pemprosesan hasil tenusu daripada penternak-penternak setempat serta
pembuatan susu berperisa dan keju dengan jumlah pelaburan sebanyak RM70 juta.
Tenggaroh yang terkenal dengan ladang kelapa sawit, mungkin lepas ini terkenal
dengan industri Lembu Tenusu. Industri Lembu Tenusu bukan sahaja akan
meningkatkan pendapatan penternak setempat, tapi ia juga akan meningkatkan
peluang pekerjaan untuk generasi kedua. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan
sektor pelancongan seperti mana pelancong pergi ke Kilang Cheese di negara
Belanda.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukan dikatakan berupaya untuk memupuk
perasaan perpaduan sama rakyat dan yang berbilang bangsa. Interaksi sesama
individu akan berlaku kerana sukan memerlukan setiap ahli untuk bekerjasama
melaksanakan aktiviti tersebut. Maka, perpaduan antara kaum boleh dicapai
menerusi penglibatan setiap ahli masyarakat kita dalam acara sukan yang begitu
mudah lagi menarik itu. Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk menjana
perkembangan ekonomi negara ini, menerusi pembinaan lebih banyak
kemudahan sukan seperti stadium. Kos yang tinggi memang diperlukan untuk
pembinaan stadium, tetapi pembinaan ini juga boleh menjadikan aktiviti ekonomi
sampingan berkembang bersama–sama dengan peluang pekerjaan.
Sesungguhnya, ekonomi negeri akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya
kerana masyarakat kita begitu meminati acara sukan. Imej negeri akan bertambah
baik apabila sukan menjadi kegilaan penduduk tempatan. Masyarakat luar
menganggap negeri yang berjaya dalam sebarang acara sukan memiliki satu
keunikan yang sendiri pula. Jadi, kita hendaklah melakukan acara sukan ini, supaya
atlit negeri kita mencapai kejayaan dalam antarabangsa yang akan meningkatkan
imej negara dan juga negeri kita. Oleh yang demikian, Tenggaroh bersetuju
dengan perancangan kerajaan negeri membina Kompleks Belia dan Sukan Negeri
127
Johor, Kompleks Sukan Kluang, pembinaan stadium mini dan balapan Johor,
Tenggaroh juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar dan juga EXCO Belia dan Sukan untuk menjadikan Johor sebagai
destinasi sukan antarabangsa dengan penganjuran Iskandar Puteri Night Marathon,
The Southern Cycling Races dan Kejohanan Tinju Antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Pembentangan Bajet 2016, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa kerajaan negeri mensasarkan
pembinaan 60,000 unit rumah mampu milik negeri Johor. Dan, sehingga kini
sebanyak 16,010 unit telah di siap bina. Kerajaan negeri telah melepasi 27%
daripada sasaran tersebut dalam tempoh hanya 3 tahun. Saya tak pasti berapa
rumah mampu milik kerajaan negeri lain yang telah mentadbir lebih kurang 10
tahun, telah di siap bina. Saya harap, mereka tidak hanya sibuk mengutuk
pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan mengabaikan pentadbiran negeri
mereka.
Di Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bukan hanya mengotakan janji untuk
membina 60,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2020, tapi dengan
confident, dengan izin meletakkan komitmen tambahan 40,000 unit Rumah Mampu
Milik Johor menjelang tahun 2023. Ini bukan satu gula-gula pilihan raya, tapi satu
inisiatif kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, yang selalu meletakkan
perumahan sebagai agenda besar kerajaan negeri. Hanya Tenggaroh
mengharapkan lebih banyak Rumah Mampu Milik Johor dibina di Mersing kerana
permintaan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat Mersing.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti ucapan Yang Berhormat Gambir, pada
tahun 2014, RM4 juta; pada tahun 2015, RM6 juta; pada tahun ini, RM7 juta dan
untuk tahun depan RM8 juta telah diperuntukkan untuk Program Inklusif Masyarakat
India. Peranan ini dipertanggungjawabkan kepada Yayasan Sultanah Rogayah
dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. Peruntukan ini akan dipecahkan untuk
membiayai ikhtiar-ikhtiar berikut seperti keusahawanan RM2.5 juta, pendidikan
RM1.5 juta, kebajikan RM2.5 juta. Selain itu, kerajaan negeri akan memperuntukkan
sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ini jelas
menunjukkan Yang Amat Berhormat Dato’ Khaled Nordin memberi keprihatinan
penting kepada isu-isu atau masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India di
negeri Johor.
Selain itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mendengar suara hati
masyarakat India, yang menginginkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan
selari dengan pemantapan dasar dan pengambilan kakitangan yang pelbagai
dan inklusif, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuat pengumuman
yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India Johor, iaitu berkuat kuasa tahun
hadapan, setiap PBT perlu mengambil sekurang-kurangnya 5 orang kaum India
dalam pelbagai gred dan pangkat, untuk berkhidmat di semua PBT di seluruh Johor.
Tak cukup ini, tahun lepas pun kita tidak melupai Yang Amat Berhormat telah
menyelesaikan satu masalah kaum India iaitu tapak Khairat Kematian Kaum Hindu
di Johor Bahru yang telah lama membelenggu masyarakat India. Dan, kita dapat
tahu bulan depan tender proses tu pun akan dilakukan. So, kita, saya dan YB ADUN
Gambir, YB ADUN Kahang yang mewakili kaum India Johor di Dewan yang mulia ini,
mengucapkan ribu-ribu tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor. (Dewan bertepuk). Ini bukan gula-gula pilihan raya. Ini Yang
Amat Berhormat prihatin kepada kaum India Johor. Kerajaan Barisan Nasional
memang prihatin pada kaum India.
YB Timbalan Speaker : Cerah masa depan YB. Cerah.
128
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Terima kasih, terima kasih.
Saya gembira, sebab kita untuk kaum India bila dapat peluang pekerjaan di sektor
kerajaan penting. Dulu kita dapat, lepas tu dalam satu zaman pemerintahan atau
pentadbiran, mungkin yang sudah berpaling tadah, kita kehilangan jawatan.
Sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, tengok balik kaum India. Bantu balik. Kaum India cukup-cukup gembira.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu isu di kawasan saya ialah Sekolah Agama
Pengkalan Batu. Di sekolah tersebut, ada 2 blok. Dalam daripada 2 blok tu, 1 blok
dah tak boleh diguna pakai kerana atas serangan anai-anai. Hanya 1 blok sahaja
selamat digunakan. So, bila 2 blok dijadikan 1, class room pun dah jadi separuh-
separuh. So, saya mengambil kesempatan ini mohon daripada Yang Berhormat
EXCO Agama, kalau bajet dia ada, dapatkan satu blok tambahan untuk Sekolah
Agama Pengkalan Batu. Sebab, Sekolah Agama Pengkalan Batu ni, kampung ni
dikelilingi oleh banyak taman. So, ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka
belajar di sana. So, kita tahun depan, permintaan dia ramai, tapi tak boleh ambil.
Sebab tak nak…
YB Timbalan Speaker : YB hantar anak ke situ?
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Saya belum ada anak.
YB Timbalan Speaker : Oh belum ada anak. Ok.
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Saya tengok pelajar, tak nak
mereka belajar di suasana yang tak cukup senang. So, harap-harap kita dapat satu
peruntukan. Jangan hanya bina 5 bilik darjah, kalau boleh bina besar agar dia
menampung untuk permintaan-permintaan yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat EXCO Kebajikan
untuk peruntukan PDK baru untuk FELDA Nitar 1, dan juga peruntukan
penambahbaikan untuk FELDA Nitar 2. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat EXCO Kerja Raya
dengan peruntukan RM30 juta untuk jalan FELDA. Tahun ini kita dapat RM30 juta,
tahun depan kita dapat RM30 juta. Ini menunjukkan kerajaan betul-betul prihatin
kepada rakyat. Ini betul. Inilah kerajaan Barisan Nasional, yang prihatin kepada
rakyat. Inilah bajet yang merangkumi semua aspek. Kalau kita tengok bajet-bajet
dekad baru Johor ini, bajet ini membela belia, membela wanita, membela ibu
tunggal, membela peneroka FELDA, nelayan, penternak, usahawan, kakitangan
kerajaan, kaum Melayu, Cina, India, Singh, Orang Asli, malah bajet ini jasa
membela orang Sabah dan Sarawak yang menetap di Johor. Bajet ini adalah bajet
Bangsa Johor. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Tenggaroh. Alhamdulillah. Ahli Yang Berhormat,
saya tangguhkan Persidangan hingga jam 9.30 pagi, 27 November, 2017.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
129
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KETIGA ISNIN, 27 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
130
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
(Tanjung Surat)
131
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
(Bukit Batu)
132
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
133
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ., PIS II., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
134
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita teruskan mesyuarat kita untuk Penggal Persidangan
Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas pada pagi ini, 27 November 2017. Mudah-
mudahan perjalanan Dewan kita ini akan terus berjalan dengan lancar seperti
mana yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri Johor.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Rengit, jemput.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
nombor 1.
Minta penjelasan akan kejayaan Ekspo Johor Berkemajuan yang berlangsung
Oktober 2017. Nyatakan jenis kejayaan tersebut. Apakah pelan kerajaan negeri
terhadap program ini pada masa depan
YB Speaker : Yang Berhormat Tiram, jemput.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
nombor 2.
Sejauh manakah kejayaan Ekspo Johor Berkemajuan dan apakah kesannya
kepada masyarakat?
YB Speaker : Yang Berhormat Tenang, jemput.
YB Encik Mohd. Azhar bin Hj. Ibrahim (Tenang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 3.
Sejauh manakah Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang telah diadakan baru-baru ini
berjaya meletakkan Negeri Johor sebagai kuasa ekonomi baru negara pada masa
akan datang serta faktor-faktor mempengaruhi kejayaan penganjuran tersebut?
YB Speaker : Yang Berhormat Bukit Permai, jemput.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 4.
Apakah kesan langsung atau faedah kepada rakyat Johor hasil daripada
penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan 2017?
YB Speaker : Yang Berhormat Semerah, jemput.
135
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 5.
Diakui bahawa Karnival Johor Berkemajuan amat berjaya sekali. Nyatakan berapa
ramai pengunjung yang hadir mengikut pecahan kaum.
YB Speaker : Yang Berhormat Machap, jemput.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 6.
Nyatakan kejayaan dari Ekspo Johor Berkemajuan kepada rakyat negeri Johor dari
segi kehadiran dan pemahaman tentang Johor Berkemajuan.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon untuk menjawab
soalan tentang Ekspo Johor Berkemajuan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang
Berhormat daripada Rengit, Tiram, Tenang, Bukit Permai, Semerah dan Machap
secara bersekali. Dan, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat
tersebut kerana mengemukakan soalan ini. Secara asasnya Tan Sri Speaker, Ekspo
Johor Berkemajuan 2017, yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor telah
berlangsung pada 6 hingga 14 Oktober 2017 yang lalu, bertempat di Kota Iskandar,
Iskandar Puteri.
Tiga Objektif Utama Penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan 2017 adalah :
1. Sebagai platform menghebahkan visi, perancangan dan pencapaian semasa
kerajaan negeri.
2. Membuka ruang penyertaan masyarakat awam untuk berkongsi tentang
bentuk dan corak masa depan Johor yang mereka mahukan serta perkara-
perkara yang dirasakan perlu untuk ditambah baik atau diberikan fokus oleh
kerajaan negeri.
3. Melahirkan rasa bangga di kalangan rakyat negeri Johor dengan segala
pembangunan dan kejayaan negeri ini, yang sebahagian besarnya adalah
hasil sumbangan dan kerja keras semua pihak.
Ekspo Johor Berkemajuan 2017, secara amnya terbahagi kepada 3 kluster pada
mereka yang datang mereka akan nampak iaitu :
1. Kluster kerajaan negeri yang menceritakan inisiatif pro rakyat yang telah dan
sedang dijalankan.
2. Kluster 10 daerah yang menonjolkan kebitaraan setiap satunya di bawah
Pelan Pertumbuhan Strategik Johor.
3. Kluster Gagasan Johor Berkemajuan yang terdiri daripada 10 Aspirasi Gagasan
Johor Berkemajuan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin mengajak semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat untuk melihat dan menilai Ekspo Johor Berkemajuan ini melebihi sekadar
satu pameran awam kerana ia sebenarnya telah menawarkan beberapa perkara
yang jauh lebih besar dan penting.
136
Pertama, Ekspo ini adalah satu cara kerajaan menzahirkan ketelusan, keterbukaan
dan keprihatinan. Ekspo Johor Berkemajuan ini bukanlah pentas untuk kerajaan
dipuji dan diiktiraf bagi segala kejayaan yang dibawa tetapi ia lebih berfungsi
sebagai satu saluran untuk rakyat mengkritik dan memberi saranan konstraktif
dalam agenda pembangunan kita. Ia sangat penting dan kritikal kerana selain
daripada rakyat yang membawa pulang bersama mereka pelbagai maklumat dan
rekod kejayaan kita, pihak kerajaan sendiri membawa pulang pelbagai input
berguna untuk menambah baik aspek kebajikan masyarakat. Misalnya,
perkongsian golongan mahasiswa berkenaan dengan pembiayaan pendidikan
tinggi yang dilihat sedikit membebankan. Maka kita memutuskan untuk
memansuhkan kos perkhidmatan 4% bagi peminjam-peminjam baru Skim Pinjaman
Pelajaran YPJ bermula 2018.
Contoh kedua, tentang perkara yang di kongsikan oleh masyarakat adalah
tentang keperluan untuk kerajaan negeri memberikan perhatian kepada aspek
perumahan mampu milik di Johor. Maka, sebagai menyantuni suara hati ini semasa
pembentangan Bajet 2018, yang lalu saya telah umumkan kerajaan negeri komited
untuk membina sehingga 100,000 unit lagi Rumah Mampu Milik Johor menjelang
tahun 2023 nanti. Dan, pada kesempatan Persidangan Dewan kali ini, saya
menyeru dan mengajak semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama
memikirkan pendekatan yang terbaik dalam menterjemahkan aspirasi ini. Pada
saya, bila kita berpeluang berdialog dengan masyarakat dan seterusnya
mengambil usaha untuk memberi makna kepada cadangan serta saranan mereka
ini adalah salah satu kejayaan besar penganjuran Ekspo ini.
Kedua, Ekspo Johor Berkemajuan adalah salah satu cara kerajaan negeri
meyakinkan masyarakat bahawa kita bukan sahaja mempunyai agenda masa
depan yang jelas untuk negeri ini tetapi kita memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menyumbang dengan cara yang terbaik. Sepanjang saya memegang
kepimpinan kerajaan negeri saya sering tegaskan kejayaan Johor bukan kejayaan
sesetengah pihak sahaja ia adalah kejayaan semua, manfaatnya untuk semua, jadi
semua pihak harus tampil dan memberikan sumbangan masing-masing dalam
kapasiti dan keupayaan masing-masing. Sebab itulah, sepanjang Ekspo ini telah
kita jadikan medan untuk kita memisahkan antara fakta dan kebatilan, antara
persepsi dan realiti, antara pendapat dan hakikat, antara masa depan dan bukan
hanya harapan, apatah lagi kalau harapan kosong. Kita kongsikan agenda masa
depan Johor dengan orang ramai, kerana kita mahu mereka lihat sendiri ke
manakah hala tuju negeri Johor ini ingin kita bawa. Dan, dalam proses tersebut kita
mahu masyarakat sedar bahawa mereka semua berperanan dan mesti turut serta
dan kerana itulah kita pamerkan segala potensi yang ada pada negeri Johor dari
kecanggihan teknologi digital, kepelbagaian program pembangunan bakat
sehinggalah kepada segala macam potensi, sumber dan produk-produk
penternakan dari seluruh daerah-daerah Johor. Macam-macam jenis ayam juga
kita tunjukkan, cuma musang berbulu ayam sahaja tak ada dalam pameran itu.
(Dewan bertepuk).
Ketiga, Ekspo Johor Berkemajuan adalah satu lagi jenama Johor khususnya dalam
menterjemahkan aspirasi kepimpinan yang berprestasi. Saya kira ini adalah satu
perkara yang jelas, kejayaan dan prestasi kerajaan negeri Johor bukan sahaja
dilaporkan secara meluas oleh media, malah mendapat perhatian kerajaan pusat
sendiri.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi menerangkan lagi kejayaan ini seterusnya
saya senaraikan hasil langsung Ekspo Johor Berkemajuan kepada masyarakat iaitu:-
137
1. Seramai 302 orang pengunjung telah menerima tawaran Rumah Mampu Milik
Johor dan kedai kos sederhana rendah yang diadakan melalui sistem undian
secara langsung melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian
Perumahan pada hari itu.
2. Seramai 2,000 pengunjung telah berjaya merebut peluang pekerjaan yang
telah ditawarkan kepada para pengunjung melalui penganjuran Karnival
Kerjaya.
3. Hampir 1,000 orang pewakaf individu telah membuat sumbangan dengan
jumlah kutipan sebanyak RM20,000.00 sepanjang Ekspo berlangsung.
4. Sebanyak 20 produk usahawan Johor telah berjaya diperkenalkan di bawah
logo Johor Brand.
5. Ekspo ini telah menjadi pentas kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk
menyelenggara semua 65 buah sekolah agama di dalam Tanah Rancangan
FELDA dengan peruntukan kira-kira RM1.037 juta.
6. Seramai 1,223 orang mahasiswa telah memanfaatkan tawaran 50% diskaun
bagi bayaran balik secara penuh sepanjang masa Ekspo itu diadakan.
Hasilnya, pihak YPJ telah berjaya mengutip bayaran sebanyak RM5.14 juta.
7. Karnival Jualan Mega Muafakat Johor berjaya menarik seramai 16,500 orang
pengunjung. Jualan memfokuskan kepada barangan keperluan asas pada
harga yang rendah. Jumlah jualan selama 3 hari adalah sebanyak
RM122,399.00.
8. Sebanyak 23 program dan atur cara ikonik dilancar dan diadakan sepanjang
Ekspo tersebut, yang antaranya Pelancaran Majlis Keselamatan Jalan Raya,
Pelancaran Dasar Kelestarian Negeri Johor, Pelancaran Digital Halal Mart,
Pelancaran Jenama Johor Brand, Penyerahan Food Truck Kepada Asnaf,
Penyampaian Hadiah Hari Pelandang, Penternak dan Nelayan Peringkat
Negeri Johor, Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Koperasi Negeri Johor
dan sebagainya.
9. Pelbagai inisiatif pro rakyat yang diumumkan dalam Bajet 2018, hasil daripada
cadangan masyarakat sepanjang masa Ekspo tersebut diadakan.
10. Lanjutan kepada apa yang saya terangkan tadi, tanpa kita sedari dan
jangkakan Ekspo Johor Berkemajuan telah menjadi satu bentuk soft power
dengan izin, kepada kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja menjadi pentas
pengiktirafan kerajaan pusat bahawa Johor kini berada dalam landasan yang
betul untuk menjadi kuasa ekonomi baru Malaysia, tetapi Unit Perancang
Ekonomi Negeri dirujuk oleh negeri-negeri seperti Kedah dan Terengganu
untuk membantu mereka menganjurkan Ekspo Mega seperti yang kita
lakukan.
Mengikut rekod kita, Ekspo ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 350,000
pengunjung. Berdasarkan pendaftaran secara elektronik sebanyak 69% pengunjung
adalah daripada masyarakat Melayu, 11% China, 14% India dan bakinya daripada
luar negara.
Pada masa yang sama, kita juga menerima kunjungan kira-kira 200 orang pegawai
dan wakil dari kerajaan persekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri dari seluruh
Malaysia ingin mengetahui dan mengintai apa yang kita buat melalui Ekspo kita.
138
Komitmen tinggi penjawat awam dan kakitangan syarikat GLC menjadi tulang
belakang kepada kejayaan Ekspo Johor Berkemajuan ini. Dan, saya ingin
maklumkan bahawa perlaksanaannya turut dijayakan oleh lebih 100 orang
sukarelawan yang menawarkan diri untuk membantu menjayakan penganjuran
Ekspo tersebut. Dan, saya ambil kesempatan di sini untuk ucapkan berbanyak
terima kasih kepada mereka semua. (Dewan bertepuk). Di pihak kerajaan negeri
kita melihat impak positif penganjuran Ekspo ini sebagai asas untuk terus
menganjurkannya pada masa hadapan setiap 5 tahun sekali. Sekian.
YB Speaker : YB Rengit, jemput.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
tambahan saya. Pertamanya, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri
yang telah membuahkan idea-idea besar dalam menguruskan negeri ini. Salah
satunya ialah Ekspo Johor Berkemajuan lantaran kita lihat di peringkat negara dah
ada Ekspo Negaraku dan tadi Yang Amat Berhormat memaklumkan ada negeri-
negeri merujuk kepada UPEN untuk membuat ekspo sepertimana yang dibuat oleh
negeri Johor. Jadi idea-idea besar seperti Muafakat Johor, kita dengar Muafakat
Kedah, Team Johor, ada negeri yang buat Team Selangor. Ini contoh-contoh besar
idea Johor yang dicopy di negeri-negeri yang lain. Tahniah.
Soalan saya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Ekspo Johor ni melihat, mempamerkan
pencapaian prestasi apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri. Tetapi yang
tersiratnya yang lebih besar ialah penyertaan rakyat dalam perancangan
pembangunan negeri Johor pada masa hadapan. Sebab kita mengamalkan
dasar yang terbuka. Jadi, soalan tambahan saya Yang Berhormat Tan Sri Speaker
ialah fokus kita, elemen apa yang akan kita buat walaupun tadi disebut mungkin
lima tahun sekali, elemen apa yang akan kita rancang untuk kita pamerkan
kepada rakyat, selaras dengan tema bajet pada tahun ini, ‘Membangun Dekad
Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor’, 10 tahun yang akan datang. Jadi, mungkin
kita lebih fokuskan kepada ekonomi digital untuk Ekspo Johor Berkemajuan pada
masa yang akan datang. Jadi, soalan tambahan saya ialah fokus ataupun elemen
yang akan kita beri tumpuan dalam ekspo-ekspo yang akan datang.
YB Speaker : Jemput.
YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Rengit. Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, seperti yang kita sedia maklum falsafah dan matlamat besar kita pada
akhirnya ialah Gagasan Johor Berkemajuan. Yang mana kita bukan sahaja nak
pastikan negeri kita ini maju dari segi ekonomi, tetapi rakyat kita juga berada dalam
keadaan yang sejahtera. Dan melalui tiga tonggak yang terdapat dalam Gagasan
Johor Berkemajuan, kita berpendapat bahawa Johor hanya berjaya dan maju
dalam erti kata yang sebenar jika kita dapat seimbangkan ketiga-tiga tonggak
tersebut. Iaitu kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kekuatan
keperibadian. Jadi bersandarkan kepada itulah melalui Johor Berkemajuan, kita
mempunyai 10 aspirasi. Daripada perumahan kepada Johor Lestari, Johor Islamik,
Johor Berkemahiran, Johor Berbudaya, Johor Selamat, Johor Berkeusahawanan,
Johor Connectivity, Johor Prihatian dan Johor Kuasa Ekonomi Selatan.
Bagi 10 tahun yang akan datang, kita menggambarkan berasaskan kepada
pencapaian kita selama ni dan apa yang akan berlaku. Jika kita tidak mengambil
peluang, jika kita tidak faham apa yang disediakan dan kita tidak mempunyai
perancangan dan kita tidak ada kemampuan untuk melaksanakan, kita hanya
139
akan menyebabkan Johor tidak dapat kita letakkan pada kedudukan yang
sebenarnya.
Sudah tentulah apa yang kita akan buat untuk ekspo akan datang dia bergantung
kepada apa yang akan kita lalui dalam masa bila sampai. Tetapi inilah gambaran
besar yang hendak kita nyatakan, matlamat besar kita, falsafah kita, usaha kita dan
sebagainya, dan tumpuan kita. Dan kita mengambil kira kepada soal-soal
perubahan seperti soal memberi penekanan kepada Johor Pintar ataupun
Intelligent Johor, Johor Digital dan sebagainya memang itu akan menjadi antara
yang diberikan fokus dan mungkin menonjol dalam usaha-usaha kita di masa yang
akan datang.
YB Speaker : Yang Berhormat Bukit Permai, jemput.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
saya ucap tahniah kepada kerajaan atas penganjuran ini. Dan walaupun
sambutan dia begitu hebat dan hangat sekali, tetapi ada juga dapatan-dapatan
yang kita terima daripada rakyat ni yang terkilan kerana tidak dapat bersama
kerana faktor jauh dan sebagainya. Jadi, soalan tambahan saya ada tak
rancangan kerajaan untuk membawa Ekspo Johor Berkemajuan ini dalam skala
yang lebih kecil ke daerah-daerah yang jauh daripada Iskandar Puteri ini? Terima
kasih.
YB Speaker : Jemput.
YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat. Secara jujurnya, buat ketika ini kita
belum merangka dan merancang begitu kerana impaknya lebih kepada satu
ekspo yang berbentuk besar. Mungkin kalau dibuat secara berskala kecil ia tidak
mendatangkan hasil sebagaimana yang kita harapkan. Tetapi walau
bagaimanapun, sebagai sebuah negeri yang tidak pernah berputus asa kita akan
cuba cari kaedah-kaedah yang sesuai berasaskan kepada keperluan kita.
Sekarang keperluan kita tumpu kepada perkara yang lain, jadi mungkin selepas itu.
Insya-Allah.
YB Speaker : YB jemput.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Ok.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Sebenarnya soalan saya adalah
lanjutan daripada Bukit Permai tadi memandangkan sebab ini ialah ekspo negeri.
Jadi, soalan saya adakah ekspo ini menyediakan platform terutamanya platform
dari segi Internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan ekspo ini.
Sebab kita faham dalam ekspo tersebut dapat maklumat-maklumat hala tuju
negeri Johor. Jadi, dari situ adakah dia merupakan satu website ke ataupun blog
ke yang tertentu untuk mendapatkan maklumat tersebut daripada ekspo itu.
Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YAB Menteri Besar : Maklumat mengenai negeri Johor memang pelbagai.
Daripada pelbagai sumber dikeluarkan pada sepanjang masa. Hanya di waktu-
waktu yang tertentu, kita merasakan bahawa kita perlu satukan, pamerkan dan
atas sebab itulah kita buat Ekspo Johor Berkemajuan. Jadi, dia dua. Kalau nak
140
dikatakan mengenai soal maklumat, memang pada setiap masa ada, sama ada
nak diakses ataupun tidak. Dan saya percaya banyak pihak yang akses ada juga
pihak yang tidak akses. Samalah seperti Wakil-Wakil Rakyat sebelah sini semua
datang ke Ekspo Johor Berkemajuan, ada yang datang, ada yang tak datang.
Jadi yang tak datang tu tak payahlah nak tanya, patut dia di situlah dia patut
tengok semua apa yang dia boleh dapat.
YB Speaker : Yang Berhormat Pasir Raja, jemput.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Terima kasih Tan Sri Speaker,
soalan saya nombor 7.
Berapa jumlah kes yang telah dibawa ke muka pengadilan, didakwa dan
dijatuhkan hukuman terhadap mereka yang telah mencemari sungai dan semua
laluan punca air di negeri Johor setelah Akta Air 1924 pindaan 2014 diwartakan.
Nyatakan juga lokaliti kes yang kerap berlaku.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Pasir Raja minta dinyatakan jumlah kes
dan pendakwaan sejak Enakmen Air 1921 Pindaan 2014 diwartakan. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, tiada pendakwaan dibuat setakat ini, maka tiada
hukuman yang dijatuhkan kepada mereka-mereka yang sama ada menimbulkan
masalah yang berpunca daripada gangguan bekalan air yang berpunca daripada
sumber air iaitu kuantiti air yang tidak mencukupi dan kualiti air yang tidak sesuai
dirawat ataupun melakukan pencerobohan di kawasan-kawasan tadahan air.
Untuk makluman Dewan ini juga, antara perkara yang menyebabkan berlakunya
gangguan adalah bekalan air yang berpunca daripada operasi sama ada sebab
kerja-kerja penyelenggaraan mahupun kerosakan yang berlaku.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bermula pada bulan Oktober 2014 Enakmen Air
1921 telah dipinda dan memberi kuasa kepada BAKAJ untuk mengawal selia
sumber air melalui pemberian lesen berkenaan caj air mentah, kawalan
pencemaran dan penguatkuasaan. Sehingga kini, belum ada kes pencemaran
yang didakwa di Mahkamah di bawah Enakmen Air 1921. Ini adalah berkaitan
kesukaran dalam melaksanakan berikutan ianya bertindih dengan akta-akta lain,
iaitu Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dilaksanakan di bawah Jabatan Alam
Sekitar dan juga Akta Kanun Tanah Negara. Enakmen Air 1921 juga Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, memperuntukkan Pengarah BAKAJ sebagai Pengarah Sumber Air.
Maka Seksyen 4, Seksyen 5, Seksyen 7, Seksyen 7A dan Seksyen 14A memberi kuasa
kepada Pengarah Sumber Air untuk mengambil langkah-langkah terhadap mereka-
mereka yang menimbulkan sama ada kacau ganggu, sama ada melakukan
perkara-perkara yang dilarang di dalam kawasan tadahan, melakukan kesalahan
mengambil air atau melencong sungai, kesalahan yang mana tidak boleh
melakukan pencemaran di dalam sungai, maka sebaik sahaja Enakmen Air 1921
diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, maka langkah yang seterusnya ialah
pembentukan kaedah dan peraturan-peraturan. Perkara ini merupakan proses
yang rumit. Maka pihak kerajaan perlu berhati-hati dan mengambil kira semua
aspek.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, walaupun begitu, pihak BAKAJ telah mengadakan
bengkel untuk mencapai satu matlamat dan keputusan bersama antara pihak
Jabatan Alam Sekitar dan juga pihak pentadbir tanah supaya langkah-langkah
yang lebih seimbang dapat diambil. Sebagai contoh, untuk menjalankan Kajian
Total Maximum Daily Load, dengan izin, di mana ianya merupakan kaedah yang
141
lebih baik yang mana akan menggunakan jadual yang lebih fleksibel dalam kita
mengenakan tindakan.
Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Raja, beberapa rekod pencemaran yang
berlaku, yang pertamanya di Mukim Simpang Renggam. Sumber air daripada
Sungai Ulu Benut dan juga Empangan Machap. Berlaku penutupan Loji Rawatan
Air Simpang Renggam disebabkan oleh tiga punca; pertama, tapak sisa pepejal di
Ladang CEP, dua notis arahan pembaikan telah dikeluarkan; Ladang Ayam Henry
Tech, Machap, 2 notis arahan untuk pembaikan telah dikeluarkan. Loji Rawatan
Kumbahan IWK Sungai Berambong, 1 notis arahan pembaikan telah dikeluarkan.
Ketiga-tiga punca ini diselesaikan dengan pemberian sepertimana saya katakan
tadi, notis dan arahan, pelaksanaan untuk membaik pulih dengan segera untuk
membolehkan loji rawatan air tersebut menjalankan operasinya kembali seperti
biasa. Pihak BAKAJ juga telah mengarahkan pelantikan juru perunding untuk
mereka bentuk semula mengikut keperluan semasa bagi mengelak perkara-perkara
tersebut berulang.
Perkara-perkara lain yang BAKAJ telah selesaikan ialah memindahkan pasar ayam,
memindahkan laluan parit bandar, dan menutup kolam-kolam ikan di bahagian
hulu Sungai Benut. Pencemaran di Sungai Johor, sumber air dan juga sumber air
Lembangan Sungai Johor, punca pencemaran kekeruhan daripada aktiviti pasir,
dua kali notis pembaikan telah dikeluarkan dan kerja-kerja aktiviti pasir di hulu
Sungai Johor telah diberhentikan. Kedua, punca pencemaran akibat kekeruhan
daripada 2 pembangunan tanah, 2 kali notis arahan bagi kerja-kerja pembaikan
telah dikeluarkan. Pencemaran minyak hitam lubricant jenis berat daripada kilang
tayar haram, satu notis dan arahan tutup telah dikeluarkan. Pencemaran ammonia
dari Kilang Sawit Penggeli, dua notis arahan dan juga kerja-kerja pembaikan segera
telah pun dikeluarkan. Pencemaran ammonia dari Kilang Baja Lew Peng, 1 notis
kompaun telah dikeluarkan. Bagi pencemaran yang berlaku di Sungai Johor,
kelima-lima punca utama ini diselesaikan dengan kaedah seperti yang dinyatakan
di dalam jadual. Pihak BAKAJ telah mengeluarkan notis dan arahan untuk
membuat penambahbaikan dan menyiasat secara keseluruhan dan menutup
mana-mana kawasan yang melanggar syarat tanah di bawah Kanun Tanah
Negara. Selain daripada itu, BAKAJ juga telah membawa perundingan kepada
pihak kerajaan untuk menilai semula keperluan Lesen Pengambilan Pasir di kawasan
hulu lembangan sungai utama bagi seluruh negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pada akhirnya BAKAJ juga telah diberi peruntukan
untuk memasang peralatan di kawasan strategik bagi mengesan kualiti air dalam
tempoh 24 jam bagi tujuan kawalan secara menyeluruh di Sungai Johor yang
menjadi nadi utama pelbagai pihak termasuk Singapura. Plat yang dipasang ini
adalah bertujuan untuk respons. Sekiranya berlaku perlanggaran dan tindakan
boleh diambil dalam masa yang sesingkat mungkin.
YB Speaker : Yang Berhormat Pasir Raja.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Terima kasih Yang Berhormat Tan
Sri Speaker. saya ucap terima kasih kepada EXCO yang menjawab soalan
berkenaan dengan pencemaran air sungai kita. Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
apa yang di beritahu sedikit mengejutkanlah kerana sejak Akta Air 2014, diwujudkan
belum ada dakwaan ke mahkamah cuma notis sahaja diberi. Ini menunjukkan
bahawa mungkin kena lakukan sesuatu terhadap pengurusan pendakwaan
terutama sekali pelantikan peguam-peguam ataupun pendakwa rayalah untuk
membawa kes kerana apa, saya tengok kes yang menyebabkan pencemaran
diesel di Sungai Johor yang berlaku daripada kawasan Kulai Jaya, dia melibatkan
142
enakmen kita iaitu Enakmen Bekalan Air 2014 bukan sahaja pencemaran sungai
utama tetapi tribo tourist. Tribo tourist ni, dia punya jalan yang kecil-kecil ini. Di
sungai yang kecil-kecil ini yang mungkin ada pengusaha ataupun kilang-kilang
yang mengeluarkan pencemaran.
Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berkenaan dengan tanda-
tanda awal yang boleh dikesan sebenarnya oleh pihak BAKAJ atau pun penguat
kuasa kita selain daripada aduan awam. Aduan awam ini banyak tapi bagaimana
aduan itu boleh disaring atau di ambil supaya dia boleh dibawa ke muka
pengadilan dan apa yang diberitahu oleh EXCO tadi, respond time. Jadi, saya
berinstrumen yang diberitahu pada kita ada beberapa alat yang dipasang, saya
nak tahu berapa banyak sekarang ini kita telah pun melatih penguat kuasa yang
terlatih untuk diwujudkan bekerja keseluruhan negeri Johor ini. Yang Berhormat Tan
Sri Speaker supaya pencegahan dan proses dakwaan lebih efektif. Itu soalan saya.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah :
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Raja. Pengawasan bagi loji-loji dan juga
kawasan-kawasan tadahan, kita mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak
antaranya bagi loji-loji rawatan air, kita mempunyai kakitangan daripada SAJ
Ranhill, maka mereka juga memberikan kerjasama yang begitu baik untuk
kawasan-kawasan loji dan juga kawasan-kawasan yang meliputi kawasan tadahan
dan juga empangan. Kita telah dapat kerjasama daripada SAJ Ranhill untuk
kakitangan mereka membantu bagi menjalankan kerja-kerja operasi oleh kerana
kehadiran tenaga kerja dalam masa beroperasi 24 jam sehari. Sementara bagi
kawasan-kawasan seperti di Empangan Gunung Pulai pula, kita dibantu oleh
Angkatan Tentera Malaysia yang turut membantu selain daripada menjalankan
tugas-tugas hakiki, juga mereka memberikan kerjasama bagi mengawasi kawasan-
kawasan tadahan seperti sungai-sungai sama ada sungai kecil ataupun sungai
utama untuk mengelak daripada aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu gugat
sumber bekalan air yang kita ada.
Pada akhirnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebagaimana yang saya katakan
tadi bahawa kaedah dan peraturan-peraturan perlulah disiapkan segera dan saya
telah menyatakan bahawa sekiranya bengkel yang dijalankan untuk menetapkan
total maximum daily load antara Jabatan Alam Sekitar dan pihak BAKAJ
mengambil masa tempoh selama 2 tahun untuk membuat kajian, itu adalah
tempoh masa yang terlalu panjang. Perlu dicari jalan-jalan lain supaya kaedah
untuk mengatasi masalah pencemaran ini dapat disegerakan. Terima kasih.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
pencemaran bekalan air mentah di negeri Johor ini memang satu perkara yang
sering berlaku dan sangat serius saya mengenangkan perkara ini kerana menurut
data yang saya perolehi, pada tahun 2016, kita mendapat 26 kes setahun
pencemaran air mentah, bekalan air mentah. Tahun 2016, 26 kes dan jumlah jam
yang affected, dengan izin, 2335 hour. Dan, ini bersamaan dengan jumlah 97 hari
pada tahun 2016. Dan pada tahun 2017, kita ada 25 kes untuk 6 bulan yang
pertama, 2017. Dan, kita tahu perkara ini mungkin berlaku kerana pelepasan
influence atau daripada kilang-kilang atau pelepasan daripada sampah sarap,
tapak pelupusan sampah sarap. Dan, kita tahu juga di bawah Enakmen Air 2014,
khususnya di bawah perkara 14(A), sub seksyen 14A, Pengarah BAKAJ diberikan
kuasa untuk membuat pewartaan ke atas kawasan tadahan air. Maka Jementah
ingin tahu apakah statusnya sekarang. Adakah sebarang usaha dijalankan untuk
143
mewartakan kawasan tadahan air supaya pencemaran ini dapat dikawal dan di
kurangkan? Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah :
Terima kasih Yang Berhormat Jementah. Saya tidak nafikan bahawa adanya
peningkatan dari segi jumlah masa gangguan pada tahun 2015, selama 1830 jam
dan meningkat kepada 2300 jam setahun jumlah masa gangguan. Walau
bagaimanapun seperti mana saya katakan tadi bahawa sebaik sahaja Enakmen
Air 1921 diwartakan kaedah dan peraturan-peraturan perlu disiapkan untuk
membolehkan pendakwaan, membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang
menyalahi peraturan-peraturan di dalam enakmen.
Kita perlu teliti kerana banyaknya berlaku pencemaran ini adalah berpunca
daripada sumber seperti kilang sawit dan kilang getah. Kita tidak boleh tutup kilang
kerana ianya akan menyebabkan banyak pihak yang terlibat. Walaupun begitu
kita telah mengadakan perbincangan dan perundingan untuk mengelak daripada
pencemaran berulang. Selain daripada kita perlu menyegerakan kaedah dan
peraturan-peraturan, kawasan-kawasan tadahan ini, selain daripada Empangan
Bekok dan Empangan Sembrong yang merupakan 2 empangan, ataupun
merupakan antara empangan yang di selenggara oleh JPS, kita telah merujuk
perkara ini kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan ianya sedang diambil
tindakan oleh pihak JPS untuk mendapat peruntukan bagi memagar kawasan
tadahan tersebut. Sementara sepuluh empangan Hulu Layang, Upper Layang,
Lower Layang, Empangan Lebam Lingiu, Empangan Juasih, Empangan Gunung
Ledang, Empangan Gunung Pulai, 1, 2 dan 3 dan juga Empangan Pontian adalah
di peringkat akhir pewartaan ataupun untuk dirizabkan pewartaan sebaik sahaja
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor menyiapkan pelan untuk diwartakan.
YB Speaker : Yang Berhormat Buloh Kasap, jemput.
YB Puan Hajah Norshidah binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan nombor 8.
Apakah status terkini tindakan penguatkuasaan terhadap operasi kilang getah Kian
Lee Buloh Kasap?
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Bismillahirahmanirrahim. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan mendapati
sehingga 19 September 2017, pihak premis kilang masih gagal mematuhi notis
arahan bertarikh 14 Ogos 2017 mengenai arahan menyediakan kemudahan di
dalam kilang berkonsepkan kilang tertutup dengan kawalan pengaliran udara ke
alat kawalan pencemaran udara yang berkesan. Sehingga tarikh tersebut, masih
lagi terdapat beberapa aduan awam mengenai bau busuk daripada operasi
kilang tersebut. Berikutan kegagalan mematuhi notis arahan tersebut, Jabatan
Alam Sekitar Negeri Johor telah mengambil tindakan penggantungan lesen di
bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perlesenan) 1977,
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bermula 25 Oktober 2017 hingga 22 Januari 2018.
Kali terakhir pemeriksaan diadakan pada 18 November 2017 dan mendapati kilang
tidak menjalankan operasi memproses getah sebagaimana arahan notis
penggantungan yang telah pun dikeluarkan. Namun begitu, pihak kilang masih
membeli bahan mentah getah Kap Lam dan disimpan dalam penstoran tertutup
sedia ada serta terkawal. Terima kasih.
144
YB Puan Hajah Norshidah binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Terima kasih Yang Berhormat
Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang telah
diberikan. Isu kilang getah Kian Lee Buloh Kasap ini telah menjadi satu isu yang
begitu lama. Saya rasa saya telah bangkitkan lebih kurang tiga tahun berturut-turut
akan tetapi apabila kita melihat penggantungan telah dibuat pada 25 Oktober
sehingga 22 Januari, pihak kilang masih mempunyai keberanian untuk membuat
operasi melepaskan pencemaran bau dan mengakibatkan banyak aduan awam
yang telah diterima oleh pihak kami dan pemimpin-pemimpin setempat. Jadi saya
mohon, saya mohon kepada Yang Berhormat EXCO untuk melihat apakah
tindakan yang tegas daripada pihak kerajaan untuk kita berikan kepada pihak
kilang supaya kita tidak mahu, tindakan yang bila kita buat sekali kita report, sekali
kita buat laporan, mereka mengambil tindakan. Selepas itu bila kita berdiam diri
mereka cuba beroperasikan kilang tersebut secara diam-diam, tapi kita tidak
nampak begitu keseriusan pihak kerajaan bagi menangani isu masalah kilang ini.
Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat EXCO untuk memberi satu kata putus
pada hari ini tindakan, tindakan dan pihak kerajaan khususnya, tindakan yang
tegas daripada kita. Saya tidak mahu pihak yang lain mengambil kesempatan di
atas usaha kita ini. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Buloh Kasap dan saya faham masalah yang dihadapi dan saya ucapkan tahniah
kepada beliau kerana sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah ini, di atas
usaha yang telah dilakukan. Cumanya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pihak
Jabatan Alam Sekitar sebenarnya seperti saya maklumkan tadi kita telah
menggantung daripada 25 Oktober sehingga 22 Januari, mustahillah kalau operasi
itu dibuat senyap-senyap, sebab mesin apabila dioperasi dia akan mengeluarkan
asap dan sebagainya. Dan sememangnya pihak Jabatan Alam Sekitar membuat
pemantauan secara berterusan. Dan, seperti saya sebutkan tadi bahawa
kemungkinan bau tersebut datang daripada pembelian bahan mentah Kap Lam
yang disimpan di dalam stor yang mungkin ia memberikan kesan dari segi bau dan
sebagainya.
Namun seperti yang saya nyatakan tadi, bahawa sememangnya kita telah pun
menggantung dari segi lesen dan sebagainya dan apabila menggantung lesen itu
dilakukan maka mana mungkin operasi itu dilakukan dan kebetulan kilang tersebut
memang berdekatan dengan jalan besar dan sebagainya. Namun begitu kita
ambil maklum seperti apa yang dinyatakan oleh Buloh kasap dan insya-Allah kita
akan melakukan dengan tegas tentang perkara ini dan pihak Pegawai Daerah
Segamat puan akan mengambil, akan mengadakan mesyuarat dengan
memanggil beberapa pihak termasuk Yang Berhormat ADUN Buloh Kasap sendiri,
pihak kilang dan juga Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Tanah untuk kita
mengenal pasti dan juga tindakan-tindakan serta cadangan perlu untuk kita atasi
masalah ini.
YB Speaker : Yang Berhormat Penawar, jemput.
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor (Penawar) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan saya nombor 9.
Sepertimana yang telah kita ketahui, “Johor Brands” adalah satu usaha kerajaan
Johor untuk memartabatkan produk buatan usahawan negeri Johor yang
membawa identiti Johor. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk
145
kelangsungan usaha ini agar terus kekal lama dan adakah akan wujudnya satu hab
untuk mengumpulkan semua produk Johor Brands ini?
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani, Keusahawanan dan
Pembangunan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Penawar
telah bertanyakan tentang soalan seperti mana yang telah kita ketahui Johor Brand
adalah satu usaha kerajaan negeri untuk memartabatkan produk buatan
usahawan negeri Johor yang membawa identiti Johor. Apakah perancangan
kerajaan negeri untuk kelangsungan usaha ini agar terus kekal lama dan adakah
akan wujudnya satu hab untuk mengumpulkan semua produk Johor Brand ini?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negeri Johor merupakan negeri ketiga
terbesar di Malaysia dengan bilangan pertumbuhan PKS selepas Wilayah
Persekutuan dan juga Selangor. Bagi meningkatkan kualiti dan keaslian originality
produk Johor tersebut kerajaan telah wujudkan Johor Brand bagi mengiktiraf produk
keluaran negeri Johor. Pihak EDC of Johor adalah merupakan agensi yang akan
bertanggungjawab untuk menyelaras penggunaan logo Johor Brand ini.
Pelancaran Johor Brand telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
pada Ekspo Johor Berkemajuan yang lepas. Penggunaan logo ini adalah bertujuan
untuk menaikkan mutu dan kualiti produk, servis tersebut pada satu peringkat yang
lebih tinggi. Melalui penjenamaan semula Johor Brand ini, kerajaan negeri
meletakkan penekanan khusus pada reka bentuk dan kesedaran jenama serta
berusaha untuk menggalakkan satu perhubungan yang efektif dan kuat pada
jenama Johor Brand dalam kalangan usahawan dan pelanggan untuk
membangunkan dan mengekalkan kelebihan daya saing. Produk yang
diusahakan oleh usahawan perlu diwujudkan di negeri Johor di samping dapat
membantu ekonomi persekitaran.
Perancangan kerajaan negeri menerusi inisiatif seperti Dana PKS Johor, Dana
Pemasaran Enterprise dan Program Pemadanan Perniagaan Nusantara
diintegrasikan dengan rapi supaya ianya memberi impak yang menyeluruh di
dalam penjenamaan Johor Brand. Pada tahun 2017, sebanyak 20 buah syarikat
yang telah menggunakan logo Johor Brand. EDC of Johor akan menjadi Pusat
Pemudah Cara dan One Stop Centre dengan izin, dalam mewujudkan hubungan
mengumpulkan produk-produk Johor Brand.
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor (Penawar) : Soalan tambahan saya, Yang
Berhormat Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Jemput.
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor (Penawar) : Berapakah jumlah yang
dirancangkan untuk peringkat awal ini?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pada tahun ini kita telah dapat
mengumpulkan sebanyak 20 syarikat yang kita dapat jenamakan Johor Brand ini.
Insya-Allah, pada tahun hadapan kita menjangkakan 50 syarikat yang akan kita
bantu.
Untuk makluman semua, sebagai maklumat tambahan juga antara kategori
ataupun kategori penanda aras yang layak untuk kita bagi logo ini adalah sektor
pembuatan, sektor ict, sektor-sektor lain yang diputuskan oleh Jawatankuasa. Jadi,
146
untuk membantu usaha ini Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh kenal
pasti usahawan-usahawan di tempat Ahli-Ahli Yang Berhormat, usahawan-
usahawan daripada Bangsa Johor, syarikat hendaklah berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perniagaan mestilah menjalankan perniagaan
dalam negeri Johor dan keluaran negeri Johor. Syarikat juga digalakkan untuk
mendapatkan pendaftaran bagi harta intelek daripada Perbadanan Harta Intelek
Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka ini telah menjalankan selama 2 tahun.
Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Puteri Wangsa, jemput.
YB Tuan Haji Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan saya soalan nombor 10.
Mohon pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah pelajar Johor
yang berada di luar negara seperti Mesir agar mereka semua diberikan bantuan
menggunakan asnaf fisabilillah, bukan guna asnaf fakir miskin agar mereka semua
boleh dapat walaupun anak seorang kontraktor selagi ada peruntukan.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih juga kepada Yang
Berhormat Puteri Wangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi soalan yang berkaitan dengan pihak
bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah pelajar Johor yang berada di
luar negara seperti Mesir agar mereka juga semua diberikan bantuan
menggunakan asnaf fisabilillah, bukan gunakan asnaf fakir miskin agar mereka juga
boleh dapat bantuan walaupun anak seorang kontraktor selagi ada peruntukan.
Saya ingin menjawab soalan ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Majlis Agama Islam
Negeri Johor menyediakan bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke
luar negara iaitu di Mesir dan Jordan khususnya dalam bidang agama dan
perubatan dalam bentuk dermasiswa dan juga pinjaman pelajaran. Ada dua
bentuk iaitu dermasiswa dan juga pinjaman pelajaran. Bantuan Dermasiswa
Pelajaran disediakan untuk pengajian untuk pelajar yang mengikuti Pengajian Islam
khususnya di Universiti Al Azhar dengan jumlah sebanyak RM6,000.00 setahun bagi
pelajar yang mengikuti Pengajian Islam di Mesir dan RM8,000.00 setahun bagi
pelajar yang mengikuti Pengajian Islam di Jordan.
Manakala, pelajar bidang perubatan dan pergigian pula mereka menerima
pinjaman pelajaran, mereka menerima pinjaman pelajaran iaitu sebanyak
RM30,000.00 setahun untuk 6 tahun pengajian. Dan, bantuan-bantuan ini masih
terus dilaksanakan dan bagi tahun 2017 ini, termasuk juga pemberian kepada
permohonan pelajar baru walaupun ada setengah agensi ataupun yayasan telah
pun menghentikan program bantuan kepada pelajar yang baru. Program
pemberian bantuan ini juga tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh pihak
Majlis Agama Islam Negeri Johor kerana kita sedia maklum bahawa perbelanjaan
Majlis Agama Islam Negeri Johor perlu mengambil kira lain-lain keperluan asnaf di
negeri Johor.
Namun ingin saya maklumkan sejak 2015, bahawa bantuan kepada Pengajian
Islam di Mesir, Majlis Agama Islam telah membuat dasar khususnya kepada pelajar-
pelajar yang melanjutkan pelajaran di Al Azhar iaitu mereka diberikan bantuan
147
pelajaran kepada semua pelajar tetapi dengan syarat yang pertama sekali,
mereka telah pun lulus sekurang-kurangnya mereka mendapat pangkat Jayyid di
dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia ataupun STAM. Yang kedua, mereka telah
mengikuti Program Daurah yakni Kursus Persediaan Bahasa Arab yang dianjurkan
oleh Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor dengan kerjasama MAAHAD Johor. Yang
ketiga, mereka juga lulus, mereka lulus dalam temu duga yang diadakan oleh
Universiti Al Azhar untuk mereka layak masuk ke tahun satu pengajian, di mana-
mana kuliah di dalam Universiti Al Azhar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi peruntukan pinjaman pelajaran, kita ingat,
kita kena jelaskan bahawa sumbernya adalah daripada sumber Baitulmal, ia
bukannya daripada Zakat. Kalau dermasiswa itu diambil daripada peruntukan
Zakat kerana kita akan menggunakan asnaf fisabilillah dan juga asnaf fakir dan
miskin. Tetapi bagi tujuan pinjaman Baitulmal ini dengan kaedah Qardul Hassan,
saya rasa ini pun telah diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat, bahawa
perkara ini Qardul Hassan ini salah satu di antaranya iaitu pinjaman tanpa faedah.
Makna zero interest, kita tak kenakan apa-apa, berapa yang mereka pinjam itulah
yang mereka akan bayar setelah mereka menamatkan pengajian. Maka dengan
sebab itu, kita ada juga kuota sebab kita pun melihat kepada keperluan pelajar-
pelajar pada hari ini, kita letakkan syarat bagi mereka yang ingin mendapatkan
bantuan pinjaman Qardul Hassan Baitulmal ini iaitu sekurang-kurangnya mereka
telah pun berada di tahun kedua pengajian perubatan ataupun pergigian.
Dan sumber zakat ini pula tadi, yang saya sebutkan bahawa dermasiswa, sumber
kewangannya kita ambil daripada asnaf fakir miskin dan ada juga yang kita ambil
daripada fisabilillah. Sekiranya pelajar-pelajar ini tadi berada di bawah garis
kemiskinan mereka kita akan berikan di atas asnaf fakir miskin akan tetapi sekiranya
mereka berada di luar garis kemiskinan kita akan berikan mereka sebagai asnaf
fisabilillah kerana di dalam asnaf fisabilillah ini ada 7 jenis perkara yang telah pun
diluluskan oleh Jawatankuasa Zakat untuk kita bantu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, keperluan lepasan pelajar perubatan terhadap
pasaran kerja juga sekarang ni semakin berkurangan. Oleh yang demikian, Majlis
Agama Islam Negeri Johor telah mengurangkan kuota bantuan pinjaman
pelajarannya sebanyak 5% dari tahun 2018, kepada 190 pelajar sahaja berbanding
200 pelajar sebelum ini. Secara umumnya, Majlis Agama Islam Negeri Johor
memperuntukkan sebanyak RM17.2 juta bagi tahun 2018, sebagai bantuan kepada
pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam pelbagai kategori dan
pelbagai pendidikan sebagaimana yang ingin saya nyatakan di sini sebab ini dia
ada kaitan dengan soalan yang dimaklumkan.
Yang pertama sekali, saya lihat hari ini bahawa Bantuan Pakaian Sekolah untuk sesi
persekolahan bagi yang baru 2018 ini, sebanyak RM5 juta di mana kita
menganggarkan seramai 33,000 penerima. Yang kedua, Bantuan Yuran Sekolah
sebanyak RM1,260,000.00 kepada 12,000 orang penerima, Bantuan Basikal
RM100,000.00 kepada 200 orang ini khususnya kepada anak-anak kita yang belajar
di luar bandar. Yang keempat, Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi
Tempatan sebanyak RM2 juta di mana penerima seramai lebih kurang 2,000 orang,
Bantuan Dermasiswa Pelajar Luar Negara, Mesir 250 orang pelajar, Jordan 60 orang
pelajar, RM1.4 juta di mana penerimanya adalah sebanyak 230 orang. Bantuan
Pinjaman Pendidikan Luar Negara RM6 juta kepada 200 pelajar, Bantuan Tambang
Ke Pusat Pengajian RM500,000.00 untuk 200 orang penerima, Program Makanan
Sihat, RM1 juta untuk penerima seramai 500 orang. Di mana jumlahnya sebanyak
RM17,260,000.00 di mana anggaran penerima lebih kurang 48,330. Terima kasih Tan
Sri Speaker.
148
YB Tuan Haji Abdullah bin Husin (Puteri Wangsa) : Terima kasih Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO Agama. Soalan tambahan, apakah
kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang tidak lulus ataupun belum lulus
supaya mereka supaya tidak terbengkalai dalam mencapai cita-cita untuk
menamatkan ataupun mendapat ijazah sebahagiannya oleh kerana tak lulus
ataupun belum lulus dan tidak mendapat bantuan, maka balik dan separuh jalan
sajalah. Begitu juga banyak timbul tentang pelajar-pelajar baru yang menghadapi
masalah kewangan kerana belum dapat bantuan. Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri
Speaker dan juga Yang Berhormat Puteri Wangsa. Selain daripada usaha kita pada
hari ini, bila menghantar pelajar-pelajar tadi ni, yang saya sebutkan tadi, untuk
peringkat awal mereka sampai ke Mesir khususnya yang akan mengikuti pengajian
di Al Azhar iaitu Pengajian Islam maknanya pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor,
yang melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor setelah syarat-syarat tadi itu mereka
telah patuhi, mereka akan diberikan tambang percuma dan juga wang saku lebih
kurang dalam RM500.00 untuk mereka memulakan, termasuk juga yuran untuk
mengikuti temu duga untuk masuk Al Azhar juga dibayarkan oleh pihak Majlis
Agama Islam Negeri Johor. Tetapi bila disebutkan, dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Puteri Wangsa tentang pelajar-pelajar yang gagal memasuki tahun satu,
gagal memasuki tahun satu ataupun mungkin juga mereka dah masuk tahun satu,
bila mereka nak melanjutkan pelajaran nak naik tahun dua tu mereka gagal, jadi di
sini pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor telah memperuntukkan bukan bantuan
kepada pelajar tetapi bagaimana pelajar ini boleh dibantu untuk mereka lulus dan
mereka layak masuk ke kuliah di mana pihak Majlis Agama Islam sendiri
menyediakan beberapa peruntukan yang dikawal oleh pihak pegawai pelajaran
kita di sana khususnya pelajar-pelajar Johor iaitu untuk mereka menyediakan kelas-
kelas tafakuf bagi mempertingkatkan pemahaman ataupun juga penguasaan
pelajar-pelajar dalam bahasa Arab untuk mereka layak masuk ke kuliah ataupun
daripada tahun satu itu mereka layak untuk naik ke tahun dua ini yang diusahakan
oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sebab, dasar kita kalau hari ini pelajar-
pelajar yang gagal itu juga, yang sepatutnya gagal kita bantu tetapi sekiranya
sebab prestasi mereka ini sebenarnya adalah berpunca mereka gagal ini,
berpunca kerana penguasaan mereka dalam Bahasa Arab dan juga cara mereka
berkomunikasi, mereka tidak memahami sebab mungkin budaya pengajian mereka
di Johor, di Malaysia ini agak berbeza sedikit dengan di Mesir. Sebab di Mesir ini
kaedahnya masih lagi menggunakan kaedah Quraat iaitu kaedah lama. Terima
kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Yang Berhormat Paloh, jemput.
YB Encik Teoh Yap Kun (Paloh) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan nombor 11.
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan
dalam negeri?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN Paloh. Yang Berhormat Tan
Sri Speaker. Beberapa perkara telah diberi penekanan bagi memastikan mutu serta
sukan di negeri Johor berada pada tahap yang membanggakan. Iaitu kita
menggariskan tiga perkara utama, iaitu; yang pertama, menyediakan infrastruktur
dan fasiliti sukan yang sempurna, yang kedua, perancangan program
pembangunan yang sistematik dan yang ketiga, kerjasama daripada jabatan-
149
jabatan, persatuan-persatuan sukan dan juga NGO-NGO yang berkaitan dengan
sukan.
Dalam meningkatkan prestasi seseorang atlet, ia memerlukan latihan yang konsisten
dengan kemudahan dan peralatan yang sesuai. Kemudahan yang sesuai dengan
keperluan latihan atlet amat diperlukan bagi seseorang atlet menjalani latihan yang
kondusif serta dapat menyesuaikan suasana serta keadaan sebenar pertandingan.
Sebagai contoh, yang boleh kita lihat di sini iaitu pencapaian pasukan bola sepak
JDT yang mana kita semua sedia maklum kemudahan serta pusat latihan serba
lengkap, juga memain peranan untuk membantu pasukan JDT memenangi
sebanyak 9 piala sejak pasukan JDT melalui revolusi di bawah pimpinan Duli Yang
Amat Mulia Tunku Mahkota Johor.
Oleh yang demikian, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan negeri Johor dalam
merangka untuk membangunkan kemudahan sukan lain bagi meningkatkan
prestasi serta pencapaian sukan di negeri Johor, kita juga telah merangka dan
merancang untuk membina sebuah dan dalam proses pembinaan sebuah
Kompleks Sukan Mount Austin dan pembinaan Larkin Arena. Ini menunjukkan
kerajaan pada hari ini mengambil serius dalam memastikan pencapaian sukan
bukan sahaja bola sepak semata-mata, tetapi sukan lain boleh sebaris dengan
pencapaian bola sepak JDT.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, program pembangunan yang dirancang di
bawah Majlis Sukan Negeri Johor bertepatan dengan perancangan jangka masa
panjang dalam memastikan negeri Johor sebaris dengan negeri-negeri yang lain.
Begitu juga dengan inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor dalam Bajet 2018 iaitu bagi menaik taraf prasarana sukan
seperti yang pertama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kos
keseluruhan RM15 juta, peruntukan untuk tahun 2018 RM6.5 juta. Yang kedua, Trek
Kompleks Sukan Kluang, RM3.2 juta. Yang ketiga, Stadium Mini Kluang dengan kos
keseluruhan RM5 juta, untuk 2018 sebanyak RM4 juta. Dan yang keempat,
pembinaan Stadium Mini dan Balapan Johor Bahru dengan kos keseluruhan RM8
juta, untuk 2018 peruntukan RM6.5 juta.
Majlis Sukan Negeri Johor sedang melaksanakan satu program ke arah Sukan
Malaysia (SUKMA) 2020, program yang dikenali sebagai TITANIUM 2020 atau Ti20
merupakan program bermula di peringkat akar umbi yang dilaksanakan bersama-
sama Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta persatuan-persatuan sukan negeri
Johor dalam mencungkil bakat di peringkat sekolah lagi. Oleh yang demikian,
perancangan serta pelaksanaan program Ti20 ini dilaksanakan secara berfasa
sehingga SUKMA tahun 2020.
Begitu juga dengan atlet OKU iaitu melalui program I Talent, I Train, Talent Scoting
bagi mencungkil bakat-bakat baru, seterusnya memberi latihan berterusan serta
menganjurkan sirkit-sirkit para Johor bagi menguji keupayaan dan prestasi atlet-atlet
OKU.
Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri Johor pada hari ini bukan sahaja
memberi tumpuan pada atlet normal, tapi kita juga memberi penumpuan penuh
kepada pembangunan atlet sukan OKU. Walaupun pembangunan sukan diletak di
bawah Jabatan Belia dan Sukan, atlet-atlet OKU juga akan diberi kerjasama oleh
Majlis Sukan Negeri Johor dengan penglibatan persatuan-persatuan sukan serta
jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan yang lain. Antaranya, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor yang menyokong program mencungkil bakat yang telah
saya sebutkan tadi. Begitu juga sokongan daripada GLC-GLC seperti Johor
150
Corporation, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang sering memberi sokongan dan
bantuan pada persatuan-persatuan di negeri Johor. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekianlah saja soalan-soalan yang dapat
kita kemukakan pada pagi ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan
Persidangan ini 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10:30 pagi.
Persidangan disambung pada jam 10:50 pagi.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA
BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Ahli-
Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Sila, Tenang.
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Bismillahirrahaminirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam
Muafakat Johor. Terlebih dahulu Tenang merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memberi peluang kepada saya
mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet Negeri Johor Bagi Tahun 2018,
Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri
Johor Kali Yang Ke-13.
Tenang juga di sini merafak sembah tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Baginda Sultan Johor sempena hari keputeraan Baginda pada 22 hari bulan
November 2017 yang lalu. Bagi pihak seluruh rakyat dalam DUN Tenang berdoa
agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, pemerintahan yang
dirahmati serta kesejahteraan berpanjangan. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenang juga menyampaikan ucapan menjunjung
kasih tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor atas
kecemerlangan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim yang berjaya merangkul
Piala Malaysia baru-baru ini. Piala paling berprestij dalam arena bola sepak
tempatan. Bahkan sebelum itu, melengkapkan pencapaian dengan merangkul
Piala Liga Super buat kali keempat berturut-turut. Pencapaian yang bukan sahaja
membanggakan peminat bola sepak negeri bahkan pada seluruh rakyat Johor.
Dalam hanya tempoh masa empat tahun pembangunan bola sepak negeri di
bawah Tunku Mahkota Johor menampakkan pencapaian yang sangat cemerlang.
Kejayaan ini bukan semata-mata membanggakan seluruh rakyat Johor, tetapi
dilihat sebagai pemangkin utama kepada perkembangan bola sepak negara.
Dengan kehadiran pasukan JDT dalam kancah bola sepak negara telah berjaya
menyemarakkan sukan tersebut di negara kita ini. Tahniah kepada pasukan JDT.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan ini juga, Tenang ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah khususnya kepada
kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas
kejayaan penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan yang berlangsung selama 9 hari
dari 6 Oktober hingga 14 Oktober yang lepas. Ekspo yang berjaya menarik minat
hampir 350,000 pengunjung sepanjang berlangsungnya ekspo tersebut. Ini
menunjukkan kerajaan negeri berada selangkah di hadapan dalam membawa
pembangunan negeri terus kepada rakyat melalui ekspo yang dijalankan berjaya
151
menaikkan potensi di setiap daerah-daerah. Setiap daerah mempamerkan identiti
masing-masing yang meletakkan peranan dan potensi daerah di negeri Johor
secara terarah dan tersusun. Ini memberi peluang khususnya kepada rakyat untuk
mengembangkan potensi bagi setiap daerah dan dalam masa sama membuka
peluang kepada bakal pelabur untuk menilai dalam mencuba memasuki pasaran
tempatan berdasarkan identiti dan potensi setiap daerah.
Kejayaan penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan juga berperanan melatih rakyat
sendiri untuk bersama dalam perancangan pembangunan ekonomi negeri.
Langkah holistik ini berjaya menarik minat rakyat untuk turut serta dan memberi
maklum balas terhadap pembangunan negeri dan kelestarian rakyat. Ekspo yang
bersifat julung kali diadakan bukan sahaja dalam negeri Johor bahkan perantis
kepada negara. Hasilnya, rakyat bukan sahaja dapat melihat potensi
pembangunan negeri secara depan mata, bahkan turut serta dalam Gagasan
Johor Berkemajuan. Kecemerlangan Ekspo Johor Berkemajuan ini turut menarik
minat Kerajaan Persekutuan untuk menganjurkan apa yang dinamakan Ekspo
Negaraku yang bertujuan seiring Ekspo Johor Berkemajuan ini. Ini membuktikan
program yang dirangka oleh kerajaan negeri dilihat sangat tuntas dan diguna
pakai dalam pelan perancangan dan pembangunan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembentangan Bajet Negeri Johor 2018 oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan tema iaitu ’ Membangun Dekat
Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor’ merupakan satu misi yang sangat penting dan
menyeluruh. Tenang meyakini bahawa klausa ini bukan bersifat retorik semata-
mata dengan segala pencapaian khususnya dalam lima tahun ini, tema Bajet yang
bersifat holistik dan inklusif ini bakal membiakkan lagi potensi pembangunan
ekonomi dan kelestarian dalam negeri Johor.
Sudah tentu dengan kecekapan dan kebijaksanaan kerajaan negeri di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor berjaya meletakkan Bajet
Johor 2018 iaitu satu bajet yang surplus ataupun lebihan sebanyak RM1.141 juta.
Bahkan Tenang meyakini kecekapan pengurusan kerajaan negeri, rizab ini akan
bertambah dari semasa ke semasa. Ini bersandarkan kepada kecekapan
pengurusan kerajaan negeri yang berjaya mencatatkan lebihan selama 8 tahun
berturut-turut bermula 2011 hinggalah 2017. Oleh ini, keyakinan bertambah rizab
pada tahun ini bukanlah impian semata-mata. Dalam masa yang sama,
pertumbuhan dalam negara kasar (KDNK) dengan kadar purata pertumbuhan
ekonomi negeri sejak 2011 hingga 2016 telah meningkat kepada 5.9%. Jumlah ini
lebih tinggi daripada KDNK bagi negara iaitu sekitar 5.1%. Tenang percaya,
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serta kebolehpercayaan pelabur dari
luar, kadar pertumbuhan ekonomi negeri akan meningkat apatah lagi dengan
pelaburan terkumpul sebanyak RM113 bilion, kemampuan dan kekuatan negeri
menjadi semakin kukuh sekiranya momentum ini dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan sudah tentu impian meletakkan Johor sebagai kuasa ekonomi
selatan negara akan berjaya pada masa terdekat ini.
Hasil pelabur luar ini meletakkan Johor sebagai sebuah negeri yang mempunyai
kebolehpercayaan terhadap pelaburan. Keyakinan pelabur luar untuk melabur
dalam negeri Johor bersandarkan banyak faktor, sudah tentunya dan paling utama
adalah kestabilan politik dan dasar negeri yang amat meyakinkan. Justeru itu,
adalah amat perlu Johor mengekalkan kuasa politik yang sedia ada kerana segala
harapan dan keyakinan pelabur luar akan terus konsisten terhadap peluang
pelaburan di negeri ini.
152
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenang ingin menyampaikan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta
kerajaan negeri atas pengumuman peruntukan sebanyak RM300,000.00 untuk
membina Pusat Kraf tangan dan IKS Labis. Tenang rasa berbangga kerana usaha
yang dimulakan pada tahun 2015 melalui Program Karnival Kraf Labis telah berjaya
menarik perhatian dan pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk
menyuntik peruntukan tersebut. Tenang amat berkeyakinan dengan suntikan
peruntukan tersebut akan digunakan untuk meningkatkan lagi eko pelancongan di
kawasan Labis khususnya. Umum mengetahui bahawa Labis terkenal sebagai salah
sebuah destinasi eko pelancongan dalam negeri Johor yang menawarkan konsep
pelancongan berasaskan alam sekitar dan nilai tradisional.
Justeru itu, Tenang telah mengambil langkah untuk membawa perusahaan
berasaskan kraf untuk membangunkan potensi industri kecil sederhana (IKS) di Labis.
Dengan bantuan perancangan dan gerak kerja Jawatankuasa Karnival Kraf Labis,
kita berjaya memperkenalkan hasil kraf tangan hingga di peringkat nasional. Sudah
tentunya, suntikan-suntikan itu akan merancakkan lagi industri kraf serta IKS di Labis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenang ingin juga merakamkan ucapan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kerajaan atas
pengumuman yang disampaikan dalam Bajet iaitu pembinaan rumah mampu milik
kepada rakyat khususnya di kawasan Labis. Pengumuman daripada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar itu sebanyak 105 buah rumah di bawah Rumah Mampu
Milik Johor serta 81 unit rumah di bawah Program Rumah Komuniti Johor (PKJ A dan
B). Projek perumahan ini akan dibangunkan di kawasan seluas 10 ekar oleh pihak
PIJ Holdings. Sudah tentu pengumuman ini memberi keceriaan kepada rakyat
dalam DUN Tenang khususnya. Bahkan berita baik ini dapat menarik minat
golongan muda untuk pulang ke kampung halaman dan menabur jasa di tempat
sendiri. Dan ini menunjukkan kerajaan negeri amat prihatin kepada keperluan
rakyat terutamanya golongan muda dan belia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara perkara pokok yang telah dihighlightkan
dengan izin, oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Bajet Negeri 2018
terutama di kawasan Labis ini iaitu, untuk mengatasi isu pembekalan air bersih juga
sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan untuk menggantikan tangki air yang sedia
ada. Sudah tentu dengan adanya peningkatan prasarana dan aspek penyaluran
air bersih dapat menunjukkan kerajaan negeri amat prihatin terhadap pengurusan
air bersih dengan cekap. Diharapkan selepas ini isu bekalan air bersih tidak timbul
dan dalam masa yang sama berjaya menarik minat lagi tentang perniagaan yang
berorientasikan sumber air di kawasan Labis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping itu juga, pengumuman oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar tentang peruntukan RM5 juta bagi menggantikan
jambatan sedia ada merentasi Sungai Labis merupakan satu keperluan utama
pada hari ini kebanyakan trafik khususnya di kawasan Labis menjadikan laluan
jambatan yang merentasi Sungai Labis tidak sesuai. Kedudukan jalan raya yang
telah diperbesarkan amatlah bertepatan tapi dengan keadaan jambatan lama
telah mengundangkan situasi tidak selamat pada pengguna. Dalam masa yang
sama menyekat pada aliran trafik di sana.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kawasan kedudukan Labis juga sebagai salah
sebuah pusat pelancongan diperkukuhkan lagi melalui peruntukan bagi membaik
pulih dan menaik taraf Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Bantang dan Hutan Lipur
Taka Melur yang terletak di kawasan Hutan Simpan Labis. Penjenamaan tersebut
sebagai salah satu di sebuah kawasan eko pelancongan di kuatkan lagi dengan
153
suntikan ini. Sudah tentu perkembangan bidang pelancongan berasaskan sumber
semula jadi dan alam sekitar akan dimanfaatkan sebagai identiti Labis. Selain itu
dengan suntikan peruntukan itu, bukan sahaja memantapkan bidang pelancongan
bahkan mampu memberi peluang kepada pendapatan sampingan kepada
penduduk sekitar dan juga dengan adanya kewujudan tersebut kehadiran
pengunjung yang ramai akan menggalakkan ekonomi daripada masyarakat
setempat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi iaitu, kami mengucapkan terima kasih iaitu
kerajaan negeri memperkenalkan Bas Muafakat Johor bagi kegunaan penduduk di
sekitar Labis dan sudah tentu memberi banyak kelebihan oleh penduduk-penduduk
sekitar. Bukan itu sahaja peruntukan menaik taraf Terminal Bas Labis dengan
memperkenalkan papan informasi juga merupakan satu langkah yang terbaik
untuk kelestarian rakyat. Sudah tentu perkhidmatan Bas Muafakat Johor perlu
digerakkan seiring dengan kemudahan terminal bas yang dipertingkatkan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan pengumuman dan peruntukan yang
telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar terutamanya bagi
DUN Tenang memberikan satu suntikan semangat dan rakyat amat berterima kasih
atas keprihatinan kerajaan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenang ingin membawa sidang Dewan yang mulia,
berkaitan beberapa isu dalam kawasan. Terutamanya, Tenang ingin menarik
perhatian pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkaitan projek
perumahan Rumah Mesra Rakyat di Labis. Berdasarkan gerak kerja daripada pihak
SPNB, difahamkan pihak SPNB telah pun menandatangani perjanjian antara pihak
perumahan dengan tuan tanah yang telah terlibat namun begitu sehingga ke hari
ini masih belum kelihatan perkembangan atau gerak kerja fizikal yang dijalankan
oleh pihak SPNB di beberapa kawasan terbabit. Bahkan terdapat isu iaitu status
tanah yang telah dikenal pasti oleh kontraktor telah pun dilantik namun masih lagi
gerak kerja tergantung dan belum dimulakan. Situasi ini membawa kesan negatif
terutamanya keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan pada hari ini. Dan,
juga isu perumahan ini merupakan perkara pokok dalam kehidupan rakyat. Sudah
tentu rumah yang diidamkan bukan faktor utama keyakinan rakyat terhadap
kerajaan pada hari ini.
Perkara kedua, masih lagi mengenai berkaitan dengan perumahan iaitu status hak
milik. Hak milik awam Labis. Perkara ini sebenarnya telah banyak kali dibangkitkan di
dalam sidang Dewan yang mulia ini. Perkara ini telah pun dijawab oleh Setiausaha
Bahagian Perumahan Negeri Johor. Apa yang kita kehendaki ialah, pihak SUB
Perumahan Johor dapat turun ke bawah dan mengambil inisiatif dan menjelaskan
serta menyelesaikan isu ini bersama penduduk-penduduk terbabit. Apa yang ingin
disampaikan iaitu perlu ada satu langkah daripada SUB Perumahan untuk
mendengar sendiri keluhan penduduk. Isu ini telah berlarutan selama lebih 15 tahun.
Oleh itu, Tenang percaya bahawa dalam tempoh itu, pihak kerajaan negeri melalui
SUK Perumahan sudah mempunyai kata putus atau jalan keluar bagi isu terbabit.
Kita tidak mahu isu seperti ini menjadi duri dalam daging dalam menterjemahkan
kelestarian rakyat di kawasan Labis ini. Walaupun masalah ini telah pun dijawab
secara bertulis tapi saya berharap pihak perumahan dapat turun ke padang untuk
bersama-sama dengan pemimpin tempatan dan penduduk di kawasan rumah
rakyat tersebut untuk mencari satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya berkaitan dengan pembangunan tanah
di PTD 13302 di Mukim Labis juga seluas 7.412 hektar di Bukit Mambai. Untuk
154
pengetahuan sidang Dewan yang mulia ini, tanah tersebut telah dirizabkan untuk
pembinaan Kompleks Rakan Muda. Sehingga ke hari ini tanah yang diperuntukkan
pada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor masih lagi kosong. Tenang
mengharapkan agar adanya sebarang perancangan dalam membangunkan
tanah tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan. Untuk pengetahuan sidang
Dewan, keperluan pembinaan sebuah Kompleks Belia dan Sukan bagi keperluan
rakyat di kawasan Labis itu dilihat amat penting apatah lagi dalam kawasan
Dewan Undangan Negeri Tenang ini. Masih belum ada kemudahan belia dan sukan
yang berstruktur. Justeru itu, melihat kepada persediaan tempat sudah sampai
masanya sebuah kompleks dan kegunaan belia dan sukan dibangunkan akan
dapat direalisasikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu yang keempat dalam konteks pemilikan tanah
generasi kedua di kawasan FELDA Chempelak Barat. Tenang mencadangkan, agar
dipercepatkan proses pembatalan Seksyen 5 dan dipinda pada Seksyen 6 yang
memperuntukkan penukaran status tanah ladang kepada perumahan. Kepadatan
penduduk terutamanya di kawasan FELDA Chempelak Barat meletakkan keperluan
pemilikan tanah perumahan bagi generasi kedua. Namun tanah yang sedia ada di
Chempelak Barat dan dilihat amat berpotensi sebagai kawasan perumahan yang
baru merupakan hak milik kepada FELDA Global Venture (FGV) yang merupakan
tanah berstatus ladang. Oleh itu, Tenang menyarankan agar peruntukan seksyen 5
kepada seksyen 6 dengan tujuan memberi pelepasan kepada status tanah ladang
kepada tanah perumahan tersebut di percepatkan. Dan, berharap bahawa
keperluan perumahan amat penting kepada generasi muda FELDA dan usaha
untuk meremajakan lagi masyarakat FELDA di kawasan Gen2. Golongan muda ini
bukan sahaja berperanan sebagai pengundi tetapi lebih sebagai penyumbang
kepada pembangunan FELDA. Justeru itu, aspek penempatan merupakan perkara
pokok kepada golongan muda untuk terus bermastautin di FELDA, sekiranya isu ini
dapat diselesaikan memberi impak yang berkesan pada aspek pembangunan di
FELDA itu sendiri. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya perkara kelima, apa
yang ingin dikongsikan bersama..
YB Timbalan Speaker : Yang Berhormat Tenang, sila gulung.
YB Encik Mohd Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Sedikit sahaja lagi. Apa yang ingin
dikongsi bersama adalah potensi sektor pertanian di Labis sebagai identiti negeri.
Untuk mengetahui bahawa Labis termasuk dalam daerah Segamat diberi sebagai
hab pertanian negeri Johor. Sudah tentu Labis yang terkenal sebagai pengeluar
hasil pertanian seperti buah bidara dan lain-lain lagi memerlukan satu anjakan
bukan sahaja sebagai usaha mengekalkan identiti tersebut. Bagi sebagai usaha
membangunkan hab pertanian di negeri ini, oleh itu Tenang mencadangkan perlu
diwujudkan sebuah institusi yang bersifat kajian pendidikan dan program merintis
dengan usaha sama agensi dan institut pendidikan dalam usaha membangunkan
hab pertanian ini. Institusi pendidikan ini bertujuan membangunkan potensi
pertanian di Labis dalam masa yang sama memberi manfaat bukan sahaja
penduduk bahkan mampu bertindak sebagai pemangkin pembangunan hasil
pertanian. Kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai melalui program perintis
dan penemuan dalam bidang kajian pertanian telah menjadi dimensi baru
pertanian bahkan setengahnya menjadi ikonik di sebuah negeri. Sebagai contoh,
pembangunan penemuan dalam bidang di mana durian mampu meletakkan
daerah Segamat, terutamanya menjadi pengeluar utama durian di dalam negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang terakhir, iaitu isu mengenai masalah
perparitan. Diharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat melihat di
beberapa kampung tradisional di DUN Tenang iaitu mengenai penstrukturan sistem
155
perparitan kerana sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung
keperluan saliran kerana tidak ada sistem saliran yang sofistikated. Seterusnya
keperluan menaik taraf sistem perparitan ini amat penting untuk menampung
jumlah aliran air khususnya pada musim tengkujuh. Tenang difahamkan kerap
berlaku banjir sekiranya hujan turun lebat dalam tempoh masa yang panjang selain
itu pada waktu banjir surut sistem perparitan sedia ada banyak sampah sarap
tersadai dalam kawasan rumah penduduk. Selain sistem perparitan yang tersumbat
menyebabkan air banjir lambat surut. Oleh itu Tenang mencadangkan agar pihak
JPS mengambil langkah merangka dan melaksanakan kerja menaik taraf sistem
perparitan dan di saliran di kampung-kampung terutamanya di dalam DUN Tenang,
seperti di kampung contoh Lembah Bakti, Kampung Bakti, Sawah Baru dan lain-lain
lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai akhiri sekali pada hari ini gelombang
pilihan raya umum 14 semakin galak dan kuat. Sama ada kita sedar atau tidak pun,
saat inilah merupakan masa yang terbaik mempersembahkan hasil pencapaian
kita sepanjang tempoh lima tahun yang lalu. Pencapaian bukan sahaja bermakna
kita berjaya melunaskan segala akur janji dalam manifesto PRU yang lalu telah
dilaksanakan. Bahkan pada hari ini kerajaan negeri Johor telah berada selangkah
daripada akur janji tersebut. Secara tersusun dan holistik kerajaan negeri Johor
berjaya mencapai kecemerlangan dalam pengurusan tadbir negeri. Bukan itu
sahaja, kecemerlangan pengurusan tadbir negeri dibuktikan melalui hasil lebihan
pendapatan, kekuatan ekonomi, kemampuan menarik pelabur luar serta
keberkesanan memenuhi aspirasi rakyat. Namun apa yang dikesalkan saat kita
memperlihatkan dan mempamerkan hasil pengurusan negeri yang cekap,
terdapat segelintir pihak yang seumpama cendawan selepas hujan, hanya timbul
dan berperanan dalam tempoh masa untuk menghadapi PRU sahaja. Peliknya
kelompok ini seakan hilang atau hanyut selepas PRU seolah tenggelam di hulu
timbul di hilir. Golongan ini mempamerkan diri di kalangan rakyat. Malangnya
bukanlah pencapaian sebenar mereka yang ketengahkan tetapi cuba menghasut
rakyat. Kelompok seperti inilah yang cuba menagih simpati berdasarkan kelemahan
orang lain. Mereka bukan membina keyakinan rakyat terhadap pentadbiran
mereka tetapi lebih bertujuan mempopularkan diri. Ibarat kokok berderai-derai
tetapi ekor bersalut tahi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, diharap rakan-rakan kita di sebelah sana janganlah
hanya mementingkan politik sahaja, menawarkan new deal, dengan izin, tawar
baru, memperlekehkan kerajaan dan sebagainya. Malah golongan ini mula
menceritakan tentang kepincangan kemudahan awam yang disediakan oleh
kerajaan tanpa merujuk pada fakta yang sebenar. Mereka menyampaikan fakta
yang jauh terpesong, mungkin mereka lupa bahawa rakyat Johor sudah kental jati
dirinya. Bangsa Johor telah lahir lama dahulu dan sememangnya telah, hati rakyat
untuk terus beristiqamah untuk terus mempertahankan kemakmuran negeri dan
perpaduan sejagat di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor dan kerajaan negeri. Sebelum Tenang mengakhiri perbahasan, sedikit seloka
kita renungkan dan hayati bersama-sama. Johor tanah berdaulat, tanah tersisir
walau sekelumat, Bangsa Johor terbukti hebat, gah nama telah tercatat, Muafakat
Johor lama tersurat, tanda bersatunya lama terikat. Team Johor rakyat bertekad,
langkah cemerlang tidak boleh disekat, jangan dicuba untuk menyukat, Bangsa
Johor tidak mudah tergugat, jangan dibawa budaya mengumpat, rakyat Johor
bukan karat, pesan kami diikat ketat, fahami dahulu erti muafakat, Negeri Johor
negeri berdaulat, Bangsa Johor lama tersurat, Muafakat kami ikat, Team Johor kami
sepakat.
156
Dengan ini Tenang menyokong dengan usul yang dibawa oleh Kukup. Sekian,
terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Tenang. Tidak ada apa-apa wasiat ya.
Perbahasan diteruskan, sila Maharani.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera. (Berselawat).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Maharani mengucapkan syukur ke hadrat Allah
SWT dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana
memberi pelaung kepada Maharani membahaskan bajet Negeri Johor 2018 pada
pagi yang berkat ini. Ini merupakan bajet terakhir sebelum PRU 14. Maharani
mewakili masyarakat di DUN Maharani merakamkan ucapan merafak sembah
menjunjung kasih dan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar, sultan yang Di Pertuan bagi negeri dan Jajahan Takluk
Johor sempena hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November yang lalu. Moga Allah merahmati rakyat dan negeri Johor di bawah
naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Maharani juga mengucapkan tahniah di atas
kejayaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Bajet Johor 2018
bertema “Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor”. Maharani ingin
menyentuh beberapa perkara yang termasuk dalam bajet tersebut. Harapan
Maharani ialah supaya kerajaan negeri memastikan bahawa perancangan bajet
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, memberi manfaat kepada rakyat
sekalian dan mengambil pengajaran daripada pelaksanaan perkara-perkara
dalam bajet yang lepas. Sebagai contoh, pengurusan pembangunan sekolah
agama kerajaan Johor yang bermasalah seperti yang telah dilaporkan oleh Ketua
Audit Negara pada tahun 2014 yang lalu, semua kita tahu walaupun itu telah dapat
disempurnakan tetapi sebagai pengajarannya kita dapati bahawa masalahnya
sebenarnya ialah kerana pemaju projek yang dilantik tidak mempunyai
pengalaman dalam projek pembinaan bangunan berskala besar.
Jadi, ini adalah satu perkara yang patut diambil kira bila menjalankan projek-projek
ataupun pembangunan-pembangunan yang bertaraf mega supaya ia dapat
disempurnakan tanpa menjejaskan kepentingan kerajaan dan juga rakyat
keseluruhannya. Jadi, pembinaan itu walaupun telah dapat disempurnakan oleh
KPRJ, tahniah, dan pada dalam bajet kali ini masih ada lagi 30 buah sekolah
agama kerajaan Johor yang akan di bina dalam fasa kelima ini dengan kos
sebanyak RM40.297 juta. Maharani mengharapkan bahawa ini akan dapat
disempurnakan dengan baik. Pengajaran yang lepas dijadikan sempadan.
Tahniah juga kepada KPRJ telah berjaya menyelamatkan pembinaan sekolah
agama kerajaan Johor sehingga ia dapat diduduki dan digunakan oleh anak-anak
kita di sekolah agama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Maharani sangat tertarik dengan bajet kali ini yang
banyak memberi imbuhan positif kepada rakyat khususnya dalam agenda Johor
Islami. Maharani menyokong agenda ini, cuma agak terkilanlah kerana seperti
yang disebut ia bukan berkisar tentang pengenalan atau pelaksanaan Islam
melalui instrument undang-undang. Jadi itu sebenarnya belum sempurnalah.
Walau bagaimanapun, sebagai permulaan adalah satu tanda bahawa Johor
menuju ke arah kesempurnaan dalam mengurus negeri. Maharani juga
mempunyai impian, Kukup ada impian, Maharani juga mempunyai impian supaya
dalam masa 10 tahun yang akan datang akan disempurnakan hukum hakam dan
peraturan Islam oleh kerajaan yang memerintah nanti. Kerajaan yang akan datang
157
kena ambil kira cadangan yang pernah dibuat oleh YB Kemelah pada persidangan
yang dulu, YB Kemelah pernah mencadangkan supaya negeri Johor ini menerajui
sebagai negara yang melaksanakan hukum Hudud. Diharapkan YB Kemelah tak
tarik balik dia punya cadangan. Ini adalah satu perkara yang baik yang patut
disokong oleh semua.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi perkara yang agak menarik perhatian
ramai masyarakat ialah isu yang tular baru-baru ini, ialah isu pemakaian tudung di
kaunter hadapan hotel. Isu ini sebenarnya telah pun saya bangkitkan pada tahun
2012 yang lalu di mana seorang ibu mengadu bahawa anaknya yang memohon
untuk bekerja sebagai receptionist di kaunter hadapan di hotel di Muar
permohonan di tolak kerana anaknya memakai tudung. Tapi sebenarnya ini
adalah perkara benar dan pada tahun 2016 ada satu iklan oleh sebuah hotel di
Muar yang mengiklankan kekosongan jawatan receptionist dengan syarat dalam
kurungan dia letak free hair, maknanya di Muar sendiri walaupun hotel tidak
bertaraf 5 bintang tetapi tidak dapat menerima anak-anak yang bertudung ini
untuk bekerja di kaunter hadapan. Ini adalah satu perkara yang sangat dikesalkan
dan diharapkan bahawa apa yang dikatakan oleh Pengerusi Persatuan Hotel
Malaysia yang mengatakan bahawa ini adalah polisi antarabangsa di mana
pekerja di barisan hadapan sektor perhotelan tidak dibenarkan memakai tudung.
Baik kita di Malaysia ini pemakaian tudung bukanlah satu yang pelik, maka ini tidak
memberi kesan kepada kualiti pekerja yang memakai tudung.
Kita lihat sendiri pun pegawai atau kakitangan yang beruniform, Polis kita sendiri
pun boleh memakai tudung dengan kerja yang lasak, dengan kerja yang cukup
sensitif pun boleh menyiapkan tugas dengan baik mengapa di pihak hotel pula
melarangya. Ini adalah satu polisi yang patut dihentikan dan diharapkan kerajaan
akan dapat memberi nasihat ataupun memberi arahan supaya pihak hotel tidak
mendiskriminasi kaum wanita yang bertudung. Malah sepatutnya mereka yang
bertudung ini sepatutnya dapat menarik perhatian pelancong kerana Malaysia
mempunyai Islam sebagai agama rasminya. Ini satu perkara yang boleh menarik
pelancong sebenarnya dan kalau kita lihat di negeri Kelantan contohnya, dengan
penguatkuasaan pemakaian tudung, iklan-iklan pun yang dibuat pun pakai tudung
juga. Dan mereka pelancong juga berpakaian sopan, ada sesetengahnya pun
memakai tudung kerana mereka suka membuat satu perkara yang baru, satu
pengalaman yang baru dan sebenarnya satu jenis tarikan kepada pelancong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara seterusnya ialah tentang penaik tarafan
Kolej Pengajian Islam (MARSAH) kepada sebuah kolej universiti menjelang 2019,
sangat-sangat dinantikan. Maharani pernah bertanya dua tahun yang lepas
tentang cadangan adakah kerajaan negeri Johor bercadang untuk membina
sebuah kolej universiti seperti yang dibuat di negeri-negeri lain. Negeri lain telah
lama ada kolej universiti, Johor sahaja tidak ada. Jawapan pada masa itu ialah
belum ada perancangan untuk menubuhkan Kolej Universiti Islam. Alhamdulillah,
sekarang kerajaan telah pun proaktif untuk menaik taraf institusi pendidikan kita
kepada taraf yang lebih tinggi lagi. Walau bagaimanapun, Maharani tertunggu-
tunggu juga cadangan dalam bajet yang lalu, cadang kerajaan untuk melahirkan
sebuah Universiti Wakaf Johor, jadi kita tunggu apakah perkembangannya setakat
ini? Ini adalah satu lagi cara untuk melonjakkan pendidikan Islam di negeri Johor
dengan satu sistem yang baru yang telah pun dipraktikkan di negara lain
contohnya di Turki, di mana EXCO Agama pun sendiri, saya difahamkan telah
melawat ke Turki dan kembali dengan satu cadangan yang cukup baik. Cuma
pelaksanaan itu kita harapkan dapat dilaksanakan dengan segera.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam keadaan masyarakat bergelumang dengan
kenaikan harga barang, kesempitan kehidupan, Maharani juga menyokonglah
158
cadangan untuk menubuhkan pusat edaran IMCOOP, supaya untuk mengelakkan
daripada cengkaman orang tengah. Dengan cara ini dapat mengurangkan kos
harga barang dengan adanya kedai IMCOOP ini supaya dapat memberi manfaat
kepada masyarakat. Cuma kita harapkanlah supaya kedai ini tidak jadi macam
Kedai 1 Malaysia yang telah ditutup dan menunjukkan satu kegagalan dan rakyat
telah kerugian kerana tidak dapat nikmat daripada cadangan untuk menurunkan
kos sara hidup dengan memberi peluang untuk rakyat membeli barangan dengan
harga yang lebih berpatutan. Walau bagaimanapun, Maharani mencadangkan
supaya lebih banyak lagi NGO-NGO yang turun padang untuk membantu
masyarakat yang memerlukan bantuan ketika kos sara hidup makin meningkat dan
mereka yang walaupun Johor ini telah mencapai taraf miskin sifar, pada tahun
2014, 2016 tetapi kalau kita lihat miskin sifar ini tidak bermakna jika masih ramai lagi
rakyat yang kesempitan kehidupannya ataupun masih ramai lagi yang apa yang
diistilahkan rakyat yang mudah miskin. Mereka perlu pertolongan dan saya cukup
kagumlah dengan aktiviti-aktiviti NGO yang turun padang membantu asnaf-asnaf
mereka yang memerlukan dengan memberi makanan percuma, memberi bantuan
barang-barang keperluan harian percuma seperti yang telah dilakukan oleh NGO
PG Care, Pasir Gudang Care, di Pasir Gudang, ada satu NGO yang begitu aktif
membantu masyarakat.
Begitu juga di Muar sendiri pun, MADMA Persatuan Cina Muslim Muar pun pernah
mengadakan program free market ini untuk memberi bantuan kepada mereka
yang memerlukan. Ini satu contoh yang boleh dibuat supaya kita rakyat biasa
untuk memberi pertolongan kepada masyarakat selain daripada apa yang telah
dijalankan oleh pihak kerajaan. Begitu juga peranan masjid. Maharani sangat
tertarik dengan apa yang dilakukan di beberapa buah masjid di negeri Selangor di
mana mereka menyediakan barangan dapur, barangan keperluan harian di
masjid. Disediakan satu tempat di mana barang-barang keperluan seperti beras,
mi, kicap apa-apa sajalah barang keperluan dapur yang penting untuk diambil
secara percuma. Masyarakat yang memerlukan boleh datang ke masjid, kalau
mereka kesempitan di rumah tak ada beras, ini orang yang layaklah, yang rasa dia
ini memerlukan, dia pergi ke masjid, dia boleh ambil sahaja barangan ini secara
percuma dan dengan inilah satu cara kita dapat, proaktif untuk kita membantu
masyarakat. Dan kita tahulah, kalau setiap hari Jumaat, setengah masjid itu ada
masjid yang pungutan derma pada hari Jumaat itu hingga mencecah ribuan
ringgit, kalau tak ratusan pun, kalau di kampung pun sekarang alhamdulillah,
pungutan di masjid setiap minggu mungkin RM500.00 hingga RM1,000.00 kerana
rakyat Johor ini alhamdulillah, dengan pendidikan agama yang mereka terima,
mereka yakin bahawa dengan bersedekah, dengan menderma rezeki akan
bertambah. Sebab itulah pihak masjid harus berfikir atau bersedia untuk memberi
bantuan kepada masyarakat, kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Maharani ingin mengucap terima kasih di atas
pembinaan jambatan di Kampung Parit Kassim, Jalan Temenggong Ahmad dalam
pembinaan ini yang dikatakan bernilai RM2 juta, jambatan ini tinggi dan sempit
yang pernah juga mengorbankan nyawa yang berlaku kemalangan. Cuma
cadangan Maharani supaya ciri-ciri keselamatan di tapak pembinaan jambatan
yang sedang dijalankan dan akan dijalankan pada mengikut bajet ini, akan dapat
ditekankan untuk memastikan tidak berlaku kemalangan. Sekarang ini terlalu
banyak sangat berlaku kemalangan di jalan raya yang hingga mengorbankan
nyawa. Jadi Maharani cadangkan supaya ciri-ciri keselamatan ditekankan, tanda-
tanda keselamatan, lampu yang mencukupi dan yang paling terbaik sekali
Maharani cadang supaya disediakan lampu limpah yang terang supaya pada
waktu malam, lencongan itu dapat dilihat oleh pengguna jalan raya terutama
mereka yang datang daripada luar supaya tidak berlaku kemalangan yang boleh
159
melibatkan nyawa. Dan juga diharapkan semua projek-projek ini dapat
disempurnakan dalam masa yang ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan
kepada penduduk setempat dan juga masyarakat keseluruhannya.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Maharani juga sangat menyokong bantuan
khas kewangan yang dicadangkan iaitu memberi setengah bulan gaji dengan
kadar minimum RM1,500.00. Walau bagaimanapun, Maharani tidak
mencadangkan supaya diberi 3 bulan gaji tapi yang paling penting sekali ialah
bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000.00. Mereka inilah yang perlu
diberi bantuan dan Maharani mencadangkan supaya mereka yang di bawah
RM3,000.00 ini, bukan sahaja diberi sumbangan bantuan khas ini sebanyak
RM1,500.00 tapi dinaikkan kepada RM2,000.00. Jadi mereka ini yang, contohnyalah
kita lihat daripada gaji pekerja-pekerja bawahan ini, kalau gaji mereka mula
bekerja, contoh anak kita baru bekerja kalau dapat kerja kerajaan, saya perhatikan
daripada kakitangan kerajaan yang Gred gaji E11, gaji minimum mereka ialah
RM1,202.00. Gred gaji F11 gajinya RM1,205.00, gred gaji D11 gaji minimum yang
mula bekerja RM1,207.00 sahaja. Bayangkan kalau mereka ini kerja kilang pun
dengan overtime dia mungkin dapat sebanyak RM1,500.00 hingga RM1,800.00.
Jadi kalau kerja kerajaan pun dengan gaji ini mungkin dengan tambah-tambah lain
adalah lebih lagi tetapi ini semestinya tidak mencukupi. Jadi, mereka ini kita beri
bantuan khas ini sebanyak RM2,000.00 Maharani cukup yakin mereka akan cukup
berterima kasih dan bersyukur kerana inilah satu penghormatan kepada kakitangan
kita di peringkat bawahan sebagai menghargai jasa mereka bukan sahaja di
peringkat tertinggi, tetapi peringkat bawahan juga merekalah yang banyak
membantu dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan untuk membantu rakyat.
YB Timbalan Speaker : Maharani, sila gulung.
YB Dr. Haji Mohammad bin Taslim (Maharani) : Satu lagi perkara yang dinyatakan
tentang titik sentuhan daripada 101(2) itu menarik perhatian Maharani iaitu
memartabatkan tulisan jawi. Ini memang sudah sampai masanya untuk anak-anak
kita, Alhamdulillah di negeri Johor dengan adanya sekolah agama mereka mahir
jawi. Walaupun mereka mahir jawi tapi yang bila dewasa ini kadang tak berapa
mahir terutama yang hendak dinyatakan di sini tentang papan-papan tanda di
PBT. Johor ini bagus, yang baik dipuji kerana jalan-jalan di negeri Johor ini ada
tulisan jawi tetapi untuk penambah baikkan mohon PBT menyemak ejaan tulisan
jawi itu. Banyak yang ada salah titik dan salah ejaan kalau tulisan Arab pun jalan
1/2 katakan dia tulis 2/1 pasal dia tulisan Arab dengan rumi kadang-kadang dia
confuse, dengan izin. Jadi diharapkan dapat diperbetulkanlah, sebab di Muar
sendiri di dalam PBT sendiri pun telah banyak kesilapan pergilah kemana-mana
jalan telah banyak kesilapan ejaan dan ini telah pun saya buat aduan pembetulan
yang telah dibuat tetapi banyak lagi yang perlu diperbetulkan secara menyeluruh.
Mungkin kalau kita keluar Dewan nanti kita lihat papan tanda, papan arah keluar
Dewan pun ada ejaan yang titik itu ada kurang titik ada terlebih titik ada yang
tiada titik, moga-moga pada persidangan akan datang kalau kita tak masuk
Dewan pun, kita jalan-jalan di luar itu, ini sudah dapat diperbetulkan. Jadi sekali
terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada Maharani
dan Maharani memohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi
warabakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Maharani. Jadi kita teruskan sila Machap.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi warabakatuh. Salam sejahtera dan Salam
Muafakat Johor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, pertamanya Machap ingin
mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap membahas Bajet Negeri
160
Johor bagi tahun 2018. Machap ingin mengambil kesempatan untuk merafak
sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2017
yang lalu. Tidak ketinggalan Machap ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pendiri Bangsa Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang tampil
dengan lebih tenang, ceria dan bertenaga semasa membentangkan Bajet Johor
2018. Bajet bertemakan Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor.
Apa yang lebih menarik ialah kandungan Bajet 2018 masih mampu memberikan
sebegitu banyak insentif dan imbuhan kepada rakyat dalam pelbagai bidang di
sebalik cabaran ekonomi global yang tidak menentu. Bajet yang dirangka bukan
sahaja untuk dikecapi kemanisannya dalam tempoh terdekat malah merancang
sepuluh tahun ke hadapan melihat, menerobos mencapai peluang pembangunan
ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyat.
Bajet yang dirangka sebagai sebahagian usaha menjayakan Gagasan Johor
Berkemajuan yang di hujung tombaknya adalah melahirkan masyarakat terbaik,
berkemahiran, berbudaya, Islamik dan dapat membangunkan negeri Johor
kepada skala yang besar untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang maju.
Tahniah kepada Menteri Besar yang mentadbir Johor mengurus kewangan dan
perbelanjaan hingga telah mencatat surplus Bajet untuk negeri Johor. Inilah pendiri
bangsa Johor, inilah wira yang perlu didendangkan bagi terus diberi kepercayaan
untuk memimpin Johor bagi penggal yang akan datang. (Dewan bertepuk
tangan).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila kita memperhalusi Bajet 2018, kita
mendapati bajet yang di bentang tentunya merupakan idea-idea sebenar dan
ilham daripada Menteri Besar kerana kekerapan beliau turun padang dalam
pelbagai program bersama rakyat yang tidak separa langsung merasai denyut nadi
rakyat serta permasalahan rakyat. Ini kerana kekerapan beliau turun, justeru, beliau
memahami permasalahan rakyat dan bukan kerana desakan pembangkang.
Justeru, tidak pernah saran sekiranya dianggap Bajet 2018 adalah Bajet Pro Rakyat
yang menyantuni keperluan rakyat kebanyakan.
Machap tertarik dengan kenyataan rakan pembangkang yang menyatakan kalau
pembangkang menang PRU yang ke-14, mereka akan teruskan Bajet Johor 2018
dengan membuat penambahbaikan. Maknanya, mereka mengaku bajet ini
adalah bajet yang terbaik yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor sebab itu
mereka hendak meneruskannya. Pada saya, Barisan Nasional Johor yang
merancang bajet dan memikirkan kemampuan dari segi kewangan, kekuatan
strategi bagi melaksanakannya dan tentunya lebih berkesan kalau Barisan Nasional
merancang dan Barisan Nasional sendiri yang melaksanakannya sebab BN Johor
lebih memahami bajet ini untuk mendapatkan perlaksanaan yang lebih berkesan
dan bukannya pembangkang. Bajet ini walaupun pembangkang kata bukan bajet
ibu segala bajet tetapi ini adalah bajet luar biasa, memerlukan tindakan daripada
parti yang luar biasa. Justeru, kepimpinan Barisan Nasional Johor di bawah
pimpinan Menteri Besar Johor yang luar biasa, inilah yang mampu yang wajar
diberikan mandat bagi memerintah bagi penggal yang akan datang.
Machap juga tertarik dengan kenyataan seorang Wakil Rakyat pembangkang
yang menyatakan kalau pembangkang menang dalam pilihan raya yang akan
datang mereka akan hapuskan GST. Kalau mereka akan menang pilihan raya akan
datang, mereka akan hapuskan tol, mereka akan hapuskan, kawal harga minyak.
Kalau pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang mereka akan
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Cukup fantastik. Ini adalah janji-
janji manis mulut yang sama didendangkan semasa PRU yang ke-13 oleh seorang
pemimpin utama pembangkang. Beliau berkata kalau pembangkang menang
161
dalam pilihan raya yang ke-13, menang hari ini, esok kita turunkan harga minyak.
Tetapi rakyat berpijak di bumi nyata. Bijak menilai janji-janji manis retorik yang
akhirnya rakyat tetap memilih Barisan Nasional untuk terus diberi mandat
memerintah sebab sekarang rakyat takut dengan yang manis-manis, takut datang
penyakit yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun penjawat awam ataupun kakitangan
kerajaan negeri Johor tidak diberikan 3 bulan gaji sebagai bonus, sebaliknya
diberikan setengah bulan gaji atau maksimum RM1,500.00, namun mereka tetap
gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mereka ini adalah
wira-wira yang tidak perlu di dendang dengan bonus 3 bulan, sebaliknya mereka ini
adalah pekerja yang setia, yang komited tetap menjalankan kerja dengan penuh
dedikasi dan tanggungjawab kerana mereka inilah Team Johor yang
mengamalkan hidup Muafakat Johor bergerak ke arah Johor Berkemajuan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bajet menekankan kepada perbelanjaan bagi
melaksanakan 153 titik sentuhan yang disusun mengikut 5 strategi khusus yang
diperhalusi dan diperjelas setiap satunya. Dalam membahaskan bajet ini, Machap
lebih teruja untuk lihat strategi kedua pemantapan kemudahan awam dan
pelebaran ruang kesejahteraan rakyat. Strategi ini lebih kepada manfaat yang
boleh diperoleh daripada rakyat dan usaha kerajaan negeri Johor dalam
menyantuni permasalahan dan memberikan kesejahteraan dan kebajikan kepada
mereka.
Yang pertama adalah Agenda Perumahan Johor. Kita sedar bahawa belia adalah
aset terpenting kesinambungan masa hadapan kita. Belia dikategorikan dalam
jangka umur 15 hingga 40 tahun. Pada usia ini adalah tempoh perubahan
golongan belia dari alam pendidikan ke alam kerajaan. Purata gaji belia yang
berkelulusan Diploma di antara RM1,300.00 hinggalah RM2,000.00. Bagi kelulusan
Ijazah Sarjana Muda dalam lingkungan RM1,900.00 hingga RM3,000.00 dan dalam
usia belia ini juga, perkahwinan telah serba sedikit memberikan impak kepada
ekonomi belia masa kini. Dalam isu kekeluargaan, pembangunan dalam sesebuah
keluarga memerlukan infrastruktur atau aset untuk melancarkan perjalanan
kehidupan. Justeru, rumah adalah satu aspek yang paling penting di dalam
kehidupan belia terutama yang sudah berkeluarga. Kos perumahan yang semakin
meningkat daripada kesan ekonomi yang meruncing ini memberi impak yang
cukup besar kepada golongan belia. Justeru, kerajaan mengambil langkah pro
aktif dengan menetapkan sasaran membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor
menjelang 2023 bagi mengatasi permasalahan perumahan dalam kalangan rakyat
Johor.
Usaha membantu golongan belia sudah berkahwin yang berumur 18 hingga 30
tahun memberikan kemudahan di bawah Program Rumah Transit Johor di PPM
Melana Indah dengan kadar sewa RM250.00 sebulan merupakan langkah terpuji.
Sewajarnyalah program ini diperluas lagi di bandar-bandar yang lain yang menjadi
tumpuan luar bandar menetap di bandar kerana peluang pekerjaan terdapat di
bandar atau pun sekitar bandar tersebut. Dalam konteks Bajet Johor 2018, pihak
Menteri Besar amat prihatin dengan menyarankan penyediaan rumah sewa oleh
PBT-PBT. Tindakan ini tentunya amat membantu golongan belia yang dapat
mengurangkan kos menyewa rumah yang tinggi di bandar. Kita bayangkan belia
yang baharu bekerja dengan pendapatan sekitar RM2,000.00 ke bawah terpaksa
menyewa rumah tiga bilik dengan harga RM1,000.00 ke atas setiap bulan.
Bayangkan dengan pendapatan mereka RM2,000.00 kalau menyewa tiga bilik
sebuah rumah dengan harga RM1,500.00 berapa gaji yang tinggal untuk mereka
belanjakan dalam kehidupan mereka. Seharusnya golongan belia berterima kasih
162
di atas keprihatinan pihak kerajaan negeri Johor terhadap permasalahan
perumahan yang dihadapi oleh golongan belia.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Machap mengalu-alukan usaha kerajaan melalui
SKAIM, Jauhari Prihatin melalui KPRJ dalam membantu menyediakan rumah kepada
rakyat Johor dengan melancarkan khusus skim melalui kaedah sewa beli bagi
tempoh maksimum 5 tahun. Sewajarnya juga, KPRJ memikirkan kaedah untuk
membantu pemilikan rumah, program Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ) di mana
dalam program tersebut dikenakan syarat pemohon mestilah ada memiliki tanah
sendiri untuk dibina rumah. Maka ramailah yang memohon dan ada pemohon
yang berjaya di bawah skim ini, malangnya apabila sesetengah permohonan yang
berjaya itu dengan tawaran harga rumah RM85,000.00 pemohon berasa begitu
gembira sebab permohonan mereka telah berjaya tetapi malangnya kelulusan
tersebut akhirnya terbatal kerana pemohon gagal mendapatkan pinjaman bank
daripada mana-mana bank lantaran bank berkehendakkan penyata si pemohon.
Sedangkan kadangkala yang memohon itu adalah mereka yang betul-betul
memerlukan rumah untuk tinggal. Di tempat saya ada seorang ibu tunggal yang
memohon rumah ini, berjaya. Tetapi oleh kerana masalah yang dihadapi untuk
mendapatkan pinjaman daripada bank, maka pinjaman ini terpaksa terbatal.
Seorang ibu tunggal yang rasanya perlu dibantu, jadi kalau ada YB, YB yang
berminta untuk membantu bolehlah saya recommend kan.
YB Timbalan Speaker : YB Machap bantulah dulu. (Dewan ketawa).
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
infrastruktur jalan dan jambatan dimaklumkan sebanyak RM49.5 juta telah
diperuntukkan bagi tujuan pembinaan dan pelbagai jalan juga jambatan negeri.
Walau pun pembinaan jambatan dalam Bajet 2018 kali ini tidak melibatkan DUN
Machap, tetapi Machap berharap agar bajet akan datang dapat
dipertimbangkan untuk menaik taraf jambatan di Sungai Machap di mana pada
tahun 2015 dan juga 2017 dalam Dewan yang mulia ini Machap ada menyuarakan
cadangan menggantikan jambatan konkrit merentasi Sungai Machap, daerah
Kluang. Kewajaran permohonan ini dibuat dengan sokongan JKR Kluang,
memandangkan keadaan jambatan tersebut semakin membimbangkan akibat
faktor hakisan tebing dan struktur jambatan yang perlu di naik taraf.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan infrastruktur bekalan air. Bagi
inisiatif pemeliharaan sumber air di Johor, Machap ingin menyebut masalah
pencemaran air di Simpang Renggam. Kalau dalam perbahasan sidang Dewan
yang lepas, Machap ada menyebut kekerapan air di Simpang Renggam berlaku
bila mana hujan lebat. Bila hujan lebat, air tidak ada. Sepatutnya bila hujan lebat
air banyak, tidak ada masalah gangguan bekalan air. Tetapi, bila hujan lebat air
tidak ada. Dan, alhamdulillah tindakan telah diambil maka sekarang ini semakin
kuranglah gangguan bekalan air di mana difahamkan apabila berlaku hujan lebat,
air leachate yang memenuhi kawasan takungan di tempat buat sampah ladang
CEP maka lori-lori tangki swamp telah menyedut air tersebut dan dibuang ke
Seelong, Senai bagi membolehkan air leachate tidak melimpah masuk ke sungai
sekiranya berlaku hujan lebat. Pihak SAJ sendiri telah siap dalam penambahan
bahan zeolit dengan izin, penyerap amonia di dalam sistem penapis Loji Rawatan
Air Simpang Renggam. Ini dikatakan boleh meningkat keupayaan loji, merawat
amonia sehingga 6ppm berbanding sebelum 4ppm untuk penyelesaian jangka
panjang, penduduk di Simpang Renggam sebahagian Renggam yang terletak di
DUN Layang-Layang dan juga sebahagian Pontian iaitu dikawasan Benut sendiri,
163
sangat berharap agar pihak BAKAJ segera meluluskan projek membuat satu saluran
air dari Sungai Machap ke loji rawatan air di Simpang Renggam.
Apatah lagi pihak EXCO Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri
Johor ada memberitahu secara lisan bahawa kemungkinan ataupun insya-Allah
BAKAJ akan meluluskan RM8 hingga RM10 juta untuk tujuan tersebut. Jadi, Machap
sangat berharap agar kelulusan projek yang dipohon itu dapat disegerakan
sekiranya diluluskan apabila mana berlaku nanti gangguan bekalan air, bila rakyat
marah, rakyat tanya pada Machap, maka Machap boleh berkata, tunggu, sabar,
projek sedang dilaksanakan. Lihat gelung-gelung saluran itu sudah tinggal tunggu
masa digerakkan ataupun disegerakan projek tersebut. Jadi, kalau mereka kata
gangguan bekalan air berlaku, tidak ada saluran-saluran atau gelung-gelung itu,
jadi Machap susahlah untuk menjawab memberikan, meredakan kemarahan
rakyat, bukan sahaja di Machap, di Benut dan juga di Layang-Layang sendiri. Jadi,
saya Machap berharaplah agar EXCO berkaitan yang juga kawasanya terlibat
sama dalam terjejasnya gangguan bekalan air ini dapat membantu menyelesaikan
masalah dengan segera.
Bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air yang bersih juga, Machap mengalu-
alukan tindakan tegas kerajaan negeri Johor, baru-baru ini menutup segera operasi
ladang ternakan ayam yang beroperasi di Layang-Layang di bawah pengurusan
PBT Kulai. Yang dikatakan penyebab berlakunya pencemaran teruk air sungai.
Machap juga ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air di Machap baru-
baru ini juga dikaitkan dengan pencemaran amonia dari ladang ternakan ayam.
Kalau dulu pencemaran yang disebabkan oleh pembuangan air leachate
menyebabkan kandungan amonia meningkat dan terpaksa ditutup operasi tetapi
sekarang ini dikaitkan pula dengan gangguan dari ladang ternakan ayam yang
kejadian berulang kali samada penemuan awal aliran air yang mengandungi
amonia, penemuan benteng kolam kumbahan pecah, penemuan lambakan najis
di bawah kabel TNB, dibuang najis-najis itu di bawah kabel TNB yang alirannya
mengalir masuk ke Sungai Machap. Aliran kumbahan yang mengalir dari ladang
semasa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dibuat oleh ladang ternakan tersebut.
Kesemua kes ini melibatkan pelepasan amonia yang tinggi, yang rawatan loji
rawatan air Simpang Renggam terpaksa tutup operasinya. Jadi, dipohon agar
pihak Veterinar terutamanya harus lebih tegas sama ada dalam membuat
pemantauan berskala mahupun saman yang dikeluarkan. Bila mana kekerapan
saman yang dikeluarkan yang dikenakan kepada ladang pengusaha ladang
ternakan yang tersebut, tentunya longgokan saman-saman ini boleh dijadikan
sebagai bukti bahawa ladang ternakan ayam tersebut wajar ditutup.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pemberian hak milik tanah. Machap
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Menteri Besar, pihak PTG dan
PTD Kluang yang akan mengurniakan tanah di Kampung Paya di mukim Ulu Benut,
Kampung Bukit Nyamuk mukim Layang-Layang, Kampung Haji Hamzah di mukim
Kluang dan Kampung PSM di mukim Machap. Kalau sebelum ini pemohon-
pemohon macam tidak berpuas hati, dia kata YB kalau tidak dapat, kita tidak akan
undi Barisan Nasional apatah lagi kalau YB bertanding, dia tak akan undi. Tetapi
alhamdulillah, makna tahun hadapan bila hak milik tanah ini dapat, kalau Barisan
Nasional bertanding, saya sebagai calonnya insya-Allah, mereka akan undi saya.
(Dewan bertepuk).
YB Timbalan Speaker : Promote sendiri ya lah ini.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Berita ini tentunya
menggembirakan para peneroka tanah yang menanti hingga kadangkala melebihi
164
30 tahun untuk mendapat hak milik dengan pemberian hak milik tanah ini tentunya
akan memudahkan mereka sama ada untuk memohon pelbagai bantuan sama
ada daripada pertanian, Jabatan Pertanian, RISDA, Veterinar dan lain-lain ataupun
membina rumah SPMB mesra rakyat.
YB Timbalan Speaker : Machap sila gulung.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Sikit lagi. Seterusnya Machap ingin
memberi fokus kepada permasalahan berkaitan dengan lampu jalan, bukan lampu
jalan, ini traffic light. Dalam Dewan yang mulia ini, Machap pernah membawa dua
kali usul berkaitan dengan pembinaan lampu isyarat di Taman Ria Sri Lalang, Kluang
yang kerap berlakunya kemalangan jalan raya hingga mengorbankan nyawa.
Alhamdulillah aduan yang telah diambil tindakan oleh JKR Batu Pahat, yang
mendapat peruntukan sebanyak RM322,157.42 telah pun diluluskan oleh JKR pusat.
Skop kerja terlibat pelebaran jalan, garisan jalan dan pembahagi jalan. Kerja-kerja
pemasangan lampu isyarat, lampu amber dan juga lampu jalan. Kerja telah mula,
bermula 2hb Oktober 2017 dan dijangkanya siap 30 November 2017. Jadi, Machap
mewakili penduduk di kawasan tersebut mengucapkan berbanyak terima kasih di
atas tindakan yang telah dibuat dan harap pembangkang janganlah mengaku ini
adalah usaha, ini hasil usaha mereka, tetapi ini adalah hasil usaha Wakil Rakyat
Barisan Nasional di situ yang turun ke bawah menyelami permasalahan dan denyut
nadi rakyat yang tidak jemu-jemu membawa isu ini dalam sidang DUN dan juga
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, juga penyelesaian dari JKR
sendiri.
Machap juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Menteri Besar Johor yang meluluskan beberapa projek semasa
lawatan ke Parlimen Simpang Renggam pada 14 Mac 2017 yang lalu. Antaranya
ialah meluluskan projek untuk dibina gerai buah-buahan RM500,000.00, menaik taraf
dan menurap jalan Taman Tiara Perdana RM400,000.00. Kepentingan menurap
jalan Taman Tiara Perdana ini ialah bila mana berlakunya hujan jalan ini terputus.
Jadi, bila di naik taraf jalan ini agak tinggi maka jalan perhubungan tidak terputus.
Membina surau Taman Puteri Emas, RM200,000.00, bina Dewan Terbuka di Taman
Indah, RM200,000.00 di samping beberapa projek yang lain. Yang telah diluluskan
tentunya memberikan keselesaan kepada penduduk Machap.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Machap percaya dan yakin Bajet 2018 yang
dirancang secara seimbang, komprehensif dan inklusif di hujung tombaknya akan
menjurus kepada kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Johor. Machap
juga ingin memberikan penghormatan dan penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar kerana telah menunjukkan kepintaran idea, iltizam dan
kesungguhan yang luar biasa dalam memajukan ekonomi Negeri Johor dengan
gagasan Johor berkemajuan. Machap juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang meluluskan peruntukan-
peruntukan di Machap untuk manfaat penduduk di Machap. Akhirnya, Machap
merakamkan jutaan terima kasih atas kesempatan yang diberi untuk turut sama
membahas Bajet Negeri Johor 2018 dengan ini Machap menyokong usul yang
dibawa oleh Kukup. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum
warahmatulahiwabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Persidangan diteruskan, sila Yong Peng.
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat
tengahari dan salam sejahtera. Yong Peng mengucapkan terima kasih kerana
diberi peluang mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet 2018 Negeri Johor
165
yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 23
November yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yong Peng ingin bangkitkan Bajet 2018 Negeri
Johor ini tidak ada peruntukan untuk Memogram. Kanser payudara merupakan
antara penyebab utama kematian di kalangan wanita seluruh Malaysia. Hampir
3,500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun dengan itu, ujian saringan
memogram yang percuma untuk wanita berumur 40 tahun ke atas harus
disediakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Johor harus melaksanakan dasar
yang memperjuangkan kesaksamaan wanita. Penjawat berpangkat tinggi harus
diberi peluang kepada wanita yang berpangkat. Yong Peng berpendapat
penjawat awam wanita yang berkapabiliti boleh dilantik sebagai Datuk Bandar,
Yang Di Pertua atau Setiausaha sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan. Contoh yang
paling baik adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Setiausaha
Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah wanita. Saya percaya wanita juga
dapat mentadbir satu kerajaan tempatan dengan memberi perkhidmatan dan
pembangunan yang berkualiti dan seimbang. Persekitaran dan kemudahan yang
kondusif dan lengkap dan tadbir urus yang cekap dan bersih dari rasuah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga,
bukan sahaja program pemerkasaan keluarga dan komuniti atau FACE dan
kempen menangani keganasan terhadap wanita diadakan. Bahkan, pusat
perlindungan untuk wanita yang menghadapi keganasan harus meliputi semua
sudut di Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yong Peng menyeru kerajaan negeri perlu ada
rancangan yang strategik untuk meningkatkan peratus wanita dalam tenaga kerja.
Salah satu langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan wanita terus bekerja
ialah memastikan pusat penjagaan kanak-kanak di sekitar Johor adalah boleh
didapati dengan senang dan mampu dibiayai. Kerajaan Johor harus ada
rancangan untuk mendorong syarikat-syarikat swasta di Johor untuk menubuhkan
pusat jagaan sendiri di tempat-tempat kerja. Dengan menyediakan dasar yang
lebih berdekatan untuk para wanita, kita boleh mendapati bakat dan potensi
wanita yang bekerja seterusnya meningkatkan produktiviti ekonomi negeri ini. Kita
mesti sedar bahawa dasar wanita yang baik bukan sahaja mengenai hak wanita
malah ia adalah baik untuk sosial dan ekonomi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembinaan satu hospital baru patut diumum
kerajaan persekutuan, tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah
mengumumkan Hospital Pasir Gudang dalam Bajet 2018 Negeri Johor, tapi tidak
apa, ini semua wang rakyat dan ia harus memberi manfaat kepada semua rakyat.
Maka, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mungkin boleh bagi jawapan, bila
Hospital Yong Peng yang penduduk Yong Peng tunggu sejak 2004 dapat dibina.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada bulan September 2016, pusat komuniti Yong
Peng telah hantar permohonan adakan satu Mural Of Malaysia kepada Majlis
Daerah Yong Peng tetapi permohonan ini ditolak pada hujung Oktober 2016
dengan sebab Majlis Daerah Yong Peng sendiri ingin inisiatif mengadakan Mural Of
Malaysia di kawasan tadbiran Majlis Daerah Yong Peng, tetapi sampai bulan
September 2017, tidak nampak satu pun di Pekan Yong Peng, dengan itu
permohonan semula dari pusat komuniti Yong Peng dihantar ke Majlis Daerah Yong
Peng pada bulan Oktober 2017, kami berharap permohonan ini dapat diluluskan
sebab segala sudah siap sedia hanya tunggu satu kelulusan sahaja. Yong Peng
166
berharap hal ini dapat perhatian daripada kerajaan negeri dan kami berkeyakinan
Mural Of Malaysia ini dapat melonjakkan lagi industri pelancongan di Yong Peng.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedia maklum bahawa ketika ini kos sara hidup
semakin meningkat akibat penarikan subsidi minyak petrol dan barang keperluan.
Yong Peng menyeru agar dikembalikan semula subsidi terutama minyak petrol.
Yong Peng juga terima aduan dari pesakit bahawa ubat yang diberi tidak cukup
dan ada yang perlu beli sendiri di farmasi swasta. Keadaan ini telah
mengakibatkan rakyat rasa terdesak dan Yong Peng berharap kerajaan dapat
mengkaji isu ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yong Peng bercadang supaya kerajaan negeri
Johor dapat memberi pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah,
kos sederhana dan seumpamanya pada tahun 2018, untuk meringankan beban
yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah ekoran dihambat pelaksanaan
cukai barangan dan perkhidmatan iaitu GST.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yong Peng telah terima banyak aduan dari
penduduk tempatan dengan penambahan kes pecah rumah di Pekan Yong Peng.
Selain menambahkan anggota Polis di Balai Polis Yong Peng, Yong Peng
bercadang supaya CCTV dipasang di setiap persimpangan pintu masuk ke
kampung-kampung, kawasan perumahan dan lampu isyarat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet Negeri Johor 2018 telah lupa Sekolah
Menengah Cina di negeri Johor. Kerajaan negeri Pulau Pinang, negeri Selangor
dan negeri Sarawak telah memberi peruntukan tetap kepada Sekolah Menengah
Cina Swasta di negeri mereka. Kerajaan-kerajaan ini faham bukan hanya kaum
Cina yang belajar di sekolah-sekolah ini bahkan murid dari kaum Melayu dan India
juga belajar di sekolah ini sebab ingin lebih mahir dalam Bahasa Cina.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sekolah Menengah Cina Yong Peng menghadapi
masalah kewangan dengan tidak cukup RM1 million setiap tahun. Ia perlu
mengambil derma dari masyarakat tempatan setiap tahun. Masyarakat Cina
anggap derma ini sebagai cukai yang kedua walaupun mereka telah membayar
cukai pendapatan dan cukai lain setiap tahun. Yong Peng ingin mengambil
kesempatan ini memohon peruntukan kerajaan negeri Johor supaya peruntukan
sebanyak RM500,000.00 diberi kepada Sekolah Menengah Cina Yong Peng setahun
untuk meringankan beban ibu bapa dan juga masyarakat setempat khasnya,
dalam suasana ekonomi yang kurang baik ini. Dengan ini, baru selari dengan
strategik ketiga, Bajet 2018 memberi fokus kepada keperluan masa hadapan Johor
iaitu membangunkan kemahiran semua rakyat Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya Yong Peng ingin membangkitkan
semula janji kerajaan negeri berkenaan pemberian 10 ekar tanah untuk Sekolah
Menengah Cina Yong Peng. 10 ekar tanah rizab kerajaan negeri Johor di kawasan
Yong Peng yang telah dijanjikan oleh bekas Menteri Besar Johor dihadiri juga
pemimpin MCA kepada Sekolah Menengah Cina Swasta pada tahun 2012
sehingga kini ia masih belum diserah kepada sekolah tersebut. Penduduk Yong
Peng hendak tahu janji ini bila boleh ditunaikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi penduduk yang berpendapatan rendah,
rumah kos rendah dan rumah sederhana adalah amat diperlukan. Banyak aduan
telah diterima bahawa permohonan melalui kuota awam tidak berjaya dan
semasa mereka merujuk ke KMK, penduduk diberitahu ia hanya diberi kepada ahli
mereka yang aktif. Rumah ini sebenarnya terdapat subsidi kerajaan. Dan ia adalah
167
wang ringgit rakyat. Ia tidak harus dipergunakan sebagai satu taktik dapat
sokongan. Yong Peng cadangkan kuota KMK ini dihapuskan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan jawapan dari Dewan yang mulia ini pada
21 Ogos 2013, lot tanah PTD 24689 di Pekan Yong Peng yang seluas 45 ekar telah
diperuntukkan untuk tapak perumahan awam kos rendah. Tapak ini dekat dengan
Taman Selatan. Sebelum projek perumahan ini dimulakan, saya menyeru kerajaan
negeri supaya mengambil langkah pencegahan banjir di sebabkan Taman Selatan
ini telah dilanda banjir serius pada tahun 2006. Yong Peng harap jangan selesaikan
isu rumah tetapi menjana masalah lain seperti banjir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah banjir yang saya sebutkan di atas adalah
disebabkan Sungai Temehel yang di sebelah bersebelahan dengan kawasan
perumahan tidak dikorek dan diselenggara dua kali setahun. Yong Peng berharap
EXCO dapat mengambil berat dalam isu ini. Ia juga bertambah teruk dengan
tapak sungai hanya nampak tanah dan pokok kecil sahaja. Semua tanah, sungai
penuh dengan tanah. Yong Peng juga terima aduan dari penduduk Kampung Seri
Sepakat dan Kampung Haji Kamisan bahawa kebun kelapa sawit dan rumah
mereka dilanda banjir akibat Sungai Bekok dan Sungai Simpang Kiri yang lama tidak
di selenggara. Minta jasa baik EXCO selesaikan masalah penduduk dan pekebun
kampung tersebut di atas. Yong Peng meminta kerajaan negeri melalui JPS agar
penyelenggaraan Sungai Bekok hingga ke Batu Pahat di selenggara dengan baik
untuk mengelakkan kawasan Yong Peng dan sekitarnya tidak berlaku banjir.
Sungai-sungai ini sebenarnya penting untuk mengawal banjir kawasan yang
berhampiran.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Klinik Kesihatan Yong Peng yang baru yang mana
tarikh siap projek yang terpapar tanda tukar dari 5 Oktober 2016 ke 30 Januari 2017.
Saya sangat hairan ini tarikh boleh tukar-tukar setiap kali tampal dengan sticker
sahaja. Kita nampaknya macam sudah siap tapi belum beroperasi. Yong Peng
minta penjelasan EXCO mengapa dan bila klinik ini akan beroperasi?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan tempatan harus adakan dasar garis
panduan dan peraturan sebelum meluluskan satu projek perumahan. Semua
perparitan dan longkang di hilir projek harus diambil kira sebelum kelulusan supaya
projek perumahan tidak menjejas sistem pengaliran di hilir taman perumahan
tersebut. Sebagai contoh, Taman Damai Jaya yang berada di Yong Peng telah di
lulus dan telah mengakibatkan kebun-kebun di bahagian hilir tapak projek, selalu
berlaku banjir kilat dan hakisan tanah. Kebun yang penuh dengan tanah merah
telah merosakkan tanaman dan mengakibatkan pendapatan pekebun
berkurangan. Pekebun-pekebun ini telah banyak kali membawa masalah ini ke
Majlis Daerah Yong Peng tetapi masalah ini masih tidak diselesaikan. Yong Peng
berharap kerajaan negeri dapat mengambil berat isu ini supaya pendapatan
pekebun kecil ini dapat dijamin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semasa kerja melawat ke Kampung Haji Mian
bulan lepas, penduduk kampung merasa kecewa sebab masih tunggu satu lampu,
satu lampu jalan di pasang di persimpangan Empangan Bekok dan Labis, Jalan
Labis. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah tulis surat pada 22 Jun
2016 kepada EXCO Kerja Raya tetapi sampai hari ini masih gelap persimpangan
yang tersebut di atas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini sekali lagi saya bawakan isu berkenaan
kawasan takungan air di Empangan Bekok dan Manong. Yong Peng dimaklumkan
pencerobohan masih tetap berlaku. Yong Peng ingin merujuk kepada jawapan
168
yang terima tadi. Untuk soalan A106 merujuk kepada jawapan 1,2 dan 5 kata nak
pasang pagar, nak korekan parit tapi cadangan Yong Peng, adakah boleh kita
tukarkan semua pokok kelapa sawit ini dengan pokok hutan? Supaya nak elakkan
pencerobohan nak ambil buah kelapa sawit dan berkenaan dengan jawapan
pemakluman kepada pengusaha pertanian agar memberi kerjasama untuk tidak
melakukan sembarang pencemaran. Adakah tanah-tanah ini semua sudah dibagi
pampasan? Ini tanah kerajaan. Apa lagi nak minta kerjasama dari pertanian,
kalau dia ada tanah ceroboh, dengan ini tindakan dari pihak kerajaan kena ambil
tindakanlah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada Ogos 2017 Yong Peng telah menghantar
satu cadangan kepada Majlis Daerah Yong Peng supaya projek-projek dan isu-isu
yang tersenarai dalam surat dapat dimasuk dalam Bajet 2018 Majlis Daerah Yong
Peng. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat telah hantar
surat kepada EXCO Kerajaan Tempatan untuk tindakan. Dan saya berharap isu-isu
dalam kawasan Yong Peng dapat diselesaikan demi menjamin kesejahteraan
penduduk tempatan dan pembayar cukai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu kilang pyrolisis telah wujud di kawasan Yong
Peng dan ia adalah dekat dengan Sungai Sedi. Semasa saya rujuk kepada
Jabatan Alam Sekitar, Alam Sekitar minta rujuk kepada Majlis Daerah Yong Peng,
kata perlesenan di bawah Majlis Daerah Yong Peng. Penduduk khuatir kilang ini
akan membawa pencemaran terhadap sungai dan kawasan sekitarnya. Harap
kerajaan negeri boleh membuat siasatan atas isu ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Bajet 2018 tidak disebut pencegahan
rasuah semasa pelaksanaan setiap projek, program atau peruntukan diberi.
Rasuah ini sebenarnya satu penyakit yang boleh merebak. Maka perlu ada satu
cara mengelakkan dan bukan tunggu lepas sakit baru bagi ubat. Yong Peng
bercadang setiap projek dilaksanakan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
dengan tender terbuka. Yong Peng juga cadangkan proses tender ini memang
perlu dikawal selia yang paling baik SPRM ada dalam Pihak Berkuasa Tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu-isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini
sebenarnya semua suara rakyat. Yong Peng menyeru pihak kerajaan hendak
memandang positif apa jua isu yang dibangkitkan sekiranya berasas. Marilah
bersatu memajukan negeri yang kita cinta ini, semua dilakukan adalah atas
keperluan dan kehendak rakyat. Yong Peng juga nak bawa satu isu berkenaan
banjir kilat pada 15 November 2017. Pada 15 November, Jalan Paloh telah dilanda
banjir. Selepas air surut dapati tanah merah terlonggok di atas jalan raya. Saya
dan juga penduduk-penduduk juga telah telefon hotline Amona itu langsung tidak
ada orang jawab. Selepas beritahu JKR pada hari kedua waktu kerja, baru ada
pekerja JKR datang bersihkan jalan tersebut. Yong Peng ingin dapat jawapan
bagaimana pelaksanaan 04-hotline dari amona.
Yong Peng juga ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, segala isu yang
kita bawa, kita jangan anggap sebagai isu anti kerajaan. Sebenarnya, ini suara
rakyat. Sekali lagi saya ucapkan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sekian, ucapan
Yong Peng. Sekian, terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih, belum suruh sudah berhenti.
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Bekerjasama. Kasi lebih rakan saya yang
lain, Senai. Terima kasih.
169
YB Timbalan Speaker : Sudah duduk, mahu cakap lagi.
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Tak boleh off, rosak, rosak.
YB Timbalan Speaker : Perbahasan diteruskan. Sila Senai. Senai coll aje. Jangan
marah-marah.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Salam sejahtera, salam impian Johor, salam bersih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin merakamkan
penghargaan atas peluang yang diberi untuk membahaskan Bajer Negeri Johor
2018. Terima kasih dan syabas kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam
Dewan yang mulia ini atas perbincangan dan pertukaran pandangan yang sihat
selama 54 bulan yang lalu. Negara kita milik kita semua. Saya percaya sebagai
anak watan Malaysia, ramai yang ingin dan sanggup menyumbang idea serta
tenaga bagi membangunkan negara tercinta. Negara kita kini berada
dipersimpangan yang amat genting. Jalan yang kita pilih hari ini akan menentukan
nasib rakyat dan negara pada masa depan.
Nak berubah jalan pada hari ini selepas 60 tahun, mungkin ada yang berasa susah.
Namun, jika jalan sekarang ini hanya akan membawa kita ke tebing curang
menerjun yang lurahnya penuh binatang buas bergelar korupsi, kronisma dan
kreptokrasi. Kita tidak punya pilihan kecuali untuk berubah. Perubahan ini nescaya
akan membawa kita ke sebuah destinasi sebagai bangsa Malaysia dan bangsa
Johor yang lebih hebat lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika kita telitikan betul-betul bajet yang
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Khamis yang
lalu, kita akan mendapati bahawa iklim ekonomi tidak seceria seperti yang diuar-
uarkan parti pemerintah. Jumlah hasil yang diunjur menurun sebanyak RM100,000
juta kalau berbanding dengan Bajet 2017. Daripada semua jenis pendapatan hasil
ini, premium bagi geran tanah turun paling mendadak. Unjuran premium geran
tanah menyusut daripada RM425.7 juta dalam Bajet 2017 kepada RM265 juta
dalam Bajet 2018. Dalam kata lain, berlaku pengurangan sebanyak 38%. Saya
tidak berasa hairan akan pengurangan ini kerana ianya mencerminkan realiti pada
masa kini, yakni tidak ramai orang yang berani melabur dalam sektor hartanah.
Yang saya hairan ialah unjuran Yang Amat Berhormat Menteri Besar sepanjang
masa ini terlalu konservatif dan play safe dengan izin. Contohnya, jika kita
menganalisa bajet pertama yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar pada penggal ini iaitu Bajet 2014 perbezaan dan unjuran jumlah sebenar bagi
premium dana ialah 250%. Hasil yang diunjur ialah RM130 juta, manakala hasil
sebenar ialah RM458 juta.
Pada tahun berikutnya, dalam Bajet 2015 unjuran premium dana ialah RM190 juta.
Manakala jumlah sebenar RM472 juta iaitu perbezaan sebanyak 150%. Kita semua
sedia maklum bahawa bajet setiap tahun disediakan berasaskan pencapaian
bajet tahun sebelumnya. Namun dalam bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar
kita mendapati bahawa wujud jurang yang amat besar antara unjuran premium
geran tanah berbanding jumlah berbanding jumlah sebenar. Ya betul. Bagi tahun
2016 dan 2017, kerajaan meletakkan unjuran yang lebih tinggi. Namun, terbukti
ramalan kerajaan adalah salah, terutamanya bagi tahun 2017, tahun ini. Unjuran
hasil terlajak tinggi dan tidak mencerminkan realiti ekonomi pada tahun ini. Justeru,
untuk bajet 2018, kerajaan telah menyelaraskan unjuran dengan
mengurangkannya secara mendadak hampir 40%. Saya sarankan dipecat sahaja
penasihat ekonomi Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membuat analisa
170
tentang unjuran hasil tersebut. Saban tahun buat pengiraan salah. Sama ada
terlalu sangat kurang ataupun terlajak lebih sangat, tak pernah tepat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jangan kerajaan anggap ini perkara kecil. Unjuran
ekonomi yang salah akan menyebabkan kerajaan membuat keputusan dasar yang
salah. Pendekatan play safe dengan izin yang menyebabkan unjuran yang terlalu
konsevatif dalam bajet-bajet yang lepas telah mengehadkan imiginasi kerajaan
negeri untuk melaksanakan dasar-dasar yang lebih berani demi kesejahteraan
rakyat negeri Johor. Bayangkan, jika pakatan harapan yang menjadi kerajaan
negeri dan membentangkan bajet, kita sudah mampu untuk mengembangkan
program kesihatan kepada semua isi rumah anak negeri Johor berpendapatan
bulan RM5,000.00 ke bawah sejak 2 tahun yang lalu. Dan bukan hanya terhad
kepada golongan asnaf sahaja seperti sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita menelitikan Bajet 2018 lagi akan timbul
persoalan bagaimana kerajaan dapat mengimbangkan penurunan hasil premium
dana sebanyak RM161 juta. Adakah kerajaan akan mencari sumber pendapatan
yang baru ataupun mengurangkan perbelanjaan? Adakah kerajaan akan
mengikut jejak kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor iaitu melaksanakan
dasar kewangan yang telus seperti tender terbuka untuk membendung rasuah
menutup kebocoran sekali gus menjimatkan kos? Jelas sekali tidak.
Kerajaan Barisan Nasional ini memilih jalan ikat perut rakyat melalui bajet austerity
dengan izin. Bajet kerajaan kali ini tidak lari dengan perumpamaan indah khabar
dari rupa. Disatu belah ucapan bajet, Menteri Besar menceritakan projek-projek
yang telah atau akan dilaksanakan. Di satu belah lagi dalam buku bajet
sebenarnya sarat berita buruk yang tidak masuk dalam cerita Yang Amat
Berhormat Menteri Besar. Contohnya, demi untuk menampung penurunan hasil
kerajaan negeri, unjuran denda lewat bayar cukai tanah meningkat daripada
RM4.5 juta kepada RM13 juta. Peningkatan sebanyak 192%. Unjuran segala hasil
denda dan hukuman meningkat sebanyak RM10 juta ataupun 74%. Adakah ini
bermaksud kerajaan negeri akan menjadikan sebahagian KPI untuk memerah
bayaran denda daripada rakyat ketika masa ekonomi masih merundum? Inilah
bajet ikat perut rakyat. Masa ekonomi naik, rakyat dilupakan. Masa ekonomi turun,
rakyat kena kerah. Kerajaan jenis apa ini yang mengsasarkan keuntungan
daripada peningkatan kesalahan dan pelanggaran undang-undang? Jawabnya
hanya satu, kerajaan yang tidak pandai menguruskan ekonomi, kurang imaginasi
dan tidak menghiraukan kesusahan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, segala alamat dalam Bajet 2018 ini jelas
memberitahu kita bahawa ekonomi tahun depan agak muram. Kerajaan negeri
suka menunjuk-menunjuk surplus dengan izin, dalam gedungnya setiap tahun sejak
2013. Kini dalam musim kemarau ekonomi, kerajaan seharusnya membuka gedung
surplus tersebut supaya rakyat tidak kebuluran. Apakah jenis kerajaan yang tidak
kira musim baik atau musim buruk?Rakyat dipaksa untuk mengikat perut. Izinkan
saya memetik kata-kata tokoh pemikir tersohor abad ke-20. John Maynard Keynes
yang idea-ideanya telah menjadi pedoman kepada pemimpin-pemimpin dunia
masa kini : to refrain from spending at the time of depression not only fails, from the
national point of view to add wealth - it is profligate : it means waste of available
manpower and waste of available machine power, quite apart from human misery
for which it is responsible. Dalam ekonomi ini, kerajaan patut memperluaskan
jaringan keselamatan sosial kepada rakyat, bukan mengetatkan lilitan ikat perut
rakyat.
171
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam bajet kerajaan persekutuan tahun depan,
peruntukan untuk perkhidmatan kesihatan awam dipotong secara drastik.
Contohnya, peruntukan bekalan ubat-ubatan dipotong sebanyak RM19 juta.
Manakala rancangan kesihatan untuk para wanita iaitu saringan memogram
percuma dan vaksinasi HPV percuma telah dimansuhkan. Selama ini perkhidmatan
kesihatan awam kita sememangnya sudah pun berdepan dengan pelbagai
cabaran. Seperti kekurangan katil dan ruang hospital, ketiadaan ubat-ubatan dan
yang terbaru guna semula barang-barang hospital yang sepatutnya bersifat pakai
buang. Kini dengan pengurangan pelbagai peruntukan penting, masalah sektor
kesihatan awam akan menjadi lebih kronik lagi. Keadaan ini memaksa rakyat untuk
mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada sektor swasta. Sudah tentu ini
bermaksud kos penjagaan kesihatan rakyat akan meningkat. Dalam masa
kerajaan persekutuan gagal untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang optimum untuk rakyat, apa pula yang dilakukan oleh kerajaan
negeri? Kita, terutamanya anak negeri Johor dalam aspek ini. Berbeza dengan
kerajaan negeri Pulau Pindang dan Selangor yang sanggup masuk campur untuk
membela hak kesihatan rakyat di negeri-negeri tersebut. Kerajaan negeri Johor
lebih berminat untuk memastikan keuntungan hospital swasta terpelihara. Bagi
rakyat Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya ada kerajaan negeri yang
menjaga mereka di waktu kerajaan persekutuan gagal membuat demikian. Bagi
rakyat Johor pula, sudah jatuh lagi ditimpa tangga. Kedua-dua kerajaan
persekutuan dan negeri seakan-akan tidak menghiraukan kesihatan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berpendapat bahawa kerajaan negeri perlu
berusaha lebih kuat lagi dalam aspek kesihatan rakyat Johor. Benar, kesihatan
merupakan bidang kuasa persekutuan. Namun, seperti yang saya sebut tadi,
dalam masa kerajaan persekutuan gagal memberikan perkhidmatan kesihatan
yang terbaik, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab moral untuk campur
tangan. Cadangan saya ialah bagi golongan berpendapatan bulanan RM3,000.00
dan ke bawah, kerajaan negeri patut memberikan subsidi setiap kali mereka
mendapatkan perkhidmatan doktor, tak kira di klinik awam mahupun swasta.
Berbanding program-program kesihatan rakyat di Pulau Pinang dan Selangor. Skim
kerajaan negeri Johor jauh ketinggalan. Skim Johor yang diperuntukkan RM1.9 juta
sebenarnya ialah skim insurans untuk golongan yang paling miskin sahaja. Sasaran
ini terlalu kecil, sikit dan tidak mencukupi berbanding keperluan terdesak masa kini.
Kos kesihatan bukan sahaja beban kepada golongan asnaf, malah ia beban yang
besar kepada golongan pekerja terutamanya isi rumah berpendapatan rendah
dan menengah. Jika bajet Pulau Pinang yang hanya RM1.3 bilion mampu untuk
memberi rawatan percuma klinik swasta kepada hampir 200,000 isi rumah dengan
peruntukan RM60 juta, tak kan Bajet Johor yang lebih tinggi 15% daripada Pulau
Pinang hanya mampu memberikan insurans kesihatan kepada 15,724 orang
individu sahaja dengan peruntukan RM1.9 juta. Dalam keadaan ekonomi yang
lembap kerajaan wajar memastikan keluarga yang bukan golongan asnaf tidak
jatuh ke dalam golongan asnaf disebabkan bebanan kos kehidupan yang asas
seperti kesihatan semakin berat. Buat apa kerajaan melabur dalam hospital swasta
iaitu KPJ tetapi kesihatan anak negeri Johor sendiri terabai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya bangkitkan beberapa isu kawasan tapi
terlebih dahulu memandangkan ini merupakan sesi Bajet yang terakhir sebelum
tamatnya penggal Dewan Negeri untuk kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke
14. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
kepada rakyat dan pengundi Senai yang telah memberi peluang kepada saya
untuk berkhidmat sebagai wakil mereka dalam Dewan ini. Terima kasih kepada
penduduk Senai.
172
Berbalik kepada isu kawasan Senai, pertama sekali satu U-turn diperlukan di Saleng.
Saya faham bahawa JKR dalam menutup semua simpang keluar masuk kecuali
Simpang Kampung Saleng atas faktor keselamatan orang awam. Namun orang
ramai masih memerlukan satu U-turn untuk pusing balik ke arah Kulai kerana
kawasan komersial dan industri yang terletak di kawasan sebelah sana. Buat masa
ini ramai pengguna jalan raya menggunakan simpang masuk pejabat Lebuh raya
iaitu di lokasi tol Senai dahulu.
Untuk pusing balik ke arah utara semua tahu bahawa kita tidak dibenarkan untuk U-
turn di sana, tapi apa boleh buat jika tidak buat U-turn di lokasi tersebut pengguna
jalan terpaksa berjalan 3 ke 5 kilometer lagi untuk membuat pusingan balik. Setelah
membuat kajian trafik lokasi tersebut dan mengambil maklum pemindaan
pengguna jalan di sana, saya ingin cadangkan agar JKR membina satu U-turn yang
lebih selamat untuk arah ke utara dan selatan. Saya berharap kerja ini
dipercepatkan dan demi keselesaan dan keselamatan trafik di kawasan Saleng.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu kedua ialah tentang masalah longgokan
sampah dan pembakaran sampah yang kian serius di kawasan Saleng. Saya telah
bangkitkan isu ini sejak saya dipilih sebagai Wakil Rakyat Senai dalam Dewan yang
mulia ini pada 2013. Namun sehingga kini sudah 4 tahun masalah ini masih belum
dapat diselesaikan oleh Pihak Berkuasa. Kilang tersebut telah pun disabitkan
kesalahan melakukan pembakaran haram dalam kawasan kilangnya pada tahun
2015. Walaupun sudah kena tangkap 2 tahun lalu tahun ini kilang yang sama
didapati membuang sampahnya di luar kawasan kilang dan melakukan
pembakaran secara terbuka pada waktu malam. Adakah pengusaha kilang
mempunyai perlindungan istimewa daripada Pihak Berkuasa sehingga berani
melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bayangkanlah kehidupan orang kampung yang
tinggal dalam lingkungan 1 kilometer dari lokasi tersebut. Setiap hari bangun tidur
sahaja akan berdepan udara berbau busuk dan tercemar. Pihak Berkuasa
Tempatan bukannya tidak tahu tingkah laku kilang tersebut tetapi mereka buat-
buat tidak tahu. Kompaun yang dikenakan sebelum ini jelas tidak cukup untuk
mengekang perlakuan tidak bertanggungjawab pengusaha kilang sebegini. Pihak
Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi berkaitan perlu mengambil tindakan yang
lebih keras agar insiden ini tidak berulang lagi. Jangan pertaruhkan kesihatan
penduduk Senai dan Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu seterusnya ialah tentang masalah tempat letak
kereta di kawasan komersial Indahpura. Bayangkan terdapat 4 buah bank yang
berada dalam lingkungan 100 meter. Pekerja-pekerja ke empat-empat bank
tersebut pun telah melebihi 100 orang. Kalau seorang pekerja memandu sebuah
kereta bina 1 blok tempat letak kereta bertingkat pun tidak mencukupi.
Ini belum ambil kira pelanggan bank yang lebih suka meletak kereta mereka
sedekat mungkin dari destinasi mereka. Kalau boleh, nak parking betul-betul di
hadapan kedai. Kita boleh faham mengapa orang ramai tidak mahu meletak
kereta jauh sedikit dan berjalan kaki ke destinasi. Ini disebabkan kemudahan
pejalan kaki yang serba kekurangan.
Pertama, tiada laluan berbumbung dari satu blok ke blok yang lain. Bila panas
terpaksa bermandi peluh, bila hujan basah kuyup. Keduanya tiada laluan kerusi
roda atau pun yang mesra warga emas di antara blok. Ketiga, faktor keselamatan
terutamanya untuk wanita. Jika parking terlalu jauh untuk pergi ke bank, takut pulak
menjadi mangsa ragut. Justeru semua orang berpusu-pusu untuk meletak kereta
173
sedekat mungkin. Justeru saya menyeru Majlis Perbandaran Kulai untuk ambil
contoh daripada pembangunan kawasan Sutera Utama.
Pihak Berkuasa Tempatan boleh bekerjasama dengan pusat membeli-belah untuk
membina bumbung tinggi yang menghubungkan semua blok kedai dan pusat
membeli-belah. Mungkin Majlis Perbandaran boleh menggalakkan pengusaha
tempat letak kereta swasta untuk memberikan diskaun khas kepada pekerja-
pekerja di pejabat sekitar kawasan Indahpura untuk meletakkan kereta mereka di
tempat letak kereta AEON dari Isnin ke Jumaat.
YB Timbalan Speaker : Senai, sila gulung.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Ada 2 isu lagi. Saya akan cepatkan, terima kasih. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, saya sedia maklum bahawa Ahli Majlis ada
mencadangkan untuk membina sebuah tempat letak kereta bertingkat. Namun
penyelesaian yang lebih mudah, murah dan cepat untuk dilaksanakan ialah
dengan mempertingkatkan kemudahan pejalan kaki, ini lebih realistik. Janganlah
membazir duit untuk bina satu blok tempat letak kereta baru yang akhirnya menjadi
gajah putih kerana tiada orang sudi menggunakannya disebabkan jauh dan susah
untuk berjalan ke destinasi mereka. Balik-balik isu yang sama, kemudahan pejalan
kaki.
Yang isu terakhir Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu terakhir berkait rapat dengan
integriti kerajaan negeri dan integriti Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri.
Pada bulan Mac yang lalu kita dikejutkan dengan satu skandal yang besar dan
saya dapati bahawa dakwaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah
dituduh menerima wang sejumlah RM12 juta yang mana RM11.2 juta dalam bentuk
tunai daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada
lot bukan bumiputera. Adakah tuduhan ini benar?
Semua dakwaan ini merupakan kenyataan seorang saksi dalam siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Saksi ini tidak lain dan tidak bukan
merupakan orang tengah dalam semua transaksi tersebut. Saya telah
dimaklumkan tentang kenyataan saksi tersebut setelah ada pihak memuat naik
dokumen-dokumen berkaitan laman web. Daripada pendedahan tersebut, kita
mendapati bahawa wang yang dibayar kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, EXCO dan orang tengah hampir sama dengan jumlah sumbangan pemaju
kepada Tabung Perumahan Negeri Johor...
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, ini
tuduhan. Saya rasa ini tak boleh.
YB Timbalan Speaker : Senai, sila duduk. Duduk. Perkara ini di dalam mahkamah
tak payah disebut di sini eh.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tuduhan.
YB Timbalan Speaker : Bahaskan perkara lain.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Ya, memang ini dalam proses mahkamah. Tapi, saya
ingin sahkan dalam Dewan yang mulia ini.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sangkaan yang buruk Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
174
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Mahkamah pun tak libatkan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak terlibat
langsung dalam pertuduhan di dalam mahkamah. Jangan ditimbulkan.
YB Timbalan Speaker : Sila Senai, berubah ke tempat lain. Ataupun, sila gulung.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) :Ok, point terakhir saya.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dato’ Speaker, minta Yang
Berhormat Senai tarik balik. Ini satu tuduhan. Mana ada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar kena dakwa kat mahkamah. Tak ada.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Ini adalah kenyataan saksi.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ini adalah kenyataan, sangkaan
buruk Dato’ Speaker.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Dalam kenyataan dia, siasatan SPRM.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sangkaan buruk kepada Yang
Berhormat-Yang Berhormat yang lain.
YB Timbalan Speaker : Ok Senai, tarik balik kenyataan tadi.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
sebenarnya Menteri Besar perlu mengambil keputusan untuk membuat penjelasan
di dalam Dewan.
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, duduk!
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) :Yang Berhormat Dato’ Speaker, dokumen ini telah
dimuat naik oleh pihak tertentu ke laman web. Dan ini bukan
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Kalau ikut laman web, macam-
macam cerita ada.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Tak semestinya betul. Dato’
Speaker, tarik balik tu. Ini salah.
YB Timbalan Speaker : Ok, Senai
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Inilah bukti yang telah dimuat naik oleh orang lain.
Saya cuma sebutkan sahaja dan minta Yang Amat Berhormat memberi
penjelasan...
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Laman Web mana ada, mana
boleh guna laman web punya kenyataan Dato’ Speaker.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : tarik balik, tarik balik je lah.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker...
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Adakah benar atau tidak dalam Dewan yang mulia ini.
175
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
ini adalah sangkaan yang buruk. Senai, tarik balik.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau
SPRM dapat menyatakan bahawa semua dokumen itu adalah palsu, dan saya rasa
itu adalah penting untuk membuktikan sesiapa yang terlibat dalam kes skandal ini.
YB Timbalan Speaker : Ini bukan forumnya. Kita ada mahkamah. Benda dah
disebutkan dalam mahkamah tak boleh dibincangkan dalam sini.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Dato’ Speaker, sebenarnya tidak timbul
masalah tarik balik. Dia timbulkan soalan.
YB Timbalan Speaker : Mengkibol, duduk!
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Dia tak buat tuduhan. Dia tanya adakah
benar?
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ini tak boleh tanya sini. Ini bukan
tuduhan atau sangka buruk, ini adalah satu kenyataan yang belum tentu lagi betul.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Apabila kita meneliti ucapannya, beliau
tanya adakah benar? Beliau tidak buat tuduhan, tak buat kenyataan. Dia tanya,
adakah benar?
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dato’ Speaker, Dato’ Speaker,
minta saya baca peraturan. Dato’ Speaker, minta saya baca peraturan. Dato’
Speaker, peraturan. Peraturan 45
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Mohon Menteri Besar membuat
penjelasan, kalau tak ada cakap tak ada.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Peraturan! Peraturan! Dato’
Speaker, Peraturan.
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, duduk. Duduk semua.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Saya nak cakap Peraturan Dato’
Speaker. Perkara 45.
YB Timbalan Speaker : Ok, saya tahu Peraturan. Duduk! Ok, menurut peraturan,
perkara yang dibawa di mahkamah tidak boleh dibawa di Dewan ini. Pekan Nenas
duduk! Jadi, saya minta Senai tarik balik dan teruskan perbahasan.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau ini
sudah masuk dalam kes...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Minta Senai tarik balik saja. Minta
Senai tarik balik saja.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) : Apa yang diucapkan oleh Senai adalah
betul.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Saya berhak baca peraturan.
Dato’ Speaker, bagi saya baca peraturan.
176
YB Timbalan Speaker : Ok, Senai, tarik balik. Biar mahkamah yang menentukan.
Bukan Dewan.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini dokumen yang
dimuat naik dalam laman web. Saya cuma minta Yang Amat Berhormat membuat
penjelasan dalam Dewan yang mulia ini.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Lama web mana boleh kira.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Kalau tidak betul, katakan tidak betul sahaja. Jadi,
pertuduhan di luar sana tidak betul.
YB Timbalan Speaker : Ya, biar nanti Yang Amat Berhormat pergi ke mahkamah la.
Jangan di Dewan ini.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Akhirnya, saya merafak sembah ke bawah Duli Tuanku
Sultan Johor agar sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat
pendedahan in dan sekali gus membersihkan nama baik kerajaan Tuanku, jika
didapati kerajaan negeri tidak terlibat.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Dato’ Speaker, peraturan. Suruh
tarik balik.
YB Timbalan Speaker : Mengikut Peraturan 45, jangan mengadakan sangkaan yang
buruk. Jadi Senai tarik balik perbahasan, kalau tidak saya berhentikan. Cepat.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Kalau tak, jangan berhenti.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya belum habis lagi,
tapi saya akan gulungkan. Walaupun tidak tentu lagi siapa yang akan kembali ke
Dewan yang mulia ini selepas PRU ke 14,
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Dato’ Speaker, minta tarik balik.
Belum selesai ni, belum selesai. Tarik balik.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Harapan besar Rakyat ialah tertubuhnya sebuah
kerajaan yang bersih, amanah dan peduli rakyat demi kesejahteraan dan
kemakmuran negeri Johor. Hidup rakyat. Sekian, terima kasih.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Peraturan 45, perkara 13.
YB Timbalan Speaker : Ok, Bukit Permai duduk. Ok Senai, kita selesaikan. Tarik balik
tadi, oleh kerana ini adalah perkara yang akan dibicarakan di mahkamah, tarik
balik dan Senai gulung dan habiskan. Cepat.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Dah gulung dah.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tarik balik. Mendatangkan
sangkaan-sangkaan yang tidak baik kepada Ahli-Ahli yang lain Yang Berhormat
Dato’ Speaker.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : U jangan buat dalam Dewan,
prasangka buruk dan tuduhan tidak betul.
177
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Peraturan 45 Perkara 13.
Seseorang Ahli itu tidak boleh sekali-kali mendatangkan sangkaan-sangkaan yang
tidak baik kepada seseorang Ahli lain, menuduh ke atas diri seseorang Ahli lain. Tak
boleh.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : kepada sesiapa pun untuk
membuat penjelasan. Dan kalau kes ini akan dibawa ke mahkamah, adakah
bermakna apa yang disebutkan oleh Senai, adalah betul?
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tarik balik Yang Berhormat Dato’
Speaker. Jelas dalam peraturan.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin kata satu
kali lagi. Ini dokumen ialah yang telah dimuat naik oleh pihak tertentu ke laman
web. Bukan pertuduhan tanpa bukti atau bukan-bukan.
YB Timbalan Speaker : Laman web tu orang semua boleh masuk.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Itu saya minta penjelasan Yang Berhormat sahaja,
kalau betul-betul tidak pernah..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Anda hendak gunakan Dewan
ini...
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Nafikan dalam Dewan yang mulia ini tidak bahawa
beliau tidak pernah menerima, tidak pernah menerima dalam tunai, dalam kes itu
sahaja.
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) : Datuk Speaker, minta dia tarik
balik.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Justeru...
YB Timbalan Speaker : Ok Senai, tarik balik. Kalau tidak saya akan ambil...
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, lebih baik
daripada Senai menarik balik ucapannya..
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Pekan Nenas, duduk. Pekan Nenas
cakap Melayu pun tidak betul. Duduk.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Lebih baik Menteri Besar menafikannya
dalam Dewan ini, ini lebih penting dalam Dewan kita perlu mencari kebenaran.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Duduklah.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Peraturan 45 (xiii) (a) ; Seorang
Ahli tidak boleh sekali-sekali mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tidak baik
kepada seorang Ahli yang lain. Menuduh ke atas diri seorang Ahli lain. Jelas Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kena tarik balik.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Kena tarik balik.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Ini minta penjelasan.
178
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Ini bukan tuduhan, ini satu sangkaan orang
lain.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Tarik balik.
YB Timbalan Speaker : Ini memang tuduhan, kalau cakap dekat sini makna dah
tuduhan. Senai..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang,
memang Senai...
YB Timbalan Speaker : Mengkibol jangan campur. Senai.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dia tidak buat, dia tidak buat apa-apa
tuduhan. Dia hanya tanya, sebab apabila dia baca dalam laman web...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Mengkibol, duduk.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Mengkibol, duduk.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Mengkibol, duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dia minta untuk penjelasan dalam Dewan ini.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Senai tarik balik. Mengkibol duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Jadi, saya rasa ini satu platform yang sesuai
supaya...
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kita ambil tindakan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Kita cari satu peluang..
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ini Pekan Nenas, sahaja cari
sebab untuk tidak hadir...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Supaya...
YB Timbalan Speaker : Ini bukan platform yang sesuai oleh kerana dah ada
tindakan Mahkamah, maknanya kita tidak boleh bincangkan dekat sini.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Untuk menjawab. Kalau tidak..
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Kalau tidak, ada akan berlaku salah sangkaan
terhadap Yang Amat Berhormat.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dato’ Speaker, Dewan ini ada
peraturan lah. Bukan ikut suka-suka cakap sahaja, ada peraturan.
YB Timbalan Speaker : Ok.
179
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Memang tidak melanggar, memang tidak
melanggar Peraturan 45 itu, memang tidak sebab hanya menimbulkan soalan,
hanya meminta penjelasan.
YB Timbalan Speaker : Tak, tidak boleh timbulkan soalan apa-apa, apabila dah ada
tindakan Mahkamah.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Apakah salah...
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Jangan tegakkan benang yang
basahlah.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Kalau dalam kes mahkamah..
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Dato’ Speaker, sila buat keputusan Dato’ Speaker, sila buat keputusan,
Dato’ Speaker.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Menyatakan satu tuduhan yang benar.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Apasal takut sama ini? Baru jentik sedikit sahaja,
sudah melenting..
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Undang-undang..
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dato’ Speaker buat keputusan.
Dato’ Speaker, buat keputusan.
YB Timbalan Speaker : Bukan soal takut, tak takut, tetapi ini soal Peraturan ya.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Kalau tidak ada, cakap tidak ada.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini bukan takut lah, ini peraturan.
Peraturan.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Baru jentik sikit sahaja sudah mahu melenting.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ini tak betul, bukan pasal takut,
ikut peraturan, tak takut jangan mulakan. Kita tidak takut, jangan mulakan benda
yang tidak betul, ini tidak betul.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : ini menunjukkan mereka takut.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Tak ada takut punyalah.
YB Timbalan Speaker : Ok, Pekan Nenas duduk. Ok Senai tarik balik. Ini perkara di
dalam tindakan Mahkamah, ini Peraturan ya. Jemput.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Saya ingin kata satu kali lagi, saya tidak akan tarik balik
kerana ini adalah dokumen yang dimuat naik...
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ok, dia tak nak tarik balik, kita ambil
tindakan. Keputusan Speaker.
180
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bawa, rujuk ke Jawatankuasa.
Kita setuju, 10 orang bangun. Kita akan bawa ke Jawatankuasa.
YB Timbalan Speaker : Ada lebih daripada sepuluh ya?
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ok.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerana
ada pihak yang terlibat dalam kes skandal dia tidak sesuai untuk mengambil
pendirian dalam kes ini. Sebab itu saya memohon orang yang terlibat dalam kes ini
tidak harus dikira, dalam perkiraan...
YB Timbalan Speaker : Ok, dah lebih dari sepuluh. Kita ambil tindakan. Kita rujukan
kepada...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Semua orang boleh bangun, kita
buat keputusan.
YB Timbalan Speaker : Ok, kita ambil tindakan, rujukkan. Kita rujukkan Ahli Senai ke...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ke Jawatankuasa.
YB Timbalan Speaker : Jawatankuasa Khas ya. Ok. Senai terus gulung. Dah habis.
Gulung.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Masa dah...
YB Timbalan Speaker : Ok.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi saya chance lagi
untuk buat gulungan.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Hah.. dah habis..
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Kita dah bawa dia ke
Jawatankuasa, tak payah lagi.
YB Timbalan Speaker : Ok. Kita sambung. Sila Bekok.
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) : Terima kasih Dato’ Speaker. Selamat tengah hari
dan salam sejahtera. Bekok ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi
ucapan sempena Mesyuarat Ketiga Bajet 2018 bagi Penggal Persidangan Kelima
Dewan Negeri Johor Yang Ke-13.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada hari ini Bekok ingin mengutarakan beberapa
isu penting dalam Dewan yang mulia ini untuk membangkitkan perhatian pihak-
pihak berkuasa supaya isu-isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin demi
kebajikan rakyat.
Pertama, Bekok menyeru pihak berkenaan seperti Lembaga Getah Malaysia, RISDA,
Jabatan Pertanian atau pihak yang berkenaan mengambil perhatian terhadap
masalah kekuningan dan keguguran daun pokok getah yang sedang dihadapi
oleh pengusaha dan pekebun getah di kawasan Bekok dan Labis sejak setahun
yang lalu. Masalah ini disebabkan oleh punca yang kurang jelas. Ada pekebun
yang mengatakan bahawa keadaan kekuningan dan keguguran daun pokok
181
getah sepanjang tahun adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria yang tidak
diketahui. Akan tetapi, perkara ini telah dinafikan oleh pihak Lembaga Getah
Malaysia. Sebaliknya mengatakan bahawa keadaan ini adalah disebabkan oleh
cuaca panas.
Jika bukan disebabkan oleh jangkitan bakteria apa sebabnya masalah ini hanya
berlaku di kawasan Bekok dan Labis sahaja? Bekok berharap agar pihak
berkenaan membuat siasatan yang lebih lanjut dan memberi penerangan yang
lebih jelas kepada orang awam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau bagaimanapun, pada hakikatnya, keadaan
sebegini telah mengakibatkan kerugian pekebun dan pengusaha getah kerana
hasil getah semakin berkurangan disebabkan oleh masalah kekuningan dan
keguguran daun pokok getah sepanjang tahun. Yang menerukkan keadaan
sebegini ialah harga pasaran getah yang rendah telah menyebabkan pendapatan
para pekebun, pengusaha dan penoreh getah terjejas dan semakin berkurangan.
Maka, Bekok menyeru pihak berkuasa agar mengambil perhatian dan tindakan
yang lebih proaktif untuk mencari punca yang menyebabkan masalah kekuningan
dan keguguran daun pokok getah yang sedang dilanda di kawasan Bekok dan
Labis. Bekok juga menggesa pihak berkuasa supaya mencari jalan untuk
membantu mereka yang sedang menghadapi masalah tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kedua, isu yang selalu Bekok bangkitkan dalam
Dewan ini ialah sistem pengangkutan. Bekok telah lupa berapa kali bahawa Bekok
telah bangkitkan isu yang berkenaan dalam Dewan yang mulia ini. Dukacitanya,
nampaknya pihak berkuasa masih belum selesaikan masalah berkenaan yang
selalunya membawa kesulitan kepada penduduk Bekok, bahkan seluruh penduduk
di dalam kawasan Parlimen Labis.
Bekok telah banyak kali menekankan bahawa kerja projek menaik taraf jalan
persekutuan Segamat ke Yong Peng patut dipercepatkan demi keselamatan dan
kemudahan pengguna jalan raya. Hal ini demikian adalah kerana tarikh
permulaan kerja projek ini selalu berubah-ubah. Dari awal tahun, pertengahan
tahun, akhir tahun sehingga tahun depan. Bilakah pihak berkenaan akan
memulakan projek ini?
YB Timbalan Speaker : Bekok sila duduk.
YB Timbalan Speaker : Bekok sila sambung.
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) : Atau selepas pilihan raya? Janji tidak ditepati,
penangguhan tarikh yang tidak diketahui. Kepercayaan di mana pergi?
Bagaimanakah rakyat hendak mempercayai dan yakin pada kerajaan yang
selalunya berubah-ubah dasar?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk pengetahuan penangguhan projek
penaiktarafan jalan persekutuan ini pastilah akan membawa mudarat kepada
pengguna jalan raya. Sebagai contoh, masalah jambatan kembar, garisan jalan
raya yang tidak jelas, keadaan jalan raya yang teruk, rosak, berlubang, tidak rata
dan sebagainya amat membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat
kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia tahun lepas. Sehingga berapakah
nyawa yang telah terkorban barulah menyedari pegawai-pegawai atau pihak
berkuasa yang masih tidur dan mimpi? Setiap nyawa adalah harta negara dan
182
tidak patut diabaikan dan menyebabkan sesuatu keluarga dan negara mengalami
kerugian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sistem pengangkutan di kawasan Labis, Chaah dan
Bekok amat teruk dan tidak sempurna. Kawasan ini bukan sahaja dipulaui
daripada projek perkhidmatan Bas Muafakat Johor yang percuma, bahkan kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api juga tidak dijaga.
Sebagai contoh, tiada perkhidmatan bas awam di kawasan pekan Bekok, malah
kekerapan kereta api yang berhenti di Stesen Labis dan Bekok juga telah
dikurangkan. Bukan itu sahaja, tambang bas tempatan, perjalanan jarak jauh dan
kereta api yang telah meningkat menyebabkan beban penduduk semakin berat
terutamanya golongan lapisan bawah, warga emas dan pelajar-pelajar yang
melanjutkan pelajaran di bandar. Dukacitanya, kerajaan nampaknya masih tidak
menyedari masalah yang rakyat hadapi sekarang. Sebaliknya hanya menunjukkan
angka-angka berkenaan ekonomi yang tidak dapat dirasai oleh rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada zaman yang menghadapi ke arah harga
barangan harian keperluan harga petrol yang tinggi ini, kerajaan patutlah lebih
menumpu perhatian terhadap kebajikan dan kemudahan rakyat di luar bandar
serta mengurangkan impak daripada inflasi barangan harian. Maka, Bekok
menyeru kerajaan negeri sekali lagi untuk membina satu jalan singkat yang
menghubungkan Bekok dengan Paloh yang memudahkan penduduk Bekok ke
kawasan bandar. Bekok amat berharap agar memendekkan jurang antara
penduduk Bekok dengan bandar dari segi jarak perjalanan, ekonomi, pendidikan,
pertanian, budaya dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu ketiga yang Bekok ingin menekankan di sini ialah
talian tetap dan Wifi TM. Kerajaan negeri telah melancarkan free-Wifi Johor secara
percuma dalam negeri Johor. Pada asasnya, motifnya adalah betul dan patut
disambut baik oleh orang ramai kerana kerajaan negeri betul-betul mengetahui
keperluan rakyat pada semasa. Sila bayangkan pada zaman globalisasi dan
berteknologi tinggi ini, hampir setiap orang mempunyai telefon pintar. Maka,
perkhidmatan telefon dan wifi telah pun menjadi keperluan kehidupan harian yang
penting untuk berkomunikasi dan berhubung dengan seluruh dunia. Siapakah tidak
tahu apa itu wifi? Namun begitu, masih terdapat sudut Johor yang tidak ada
perkhidmatan telefon dan Wifi TM, iaitu di Taman Seri Sejati, Taman Maju Jaya 1 dan
Taman Maju Jaya 2, Labis.
Sementara itu, pihak berkuasa juga tidak menyedari tentang masalah ini sehingga
penduduk tempatan membuat aduan. Pengajaran dan aduan penduduk Taman
Maju Jaya 1 bukan sahaja tidak diambil berat oleh pihak Majlis Daerah Labis, malah
kejadian sebegini masih berlaku lagi di Taman Maju Jaya 2 dan Taman Seri Sejati
yang baru siap dibina. Kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat
telah menyebabkan mereka susah untuk berhubung dengan orang lain. Ekoran
daripada kekurangan infrastruktur ini, penduduk setempat tidak dapat menikmati
kemudahan untuk mendapat berita terkini dan membuat panggilan, sistem sekuriti
rumah tidak dapat berfungsi, pelajar tidak dapat melayari Internet untuk tujuan
pembelajaran dan peniaga pula mengalami kesulitan semasa menjalankan
perniagaan mereka.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat kini, masih tiada pihak yang sudi
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut sejak beberapa tahun
yang lalu.
183
YB Timbalan Speaker : Bekok sila duduk. Ahli-Ahli Yang, Berhormat Persidangan
saya tangguhkan ke jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:15 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang.
YB Tan Sri Speaker mengetuai Persidangan.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan kita sambung semula. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, mengikut Peraturan Tetap Dewan Negeri ini, seseorang Ahli tidak
boleh mendatangkan sangkaan yang tidak baik kepada Ahli-Ahli yang lain. Oleh
yang demikian, apa yang telah berlaku tengah hari tadi, saya mohon YB Senai
menarik balik segala ungkapan tuduhan yang dilemparkan kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar. Saya minta YB Senai menarik balik kenyataan-kenyataan
yang dilemparkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jemput.
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Senai tidak akan tarik
balik.
YB Speaker : Senai..
YB Cik Wong Shu Qi (Senai) : Tidak akan tarik balik.
YB Speaker : Yang Berhormat Senai, kita mempunyai peraturan-peraturan yang
mesti dipatuhi oleh setiap kita yang menjadi anggota Ahli Dewan. Oleh sebab
Yang Berhormat Senai tidak mahu menarik balik, dia mendatangkan sesuatu yang
bercanggah dengan peraturan-peraturan Persidangan kita. Dengan ini, saya
menggunakan kuasa saya supaya Yang Berhormat Senai keluar daripada Dewan
ini sekarang juga. (Dewan bertepuk).
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol,
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri..
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, sila duduk. Saya hendak selesaikan
masalah Senai ini dulu.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tak. Tan Sri Speaker, ada sesuatu yang
berkaitan di mana telah, Dewan yang mulia ini telah meluluskan satu usul untuk
dibawa kes ini untuk dibincangkan di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,
maka..
YB Speaker : Yang.. Yang Berhormat Mengkibol..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : maka, tindakan untuk minta dia dikeluarkan
tidak ini..
184
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, Usahkan Speaker bercakap. Ahli-Ahli
yang lain bercakap pun, Yang Berhormat kena hormati. Saya telah buat
keputusan, minta Yang Berhormat Senai, meninggalkan, keluar daripada Dewan ini
sekarang juga.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, boleh tak
saya berikan sedikit, memberikan sedikit pendapat..
YB Speaker : Tidak, saya nakkan tindakan YB Senai. Bentara, sila jalankan tugas.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, tadi telah membuat satu
keputusan, untuk merujukkan Yang Berhormat Senai..
YB Speaker : Tak ada keputusan Yang Berhormat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tadi, tadi sudah dirujukkan..
YB Speaker : Tidak ada keputusan yang diambil. Saya dah meneliti. Tidak ada
keputusan. Cadangan, cadangan, tetapi tidak ada keputusan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tadi telah..
YB Speaker : Keputusan ini yang saya ambil, dan keputusan saya ini yang kena
berkuat kuasa. (Dewan bertepuk).
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi Yang
Berhormat Dato’ Speaker ada dalam mesyuarat untuk..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, apa juga
keputusan dalam Dewan ini, keputusan Speaker adalah muktamad, bacalah
aturan ini.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bukan, tak ada takkan satu..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tak ada..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Kalau, kalau dikirakan satu kesalahan, tidak
akan dihukum dua kali.
YB Speaker : Saya dah arahkan keluar Yang Berhormat Senai..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Kalau sudah merujukkan kepada Yang
Berhormat Senai..
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Senai telah mematuhi
arahan saya keluar Dewan, bila dia keluar Dewan, selesailah perkara ini.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bukan, Tan Sri Speaker. Satu kesalahan,
kalau dikirakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Tetap yang telah
diputuskan oleh Speaker, kalau sudah ada satu keputusan yang telah dibuat..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Tan Sri Speaker..
185
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tidak akan ada, tidak boleh didatangkan
kali kedua, keputusan kali yang kedua.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ini tidak adil kepada Yang Berhormat Senai.
Tadi sudah buat satu keputusan untuk merujukkan Yang Berhormat Senai ke
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Yang Berhormat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang telah diputuskan tadi dan di..
YB Speaker : Furtherly then, saya tidak ada keputusan yang dibuat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tidak akan, tidak akan..
YB Speaker : Tidak ada keputusan yang dibuat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tadi sudah buat keputusan Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Tidak ada. Tidak ada keputusan yang dibuat.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tadi setahu kita...
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Keputusan Speaker adalah
muktamad.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Pihak di..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Pihak di sebelah sini, tadi telah membincang
perkara ini..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Sekejap, Yang Berhormat, duduklah.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, ini..
YB Speaker : Kita ini..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, ini..
Bukan gerai untuk kita berbahas..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Saya berharap Tan Sri Speaker
mempertimbangkan..
YB Speaker : Yang Berhormat Panti, jemput-jemput kalau ada kebenaran waktu
Yang Berhormat mempengerusikan mesyuarat tadi. Cuba..
186
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Imbas balik..
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Biar saya jelaskan, tadi memang ada
diperbahaskan, tapi belum diputuskan. Patut tadi saya buat keputusan mengundi.
Tapi saya tidak buat keputusan, jadi keputusan Speaker adalah betul.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, tadi sudah ada sepuluh..
YB Speaker : Yang Berhormat Jementah..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ahli Yang Berhormat daripada pihak
pemerintah..
YB Speaker : Jementah..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Berdiri untuk menyokong usul yang dibawa..
YB Speaker : Tapi Yang Berhormat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bermaksud usul tersebut, telah diluluskan,
dan..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Usul untuk merujukkan..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Perkara ini adalah serius..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : merujukkan Yang Berhormat Senai..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Kerana Yang Berhormat Senai
juga telah melanggar perkara, Peraturan 25J..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah
diluluskan..
YB Speaker : Yang Berhormat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tidak seharusnya,..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Iaitu sesuatu soal itu tidak boleh
ditanya..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Perkara ini dibangkitkan sekali lagi..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Berkenaan kenyataan-kenyataan
dalam media..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Satu kesalahan, sekiranya satu kesalahan..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Atau yang dikeluarkan oleh
seseorang bagi dirinya sendiri atau badan-badan kewangan adalah tepat..
187
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Sekiranya ialah satu kesalahan..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : pada pandangan Yang Berhormat Tan Sri..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Teruskan..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Speaker, saya menghormati Tan Sri Speaker.
Tapi keputusan yang telah dicapai tadi tidak harusnya ni, apa ni, diulang balik lagi
dengan keputusan menghalau Yang Berhormat Senai keluar daripada Dewan yang
mulia ini.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Senai dah keluar.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Kita menghormati peraturan-peraturan.. Tan
Sri Speaker.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Senai dah keluar.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tidak boleh dihukum dua kali. Sudah hukum
satu kali, jangan hukum..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Itu tafsiran..
YB Speaker : Ha..ha..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : sekali lagi..
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ikut peraturan, ikut peraturan. Ikut
peraturan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Sebab.. ya.
YB Speaker : Duduk, duduk.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Duduk, duduk. Duduk.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Saya mohon satu..
YB Speaker : Duduk Yang Berhormat..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Keputusan yang adil.
YB Speaker : Takkan kita nak bertengkar. Dalam perkara ini kita rujuk kita punya
peraturan. Yang Berhormat yang menjalankan ataupun mengetuai mesyuarat
tengah hari tadi telah pun menyatakan tidak ada sebarang keputusan yang
dibuat. Maka itu, saya membuat keputusan. Keputusan saya supaya Senai..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bermaksud..
YB Speaker : Duduklah..
188
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Boleh saya mencelah sedikit.
YB Speaker : Hormati sayalah.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Bagus..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Teruskan Yang Berhormat Tan Sri.
YB Speaker : Saya telah minta Senai supaya menarik balik. Senai enggan menarik
balik. Saya ambil keputusan oleh sebab dia enggan menarik balik, saya ambil
keputusan, meminta Senai keluar dari Dewan ini. Full stop. Selesai. Apa masalah
Yang Berhormat?
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang
Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tadi yang merujukkan...
YB Speaker : Ada keputusan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Panti telah
menyatakan..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bermaksud tidak ada keputusan untuk
merujukkan Yang Berhormat Senai ke..
YB Speaker : Tidak ada keputusan yang dibuat.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan..
YB Speaker : Dia yang mengetuai mesyuarat tengah hari tadi.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Betul tak? Adakah ini keputusan?
YB Speaker : Dia yang ketuai mesyuarat tengah hari tadi, dia kata tidak ada
keputusan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tidak boleh macam ini, Tan Sri Speaker, kita,
ini kita menghormati..
YB Speaker : Apa tak boleh macam ini? Dia punya keputusan kata begitu..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Jementah.. jangan buat tafsiran sendiri..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bukan, Rengit pun tadi ada berdiri untuk
menyokong usul yang telah dibawa, tak boleh buat macam kali kedua ini..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Timbalan Speaker, Speaker dah buat
keputusan, tak ada keputusan semasa Persidangan, so, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker bukan buat macam kali kedua ini. Mana boleh, ingat ini pasar ke? Ikut
peraturan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ini, tidak boleh..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tan Sri Speaker, pihak Senai telah
keluar..
189
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Sudah diri untuk menyokong usul yang
dibawa..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tan Sri Speaker, ini dia ikut tafsiran dia sendiri,
mana boleh.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tak boleh ada kali yang kedua lagi..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Peraturan ada, baca. Speaker dah buat
keputusan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, ini...
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Senai telah keluar.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Senai dah pun ikut peraturan. You tidak ikut
peraturan.
YB Speaker : Perkara ini..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, we are reasonable person,
dengan izin..
YB Speaker : Perkara ini saya anggap dah selesai..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tapi jangan..
YB Speaker : Senai telah pun meninggalkan Dewan ini mematuhi arahan saya. Full
stop. Yang lain sila diam. Sekarang kita teruskan Persidangan kita..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, ada persoalan. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi
sebelum Dewan ditangguhkan pada tengah hari tadi, satu usul telah dibawa..
YB Speaker : Ha..ah
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tadi, tadi, satu usul telah dibawa..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Biar saya habiskan dahulu.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Kalau biar dia bercakap..
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Bagi Mengkibol habiskan dulu.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tan Sri Speaker, sila rujuk Peraturan ini, Tan Sri
Speaker, kalau biar dia bercakap, Dewan tak habis, banyak lagi yang nak
dibincangkan, Tan Sri Speaker.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Biar saya habiskan dulu, baru..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, tadi sudah ada sepuluh Ahli
daripada pihak sana mengikut peraturan mesyuarat telah diluluskan.
190
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker, biar saya habiskan dulu..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Teruskan perbahasan, Tan Sri
Speaker.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya meminta penjelasan daripada Tan Sri
Speaker..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Berlaku adillah..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi sebelum..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Dia ni pembangkang, Tan Sri Speaker, dia
selalu nak mengelirukan. Perkara yang dah diputuskan.
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, biar saya...
YB Speaker : Sekejap, sekejap.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya ada kekeliruan..
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol. Sila duduk, sila duduk. Saya merujuk
kepada Speaker yang mengendalikan mesyuarat di tengah hari tadi. Speaker
yang berkenaan telah menyatakan tidak ada keputusan dibuat. Maka itu, saya
yang mengambil alih dan menjalankan tugas pada petang ini meminta Senai
menarik balik. Jelas, menarik balik. Senai, Yang Berhormat Senai tidak mahu
menarik balik. Oleh sebab dia enggan menarik balik, saya mengeluarkan arahan
bahawa minta Senai meninggalkan Dewan ini. Yang Berhormat Senai telah pun
patuh atas arahan saya meninggalkan Dewan ini. Selesailah perkara ini. Yang
Berhormat lain kenapa pula terasa panas di sana sini ini? Kena patuhlah arahan
daripada Speaker yang menjalankan tugas.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Cukuplah Mengkibol..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya bukan
mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri, cuma sekarang ada
kekeliruan, di mana tadi..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tidak. Ini pertikailah Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Belum lagi Tan Sri, belum habis cakap lagi.
Belum sempat nak habiskan ayat ini..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Cara Mengkibol cakap ini Tan Sri Speaker, nak
mempertikai..
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Sudah, dia sudah buat hal kat sana.
YB Speaker : Perkara ini telah pun kita selesaikan..
191
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker, memang saya minta..
YB Speaker : Yang Berhormat Senai telah pun keluar mengikut arahan saya. Maka
dengan ini saya persilakan Yang Berhormat..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker..
YB Speaker : Yang Berhormat Bekok untuk menyambung..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker, minta..
YB Speaker : Ucapan..
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Minta satu minit untuk saya habiskan..
YB Speaker : Tak ada, tak ada tadi. Sekarang saya minta Bekok, menyambung
ucapan.
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, ini macam office pasarlah. Kasi orang cakap habislah.
Roti prata tadi. Cakap ini cakap itu. Tapi tak ada.
YB Speaker : Apa ni Yang Berhormat Bekok? You nak nyambung ke tidak you punya
ucapan..
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) : Ok, ok, ok. (Dewan ketawa).
YB Speaker : Kalau tak ada saya akan panggil Ahli yang lain?
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, setakat ini masih
tiada pihak yang sudi bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut
sejak beberapa tahun yang lalu, maka Bekok menyeru kerajaan negeri agar
mengambil perhatian dan tindakan terhadap masalah ini. Jika Pihak Berkuasa
Tempatan tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, biarlah
kerajaan negeri menghulurkan bantuan untuk menolong penduduk kawasan
setempat kerana mereka juga adalah warga Johor yang juga memberi
sumbangan kepada negeri dan kebajikan serta hak-hak asasi mereka tidak patut
terjejas disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Janganlah kerajaan hanya menjaga kebajikan golongan yang besar, sebaliknya
hak kebajikan golongan yang kecil juga haruslah dijaga dan tidak patut diabaikan
dan dilayani secara sama rata.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di samping itu Bekok juga bercadang supaya
perkhidmatan Bas Muafakat Johor untuk laluan baru di kawasan Labis akan
disemak dan dirancang dengan sempurna supaya semua lapisan masyarakat di
kawasan tersebut dapat memanfaat secara langsung daripada projek ini. Sebegitu
juga dengan kawasan penanaman seperti kawasan pekan Bekok dapat dihubungi
ke Chaah dan Labis.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bekok juga menerima aduan daripada penduduk
Bekok bahawa kereta ambulans yang terdapat di Klinik Kesihatan Bekok tidak
dapat berfungsi apabila diperlukan terutamanya pada masa kecemasan seperti
apabila kemalangan berlaku. Keadaan ini telah menyebabkan mangsa
192
kemalangan jalan raya kehilangan masa dan peluang untuk diselamatkan.
Kejadian sebegini adalah kerana kereta ambulans tidak dapat berfungsi dan
pegawai yang bertugas terpaksa menghubungi Klinik Kesihatan Labis atau Chaah
untuk datang ke Bekok dan menghantar mangsa kemalangan ke Hospital Segamat
iaitu perjalanan pergi balik yang memakan masa mungkin akan menyebabkan
mangsa kemalangan kehilangan peluang emas untuk diselamatkan dalam masa
yang pendek dalam kejadian yang tidak dingini berlaku.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, nyawa seseorang adalah amat berharga dan
tidak dapat dinilai. Kejadian sebegini tidak patut berlaku kepada sesiapa. Sama
ada saudara mara kita, mahu pun orang yang tidak dikenali. Oleh sebab itu, Bekok
menggesa pihak berkuasa sentiasa memeriksa keadaan kereta ambulans dan
memastikan keadaan baik serta dapat berfungsi baik pada setiap masa. Pegawai
yang bertugas juga harus bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan dengan serta
merta.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bekok ingin bersuara sekali lagi untuk pihak Orang
Asli di kawasan Bekok. Peserta Rancangan Pengumpulan Orang Asli yang terdiri
daripada tiga kampung iaitu Kampung Kudong, Kampung Tamuk, Kampung Sri
Tamayang menggesa supaya pihak Yayasan Pelajaran Johor melakukan
penyerahan tanah 8 ekar dan KDAJ Generasi kedua Projek Orang Asli Mukim Bekok
pada tarikh yang telah dijanjikan. Pihak berkenaan digesa supaya
mempercepatkan proses penyerahan tanah dan sentiasa maklumat terkini dengan
peserta RPS. Sementara itu, Bekok juga meminta jasa baik pihak kerajaan negeri
supaya bercadang untuk membekalkan air paip SAJ kepada penduduk Kampung
Orang Asli ini demi kemudahan dan kebajikan mereka. Di samping itu, jalan masuk
ke Kampung Kudung sehingga ke Kampung Selai sudah rosak. Oleh itu, Bekok
memohon jasa baik daripada pihak berkenaan supaya memperbaiki jalan tersebut.
Tambahan pula, Bekok bergesa bahawa kampung Orang Asli juga patut dilayani
dengan adil dan melancarkan hotspot untuk Johor Free Wifi di Kampung Orang Asli
Bekok. Maka, Bekok berharap agar projek mentransformasikan masyarakat Orang
Asli melalui program seperti Pembangunan Infrastruktur Asas Di Perkampungan
Orang Asli dan Program Pro-Raya Orang Asli seperti yang dinyatakan dalam Bajet
2018 dapat juga dimanfaatkan oleh perkampungan ini dan tidak dikecualikan.
Infrastruktur yang Bekok sebut dapat dibina atau di baik pulih dengan secepat
mungkin.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, isu yang berikutnya ialah masalah kebersihan di
Terminal Bas dan Teksi Labis. Tempat menunggu bas telah bertaburan penuh
dengan tahi dan mayat burung. Keadaan sebegini telah menyebabkan masalah
bau busuk, kebersihan dan kesihatan yang serius. Bekok menyeru pihak Majlis
Daerah Labis mengambil perhatian dan tindakan yang lebih proaktif terhadap
masalah ini kerana terminal bas dan teksi merupakan tempat yang menyambut
para pelancong dan orang asing mahupun penduduk tempatan. Keadaan yang
kotor dan busuk bukan sahaja akan menjejaskan imej Labis malah kesihatan
pengguna juga akan terjejas.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bekok bercadang kerajaan negeri menubuhkan
dana kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan tetap bagi warga Johor
yang berumur 40 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada
RM3,000.00 dan ke bawah. Hal ini demikian adalah kerana ramai warga Johor
mahupun rakyat seluruh Malaysia jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Maka,
apabila terdapat gejala-gejala yang tidak selesa, barulah mereka pergi ke hospital
untuk menjalankan pemeriksaan. Dukacitanya sebahagian besar daripada mereka
selalunya diberitahu telah menghidap penyakit yang serius.
193
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, oleh sebab itu kerajaan negeri Johor haruslah lebih
memandang berat terhadap keperluan perubatan dan kesihatan warga Johor. Ini
adalah kerana pemeriksaan dan rawatan pada peringkat awal merupakan
langkah yang paling baik untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan kos
perubatan yang tinggi. Jika kerajaan memberi insentif atau bantuan kepada setiap
warga Johor dalam golongan yang tersebut tadi, pastilah lebih ramai warga Johor
dapat menikmati kebajikan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri dan kesihatan
mereka adalah lebih terjaga secara langsung berbanding dengan skim
perlindungan takaful yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di samping itu,
dasar ini juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri
dan mengurangkan beban warga Johor mahupun kerajaan untuk menanggung
kos perubatan yang tinggi.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bekok ingin menyentuh mengenai inti pati Bajet
2018 oleh Menteri Besar Johor yang dibentangkan. Bajet ini ada kecacatan yang
mana beberapa perkara penting yang seharusnya diutamakan, tidak dinyatakan
dengan jelas dan menyeluruh. Perkara asas yang paling penting adalah
mekanisme kerajaan untuk mengekang, mengawal dan seterusnya membanteras
aktiviti rasuah yang sedang berleluasa di dalam agensi kerajaan. Bajet yang
dibentangkan seharusnya mengutamakan aspek ini memandangkan Menteri Besar
terlalu ghairah ingin menjalankan pelbagai projek atas nama rakyat sedangkan
pada masa yang sama usaha dan inisiatif untuk membanteras kegiatan rasuah
diabaikan.
Ini menunjukkan kelemahan kerajaan BN telah gagal melihat daripada model
pembangunan yang lebih telus dan mampan. Mereka hanya pandai
menggunakan kata-kata dan slogan yang indah kepada rakyat tetapi enggan
melawan rasuah yang wujud di kalangan mereka sendiri. Seharusnya kerajaan BN
melakukan transformasi besar-besaran untuk memastikan tadbir urus yang cekap
dan telus. Ini akan dapat membantu program dan dana berjuta-juta ringgit dapat
disalurkan dengan telus dan penuh amanah. Kita bimbang apabila usaha
membanteras rasuah ini tidak ada dalam perancangan kerajaan BN Johor maka
segala perancangan dan dana akan bocor dan hilang dirompak oleh jerung-
jerung perasuah di sekeliling Barisan Nasional.
Perkara pokok yang kedua yang gagal dinyatakan di dalam Bajet 2018 adalah
mekanisme mereformasikan sistem penyampaian dari agensi kerajaan kepada
kumpulan sasaran iaitu rakyat. Setiap tahun kita akan mendengar banyak keluhan
di kalangan rakyat mengenai kelemahan sistem penyampaian baik di peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan hinggalah agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.
Dana-dana yang sepatutnya di salur terus kepada golongan sasaran kadang kala
tidak sampai atau sampai terlalu lewat, atau sampai dalam jumlah yang berlainan.
Masalah-masalah ini seharusnya diberi tumpuan dalam Bajet 2018.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, angan-angan Menteri Besar dengan pelbagai
inisiatif pastinya akan tersasar jika kelemahan sistem penyampai ini terus diabaikan.
Kakitangan kerajaan harus diberi latihan yang secukupnya. Dana harus
diperuntukkan dalam membantu kakitangan kerajaan meningkatkan kemahiran
serta kecekapan mereka. Jika keberkesanan dan kualiti perkhidmatan agensi
kerajaan dapat dipertingkatkan lagi, pasti kerajaan negeri dapat melancarkan
lebih banyak program-program untuk memanfaatkan warga Johor secara langsung
dan negeri Johor pasti berkembang dengan lebih pesat maju dan berjaya.
YB Speaker : Yang Berhormat Bekok, sila gulung.
194
YB Lim Eng Guan (Bekok) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berikutlah merupakan
ucapan Bekok pada hari ini. Semoga pihak berkenaan dapat menyelesaikan
masalah yang lama dihadapi oleh rakyat setempat terlebih dahulu sementara
melancarkan projek pembangunan negeri. Sekian terima kasih.
YB Speaker : Terima kasih Bekok. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Sungai
Balang.
YB Puan Zaiton binti Ismail (Sungai Balang) : Terima kasih kepada Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat
Johor, Salam Sungai Balang Gemilang. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT,
sekali lagi Sungai Balang diberi kesempatan untuk sama-sama mengambil
bahagian dalam ucapan Dewan pada kali ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, mengikut pandangan tokoh Islam daripada Ar
Mawardi yang menyatakan bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai sifat
orang yang adil dalam memimpin sesebuah organisasi negeri atau negara.
Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani
berijtihad dalam melakukan tugasnya. Manakala menurut pandangan daripada
tokoh barat, Edwin Breslin menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah
mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri, tanpa sifat
kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah
organisasi negeri atau negara tidak akan berjalan dengan baik.
Oleh itu, selaku orang Johor, kita bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin
yang matang secara emosi, matang dalam bersikap, matang secara intelektual,
memiliki passion yang kuat dan matang secara spiritual maka telah dibuktikan
dalam pembentangan Bajet 2017 pada 23 November 2017, Membangun Dekad
Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor. Dibuat salah, tak buat salah tapi Yang Amat
Berhormat dengan yakin terus melangkah. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pembentangan bajet yang terbaik dan
meyakinkan orang negeri Johor dengan memaparkan 3 objektif dan keutamaan
iaitu memperkukuhkan pengurusan fizikal dan kewangan negeri, menambah baik
agenda kesejahteraan masyarakat dan mengemukakan erti baru bagi melonjak
pembangunan Johor secara besar-besaran bermula pada tahun 2018 akan
bermulalah ikhtiar berfokus terancang dan agresif selama 10 tahun untuk
membangunkan dekad baru Johor.
Dalam agenda Johor prihatin, Sungai Balang mohon membawa beberapa perkara
supaya dapat diberikan perhatian. Menurut Persatuan Nelayan Kawasan Muar
bahawa berdasarkan Laporan Tahunan Perikanan 2016, bahawa terdapat seramai
1,432 nelayan di Muar dan juga Muar merupakan daerah perikanan Marin yang
terpenting di Pantai Barat negeri Johor dengan jumlah pendaratan dicatatkan
melebihi 2,000 tan metrik pada tahun 2014 dan di daerah Muar adalah nelayan
tradisi yang menggunakan sampan dan enjin dalam berkuasa diesel.
Di sidang Dewan lepas, Sungai Balang juga telah membawa cadangan untuk
mewujudkan Agro Pelancongan di Sungai Balang Laut. Dan pada kali ini Sungai
Balang juga akan membawa isu nelayan. Visi Persatuan Nelayan Muar adalah
mewujudkan masyarakat nelayan yang moden bersistematik dengan mengekalkan
nilai-nilai murni yang menyumbang kepada pembangunan negeri mahupun
195
negara. Selaras dengan Persatuan Nelayan Muar berhasrat untuk mewujudkan Zon
Pembangunan Nelayan Dan Industri Perikanan Muar yang melalui strategi berikut:
1. Pembangunan modal insan dalam komuniti nelayan; dan
2. Peningkatan taraf hidup dan ekonomi masyarakat nelayan melalui
penglibatan isteri, anak dan belia nelayan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Persatuan Nelayan Muar juga telah membuat
permohonan tanah di Pejabat Tanah Muar pada 5 Mac 2015 di mana lokasinya di
PTD 3052 Benteng Laut, Parit Jamil, Mukim Seri Menanti Muar, seluas 25,281 ekar.
Kawasan ini mempunyai kesesuaian dengan hasrat membangunkan Zon
Pembangunan Nelayan Dan Industri Perikanan Muar kerana terletak berhampiran
pantai. Rancangan kegunaan tanah bagi lokasi yang dipohon merangkumi
komponen berikut:
1. Penempatan nelayan yang lengkap dan sistematik.
2. Pembangunan Mini Kompleks Pendaratan Ikan dan Pejabat Persatuan
Nelayan.
3. Projek-projek ekonomi dan sosial.
Dianggarkan seramai 200 nelayan tidak mempunyai rumah sendiri, sama ada
menyewa atau masih tinggal bersama ibu bapa walaupun telah berumah tangga
dan mempunyai anak. Ini disebabkan harga rumah yang tinggi dan pendapatan
nelayan yang tidak tetap menyukarkan nelayan untuk mendapatkan pembiayaan
institusi kewangan. Rancangan untuk membangunkan penempatan nelayan dapat
memberi peluang kepada nelayan-nelayan terbabit untuk tinggal di rumah sendiri
dan bakal membentuk komuniti nelayan lebih terancang dengan penekanan
terhadap kualiti dan pembangunan modal insan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, nelayan-nelayan di kawasan Muar pada masa ini
berpengkalan dan mendarat ikan secara berselerak di 18 buah pengkalan
sepanjang pantai. LKIM tidak dapat membina kompleks pendaratan ikan di pantai
barat disebabkan kekangan faktor tanah. Ketiadaan tempat pendaratan secara
berpusat menyebabkan pemantauan dari segi pendaratan ikan, isu-isu
keselamatan dan sukar mengenal pasti masalah nelayan dengan berkesan.
Sekiranya dapat dibina mini kompleks pendaratan ikan oleh LKIM berhampiran
lokasi yang dipohon maka bot-bot di pengkalan kecil secara berselerak dapat
dipusatkan di satu tempat yang lengkap dengan kemudahan pendaratan yang
moden dengan dewan lelongan, membaiki bot dan perkakasan menangkap ikan,
air batu dan sebagainya. Mini kompleks ini juga dijangka dapat mengurangkan
kesesakan di Pengkalan Parit Jawa yang kini menempatkan lebih 190 bot nelayan.
Dalam perancangan pembangunan tanah ini, persatuan nelayan juga berhasrat
untuk membina pejabat di kawasan yang turut menempatkan dewan untuk
perjumpaan dengan nelayan, kelas menyediakan latihan secara amali dan
praktikal kepada belia dan anak-anak nelayan, sesuai bagi membentuk generasi
baru nelayan yang moden dan berkemahiran dengan asas penguasaan teknologi.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi
nelayan, kita merancang sebahagian dari tanah yang dipohon untuk dibina kilang
memproses dan menghasilkan produk berasaskan ikan seperti keropok dan otak-
otak, dan pelbagai lagi yang berkaitan yang mana boleh menggunakan tenaga
kerja dari isteri-isteri dan belia nelayan yang tinggal di kawasan tersebut. Dan
semua produk-produk ini juga boleh diletakkan di gerai nelayan yang telah pun siap
dibina dengan peruntukan Pejabat Daerah Muar iaitu di Sungai Balang Laut.
Dengan adanya Zon Pembangunan Nelayan Dan Industri Perikanan Muar seperti
196
yang dirancang, kehidupan nelayan akan lebih terbela dan memudahkan lagi
perancangan masa depan secara tersusun terhadap industri perikanan di daerah
Muar. Manfaat Zon Pembangunan Dan Industri Perikanan Muar ini ialah bukan
sahaja dilihat dari sudut ekonomi dan sosial di kawasan berkenaan sahaja, malah
ianya akan turut melibatkan daerah-daerah lain seperti Batu Pahat dan Ledang.
Stigma terhadap nelayan yang masih dianggap golongan miskin dan tidak
berpelajaran haruslah dikikis melalui usaha mentransformasikan kepada nelayan
moden dan berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, pembentukan generasi
muda di kalangan belia dan anak-anak nelayan adalah penting melalui
perwujudan Zon Pembangunan Nelayan Dan Industri Perikanan Muar. Sungai
Balang mengharapkan agar kerajaan negeri dan persekutuan dapat bersama-
sama merealisasikan hasrat demi pembangunan masyarakat nelayan daerah Muar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, perkara kedua yang ingin Sungai Balang bawa di
sidang Dewan ini ialah sawah Sungai Balang. Sawah Sungai Balang adalah satu-
satunya sawah padi luar jelapang yang ada di daerah Muar. Mempunyai keluasan
800 ekar dan melibatkan seramai 77 orang pesawah. Pesawah telah menggunakan
variti MR84 dan CL200. Sebagai sawah yang terletak di pantai barat negeri Johor
jalan utama Muar ke Batu Pahat ia amat strategik segi kedudukan sebagai zon
pengeluaran padi luar jelapang negeri Johor.
Semangat dan komitmen tinggi pesawah dalam melaksanakan aktiviti pesawah
menjadikan tradisi tanaman padi dua kali setahun dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sawah Sungai Balang dari mula dibangunkan hingga kini menerima
pelbagai bentuk bantuan input dan kemudahan infrastruktur asas dan sokongan di
hampir keseluruhan fasa sawah tersebut. Bantuan tersebut datangnya dari Jabatan
Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran dan PPK. Manakala dari segi kemudahan
prasarana Pusat Pengumpulan Pesawah-Pesawah bertemu untuk mengadakan
mesyuarat, perbincangan dan aktiviti taklimat dan penerangan dari agensi dan
jabatan masih ada kekurangan.
Sehubungan dengan itu Sungai Balang ingin memohon peruntukan untuk membina
satu unit Balai Gunasama Pesawah Sungai Balang berukuran 20’ x 80’ bernilai
RM70,000.00. Balai guna sama ini dicadangkan di bina di atas tanah milik Jabatan
Pertanian seluas 1 ekar terletak di tepi talian air sempadan antara blok timur dan
blok barat. Matlamat membina balai guna sama pesawah ini adalah pusat aktiviti
Pengumpulan Kelompok Sawah Sungai Balang di bawah bimbingan Jabatan
Pertanian Daerah Muar.
BGP ini juga berperanan untuk tempat penyampai maklumat, info dan teknologi
tanam padi terkini dan semasa oleh Jabatan Teknikal kepada pesawah. Balai
gunasama pesawah akan diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian
dengan kerjasama Pengurusan Kelompok Sawah Sungai Balang. BGP ini juga boleh
menjadi pelengkap kepada aktiviti agro pelancongan Sarang Buaya yang sedia
ada. Dengan cara BGP akan dijadikan sebagai mini muzium padi yang
menempatkan segala sejarah dan latar belakang industri padi negara.
BGP ini akan menjadi pusat informasi jadual penanaman padi pada setiap musim
tanaman dan di sini juga boleh diadakan kursus dan majlis pemimpin bersama
pesawah. Selain daripada itu juga BGP ini berperanan sebagai one stop centre
pelbagai petak contoh dan maklumat variety padi yang ada di Malaysia. Ia juga
diharapkan boleh menjadi salah satu lagi tambahan destinasi agro pelancongan di
DUN Sungai Balang.
197
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam pembentangan Bajet 2018, terdapat 4 bina
baru PDK dan juga 5 PDK naik taraf yang berjumlah RM1.7 juta. Mengikut definisi
dan Akta OKU 2008 yang telah diwartakan pada April 2008 orang kurang upaya
ialah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang seperti fizikal,
intelektual, mental dan deria apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan
boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Adalah menjadi tidak wajar jika golongan ini terus dipinggirkan dan disisih dari
masyarakat tanpa memberi apa-apa peluang untuk mereka terus bersaing dalam
arus pembangunan semasa.
Sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk membangunkan golongan kurang
upaya ini, maka pelbagai program yang terbentuk yang berbentuk pembangunan
kepada OKU telah dilaksanakan. Jumlah pelatih PDK di daerah Muar adalah
seramai 332 orang. Bagi kategori 17 tahun ke atas pula seramai 62 orang. Situasi ini
berlaku apabila pelatih telah tamat di Sekolah Pendidikan Khas kembali semula ke
PDK. Di PDK pelatihnya hanya menerima latihan kemahiran asas sahaja. Ini kerana
tidak terdapat peralatan yang sesuai, tenaga pengajar profesional dan tidak
mempunyai bilik atau bengkel khas bagi mempelajari sesuatu kemahiran.
Contohnya, layan dobi, dapur masuk khas, ruang pejabat, tempat cuci kereta dan
sebagainya. Oleh yang demikian pelatih tidak dapat mempelajari sesuatu
kemahiran itu dengan lebih mendalam. Sesungguhnya Sungai Balang
mencadangkan adalah wajar menubuhkan satu pusat vokasional PDK di daerah
diwujudkan setiap daerah bagi negeri Johor dengan 6 objektif utama:
1. Mengelakkan pelatih tamat di Sekolah Pendidikan Khas masuk ke PDK semula.
2. Menggalakkan golongan OKU berdikari dan menjalani kehidupan seharian
seperti orang normal di dalam masyarakat.
3. Memberi peluang kepada golongan OKU untuk terlibat dalam latihan
kemahiran seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
4. Meningkatkan keyakinan diri dan potensi golongan OKU untuk diterima
bekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta.
5. Boleh menjana pendapatan sendiri di samping mengurangkan beban
keluarga.
6. Meningkatkan produktiviti negara.
Oleh itu, Sungai Balang mengharapkan dengan adanya Pusat Vokasional ini maka
ia dapat memberi manfaat kepada golongan OKU umumnya untuk terus maju ke
hadapan. Usaha yang berterusan sumbangan dan bantuan dari semua pihak
membolehkan cadangan penubuhan Pusat Vokasional ini dapat diusahakan
dengan jayanya, insya-Allah.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum mengakhiri ucapan, Sungai Balang
mohon diberikan beberapa perkara untuk diberikan perhatian. Pertama, sejak 3
tahun lepas peruntukan sewa bulan rumah dan bina baru rumah dari Majlis
Perbandaran di bawah program e-Kasih telah diberhentikan peruntukannya.
Mengapakah peruntukan tersebut ditiadakan sedangkan ianya banyak membantu
peserta-peserta e-Kasih yang tidak mampu untuk membina rumah kerana
ketiadaan tanah dan Sungai Balang mohon supaya peruntukan itu diadakan
semula.
Program Rumah Transit Belia Johor akan diperkenalkan bagi memberi kemudahan
perumahan sementara kepada belia berumur 18 tahun hingga 30 tahun yang
sudah berkahwin dan projek perintis akan di bina di PPR Melana Indah. Bagaimana
pula dengan rumah transit 1 Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 2014.
Sudahkah ianya dilaksanakan dan Sungai Balang mengharapkan supaya Rumah
198
Transit Belia Johor akan diperluaskan untuk kemudahan dan keperluan orang muda
Johor.
Sekali lagi Sungai Balang mohon pencerahan untuk iaitu sejauh manakah gerak
kerja pembinaan Pasar Parit Jawa yang telah dipohon sejak tahun 2013 hingga
sekarang, masih tidak ada jawapan yang betul-betul pasti dan kesungguhan untuk
merealisasikan pembinaannya. Jadi, Sungai Balang betul-betul berharap agar
ianya dapat dilaksanakan bagi tahun 2018.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum mengakhiri ucapan sekali lagi Sungai
Balang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor yang telah banyak membantu Sungai Balang dalam
menyelesaikan masalah-masalah pembangunan di DUN Sungai Balang. Sungai
Balang juga mewakili Persatuan Tionghoa dan MCA Sungai Balang untuk
mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Ehsan Johor iaitu yang mana
pengerusinya Yang Berhormat Tn. Hj. Suhaimi yang telah membina sebuah rumah
warga emas iaitu Cik Low Ah Lek di Sarang Buaya dan kini beliau telah pun
menduduki rumah tersebut.
Di akhir kalam Sungai Balang juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua jabatan terutamanya kepimpinan di daerah Muar iaitu Pejabat Daerah, JPS,
JKR, MPM dan lain-lain jabatan yang terus tidak jemu-jemu membantu sungai
Balang untuk terus gemilang. Semoga apa yang telah disuarakan oleh Sungai
Balang dapat perhatian dan tindakan bagi semua pihak.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum mengakhiri ucapan saya ini Sungai
Balang akhir dengan serangkap pantun. Kalau Tuan Pergi Ke Sawah, Mohon Kita
Mampir Ke Ladang, Kalau Ada Ucapan Yang Salah, Mohon Kiranya Maafkan
Sungai Balang. Akhirnya, Sungai Balang menyokong usul daripada Yang Berhormat
Kukup. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sungai
Balang gemilang.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Sungai Balang. Silakan Yang Berhormat
Mengkibol.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Salam sejahtera saya ucapkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
merafak sembah tahniah kepada Tuanku Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena hari keputeraan Tuanku pada 22
November yang lalu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi sebelum penangguhan atau rehat tengah hari
tadi telah berlaku insiden, satu insiden yang mana satu usul telah dibawa kepada
pertimbangan Dewan yang mulia ini, tapi dikatakan pada masa itu keputusan tidak
dibuat. Jadi, adakah kita sepatutnya balik kepada usul tersebut, perkara mesyuarat
tersebut untuk mengambil keputusan terhadap sesuatu ....
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Speaker, Peraturan 45
Perkara 8 adalah menyalahi Peraturan Mesyuarat sekiranya seorang Ahli Dewan
mencuba hendak menghidupkan semula dalam perbahasan akan satu perkara
yang telah diputuskan dalam Dewan Negeri. Tadi Tan Sri Speaker dah buat
keputusan, jadi Mengkibol kena hormat keputusan yang telah dibuat oleh Speaker.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya belum buat ...
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tak boleh bawak lagi perkara ini.
199
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya hormat
keputusan Yang Berhormat Tan Sri, cuma saya menimbulkan supaya sesuatu
kekeliruan dijelaskan iaitu apabila sesuatu usul yang tergantung atau belum, belum
dibuat keputusan terhadap usul tersebut, apakah status usul tersebut? Apakah
yang perlu dibuat atau dilakukan oleh Dewan yang mulia ini terhadap usul tersebut,
sebab usul tu telah diterima dalam ni, cuma kita belum buat keputusan. Jadi, itu
sesuatu apa tu mungkin berlakunya masalah ataupun kesilapan teknikal pada
waktu itu sebab ada berlakunya kelam kabut sedikit tetapi kita perlu buat sesuatu
untuk ini, untuk memperbetulkan kesalahan tersebut. Jadi Yang Berhormat Tan Sri
Speaker...
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, Yang Berhormat Mengkibol, sesiapa pun
boleh buat usul. Tetapi apabila keputusan itu belum diputuskan, belum diterima, dia
tidak menjadi keputusan. Jadi janganlah bangkitkan lagi perkara yang telah kita
putuskan. Sila sambung ucapan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya faham Tan Sri Speaker, itu sebab saya
tanya, sebab apa jadi kepada usul itu, soalan saya yang ini. Jadi, ok, kita ketepikan
soalan ini supaya belah sana tak bangun lagi. Masalah masa saya
pun tak cukup. Ini kan kali terakhir untuk berucap di Dewan ini mungkin, siapa tahu,
tidak lama lagi pilihan raya. Jadi kita harap dapat lebih masa Tan Sri boleh beri
untuk habiskan ucapan ini. Jadi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pada Khamis yang
lepas iaitu 23, 27 saya pun, ya 23 November yang lalu, Yang Amat Menteri Besar
telah membentangkan satu Bajet yang saya anggap berlakunya beberapa
kekeliruan. Jadi, saya harap kerajaan dapat memberi penjelasan secara terperinci
berkenaan dengan kekeliruan yang saya timbulkan nanti supaya tidak berlakunya
salah faham ke atas inisiatif ataupun usaha-usaha murni daripada pihak kerajaan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan banyak projek
infrastruktur air yang bakal dijalankan di negeri Johor sama ada melalui peruntukan
kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri ini, kerajaan negeri. Antaranya
untuk tahun 2018 daripada kerajaan persekutuan kami akan dapat 12 projek
infrastruktur yang menelan perbelanjaan ataupun peruntukan sebanyak RM925.6
juta dan projek bekalan air luar bandar sebanyak RM5 juta iaitu bermaksud
jumlahnya RM930.6 juta untuk projek-projek yang berkaitan dengan air.
Memang projek-projek itu wajar dilaksanakan untuk kepentingan dan manfaat
seluruh warga Johor. Bagaimana pun, apabila kita membaca bersama bajet
kerajaan persekutuan iaitu apa itu bajet tahun 2018 yang dibentangkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Oktober yang lalu, angka-angka yang
disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tersebut telah menimbulkan
banyak kekeliruan. Jadi, harap perkara ini diperjelaskan, sebab daripada bajet
persekutuan peruntukan diberi di bawah perkara 06400 Rancangan Bekalan Air
Negeri Johor di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
hanyalah RM10,790,000.00 pada tahun 2018. Jadi, bagaimanakah Yang Amat
Berhormat Menteri Besar boleh mengumumkan RM930 juta dari manakah angka itu
diperolehi. Adakah angka ini merupakan jumlah terkumpul daripada bajet-bajet
sebelum ini, iaitu ditambahkan dengan peruntukan daripada tahun-tahun sebelum
ini, bawah perkara yang sama, jadi kita lihat balik untuk tahun 2017 iaitu tahun ini
diperuntukkan RM34.5 juta, tahun 2016 diperuntukkan RM57 juta, 2015, RM68 juta;
2014, RM69 juta dan tahun 2013, RM59 juta iaitu jumlahnya untuk 6 tahun ini
hanyalah sekadar RM297.5 juta sahaja, masih jauh daripada RM930 juta.
200
Jadi, Mengkibol berharap ini pihak kerajaan atau pun Yang Amat Berhormat
Menteri Besar boleh memberi penjelasan supaya kita lebih memahami apa yang
berlaku sebenarnya. Dan, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum ini perbahasan
selama 2 hari yang lalu ini, ramai Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, berasa bangga
dengan 153 titik sentuhan khasnya seperti disebut oleh Yang Berhormat Kukup ini
hebat. Ini lebih hebat daripada Pulau Pinang, ini hebat daripada Selangor.
Tapi saya ingin minta maaf Yang Berhormat Tan Sri, di mana saya ingin menyifatkan
bajet ini sebagai bukan sahaja ia bukan ibu atau bapa kepada segala bajet seperti
ada yang disebut semalam, tapi saya ingat ini merupakan suatu bajet recycle yang
berulang-ulang idea lama daripada bajet-bajet sebelum atau pun satu bajet copy
and paste daripada bajet tahun-tahun yang lepas.
Mungkin disebabkan semakin dekat PRU ke 14 kerajaan seolah-olah tidak sabar dan
sangat terdesak untuk menunjukkan report card yang cantik, seolah-olah kononnya
kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional parti yang sama, adalah
berbeza dengan kerajaan persekutuan yang diterajui oleh MO 1. Dalam ucapan
perbahasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar 153 titik sentuhan, jadi sebanyak
dalam itu sebanyak 24 projek air disenaraikan sama ada melalui peruntukan
kerajaan persekutuan atau pun peruntukan kerajaan negeri.
Saya sokong penuh jika kesemua projek-projek ini dilaksanakan secara bersungguh-
sungguh. Ini untuk kepentingan seluruh rakyat Johor. Bagaimana pun saya rasa
bimbang pengumuman yang diumumkan pada minggu lepas hanyalah sekadar
gimik politik yang digunakan sebagai umpan untuk memancing undi
memandangkan ini merupakan satu bajet yang terakhir menjelang PRU14. Kalau
kita hanya membaca Bajet 2018 memang nampak hebat, memang nampak hebat
dengan adanya 153 titik sentuhan yang diuar-uarkan, diheboh-hebohkan oleh
Yang Berhormat Kukup.
Namun, jika kita membaca bajet ini bersama-sama dengan bajet-bajet yang lepas
ianya telah menunjukkan di sana sini kelemahan yang berlaku di dalam kerajaan
negeri Johor yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional. Seperti mana keadaan
yang sama di peringkat persekutuan. Jadi, saya ingin mengucap terima kasih Yang
Berhormat Kukup kerana telah memberikan idea dan peluru kepada saya. Dalam
24 projek yang berkaitan air diumumkan sekurang-kurangnya ada 6, ada 6 projek
telah atau pun pernah diumumkan semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar
membentangkan Bajet 2017 pada tahun lalu iaitu 17 November. Di antaranya
melaksanakan pembinaan 2 telaga tiub di Kota Tinggi, melaksanakan projek
pemasangan sistem pemantauan kualiti air di Sungai Johor, pelaksanaan
pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM) di Sungai Johor dan
pemasangan peralatan pengukuran gegaran di Loji Rawatan Gunung Pulai.
Yang kelima, penyediaan pelan kecemasan empangan bagi Empangan Juaseh
dan keenam, projek Empangan Kahang. Dan maaf, projek Loji Rawatan Air Kahang
dengan perbelanjaan sebanyak RM125 juta pada tahun lalu telah diumumkan.
Cuma pada tahun ini diumumkan hanya RM100 juta. Maknanya sekurang-
kurangnya 6 telah diumumkan pada tahun lalu. Dan ini belum termasuk lagi ada
pada tahun Bajet 2016, Bajet 2016 yang diumumkan pada tahun 2015, November
19, sebenarnya masa tu Loji Rawatan Air Kahang telah diumumkan dan Loji
Rawatan Buluh Kasap juga telah diumumkan 2 tahun lalu. Kali ini Menteri Besar
recycle balik, mengumumkan yang sama.
Dan juga Bajet 2015 sama, projek atau pun projek bekalan luar bandar diulang
pada tahun ini. Dan, belum termasuk lagi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ada
201
projek sumber air di pelbagai daerah yang tidak diperincikan butirannya. Jadi, apa
maksud pengulangan projek-projek ini. Adakah apa itu kita point-point lama atau
titik sentuhan yang lama ini diguna untuk berulang-ulang kali. Apa hairannya 153
titik sentuhan ini, kalau dimasukkan dengan cerita zaman P.Ramlee beribu titik
sentuhan boleh dimasukkan.
Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Kukup ni, apa yang dibangga-banggakan
dengan 153 titik sentuhan ini. Jadi, minta maaf Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
saya sifatkan bajet ini sebagai satu bajet copy and paste atau pun bajet recycle
semata-mata untuk kononnya tambahkan titik sentuhannya supaya ianya nampak
macam cantik, nampak macam hebat. Dan, ini telah menunjukkan bahawa
ketandusan idea dan kelemahan perancangan pimpinan khasnya dalam perkara-
perkara asas seperti isu air yang begitu dekat dengan hati saya. Hampir setiap kali
saya menyertai perbahasan dalam Dewan yang mulia ini, saya akan bangkitkan isu
bekalan air, terutamanya masalah-masalah yang berlaku di sekitar Kluang.
Antaranya termasuklah meminta supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan
Empangan Kahang dan Loji Rawatan Kahang secara serentak supaya loji sempat
beroperasi sebaik empangan siap dibina. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ini
Empangan Kahang tak ada, sudah siap dibina malah air di empangan sudah
melempah keluar, sudah penuh melimpah keluar, betapa ruginya air tersebut
hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh diminum. Keadaan sekarang seumpama Tan
Sri Speaker, kita membuat sebuah kereta tetapi tidak dipakai enjinnya. Bukankah
ianya sekali lagi menunjukkan kelemahan pengurusan pimpinan dan sikap degil
kerajaan mengambil kira pandangan daripada pihak pembangkang, itu saya. Dan,
akhirnya rakyat merasai kesusahan tersebut.
Pada tahun lepas semasa pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Menteri
Besar telah mengumumkan suatu projek pemindahan air daripada Empangan
Kahang ke Loji Rawatan Sembrong Timur yang dijangkakan akan siap pada tahun
2017, ini tulis dalam sini. Dan sekarang apa terjadi, sekarang sudah bulan November
bulan ke sebelas, satu bulan lagi tahun 2017 telah berlalu dan kita akan
menyambut tahun 2018. Apa yang terjadi kepada projek tersebut? Loji air pun tak
ada, paip pemindahan pun tak ada. Yang ada hanya apa, hanya sekali lagi janji
manis daripada Menteri Besar.
Sampai bilakah rakyat Johor khususnya rakyat penduduk-penduduk di sekitar
Kluang hendak disuapkan dengan janji-janji manis tanpa pelaksanaan yang serius
dan bersungguh-sungguh. Saya minta, saya minta barang berapa titik sentuhan
yang disebut, saya minta supaya kerajaan serius, bijak dan bersungguh-sungguh
dalam membuat perancangan dengan izin, plan the work, work the plan.
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat Mengkibol, kadang-kadang kita
sendiri yang tak faham. Oleh sebab kita tak faham kita salahkan orang. Apa erti
bajet peruntukan. Dianya memang akan berulang-ulang, umpama kalau gaji, gaji
kita kena bayar, bulan ni bayar, bulan depan kena bayar, bulan lusa kena bayar. Ini
bajet berulang-ulang yang mesti dibayar oleh kerajaan yang memerintah untuk
menjalankan pentadbiran negeri. Dan macam-macam lagi, saya tak nak
menjawab Yang Berhormat ni, tapi saya harap kita kena, kadang-kadang kita
kena cermin diri kita juga, kadang-kadang kita tak faham, kita ngaku konon kita
faham, maka kita menuduh kesalahan kepada orang lain. Sila Yang Berhormat
teruskan, ada satu dua minit aje lagi.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi saya ambil
5 minit daripada saya minta Yang Berhormat bagi balik masa Yang Berhormat Tan
Sri Speaker. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tadi saya sebut tadi bukannya apa tu
202
perbelanjaan ulangan ataupun perbelanjaan berkala. Itu adalah projek ataupun
rancangan pembangunan yang akan dijalankan oleh kerajaan, yang diumumkan
sejak tahun 2015, yang akan dijalankan sejak tahun 2015 tertangguh sampai tahun
depan baru nak dijalankan. Adakah ini merupakan satu pengurusan yang cekap,
saya serah kepada Yang Berhormat Tan Sri untuk menilai sendiri.
Jadi pada masa yang sama Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya minta supaya
pihak kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan projek pemindahan air
daripada Empangan Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong Timur, sementara kita
menunggu Loji Rawatan Air Kahang ini siap dibina pada tahun 2019 iaitu jika ia siap
dibina mengikut jadual. Sebab menurut jawapan daripada Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat pada 1 November yang lalu iaitu jawapan
dia sebegini, “Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN telah memberi kelulusan
kepada kerajaan negeri Johor pada 8 September tahun ini serta meminta supaya
loji rawatan disiapkan dalam tempoh 18 bulan. Oleh yang demikian, cadangan
asal untuk melaksanakan penyaluran air mentah daripada Empangan Kahang ke
Loji Rawatan Sembrong Timur tidak diteruskan”.
Ini adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat serius khasnya bagi penduduk di
sekitar Kluang di mana kita tahu kawasan tadahan air di sumber air iaitu Sungai
Sembrong Kiri yang merupakan sumber air kepada Loji Sembrong Timur sentiasa
bermasalah sebab kawasan tadahan telah di ceroboh, telah menyebabkan paras
air di sungai tersebut sentiasa menyusut secara luar sangka, menyusut secara
kejutan. Dan, penduduk-penduduk di Kluang ni sentiasa dihantui ataupun diganggu
dengan gangguan bekalan air secara kejutan tanpa notis, tanpa persediaan.
Maka, buat sementara waktu kita menunggu Loji Kahang adalah wajar dan saya
minta supaya kerajaan jangan membatalkan projek pemindahan air tersebut.
Sebab kalau ikut apa yang disebut, apa yang disebut, yang diumumkan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun lepas, projek ini memakan RM15 juta
dan saya yakin kerajaan mampu, kerajaan ada duit yang cukup untuk
melaksanakan projek ini. Cuma ke manalah duit tersebut nak diletak.
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, sila gulung.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dan, banyak lagi Tan Sri Speaker, tadi dah
ambil 5 minit...
YB Speaker : Itu bukan masalah saya banyak tak banyak.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Bagi balik sedikit kepada sayalah Tan Sri
Speaker...
YB Speaker : Saya hanya menjaga masa kerana nak...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Serupa juga Tan Sri Speaker, dengan masalah
di mana landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru...
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, saya hanya menjaga masa untuk
memberi peluang Ahli-Ahli Yang Berhormat lain berpeluang bercakap.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tapi apabila apa tu, apabila Tan Sri nak
mengulas apa yang saya cakap tu dia ambil masa lah saya...
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol...
203
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Ok, kita jangan argue nanti masa makin tak
cukup...
YB Speaker : Saya kata gulung, gulunglah. Kalau tidak Yang Berhormat Mengkibol
boleh tamatkan sekarang ucapan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Oh tak boleh, banyak lagi isu nak sebut.
YB Speaker : Itu bukan masalah saya.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Boleh, boleh tak ada masalah. Boleh saya akan
cepat, saya boleh gulungkan secepat yang mungkin. Jadi, apakah yang
menyebabkan kelewatan-kelewatan projek-projek ini, saya harap wakil kerajaan
memberi penekanan, apa tu perhatian terhadap isu-isu ini, beri tumpuan. Dan,
terima kasih kepada beberapa inisiatif untuk meningkatkan keselamatan lalu lintas
di FT50 iaitu Jalan Batu Pahat. Bagaimanapun di jalan yang sama iaitu di belah
dalam bandar, Jalan Mersing telah saya mohon supaya membina 3 buah jejantas
sejak tahun 2015. Untuk kemudahan pejalan-pejalan kaki tapi sampai sekarang
projek tersebut masih belum diluluskan. Jadi, saya minta kerajaan
mempertimbangkan semula sebab ini melibatkan isu keselamatan nyawa
penduduk. Dan, serupa dengan Jalan Nyior di mana kerajaan telah memaklumkan
bahawa jalan pintas Jalan Haji Manan ke Jalan Nyior telah dibina dan pembinaan
dan dijangka siap tahun depan, tahun 2019. Tapi masalahnya, jalan yang sedia
ada Jalan Haji Isnin Maarof sebenarnya sana ada terlalu banyak access daripada
taman-taman menyebabkan lalu lintas di sana terlalu sibuk dan saya mohon
kepada kerajaan mengambil berat terhadap isu ini. Dan, selalu kita kata sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Jadi perkara yang serupa berlaku di Jalan Renggam. Jadi saya harap sebelum
pembangunan yang pesat di sepanjang Jalan Renggam itu di mana sekarang
banyak projek-projek perumahan dijalankan, kerajaan perlu membuat sesuatu
meningkatkan elemen keselamatan jalan tersebut. Jadi...
YB Speaker : Ok, Yang Berhormat Mengkibol.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Satu lagi isu, iaitu isu tanah perkuburan...
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, sila duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Sikit lagi Yang Berhormat Tan Sri...
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, sila duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Ok, ok akhirnya...
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Akhirnya saya ingin merakamkan...
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Tan
Sri...
204
YB Speaker : Yang melanggar peraturan, yang melanggar speaker. Saya kata
duduk, duduklah Mengkibol.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri, bagi satu minit lagi, satu
minit lagi...
YB Speaker : Saya kata gulung, patutnya tamatlah...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker...
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker...
YB Speaker : Sebelum saya tangguhkan persidangan ini selama 20 minit, selepas ini
apabila kita naik untuk menyambung perbahasan, saya minta Yang Berhormat
Bukit Batu bersedia untuk meneruskan perbahasan kita pada petang ini. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3:30 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 3:50 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ahli- Ahli
Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Sila Bukit Batu.
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Terima kasih Dato’ Speaker. Salam
sejahtera, salam reformasi. Saya berterima kasihlah kepada Dato’ Speaker kerana
diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 ini
bersama dengan rakan-rakan Wakil Rakyat lain dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Speaker, sebelum saya masuki intipati ucapan saya. Saya ingin menyentuh
dahulu kepada ucapan Kukup semalam, yang saya rasa adalah kuat dan
mengandungi bau perkauman yang tidak wajar dan tidak patut dikeluarkan dalam
Dewan yang mulia ini.
Kerajaan yang sebelah sana selalu guna tagline Muafakat Johor, kami di sini
bersama dengan kerajaan semua rakyat Johor kita sentiasa memperjuangkan
konsep Bangsa Johor. Tapi Kukup ni dia tak berfikir sedemikian, kalaulah dia nak
membela kaum dia terpulang kepada dia tetapi pada masa yang sama sila jangan
memperlekehkan orang-orang dan kaum lain. Itu bukan konsep Bangsa Johor.
Jelas, kalau pemimpin seperti Kukup di Barisan Nasional ada pemimpin seperti itu
sahaja maka jelaslah ada pemimpin itu sahaja maka jelaslah Barisan Nasional Johor
tiada modal politik hanya tinggal main isu kaum-kaum sahaja. Dato’ Speaker, saya
tidak bercadang mahu turun ke level dengan izin, Kukup dan buang masa dalam
isu perkauman ini sebab saya faham rakyat memilih kita ni ke dalam Dewan ini
adalah untuk membangkitkan isu rakyat seperti perumahan, air, kos sara hidup dan
bukan isu-isu ini yang hanya akan menggugat perpaduan Bangsa Johor. Dan,
jangan memperdayakan orang ramai Kukup. Pihak di sini amat mencintai negeri
Johor dan cukup patriotik. Hanya bila kami rasa kerajaan negeri Barisan Nasional
Johor, kerajaan bukan negeri Johor, kerajaan Barisan Nasional Johor telah
terpesong daripada landasan daripada mandat yang diberi rakyat Johor kepada
mereka. Kami sedia tampil keluar dan memberi nasihat dan pandangan yang
205
bernas demi kebaikan Johor. Bukankah itu amanah dan tanggungjawab seorang
Ahli Dewan? Itu pendirian saya, kepada yang kurang setuju terpulanglah kepada
awak.
Dato’ Speaker, dalam bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar. Dalam bajet,
kita selalu pandang atau cari benda yang nampak, yang diuar-uarkan tapi kadang
kala banyak juga yang dapat didedahkan bajet itu daripada apa yang hilang dan
daripada apa yang kurang. Dato’ Speaker, saya telah membaca 153 titik sentuhan
Bajet Negeri Johor 2018. Dan, saya cukup terkilan apabila saya notice, saya
nampak dan ternampak, satu skim yang penting hilang dalam bajet tahun ini iaitu
Skim Pemberian Air Percuma Kepada Golongan Miskin Johor. Saya masih ingat
pada tahun 2015, bila ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar,
muka depan satu surat khabar Melayu letak ‘Air Percuma Untuk Orang Johor’,
walaupun sebenarnya hanya segelintir sahaja yang dapat, tapi tak apalah. Hanya
saya nak tahu adakah hari ini bila sekarang skim ini ditarik balik, mungkin tak besok
surat khabar keluar pula, kerajaan Johor hapus skim air percuma?
Dari 2014 sehingga tahun ini, kerajaan Johor ada satu skim di mana 5,000
pemegang akaun air golongan miskin di Johor di bawah skim bersama dengan e-
Kasih akan menerima air percuma 25 padu, percuma. Dan, berdasarkan kepada
bajet tahun lepas telah dinyatakan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk
skim ini. Tetapi tahun ini saya tidak nampak lagi apa-apa yang menyentuh pasal
skim ini dan Menteri Besar juga tidak menyatakannya dalam pembentangan bajet
hari itu.
Dato’ Speaker, hari itu semalam rakan saya dari Bukit Permai dia ada kata air Johor
adalah tinggi, sedikit tinggi di Malaysia. Sebenarnya bukan sedikit tinggi, malah
sangat-sangat tinggi Dato’ Speaker. Johor mempunyai tarif air yang paling tinggi di
Malaysia, paling tinggi. Untuk setiap 1,000 liter, orang Johor membayar RM1.31.
Perbandingan dengan yang paling rendah di Malaysia adalah negeri Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, untuk jumlah yang sama 1,000 liter, orang Pulau Pinang baru bayar
RM0.32. Perbezaan 470%, maknanya kalau kita letak satu gelas satu liter, di Pulau
Pinang, dia boleh penuh lima, di Johor baru satu, sepuluh, baru dua. Kita banding
juga dengan negeri yang lebih setaraf kita dari segi saiz dan populasi, negeri
Selangor. Negeri Selangor, untuk jumlah air yang sama mereka bayar RM0.77. Dan,
purata negara seluruh Malaysia, setelah kita letak semua negeri, purata negara
adalah RM0.69 hampir RM0.70 maknanya orang Johor adalah hampir satu kali
ganda daripada tarif purata negara.
Saya tidak nampak dalam 4 tahun 5 tahun ni, saya sudah banyak kali tanya
kepada kerajaan. Saya tidak nampak ada apa alasan kenapa air Johor ini begitu
mahal. Kalaulah kata dulu EXCO selalu kata kita tengok kepadatan, sebab Pulau
Pinang dia kecik, so, paip dia boleh padat. Kalau guna alasan padat tentunya
negeri-negeri Selangor pun sama dengan Johor. Kenapa Selangor RM0.77, kita had
nak RM1.31? Kalaulah adalah cabaran geografi ada gunung ada tasik, kita
banding pula dengan Sabah, Sarawak. Di Sabah, tinggi sikit RM0.90, di Sarawak di
antara RM0.56 hingga RM0.62. So, maknanya saya susah nak terima kenapa air
Johor begitu tinggi. Dan bukan sahaja itu, kita kerap naik, beberapa tahun dia naik
satu kali, orang naik, naik RM0.01, RM0.02. Pada 2 tahun lepas, 2015 kita naik satu
kali, kita naik RM0.26.
Dato’ Speaker, rakyat sekarang tengah menghadapi kos sara hidup, rakyat
sengsara dan kerajaan sepatutnya memberi lebih banyak bantuan dan bukan tarik
balik. Sebenarnya, patut kembangkan skim bantuan air ni bukan sahaja kepada
5,000 miskin-miskin tegar ni, dia patut termasuk juga golongan B40 ataupun kalau
206
boleh lebih bagus contohi Selangor dan beri air percuma. Saya rasa itu bukan satu
yang tidak boleh dilaksanakan kerana kerajaan Kedah Barisan Nasional baru-baru
ini sahaja mengumumkan bahawa mereka juga akan mencontohi dan tiru Selangor
dan juga memberi air percuma. Kalau Kedah Barisan Nasional boleh, mengapa
Johor Barisan Nasional tidak boleh?
Dato’ Speaker, bagi isi rumah yang biasa guna air dalam 20 meter padu sebulan
mereka kena tanggung RM16.00, di Pulau Pinang mereka hanya perlu bayar RM4.40
sahaja. Dan, di Selangor lagi best dengan izin, tidak perlu bayar satu sen pun sebab
skim air percuma di Selangor, kerajaan Selangor akan bayar untuk mereka. Dan,
kalau kita guna air meningkat mungkin keluarga kita besar sampai 30 meter padu di
Johor, satu bulan kena bayar RM46.00 berbanding di Pulau Pinang hanya bayar
RM11.30 dan di Selangor yang selalu diheboh-hebohkan oleh TV3 yang kata ada isu
air, mereka pun hanya bayar RM26.85 tetapi disebabkan ada skim air percuma di
Selangor di bawah kerajaan PAKATAN, maka semua orang hanya perlu bayar
RM15.45 sahaja Dato’ Speaker. Dan, bukanlah orang Johor guna air banyak sangat,
adalah hampir sama dengan orang lain di Malaysia tapi bil air Johor secara purata
paling tinggi pun hampir RM21.00 setiap bulan, kalau berbanding dengan orang
kuala lumpur RM15.40, Pulau Pinang RM5.00 dan Selangor tentulah selepas tolak air
percuma tinggal RM4.00 sahaja. Maka isu yang saya ingin bangkitkan yang hari ini
dan mungkin untuk kali terakhir untuk penggal ini ialah mengapa air Johor masih
begitu tinggi sehingga beberapa tahun sahaja kita naik air dan mengapa kerajaan
Johor ini tidak dapat membela nasib rakyat dalam isu air ini? Sehinggalah rakyat di
luar asyik tanya, mengapa Johor menjual air murah iaitu 3 sen setiap 1,000 gelen
atau bersamaan 4,500 liter kepada Singapura dan beli balik air dengan 50 sen pula
setiap 1,000 gelen.
Saya rasa sudah sampai masa untuk kerajaan Johor untuk mendesak kerajaan
pusat untuk mengkaji semula Perjanjian Air Malaysia – Singapura 1962. Harga 3 sen
pada tahun 1962 mungkin ok, mungkin masa tu boleh beli gula-gula lah. Saya pun
tak faham, belum lahir lagi, tapi saya rasa hari ini sudah tidak sesuai lagi. Hari ini
apa yang boleh beli dengan 3 sen? Saya nak tanya, jujur ni, tak ada benda yang
boleh beli dengan 3 sen kecuali air Johor dan berapa air Johor boleh beli? Saya
kasi contoh, setiap air tin Coca Cola, 100 Plus itu, bersamaan dengan hampir
dengan ini, air mineral ni, kalau 3 ni hampir satu liter. Maknanya 4,500 liter
bersamaan dengan untuk 3 sen sahaja orang Singapura, 1sen Sing Dollar tu dia
boleh beli 13,500 tin air atau air daripada mineral water ini. 1 sen sahaja. Adakah
itu maruah, adakah itu harga nilai air Sungai Johor? Sudahlah air mahal, Dato’
Speaker, barangkali bila kita nak buka paip air pun, air tak keluar.
Dalam masa hampir 18 bulan ini, sudah ada 4 kali krisis air major, dengan izin di
Johor yang menyebabkan bekalan air terganggu. Pada Julai 2016, pencemaran
Sungai Johor 600,000 orang terjejas. Pada Julai 2017, di Simpang Renggam,
Oktober 2017 baru-baru ini sekali lagi di Sungai Johor pencemaran air, hampir 2 juta
orang Selatan Johor ada gangguan air termasuklah kawasan saya di Kulai. Dan
baru-baru ini di Kluang, juga ada gangguan air di sebabkan pencemaran air.
Seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, sehingga sekarang
tiada tindakan undang-undang pernah di bawa, di dakwa atau di saman di
mahkamah. Malah untuk kes Oktober 2017, Menteri Besar pernah mengeluarkan
penyataan bahawa kita nak tutup ladang atau kilang itu sebab dia adalah repeat
offended, kesalahan yang berulang, bukan kali pertama.
Makanya kita bertanya-tanya mengapa kerajaan Johor ini dia tidak tegas,
sampailah kita ada Enakmen Air, kita ada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kenapa
207
kita tidak guna akta-akta ini untuk menghukum orang-orang ini yang dikatakan
telah mencemarkan sumber air kita.
Kekerapan pencemaran air di sungai-sungai Johor ini tidak boleh dilepas pandang
begitu sahaja. Kerajaan kena cari jalan penyelesaian, pendek dan panjang untuk
menangani isu ini. Sedia maklum air adalah satu sumber yang sangat penting,
tanpa air atau sebab atau ada sebarang gangguan air tentu akan membawa
kesusahan kepada rutin rakyat, tidak kiralah dia Melayu ke, Cina ke, India ke,
Borneo ke, tidak kira dia kaya atau miskin. Setiap kali ada gangguan air, tentunya
saya akan dapat aduan daripada rakyat. Rakyat ada whatsapp, dia ada FB,
malam pukul 12 pun kadang-kadang ada call saya, cukup marah. Sebab mereka
semua tanya, semua tahu Johor air paling tinggi tapi air tak ada. Tak match tu
Dato’ Sri.
Saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan yang lebih tegas kepada
pesalah-pesalah ini termasuk, saya cadang membuat pemindaan ke atas undang-
undang sedia ada termasuk Enakmen Air 1921 untuk menambah hukuman penjara,
ada hukuman penjara ke atas pesalah-pesalah ataupun pengarah-pengarah
syarikat yang terlibat. Kalau sekadar denda sahaja sekarang, saya rasa itu tidak
memadai sebab banyak syarikat yang bersalah ini sebenarnya adalah syarikat
besar. Contohnya kalau kita denda McDonald RM1 juta hari ini mereka tidak rasa
apa pun. Tambahan, banyak lagi pesalah juga adalah peladang atau kilang
haram. Kita kena tegas dengan penguatkuasaan, tutup dan hapuskan mereka
secepat mungkin. Penguasaan kena ditingkatkan dalam bahasa Inggeris “please
don’t show any mercy”.
YB Timbalan Speaker : Kalau ada pindaan nanti YB sokong.
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Apa itu Dato’.
YB Timbalan Speaker : Kalau ada pindaan nanti YB sokong.
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Sokong. Dan dalam Seksyen 25 Akta
Kualiti Alam Sekitar, sememangnya telah dinyatakan sebarang pesalah boleh
didenda tidak lebih daripada 2 tahun penjara. Tetapi sampai sekarang pun saya
tidak pernah nampak satu kes yang dibawa oleh kerajaan negeri Johor untuk
mana-mana pesalah.
YB Timbalan Speaker : Bukit Batu sila gulung.
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Eh cepatnya Dato’.
YB Timbalan Speaker : Cukup masa dah.
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Panjang sikit la Dato’. Ok. Saya ni baik,
saya tidak sebut politik. Kerajaan juga perlu pastikan kawasan tadahan air di gazet
sebagai kawasan larangan dan pastikan segala aktiviti di tebing sungai perlu di
kawal selia setiap masa. Kebajikan rakyat mesti diberi keutamaan setiap masa.
Saya kena skip ni. Dato’ Speaker,
YB Timbalan Speaker : Sambung penggal depan.
YB. Encik Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) : Tak tau ada penggal depan ke tidak.
Isu penggunaan Bahasa Inggeris. Kejap je Dato’ Speaker. Saya nak nyatakan
bahawa saya harap kerajaan Barisan Nasional sekarang walaupun mandatnya
semakin sudah kurang, dapatlah dalam masa yang ada ni menambah usaha
208
mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sekolah ataupun mana-
mana sektor termasuk kerajaan, sebab kita jangan salah faham. Ada faham yang
mungkin keliru, bila kita mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris ini, ini
bukan satu kita kata zero sum game, bukan kata kalau awak fasih bahasa Inggeris
awak tak boleh jadi orang Melayu, tak boleh jadi orang Cina, ini bukan minum
Coke tak boleh minum Pepsi.
Kedaulatan dan keutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak
akan dicabar. Penggunaan kedua-dua bahasa boleh sesama, serentak sebab
suka, tak suka kita kena akui bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, baik
dari segi komersial ataupun ilmu yang kita perlu beri perhatian. Kefasihan dalam
bahasa Inggeris tidak bermakna orang itu kurang sifat Malaysia, tapi pada masa
yang sama kekuatan dalam bahasa Inggeris akan membantu belia kita untuk
menjadi lebih kompetitif di pasaran tenaga kerja. Pelabur juga tertarik kepada
negara yang mempunyai sumber pekerja yang fasih dalam bahasa Inggeris. Kalau
kita tidak memperkuatkan usaha kita, saya takut daya saingan Johor akan kalah
kepada negeri atau negara lain. Isu ini bukan satu isu nasionalis tapi isu untuk
meningkat daya saingan Johor sahaja. Jangan salah faham.
Malah kerajaan Johor sendiri pun yang saya cukup sokong, pun menggunakan
banyak istilah bahasa Inggeris dalam bajet. Contohnya Foodtruck, WiFi Johor,
Street Market, Fresh Truck Johor, I am Corp Simply Better, mengapa, sebab dia
praktikal dan realiti dan dia senang untuk menangkap imaginasi orang awam
terutamanya belia.
Saya juga pernah baca dalam satu survey Dato’ Speaker, di mana graduan yang
dapat menguasai bahasa Inggeris mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi
berbanding dengan mereka yang tidak fasih. Agensi kerja seperti Job Street juga
pernah mengatakan benda yang sama di mana salah satu faktor graduan dan
belia susah nak dapat kerja ialah penguasaan BI mereka. Maka adalah baik kalau
kami memupuk satu budaya di mana bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris boleh
wujud dan digunakan sesama. Kalau kita pandang, rujuk negeri lain seperti
Belanda dan Scandinavian Denmark, Sweeden walaupun mereka fasih dalam
bahasa Inggeris tetapi kedaulatan bahasa kebangsaan mereka tidak pernah pun
dihakis.
Justeru, saya harap kerajaan boleh mengambil langkah yang besar, yang lebih
besar untuk menguatkan penggunaan BI baik dari segi sekolah dan juga pejabat
kerajaan, di mana saya cadangkan kerajaan mengambil dasar terbuka hati untuk
penggunaan BI di pejabat kerajaan termasuk surat menyurat di antara orang
awam dan kerajaan.
Akhir sekali isu tempatan, 2 sahaja Dato’ Speaker. Pertama seperti yang telah
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sidang lepas, saya ingin
menanya apakah status, progres selekoh maut S Batu 24 Jalan Kulai – Air Hitam
yang dikatakannya sepatutnya bermula pada Oktober tahun ini, tetapi semalam
saya pergi tengok masih tidak ada apa kerja-kerja yang dimulakan. Harap
kerajaan boleh pegang janji kepada ini, lain janji saya tidak tahu, tapi ini saya harap
boleh kotakan. Luruskan jalan ini secepat mungkin kerana ini adalah satu selekoh
yang sangat bahaya, tiap-taip tahun ada kemalangan maut. Saya harap kerajaan
boleh memberi sikit, maaf, update apa progres, kemajuan projek ini.
Dan akhirnya juga, orang di DUN Bukit Batu terutamanya di Pekan Kelapa Sawit
harap kerajaan boleh tolong mendapatkan sebuah Pejabat Pos kerana sehingga
ini kita masih tiada Pejabat Pos di DUN Bukit Batu, Senai ada 2, saya tak ada. So,
209
harap orang Bukit Batu juga diberi perhatian untuk menyenangkan rutin-rutin harian
mereka.
Akhir sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan dan
merekodkan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan baik di Kulai, seperti JPS,
Majlis Perbandaran Kulai dan juga Pejabat Tanah dan semua agensi, Alam Sekitar
yang telah memberi kerjasama selama 5 tahun ini dan juga saya ingin merakamkan
terima kasih lah kepada Tan Sri Speaker dan Dato’ Speaker kerana membenarkan
saya berucap sehingga kini. Dan saya berharap paling penting semua projek yang
sepatutnya dikatakan nak buat itu, buatlah secepat mungkin, jangan tarik sampai
pilihan raya. Sekian, terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Bukit Batu. Persidangan sambung. Jemput
Senggarang.
YB. Tuan Haji A.Aziz bin Ismail (Senggarang) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Dato’
Speaker, terima kasih kerana Senggarang diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan belanjawan 2018 yang telah dibentangkan pada hari
Khamis yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum Senggarang meneruskan perbahasan ini,
Senggarang ingin memperbetulkan kenyataan atau persepsi Penggaram dan Yong
Peng. Penggaram telah menyatakan bahawa pihak kerajaan berbangga dengan
statistik yang menunjukkan kadar kemiskinan sifar di negeri Johor. Ini bukan
bermakna tak ada kemiskinan langsung di negeri Johor. Mungkin insiden
kemiskinan adalah pada kadar, mungkin 0.005%. Jadi, kalau ikut matematiknya ia
lebih dekat dengan 0%. Melainkan jika kadarnya 0.9%, kita boleh nyatakan ianya
1% dengan izin, round up to the nearest figure. Masakan kerajaan masih terus
membincangkan isu kemiskinan setiap bulan melalui mereka yang didaftarkan
bawah e-kasih iaitu Focus Group yang diperbincangkan, yang dibincangkan di
peringkat setiap daerah dalam Malaysia. Kerajaan terus membantu golongan ini
untuk keluar dari kepompong kemiskinan kalau yang miskin tegar dijadikan miskin
dan miskin terus boleh keluar dari kepompong kemiskinan dan boleh berjaya dalam
apa juga aktiviti yang ingin dilakukan dengan bantuan dan insentif kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yong Peng pula menyatakan seolah-olah kerajaan
Johor tidak langsung memberikan tempat kepada golongan wanita peringkat
atasan di negeri Johor. Kalau dilihat sejarah, Johor telah mendahului Selangor
malah di Pulau Pinang sekali pun. Kenapa saya berani mengatakan sedemikian,
kerana Johor telah melahirkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor wanita, dua kali.
Pegawai daerah dua kali. Pegawai Kewangan Negeri dua kali. Pentadbir Tanah,
kalau tak silap saya dua kali, dan malah hari ini, seorang Setiausaha Majlis
Perbandaran dan seorang lagi Setiausaha Majlis Daerah dan di hadapan kita ini
seorang Jurutulis wanita. Ini adalah penghargaan kepada wanita oleh kerajaan
UMNO, Barisan Nasional. (Dewan bertepuk) Kita selalu mendahului, kita selalunya
ada presiden daripada negeri-negeri lain. Pakai cermin mata balik eh... (Dewan
ketawa).
Alhamdulillah,...
YB Timbalan Speaker : Rabun apa nama tu?
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail (Senggarang) : Yang Amat Berhormat Menteri Besar
telah dapat membentangkan bajet surplus setiap tahun sejak memegang tampok
210
kerajaan lima tahun yang lalu. Bagi Senggarang bajet ini, dengan izin, is full of
surprises, dengan tajuk membangun dekad baharu yang sentiasa...
YB Timbalan Speaker : Senggarang, sila ... azan ya.
(Dewan berhenti sebentar bagi menghormati laungan azan.)
YB Timbalan Speaker : Sila Senggarang, teruskan.
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail (Senggarang) : Dekad baharu yang sejahtera untuk
Johor. Beliau telah menggariskan landasan berperingkat untuk mencapai gagasan
berkemajuan. Segenap lapisan Bangsa Johor dihargai dengan pelbagai bantuan
dan sokongan melalui 153 titik sentuhan. Tahniah dan syabas buat Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor yang sentiasa gigih dan komited memikir apa
yang terbaik buat Bangsa Johor dan negeri Johor Darul Takzim. Senai menyatakan
bajet amat konservatif tapi pada Senggarang bajet ini berhemah atau prudent dan
realistik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang sekali lagi mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Johor di
atas kejayaan Ekspo Johor Berkemajuan yang telah diadakan pada bulan yang
lalu. Namun ia hanya dapat dilaksanakan di satu venue sahaja iaitu di Iskandar
Puteri. Jika inginkan lebih ramai untuk dapatkan maklumat tentang pencapaian
pembangunan di negeri Johor secara interaktif, maka wajar Ekspo Johor
Berkemajuan di kembang di peringkat daerah dengan berskala kecil, dan khusus
fokus tentang pencapaian di peringkat daerah supaya rakyat dapat melihat
pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang dihasilkan oleh pihak kerajaan.
Senggarang rasa bangga kerana kerajaan pusat mencontohi kerajaan Johor
dalam melaksanakan program sedemikian rupa. Di peringkat pusat pula dengan
nama Ekspo Negaraku, sama ada ianya satu kebetulan atau tidak, negeri Johor
telah memulakan inisiatif yang baik ini. Setakat ini hanya Johor sahaja yang dapat
melaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang rasa envy, iaitu iri hati yang positif
kerana banyak kawasan DUN lain diberikan peruntukan untuk pembangunan
infrastruktur melalui projek-projek khas, mungkin Senggarang tidak membuat
susulan. Namun begitu, sejak awal menjadi Wakil Rakyat, Senggarang telah
membangkit beberapa perkara. Ini, dalam Dewan yang mulia ini termasuk sebuah
“YOUTH PARK” di Minyak Beku, kawasan ini mempunyai landskap dan topografi
yang pelbagai merangkumi air di muara sungai, tasik dan laut, berbukit dan
berpulau, amat sesuai dijadikan pusat untuk anak muda menjalankan aktiviti lasak
dan rekreasi. Moga ianya akan menjadi realiti kelak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain itu Senggarang mengharapkan setiap DUN
diberikan penekanan dalam suatu aktiviti yang sedia ada termasuk sebagai contoh
Kejohanan Asian Polo Championship Air Tasik di Taman Botani di kawasan DUN Seri
Medan, Motorcross Siri termasuk di DUN Semarang, Night Marathon dan Kayak
Challenge di DUN Iskandar Puteri, Pesta Layang-layang di Permas Jaya. Paling
tidak, EXCO Belia Sukan, Kebudayaan dan Warisan dapat membantu setiap DUN
melaksanakan aktiviti yang endemik atau berpotensi di kawasan DUN masing-
masing. Mungkin di kawasan DUN Senggarang yang begitu luas, boleh
dilaksanakan program dengan izin, International Cross Country, merentas desa.
211
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu ketika dulu isu judi haram berleluasa, seolah-
olah di peringkat berkuasa setempat tidak berkemampuan dan tiada kesungguhan
untuk membanterasnya. Maka terpaksalah mengharapkan bantuan di peringkat
Bukit Aman untuk tindakan yang berkesan. Malangnya, apabila pihak Bukit Aman
tiada, maka gejala ini timbul semula.
Senggarang berharap masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan mekanisme
yang betul sepertimana yang digunakan baru-baru ini. Apabila pihak polis melalui
pihak atasannya mengarahkan kesemua premis judi ditutup dengan mudah premis-
premis judi ini ditutup. Malah tuan-tuan punya premis judi melarikan diri. Jika gejala
ini dapat dibanteras, maka tidak mustahil seandainya gejala lain seperti pelacuran,
ah long dan dadah turut dapat dibanteras secara total. Bak kata pepatah Melayu
lama, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah lampu jalan sama ada di jalan negeri
atau jalan persekutuan, masih tiada penghujungnya. Rasa kecewa Senggarang
kerana pihak TNB tidak serius menyelesaikan isu ini, walaupun pada awalnya pihak
JKR dan TNB bersetuju untuk melaksanakan satu program kerjasama di peringkat
daerah Batu Pahat yang mana pihak TNB memasang lampu jalan dan pihak JKR
bersetuju untuk membayar bil elektriknya. Senggarang mengharapkan agar EXCO
Kerja Raya dapat mengarahkan pihak JKR dan TNB dapat mengotakan apa yang
telah dicadangkan supaya jalan persekutuan F05 antara Batu Pahat ke
Senggarang dengan jalan berbukit dan berliku-liku bercahaya dan dapat
mengurangkan berlakunya kemalangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang amat kecewa di kawasan DUN
Senggarang, dua buah projek baru tergendala, terpaksa bertukar kontraktor kerana
kontraktor terdahulu gagal melaksanakannya mengikut jadual projek tersebut yang
telah diberikan melalui tender. Pertama, Masjid Bukit Flora 2 dan keduanya
bangunan PDK Senggarang. Mohon disegerakan pembinaannya.
Senggarang mengusulkan, dalam menentukan kontraktor mana yang akan dipilih
perlu diubah tidak mengikut cara lama yang selalunya memberikan keutamaan
kepada bidaan yang paling murah atau rendah. Sepatutnya pihak kerajaan sudah
boleh mengagak margin yang perlu ada di dalam melaksanakan projek tersebut
selain menilai kekukuhan kewangan dan track record setiap kontraktor. Selain itu,
diharapkan Sekolah Agama Minyak Beku dapat didirikan pada tahun hadapan
seperti yang dirancangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam konteks isu tempatan lain, Senggarang ingin
mencadangkan beberapa perkara. Satu, dalam menangani isu hakisan pantai,
kerajaan perlu membina pemecah ombak di tempat-tempat tertentu umpamanya
berhadapan Pantai Sungai Lurus di Selat Melaka sebagai contoh di dua batu
nortika dari pantai, jika bersesuaian dan kemudian boleh ditambak keliling
pemecah ombak tersebut seperti pulau-pulau buatan dan seterusnya menjadi
tempat pembiakan ikan dan hasil laut yang lain.
Dua, dimohon agar kerajaan mempercepatkan kelulusan lot-lot tanah kepada
pemohon-pemohon yang meneroka di kawasan Kampung Wak Hamya untuk
mendirikan rumah dengan premium yang rendah kerana sebahagian besarnya
sanggup bertolak ansur walaupun pada awalnya tanah yang mereka terokai
adalah seluas antara dua hingga empat ekar. Ini setelah mereka bersetuju
meminda dengan mengecilkan keluasan lot tanah mereka supaya lebih ramai
dapat memiliki tanah tersebut iaitu kesemuanya seramai lebih kurang 145 orang.
212
Senggarang memohon agar pihak UPENJ perlu mempercepatkan peruntukan untuk
pembangunan Pantai Sungai Lurus yang kini menjadi salah satu pusat pelancongan
tempatan dengan kemudahan terbarunya Rubic’s Station. Ruang perniagaan
makanan secara kabin yang dibangunkan oleh pihak swasta. Apa yang
Senggarang ketahui, pihak Pejabat Daerah Batu Pahat telah mengusulkannya ke
pihak UPENJ.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang mencadangkan agar tanah seluas 10
ekar kepunyaan JPS, Jabatan Pertanian yang terbiar berhadapan Taman Banang
Jaya perlu dibangunkan sebagai kawasan Rumah Mampu Milik Johor, ini bagi
mengimbangi dua pembangunan taman baru yang luas berdekatan dengan Kem
Majidee Batu Pahat dan tanah JPS, Jabatan Pertanian tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang cadangkan juga agar tanah Pusat
Penyelidikan Jabatan Pertanian di Parit Botak sebahagiannya dibangunkan semula
secara pembangunan bersepadu. Selain menjadi pusat penyelidikan yang lebih
tertumpu kepada tanaman kelapa dan herba, ia juga boleh dibangunkan sebagai
satu pusat latihan pertanian atau kolej pertanian yang specialize. Manakala
sebahagiannya diambil untuk kawasan rumah mampu milik. Ini akan membantu
melonjakkan pertumbuhan ekonomi kepada kawasan Parit Botak dan kampung
berdekatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang juga usulkan tanah persendirian seluas
lebih kurang 10 ekar di Kampung Kelicap dimajukan melalui PBT, Pengambilan Balik
Tanah sebagai pusat sukan dan rekreasi tanpa bangunan kekal dan tanah tersebut
adalah bekas tapak pembuangan sampah Majlis Perbandaran Batu Pahat yang
sudah dikambus dengan tanah. Kawasan ini sudah tentu tidak sesuai untuk
pembangunan perumahan mahupun pertanian.
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail (Senggarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,...
YB Timbalan Speaker : Sila gulung, Senggarang.
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail (Senggarang) : Saya ada dua je. Yang Berhormat
Dato’ Speaker, pada akhir September lalu, banjir besar telah berlaku tanda di
empat lokasi bermula di hadapan Taman Banang Jaya. Ini adalah akibat yang
mana empat kawasan tanah lapang yang terdedah kepada hakisan ketika hujan
telah menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Namun demikian, kawasan-
kawasan ini memang mudah ditimpa banjir. Senggarang mohon agar pihak JKR
menyelesaikan isu ini dan juga pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat supaya ia tidak
menjadikan satu isu masyarakat di kawasan Senggarang ini di Jalan Tanjung Labuh,
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini akhir kata tapi panjang sikit je, sikit je.
Dalam menghadapi PRU ke-14, Senggarang menerima hakikat bahawa akhirnya
rakyat juga yang akan menentukan kerajaan mana perlu diberi mandat. Sudah
tentu buat Senggarang, kerajaan yang sedia ada, Kerajaan Barisan Nasional, perlu
terus diberikan kepercayaan kerana track record, Barisan Nasional di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedia ada terus unggul. Memang
unggul pun. Tiada keperluan untuk Bangsa Johor mencuba dengan satu kumpulan
lain yang hanya berpaksikan harapan, impian yang populis dan sebilangannya
tidak berpijak di bumi nyata.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dengan izin, why must we rock the boat. Kalau di
Senggarang, kalau di Selangor, maaf, kalau di Selangor dan Pulau Pinang pun tiada
213
dengan izin, satu very big wow factor, sebaliknya biasa-biasa sahaja, lagi mudah
kita dan terpalit, minta maaf, dan terpalit pula dengan pelbagai skandal, mereka
hanya dilihat hebat ketika menjadi pembangkang. Selayaknya, tempat mereka
harus dikekalkan di situ sahaja. Mungkin mengecil selepas PRU akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang juga mengambil kesempatan untuk
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan di peringkat
sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun federal kerana bersama-sama
dalam menabur bakti buat rakyat kesemuanya. Terima kasih kerana membantu
Senggarang dapat menyelesaikan beberapa isu setempat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang mohon menyokong. Terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Senggarang. Kita teruskan perbahasan. Silakan
Semerah.
YB Tuan Haji Mohd Ismail bin Roslan (Semerah) : Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum warahmaturrallahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam
Semerah Sejahtera, Salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima
kasih kerana memberi ruang Semerah untuk berucap pada tahun ini. Semerah
ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat Semerah turut serta dalam membahaskan Ucapan
Pembentangan Bajet Johor Tahun 2018 yang telah dibentangkan oleh pemimpin
yang kita kasihi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada Khamis yang lalu.
Mewakili warga Semerah, kami juga merafak sembah menjunjung kasih ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Hari
Keputeraan Baginda pada 22 hari bulan yang lalu. Didoakan semoga Tuanku serta
kerabatnya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan terus menaungi negeri
dan Bangsa Johor serta jajahan takluk. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, selepas hampir 5 tahun
menakhodai kepimpinan kerajaan Johor dan membentangkan buat kali Ke-5 Bajet
Johor, dengan berbagai tema bagi melonjakkan terus negeri Johor untuk
menjadikan negeri No. 1 di Malaysia. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan yang menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan
semalam, DUN Semerah dalam Festival Seni iaitu Pasukan Kompang mendapat
johan. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk kali ini Bajet 2018 bertemakan ‘Membangun
Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor’. Di mana ianya menjadi asas kepada
usaha kerajaan negeri, dalam memberikan suntikan serta lonjakan baru kepada
pertumbuhan dan masa depan Johor. Bermula dengan 88 titik sentuhan bagi Bajet
2014, kini 153 titik sentuhan akan dilaksanakan mengikut 5 strategi khusus dalam
mendepani harapan bahawa Johor sedekad dari sekarang, akan terbangun
sebagai negeri yang sangat berbudaya, Islamik, mendukung dengan bangganya
struktur masyarakat yang majmuk dan lebih erat perpaduannya.
Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, yang terus membentangkan
bajet lebihan atau surplus bajet dengan izin, dalam mandat 5 tahun berturut-turut.
Yang pastinya, dengan jelas dan nyata serta perincian dari mana hasil diterima dan
ke mana hasil dibelanjakan. Tidak seperti bajet di sebelah sana, tiada langsung
fakta dan dari mana hasil diperolehi. Jiran saya, Penggaram ni beria-ia benar kata
bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah bajet
retorik untuk membela rakyat. Saya ingin memberi pencerahan Penggaram.
Sebagai kerajaan yang diberikan mandat, inilah bajet yang sebenarnya dan nyata
214
untuk kesejahteraan rakyat. Tapi, bajet dan tawaran yang diberikan oleh geng
sebelah sana, seperti Parit Yaani, nak menghapuskan GST, pendidikan percuma,
hapuskan tol, itu baru retorik, sebab dah beri negeri Selangor pun tak boleh laksana
apa yang diperkatakan. Bukit Batu ada menyatakan bahawa pemberian air
percuma tidak direkodkan dalam bajet kali ini. Itulah, bila kita rekod, Mengkibol
kata berulang-ulang copy dan paste. Bila tak masuk dia kata dah nak tamatkan,
jadi mana satu Pembangkang ni nak cerita, kita pun tak tahu. Yang pastinya,
mereka sebenarnya tidak jelas bajet yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat di bawah terutamanya dalam
strategi mensejahterakan rakyat. Sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Ini
termasuklah golongan petani dan nelayan. Walaupun kepimpinan negeri tidak
pernah sekali melupai golongan ini, namun bagi menghadapi negara maju, dan
dekad baru Johor akan datang, golongan ini mesti diberi perhatian khususnya
terutamanya golongan nelayan. Dalam perbahasan dan ucapan saya yang lepas,
saya telah banyak menyentuh mengenai petani dan peladang. Kali ini, saya ingin
membawa isu nelayan di kawasan DUN Semerah. Bagi mewakili nelayan, Semerah
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Johor, semasa Program Turun Padang ke Kawasan Parlimen Parit Sulong, yang
diketuai oleh Yang Berhormat DUN Sri Medan, ADUN Sri Medan, khususnya di DUN
Semerah telah meluluskan pembinaan 2 jeti baru iaitu di Kuala Sungai Nibong dan
juga di Telok Wawasan, serta menambah baik kawasan pendaratan ikan di Telok
Wawasan bernilai lebih RM1 juta, yang sekarang ini dalam proses pembinaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, DUN Semerah ni merangkumi kawasan sepanjang
21 kilometer kawasan pantai. Dan terdapat 5 pengkalan nelayan yang melibatkan
lebih kurang 1,000 orang nelayan. Daripada 1,000 ini, separuh daripada nelayan ini
menerima insentif bulanan sara hidup. Dan selebihnya nelayan-nelayan ini yang
tidak didaftarkan sebagai nelayan atau berlesen, manakala 75 peratus adalah
nelayan Melayu. Jadi, perkiraan yang dijelaskan oleh Persatuan, pendapatan
mereka ini puratanya antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan. Jadi, Yang
Berhormat Dato’ Speaker, nelayan-nelayan pesisir pantai di DUN Semerah ini kerap
bertarung dengan pelbagai masalah untuk mendapatkan rezeki bagi keluarga.
Serta, nelayan-nelayan ini juga menyediakan bekalan ikan untuk kita. Di antara
masalahnya ialah pertama kawasan operasi mereka yang semakin terhad, kerana
adanya kelulusan baru kehadiran kapal-kapal besar yang berlabuh ini. Dah lah
jarak nelayan pantai ini antara persisir pantai dengan antarabangsa, hanya lebih
kurang 7 hingga 8 kilometer, ditambah pula dengan kapal-kapal besar yang
berlabuh. Kita bukan nak menyalahkan sapa yang kelulusan ini, tapi sekurang-
kurangnya dilihat dan diberikan apa-apa yang sepatutnya kepada nelayan ini.
Yang keduanya, ialah ancaman pukat tunda haram yang kerap berlaku.
Ketiganya, ialah ancaman air yang kotor dan berkeladak. Ini mengurangkan ikan
untuk ke pesisir pantai. Kemudian, serangan lanun, seterusnya ialah mereka ini tidak
didaftarkan. Bila tak daftar sebagai nelayan, mereka tak dapat subsidi minyak dan
juga insentif sara hidup. Selain daripada itu, ialah harga peralatan lain yang kerap
naik tanpa kawalan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, justeru bagi meningkatkan hasil tangkapan ini,
Semerah mohon agar kerajaan dapat membantu bagi menyelesaikan beberapa
perkara bagi mensejahterakan golongan ini. Di antaranya ialah, menambah baik
jeti-jeti nelayan iaitu jeti Pengkalan Nelayan Sungai Batu Pahat di Kampung
Muhibbah, Jeti Rumah Pangsa di Kampung Pantai dan juga Jeti Kampung Sungai
Kajang. Yang keduanya, kerajaan hendaklah mengambil tindakan kepada pesalah
215
pukat tunda haram ini yang berleluasa, bermaharajalela dengan lebih berat
termasuk memusnahkan bot dan peralatan, sebagaimana kerajaan Indonesia
buat. Sebab tu, nelayan pesisir pantai di Indonesia ini,mereka banyak ikan
sehingga ikannya dieksport, dihantar ke negeri kita. Yang ketiganya, ialah kerajaan
atau membuka sebuah kementerian pertanian, membuka semula pendaftaran
lesen kepada nelayan yang sepenuh masa. Maknanya yang sepenuh masa ini, kita
kena beri lesen untuk mereka mendapat subsidi minyak dan juga sara hidup. Yang
keempat, ialah pampasan. Oleh kerana air kotor ni datang daripada, kita pun tak
tau dari mana, tapi pampasan ini diberikan oleh kawasan nelayan di kawasan
Muar. Jadi, bolehlah kawasan nelayan di kawasan Semerah ini juga mendapat
pampasan sebagaimana nelayan di kawasan Muar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam meningkatkan pendapatan golongan ini
juga, dalam perbincangan kita, 2 projek yang berpotensi boleh dijalankan dan
kajian kesesuaian air juga telah dilaksanakan oleh pihak UTM, iaitu ternakan kerang
dan kupang. Walau bagaimanapun, ternakan ini memerlukan kelulusan oleh pihak
Pejabat Tanah. Jadi, mohonlah supaya permohonan tanah-tanah oleh mereka
yang nak mengusahakan kerang dan kupang ini, dipermudahkan permohonan
demi untuk meningkatkan pendapatan golongan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hasil perbincangan dengan Persatuan Nelayan
juga, beberapa cadangan dikemukakan bagi mendapatkan pertimbangan
kerajaan untuk golongan nelayan, demi mensejahterakan golongan nelayan ini.
Yang pertama ialah, mohon kerajaan mengekalkan terus insentif sara hidup ini
kepada nelayan walaupun mereka tidak lagi ke laut. Tidak ke laut oleh kerana
faktor umur, usaha ataupun kesihatan. Jadi, berikan insentif sara hidup ini dianggap
sebagai jasa. Jasa kepada nelayan ini, yang telah membekalkan sumber protein
kepada negara. Jadi, dia dianggap sebagai pencen kepada nelayan-nelayan ini
daripada insentif sara hidup tersebut. Keduanya ialah, cadangan supaya
mengecualikan GST kepada peralatan nelayan yang dikatakan sering berubah
harga, sering meningkat termasuklah jaring kepada nelayan-nelayan pesisir pantai
ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejumlah 40 titik sentuhan telah digariskan oleh
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bagi strategi kedua. Iaitu, pemantapan
kemudahan awam dan pelebaran ruang kesejahteraan rakyat. Yakni, titik sentuhan
kedua terbanyak selepas strategi ke-5 dengan 57 titik sentuhan. Semuanya untuk
mempastikan bahawa kemudahan yang ada yang akan dilaksanakan mendapat
manfaat kepada semua Bangsa Johor termasuk di sebelah sana.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang telah meluluskan
pembinaan Kompleks Terminal Bas di Batu Pahat, yang terletak di dalam kawasan
DUN Semerah iaitu berjumlah RM700,000.00. Terminal ini telah sekian lama
dinantikan oleh penduduk Batu Pahat. Ini memberikan kemudahan kepada rakyat
Batu Pahat, yang masih menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Walau
bagaimanapun, adalah amat bersesuaian dan lengkap lagi jika pembinaan
Terminal Bas ini berhampiran atau disekalikan dengan pembinaan Terminal Teksi
yang sekarang ini stesen-stesen teksi ini merata di setiap sudut dalam Bandar Batu
Pahat kerana ia melengkapi antara satu sama lain, sistem pengangkutan antara
bas dan teksi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan Barisan
Nasional dari warga Semerah. Selama 5 tahun ini banyak projek pembangunan
yang telah diluluskan dan dilaksanakan dalam DUN Semerah, iaitu bernilai jutaan
ringgit. Antaranya ialah pembinaan Pasar Baru Batu Pahat bernilai RM6.6 juta, yang
216
diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keduanya, ialah
pembinaan landskap Pesisir Sungai Batu Pahat. Fasa pertama bernilai RM10.8 juta.
Yang ketiga, ialah pembinaan jambatan Parit Keliling Peserai bernilai RM8.6 juta.
Keempat, pembinaan longkang Mesra Alam Peserai bernilai RM20 juta. Kelima,
pembinaan semula gerai benteng dan landskap bernilai RM10 juta, sebagaimana
yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada bajet, Khamis
yang lalu. Keenam, jajaran baru Jalan Peserai ke Parit Jalil bernilai hampir RM70 juta.
Dan banyak lagi projek-projek lain termasuklah menurap semula jalan-jalan dan
menaik taraf jalan dalam kawasan DUN Semerah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seluruh penduduk Batu Pahat dan daerah Pontian,
sentiasa berdoa mudah-mudahan perancangan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor untuk mengkaji dan meneliti peruntukan penyelenggaraan projek-
projek pengairan dan saliran, jalan-jalan ladang, jalan kampung, jambatan NTB dan
lain-lain projek pembangunan yang ditinggalkan selepas tamat dan tutupnya
Projek Pertanian Bersepadu Johor Barat akan menjadi kenyataan serta dapat
mengatasi banyak masalah yang membelenggu rakyat dalam kawasan tersebut
termasuk di dalam kawasan DUN Semerah.
YB Timbalan Speaker : Semerah, sila gulung.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Menyampaikan harapan rakyat DUN Semerah juga, agar projek menaik taraf jalan
kampung Parit Kuda sepanjang 3.5 kilometer kepada jalan negeri yang telah
dikemukakan di Dewan yang Mulia ini sebelum ini dapat diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga mengucapkan penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang setiap kali
pembentangan bajet negeri sentiasa memberikan penekanan terhadap
pendidikan. Kali ini memperkenalkan beberapa program dan insentif baru untuk
dilaksanakan atau digapai oleh bangsa Johor. Selain daripada itu, juga
meneruskan dan menambah peruntukan-peruntukan termasuklah sekolah agama
dan juga penyelenggaraan sekolah-sekolah agama di FELDA.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga
memperkenalkan satu program baru yang tidak pernah di buat dan dirancang
sama ada oleh kerajaan persekutuan atau negeri-negeri iaitu Program
Pembangunan Karakter Murid Johor bertujuan untuk membangun modal insan dan
melahirkan Bangsa Johor yang sempurna. Begitu juga Program Infak, satu program
yang amat baik dan menarik kepada ibu bapa untuk menghantar anak ke Tadika
Kemas, Tabika Kemas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita melihat bahawa semua program pendidikan
yang dilaksanakan ini untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam
menghadam segala yang berlaku terhadap, kehadapan terutama dalam
menghadapi pendidikan abad ke 21. Maka semua pihak harus peka untuk
menghadapinya. Kita ambil contoh buku teks, False Two, Bahasa Inggeris tingkatan
2 yang diterbitkan pertama kali tahun 2017 oleh Kumpulan Desa Fikir Sdn Bhd untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Plus Level 2. Magniland Publisher
Limited London, buku teks ini dijangka akan digunakan di sekolah-sekolah Malaysia
pada tahun 2018. Yang hairannya, isi kandungan baru dalam mata pelajaran
tingkatan 1 dan 2 ini berdasarkan Cambridge English. Banyak bercanggah dengan
fahaman dan budaya rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, bab permulaan
berkaitan dengan sambutan keagamaan dan budaya Krismas, April Fool,
perkahwinan di Gereja, Valentine’s Day, jadi apakah peranan Kementerian
217
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam
mempertahankan akidah murid-murid Islam dalam sekolah-sekolah nanti. Yang
jelas, ianya bertentangan dan bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang mengumumkan bantuan khas kepada semua pihak. Kita sedia maklum
juga lebih 2,000 orang kakitangan persekutuan yang bertugas di negeri Johor pada
masa ini. Mereka juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan Johor
Berkemajuan, terutama dalam melaksanakan peruntukan pembangunan yang
perlu dilaksanakan oleh mereka. Saya percaya insya-Allah, Yang Amat Berhormat
begitu faham dan prihatin tentang sokongan, mudah-mudahan akan ada bantuan
khas yang dicadangkan untuk kakitangan persekutuan di negeri Johor ataupun
dicadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan belanja mengurus bagi
mengiringi belanja pembangunan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh jabatan
dan agensi kerajaan persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengucapkan terima kasih di atas
kerjasama dan sokongan dan bantuan yang telah sentiasa diberikan oleh jabatan
dan agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan sepanjang
Penggal saya berkhidmat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan
memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa mengakhiri
pembentangan bajet 2018, marilah kita semua berusaha sehabis kudrat dan daya
memperbaiki kelemahan dan memberikan yang terbaik demi menjayakan 10 tahun
akan datang. Bukan saja sebagai sebuah dekad yang sarat dengan pencapaian
tetapi yang dilihat dan dikenali sebagai Dekad Johor. Sekian terima kasih.
Semerah menyokong usul yang dibawa oleh Kukup. Wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Semerah. Kita sambung perbahasan, sila Buloh
Kasap.
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Salam Muafakat Johor. Salam
Segamat Selamat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi
peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pembentangan bajet
2018. Membangun Dekad Baru Yang Sejahtera Untuk Johor yang dibentangkan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 23 November yang lalu.
Andang-andang madu kelulut, pokok asam tempat bersarang, pandang-pandan
semua sudut, johor jelas, makin cemerlang.
Maka memulakan ucapan perbahasan pada kali ini tidak ada frasa yang lebih baik
untuk saya tuturkan di dalam Dewan yang Mulia ini selain mengucapkan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku pemimpin tertinggi dalam
tadbir negeri yang telah membentangkan belanjawan negeri yang terbaik.
Belanjawan yang dibentangkan pada kali ini merupakan bajet yang menjadi
jawapan kepada 2 persoalan utama.
Pertamanya, mengukuhkan paksi ekonomi dan memacukan pertumbuhan rancak
dan maksud meningkat hasil dan pendapatan. Yang keduanya, memastikan
perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan
adil dan saksama untuk segenap lapisan masyarakat. Dan bajet ini menjawab
218
kedua-dua persoalan apatah lagi ia bukan hanya bajet untuk setahun mendatang
tetapi 10 tahun mendatang. Bajet yang cukup luar biasa yang memberi manfaat
kepada setiap orang lapisan masyarakat di negeri Johor ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka mendukung hasrat yang sama saya juga
ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa perkara yang
cukup penting yang perlu diberi keutamaan oleh kita semua selaku pemimpin yang
diberikan amanah dan tanggungjawab membawa harapan yang besar.
Hub Pertanian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila Yang Berhormat Dato’
Menteri Besar mengumumkan Segamat sebagai Hub Pertanian Johor pada
pembentangan bajet pada tahun 2016, ia menjadi perkhabaran yang sangat baik
buat kami semua. Apatah lagi Yang Amat Berhormat pada tahun 2017 telah
memperuntukkan sejumlah, RM1.25 juta khusus untuk membangunkan Kebun
Nukleus atau dikenali sebagai Agro Mix Farm yang merupakan projek rintis di negeri
Johor.
Pada kali ini kerajaan negeri pula telah memperuntukkan berjumlah RM700,000.00
khusus bagi projek Pembinaan Rumah Sembelih, Rumah Lelongan Ternakan, dan
Pusat Jualan Setempat Produk Veterinar. Warga Segamat mengucapkan jutaan
terima kasih untuk peruntukan ini yang pastilah memberi manfaat kepada seluruh
warga Segamat. Namun begitu, saya ingin memohon kepada kerajaan negeri
meneliti dan mempertimbangkan bajet tambahan berjumlah RM100,000.00 untuk
kepelbagaian landskap bagi projek Agro Mix Farm atau Kebun Nukleus yang
sedang dibangunkan. Kepelbagaian landskap ini penting kerana melibatkan
kedudukan ataupun jarak bangunan. Struktur binaan umpamanya, jarak longkang
dengan kedudukan pokok yang ditanam kerana ia akan mempengaruhi kesuburan
tanaman tersebut. Selain itu...
YB Timbalan Speaker : Buloh Kasap, sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi
membolehkan Ahli Yang Berhormat Buloh Kasap berucap dalam dua hari jadi saya
dengan ini menangguhkan persidangan sehingga jam 9:30 pagi, 28 hari bulan
November.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:00 petang.
219
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA (BAJET 2018)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KEEMPAT SELASA, 28 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
220
221
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
(Tanjung Surat)
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
222
223
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
224
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
225
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ,. PIS., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
226
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
YB Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan
selamat pagi. (Selawat). Pagi ini kita meneruskan persidangan kita. Mudah-
mudahan dapat kita selesaikan segala agenda yang ada pada hari ini untuk
kepentingan Ahli-Ahli Dewan dan juga rakyat seluruhnya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sukacita Dewan ini merakamkan ucapan tahniah kepada
Yang Berhormat Tuan Haji Abd. Razak bin Minhat, Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Serom yang telah menerima anugerah Ijazah Doktor Pentadbiran
Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia pada 18 November 2017. Mudah-
mudahan ini contoh tauladan yang baik. Walau pun sibuk dengan tugas-tugas
rasmi sebagai Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat berjaya juga menghabiskan
Ijazah Kedoktorannya dan ini menjadi contoh tauladanlah. Bukan sahaja kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri malahan kepada rakyat seluruhnya. Moga Yang
Berhormat akan terus berjaya pada masa hadapan dan menyumbang kepada
agama, bangsa dan negara. Tahniah Yang Berhormat.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Semerah, jemput.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya
nombor 1.
Adakah kerajaan akan mewujudkan dasar mengenai perkahwinan wanita Islam
tempatan warga emas atau berusia lanjut dengan warga asing muda dan kacak
yang di antaranya hanya bertujuan untuk mengeksploitasi untuk mereka
mendapatkan kemudahan perniagaan dan sebagainya.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan
Yang Berhormat Semerah yang telah mengutarakan soalan kepada saya. Di mana
soalannya, adakah kerajaan akan mewujudkan dasar mengenai perkahwinan
wanita Islam tempatan warga emas atau berusia lanjut dengan warga asing muda
dan kacak yang di antaranya hanya bertujuan untuk mengeksploitasi dengan izin,
untuk mereka mendapatkan kemudahan perniagaan dan sebagainya.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam hadis Rasulullah SAW, Rasulullah pernah
bersabda “kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara. Yang pertama
kerana agamanya, yang kedua kerana keturunannya, yang ketiga kerana
kecantikannya, yang keempat kerana hartanya”. Rasulullah SAW menyatakan ...
YB Speaker : Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat memetik hadis Rasulullah
kena terangkan dengan jelas kerana selain daripada al-Quran, hadis Rasulullah itu
227
menjadi rujukan kepada orang-orang Islam. Jadi kalau kita nak sampaikan, kena
sampaikan secara jelas supaya tidak timbulkan kekeliruan. Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Terima kasih Tan Sri. Nampaknya saya akan
beri penerangan dengan lebih jelas lagi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
“kahwinilah perempuan itu yang pertamanya kerana agamanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan juga kerana hartanya. Dan pilihlah
mereka-mereka (calon isteri itu) mereka-mereka yang memegang kuat kepada
agama kerana ia akan memberikan kemudahan kepada kamu”. – mafhum hadis
Rasulullah S.A.W.
Undang-undang dan peraturan berkaitan nikah kahwin di negeri Johor adalah
dikanunkan berdasarkan hukum syarak yang berkuat kuasa sehingga hari ini ialah
Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor 2003 dan Tatacara dan Panduan Pengurusan
Nikah Cerai dan Rujuk Negeri Johor (2015) pindaan 2016. Di antara perkara yang
dikanunkan ialah peraturan tentang permohonan kebenaran berkahwin dengan
warga negara asing di negeri Johor dan juga permohonan kebenaran berkahwin
warganegara asing di negeri Johor. Ada pun niat untuk mengeksploitasi ataupun
mengambil kesempatan melalui perkahwinan dinilai dalam permohonan
kebenaran berkahwin menggunakan kaedah usul fiqh.
Kita gunakan kaedah usul fiqh tuan-tuan, sebab di situ mereka tak nyatakan pun
mengapa dia nak berkahwin dengan warga emas, yang berusia lanjut dan
sebagainya. Maka kita mengambil kaedah bersangka baik, gunakan kaedah asas
fiqh yang menyebut “nahnu naq nahqum bizowahir wallahuyatawalla sarail” yang
bermaksud hukum yang dinilai berdasarkan bukti yang zahir, manakala yang tersirat
hanya Allah SWT yang tahu akan rahsianya.
Sebenarnya peraturan yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang
mengambil kesempatan melalui perkahwinan sebegini kerana banyak proses-
proses yang perlu dilalui oleh warganegara asing ini seperti ‘akwamu’ keislaman
daripada tempat asalnya, negara asalnya, surat kebenaran untuk berkahwin dari
pejabat agama di negara asalnya, begitu juga pengesahan dokumen perjalanan
daripada pihak Jabatan Imigresen. Begitu juga kita mengenakan syarat yang kita
tidak berikan kelonggaran iaitu tentang laporan saringan ujian HIV/AIDS.
Sebagaimana, di mana begitu juga, selain daripada itu mereka juga perlu
mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan dan begitu jua yang terakhir
sekali kebenaran daripada pihak kedutaan ataupun konsulat negara berkenaan.
Kebenaran atau perintah mahkamah juga perlu didapatkan, perlu didapati oleh
pemohon itu sekiranya ada keperluan pernikahan itu yang menuntut ia
mendapatkan kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu seperti pernikahan
wali hakim dan sebagainya. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab soalan saya
dan dengan jelas dari segi hukum syarak, dari segi penjelasan hadis.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita sedia maklum bahawa masa telah berubah
maka oleh kerana kita tahu bahawa telah pun terjadi contohnya di kawasan
sayalah, DUN Semerah. Seorang wanita berumur 65 tahun berkahwin dengan
seorang warga asing yang kacak, handsome, dada berbulu, umur 35 tahun.
YB Speaker : Mana tahu Yang Berhormat, dada dia berbulu? (Dewan ketawa).
228
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Dada nampak, Yang Berhormat.
(ketawa).
YB Speaker : Dada berbulu tak menjadi syarat.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Mungkin. Saya tidak hairan kalau
lelaki 65, perempuan 35. Itu tak menjadi kehairanan. Tapi, setelah berkahwin
maknanya 65 dengan 35, dulu berniaga naik motosikal, jual kain rumah ke rumah.
Pujuk punya pujuk macam mana sunyi kat rumah anak-anak pun dah tak ada, dah
besar, anak pun kadang jarang balik. Ini anak pun salah juga ni. Kahwin, dengan
naik motor sekarang dah ada sewa kedai menggunakan nama isteri. Ha, dah
baguslah nama isteri. Tapi tak balik rumah, tidur di kedai. Sama juga macam tak
kahwin.
Jadi, bila macam ini nak ngadu pada anak dah serba salah. Anak tak bagi tapi
nak kahwin juga. Yang ngadu pada siapa? Wakil rakyat dia pergi, sebab dia nak
pastikan bahawa ada satu dasar atau peraturan yang menyekat. Jadi saya
tahulah cerita, sebab tu saya tanya soalan.
Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kalau boleh peraturanlah. Dasar memang
dah ada. Dari segi hadis, dari segi syarak memang ada. Cuma peraturan itu,
sebab dulu kita tak terfikir ya, wanita-wanita lanjut usia ni kita tak fikir dia nak pilih
dada berbulu ni. Tapi sekarang dah menjadi, bukan satu kes atau satu dua kes.
Mungkin nak ngadu kat pejabat kadi pun segan.
YB Speaker : YB, ini pun mungkin kes terpencil. Bukan jadi amalan biasa. Jadi, tak
payah sangatlah kita nak ambil tahu, orang dada berbulu tak bulu, dia kahwin tak
kahwin, macam mana. (Dewan ketawa). Sibuk sangatlah wakil rakyat kalau ambil
hal-hal macam tu. Sila Yang Berhormat kalau nak jawablah.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Ok. Soalan tambahan.
YB Speaker : Yang Berhormat, silalah. Kalau YB EXCO nak jawab, jemput.
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan (Semerah) : Ada soalan tambahan saya. Jadi
saya cuma nak tahu setakat ini ada tak kes-kes yang dirujuk. Walau pun kes-kes ini
kita dah tahu dah, dah mengadu pada kita, sebab kan jadi, sebab bila ada aduan
kita kena respons, sebab kita katanya Wakil Rakyat. Jadi, saya nak tahu berapa
banyak kes ataupun ada tak kes-kes yang dirujuk di Pejabat Agama mengenai kes-
kes seperti yang saya ceritakan tadi. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Ok. Kes itu kat Yang Berhormat punya kawasan sajalah. Lain kawasan
tak adalah. Jemput, kalau nak jawab, sila.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih.
Saya nak respons sikit saja Yang Berhormat. Di Bahagian Undang-Undang Keluarga,
Pentadbiran Undang-Undang Keluarga di daerah memang ada menerima kes-kes
yang seperti ini sebagaimana Yang Berhormat Tan Sri Speaker sebutkan bahawa
kes ini adalah kes terpencil. Dan ada sesetengahnya mereka ini tak nak daftarkan.
Mereka hanya nak kaunseling, minta pandangan kepada juru, maknanya kaunselor
kita untuk selesaikan kes-kes yang seperti ini. Jadi, maka dengan sebab itu, kita
akan melihat supaya perkara ini tidak menular di masa akan datang. Maknanya
mereka nak mengambil kesempatan dan sebagainya, mungkin kita akan juga
perkenalkan satu kaedah iaitu di mana perkahwinan yang agak berbeza, jauh dari
segi umurnya, mungkin kita akan sebutkan tentang kufu, kufu di mana taraf dia tu
229
kita akan fikirkan supaya kita dapat jadikan panduan sekiranya ada kes-kes yang
seperti ini, yang nak bernikah sejak awal lagi kita akan berikan kaunseling kepada
mereka.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semerah tadi ya, ibu-ibu tadi
ini yang lanjut usia ini ada yang masih lagi nak kasih sayang tapi anak-anak dah tak
bersama dengan mereka, jadi mereka dapatkan kasih sayang dari warga asing.
Seperti yang disebut tadi. Jadi, kita mungkin sebagai di pejabat Agama ini mungkin
akan berikan pandanganlah, melalui kes-kes yang seperti yang disebutkan tadi,
saya rasa perkara ini mungkin satu hari nanti akan menjadi besar. Sebab kita tahu
negara kita ini banyak warga asing yang beragama Islam yang datang ke negara
kita dan mungkin kita bersangka baik, mungkin juga ada niat-niat mereka yang
mungkin seperti itu nak mendapatkan kemudahan perniagaan di negara kita ini,
sebab negara kita ini adalah tempat orang mudah mencari rezeki. Jadi, mungkin
ada perkara itu maka itu sebab saya akan minta Bahagian Jabatan Agama
mengkaji satu lagi kaedah untuk menyelesaikan kes-kes yang seperti ini. Terima
kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Yang Berhormat Rengit, jemput.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya
nombor 2.
Kerajaan Negeri sedang giat membudayakan gerakan kesukarelawan di negeri
Johor. Contohnya Ihsan Johor dan Sukarelawan Darul Takzim. Nyatakan
pencapaian program tersebut masa kini dan perancangan masa hadapan.
Apakah pelan kerajaan dalam melibatkan lebih ramai penyumbang material
dalam program ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan Warisan : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Rengit. Untuk
makluman Yang Berhormat DUN Rengit, penubuhan Sukarelawan Darul Takzim
adalah atas usaha dan cetusan idea Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamad
Khaled bin Nordin selaku Menteri Besar Johor di bawah Pusat Pembangunan Belia
Negeri Johor. Kewujudan sukarelawan Darul Takzim adalah untuk menyelaras,
membantu badan-badan sukarelawan yang ada dalam negeri Johor, yang mana
Badan Sukarelawan ini akan digabungkan di bawah nama Sukarelawan Darul
Takzim. Di bawah Sukarelawan Darul Takzim ini juga kita terdapat beberapa NGO
utama yang telah bergerak untuk membantu rakyat negeri Johor yang dalam
ditimpa bencana atau kesusahan. Contohnya Ihsan Johor, Majlis Belia Negeri Johor
dan juga badan-badan gabungannya seperti St. John, Sukarelawan Jabatan
Kebajikan Masyarakat serta persatuan-persatuan serta kelab-kelab lain sama ada
yang berdaftar atau tidak berdaftar seperti Santun Johor, Kelab Amal Bakti Johor,
Kelab Belia Wawasan dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan Yang Berhormat DUN Rengit,
bahawa maklumat yang kita perolehi daripada Sekretariat Ihsan Johor sehingga
November 2017, telah membina 20 buah rumah golongan asnaf dan mensasarkan
30 buah rumah lagi untuk tahun hadapan. Sukarelawan Johor di bawah jenama
Sukarelawan Darul Takzim pula menjalankan program yang telah digerakkan dalam
3 tahun terakhir ini iaitu Program Johor Future yang mana perlaksanaannya dengan
membawa tiga konsep utama iaitu sukan, kecergasan dan kesukarelaan untuk
membantu membaiki rumah-rumah asnaf dengan sasaran 300 buah bagi
keseluruhan negeri Johor setiap tahun.
230
Sukarelawan Darul Takzim juga telah terlibat secara langsung seperti misi bantuan
bencana di pantai timur, seperti di Kelantan, Terengganu dan di negeri Johor sendiri
seperti di daerah Segamat. Baru-baru ini juga telah di bawah nama Sukarelawan
Darul Takzim juga telah menghantar 200 orang sukarelawan untuk menyertai misi
bantuan bencana di Pulau Pinang yang telah dibuat pelepasan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor. Banyak juga program-program misi bantuan
bencana ini termasuk misi-misi bantuan kecil yang telah dilaksanakan oleh
Sukarelawan Darul Takzim.
Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan juga Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Sukarelawan Darul Ta’zim juga telah melaksanakan Misi Bantuan Ke Luar
Negara seperti di Filipina, Acheh, Malawi, Indonesia, Syria, Gempa di Sabah, Ranau
serta yang baru-baru ini telah ke Cebu Philippines.
Dalam soal pengembangan Sukarelawan Darul Ta’zim juga telah melaksanakan
road tour ke 10 daerah di negeri Johor untuk bertemu bersama pegawai daerah
serta JKKK atau JPP, persatuan dan juga kelab untuk mewujudkan Kumpulan
Sukarelawan Darul Ta’zim hingga ke peringkat akar umbi bagi memperkasakan
didikan kesukarelaan sebagai satu budaya kepada rakyat Johor. Kelab
Sukarelawan Darul Ta’zim di peringkat sekolah menengah juga telah ditubuhkan
yang mana untuk fasa pertama melibatkan 56 buah sekolah iaitu satu sekolah bagi
setiap Dewan Negeri Johor.
Bagi meningkatkan semangat sukarela serta menambah asas pengetahuan ilmu
kesukarelawanan, Program Jambori Sukarelawan Darul Ta’zim telah dilaksanakan
pada tahun 2014 dengan penyertaan seramai 1,000 orang belia dari seluruh negeri
Johor. Ia juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini iaitu pada 2 hingga 3
Disember ini. Dan, insya-Allah akan dapat sambutan daripada belia-belia yang
terlibat dalam program-program kesukarelawanan di bawah nama Jambori
Sukarelawan Darul Ta’zim. Dan, insya-Allah dengan program ini kita dapat
mengumpulkan dan bertukar-tukar maklumat antara sukarelawan yang ada dalam
negeri Johor. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Jemput YB Rengit.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih
atas jawapan yang diberikan oleh EXCO tadi. Cuma, kita nak pertingkatkan lagi
gerakan kesukarelawan di negeri Johor ini. Di bawah tekad baru untuk menjadikan
Johor lebih sejahtera ini, kita nak kan penglibatan rakyat dalam membantu
menyelesaikan isu rakyat tak bergantung lagi kepada kerajaan. Saya beri contoh
apa yang dibuat oleh Ihsan Johor dan kita nak ucapkan tahniah lah di bawah
pimpinan Presiden Ihsan Johor, YB Kukup kerana telah dapat membantu membina
rumah dalam 3 hari.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan duitnya datang daripada orang awam yang
menderma kepada pihak Ihsan Johor yang bekerja untuk buat rumah 3 hari ini,
orang susah pun sukarelawan anak-anak muda yang sanggup bercuti daripada
Kuala Lumpur, daripada Ipoh datang ke Rengit untuk buat rumah. Ini contohlah.
Jadi kat sini, penglibatan rakyat dalam nak menyelesaikan isu rakyat tak
bergantung lagi kepada kerajaan. Ini dekad baru yang Johor nak buat, cuma saya
nampak Yang Berhormat Tan Sri Speaker, gerakan kesukarelawan ini kita boleh
jadikan gerakan massa ataupun Mass Movement untuk rakyat negeri Johor. Cuma
kurang promosinya. Kalau boleh melalui GLC negeri, kalau boleh diusahakan
melalui KPRJ dengan ataupun Perbadanan Johor supaya gerakan kesukarelawan
menjadi satu branding yang menarik lebih ramai anak muda terlibat dalam
231
program kesukarelawanan Johor, ini soalan saya Yang Berhormat, boleh atau tidak
di bincangkan, dirancang perkara tersebut. Cuma saya minta diusahakan lebih
menarik untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan : Terima kasih
kepada Yang Berhormat Rengit. Berkenaan dengan apa yang dimaksudkan oleh
Yang Berhormat Rengit iaitu sekadar pandangan kepada kita semua dan kita
mengambil kira pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat DUN Rengit bagi
menggerakkan dan juga menambah nilai fungsi Sukarelawan Darul Ta’zim. Untuk
pengetahuan yang Berhormat DUN Rengit, untuk peringkat awal kita pun telah
sebenarnya untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan anak-anak kita ini,
kita telah menubuhkan kelab seperti yang saya sebut tadi, iaitu Kelab Sukarelawan
Darul Ta’zim di peringkat sekolah. Dan, kita maklum bahawa setiap program yang
dilaksanakan oleh Sukarelawan Darul Ta’zim atau mana-mana badan NGO mereka
memerlukan dana untuk kita gerakkan, tapi kita sebagai kerajaan negeri Johor
pada hari ini, kita menggerakkan sukarelawan dalam bentuk iaitu kita
meminimumkan sumber kewangan yang disalurkan kepada mereka dan mereka
lebih dengan kerja-kerja sukarela. Jadi, antara lain seperti cadangan Yang
Berhormat DUN Rengit iaitu tentang penglibatan GLC, ini pun kita ambil maklum
dan kita ucap terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Rengit. Dan, insya-Allah
dengan adanya sukarelawan di bawah Sukarelawan Darul Ta’zim pada hari ini, iaitu
kelab-kelab NGO dan lebih daripada 100 persatuan-persatuan yang terlibat di
bawah Sukarelawan Darul Ta’zim.
Untuk makluman Yang Berhormat DUN Rengit, Sukarelawan Darul Ta’zim ini adalah
merupakan jenama dan di bawah Sukarelawan Darul Ta’zim lah bergabungnya
setiap persatuan untuk kita gerakkan. Dan, insya-Allah melalui program-program
seperti yang dilaksanakan oleh Ihsan Johor dan kita pun sentiasa bergerak
bersama-sama dengan Ihsan Johor, untuk program-program seperti membina
rumah dan sebagainya dan untuk program-program kecil di bawah inisiatif
daripada persatuan dan juga dibantu oleh kerajaan negeri Johor seperti Johor
Future kita telah gerakkan 3 tahun, yang mana program ini sebenarnya telah
mendapat bantuan bukan sahaja daripada kerajaan negeri sahaja. Dapat juga
bantuan daripada pihak-pihak penderma termasuk daripada syarikat-syarikat untuk
membantu kita menggerakkan Programme Johor Future.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Programme Johor Future ini kita telah
pecahkan kepada 3 program.
1. Programme Johor Future Home
2. Future Run
3. Future Fun Ride
3 program ini sebenarnya antara lain selain daripada kita memberi tumpuan
kepada kerja-kerja kesukarelaan, kita juga bertujuan untuk yang pertama sekali
untuk menggalakkan anak-anak muda bagi aktif dalam aktiviti kecergasan seperti
sukan dan sebagainya.
Yang kedua tujuan wujudnya Sukarelawan Darul Ta’zim di bawah Programme Johor
Future iaitu kita bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelaan dan kita
maklum bahawa pada hari ini semangat kesukarelaan di kalangan rakyat negeri
Johor belum mencapai tahap maksima.
232
Yang ketiga, selain daripada kita mendidik dan juga melihat perlunya semangat
kesukarelaan di kalangan anak-anak dalam negeri Johor, kita juga perlu memupuk
semangat perpaduan di kalangan anak-anak kita. Sebab itu, kalau dilihat Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, selain daripada kita memberi tumpuan kepada kerja
kesukarelaan, kita juga melihat bahawa perlunya gabungan antara 3 kaum utama
yang ada dalam negeri Johor untuk kita sama-sama bawa untuk mereka
melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelaan. Dan, insya-Allah, pandangan
daripada Yang Berhormat DUN Rengit, kita akan mengambil kira berapa cadangan
dan kita sebagai kerajaan negeri Johor hari ini, kita akan terus menggerakkan
program-program bagi kita membantu rakyat tanpa mengira masa dan juga tanpa
mengira kaum untuk kita bantu jika mereka menghadapi kesusahan, insya-Allah.
Terima kasih.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan nombor 3.
Sila senaraikan caj yang dikenakan GST oleh pihak PBT dan sekiranya di hapuskan
sebagaimana yang di umumkan dalam bajet 2018, adakah ianya menjejaskan
pendapatan PBT-PBT.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Pagi, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, Yang Berhormat Tanjung Puteri membangkitkan soal apakah yang
dikenakan caj GST kepada PBT dan sekiranya di hapuskan apakah kesan kepada
pendapatan dan perbelanjaan PBT. Buat masa ini caj yang dikenakan GST oleh
Pihak Berkuasa Tempatan adalah terimaan-terimaan seperti berikut :
1. Bayaran-bayaran perkhidmatan seperti perkhidmatan suntikan, kesihatan dan
juga persembelihan.
2. Bayaran pendaftaran seperti bayaran pendaftaran perpustakaan.
3. Jualan barangan cetak contohnya kalau orang nak beli borang tender.
4. Jualan barang stor contohnya tong sampah, beg plastik dan kereta sorong.
5. Sewaan contohnya sewaan dewan, gelanggang, kenderaan, gerai dan
sebagainya.
Namun begitu, selaras dengan keputusan kerajaan pada 20 Mei 2015, supaya Pihak
Berkuasa Tempatan menyerap kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
kepada rakyat bagi terimaan-terimaan yang saya katakan tadi. Ini adalah supaya
rakyat dapat membayar perkhidmatan tersebut pada harga asal tanpa kenaikan
bayaran disebabkan oleh GST tadi. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan telah
menyerap kos GST ini dalam perbelanjaan mereka sama ada melalui cukai output
ataupun cukai input. Walau bagaimanapun, dari segi mekanisme GST yang
sebelum ini dikenakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan cukai output yang
dibayar kepada Kastam oleh Pihak Berkuasa Tempatan ini hasil daripada terimaan.
Maknanya cukai yang dibayar, terimaan hasil ditolak dengan cukai input makna
cukai GST yang dikenakan atas perbelanjaan perkhidmatan, pembelian barang
dan sebagainya. So, cukai output ditolak dengan cukai input kalau bakinya itu ada
lebih maka PBT kena bayar pada Kastam. Tapi kalau kurang ataupun negatif, pihak
Kastam akan bayar balik kepada PBT. Ini akan dilakukan pada setiap penutupan
akaun jadi akhirnya di peringkat PBT dia akan balance dia punya akaun.
Kemudian, bila Bajet 2018 pengecualian yang dikenakan yang diberikan kepada
233
PBT pertama dari segi perolehan ataupun pembelian barang tidak dikenakan GST
kecuali petroleum kalau dibeli secara pukal, kenakan GST tapi kalau dibeli secara
runcit, tidak dikenakan GST kecuali RON 97.
Kemudian yang kedua, kalau pihak PBT membeli kenderaan import, tempatan tak
kena, kalau import kena dan juga yang ketiga, sekiranya pihak PBT melakukan
pembelian bangunan komersil dan sebagainya. Dan, dalam masa yang sama juga
pihak PBT masih lagi dikenakan dari segi perkhidmatan termasuklah contohnya
kerja-kerja pembersihan bangunan, tandas, angkat sampah dan sebagainya.
YB Speaker : Jemput.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Tan Sri Speaker,
terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada EXCO yang telah
memberikan penjelasan yang begitu detail dan kemungkinan besar ianya boleh
dianggapkan yang pihak PBT-PBT ini tiada terkesan oleh sekiranya tidak mengutip
caj GST yang dikenakan dahulu.
Maka kalau kita lihat PBT-PBT adalah bergantung terus kepada pendapatan cukai-
cukai pintu dan sebagainya maka, saya bagi pihak rakyat di kawasan saya mohon
agar caj-caj yang dikenakan kepada sewaan dewan dan gelanggang sekiranya
boleh, kerana kita dapat pasti tadi ianya tidak menjejaskan pendapatan PBT maka
kita minta agar caj-caj sewa dewan dan juga gelanggang ini kalau boleh
dikurangkan dan kalau boleh diberi percuma dengan sokongan Wakil-Wakil Rakyat
tempatan. Itu soalan saya. Kalau boleh adakah ianya boleh dilakukan? Terima
kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, hasil-hasil daripada sewaan-sewaan dewan, gerai, gelanggang
dan sebagainya ini adalah merupakan hasil kepada pihak PBT. Dalam masa yang
sama juga, tempat-tempat ini termasuklah dewan, gelanggang, permainan perlu
dilakukan penyelenggaraan dari masa ke semasa. Jadi, mungkin di setengah-
setengah PBT yang hasilnya banyak, mungkin kita boleh minta untuk di jadikan
pengurangan tetapi ada setengah-setengah PBT yang hasilnya sangat rendah.
Mungkin kalau kita nak timbangkan nanti dia akan tak dapat nak melakukan
penyelenggaraan. Tapi walau bagaimanapun kita akan tengok mengikut kes by
kes lah Yang Berhormat Dato’ Speaker.
YB Speaker : Yang Berhormat Tanjung Surat jemput.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Assalamualaikum dan
selamat pagi. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 4.
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan lingkaran pelancongan (tourism
belt) dari pembangunan Desaru Coast sehingga Tanjung Balau termasuk
pembangunan industri biotech berhampiran sebagai zon tarikan pelancong?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Selamat pagi, salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri
Speaker,sebagaimana yang dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa Desaru
sememangnya merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di kalangan
234
para pelancong apabila datang ke negeri Johor. Pembangunan projek-projek
berkaitan pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan jenama yang
terkenal dan kini sedang rancak berlaku di Desaru Coast seperti pembinaan Hotel
Anantara, Hotel Hard Rock Cafe, Hotel Westin, Aman Resort, The Els Club Desaru
Coast dan juga Desaru Coast Adventure Water Park dilihat akan memperkukuhkan
lagi kedudukan Desaru sebagai destinasi pelancongan pilihan utama para
pelancong dari dalam dan luar negara.
Kerajaan negeri yakin dan percaya bahawa pembangunan di Desaru Coast ini
yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2018 akan memberikan banyak impak
positif dan limpahan ekonomi di kawasan berdekatan, khususnya kepada
pengusaha-pengusaha pelancongan sedia ada serta masyarakat setempat. Ini
secara tidak langsung akan mewujudkan lingkaran pelancongan di kawasan
berdekatan termasuklah di kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjung
Surat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak KEJORA sememangnya mempunyai
beberapa inisiatif atau perancangan bagi mewujudkan lingkaran pelancongan
dari pembangunan Desaru Coast ini sehinggalah ke Tanjung Balau iaitu antaranya
adalah:-
1. Membangunkan Tanjung Balau Adventure Theme Park.
2. Pembinaan trek sukan permotoran bagi aktiviti seperti go-kart, drift dan litar
perlumbaan motosikal.
3. Taman rekreasi mini yang menyediakan kemudahan trek joging, taman
permainan kanak-kanak, skateboard dan lain-lain kemudahan.
4. Kompleks Pelancongan Tanjung Balau.
5. Pembinaan Monumen Tapak Geologi.
6. Tanjung Balau sebagai destinasi makanan laut.
Manakala di kawasan pembangunan Bio Desaru pula kerajaan negeri melalui
Tourism Johor dengan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti telah
membangunkan Caravan Park sebagai tarikan pelancongan di kawasan
berkenaan. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini,
jelaslah kita lihat bahawa produk-produk pelancongan di sekitaran Desaru kini
sudah cukup matang bagi menjadikan Desaru satu destinasi yang hendak
dikunjungi. Setelah tarikan pelancongan ini telah bersedia untuk beroperasi, maka
bolehlah para pemain industri merangka pakej pelancongan yang kreatif, menarik
dan berimpak tinggi. Sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam untuk melanjutkan lagi
tempoh bermalam para pelancong di Desaru. Terima kasih.
YB Speaker :Jemput.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, Desaru Coast ini adalah satu pembangunan pelancongan 3,900 ekar dan
bagi fasa pertama ini 1,900 ekar di bangunkan dengan perbelanjaan RM4.5 bilion
dan dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 1,700 pekerja untuk projek kini.
Dengan adanya yang saya cadangkan lingkaran pelancongan meliputi Tanjung
Balau sehingga ke Bio Desaru, saya yakin akan bertambah peluang pekerjaan.
Saya ingin tanya EXCO berapakah dijangka pekerja-pekerja yang akan dapat
peluang untuk bekerja di Tourism Belt atau lingkaran pelancongan? Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
235
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Surat. Yang Berhormat Tan Sri Speaker,sebagai
satu kerajaan yang bertanggungjawab memang sesuatu pembangunan akan
manfaat memberi benefit kepada rakyat setempat. Apa yang disebutkan oleh
Yang Berhormat Tanjung Surat memang seramai 1,700 peluang pekerjaan akan
diwujudkan. Kalau keseluruhan projek siap, projek mega ini siap menjelang tahun
2021 dan kita jangka akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan. Selain itu,
projek-projek baharu pelancongan KEJORA yang saya sebut tadi juga akan bernilai
jumlah pelaburan sejumlah RM20 juta dijangka mewujud 1,000 atau 2,000 peluang
pekerjaan dan jumlah keseluruhan adalah mencapai kira-kira 5,000 hingga 6,000
peluang pekerjaan dan peluang perniagaan di tempat tersebut. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Serom, jemput.
YB Tuan Haji Abd. Razak Bin Minhat (Serom) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.
Apakah strategi kerajaan negeri dalam memastikan Muafakat Johor menjadi simbol
penyatuan masyarakat majmuk Johor pada masa ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, bagi merealisasikan Muafakat Johor, Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional merupakan agensi yang terpenting untuk mempastikan bahawa
konsep ini berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam konteks
permuafakatan masyarakat peringkat akar umbi. Dan, Muafakat Johor menjadi
simbol penyatuan masyarakat di negeri Johor dan program-program yang
berkontekskan Muafakat Johor diberi peranan kepada KRT yang ada di negeri
Johor untuk dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Dan, KRT merupakan platform yang terpenting di peringkat akar umbi dan menjadi
agen menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan juga mempastikan
perpaduan ada dalam kadar yang tertinggi di peringkat akar umbi. Selain
daripada itu juga Jabatan Perpaduan melaksanakan beberapa program dan
antara program yang kita laksanakan ialah Program Kepimpinan kepada semua
Ahli-Ahli Jawatankuasa dan juga pemimpin KRT supaya mereka faham sebenarnya
apakah itu Muafakat Johor dan apakah program-program yang boleh mereka
laksanakan di negeri kita ini supaya kita dapat memperkasakan perpaduan di
kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Dan, antara program yang dilaksanakan baru-baru ini ialah program menguar-
uarkan ataupun memaklumkan kepada kepimpinan KRT mengenai Johor
Berkemajuan menerusi Program Wacana Kelestarian Keselamatan dan
Keharmonian Negara, yang mana telah pun dilaksanakan di tujuh kawasan
Parlimen yang terpilih iaitu Parlimen Kluang, Parlimen Labis di Tanjung Piai, Batu
Pahat, Ledang, Bakri, Tebrau. Dan, kepimpinan KRT juga diberi penerangan tentang
usaha kerajaan dan juga apakah program-program yang menjurus kepada
perpaduan di peringkat akar umbi.
Dan, kita di peringkat negeri Johor khususnya konsep Muafakat Johor yang
diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita memberi penekanan
kepada beberapa bidang termasuk bidang pendidikan dan tidak dapat dinafikan
bahawa bidang pendidikan merupakan salah satu teras dalam membentuk
perpaduan kaum dan menjadi asas yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Hakikat itu kerajaan negeri Johor cukup prihatin sejak kebelakangan ini
setiap tahun memberi peruntukan untuk mempastikan bahawa TABIKA-TABIKA
236
Perpaduan yang ada di negeri Johor diperkasakan khususnya dalam konteks
infrastruktur di mana Tabika Perpaduan menjadi platform yang terpenting untuk kita
mengajar anak-anak kita khususnya di peringkat tabika tentang betapa pentingnya
perpaduan.
Dan, di negeri Johor menjadi antara negeri yang pertama di Malaysia di mana
kerajaan negeri walaupun perpaduan menjadi tanggungjawab kerajaan pusat
tetapi kita di negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, kerajaan negeri juga menyalurkan banyak peruntukan kepada TABIKA-
TABIKA Perpaduan yang ada di negeri Johor kita ini. Selain daripada itu kita
menggalakkan program-program kemasyarakatan, Program-program di mana kita
menggalakkan penglibatan semua kaum kerana apa juga program perpaduan
ianya hanya akan berjaya sekira ianya melibatkan semua kaum dalam program-
program tersebut.
Jadi kepimpinan KRT dan juga SRS yang ada di peringkat akar umbi mestilah peka
tentang perkara ini dan kita berharap dengan kerjasama yang diberikan dan juga
dengan NGO-NGO lain yang ada, sama-samalah kita mempastikan bahawa
Muafakat Johor ini menjadi simbol penyatuan masyarakat majmuk di negeri Johor
kita pada hari ini. Terima kasih.
YB Tuan Haji Dr. Abd. Razak Bin Minhat (Serom) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya terutama sekali mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO yang memberikan jawapan yang
begitu komprehensif, meskipun soalan saya itu umum. Tetapi dengan program-
program yang dilaksanakan dan juga hasilnya kita dapat lihat bahawa tumpuan
kita begitu jelas demi untuk mempastikan bahawa kesejahteraan rakyat dapat
dicapai dan saya fikir mana mungkin kita dapat mencapai kesejahteraan yang
lestari tanpa kita dapat asas yang kuat daripada muafakat ini.
Jadi soalan saya, sudah pastilah dalam melaksanakan program-program dan
aktiviti-aktiviti muafakat ini, saya ingin tahu apakah cabaran-cabaran yang dapat
kita gambarkan pada masa kini dan pada masa hadapan, dalam cabaran kita
untuk mempastikan Muafakat Johor ini akan terus kukuh, akan terus menjadi satu
kejayaan pada masa hadapan. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Tan Sri Speaker,
kalau nak cerita mengenai perpaduan ini, pada hari ini dalam hubungan suami
isteri pun kadang-kadang susah kita nak dapat perpaduan dan permuafakatan,
sehingga banyak rumah tangga yang porak peranda. Apakan pula masyarakat
konteks berbilang kaum, agama, bangsa, budaya, tradisi, latar belakang
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Ia sebenarnya satu cabaran yang cukup
besar kepada kerajaan untuk mempastikan bahawa perpaduan menjadi perkara
yang terpaksa kita jaga dengan sebaik mungkin. Pada hari ini masyarakat, rata-
ratanya tak sedar kita lebih mengejar kepada kekayaan. Kita bangga dengan
kejayaan ekonomi, kita bangga dengan infrastruktur yang ada depan kita, kita
bangga dengan teknologi yang canggih dan sebagainya.
Tetapi Tan Sri Speaker, semua ini tidak akan bererti sekiranya di peringkat akar umbi
Mutu, Ali dan Chong ini tidak dapat duduk semeja. Tidak dapat bermuafakat, tidak
ada persefahaman, kita menanam kebencian, kita berpecah belah dan
sebagainya. Jadi, asas kepada kejayaan negara dan negeri kita sekiranya kita
bercita-cita menjadi Economy Power House of Malaysia, Tan Sri Speaker, dengan
237
izin, perkara yang paling penting ialah kita sama-sama kena menjaga perpaduan
dan permuafakatan yang sekian lama terbina di negara kita.
Inilah perkara yang paling penting sekali, tak guna kita cerita mengenai perkara-
perkara yang lebih besar dan bermutu. Sekiranya di bawah kita tidak menjaga
perkara yang paling asas seperti ini. Jadi, ini memang satu perkara yang bukan
mudah tetapi kita sebagai pemimpin mestilah memainkan peranan. Orang-orang
politik juga mestilah bertanggungjawab. Janganlah kita dengan begitu mudah
sekali menggunakan perpaduan sebagai platform untuk mencari publisiti, untuk
menjalankan politik, memecahbelahkan masyarakat, menanam kebencian dan
sebagainya. Sama-sama harus bertanggungjawab. Walau pun kita ada berlainan
pendapat, berlainan falsafah dan polisi, kita mungkin berlainan parti-parti politik
tetapi kita kena sedar bahawa untuk kita duduk secara aman dan damai, untuk
kita pastikan bahawa kita mewariskan sesuatu yang berharga kepada anak-anak,
cucu, cicit kita sama-sama kita mempunyai peranan dan tanggungjawab tidak kira
sama ada kita di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang tetapi perkara
yang paling penting ialah pemimpin yang ada terutamanya di Dewan yang mulia
ini mesti sedar bahawa kita ada peranan yang cukup penting untuk menjayakan
perpaduan, permuafakatan dan Muafakat Johor di negeri yang tercinta ini. Sekian,
terima kasih.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih juga
kepada YB EXCO yang mengutarakan isu tentang Muafakat Johor dalam
menyatukan masyarakat majmuk Johor. Dan, tadi YB EXCO juga mengatakan
bahawa semua perkara perlu mendapat penglibatan setiap kaum baru berguna,
baru akan mencapai kejayaan.
Di sini saya ingin bertanya dengan YB EXCO, berkenaan dengan Ucapan Bajet
yang mengatakan bahawa pengambilan kakitangan bangsa India pelbagai gred,
minimum 5 orang. Tetapi mengapa tidak menetapkan bahawa pengambilan
kakitangan bangsa lain seperti bangsa Cina dalam pelbagai gred, menetapkan,
memasukkan bangsa Cina dalam pengambilan transformasi PBT. Kerana ini saya
rasa walaupun ini dilihat sebagai cabaran nanti alasan mungkin adalah
mengatakan mungkin bahawa bangsa Cina tidak berminat. Tetapi saya rasa ini
merupakan satu cabaran kerajaan untuk menyusun semula masyarakat
terutamanya dalam agensi-agensi kerajaan di mana bangsa Cina sekarang
bilangan agak kurang, dalam dasar yang dikemukakan ini tidak memasukkan
bangsa lain seperti Cina, Orang Asli dan sebagainya dalam transformasi PBT. Saya
rasa ini bercanggah dengan prinsip Muafakat Johor untuk menyatukan masyarakat
majmuk Johor kerana ini bangsa lain mungkin akan rasa kecil hati, mungkin akan
rasa tersinggung. Jadi macam mana nak menyatukan bangsa Johor ini. Sekian,
terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Tan Sri Speaker, dah
lain pula dia punya persoalan dia. Tapi saya ingin menjelaskan di sini bahawa
peluang pekerjaan di sektor awam terbuka kepada semua kaum dan seperti mana
kita semua sedia maklum bahawa di peringkat negeri Johor juga di bawah SPAJ,
permohonannya secara online. Saya rasa rata-ratanya semua rakyat di Malaysia ini
yang mempunyai kelayakan boleh memohon dan sebagainya. Dan, mungkin
seperti mana kita sedia maklum permintaan masyarakat Tionghoa dalam sektor-
sektor pekerjaan seperti ini amat berkurangan dan manakala tuntutan masyarakat
India pula semakin banyak dan semua program-program termasuk daripada
program-program NGO, MIC dan sebagainya antara perkara yang kita bangkitkan
238
adalah peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor awam. Jadi sekiranya ada
permintaan dan sebagainya, saya rasa kita mempunyai seorang pemimpin yang
cukup prihatin, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan beliau akan melihat
perkara-perkara tersebut. Tetapi peruntukan kepada masyarakat Tionghoa juga
banyak telah pun disalurkan khasnya untuk masyarakat Tionghoa dalam Bajet ini
dan juga program-program dari segi memberi kemudahan dan sebagainya,
sekolah-sekolah Cina dah banyak juga disalurkan.
Saya rasa EXCO yang menjaga portfolio tersebut boleh memberi penjelasan
sekiranya dibangkitkan. Tetapi Yang Berhormat Tan Sri, perkara yang paling asas
ialah di peringkat akar umbi, masyarakat kena sedar dan KRT merupakan platform
yang terbaik. Kadang-kadang kita menggalakkan semua kaum terlibat. Saya
memberi satu contoh, contohnya SRS yang ada di kawasan perumahan tetapi
kadang-kadang kita lihat penglibatan kaum-kaum tertentu amat berkurangan
sekali. Sedangkan ianya dimonopoli, bukan dimonopoli tetapi penglibatan sesuatu
kaum kita dapat lihat dengan begitu jelas sekali, manakala kaum lain tidak, seolah-
olah tidak berminat sedangkan tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan
kita tanggungjawab bersama. Sekiranya kita menjadi anggota komuniti tersebut,
kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk sama-sama turun padang
untuk menjaga keselamatan kita. Itulah perpaduan sebenarnya. (Dewan
bertepuk).
Jadi, saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat di sana menggalakkanlah masyarakat
berbilang kaum di kawasan-kawasan tersebut turut serta dalam aktiviti-aktiviti KRT,
aktiviti SRS, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan. Terima kasih.
(Dewan bertepuk).
YB Speaker : Yang Berhormat Maharani, jemput.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan nombor 6.
Masalah dadah yang semakin serius pada hari ini amat membimbangkan. Sila
nyatakan statistik jenayah yang berkaitan dadah pada tahun ini berbanding lima
tahun lalu mengikut daerah dan tindakan yang diambil.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri
Speaker, masalah dadah bukanlah masalah baru di Malaysia apatah lagi di negeri
Johor. Sejak 5 tahun kebelakangan ini terlalu banyak dadah sintetik menguasai
pasaran dadah di Malaysia. Selain penyalahgunaan dadah jenis heroin dan ganja,
kewujudan dadah sintetik seperti syabu atau ice, ketamin, ecstasy, eramin5 dan pil
kuda telah menguasai hampir 70% pasaran di Malaysia. Akibat daripada
penyalahgunaan dadah sintetik yang merangsang penagih untuk melakukan
sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.
Melalui statistik yang diberikan oleh Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Johor
kebanyakan penagih dadah tradisional banyak melibatkan diri dalam jenayah
mencuri, kejadian mencuri kecil-kecilan seperti mencuri kasut, motosikal, alat ganti
kenderaan, ragut, pecah rumah dan samun jalanan berlaku akibat daripada
penyalahgunaan dadah tradisional seperti ganja, heroin dan marijuana. Manakala
kesan daripada penyalahgunaan dadah sintetik akan melibatkan jenayah gaduh,
ragut, samun, pecah rumah malah mereka boleh membunuh dengan cara kejam
dan penagih akan melihat setiap orang adalah musuhnya.
239
Berdasarkan statistik IPK Johor mendapati sejak 5 tahun yang lalu, kadar jenayah
pada tahun 2012 akibat daripada penyalahgunaan dadah adalah 17,748 kes dan
ianya menurun bagi data hingga Oktober 2017 kepada 11,777 kes. Bagi setiap
tangkapan yang dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia kerana kesalahan jenayah kecil
akibat penyalahgunaan dadah, mereka ini akan menjalani ujian saringan air
kencing bagi membolehkan mereka ini didakwa di bawah Akta Dadah itu sendiri.
Berikut adalah merupakan jumlah tangkapan mengikut daerah daripada 2012
hingga 2016 : bagi daerah Johor Bahru, 12,230. Itu Johor Bahru Selatan, Johor Bahru
Utara, 7647; Seri Alam, 6881; Nusajaya, 3,711; Kulai, 2,932; Batu Pahat, 7,528; Muar,
5,393; Kluang, 4,927; Segamat, 3,134; Pontian, 2,948; Kota Tinggi, 3,379; Mersing,
3,603; Ledang, 2,515 yang menjadikan jumlah keseluruhan 68,148.
Orang yang kena tahan di bawah tangkapan Pihak Berkuasa yang didapati
bersalah atas suatu kesalahan dadah akan di reman dan didakwa di mahkamah
berdasarkan akta-akta penyalahgunaan dadah seperti berikut: Akta Penagihan
Dadah Rawatan dan Pemulihan 1953 pindaan 1998 yang melibatkan Seksyen
6(1)(a) dan juga Seksyen 6(1)(b) dan juga Seksyen 8(3)(a) dan juga Seksyen 8(3)(b)
yang mana antara yang dilakukan adalah mereka ini akan diberikan rawatan dan
juga pemulihan dalam pusat pemulihan bagi tempoh 2 tahun dan kemudiannya
menjalani pengawasan selama 2 tahun lagi. Dan juga mengehendaki
pengawasan selama 2 tahun dan juga menjalani program pemulihan dalam
komuniti.
YB Speaker : Jemput, Maharani.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Terima kasih kepada YB EXCO yang menerangkan tentang statistik dan
tindakan atau hukuman kepada pesalah penjenayah-penjenayah tersebut.
Walau bagaimanapun Maharani sangat bimbang dengan perkembangan ini
terutama di peringkat akar umbi. Terutamanya di peringkat sekolah di mana
Maharani ingin tahu berapakah daripada jumlah ini melibatkan pelajar-pelajar
sekolah atau mereka yang di bawah umur dan juga tindakan pencegahan yang
telah dilakukan kerana kalau mengikut statistik di sekolah-sekolah, mengikut
kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, ada 420 buah sekolah berisiko
tinggi yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dan daripada ujian yang
dilakukan kepada pelajar sekolah pada tahun 2015, ujian rambang air kencing
kepada pelajar sekolah, sebanyak 36,675 pelajar diuji, didapati bahawa seramai
1,475 adalah positif dadah dan 70% daripada mereka ini adalah positif
methamphetamine iaitu dadah sintetik. Dan ini merupakan 0.04% daripada
saringan dilakukan.
Ini juga dapat dibuktikan juga dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri
Pendidikan bahawa 0.03% daripada 4.7 juta orang murid sehingga 31 Julai 2017
positif dadah daripada ujiannya. Jadi inilah yang membimbangkan dan soalan
tambahan saya ialah bagaimana tindakan, pertama, berapa ramai penjenayah
ada daripada pelajar sekolah atau bawah umur dan tindakan untuk membanteras
daripada peringkat akar umbi? Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Maharani
kerana telah membentangkan data-datanya. Itulah sebenarnya antara yang
240
terjadi juga di negeri Johor dari segi jumlah peratusan dan sebagainya. Bagi usaha
yang dilakukan oleh kerajaan negeri melalui AADK dan juga PEMADAM negeri
adalah bagi memastikan bahawa kita dapat memberikan keseluruhan dari segi
kesedaran kepada masyarakat secara keseluruhan. Antara inisiatif yang dilakukan
adalah dengan program penguatkuasaan urine test yang ianya juga melibatkan
kakitangan awam negeri Johor, kakitangan awam Persekutuan dan juga
melibatkan pelajar-pelajar IPT dan juga pelajar sekolah dan juga orang yang kena
tangkap.
Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri dan juga Ahli Dewan, dari segi
pencapaian tahun 2016, seramai 7,074 orang pelajar yang telah pun kita
melakukan saringan di peringkat sekolah-sekolah yang kita kenal pasti dan
daripada jumlah tersebut hampir 12% daripada mereka adalah didapati positif
dadah. Dan selain daripada itu, kita juga melakukan pemeriksaan dan juga
penyaringan air kencing di tempat kerja, seperti tempat kerja bebas dadah
ataupun Tekad yang melibatkan kerajaan dan juga swasta.
Dan, bagi memastikan kita mempunyai kesedaran dan juga masyarakat bersama
dalam usaha untuk kita menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kita
membanteras berkaitan tentang penyalahgunaan dadah, kita telah pun
menubuhkan sukarelawan mencegah dadah di peringkat komuniti dan juga
peranan yang perlu dimainkan oleh PEMADAM di setiap unit-unit dan juga di
peringkat Daerah. Dan, di peringkat Daerah pun kita mempunyai Majlis Mesyuarat
Tindakan Daerah di peringkat Negeri dan juga di peringkat daerah dan kita
harapkan dengan adanya usaha yang dilakukan ini, ia dapat membantu untuk
mengurangkan kesan terhadap masyarakat secara keseluruhan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya apabila ia melibatkan pengedaran
dadah secara kecil-kecilan, saya ingin juga mengambil kesempatan di sini untuk
menyarankan agar Akta Dadah Berbahaya bagi langkah-langkah pencegahan
khas perlulah dipinda untuk memperkukuhkan lagi dari segi hukuman dan
sebagainya. Kerana bagi pengedar kecil-kecilan, mereka ini sebenarnya tidak
terlibat dan apabila dihukum mereka hanya menjalani hukuman bagi tempoh yang
pendek sahaja.
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan (Parit Yaani) : Ops, patah. Sampai patah.
(ketawa).
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya berkaitan dengan
dadah ini. Sebab peristiwa dadah ini sejak saya kecil daripada tahun 70an. Isu
dadah ini telah melanda masyarakat Melayu khususnya. Dan, sampai kepada
tahun 2017, sampai sekaranglah maknanya tak boleh selesai. Persoalan yang kalau
kita lihat bahawa dia melibatkan ramai anak-anak muda yang sentiasa ada dia
punya kata orang macam berangkai, tak putus-putus. Jadi ini satu masalah yang
sewajarnya kita lihat bagaimana punca kalau contohnya penyakit denggi, kita
terus sasar kepada punca masalah sebenar penyakit tadi kita buang tempat dia
membiak. Masalah dadah ini kalau kita lihat sepertimana yang dinyatakan oleh
EXCO tadi langkah pencegahan kepada yang kecil-kecil punya rangkaian ini kita
tangkap. Bagaimana yang besar-besar? Adakah pihak berkuasa tak ada
maklumat, tak ada dapatan yang besar-besar ini yang bawa berkilo-kilo yang
memproses berkilo-kilo sampai kita seolah-olahnya tak ada maklumat untuk di ambil
tindakan jadi, apakah kesannya dan bagaimanakah kaedahnya supaya memang
sungguh-sungguh kerajaan berusaha untuk memastikan benda ini tak berulang
lagilah. Dapat dicegah, kaedah pencegahan yang betul-betul jitu supaya rakyat
terhindar daripada dadah. Sekian, terima kasih.
241
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya itu adalah merupakan satu
tanggapan yang salah yang mengatakan bahawa kita hanya menangkap bagi
pengedar-pengedar yang kecil. Untuk pengetahuan Dewan pada tahun 2015
contohnya kita telah pun menahan lebih kurang 15,050 individu yang melakukan
pelbagai kesalahan dadah dan dalam tahun tersebut juga kita telah pun menahan
lebih kurang 1,808 orang yang membabitkan 107 kilogram dadah yang bernilai
RM6.5 juta dan juga sitaan sebanyak RM4.75 juta. Bagi statistik tangkapan 2012
yang melibatkan jumlah yang banyak yang bukan kecil-kecilan, bagi tahun 2012
hingga 2017 bilangan kes di bawah Seksyen 39B di bawah 39B (2), 39B (1), Seksyen
12 (2) ia melibatkan kes sebanyak 21,861 daripada 27,666 tangkapan. Dan untuk
pengetahuan Dewan juga, rampasan jenis dadah daripada tahun 2015 hingga
2017 kita telah pun berjaya merampas pada tahun Januari hingga September 2017
sebanyak 1,432.12 kilogram dengan nilai lebih kurang RM38.53 juta. Maka, ini
menggambarkan bahawa bukan sahaja kita menangkap bagi pengedar-
pengedar yang kecil tetapi mereka-mereka juga bagi pengedar yang besar,
mereka juga ditangkap seperti apa yang dikatakan tadi. Bagi kes mati, yang
dihukum gantung mandatori bagi tahun 2017 adalah seramai 4 orang.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja soalan-soalan yang dapat
kita kemukakan pada pagi ini, mana-mana soalan yang tidak dapat dikemukakan
akan dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam persidangan ini.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA
BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sambungan perbahasan atas Rundingan
bagi bacaan kali yang kedua Enakmen Perbekalan 2018 tahun 2017 disambung
sekarang dan saya persilakan Yang Berhormat daripada Buloh Kasap untuk
menyambung sedikit lagi ucapan. Dipersilakan.
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Bismillahirahmanirrahim,
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Muafakat Johor, terima kasih
Yang Berhormat Tan Sri Speaker kerana memberi ruang saya di pagi ini untuk
menyambung semula ucapan bajet pada pagi ini. Jadi selain daripada itu, saya
memohon kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan untuk memberi benih
percuma kepada para petani yang turut serta dalam program Agro Mix Farm ini.
Memandangkan dalam bajet kali ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak
RM1.6 juta khusus untuk bank benih dengan tujuan menyemai baka yang baik
maka amat tepatlah permohonan saya untuk dibekalkan benih percuma yang
berkualiti kepada petani yang terlibat dengan kebun nukleus di daerah Segamat
agar kebun nukleus tersebut menjadi nukleus pertama di negeri Johor yang
menghasilkan tanaman yang baik dan berkualiti.
Mengambil ruang yang sama, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak
kerajaan untuk dibangunkan sebuah institut atau kolej pertanian di daerah
Segamat. Saya melihat dengan membina sebuah institut atau kolej pendidikan
pertanian di Segamat boleh melatih dan menyediakan tenaga kerja dalam bidang
pertanian secara menyeluruh dan setiap peringkat. Pada hari ini bila kita lihat
sektor pertanian negeri Johor hanya melibatkan tenaga kerja yang tidak mahir
menyebabkan teknologi pertanian tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Institut atau
kolej tersebut akan menyediakan silibus pendidikan pertanian meliputi aspek
242
penyelidikan, teknologi, keusahawanan dan kemahiran buruh pertanian. Seperkara
lagi yang sangat utama untuk manfaat dari terbinanya institut atau kolej pertanian
seumpama ini, maka, segala penyelidikan dan pembangunan dalam sektor
pertanian akan dijalankan oleh institut ini berpusat di daerah Segamat. Mungkin
kerajaan negeri boleh melihat untuk peringkat permulaannya ditempatkan di UiTM,
Segamat. Saya yakin, kewujudan institut ini di Segamat akan mempercepatkan
dan merancakkan sektor pertanian negeri Johor. Keadaan pertumbuhan sektor
pertanian secara komprehensif memerlukan penglibatan para pekerja mahir dan
profesional yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan tinggi pertanian dari peringkat
institut hinggalah ke peringkat universiti. Para graduan pertanian yang perlu
digalakkan untuk bekerja sendiri menggalakkan usaha pertanian sebagai salah satu
perniagaan agar seterusnya mereka mampu memberi perniagaan kepada orang
lain.
Ini kerana saya melihat setiap sektor yang kita bangunkan secara bersepadu harus
mampu memberi peluang kerja kepada masyarakat setempat terutamanya orang
muda agar mereka tidak berhijrah jauh daripada tempat itu. Selain daripada
kewujudan institusi pertanian ianya akan menjadi satu pendekatan di mana
pertanian sebagai pekerjaan pilihan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar
pilihan terakhir kerana tidak ada pekerjaan lain. Bermakna, aktiviti pertanian di
jalankan lebih serius berdasarkan ilmu-ilmu yang bersesuaian. Pendekatan ini
memberi penglibatan pekerja mahir di dalam sektor pertanian. Dari sudut
pengeluaran, petani lebih telah lulus dan dari institusi pertanian tersebut akan
mengamalkan kaedah pertanian dan pengurusan pertanian baik untuk
memaksimumkan keuntungan. Dengan aktiviti pertanian dijalankan sebagai satu
perniagaan, dan menjana hasil pendapatan untuk masyarakat ini. Dan aktiviti
pertanian akan berpindah dari status tradisi kepada pekerjaan yang lebih
sistematik.
Taman hiasan sebagai bandar kedua. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita sedia
maklum bahawa Segamat telah digazetkan sebagai hab pertanian Johor yang
sememangnya merupakan daerah terkenal dengan hasil buah-buahan
terutamanya si raja buah. Dan, dengan membangunnya pusat hentian di Taman
Yayasan Segamat ianya bakal menjadi bandar kedua di Segamat dengan
menawarkan jualan segala produk dan hasil pertanian Segamat.
YB Speaker : YB, musim durian Segamat dah bermula belum? (Dewan ketawa).
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Dah bermula Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Faham ajelah.
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Insya-Allah saya bawa dalam
minggu ini. (Dewan bertepuk).
Paling utama turut disediakan tempat menikmati buah-buahan yang menjadi lokasi
pesta makan buah-buahan tanpa musim di negeri Johor memandangkan Segamat
merupakan tanah raja buah-buahan. Apatah lagi durian Segamat sememangnya
cukup dikenali maka dengan kewujudan pusat seumpama ini bakal memberi nilai
komersil kepada agro pelancongan negeri Johor. Selain daripada itu, kemudahan
asas turut disediakan di pusat tersebut, seperti surau, tandas, medan selera, taman
permainan kanak-kanak dan yang paling penting mesin ATM kerana di Taman
Yayasan ini merupakan segi emas di Segamat, menjadi laluan utama bagi mereka
datang ke Johor dari Pahang dan Negeri Sembilan melalui sempadan Segamat.
Malah, masa yang sama pusat ini juga boleh menyediakan kawasan kraf tangan
243
dan produk IKS daerah Segamat itu sendiri. Kewujudan pusat sehenti akan
menjadikan Segamat sebagai kawasan persinggahan dan pastilah memberi impak
ekonomi kepada masyarakat tempatan. Ini kerana aktiviti pelancongan sentiasa
menghadirkan peluang menjana pendapatan. Selain daripada itu, terdapat daya
tarikan sebegini untuk menjadi daya tarik kepada pelabur untuk hadir ke Segamat
dan membantu membangun daerah Segamat ke tahap yang lebih maju dan
ekonomi yang lebih berdaya saing kerana Segamat mempunyai nilai tambahnya
sendiri walaupun sebuah kawasan luar bandar.
Jalan Gemas, Jalan Labis, Gemas Baru, lampu jalan dan Simpang Astaka Jaya,
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, warga Segamat menyambut baik menaik taraf
Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Segamat yang akan dikuat kuasa pada
Januari 1, 2018. Waimah, rakyat Segamat bergembira dengan perkhabaran ini,
terdapat juga kegusaran yang sangat memerlukan perhatian seluruh penduduk
negeri. Ianya menyentuh tentang infrastruktur jalan raya di Segamat. Pertamanya,
Tan Sri Speaker, jalan raya dari Labis ke Gemas Baru yang bergelombang. Kita
semua sedia maklum bahawa permukaan jalan yang bergelombang pastilah
mengundang keadaan yang kurang selamat untuk penggunanya. Walaupun
pemandu memandu dengan berhati-hati, apabila jalan raya yang kurang baik
pasti mengundang kepada kemalangan. Saya mohon untuk diberi pertimbangan
dengan bijaksana kerana jalan tersebut menjadi pemangkin kepada
pembangunan ekonomi setempat. Saya mohon untuk permasalahan ini didengari
dan boleh dibaiki secepat mungkin.
Yang keduanya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terdapat banyak jalan utama di
Buloh Kasap ke Gemas Baru sangat kurang dipasang lampu jalan dan pastilah
apabila menjelang malam keadaan jalan-jalan tersebut menjadi gelap. Dan
apabila gelap, akan mengundang kepada kemalangan dan lebih bahaya ianya
akan menjadi kejadian jenayah. Mungkin, pihak kerajaan melalui agensi terlibat
boleh melakukan bancian terperinci untuk kawasan-kawasan jalan utama yang
memerlukan tambahan lampu jalan bagi mengurangkan risiko kejadian yang saya
nyatakan sebentar tadi.
Yang ketiganya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, yang amat ketara adalah
keadaan jalan di persimpangan masuk Taman Astaka Jaya. Di persimpangan ini
berlaku begitu banyak kemalangan malah turut juga melibatkan kematian dan
yang lebih parah lagi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ianya betul-betul
berhadapan di pejabat saya. Oleh itu, saya sangat memohon kepada pihak JKR
Negeri, untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Sama ada dipasang lampu
isyarat, ataupun ditutup persimpangan tersebut ataupun terdapat kaedah
penyelesaian yang lebih baik. Saya mohon masalah ini diteliti dan diselesaikan
seberapa segera.
Buloh Kasap tidak mahu kita mampu bermegah dengan naik taraf Majlis Daerah
kepada Majlis Perbandaran. Tetapi, kemudahan asas seperti jalan raya, lampu
jalan belum benar-benar baik. Bukanlah saya rasa menjadi satu kekangan kepada
naik taraf tersebut. Tetapi biarlah ianya menjadi seiringan agar ianya tidak disebut
perkara yang buruk-buruk dan kita mahu ianya menjadi kepuasan kepada rakyat
setempat.
Isu air, sistem paip Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pengumuman Yang Amat
Berhormat Menteri Besar terhadap pembinaan baru Loji Rawatan Air Buloh Kasap,
Segamat dengan kos RM60 juta merupakan perkhabaran yang sangat gembira.
Kita amat berharap dengan adanya projek ini dapat menyelesaikan masalah
bekalan air di kampung-kampung berhampiran di Buloh Kasap kerana kampung-
244
kampung di kawasan sekitar tersebut terdapat kekerapan berhadapan terputus
bekalan air dan tekanan air yang sangat rendah. Maka, dengan peruntukan yang
disalurkan ini mudah-mudahan dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh penduduk kampung.
Namun yang demikian saya ajukan kepada pihak berkenaan bagaimana dengan
isu paip-paip lama seperti di Kampung Gelang Chinchin dan FELDA Palong Timur.
Keadaan paip lama tersebut kerap menyebabkan tekanan air rendah dan kerap
juga berlaku, kerap juga berhadapan dengan masalah pecah, paip pecah dan
terputus bekalan air kerana paip lama tersebut merupakan jenis asbestos simen
yang telah berusia lebih 25 tahun. Keadaan paip tersebut perlu sangat diganti agar
rakyat boleh memperolehi bekalan air yang sepatutnya dan boleh hidup dengan
lebih selesa.
Yang akhirnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, melihat helai demi helai antologi
pembangunan yang berlipat-lipat kini tentunya seluruh rakyat Johor terutamanya
rakyat Segamat sangat menghargainya. Kita yakin sungguh bahawa Segamat
walaupun letaknya di ceruk tidak akan berada di pinggiran lagi kerana bila kita
lihat kesungguhan kerajaan bagi merapatkan jurang pembangunan sambil
menolak ketepi-tepi apa juga cabaran menghalang mahupun pancaroba yang
cuba menduga-duga. Senada dengan ucapan ini, kita mohon agar apa yang
saya ketengahkan pada awal-awal hingga ke akhirnya kiranya dapat diberi
perhatian dan pertimbangan kerana pokok pangkalnya kita tahu kerajaan
sememangnya komited membela nasib rakyat, mendengar suara hati rakyat.
Sekian, Buloh Kasap mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
YB Speaker : Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Buloh Kasap. Sekarang
saya jemput Yang Berhormat Nusajaya.
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar (Nusajaya) : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Muafakat Johor. Terima
kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker kerana memberikan ruang dan
peluang kepada Nusajaya untuk membahaskan Bajet 2018 di Dewan yang mulia
ini. Nusajaya juga ingin mengambil kesempatan ini dan mewakili seluruh
masyarakat Gelang Patah untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi kasih dan
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Darul Ta’zim
sempena hari ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November 2017.
Izinkan juga untuk Nusajaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada pasukan JDT yang telah dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2017.
Sudah tentu dan sedia maklum oleh seluruh rakyat negeri Johor bahawa kejayaan
ini adalah hasil dari kebijaksanaan dan kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang telah mengembalikan
kegemilangan bola sepak negeri Johor. Nusajaya dan seluruh rakyat negeri Johor
juga penuh percaya dan yakin serta sentiasa menyokong 100% kepada DUli Yang
Amat Mulia Tengku Mahkota Johor selaku Presiden FAM untuk meningkatkan lagi
prestasi dan pencapaian pasukan bola sepak negara kita di peringkat persada
antarabangsa di masa-masa akan datang.
Tak lupa juga untuk Nusajaya memberi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang baru saja diisytiharkan. Semoga
kebanggaan seluruh masyarakat Gelang Patah akan terus menyuntik semangat
245
kecemerlangan di sanubari setiap pegawai dan anggota-anggotanya. Nusajaya
juga ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Dato’
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor yang
telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Majlis Transformasi
Kecemerlangan Pegawai Tadbir Negeri Johor Tahun 2017 malam semalam. Semoga
ianya akan menjadi pendorong dan azam untuk tuan-tuan dan puan-puan
mengamalkan budaya cemerlang di dalam melaksanakan tugas dan amanah.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bajet Johor 2018 yang bertemakan,“Membangun
Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor”, yang telah disempurnakan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah mengambil masa hampir 2 jam 30
minit sesi penerangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Masa yang agak paling
lama diambil oleh Yang Amat Berhormat berbanding dengan masa
pembentangan bajet di tahun-tahun sebelumnya.
Namun demikian, ianya tidak dirasai lama malah diikuti dengan khusyuk oleh
sebahagian Ahli-Ahli Dewan di dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya
merupakan kandungan bajet yang terbaik, yang komprehensif, yang konklusif,
yang pro rakyat, yang berwawasan untuk 10 tahun ke hadapan, yang mencakupi
seluruh negeri Johor, daripada seorang bayi yang baru lahir pun akan menerima
RM50.00 di akaun SSPNI sehingga golongan warga emas yang penghujung umur
pun ada PAWE sedang menunggu. Kesimpulannya dengan berteraskan 5 strategi
utama dan sebanyak 153 titik sentuhan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri
Johor, Nusajaya penuh percaya dan yakin bahawasanya kesejahteraan hidup
rakyat Johor adalah terjamin. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kalau bajet sebegini
indah pun masih dipertikaikan oleh setengah pihak di dalam Dewan yang mulia ini
peribahasa yang amat sesuai untuk mereka ialah, “Bingung Tak Dapat Diajar,
Cerdik Tak Dapat Diikuti”, masih tak faham-faham lagi.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Nusajaya ingin menarik perhatian di mana Senai
semalam berulang kali dengan panjang lebar menyatakan kerajaan negeri Pulau
Pinang membajetkan peruntukan yang besar untuk penjagaan kesihatan untuk
rakyat negeri Pulau Pinang. Saya selaku pengamal perubatan dan pernah
berkhidmat selama 15 tahun di Kementerian Kesihatan ingin amat-amat teruja dan
tertarik dengan ucapan beliau.
Johor, dalam Bajet Johor 2018, kerajaan negeri Johor memperkenalkan Skim
Perlindungan Takaful bagi golongan asnaf dan penerima Skim Bantuan Am.
Pengelolanya adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, tujuan dia adalah rawatan
pakar kepada asnaf tadi bagi penyakit kronik.
Yang kedua, pampasan kepada bila kematian pada golongan asnaf tadi dan juga
perbelanjaan pengebumian kepada 15,724 penerima dan kosnya RM1.5 juta.
Tetapi di Pulau Pinang tadi bila saya lihat dan saya kaji memang betul diberikan
RM300.00 setahun kepada 195,000 keluarga, hampir separuh keluarga di Pulau
Pinang, 400,000 keluarga dan pesakit untuk diberikan kepada pesakit luar di Klinik
Kesihatan, maaf di klinik swasta dan bajetnya betul RM60 juta dan saya terbayang
dalam bahasa dengan izin saya bayangkan, to good to be true, terlalu cantik untuk
dipercayai.
Tapi, namun demikian hujah saya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kementerian
Kesihatan kita adalah satu agensi kerajaan yang cukup cemerlang yang terkenal
seluruh dunia dengan membayar RM1.00 di Pesakit Luar dan RM5.00 di Klinik Pakar,
kalau masuk hospital pun, kalau batu karang pun mungkin tak sampai RM100.00
tetapi perkhidmatannya cukup canggih. Kadang-kadang peralatan perubatan
hospital lebih canggih pada peralatan perubatan di hospital swasta.
246
Jadi itu yang saya kira dan juga anggotanya, doktor-doktor, jururawat-jururawat
yang cukup dedikasi, rajin, berjiwa rakyat, sentiasa memastikan pesakit
mendapatkan rawatan yang memuaskan. Dan program kesihatan, pencegahan
pengetahuan amalan kesihatan, saringan rawatan pesakit luar dan hospital. Jadi,
saya akhirnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bila saya lihat, saya
buat kajian ada separuh lagi tidak dimaklumkan.
Yang ini kalau peribahasanya adalah, These aprawn behind stone, iaitu rupa-
rupanya seramai hampir 200 keluarga di Pulau Pinang tadi akan diberikan kad tadi
iaitu kadnya “I Love Penang”tadi, ini dia punya ceritanya Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Jadi, di dalam kad tadi adalah kad elektronik yang mana seluruh data
penerima tadi akan berada dalam kad-kad tadi. Jadi, penduduk yang 200,000
keluarga tadi berpendapat bawah RM5,000.00 yang ramainya kaum, mungkin
ramai kaum berbangsa Melayu dan India dan sebagainya.
Tapi apabila mendapat kad tadi, seluruh data-datanya akan berada di kad tadi.
Ha itu yang, dia punya udangnya tadi, jadi akhirnya ini adalah strategi beberapa
negara yang seperti negara jiran dan negara-negara sekutunya yang dalam nak
menjaga rakyatnya, apa juga data dan fungsi rakyatnya di bawah tangan kepada
pemerintahnya tadi. Dan saya sebenarnya, ini yang dipanggil dalam bahasa
dengan izin, Information is the king iaitu informasi adalah menjadi raja kepada yang
majikannya. Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya berbalik kepada bajet
negeri Johor tadi, kita manusia ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
YB Speaker : Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat boleh sambung semula
ucapan Yang Berhormat selepas kita berehat. Ahli-Ahli yang Berhormat, Dewan
saya tangguhkan 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:05 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11:25 pagi.
Yang Berhormat Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi warabakatuh. Ahli-Ahli
Yang Berhormat persidangan disambung semula. Sila Nusajaya sambung.
YB Dr. Zaini bin Abu Bakar (Nusajaya) : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum
warahmatullahi taala warabakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Jadi Nusajaya secara ringkasnya kesimpulan ucapan tadi adalah kita bandingkan
satu di negeri Pulau Pinang yang memberikan peruntukan rawatan kesihatan RM60
juta kepada 200,000 keluarga. Tetapi segala maklumat dan rahsia keluarga
tersebut terjual berbanding dan kadnya dipanggil, cantik, i love Penang,
berbanding dengan negeri Johor peruntukannya tidak banyak RM1.9 juta kepada
15,000 asnaf.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, manusia ini ada 2 perkara bila mereka betul-betul
rasa kosong, rasa terkulai, rasa kalah iaitu, satu bila mereka papa, tiada duit. Dan
kedua, bila mereka sakit. Jadi golongan asnaf 50 orang ini tadi, dua-dua dia ada,
satu dia papa kedana, yang keduanya dia sakit. Jadi kita bawakan dia masuk di
hospital 5 star. Saya nak bertanya terus baik, dia akan bersyukur dan akan
berterima kasih. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bertanya yang
Johor tadi idea siapa? Ini adalah tidak lain tidak bukan idea Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor. Dan saya rasa peruntukan RM1.9 juta tadi di negeri Johor itu
247
menunjukkan kerajaan Johor adalah jujur, ikhlas, telus tanpa sebarang agenda
buruk dan inilah dia kerajaan UMNO, Barisan Nasional yang diterajui oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Nusajaya dan seluruh masyarakat Gelang Patah,
sesungguhnya amat terhutang budi dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Johor dan tidak terlewat untuk kami menyatakan jutaan terima kasih semasa
lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 25 Februari 2017 yang
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta. Ianya seolah-olah seperti durian
runtuh kepada masyarakat Gelang Patah. Ianya bertujuan atau lain untuk
pembangunan, pembinaan masjid baharu seperti Masjid Taman Pulai Indah, baik
pulih surau-surau, pembinaan sekolah agama, membaiki jalan-jalan dan seterusnya
membina jeti-jeti nelayan. Dan juga untuk menyelesaikan isu-isu setempat termasuk
menerima geran kurniaan tanah kepada penduduk-penduduk kampung. Orang-
orang kampung Gelang Patah ingin menyampaikan salam dan pesan mereka
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu ‘Terima kasih daun keladi,
tahun depan terima lagi’. Seluruh masyarakat Gelang Patah juga berasakan amat
bertuah dan dianugerahkan rahmat dengan adanya pembangunan yang luar
biasa, yang begitu pesat di kawasan Iskandar Puteri bermula dengan pembinaan
link kedua, Singapura – Johor Bahru pada tahun 1998 diikuti dengan pembinaan
Pelabuhan Tanjung Pelepas, tarikan pelancongan ke Legoland dan Hello Kitty,
Puteri Harbour dikelilingi hotel-hotel, apartment, restoran dan tempat-tempat
rekreasi bagi pengunjung-pengunjung di hujung minggu.
Projek Forest City yang merupakan mega projek yang melibatkan pelaburan hampir
US100 bilion yang jangkanya hampir sampai 30 tahun. Sudah tentu ia akan
menambahkan hasil pendapatan kerajaan negeri Johor. Sudah tentu akan
memberi peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan dan
juga sudah tentu akan meningkatkan sumber ekonomi dalam bentuk perniagaan
kepada masyarakat-masyarakat setempat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Nusajaya ingin membawa 3 isu. Yang pertama
yang kerap dilontarkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat iaitu air. Tetapi
Nusajaya ingin memberikan pandangan dari perspektif dan sudut yang berbeza
iaitu di atas bumi kita ini 2/3 hingga 71% permukaan bumi ditutupi oleh air. Dalam
badan manusia 60% hingga 75% pun dipenuhi dengan air. Manusia boleh hidup
tanpa setitik air ataupun secebis makanan pun, paling lama bertahan hingga 10
hari. Mahatma Gandhi, pada tahun 1943, bermogok lapar, tak makan-makan
bertahan 21 hari. Tetapi selang-seli beliau minum air dan air jus. Jadi tujuannya
bukan untuk bunuh diri, tujuannya adalah untuk menentang kekerasan oleh
kerajaan India.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi Nusajaya merujuk kepada kualiti air terawat
yang dibekalkan kepada pengguna. Iaitu air terawat di paip-paip rumah. Secara
mudahnya kualiti air dekat rumah tadi rupa-rupanya baunya dan warnanya.
Pencapaian yang harus dicapai atau dia punya KPI oleh pihak pembekal iaitu
difahamkan SAJ Ranhill adalah soalan cepu emas iaitu air terawat di paip daripada
paip rumah bolehkan kita minum terus? Tapi Nusajaya percaya kebanyakan
pengguna tidak berani minum terus, malahan mereka akan masak dulu. Lebih-
lebih lagi sekarang ini, diomok-omokkan oleh syarikat pembekal air penapis dengan
izin water filter yang mengatakan bekalan air terawat dekat rumah-rumah ini tidak
bersih. Jadi akhirnya yang pengguna kena bayar lebih kepada syarikat-syarikat
yang membekalkan alat penapis. Yang kadang-kadang difahamkan bayar
advance lagi dengan izin, untuk servis 2 tahun. Jadi yang untungnya adalah
syarikat-syarikat yang membekalkan water filter.
248
Di separuh negara maju, di hotel-hotel mereka ada tertulis di dalam bilik hotel yang
mengatakan air paip dalam bilik hotel ini boleh diminum terus. Jadi itu yang tahap
pencapaian yang harus dicapai oleh pihak pembekal air terawat kepada rumah-
rumah kita.
Yang kedua, Nusajaya berpendapat pembaziran dan ketirisan air terawat agak
tinggi. Kita sering melihat paip-paip bocor di jalan-jalan raya dan sebagainya
cukup tinggi dan kadang-kadang difahamkan hampir 30% air terawat bocor. Yang
kedua, penggunaan air yang tidak berhemah. Kadang-kadang saya lihat kita
basuh kereta itu guna air terawat, sayang patut boleh minum tapi basuh kereta.
Juga kadang simbah pokok-pokok bunga dan mandi berjam-jam dekat bilik air,
kadang basuh baju sampai 10 kali, jadi kadang air ini air terawat, air yang dirawat
begitu rupa tapi digunakan cara tidak berhemah. Negara kita ini, kita cukup
nikmat dengan hujan sepanjang tahun. Apa kiranya kita gunakan tadahan air
hujan, belum ada syarikat yang inovatif membekalkan tong untuk air hujan sebab
air hujan ini seharusnya digunakan basuh kereta, siram pokok-pokok dan
sebagainya.
Fakta ketiga adalah pencemaran di tempat-tempat sumber air di sungai-sungai
dan tasik. Jadi Nusajaya berharap Badan Selia Air Johor (BAKAJ) tadi, dapat
mengambil tindakan yang tegas, tindakan yang cukup teliti, kalau boleh hendak
mudah, kita gunakan dron pun ada dengan izin. Alat dron tadi boleh mengambil
gambar-gambar di sepanjang sungai dan tasik untuk memastikan supaya tidak ada
aktiviti-aktiviti pembuangan bahan-bahan influence, sisa-sisa industri, sisa-sisa
pertanian, sisa-sisa penternakan yang dibuang di sungai. Sungai ini sepatutnya kita
cintai sungai, tapi ada juga yang berpendapat sungai tempat hendak membuang
sampah. Itu yang Nusajaya cukup sedih sikap-sikap yang begitu. Jadi
kesimpulannya, Nusajaya berharap pihak yang bertanggung jawab perlu
membekalkan air terawat yang terbersih kepada pelanggan.
Yang kedua, pihak berwajib menyelia dan memantau dengan terperinci sumber-
sumber air supaya tidak tercemar. Yang ketiga meningkatkan lagi ilmu atau
kesedaran pada orang awam supaya dapat menggunakan air yang terawat tadi
berhemah dan dapat berjimat supaya air tadi betul-betul dapat dihargainya.
YB Timbalan Speaker : Nusajaya, sila gulung.
YB Dr. Zaini bin Abu Bakar (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya
isu yang terakhir adalah isu penduduk di penyewa di Rumah Iskandar Malaysia atau
dipanggil RIM atau PRISMA. Jadi difahamkan penyewa yang terawal sudah hampir
6 tahun, rumah PRISMA ini tadi dibina pada tahun 2012, sekarang ini hampir ada
1500 unit rumah, masih ada 200 hingga 300 yang kosong. Jadi permohonan dan
daripada 60 keluarga yang betul-betul yang penyewa yang taat setia, dia telah
sewa hingga 6 tahun, hendak beli rumah di luar takut tak dapat sebab masalah
kewangan dan mereka memohon supaya pihak kerajaan negeri Johor, sebab
rumah transit ini konsepnya apabila dibina sebab rumah persekitaran tak dapat
disewa dan dibeli. Tapi sekarang dia dah masuk 6 tahun di persekitaran Nusajaya
rumah-rumah telah dibina seperti cendawan. Jadi, konsep rumah transit tadi dah
tak perlu. Dia adalah peringkat awal, di mana persekitaran tiada rumah. Jadi oleh
yang demikian, penduduk 60 orang tadi berharap sungguh kalau boleh
disambungkan setiap 2 tahun dan juga selepas 10 tahun kalau kiranya kerajaan
betul-betul menghargai, kerajaan yang cukup baik dan cukup kasih rakyat tadi,
selepas 10 tahun ditukar kepada sewa beli kepada PRISMA tadi.
249
Dan akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, rasanya tidak dapat sambung lagi.
Jadi akhir sekali, Nusajaya ingin menyokong perbahasan cadangan oleh Kukup.
Sekian, terima kasih. Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi
taala warabakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Nusajaya, perbahasan disambung, sila Johor
Jaya.
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam Bersih,
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kerana sudi memberi peluang
kepada saya untuk mengambil bahagian bagi perbahasan Bajet 2018 dalam
Dewan yang mulia ini. Johor Jaya ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-
tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
November lalu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai Wakil Rakyat yang diberi mandat oleh
rakyat, segala isu yang kami bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah suara
rakyat. Tahun 2018, merupakan tahun pilihan raya. Dengan ini, Bajet 2018 seolah-
olah merupakan satu bajet gula-gula pilihan raya umum. Sekiranya gula-gula
tersebut dapat dinikmati, baiklah. Tetapi, dukacita Johor Jaya ingin katakan
bahawa kebanyakan gula-gula pilihan raya ini yang diberi oleh pihak kerajaan
hanya dengar cerita tetapi ambil masa yang lama baru dapat nikmati. Janji yang
diberi merupakan multiple election promises, dengan izinnya. Ini bermaksud janji itu
hanya cakap kosong selama ini setiap kali ulang dan janji tersebut dibawa dari satu
penggal ke penggal yang lain. Biasa perlu pilihan raya dua atau tiga pilihan raya
baru siap dilaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu contoh gula-gula PRU yang sangat
mengecewakan rakyat adalah pembinaan Hospital Pasir Gudang. Pembinaan
Hospital Pasir Gudang memang dialu-alukan dan dinanti-nantikan oleh penduduk
Pasir Gudang. Dengan ini kami berasa amat syukur dan sokong apabila pihak
kerajaan mengumumkan pembinaan Hospital Pasir Gudang tersebut. Namun, bagi
penduduk di Pasir Gudang, Hospital Pasir Gudang serupa nama sahaja. Sudah
beberapa kali nama hospital ini disebut oleh Ahli-Ahli Parlimen, bekas menteri,
Menteri Besar dan Perdana Menteri. Johor Jaya faham bahawa pembinaan
hospital bukannya senang tetapi sebagai sebuah pihak kerajaan yang prihatin
terhadap keperluan rakyat, berapa panjang masa perlu diambil untuk siap hospital
ini?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jikalau siapa-siapa yang tidak tahu atau tidak ingat,
saya boleh ulangkan timeline, dengan izinnya, di sini. Pada Disember tahun 2011,
bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang iaitu sekarang dah jadi Menteri Besar Negeri Johor
telah mencadang untuk membina Hospital Pasir Gudang. Pada tahun 2012, bekas
Menteri Kesihatan telah melawat tapak hospital dan bersetuju bahawa Hospital
Pasir Gudang dibina di Bandar Seri Alam sebagai District Hospital, dengan izinnya,
dengan 100 katil. Beliau berkata sudah memohon peruntukan dan bersedia untuk
pembinaan Hospital Pasir Gudang. Ini adalah sebelum PRU 13 iaitu pada tahun
2012. Pada November tahun 2013, iaitu selepas PRU 13, Ahli Parlimen Pasir Gudang
pula berkata, pihak Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan sebanyak
RM100 juta bagi fasa 1. Kemudian, pada tahun 2014, Ahli Parlimen sekali lagi
mengumumkan pembinaan Hospital Pasir Gudang telah diluluskan dan dijangka
bermula pembinaan pada tahun 2016. Ini akan mengambil tempoh selama tiga
tahun. Kemudian pada tahun 2015, Perdana Menteri turut mengumumkan
pembinaan Hospital Pasir Gudang dengan kos RM500 juta dalam Bajet 2016 dan kini
250
sekali lagi Menteri Besar mengumumkan pembinaan Hospital Pasir Gudang dalam
Bajet 2018.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terdapat banyak kekeliruan dalam janji pembinaan
Hospital Pasir Gudang. Johor Jaya meminta pihak kerajaan memberi penjelasan
terhadap semua kekeliruan rakyat. Sebenarnya, apakah jenis Hospital Pasir
Gudang? Mula-mulanya dikatakan sebagai hospital daerah dengan 100 katil.
Kemudian dikatakan sebagai hospital pakar dengan 300 katil. Selain itu, Johor Jaya
mendapati bahawa status tanah tersebut masih belum ditukar. Perkhidmatan
kesihatan di negara Malaysia memang menghadapi pelbagai cabaran termasuk
doktor pakar dan ubat yang tidak mencukupi. Dengan ini, bagaimanakah pihak
kerajaan memastikan dapat doktor pakar bagi pesakit dengan hospital pakar ini?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan ini saya kata Bajet 2018 serupa bajet gula-
gula pilihan raya. Sudah berapa kali kami diberitahu bahawa pembinaan Hospital
Pasir Gudang ini. Pembinaan hospital adalah keperluan rakyat, demi rakyat dan
untuk rakyat. Jangan jadikan ini sebagai demi Barisan Nasional dan untuk Barisan
Nasional. Penduduk harapkan pembinaan Hospital Pasir Gudang secepat mungkin.
Pihak kerajaan memberi kami harapan yang besar, tetapi sampai sekarang kami
masih tidak nampak satu tiang pun dibina. Dulu Ahli Parlimen berkata, bermula
pada, projek ini akan bermula pada tahun 2016, kini Datuk EXCO mengatakan
bahawa pembinaan Hospital Pasir Gudang akan dilaksanakan pada tahun 2018.
Johor Jaya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu Datuk EXCO.
Bukan Johor Jaya yang mengelirukan rakyat bahawa pembinaan Hospital Pasir
Gudang ini ditangguhkan tetapi pihak kerajaan sendiri yang mengelirukan rakyat.
Di mana sesekali berulang pengumuman atau janji ini. Sebab itu Johor Jaya
katakan ini adalah multiple election promises.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kami memahami dan mendapati bahawa hospital
awam yang sedia ada ini di Johor Bahru adalah iaitu Hospital Sultanah Aminah dan
Hospital Sultan Ismail. Hospital Sultanah Aminah mempunyai 1,200 katil, Hospital
Sultan Ismail pula mempunyai lebih kurang 700 hingga 800 katil. Kedua-dua hospital
ini dikatakan sangat sibuk dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang
semakin meningkat. Kini, terdapat beberapa hospital swasta di kawasan Pasir
Gudang termasuk KPJ Pasir Gudang, Regency Hospital Pasir Gudang dan Hospital
Penawar. Bukannya semua pesakit dapat membayar kos rawatan yang tinggi di
hospital swasta.
Dengan ini, Johor Jaya mendapati pembinaan hospital kerajaan adalah amat
memerlukan kerana bukan sahaja dapat meringankan beban atau trafik bagi
kedua-dua hospital kerajaan yang sedia ada ini, tetapi juga meringankan kos sara
hidup yang semakin meningkat bagi pesakit. Dengan peningkatan penduduk di
Bandar Seri Alam dan Pasir Gudang, kini terdapat seramai 60,000 penduduk di
Bandar Seri Alam. Johor Jaya berpendapat bahawa Hospital Pasir Gudang dengan
hanya 300 katil tidak dapat menampung keperluan rakyat. Dengan ini, saya
meminta pihak kerajaan membuat kajian sebelum pembinaan dilaksanakan. Saya
berharap infrastruktur kesihatan ini dapat dibina dengan cepat. Tiada lagi alasan
penangguhan dan akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Jaya merupakan satu kawasan yang cukup
penting bagi pihak kerajaan. Ini telah dibuktikan dalam Bajet 2018 di mana pihak
kerajaan negeri sanggup menggunakan bajet sebanyak RM1 bilion dalam pelbagai
perancangan dan pembangunan khas di kawasan DUN Johor Jaya. Dengan ini,
Ahli-Ahli Dewan yang lain tidak perlulah jealous dengan Johor jaya sekiranya tidak
dapat peruntukan yang begitu tinggi. Antara projek pembangunan adalah seperti
pembinaan Hospital Pasir Gudang yang saya katakan tadi, RM500 juta,
251
pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Johor Jaya sebanyak RM445 juta dan
Dewan Komuniti Masyarakat India sebanyak RM1 juta. ini tidak kira lagi
pengumuman atau kerja-kerja menaik taraf yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Jaya memang rasa bangga dan gembira
apabila terdapat projek yang besar dicadangkan dan akan dilaksanakan di Johor
Jaya. Namun, apabila Menteri Besar mengumumkan pembangunan
berorientasikan transit (TOD) di Johor Jaya, memang Johor Jaya terkejut. Projek ini
mengambil kos sebanyak RM445 juta. Jaringan dan kemudahan pengangkutan
awam memang sangat penting bagi rakyat jelata. Sistem pengangkutan awam
yang sedia ada masih ada kelemahan yang perlu ditambah baik. Infrastruktur
awam juga perlu di naik taraf dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, pertama, projek menaik taraf Larkin Sentral telah melibatkan
peruntukan berjumlah kira-kira RM10 juta. Larkin Sentral ini merupakan pusat
pengangkutan awam yang utama di Johor Bahru dengan lebih kurang 30,000
pengunjung harian. Projek menaik taraf Larkin Sentral melibatkan tiga komponen
iaitu pembangunan pusat tarikan pelancong, tempat mengambil dan menurunkan
penumpang secara berpusat dan sistem operasi terminal di Larkin Sentral. Ini projek
menaik taraf ini pun hanya mengambil berjumlah RM10 juta. Contoh kedua,
Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasek Selatan (TBS BTS). TBS merupakan terminal
bas yang penting kerana memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung
Malaysia dan mengandungi bangunan terminal utama iaitu 6 tingkat. Projek ini
bertujuan untuk meringankan kesesakan trafik di Hentian Puduraya dan
mengandungi hab. Ini melibatkan peruntukan RM570 juta.
Dengan kedua-dua contoh terminal yang penting ini, Johor Jaya ingin
mendapatkan maklumat lanjutan daripada pihak kerajaan negeri. Menteri Besar
berkata bahawa projek ini pembangunan berorientasikan transit akan bermula
pada tahun 2018 dan melibatkan kos RM19 juta. Ini melibatkan pembinaan
terminal bas, tempat letak kereta, medan selera, pasar baru dan ruang
perniagaan. Berapa fasa yang akan dilaksanakan dan siapa syarikat yang
bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk melaksanakan projek ini? Adakah
projek ini dijalankan secara tender terbuka dan bila projek ini akan disiapkan? Dan,
saya ingin bertanya bagaimana pula dengan bangunan yang sedia ada di bas
iaitu Bas dan Teksi Terminal Johor Jaya ini. Hal ini kerana ada satu persepsi di
kalangan rakyat di mana pihak kerajaan sentiasa membazirkan duit rakyat. Beli
modal dengan harga yang mahal dan juga pembinaan yang sentiasa
ditangguhkan. Oleh itu, Johor Jaya perlu memahami dan tetap akan memantau
projek ini. Dan, baru ini supaya projek ini dapat disiapkan dalam masa yang tetap
dan duit rakyat tidak akan dibazirkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping itu, tadi I sebut Bangunan Bas dan
Terminal Taman Johor Jaya ini dikatakan terletak di satu lokasi yang strategik di
kawasan Johor Jaya. Johor Jaya pernah bangkitkan isu terminal ini bahawa tandas
yang baru di naik taraf pada tahun lepas dengan kos sebanyak RM83,000.00 tetapi
gagal berfungsi. Tandas memang kelihatan cantik, tetapi tiada bekalan air dalam
tandas. Akibatnya, penyewa kaunter terpaksa menggunakan tandas dengan
menadah air hujan atau menadah air di tempat lain atau gunakan tandas di
tempat lain. Sudah satu tahun sampai sekarang pun masalah ini tidak diselesaikan.
Ini telah menunjukkan kegagalan Program Tandas Sejahtera pihak PBT.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan ini sahaja. Unit kekosongan yang terletak di
bangunan tersebut iaitu Bangunan Bas dan Teksi Terminal Johor Jaya ini telah
mengakibatkan bangunan ini seumpamanya satu bangunan yang terbengkalai.
252
Sejak tahun lepas, sudah lama terbengkalai dan sudah beberapa kali saya telah
bangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini. Dengan ini, Johor Jaya ingin
berpandangan bahawa pembangunan dan perancangan tersebut harus
dijalankan mengikutkan keperluan rakyat jelata dan Johor Jaya juga bercadang
bahawa pembinaan tersebut perlulah termasuk ataupun bercadang membuat
satu pembinaan pusat komuniti seperti yang rancangan di Singapura yang
merangkumi perkhidmatan PBT, perpustakaan, post office, ruang aktiviti dan
sebagainya bagi masyarakat tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Jaya memang anggap bajet atau projek
kerajaan sebagai multiple election promises yang saya sebut tadi. Pengumuman
yang dibuat tapi dekat pilihan raya baru laksanakan. Lepas pilihan raya,
tangguhkan. Nanti nak dekat lagi, umumkan sekali lagi. Tadi Johor Jaya sudah
bagi dua contoh, sudah bagi satu contoh iaitu Hospital Pasir Gudang. Sekarang
Johor Jaya nak bagi lagi satu contoh iaitu isu menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Dalam Bajet 2018, pihak kerajaan mengumumkan bajet sebanyak RM49.5 juta bagi
menambah baik jaringan jalan negeri dan jambatan di seluruh negeri Johor. RM7
juta bagi pembaikan dan naik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan dan
RM630 juta daripada MARRIS untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Selama 5 tahun
ini, Johor Jaya tetap mengambil berat terhadap isu jaringan jalan terutamanya
Projek Menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang dalam Dewan yang mulia ini.
Sebagai Wakil Rakyat Johor Jaya tetap rasa dukacita dan sedih kerana terpaksa
sekali lagi bangkitkan isu ini dalam Dewan yang mulia ini kerana Projek Menaik Taraf
Lebuh raya Pasir Gudang tidak dirangkumi dalam Bajet 2018.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Projek Menaik Taraf Lebuh raya Pasir Gudang ini
dari 4 lorong ke 6 lorong dimulakan pada tahun 2012. Setelah beberapa kali
ditangguhkan baru siap Fasa 1 iaitu Persimpangan Kangkar Tebrau hingga
Persimpangan Plentong dengan kos RM148 juta, ini ambil masa 4 tahun untuk siap 8
km. Bagi Fasa 2A yang masih dalam pembinaan iaitu bermula dari Persimpangan
Plentong sehingga Persimpangan Seri Alam dan Taman Rinting. Sepanjang 7.7
kilometer dengan kos RM164 juta. Projek Fasa 2A ini bermula pada tahun lepas iaitu
Mac 2016 dan jangka siap pada tahun depan September 2018, kalau mengikut
jaduallah projek akan siap pada tahun depan dan mengambil masa 2 tahun.
Sudah tentu Fasa 1 dengan Fasa 2A ini yang sepanjang 16 kilometer mengambil
masa 6 tahun. Bagaimana pula dengan Fasa 2B iaitu dari Persimpangan Bandar
Seri Alam, Taman Rinting hingga Persimpangan Pasir Gudang iaitu 4 kilometer dan
Fasa 3 iaitu dari Persimpangan Perling ke Persimpangan Kangkar Tebrau 7
kilometer?Bila nak mula kerja dan bila akan siap bagi Fasa 2B dan Fasa 3?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kali ini merupakan kali ke-9 Johor Jaya memberi
perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Setiap kali saya perlu ulang isu ini kerana
pihak kerajaan tidak memandang serius terhadap isu keselamatan pengguna
Lebuh Raya Pasir Gudang. Bukan sahaja projek menaik taraf tidak siap, masalah-
masalah lampu jalan yang begitu bahaya. Tiada lampu jalan pada waktu malam
ini pun tidak dapat diselesakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kami faham projek ini dilaksanakan secara
berperingkat melalui beberapa fasa. Tetapi sepanjang projek ini hanya 26.7
kilometer, pihak kerajaan perlu menunjukkan political will untuk menyiapkan projek
ini. Dan fasa 1, 8 kilometer, Fasa 2A, 7.7 kilometer; 2B, 4 kilometer dan Fasa 3, 7
kilometer. Sampai bila keseluruhan projek ini akan siap? Sudah terlalu lama rakyat
menunggu-nunggu kelengkapan projek ini. Ini merupakan satu jaringan yang paling
penting dalam Johor Bahru. Pemandu menghadapi kesesakan jalan lalu lintas
setiap hari. Dengan ini, pihak kerajaan perlulah menunjukkan iltizam politik iaitu
political will untuk melaksanakan projek ini dan siap dalam masa yang singkat
253
bukannya ambil masa 10 tahun lagi dan tidak dapat siap projek yang hanya 26.7
kilometer ini.
YB Timbalan Speaker : Johor Jaya sila gulung.
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya amat
setuju bahawa kemajuan sesebuah negeri tergantung kepada kehidupan rakyat
yang aman dan sejahtera, ekonomi yang kukuh, keselamatan rakyat terjamin dan
sebagainya. Oleh itu, janji-janji manis yang diumumkan dalam Bajet perlu ditepati
jangan umumkan sesuatu tetapi jadikan multiple election promises, ulang, ulang
dan ulang dan mengambil masa 10 tahun baru siap dilaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya...
YB Timbalan Speaker : Alhamdulillah je. Buat juga kan. Bukan tak buat.
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Secepat mungkinlah. Takkan 10 tahun tak boleh
habis.
YB Timbalan Speaker : Yalah, utiliti semua banyak situ kena alih semua ya, kena
fahamlah.
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Saya akan pantau dari masa ke masa.
YB Timbalan Speaker : Taulah itu EXCO Kerja Raya tu ya. Handsome tu. (Dewan
ketawa)
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya
tamatkan ucapan saya, Johor Jaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pengundi dan penduduk DUN Johor Jaya kerana memberi mandat
kepada saya untuk mewakili rakyat. Segala suara dan dasar yang kami bangkitkan
dalam Dewan Yang Mulia ini adalah demi rakyat dan untuk rakyat. Johor Jaya
percaya semua Wakil Rakyat di sini, anggota dan kaki tangan kerajaan serta rakyat
Malaysia cinta tanahair. Kami berhasrat negara ini maju, masyarakat bermuafakat
dan bersih daripada rasuah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, retrokrasi bermaksud pemerintahan oleh pencuri
yang menyamar sebagai pemimpin negara yang jujur. Ini merupakan satu jenis
jenayah negara. Berani kerana benar sebagai seorang pemimpin negara atau
negeri yang berwibawa. Sekiranya terlibat dalam skandal rasuah nafikan sekiranya
tidak. Untuk menunjukkan kewibawaan dan memberi keyakinan kepada rakyat.
Sayangi Malaysia, hapuskan retrokrasi. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk)
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Johor Jaya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita
mengalu-alukan kedatangan Pemerhati daripada DUN Tanjung Surat seramai 37
orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Johor. Perbahasan diteruskan, sila
Bentayan.
YB Encik Chua Wee Beng (Bentayan) : Bentayan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan keizinan untuk turut
sama dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Johor 2018 pada hari ini. Bentayan
juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2017.
254
Tadi Nusajaya cakap idea Skim Takaful KPJ itu idea MB, jadi Yang Berhormat Dato’
Speaker, Bentayan nak beritahu bahawa ucapan Bentayan semasa Belanjawan
2017 telah menyebutkan perkara ini. Tetapi saya pun tak kecil hati seperti apa yang
saya cakap setahun dulu. Panggil Skim ini KhaledCare saya pun boleh, yang
penting anak Johor dipentingkan dan didahulukan.
Dalam ucapan Belanjawan, namun begitu Bentayan merasa terpanggil untuk
memberikan sedikit komen berkenaan perkara ini. Skim Takaful yang diumumkan
sepatutnya dipanjangkan manfaatnya kepada isi rumah berpendapatan
RM2,000.00 ke bawah supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan, dapat
menerima manfaat rawatan kesihatan pakar ini. Jika tidak, ia seperti melepaskan
batuk di tangga. Dengan populasi negeri Johor berjumlah 3,344,400 orang, hanya
5.6% atau 187,286 anak Johor tergolong dalam kelompok berpendapatan di
bawah RM2,000.00. Jika Plan Takaful ini dipanjangkan manfaatnya kepada
kelompok ini, kerajaan negeri hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak
RM22.5 juta sahaja. Jika berbandingkan dengan jumlah peruntukan belanjawan
2018, ia hanyalah 0.015% sahaja. Dalam ucapan Belanjawan 2017,Bentayan juga
menyentuh mengenai keperluan kerajaan negeri untuk membantu nelayan-
nelayan di Muar beralih kepada aktiviti aquaculture seperti ternakan tiram sebagai
satu aktiviti pendapatan sampingan. Sekali lagi, Bentayan menyambut baik
pengumuman peruntukan RM300,000.00 untuk tujuan ini. Sungguhpun begitu,
Bentayan berharap agar peruntukan ini akan diberikan kepada individu yang tepat
khususnya nelayan yang terkesan dengan hasil laut yang semakin berkurangan.
Memandangkan industri aquaculture yang berimpak rendah terhadap alam sekitar
ini boleh mendatangkan pulangan lumayan kepada nelayan-nelayan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila memberikan angka-angka perangkaan,
Menteri besar tidak patut menutup sebelah mata dan hanya mengambil
perangkaan yang menunjukkan peningkatan baik dan melupakan perangkaan
yang membimbangkan. Apabila kita membaca kadar sifar kemiskinan yang
tercatat dalam muka surat hadapan Ucapan Belanjawan tersebut, kita mungkin
akan berfikir bahawa kita benar-benar telah mencapai sifar insiden kemiskinan.
Tetapi apabila kita membacanya bersama dengan pekali Gini di mana untuk tahun
2016, pekali Gini bagi negeri Johor telah meningkat kepada 0.354 berbanding 0.324
pada tahun 2014. Ini menunjukkan kesenjangan pendapatan yang semakin
melebar. Dengan sebahagian besar pendapatan dikuasai oleh kelompok kaya
dan maha kaya. Apabila dibahagi dengan per kapita, pastilah ia akan
menunjukkan angka sifar, namun fakta sebenarnya di Johor kita mungkin
berhadapan dengan peningkatan kemiskinan dalam bilangan sebenar. Dan
apabila kerajaan menggunakan perangkaan separuh-separuh sebegini, dalam
semua perangkaan ekonomi dan membutakan mata, maka tidaklah
menghairankan kita sedang membawa hasrat menjadi dengan izin,
EconomicPowerHouse ke arah yang salah.
Kebanyakan pembangunan dilaksanakan di Selatan Johor menyebabkan
berlakunya kesenjangan dan ketaksamaan antara daerah-daerah. Pada tahun
2016, Johor Bahru mencatatkan pendapatan menengah tertinggi iaitu RM6,518.00
diikuti oleh Kulai RM6,114.00. Daerah pentadbiran lain merekodkan pendapatan
menengah di bawah paras negeri. Itu RM5,052.00 adalah Batu Pahat, RM5,516.00;
Muar, RM5,371.00; Tangkak, Kota Tinggi, Segamat, Kluang dan akhirnya Mersing,
RM3,542.00 sahaja.
Pekali Gini bagi strata bandar dan luar bandar juga telah meningkat kepada 0.5
dan 0.350 daripada 0.326 dan 0.339 daripada 0.291 masing- masing. Pada masa
yang sama kadar pertumbuhan telah meningkat untuk sektor pembinaan 4.8% dari
255
KDNK pada 2014, 5.8% pada tahun 2015 dan 6.8% pada 2016. Ini merupakan
peratusan tertinggi kebergantungan KDNK terhadap sektor pembinaan antara
semua negeri di Malaysia. Akan tetapi peratusan rumah yang dimiliki menurun 1.2
mata peratus daripada 78.5% pada tahun 2014 kepada 77.3% pada 2016 ini sejajar
dengan keadaan Johor yang merupakan negeri tertinggi dalam negara yang
mempunyai jumlah unit tidak terjual.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Agenda Johor Lestari berdasarkan kepada
jawapan EXCO, rakyat Johor menggunakan 4,382 tan metrik sehari. Di mana 657
tan metrik daripada jumlah tersebut adalah merupakan plastik dan polistirena.
Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia menganggarkan secara purata rakyat
Malaysia menggunakan 300 beg plastik setahun iaitu hampir satu beg plastik setiap
hari. Jika berdasarkan kepada populasi 30 juta orang,ia membawa kepada jumlah
9 bilion beg.
Bentayan sangat menyambut baik inisiatif ini dan mendesak kerajaan negeri
melakukan lebih banyak usaha untuk melaksanakan amalan 3R dengan izin,
reduce, reuse and recycle. Produk-produk plastik dan yang berkaitan dengannya.
Kita telah merangka satu road map dengan izin, menjelang tahun 2020 Johor akan
menjadi kawasan bebas plastik dengan menggantikan dengan produk yang
mudah terurai. Kita membina kilang dan bekerja dengan pihak lain untuk
mempromosikan penggunaan produk penggantian. Tapi apabila kita bercakap
mengenai 3R, adakah kita sudah melakukan usaha yang secukupnya? Kita hanya
menggantikan bahan yang sangat mudarat kepada bahan yang kurang mudarat.
Setiausaha Kehormat Persatuan Sisa Pepejal Malaysia, Mohammad Radhi Cheah
mendedahkan satu fakta yang amat mengejutkan baru-baru ini, pengeluaran beg
plastik sampah telah meningkat semenjak larangan dikuasakan disebabkan oleh
permintaan yang melonjak naik. Kaedah mengenakan bayaran RM0.20 untuk
setiap beg plastik seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana beg
plastik masih ada. Orang ramai masih memilih untuk membayar. Izinkan Bentayan
untuk mengungkap sekali lagi, reduce,reuse and recycle apa yang berlaku kepada
mengurangkan. Adakah kita memiliki perancangan untuk mengurangkan dan
mengguna semula dengan melarang kewujudan beg plastik sama ada yang
mudah terurai atau tidak. Jika kita benar-benar mempunyai hasrat dan jika
kerajaan negeri benar-benar mempunyai iltizam politik, kita sepatutnya mula
memikirkan untuk mengenakan cukai plastik seperti yang diamalkan oleh Denmark
dan Ireland. Sementara kita mengekalkan kebebasan memilih oleh pengguna
cukai yang dipungut ini akan di salur ke dalam dana hijau untuk mempromosi dan
melakukan leboh banyak perkara untuk alam sekitar. Semenjak ia diperkenalkan,
Denmark berjaya mengurangkan penggunaan daripada 800 juta beg kepada 400
juta setahun. Beg plastik mudah terurai ini boleh digunakan untuk beg barang-
barang seperti daging mentah, tumbuhan atau tanaman yang tertanam dalam
pasir atau tanah seperti kentang dan halia dan produk-produk makanan laut.
Hanya dengan cara inilah rakyat kita akan sentiasa ingat untuk membawa beg
yang boleh diguna semula semasa membeli belah.
Kemudian, kitar semula. Apa yang telah terjadi kepada inisiatif asingkan?
Walaupun rakyat bersedia untuk mengasingkan bahan buangan tetapi apa yang
berlaku kepada barangan kitar semula? Adakah pusat pengumpulan sampah kita
bersedia untuk mengasingkannya atau ya telah menjadi kaedah untuk kotraktor
untuk menjana lebih keuntungan dengan menjualkannya kepada pihak ketiga.
Jika kita tidak serius untuk melaksanakannya bagaimana rakyat akan
mematuhinya?
256
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Parit Jawa terkenal dalam aktiviti memerhati
burung-burung. Ekoran ia merupakan antara tempat persinggahan burung yang
bermigrasi sementara muara sungainya pula terkenal dengan pokok bakau.
Jikalau kerajaan negeri benar-benar menghargai pemuliharaan marin dan pokok
bakau seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2018 iaitu peruntukan sebanyak
RM500,000.00 untuk tapak RAMSAR Sungai Pulai, tetapi mengapa di Parit Jawa
tidak dipedulikan? Seharusnya, kerajaan lebih berhati-hati dan menghargai semua
kawasan yang mempunyai pokok bakau.
Amalan menangkap ikan lestari sememangnya telah diamalkan oleh nelayan-
nelayan di sekitar Parit Jawa, Muar. Antara kaedah yang diguna pakai adalah
kelong, bubu dan jaring yang merupakan kaedah tangkapan ikan berimpak
rendah.
Nelayan-nelayan Parit Jawa sering mengadu mengenai kewujudan banyak kapal-
kapal besar seperti kapal tangki berlabuh di sekitar perairan Parit Jawa selama
berbulan-bulan, bahkan ada yang sehingga bertahun-tahun. Apabila mereka
berlabuh, nelayan-nelayan akan mengalami kesukaran untuk menebar jaring
mereka. Bentayan ingin mengemukakan persoalan, apakah tindakan pihak
kerajaan berhubung perkara ini?
Pada 2 minggu lepas, nelayan-nelayan menyatakan terdapat sebuah kapal
terbalik berhampiran dengan kawasan kelong-kelong. Kapal ini menghalang
nelayan-nelayan untuk menjalankan kegiatan rutin mereka dan dibimbangi
berlakunya tumpahan minyak. Diharapkan agar pihak kerajaan negeri untuk
mengalihkan kapal ini dengan segera.
Jabatan Perikanan juga telah menggazetkan pengairan Parit Jawa sehingga ke
Kesang. Sebagai kawasan tangkapan ikan tradisional dan melarang bot pukat
tunda dari memasuki kawasan ini. Kebelakangan ini, mungkin kerana hasil laut
yang semakin berkurangan di tempat-tempat lain,banyak bot-bot pukat tunda
masuk dan menggunakan pukat tunda di kawasan perairan Parit Jawa. Nelayan-
nelayan tempatan telah membuat banyak laporan polis dan melaporkan kepada
pihak APMM tetapi tiada tindakan diambil. Justeru itu, Bentayan meminta agar
kerajaan negeri memberikan perhatian kepada perkara ini. Tujuan kita tidak
membenarkan bot pukat tunda memasuki kawasan ini adalah disebabkan kaedah
ini akan membinasakan tempat pembiakan ikan dan akan menangkap semua jenis
ikan tidak kira saiz. Lebih memelikkan adalah kita melarang bot pukat tunda kerana
ia mengganggu ekosistem bawah laut tetapi mengapakah kita kemudiannya
memberikan permit kerja pengangkutan pasir.
Permit yang dikeluarkan bukanlah untuk satu kapal tapi sebanyak 28 permit secara
rasmi dan sebanyak 40 kapal jika berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan
oleh nelayan-nelayan Parit Jawa dan setiap kapal boleh mengankut 1,000 tan
dalam tempoh 6 hingga 8 jam. Bentayan tidak faham, jika pada tahun 2000 kita
telah mengharamkan kerja-kerja pengangkutan pasir ini atas alasan impak negatif
industri perikanan tetapi kenapa kali ini kita membenarkannya pula, Bulan Julai
2017, Persatuan Nelayan telah mengadakan protes melibatkan 600 orang nelayan
yang terkesan dengan aktiviti ini. Namun begitu, syarikat operator mengangkut
pasir ini kemudiannya telah mengadakan hubungan dengan beberapa watak
penting persatuan dan menawarkan mereka untuk menjadi penghantar barang
keperluan kapal-kapal di tengah laut dengan sejumlah bayaran.
Soalnya, bagaimana pula dengan nasib beratus-ratus nelayan lain yang berdepan
dengan kesukaran ekoran daripada aktiviti pengangkutan pasir ini? Aktiviti ini
257
bukan sahaja merosakkan alam sekitar tetapi juga turut merosakkan jaring dan
bubu ikan yang dipasang oleh nelayan. Ramai nelayan telah membuat laporan
polis mengenai perkara ini. Tetapi ia ibarat debu yang berterbangan di udara.
Ada di antara mereka kerugian hampir RM20,000.00. Bentayan memohon agar
kerajaan menyiasat aduan nelayan-nelayan bahawa beroperasi mengangkut pasir
ini berlaku siang dan malam tanpa henti. Adakah perkara ini, benar-benar berlaku?
Jika betul, mengapa kita boleh membenarkannya? Negara seperti Indonesia,
Vietnam dan Kemboja telah pun mengharamkan pengeksportan pasir ke Singapura
atas pertimbangan kerosakan yang berlaku kepada alam sekitar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bentayan banyak kali mendengar ada pihak yang
tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita bahawa projek pengangkutan
pasir ini adalah merupakan projek Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan untuk
kegunaan Forest City. Tetapi hasil carian maklumat yang dilakukan oleh Bentayan,
menemukan sebenarnya projek ini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan langsung
tidak mengena dengan Duli Yang Mahal Mulia Tuanku Sultan. Projek ini juga adalah
untuk dieksport ke Tuas, Singapura. Justeru, perkara ini perlu disiasat kerana institusi
Di Raja Johor telah dikaitkan secara salah dalam perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jangka masa projek mungkin di sekitar 6 bulan
sahaja tetapi kerosakannya yang berlaku dan kehilangan hasil perikanan di
kawasan tersebut mungkin mengambil masa 5 hingga 10 tahun untuk dipulihkan
kembali. Jika hasil perikanan merosot..
YB Timbalan Speaker : Bentayan, sila gulung.
YB Encik Chua Wee Beng (Bentayan) : Ya, sedikit lagi. Harganya pasti akan
meningkat. Indeks harga penggunaan meningkatkan harga sebanyak 8% bagi ikan
dan makanan laut. Jika hasil perikanan terus merosot, ia akan turut menaikkan kos
sara hidup di Johor.
Projek pengangkutan pasir ini merupakan sebuah projek bernilai bilion ringgit.
Harga pasir ini adalah di antara RM200.00 hingga RM600.00 bergantung kepada
gred. 40 kapal, 1,000 tan, 180 hari, RM200.00 hingga RM600.00 boleh mencecah
antara RM1.44 bilion ke RM4.32 bilion. Berapakah pendapatan yang akan diterima
oleh kerajaan negeri? Nilai ini hampir mencapai belanjawan sekurang-kurangnya
untuk satu tahun. Hasil 6 bulan projek ini, cukup untuk mentadbir sebuah negeri
dengan izin new economic power house.
Bentayan memahami bahawa jarak antara lokasi projek dengan persisiran pantai
adalah antara 7 hingga 9 batu nautika. Oleh yang demikian, ia adalah di bawah
bidang kuasa kerajaan persekutuan. Namun, jika di Forest City, kerajaan negeri
boleh memberikan pampasan, apakah kerajaan negeri bersedia untuk melakukan
perkara yang sama di Parit Jawa? Jikalau kerajaan negeri tidak mendapat apa-
apa, nelayan tidak mendapat pampasan, hasil cukai kerajaan persekutuan juga
sedikit, mengapakah kita perlu menanggung kesan negatif yang bakal dihadapi
oleh nelayan secara khusus dan rakyat secara keseluruhannya?. Apa pendirian
kerajaan negeri berhubung projek pengangkutan pasir ini?
Sebagai penutup, tahun 2016 dan tahun ini, terdapat beberapa kes dan
tangkapan berkaitan aktiviti pengangkutan pasir secara haram seperti yang
berlaku di Klang, Teluk Semangin, Pulau Upeh dan Pulau Pangkor. Ini adalah contoh
rompakan terhadap hasil galian kita. Tetapi di Parit Jawa, kita pula yang
mengeluarkan permit. Projek pengangkutan pasir di Parit Jawa, Muar ini umpama
rompakan di siang hari atau pun rompakan yang dilesenkan. Sekian, terima kasih.
258
YB Timbalan Speaker : Perbahasan diteruskan. Sila, Stulang.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang
diberikan kepada Stulang untuk berbahas persidangan kali ini. Jadi, Dato Speaker,
sebagai sebuah kerajaan yang betul-betul mantap, saya rasa kerajaan mesti betul-
betul menyelesaikan masalah secara hakiki. Lebih-lebih lagi kerajaan pusat adalah
dari kem yang sama. Kita tidak mahu melihat rancangan yang hebat,
persembahan yang menonjol tetapi pelaksanaan yang tidak berkesan dan gagal
menyelesaikan masalah secara berpanjangan. Maknanya, permasalahan sentiasa
berkitar pada tempat yang sama. Inilah fenomena yang berlaku sekarang. Yang
biasa kita lihat sekarang. Walaupun ada banyak aspek yang ingin saya utarakan,
tetapi hari ini saya hanya utarakan tentang sungai, pencemaran air sahaja.
Banyak sungai, kita lihat banyak sungai mempunyai keadaan sama, kotor. Sungai
Sengkuang sangat kotor dan Sungai Johor pun kotor. Adakah peruntukan tidak
diberikan kepadanya?. Bukan, ada. Adakah sampah tidak dikutip? Ada. Adakah
sampah tidak dikutip? Ada, ada kutip. Adakah ia tidak dikorek bila perlu? Ada,
ada dikorek. Tetapi mengapa saban 10 tahun masih sama. Keadaan masih sama
lagi, tidak berubah. Di sini, saya mahu ambil satu contoh. Terima kasih. Di sini saya
mahu ambil satu, contoh. Ya. Salah satu contoh, Sungai Segget. Pada tahun 2010,
Dato’ Sri Najib, dia mengumumkan RM200 juta untuk membersihkan Sungai Segget.
RM200,000.00 bukan main. Bagi menjadikan dia cakap ala Venice Itali. Kemudian
bila dalam perasmian dia cakap lagi. Selepas, saya sudah membayangkan
gondola akan berada di Sungai Segget seperti di Venice dan yang pasti menjadi
tumpuan pelancong asing dan dalam negara.
Katanya, telah mendapat tepukan gemuruh daripada 5,000 orang. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, 6 tahun sebelum itu, Sungai Segget telah pun
ditutup dengan wang RM6 juta. Ya. Kemudian, Menteri Besar masa itu Abdul Ghani
juga cerita bahawa, kita mahu buka Sungai Segget seperti mengambil contoh
Sungai Cheonggyecheon di Korea Selatan. Sungai Cheonggyecheon untuk
makluman mempunyai, sekarang mempunyai air yang jernih mengalir daripada
hulu ke hilir, air dia jernih, cantik. Jadi. Apa yang saya nak cakapkan di sini, kita
boleh tengok apa yang berlaku kepada keadaan sana sekarang? Bukan tak cakap
tak ada perubahan, ada, tetapi objektifnya dilihat tak kesampaian. RM200juta
dibelanjakan. Orang buat sekali sahaja. Tetapi, buat sekali saja perancangan
tetapi boleh mendatangkan kebaikan, kecantikannya sebegitu. Tetapi kita tidak.
Kita lihat macam mana Singapura dulu membersihkan Sungai Kallang mereka.
Kerana keazaman politik mereka, mereka boleh membuat satu wawasan bahawa
selepas 10 tahun kita nak melihat orang memancing di sungai tersebut. Ini boleh
dilakukan. Jadi kalau kita dalam isu ini mempunyai keazaman politik yang tinggi
seperti mengenal pasti punca pencemaran dengan ketat sekali, sistem kumbahan,
pendidikan kepada rakyat, penguatkuasaan, pemeliharaan dan sebagainya, saya
tak rasa kita tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut. Maknanya, kita bincang
masalah alam ini, lima tahun lagi sama, ya. Kerana pencemaran air tak ada, ya.
Kalau setakat nak bagi-bagi wang ini, bagi-bagi wang memang ada. Kalau saya
sebagai kerajaan diberi peruntukan RM1, 2 bilion saya pun boleh bagi-bagi wang
nak buat apa buat apa. Tetapi, adakah masalah asal telah pun selesai secara
hakiki. Kita tidak boleh 10 tahun cakap benda yang sama, 10 tahun masalah tetap
sama lagi.
Kemudian, berkenaan dengan isu air pula. Untuk meningkatkan sumber air, ya.
Macam mana meningkatkan keberkesanan pembekalan air. Di luar negara kita
telah lihat macam mana keazaman politik mereka telah menyebabkan mereka
259
dapat menyelesaikan masalah. Adakah kita mempunyai objektif jangka panjang
untuk membekalkan air secara berterusan tanpa berhenti? Adakah kita
mempunyai visi membekalkan air bersih di mana air paip bila dibuka boleh diminum
tanpa dimasak? Saya rasa kalau kita mempunyai visi macam mana ini dan
sebegini, maka kita akan pergi dengan lebih jauh. Contohnya, Majlis Mesyuarat
Negara Bagi Kerajaan Tempatan 2012 telah mengatakan bahawa negeri Johor
merupakan salah satu daripada 6 negeri yang mewartakan pindaan Undang-
Undang Kecil Bangunan Seragam bagi pelaksanaan Sistem Pengumpulan dan
Penggunaan Semula Air Hujan di sesebuah bangunan. Menteri dengan sendirinya
juga mengatakan bahawa pungutan hujan ini mampu menjimatkan air sebanyak
34%.
Jadi, adakah apakah yang telah diusahakan oleh kerajaan Johor sejak 2012?
Apakah inisiatif kerajaan dalam implementasi pungutan hujan di premis-premis
kerajaan? Adakah rundingan dilakukan dengan pemaju berkaitan dengan pelan
jangka panjang untuk menjadikan sistem ini sebagai sistem yang boleh diguna
pakai? Adakah insentif diberikan kepada mereka yang berinovasi dalam teknologi
pungutan air hujan ini? Saya faham kos untuk pemasangan teknologi pungutan
hujan ini adalah mahal untuk permulaan. Tetapi ia pasti akan menurun sekiranya ia
menjadi sistem yang biasa dan mendapat penggunaan yang luas. Kos tinggi
bukanlah sesuatu alasan untuk mengekang kita bergerak lebih jauh. Kita juga
boleh melihat Singapura juga telah berjaya mengaplikasikan sistem pungutan air
hujan. Contohnya di Changi Airport. Dengan teknologi pungutan hujan, mereka
telah berjaya memungut dan merawat air hujan yang di kumpul. Sehingga kini
sebanyak 33% daripada penggunaan air di Lapangan Terbang Changi adalah air
hujan. Kejayaan ini telah mencatatkan penjimatan sebanyak SD309,000.00 setahun
iaitu sekitar RM1 juta. Tengok, kalau ada keazaman saya rasa sesuatu susah boleh
dilakukan.
Mereka juga membuat kajian New Water pada tahun 1970-an. Melalui kajian yang
berterusan, mereka mampu menurunkan kos New Water. Sehingga kini, New Water
telah mencatatkan penggunaan sebanyak 40% daripada jumlah penggunaan air
Singapura. Ha, inilah yang saya maksudkan. Kemudian lebih-lebih lagi pada Ogos
2016, Duli Yang Maha Mulia juga pernah memberikan amanat kepada pihak
berkuasa untuk mempelajari bagaimana mengurus air, kita tidak perlu tengok jauh,
Singapura sudah ada. Kita tengok di Hong Kong juga. Ini saya pun pernah sebut di
Dewan yang mulia ini. Dengan permintaan air yang tinggi dengan sumber air yang
terhad, mereka boleh menggunakan air laut untuk flush tandas. Sekarang, sekitar
80% hingga 90% orang Hong Kong telah menggunakan air laut untuk membasuh
tandas, flush toilet.
Kos permulaannya juga mahal, saya tahu, tapi sekarang mereka boleh, ya dengan
inovasi mereka, dengan kekuatan, keazaman politik, mereka boleh menyelesaikan
masalah tersebut. Jadi kempen, saya rasa pada pendapat saya, kempen
penjimatan air tidak cukup di Johor termasuklah penggunaan alat-alat yang boleh
menjimatkan air. Dan saya rasa kita, GLC-GLC, jabatan kerajaan dan sebagainya
pun belum lagi betul-betul memasang penggunaan alat-alat yang boleh
menjimatkan air. Jadi, kesimpulannya dalam isu ini, kerajaan mestilah melalui
agensi yang sedia ada, BAKAJ ke, SAJ ke, PAAB ke, semua yang terlibat perlu
meneliti balik komitmen jangka panjang ini agar masalah ini boleh diselesaikan dan
kita bergerak ke depan. Kerana kalau masalah ini tidak diselesaikan dalam masa
yang berpanjangan, usaha, kos, masalah yang lebih perlu diperuntukkan untuk
menyelesaikan masalah. Jadi kita tidak akan pergi ke mana-mana kalau sentiasa
berkisar pada masalah yang sama.
260
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selepas bercerita tentang isu pencemaran sungai,
air, di sinilah saya ingin bercerita tentang politik ya. Kita juga tahu apa yang
pengalaman saya. Kita sebagaimana kita sedia maklum, kakitangan kerajaan
merupakan aset yang sangat penting kepada negeri Johor dan mereka juga ingin
melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Yang saya cakap, yang saya cerita
ini apabila menangani isu rakyat, saya berharap ahli-ahli politik, ketua-ketua
cawangan parti politik, Ahli-Ahli Majlis agar janganlah mempolitikkan masalah
rakyat kerana ia akan meletakkan rakyat dan kakitangan kerajaan dalam keadaan
yang amat sukar. Memang sukar. Sikap mereka yang berpolitik perlulah ubah. Di
sini saya mengambil sedikit masa untuk menceritakan pengalaman saya, boleh?
Dato’ Speaker, yang pertama, Ahli Majlis sendiri pernah dalam satu majlis
mengatakan bahawa mereka kadang-kadang terpaksa menangguhkan
penyelesaian sesuatu masalah walaupun mereka mempunyai sumber untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Ini Ahli Majlis yang cakap dalam satu majlis. Ini
adalah kerana jika rakyat mengadu masalah tersebut dengan atau melalui
pembangkang, ini dia ada cakap, sekiranya mereka menyelesaikan masalah
tersebut, maka rakyat akan ingat bahawa ini adalah jasa pembangkang, ini dia
dengan beraninya dia cakap. Dengan beraninya dia cakap. Saya rasa, pegawai-
pegawai kerajaan, ahli-ahli dalam kerajaan tidak rela melihat keadaan macam ini
berlaku. Ini meletakkan kakitangan dan pegawai kerajaan dalam keadaan yang
sangat sukar.
Yang kedua, saya pernah ingin nak menganjurkan satu seminar kesihatan di satu
taman perumahan di mana tiga orang doktor telah berjanji datang memberi
penerangan dengan menggunakan pakai kemudahan premis dewan yang sedia
ada, ya. Sebenarnya, dewan itu dibina dengan duit kerajaan, bukan bapak dia.
Tetapi tekanan telah diberikan oleh ahli-ahli politik, dan akhirnya mereka
mengeluarkan satu surat kepada saya yang mengatakan bahawa, kami pihak
setiausaha persatuan, ya menolak program saya tersebut walaupun untuk kebaikan
rakyat. Ha tengok, benda ni berlaku.
Yang ketiga, saya ada kes, ada kes yang sangat besar walaupun itu lubang besar
boleh mengakibatkan kehilangan nyawa ya, rasa tak siap-siap. Surat telah
diajukan oleh penduduk sendiri. Selepas itu, setahun tak buat. Oleh kerana tiada
pilihan, dia mengadu melalui saya, jadi saya pun mengadu kepada Pihak Berkuasa
Tempatan, ya. Selepas itu, Ahli Majlis tu kata apa, bukankah kamu sudah cari
Andrew, suruh Andrew selesaikanlah. Boleh cakap macam ni ke? Saya rasa tak
boleh cakap macam ini kerana saya mengadu, dia mengadu melalui saya, saya
pun mengadu kepada Pihak Berkuasa Tempatan juga. Kemudian Ahli Majlis juga
terima juga masalah tersebut. Dia purposesly tak mahu buat untuk mempolitikkan
isu tersebut. Jadi, semua isu mesti diselesaikan bukan melihat siapa yang
membawanya.
Yang keempat, oh ini pun interesting juga. Yang keempat. Ada satu isu habuk yang
menyelubungi penduduk perumahan rakyat. Jadi, pengerusi pun telah pun,
pengerusi penduduk pun mengajak pemaju, sayalah, Ahli Majlis dan pegawai MBJB
untuk datang bersama, cerita apa yang berlaku. Bila saya sampai sana, ha, Ahli
Majlis itu bercakap, ‘oh, Andrew sudah ada sini. Biarlah dia selesaikan masalah’,
lepas tu dia keluar. Dia keluar dari dewan itu. Kemudian, pegawai MBJB pun ikut
keluarlah. Saya tak salahkan dia. Jadi, bolehkah macam itu? Adakah pegawai itu
rela, sebenarnya dia rela untuk ikut dia keluar macam itu sahaja? Bukan. Kita
semua orang mahu duduk sana melihat masalah, mendengar masalah. Bila saya
ada sana, dia cakap biar saya selesaikan masalah, dia keluar. Boleh cakap
macam ni ha? Tak boleh. Kemudian, di tempat yang sama, bila buka puasa saya
261
pun dengan niat baik saya, berseloroh dengan mereka, buka puasa sekali makan
sekalilah.
YB Timbalan Speaker : YB puasa?
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Ha?
YB Timbalan Speaker : YB puasa sama?
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Saya tidak puasa. Sekali sekala saya puasa,
puasa makanan sahaja, minum saya tak puasa untuk kuruskan badan maa (Dewan
ketawa). Kemudian, bila saya makan dengan dia, saya makan dengan makcik-
makcik tersebut, 5, 6 orang, makan sahaja ma. Pukul 2 pagi, pintu mereka diketuk
oleh orang. Mereka cakap, apasal duduk sama dengan Andrew. Lain kali kami tak
akan tolong you. Oh, cakap macam ni. Ok. Lepas ambil dengan. Kemudian saya
ada juga buat bantuan kebajikan di kawasan-kawasan perumahan tersebut. Saya
buat bantuan kebajikan, memberikan pertolongan kepada mereka yang
memerlukan. Cari betul-betul mereka yang susah, beri bantuan kepada mereka.
Jadi, mereka dengan sinis cakap apa, ‘Lepas ambil dengan Andrew, kami tak akan
bagi kamu lagi’. Jadi, dalam masa itu, pada masa itu, bila saya bagi, saya jauh-
jauh, saya tengok-tengok, ada seorang perempuan, dia ambil satu fail sana catat,
tengok. Tapi, dia tak berani datang sini catat. Dia sorok kat tepi tiang, catat. Siapa
yang ambil dengan saya. Ini boleh ya? Dia susah, dia mahu buat macam ni tak?
Saya rasa dia pun tak nak buat macam ini. Hanya kalau tak ada orang suruh, dia
tak buat macam ini. Mesti ada orang suruh. Itulah saya cakap perangai itu mesti
diubah. Berlandaskan kes-kes macam ni, saya rasa kita perlu berubah sikap
mereka. Jadi, Dato’ Speaker, kalau dengan izin tuhan, kalau kita boleh menjadi
kerajaan kelak, kalau kita jadi kerajaan kelak, duduk sebelah sana, janji kami
adalah, satu, kita akan komited bekerjasama dengan pegawai dan kakitangan
kerajaan yang sedia ada untuk memajukan negeri Johor, semua urusan jenis
pentadbiran jalan seperti biasa, boleh tak? (Dewan bertepuk).
Mereka yang...
YB Timbalan Speaker : Belum dapat, semua boleh...
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Boleh...kemudian, mereka yang cemerlang dan
berhak mendapat kenaikan pangkat, dan berhak mendapat pingat, kebajikan
pasti akan lebih baik. Mereka yang berhak dinaikkan pangkat, akan dinaikkan
pangkat. Biasa saja. Kita, termasuklah Ahli-Ahli Majlis, kita tidak akan mempolitikkan
isu rakyat, tak akan menggunakan kuasa politik, tak akan menggunakan kuasa
politik untuk mengugut kakitangan kerajaan dan meletakkan kakitangan kerajaan
dalam keadaan yang sangat sukar. Maknanya, kita akan bersama-sama
menyelesaikan masalah walaupun dibawa oleh pembangkang. Jadi, saya ingin
menyuarakan suara hati saya bahawa kita mesti melihat peralihan kuasa adalah
satu perkara yang biasa, jangan takut. Ini sesuatu yang biasa. Kalau kita buat
dengan baik, teruskan. Kalau tidak baik, tukar balik, tak apa. Maksudnya, semua
orang termasuk pegawai-pegawai mesti melihat ini sebagai sesuatu yang biasa.
Mana
tahu, kerajaan yang baru boleh membawa kebaikan dan selera baru kepada
semua orang termasuk rakyat dan juga kakitangan, betul tak? Kerana...
YB Timbalan Speaker : Sila gulung, nanti banyak orang terpengaruh (Dewan
ketawa).
262
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Kerana kadang-kadang...
YB Timbalan Speaker : Mesti lebih tiga bulan ni ya...
YB Encik Cheng Kah Eng (Stulang) : Ini tak ada masalah, kalau berizinkan. Jadi,
kerana kadang-kadang kerajaan yang telah terlalu lama memang kuasa terlalu
banyak tekanan yang besar kepada pegawai kerajaan. Ini yang kita tak mahu
lihat. Betul tak? Jadi, akhir sekali kesimpulannya ialah saya berharap sikap ahli-ahli
politik boleh berubah kalau kita nak pergi dengan lebih jauh kita mesti
bekerjasama, kita dalam Dewan ini walaupun kita berpolitik semasa berpilihan raya
selepas pilihan raya kita diberi kuasa oleh rakyat itu, kita mesti menggunakan kuasa
oleh rakyat itu untuk membantu balik rakyat. Kita tak boleh menggunakan kuasa
yang diberi oleh rakyat untuk membalas dendam terhadap rakyat. Tidak boleh.
Kemudian saya berharap kerajaan akan memberi komitmen politik ke arah politik
yang tinggi untuk menyelesaikan masalah rakyat secara hakiki bukan sentiasa
berkisar kepada masalah itu kerana walaupun macam ni seberapa banyak wang
yang dibelanjakan pun akhirnya tak ada guna. Jadi, akhirnya saya di sini ingin
mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada rakyat Stulang, rakyat Johor
Bahru atas peluang yang diberikan untuk mewakili mereka. Dan, berharap saya
akan terus lagi mewakili rakyat, kali ini sebagai wakil rakyat pembangkang, kali lain
sebagai wakil rakyat kerajaan, boleh tak? (Ketawa).
YB Timbalan Speaker : Banyak doa. Doa.
YB Encik Cheng Kah Eng (Stulang) : Doa, doa, boleh, boleh saya pasti bolehlah
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan juga untuk dinikmati
oleh seluruh rakyat Johor dan juga kita bersama-sama memajukan negeri Johor
dengan pegawai-pegawai kerajaan sekali. Sekian, terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Perbahasan diteruskan sila Tangkak. Eh tidak, Paloh.
YB Encik Teoh Yap Kun (Paloh) : Terima kasih Paloh ingin mengucapkan terima kasih
dan rasa syukur atas peluang yang diberikan dalam bajet Johor 2018 yang
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 23 November
2017 sempena Mesyuarat ketiga Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor
Yang Ke-13.
Sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya ingat nak balas apa yang Stulang
cakap tadi. Jadi, Stulang sebelum memerintah mereka boleh janji macam-
macam. Jadi, Ketua Pembangkang pernah cakap kakitangan kerajaan Barisan
Nasional terlalu ramai, kalau mereka memerintah mereka nak buang separuh
kakitangan kerajaan. (Dewan bertepuk). Ini memang dah disebut-sebutkan. Jadi,
sebelum memerintah memang boleh janji, janji kosong. Sesiapa pun boleh janji tapi
bila memerintah belum tau. Tengok apa Pulau Pinang buat, apa rakyat Pulai
Pinang merasai. Bukan sahaja Pulau Pinang, Selangor juga. Tengok restoran-
restoran di tolak, kuil-kuil di tolak, ini kerajaan pembangkang. (Dewan bertepuk).
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
YB Timbalan Speaker : Tadi tak ada gangguan.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Ini sudah cakap macam...
YB Timbalan Speaker : Stulang duduk, tadi tak ada gangguan. Stulang duduk.
263
YB Encik Teoh Yap Kun (Paloh) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam sejahtera
dan salam Muafakat Johor. Terlebih dahulu Paloh ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah berjaya
membentangkan Bajet Johor 2018 yang inklusif melalui 153 Titik Sentuhan dan 5
Strategi utama. Sekali lagi Johor telah menunjukkan bajet surplus sebanyak RM1.141
juta. Ini bermakna bahawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Johor telah 5 tahun berturut-turut
membawa Bajet yang surplus. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor dan pasukannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, agenda perumahan merupakan agenda utama
negeri Johor. Rumah merupakan keperluan wajib bagi semua penduduk Johor.
Namun, harga rumah sudah melambung tinggi rata-rata beratus-ratus ribu ringgit
seunit. Maka, untuk memiliki sebuah rumah dengan harga yang begitu tinggi sudah
menjadi satu perkara yang rumit bagi orang-orang muda di Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Bajet 2018 Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor melalui Strategi Kedua iaitu Pemantapan Kemudahan Awam dan
Pelebaran Ruang Kesejahteraan Rakyat. Agenda Perumahan Johor telah
dititikberatkan dengan 14 Titik Sentuhan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik
akan dibina menjelang tahun 2023. Melalui agensi-agensi atau program-program
seperti penyediaan rumah-rumah sewa oleh PBT, Program Rumah Transit Belia Johor,
Skim Jauhar Prihatin, pembinaan rumah mampu milik bagi golongan pertengahan
M40 yang berharga di bawah RM300,000.00 oleh KPRJ di Taman Pelangi Indah
sebanyak 280 unit, rumah pangsapuri dan Taman Rinting 208 unit, rumah
pangsapuri. Pembinaan 1,000 unit RMMJ oleh KPRJ itu di Paloh dan Kahang daerah
Kluang, memperluas Perumahan Penjawat Awam Satu Malaysia PPA1M kepada
kakitangan PBT dan syarikat berkaitan kerajaan, GLC negeri Johor.
Membangunkan dua buah lagi Taman Perbadanan Islam melalui PIJ Holdings iaitu
di Permas Jaya, Plentong dan di Gelang Patah. Manakala, cadangan
pembangunan 600 unit rumah jenis landed yang sedang dalam proses
pengambilan tanah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, industri pelancongan merupakan satu industri yang
penting yang dapat menyalurkan pendapatan yang banyak kepada pentadbiran
negeri. Dalam sektor pelancongan, Johor agak menonjol dengan pulau-pulau dan
pantai-pantai yang cantik, hutan rimba yang penuh dengan flora dan fauna yang
istimewa, dengan izin. Legoland, Johor Premium Outlet (JPO) dan banyak lagi
produk-produk pelancongan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada awal tahun ini sebanyak 20 buah kampung
baru Cina dari seluruh negara telah dikenal pasti ada potensi menjadi destinasi
atau kampung pelancongan. Daripada jumlah ini, 7 buah kampung baru Cina
adalah dari negeri Johor. Ini termasuk Paloh, Ayer Hitam dan Yong Peng. Paloh
mempunyai beberapa buah rumah ibadat Buddha dan sebuah kuil Hindu yang
sangat cantik. Di samping itu, Paloh juga ada lukisan-lukisan mural yang cantik.
Keistimewaan Paloh bukan setakat itu sahaja. Tanaman kopi, lada hitam dan buah
naga juga dapat menarik pelancong ke Paloh melalui pertanian dalam
pelancongan atau agrotourism, dengan izin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam 153 Titik Sentuhan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar pada Titik Sentuhan yang ke-13, Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Johor telah memperuntukkan RM6 juta melalui Tourism Johor, untuk merancakkan
program promosi dan melaksanakan acara pelancongan Johor yang bertaraf
antara bangsa. Paloh memohon agar sebahagian daripada peruntukkan ini dapat
264
disalurkan ke Paloh untuk menaikkan taraf prasarana dan kemudahan infrastruktur
di Pekan Paloh.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Paloh ingin membawa beberapa isu di DUN Paloh.
Pertama, penandaan semula reserve sungai dengan izin, Sungai Paloh. Sungai ini
bukan sahaja sempit dan bengkang-bengkok malah sebahagian daripada rizab
sungai sudah ditanam dengan pokok kelapa sawit. Justeru itu, apabila hujan lebat
kawasan sekitar Taman Kota Paloh boleh menyebabkan banjir kilat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu kedua ialah menurap jalan dari Kampung Orang
Asli Pengkalan Tereh ke persimpangan Jalan Paloh-Kluang. Untuk pengetahuan
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kampung ini mempunyai penduduk seramai 500
orang dan mempunyai sebuah sekolah rendah kebangsaan. Kebanyakan guru-
guru sekolah ini berulang dari Kluang setiap hari. Pada hari hujan, jalan sangat licin
dan lecak dan pada cuaca panas pula, jalan berdebu. Pada tahun ini, Kampung
Pengkalan Tereh telah muncul sebagai Johan dalam Anugerah Desa Perdana
Peringkat Kebangsaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu ketiga ialah pelebaran Jalan Mersing dari traffic
light, dengan izin, simpang Jalan Paloh ke simpang Jalan Ladang Pamol. Jalan ini
agak sempit dan bengkang-bengkok. Di sepanjang jalan ini terdapat sebuah
sekolah menengah, sebuah penjara dan 4 kawasan perindustrian, traffic di sini agak
sibuk dengan kenderaan-kenderaan berat. Kemalangan jalan raya kerap berlaku
di kawasan ini. Banyak nyawa telah terkorban. Sudah sampai masalah kerajaan
mengambil tindakan melebarkan jalan ini demi kepentingan orang ramai. Paloh
pernah bangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini, pada sidang-sidang
yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu keempat ialah Projek Perumahan Cekal Mantap
di Pekan Paloh yang telah terbengkalai sekian lama. Projek ini terletak di tengah-
tengah Pekan, tidak diurus, penuh dengan rumput yang panjang sudah lebih 10
tahun. Paloh telah beberapa kali membawa isu ini dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Tindakan Daerah Kluang tetapi perkara ini masih tidak dapat
diselesaikan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu terakhir ialah mohon lebarkan jambatan di Jalan
Kong Hock. Ini merupakan bottle neck, dengan izin dan sangat merbahaya
kepada pengguna jalan raya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum mengundur diri izinkan saya akhiri
perbahasan saya dengan serangkap pantun. Bukit sama kita daki, lurah sama kita
turuni, muafakat Team Johor kita hayati, negeri Johor berkemajuan tinggi. Sekian,
terima kasih. Paloh menyokong usul yang dibawa oleh Kukup.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Paloh. Kita teruskan perbahasan. Jemput
Tangkak.
YB Encik Ee Chin Li (Tangkak) : Selamat sejahtera, terima kasih Yang Berhormat
Datuk Speaker kerana memberi peluang untuk menyertai perbahasan dalam Bajet
Negeri Johor bagi tahun 2018. Terlebih dahulu Tangkak ingin mengucapkan
tahniah dan jutaan terima kasih kepada Ketua-Ketua Jabatan dan juga penjawat-
penjawat awam kerana telah bekerja keras untuk menyediakan dan menjayakan
bajet negeri Johor tahun 2018 di bentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
pada 23 November yang lalu. Bajet yang berjumlah lebih kurang RM1,500 juta ini
telah dipanggil sebagai ‘Membangun Dekat Baharu Untuk Johor’ oleh Yang Amat
265
Berhormat Menteri Besar telah menunjukkan kerajaan mendapati berlaku
perlahanan dan tidak sepadan dengan kepesatan pembangunan negeri Johor.
Untuk bermula era baru di negeri Johor, tidak cukup kalau kita cuma menggunakan
sebuah bajet sahaja untuk menolong pertumbuhan ekonomi yang lebih agresif dan
meningkatkan kesejahteraan rakyat secara transformatif. Jika kita hendak Johor
berjaya melangkah ke arah baru itu sistem dalam kerajaan juga perlu
dipertingkatkan. Era baru kerajaan negeri Johor ini akan lebih tepat namanya
sekiranya negeri ini ditadbir sebuah kerajaan baru untuk maklumat Dewan yang
mulia ini, kami Pakatan Harapan Negeri Johor menawar dengan komitmen penuh
kita untuk bersama-sama rakyat Johor dan juga bersama-sama kakitangan
kerajaan negeri Johor untuk menuju ke era baru Johor pada tahun depan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soal kuantiti dan kualiti ini selalu mengelirukan.
Kuantiti yang tinggi tidak bermaksud berkualiti dan sebaliknya kualiti yang tinggi
juga tidak semestinya mempunyai kuantiti yang banyak. Yang Berhormat Kukup
semasa membawa usul perbahasan bajet pada hari Ahad yang lalu telah
menggunakan perbandingan antara jumlah titik sentuhan bajet negeri Johor
dengan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pada saya ini bukan satu contoh
perbandingan yang bijak. Nasihat saya kepada YB Kukup jangan suka banding
bezakan antara kerjaya kerana bandingan 2 kerjaya adalah ibarat
membandingkan buah epal dengan oren. Dan, kedua-duanya tidak akan pernah
sama. Apa bezanya Johor dengan Selangor dan Pulau Pinang.
Pertama, kedua-dua negeri itu telah masuk ke era baru hampir 10 tahun bersama
dengan sebuah kerajaan yang lebih baik dan lebih peduli rakyat, tetapi di negeri
Johor kita baru saja meletak visi untuk menuju ke arah itu.
Kedua, walaupun Yang Berhormat Kukup mendakwa kedua-dua negeri itu
membentangkan bajet defisit berturut-turut semasa di negeri Johor mempunyai
bajet yang mempunyai lebihan. Tetapi bajet defisit yang berisi tentulah lebih baik
daripada bajet lebihan tapi kurang manfaatkan rakyat.
Kalau Yang Berhormat Kukup berpendapat kerajaan yang membentang bajet
defisit adalah sebuah kerajaan yang gagal maka, adakah YB Kukup bersetuju
bahawa kerajaan persekutuan yang dianggotai oleh tauke besar beliau Malaysia
Official One, pemimpin kerajaan yang telah membentangkan bajet defisit berturut-
turut selama 20 tahun adalah sebuah kerajaan yang paling gagal. Setuju ke tidak?
Kalau kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak mentadbir negeri itu dengan baik,
takkan rakyat di situ memberi sokongan yang lebih besar kepada mereka pada
tahun 2013 berbanding tahun 2008.
Di Selangor kerajaan negeri menang 36 kerusi, pada tahun 2008 dan meningkat
sehingga 44 kerusi DUN pada tahun 2013. Di Pulau Pinang pula, kerajaan di situ
menang 20 kerusi DUN pada tahun 2008 dan berjaya menambah 1 lagi kerusi pada
tahun 2013. Keputusan pilihan raya tahun 2013 jelas menyatakan rakyat Selangor
dan Pulau Pinang bukan sahaja dapat nampak, dapat dengar kebaikan kerajaan
negeri mereka. Tetapi paling penting adalah mereka dapat menikmati dan merasa
usaha-usaha Pakatan yang telah meningkatkan mutu kehidupan mereka dan
mereka memberi sokongan yang lebih besar kepada kerajaan pakatan dalam
pilihan raya umum yang lalu. Kita lihat balik keadaan di negeri Johor. Kerajaan
Barisan Nasional memenangi 50 kerusi DUN pada tahun 2008. Sekarang majoriti 2/3
kerajaan Johor pun telah jadi kenangan sahaja. Jadi, kalau YB Kukup nak
berbanding jangan banding saja jumlah titik sentuhan ucapan bajet. Bandinglah
mesej yang dibawa oleh rakyat melalui kertas undi mereka.
266
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pemimpin BN Johor berkali-kali mengambil
kesempatan mereka sebagai pentadbir untuk mendakwa pihak kami, pihak
pembangkang secara tidak berasas. Yang paling serius sekali adalah Yang Amat
Berhormat Menteri Besar sanggup menggunakan peluang golongan perbahasan di
Dewan yang mulia ini, untuk menuduh kami pada sidang yang lalu. Kami sebagai
pembangkang memang tidak mempunyai kuasa ataupun sumber seperti
pentadbir. Tapi, kami tidak pernah pilih kasih membantu rakyat. Kami juga tidak
pernah mengira dari segi agama, keturunan dan latar belakang rakyat ketika
menjalankan tugas. Kerajaan...
YB Timbalan Speaker : Pulau Pinang masa banjir ni semua adil ya, bantuan.
YB Encik EE Chin Li (Tangkak) : Kita tolong. Kerajaan juga diminta bertindak dengan
lebih adil kepada semua lapisan masyarakat semasa menetapkan hala tuju dan
bantuan kepada rakyat. Rakyat dari pelbagai agama dan keturunan harus diberi
peluang yang sama untuk berkhidmat kepada negeri dan mendapat bantuan dari
negeri.
YB Timbalan Speaker : Tangkak sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya
tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.
267
Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan kita sambung semula dan
perbahasan kita atas titah ucapan ini, saya persilakan Yang Berhormat Tangkak
menyambung 10 minit lagi. Jemput Tangkak, ada 10 minit lagi.
YB Encik Ee Chin Li (Tangkak) : Selamat tengah hari dan selamat sejahtera Yang
Berhormat Tan Sri Speaker kerana mengizinkan Tangkak untuk menyambung
perbahasan dalam bajet negeri Johor bagi tahun 2018 ini. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi
memperuntukkan sejumlah RM7 juta untuk pembangunan masyarakat Cina dan
RM8 juta untuk pembangunan masyarakat India. Yang menarik perhatian saya
adalah peruntukan untuk sektor pendidikan masyarakat Cina ini. RM1 juta untuk
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan RM500,000.00 untuk Kolej Universiti Selatan.
Kerajaan mungkin sudah terlepas pandang sekolah menengah kerana Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan dan persendirian Cina tercicir dalam senarai
peruntukan ini. Kerajaan bercita untuk memartabatkan masyarakat melalui
penggunaan teknologi digital supaya Johor selari dengan revolusi industri keempat
dan akan fokus dalam usaha mendigitalkan sektor-sektor utama ekonomi dalam
negeri.
RM40 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan infrastruktur bagi rakyat menikmati
kemudahan internat jalur berkelajuan ultra. Ini memang satu tindakan yang tepat
dan selaras dengan keadaan terkini. Segala kehidupan rakyat pada zaman
sekarang tidak boleh berpisah dengan ICT dan internat. Dengan menggunakan
peranti digital dan jalur Internet kita dapat membina sebuah masyarakat yang
berasaskan pengetahuan. Tapi, semasa kerajaan Johor berusaha dalam
mendigitalkan sektor-sektor ekonomi, jangan lupa pula untuk mendigitalkan sektor-
sektor kerajaan. Cadangan memuat naik semua jawapan, verbatim dan segala
dokumen-dokumen Dewan Negeri Johor yang telah banyak kali diminta oleh
Tangkak masih belum dilaksanakan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan mencadangkan untuk menubuhkan
sebuah pusat edaran I Am Corp Distribution Centre bagi meningkatkan produktiviti
hasil pengeluaran para petani, penternak dan usahawan tempatan adalah sebuah
cadangan yang baik. Pusat Edaran akan memberi satu lagi pilihan kepada petani-
petani untuk menjualkan hasil mereka. Dengan perbelanjaan RM1 juta ini,
berapakah kawasan yang akan ditubuhkan Pusat Edaran Incorp?
YB Speaker : Yang Berhormat, sila pakai baju kot Yang Berhormat, pasal kita nak
jaga kemuliaan Dewan ni, pakaian tu kita harus, orang hormati kitalah Yang
Berhormat. Sila Yang Berhormat.
YB Encik Ee Chin Li (Tangkak) : Ok, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Fresh TruckJohor yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk peruncitan hasil pertanian
dan produk makanan secara perniagaan bergerak sebenarnya telah lama wujud
dalam kalangan masyarakat. Penjual sayur dan makanan segar menggunakan lori
atau van untuk berniaga di kawasan-kawasan perumahan, telah membolehkan suri
rumah tangga yang tidak mempunyai pengangkutan ke pasar awam untuk
membeli sayur-sayur, ikan dan bahan-bahan makanan. Tetapi, sesetengah
pengusaha perniagaan bergerak ini tidak berjaya untuk mendapatkan lesen
penjaja daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Apabila mereka terpaksa
268
menghentikan perniagaan bergerak itu disebabkan tiada lesen, yang paling terjejas
adalah golongan suri rumah tangga yang tidak dapat pergi ke pasar awam. Oleh
itu, saya mohonlah jasa baik Pihak Berkuasa Tempatan supaya menimbang semula
permohonan-permohonan lesen penjaja bergerak yang menjual sayur di kawasan
perumahan dan meluluskan permohonan lesen penjaja kepada mereka terutama
bagi mereka yang berkhidmat di kawasan jauh dengan pasar awam.
Sejak akhir-akhir ini kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor telah
melarangkan aktiviti penyembelihan ayam di pasar awam masing-masing.
Pengusaha ayam di pasar diminta mendapatkan bekalan ayam siap proses dari
rumah penyembelihan ayam berlesen. Tindakan ini telah membebankan
pengusaha ayam kerana berlaku masalah kekurangan rumah penyembelihan.
Saya ambil contoh, di daerah Tangkak ada 16 pengusaha ayam di keempat-
empat Pasar Awam Tangkak. Tetapi cuma ada 7 rumah penyembelihan ayam
yang berlesen di daerah ini.
Pengusaha ayam menghadapi masalah bekalan dan masalah pengangkutan
selepas larangan ini dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka juga
rasa sedihlah kerana tidak diberi maklumat lebih lanjut berkenaan cara untuk
mereka dapatkan lesen rumah penyembelihan ayam seperti pemegang-
pemegang lesen rumah penyembelihan yang telah disenaraikan. Ada juga yang
tertanya-tanya adakah rumah-rumah penyembelihan dalam senarai Pihak
Berkuasa Tempatan itu anak syarikat PBT kerana notis pemberitahuan PBT sudah
macam mencari pelanggan untuk rumah-rumah penyembelihan itu.
Saya minta penjelasan daripada kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan
mengenai adakah lesen rumah penyembelihan ayam itu terhad kepada
sekumpulan kecil pengusaha sahaja atau ia boleh dibuka untuk dipohon oleh
pengusaha ayam yang berminat dan berkelayakan. Kalau lesen itu adalah terhad
sudah tentu keputusan ini akan mengganggu kebebasan pasaran kerana harga
ayam proses akan dikuasai oleh pemegang-pemegang lesen itu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, mengikut pengumuman kerajaan negeri baru-baru
ini, terdapat lebih kurang 170,000 pemohon antara rakyat Johor yang telah
membuat permohonan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor. Tetapi, setakat bulan
Oktober 2017 Cuma 16,010 unit RMMJ yang telah disiapkan. Figure ini, unit-unit yang
telah di siap ini tidak sampai 10% daripada keperluan sebenar. Apakah pendekatan
yang akan diambil oleh kerajaan supaya dapat memenuhi permohonan-
permohonan secara lebih laju.
Saya pernah mengingatkan kerajaan dalam Dewan yang mulia ini sebelum itu
bahawa permintaan Rumah Mampu Milik ini bukan sahaja di kawasan-kawasan
bandar tetapi pembinaan RMMJ di kawasan luar bandar seperti di kawasan-
kawasan Johor Utara juga perlu ditambahkan. Dalam bajet kali ini nampaknya
kerajaan negeri Johor cuma akan membina 576 unit RMMJ di Tangkak, di Segamat
dan Labis. Saya percayalah jumlah yang sedikit ini memang tidak cukup untuk
menampung keperluan rakyat di kawasan Johor Utara. Yang paling
membimbangkan adalah kesemua 576 unit yang dijanjikan ini semua masih dalam
status proses pengambilalihan tanah. Iaitu berapa lama agaknya proses-proses ini
akan selesai? Dan sampai bilakah pemohon dapat memiliki rumah idaman
mereka? Janganlah nanti RMMJ ini jadi Rumah Mampu Mimpi Johor sahaja
terutama kepada rakyat di ketiga-tiga kawasan ini. Selain daripada RMMJ,
kawasan Tangkak juga telah lama menghadapi masalah kekurangan rumah kos
sederhana dan kos rendah. Pemaju-pemaju sekarang memang bijak, mereka selalu
memecahkan bidang tanah yang besar kepada tanah kecil untuk mengelakkan
269
daripada membina rumah-rumah kos rendah. Kerajaan negeri harus menangani
masalah yang sebegini terus berlaku.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, satu lagi perkara yang saya sering bawa ke Dewan
yang mulia ini adalah berkenaan dengan gelanggang bola keranjang dan
kemudahan-kemudahannya di Taman Tangkak Jaya yang telah rosak sejak tahun
2010. Yang Berhormat EXCO semasa menjawab soalan saya pada bulan
September 2015 menyatakan sebuah surat telah dihantarkan ke Pejabat Belia
Daerah untuk tindakan selanjutnya tapi sampai hari ini kerja kerja membaik pulih
masih belum bermula. Masalah banjir juga selalu berlaku di sekitar kawasan Sungai
Tangkak, kawasan yang terjejas termasuk Kampung Seberang Gajah, Kampung
Pengkalan Besar, Kampung Sri Makmur dan juga Kebun Sayur, Kampung Solok
Tangkak masih menghantui penduduk disitu.
YB Speaker : Sila gulung.
YB Encik Ee Chin Li (Tangkak) : Ok. Setiap kali kalau hujan lebat, penduduk-
penduduk di situ berada dalam keadaan kerisauan kerana mungkin akan
menghadapi kerosakan harta benda. Apakah keadaan terkini rancangan tebatan
banjir boleh naik RM3 juta yang telah dijanjikan sebelum ini? Genap sepuluh tahun
daerah Tangkak menjadi sebuah daerah di Johor pada tahun 2018. Daerah
Tangkak memiliki lebih daripada 52,000 penduduk setakat ini dengan
pembangunan tempatan yang semakin pesat, daerah Tangkak masih menghadapi
masalah kelengkapan infrastruktur. Rakan saya Yang Berhormat Gambir dalam
perbahasan beliau telah mengutarakan kelemahan di Hospital Tangkak. Ruang
tanah yang luas di Hospital Tangkak tidak dibangunkan untuk memberi
perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk di daerah ini. Sebuah
memorandum pembangunan telah disampaikan kepada Kementerian Kesihatan
persekutuan dan saya mohon, minta tolonglah daripada Jabatan Kesihatan Negeri
supaya menolong dalam kerja-kerja susulan. Cadangan pembinaan sebuah Pusat
Pentadbiran Daerah Tangkak telah di umum sejak tahun 2012 juga belum nampak
dimulakan. Pejabat-pejabat dan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil
Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Jabatan
Imigresen, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan,
Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya juga perlu
dilengkapkan dalam daerah ini. Apa sebab-sebabnya yang mengakibatkan kerja-
kerja pembinaan pusat pentadbiran baru daerah Tangkak berjalan begitu
perlahan? Akhir sekali Tangkak ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
jutaan terima kasihlah kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dari
peringkat daerah, dari peringkat negeri, di Dewan Negeri Johor juga kerana telah
memberi kerjasama untuk apa tu, untuk bila Tangkak menjalankan tugas sebagai
ADUN selama lima tahun ini. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Tangkak, sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Sedili.
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh (selawat). Terima kasih Tan Sri Speaker kerana diberi
peluang untuk saya berucap dalam penggal terakhir. Di sini saya ingin sedikit
memperbetulkan ucapan daripada Parit Yaani yang mengatakan bahawa
masalah rakyat yang semakin sengsara. Saya nak ambil contoh khasnya di
kawasan Sedili. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di kawasan Sedili sahaja untuk JKM
setakat hari ini RM345,000.00 bantuan kepada orang-orang miskin, bantuan kepada
ibu tunggal, bantuan kepada orang-orang tua, bantuan kepada budak-budak,
anak-anak yatim dan sebagainya. RM345,000.00, adakah rakyat kita sengsara?
270
Yang kedua Tuan Pengerusi, untuk Majlis Agama Islam sahaja untuk Zon Sedili
RM250,000.00. Saya tak cerita lagi tentang nelayan, nelayan pantai dan nelayan
laut, RM300.00 tiap-tiap bulan. Begitu juga kita membina rumah, untuk bantuan
sahaja setiap bulan di kawasan DUN Sedili hampir dekat RM1 juta. Adakah sengsara
rakyat kita? Parit Yaani nak bercakap tu berfikir dulu, kerana apa? Adakah
sengsara? Mana rakyat kita sengsara? Mana rakyat kita yang mati kebuluran?
Untuk dialisis sahaja Tuan Pengerusi dalam daerah Kota Tinggi yang mendaftar di
klinik atau di hospital hampir dekat 8,000 orang. Satu orang pergi ke klinik ambil ubat
RM300.00, berapa juta ringgit satu bulan? Sengsara ke rakyat? Saya tak cerita lagi
rumah, kita buat rumah di kawasan DUN Sedili khas untuk orang miskin 100 biji
melibatkan 17 ekar dengan kos RM17 juta. Itu belum lagi yang buat dekat rumah-
rumah, belakang rumah orang miskin tu. Jadi kena perbetulkan tentang soal
sengsara, sensitif perkataan sengsara itu. Belum ada lagi orang Sedili, orang negeri
Johor yang sengsara.
Yang kedua Tuan Pengerusi, saya nak cerita sikit berkenaan, nak perbetulkan sikit
tentang fakta yang dibentangkan oleh Kempas berkenaan dengan bekalan air SAJ
ke Forest City. Saya nak beritahu setakat hari ini Forest City bayar kepada kerajaan
setakat hari ini dah RM600 juta. RM600 juta dan untuk keseluruhan tu nanti bila siap
je kat Forest City tu dia akan bayar cukai kepada kerajaan tempatan hampir dekat
RM200 juta setahun dan 30% adalah dimiliki oleh orang-orang Johor dan 70%
dikuasai saham dia oleh KPRJ. Forest City dibangunkan semuanya baik infrastruktur
jalan dan sebagainya Forest City keluarkan duit sendiri dan cuma nak minta
bekalan air itu pun bekalan paip disediakan oleh Forest City, takkanlah. Dan untuk
beritahu Tan Sri, satu bulan Forest City bayar bil air RM600,000 sebulan. Ni saya nak
beritahu fakta juga ni, fakta dia kapasiti pengeluaran khasnya di Johor, di Johor
2,059 juta liter air sehari, Johor Bahru sahaja 1,108 juta liter air sehari, pengeluaran
untuk tahun 2017, Johor 1,779 juta liter sehari, Johor Bahru sahaja 998 juta liter sehari,
Forest City hanya 6.3 juta liter padu air sebulan. Jadi saya ingat kena perbetulkan
benda-benda macam ni adakah Forest City tak ada sumbangkan kepada negara
kita, tanah air kita Johor. Forest City banyak menyumbangkan dan bagi pulangan,
tu duit 17% kat KPRJ tu yang buat jalan kat kampung-kampung, buat sekolah
agama, tu duit KPRJ 17%, belum siap buat lagi dah bagi dividen. Jadi saya ingat
kena perbetulkan fakta-fakta yang tak jelas. Tuan Pengerusi, Tan Sri Speaker, saya
sebelum tu saya nak cerita khasnya dalam daerah Kota Tinggi di Pengerang, di
Pengerang pembangunan yang telah berlaku alhamdulillah, nak beritahu
sepertimana sebelum ini beberapa orang di sebelah sana pergi ke Taiwan supaya
jangan melabur. Hari ini untuk RAPID sahaja 115,000 ekar yang tengah kecoh pasal
RAPID ni baru fasa pertama, fasa kedua tak usik lagi, fasa ketiga tak usik lagi, belum
cerita DIALOG tambahan lagi RM18 bilion, tak cerita lagi tentang berkenaan
dengan terbaru Johor Corporation yakni Pengerang Industri Park yang melibatkan
hampir dekat 2,000 ekar, Aramco tak buat lagi lebih kurang RM21 bilion.
Keseluruhan yang dekat RAPID tu hampir dekat RM200,000 bilion kalau siap
keseluruhannya yang pembangkang pergi ke Taiwan, menyatakan pelaburan yang
membazir. Orang Johor tetap makan ikan. Tak da masalah pasal ikan pun, kalau
sebelum ni orang-orang pembangkang kata akan banyak mati dan sebagainya
sampai sekarang macam-macam ikan kita ada. Dugong pun tak mati pun Tan Sri
Speaker. Jadi Tuan Pengerusi, itu peluang pekerjaan dekat RAPID sahaja hampir
dekat 20,000 peluang pekerjaan. Sebab itu Tuan Pengerusi, saya nak cerita ni dekat
cerita pasal Pengerang dulu. Saya nak cerita kat tempat saya Pengerang...
YB Speaker : Tan Sri Speaker.
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) :Tan Sri Speaker, minta maaf. Daripada
Pengerang nak pergi ke Penawar, Penawar Tan Sri Speaker, ni tadi dekat
271
Pengerang tadi ada sebut tadi Wet Waterfront RM100 juta lagi. Bayangkanlah, dan
di Bandar Penawar, rumah yang dah siap, rumah sedang bina, rumah baru
kelulusan baru diluluskan hampir dekat 25,000 biji buah rumah. Saya anak jati orang
Kota Tinggi, saya nak beritahu dekat Penawar, Tuan Pengerusi, PBT Pengerang telah
diwujudkan dalam masa 10 bulan pungutan hasil dah RM80 juta. Dijangkakan dekat
RAPID sahaja akan datang siap keseluruhan cukai akan bayar kepada PBT
Pengerang RM200 juta. Bayangkanlah Tan Sri Speaker, jadi itu belum cerita lagi
yang dekat hotel, kita buat hotel golf dah siap, Hard Rock Cafe ada hotel, ada
taman tema terbesar di Asia, dalam Malaysia ada 4 di Pulau Pinang di Kuala
Lumpur di Melaka dan di Kota Tinggi di Desaru, hotel 6 bintang, 7 bintang, satu
malam USD 800. Tu di Bandar Penawar, belum lagi cukai kepada PBT, itu yang saya
cerita RM200 juta di RAPID . Dan daripada Penawar nak pergi ke Sedili ada
sempadan lebih kurang 4,000 hektar diberi kepada Bio Desaru. Di situ salah satu
daripadanya yang saya dah makan dah Cheese Desaru, pusat tenusu pengeluar
telur satu hari, pengeluar telur, 1 juta biji walaupun Wakil Rakyat yang di sebelah tu
dipanggil diberi penerangan oleh Bio Desaru tapi itu 4,000 hektar saya berhentikan
kat situ. Berbalik semula di peringkat barat sana alhamdulillah, Yang Amat
Berhormat telah membuat lagi, membuat berkenaan dengan Bandar Akademik
YPJ yang harga beratus juta dan yang terbaru Johor Eco Entertainment Park bernilai
RM2.7 bilion, fasa pertama tahun depan akan bermula RM698.7 juta ni kat Kota
Tinggi berlaku ni. Sampai ke bandar-bandar, bandar Kota Tinggi, bandar Kota Tinggi
telah diarahkan dibangunkan oleh pihak Johor Corporation berkenaan dengan
apa tu kawasan bersejarah, Kembara Wangsa bernilai RM60 juta walaupun dia
perlahan, bermakna saya nak cerita berbalik semula di kawasan Sedili.
Sedili Tan Sri Speaker, Sedili sahaja kalau waktu air saya dah banyak kali cerita pasal
air Sedili ni sepatutnya kena memikirkan kat Sedili. Kita ada lebihan RM4 bilion yang
difahamkan oleh Kempas. RM4 bilion, sepatutnya air, di Sedili kalau air tak ada di
satu DUN tak ada air, satu DUN tak ada air. Di Sedili, bila kering sungai-sungai dia
pun kering. Di FELDA-FELDA, saya ada 9 FELDA, gugusan Lok Heng, gugusan Waha
khasnya di FELDA Easter, setiap kali raya setitik air pun tak ada. Saya jadi Wakil
Rakyat ni 10 tahun, 10 tahun saya menjerit pasal air. Tapi tak ada air. Tak guna kita
berjaya, kita negara berkemajuan tapi rakyat tak dapat air. Saya marah, bukan
kerana apa saya pun tak ada masalah kalau saya tak dijadikan wakil rakyat, tapi
isunya ni masalah rakyat, satu DUN tak da air, satu DUN tak ada air. Saya nak
maklumkan ni, air kering, air sungai kering. Orang FELDA bila waktu perayaan tak
pernah jumpa air. Di kawasan DUN Sedili saya minta supaya berkenaan air ni
dititikberatkan. Supaya diambil alhamdulillahlah, dalam masa yang sama
sanctuary berkenaan dengan gajah, fasa kedua, terima kasih EXCO bagi lagi
peruntukan RM3 juta. Ni saya nak beritahu dekat Sedili juga, Pengerang sebelah
utara Sedili berbilion, dekat kota sampai ke Kota Tinggi berbilion, di kawasan timur
sana dekat kawasan Mersing alhamdulillah, dah membangun, kawasan Sedili satu-
satunya.
Tan Sri Speaker, dalam negeri Johor, Muar ke Batu Pahat tak ada pantai yang
menarik. Batu Pahat sampai ke Pontian tak ada pantai yang menarik, Pontian
sampai Gelang Patah tak ada pantai yang menarik, di Johor dah tak ada pantai, di
Pasir Gudang tak ada pantai, di Pengerang dah dijadikan hab industri minyak.
Hanya tinggal di Sedili dan di Mersing. Sedili ni satu-satunya mempunyai pantai dan
bersempadan dengan PBT Pengerang. Antara PBT Pengerang yang mempunyai
pantai terpanjang di Malaysia 145 kilometer. Orang Sedili nelayan, orang Sedili
cuma nak kan apa yang orang bandar rasai, orang kampung pun nak rasai, air,
pantai dibangunkan. Daripada saya belum dilahirkan sampai ke hari ini, Pantai
Jason Bay atau Teluk Mahkota, Tanjung Buluh, dah lama wujud dah, tak ada.
Sungai, antara sungai yang tercantik di bandingkan dengan Melaka, berpuluh kali
272
ganda dengan Melaka yang pendapatan dia satu bulan ratusan ribu, tapi di
kawasan Sedili ada di depan mata.
Tengok Sedili, adakah Sedili ini tak menyumbang kepada kerajaan negeri?
Pantainya, wifi tak ada, Tan Sri, pekan, Sedili Besar tak ada wifi, tak rasa bas, jauh
sekali. Kebetulan EXCO pun dengar bas, bas, di Sedili, hanya di Sedili Besar sahaja
di bawah Majlis Daerah, Sedili Besar je. Bas tak ada, ada dua biji bas. Saya tanya,
saya naik bas, saya tanya driver, pemaju tak ada untung. Kalau bas tu rosak,
kerosakan bagi dua. Driver bas kena bayar, pemilik kena bayar pasal tak ada
untung. Orang Sedili tak dapat rasa untuk naik bas dengan tambang satu, dengan
bayar satu ringgit.
Bayangkanlah, ni bukan saya nak cerita, ini yang kenyataan yang saya kena
ceritakan. Saya dilantik oleh rakyat, oleh rakyat. Ingat, di Sedili pilihan raya, dua
kali pilihan raya, hilang wang pertaruhan, sumbangan kepada rakyat Sedili di ambil
berat. Saya kena berani bercakap, pasal benda ini di bagi peluang untuk di bagi
kepercayaan. Bas tak ada, wifi tak ada, pantai jauh sekali.
Apa lagi? Bas tak ada, rumah PPRT tak pernah wujud. Orang Sedili sebut Rumah
Mampu Milik Johor, sampai sekarang tak ada Rumah Mampu Milik Johor. Kita dah
minta KEJORA, KEJORA dah sediakan 250 ekar, Rumah Mampu Milik Johor tapi
tetap setia dengan Barisan Nasional. Berbanding di sebelah sana, macam-macam
ada. Diambil nama. Terima kasih, kita minta dalam dewan, kita dah dapat tu,
dapat ini. Dapat tu, dapat ini dia kata terima kasih tetap tak ada cakap. Tuhlah
orang tak bersyukur di sebelah sana. Sebab tu muka tak bercahaya. (Dewan
ketawa) Pasal budaya bersyukur, fitnah lagi adalah. Malu. Kalau dulu pergi ke
Taiwan, tambang duit sendiri, bentang, bentangkan kata-kata jangan melabur kat
sana, hari ini salah satu pendapatan negara kasar Malaysia yang dia pakai bayar
gaji, bayar apa tu, duit daripada RAPID tu, tak malu punya muka. Tu lah dia orang
sebelah sana, tuan pengerusi. Pengangkutan bas, rumah, air tak ada, ni apa ni,
Rumah Mampu Milik Johor. Apa lagi ni, saya ni tuan pengerusi pasal, minta maaflah
tuan pengerusi, Tan Sri Speaker, saya bercerita atas faktor di kawasan saya
sebenarnya. Hari-hari saya di kawasan, hari-hari ada di kawasan.
Tanya Majlis Agama Islam, kalau waktu nak raya, kita bawa duit Tan Sri, kita bawa
duit, miskin ke, senang ke miskin? Ni duit fidyah ni tak boleh digunakan, beli rokok
pun haram. Ada fakir miskin dia kata saya miskin, kita bagi, pergi ke rumah-rumah,
pasal semuanya nelayan. Nelayan-nelayan pantai dan nelayan laut dalam,
semuanya bergantung kepada nelayan.
Sebab itu kadang-kadang bila Parit Yaani cakap tu, saya geram je, nasib baik
berjauhan, kalau sebelah saya dapat juga dia tu. Pasal soalnya, jangan tak ada
perasaan bersyukur, ni dah jadi fitnah ni. Kan sembahyang Jumaat je lepas dia
cakap, ni lah fitnah, sengsara. Bayangkan tuan pengerusi, saya nak ulang balik
lagi sekali, rakyat di Sedili, selain dapat bantuan sara hidup RM300.00 tiap-tiap
bulan, kita bagi subsidi, kita lagi bagi anak nak sekolah, bagi BR1M lagi, kalau isteri
dia tak pandai nak tambah pendapatan, kita ada kemahiran, kita bagi mesin jahit
lagi. Rumah dia rosak, kita betulkan lagi, sengsara dia kata.
Tak, nak menang, menanglah dalam pilihan raya tapi jangan fitnah. Jangan fitnah.
Minta maaf lepas ni, minta maaf ni fitnah ni bahaya, bahaya. Fitnah ni bahaya,
lebih dahsyat daripada membunuh. Bukan saya cakap, bukan saya cakap.
Jadi Tan Sri Speaker, saya mengharaplah supaya benda-benda ni. Setiap kali saya
cerita pasal Wifi, orang Sedili nak belajar, budak-budak nak belajar, budak bandar
273
dapat belajar, tengok dekat Internet, soalan-soalan nak dibuat dan sebagainya,
orang Sedili tak pernah jumpa. Wifi tak pernah jumpa, nak main game jauh sekali.
Bayangkan bas, saya dah masuk tengoklah bas, lagi teruk bas dia yang seperti
ada, jadi EXCO ambil perhatian. Bas, bas saya nak minta bas. Bertahun-tahun saya
minta bas, bas. Bayangkanlah saya nak minta bas, jadi isunya Tan Sri, saya kali,
saya mintalah pasal pengundi saya, rakyat di Sedili dia tengok apa yang berlaku
dekat Pengerang, bilion, bilion. Kerana di Bayu Desaru yang 4,000 hektar itu yang
dibangunkan difahamkan adalah 60% dah dibangunkan sebenarnya tu kawasan
Sedili. Kawasan Sedili. Pembangunan tu di sebelah Sedili, Sedili jadi penonton.
Jadi Tan Sri Speaker, saya takut cakap lebih, tak elok, tapi saya rasa saya dah
menyuarakan hasrat hati rakyat Sedili, yang ada dalam Dewan ini dengar baik-
baik. Kita pegang jawatan adalah amanah daripada Allah, tapi kena pastikan
benda tu bagi kerana doa orang teraniaya, doa orang miskin, makbul. Jangan kita
dapat kifarah nanti, dalam seronokkan kita nak bangunkan negara berjaya tetapi
kita terlepas pandang kerana di Sedili adalah kubu kuat Barisan Nasional. Kubu,
kubu juga, besok anai-anai dah makan, tumbang pokok tu nanti.
Ni terpaksa saya cakap, terpaksa cakap, kalau saya tak cakap siapa yang nak
berani cakap dalam Dewan ni. Penghulu nak cakap kena pindah. Pegawai-
pegawai nak cakap kena pindah. Ni lah satu-satunya yang boleh bercakap
kerana apa, kerana saya nak mempertahankan hak saya, sebab tu saya marah,
jangan cakap bersembarangan, cakap dengan realiti, cakap satu macam kat
Tangkak cakap satu, saya dapat whatsapp, dapat whatsapp, ada orang India,
pergi ke pejabat pun tak ada, jarang ada kat kawasan, tapi kalau cakap kat sini
bergegar-gegar cakapnya, macam tin kosong, cakap.
Tu sahaja tuan pengerusi, saya sekali lagi memohon ampun dan maaf seandainya
kata-kata saya ada menyinggung semua pihak kerana saya kena zahirkan.
Mungkin saya dah tak duduk dalam Dewan ini lagi akan datang. Kan. Saya rasa
cukup, tapi yang penting ingat kata-kata saya. Jadikan azimat kepada kita seluruh
warga Johor, jangan pinggirkan sesuatu tempat kerana tempat itu dalam keadaan
selesa.
Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, yang buruk itu datangnya daripada
ilmu dan pengalaman yang ada pada diri saya sendiri. Saya sudahi dengan
assalamualaikum warahmaturrallahi wabarakatuh.
YB Speaker : Waalaikumsalam waramatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Sedili. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tanjung Surat.
YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam
Maufakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Tanjung Surat ingin
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri, kerana memberi
peluang kepada Tanjung Surat mengambil bahagian dalam perbahasan bajet
2018 untuk negeri Johor.
Tanjung Surat juga ingin merafakkan junjungan tahniah kepada ke bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena
Ulang tahun Keputeraan Baginda ke-59 pada 22 November 2017 yang lalu.
Setinggi-tinggi tahniah dari Tanjung Surat juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tengku
Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana pasukan JDT telah
memenangi Piala Malaysia pada tahun ini. Tanpa usaha gigih baginda dengan
274
mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit, kemenangan berprestij ini tidak
mungkin tercapai.
Bajet 2018 yang mempunyai masa melebihi dua jam setengah untuk dibentangkan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menggariskan Pelan Pembangunan 10
tahun yang akan datang, yang akan menaikkan kedudukan ekonomi Johor dan
taraf hidup rakyat Johor. Bajet yang mempunyai 153 titik sentuhan ini, termasuk
melibatkan beberapa titik sentuhan yang berkaitan dengan kawasan yang pesat
membangun yakni Pengerang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, salah satu inisiatif terbesar kerajaan ialah komitmen
berterusan kerajaan menyediakan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat Johor.
Rumah-rumah ini amat penting bagi kita rakyat Malaysia untuk memilikinya.
Mungkin di negara lain tidak penting. Ada saya tahu, ada negara yang mereka
yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak perlu untuk memiliki rumah,
mereka sewa rumah sewa PBT sampai mati. Sampai televisyen di rumah mereka
pun mereka sewa.
Tapi lain dengan rakyat kita, kerana kita ini satu bangsa yang memandang rumah
ini satu tempat yang penting untuk kita miliki. Maklumlah rumah ya, selain daripada
untuk kita berkeluarga duduk, rumah kalau kita eja jawi ya, رومه, rumah,
singkatannya rehat waktu malam hari. Sebab itu rumah ini penting untuk kita
khususnya di negeri Johor ini.
Seperti yang dibentangkan dalam bajet, 40,000 unit lagi akan ditambah kepada
Rumah Mampu Milik Johor ini yang telah ditambah kepada yang 60 ribu unit yang
sedang dibina sekarang. Yang 60,000 ini akan siap tahun 2020 dan 40,000
dijadualkan tahun 2023. Selain daripada itu, dalam bajet ini memperkenalkan Skim
Rumah Transit untuk pasangan suami isteri muda, mulai tahun depan. Mereka boleh
menyewa rumah ini sebagai rumah pertama sementara sebelum mereka memiliki
rumah yang kekal. Jadi, masalah rumah ini atau isu rumah ini akan berterusan
selagi kita hidup di dunia ini.
Kalau kita lihat, Skim Perumahan, kita ada Rumah Mampu Milik Johor, kita ada
Rumah Penjawat Awam 1 Malaysia, kita ada PRISMA, Perumahan Rakyat 1
Malaysia, PRISMA, kita ada Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, kita ada Rumah Mesra
Rakyat daripada ni Johor sendiri, rumah mesra rakyat Johor dan macam-macam
rancangan perumahan untuk membantu khususnya yang berpendapatan
sederhana dan pendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Tapi semua ini, rumah-rumah ini tidak bermakna kalau pembeli sasaran ataupun
mereka yang kita harap dapat membeli atau memiliki rumah-rumah ini tidak dapat
dibantu. Kita harap rancangan kerajaan ini tidak terbantut kerana sistem
penyampaian yang lemah. Kita harap semua pihak seperti agensi-agensi kerajaan
terlibat dengan perumahan, pemaju-pemaju, bank-bank dan lain-lain pihak, harus
memikul tanggungjawab ini dengan sejujur-jujurnya.
Banyak masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli, belum boleh kata
pembelilah, dia belum dapat loan. Pemohon-pemohon nak beli rumah,
masalahnya, masalah kelulusan bank. Itulah yang paling ketara sekali. Bank-bank
komersil kita faham mengikut garis panduan Bank Negara, kadang-kadang dia
lebih keras, lebih apa, ialah lebih keras daripada garis panduan bank itu sehingga
ramai daripada pemohon yang tidak dapat kelulusan bank komersil.
275
Tapi ini tidak melemahkan Kerajaan Negeri Johor. Kita telah adakan Skim bersama
dengan AmBank Islamic, di mana kerajaan negeri meletakkan RM100 juta kepada
AmBank untuk disimpan sebagai persetujuan, Ambank akan memberikan
kemudahan pinjaman sehingga RM300 juta rolling fund, dengan izin, iaitu modal
pusingan. Ini khusus untuk orang yang dah ditolak oleh bank komersil. Orang-orang
ini kebanyakannya tidak mempunyai penyata gaji, mereka tidak mempunyai
penyata gaji tapi mereka peniaga dan sebagainya, nelayan tapi mereka mampu
bayar. Tapi tak lulus bank komersil kerana mereka tidak ada penyata gaji, tidak
ada slip KWSP dan sebagainya. Jadi inilah penyelamat yang diusahakan oleh
kerajaan negeri Johor.
Tuan-tuan dan puan-puan bayaran setakat RM400.00 ke bawah ini tak ada
masalah untuk orang yang peniaga dan nelayan untuk bayar. Kalau kawasan saya
dapat satu udang kara, satu ekor saja, saya pernah pergi ke pantai mereka balik
daripada laut saya tanya berapa banyak dapat ini hari, dapat seekor saja udang
kara. Saya tanya berapa ringgit jual? RM50.00 lebih. Semalam saya dapat tujuh
ekor YB. Bayangkanlah, memang pada saya mereka boleh bayar. Tapi, AmBank
Islamic ini pun boleh saya katakan slow atau perlahan, terhegeh-hegeh untuk
membantu mereka-mereka ini. Ada satu kes, orang ini dia ada syaratnya satu,
AmBank ini mereka tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana bank, itu saja syarat.
Tapi ada beberapa kes yang saya tahu, mereka dah dapat, mereka tidak
mempunyai penyata gaji tapi mereka memang berkemampuan. Tapi pihak bank
yang pertama ini mempunyai hanya loan kereta saja, pinjaman kereta saja, yang
tidak pernah tertunggak, tapi tunggu punya tunggu akhirnya jawapan dengan izin,
decline. Jadi kalau orang yang rekod cantik pun kita tak lulus, apa yang AmBank
buat ini? Ada satu kes lagi yang tak ada hutang langsung. Mungkin dia penyewa
rumah, dan ada motosikal satu, tapi dia berniaga, tak lulus juga. Jikalau macam
inilah, dengan usaha kerajaan negeri mengadakan pembiayaan AmBank Islamic,
begitu lambat, rasa saya skim pembiayaan ini tidak akan sampai mencapai
matlamatnya. Saya ingin tahulah berapakah sekarang setakat ini, setakat
diperkenalkan pembiayaan AmBank Islamic ini, berapa pemohon yang telah
diluluskan? Saya ingin tahu. Kerana saya yakin tak ramai. Jadi, saya berharap
pihak bank harus bersama-sama membantu kerajaan untuk mencapai hasrat untuk
lebih ramai rakyat negeri Johor mempunyai rumah sendiri.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pembangunan perumahan di sekitar Pengerang
khususnya dari Penawar hingga ke Sungai Rengit, ke Punggai, ke kawasan Taman
Bayu Damai dan sekitarnya, banyak projek yang sedang dilaksanakan untuk
memenuhi permintaan perumahan di kawasan Pengerang. Maklumlah kawasan
sedang membangun begitu pesat. Kalau saya kira-kira tadi, melebihi RM140 bilion
pelaburan di Pengerang termasuk projek Desaru Coast dengan DIALOG nya,
Petronas nya, begini besar punya pembangunan, begitulah pembangunan
infrastruktur dan pembangunan perumahan untuk memberi tempat tinggal atau
menyediakan tempat tinggal kepada rakyat di sana harus disediakan. Apabila
banyak pembangunan perumahan, lepas itu kita ada pula pembangunan industri
yang hampir 2,000 oleh JCorp dan macam-macam lagi, saya bimbang, bekalan air
tidak mencukupi. Tapi, saya seorang rasa lega sikit bila dalam bajet ini loji yang
membekalkan air terbanyak di dalam kawasan Pengerang, Loji Sungai Lebam akan
dibesarkan dengan perbelanjaan RM38 juta. Sekarang loji ini mengeluarkan 12
mgd (million gallon per day) dengan izin. Dengan RM38 juta ini kita akan dapat
menambah 6 juta lagi masalah mungkin masalah bekalan air terawat tidak
mencukupi dalam masa beberapa tahun ini tapi adakah sistem agihannya
distribution nya, dengan izin telah sedia untuk membekalkan kepada tempat-
tempat atau pembangunan-pembangunan yang saya sebutkan tadi. Saya
bimbang setiap kali ada satu pembangunan di sana, kita kenakan dia syarat untuk
276
mengambil bekalan air sambungan daripada sesuatu paip ataupun daripada satu
tangki dan sebagainya. Kalau banyak pembangunan nanti banyaklah paip tepi
jalan itu. Jadi saya mencadangkan supaya satu kajian menyeluruh tentang
keperluan air di Pengerang ini hendaklah dibuat.
Selain daripada air begitu juga dengan tenaga elektrik. Saya harap TNB dapat
membantu, TNB ni slow, kalau kat Pengerang ni slow, minta maaf saya cakap. Saya
harap supaya masalah macam ini, masalah jangan rumah dah siap elektrik tak
ada. Tak dapat dibekalkan. Adakala IWK pun macam-macam kerenah. Kadang-
kadang rumah dah siap, lepas itu ada syarat baru pula. Ini semua kita tak nak
dengar. Kalau kita serius untuk membantu perumahan rakyat, perkara-perkara ini
hendaklah dirancang dengan rapi. Saya ada satu projek bersama KEJORA nak
bina perkampungan nelayan di Punggai. Dengar-dengar, faham-faham sajalah,
pembangunan nelayan, peruntukan banyak mana sangat. Saya dengar-dengar
akan diminta sambung paip daripada Desaru lebih kurang 15 kilometer kot. Dan
harganya, kosnya dijangka RM15 juta.
Tan Sri Speaker, kalau RM15 jutalah kita nak keluar untuk paip air daripada Desaru
untuk perkampungan nelayan ini, rasa saya, saya terpaksa minta KEJORA fikir dua
kalilah sama ada nak teruskan projek ini atau tidak. Jadi perancangan paip
ataupun bekalan air perancangan TNB ataupun tenaga, IWK punya kehendak dan
semuanya mestilah diselaraskan dan dirancang dengan sebaik mungkin. Kita tidak
mahu perkara yang kata orang, rumah dah siap, pahat berbunyi.
Tan Sri Speaker, saya ingin menyentuh sikit Projek Petronas. Sebagai mukadimah
projek ini saya difahamkan telah melebihi 81% dan dijangka siap suku pertama
tahun 2019. Pada 24 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor
telah mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan Loji Kojana dan
Terminal Regasifikasi, Kompleks Bersepadu Pengerang. Loji penapis di Pengerang ini
untuk makluman bila siap akan menapis 300,000 tong minyak mentah sehari. Ini tiga
kali ganda daripada Kerteh yang hanya 100,000 tong sehari. Apa yang saya
ceritakan ini cuma saya nak pesongkan sikit. Bila fasa operasi siap nanti, 2019 ke
atas, Petronas memerlukan pekerja-pekerja tetap yang akan menjalankan loji
penapis ini. Saya diberitahu, sekitar 2,500 pekerja tetap dan mungkin sebahagian
daripadanya adalah pekerja-pekerja lama Petronas yang ada sekarang mungkin
yang ada di loji tempat lain dan selebihnya sekitar 1,000 hingga 1,500 adalah
pekerja baru yang akan diambil. Sekarang Petronas sedang membuat ataupun
menerima permohonan online untuk mengisi jawatan-jawatan ini. Saya minta
kerjasama Petronas supaya rakyat tempatan khususnya daerah Pengerang dan
Kota Tinggi amnya seluruh negeri Johor diberi keutamaan untuk mengisi jawatan, itu
permintaan saya. Ini tanah Johor. Berilah Johor keutamaan. Sekurang-kurangnya
saya minta 30%, sekurang-kurangnya kalau lebih lagi bagus, begitu juga peluang-
peluang perniagaan, bukan sahaja di Petronas, begitu juga di Projek Terminal
Pengerang iaitu yang diusahakan oleh DIALOG. Jadi ini pun memerlukan
tambahan pekerja bila dia siap nanti. Begitu juga peluang-peluang pekerjaan dan
perniagaan. Hendaklah, selain daripada pekerjaan, perniagaan juga hendaklah
diberi keutamaan kepada rakyat Johor. Saya harap pihak JPDC dapat melihat
perkara ini. Menyelaras dan memantau supaya ramai di antara pekerja di DIALOG
dan di RAPID ataupun PIC ini, Pengerang Intergrated Complex, dengan izin,
diberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan khususnya
di daerah Kota Tinggi amnya seluruh negeri Johor.
Selain dari itu, saya ingin menyentuh pelancongan. Di kawasan saya di DUN
Tanjung Surat pun ada pantai-pantai yang cantik, mungkin tak sepanjang di Sedili,
kita ada baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merasmikan Lotus
277
Beach Resort di Tanjung Sepang, di kawasan saya dan beberapa lagi projek di situ
dan termasuk dengan Desaru Coast dan kawasan-kawasan pembangunan
sekitarnya. Desaru Coast ini seperti disebut tadi 3,900 ekar, yang telah siap golf
course sahaja. Ada Aman Resorts and Villas, ada Hotel The Westin, Desaru Coast
Convention Centre, Hard Rock Hotel, Adventure Water Park, Desaru Coast River Site.
Apa yang diharapkan oleh saya tempat-tempat atau hotel-hotel pelancongan ini
yang menarik pelancong supaya rakyat tempatan diberi keutamaan. Kalau tak
ada rakyat Johor, kasi rakyat Malaysia, jangan bawa rakyat luar negara. Saya tak
nak tengok front door, receptionist dari negara lain. Saya harap ini akan diambil
berat. Sia-sia sahaja kita buat projek begitu mega, begitu besar tapi dipenuhi
dengan pekerja-pekerja luar negara seperti dari Filipina, dari negara India dan
sebagainya.
YB Speaker : Tanjung Surat, sila gulung.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Jadi saya harap perkara
ini dapat diberi keutamaan. Kita tak hendak, kita pun biasa melawat luar negara
kalau kita pergi Bali ada ke orang bangsa lain, receptionist hotel? Tak ada. Jadi
apa pasal kita nak buat kasi peluang kat dia orang. Kita mesti utamakan rakyat
tempatan. Untuk makluman juga di Pengerang ini banyak projek infrastruktur untuk
menyokong industri minyak dan gas, melebihi RM2 bilion kosnya tapi malangnya
semuanya lewat. Melainkan satu saja iaitu Kompleks LKIM Sungai Musuh yang lain
semua lewat. Jalan daripada Bandar Penawar ke Sungai Rengit dua lorong
kepada empat lorong patut siap 30 Julai tak siap-siap sampai sekarang. Baru ini
budak umur 32 tahun belum kahwin, accident, mati. Begitu juga Senai-Desaru
daripada simpang Cahaya Baru hingga ke Penawar dua lorong, masih dua lorong,
saya dengar dah lulus dah buat kepada empat lorong. Saya harap cepatkanlah
sebelum ramai orang mati. Baru-baru ini orang kawasan saya, pasangan atau pun
suami isteri pasangan muda bertiga dengan anak, tiga orang dalam satu kereta
terlibat dalam kemalangan, mak bapak mati tinggal anak seorang yang umur dua
tahun. Berapa lagilah kes yang macam ini nak berlaku? Saya harap tindakan untuk
membaiki ataupun mencepatkan projek-projek ini hendahkah disegerakan.
YB Speaker : Sila berhenti Yang Berhormat.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Sikit sahaja lagi. Akhirnya...
YB Speaker : Masa dah cukup. Masa dah terlebih pun.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Ok. Bangunan di
Pengerang khususnya di kawasan berhampiran Punggai saya minta di situ ada 300
unit rumah PPR, ada 500 unit rumah perkhidmatan awam, ada 200 lebih unit rumah
Eno-City yang berhampiran. Fikir-fikirkanlah di mana budak-budak, anak-anak yang
duduk di rumah ni nanti nak bersekolah. Sekolah agama, sekolah kebangsaan,
tabika, kemudahan-kemudahan awam. Saya harap pihak yang berwajib
tengokkan perkara ini. Akhir sekali, saya nak minta bank-bank ni, kita sentuh bank
lagi. Tuan-tuan dan puan-puan ataupun Tan Sri Speaker...
YB Speaker : Tak ada tuan tuan, puan puan, Yang Berhormat...
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Ahli-Ahli Yang Berhormat.
YB Speaker : Kat sini tak ada tuan-tuan,puan- puan. Tak ada...
278
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Baik Tan Sri Speaker, saya
patuh. Di Sungai Rengit ada Maybank, kalau siapa pernah ke sana dia punya
queue, perbarisan nak guna ATM tu ada 3 ATM tapi queue nya sampai ke jalan
raya. Ada orang ambillah gambar hantar kat saya. YB sampai bila nak macam ni?
Saya dah bincang dengan bank, manager bank, tolonglah, pindahkanlah ke
kawasan ataupun bangunan yang lebih besar dan kalau tidak tambahkan ATM,
saya harap itulah adakan banyak lagi bank yang akan datang di kawasan
Pengerang, di Penawar dan di kawasan Sungai Rengit dan juga kalau itu lambat,
ATM diperbanyakkan supaya untuk memberi kemudahan kepada penyimpan-
penyimpan, supaya tidak berebut dengan pekerja-pekerja asing mengeluarkan
duit atau membuat transaksi di bank...
YB Speaker : Cukup Yang Berhormat...
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Kepada penjawat-
penjawat awam...
YB Speaker : Yang Berhormat...
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Saya bersetuju sangat...
YB Speaker : Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat...
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Ok. Sebagai penutup...
YB Speaker : Masa dah lebih...
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Kepada penjawat awam,
saya setuju sangat dalam bajet tadi ya dapat sumbangan ataupun setengah bulan
gaji dan paling rendah RM1,500.00 saya sangat setuju kerana banyak kakitangan
kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan khususnya di Pengerang banyak membantu
saya pada 5 tahun yang lepas. Jadi, akhirnya sekali lagi saya mengucapkan terima
kasih kepada Speaker memberi peluang kepada saya berucap lebih masa pula tu.
Saya dengan ini menyokong Kukup.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Surat. Sekarang saya persilakan
Pengkalan Rinting.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Terima kasih Tan Sri Speaker, terima
kasih kepada Dewan yang mulia ini, kerana memberi peluang Pengkalan Rinting
untuk mengambil bahagian dalam perbahasan sesi Bajet ini. Terlebih dahulu,
Pengkalan Rinting ingin merafak sembah tahniah kepada Sultan Johor Sultan
Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sempena Hari Keputeraan Baginda. Tahniah juga
kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di mana telah dinaikkan taraf sebagai
bandar raya. Dan, tahniah juga kepada pasukan JDT kita yang memenangi Piala
Malaysia tahun ini. Tapi dalam Dewan yang mulia ini, saya juga ingin mengambil
perhatian kepada sukan tradisi kita iaitu kalau boleh sepak takraw juga boleh
dibangunkan. Kalau tak silap saya pada era 80-an, 90-an kita Johor memang terror
dalam sukan ni, tapi sekarang nampaknya tak ada lagi ataupun tak ambil
perhatian dalam sukan ini juga.
Jadi, saya terus dengan ulasan saya pasal kita, bila saya telitikan kertas-kertas
mesyuarat yang diberikan kepada kita. Ada beberapa kekeliruan yang saya ingin
minta penjelasan daripada Dewan yang mulia ini. Jadi, nombor satu kalau kita
bandingkan dengan sesi bajet tahun lepas kita ada 13 Penyata Kewangan PBT
279
semasa yang telah dibentangkan pada sesi bajet tahun lepas, tapi kali ini cuma
ada 7 Penyata Kewangan Semasa PBT dibentangkan. Jadi, saya ingin mengetahui
mengapa berlaku sebegini?
Yang kedua bila saya semak dalam buku Bajet 2018, maksud bekalan perkara B.26
Muzium Diraja Abu Bakar objek sebagai 11000 gaji dan upahan anggaran untuk
tahun 2018 adalah jumlah RM1,319,000.00, tapi bila kita bandingkan dengan buku
penjawat yang terbaru yang menyatakan terdapat 17 bilangan penjawat. Jadi,
saya tambahkan semua gaji maksimum yang dinyatakan mengikut kod gaji SSM
masing-masing dan didarabkan dengan 12 bulan, jumlah yang saya peroleh ialah
RM904,812.00. Jadi, dalam hal ini menunjukkan anggaran 2018 ini telah melebih
anggar sebanyak RM414,188.00 iaitu 45% lebih dan ini telah mengelirukan. Jadi,
ikutkan fahaman kita, gaji telah ditetapkan mengikut tangga gaji SSM. Jadi, saya
ingin tahu mengapa anggaran lebih 40% dari jumlah gaji tahunan maksimum ini
berlaku. Itu saya gunakan gaji maksimum sepatutnya gaji maksimum ni lebih tinggi
daripada anggaran yang sedia ada. Jadi Yang Berhormat...
YB Speakar : Yang Berhormat Pengkalan Rinting.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Ya saya...
YB Speaker : Sila duduk dahulu. Yang Berhormat Pengkalan Rinting boleh sambung
ucapan selepas kita berehat. Yang Berhormat saya tangguhkan Persidangan ini 20
minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 3:30 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 3:50 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Ahli-
Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula, silakan Pengkalan Rinting.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Terima kasih Dato’ Speaker, kerana
diberi peluang berucap dalam dua sesi. Jadi, saya teruskan. Yang berhormat Dato’
Speaker, saya amat kecewa dengan jawapan yang diberi oleh Menteri Besar
semalam berkenaan dengan apabila saya bertanya berkenaan platform internet
dengan Ekspo Berkemajuan Negeri Johor. Jadi, katanya tujuan ekspo ini adalah
menunjukkan ketelusan, keterbukaan, kepercayaan dan saluran untuk menerima
kritikan serta menggalakkan penggunaan teknologi terkini. Dan, rata-rata kita tahu
internet, platform internet ini boleh menyediakan ruang yang lebih luas dan lebih
berkesan bukan sahaja dari publisiti malahan untuk berinteraksi antara satu sama
lain. Jadi, dengan menyediakan platform internet ini contohnya website ataupun
blog untuk ekspo ini, dia akan lebih menepati tujuan ekspo tersebut dengan lebih
berkesan. Ini pendapat saya. Jadi, yang saya tahu facebook page yang sedia ada
ini cuma ada 12,000 like dengan izin, dan kita tahu kebanyakan ekspo-ekspo yang
diadakan oleh syarikat-syarikat swasta pun dia ada platform internet khas yang
tersendiri, takkanlah sebagai kerajaan kita tak boleh menyediakan platform internet
ini. Dan, katakan ekspo yang sebesar ini dibuat lima tahun sekali sahaja, jadi takkan
lah tak boleh sediakan.
Lanjutan daripada itu, maklumat-maklumat dari kerajaan ini merupakan maklumat
awam yang merupakan kepentingan rakyat kita. Jadi, melalui teknologi digital ini
unsur-unsur ketelusan, keterbukaan boleh senang dipraktikkan jadi di sini saya ingin
280
mengetahui pula Dewan yang mulia ini, boleh menyediakan dokumen-dokumen
seperti handshot, seperti soalan-soalan berbentuk digital dan dipaparkan dekat
platform internet seperti yang dilakukan dekat Parlimen.
Yang Berhormat Dato’ SpeAker, saya juga ingin mengambil perhatian Dewan yang
mulia ini, berkenaan dengan ikutkan statistik M-Bike, 100,000 penunggang motosikal
yang ulang alik Johor-Singapura yang merupakan golongan membawa duit balik
ke negeri kita ini. Tetapi baru-baru ini, beberapa bulan ini sering berlaku
kemalangan jalan raya terutamanya dekat Second Link, jadi saya pun buatlah
sedikit survey, soal selidik dekat kawasan saya. So, rata-rata pengundi saya adalah
bekerja dekat Singapura. Jadi, bila kita bertanya mengapa memilih ulang alik
dengan motosikal hampir kesemua responden, dia memberitahu bahawa senang,
kita mudah kita membawa motosikal ke mana pun boleh, tetapi ada 60%
responden menjawab sebab kekurangan bilangan perjalanan bas dalam waktu
tertentu untuk masuk ke Singapura. Dan, yang menarik saya ialah sebenarnya dia
beritahu bahawa kalau kita guna motosikal itu lebih murah daripada kita menaiki
bas untuk keluar masuk di Singapura. Ada yang sampai boleh memiliki motosikal
sendiri kalau dia bandingkan dengan tambang bas bulanan itu.
Jadi, di sini kalaulah kita nak mengurangkan risiko kemalangan jalan raya motosikal
ini. Secara jangka panjang memang kita cadangkan untuk membuat lorong
motosikal khas untuk motosikal. Tapi untuk jangka masa pendek ini itu, terutama
dekat Second Link itu kita mintak lah lorong motor sementara waktu dengan kon
untuk mengasingkan motosikal dengan kenderaan berat, sebab barangkali
kemalangan berlaku bila kenderaan nak selit ke kiri ke kanan dan motosikal pula
dia pula ambil peluang selit ke kiri dan ke kanan dan berlakulah kemalangan kalau
di orang tak sempat brek. Dan, waktu yang sama cadangan sayalah untuk
larangkan kenderaan berat mungkin 15 tan ke atas pada waktu siang, sibuk, siang
terutama siang, pukul 5:00 pagi sehingga pukul 5:00 pagi untuk mengurangkan risiko
ini.
Dan yang ketiga, kita juga cadangkan supaya bilangan perjalanan bas lebih,
lebihkan perjalanan antara Johor dengan Singapura. Contohnya dari Bukit Indah
dalam kawasan saya ke Tuas Interchange dekat Singapura, sebab Tuas dekat
kawasan melalui soal selidik saya ramai yang sebenarnya kerja dekat kawasan Tuas
atau berdekatan dengan situ.
Ok, masuk pula isu-isu tempatan. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya
saya ingin menyentuh pasal SRI Johor Bahru memandangkan sekolah itu dia terletak
dalam Lingkungan Persiaran Muafakat yang baru-baru diperkenalkan. Tambahan
situ, kawasan situ adalah sekolah kebangsaan sekolah, kebangsaan jenis Cina,
dengan adanya sekolah agama Islam dekat situ, saya rasa dia boleh menunjukkan
kepelbagaian masyarakat kita dekat situ, dan mampu memberi peluang generasi
muda bermuafakat dekat situ. Jadi, saya minta supaya SRI JB ini, yang telah
menyediakan pendidikan Islam kepada warga kota Johor Bahru ini dikekalkan di
tempat asal walaupun kita faham kontrak sewa telah pun ditamatkan tetapi
memandangkan sekolah tersebut didirikan atas dana-dana orang awam. Dan, ini
adalah usaha orang untuk mengekalkan pendidikan tersebut, pendidikan Islam di
kawasan itu. Jadi, berilah sedikit masa ataupun carilah cara lain untuk membantu
dalam menyelesaikan masalah sekolah rendah ini.
Dan, lanjutan pasal sekolah juga, kita tahu ada pengumuman bahawa sekolah
Cina, satu sekolah Cina baru akan dibina dekat Taman Bukit Indah jadi ramai
penduduk mula bertanya mana tempat dia. Dan, di sini saya minta kalau boleh
281
pihak kerajaan umumkan manakah tanah yang diberi untuk pembinaan sekolah
Cina tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita nak berurusan ataupun kita pandu kereta
nak berurusan dekat sekitar MBJB tu, bangunan MBJB, sama ada ke MBJB terus
ataupun ke pejabat pos ataupun ke mahkamah, kita memang susah nak cari
tempat untuk meletak kereta. Jadi, sebenarnya saya juga mengambil kesempatan
ini untuk menyampaikan penghargaan saya kepada MBJB di mana dah mula start
operasi untuk membanteras ulat-ulat parking di kawasan sekitar situ, tapi bila tak
ada penguat kuasa sahaja, ulat parking itu pun masih lagi dia timbul, dia masih lagi
wujud. Tak kiralah siang ke malam, biasanya kita ingat malam, tapi sekarang siang
pun masih kita nampak lagi.
Jadi balik kepada kekurangan tempat letak kereta dekat bangunan di sekitar
bangunan MBJB tu. Adalah pengadu, dia beritahu saya, dia cakap, dia nak pergi
hantar pos laju dekat pejabat pos itu, tapi dia pun pusing, tapi pusing, pusing,
pusing dia pun masih tidak dapat lagi tempat untuk parking.
Jadi dia pun park lah dekat bahu jalan, tapi bila balik dekat kereta itu, dapatlah
saman. Tapi saya beritahu, memanglah kamu park kereta dekat bahu jalan itu
memang melanggar undang-undang, kena saman, memanglah kena saman. Tapi
dia terus balas dengan cepat, dia cakap, apa yang saya tak puas hati ialah ada
tempat kereta kosong dekat depan MBJB, bangunan Majlis depan ada tempat
kosong, tapi dia letak kon. Bukankah mereka dah ada tempat letak parking dekat
belakang bangunan MBJB?
Jadi, apa yang saya lihat pertuturan saya dengan pengadu itu, sebenarnya ramai
yang datang berurusan dekat, sama ada dekat mahkamah ke dekat MBJB ke
majlis, pos, Pejabat Pos ke ialah pelanggan kita. Dan kalau mereka berurusan
dengan lebih cepat, kan kita lebih senang mendapat bayaran dengan cepat dan
kita boleh mengaut dengan cepat, mengaut untung dengan lebih cepat.
Jadi, saya berminta dalam isu tempat letak kereta dalam sekitar kawasan
bangunan MBJB ini supaya seimbanglah, kita pun tahu staf itu dia nak kerja. Tapi
pada waktu yang sama memang ada permintaan tinggi yang ingin berurusan
dekat MBJB tu perlukan parking dan ada kalanya urusan mereka pun sekejap
sahaja bukannya lama sangat. Jadi mungkin kita nak cari jalan untuk buat lebih
parking ke dan juga dekat sini sebab sebelum ini bangunan JOTIC yang sebelah
dekat MBJB itu dibuka pada orang awam. Jadi dekat sini, saya mengambil
kesempatan untuk mintalah kalau boleh tempat letak parking dekat JOTIC tu
dibuka semula kepada orang awam untuk meredakan keadaan sekarang dahulu.
Jadi, di sini saya juga ingin tahu apa keadaan dekat tempat letak kereta waterfront
yang sebelum ini dikatakan menyediakan lebih 300 tempat letak kereta setakat ini.
YB Timbalan Speaker : Pengkalan Rinting sila gulung.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting ) Ok boleh. Yang Berhormat Dato’
Speaker, hampir setiap kali saya berucap, satu isu saya mesti ucap ialah banjir kilat.
Sampai sekarang banjir kilat masih lagi berlaku dekat kawasan dalam Pengkalan
Rinting. Tapi kali ini saya spesifik sikit sebab ialah kawasan yang paling serius iaitu
dekat sekitar Jalan Sukun, Kampung Pasir dan Kampung Seri Jaya dan Jalan Skudai,
hadapan dengan Kipmart.
282
Sebenarnya, apabila hujan lebat turun, hujan lebat turun dan air pasang tinggi, air
pasang tinggi, kawasan, ketiga-tiga kawasan ini bakal mengalami banjir kilat.
Sebab apa yang kita dapati, bila saja Kipmart itu banjir, seterusnya akan sampai
pula di Kampung Seri Jaya dan seterusnya dekat Kampung Pasir, Jalan Sukun
kawasan sekitar Jalan Sukun.
Jadi saya tahu, saya tahu sekarang ini ada pengorekan ataupun mengorekkan
dalam parit dekat kawasan tersebut, tapi adakah kajian-kajian yang spesifik untuk
menyelesaikan masalah banjir kilat ini dalam daerah Johor Bahru diadakan, sebab
kalau diteruskan begini kita pun rasanya tak baiklah, yang kena pun penduduk.
Dan mereka sudah biasa sampaikan mendirikan pintu masuk mereka dengan batu-
batu yang tinggi.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam setiap bajet kita akan menyatakan
berkenaan dengan alam sekitar. Memang kita tahu untuk menepati masa dia
sebab sekarang dunia telah mengalami perubahan iklim drastik di mana ada yang
katakan kita akan mengalami 2 Celsius peningkatan suhu sebanyak 2 Celsius suhu
global ini. Dan, walaupun setiap kali bajet adalah berkatakan berkenaan dengan
alam sekitar ini, tapi saya masih kesal lagi berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan yang telah merosakkan alam sekitar ini terutamanya penambakan laut
dekat kawasan Johor ini.
Kita bimbang, sebab ikutkan ada simulasi daripada NASA. NASA itu dekat Space
agensi dekat Amerika Syarikat itu mengatakan kalau suhu terus meningkat dan
persisiran pantai, bandar-bandar akan mengalami banjir dan ditutupi oleh air.
Salah satu kawasan yang akan dikena ialah Johor Bahru sendiri.
Jadi saya rasa kita kena ambil perhatian yang lebih untuk menjaga alam sekitar
supaya bila benda ini berlaku kita boleh membuat sesuatu lagi dan sebelum saya
mengakhiri ucapan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada semua jabatan kerajaan yang telah bekerjasama untuk,
semasa perkhidmatan saya sebagai ADUN untuk membantu menyelesaikan
masalah-masalah dalam kawasan dan saya juga ingin mengucapkan
penghargaan dan terima kasih kepada staf-staf Dewan, staf-staf Jurutulis dan
Dewan yang tungkus-lumus menjayakan persidangan Dewan selama ini. Sekian
sahaja daripada Pengkalan Rinting.
YB Timbalan Speaker : Ok, terima kasih Pengkalan Rinting. Kita teruskan
perbahasan. Silakan Pekan Nenas.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Selamat Sejahtera Yang Berhormat Dato’
Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan sekalian. Pertama sekali, Pekan Nenas
merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,
Sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Saya juga
mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian
dalam Perbahasan Bajet 2018 negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut Ucapan Bajet Menteri Besar, negeri Johor
akan memasuki dekad baharu. Salah satu dekad baharu Johor adalah dekad hijau
dan lestari di mana lebih banyak pokok akan ditanam, lebih banyak kawasan
hutan dipelihara dan dipulihara. Ini merupakan suatu cita-cita yang baik dan saya
menyambut baik dengan dekad hijau dan lestari negeri Johor.
283
Malah Pekan Nenas mendapati bahawa perancangan pembangunan di negeri
Johor jelasnya bertindihan dengan matlamat tersebut. Menurut Rancangan
Tempatan Daerah Pontian 2002 sehingga 2015, blok perancangan kecil 30.6
Chokoh persisiran pantai di sekitar Chokoh adalah terdiri daripada rizab hutan paya
laut dengan jumlah keluasan 193.93 hektar.
Malah Draf Rancangan Daerah Pontian yang terkini, saya dapati sebahagian besar
rizab hutan paya laut di kawasan Chokoh telah ditukar kegunaan tanahnya
kepada perindustrian berat. Ini bermakna beratus-ratus hektar hutan paya bakau
akan dimusnahkan untuk pembinaan perindustrian berat di kawasan tersebut.
Saya nak tanya, adakah ini bersesuaian dengan Johor memasuki dekad hijau dan
lestari? Siapa yang merosakkan Dekad Hijau Dan Lestari Negeri Johor? Adakah ini
salah DAP lagi? Adakah ini Pembangkang yang pergi menebang dan
memusnahkan hutan paya bakau di kawasan tersebut supaya dekad hijau dan
lestari negeri Johor tidak akan dicapai? Bukan, pemusnahan hutan paya bakau
yang bertentang dengan dekad hijau dan lestari ini berlaku disebabkan tindakan
kerajaan sendiri tidak mengikut apa dasar yang telah diuar-uarkan kepada orang
awam.
Ucapan bajet menyatakan lebih banyak pokok akan ditanam, lebih banyak
kawasan hutan akan dipulihara dan dipelihara. Saya nak tanya, di kawasan mana,
berapakah keluasan kawasannya? Saya berharap Menteri Besar dapat
menyenaraikan jumlah keluasan pokok yang akan ditanam oleh kerajaan dan
jumlah keluasan hutan rizab yang akan dimusnahkan atas nama pembangunan.
Jika kita buat pembandingan jumlah keluasan yang dimusnahkan berbanding
dengan jumlah keluasan hutan yang akan ditanam semula, kita boleh faham
adakah kerajaan berhasrat mewujudkan pembangunan lestari secara ikhlas.
Janganlah meneriak-neriak apabila menanam beberapa pokok tetapi menjadi bisu
apabila telah memusnahkan beratus-ratus hektar hutan paya bakau. Pekan Nenas
bukanlah membantah sebarang pembangunan atau kewujudan kawasan
perindustrian di negeri Johor tetapi pembangunan perindustrian khasnya industri
berat perlu dirancang di kawasan lebih sesuai dan munasabah. Kenapa kerajaan
tidak mencari tapak yang lain tetapi berniat memusnahkan hutan paya bakau
yang sedia ada untuk perindustrian berat? Adakah ini cara kerajaan menjana
pendapatan cepat dengan menjual tanah-tanah di hutan paya bakau?
Bagi pandangan saya, adalah tidak wajar kerajaan merancang dan meluluskan
kegiatan perindustrian berat di kawasan hutan paya bakau yang memainkan
peranan penting di sistem ekologi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan ada pelbagai pelan dan rancangan yang
dilihatnya cantik dan holistik. Tapi pelan dan rancangannya selalunya macam
lukisan biskut dalam kertas. Nampaknya elok tapi langsung tak boleh makan.
Dalam Pelan Pertumbuhan Strategi Johor setiap daerah di Johor akan
dibangunkan mengikut kekuatan setempat dan lapangan kebitaraannya.
Titik berat daerah Pontian dalam Pelan Pertumbuhan Strategi Johor adalah
perikanan dan eko-pelancongan, bukannya perindustrian berat. Malah banyak
hutan paya bakau di sungai Pulai, telah dimusnahkan menjadi tapak perindustrian
berat. Lebih kurang 1,000 hektar hutan paya bakau di kawasan Tanjung Bin telah
dimusnahkan untuk kegunaan perindustrian berat. Malah kerajaan masih
meluluskan penambakan laut seluas 1,411 hektar untuk menjalankan Projek Pusat
Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim. Sejak akhir-akhir ini, datanglah lagi
284
rancangan memusnahkan hutan paya bakau yang sedia ada di kawasan Chokoh
untuk perindustrian berat.
Saya nak tanya, adakah kekuatan setempatan dan lapangan kebitaraan daerah
Pontian telah ditukar kepada perindustrian berat dan industry oil and gas? Jika
tidak, kenapa kawasan Tanjung Bin perlu menjalankan penambakan secara besar-
besaran dan memusnahkan hutan paya bakau sekali-kali demi pembangunan
berat. Sekali lagi ini membuktikan kerajaan Johor selalunya cakap tak serupa bikin.
Kalau kerajaan membuat perancangan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor
tetapi sendiri tidak mengikut dan melanggarkannya macam mana rakyat boleh
percaya kepada perancangan kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hutan paya bakau adalah amat penting dalam
ekosistem dan merupakan tempat pembiakan bagi hidupan laut. Di samping itu,
hutan paya bakau yang kaya dengan pelbagai fauna dan flora juga merupakan
daya tarikan yang besar kepada ekopelancongan, kalau kerajaan meletakkan
hala tuju pembangunan daerah Pontian sebagai ekopelancongan dan perikanan
maka kerajaan Johor harus memfokuskan usahanya dalam memelihara dan
memulihara hutan paya bakau di daerah Pontian. Bukannya selalu
memusnahkannya di atas nama pembangunan.
Negara kita hanya ada 6 Tapak RAMSAR iaitu Tapak RAMSAR Pulau Kukup, Sungai
Pulai, Tanjung Piai, Tasik Bera, Kuching Wetland Nasional Park, dan Lower
Kinabatangan Semanggar Wetland. Kita akan mendapati bahawa 3 daripada 6
tapak RAMSAR di Malaysia terletak di daerah Pontian. Ini merupakan keunikan
daerah Pontian yang tidak dapat digantikan oleh mana-mana tempat lain. Sebab
itu, kerajaan meletakkan Lapangan Kebitaraan daerah Pontian sebagai
ekopelancongan adalah betul dan rasional. Masalahnya hanyalah jangan selalu
cakap tak serupa bikin. Menjaga alam sekitar dengan baik merupakan langkah
yang paling asas untuk menarik pelancong yang mencintai alam sekitar dalam
usaha menjayakan kegiatan ekopelancongan di daerah Pontian.
Malah Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim hanya berjarak 900 meter
daripada Taman Negara Tanjung Piai dan dalam DEIA Report telah mencatatkan
pelaksanaan Projek Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim akan membawa
kesan negatif yang significant dan tidak dapat dipulihkan dengan markah Negatif
D kepada Taman Negara Tanjung Piai. Daya tarikan destinasi Taman Negara
Tanjung Piai amat bergantung kepada seaview terhadap Selat Johor akan
dihalang dengan serius oleh projek ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pencinta alam mengkunjungi penghujung benua
Asia di Taman Negara Tanjung Piai, mereka hendak menghayati pandangan
seaview yang luas di Selat Johor. Bukannya datang tengok Boiler Stick yang
setinggi 28 meter ataupun tangki penyimpanan minyak yang setinggi 16 meter
sehingga 23 meter. Di samping itu, hutan paya bakau juga merupakan habitat dan
tempat pembiakan bagi sumber laut, memelihara dan memulihara hutan paya
bakau yang sedia ada adalah penting untuk memastikan sumber laut di kawasan
perairan daerah Pontian banyak dan berterusan. Kegiatan perindustrian berat
akan merosakkan usaha menjayakan daerah Pontian sebagai pusat eko
pelancongan dan perikanan. Sebab itu saya sekali lagi menyeru kerajaan mengkaji
kesesuaian untuk menumpukan kegiatan perindustrian berat di kawasan Tanjung
Bin dan Tanjung Piai sama ada dengan cara penambakan laut atau memusnahkan
hutan paya bakau.
285
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pekan Nenas sekali lagi menyatakan keraguan
terhadap pelaksanaan pusat, Projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman
Maritim di Tanjung Piai, dalam DEIA Report telah menyatakan mengakui terdapat
risiko bahawa pembangunan yang meningkat di kawasan sekeliling Sungai Pulai
akan membawa risiko dan memberi kesan kepada kawasan hutan bakau dan juga
kawasan tanah besar dan penduduk setempat di sekeliling Tanjung Piai. Saya juga
memetik daripada DEIA Report yang menyatakan dari segi kepentingan ekonomi,
sekiranya projek ini tidak dilaksanakan adalah ditafsirkan sebanyak RM12.2 bilion.
Foreign Direct Invesment akan hilang, dengan jelasnya kita telah anggaran
kedatangan FDI, Foreign Direct Investment berbilion-bilion ini merupakan asas
pelaksanaan projek ini.
Menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia iaitu MO1 pada 12 Mac 2013,
Abu Dhabi akan membina kemudahan penyimpanan minyak mentah dan
petroleum berharga RM21 bilion di luar pantai Tanjung Piai dan Abu Dhabi telah
memeterai satu perkongsian dengan 1Malaysia Strategic Oil Terminal untuk
bersama mendirikan kemudahan penyimpanan minyak mentah dan petroleum di
atas sebidang tanah seluas 1,000 ekar yang akan di tebus guna di luar pantai
Tanjung Piai. Hari ini, penambakan telah dijalankan, pasir sudah dicampak ke
dalam periuk nasi nelayan. Semua bubur telah menjadi nasi, saya nak tanyalah
dalam Dewan yang Mulia ini di mana datangnya FDI yang berkali-kali disebut oleh
kerajaan Barisan Nasional.
YB Timbalan Speaker : Bubur siapa YB?
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Ya.
YB Timbalan Speaker : Bubur siapa jadi nasi?
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Eh. Nasi sudah jadi bubur. Terbalik. (Dewan
ketawa) Ya. Ok. Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ayam bertelur satu, riuh
sekampung, tapi kerajaan Barisan Nasional ini, ayam belum bertelur sudah riuh
seluruh dunia. Hari ini Abu Dhabi sudah tidak datang melabur Projek Pusat
Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim, tidak ada FDI daripada Abu Dhabi
sebaliknya kerajaan Barisan Nasional terpaksa membayar USD1.2 bilion kepada
syarikat kerajaan Abu Dhabi IPIC akibat kes Mahkamah Timbang Tara berkaitan
dengan skandal IMDB.
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, sila duduk. (Berhenti sebentar kerana
menghormati laungan azan).
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Habis? Oh.
YB Timbalan Speaker : Sila Pekan Nenas sambung dan terus gulung.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ada
4 soalan untuk mega Projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim.
Pertama, menurut Bursa Annoucement Syarikat Benelec pada 11 Jun 2015, MOU
jual beli tanah sebanyak 1,000 ekar antara Benelec - The State Secretariat Johor
Incorporate SSI dan Pembeli 1Malaysia Strategic Oil Terminal gagal ditandatangani
dan perjanjian tersebut telah ditamatkan pada tarikh tersebut. Pihak-pihak yang
terlibat telah menangguhkan perjanjian tersebut sebanyak 9 kali sejak 12 Mac 2013.
1Malaysia Strategic Oil Terminal sebagai pembeli telah digugurkan syarikat pada 22
Disember 2015. Dengan penamatan MOU iaitu Memorandum Of Understanding
dan keguguran syarikat 1Malaysia Strategic Oil Terminal, siapa pembeli tanah
286
penambakkan dan pelabur untuk projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman
Maritim sejak akhir-akhir ini?
Kedua, menurut Bursa Annoucement Syarikat Benelec pada 18 Ogos 2016, MOU
Benelec dengan Celcon Engineering Berhad untuk menyediakan infrastruktur
bekalan air dan waste water management gagal ditandatangani dan ditamatkan
selepas beberapa kali penangguhan sejak 27 Ogos 2015. Dengan penamatan
MOU Benelec dengan Celcon Engineering Berhad, siapa yang akan
bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur bekalan air dan waste
water treatment untuk projek Pusat Petroleum Bersepadu dan Taman Maritim?
Ketiga, menurut Bursa Annoucement Syarikat Benelec pada 28 Oktober 2016, MOU
Benelec dengan Pespect Sdn Bhd untuk menyediakan infrastruktur bekalan elektrik
juga gagal ditandatangani dan ditamatkan selepas beberapa penangguhan
menandatangani perjanjian MOU sejak 27 Ogos 2015. Dengan penamatan MOU
perjanjian Benelec dengan Perspect Sdn Bhd siapa yang akan bertanggungjawab
menyediakan kemudahan infrastruktur bekalan elektrik untuk projek Pusat Petroleum
Bersepadu dan Taman Maritim?
Memandangkan ketiga-tiga MOU yang melibatkan jual beli tanah, penyediaan
infrastruktur bekalan air dan elektrik semua gagal ditandatangani. Saya berasa
khuatir terhadap perkembangan projek tersebut dan adakah projek ini akan
menjadi projek gagah putih di perairan tanjung Piai. Yang Berhormat Dato’
Speaker.
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, sila duduk. Habis dah. Bagi chance kawan-
kawan lain untuk berbahas.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Menurut kajian. Akhir sekali, saya lompat 2
topik. Saya masuk topik akhir. Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut
kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center yang dijalankan ke atas 1,203
pengundi, kita mendapati 72% pengundi meletakkan isu-isu ekonomi sebagai
perkara yang paling membimbangkan mereka. 29% responden menyatakan
mereka tidak ada simpanan wang walaupun RM500.00 untuk menghadapi
keadaan kecemasan. 15 responden tidak makan untuk menjimat duit dan 40%
responden mengaku menangguh atau tidak mampu membayar bil utiliti. Ini
menunjukkan ramai rakyat Malaysia hidup dalam kesengsaraan akibat kenaikan kos
sara hidup yang melambung tinggi.
Oleh itu, bantuan kerajaan untuk meringankan beban hidup golongan miskin
adalah amat penting. Kalau kita imbas kembali bajet negeri Johor yang lepas,
Menteri Besar pernah mengumumkan Program Air Percuma sebanyak 25 meter
padu kepada 5,000 penduduk dan melibatkan perbelanjaan RM3 juta tetapi dalam
Bajet 2018 tawaran Program Air Percuma telah lesap dalam Bajet 2018. Saya
hendak tanya macam mana tentang keadaan pelaksanaan 25 meter padu
Program Air Percuma kepada sasaran 5,000 penerima pada tahun 2017. Adakah
sasaran 5,000 penerima berjaya dicapai dan apa sebabnya program ini tidak
disenaraikan dalam Bajet 2018?
YB Timbalan Speaker : Ok
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Saya menyeru kerajaan meneruskan...
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas ok.
287
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Ye saya cepat sikit. Program bantuan air
kepada rakyat Johor dalam Bajet 2018. Saya faham kerajaan Johor tidak berupaya
mencontohi kerajaan Selangor yang membekalkan air percuma kepada semua
rakyat sebab keupayaan Johor jauh ketinggalan jika berbanding dengan kerajaan
Selangor, tapi saya ingin mengingatkan kerajaan Johor bahawa menawarkan
Program Air Percuma kepada golongan miskin perlu dipandang sebagai satu
kewajiban kerajaan untuk meringankan beban rakyat Johor. Ini adalah disebabkan
kegagalan kerajaan Johor dalam pengurusan bekalan air menyebabkan rakyat
Johor terpaksa menanggung bayaran air yang paling mahal di seluruh Malaysia.
Oleh itu, sekiranya negeri Johor masih mencatat rekod tarif air yang paling tinggi di
seluruh Malaysia. Maka kerajaan Johor berkewajiban meneruskan Program
Bantuan Air Percuma kerana program ini juga merupakan satu pampasan kerajaan
kepada rakyat akibat kegagalan kerajaan dalam dasar penswastaan bekalan air.
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, duduk. Pekan Nenas, duduk.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Bangsa Johor. Dan akhir sekali, saya ada
sikit, saya telah mengemukakan soalan kepada EXCO Perumahan, saya memohon
menyatakan kapasiti muatan Tapak Pelupusan Sanitary Seelong dan tempoh hayat
penggunaannya jika terus digunakan untuk melupuskan sampah daripada
kawasan MBJB, MBJBT, MPKu, MDP DAN MDKT pada masa depan. Malah, Datuk
EXCO menjawab sebegini, dia menyatakan sehingga 30 September 2017, sebanyak
112,742 premis, telah diperiksa melibatkan 1,335 buah taman, serta sebanyak 30
notis pemberitahuan kesalahan dan 9 kompaun telah berjaya dikeluarkan kepada
pemilik. Masalah yang timbul adalah, saya tanya iaitu jangka masa hayat untuk
tapak pelupusan Seelong, tetapi jawapan yang didapati, adalah tiada kaitan
dengan soalan saya. Sebab itu, saya memohon.
YB Timbalan Speaker : Dah faham Yang Berhormat.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Mengambil kesempatan untuk menjawab
kesempatan untuk menjawab
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, sila gulung.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Soalan saya A179. Dalam masa…
YB Timbalan Speaker : Pekan Nenas, degil eh?
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : ucapan secara profesional. Sekian, terima
kasih.
YB Timbalan Speaker : Ikutlah peraturan. Ahli-Ahli yang lain nak berucap juga. Sila
Jementah.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Dato’ Speaker. Selamat
petang, salam sejahtera kepada semua Ahli Yang Berhormat dan juga semua
penjawat awam yang hadir Mesyuarat Sidang Dewan Negeri hari ini. Terlebih
dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana
mengizinkan Jementah mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2018.
YB Timbalan Speaker : Laju sikit. Pasal Pekan Nenas dah ambil masa.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : … yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar pada minggu yang lalu. Dato’ Speaker, menurut kajian
288
Sumber Air Negeri Johor 2010 hingga 2060, unjuran permintaan air negeri Johor
akan mencapai tahap 3,595 juta liter sehari pada tahun 2050. Dengan kepesatan
pembangunan yang mendatangkan penambahan penduduk khususnya di
kawasan Iskandar Malaysia, kajian berkenaan dengan bekalan sumber air, adalah
tidak mencukupi khususnya di Sungai Johor. Salah satu sungai yang paling utama
membekalkan sumber air mentah di negeri kita, mengalami defisit bekalan air
mentah sebanyak 667 juta liter sehari.
Dato’ Speaker, keadaan bekalan sumber air yang tidak mencukupi semakin
mencabar. Dengan taburan purata hujan tahunan yang tidak menentu apabila
berlakunya kemarau panjang seperti El-Nino, yang pernah berlaku di negara kita,
pencemaran ke atas bekalan sumber air mentah, perubahan guna tanah dan
perubahan iklim global yang drastik.
Dato’ Speaker, bekalan sumber air mentah yang tidak mencukupi menyebabkan
kapasiti storage air di empangan atau kawasan tadahan air tidak dapat
menampung permintaan bekalan air loji rawatan air dan ini menyebabkan loji
rawatan air henti tugas, dan apa ni mengakibatkan jatuhan air dan membawa
banyak kesulitan kepada kehidupan seharian nelayan.
Dato’ Speaker, justeru itu, menerokai alternatif bekalan sumber air selaras dengan
dasar sumber air negara, adalah penting untuk mempastikan sumber air yang
mencukupi, apabila bekalannya terjejas atau berkurangan. Usaha-usaha seperti
pembinaan empangan baru, pemuliharaan empangan yang sedia ada,
penyaluran air sungai ke empangan dan khususnya yang paling penting adalah
pewartaan kawasan tadahan air ini, sebenarnya Jementah telah bangkitkan
banyak kali dalam Dewan yang mulia ini, dan harap Yang Amat Berhormat EXCO
apa ni mempercepatkan prosesnya untuk mengurangkan apa ni pencemaran,
membersihkan air-air, apa ni sungai-sungai, air-air sungai yang tercemar, dan
sebenarnya semua ini perlu dipergiatkan lagi bagi mempastikan bekalan sumber air
mentah yang mencukupi.
Dato’ Speaker, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 Negeri Johor,
kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menjalankan
kajian untuk menerokai alternatif bekalan sumber air mentah dan pembinaan
telaga. Maka, Jementah ingin mengetahui apakah hasil kajian tersebut? Dan, saya
berharap kajian ini dapat dibentangkan ke Dewan Negeri ini, kalau boleh. Dan,
kalau sekiranya tidak boleh, memaklumkan hasil-hasil apa daripada kajian tersebut
supaya semua Ahli Dewan dapat dimaklumkan berkenaan dengan kerja-kerja atau
hasil daripada kajian tersebut.
Dato’ Speaker, purata tahunan, purata taburan air hujan tahunan di negara kita
adalah lebih kurang 3,000 milimeter. Air hujan adalah sumber semulajadi, dan harus
digunakan dengan sebaik-baiknya. Justeru itu, sistem penuaian air hujan atau
dengan izin raining haversting system yang telah diperkenankan pada tahun 2012 di
negara kita, dengan Pindaan Undang-Undang Bangunan 1984, harus diberi
perhatian yang secukupnya. Memang air hujan yang tidak terawat adalah tidak
boleh dijadikan air minuman, tetapi ia boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti
penggunaan air seharian seperti mencuci kereta, lantai, tandas atau menyiram
pokok-pokok bunga seperti tadi, Yang Berhormat apa ni Stulang pun ada
menyatakan perkara ini. Raining harversting system. Ini sangat penting ni sebab
menurut water wash spanning, sistem ini yang dipasang, sebenarnya sudah ada
jabatan, bangunan jabatan ada buat tapi di Selangorlah, di Jabatan Pengairan
dan Saliran di Jalan Ampang, Selangor telah memasang sistem ini dan apa yang
mereka dapati ialah sebenarnya bil air boleh dijimat sebanyak 70%, dan ini
289
merupakan satu sistem yang boleh dikerjakan, diusahakan. Dan, masalah
berkenaan dengan sistem ini ialah kos dia yang sangat tinggi. Kos pemasangan
yang sangat tinggi dan kadang kala perlu ubah suai bangunan untuk
menyesuaikan sistem, apa ni penuaian hujan ini dan saya berpendapat bahawa
kerajaan harus apa ni memberi insentif kepada pengguna-pengguna atau
pembekal-pembekal sistem ini supaya sistem ini dapat di apa ni, dipromosikan di
kalangan rakyat, dan kalau boleh di jabatan-jabatan kerajaan, untuk apa ni
menjimatkan kegunaan air.
Tan Sri Speaker, baru-baru ini Jementah juga menerima banyak maklum balas
daripada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit yang mengadu, menghadapi
masalah menuai buah kelapa sawit mengikut jadual yang ditetapkan kerana
kekurangan tenaga pekerja. Pekebun-pekebun ini memaklumkan bahawa buah
kelapa sawit selalu dituai 2 kali sebulan. Tetapi, sejak kebelakangan ini ia hanya
dapat dituai sekali sebulan. Bahkan, ada yang mengatakan tidak dapat menuai
langsung. Dalam masa lebih daripada sebulan dan ini telah menjejaskan
pendapatan mereka.
Dato’ Speaker, kerja penuaian adalah dijalankan oleh pekerja-pekerja asing.
Jementah pernah menanya kepada pekebun-pekebun, mengapa tidak cuba
mengupah pekerja-pekerja tempatan dan dimaklumkan bahawa agak susah untuk
mengupah pekerja-pekerja tempatan untuk kerja itu.
Dato’ Speker, sebab utama tenaga pekerja asing Indonesia yang berpengalaman
semakin berkurangan adalah kerana mereka tidak datang ke negara kita selepas
mereka balik ke negara asal mereka. Sebab sekarang di, sebenarnya di Indonesia
ni sekarang mereka sedang mempergiatkan lagi usaha untuk menanam lebih lagi,
banyak lagi apa ni kelapa sawit, dan sana memang ada permintaan yang tinggi
dari segi tenaga kerja. Maka mereka tidak balik ke negara kita lagi.
Sebab yang kedua, ialah kos pengupahan pekerja asing yang semakin meningkat.
Saya dimaklumkan, kos upahan telah meningkat daripada lebih kurang 2,500
hingga sekarang ialah lebih kurang 4,000 atau 5,000 pada masa ini. Tambahan
pengeluar-pengeluar perlu melalui proses pengupahan agak complicated dengan
pendek kata banyak red tape Banyak red tape dalam apa ni dalam pengurusan
Kementerian Kerajaan yang berkaitan dengan permohonan permit-permit untuk
memasukkan tenaga kerja asing. Dan, saya dimaklumkan bahawa ada sesetengah
pihak, mereka perlu pergi ke sana untuk menghantar dokumen-dokumen
permohonan, dan saya difahamkan ada 3 syarikat swasta telah dilantik oleh
kerajaan untuk menjalankan kerja ini. Dan ini telah menambah kos pengupahan
kepada mereka yang apa ni mengambil pekerja-pekerja asing. Persoalannya ialah,
mengapa penjawat-penjawat awam tidak boleh menjalankan kerja ini? Dan dia
perlu di out source oleh syarikat-syarikat swasta. Sebenarnya penjawat-penjawat
awam kita memang sudah canggih atau familiar dengan kerja-kerja semua
pengurusan ini kenapa harus di out source kepada syarikat-syarikat swasta? Dan, ini
masalahnya. Dan ini juga menambah kos pengupahan.
Dato’ Speaker, menurut data daripada UPEN tahun 2015, di negeri Johor hanya
ada 60% tanah ditanami dengan kelapa sawit. Dan, kalau saya menyangka saya
nampak ini, kalau masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin, ia akan memberi
kesan negatif yang agak besar kepada pembangunan ekonomi negara dan negeri
kita dan juga kepada pendapatan pekebun-pekebun. Dan, saya harap apa ni
kerajaan negeri boleh memainkan peranan. Kalau boleh saya cadangkan, sebab
mengambil pekerja daripada apa ni luar negara, kadang kala pengupah-
pengupah perlu pergi ke KL, selalu. Mereka ulang alik berapa kalilah, untuk
290
mengambil, kadang-kala satu dua pekerja sahaja. Dan, ini memang kos yang
sangat tinggi. Saya mencadangkan kerajaan negeri kalau boleh berbincang
dengan Kerajaan Persekutuan, supaya kita boleh menubuhkan satu macam One
Stop Centre di Negeri Johor. Kita pun nampak One Stop Center ini di macam PBT-
PBT, ada One Stop Center. Tapi kalau kerja macam ini, kalau boleh dipermudahkan.
Kalau kita boleh ada One Stop Center, untuk memudahkan apa ni pengupah-
pengupah mengambil pekerja asing.
Tan Sri Speaker, sekarang saya beralih kepada masalah berkenaan dengan
hartanah, di mana kita baru-baru ini Laporan Bank Negara Malaysia telah
melaporkan ada keseimbangan yang amat serius di antara penawaran dengan
permintaan hartanah di Negara kita. Dan, sehingga suku pertama 2017, ada
sebanyak 130,690 unit hartanah kediaman tidak terjual, dan ini adalah dua kali
ganda berbanding dengan purata 72,000 unit di antara tahun 2004 hingga 2016.
Dan, daripada peratusan hartanah tersebut, ada 83% hartanah kediaman yang
tidak terjual adalah hartanah yang berharga lebih daripada RM250,000.00 dan 61%
adalah hartanah apartment bertingkat tinggi di mana 89% daripadanya adalah
berharga lebih daripada RM250,000.00. Tambahan, Laporan BNN juga melaporkan
bahawa 1/3 hartanah office, tidak akan didiami menjelang tahun 2021.
Dato’ Speaker, ini disebabkan 2 faktor miss expectation atau kita katakan
ketidaksepadanan. Yang pertamanya, ialah kerana penawaran dengan
permintaan harga hartanah yang dilancarkan. Yang kedua, ialah kemampuan
pendapatan isi rumah berbanding dengan kenaikan harga hartanah. Sebagai
contoh, di antara tahun 2016 hingga suku pertama 2017, sebanyak 21% hartanah
kediaman yang dilancarkan adalah di bawah harga RM250,000.00 tetapi,
permintaannya adalah sebanyak 35%. Dan, satu contoh lagi, penawaran harga
tanah kediaman di antara harga RM250,000.00 hingga RM500,000.00 adalah
sebanyak 50%, tetapi permintaannya hanya 42.3%. Dan, ini memang ada satu
ketidaksepadanan yang agak tinggi. Sebab, apa ni penawaran RM250k punya,
dengan permintaan tak selaras. Agak ada beza yang agak besarlah. Dan, satu lagi
perkara ialah kerana pendapatan isi rumah. Harga media hartanah sekarang
adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada media pendapatan isi rumah setahun,
pada tahun 2016. Ini bermaksud, harga hartanah telah melonjak sangat tinggi. Dan,
harga apa ni pendapatan isi rumah amat tidak boleh kejarlah, tak boleh kejar itu
apa ni kenaikan harga hartanah. Ini sebabnya, kita nampak ketidakseimbangan di
antara penawaran dengan apa ini permintaan, yang begitu ketara. Sebab itu saya
ingin apa ni, memohon kerajaan negeri supaya mengambil tindakan dalam masa
yang secepat mungkin ini, supaya isu ini tidak apa ni berpanjangan dan ya sebab
kita tahu sektor hartanah ini dia merupakan satu sektor yang menyumbang agak
besar kepada pembangunan negara. Kalau dia terjejas dia mungkin akan
membawa banyak masalah kepada mungkin pengangguran sebab dalam sektor
ini ada lebih kurang, lebih kurang apa ni, 100,000 lebih daripada pekerja dalam
sektor ini di negara kita. Dan, kita harus apa ni menangani perkara ini dengan
secepat mungkin dan harap kerajaan negeri boleh memberi satu jawapan yang
apa ni, memikirkan macam mana menyelesaikan masalah ini, bukan secara apa ni
jangka masa pendek saja tetapi untuk satu jangka masa yang panjang. Macam
mana kita nak menguruskan perkara ini. Ini mesti ditangani dengan secepat
mungkin.
Dato’ Speaker. Yang, isu yang seterusnya ialah saya ingin membangkitkan isu
berkenaan Kem Segamat lah, Kem Tentera Segamat di kawasan saya dan juga
sebenarnya di bawah kawasan Parlimen Segamat lah. Dato’ Speaker menurut
Rang Daftar pemilih Tambahan Suku Ketiga 2017 yang dipamerkan seramai 1,051
anggota tentera telah didaftarkan di lokaliti Batu, di lokaliti yang baru iaitu Kem
291
Segamat, di mana kem tersebut untuk makluman Dewan yang mulia ini, masih
dalam proses pembinaan. Menurut papan notis yang dipamerkan di hadapan kem
itu, tarikh persiapan untuk pembinaan kem itu adalah pada 16 April 2018. Masih
ada lebih kurang setengah tahun lagi baru kem itu siap. Tetapi Dato’ Speaker, kem
yang belum siap ini sudah didaftarkan anggota-anggota tentera adalah satu kerja
yang tidak bertanggungjawab sebab...
YB Timbalan Speaker : Dia ada dalam hutan tu. Dalam hutan keliling situ dia ada.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Apa dia? Ya, Dato’ Speaker apa? Ya sebab
kem tersebut belum siap dibina dan sememangnya dia belum dapat apa ni, Sijil
Perakuan Siap Dan Pematuhan, CCC pun belum dapat. Ini kita semua tahu, kalau
satu rumah belum dapat atau kita katakan CF lah. Belum dapat CF boleh tinggal
orang ke? Tak boleh. Maka ini sebenarnya merupakan satu isu yang apa ni, yang
kita nampak sangat desparate lah daripada sesetengah pihak yang cuba apa ni
memanipulasikan sistem pilihan raya. Tidak seharusnya berlaku. Kalau kem ini
sudah siap bina, daftar anggota tentera masuk ke dalam kem ini tidak akan ada
orang bantah. Tak ada. Tidak akan ada orang bantah.
Hari ini Timbalan Menteri, Kementerian Pertahanan juga telah mengakui bahawa
kem ini belum siap dibina di Parlimen hari ini, kenyataan beliau di Parlimen hari ini.
Dan, saya tidak tahu kenapa ini boleh dijadikan dan saya nampak perkara ini
sangat serius. Kalau perkara ini boleh dilakukan sebagai satu precedent
bermaksud, pada masa akan datang mungkin ada juga tempat-tempat yang lain
boleh berlaku, ini sangat tidak adil Dato’ Speaker. Dan, saya nampak memang
ada segelintir orang dia takut lah kalau di pilihan raya akan datang khususnya di
kawasan Parlimen Segamat dan DUN Jementah, DUN Jementah terima kasih
kepada rakyat Jementah yang memilih kita, memilih saya masuk dalam apa ni
dewan yang mulia ini, tetapi Parlimen hanya kalah lebih kurang 1,200 sahaja. Dan,
ini kita nampak ialah satu manipulasi sistem pilihan raya dan kita berharap pihak-
pihak tertentu berhenti lah dan menarik balik semua apa ni anggota-anggota
tentera yang telah didaftar ini. Sebab tidak adil juga kepada anggota-anggota
tentera, mereka di daftar di satu tempat yang belum siap dibina. Keselamatan
mereka siapa nak jaga, kebajikan mereka macam mana. Ini tak adil, Dato’
Speaker, Jementah menghormati anggota-anggota tentera yang banyak berjasa
dalam mempertahankan keselamatan negara kita, mereka yang banyak
berkorban untuk keselamatan negara kita dan mereka tidak harus dilayan sebegini.
Dato’ Speaker,
YB Timbalan Speaker : Jementah boleh gulung sekarang.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Apa dia.
YB Timbalan Speaker : Sila gulung.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ya, Dato’ Speaker, sebenarnya ini ialah isu
terakhir yang saya ingin bangkitkan. Jementah ingin apa ni mengucapkan ribuan
terima kasih lah kepada semua pihak khususnya kepada ketua-ketua jabatan,
kerajaan semua penjawat awam yang dalam masa 5 tahun Jementah
menjalankan tugas, cuba apa ni bekerjasama walaupun kadang kala ada sedikit
perselisihan atau pandangan berlainan tetapi secara keseluruhan masih boleh apa
ni bekerjasama lah untuk menyelesaikan.
YB Timbalan Speaker : Tak ada janji eh. Tak ada janji apa-apa?
292
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Apa dia.
YB Timbalan Speaker : Janji apa-apa tak ada?
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Janji tak boleh lah. Jangan sesuka janji. Kita
realistik sikit lah. Jangan sesuka janji tapi kalau kita berusaha lah sedaya upaya kita
untuk memenuhi apa ni hasrat rakyat, memenuhi apa ni kehendak rakyat. Ini kita
cuba sedaya upaya dan sama ada Jementah boleh masuk lagi ke Dewan negeri
ini juga terpulang lah kepada rakyat untuk menentukan. Dan, terima kasih juga
kepada semua penjawat-penjawat awam di Pejabat Jurutulis yang selama ini
bekerjasama, kadang kala mereka menghantar dokumen kepada kita, bukan satu
kerja yang senang tau.
YB Timbalan Speaker : Ada bagi durian.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Memandu 2 jam ke tempat kita, untuk cuba
nak hantar dokumen kepada kita. Dan, kita mengucapkan, saya mengucapkan
terima kasih dan tidak terlepas juga kepada Dato’ Speaker dan Tan Sri Speaker
yang memberikan keizinan kepada kita untuk menjalankan tugas kita di Dewan
yang mulia ini. Ini lah sekian ucapan saya terima kasih Dato’ Speaker.
YB Timbalan Speaker : Ok terima kasih Jementah. Kita doakan moga-moga
Jementah ada lagi pada penggal hadapan. Kita teruskan jemput Bukit Permai.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker, bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ada dua cerita dengan dua istilah.
YB Timbalan Speaker : Pantun-pantun jek lah.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dua cerita dua istilah, yang
pertama tentang bola sepak, bola sepak ini dia main 90 minit Dato’ Speaker, kalau
pengurus dia nak masukkan pemain tu pada minit 89 kalau dia tak bincang dengan
referee masalah. Pemain tu belum sempat sentuh bola dah wisel penamat. Itu dia
panggil potong stim. Yang kedua.
YB Timbalan Speaker : Nasib masing-masing lah.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Cerita yang kedua Dato’ Speaker,
pasangan yang baru kahwin ni bila malam Khamis hari Jumaat, dia kena bincang
dengan mak mertua. Jangan sampai belum apa-apa mak mertua
assalamualaikum. Itu dia panggil anti klimaks. Jadi, yang saya ni bila kena pukul
4:55 ni dia ada dua. Kalau tak potong stim dia anti klimaks. Jadi, yang Berhormat
Dato’ Speaker, saya mewakili rakyat Bukit Permai...
YB Timbalan Speaker : Ok lah, jangan sampai anti klimaks. Saya dengan ini
menangguhkan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 9:30 pagi 29
November 2017.
Persidangan di tangguhkan pada jam 4:55 petang.
293
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KELIMA RABU, 29 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
294
295
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
(Tanjung Surat)
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
296
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
297
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
298
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ,. PIS., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
299
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
YB Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh. (Bacaan selawat). Ahli-
Ahli Yang Berhormat, persidangan kita ini pada hari ini ialah dikhaskan untuk
perbahasan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang belum lagi mengambil
bahagian dalam perbahasan. Saya berharap kita akan dapat menyelesaikan
semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat berucap dan pada esok hari akan bermula
jawapan daripada Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa. Jadi, kita
harap besok semua Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat mendengar apa ulasan
daripada Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi atas apa yang telah dibangkitkan
oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dan, pada hari Isnin akan datang, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar akan menggulung perbahasan kita dan hari itu ialah hari
yang penghabisan bagi kita bersidang bagi penggal ini. Kita tak tahu bila pilihan
raya, terpulanglah kepada pucuk pimpinan negara menentukan pilihan raya. Jadi,
saya harap kita mulakanlah kesempatan-kesempatan yang ada pada kita dengan
sebaik-baiknya dan ini semua akan dinilai oleh rakyat yang kita wakili. Dan, kalau
penilaian rakyat kepada kita itu baik atas sikap dan tanggungjawab yang kita
jalankan, terserahlah kepada pengundi-pengundi di kawasan masing-masing.
Terima kasih.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Stulang, jemput.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya
nombor 1.
Apakah rancangan Kerajaan Johor dalam memastikan industri penanaman buah
pisang sentiasa berkembang maju baik di pasaran tempatan mahupun
antarabangsa?
YB Speaker : Yang Berhormat Tanjung Puteri, jemput.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 2.
Dilaporkan bahawa ada pekebun pisang terpaksa memusnahkan buah dan
tanaman pisang mereka kerana terlalu banyak pisang import hingga hasil mereka
sudah tidak boleh dipasarkan, apakah cara Kerajaan Negeri Johor membantu
mereka?
YB Speaker : Jemput Yang Berhormat Pengerusi.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh, salam sejahtera,
salam muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya bercadang untuk
300
menjawab kedua soalan ini kerana berkaitan dengan tanaman pisang walaupun
soalannya berbeza,
Yang Berhormat Stulang ada bertanyakan tentang apakah rancangan Kerajaan
Johor dalam memastikan industri penanaman buah pisang sentiasa berkembang
maju, berkembang baik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian
sentiasa memberi bantuan, galakan, komitmen dan daya usaha yang berterusan
ke arah melahirkan keyakinan para petani, penanam, pengusaha dan pengeksport
untuk menjadikan, buah-buahan termasuk tanaman pisang suatu bidang usaha
yang berdaya saing, menguntungkan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi di
pasaran tempatan apatah lagi di peringkat antarabangsa.
Negeri Johor telah memainkan peranannya dan kini telah menyumbang kepada
hampir 30% daripada keluasan bertanam pisang di Semenanjung Malaysia iaitu
Johor menyumbang 10,396 hektar berbanding keluasan di Malaysia iaitu 35,889
hektar. Antara program ataupun rancangan Kerajaan Johor mempergiat dan
menggalakkan tanaman pisang ialah dengan memperkenalkan dan
menggalakkan usaha-usaha membaik biak dan pengesyoran penanaman kultivar
dan juga variti yang mempunyai kerentak, kerentanan yang tinggi terhadap
penyakit merebak dan memenuhi kehendak pasaran. Jenis-jenis pisang terpilih
yang disyorkan adalah pisang berangan, pisang emas, pisang cavendish, pisang
rastali dan juga pisang tanduk. Dalam masa yang sama, program bancian,
pengawasan, pemantauan dan pengesahan penyakit tanaman pisang
dilaksanakan terutamanya dalam mengekang dan membasmi penularan penyakit
utama pisang iaitu penyakit layu bakteria iaitu penyakit moka, penyakit layu
fusarium.
Bancian 2017 sehingga kini, tidak mencatatkan kehadiran penyakit layu bakteria,
manakala penyakit layu fusarium pula sebanyak 1.43 hektar yang diserang dan di
bawah kawalan sepenuhnya. Ianya secara tidak langsung telah membuka ruang
dan peluang untuk tanaman ini diusahakan secara komersil dan berskala besar
seperti yang pernah berlaku satu ketika dulu. Jabatan Pertanian juga telah dan
akan melaksanakan secara berkala program, taklimat, penerangan dan hands-on
berkaitan pengurusan tanaman pisang mengikut keperluan supaya penanaman...
penanam dan pengusaha sentiasa didedahkan dengan maklumat serta teknologi
terkini berkaitan aspek amalan kultural, pengawasan perosak penyakit dan amalan
pertanian yang baik. Ianya juga secara tidak langsung memberi ruang dan
peluang mengeratkan lagi perhubungan antara Jabatan Pertanian dan
pengusaha supaya pengalaman dan pengetahuan dapat dikongsi, sementara isu
dan permasalahan yang dihadapi dapat diatasi bersama.
Dari sudut pasaran setakat ini, selain daripada pasaran tempatan, Jabatan
Pertanian telah mendapatkan laluan pasaran ke Negara Jepun, Korea Selatan,
Singapura, Kesatuan Eropah, Hong Kong dan negara-negara Timur Tengah.
Sebagai tambahan, pihak Jabatan Pertanian juga sedang menjalankan rundingan
dengan Negara China untuk mendapatkan laluan pasaran ke negara tersebut
sebagaimana tanaman durian.
Bagi soalan Tanjung Puteri, dilaporkan bahawa ada pekebun pisang terpaksa
memusnahkan buah dan juga tanaman pisang mereka kerana terlalu banyak
pisang diimport, sehingga hasil mereka sudah tidak dapat dipasarkan. Apakah
cara Kerajaan Negeri membantu mereka?
301
Menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tanjung Puteri,
saya difahamkan bahawa isu tersebut ada hubung kait dengan masalah yang
dihadapi oleh beberapa pengusaha di Negeri Johor iaitu Daerah Kluang, Mersing
dan juga Segamat. Ini yang mengusahakan pisang cavendish secara contract
farming menghadapi masalah dalam memasarkan hasil mereka. Ini disebabkan
oleh kemasukan buah-buahan terutama pisang dari luar negara, dari negara jiran
seperti Filipina dan juga Thailand ke negara kita.
Untuk makluman juga, Kerajaan mengamalkan dasar import terbuka kepada
semua pihak yang layak untuk membawa masuk produk ternakan sayur-sayuran
dan buah-buahan. Sehubungan itu, kemasukan hasil-hasil pertanian dari luar
negara ini sudah tentu akan memberikan persaingan kepada pengusaha-
pengusaha tempatan ini. Dari segi pasaran pisang, ini pula agak terhad kerana ia
lebih sesuai untuk dimakan dan tidak sesuai untuk digoreng. Rasanya kurang manis
berbanding dengan pisang lain yang menyebabkan rakyat lebih gemar memakan
pisang berangan. Pihak FAMA telah mengambil inisiatif dengan mengadakan
perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha ini dan FAMA telah bersetuju untuk
memasarkan pisang cavendish pengusaha-pengusaha ini. Sehingga awal
November yang lepas, pihak FAMA telah memasarkan sebanyak 33.8 tan metrik
melalui outlet-outlet di seluruh negara di bawah kendalian FAMA seperti di pasar
tani, gerai buah-buahan segar dan juga di My Best Buy serta jualan secara talian
melalui portal agrobazaar online. Dengan bantuan ini, hasrat Kerajaan adalah
untuk meringankan masalah yang dihadapi oleh pengusaha tempatan ini dan
seterusnya melonjakkan kembali harga ke paras yang membolehkan pengusaha
mendapat keuntungan. Selain itu, pihak FAMA juga telah menawarkan kepada
pengusaha ini untuk memasarkan sendiri pisang cavendish ini di pasar tani di seluruh
negara. Sehingga kini, pengusaha ini telah membuat jualan terus di pasar tani
Putrajaya, juga di pasar tani Shah Alam kerana lokasi yang sering menjadi tumpuan
dan merupakan pasar tani elit di Kuala Lumpur. Pengusaha ini juga akan membuat
jualan... ada membuat jualan di promosi pisang cavendish semasa Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Kebangsaan pada 28 September hingga 1 Oktober di
Maeps Serdang dan juga di Ekspo Johor Berkemajuan pada 6 hingga 14 Oktober
2017 di Kota Iskandar.
YB Encik Chen Kah Eng (Stulang) : Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, terima kasih
juga jawapan yang diberikan oleh EXCO Pertanian. Jadi untuk memastikan industri
pisang ini sentiasa berkembang maju selain kualiti penanaman juga, faktor penting
lain yang 2 yang saya rasa penting adalah faktor harga dan permintaan terhadap
pisang-pisang tempatan. Jadi ada satu, negara kita mengeksport lebih kurang
220,000 tan pisang setahun, kita eksport 220,000 tan setahun tetapi kita juga
mengimport 230,000 tan setahun. Jadi, oleh kerana kenaikan harga barang,
pesticide, kos pekerja yang tinggi, kesukaran mencari buruh asing mengakibatkan
kos pengeluaran pisang menjadi sangat tinggi untuk tempatan punya. Berbanding
dengan Vietnam dan Thailand, Filipina di mana industri pisang mereka ada di
subsidi. Jadi, ini mengakibatkan buah pisang tempatan sukar bersaing dengan
buah pisang luar negara yang lebih murah. Jadi, adakah pekebun-pekebun seperti
yang ditanya oleh Tanjung Puteri yang juga menyatakan bahawa banyak orang
membuang pisang itu sahaja mengakibatkan ratusan ribu yang hilang. Jadi,
adakah kerajaan akan untuk pisang luar negara, akan meningkatkan piawaian
import ataupun duti import yang lain. Ini untuk meningkat, agar pisang tempatan
mendapat saingan yang lebih baik dan juga menurunkan kos dari aspek buruh ya,
subsidi, bajalah dan sebagainya supaya kos pengeluaran pisang tempatan boleh
diturunkan. Ya, ini faktor harga. Kemudian untuk meningkatkan permintaan,
mungkin bolehkah kita menggalakkan orang menyokong pisang tempatan,
mungkin kita boleh buat menampal ke stiker pisang tempatan yang lebih baik, agar
302
rakyat akan memilih pisang tempatan. Jadi kalau 2 faktor ini kita ada usaha, saya
rasa mungkin masalah ini boleh diselesaikan. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman semua
bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kita terus memberikan
bantuan kepada penanam-penanam pisang termasuklah tanaman buah-buahan
dusun yang lain. Pada tahun ini, kita telah memberikan peruntukan sebanyak
RM260,000.00 dengan keluasan 142.9 hektar kepada petani-petani dan insya-Allah
pada tahun depan juga, kita akan beri bantuan ataupun peruntukan kepada
petani-petani yang lain yang terlibat dalam bidang pertanian.
Dengan bantuan-bantuan yang seperti Yang Berhormat kata tadi keperluan
daripada segi bantuan, kita harap bantuan ini boleh meringankan beban pihak
pengusaha ini dan sekurang-kurangnya bila kos pengeluaran dapat kita kurangkan,
jadi harga dapat kita pastikan boleh bersaing dengan pasaran pisang luar negara.
Begitu juga dari segi promosi, kita secara berterusan daripada FAMA dan juga, kita
juga kenal pasti terdapat persatuan, Persatuan-Persatuan Penanam Pisang di
dalam Negeri Johor yang sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk
memastikan pisang-pisang yang dikeluarkan di setiap daerah dapat dipasarkan
mengikut keperluan daerah-daerah yang lain. Dan yang ketiga, kita
menggalakkan Program Ladang Kontrak bersama dengan FAMA, supaya setiap
pengeluaran ini berdasarkan permintaan. Kita tidak mahu terdapat lebihan-
lebihan, kadang-kadang pihak penanam ini menanam pisang tidak mengikut
kehendak pasaran, mereka tanam dalam satu jumlah yang luas tapi malangnya
ketika itu mungkin permintaan kurang. Jadi, kita kena pastikan permintaan buah
pisang sama ada untuk dibuat IKS dan sebagainya, ada waktu-waktu yang tertentu
yang pihak penanam ini kena fahami, dengan adanya Program Ladang Kontrak ini
sekurang-kurangnya kita dapat menyelesaikan masalah lambakan. Terima kasih.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Tan Sri Speaker. Dan
terima kasih kepada EXCO Pertanian yang mana dapat memberikan penjelasan
yang saya rasa begitu konkrit dan dapat difahami secara jelas. Dalam masalah
pisang layu ni saya rasa memang ianya satu perkara yang agak merumitkan.
Pertamanya, kerana ianya bukan sahaja layu tetapi pertama layu bakteria dan
juga layu fusarium. Saya pun dia punya terma tak berapa faham. Tapi yang saya
tahu selalu layu kecut aje. Jadi Tan Sri Speaker, kita berharap Jabatan Pertanian
dan juga FAMA selain daripada dapat sedikit sebanyak mengehadkan import
pisang ke dalam negara kita ini, kita juga berharap penanam-penanam pisang ini,
yang mana telah diberitahu tadi oleh EXCO di Kluang, Mersing dan Segamat ada
mengalami... apa perkara seperti ini, terpaksa mereka hapuskan tanaman dan juga
buah pisang yang ada. Jadi, dalam perkara ini, saya ingin bertanya kepada Yang
Berhormat EXCO adakah dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar yang mengatakan ada sejumlah RM1.7 juta akan
diperuntukkan untuk penubuhan bank benih. Jadi saya harap masalah pisang layu
ini juga pun patut dikategorikan dan masuk dalam penubuhan bank benih ini.
Sekian terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri, terima kasih kepada ADUN Tanjung Puteri.
Untuk bajet tahun hadapan, antara program yang kita akan bimbing pihak petani
303
adalah kursus-kursus tentang tanaman. Lebih kurang 5,000 orang yang akan
terlibat dalam program-program kursus yang kita akan jayakan termasuklah peserta
daripada penanam-penanam buah-buahan, termasuk pisang kerana kita perlu
mendedahkan kepada pengusaha-pengusaha kita bahawa pada hari ini terdapat
banyak teknologi-teknologi tanaman yang boleh kita manfaatkan. Terutamanya
tentang tanah teknologi, selepas itu tentang benih-benih yang kita kira memberi
hasil yang lebih baik dan cara kawalan penyakit. Jadi dengan latihan yang kita
bagi ini kita harap penanam-penanam ataupun mereka yang terlibat dengan
latihan yang kita beri ini akan dapat membantu pihak kerajaan mengeluarkan lebih
banyak lagi apa ni pengeluaran.
adi untuk tahun depan juga, kita juga mewujudkan bank benih. Antaranya bila
kita lihat permasalahan yang berlaku terhadap petani, penternak dan juga
pengusaha ikan sangkar bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat,
kerajaan melihat penghasilan benih yang berkualiti dan teknik-teknik tanaman yang
lebih berkesan dan juga teknik penternakan dan juga ternakan ikan supaya
masyarakat di Johor ini tidak terlepas peluang dengan teknologi-teknologi tertentu
sebenarnya mereka tidak memerlukan keluasan tanaman yang luas, tetapi boleh
memberikan hasil yang berkualiti dan secara tak langsung memberi harga yang
baik. Itu sebab kita gerakkan ataupun gelombang tani yang kita akan wujudkan
pada tahun hadapan adalah untuk mendidik kembali petani, penternak dan
nelayan bahawa kepentingan ilmu itu untuk memastikan apa yang mereka terlibat
dalam industri ini dapat sama-sama menyumbang kepada pengeluaran kerajaan.
Terima kasih.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha-
pengusaha ataupun ladang-ladang pisang ini termasuklah 2 isu yang bagi saya
mereka tidak dapat selesaikan.
1. Isu tanah. Di mana kebanyakan pengusaha-pengusaha ini mereka
menghadapi masalah tiada tanah.
2. Kekurangan tenaga buruh. Jadi apakah cadangan ataupun dasar yang
kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha ini untuk menghadapi
masalah-masalah ini?
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kalau kita nak bagi tanah kepada
mereka ini mungkin agak sukar ya untuk kita kenal pasti, tapi kita ada satu program
yang kita panggil Kebun Integrasi, yang mana kita menggalakkan mereka yang
mempunyai tanah ini mempelbagaikan tanaman di tanah masing-masing. Secara
tak langsung tanah itu dapat dimanfaatkan termasuklah pekerja yang sama juga
sementara mungkin menunggu hasil getahnya kalau tanam semula, ataupun hasil
sawit yang ditanam semula, pokok yang ditanam semula. Jadi program-program
begini yang kita galakkan, itu sebab bila kita buat program Kebun Integrasi ini kita
ada juga skim-skim bantuan yang melayakkan mereka ini untuk dimanfaatkan.
Untuk tenaga buruh setakat ini kita kena buat program guna sama. Dengan melalui
teknologi-teknologi tertentu kita mengharapkan penggunaan buruh itu dapat
dikurangkan. Saya bagi contohlah, sebelum ini pun saya pernah menyebut
tentang tanaman fertigasi lada yang cukup popular yang kita perkenalkan pada
2013 dan juga 2014 dan hari ini telah menyelesaikan banyak perkara dan menarik
minat orang muda untuk bercucuk tanam. Begitu juga dengan tanam pisang ini,
kalau kita, pihak jabatan membimbing petani-petani sedia ada menggunakan
304
teknologi-teknologi tertentu, mereka boleh mengurangkan penggunaan tenaga
buruh ini. Jadi sebab saya mengharapkan petani dan juga dengan Jabatan
Pertanian dapat kita terus bekerja sama supaya dapat boleh membimbing mereka
dengan penggunaan teknologi tanah dan juga baja organik boleh menyelesaikan
beberapa perkara ini. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Mengkibol jemput.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya
soalan nombor 3.
Apakah rancangan kerajaan dalam membantu pelanggan berkala hospital
kerajaan khasnya golongan bawahan bagi mengurangkan impak negatif terhadap
mereka ekoran pemotongan bajet kerajaan persekutuan dalam bidang kesihatan
awam?
YB Speaker :Yang Berhormat Maharani jemput.
YB Dr. Haji Mohammad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker
soalan saya nombor 4.
Kebelakangan ini masyarakat diberatkan dengan masalah kekurangan dan
ketiadaan ubatan di klinik dan hospital kerajaan dan bekalan ubatan hanya
dibekalkan untuk jangka masa pendek yang kemudiannya menyusahkan pesakit.
Mengapakah perkara ini berlaku dan tindakan yang diambil?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima
kasih kepada Mengkibol dan juga Maharani, Tan Sri Speaker yang bertanyakan
tentang pemotongan bajet kerajaan persekutuan dalam bidang kesihatan
terutamanya yang berkaitan dengan ubat. Ingin saya jelaskan di Dewan yang
mulia ini bahawa bajet persekutuan untuk tahun 2017 bagi hospital kerajaan dan
juga klinik tidak ada pemotongan. Maka desas desus dan juga kata-kata di luar itu
adalah merupakan satu kenyataan yang tidak tepat dan juga memberikan
keresahan di kalangan masyarakat yang ada. Dengan demikian semua
pelanggan warga negara khasnya orang bawahan tidak, golongan bawahan
tidak mengalami sebarang impak negatif. Terdapat lebih kurang 1,000 jenis ubat
disimpan di hospital dan juga 350 hingga 470 jenis ubat disimpan di klinik kesihatan
di seluruh negeri Johor. Ubat-ubat ini sebenarnya diperolehi melalui 2 cara :
1. Perolehan ubat kontrak pusat
2. Perolehan ubat tanpa kontrak pusat
Masalah kekurangan ataupun ketiadaan ubat yang dikatakan hanya melibatkan
30 jenis ubatan ataupun 3% daripada 1,000 jenis ubat yang ada di fasiliti kesihatan
di seluruh negeri Johor. Ini disebabkan penggunaan dan permintaan ubat yang
tinggi, yang melibatkan jenis ubat yang tersebut berlaku bukan sahaja di Johor
tetapi juga hampir keseluruhan negara, mengakibatkan pembekal tidak dapat
menampung bekalan dalam tempoh serahan atau pun membekalkan ubat
tersebut secara berperingkat ke fasiliti kesihatan yang menyebabkan gangguan
bagi stok ubat.
305
Namun begitu, bagi mengurangkan kesulitan pesakit mendapatkan bekalan ubat
susulan mereka, semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan telah mengambil
langkah proaktif dengan menawarkan perkhidmatan tambah nilai farmasi bagi
meningkatkan dan menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat
susulan mereka. Perkhidmatan ini lebih mudah, cepat dan teratur. Antara nilai
tambah perkhidmatan yang telah pun ditawarkan di negeri Johor adalah sistem
pendespensari ubat bersepadu, pandu lalu farmasi, pusat pembekalan ubat
setempat, perkhidmatan ubat melalui Pos 1 Malaysia, yang boleh memberikan
kemudahan kepada hampir keseluruhan fasiliti yang ada di seluruh negeri Johor.
Terima kasih.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk EXCO kerana jawapan yang diberikan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya kami banyak menerima aduan
daripada pesakit-pesakit khasnya pesakit yang memerlukan perubatan untuk satu
jangka panjang, di mana mereka dulu mereka mendapat bekalan ubat untuk 3
bulan, 2 bulan paling kurang pun yang terdekat 1 bulan. Tapi yang terbaru mereka
hanya mendapat bekalan ubat untuk 2 minggu sahaja. Jadi bagi pesakit-pesakit
seperti ini mereka terpaksa ulang alik ke hospital setiap 2 minggu dan ini telah
menimbulkan kesulitan kepada mereka khasnya bagi golongan pesakit warga
emas pertama dan bagi golongan pesakit yang tinggal jauh daripada hospital.
Kadang mereka tinggal di pekan-pekan kecil seperti Kahang, seperti Paloh. Mereka
terpaksa pergi ke sebagai contoh, pergi ke Hospital Kluang untuk mendapatkan
ubat itu, ini memang menimbulkan kesulitan khasnya apabila warga emas yang
duduk di rumah di mana anak-anak mereka di luar. Tiada orang boleh membawa
mereka ke hospital, jadi mereka terpaksa membayar teksi atau mengupah orang
lain untuk membawa mereka ke hospital. Jadi apabila frekuensi atau kekerapan
untuk pergi ke hospital ini bertambah, ini secara tidak langsung telah menambah
kos sara hidup mereka. Jadi soalan saya, adakah kerajaan boleh membekalkan
apa tu anggaran atau pun angka yang lebih teliti di mana bilangan pesakit-pesakit
seperti ini di setiap hospital awam atau klinik awam dan juga berapakah kos ubat
yang terlibat untuk setiap bulan supaya kita dapat tahu, sekiranya kita nak bantu
untuk khasnya golongan-golongan ini? Apakah implikasi kewangannya kepada
kerajaan?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya dah bercakap tentang keseluruhan yang
mengatakan bahawa kita tidak ada pemotongan dan kekurangan itu disebabkan
oleh masalah bekalan yang tidak dapat diserahkan oleh pihak pembekal dan itu
berlaku pada bulan Ogos. Dan sekarang ini ianya tidak berlaku lagi dan saya
sebenarnya telah pun menjelaskan perkara ini pada bulan Ogos juga,apabila
terdapat beberapa pesakit yang mengadu terutamanya yang mendapatkan
bekalan daripada pakar, yang duduk jauh daripada tempat atau pun klinik dan
sebagainya. Saya sebutkan tadi beberapa perkara yang telah pun dilakukan untuk
menambah nilai dari segi perkhidmatan, bagi membolehkan capaian ubat itu
dapat diperolehi, kalau tak boleh pergi ke hospital, klinik-klinik yang berdekatan
juga boleh membantu. Malah kita berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan
juga menghantar ubat kurang daripada 24 jam.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, doktor pun ramai kat sini. Selalunya kita sebut lebih
baik kita jumpa doktor kerap untuk kita melihat dari segi kesihatan kitalah. Untuk
pengetahuan Dewan, sebenarnya pada tahun ini sehingga bulan Oktober 2017,
kerajaan telah pun membelanjakan RM226,872,696 juta dan ini sebenarnya
306
meningkat, meningkat 7.88% berbanding dengan tahun lepas RM210,343 juta bagi
tempoh masa yang sama. Makna tidak ada pemotongan malah meningkat dari
segi perbelanjaan yang dibelanjakan oleh kerajaan.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Daripada jawapan yang agak pendek dan
tak normal untuk YB EXCO kesihatan (Dewan ketawa). Kalau dikatakan perkara ini
sudah tidak berlaku lagi, saya agak hairan jugalah sebab saya bersetuju dengan
apa yang dinyatakan oleh Mengkibol tadi, kerana pengalaman kami di klinik ini
masih ramai lagi pesakit datang ke klinik terutama pesakit lama kami yang
mendapat rawatan di hospital sekarang kerana dia dah tak nak dapat rawatan di
klinik swasta sebab kos sara hidup GST ya, jadi pilih rawatan yang sempurna tetapi
murah di hospital dan sekarang dia datang balik kenapa, ubat darah tinggi pun tak
ada doktor. Jadi dia tunjukkan ubat ni, doktor ada? Ada. Datang balik beli dengan
kami dan Maharani ingin tahu bilakah masa akan selesai kerana masih orang kata
sudah tidak berlaku, masih ada datang lagi. Kalau di Maharani mungkin saya
bolehlah bagi sedikit diskaun kepada pesakit saya tetapi kalau di Sungai Abong.
Sana lagi bagus, dia bagi diskaun lebih banyak, sebab tu majoriti undi dia 5,000
lebih, saya cuma 3,000 lebih sahaja.(Dewan bertepuk) Akan datang boleh jadi
10,000 jadi cepat-cepat selesaikan masalah ini. Soalan saya bolehkah, apakah
tindakan yang diambil kepada pembekal yang tidak dapat menyerahkan bekalan
ini mengikut tempoh kerana ini adalah satu perkara yang sangat serius dan
menimbulkan masalah kepada pesakit yang terbeban dengan kos sara hidup
seperti yang saya katakan tadi kerana ubat-ubat ini sebenarnya mahal dan
mereka tak faham tentang tak menilaikan harga ubat. Walaupun dari segi kesan
positifnya apabila ini berlaku masyarakat dapat memahami bahawa subsidi yang
diberi oleh kerajaan itu memang cukup bermanfaat untuk mereka kalau terdahulu
mereka tidak tahu nilai ubat-ubat tersebut terpaksa membeli sendiri mereka akan
lebih menilai dan lebih menghargai kesihatan mereka ini. Ini perkara yang positif.
Maharani harapkan masalah ini benar-benar telah selesai bila balik nanti tak ada
lagi orang datang nak beli ubat, kalau ada saya akan buat soalan tambahan.
Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, dia sebut jawab pendek tak normal. Dia kata
tak semestinya pendek itu tidak memuaskan (Dewan ketawa). Dia bergantung
kepada kesediaan untuk menerima. Yang menerima itu rasa bahawa ia adalah
sesuai maka, ia bergantung kepada kita sama ada normal ataupun tidak. Kalau
ianya panjang tetapi ianya berbelit, memaki dan sebagainya itu lebih agaknya
tidak normal agaknyalah. Yang berkaitan tentang yang dikatakan tadi,
sebenarnya, untunglah doktor-doktor yang buka klinik, maknanya tambah
pendapatan. Kerana sekarang dikatakan bahawa ekonomi teruk. Jadi, ekonomi
teruk mungkin pendapatan doktor tadi bertambahlah. Bertambah jadi tahniahlah
kepada doktor-doktor klinik, tambah pendapatan.
Sebenarnya yang tentang perkara ini, apabila yang dikatakan tentang antara
ubat-ubat yang sebenarnya berlaku kekurangan adalah berkaitan tentang
penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. Doktor lebih tahu bahawa
sebenarnya ubat-ubat ini ada alternatifnya. Kadang-kadang pesakit-pesakit ini dia
dah selalu menggunakan ubat yang sama, apabila hospital bagi ubat yang lain,
dia kata kenapa keberkesanannya kurang, kan? Mungkin keberkesanan itu kurang
mungkin dia tidak rujuk dengan Sungai Abong, kerana Sungai Abong selalu
membekalkan sesuatu yang berkesan kepada YB-YB yang lain. (Dewan ketawa).
Maka, hal itulah mungkin dia tersalah, dia tidak berjumpa dengan Sungai Abong
untuk mendapatkan nasihat yang baik. Terima kasih.
307
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Tan Sri Pengerusi
kerana beri peluang kepada saya untuk sama-sama kita mengetahui apa yang
telah dikatakan oleh YB EXCO tadi. Saya bukan hendak menyokong, tetapi abang
saya sakit darah tinggi, kakak ipar saya kencing manis, tidak pernah keputusan
daripada bekalan ubatan mereka. Jadi ini, tidak tipu ini cakap yang benar. Saya
tidak sangkalah kalau doktor apa, Maharani kata benda itu tidak betul, tapi
bohong. Tapi sebenarnya memang saya mengikuti abang saya sendiri dan kakak
ipar saya, kencing manis dan juga darah tinggi tidak pernah putus ubat daripada
hospital besar. Apa, menjadi persoalan saya adalah, baru-baru ini saya pergi
melawat rakan kita bekas Wakil Rakyat, dia dimasukkan ke hospital kerana
mengalami sakit leukemia darah yang peliknya doktor ataupun di pihak hospital
sendiri cakap, “kita tidak dapat bekalkan tuan ubat”. Nama dia saya tidak tahu,
tidak ingat. Tetapi dia kata kerana, kerajaan tidak ada peruntukan untuk bekalkan.
Saya rasa, begitu terkilanlah. Kerajaan persekutuan tidak dapat membekalkan
ubat untuk pesakit di Hospital Sultanah Aminah ini. Jadi saya berharap YB EXCO
dapat menjelaskan perkara ini. Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Dia dah cakap bagus-bagus rupanya ada masalah juga. (Dewan ketawa).
Kemudian banyak perkara pelik berlaku. Terima kasihlah, jadi peliknya kerana kita
tidak mengetahui bahawa ada juga beberapa ubat yang mungkin tidak
dibekalkan oleh kementerian, terutamanya yang berkaitan tentang ubat-ubat yang
agak tinggi nilainya dan juga yang berkaitan tentang penyakit-penyakit tertentu
khususnya kanser. Maka kita nasihatkan kepada yang berkaitan boleh merujuk
semula kepada Pengarah Hospital berkaitan dan juga kalau ianya tidak mampu,
kita boleh merujuk kepada tabung kesihatan, bantuan kesihatan yang ada di
setiap hospital untuk membantu dari segi pembiayaan dan sebagainya. Terima
kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Maharani. Jemput.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
saya soalan nombor 5.
Apakah ciri-ciri “Bandar Selamat” dan apakah ianya dilaksanakan di seluruh PBT
dalam negeri Johor?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera, salam muafakat
Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pelaksanaan program Bandar Selamat
bermula apabila jemaah menteri yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004
memutuskan agar diwujudkan bandar yang selamat sebagai langkah untuk
pencegahan jenayah. Selaras dengan matlamat tersebut, program Bandar
Selamat telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa
ataupun sekarang ini disebut sebagai Plan Malaysia, bagi dilaksanakan di semua
peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Program ini merupakan salah satu program
yang diletakkan di bawah enam, salah satu enam bidang keberhasilan utama
ataupun NKRA iaitu untuk mengurangkan jenayah. Bandar Selamat adalah bandar
yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan juga mental.
Persekitarannya paling terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh
menggalakkan kejadian yang mengganggu gugat kesejahteraan masyarakat
308
setempat. Penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat,
sihat, sejahtera dan juga ceria.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, empat ciri utama Bandar Selamat:
1. Bandar yang bebas dari keganasan iaitu merosakkan harta benda dan nyawa
seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
2. Bandar yang bebas dari pemusnahan dan malapetaka ekoran dari bencana
alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain.
3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan
dadah, kecurian, jenayah dan juga salah guna kuasa dan lain-lain.
4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam luar bangunan seperti
kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
Oleh itu semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor telah dan sedang
melaksanakan program ini mengikut mekanisme dan kemampuan Pihak Berkuasa
Tempatan masing-masing. Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menubuhkan
Jawatankuasa Pelaksanaan Program Bandar Selamat yang dipengerusikan oleh
Datuk Bandar ataupun Yang Di Pertua masing-masing yang dianggotai oleh Ahli
Majlis, agensi-agensi penguat kuasa seperti Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sukarelawan
Malaysia ataupun RELA dan Jabatan Agama dan juga jabatan-jabatan yang
berkaitan yang sesuai dengan program ini. Jawatankuasa ini sentiasa mesyuarat
setiap bulan bagi membincangkan perkara-perkara bagi menyelesaikan isu-isu
keselamatan secara holistik, pengurangan indeks jenayah, memantau pelaksanaan
projek fizikal Bandar Selamat, pelaksanaan program sosial dan keselamatan serta
lain-lain indikator berkaitan keselamatan kesejahteraan orang awam.
YB Speaker : YB, Yong Peng dulu. Yong Peng dulu.
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Terima kasih Tan Sri Speaker, yang diberi
peluang kepada Yong Peng. Bagi konsep Bandar Selamat ini, bagi Yong Peng lebih
specified kalau kata hendak bebas daripada jenayah dan semua penduduk dalam
keadaan yang selamat. Maksud Yong Peng pencahayaan yang cukup, pokok-
pokok yang layu kena di tebang dan juga longkang yang sudah runtuh kena dibaik
pulih. Sebenarnya kalau ini specified boleh kita mencapai ke matlamat dapatkan
satu bandar yang selamat. Tetapi nampaknya banyak PBT tidak menyelenggara
jalan yang berlubang dan juga lampu jalan yang telah mohon begitu banyak
tahun, lima tahun tidak dipasang dan juga longkang-longkang runtuh, yang tidak di
selenggara dan tidak dibaik pulih juga jalan berlubang kena ambil masa satu
tahun, dua tahun baru memperbaiki. Ini semua telah mengancam keselamatan
satu penduduk di kawasan tersebut. Jadi, maksud saya selepas pelaksanaan
Bandar Selamat ini, ada ke tidak satu kajian berapa kes jenayah telah, ada tidak
membaiki tentang kes jenayah? Dan dari segi masalah prasarana yang tidak
diperbaiki apa tindakan dari PBT, ada apa tindakan supaya memperbaiki proses
untuk mempercepatkan aduan-aduan daripada penduduk? Sekian, terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, yang dibangkitkan oleh Yong Peng berkaitan dengan Bandar
Selamat mungkin menjurus kepada Yong Peng. Sebenarnya Majlis Daerah Yong
Peng banyak melaksanakan program-program yang berkaitan dengan Bandar
Selamat ini, termasuklah penyediaan lampu pencahayaan, pemasangan cermin
309
keselamatan, jadikan laluan jalan kaki dan sebagainya. Cuma, dari segi
perbelanjaan saya katakan tadi mekanisme itu bergantung kepada PBT masing-
masing dan kemampuan bajet masing-masing. Jadi, mungkin dalam keadaan
Yong Peng yang mempunyai bajet ataupun pendapatan kalau dibandingkan
dengan PBT lain mungkin Yong Peng agak, masih agak rendah. Jadi kemampuan
itu memanglah dibuat sedikit demi sedikit. Jadi kalau hendak buat sekali mungkin
tidak mampu. Sebab selain daripada program-program dalam bentuk fizikal,
hendak sediakan pencahayaan, lorong-lorong tertentu, jejantas dan sebagainya,
PBT juga dia adakan program-program engagement dengan masyarakat. Jadi,
apa pun yang dilaksanakan oleh PBT bergantung kepada bajet ataupun hasil yang
PBT itu ada. Tetapi daripada rekod yang kita ada memang semua dari masa ke
semasa ada peningkatan untuk program Bandar Selamat ini. Dari segi indeks
jenayah saya tidak dapat satu data yang tepat, jadi mungkin kita akan bagi
kemudian.
YB Speaker : Maharani.
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Maharani mengucapkan terima kasihlah di atas program Bandar Selamat
yang dilaksanakan di seluruh PBT, cuma Maharani mengharapkan ia akan dijadikan
satu keutamaan, kerana satu perkara yang baik daripada ciri-cirinya itu adalah satu
yang cukup manfaat dan diharapkan setiap ciri ini akan dapat dilaksanakan di
semua PBT. Di antara ciri yang Maharani agak tertarik ialah tentang keselamatan
jalan rayalah. Jadi di Muar ini, ada satu kawasan yang banyak menerima aduan
iaitu dari segi untuk keselamatan jalan raya ini ialah Muar by pass, jalan yang
menghubungkan dua daerah melalui jambatan kedua itu. Kerana jalan ini telah
pun diadukan kepada pihak persekutuan iaitu jalan ini, masalahnya jalan ini
bergelombang, berlopak apabila hujan lebat menimbulkan bahaya kepada
pengguna dan juga jalan ini masih gelap, kekurangan lampu. Jadi, bolehkan
kerajaan negeri kalau tidak melalui PBT supaya memberi, memohon kepada
kerajaan persekutuan supaya memperbaiki jalan ini untuk keselamatan keseluruhan
penduduk. Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, program Bandar Selamat ini dilaksanakan di peringkat PBT.
Maknanya di kawasan lingkungan Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi, kalau jalan ini
saya tidak pasti jalan ini masuk dalam kawasan PBT ataupun tidak?
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim (Maharani) : Jalan ini jalan persekutuan tetapi ialah
sempadan Bandar Maharani, Bandar Di Raja.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Tak apa, kita
akan tengok kedudukan tempat ini. So, kalau memang dalam kawasan PBT
mungkin kita akan maklum kepada pihak Majlis Perbandaran Muar untuk tengok
apa yang berlaku dekat situlah ya.
YB Speaker : Yang Berhormat Buloh Kasap, jemput.
YB Puan Hajah Norshida bintin Ibrahim (Buloh Kasap) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker soalan nombor 6.
Berapakah jumlah taska atau pusat jagaan kanak-kanak di dalam bangunan
kerajaan negeri?
310
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam muafakat
Johor. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih juga kepada Yang
Berhormat Buloh Kasap terhadap soalan mengenai jumlah Taska di bangunan
kerajaan negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Buloh Kasap, pembinaan
atau pembangunan pusat jagaan atau Taska di tempat kerja telah menjadi satu
keperluan yang penting pada masa sekarang. Terutamanya kepada wanita
berkerjaya. Dan umumnya objektif utama penyediaan Taska di tempat kerja ini
adalah bagi membolehkan kaum ibu atau wanita menjalankan tanggungjawab
sebagai ibu tanpa meninggalkan tanggungjawab sebagai pekerja. Dan ia juga
bagi menggalakkan lebih ramai tenaga mahir dan profesional di kalangan wanita
untuk terus menyumbang dalam bidang masing-masing, walaupun sudah
berkahwin dan memiliki anak. Dan untuk makluman, terdapat 8 buah taska
beroperasi di bangunan kerajaan yang menjalankan perkhidmatan taska. Ia
termasuk di bawah kategori taska di tempat kerja. Masing-masing 4 buah di Johor
Bahru, 2 buah di Kluang, 1 di Muar dan 1 di Batu Pahat. Taska-taska tersebut
adalah:
1. Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di Wisma Persekutuan
2. Taska Puri Kastam, Menara Kastam
3. Taska Cahaya Mata Azizah di Sekolah Menengah Vokasional Azizah
4. Taska Harmuni Nur Kasih di Kuarters Hospital Sultan Ismail
5. Taska Permata Kasih di Penjara Kluang
6. Taska Impian Adam Hawa di Hospital Inche Besar Hajah Kalsom
7. Taska Perdana, Hospital Pakar Sultanah Fatimah
8. Taska di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat
YB Puan Hajah Norshidah binti Ibrahim (Buloh Kasap) : Terima kasih Yang Berhormat
Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya sangat bersetujulah
bila dikatakan bahawa pusat jagaan kanak-kanak atau pun taska ini diberi
keperluan kepada wanita berkerjaya. Apa yang saya difahamkan di Kota Iskandar
ini sendiri tiada pembinaan pusat jagaan kanak-kanak. Dan adakah perancangan
ini akan dibuat dalam masa terdekat untuk kepentingan kepada wanita yang
berkerjaya? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih Yang Berhormat. Alhamdulillah, sebenarnya Kerajaan Negeri Johor
telah pun meluluskan pembinaan sebuah taska yang mampu memberikan
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak kepada penjawat awam di kawasan
pentadbiran Kota Iskandar, Iskandar Puteri, yang insya-Allah ianya akan dimulakan
pada tahun 2018, yang juga boleh menempatkan lebih kurang 40 orang kanak-
kanak. Dan sebagaimana dalam bajet, pembentangan Bajet 2018 oleh Yang
Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah menyarankan perwujudan taska di
semua bangunan GLC Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri
Johor. Dan, insya-Allah ianya akan dapat direalisasikan oleh semua agensi yang
terlibat.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih
Yang Berhormat EXCO. Jementah cuma nak ingin tahu sama adakah pusat jagaan
kanak-kanak ini selain daripada yang dilaksanakan di bangunan-bangunan
Kerajaan Negeri, sama adakah dia juga dilaksanakan di syarikat-syarikat swasta?
Adakah sebarang statistik atau adakah ini sudah menjadikan satu polisi daripada
pihak kerajaan untuk menggalak sektor-sektor syarikat swasta untuk melaksanakan
polisi ini. Sebab saya nampak sebenarnya kaum wanita yang banyak sudah apa ni
311
masuk dalam kerja ini, banyak juga di syarikat-syarikat swasta. Saya minta satu
jawapan kalau ada statistik berkenaan. Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih Yang Berhormat Jementah. Sebenarnya untuk makluman Yang
Berhormat Jementah, bagi swasta yang telah pun berdaftar dengan kita, ada 3
ya... swasta oleh pihak... taska oleh pihak swasta. Dan sebenarnya memang
kerajaan sentiasa menyarankan untuk perwujudan taska-taska sama ada di sektor
awam dan juga di sektor swasta. Ini terpulang kepada pihak-pihak yang
berkenaan untuk mewujudkan. Sebab syarat-syarat untuk pembinaan taska, kita
ada syarat-syarat tertentu seperti penyediaan bangunan ya dan juga pengasuh-
pengasuhnya juga ya yang perlu menjalani latihan ataupun kursus sebelum
pembukaan taska-taska tersebut.
YB Speaker : Yang Berhormat Machap jemput.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih Yang Berhormat Tan
Sri Speaker. Soalan nombor 7.
Apakah program-program yang dilakukan bagi melahirkan Orang Muda Johor
(OMJ) yang dapat memenuhi aspirasi Bangsa Johor?
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan : Terima kasih
Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Machap. Orang Muda
Johor merupakan generasi penting yang mempunyai komposisi yang besar iaitu
sekitar 40% daripada Bangsa Johor. Mereka-mereka inilah yang bakal mewarisi
negeri ini sebagai pemimpin, penyokong pentadbiran, menjaga ketenteraman
keselamatan, menggerakkan ekonomi serta membangunkan sosial. Oleh yang
demikian, menjadi tanggungjawab kita semua untuk mencorak Orang Muda Johor
yang kompeten dan seimbang, Orang Muda Johor perlu menjadi Bangsa Johor
yang mempunyai jati diri, pemikiran dan idea yang baik, bersungguh dan rajin,
bertanggungjawab serta sentiasa mengambil peduli terhadap masyarakat dan
juga negeri ini.
Untuk itu, beberapa program telah disusun oleh kerajaan negeri bagi melahirkan
Orang Muda Johor yang dapat memenuhi aspirasi Bangsa Johor, yang mana
program ini dimulakan daripada peringkat sekolah lagi yang kemudiannya
diteruskan di peringkat pengajian tinggi. Selepas belajar juga dilaksanakan bagi
orang-orang muda yang berada dalam kelompok masyarakat.
Program-program pembangunan Orang Muda Johor disusun di peringkat sekolah
bertujuan untuk memupuk kepimpinan pelajar, meningkatkan jati diri dan
kemahiran pelajar dalam seni budaya serta menerapkan semangat kesukarelaan
pelajar terhadap masyarakat. Program-program ini termasuklah Johor:
1. Johor Student Leader Council bagi memupuk kepimpinan pelajar di peringkat
sekolah yang dilaksanakan oleh pihak Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan
Semangat Dato’ Onn atau IKLAS
2. Lestari Seni Budaya Johor yang dilaksanakan oleh Yayasan Warisan Johor
sebagai program pembangunan seni budaya di sekolah-sekolah terpilih
meliputi seni muzik keroncong, ghazal, tarian zapin, seni visual serta kesenian
islam iaitu seni khat, seni taranum dan juga berzanji.
3. Melalui Yayasan Warisan Johor juga, kita juga menganjurkan Yayasan Warisan
Summer Camp kelolaan Yayasan Warisan Johor sebagai program mencungkil
312
bakat dan memberi latihan jangka pendek semasa cuti sekolah yang meminati
bidang seni muzik, seni tari dan juga fotografi.
4. Kelab Sukarelawan Darul Ta’zim yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan
Belia Johor dengan kerjasama sekolah-sekolah terpilih di setiap kawasan Dewan
Negeri Johor.
5. Dalam bidang sukan pula, Orang Muda Johor boleh mengikuti program
pembangunan sukan seperti Sirkuit Olahraga Junior Johor yang dikendalikan
oleh Majlis Sukan Negeri Johor serta pembangunan bola sepak akar umbi yang
dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Seterusnya di peringkat institusi pusat pengajian tinggi pula, program Duta Jauhar
dilaksanakan yang dikelolakan oleh Yayasan Pelajaran Johor. Program ini dicorak
bagi membangunkan sosioekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa
Johor daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. Ia sebagai pengiktirafan
kepada golongan mahasiswa yang diyakini mampu bersama-sama menyumbang
idea kreatif, inovatif dan sumber tenaga dalam menjayakan agenda
pembangunan masyarakat dan juga Negeri Johor.
Ianya tidak berhenti setakat itu, Kerajaan Negeri Johor juga memandang tinggi
keperluan pelajar lepasan IPT untuk terlibat dalam pentadbiran serta pengurusan
Kerajaan Negeri Johor. Pelajar lepasan IPT yang cemerlang dan yang terpilih diberi
pendedahan dalam pentadbiran negeri serta perusahaan anak syarikat kerajaan
negeri atau GLC dalam program yang dikenali sebagai Johor Talent yang
dikelolakan oleh pihak Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’
Onn. Sehingga kini seramai 80 orang lepasan IPT yang telah mendapat peluang ini
dengan tujuan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang akan menjadi
pemimpin generasi yang akan datang.
Bagi Orang Muda Johor yang berada di dalam masyarakat pula, mereka diajar
untuk bersama-sama dalam program-program kesukarelaan di bawah nama
Sukarelawan Darul Ta’zim untuk membantu masyarakat yang kurang
berkemampuan. Dalam Program Pembinaan Rumah Ihsan Johor yang dikelolakan
oleh Insan Johor, Orang Muda Johor diberi latihan untuk membina rumah dalam
masa 3 hari yang diselaraskan oleh Pertubuhan Insan Johor yang kini telah
membina 20 buah rumah. Orang Muda Johor dalam Sukarelawan Darul Ta’zim
diajak untuk bersama-sama membantu membaiki kerosakan kecil rumah dengan
sasaran 300 buah rumah setahun dan sekurang-kurangnya 5 buah rumah di setiap
Dewan Negeri Johor.
Melalui program-program yang dilaksanakan ini, ia diharap mampu melonjakkan
Bangsa Johor sebagai bangsa yang maju dalam pelbagai bidang seiring dengan
kemajuan fizikal yang pesat ini. Semoga Bangsa Johor dapat hidup dalam
keadaan aman, damai serta mempunyai jati diri yang tebal serta semangat
perpaduan dan sentiasa berganding bahu walaupun berbilang kaum sama ada
China, Melayu ataupun India. Terima kasih.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Terima kasih Tan Sri Speaker dan
terima kasih kepada EXCO yang menjawab soalan yang dibangkitkan oleh
Machap. Kita melihat kerencaman dan minat Orang Muda Johor ada
kepelbagaian. Ada anak muda yang minat dalam kerja-kerja kesukarelawanan,
ada minat dalam aktiviti lasak, sukan, aktiviti keagamaan dan sebagainya. Jadi
dari segi pemilihan program ataupun aktiviti yang ingin dilaksanakan, tentunya ada
313
sedikit masalah di sini. Sebab kita nak buat satu program yang melibatkan
kepelbagaian, kerencaman minat mereka ini. Jadi, tentunya ada kesukaran di sini.
Dan juga dari segi penglibatan pelbagai kaum. Kita melihat sesetengah program
itu hanya ada sesuatu kaum. Jadi bagaimana kita nak melibatkan kaum-kaum
yang lain juga terlibat dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor
bagi Orang Muda Johor? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat
DUN Machap. Kerajaan Negeri Johor pada hari ini sebenarnya mengambil kira
program-program yang dilaksanakan melalui jabatan-jabatan di bawah
terutamanya di bawah portfolio saya, Jabatan Belia Sukan Negeri Johor, Yayasan
Warisan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor. Perkara utama yang kita ambil kira
selain daripada kita mengadakan program, kita perlu melibatkan semua kaum
untuk terlibat sama dalam setiap program yang diadakan. Contohnya kita lihat
pada hari ini di bawah Yayasan Warisan Johor kan, yang kita anjurkan minggu lepas
iaitu Festival Seni Muafakat Johor. Yang mana festival ini bukan sahaja melibatkan
penglibatan daripada anak-anak muda di kalangan kaum Melayu tetapi kita
libatkan mereka yang berbangsa lain, bangsa China dan juga India. Contohnya
acara yang kita adakan untuk melibatkan bangsa lain seperti kaum China, kita
mengadakan program di bawah festival Seni Muafakat Johor iaitu:
1. Tarian China dan tarian India
2. Gendang China dan juga Gendang India
Selain daripada itu, untuk kaum Melayu sendiri, kita mengadakan pertandingan
kompang, ghazal, keroncong dan juga ini merupakan program-program
melibatkan 3 kaum utama. Selain daripada itu, antara program Yayasan Warisan
Johor yang telah dilaksanakan yang melibatkan penyertaan daripada semua kaum
iaitu festival permainan tradisional. Ini juga kita tidak meninggalkan kaum-kaum
lain, yang mana program ini melibatkan kaum China dan India juga seperti yoyo
China, kavadi dan juga seperti permainan untuk kaum Melayu yang lain. Ini telah
mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada seluruh anak-anak
muda dalam Negeri Johor.
Dan, kita pun maklum bahawa kerenah dan juga masalah yang wujud di kalangan
belia pada masa ini mungkin berbeza dengan apa yang dilalui oleh Yang
Berhormat DUN Machap sendiri. Sebab itu Kerajaan Negeri Johor pada hari ini
mengambil kira kehendak dan juga pandangan daripada belia-belia yang ada
pada hari ini. Apa yang kita lihat pada hari ini Yang Berhormat DUN Machap iaitu
daripada segi pelaksanaan program yang dibuat oleh pihak jabatan-jabatan
seperti Jabatan Belia dan Sukan, Yayasan Warisan Johor, Majlis Sukan Negeri Johor.
Kita juga mengambil kira kedudukan belia itu di mana? Kalau di sini kita lihat kita
mempunyai belia-belia yang dikategorikan di kawasan bandar dan juga luar
bandar. Dan juga mereka mempunyai kehendak dan minat yang berbeza. Sebab
itu pada hari ini, Kerajaan Negeri Johor mengambil kira kehendak dan juga minat
masing-masing. Dan yang pasti, setiap program yang kita laksanakan tidak akan
memberi kesan sampingan kepada mereka semua insya-Allah. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Johor Jaya jemput.
YB Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya
soalan nombor 8.
314
Nyatakan rancangan untuk menyalakan semua lampu jalan di Lebuhraya Pasir
Gudang terutama Persimpangan Bertingkat Pandan di mana hanya sebahagian
lampu yang nyala serta tindakan terhadap kes ragut yang dialami oleh kontraktor.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, perancangan untuk menyalakan lampu jalan yang rosak
ini memerlukan kos yang tinggi. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan... lampu jalan
sama ada jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah di bawah
tanggungjawab Cawangan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
Pada tahun 2018, pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah memohon sebanyak
RM11.423 juta untuk menyelenggara lampu jalan di seluruh Negeri Johor. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat Johor Jaya, Lebuhraya Pesisir Pantai, Jalan Permas
Jaya-Pasir Gudang, Jalan Johor Jaya-Kota Tinggi, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi
merupakan kawasan yang memerlukan kos yang tinggi untuk kerja-kerja, bukan
hanya penyelenggaraan tetapi juga kerja-kerja pembaikan. Ini termasuk
RM350,000.00 untuk pembaikan lampu di terowong Pandan dan juga pembaikan di
sepanjang jalan yang menghala ke terowong dan selepas terowong tersebut. Oleh
kerana terdapatnya kecurian dan juga kerosakan yang dilakukan terhadap lampu-
lampu yang sudah sedia ada di kawasan tersebut termasuklah feeder pillar dan
juga kabel-kabel yang dicuri.
Kecurian yang begitu kerap berlaku di kawasan yang saya sebutkan ini, bukan
hanya melibatkan bagi daerah Johor Bahru selain daripada RM350,000.00 di
kawasan persimpangan bertingkat Pandan itu tadi, untuk daerah Johor Bahru
sahaja, kos penyelenggaraan dan kerja-kerja pembaikan mencecah sehingga
RM1.874 juta bagi membolehkan lampu-lampu jalan yang rosak itu bernyala semula
dan dengan, berfungsi dengan sempurna.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR
Negeri Johor telah pun melaksanakan kontrak penyelenggaraan bagi lampu jalan
di laluan-laluan persekutuan bagi daerah Johor Bahru, kontrak untuk 2 tahun
bermula dari 1 Ogos 2017 sehinggalah 31 Julai 2019 dengan nilai sebanyak
RM355,603.00 bagi kontrak penyelenggaraan selama 2 tahun.
Kedua, ialah kontrak penyelenggaraan lampu jalan untuk laluan persekutuan bagi
daerah Johor Bahru iaitu jalan Johor Bahru ke Mersing, laluan Pejabat Pos Tiram
hingga ke Felda Ulu Tebrau dengan nilai sebanyak RM356,796.00 bagi kontrak
penyelenggaraan bermula daripada 1 Ogos 2017 sehinggalah 31 Julai 2019. Terima
kasih.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja soalan-soalan yang dapat
kita kemukakan pada pagi ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum
dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam persidangan ini.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA
BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017.
YB Speaker : Saya persilakan Yang Berhormat Bukit Permai menyambung ucapan.
Jemput.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. selamat sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. (Berselawat) Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker kerana
memberi peluang Bukit Permai untuk menyambung perbahasan pada hari ini.
Pertamanya Bukit Permai mewakili rakyat menjunjung kasih merafak sembah
315
tahniah sempena ulang tahun kelahiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail
Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Jajahan Takluk
Johor pada minggu yang lalu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Bukit Permai juga ingin mengucapkan tahniah
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan Bajet
2018 yang cukup komprehensif merangkumi segenap aspek dan golongan rakyat
bangsa Johor. Secara keseluruhan, Bajet 2018 yang dibentangkan pada hemah
saya, merupakan satu bajet yang cukup rasional yang berhemah dan
mengamalkan perbelanjaan yang sangat tidak boros. Kita lihat sebagai
perbandingan, hasil pada 2017 sebanyak RM1,600 juta. Kita belanja pada 2017
sebanyak RM1,600 juta juga. Tetapi memandangkan anggaran hasil kita
berkurangan pada 2018, maka belanja mengurus kita kurangkan kepada RM1,500
juta ini suatu perkara yang sukar kita hendak dapat di lain-lain, terutama di Pulau
Pinang, mereka sanggup berbelanja boros, belanjawan yang defisit, tetapi kita
mengamalkan sikap berhemah oleh kerana hasil mengurang maka belanja
mengurus juga kita kurangkan kepada RM1,500 juta pada tahun depan. Tetapi,
walaupun penjimatan itu berlaku hampir RM100 juta, kerajaan ini sangat
bertanggungjawab demi kepentingan rakyat, belanja Pembangunan kita kekalkan
pada RM700 juta. Yang ini maksudnya, kerajaan hari ini tidak kompromi tentang
kebajikan rakyat. Sebab itu belanja pembangunan dikekalkan pada RM700 juta.
Tetapi Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan dah buat sebaik macam ini pun
masih banyak lagi tohmahan-tohmahan daripada wakil-wakil pembangkang yang
sentiasa tidak bersyukur. Mereka ini sepatutnya berterima kasih kerana mempunyai
kerajaan yang bertanggungjawab dan ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat
dalam menguruskan kewangan negeri. Dan apa yang menarik bajet tahun ini,
sebaik sahaja bajet yang bertemakan Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera
untuk Johor ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, agenda
besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini telah disambut dengan satu gagasan
baru daripada pentadbir negeri Johor.
Saya hendak ucap tahniah kepada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor melalui,
yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ SUK kerana baru-baru ini telah
melancarkan transformasi kecemerlangan Pegawai Tadbir Negeri Johor, demi untuk
melaksanakan gagasan besar pembentangan bajet untuk dekad baru Johor itu.
Jadi, saya rasa Team Johor ataupun langkah-langkah yang diambil oleh Pegawai
Tadbir ini seiring dengan gagasan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sekarang ini kita hidup di zaman jahiliah. Saya
ingin menyorot kembali peristiwa sirah ketika zaman jahiliah dulu. Zaman jahiliah
dulu sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab ini dia punya pedang ini
sentiasa berada di pinggang. Mereka membunuh sesuka hati, mereka melakukan
kerosakan, merampas harta kerana pada ketika itu tidak ada undang-undang,
peraturan yang lengkap sebelum kedatangan Islam. Itulah keadaan yang di
ceritakan zaman orang-orang Arab dahulu. Mereka menggunakan pedang untuk
membunuh satu sama lain.
Tetapi hari ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ramai di antara wakil-wakil
pembangkang dan juga orang-orang di luar sana menggunakan lidah sebagai
pedang untuk membunuh kebaikan-kebaikan yang kerajaan buat. Di samping
pedang, lidah mereka juga menggunakan jari jemari sebagai pisau untuk merobek
segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan hari ini. Berbagai fitnah dilemparkan
mereka ini adalah golongan yang tidak bersyukur tidak menggunakan mata untuk
316
melihat, tidak menggunakan telinga untuk mendengar dan tidak menggunakan
hati untuk menilai kebaikan yang kerajaan buat. Sepertimana di dalam al-Quran,
surah Al Mukminum, ayat yang ke-78 yang bermaksud “dan Dia lah jua yang
mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu
bersyukur dan berfikir namun amatlah sedikit dari kamu yang bersyukur”. Inilah
golongan-golongan yang disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran golongan yang
tidak bersyukur, tidak menggunakan hati, mata, penglihatan, tidak menggunakan
telinga untuk mendengar perkara yang baik-baik malah melemparkan fitnah di
atas kebenaran dan juga kebaikan yang kerajaan buat pada hari ini.
Mereka ini semua Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya hendak bagi pantun;
“Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Sungai Senai, mulut busuk bila
bermadah, tuduhan jahat buruk perangai”.
“Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Sungai Mengkibol, perkara di
bentang semua disanggah, apa di cakap semua tidak betul”.
“Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Bandar Penggaram, ketua
pembangkang lembut berhujah, tak faham bajet semua dihentam”.
“Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Pantai Stulang, janji manis sedap di
madah, bila berkuasa Melayu ditendang”.
“Anak Cina memasang lukah,
YB Speaker : Anak Cina sahaja ke? Anak lain ke?
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini satu
ucapan yang mengasyikkan...
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Apa ni. Eh, duduk, duduk. Masa
dia bercakap saya tak bangun pun Tan Sri Speaker..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker..
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini apa hal ini? Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, ini pantun, pantun lama ini ”Anak Cina memasang lukah, apasal terasa
pula?
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Peraturan.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini pantun.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, yang
inilah orang daripada Barisan Nasional tiap-tiap hari muafakat, muafakat. Asal
ucap semua perkauman, ini muafakat apa?
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini pantunlah, Mengkibol duduk.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Penipu, lidah bercabang dua. Ini teruk
betul Bukit Permai.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Apa ini?
317
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Perlu dihalau keluar dari Dewanlah.
Cakap macam-macam perkauman.
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini pantun.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Pekan Nenas tak faham.
YB Speaker : Sila, teruskan ucapan.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit): Tak ada gangguan ini, ganggu ni.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Ini pantunlah, saya boleh buat
anak apa pun bolehlah.
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila teruskan ucapan.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Bukan Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
kalau dia nak tegur nak kritik, dia langsung cakap Penggaram saya boleh terima,
jangan pakai kaum Cina. Ini sebab kita semua Bangsa Johor.
YB Speaker : Ok, ok. Yang Berhormat.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ini pasar Yang Berhormat Tan Sri
Speaker eh?
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Tan Sri Speaker, janganlah dalam Dewan
ini tiap-tiap hari Muafakat Johor tetapi cakap macam ini.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Masa Pekan Nenas cakap, saya
tak kacau eh! Mengkibol cakap, saya tak kacau. Duduk!
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Peraturan, peraturan.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Mengkibol cakap, saya tak kacau.
Duduk.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit): Pembangkang, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker,
YB Speaker : Yang Berhormat, duduk, duduklah. Teruskan.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit): Dia makan cili, dia rasa pedas...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dia cakap..
YB Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk, duduk.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit): Kalau dia tak makan cili, dia tak rasa pedas.
318
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
saya teruskan.
YB Speaker : Ya, ya, teruskan.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Anak Ali memasang lukah, lukah di
pasang di Pekan Tangkak, kalau Selangor, Penang dipandang indah, sila pindah
sekarang juga. (Dewan ketawa).
Anak Ali memasang lukah, lukah di pasang di Pengkalan Rinting, Kewangan Negeri
ni di auditlah, tak perlu sibuk tak perlu melenting.
Anak Ali memasang lukah, lukah di pasang di Pekan Nenas, cakap banyak cepat
marah, rakyat Pekan Nenas dapat hampas.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, inilah cara
yang betul...
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Apa ni? Apa masalah?
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Inilah cara yang betul, mana boleh suka-suka
tadi.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Tak, Mengkibol...
YB Speaker : Jangan ganggulah dia berpantun Yang Berhormat, dia berpantun.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Saya pantun nama saya pun salah!
(Dewan ketawa).
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Bukan salah. Salah puji. Ini betul, ini betul.
YB Speaker : Dengar sahajalah. Yang Berhormat, dia berpantun.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Ini betul, saya..
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Dah betul, duduk! Jangan kacau
saya!
YB Speaker : Sila, sila. Teruskan.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Anak Melayu pula, anak Melayu pula.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Anak Ali memasang lukah, lukah di
pasang di bandar Jementah, kem Askar datang Jementah gelabah, ramai askar
akan berpindah.
Anak Ali memasang lukah, lukah di pasang di Sungai Jorak, walau dekat tapi jauh,
sekali sekala dapat berborak.
YB Speaker : Ok Yang Berhormat, ucapan teruskan. Pantun tu berhentikanlah.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Pantun ni. Anak Ali memasang
lukah, lukah dipasang di Parit Yaani, cerita sengsara tidak sudah-sudah, sampai
sekarang tak mati-mati.
319
Anak Ali memasang lukah, lukah dipasang di Sungai Kepong, Puteri Wangsa,
Maharani, Sungai Abong memang peramah, selalu memuji macam boleh
bergabung. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
YB Speaker : Ya.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Gagasan besar Bajet 2018 untuk
membangun dekad baru Johor, Bukit Permai nampak ini satu cabaran, cabaran
kepada orang Melayu. Sebab, Bajet Dekad Baharu ini untuk tempoh 10 tahun.
Jadi, perbahasan saya ini saya minta pihak UPEN dengar betul-betul. Apabila kita
bercakap tentang bajet masa depan negeri 10 tahun akan datang, kita kena lihat
di mana kawasan tumpuan yang strategik untuk orang Melayu. Di mana lubuk
ekonomi orang Melayu. Saya nak beritahu, kita perlu ada kawasan pertumbuhan
khusus Melayu yang mapan. Saya nak beritahu kita ada Koridor Melayu yang kaya,
koridor Kulai – Kota Tinggi. Koridor Kulai-Kota Tinggi ni merupakan Koridor FELDA.
Begitu juga dengan koridor Kota Tinggi ke Pengerang. Ini koridor FELDA. Di sinilah
lubuk kekayaan orang Melayu. Lubuk kekayaan orang Melayu di sini.
Kita lihat, Johor antara negeri yang ke-2 yang banyak tanah-tanah FELDA selepas
Pahang. Tetapi di Pahang, kita lihat ya, di Pahang ada satu bandar, iaitu Bandar
Tun Razak yang terdiri daripada Kompleks Jengka, di situ ada apa? Di Jengka,
Kompleks Jengka Pahang ni, di Bandar Tun Razak ni ada Balai Polis, ada Balai
Bomba, Pejabat Pendaftaran, Pejabat Pos, Hotel, ada pasar raya Mydin, ada
bangunan Arked Mara, ada Stadium, ada UiTM ada Hospital Jengka, ada Bank
Islam, Maybank, Agro Bank. Kawasan Jengka ni, Kompleks Jengka ni, Bandar Tun
Razak ini, yang memajukan, yang mewujudkan bandar ini adalah orang-orang
FELDA.
Kita tengok di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pun banyak FELDA, ada satu
bandar yang dipanggil Bandar Seri Jempol, yang mengayakan Bandar Jempol,
yang menghidupkan Bandar Seri Jempol ini, kalau orang Melayu kata Jempol,
orang Jawa Jempol, Jempolan, bagus. Bandar Seri Jempol ni, dia merupakan
bandar yang membangun kerana ada Kompleks FELDA Serting. Apa ada di situ?
Ada hospital daerah, ada Ibu Pejabat Polis Daerah, ada JPJ, ada Kompleks Terminal
Bas, ada pasar raya-pasar raya, ada bank-bank perdagangan tetapi kita di Johor,
mana satu kawasan FELDA di negeri Johor ni yang ada seperti itu. Tak ada. Belum
ada lagi jaringan FELDA yang banyak ini ada sebuah bandar yang dimajukan oleh
orang-orang Melayu seperti di Jengka dan di Jempol, tak ada. Jadi saya pada hari
saya nak beritahu bagaimana pusingan ekonomi yang berlaku di kompleks-
kompleks gugusan FELDA ini. Saya beritahu contoh, di Kulai, Kota Tinggi, Taib
Andak, ada 620 rumah; FELDA Inas, 264 rumah; FELDA Pasir Raja, 415 rumah; FELDA
Bukit Ramun, 323 rumah; FELDA Bukit Besar, 409 rumah; FELDA Sungai Sayong, ini
tempat Dato’ SUK ni 399 rumah; FELDA Penggeli, 460 rumah; FELDA Sibol, 411 rumah;
FELDA Lenggiu, 499 rumah. Jumlah keseluruhan rumah ini 3,800 rumah peneroka
dalam kawasan circle yang dekat-dekat, sebelah menyebelah je FELDA. Jadi Tan
Sri Pengerusi, Tan Sri Speaker, kalau 1 bulan saya tak cerita isi rumah, 1 rumah, 1
rumah belanja RM1,000.00. Satu bulan, 1 rumah belanja RM1,000.00, kawasan itu
ada cash floating, floating cash ni, aliran tunai untuk orang belanja ni, RM3.8 juta
sebulan. Itu kalau 1 rumah belanja RM1,000.00. Kalau 1 rumah belanja RM2,000.00,
maknanya floating cash ni, aliran tunai yang terapung ni, orang beli tu beli ni, ada
RM7.6 juta sebulan. Berapa kita boleh membangunkan tempat itu sebagai pusat
pertumbuhan ekonomi orang Melayu. Kita, UPEN kena tengok benda ni. Bawa
320
datang hospital di situ, Ibu Pejabat Pos bawak semua benda-benda ke situ. 10
tahun lagi kita tidak boleh hanya melihat Iskandar Malaysia, Nusajaya, Iskandar
Puteri, kita kena lihat tempat-tempat begini supaya boleh tempat-tempat begini
boleh membangun seiring dengan Iskandar Puteri. (Dewan bertepuk). Ini yang kita
kena lihat. Kita kena bantu, kita tak boleh biarkan pembangunan datang, kita
layan. Pemaju-pemaju ni dia buat proposal untuk pembangunan ikut selera dia.
Kita kena buat pembangunan ikut selera kita. Untuk kepentingan orang kita, untuk
kepentingan orang-orang yang menyokong kita. Biar tempat mereka ini boleh
bersaing dengan bandar-bandar besar. Ini yang saya nak bawa supaya inilah
perkaranya yang saya bawa juga ucapan pertama saya di Dewan ini. Jadi saya
tutup penggal ini dengan ucapan yang sama. Sebab sepanjang 5 tahun benda ni
tak bergerak. Jadi saya harap perkara ini dapat dilihat secara serius untuk tempoh
10 tahun akan datang demi untuk menyahut cabaran dekad baru membangun
Johor ini.
YB Speaker :Sila gulung.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ini
merupakan pilihan, merupakan penggal terakhir untuk kita bersidang sebelum
Dewan ini dibubarkan. Saya ingin mengingatkan kepada kerajaan di bawah
pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bahawa kita perlu yakin dan
beriman dengan apa yang kita lakukan. Sesungguhnya hari ini kalau kita
melakukan perkara yang baik-baik, pastinya Allah Taala akan membalas kita
dengan perkara yang baik-baik. Kerana menurut firman Allah dalam Surah Al-Imran
ayat 26 yang bermaksud, “Katakanlah wahai Muhammad, wahai tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan, engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan
pada sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang engkau kehendaki, engkaulah yang memuliakan
sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang menghina sesiapa yang
engkau kehendaki dalam kekuasaan engkau sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. Inilah kita disuruh
beriman dengan al-Quran, dan kita kena yakin bahawa kuasa pemerintahan yang
ada pada hari ini adalah atas nikmat dan anugerah daripada Allah SWT.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, sebab itu apabila kita mengundi dalam pilihan
raya, kita mengundi ni sorang-sorang. Dia bagikan satu tong untuk orang tu
memangkah, sesungguhnya mengundi itu bukan secara duduk ramai-ramai, kau
nak undi siapa, pangkah dia suruh sorang-sorang. Kerana kalau ada 2 orang akan
ada syaitan di tengah-tengah. Jadi apabila orang tu sorang, maksudnya yang
membuka pintu hati orang itu untuk memangkah Barisan Nasional itu dahnya
datang ni daripada Allah sebenarnya. Allahlah yang membuka hati manusia untuk
memilih sebuah kerajaan. Jadi jangan bimbang dan jangan ragu, kalau kita terus
melakukan kebaikan demi rakyat, rakyat akan pilih kita sekali lagi Yang Berhormat
Tan Sri Pengerusi. (Dewan bertepuk) Ini kena yakin dengan kebaikan yang kita buat.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, akhir sekali saya nak membawa 1 Surah Al-Anfal
ayat 63 yang bermaksud ”Dan dialah Allah yang menyatupadukan di antara hati-
hati mereka kalau engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak dapat menyatupadukan antara hati mereka. Akan tetapi
Allah jualah telah menyatupadukan antara hati mereka. Sesungguhnya Allah
maha kuasa, lagi maha bijaksana”. Jadi walaupun kebaikan yang kita buat,
memang ada mereka-mereka yang cemburu, dan sentiasa menentang kita. Kita
kena yakin bahawa Allah sahajalah yang akan menyatukan hati-hati manusia ini
untuk memilih kerajaan yang akan datang. Maka, makanya, makanya saya
menyeru, kepada rakan-rakan Barisan Nasional untuk kita istiqamah, kita terus
321
bertakwa dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal soleh di tempat kita.
Mudah-mudahan kerajaan ini dipilih sekali lagi. Sekian, Bukit Permai mohon
menyokong usul yang di bawa oleh Kukup. Terima kasih.(Dewan bertepuk).
YB Speaker : Terima kasih Bukit Permai. Ahli-Ahli Yang Berhormat selepas kita
tangguhkan Persidangan ini, Sungai Abong akan menyambung. Dengan ini saya
tangguhkan dulu Persidangan ini 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10:55 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 11:17 pagi.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Ahli-
Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung semula. Jemput Sungai Abong.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) :Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Sungai Abong Bersih
ataupun salam Bandar Muar Di Raja Bersih. Terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker yang telah memberikan keizinan kepada saya untuk berucap kali
terakhir.
YB Timbalan Speaker : Allah sahaja yang menentukan.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Dan, saya akan menyifatkan
sebagai mungkin wasiat berbentuk wasiat terakhir.
Dato’ Speaker, pertama-tama saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
tahniah ke atas keputeraan Tuanku Duli Yang Maha Mulia ke atas keputeraan
baginda tempoh hari. Tak lupa kepada JDT kalau sebut JDT saya pun ambil
kesempatan untuk memberikan ucapan tahniah kepada JDT yang telah
mengharumkan nama negeri Johor dalam bidang bola sepak. Sebelum saya
masuk kepada yang pokok, kita merasa sungguh lega dan terima kasih kepada TMJ
kerana telah menaikkan nama Johor dalam arena bola sepak dan kita jangan lupa
bahawa kita juga negeri ada tanggungjawab untuk membangunkan bola sepak.
Kalau JDT, kelab, kita sebagai kerajaan untuk membangunkan bola sepak negeri
Johor. Sekarang ini rata-rata satu dunia Dato’ Speaker, merasa hairan dan terkejut
dengan 1 pasukan bole sepak negara Iceland, sebuah negara kecil, pulau.
Pertama kalinya sebuah pulau, penduduknya yang seramai 350,000 orang pun tak
tahu mana Iceland, kelabnya berapa pun kita tak tahu, pemainnya kita pun tak
tahu, tak kenal, tiba-tiba layak menyertai pasukan bola sepak di peringkat
antarabangsa. Maka semua negara tertumpu sekarang ini untuk mencari model.
Model pembangunan bola sepak mana yang terhebat. Maka dibuat kajian, kalau
dulu kita tengok belah Asia ni Korea, Jepun, negara Arab sekarang semua dunia
tertumpu kepada Iceland. Bagaimana sebuah negara yang kecil mampu layak ke
pesta Piala Dunia. Melalui analisa yang telah dibuat, ini satu fakta, kalau England
negara yang terkenal hebat bola sepaknya, bagi hampir 200,000 rakyat negara
England, nisbah jurulatih peringkat antarabangsa FIFA punya standard jurulatih
seorang, untuk 200,000 penduduk negara England. Kita tak tahulah ya. Negara
Iceland, 1 jurulatih untuk 1,700 penduduk, dan bertaraf FIFA standard. Maka dunia
telah membuat satu rumusan bahawa satu rahsia kalau kita nak memajukan sukan.
Tak kira apa-apa sukan, bola sepak ke, takraw ke, tak memadai dengan kita
menyediakan prasarana, kompleks sukan yang hebat-hebat tapi faktor yang
322
utama ialah jurulatih bertaraf hebat. Jadi saya minta, kerajaan kita ataupun apa ni,
EXCO sukan ambil kira pandangan ini, kerana,dia terbukti, tiada makna tiap-tiap
tahun kita luluskan RM10 juta, tahun lepas RM10 juta, macam rutin. Tahun dulu pun
tak silap saya pun RM10 juta, main RM10 juta aje untuk memajukan sukan bola
sepak dan negara kita. Cuba kita ambil kaedah baru pula mengikut, saya cadang
mengikut kaedah negara Iceland. Ini kita biarkan anak kita main bola sepak, tak
ada jurulatih. Macam mana kita nak maju. Jadi, tiap-tiap daerah ada jurulatih bola
sepak ataupun apa-apa sukan yang lain itu. Kalau kita berminat, berhajat sepak
takraw, maka sediakan jurulatih sepak takraw terlatih, tiap-tiap daerah, satu
kampung satu. Kita bagi elaun. Untuk bola sepak, tiap-tiap kampung, tiap-tiap
taman, satu jurulatih seperti negara Iceland. Ini, adalah barulah saya rasa ramuan
untuk kejayaan suatu bidang sukan dalam negara kita ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, tentang bajet kali ini, saya tak nak sentuh
banyaklah. Bajet ini, kalaulah dia ada berapa-berapa ramuannya, dia punya
ramuan. Kalaulah bajet ini asasnya baik, ada asas, tepat, ada roh, ada
pendekatan yang terkini, ada wawasan yang futuristik, ke depan, maka ini satu
bajet yang baik. Ini kita nak berbahas titik-titiknya berapa banyak, saya rasa. Aku
berapa titik, engkau berapa titik sentuhan. Ini, saya rasa kita tengok essence, isi
kalau tepati tiga ramuan tadi tu saya rasa cukup. Tugas kita mana yang kurang kita
tambahkan. Mana yang nampak-nampak lemah, kita cuba perbaiki kerana ia tidak
semestinya satu bajet yang perfect mungkin near perfect, hampir-hampir perfect.
Jadi, tugas kita pada hari ini, kita selaku Ahli-Ahli Yang Berhormat ini, kalau kita
anggap ini satu hidangan makanan untuk rakyat, maka kita ni tukang rasa dan
tukang komen saja. Apa tukang sama-sama untuk menghidangkan makanan itu.
Ha, mana nak tambah, kita tambahkan, yang mana kurang, kita kurangkan.
Nampak cantik, alhamdulillah tapi dia kena ada roh, kena ada fine tuning lagi. Tak
cukup bagi Muar RM300,000.00 untuk pelupusan tiram. Tak cukup, ada fine tuning
lagi. Apa masalah tiram ni, saya tanya pengusaha tiram di Muar ni, apa masalah
tiram? Bukan tak ada tiram, YB. Ada sekali air, sekali ponton ini tongkang tu lalu
habis tiram-tiram kita, lepas tu nak tunggu dia hidup balik. Hidup balik ponton lalu,
habis. Bukan tak hidup. Hidup. Tapi bila yang selama ni kita kena ambil perhatian ini
fine tuning ni. Segala projek yang kita buat atau yang terlaksana, yang paling
penting pada saya bukan sekadar kita laksanakan, adalah pemantauan. Paling
penting sesuatu aspek pembangunan projek-projeknya ialah pemantauan.
Kalau kita lihat di negara-negara lain, kalau kita pergi di England, pada pagi kita
tengok pekerja-pekerja dia ni pergi dekat taman-taman, check skru. Alat-alat
permainan kanak-kanak ni. Check skru ni longgar ke tidak, ini boleh pakai lagi. Kita
tak ada. Kita sampai rosak, tunggu rosak. Kerana kita tak memantau. Dah rosak,
barulah nak repair, ganti semua. Belah sana tidak, dia memantau, kadang-kadang
gantinya satu skru sahaja. Dua tiga skru, ganti pelapis, itu sahaja. Kita tak ada ni,
pemantauan ni. Jalan tunggu dah jadi kolam baru kita nak itu. Apasal tunggu dia
retak-retak sikit? Mantau, repair. Team pemantauan ini perlu, sangat perlu. Kerana
ia dapat menjimatkan kewangan kita. Banyak. Ini tidak, jalanlah di tepi parit, tengok
railing-railing parit, railing-railing besi parit, sampai nak roboh. Kalau kita mantau,
mungkin satu skru saja kita ganti. Ini aspeknya saya rasa kena ambil berat
pertimbangan dan mesti kita laksana.
Dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh
hari ini, Dato’ Speaker, saya sangat-sangat tertarik dengan satu figure tentang
median pendapatan isi rumah negeri Johor. Diberikan satu figure, 2004 berapa bagi
penduduk bandar. 2014 sekitar RM5,497.00 pendapatan, median. Pada tahun 2016,
RM6,012.00. Luar bandar RM4,393.00 pada tahun 2014. 2016, RM4,493.00
323
pendapatan median isi rumah, bagi penduduk luar bandar. Kalau kita faham
median, kalau kita tak faham median, maka kita beranggapan bahawa, Wah!.
Luar bandar pun pendapatan isi rumah RM4,000.00 sebulan. “RM4,000.00 lebih
sebulan. Kita yang menjadi barisan hadapan, menghadapi orang-orang kampung
ni, kita tahu, apa makna median kalaulah pendapatan 10 orang daripada 1,000
hingga 10,000, dia akan ambil tengah-tengah 4,000, 5,000 dua dibahagi dua lagi.
Itu dapatnya median, pendapatan. Maka, figure yang diberikan adalah
pendapatan isi rumah bagi luar bandar RM4,401.00 anggaran. Ini bukan benda tak
betul. Betul, tepat. Tapi, tidak menggambarkan realiti. Masih ada lagi penduduk luar
bandar, ada kematian tak mampu nak menguruskan jenazah. Berlaku. Nasib baik
bukan kawasan saya, sebelah agaknya. Telefon YB , “Tolong! Keluarga tak mampu
nak uruskan ini”. Saya kata orang kampung ni, apa hal orang kampung ni. Mana
pergi orang kampung? Orang kampung ni, biasa lepas nak pergi sembahyang
jenazah, baru dia hulur RM1.00, RM2.00 dalam tabung, selepas urusan jenazah. Tapi,
nak mengurus jenazah tak ada duit. Ini realiti.
Kalau betul tidak ada sifar kemiskinan daripada 3 tahun berturut-turut, daripada
2014 hingga 2016, kadar kemiskinan sifar, zero, kosong negeri Johor, saya rasa
mungkin tepat, sekiranya kalau diambil apa kaedah daripada median tadi tu,
memang tepat. RM4,000.00 pendapatan orang kampung, mana ada miskin. Apa
yang dibahaskan, ia beritahu kepada Dewan oleh Senggarang, kononnya kadar
kemiskinan ni mungkin ada 0.00034 kemudian di round up figurekan, saya rasa itu
mungkin itu tak berapa tepat. Saya takut dia ambil daripada figure median
pendapatan isi keluarga, maka itulah tidak ada sifar, kadar kemiskinan negeri Johor.
Kita tahu. Saya ingat semua Ahli Yang Berhormat tahu kerana kita berhadapan
dengan masyarakat, kerana kitalah, selain ada Baitulmal, Jabatan Kebajikan di
tiap-tiap daerah, kita juga menjadi Baitulmal. Kita juga menjadi menjadi Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Line pertama sebelum mereka pergi ke Baitulmal, kitalah line
yang pertama.
Dan saya harap, sangat-sangat harap pada Baitulmal, kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat, orang di luar sana tu kita berhadapan, saya tak tahu, kita yang
berhadapan dengan mereka ni kita faham sangat. Kalau pergi Baitulmal, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, dia layan tapi segala urusan temu duga, pertanyaan, isi
borang, bukan untuk nak meluluskan, cari sebab bagaimana tak nak meluluskan.
Tanya perkara, supaya tak lulus. Ada astro ke tidak, anak bekerja ke tidak, berapa
orang anak ada. Bukan segala prosedur tu untuk nak meluluskan, tidak. Seolah nak
sekat. Ada tak syarat supaya tak lulus. Ha, begitu. Saya bukan nak menuduh, saya
tak pernah pergi Baitulmal sebenarnya. Kerana saya, Baitulmal di tempat saya tu.
Jadi, ini apa yang diberitahu oleh rakyat kepada kita. Jadi, saya harap
longgarkanlah prosedur-prosedur yang ketat macam ni. Bagi Jabatan Kebajikan
Masyarakat, saya difahamkan bahawa tiap-tiap tahun dia kena mohon balik.
Setengah-setengah orang-orang yang menerima ini, tidak tahu pun kena mohon
balik. Dahlah tak dapat surat untuk mohon balik, tiba-tiba tak dapat bantuan,
sekat. Cucuk tak keluar, cucuk tak keluar.
YB Timbalan Speaker : Dia juga cucuk tak keluar eh.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Tak ada. Dah dia sebut ubat
juga. Tadi sebut ubat juga. Tak pasal-pasal dia iklan Sungai Abong, bagi ubat, bagi
ubat. Saya pun rasa, tanggapan baik ke tak baik pada ADUN, saya pun tak tahu.
Baik. Baik, alhamdulillah. Saya takut ramai nanti lepas ni ramai jumpa saya dekat lif.
Ada lagi sesuatu perkara. Saya nak cakap bab-bab yang dasar-dasar. Beginilah ya,
bajet biarlah teruskan bajet yang baik, teruskan.
324
Satu lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, tiap-tiap kali kita dengar perumahan tak
habis-habis perumahan rakyat. Rumah-rumah murah. Tak habis-habis kita bergelut
dengan masalah ini daripada mula, 10 tahun saya dalam Dewan ini. Kita dah
bergelut baik untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik, rumah murah. Tiba-
tiba akhir-akhir ini, bergelut satu lagi dua tiga kali lagi masalah rumah tak habis-
habis. Yang itu rumah-murah, nak menyediakan rumah murah mampu milik, satu
hal, tak selesai lagi, nak menyelesaikan 88,000 rumah-rumah Bumi-Bumi lot yang
tidak terjual, satu masalah lagi. Tiba-tiba timbul satu masalah lagi, rumah-rumah
mewah pula ini yang berharga RM1 juta yang tak laku ni. Kita kena tanggung balik.
Saya minta kerajaan kena hati-hati. Kerana saya pernah sebut, inilah takut-takut
penjajah bentuk baru ni. Kaum-kaum pemodal. Minta kita jangan dijajah. Pemodal
ni kalau ada masalah, kita kena bantu kerana apa, kalau masalah kaum pemodal
ni tak dapat diuruskan, ekonomi kita terjejas, jadi orang ni dia rasa perasan. Dia
anggapan bahawa tak ada masalah, kita kaum-kaum pemaju, pemodal. Kerajaan
akan tolong bila masa kalau ada masalah. Ada ura-ura rumah RM1 juta untuk
warga asing kalau tak laku, kita nak turunkan balik harga RM1 juta ke entah berapa
ratus ribu. Apa masalahnya, apa benda yang tak kena dasar kita ni. Kerana ada
yang tak kena. Saya rasa ada yang tak kena. Kaji balik. Pertama-tamanya yang
Bumi lot 88,000 apa penyelesaiannya. Jadi tak habis-habis masalah.
Sebab tu saya rasa, tiap-tiap program, projek wawasan futuristik tu mesti kita buat,
jangan kita fikir nak selesaikan masalah terkini. Jangan. Terkini ya, tapi wawasannya
mesti ke depan. Masalah air ni jangan terkini. Fikir 50 tahun akan datang. Tak habis-
habis masalah, selesai masalah ni. Kita nak menyelesaikan dia putarkan datang.
Buat satu projek air, tak payah fikir lagi. Minta maaf. Saya tahu ini masalah besar
bagi negeri Johor, kerana kita tak ada kawasan-kawasan gunung, bukit yang
hebat-hebat, untuk dijadikan empangan besar-besar seperti Terengganu dan
sebagainya, ini satu masalah negeri kita ini dan kita akan hadapi masalah yang
lebih besar lagi tentang air, kerana penyelesaian kita ialah terkini dan tak begitu
jauh futuristiknya. Tak begitu jauh. Kita ada prasarana yang terhebat di negeri Johor
ni. Akan kita dapat. Hide speed railnya, itulah, ini. Double track rail nya. AES nya lagi.
Tapi percayalah bahawa kalau kita benar-benar nak memajukan negeri Johor ini,
tak boleh lari daripada jalan raya, lebuh raya dan jalan raya. Negara Amerika
selepas peperangan dunia pertama, eh peperangan dunia kedua tahun 50-an,
Presiden Ivan Howell masa tu, dia punya wawasan tu nampak jauh, nak majukan
negara Amerika, interstate highway, bukan dengan kereta api. Interstate highway.
Dunia kagum ini projek terbesar dalam abad sejarah manusia. Highway, buat
highway satu negara bangun. Itulah yang diikuti oleh negara China selama ini.
Amerika hampir 300,000 km, interstate highway dia buat. Tiap-tiap pelosok negara
Amerika, highway. China hampir habis trilion membuat highway. Habis duit buat
highway tapi dia tahu akan datang. Nak bangun seluruh negara China, highway
bukan dengan kereta api sangat. Kereta api hanya mengangkut manusia,
penumpang-penumpang. Kita tak boleh bangunkan landasan, tanah-tanah di
sekitar landasan. Kita hanya boleh bangunkan tempat-tempat yang kereta api
berhenti tapi kalau highway, sepanjang-panjang highway tu kita boleh bangunkan
negeri ini.
Jadi saya minta, bila saya cadangkan tolonglah besarkan, lebarkanlah highway
PLUS ini. Maka jawapannya, terkini ini dia kata sekarang ini aliran trafik cukup. Ya
cukup. Tapi kita fikir future, future ini. Akan datang, 5 tahun akan datang, 10 tahun
akan datang. Kerana projek ini bukan setahun boleh siap, dua tahun boleh siap.
Mungkin 3-4 tahun. Jadi, saya cuba bawa benda-benda yang dasar-dasar yang
saya ulang-ulang baliklah. Saya rasa perlu difikir balik.
Dato’ Speaker...
325
YB Speaker : Sungai Abong sila gulung ya. Cepatkan sikit tu cakap.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Cepatkan sikit ya. Wasiat
terakhirlah. Pasal orang lain bercakap tu macam nak lagi, nak lagi.
YB Speaker : Kalau nak wasiat tu pun, biar cepat-cepat sikit.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya?
YB Speaker : Kalau nak wasiat pun cepat-cepat sikit.
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yalah saya wasiat. Sebelum
saya beri wasiat, saya nak beri tahniah pada Muarlah. Dengar-dengar tahun ini
dicalonkan lagi sebagai Bandar Pelancongan di peringkat Asean. Tak dengki ke?
Bandar bersih ni dah tak main lagi dah, menang aje. Sebab itu Sungai Abong tak
bawa lagi dah isu-isu parit, sampah, ini dah settle. Kalaulah semua kawasan-
kawasan ini settle macam ni, Dewan kita ni meriahlah tak payah kita dengar lagi
parit, sampah, itu lubang, jalan, kita kena masuk, kita dah standard, masuk tahap
yang lebih baik lagi. Jadi, tahniah. Jadi, tak perlulah saya rasa kerajaan Johor ini
nak hantar pegawai-pegawai pergi lawatan sambil belajar negeri lain, negara lain,
Singapore nak tengok macam mana nak bersihkan bandar dan sebagainya. Tak
perlulah. Pergi Muar ajelah. Kita heran, satu negeri, satu standard pentadbiran,
satu peraturan cuma Muar je bersih yang lain tak bersih, apahal. Jadi, tahniah.
Syukur saya jadi ADUN Sungai Abong.
Akhir sekali, boleh gulung. Atau nak dengar lagi. (Dewan ketawa). Ini wasiat
terakhir. Bagi kita yang akan memegang jawatan-jawatan, amanah kerajaan ini,
nak bawa satu cerita. Saya suka bawa satu cerita.
YB Speaker : Cerita Arab ke cerita Melayu...
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Cerita Arablah. Saidina Umar
Ibnu Khattab dia pinjam satu kuda dari satu orang nak pergi satu tempat yang lain.
Dia naik kuda, nak pinjam. Dia naik kuda tu tiba-tiba dia lalu bawah sepohon
pokok, serban dia terkena ranting pokok, jatuh. Kuda dah pergi jauh. Jauh dia
baru terperasan serban dah tinggal ke belakang. Dia turun dari kuda, dia berjalan
kaki ambil serban dia. Maka, dia punya orang-orangnya tanya “Wahai Amirul
Mukminin kenapa tak naik kuda? Pusing je kuda tu, ambillah serban tu kebelakang.
Bukan susah sangat, dah ada kuda. Ini kena berjalan turun kuda, jalan kaki, ambil
serban, balik, naik kuda dah ke depan” Kuda pun hairan mungkin. Bodoh ini
orang. Lalu dia kata “wahai sahabat-sahabat aku tadi pinjam kuda untuk pergi
satu tempat sana tu. Aku tak boleh salah, aku pergi lencong ni. Pergi ke belakang
balik ni.” Ha itu, makna amanah itu, tanggungjawab, menunaikan janji. Ini satu
peringatan bagi diri saya dan bagi kita semua.
Dato’ Speaker, saya tak reti berpantunlah, tapi lagu saya reti tapi nyanyi tak
pandai. Senikata sesuatu lagu saya rasa kena betul diri saya ni. Tapi lagu ni cerita
seorang budak perempuan. Minah namanya, Minah gadis Dusun. Orang-orang
Dusun, perempuan kampung turun ke bandar, saya daripada Sungai Abong,
kampung, turun ke Johor, tengok kagum dengan Johor. Bangunan, mobilnya,
gedung-gedungnya, mak, kagum saya dengan Johor. Dah abis masa nak balik ke
Sungai Abonglah. Ada satu pesan, Minah ni pandai. Dia orang kampung, dia
pesan dia tengok pembangunan hebat di bandar yang dia pergi tu dia pesan,
“Aku Minah gadis Dusun pandai bertani je. Tapi aku nak pesan satu. Jagalah negeri
326
ini baik-baik. Jaga negeri ini baik-baik. Kemudian dia kata, salam manisku
begitulah. Hingga berjumpa lagi. Sambutlah salam manisku. Tadi Yang Berhormat
Dato’ Speaker...ya? Tak reti. Suara tak sedap. Saya kalau suara sedap saya nak
nyanyi je lagu ni. Jadi, bentuk wasiat.
Last sekali, pantun. Pantun untuk hujung-hujung nak menghadapi pilihan raya.
Membela lembu di kandang, begitulah saya pantun tak berapa reti. Bahasa
Malaysia saya biasa tak tinggi sangatlah, standard credit gitu. Kalau membela
lembu di ladang, jangan simpan di dalam kondo. (Dewan ketawa). Ha, itu pantun.
PRU14 hampir datang, mana yang rasa tak winnable tu boleh berundurlah. (Dewan
bertepuk). Sekian terima kasih. Terima kasih penghujungnya kepada semua sekali
yang telah memberi kerjasama kepada saya khusus Speaker, Puan Jurutulis,
kakitangan, barisan EXCO, MB, semua Pegawai-Pegawai Tadbir, sebelah sana,
sebelah sini kan, telah memberikan kerjasama yang sungguh baik. Salam
silaturrahim. Boleh terima saya 10 tahun di sini. Jadi, sebenarnya saya memang
benar-benarlah ini wasiat terakhir. Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
YB Speaker : Waalaikumussalam, kira tak ada dosalah ya. Yang Berhormat,
Persidangan disambung. Sila, Skudai. Skudai pun boleh pantun juga ya. (Ketawa).
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, selamat pagi dan
selamat sejahtera. Saya ucapkan terima kasih sebab bagi Skudai peluang untuk
menyertai perbahasan Bajet 2018 Negeri Johor. Saya juga dengan kesempatan ini
melafazkan tahniah setinggi-tinggi sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor pada 22 November yang lalu.
Izinkan saya berhurai di luar teks ucapan saya Dato’ Speaker. Saya harap nanti
boleh tambah lagi 5-10 minit ya sebab ini di luar teks ucapan. Saya mengucapkan
tahniah kepada pantun yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Abong.
Saudara itu setaraf lagi tinggi dari PHDlah. Bukan pantun tadi Yang Berhormat, Bukit
Permai itu bukan sahaja berbaur perkauman yang telah melanggar Peraturan
Tetap, 45(xvii)(c). Saya rasa itu pantun itu lulusan PMR adalah, kalau lulusan SPM itu
saya tak pastilah. Kita nak meningkatkan kualiti perbahasan di dalam Dewan ini.
Sudah dua penggal saya berada di sini. Tapi satu-dua orang Ahli-Ahli Dewan
Negeri, kita kawan baik, kita harap kita cuba memajukan kualiti perbahasan di sini.
Khasnya saya menyokong titah yang dibawa, titah Tuanku bahawa kita adalah
Bangsa Johor. Tak kira mana kaum atau suku-suku kaum. Bugis, Jawa, apa itu
Minangkabau, Hakka, Teochew, Hokkien atau dari Kerala atau tadi Tamilnadu.
Keturunan kita sebenarnya, konsep Bangsa Johor itu adalah kita cuba menilai
seseorang itu, perangai dia, kelakuan dia bukan menurut warna kulit, agama,
kepercayaan atau suku-suku kaum. Itulah konsep bangsa yang dibawa oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Saudara dan saudari, saya terpaksa sebutlah. Kita adalah satu bangsa dan kitalah
kena selami perasaan mana-mana pihak. Sebenarnya saya tak kira Dr. M itu dilatih
orang putih. Saya seorang Doktor, dilatih orang hitam. Dan, saya tahu apa
maksudnya perkauman. Kita lawan perkauman, kita lawan politik perkauman
sepanjang umur. Kalau dia buat salah, menyingkirkan perasaan, orang Cina suruh
balik Tongsan, Orang India suruh balik Kerala. Itu tak betul walaupun dia Timbalan
Perdana Menteri. Semua orang dibawa di depan sisi undang-undang kita adalah
saksama Dato’ Speaker. Itulah satu Bangsa Johor kita mengekalkan integriti,
kejujuran bukan saja pemimpin kita tapi juga rakyat jelata kita. Apa konsepnya
integriti bukanlah sebab kita nak kenakan tindakan undang-undang ke tindakan
kepada anak-anak buah kita. Itu lagi susah. Saya tahu. Sebelah sana, kalau ada
327
anak buah mereka dari parti pemerintah, nak kenakan tindakan undang-undang
itu dia rasa prihatin, dia rasa susah. Saya amat faham. Tapi kalau sudah
mengakibatkan satu kebinasaan yang besar, 300,000 – 400,000 keluarga di Johor
Selatan, belum tentu dua tahun berlaku bekalan air tergendala disebabkan
pencemaran sungai oleh satu ladang penternak ayam dan juga kilang memproses
baja dari tahi ayam itu adalah pemilik yang sama. Ikut siasatan saya dimilik oleh
keluarga yang memang ahli-ahli parti pemerintah. Kalau sebab itu, kita tidak
kenakan tindakan undang-undang yang tegas, ini akan membawa kebinasaan
kepada semua separuh negeri Johor bekalan air pun tak ada. Kalau itu Ahli-Ahli
DAP yang milik ladang ayam itu, kita janji kita jadi kerajaan kita pastikan pihak
berkuasa, penguat kuasa akan ambil tindakan. Jangan takut. Kita akan bela
kuasa dan hak penguat kuasa barulah negeri kita boleh maju.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada beberapa kes itulah berkenaan ahli-ahli parti
pemerintah. Kalau kita anak-anak buah kita sendiri bergaduh pasal isu integriti lagi
susah kita nak ambil kedudukan. Satu laporan polis telah dibuat. Nombor dia
Mutiara Rini, 02288 tahun 2017, terhadap integriti invois palsu di issue kan untuk
membuat tuntutan palsu. Dan, ini satu siasatan kalau itu sebab keahlian politik
tertentu tidak dikenakan tindakan, itulah menghakis yang hak dan kuasa penguat
kuasa.
Dato’ Speaker, itulah kita kena menurut konsep Bangsa Johor. Kalau sana, sebelah
sana, buat salah kenakan tindakan, sebelah sini ke mana-mana pihak di luar
Dewan pun dikenakan tindakan undang-undang. Satu kes lagi. Kita kena menilai
nyawa manusia itu bukan sebab warna kulit, kaum ataupun sisi dan kerajaan kita.
Saya bagi satu contoh, seorang ibu umur 60-an telah dilanggar dan lari pada 6 Julai
di Taman Universiti. Kita sebenarnya Polis inspektor dia selalu kata dia sibuk tak ada
susulan siasatan dia. I suruh anak dia tunggu pada waktu pagi yang sama tengok
ada van yang dinampak disaksi ada bernombor yang lebih kurang sama, kita
sampai pergi JPJ check siapa pemilik kenderaan itu serahkan pada Polis. Dan
suspek telah dikesani, sampai sekarang dia kata suspek itu mengakui waktu itu dia
memang lalu jalan di mana warga tua ini dilanggar dah mati dan tapi dia tak tahu
tak perasan apa yang kena dilanggar oleh dia. Persoalan ini, semestinya dibawa
ke Mahkamah.Ini bukan satu keputusan boleh dibuat oleh penguat kuasa. Kita ada
Mahkamah, ada sistem penghakiman.
Sistem penghakiman adalah untuk semua. Kalau doktor yang mengakibatkan
kematian anak menantu Timbalan Perdana Menteri dan doktor itu digari, dibawa
ke Mahkamah. Dan ini seorang tak tahu siapa, suspek yang berlanggar dan lari,
melari dari tanggungjawab beliau dan tidak dibawa ke Mahkamah. So, adakah
nilai nyawa warga tua ini lebih, tak setinggi senilainya macam menantu Timbalan
Perdana Menteri. Itulah satu persoalan yang besar berkenaan sistem keadilan kita
yang kita sebenarnya kena kaji semula. Kita bukan hentam semata-mata sahaja
sebab saya kena memuji Ahli sedewan saya, rakan sedewan saya, iaitu Yang
Berhormat Serom dan mengucapkan tahniah beliau telah menerima satu Ijazah
PhD melalui kerajaan dan juga kedudukan beliau, beliau telah dapat satu Ijazah
anugerah yang lebih bertauliah dan berdaulat daripada mana-mana pihak. Dan
saya dah rasa ini bukan sahaja menjadi perangsang di sebelah sana, dan juga
menjadi perangsang di sebelah sini. Kita seperti dikata oleh Confucious, ilmu itu
tiada bersempadanan, (Bahasa Cina),dengan izin. Makna sesuatu ilmu itu tiada
persempadanan. Kalau sebelah sana, ada Ahli-Ahli yang melanjutkan pelajaran
dan meningkatkan mutu perbahasan di Dewan Negeri ini, saya bagilah kepujian.
Janganlah kita tinggal lagi rendah dari SPM, mungkin PMRlah bolehlah. Janganlah
kita itu tak ada berkenaan dengan persekolahan tetapi attitude, sikap kita mesti
328
lebih dicontohi dan boleh dicontohi oleh bukan sahaja Ahli-Ahli Dewan lain tetapi
oleh ahli-ahli masyarakat lain di luar Dewan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya sebab sudah ambil masa banyak untuk
membuat huraian di luar teks ucapan saya dan minta tambahlah masa sedikit. Ini
berkenaan dengan pertumbuhan ekonomi kita walaupun dijangka 52% tapi
ekonomi kita masih lebih bergantung kepada pertumbuhan ekonomi global,
permintaan domestik, harga komoditi, pengukuhan eksport termasuk pelancongan
dan peningkatan pelaburan. Dan kita,kadar pertukaran ringgit semakin lemah telah
melemahkan keupayaan membeli warganegara Malaysia kita
dan membawa risiko yang lebih tinggi untuk pelaburan kalau berbanding dengan
negara jiran lain seperti Indonesia dan Thailand.
Pembangunan lestari, kita kena bawa ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi
bergantung kepada industri 4.0 atau industry 4.0 dan kita kena tumpukan
penyelidikan dan pembangunan R & D, dan juga sistem kewangan yang lebih telus.
Dato’ Speaker, negara kita menurut economist, kita memang berhutang banyak,
Malaysia, ikut adalah RM1,188 bilion iaitu 69.6% KDNK kita dengan defisit 10.7%
setahun itu ikut laporan economist. Sebab kerajaan kita mengambil kira hutang
kerajaan sahaja dan statistik ini mengambil kira juga hutang dibuat oleh syarikat-
syarikat swasta kita daripada luar negeri. Oleh itu, kita mengalami satu krisis
kewangan status muflis kerajaan dan di nasihat oleh Pengurus Bank Dunia di
Malaysia bahawa sewajarnya kita mempercepatkan reformasi struktur kewangan,
meningkatkan produktiviti sektor swasta, meningkatkan efficiency sektor awam,
selaras dengan gelombang pertumbuhan global yang menawarkan peluang bagi
menjana pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan kemampuan kerajaan.
Ini bergantung kepada kemampuan kerajaan menjelaskan hutang-piutang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut ungkapan Menteri Besar baru-baru ini
Johor bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan menjadikan Johor sebagai
hab logistik serantau. Tapi baru-baru ini, Johor memperkenalkan Perdagangan
Bebas Digital telah dilancarkan di Sepang bukannya di Iskandar Malaysia dan
dihadiri oleh Jet Ma iaitu Pengerusi, CEO Alibaba Group. Dan Iskandar Malaysia
sekali lagi diabaikan, sebab kita walaupun kita ada sistem pengangkutan laut
seperti PTP dan Pelabuhan Pasir Gudang dan sistem pengangkutan darat yang
canggih tetapi Lapangan Antarabangsa Senai perlu dipertingkatkan taraf supaya
kita boleh menjadi hab logistik serantau yang berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita Industri 4.0 ini boleh mengurangkan
bergantung kita kepada hasil tenaga manusia dan pekerja asing. World Robotics
Report 2017 dari International Federation of Robotics, dengan izinnya. Penggunaan
robotik telah meningkat sebanyak 16% sedunia pada 2016.Khasnya dalam industri
elektronik, automatif dan makanan. Pada tahun 2016, 74% robot adalah dijual di
negeri China, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman. Kelonjakan
penjualan robot sebanyak 70% dari tahun 2014 ke tahun 2015.Negerinya menjadilah
satu pasaran yang paling besar iaitu mengambil syer sebanyak 30% pembelian
robot sedunia pada tahun 2016. Asia telah menjadi pasaran robot yang bertumbuh
dengan kadar yang paling besar atau meningkat sebanyak 19% pada tahun 2016.
Pada tahun 2016 kepadatan robot industri adalah 74 robot industri berbanding
dengan 10,000 pekerja sedunia, itu adalah kadar sedunia. Korea Selatan adalah
631 robot berbanding dengan 10,000 pekerja dan Singapura nombor dua, 488,
German, 399, Jepun 303 berbanding dengan 10,000 orang pekerja. Tapi Malaysia
cuma ada 28 robot setiap 10,000 pekerja. Itu nampaknya, itu sebabnya kita
bergantung kepada pekerja asing.
329
Kalau kita nak mengurangkan bergantung kepada pekerja asing kita terpaksa
membangunkan industri robotik kita dengan secepat mungkin dengan melaburkan
peruntukan kerajaan dan juga swasta dengan sebanyak mungkin. Kita mengambil
tempat ke 25 sedunia dari segi Industri 4.0, dengan izinnya. Sebenarnya, Korea
Selatan akan mensasarkan menjelang tahun 2023 iaitu 1,000 robot setiap 10,000
pekerja maknanya ada 10 orang pekerja, ada satu robot. Itu adalah salah satu 10%
Industri 4.0 akan dilaksanakan. Sebanyak-banyak bidang yang boleh gunakan
automasi termasuk pendidikan, khidmat profesional, pengurusan, khidmat kesihatan
dan hartanah sebanyak 27% sampai 40%.Nasib baiklah cuma 40%, kalau kesihatan
boleh diganti dengan robot, kita doktor ada kerja lagilah. Bidang pertanian,
pengangkutan dan pembuatan sebanyak 60%, penginapan dan makanan 73%.
Malaysia kini hanya ada 15,000 lulusan PhD berbanding dengan 500,000 pelajar
universiti tetapi berbanding dengan Korea Selatan ada 176,000 penyelidik yang
khusus terlibat dalam usaha penyelidikan perbekalan Industri 4.0. Oleh itu,dua sektor
awam dan swasta sepatutnya di galak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan
dan R & D Industri 4.0, dengan izin ya.
Dato’ Speaker, kerajaan cuma, persekutuan cuma memperuntukkan untuk
tambahan Bajet 2018 RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan
dengan jaminan pinjaman 70% jaminan kerajaan untuk tujuan mengautomasikan
proses pengeluaran dan mengurangkan pengajian pekerja asing. Usaha ini
dipercayai masih tidak memadai sebab dalam Bajet Kerajaan Negeri Johor 2018
terdapat ketiadaan peruntukan tersebut bagi tujuan R & D dalam Industri 4.0.
Dalam tahun 2015, cuma 1.3% KDNK diperuntukkan untuk tujuan R & D tapi
berbanding dengan negara lain sedunia adalah 2.24%. Asia Timur dan Pasifik 2.46%;
Negeri China 2.07%; negara maju barat lain ada antara 2 sampai 5%. So, kalau ikut
anggaran KDNK negeri Johor pada tahun 2018, adalah antara RM116.75 bilion dan
RM117.75 bilion ikut kadar 2% sampai 3% KDNK negeri Johor iaitu sebanyak RM2.3
bilion atau antaraRM2.3 bilion dan RM3.5 bilion sepatutnya diperuntukkan untuk
tujuan R & D khasnya dalam bidang e-dagang, automasi dan AI, atau artificial
intelligence dengan izinnya. Amaun ini adalah 2 kali ganda berbanding kerajaan
negeri pada keseluruhan dan 5 kali ganda peruntukan pembangunan kerajaan
negeri yang cuma berjumlah RM700 juta bagi sebahagian besar adalah untuk
pembinaan infrastruktur, longkang, parit, jalan dan sebagainya. Cumalah RM10
juta diperuntukkan untuk tujuan R & D iaitu sains, teknologi dan inovasi iaitu 0.29%
hingga 0.43% daripada peruntukan R & D yang sepatutnya. Oleh itu peruntukan
kerajaan persekutuan dan sektor swasta perlu dipergiatkan untuk memajukan R & D.
Saya harap GLC dan sektor swasta akan bekerjasama dan diberikan insentif yang
hebat untuk membangun automasi dan industri 4.0 dan e-dagang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pulangan dividen GLC kepada kerajaan
10%.sebenarnya boleh digunakan, diutamakan untuk tujuan R & D. Saya bagi satu
contoh, JCorp keuntungan selepas cukai JCorp pada tahun 2016 adalah 120 juta
dan kumpulan JCorp adalah RM415 juta kalau kita bagi separuh peratusan
dipulangkan kepada dividen ini kepada kerajaan Johor adalah sebanyak RM12
juta dan RM41.5 juta masuk ke Hasil Bendahari Negeri boleh digunakan untuk tujuan
khasnya dalam bidang R & D.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,insentif pengecualian cukai dan peruntukan yang
hebat perlu dilaksanakan untuk memberangsangkan kerjasama antara IPTA, IPTS,
GLC dan syarikat swasta dalam bidang R & D.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebaiknya kita cadangan untuk memajukan negeri
ini. Dulu Yang Berhormat Sedili marah saya sebab saya pergi kawasan dia tapi
330
boleh tanya Yang Berhormat Sedili sekarang sebab Sedili sudah kurang ada banjir
kilat.Itu sebablah, itulah sumbangan daripada parti pembangkang negeri Johor.
Banjir di Pulau Pinang disebabkan pembangkang sana tak tahu bikin sebagai
pembangkang dan mereka tidak membantu kerajaan negeri Pulau Pinang untuk
memantau pemaju-pemaju yang buat salah, yang tidak ikut peraturan.Itulah satu
pembangkang yang seperti kata saya auta. Ha, itulah dia. Kita pembangkang di
negeri Johor, sekarang banjir di negeri Johor sekarang banjir di negeri Johor
berkurangan sebab kita selalu banjir kita bawa makanan sampai Pagoh pun
sampai Sedili. Itulah sebab dia, sekarang dah ada banjir dekat Sedili. Sebenarnya
kita saya tak perlu dia ucapkan terima kasih atau thank you kepada saya sebab itu
dah tugasan sebagai seorang Wakil Rakyat, Bangsa Johor.
Yang Berhormat Datuk Speaker, sumber...
YB Timbalan Speaker : Skudai, sila gulung. Sila gulung.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Satu, dua isu yang penting iaitu berkenaan tenaga
yang boleh diperbaharui. Menurut laporan TNB yang mengejutkan adalah pada
2030 kita masih electricity kita bergantung kepada sumber tenaga seperti arang.
49% dan 41% pada gas semula jadi. Minyak 1%, hidro iaitu empangan air 5.7%, tapi
RE atau Renewable Energy atau tenaga boleh perolehi adalah cuma 33%. Pada
waktu ini, negara mercu seperti Jerman telah gunakan 30% tenaga solar dan juga
angin, sebagai untuk penjana electricity. Dan pada tahun 2030, ada pulau-pulau di
West Indies akan menggunakan 100% tenaga solar. Dan negara maju seperti East
West, negara barat lain akan gunakan sekurang-kurangnya 30 sampai 70% tenaga
yang diperolehi khasnya tenaga solar. Kita adalah negara tropic dan bila-bila tak
hujan, kita mesti nampak cahaya masuk, matahari. Itulah emas. Itulah peluang
keemasan untuk kita membangunkan, mentrasformasi model ekonomi kita kepada
negara maju. Saya bagi contoh. Ini penting ya, Dato’ Speaker. Izinkan saya,
memberikan penjelasan lebih terperinci. Kita mesti menjadi negeri Johor sebagai
negeri Hijau. Dan, kita telah menumpukan pembangunan tenaga boleh
diperbaharui. Saya bagi satu contoh, penggunaan electricity Malaysia, Johor pada
tahun 2015 adalah 10,261 GWh hour, GWh dan tahun 2030 akan mencapai
penggunaan sebanyak 24,431 GWh per hour iaitu GWh. Walau pun kita akan
menerang pelaburan itu besar pada permulaannya iaitu 1.17 bilion USD atau RM4.8
bilion untuk memasang panel solar seluas 11,627 hektar, atau pun 14,534 hektar
keluasan tanah yang digunakan untuk menjana electricity yang cukup untuk
memenuhi permintaan negeri Johor.
Pada tahun 2030, kita perlukan sebuah panel seluas 27,683 hektar, ada tanah seluas
34,603 hektar untuk memuaskan permintaan tenaga elektrik di negeri Johor kalau
tiada sumber lain digunakan. Itu satu contoh. PIPC, Projek Pengerang itu
sebenarnya menerang tanah sebanyak saya bagi contoh saja, ini satu kiraan. 8,093
hektar tanah. Ini boleh kalau digunakan untuk menjana elektrik, tenaga solar, boleh
menjana 5,714 Gwh 1 tahun untuk boleh menemui 55% permintaan tenaga elektrik
di negeri Johor pada waktu ini dan 23% permintaan pada tahun 2030.
Dato’ Speaker, lagi satu contoh, itu sebab saya selalu kata, ini sebab kita
membantu kerajaan untuk apa tu melancarkan tadbir urus dan memajukan
ekonomi negeri kita. Sebab saya dah selalu kata, empangan air itu mesti
diwartakan. Bukan sahaja sebagai kawasan tadahan air tapi untuk multi purpose,
pelbagai kegunaan untuk empangan air. Saya bagi satu contoh. Kita ada 15
empangan air di negeri Johor seluas 92,236 hektar. Itu besar. Kita boleh pakai front
awning solar panel, maknanya panel solar yang terapung atas air atau atas tanah,
boleh menjana dengan secara teori, kiraan teori 64,955 GWh setahun. Iaitu 2.7 kali
331
ganda keperluan tenaga elektrik negeri Johor pada tahun 2030. Cadangan
tersebut di atas belum lagi panel solar bumbung rumah, roof top panel solar yang
sebenarnya mesti diutamakan. Sebab kita nak jimatkan tanah-tanah di tempat lain
untuk tujuan lain, seperti pertanian dan juga untuk tadahan air. Itulah satu subsidi
yang FIT telah ditarik balik oleh Kementerian, sebab cuma diberikan untuk kuota
komuniti maknanya untuk sebelah untuk PBT memperguna kuota itu untuk
memasang panel solar dan boleh menguntung sebab dia satu KWH, saya ingat
bayar TNB bayar RM1.00. Itu lebih tinggi daripada takrif yang kita bayar untuk
memberikan insentif untuk memasang panel solar. Saya harap komuniti boleh
dibolehkan untuk keluarga, sebab satu keluarga kalau nak pasang kat satu rumah,
nak pasang satu panel solar bukan murah. Sekarang harga pasaran adalah
RM60,000.00. Itu lagi mahal daripada rumah kos rendah. Oleh itu, kalau nak
menggalakkan penggunaan panel solar, saya rasa kita kerajaan mesti memberikan
insentif kepada pemaju dan juga institusi kewangan. Memberikan pinjaman, satu
pakej dalam sebagai aset perumahan dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
harap Lebuh Raya...
YB Timbalan Speaker : Skudai, belum..
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sikit lagi.
YB Timbalan Speaker : Bagi can orang lain.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : PLUS boleh meluaskan lebuh raya di dalam
persepadanan negeri Johor dari 4 lorong kepada 6 atau 8 lorong. Sebab banyak
kesesakan trafik khasnya di sepanjang PLUS, lebuh raya Selatan Utara dan Selatan.
Dan, ini negeri Johor menjadi penumpuan penjana ekonoimi Negara. So, saya
harap kerajaan akan memberikan insentif.
Satu lagi isu, iaitu penggunaan Tribunal Penggurusan Strata. Sebab dalam kawasan
saya banyak flat-flat kos rendah. Sekarang perlu ada Tribunal Penggurusan Strata
adalah ditubuhkan, saya memang alu-alukan sebab itu adalah cadangan saya
dari mula-mula saya masuk Dewan ini. Saya harap ini akan dapat membantu kita
menguruskan flat-flat kos rendah dan juga hartanah bertingkat lain yang bersama.
Dan, ini akan menjadi satu trend lagi baik kalau kita gabungkan Akta Kerajaan
Tempatan dengan Akta Pengurusan Strata. Jadikan satu Akta di mana kuasa yang
tertentu, bukan saja di bawah MC dan GMC dan pentingnya, sebenarnya boleh
dikuat kuasakan oleh PBT dengan secara terus. Saya bagi satu contoh adalah
Singapura dan negara jiran lain sebab mereka semua duduk dalam flet. So, sesuatu
kerajaan, sesuatu pihak berkuasa yang menguruskan. Dan, ini menjadilah satu
pertindihan kuasa dan keberkesanan itu boleh dipertingkatkan kalau kita cuba
berikan PBT kuasa yang lebih untuk menguatkuasakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bagikan satu isu lagi berkenaan Sekolah
Bangsa Johor. Sekolah Bangsa Johor. Walau pun Institute of South East Asian
Studies, Yusuf Ishak Institute, Singapura menyatakan 82% warga Johor mengalu-
alukan, menghendaki sekolah media Bahasa Inggeris sahaja, satu bahasa. Mungkin
kita boleh buat satu kajian yang lebih mendalam, kita tak boleh tak sepatutnya
ambil keputusan ini dengan 100%. Kita kena buat kajian sendiri. Janganlah kita
mengenepikan potensi kita sebagai satu Bangsa Johor. Saya bagi satu contoh di
negara ........ Amerika Syarikat, kuasa pendidikan, dasar pendidikan ada ditangan
kerajaan negeri dan tempatan. Banyak negeri, banyak universiti yang canggih.
Saya bagi dua contoh. Satu, University Berkeley, University of California Berkeley dan
juga University Of Minnesota. Dua-dua universiti ini adalah diuruskan oleh kerajaan
negeri tapi mereka berhak menghasilkan 25 pemenang nobel, nobel prize. Dua-
332
Dua universiti ini adalah dikatakan Public Ivy League dengan izinnya. Saya rasa, satu
hari kalau kita, kalau universiti kita di negeri Johor diuruskan oleh kerajaan negeri,
khasnya di bawah Pakatan Harapan, akan menjadi lebih canggih. Saya janji kalau
kita jadi kerajaan, sekurang-kurangnya kita boleh menghasilkan 1 orang pemenang
novel di negeri Johor. Itulah matlamat kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
YB Timbalan Speaker : Sila duduk.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kekuatan sistem pendidikan Minnesota adalah
sebab...
YB Timbalan Speaker : Dah 30 minit.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Dah 40 minit dah.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bukan saja... penggulungan.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Orang lain nak cakap juga.
YB Timbalan Speaker : Ok, Skudai duduk.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Skim pendidikan,
YB Timbalan Speaker : Skudai...
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : ... kekuatannya bukan sahaja sebab dia gunakan
satu bahasa, bahasa inggeris. Sebenarnya kerajaan negeri Minnesota telah
memberikan peruntukan untuk sekolah Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Sepanyol
dan Bahasa Korea.
YB Timbalan Speaker : Ok.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kepakaran ....unity with diversity adalah itulah satu
kekuatan mereka yang sepatutnya dicontohi oleh negeri Johor, dengan untuk
menggulungkan ucapan perbahasan saya, saya percaya semua Ahli Dewan yang
mulia, sudi menegakkan Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, Undang-
Undang Tubuh Negeri, Undang-Undang dan Jiwa Bangsa Johor dan Bahasa
Malaysia secara jujur, dimana semua pemimpin dan warga Malaysia adalah
dilayan saksama di hadapan undang-undang. Sayang Malaysia hapuskan hipokrasi
dalam semua bentuk. Sekianlah terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
YB Timbalan Speaker : Perbahasan diteruskan. Sila Tiram.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan untuk turut serta
dalam perbahasan Bajet 2018, dan saya juga ingin merafak sembah ucapan
setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, sempena
dengan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November
yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada
Skudai, kerana diberi ruang sampai 35 minit untuk berucap. Dan juga, tahniah
333
kepada Skudai, dia ada magic sikitlah. Dia, bila dia masuk Sedili, masalah banjir
semua selesai. Dia pergi Sedili, masalah banjir selesai. YB Sedili ni, yang naik motor
pakai singlet, mana YB Sedili, ada eh? Ha, naik motor pakai singlet, ada gambar
dia, pergi Mesyuarat Pejabat Daerah, Mesyuarat Tindakan Daerah, turun naik nak
selesaikan masalah, makan masa yang lama. Makan masa yang lama, kerana apa
kerana ada prosedur dan sebagainya. Tapi, Skudai hebat. Dia pergi je Sedili,
masalah selesai. Tahniah lah eh.
Lepas tu Yang Berhormat Speaker, Skudai ni pulak, dia suka pergi Pulau Pinang. Bila
dia pergi Pulau Pinang, banyak kali bukan masalah selesai, makin banjir pula.
(Dewan ketawa). Pergi Pulau Pinang, banjir Pulau Pinang. Pergi Pulau Pinang, banjir
Pulau Pinang. Agaknya Pulau Pinang ni tak perlukan Skudai, dia perlu Barisan
Nasional di Pulau Pinang, baru selesai masalah banjir.
Yang Berhormat Speaker, saya mendengar perbahasan kawan-kawan dan juga
saya dengar pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi,
saya nak mulakan perbahasan saya dengan pantun jugalah. Pantun saya bunyi dia
begini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Anak Melayu pasang lukah, anak India
tolong menahan. saya ulang eh. Anak Melayu pasang lukah, anak India tolong
menahan. Anak Melayu pasang lukah, anak India tolong menahan, Bajet 2018
dibentang sudah, dekad baru jadi taruhan. (Dewan bertepuk). Anak Melayu
pasang lukah, anak India tolong menahan, tak ada yang bangun ke? Ada orang
Melayu bangun? Ada orang India bangun? Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
tak faham DAP. Benda yang tak sepatutnya dijadikan isu rasis dijadikan isu rasis. Dia
memang suka benda-benda begini dijadikan, dia nampakkan seolah-olah isu ni
rasis supaya kita dipandang rasis. Sedangkan pantun ni bukan pantun yang baru.
Pantun ni dah berabad-abad ada. Dalam lagu ada, dalam buku ada. Di mana isi
kandungan tu yang menampakkan rasis? Dalam Dewan ni, tak ada orang pun
bangun bila saya sebut anak Melayu pasang lukah. Rasis ke bila sebut anak Cina
pasang lukah?
Yang Berhormat Spaker, saya haraplah kepada DAP ni jangan suka mencari
sesuatu yang boleh diambil kesempatan yang positif dijadikan negative dan lebh
malangnya, dianggap itu sebagai rasis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya
sambung pantun saya. Puteri mencari tempat bermandi, pertama teluk kedua
pantai, kalau dinilai pemimpin negeri, pertama elok kedua pandai. Saya ucapkan
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, di atas pembentangan bajet
tempoh hari. Sang pujangga ada berkata, hidup tak janjikan kesenangan selama,
Team Johor sepakat sekata, susah dan senang kita tetap bersama (Dewan
bertepuk). Mudik ke pandan membawa gula, gula dibeli dari pekan, bajet di
bentang tiada cacat cela, Team Johor komited untuk jayakan. (Dewan bertepuk).
Pekan Nenas selalu panas, ada penduduknya yang suka merapu, pakatan tak
sepakat, dah tak tahu apa nak ulas. Nak puji tak boleh terpaksalah mencari isu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya melihat dah berapa tahun dah kerajaan
negeri membentangkan bajet surplus. Bajet surplus ni maknanya pendapatan lebih
daripada perbelanjaan. Saya masih ingat lagi waktu saya mula menjadi Ahli
Dewan Undangan Negeri dan sebelum lagi daripada itu kerajaan negeri pernah
juga membentangkan bajet defisit tapi defisit yang sedikit sahaja.
Pada ketika itu saya masih ingat pihak-pihak, juak-juak di sana mengatakan bajet
defisit ini tak bagus untuk kerajaan kerana ianya akhirnya akan menggunakan
wang rizab kerajaan. Macam-macam tohmahan dia kata bila kita bentangkan
bajet defisit. Tapi pada hari ini Dato’ Speaker, apabila mereka menjadi kerajaan di
dua buah negeri, bukan setakat dia bentangkan bajet defisit yang sikit, tapi di
334
Selangor baru-baru ini dia bentangkan bajet dengan defisit sebanyak 26%.
Bayangkan hasilnya RM2.5 bilion tapi apa tu, perbelanjaan dia melebihi 26%
daripada hasil. Daripada mana dia dapat duit tu. Eh, dekat RM600 juta lebihan
perbelanjaan. Dia ada rizab RM3 bilion lebih. Kalau 5 tahun dia bentangkan bajet
sebegini, maka akan bankraplah kerajaan negeri Selangor. Kenapa tak kritik
kerajaan negeri Selangor? Kenapa pembangkang tak kata bajet tu tak bagus?
Kerana apa, nak pilihan raya. Nak pilihan raya macam-macam dijanjikan.
Walaupun duit tak ada. Itu belum cerita lagi tanggungan, hutang. Takkan
kerajaan negeri tak de hutang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga di Pulau Pinang. Kekurangan
pendapatan RM748 juta. Bukan sedikit eh, di Pulau Pinang waktu dia ambil alih
kerajaan negeri. Eh, dia dakwa hasil kerajaan negeri banyak. Semenjak Pakatan
Harapan ataupun Pakatan Rakyat waktu tu, sekarang tak tahu Pakatan apa eh,
kerana Pakatan Harapan pun pendaftaran pun tak diluluskan lagi. Semenjak
kerajaan DAPlah, eh, semenjak kerajaan DAP ambil alih dia kata dengan
pentadbiran yang cekap kita dapat meningkatkan hasil dan sebagainya. Tapi
baru-baru ni, Ketua Menteri Pulau Pinang bercakap, ini saya tak ubah satu ayat
pun, kerana apa kerajaan negeri membentangkan bajet defisit. Ini kerana sumber
hasil kerajaan negeri yang terhad serta tiada punca hasil baru. Kutipan hasil
daripada faedah pelaburan yang dijangka menurun disebabkan oleh penurunan
bayaran dividen dan kadar simpanan tetap yang seterusnya menyumbang
kepada anggaran hasil negeri yang kurang untuk 2018.
Maknanya sebelum ini Dato’ Speaker, apa yang dia buat bila dia dapat mentadbir
negeri Pulau Pinang, dia ambil jalan mudah. Jalan mudah apa, jual tanah.
Kononnya telus tender jual tanah. Kalau setakat jual tanah, semua orang boleh jadi
Ketua Menteri. Saya ingat tak payah taruh orang cerdik pandai kat situ pun boleh
memerintah negeri. Jual tanah, lepas tiga tahun tanah dah tak de nak dijual, tanah
yang jual pun bila buat pembangunan dah habis kena banjir, tanah yang di lereng
bukit pun dah habis ditarahnya, sekarang dah tak ada hasil lain dah. Lepas tu
bentang lagi bajet kekurangan RM748 juta. Kalau dua tahun aje, atau tiga tahun
aje, kerajaan Pulau Pinang bentangkan bajet yang sama, maka akan bankraplah
kerajaan negeri Pulau Pinang. (Dewan bertepuk). Kerana apa, kerana nak popular
menjelang pilihan raya, nak beri gula-gula dan sebagainya. Konon akulah hebat,
memberi kebajikan kepada rakyat dan sebagainya. Inilah yang dibuat oleh
pembangkang di kedua-dua negeri ini Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam bajet yang bertemakan Dekad Baharu
Johor, ciri-ciri Johor Berkemajuan terserlah dengan begitu ketara. Maka akan
bermulalah era baru negeri Johor. Rakyat Johor akan menyaksikan dalam tempoh
10 tahun akan datang lonjakan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang
berterusan, prasarana yang kemas, moden, terancang, akan tergambar untuk
tatapan dan keterlibatan rakyat Johor. Dekad Baharu Johor telah di bentang. Misi
dan falsafah telah dijelaskan. Hala tuju akan terus ditatang seiring dengan Johor
Berkemajuan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Selangor pun baru-baru ini bila pembentangan
bajet Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tak nampak wawasan daripada Ketua
Menteri atau Menteri Besar Selangor. Di Johor bila kita bentang bajet, kita nampak
wawasannya. 10 tahun apa kerajaan nak buat. 5 tahun lagi apa kerajaan nak
buat. Tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Ketua Menteri dan Menteri Besarnya
bentang bajet hanya untuk mengagihkan hasil. Tak ada perancangan, hanya
untuk mengagihkan hasil kerajaan negeri. Jangan nak mendabik dadalah, konon
aku di Selangor ni, konon aku negeri termaju kerana apa, dia dah maju lebih awal
335
lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. (Dewan bertepuk). Dia dah
mendapat limpahan daripada pembangunan yang berlaku di Lembah Klang, di
Kuala Lumpur.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam ucapan bajet baru-baru ini oleh Menteri
Besar Selangor, apa dia kata. Dia kata, dalam keadaan mencabar pelaburan
langsung, kekurangan pelaburan langsung. Kerana apa? Kerana kononnya
keyakinan kurang terhadap kerajaan yang ada pada hari ini. Begitulah lebih
kurang ayat dia. Tapi saya nak maklum Dato’ Speaker, sebenarnya siapa yang
kurang diyakini?
Di Johor, pelaburan di Johor dalam tempoh tahun 2012 hingga 2016, sebanyak
RM93 bilion yang tertinggi dalam negara. (Dewan bertepuk). Bermakna pelabur
tak yakin dengan siapa? Pelabur tak yakin dengan Selangor bukan dengan Johor.
Sebab tu dia tak pergi agaknya Selangor. Kalau pergi pun terpaksa. Kerana apa?
Kerana Selangor tu dekat Kuala Lumpur. Kerana airportnya di situ, kerana
pelabuhannya di situ yang telah pun wujud semenjak kerajaan Barisan Nasional
lagi. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Berkemajuan menjadi harapan, anjakan
pemikiran maju ke hadapan. Rakyat Johor yang diharapkan berjati diri seiringan
gagasan.
Bangsa Johor berciri penyatuan, semangat JDT contoh tauladan. Inilah ciri Johor
Berkemajuan, berfikiran progresif positif dan ke hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya amat gembira bila mendengar ucapan bajet
Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana masih lagi memberi penekanan
kepada soal asas rakyat, iaitu soal perumahan. Di mana kalau awalnya target kita
60,000 unit, sekarang kita mempunyai sasaran sebanyak 100,000 unit menjelang
2023. Saya yakin target ini dapat dicapai kerana apa, sampai 2014, 16,010 unit dah
siap. 13, 536 lagi akan siap menjelang 2019 dan selebihnya menjelang tahun 2020.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini Menteri Besar Selangor datang ke
Tebrau. Dua hari dia di Tebrau. Saya tak tahu kenapa dia minat sangat dengan
Tebrau. Dia buat roadshow. Roadshow dia tu dia bercakap hebat macam hebat
bukan dia bercakap hebat, macam hebat. Dia cakap dengan orang kampung
saya, saya ada rakaman dia, dia kata “kita di Selangor mempunyai target kita
akan buat Rumah Mampu Milik sebanyak 20,000 unit dalam tempoh terdekat ni.”
Dia cakap. Ha, 20,000 unit dengan harga RM250 ribu ke bawah. Rumah Mampu
Milik rakyat Selangor di seluruh negeri Selangor harganya RM250,000.00 ke bawah.
Orang yang totok pada dia ni tepuk tanganlah. Tapi rakyat Johor yang tahu apa
yang berlaku di Johor, kalau dengar RM250,000.00 itu bukan Rumah Mampu Milik di
Johor. Di Johor, kita ada rumah RM42,000.00, PKJ(A); di Johor, kita ada rumah
RM80,000.00 (PKJ(B) dan Rumah Mampu Milik yang dikategorikan Rumah Mampu
Milik yang kita nak buat banyak untuk rakyat Johor ini harga dia paling tinggi
RM150,000.00. (Dewan bertepuk). Bukan RM250,000.00 dan jumlah penduduk
Selangor yang jauh lebih banyak daripada penduduk Johor targetnya cuma 20,000.
Sedangkan kita ni, penduduknya yang lebih sedikit rakyat, yang kurang jauh
daripada rakyat Selangor ni, kita target kita 100,000. Jadi, bayangkan nak ngakal
pun agak-agaklah. Nak ngakal pun, nak ngakal orang Johor ini, bangsa Johor ini
tak mudah di akal, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga soal perumahan. Saya nak
maklumkanlah. Di Johor ini kita masih lagi ada rumah-rumah jenis lain. Bukan
336
setakat rumah RMMJ je. Kita ada rumah sewa di bawah PBT untuk orang yang
belum mampu untuk beli rumah. Di Pasir Gudang ada, di Johor Bahru ada, ada 2
ribu lebih unit. Kita ada rumah transit untuk belia, 390 unit; kita ada rumah di bawah
skim Jauhar Prihatin untuk sewa beli di bawah program KPRJ, kita ada perumahan
penjawat awam 1Malaysia, kita ada perumahan Taman Perbadanan Islam yang
kita sedang rancang dan bina. Kita ada rumah di bawah Johor Corporation dan
lain-lain lagi. Cuma, bila ekonomi Johor bagus, bila pembangunan rancak dah
tentulah developer semua datang ke Johor. Berebut-rebut nak ambil kesempatan
malah berebut-rebut untuk mencari keuntungan. Jadi, oleh kerana terlalu banyak
developer yang datang ke Johor ini, kita akui berlaku sedikit lambakan, lambakan
penawaran rumah-rumah yang harganya mahal-mahal. Tapi, itu sebenarnya biasa
dalam ekonomi. Teori permintaan dan penawaran. Kalau katalah penawaran
banyak, permintaan sedikit, dah tentulah ia juga ada manfaat untuk kita. Kerana
apa, harga rumah tu akan stabil semula. Ia mengawal secara tak langsung harga
rumah tersebut. Jadi apa yang kita boleh buat, saya sarankan kepada kerajaan
negeri mungkin untuk tempoh 5 tahun ini, kita bekukan dulu, kita bekukan kelulusan
pembangunan kepada rumah-rumah, pembangunan rumah-rumah bertingkat ni,
ataupun pangsapuri ni yang katanya pada hari ini ada lebihan dalam pasaran.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ucapkan tahniah kepada kerajaan
negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berusaha
untuk menyeimbangkan kependudukan masyarakat berbilang kaum dalam
Bandaraya Johor Bahru. Saya harap benda ini diambil positif oleh semua rakyat.
Kita tak mahu bila bandar kita semakin maju, maka ada masyarakat yang akan
terpinggir. Sebab tulah usaha untuk membangunkan kota Larkin yang kebetulan
memang kawasan tersebut merupakan penempatan orang Melayu amatlah dialu-
alukan.
Menteri Besar Selangor sebut waktu ceramah, dia kata kita kat Selangor ada skim
sewa beli. RM50 juta saya tengok dalam bajet, skim sewa beli. Saya nak
maklumkan Dewan ini Dato’ Speaker…
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, Perkara Tetap 45 (xvii) (b)…
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tak
fikir saya melanggar apa-apa Peraturan.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ya, tapi bukan nama Menteri Besar Selangor…
YB Speaker : Skudai, Skudai…
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Menteri Besar Selangor kan tak ada sini.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Saya tak sebut nama dia, saya sebut
jawatan dia.
YB Speaker : Dia bukan mention nama, jawatan, ok.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) :Saya tak sebut nama, saya sebut
jawatan dia Yang Berhormat...
YB Speaker : Skudai duduk...
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya cuma ada satu soalan, satu soalan sahaja.
337
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Saya tak ganggu Skudai, Skudai jangan
ganggu saya.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Adakah Yang Berhormat Tiram ada hadiri ceramah
Menteri Besar Selangor, nampak dia minat ceramah...
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Saya tak sebut nama dia, saya sebut
jawatan dia...
YB Speaker : Ok duduk, duduk. Yang lain duduk.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya tak
sebut soal Selangor, soal Pulau Pinang, saya tak pernah ganggu pun mereka sebut
soal Selangor, soal Pulau Pinang. Jadi saya nak sebut hari ini supaya ada
perbandingan jangan dengar sebelah pihak sahaja. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pantun lagi, pembangunan inklusif menjadi teras,
bukti dah nyata kejayaan ditempa; perumahan rakyat agendanya jelas,
pelaksanaannya dibuat bukanlah janji semata-mata. Hidup muafakat membawa
berkat, pemimpin dan rakyat bekerjasama; Bas Muafakat membawa manfaat,
membantu rakyat secara percuma. Tahniah, kerana 4 juta, sampai dekat sebab
saya dikhabarkan, 4 juta rakyat dah gunakan Bas Muafakat. di Johor Bas Muafakat
yang boleh naik ialah orang tempatan. Orang yang ada IC beli kad kemudian
boleh naik bas tu. Tapi di Selangor, saya tengok bas dia bukan hanya rakyat
tempatan tetapi rakyat luar pun dapat manfaat dia. Jadi, dekat mana yang
mengutamakan rakyat tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, penjawat awam Johor tak pernah dilupakan,
kebajikan dijaga; perumahan disediakan, jika meminjam pun faedah tak
dikenakan, khidmat yang baik saja yang rakyat pintakan. Pertubuhan strategik
menjadi pelan, kampung dan desa turut di bugarkan; ekonomi sejahtera inisiatif
mampan, 10 daerah tidak dilupakan. Koridor pembangunan nun di Selatan,
pemangkin pertumbuhan yang amat nyata; zon antarabangsa bukanlah
ancaman, hanya pelengkap ekonomi nan sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak sebut lagi tak kiralah, Skudai nak cakap
apa cakaplah tetapi saya nak sebut ni supaya rakyat berfikir, supaya rakyat faham
apa yang sebenarnya berlaku di Johor ni, nak bandingkan dengan Selangor dan
negeri-negeri tertentu. Saya mengikuti lagi ucapan Menteri Besar Selangor, yang
datang ke Tebrau, saya tak sebut, kalau dia tak datang kat Tebrau. Dia datang kat
Tiram, kawasan saya, dia kata, rakyat masyarakat di Tebrau dan Tiram impikan air
percuma, impikan Kad Peduli Sihat lebih kurang gitulah, Peduli Sihat ya. Dia kata, di
Selangor kita beri kepada semua keluarga Kad Peduli Sihat. Saya semak juga kad
Peduli Sihat ini. Rupanya dia boleh pergi klinik swasta dengan kadar RM50.00, kalau
lebih RM50.00 kena bayar. RM50.00 ini, panadol bolehlah, kalau pergi swasta,
mungkin sakit pening yang ringan-ringan bolehlah. Demam bolehlah, selesema
bolehlah tapi kalau orang sakit lebih sikit dia nak suruh doktor check dia pun tak
berani nak pergi klinik swasta ni pasal apa kena bayar. Kena bayar jadi dia pergi
juga hospital kerajaan. Kalau setakat sakit ringan, panadol ke, selesema ke, Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kita ada Klinik 1Malaysia. Kita ada hospital kerajaan
338
bayar RM1.00 sahaja. Ini kerana nak popular habiskan duit kerajaan dekat situ,
kononnya nak bantu rakyat tapi matlamat tu tak kena sebenarnya, Yang Berhormat
Dato’ Speaker.
Kita dah ada kemudahan, kerajaan pusat dah sediakan kemudahan tersebut.
Jadi, orang tanya kenapa, dia tanya kenapa Johor tak buat. Johor kalau buat, dia
fikir panjang, kalau dia nak buat apa pun. Daripada kita buat, benda-benda yang
kita rasa dah menjadi tanggungjawab orang lain lebih baik kita gunakan untuk
manfaat yang lebih besar. Di Johor kita tak buat macam Selangor buat soal
kesihatan tapi kita jaga 600 buah sekolah agama di Selangor ada ke? Ada buat
sekolah agama macam kita ke? Kita satu tahun, kita belanja RM180 juta untuk jaga
sekolah agama ini dan pembangunan syiar Islam di Johor. Itu belum lagi dekat
RM200 juta duit zakat yang kita agihkan. Kita tengok di mana keutamaan, kita nak
maju, tapi kita nak jadi negeri Johor yang maju dengan apa? Dengan rakyat dia
yang mempunyai asas pegangan agama yang kukuh. Itulah sebabnya ada
agenda Johor Islami dalam ciri-ciri Johor Berkemajuan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam masa yang sama Dato’ Speaker, bila kita
jaga soal agama Islam kita tak ketepikan bangsa lain, agama lain. Sebab itu kita
ada Yayasan, di Johor kita tubuhkan Yayasan untuk kaum Cina, untuk kaum India.
Yayasan Sultanah Rogayah untuk masyarakat India. Yayasan Sultanah Fatimah
untuk masyarakat Cina kerana kita yakin, kita yakin bahawa tidak ada masyarakat
yang perlu tertinggal dalam pembangunan yang berlaku di Johor. (Dewan
bertepuk). Saya yakin peranan Yayasan ini dalam soal menyalurkan bantuan untuk
pembangunan masyarakat Cina, India dalam bidang kebajikan, pendidikan,
usahawan dan lain-lain lagi. Saya nak tanya Dato’ Speaker, di Selangor dan Pulau
Pinang ada tak agenda seperti Johor Islami di Johor ni? Ada tak? Malah ada juga
orang Selangor dengan Pulau Pinang yang datang ke Johor ni, bila dia tengok
Johor ada sekolah agama, Johor ada macam-macam dia tak nak balik dah
Selangor dengan Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah yang membezakan Johor dengan negeri lain.
Layang-layang putus talinya, tersangkut di atas pohon cemara; Johor Islami
pegangan asasnya, pembangunan Islam terus di perkasa. Air surut mencari lokan,
Sungai Plentong airnya tohor; sekolah agama terus dimantapkan, benteng rohani
Bangsa Johor.
YB Speaker : Tiram, sila gulung.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Sikit saja lagi. Ok saya habiskan pantun
dan saya terus gulung, sikit. Johor Lestari pelan tindakan, alam sekitar juga
keutamaan; air yang bersih sebagai jaminan, hanya tindakan penguatkuasaan
yang perlu ditekankan. Johor maju rakyat sejahtera, golongan usahawan turut
merasa; bantuan diberi tak kira bangsa, nikmat kemajuan dinikmati bersama. Tidak
lupa golongan usahawan food truck menjadi trend, perniagaan menjadi
serampang kemiskinan; membantu anak muda dalam perniagaan. Ke Sungai
Rengit naik kereta, letaknya jauh di Selatan negeri; pembangunan di Johor tumbuh
melata, kawasan Pengerang tidak terkecuali. Pengerang di bangun begitu pesat,
339
walau di bantah hingga ke Taiwan; pembangunan berlaku dah mula hebat, kata
DAP takut dugong mati kelaparan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mungkin ini peluang terakhir saya untuk berbahas
dalam Dewan ini. Jadi...
YB Speaker : Peluang terakhir ni ya.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Saya rasa Dewan ini amat bersejarahlah
bagi saya dan rakan-rakan di sinilah tempat kita berbincang. Di sinilah tempat kita
berbahas. Di sinilah tempat kita berpantun dengan satu tujuan untuk mencari
kebaikan. Kita menerima kritikan yang membina tapi menolak fitnah dan tuduhan
yang melampau. Setelah 3 penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan
sempat sepenggal bersama dengan kerajaan saya dapat merasakan perubahan
demi perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita tak boleh nafikan kemajuan
yang Johor capai. Tahun 2004 sewaktu saya mula menjadi Wakil Rakyat. Tidak ada
Nusajaya, tidak ada Iskandar Puteri, tidak ada Kota Iskandar, tidak ada Iskandar
Malaysia. Tidak ada Legoland, tidak ada Kota Medini, tidak ada JPO dan tidak ada
Puteri Harbour dan tidak ada IKEA yang baru buka. Tidak ada Lebuhraya Pesisir
Pantai, tidak ada RAPID, tidak ada pembangunan semula Desaru, tak ada, tak
ada, tak ada. Tapi sekarang semuanya ada dan dugong pun masih ada. (Dewan
bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakyat juga ada kerja, rakyat juga ada berniaga,
rakyat hidup sejahtera, rakyat tidaklah menderita. Selepas daripada ini, kalau saya
tak ada dalam Dewan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya yakin, saya yakin
dekad baru yang sejahtera akan terus mewarnai pembangunan di Johor ini di
bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Khaled
Nordin. (Dewan bertepuk). Akan ada kereta api laju, akan ada RTS baru merentas
Selat Tebrau, akan ada BFT, akan ada Pengerang Industrial Park yang baru, akan
bertambah luas pembangunan Pelabuhan Tanjung Langsat, akan ada Pengerang
Waterfront, akan ada Johor Eco-entertaintment Park, akan ada Desaru --, akan ada
landasan berkembar dan akan ada bermacam-macam lagi dalam tempoh 10
tahun yang akan datang ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akan ada prasarana yang kemas dan moden,
akan ada perubahan drastik struktur ekonomi, akan ada transformasi sistem budaya
kerja dan norma kehidupan kepada kerajaan dan masyarakat digital. Akan ada
putera, puteri Bangsa Johor yang berkemajuan, akan bertambahan kehijauan dan
kelestarian dan akan ada kehidupan rakyat yang lebih berkualiti di negeri Johor ini.
Dan pada ketika itu, saya akan merasa amat bangga walaupun mungkin saya tak
ada di sini, Johor sedekad akan datang, akan terbangun sebagai sebuah negeri
yang sangat berbudaya, Islami, mendukung dengan bangganya sebuah
masyarakat yang majmuk dan lebih erat perpaduan dia.
Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya amat berbangga mempunyai
seorang Menteri Besar yang kreatif, berwawasan dan bekerja kuat sepanjang
masa, budi dan jasa Yang Amat Berhormat Dato’ akan dikenang oleh saya dan
rakan-rakan serta rakyat semua. Buah berembang petik di dahan, ditumbuk lumat
tambahan manisan, jangan di hirau fitnah dan tuduhan, teruskan usaha kami
340
sokong habis-habisan. Kepada rakan seperjuangan, pahit manis, suka duka, gurau
senda akan terus segar di ingatan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus melaksanakan
agenda kerajaan dan membantu tugas saya sebagai Wakil Rakyat. Kerjasama
tuan-tuan dan saudari-saudari amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima
kasih. Akhir kata kepada semua, baik di sini atau di sana. Baik di dalam ataupun di
luar. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terlajak kata yang
menyinggung perasaan mohon di halal makan dan minum. Sebagai penutup
Dato’ Speaker,tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan; intailah kami
antara nampak, esok jangan rindu-rinduan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).
YB Speaker : Satu perbahasan yang begitu mencuit hati ya. Sentimental.
Perbahasan diteruskan sila Serom.
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’
Speaker, (Bacaan doa). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Jangan menangis pulak Serom, orang muda. Ini orang lama dah 3
penggal.
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Saya ini anti klimaks pun tidak. Nak
mula pun tidak, ada 6 minit. Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan selawat) salam sejahtera, salam Muafakat
Johor.)Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih alhamdulillah syukur ke hadrat
Allah dengan izin dan Inayah-Nya, dapat juga Serom turut serta dalam Rundingan
Perbahasan Bajet 2018 pada pagi ini. Terutama sekali Serom mewakili seluruh
rakyat Serom merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke Bawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dipertuan
Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena hari keputeraan Duli
Yang Mulia Tuanku pada 22 November 2017 yang lalu. Serom bersama seluruh
rakyatnya terus menitipkan doa setulus ikhlas semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku
serta seluruh keluarga Diraja agar terus diberkati, dirahmati serta diberikan segala
kelebihan untuk terus menaungi negeri Johor ini dengan adil dan bijaksana. Serom
juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Bandar pertama
dan warga kerja Iskandar Puteri sempena pengisytiharan taraf bandar raya yang
menjadi bandar raya ke-14 di negara kita dan kedua di negeri Johor selepas Johor
Bahru.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Serom juga ingin merakamkan ucapan tahniah
kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim atas kemenangan besar menjulang
Piala Malaysia baru-baru ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Serom ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
di mana Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
kita pada awal Dewan ini yang bertemakan kepada, “Membangunkan Dekad Baru
Yang Sejahtera Untuk Johor,” adalah merupakan bajet yang menjurus kepada
pentadbiran yang cekap, berhemah dan memastikan ianya lestari serta di dukung
dengan jiwa yang penuh keprihatinan terhadap perasaan, harapan dan kehendak
rakyat. Dan menyahut semua cabaran semasa dan yang paling inklusif serta Johor
Berkemajuan.
341
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menarik perhatian Dewan yang mulia ini, melalui
pengamatan Serom, penyediaan Bajet 2018 dibuat benar-benar dibina dengan
penuh tulus ikhlas serta menggalas erti tanggungjawab yang sebenar. Setinggi-
tinggi tahniah Serom ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita
dan marilah kita sama-sama bermuafakat, bergotong-royong merealisasikan
perancangan-perancangan yang telah disusun dengan penuh kemas ini. Usahlah
kita sebok mencari titik kelemahan sesama kita. Demi Bangsa Johor, negeri Johor
yang bertuah ini, rakyat Johor dan rakyat negara tercinta ini, biarlah kita
bercanggah pandangan dan bertembung pendapat tetapi bak kata pepatah
mengatakan, “Apabila biduk lalu, kiambang bertaut.” Serom percaya kita sentiasa
berlapang dada mendengar pandangan yang membina, apa salahnya kita
mengingatkan antara satu sama lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan Serom mengingatkan kepada diri Serom
sendiri, juga berkongsi pandangan pada rakan-rakan YB, Yang Berhormat terlebih
lagi di sebelah sana. Janganlah kita sentiasa berburuk sangka, menuduh jangan
sembarangan, berhati-hati kerana buruk padahnya. Bukan sahaja kita boleh
diarah keluar dari Dewan yang mulia ini, malah kita mungkin tidak sedari kita telah
tersasar jauh daripada tanggungjawab kita. Di Dewan yang mulia ini, bukanlah
tempat mencari publisiti, populariti, apatah lagi menuduh dan mengadu dumba
sesama kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bajet 2018 ini berteraskan kepada tekad
“Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor”. Peribahasa Melayu
mengatakan, “Mengukur baju di badan sendiri”. Dengan izin, Malay proverb,
“measure your coat on your own person”, membawa maksud supaya seseorang itu
perlu tahu kebolehan diri sendiri oleh itu sebelum mengata dan mengkritik orang
lain, seseorang itu perlu tahu keupayaan atau kebolehan dirinya sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet 2018 berlandaskan pencapaian ekonomi dan
kedudukan kewangan yang sebenar kita. Kita boleh lihat kajian yang dilaporkan
oleh MIER,dengan izin, Malaysian Institute of Economic Research di mana unjuran
asal pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun 2017 telah direkodkan pada paras 4.5%
hingga 5.5%. Unjuran ini disemak semula ekoran indicator ekonomi yang lebih positif
atau lebih baik. Di mana telah bergerak meningkat naik kepada 5.9% hingga ke
6.3%.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet 2018 yang dianggarkan dicapai sebanyak
RM1,504.33 juta berbanding dengan perbelanjaan RM1,503.19 juta yang mana ia
akan merekodkan kedudukan lebihan sebanyak RM1.141 juta, adalah bajet yang
Serom rumuskan sebagai tidak lain tidak bukan adalah orientasi bajet untuk rakyat.
Bahasa yang mudah adalah apa yang kita perolehi itulah kita belanjakan dengan
penuh cermat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ianya dengan izin bukan bajet ini buat semberono,
ia diperhalusi, dipertimbang dengan kaedah menyelami suara hati rakyat. Serom
bangga dengan strategi ini, tersusun kemas dengan bermula dan strategi
menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pemantapan kemudahan awam dan
pelebaran ruang kesejahteraan rakyat seterusnya membangunkan kemahiran
semua rakyat. Kerajaan negeri berprestasi telus dan amanah dan at least not least
membangunkan persekitaran Johor yang lestari, Islami, selamat, berbudaya dan
seimbang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kesempatan akhir ini...
342
YB Timbalan Speaker : Serom, duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan
Persidangan kita hingga jam 2:30 petang.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.
343
Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
YB Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi warabakatuh, salam sejahtera,
selamat petang, Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan kita sambung semula. Kita
dalam agenda ucapan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya persilakan Yang
Berhormat Serom untuk menyambung ucapan.
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Izinkan saya menyambung terus ucapan saya ini dalam mengambil
kesempatan akhir. Serom ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua penjawat awam kerajaan negeri mahupun
persekutuan serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang telah banyak
membantu Serom bersama rakyat dalam melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan hampir sepanjang 5 tahun ini. Saya juga
mendoakan agar semua dengan setulus ikhlas, agar terus berbakti kepada negeri
dan negara demi rakyat yang tercinta.
Izinkan Serom sebelum ini membawa beberapa perkara berkaitan dengan
kawasan di DUN Serom. Serom berharap agar perhatian dapat diberikan untuk
kajian dibuat dalam menaik taraf infrastruktur jalan raya iaitu daripada Jambatan
Sungai Serom yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Tengku Mahmud
Iskandar dan juga menaik taraf pekan Sungai Mati yang kita lihat sebagai bottle
neck dengan izin, yang di mana kalau boleh dapat dibina laluan lintasan atas
sesuai dengan pembangunan infrastruktur iaitu daripada Jalan Segamat ke Muar
dan Tangkak sebagai daerah pelancongan.
Juga di dalam Dewan yang mulia ini, Serom ingin menarik perhatian kepada
agensi-agensi yang terus terlibat seperti Majlis Daerah dan juga Pejabat Kesihatan
begitu juga Pejabat Daerah yang mana Yang Berhormat Tan Sri Speaker bahawa
Serom bersyukur di bawah solidarity ataupun kerjasama bermuafakatnya yang
dipimpin oleh Pejabat Daerah Tangkak sendiri, dengan ahli-ahli jawatankuasanya
banyak perkara telah dapat diselesaikan. Dan cuma di dalam Dewan yang mulia
ini saya mohon bersungguh-sungguh satu perkara iaitu memudahkan cara kepada
mereka yang berniaga di sepanjang jalan antara Muar hingga ke Pekan Bukit
Kangkar, Pekan Sungai Mati ke Bukit Gambir, yang mana mereka ini telah pun
sekian lama mencari rezeki menjual hasil-hasil tanaman, ada juga menjual hasil-hasil
tangkapan laut dan sungai seperti kupang, kerang dan hasil-hasil masyhur, buah-
buahan yang rata-rata mereka ini adalah petani kecil. Jadi saya harap Dewan
yang mulia ini dapat dirakamkan bahawa marilah kita bersama-sama
memudahkan cara mereka untuk apa jua dapat kita bantu mereka ini dan saya
tidak dapat menerima jika dengan alasan penguatkuasaan dan sebagainya
kerana sesungguhnya kitalah yang mencorakkannya. Jika kalau kita nak cantik kita
bentukkanlah kecantikan itu, jika kita perlukan untuk memastikan dia keselamatan,
kita bentuk keselamatan begitu juga kepada Pejabat Kesihatan sebagainya
bolehlah kita aturkan bagaimana apa jua untuk mudah cara rakyat ini.
Seterusnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, Serom mempunyai lebih kurang
seramai 350 ahli nelayan, sungai dan laut yang mana nelayan-nelayan laut ini
terhimpit dengan ruang lapangan kawasan rezeki yang terkongkong. Iaitu
bersempadan dengan negeri Melaka bersempadan pula dengan negara jiran dan
344
kawasan-kawasan laut nelayan Muar, Parit Jawa dan sebagainya. Terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi nafas lega atas
keprihatinan nasib-nasib nelayan berhadapan dengan negara jiran umpamanya.
Jadi, sehingga kini Jeti Nelayan Parit Karang ini yang mana kaya dengan hasil
tangkapan seperti ikan bawal, senangin dan udang digelar udang pengantin, Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, yang segar dan mengikut pengamatan saya, bahawa
tidak kurang 200 buah kenderaan yang berkunjung setiap hari untuk mendapat
bekalan di kawasan Jeti Parit Karang itu. Jadi saya harap Jeti Parit Karang ini dapat
diberikan tumpuan, dapat dinaikkan taraf supaya jeti-jeti nelayan ini dapat di
perkemaskan dengan memudahkan pengunjung-pengunjung untuk membeli hasil-
hasil tangkapan. Dan juga saya berterima kasih kerana kita mempunyai 4 jeti iaitu
selain daripada Jeti Parit Karang, Jeti Kesang Laut, Jeti Parit Haji Osman dan Jeti
Telok Kemang yang telah diganti baru. Jadi saya merakamkan terima kasih dan
semoga dapat diteruskan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin beralih kepada di mana Serom dan
negeri Johor ini mempunyai pelbagai kumpulan etnik, agama dan kepercayaan
yang mana dulu, kini dan insya-Allah selama-lamanya hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang bermuafakat, bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
kepada identiti Johor, anak Johor dan berfungsi identiti kebangsaan yang
berlandaskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara. Jadi, saya berterima
kasih kepada Jabatan Perpaduan kerana saya lihat bahawa di sini lah asalnya
bermula Muafakat Johor seperti yang kita bincangkan dua tiga hari yang lepas. Di
mana pada pengamatan Serom, KRT adalah satu titik pertemuan dalam muafakat
ini. Di antaranya salah satu platform, dengan izin, titik pertemuan perpaduan ini
dan izinkan Serom sebutkan iaitu antaranya adalah Kampung Kenangan Sri
Tanjung, Parit Haji Osman, Tanjung Agas, Taman Syed Naser, Tanjung Agas, Kesang,
Parit Bunga, Taman Muhibah, Sungai Mati, Kampung Kesang Tasek, Bukit Kangkar,
Sungai Mati, Taman Serom Utama, Kampung Serom 2, Sungai Mati, Serom dan
Serom 6 Luar. Ini semua juga dibantu dengan skim rondaan sukarela. Jadi Serom
ingin menarik perhatian Dewan ini, agar kalau dapatlah KRT ini diberikan,
dikemaskan atau dinaikkan taraf agar mereka ini diberikan tempat yang sesuai
umpamanya, apalah salahnya kalau kita adakan kabin yang seragam kepada
semua KRT bukan sahaja di Serom di seluruh negeri Johor ini. Barulah kita dapat
lihat perpaduan itu berasaskan kepada keseragaman. Jadi, juga Serom
mengharapkan agar dapat kajian dilihat bahawa di antara itu kita juga ada
sekolah perpaduan, tabika perpaduan iaitu setakat ini Serom, iaitu kita ada 4
sahaja yang mana kita boleh tambah lagi.
Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum itu juga Serom ingin memuji setinggi-
tingginya kepada Jabatan Parit dan Saliran. Di mana yang agensi ini sangat berat
dan saya lihat sangat bersungguh-sungguh komitmennya yang mana sekian lama
sejak tahun 2016 isu banjir besar sehingga kini alhamdulillah, Serom tidak lagi
dilanda banjir yang besar yang mana agensi ini telah dapat melaksanakan projek-
projek sama ada projek Rancangan Malaysia Ke-11, yang melibatkan daerah
Serom iaitu seperti Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muar dan Rancangan
Tebatan Banjir Sungai Kesang yang melibatkan peruntukan lebih daripada RM300
juta. Dan, Serom juga menghargai dengan pembinaan pintasan Belemang di
Sungai Muar yakni ada hubungan dengan DUN Gambir yang mana dilaksanakan
dan dijangka siap pada tahun 2019. Di mana pembinaan pintasan Sungai Olak
pula, Sungai Muar dijangka siap pada tahun 2020, tidak lain tidak bukan untuk
kesejahteraan rakyat Serom, Gambir dan Ledang khususnya. Projek yang telah
dilaksanakan pula ialah peruntukan persekutuan. Melalui pengamatan Serom, di
bawah Jabatan Saliran ini melibatkan 44 projek yang berjumlah lebih daripada RM5
juta iaitu projek persekutuan. Dan terima kasih kepada kerajaan negeri kepada
345
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah memperuntukkan 10 projek
yang melibatkan lebih daripada RM3 juta.
YB Speaker : Sila gulung.
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
Serom juga mengharapkan agar kerja-kerja menaik taraf Parit Haji Osman bernilai
lebih RM11 juta dan penggalian muara sungai Kesang ini kalau boleh dapat
disegerakan demi untuk kepentingan rakyat nelayan.
Terima kasih juga projek ini akan dapat dilaksanakan seperti Skim Pengairan Kesang
Gate, Skim Pengairan Teluk Rimba, Skim Pengairan Pulau Penarik, Skim Saliran Serom
Dan Skim Saliran Kesang. Dan untuk makluman semua, memanglah Jabatan Parit
Saliran dan Air ini diberikan tahniah setinggi-tingginya kerana parit dan sungai di
DUN Serom lebih 75 buah batang.
Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kepada rakyat Serom, saya ini adalah insan
yang terlalu kerdil dan pastilah tidak lepas daripada sebarang kelemahan dan
kekhilafan, justeru kepada Allah SWT Serom mohon ampun kepada rakyat Serom
kemaafan jua dipohon. Semoga hari-hari mendatang lestari kesejahteraan dan
wajah-wajah petani, pesawah-pesawah, pekebun-pekebun, peniaga-peniaga,
nelayan-nelayan, para pendidik, guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta rakan-
rakan taulan, qariah masjid dan surau, dengan izin, member-member warung,
anak-anak muda, NGO dan segenap lapisan masyarakat sama ada kaum Cina,
India dan Melayu percayalah bahawa semua anda berada di hati kami iaitu parti
Barisan Nasional. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya
juga turut serta dalam pantun ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker mengumumkan penganugerahan saya
sebagai Dr. Kehormat, juga tidak lupa kepada saudara Yang Berhormat Skudai
sebentar tadi. Namun, saya merakamkan pantun ini yang mungkin ditujukan
kepada semua iaitu Pulau Pandan Jauh Ke Tengah, Gunung Daik Bercabang Dua,
Hancur Badan di kandung Tanah, Budi Yang baik Dikenang Jua. Kepada..
YB Speaker : Cabang dua ke cabang tiga?
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Di kenang jua. Maaf Tan Sri
Speaker.
YB Speaker : Pantun asalnya bercabang tiga.
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat (Serom) : Ya. Terima kasih. (Dewan ketawa).
Jadi ni saya khusus kepada Skudai dan Skudai saya berterima kasih atas ucapan
tahniah itu. Jadi saya beri dia pantun lah.
Bunga Cina di atas batu, jatuh daunnya ke dalam ruang, adat dunia memang
begitu, sebab budi, emas terbuang.
Dan akhirnya saya juga mengingatkan kepada diri saya dan juga mungkin kepada
semua, bahawa banyak orang panjat kelapa, kelapa dipanjat kebun Cina, budi
tiada hodoh rupa, kepada orang tiada berguna. Begitu lah kalau kita, jadilah
seperti resmi padi, kalau Skudai rasakan, jangan bezakan PT3 dengan PhD kerana
kita telah diajar selagi kita tinggi jadilah kita resmi padi, rendah tidak bererti rendah,
tinggi tidak bererti tinggi.
346
Jadi kepada itu, saya sekali lagi mohon maaf kepada semua Ahli Dewan Yang
Mulia ini dan Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Serom menyokong rundingan di
bawa oleh YB Kukup. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Serom. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pasir Raja.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker
kerana memberi saya dari Pasir Raja ruang untuk menyertai rundingan perbahasan
Bajet 2018 pada kali ini. Tan Sri Speaker, saya mulakan untuk memberi sedikit
penghargaan kepada Tan Sri Speaker, kerana Tan Sri Speaker ini merupakan idola
saya sebenarnya. Dari dulu. (Dewan bertepuk).
YB Speaker : Terima kasih.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Tan Sri Speaker masa jadi Ahli
Parlimen, saya nampak melalui perbahasan yang Tan Sri Speaker sertai di Parlimen,
Tan Sri Speaker seorang yang lantang, begitu berjiwa besar membela rakyat dan
negara. Dan sampai hari ini Tan Sri Speaker bila mengendalikan Persidangan kita,
kita dapati bahawa semangat dan juga jiwa yang begitu kental menyebabkan kita
dalam Dewan ini, semua Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat daripada Barisan
Nasional ini rasa begitu nak menyumbangkan idea dan pendapat yang bernas.
Nak ikut Tan Sri Speaker, saya tak mintak masa tambahan Tan Sri speaker
sebenarnya.
Cuma kali ini bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
dikatakan, saya bincang dengan YB Rengit. A brilliant budget. Jarang kita dengan
hampir 2 jam dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar satu bajet
yang begitu fokus terhadap pembelaan negeri Johor dalam satu abad. Biasanya
bajet ini satu tahun, berbanding kalau di peringkat federal Rancangan Malaysia dia
lima tahun, lima tahun. Tapi ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi kita
satu input untuk kita fikirkan ia akan berlanjutan sehingga 10 tahun, satu dekad.
Makna dia akan tamat pada 2028.
Itu lah satu Visionary Leaders, dengan izin, satu pemimpin yang inspirational dan
juga saya nak beri anugerah inovator, salah satu yang menyebabkan negeri Johor
ini sebelum ini mungkin tidak dilihat sebagai apa yang selalu di sebut The New
Economic Power House Of Southern Malaysia menjadi kenyataan, kerana ada
banyak inovasi-inovasi dalam bajet 2018 ini yang di ketengahkan yang kita Ahli
Dewan ini pun tercengang-cengang juga. Tapi malangnya Tan Sri Speaker sama
ada benda itu dapat ditangkap melalui jiwa yang bersih ataupun dengan jiwa
yang benci. Jadi saya tak rasa, terasa apa yang seperti bajet yang tak dimasukkan
contoh dalam, perkara yang tidak dimasukkan dalam bajet 2018. Contoh,
Penggaram, Yong Peng, Bekok. Dia cerita pasal rasuah. Memang tak sebut dalam
bajet kerana pada 24 hari bulan, sorry, 25 hari bulan 4 tahun ini. kita telah
mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah. Dah ada dah. Bukan ketua jabatan, semua
kakitangan kerajaan, Ahli Dewan pun pergi sama. Selesailah. Makna kita ikrar, bila
dah berikrar tentu sekali Dato’, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah fikirkan
bahawa dia include kerana dalam kita punya buku pun ada, perkara 5 ini. Kita
akan memberi tumpuan kursus untuk menggunakan teknologi dan inovasi dalam
mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih telus dan berakauntabiliti, tiada rasuah,
tiada keciciran, tiada ketirisan.
347
Habis ini yang Ahli Berhormat daripada Penggaram, Yong Peng, Bekok ini macam
tak baca lah. Saja nak timbulkan benda ini benda orang dah tak fikir lagi dia saja
nak bangkit. Ini satu perkara yang menanamkan, mungkin teguran baik tapi orang
lain benci. Jadi, kadang-kadang Tan Sri Speaker, nak puji dia orang pembangkang
banyak bantu tapi kadang-kadang bantuan mereka beri itu, contoh kesian kita
dapat kawan daripada Skudai, YB Skudai, dia tak masuk dalam CEC DAP baru ini.
Tak dapat senarai. Dia orang kuat dalam Dewan, bicara pasal pergi ke Sedili
selesai masalah Sedili. Patutnya dia dalam CEC DAP, tak dapat. Kesian dia.
Jadi di situ kita lihat bahawa kadang-kadang elemen Bajet 2018 yang dihidangkan
kepada rakyat Johor saya tak nak kata orang dalam Dewan ini, rakyat Johor ini
kena tahu, Pekan Nenas kata, telur sebiji riuh sekampung. Memang saya kata,
bukan sebiji kita bertelur, berbiji-biji telur. Kita nak riuh satu dunia, biar kita punya
bajet ini, dia orang tahu. Elemen-elemen yang diterapkan dalam bajet yang
dihidangkan kepada kita semua perlu dibawa ke setiap pelosok negeri Johor tanpa
ada keciciran dan juga ketidaksamarataan, inilah satu bajet yang saya kata very
visionary, very inspirational dan The Innovator Of Johor Berkemajuan.
Tan Sri Speaker, kita menyokong, kita akan sokong perkara ini dan di sinilah masa
depan kita. Daripada perbincangan yang di utarakan, saya nampak tak banyak
lari daripada memperkatakan tentang digital ekonomi. Ekonomi digital dan bila
kita tengok ekonomi digital kita nak fahamkan rakyat Johor Tan Sri Speaker. Kalau
kita faham bahawa zaman pendigitalan ialah berkait rapat dengan industri revolusi,
revolusi Industri 4.0. Bermakna, rakyat Johor kena tahu sedikit sebanyak perkara-
perkara yang berlaku dalam dunia. Contoh, saya nak beritahu bahawa impak
revolusi industri yang ke-3 baru kita rasa sekarang. Bermakna impak revolusi industri
yang ke-4 kita akan rasa pada tahun 2030 kerana hujahnya begini. Revolusi industri
pertama dia berlaku pada 1760, kita belum lahir Tan Sri Speaker, 1760, many years
back, dekad-dekad yang lama. Dia berlaku 1760 hingga 1830. 1830 number one
kerana pada waktu tu manusia baru mencipta sedikit mesin. Dia panggil
mechanization lah. Mesin yang paling awal di ketengahkan untuk memberi
sokongan pada industri transportation ialah steam enjin kereta api ini dia pakai
wap. Ada arang batu, dia memanaskan air itu, wap keluar jalan lah itu apa railway
itu.
Kemudian 1870 – 1914, itu revolusi industri kedua. Barulah ada apa yang di panggil
electricity, penubuhan electricity dan juga bila ada electricity Tan Sri Speaker, maka
semua produk-produk dalam dunia terutama Jerman dia panggil mass production.
Waktulah kita nampak macam ada satu perkara yang kata orang itu, significant
dengan kehidupan kita. Orang mula keluarkan produk banyak sehingga sektor
pembuatan dalam negeri Johor, Malaysia kerana kesan revolusi industri kedua itu.
Pembuatan, industri pembuatan banyak datang, pelabur Dato’, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar beritahu sektor pembuatan untuk tahun ini ia RM1.4 bilion
kalau 10 tahun di campur, ratus bilion masuk ke dalam negeri kita. Satu kejayaan
besar melalui revolusi industri, pendigitalan.
Jadi revolusi industri ketiga berlaku pada tahun 1950, tahun ini, abad yang lepas lah,
dekad yang banyak selepas itu, berlaku industri pengkomputeran atau automasi.
Saya teringat cerita Allahyarham P.Ramlee, apabila orang nak buka gate, apa,
gunung apa itu ada pintu, gua, dia akan cakap dalam bahasa jawa, dengan izin,
saya tak tahu jawa saya betul tak, arak insung matakaji, semar ngising, tu macam
ada remote control lah. Voice activated control.
YB Speaker : Semar ngising tu tau maknanya?
348
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ha, saya tak tahu, nak tanya Tan
Sri Speaker ni. Semar ngising, mata kaji. Jadi itu kod Tan Sri Speaker. Itu namanya
kod, coding. Orang lama dah tau nak buat tu cuma kita, kesannya baru sekarang
saya pakai remote control rumah saya. Balik je lagi jauh dah boleh buka pintu gate.
Ha itu saya tak baca tu, tu yang ayat tu lah. Ini namanya revolusi industri ketiga
yang dah sampai pada kita.
Alhamdulillah, hari ini Tan Sri Speaker, nak tak nak kita kena menerima perubahan,
tetapi sebelum kita menerima perubahan rakyat Johor mesti ditanamkan dengan
mentaliti budaya innovator dan budaya menerima early adapter ataupun kita
mesti cepat-cepat menerima perubahan kerana kalau kita tak terima perubahan,
kita tak merasa kesan dengan baik.
Justeru itu, Bajet 2018 inilah saya lihat ia melibatkan banyak Yang Amat Berhormat
Menteri Besar kita beritahu kita bahawa dalam masa 10 tahun akan datang kita
nak, tak nak kena membincangkan kehadiran, kehadiran generasi muda. Ha, dia
panggil, saya kata generasi milenium, generasi Y milenium yang akan masuk ke
pasaran kerja kita dan akan bekerja bersama-sama dengan orang veteran.
10 tahun ini orang-orang muda akan masuk dan akhirnya bekerjasama dengan
orang veteran dalam satu company dalam satu syarikat mungkin ketua-ketua
jabatan umur 50 sampai 60 yang baru ini masuk umur 25. Lepas universiti masuk,
mereka mesti bekerjasama Dato’ Speaker, Tan Sri Speaker, mesti bekerjasama.
Strength work, work with experience, maknanya orang yang berpengalaman
bekerja dengan orang yang ada tenaga Tan Sri Speaker, ada tenaga dan ada
pengalaman. Kita kena fikir macam itu, baru kita punya pelaksanaan menjadikan
Johor sebagai The New Economic Power House menjadi kenyataan, Tan Sri Speaker.
Dan, kita tak boleh biarkan orang-orang lama ni begitu Tan Sri Speaker, kerana
dalam Statistik Kesihatan Dunia, golongan populasi berumur atas 65 tahun ni, akan
datang akan lebih ramai kerana kesihatan, Kementerian Kesihatan ni walaupun
dituduh potong bajet ke apa tapi sebenarnya kesihatan kita yang baik dalam
Malaysia ni, dalam Johor ni menyebabkan orang-orang ni panjang umur ni kerana
mudah, mudahnya dapat perkhidmatan kesihatan. Sampai dalam Bajet ni pun
saya nak mintak dalam EXCO Kesihatan, KK 4, FELDA Bukit Besar tolong naikkan
taraf kepada KK 3. Tu sempatlah saya minta sikit. Naik taraf kepada KK 3 kerana di
situ orang-orang lama dah ramai. Jadi, ini satu pembelaan kepada kita Tan Sri
Speaker.
Dan keperluan asas golongan atas 65 tahun 15% ni, populasi ni menunjukkan kita
perlukan dekad yang mendatang ini struktur penjagaan warga-warga tua. Yang
dulunya memang hardcore Barisan Nasional, hardcore kerajaan. Mereka ada lagi,
mereka ni mungkin boleh menasihati belah sana bagaimana negara ini dibina
macam yang saya beritahu tadi Revolusi Industri 1, 2, 3, 4 ni. Ha sejarahnya. Jadi
Tan Sri Speaker, untuk itu barulah kita rasakan bahawa keperluan-keperluan yang
akan kita minta tu sepanjang 10 tahun dekad baru Johor ini akan dapat dirasai.
Tan Sri Speaker, saya bincang dengan rakyat kawasan saya, dia nak ucap terima
kasih kepada kerajaan Johor, kerajaan Malaysia, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar kerana diam-diam buat kerja. Tak bising-bising pun, diam-diam. Minta maaf
dengan Sedili, Sedili tak ada. Tiba-tiba aje kita dapat satu tawaran untuk
membangunkan JEEP ni, Johor Eco-Entertainment Park, ataupun theme, tema yang
ala Disneyland berharga RM2.7 bilion. Kerana lokasi tersebut mungkin berdekatan
dengan Iskandar Malaysia, mungkin ia satu tempat yang strategik yang boleh
menjadikan industri penggunaan taman tema kepada rakyat, dunia dan rakyat
349
negara kita ni, Johor khususnya dapat merasainya. Dan, saya nampak segala
peluang untuk kita mengetahui sebelum dan selepas dunia Digital 4.0 ni ada kat
situ. Taman tema tu akan menerangkan pelbagai kisah sebelum, kini dan masa
depan kerana bila disebut Eco-Entertainment, dia melibatkan 3 education,
entertainment and environment. Bermakna Tan Sri Speaker, saya nampak kalau kita
nak menggariskan Johor pada masa depan kita akan dapat bayangkan
menggunakan hologram contoh, hologram ataupun menggunakan teknologi yang
menggamatkan bentuk virtuasity ataupun realiti secara jelas.
Jadi Tan Sri Speaker, itu merupakan satu daripada sebab Pasir Raja tak akan tewas
kepada pembangkang. Pasir Raja, Barisan Nasionalnya akan terus memberi
kerajaan Johor satu kerusi pastikan bahawa dengan nikmat, limpah kebijaksanaan,
inspirational insparator and innovator ini, kita jelaskan kepada rakyat ini bukan
calang-calang dan bukan sebarang anugerah diberi kepada kita dengan
kebijaksanaan memimpin negeri Johor.
Sebelum itu Tan Sri Speaker, saya nak puji kerajaan Johor juga dan kerajaan
Malaysia. Sungai Johor walaupun ada banyak kes-kes tak cukup air kerana
pencemaran tetapi apabila baraj dibina, baraj ni, baraj ni di bawah Kementerian
KETTHA lah. Baraj dibina baraj ni maksudnya empangan, bukan empanganlah, dia
pintu air lah supaya air daripada air tawar dan air masin ni tidak bergolaklah, dia
bercelaru di situ. Jadi di situ tempat bekalan air PUB, SAJ dan juga operator-
operator yang kecil-kecil ni. Apabila BARAJ dibina Tan Sri Speaker, rupanya dia
memberi limpah nikmat yang tak sangka. Macam kita baca surah Seribu Dinar,
begitulah. Rupanya baru-baru ni nelayan-nelayan sungai beritahu kita Tan Sri
Speaker, udang tumbuh dengan udang galah ni dia biak dengan bagus. Dulu sepit
biru tak keluar, hari ni sepit biru dah keluar dengan sepit boleh menyepit dengan
kuat. Kuatnya Barisan Nasional macam tulah kuatnya udang dekat Sungai Johor tu
kerana pembinaan baraj. Jadi, baraj ni tak disangka-sangka walaupun ada
kecaman ataupun protes tetapi rupanya dia membawa kesan kepada nelayan,
hari ni nelayan sungai bersyukur kerana dapat lebih kilogramlah saya rasa, dulu
saya mungkin pancing udang dapatlah 2 kilogram kerana kecil-kecil, hari ni
dapatlah 4 kilogram. 1 kilogram jual RM45.00, alhamdulillah, syukurlah. Inilah kita
dapat nikmat dan ini kita kena pastikan generasi akan datang 1 abad lagi, 1 dekad
lagi bahawa udang tu tak akan pupus kerana kita nak beri cukup makan, ini udang
pun Industri Perniagaan Strategik, udang galah. Tak termasuk ikan patin, ikan baung
Tan Sri Speaker. Dulu kita boleh jumpa ikan kelah, kita boleh. Ha ni mungkin datang
lagi insya-Allah.
Jadi untuk itu, ini merupakan satu kemajuan melalui kaitan kita dengan revolusi
Industi Industri 4.0 maknanya di situ baraj tu ada automatik ada pintu automatik
yang akan mengendalikan pintu air, air masin lalu dia boleh kesan, lebih aje dia
tutup. Ha itu Revolusi Industri Ke-4 dan ini akan menggandakan sektor pertanian.
Saya nampak Tan Sri Speaker, apabila sektor pertanian dapat cukup air tawar dan
air masin tak campur, maknanya tumbuhan-tumbuhan tu akan lebih baiklah dia
dijangkalah, dijangka. Kalau tadi udang boleh tumbuh dengan biak dengan
banyak dan baik bermakna sekeliling kawasan tersebut dia akan ada.
Jadi, saya mungkin nak minta dengan adanya pemikiran digital ekonomi dan
revolusi industri keempat ni pihak kerajaan negeri memikirkan juga produk-produk
daripada pertanian yang boleh di IKS kan maknanya yang boleh di Industri Kecil
Sederhanakan. Saya baca artikel, industri kecil maknanya Tan Sri Speaker, dia tak
boleh lebih daripada 200 orang pekerja kalau tu dah besar kalau industri kecil dia
50 orang pekerja, sederhana bawah, bawah 200, kalau kecil bawah 20 orang.
Kebanyakan industri dekat kawasan-kawasan lembah bio di Pengerang, di Sungai
350
Johor kebanyakan Industri Kecil Sederhana jadi kalau kita boleh memodenkan
sektor pertanian dengan adanya pemodenan 4.0 bina BARAJ tu, saya yakin hasil-
hasil pertanian yang kita boleh ketengahkan dalam industri dia lebih baik.
Dan, kita buat apa kita perlu kita ada adalah Smart Manufacturing apa ni,
maknanya manufacturing apa? Pembuatanlah smart manufacturing maknanya
kita guna betul-betul teknologi IT, IOT, digital data dan akhirnya kita pergi kepada
apa yang dibuat oleh federal iaitu lahirnya satu perdagangan dipanggil e-dagang,
PZDT ke apa. Yang dibina menggunakan kaedah pasaran Ali Baba, saya bin Baba
juga tapi Adham Baba tapi Ali Baba, saya Adham Baba jadi boleh ingatlah apa
yang dibuat. Kerana platform dia panggil sekarang ni digital platform,
perdagangan dalam dunia ini menggunakan transaksi akan datang tanpa duit,
cashless. Dan, pemasaran ini lebih luas bukan domestic consumption tapi akan jadi
international consumption saya yakin udang galah di dalam Sungai Johor kalau
ditawarkan dalam peta platform Internet orang dunia California kalau dia rasa dia
nak pun dia akan order. Ha, kalau itu kena ada satu pembaharuan pemodenan IKS
industri pembungkusan ke industri pembuatan, nilai tambah kepada pertanian.
Akhir sekali Tan Sri Speaker, saya bercita-cita untuk memberi kemajuan kepada
kawasan saya. Kawasan Timbalan Speaker jugalah, kalau boleh kerajaan Johor
menimbangkanlah. Kawasan Bandar Tenggara tu yang dahulu ada kawasan
industri tapi malap. Dibangunkan semula ataupun bina kawasan perindustrian baru.
Kalau ada tanah, kalau ada cukup acreage nya permintaan ada, tolonglah bina
kawasan industri baru serupa macam di Kulai, di Sedenak, di Tebrau, kawasan yang
mungkin ada i-park dan disokong oleh kekuatannya bekalan air yang cukup kerana
industi ......, semi-conductor ni dia perlukan air yang konsisten bekalannya dan
electricity.
Electricity dah start tahun Revolusi Industri Kedua, 1870 maknanya industri kalau nak
buat electricity tidak boleh tidak mesti ada cukup. Jadi, kawasan industri yang baru
ni di Bandar Tenggara, di pekan Bandar Tenggara tu sepatutnya boleh mula dibina
tahun depan. Dan kita tawarkan kepada penduduk Bandar Tenggara yang rata-
rata mengatakan bahawa kawasan industri yang sedia ada setakat ini tidak
berapa nak bangun, kita tak boleh lagi buat di situ, kita buat kawasan industri baru
yang menggunakan sepenuhnya teknologi Digital Industri 4.0. Yang saya ada catit
sini Tan Sri Speaker, dia ada guna smart factory, networking yang perfect, ideal
processing dengan izin, lepas tu logistik yang bagus dia panggil realistic 4.0 dan
juga new knowledge serta perfect organization dengan izin Tan Sri Speaker. Jadi,
boleh buat kat situ contoh kalau ada tadi GEP, Bandar Tenggara ada contoh smart
manufacturing.
Dan, ini ada sokong oleh bajet 2018 federal yang memberikan peruntukan yang
banyak kepada industri untuk buat autonomous ni atau automatik ni dia ada bajet
geran sempadan. Kalau kilang-kilang nak improve daripada manual kepada
automatik dia nak beri geran sempadan kepada yang melaksanakan Revolusi
Industri 4.0 pada Smart Manufacturing. Ha, maknanya konsisten dengan IOT Internet
Of Thing, Big Data, Artificial Intelligence yang diberitahu Skudai tadi dia panggil
kepintaran buatanlah. Dia tidak menggantikan manusia, robot ni tapi kalau diberi
emosi pada robot tersebut dia akan menggantikan manusia. Kita tak beri robot tu
emosi, kita buat dia, dia patut ikut arahan kita bukan kita ikut arahan dia tetapi
dunia akan berubah sekiranya kita tidak langsung memikirkan bagaimana AI itu
berfungsi, Artificial Intelligence. Dan, ini boleh memberi gambaran kepada dunia
dan kepada Johor bahawa kerajaan Johor begitu memikirkan bajet yang akan
dihidangkan kepada rakyat Johor dan Malaysia kita adalah pendahulu kepada
semua jenis industri, the father of all industri Johor bermula. Itulah...
351
YB Speaker : Sila gulung...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Saya cakap johor punya bajet ni
brilliant, brililiant dan sangat berkesan. Terima kasih Tan Sri Speaker, saya cuma nak
minta izin supaya pihak kerajaan Johor boleh membantu saya, ni akhirlah. Dah lama
kita minta Tan Sri Speaker, iaitu kalau Telekom Malaysia ni dia bekalkan apa nama
laluan kabel eh ke kampung-kampung. Kalau untung banyak, saya tak fikir dia
boleh menafikan keperluan telefon yang di bekal menggunakan kabel ni kepada
dua kampung ni yang dah lama tunggulah, Kampung Sri Jaya saya cakap di sini
supaya direkodkan. Direkodkan dalam Verbatim, Kampung Sri Jaya, Kampung Baru
Sungai Telur dengan Kampung Sungai Telur yang lama minta line telefon kerana
bekalan wifi, bekalan tower yang ada TELCO ni tak cukup, jadi anak-anak kampung
di situ dah mula gunakan IT tadi IOT mereka menjerit kerana broadband yang
mereka beli pun tak cukup kerana TELCO ada tapi tak sampai. Ini Tan Sri, penting ni
kerana kalau saya tak sampaikan dalam, di rekod dalam Verbatim nanti katakan
next election sapa juga yang mengambil alih atau sama orangnya ke, kita mesti
bawa.
Dan yang akhir sekali, berkaitan dengan permohonan untuk adakan bas daripada
pekan Kota Tinggi ke pekan Kulai cukuplah. Dari Kota Tinggi tu kalau ada baslah
sekarang tak ada bas, jadi penuntut-penuntut KPYPJ dah ada, dah bina Kolej
Yayasan Pelajaran Johor dah ada Kolej Kemahiran Antarabangsa dan di situ dah
ada PR1MA dan RMMJ ada pula JEEP dah sampai masa Tan Sri Speaker bas tu.
Jadi, saya ucap terima kasihlah kepada Tan Sri Speaker, dan Tan Sri Speakerlah
idola saya daripada dulu sampai sekarang. Dengan itu saya menyokong apa yang
dibawa oleh Kukup (Dewan bertepuk).
YB Speaker : Terima kasih Pasir Raja. Sekarang jemput Tanjung Puteri.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Assalamualaikum warahmatullahi
warabakatuh. (Bacaan Doa). Salam Sejahtera, Salam Hormat, Salam Muafakat
Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Tanjung Puteri juga ingin merafak sembah
ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
pada 22 November 2017. Terima kasih kerana Tan Sri Speaker memberi peluang
kepada Tanjung Puteri untuk turut serta dalam membahaskan usul bajet negeri
Johor 2018 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor
pada 23 November yang lalu. Tanjung Puteri turut terpanggil untuk membahas
perkara-perkara yang sepatutnya menjadi topik utama belanjawan apabila
mendengar perbahasan oleh rakan-rakan baik dari penyokong kerajaan, mahupun
dari pihak pembangkang mengenai perkara-perkara yang diutarakan. Ada yang
boleh diterima pakai dan ada yang juga mengarut. Contoh, seperti SPR dikatakan
tidak demokrasi dan tidak bermaruah kerana berlaku perpindahan pengundi di
DUN Parit Yaani. Mengimbau kembali peristiwa PRU 13, bagaimana Gelang Patah
dihujani ribuan pengundi dari luar Johor bertukar tempat mengundi dan seterusnya
mengalahkan calon Barisan Nasional di situ. Adakah perkara begini baru
pembangkang mengatakan SPR demokrasi dan bermaruah? Jangan meletak
tuduhan kepada perkara yang tidak menyebelahi pada kita sebagai tidak
bermaruah tapi apabila ianya menyebelahi kita baru kita katakan ianya betul.
Seterusnya isu GST mendapat tempat juga bagi pihak pembangkang untuk
melemparkan kata-kata kesat seperti GST menzalimi golongan miskin, menzalimi
orang-orang tua, menzalimi orang OKU, orang sakit dan sebagainya. Suka-suka
sahaja apa yang nak mereka cakapkan. Malaysia adalah sebuah negara yang
352
walaupun menggunakan sistem pencukaian GST tetapi masih mengkategorikan
sebahagian barangan runcit tidak dikenakan cukai GST. Berikut adalah senarai
barang runcit tidak dikenakan GST, seperti beras, gula pasir, tepung gandum,
tepung beras, ayam, cili kering, cili padi, garam, ikan basah, ikan bilis, bawang
besar, bawang merah, bawang putih, bee hoon, minyak masak, telur ayam, telur
itik, kelapa parut kering, susu tepung bayi, daging babi pun tak dikenakan GST. Dan
banyak lagi kalau nak tahu google lah sendiri. Parit Yaani menyatakan hasil GST
yang diperolehi sebanyak RM40 bilion sebenarnya RM41 bilion tahun lepas
berbanding kalau guna sistem SST sekitar kutipan RM16 bilion. Parit Yaani katakan
rakyat kehilangan wang belanja tahunan mereka sebanyak RM24 bilion kerana
membayar GST. Ini adalah satu pembohongan dan sungguh tidak amanah kalau
dibiarkan perkara tersebut dipercayai oleh orang-orang ramai. Mungkin itu
mengikut kefahaman Parit Yaani. Tapi kalau ikut realitinya, Tanjung Puteri faham
ianya berbeza kerana RM24 bilion itu sebenarnya secara nyata dapat kita kutip
kerana peniaga pada masa ini apabila guna sistem percukaian GST sudah tidak
boleh tipu kerajaan lagi. Kalau masa menggunakan sistem SST, peniaga
mengenakan cukai kepada pelanggan dalam harga jualan tapi tidak pasti mereka
bayar cukai kepada kerajaan ataupun tidak. Tapi masa guna GST, semuanya
terkawal kerana semuanya mesti ada hitam putihnya. Maka, pengguna dapat
bezakan harga dan dapat memilih barangan termurah sebelum cukai dalam
pasaran. Pada 2017, sebanyak 454,609 syarikat berdaftar dengan GST. Sejumlah
14,578 kesalahan pelarian cukai telah dikenal pasti bagi tempoh April 2015 hingga
Julai 2017. Ini adalah Laporan Ekonomi 2017-2018 Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kalau pembangkang nak kata bajet Johor ini,
bajet Johor 2018 ini adalah gula-gula untuk rakyat, menjelang PRU 14, ataupun
bajet copy paste katanya, lantaklah dia. Pada pendapat Tanjung Puteri bajet ini
dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negeri Johor, bagi menghadapi perancangan
pentadbiran kerajaan pada masa 10 tahun mendatang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dasar kependudukan Melayu dalam bandar. Ini
berlaku pada Tanjung Puteri. Dalam kita membahaskan bajet negeri Johor 2018 ini,
Tanjung Puteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan team nya yang merangka
dasar kependudukan Melayu dalam bandar atau Kota Larkin, yang mempunyai
keluasan lebih kurang 224.72 ekar dan 193.06 ekar akan dimajukan sebagai
kawasan pembangunan dan perumahan. Kawasan ini akan dimajukan bermula
tahun depan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, KPRJ. Ribuan terima kasih
kepada Team Johor atas inisiatif pembangunan ini. Bagi permulaan, peruntukan
sebanyak RM50 juta dalam bajet 2018 untuk membina 246 unit perumahan pakej A,
PKJA. Perumahan ini akan dibina di tapak kawasan industri Larkin yang mana akan
dijadikan pertambahan kepada tanah rizab Melayu dalam bandar pada masa
akan datang. Ini bukan janji kosong, ini akan dilakukan oleh kerajaan Barisan
Nasional di Johor untuk kepentingan Bangsa Johor yang berhasrat mempunyai
hartanah dalam bandar. Tanjung Puteri memohon kepada kerajaan negeri melalui
UPEN supaya berilah peluang kepada pemegang lease tanah industri ini yang
mana yang masih lama lagi agar boleh berunding supaya tanah lease mereka
boleh dimajukan dengan cara usaha sama bersama-sama dengan KPRJ.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya Program Rumah Transit Belia.
Seterusnya untuk kita melihat perkembangan yang positif kepada orang muda
yang sudah berumah tangga dan telah membeli rumah RMMJ dan sedang
menunggu pembinaan rumah mereka siap dibina, Tanjung Puteri mencadangkan
agar mereka ini secara automatist diberi keutamaan menyewa rumah Program
Rumah Transit Belia Johor. Projek Perintis PPR Melana Indah sebanyak 390 unit yang
353
dibina dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara adalah rumah yang sesuai
untuk mereka memandangkan sewanya hanya RM250.00 sebulan.
Seterusnya agenda Johor Selamat.
1. Program Permuafakatan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga akan
diperuntukkan sejumlah RM280,000.00;
2. Geran Pengoperasian sebanyak RM500,000.00 dan
3. Geran untuk Skim rondaan sukarela sebanyak RM100,000.00 untuk keseluruhan
kawasan Johor.
Amatlah dihargai oleh masyarakat seluruh Johor tapi dalam masa yang sama
Tanjung Puteri juga ingin memaklumkan iaitu Jabatan Perpaduan ada memberi
peruntukan geran kepada KRT yang aktif sebanyak RM4,800.00 hingga ke
RM7,200.00 setahun. Jadi Tanjung Puteri mohon peruntukan dalam agenda Johor
Selamat ini, untuk diberikan kepada Persatuan Penduduk dalam kawasan bandar
kerana mereka juga melaksanakan tugasan yang serupa untuk menjaga
keselamatan penduduk di dalam kawasan mereka. Walaupun, mereka ini
merupakan badan NGO, dalam masa yang sama menjadi mata dan telinga
kepada pihak polis bagi mencegah jenayah dalam bandar. Tanjung Puteri minta
Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri menyampaikan peruntukan kepada
mereka dalam satu majlis bersama PBT-PBT sebagai penghargaan masyarakat
prihatin menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat dalam bandar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Inisiatif Keusahawanan Johor. Seterusnya Tanjung
Puteri juga ingin menyentuh bajet mengenai Inisiatif Keusahawanan Johor. Ini
adalah satu lagi unjuran yang sangat bertepatan untuk generasi TN50. Laporan
Jabatan Statistik penduduk Malaysia pada tahun 2018 dianggarkan seramai 32 juta
orang. 28.7 juta adalah warganegara dan selebihnya adalah bukan warganegara.
Jumlah penduduk lelaki pada tahun ini terus melebihi jumlah penduduk
perempuan. Nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Jadi, orang lelaki tak
ada chance nak dapat lebih kalau dalam kiraan nisbah ini. Anggaran setiap tahun
200,000 graduan dihasilkan dalam Malaysia. Dalam dapatan kajian 50,000 graduan
bekerja selepas 6 bulan tamat belajar. Data statistik dari laman web pendidikan.
Bagi kerajaan Barisan Nasional, akan masih menetapkan penjawat awam kekal
seramai 1.6 juta orang bagi tahun 2018. Pengambilan penjawat awam baru setiap
tahun seramai lebih kurang 25,000 orang atau 1.5% yakni dari persaraan. Hitung
kasarnya 200,000 graduan tolak hanya 50,000 sahaja yang bekerja, di mana pihak
kerajaan hendak letak lebih 150,000 mereka ini. Maka, pendekatan kerajaan negeri
Johor dalam Bajet 2018 kepada aktiviti keusahawanan amat terpuji bagi
mengimbangi keruncingan pekerjaan kepada lepasan graduan dalam negeri
Johor khasnya. Usaha-usaha menjayakan aspirasi keusahawanan Johor di
anggarkan ataupun RM6 juta diperuntukkan kepada Pusat Pembangunan
Usahawan Johor.
Projek Ekonomi Rakyat Johor, ataupun ERA, RM1 juta. Insentif bantuan PKS Johor,
RM5,000.00 hingga RM10,000.00 setiap pemohon. Community Incubation
Programmed akan diberikan bantuan fasiliti tempat-tempat untuk berniaga.
Indinomics 3.0 akan diberikan setiap pemohon dana sebanyak RM10,000.00 hingga
RM20,000.00. Program Misi Jejak PKS akan diberi perkhidmatan nasihat dan
sebagainya. Program Johor OEM akan memiliki produk sendiri dan sebagainya.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di
dalam kawasan Tanjung Puteri, Tanjung Puteri telah bawa fenomena yang mana
independent ekonomi ini adalah untuk orang-orang muda yang baru
354
menceburkan diri dalam perniagaan dan juga orang-orang muda yang
mempunyai kelebihan, kepandaian untuk berniaga. Maka alhamdulillah apa yang
Tanjung Puteri bawakan dahulu di dalam Dewan yang mulia ini telah dapat
direalisasikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan memberi segala
bantuan-bantuan dan juga dana yang akan diberikan setiap pemohon sebanyak
RM10,000.00 hingga ke RM20,000.00 seorang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kepada apa yang Pasir Raja kata tadi, infrastruktur
WIFI, penambahan WIFI percuma untuk rakyat Johor dengan peruntukan RM5.43
juta dan kerjasama, dengan kerjasama Johor Corporation yang akan
menambahkan lagi Hotspot sebanyak 768 tempat dengan peruntukan RM2 juta
melengkapkan lagi aspek jaringan komunikasi negeri Johor. Tapi, pada masa
ataupun pada zaman ini, keperluan penggunaan Internet sebagaimana yang Parit,
Pasir Raja kata tadi, penggunaan Internet adalah seolah-olah keperluan kehidupan
sama seperti keperluan memiliki sebuah kenderaan ataupun memiliki rumah, ianya
satu necessity kepada orang-orang pada zaman ini. Tanjung Puteri ingin
membangkitkan masalah yang lama tidak diselesaikan oleh servis provider seperti
TELCO ini. Kalau kita lihat kawasan-kawasan lama, mahupun kampung-kampung
ataupun taman-taman yang lama, yang jaringan komunikasi guna kabel ataupun
wire line dalam kawasan bandar pun masih tidak berubah kelembapannya,
memang lembap.
YB Speaker : Sila gulung.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Baik Tan Sri Speaker. Wire fiber
optic masih tidak dipasang di kawasan ini yang menyebabkan talian tidak
memuaskan pelanggan. Wire fibre optic hanya dipasang kepada kawasan
perumahan yang baru sahaja, ini pun kos ditanggung oleh pemaju perumahan itu
sendiri. Penggantian kabel di kawasan lama ini sememangnya tanggungjawab
TELCO seperti TM, TIME dan lain-lain. Tanjung Puteri berharap TELCO jangan hanya
harap keuntungan semata-mata, tapi menjadi penyedia infra, ini bermaksud TELCO
kena menaik taraf dari masa ke semasa perkhidmatan mereka sebab tak ada
agensi lain yang boleh buat servis ini kerana TM memonopoli bidang telekomunikasi
ini. Keperluan high speed broadband memang menjadi keutamaan, keutamaan
era digital masa ini. Bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada masyarakat
yang rata-rata telah menggunakan aplikasi atas talian setiap masa.
Seelok-eloknya, infra sebegini sudah menjadi agenda kerajaan yang mana
memberikan perkhidmatan sebagaimana perkhidmatan infra-infra yang lain seperti
infra jalan, parit-parit, lampu jalan dan sebagainya dilakukan oleh pihak PBT.
Tanjung Puteri mencadangkan kerajaan negeri Johor boleh mewujudkan satu
badan infra ini di seluruh daerah dan diuruskan sendiri sepenuhnya oleh agensi
kerajaan. Sekiranya ini boleh dilakukan, rakyat akan menerima manfaatnya secara
percuma dan tidak hanya menjadi mangsa persaingan TELCO yang hanya
mementingkan keuntungan semata-mata.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, elok lah Tan Sri suruh saya gulung. Saya terus
berhenti, saya nak beri rakan-rakan saya masa yang lebih. Jadi akhir kata, Tanjung
Puteri menyokong usul yang dibawa oleh Kukup. Sekian terima kasih. (Dewan
bertepuk).
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya akan tangguhkan Persidangan ini
selama 20 minit. Dan selepas kita berehat Yang Berhormat Bukit Naning akan
memulakan ucapannya. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya tangguhkan Persidangan
ini 20 minit.
355
Persidangan ditangguhkan pada jam 3:30 petang.
Persidangan disambung semula pada jam 3:50 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli
Yang Berhormat persidangan di sambung semula. Jemput Bukit Naning. Wasiat
jangan panjang-panjang sangat.
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib (Bukit Naning) : Bismillahirahmanirahim.
Segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW para keluarga dan para sahabat-
sahabatnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Muafakat
Johor dan Salam Satu Malaysia. Pertama dan selama-lamanya marilah kita
memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana limpah kurnianya kita dapat
bersama-sama menyertai perbahasan Bajet 2018 negeri Johor. Kita niatkan ini
sebagai ibadah kepada Allah SWT dan marilah kita bermaaf-maafan sesama kita
dan mohon keampunan daripada Allah SWT, insya-Allah Allah akan berikan kita
kesihatan, perlindungan, kerahmatan, kebaikan, hidayah, bimbingan,
dipanjangkan usia, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan untuk Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor mentadbir ke arah Membangun Dekad
Baharu Yang Sejahtera untuk Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Naning ingin mengambil kesempatan di
Dewan yang mulia ini untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar atas hari keputeraan baginda pada 22 November yang lalu. Semoga
Allah sentiasa merahmati Tuanku di atas takhta dan sentiasa sentosa hendaknya
negeri Johor ini dalam pemerintahan Tuanku, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Naning juga mengambil kesempatan di
Dewan yang mulia ini untuk merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli
Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor atas keputeraan anakanda Yang Amat
Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, yang juga merupakan pewaris takhta kedua
negeri Johor. Di Dewan yang mulia ini, Bukit Naning juga ingin menyampaikan
sembah setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
kerana pasukan bola sepak JDT berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Liga Super
untuk 4 tahun berturut-turut dan juga memenangi Piala Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Naning juga ingin merakamkan ucapan
syabas dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamad
Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor dan pimpinan serta penjawat awam
kerajaan negeri di atas kejayaan mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam
pembangunan ekonomi negeri Johor dengan pembentangan Bajet 2018,
bertemakan Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor. Dengan 5
strategi khusus dan 153 titik sentuhan yang secara tidak langsung menggambarkan
iltizam Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pimpinan kerajaan Johor untuk
membina negeri Johor yang lebih hebat. Bajet 2018 ini yang dibentangkan adalah
dalam bentuk lebihan sebanyak RM1.14 juta dan sekali lagi menjadi penanda aras
untuk menunjukkan ekonomi negeri Johor berada di landasan yang betul.
Yang berhormat Dato’ Speaker, Bukit Naning tertarik dengan fokus Yang Berhormat
Menteri Besar dan kerajaan negeri untuk membangunkan Pekan Panchor dengan
356
lebih terancang, susulan daripada kedudukannya yang strategik dan bakal
menempatkan terminal cadangan kereta api laju Muar, yang mana kajian pelan
pembangunan Pekan Panchor akan dilakukan pada tahun hadapan melalui
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dengan kos RM300,000.00.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan adanya terminal ini, ia dijangka akan
membawa laba ekonomi yang memberangsangkan bukan saja di sekitar Pekan
Panchor tetapi diharapkan limpahan ini hendaklah disebar luaskan ke serata
daerah Muar agar penduduk tempatan Muar mendapat imbuhan daripada projek
pembinaan ini. Jadi di Dewan yang mulia ini, Bukit Naning ingin bertanya selain
daripada kajian Pelan Pembangunan Pekan Panchor itu, adakah kerajaan negeri
mempunyai pelan perancangan yang meliputi seluruh daerah Muar untuk merebut
peluang menyertai letusan ekonomi. Sekiranya ada, apakah bentuk perancangan
ini?
Bukit Naning ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar KPRJ yang bakal
melaksanakan kajian Pelan Pembangunan Pekan Panchor ini melibatkan sekali
para pemimpin peringkat tempatan di Pekan Panchor mahupun di daerah Muar
sebagai wakil agar nanti hasil kajian akan benar-benar membawa aspirasi
penduduk tempatan. Dan seterusnya penduduk tempatan tidak dipinggirkan
dalam perancangan pembangunan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukit Naning mengharapkan impak limpahan
ekonomi yang akan dibawa oleh sistem kereta api laju ini tidak hanya berlaku di
sekitar Pekan Panchor semata-mata tetapi disebar luaskan ke segenap daerah
Muar agar nanti Bandar Maharani menjadi sebuah Bandar Di Raja yang bertaraf
antarabangsa, insya-Allah. Pelabur ekonomi ini hanya boleh disebar luaskan
dengan beberapa faktor, antaranya sistem jaringan pengangkutan awam darat
yang lebih menyeluruh dan efisien sebagai sokongan kepada sistem kereta api laju
ini. Oleh itu, Bukit Naning mencadangkan agar terminal bas ekspres di Bandar
Maharani dan juga terminal bas awam sedia ada di naik taraf atau dipindahkan ke
tempat lain yang lebih sesuai. Sebuah terminal awam bersepadu juga
dicadangkan untuk dibina di Pekan Panchor dan terminal awam yang bersaiz kecil
dan sederhana juga turut dibina di Bandar Universiti Pagoh sebagai sokongan
kepada sistem kereta api laju ini.
Bukit Naning juga mencadangkan agar diwujudkan perkhidmatan feri air, water taxi
dengan izin sebagai pengangkutan sokongan kepada sistem kereta api laju ini dan
perkhidmatan feri air ini boleh menggunakan jeti di Bandar Maharani Muar ke
Panchor di samping menjadi pengangkutan awam, perkhidmatan ini bertindak
sebagai serampang dua mata apabila ia menelusuri Sungai Muar boleh menjadi
tarikan pelancong untuk melihat satu lagi produk iaitu Projek Pembangunan
Pembiakan dan Pemeliharaan Tiram dan menikmati keindahan persekitaran
sepanjang Sungai Muar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi memendekkan ataupun mendekatkan lagi
Muar dengan pertumbuhan ekonomi di Pekan Panchor, kerajaan perlu memikirkan
cara untuk mendekatkan jarak perjalanan antara Muar, Pagoh dan juga Panchor,
terdapat cadangan yang pernah diutarakan dulu iaitu untuk membina jalan pintas
dari Air Hitam Muar, di kampung Kelantan merentasi Kampung Tanah Merah ke
Pagoh.
Di Dewan yang mulia ini, Bukit Naning berpendapat cadangan ini boleh
dipertimbangkan kembali, jalan pintas yang dimaksudkan ini, ianya hanya
melibatkan pengambilan tanah awam dalam jumlah yang kecil iaitu hanya sekitar
357
500 meter sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jalan pintasan ini Dato’ Speaker
sekiranya dapat dilaksanakan pasti akan memendekkan masa dan jarak
perjalanan, jalan pintasan ini akan melalui kawasan rekreasi Hutan Simpan Air Hitam
dan secara tidak langsung dapat menaikkan taraf ekonomi rakyat setempat
dengan mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan pembangunan
penempatan di sekitar dan akan mewujudkan bandar baru Bukit Naning
sebagaimana hujah yang dihujahkan oleh Yang Berhormat DUN Bukit Permai.
Sama hujahnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan yang mulia ini, Bukit Naning ingin
menyentuh sedikit berkaitan dengan isu pembinaan Tangki Air Bukit Naning. Isu ini
sebenarnya telah berlanjutan sekian lama yang tidak dapat diselesaikan sehingga
kini. Adalah diharapkan pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang
Berhormat EXCO yang berkenaan dapat membantu Bukit Naning untuk
menyelesaikan isu tersebut. Tangki air ini amat diperlukan oleh penduduk setempat.
Permohonan bagi mendapatkan tangki air untuk kegunaan penduduk di kawasan
Bukit Naning ini telah lama dibuat. Dan, peruntukan telah pun diluluskan dan tender
telah dibuka serta terdapat pihak kontraktor yang berjaya memperolehinya. Tapi
sampai hari ini belum juga dilaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah menjadi harapan Bukit Naning agar segala
cadangan dan permohonan yang dikemukakan di Dewan yang mulia ini
mendapat pertimbangan sewajarnya oleh agensi dan jabatan yang berkaitan
demi kemajuan dan kejayaan negeri Johor pada masa hadapan khususnya di
kawasan Bukit Naning.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, lahir kita ni ditolong oleh orang lain, nama kita
diberi oleh orang lain, pendidikan didapati dari orang lain, gaji diterima dari orang
lain, kehormatan diberikan oleh orang lain. Mandi pertama dilakukan oleh orang
lain, mandi terakhir pun dilakukan oleh orang lain. Harta selepas meninggal pun
menjadi hak orang lain, pemakaman dilakukan oleh orang lain. Ternyata sejak lahir
hingga meninggal kita selalu memerlukan orang lain. Kita mulai sedar bahawa
hidup ini memerlukan orang lain. Di mana kehebatan kita? Ternyata kita bukan
siapa-siapa, tanpa dengan semua orang, tanpa orang lain. Kerana itu,
bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan
bantuan orang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika kopi terlalu pahit, siapa yang disalahkan, tentu
yang disalahkan adalah gula kerana gula terlalu sedikit hingga rasa kopi menjadi
pahit. Jika kopi terlalu manis, siapa yang disalahkan? Gula lagi yang disalahkan
kerana terlalu banyak hingga rasa kopi terlalu manis. Jika campuran kopi dan gula
berimbang, siapa yang dipuji? Tentu semua akan berkata kopinya mantap kaw-
kaw. Ke mana peranan gula yang membuat rasa kopi merasa mantap? Marilah
kita ikhlas seperti gula yang tak terlihat tapi sangat bermakna. Gula pasir memberi
rasa manis kepada kopi tapi orang menyebutnya kopi manis, bukan kopi gula. Gula
pasir memberi rasa manis kepada teh, orang menyebutnya teh manis bukan teh
gula. Orang menyebut roti manis, bukan roti gula. Orang menyebut sirap pandan,
sirap epal, sirap jambu, padahal bahan dasarnya adalah gula, tapi gula tetap
ikhlas, larut dalam memberi rasa manis. Akan tetapi, apabila berhubungan dengan
penyakit, barulah gula dipersalahkan. Sebutlah penyakit gula. Saudaraku, begitulah
hidup, kadang kebaikan yang dilakukan tak pernah disebut orang tapi kesalahan
akan dibesar-besarkan, ikhlaslah seperti gula, larutlah seperti gula, tetap semangat
menebalkan kebaikan, tetap semangat memberi kebaikan kerana kebaikan bukan
disebut-sebut tapi untuk dirasakan oleh rakyat.
358
Yang Amat Berhormat Dato’ pemimpinku, teruslah, teruskanlah berbuat baik demi
membangun dekad baru yang sejahtera untuk Johor. Allah, kami semua, semua
rakyat negeri Johor, bersamamu. Untuk rakyat Bangsa Johor yang dikasihi,
janganlah digula-gulakan, janganlah mudah digula-gulakan, tetaplah setia,
tetaplah kasih, tetaplah sayang kepada kerajaan Barisan Nasional, dulu kini dan
selamanya tetap berbuat baik kepada rakyat. (Dewan bertepuk).
Dengan semangat Muafakat Johor, Bukit Naning menyokong rundingan yang
dibawa oleh Ahli Yang Berhormat DUN Kukup. Sekian, wabillahitaufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Dewan bertepuk).
YB Timbalan Speaker : Waalaikumussalam. Terima kasih Bukit Naning, moga-moga
sentiasa manis seperti gula. Perbahasan disambung terus, sila Rengit.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Dato’
Speaker, terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya, Rengit
untuk turut sama membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Bekalan 2018
bagi negeri Johor. Di kesempatan ini, Rengit ingin menjunjung kasih kepada Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia baginda Tuanku bersempena dengan Hari
Keputeraan Baginda Pada 22 hari bulan 11 dan juga ucapan tahniah kepada
Tengku Mahkota di atas kejayaan JDT memenangi Piala Malaysia 2017.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, marilah kita sama-sama berdoa agar sahabat kita,
Puan Sri, ADUN Parit Raja, cepat sembuh selepas menjalani pembedahan. Mudah-
mudahan, amin. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya lanjutkan ucapan
saya, saya ingin bercerita sikit tentang penggal lepas dengan penggal ni. Penggal
kedua saya dengan penggal ketiga saya. Saya masih ingat lagi dalam Dewan
yang mulia ini ada 4 orang pembangkang daripada DAP, 2 daripada PAS.
Pembangkang daripada DAP terdiri daripada Skudai, Mengkibol, dia dah
meninggal eh kalau tak silap saya dan Senai serta Bentayan. Dua lagi daripada
PAS, Sungai Abong dan juga Maharani. Saya masih ingat ketika itu perbahasan
rancak Yang Berhormat Dato’ Speaker tegur menegur tapi tak sampai Dewan ni
menjadi pasar Yang Berhormat Tan Sri Speaker, walaupun teguran daripada kita
panas, dia menegur kita panas tapi tak jadi pasar sepertimana yang ada pada hari
inilah. Saya tak tahu, saya tak pernah pergi pasar Pekan Nenas, pasar Mengkibol
dan tak tahu Skudai ada pasar atau tidak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, keduanya saya nak sentuh sedikit tentang Skudai
ni. Saya simpati juga tentang Skudai ni, barangkali keresahan dia tuduhan-tuduhan
yang dibuat dulu kepada kerajaan Barisan Nasional yang akan bankrap. Skudai
masih ingat lagi. Dia jaja cerita ni satu negara, dia kata kerajaan Johor akan
bankrap kata dia. Dan hari ini terbukti dengan bajet kita, dengan simpanan kita
2.96 rizab yang ada sehingga 20 hari bulan 11 Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi
minta Skudai kalau boleh tolong jahit sikitlah mulut tu, biar bercakap sesuai dengan
kelayakan. Tadi dia bercakap soal akademik, ada doktorlah, tak layak, tak sama
dengan PMR dan sebagainya. Tapi sebagai seorang doktor, berkelayakan tinggi,
biar bercakap menggunakan asas yang kukuh. Kita ada integriti, jadi saya tak tahu
Skudai, dulu Skudai duduk situ dekat Penggaram tapi tiba-tiba naik atas. Tak tahu
kenapa, sakit apa dia? saya tak tahu. Tak terpilih pula dalam persidangan DAP
baru-baru ini. Kenapa ya? Itu saya tak payah jawablah, tentu dia ada masalah sikit
lah saya ingat, ataupun masalah banyak Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Rengit ingin mengucapkan tahniah kepada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya merangka Pelan Kewangan Negeri
359
Johor dengan yang bertemakan ‘Membangun Dekad Baru Yang Sejahtera’. Bajet
ini melihat jauh ke hadapan dalam rencana masa depan. Depan yang lebih baik di
ketika, ha saya ulang Yang Berhormat, ketika keadaan ekonomi global yang penuh
risiko. Tetapi, kita dapat merencanakan, merangka Pelan Kewangan daripada
2013, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Insya-Allah kita berdoa mudah-mudahan
2018 Bajet kita seperti yang direncanakan. Saya sependapat dengan Pasir Raja
bahawa Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita brilliant, penuh kreatif dan
juga penuh inovasi dalam melakari masa depan yang lebih sejahtera, Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mulakan ucapan ini Bajet ini saya nak
menyusun jari 10. Tadi Datuk Maulizan dia dah akhir dia minta maaflah. Tiram, minta
maaf, Tiram dah menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf. Jadi, saya terlebih
dahulu dah tiga penggal, dah 15 tahun sama dengan Tiram, kalau selama 3
penggal ni ada salah dan silap saya mohon ampun dan maaf, tak tahulah lepas ni
ada persidangan atau tidak. Saya difahamkan bulan 2 ni Yang Amat Berhormat,
Yang Berhormat Dato’ Speaker ni ada persidangan untuk bentangkan Penyata
Kewangan. Kalau tak dia lewat, itu terpulang kepada pihak kerajaanlah. Jadi, saya
nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’
Khalid, yang telah banyak membantu Rengit dalam membangunkan Rengit. Kalau
dulu Rengit ni orang kenal dengan pekan Cowboy. Pekan Cowboy, Yang
Berhormat Pasir raja asalnya dari Rengit, dia pun tahu ini pekan Cowboy...
YB Timbalan Speaker : Banyak kuda ke?
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Kudanya ada seekor je Yang Berhormat,
seekor je, tapi digelar pekan Cowboy. Bila saya dilantik jadi Wakil Rakyat, itu
cabaran besar kepada saya. Kita bukan menteri, kita bukan EXCO, kita bukan
Timbalan Perdana Menteri tapi saya ambil pendekatan, pepatah Melayu sehari
selembar benang, lama-lama jadi kain. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Akhirnya
pekan Cowboy ni, pekan Cowboy ni Yang Berhormat. dia dah dekat dengan
Switzerland, sikitlah Yang Berhormat. Dia dah dekat, saya tak kata...
YB Timbalan Speaker : Aircond dah Rengit tu.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : 10% pun dah cukup Yang Berhormat...
YB Timbalan Speaker : Aircond Rengit..
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Ya?
YB Timbalan Speaker : Aircond macam Switzerland.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Ha Switzerland. Jadi Yang Berhormat kita dah
ubah wajah, saya nak ucapkan kepada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan
yang menjadikan Rengit ni sebuah pekan yang indah, pekan yang ceria dan insya-
Allah dua tahun akan datang ni kita dah rancang, kita dah bangunkan, kita dah
kemukakan beberapa pelan dan insya-Allah peruntukan yang akan turun dalam
tempoh 2 tahun ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, lebih kurang RM250 juta. Kita
dapat bajet pelaburan daripada syarikat tempatan RM40 juta untuk membina
kilang di kawasan Rengit, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan kilang ni mengambil
90% pekerja tempatan. Jadi, ada lain-lain pembangunan yang akan kita
bangunkan dan insya-Allah kita akan...
YB Timbalan Speaker : Kilang apa tu?
360
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : ...Kilang JK Wire yang mendapat pengiktirafan
di peringkat antarabangsa Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bukan kilang Switzerland
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelbagai tuduhan, tohmahan, dan prasangka
buruk dari hari Ahad hingga hari ini. Kita dengar pembangkang DAP, saya kena
tegaskan yang bercakap banyak hentam bajet kerajaan ni semua DAP. Saya tak
tahu kenapa DAP macam gitu. Adakah kerana yang bentang ni kulit lain daripada
mereka? Saya tak tahu kenapa. Tak ada satu pun cerita baik. Ya? Dia tuduh bajet
retorik, bajet copy paste, bajet pilihan raya, bajet tak berpijak di bumi nyata, bajet
reka-reka. Saya nak beritahu Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Dewan yang
mulia ini, Yang Amat Berhormat menyusun Bajet ni bukan dia sorang, dia tak susun
sorang Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ramai yang membantu dia menyusun Bajet
ni dan berbulan-bulan berdasarkan prestasi-prestasi yang lepas daripada
Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan, Pengarah UPEN, agensi kerajaan dari
peringkat persekutuan dan negeri. Dia susun begitu Yang Berhormat dan barulah
lahir Bajet 2018. Bukan Yang Amat Berhormat sorang susun. Dia panggil semua sekali
ketua-ketua jabatan dan saya tengok Pengarah UPEN rambutnya semakin hari
semakin beruban memikirkan nasib negeri. Jadi bukan Yang Amat Berhormat
seorang susun. Jadi saya tak tahu kenapa pihak pembangkang memperlekehkan
Bajet ini. Jadi, sebenarnya saya ingat dia cuba perlekehkan apa yang dibuat oleh
pihak kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan. Ini satu perkara yang cukup
menyedihkan dan sepatutnya tidak berlakulah. Jadi, saya ingin bagi data Yang
Berhormat Dato’ Speaker, dalam Dewan ini. Bukan anggaran tapi data apa yang
telah dilaksanakan, dibelanjakan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2013 hingga
sekarang. Hingga 20 hari bulan 11 tahun 2017. Ini angka, ini bukan auta, Skudai, ini
bukan auta, ini angka. Saya nak beritahu hasil 2013, hasil 2013 RM1.7 bilion, kita
belanja RM1.1 bilion, ada surplus RM617 juta, saya tak beri angka penuh kerana
masa. 2014, hasil RM1.5 bilion, kita belanja RM1.1 bilion surplus dalam bajet kita
RM359 juta. 2015 hasil kita,kutipan hasil kita RM1.5 bilion. Perbelanjaan mengurus ini
yang diaudit Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang telah diaudit oleh Audit Negara.
Perbelanjaan mengurus kita RM1.3 bilion, surplus RM153 juta..
YB Timbalan Speaker : Rengit, sila duduk. Sila Rengit, teruskan.(Persidangan
ditangguhkan bagi menghormati laungan azan).
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Saya sambung Yang Berhormat Dato’
Speaker, 2016 hasil kita RM1.6 bilion, perbelanjaan kita RM1.5 dan surplus kita RM119
juta. Dan sehingga 20 November 2017 ini, walaupun kita meramalkan kita dapat
RM1.6 bilion kutipan, tetapi keadaan ekonomi yang kita lihat sepanjang tahun 2017
ini, kita hanya dapat RM1.3 juta, tapi perbelanjaan kita Yang Berhormat Dato’
Speaker, RM1.2 juta, kita masih lagi ada surplus sebanyak RM92 juta.
Jadi daripada 2013 sehingga 20 November 2017, kita ada surplus bajet kita ini Yang
Berhormat Dato’ Speaker, ni yang kerajaan yang dituduh retorik, copy paste dan
macam-macam lagi. Kita ada surplus RM1.2 bilion. Dan Kumpulan Wang Disatukan
ataupun rizab kita Yang Berhormat Dato’ Speaker, 2013, RM1.7 juta, 2014, RM2.3
juta, 2015, RM2.6 juta, 2016, RM2.63 juta, 2017, RM2.962 juta. Jadi Yang Berhormat
Dato’ Speaker, kerajaan BN pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini,
sebuah kerajaan yang amanah, kerajaan yang memikirkan nasib masa depan
rakyat, tidak seperti mana kerajaan-kerajaan negeri yang lain cuma nak
bergantung kepada tindakan populis mereka. Itu sebab kita masih yakin di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Johor masih lagi, insya-Allah, kita
361
tak mendabik dada, kita dah memerintah, menguruskan negara ini 60, Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Berkat kerjasama antara BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, kita dapat mengurus
negara ini dengan baik dan rakyat kita hidup dalam keadaan baik. Memang ada
kelemahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tak nafikan, tapi kita perbaiki mana
teguran yang boleh kita fikirkan, kita betulkan, kita buat. Berbagai cabaran yang
kita hadapi semuanya kita ambil sikap bertolak ansur. Semalam saya ingat Tangkak
ada sebut rakyat dah mula berubah, cuma saya tengok Tangkak lupa pilihan raya
kecil di Sarawak, BN menang bergaya, DAP banyak kerusi dia kalah, dia tak cakap
tu. Kemudian di Teluk Intan, DAP pun kalah, di pilihan raya kecil Sungai Besar dan
juga Kuala Kangsar, lepas tu tak ada pilihan raya lagi. Kita masih lagi diberi
kepercayaan kepada rakyat. Insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada PRU
yang akan datang, saya yakin kerajaan BN ini akan mendapat pilihan daripada
rakyat.
Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang saya nak sebutkan ialah tentang
kepentingan strategik negara dan juga negeri. Ada beberapa perkara yang
kepentingan strategik ini perlu kerajaan kawal. Satu, ialah air, kedua letrik, ketiga
telekomunikasi, yang keempat jalan raya, yang kelima lapangan terbang dan yang
keenam tanah.Ini enam perkara merupakan kepentingan strategik negara dan
negeri yang perlu dipertahankan. Kerajaan perlu mengawal kesemua perkara ini,
kita tak boleh serahkan kepada swasta demi kepentingan rakyat pada masa
hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita banyak dengar isu air dalam perbahasan sejak
daripada Ahad yang lepas. Saya nak bawa sikit tentang isu air Johor ni Yang
Berhormat. Dia ada sejarah besar dia tentang air ini, kenapa jadi macam gini. Jadi,
saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar,
Dato’ Khaled kerana masih meneruskan pemberian air 25 meter padu air percuma
kepada golongan sasar. Pemberian air percuma jelas berbeza dengan negeri
Selangor yang hanya menguntungkan golongan berpendapatan tinggi dan tak
memberi fokus kepada golongan yang memerlukan. Pemberian ini juga jelas
konsisten dalam aspirasi kerajaan negeri sejak daripada awal pentadbiran Yang
Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Bagi mempastikan ekonomi Johor bersifat inklusif yang dimaksudkan bagi
mempastikan semua rakyat dari pelbagai lapisan dapat menikmati kekayaan di
negeri ini dan sekali gus meringankan beban rakyat di Johor ini, apatah lagi kadar
utiliti air di Johor merupakan paling mahal, mahal ni pun ada sejarah dia Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Jadi saya ingin beritahu maklumkan dalam Dewan yang
mulia ini, kadar utiliti air Johor mahal sejak penswastaan air diperkenalkan. Ia mula
diperkenalkan sejak tahun 1992 pada ketika itu konsesi telah dikurniakan kepada
Equbencher Sdn. Bhd. bagi daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi seterusnya, fasa
tahun 1994 pengkorporatan Jabatan Bekalan Air kepada Syarikat Air Johor Sdn.
Bhd.
Tragedi ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, berlaku ketika Yang Berhormat Ahli
Parlimen Pagoh sekarang ini menjadi Menteri Besar. Kesannya hingga hari ini rakyat
terbeban dengan bayaran bil air yang mahal setiap bulan. Tapi yang anehnya,
peliknya sikit ini pembangkang sibuk mengadu domba, menabur kata nista kepada
kerajaan negeri kononnya kerajaan negerilah punca dan sengaja membebankan
rakyat dengan mengenakan tarif air yang tinggi, walhal individu yang merosakkan
dan membebankan rakyat Johor adalah orang yang saya sebutkan tadi dan
merupakan kini rakan mereka dalam pembangkang.
362
Inilah yang dikatakan, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Pun
begitu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan negeri hari ini tidak pernah
melepaskan tangan dan tidak pula hanya mahu menuding jari kepada orang lain
dalam apa yang telah berlaku. Sebaliknya pelbagai usaha telah dirancana untuk
mempastikan isu ini dapat ditangani sebaiknya. Dan insya-Allah kerajaan di bawah
pimpinan Yang Amat Berhormat akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik
dalam menyelesaikan isu ini. Dan lebih menduka cita, ini satu lagi fakta besar Yang
Berhormat Dato’ Speaker.
Pada tahun 2002 atas arahan Perdana Menteri ketika itu, sebab saya ceritakan
benda ini supaya Ahli dalam Dewan ini, Dewan yang mulia ini faham. Atas arahan
Perdana Menteri ketika itu 2002, sekarang Pengerusi Pakatan Harapan
memperkenalkan dasar tidak kebergantungan air, zero dependency kepada
Singapore yang diarahkan oleh kerajaan pusat pada tahun 2002, menyebabkan
Syarikat Air Johor telah membuat pinjaman kepada Bank Pembangunan berjumlah
RM600 juta, tidak termasuk faedah-faedahnya terkumpul, RM250 juta, Yang
Berhormat Dato’ Speaker. Inilah antara dosa-dosa besar yang dilakukan oleh
pemimpin terdahulu dan hingga hari ini, kita anak dan cucu-cicit kita terpaksa
menanggung beban sehingga hari ini.
Ketiga Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang hendak saya bicarakan dalam
ucapan saya ini ialah tentang Johor Barat, projek Johor Barat. Projek Johor Barat ini
diperkenalkan tahun 75, Projek Pertanian Bersepadu Johor Barat yang
keutamaannya fokus projek ini ialah terhadap sistem pengairan dan juga saliran.
Projek ini merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, sebahagian Kluang dan juga
Pontian, sebahagian Johor Bahru.Ini projek raksasa di negeri Johor, tahun 75, Yang
Berhormat. Projek Johor Barat ini dia memperbaiki sistem saliran di seluruh kawasan
Johor Barat. Benteng pantai, sungai, parit, empangan, pintu air, jalan ladang
sebagainyalah.
Dan, alhamdulillah Projek Johor Barat ini berjaya dan dapat menyelesaikan banyak
masalah banjir dan sebagainya. Tapi projek ini ditutup pada tahun 1999 dan
diserahkan segala pengurusan, pengairan, pantai, empangan ini kepada Jabatan
Pengairan dan Saliran. Projek ini projek raksasa, sistem saliran yang besar daripada
Muar, sebahagian Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan sebahagian Johor Bahru.
Selepas projek ini ditutup, saya nak beritahu Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa
yang telah terjadi ialah disebabkan kekurangan peruntukan, kelemahan
penyelenggaraan, segala yang ada dalam projek Johor Barat, sungai, parit,
empangan, benteng, jalan ladang, semua sekarang menghadapi masalah.
Sebab ketika perancangan dibuat pada tahun 1975, projek Johor Barat ini sistem
salirannya adalah reka bentuknya untuk sistem saliran pertanian, air lambat keluar
ke laut, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan hari ini disebabkan pemanasan global
dan hujan yang kerap turun sepanjang masa setiap tahun, kawasan Johor Barat ini
menghadapi masalah Yang Berhormat, ditambah lagi dengan pintu-pintu air yang
tak diubah, bayangkan di tempat saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, pintu air ini,
pintu air nak keluar ke laut, air tak keluar ke mana-mana, dia keluar cuma ke laut
sahaja atau diserap ke bumi naik ke atas, atau ke atas.
Pintu air ini 4 kaki Yang Berhormat Dato’ Speaker, air berebut-rebut nak keluar ke
laut. Dan tak diubah daripada tahun 75 sampai sekarang. Akhirnya hari ini Yang
Berhormat Dato’ Speaker, kawasan Johor Barat kalau kita tengok sungai, paritnya
menghadapi masalah. Dan, perkara ini perlu diambil tindakan oleh pihak kerajaan
negeri, minta bawa benda ini kepada kerajaan pusat supaya sistem pengairan di
363
kawasan Johor Barat diperbaiki segera sebab di kawasan ini banyak penyokong-
penyokong setia kerajaan Barisan Nasional. Kalau kita boleh buat jalan ya, boleh
buat jambatan besar-besar, kenapa sistem pengairan ini yang banyak membantu
rakyat di kawasan Johor Barat, kita tak baiki.
Dan sejak 1975 Yang Berhormat, 1999 banyak masalah, sekarang ini kerap berlaku
banjir di kawasan Johor Barat. Saya minta kerajaan negeri dapat memperbaiki
perkara ini dan saya ingat kalau boleh dibawa ke peringkat kerajaan pusat dan
insya-Allah, kalau boleh dapat dibantu menyelesaikan projek raksasa, projek Johor
Barat ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak pendekkan ucapan kerana
saya nak beri peluang kepada Pengerusi untuk berucap lebih panjang lagi. Kalau
ada salah dan silap dalam ucapan ini saya mohon maaf dan mudah-mudahan
perbincangan perbahasan pada kali ini dapat menambahkan lagi usaha-usaha
kerajaan negeri untuk melakari masa depan Johor yang lebih baik. Dengan ini saya
ingin menegaskan dalam Dewan ini, Rengit dalam pilihan raya yang akan datang
dengan izin Allah, dengan usaha yang berterusan, Rengit akan bagi kepada
Barisan Nasional satu lagi kerusi Yang Berhormat Dato’ Speaker. (Dewan
bertepuk).Dengan ini saya menyokong cadangan yang dibawa oleh Kukup.
YB Timbalan Speaker : Sila Semarang.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. (Selawat). Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di atas
kesempatan untuk terlibat dalam perbahasan atas Rundingan Bacaan Kali ke 2
Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2018 Tahun 2017. Sebagai
pembahas yang ke-43 rasanya lengkaplah hari ini kedua-dua belah pihak, baik
kerajaan, penyokong kerajaan mahupun pembangkang telah membahaskan
belanjawan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk merafak
sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli
Yang Maha Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan
Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor, sempena Ulang Tahun Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Yang Berhormat Dato’
Speaker, anak Jawa bermain tombak,
YB Timbalan Speaker : Anak Jawa..
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Tombak terpacak di atas lantai,
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa guna berkain batik, kalau tidak berbaju sasa,
apa guna berupa cantik, kalau tidak berbudi bahasa. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di
atas kesempatan ini. Bagi pihak warga Semarang dan Johor keseluruhannya,
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, peneraju kerajaan negeri Johor Darul
Ta’zim, di atas kejayaannya membentangkan belanjawan yang Pasir Raja
nyatakan tadi sebagai brilliant. Bijaksana. Kepada saya, sekadar saya ungkapkan
hebat, Lengkap. Sudah pasti ia akan dilihat dan didengar sebagai satu pujian yang
membabi buta. Tidak, kerana ia adalah satu belanjawan yang adalah sebagai
usaha kerajaan negeri memberi suntikan serta lonjakan baharu kepada
pertumbuhan dan masa depan Johor itu sendiri. Dengan tajuk, ‘Membangun
Dekad Baru Yang Sejahtera Untuk Johor’. Kita dah tak main tahun dah. Kita main
364
dekad. Walaupun Sungai Abong tak seronok dengan bermain titik-titik, tetapi kita
menekankan tentang pengisian. 153 pengisian daripada bajet-bajet yang ada.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa pun yang dinyatakan oleh pihak di sebelah
sana, kleptokrasinyalah, nyata tadi copy and paste, recycle nya, Yang Berhormat
Dato’ Speaker, jangan seperti ayam jantan. Berkokoknya kuat tapi ekor berlumur
najis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, biar. Jangan pula dia kata kita pulak “telur sebiji
riuh sekampung”. Yang baik diuar-uarkan, yang tak betul kita betulkan. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, ayam-ayam yang berkokok kuat ni, kalau raya dialah
yang pertama kena sembelih dulu, Yang Berhormat Dato’ Speaker. (Dewan
bertepuk). Jangan anggap diri terlalu hebat, pandai, insulting dengan izin insulting,
memperkecilkan, memperlekehkan yang lain. Seolah-olah tidak ada orang yang
lebih pandai daripada mereka. Merekalah yang paling hebat. Harus diingat dalam
Dewan ini, ada 140 warga bukan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, dan
mereka menjadi saksi kepada tingkah laku dan percakapan mereka yang tidak
berwaspada ini. Sebab itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, referring pada negeri
lain, bercakap atas nama Bangsa Johor, sayang Bangsa Johor, sayang negeri,
sayang rakyat tetapi memperlekeh negeri sendiri, memuji negeri orang, inikah yang
ditunjukkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jangan berfikir orang lain tidak merancang dan
tidak pandai merancang. Jangan fikir kita aje yang pandai merancang, orang lain
tidak merancang. Kalau nak tunjuk pandai, jangan nak membodohkan orang lain.
Kalau nak tunjuk betul, jangan hanya nak salahkan orang lain. Inilah yang patut
dilakukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita ada suara hati rakyat Johor. Kita ada
researchers, kita ada penyelidik. Tak cukup dengan itu, tahniah kerajaan negeri
dengan Ekspo Pembangunan, Ekspo Johor Berkemajuannya. Bukan ekspo-ekspo
biasa. Bukan ada konsert-konsert besar, tetapi adalah maklumat-maklumat dan
maklum balas-maklum balas yang diberikan oleh orang ramai kepada kerajaan.
Limpahannya pula, diterima secara serta merta. Nikmatnya juga dapat dirasai. Feel
good factor inilah sebenarnya kejayaan Barisan Nasional, kerajaan negeri Johor
Darul Ta’zim. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, janganlah fikir kita nak asyik bergantung pada
pembangkang. Semarang tak ada pembangkang, maju juga. Rengit tak ada
pembangkang, maju juga. Daripada pekan koboi, jadi pekan industri, tak ada
masalah. Kerana ini kerajaan Barisan Nasional.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang ada orang lebih suka melihat kerajaan
negeri Johor dan negeri ini tambah lebih mundur, bankrap. Maka, mudahlah
mereka mencacai ke sana ke mari bahawa kerajaan ini gagal dan mereka harus
ambil tempat kerajaan ini. Terlambat. Kita telah maju ke hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa pun pihak pembangkang bukan alternatif
yang baik, untuk menerajui kerajaan Johor yang ada ini. (Dewan bertepuk). Barang
diingat, perjalanan 1,000 batu itu memulakan langkah yang selangkah. Langkah
pertama, jangan harap hari ini minta esok ada, siap. Bukan kita ada “botol ajaib”,
“cerek ajaib”, apa benda ajaib, “lampu ajaib”, boleh cakap boleh siap. Kita bukan
ada jin untuk boleh siapkan kerja-kerja kita. Kalau minta hari ini, esok nak ada. Nak
ada anak pun, 9 bulan ngandung. Kalau tak suka kepada perancangan kerajaan,
secara adil, adillah, adililah pencapaiannya, hasilnya, sama ada dapat dilihat dan
dirasa. Adakah kebaikan dibawa atau tidak. Adililah, kalau kita gagal untuk berlaku
365
adil kepada diri kita, jangan harap orang lain boleh berlaku adil kepada saudara,
saudari.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, barang diingat kerajaan kita berperanan. Rakyat
meneliti, dan selalu dinyatakan rakyat bertambah pandai. Rakyat tambah bijak. Ia.
Tetapi, jangan selewengkan mereka dengan fakta-fakta yang membabi buta dan
yang bukan-bukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa pun pihak pembangkang gagal melalui
peluang yang diberi di dua negeri dalam Malaysia ni, untuk menunjukkan mereka
adalah alternatif yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional ini. Tidak.
Rakyat memerhati dengan jijik kegagalan pentadbiran parti mereka. Tidak yakin
parti yang bercelaru, layak diwariskan kuasa untuk memerintah kerajaan ini.
Tukarlah nama apa. Pakatan apa. Pakatan Rakyat, Perpaduan, Alternatif, Pakatan
Hampeh, tak boleh. Ingat, nak tunjuk pandai, jangan nak bodohkan orang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum memerintah, bolehlah cakap yang bukan-
bukan. Janjilah apa segalanya. Tetapi, saya lihat ada yang berani berjanji, ada
yang macam segan-segan nak berjanji. Kalau satu kerusi dalam DUN, dalam negeri,
dalam Johor, berjanji yang bukan-bukan, mana orang nak percaya. Kita tak boleh
ajak orang-orang kita asyik membangkang aje, tak boleh ajak rakyat
membangkang aje. Bangkang, bangkang, bangkang, bangkang, bangkang. Jadi
ikan bangkang, ketam bangkang. Heret-heret, heret orang ramai pergi trafik light,
pegang sepanduk, pegang playcard. Tak boleh selesai masalah. Pepatah Cina
berkata, “banyak cakap, nasi tak masak”.
YB Timbalan Speaker : Belajar dari mana tu eh? (Dewan ketawa). Siapa yang
ngajar tu eh?
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang jelas bukan GRO daripada
Cina. Ada yang fasih berjanji, ada yang tak yakin dan khuatir berjanji.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kepada, kita ni berkhidmat kepada insan,
manusia. Rakyat yang memilih kita. Kita berkhidmat kepada mereka. Kita
membantu rakyat, yang juga manusia biasa. Insan. Janganlah anggap, mereka
yang kita bantu yang terima bantuan kita, yang menerima pertolongan kita,
dianggap pemakan dedak. Saya tunggu aje nasib baik ni dalam Dewan Negeri tak
ada di antara mereka yang cakap dedak, tapi dekat luar fasihnya cakap
pemakan-pemakan dedak. Jangan hina rakyat kita dengan sebagai pemakan
dedak. Mereka adalah manusia biasa. Siapa yang makan dedak? Haiwan
ternakan aje yang makan dedak, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jangan
perkecilkan mereka, jangan hina mereka sebegitu rupa. Mereka adalah insan yang
berhati, yang punya perasaan. Hinanya, siapa sokong kerajaan pemakan dedak.
Dah makan dedaklah tu. Dan kita ni pemberi dedak. Apa mereka maksum?
Apakah mereka lebih hebat daripada kita?
Barang diingat, kita menang ada orang yang tak suka kita menang, bukan kerana
kita, mereka mempunyai 1,001 sebab tidak memilih kita sebagai Wakil Rakyat,
waktu Pilihan Raya. Boleh berani ada siapa yang mendakwa bahawa mereka tidak
pernah termakan budi dengan kerajaan? Udara, keamanan dan kesejahteraan ini
pun, adalah berkat kerajaan yang memerintah, kerajaan dengan izin Allah SWT.
Kerajaan Barisan Nasional. Ini dia. Sebab itu jangan sewenang-wenangnya
memperlekeh yang bukan-bukan. Hebat, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri
Besar kita. 5 tahun telah memerintah. Kita dah peringatkan, setahun pertama,
kedua merancang. Ini masanya kita mahu melihat hasilnya. Kita nak rasa, kita nak
366
lihat. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat berjaya membuktikan perancangan dan
dilaksanakan perancangannya dengan baik. Saya tak perlu membacakan data-
data kejayaan ini. Yang hanya saya minta, jangan nafikan yang betul, jangan
burukkan yang baik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya nak mengajak untuk kita menghayati aspirasi kepimpinan kita ini.
Sekarang ini dalam Dewan Negeri, dalam pada kita nak berhadapan dengan
pilihan raya, Yang Amat Berhormat membawa kita untuk memikirkan soal satu
dekad yang ke hadapan. Ini bukan soal menceritakan soal mempertahankan status
quo. Meneruskan apa yang ada, kita cerita mahu sumber-sumber kekayaan
baharu, pendapatan baharu, teknologi baharu. Pendekatan yang baharu ini,
bukannya datang dengan bergolek begitu sahaja. Ia memerlukan kekuatan dan
kita salute tabik dengan stamina dan endurance kekuatan dengan izin Yang Amat
Berhormat kita. Bukan macam setengah Menteri Besar. dialah Ahli Parlimen, dialah
juga sebagai ADUN, dialah juga sebagai Menteri Besar dialah juga pengerusi
segala syarikat dalam negeri, sempat pergi negeri lain. Yang Amat Berhormat kita ni
tak sempat nak buat-buat ni semua. Ada masa tu. Kepada saya, keberadaan
mereka di luar negeri, di luar kawasan mereka, berada dalam negeri orang,
mengorak-arikkan orang punya pentadbiran, kepada saya dia berdosa kepada
rakyat yang ditinggalkan begitu sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mengharapkan, yang ada ini berterusan. Dan,
kita mahukan bahawa tidak ada pihak yang ingin merencatkan pembangunan
perjalanan dan perancangan ini. Sebab itu saya harus nyatakan sekali lagi,
belanjawan ini adalah gambaran kejayaan merancang. Dengan izin if you failed to
planned, you are planning to fail, anda berjaya merancang, anda berjaya insya-
Allah, akan datang. Dan hari ini, kita diajak bersama untuk berfikiran besar
memikirkan soal yang besar, harus diingat kita masih lagi belum menggunakan
sepenuhnya kelebihan-kelebihan yang sedang kita nikmati dalam negeri ini dengan
cuaca, dengan iklimnya, dengan tanah yang abandon dengan izin, dengan
sumber manusianya, berapa ramai rakyat-rakyat daripada negeri lain di Malaysia ini
yang meraih rezeki dalam negeri Johor Darul Ta’zim? Sebab itu kepada mereka
yang menyatakan bahawa negeri Johor ini sudah tidak ada masa depan, yang
menyatakan Johor ini akan menjadi bobrok silakan kita tunjuk jalan keluar
sempadan ke Melaka atau pun ke Batam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya cukup kagum sebab itu ada ke tidak, saya
ada berada di sini tapi yang jelas dengan izin Allah SWT, Semarang tetap jadi kerusi
Barisan Nasional dalam masa ini. (Dewan bertepuk). Insya-Allah, kenapa kita
yakin? Kerana kita bekerja untuk rakyat. Jangan cakap rakyat, rakyat, rakyat,
rakyat, rakyat saja. Pendekatan negeri Johor yang menggembleng GLC nya,
agensi-agensi kerajaan adalah satu perkara yang baru dan ini menjanjikan masa
depan Johor yang lebih baik. Sebab itu kita kena sokong. Tetapi kita tidak
menghentikan dan tidak menghalang daripada mereka untuk memberi kritik yang
positif. Harus diingat, kalau sayang anak pukul-pukulkan, tapi pukul jangan sampai
lumpuh, kalau lumpuh jadi beban kepada mak atau bapak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
YB Timbalan Speaker : Anak aje tak ada sambung? Pukul anak aje, tak ada pukul
lain-lain?
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Sayangkan isteri tinggal tapi balik-
balikkan. (Dewan ketawa).
367
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita jangan berhenti mengekalkan apa yang ada.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mengajak
kita kepada satu, kita naratif yang baru untuk berjiwa besar, berfikiran besar. Tadi
telah dibincangkan, dinyatakan Pasir Raja cerita berkenaan dengan Industrial 4 nya
pihak pembangkang pun cakap gitu juga, eloklah tu. Tetapi, perkara-perkara yang
betul harus dikatakan betul. Jangan ditokok tambah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini berkenaan dengan urusan ini. Saya sekali lagi
nak menekankan, berlaku adillah kepada kerajaan. Berlaku adillah kepada
kerajaan. Adil itu apa? Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Betul kata betul,
salah kata salah. Hitam kata hitam, putih kata putih. Jangan yang tak betul
katakan betul kata yang betul katakan tak betul, yang hitam katakan putih, itu
tidak betul, tidak adil namanya. Kita cerita berkenaan dengan pembangunan
yang menyeluruh dalam negeri Johor. Insya-Allah. Equality In Development
dengan izin, alhamdulillah terima kasih kepada kerajaan Johor. Air Hitam yang
terkenal sebagai pekan Central Of Johore ini, pertengahan negeri Johor ini,
walaupun kecil, alhamdulillah dapat merasa limpahan daripada Iskandar dan
pembangunan negeri Johor walaupun tidak ada RAPID berjiran dengan Johor,
dengan Air Hitam, RAPID tidak berjiran dengan Air Hitam, Iskandar tidak berjiran
dengan Air Hitam tetapi anak Air Hitam masih berpeluang untuk menyumbang dan
meraih rezeki di RAPID dan juga di Iskandar.
YB Timbalan Speaker : Air Hitam ada pasu besar.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Harap pasu biarlah jangan pasu
kosong Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan harus diingat memperindahkan Air
Hitam bukan sekadar memperindahkan Air Hitam tetapi ianya memperindahkan
pintu masuk daerah Batu Pahat yang penuh dengan sejarah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membawa..
YB Timbalan Speaker : Semarang, sila gulung.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ya, Yang Berhormat Dato’
Speaker, insya-Allah. Saya pastikan bahawa ini yang terakhir.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membawa perkara ingin bahawa agar
kita menghargai wanita ini dengan memperkasa golongan wanita dalam negeri
Johor. Sumbangannya bukan sahaja sebagai ibu kepada anak-anak kita. Dia juga
adalah ibu kepada kita semua. Dan, pada masa yang sama fikirkanlah yang
terbaik. Memberi jawatan dan juga memberi kerjaya kepada mereka bukan itu
sahaja, tetapi kita harus sama-sama fikirkan tentang apa yang terbaik untuk wanita
ini. Kerana sebenarnya bila wanita ini aman, bila wanita ini happy, keluarga happy,
bapa-bapa juga akan lebih happy daripada yang biasa. Sebab itu Yang
Berhormat Dato’ Speaker, insya-Allah mudah-mudahan kerajaan negeri melihat
perkara ini selain daripada mengurangkan beban, dengan penjagaan anak-anak
dan sebagainya harus difikirkan tentang perkara yang lebih memberi manfaat
kepada mereka.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tekankan saya tadi mendapat
jawapan tentang FT50, Jalan Raya Air Hitam ke Parit Raja dan Batu Pahat saya nak
tekankan lagi sekali, jalan itu memang wajar diteruskan pihak kerajaan sebagai
priority untuk dilaksanakan. Jalan maut nak berapa banyak lagi maut dekat situ?
Saya nak bawa di semua peringkat hari ini di Dewan Negeri sekali lagi FT50
368
pemasangan median harus diperjuangkan bersama. Terima kasih kepada kerajaan
dan harus konsisten dalam memberi tekanan agar ianya dapat dilaksanakan.
Saya nak minta juga penyambungan jalan luar bandar Kampung Parit Yop yang
tersekat di Sungai Parit Jambi, cantik sebaik-baik cantik luar bandar jalan ini. Tapi
sekerat dekat situ tak diteruskan kepada jalan ke Kampung Haji Ghafar melalui
Kampung Seri Mendapat dan Kampung Parit Tabur.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Jabatan Penyiaran dengan Johor FM Permata Selatan yang
menjadikan liputan baik bukan sahaja kepada kita semua dan sebagai penyebar
maklumat positif kepada rakyat negeri Johor Darul Ta’zim ini. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih barang
diingat mudah-mudahan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, kita akan
bertemu lagi. Kalau tidak dalam Dewan Negeri di mana-mana di tempat yang lain.
Kita Bangsa Johor. Saya dengan ini menyokong usul yang dibawa oleh Kukup.
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Semarang, mengakhiri perbahasan kita pada
hari ini dan saya bersama-sama dengan Tan Sri Speaker mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dapat menjalankan
tanggungjawab masing-masing, perbahasan di Dewan dengan cara yang teratur
dan insya-Allah kita akan berjumpa kalau tidak di Dewan kata Semarang tadi, di
mana-mana ya.
Sekian, dan saya tangguhkan Persidangan hingga ke jam 9:30 pagi, 30 November
2017.
Persidangan ditangguhkan pada jam 5:10 petang.
369
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KEENAM KHAMIS, 30 NOVEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
370
371
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
(Tanjung Surat)
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
372
(Sungai Balang)
373
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
374
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
375
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ,. PIS., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
376
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmannirrahim. (Bacaan
selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, perjalanan
Persidangan kita kali ini alhamdulillah, telah pun dapat kita sempurnakan setakat
hari semalam. Seluruh Ahli-Ahli DUN Negeri telah pun berpeluang berucap dalam
Dewan yang mulia ini. Dan pagi ini selepas soal jawab lisan kita, kita akan
mendengar pula penggulungan daripada Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa Negeri. Jadi, sama-samalah kita hayati Persidangan
kita kali ini, mudah-mudahan semuanya akan memberi kebaikan-kebaikan kepada
kita.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Semarang, jemput.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya soalan
nombor 1.
Berapa banyak syarikat dari negara China telah melabur dan berapa nilai
pelaburan mereka di negeri Johor?
YB Speaker : Yang Berhormat Gambir, jemput.
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy (Gambir) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 2.
Pelbagai persepsi telah dikeluarkan berkaitan dengan FDI ke Johor khususnya
pelaburan dari China. Berapa jumlah pelaburan dan apakah bidang yang dilabur
pihak China di negeri Johor?
YB Speaker : Yang Berhormat Senggarang, jemput.
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail (Senggarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 3.
Sejauh manakan pelaburan FDI yang telah dapat dibawa masuk ke Johor selepas
beberapa misi pelaburan ke luar negara yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor semenjak beliau menjawat jawatan tersebut?
YB Speaker : Yang Berhormat Tenang, jemput.
YB Encik Mohd. Azhar bin Haji Ibrahim (Tenang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan saya nombor 4.
377
Misi pelaburan ke Jepun oleh pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Johor baru-
baru ini telah berjaya mencatat satu pulangan besar kepada negeri Johor.
Apakah bentuk pelaburan tersebut serta peluang-peluang untuk meningkat daya
saing tempatan?
YB Speaker : Jemput.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon untuk menjawab
soalan tentang pelaburan asing, pelaburan langsung asing, atau FDI ke Johor
yang dibangkitkan Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Semarang, Gambir,
Senggarang dan Tenang secara bersekali.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, semenjak menerajui jentera pentadbiran kerajaan
negeri Johor, bermula pada tahun 2013, telah banyak pelaburan langsung asing
masuk ke negeri Johor dengan jumlah yang tinggi dan memberangsangkan. Dan,
kesemua kemasukan FDI ini adalah hasil beberapa inisiatif serta usaha bersepadu
semua pihak.
1. Inisiatif kerajaan negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor dan GLC-GLC
Johor.
2. Ia adalah hasil inisiatif bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan
melalui misi-misi perdagangan antarabangsa.
3. Kemasukan FDI hasil kedatangan pelabur-pelabur atas inisiatif dan penilaian
mereka sendiri.
Mengikut rekod kita, FDI negeri Johor adalah seperti berikut, pada tahun 2013,
pelaburan asing bagi sektor pembuatan adalah sebanyak RM11,533,260,742.00.
Daripada jumlah ini, 5 FDI terbesar adalah daripada Amerika Syarikat dengan
jumlah pelaburan sebanyak RM4.7 bilion, diikuti Singapura sebanyak RM2.37 bilion,
Belanda sebanyak RM2.256 bilion, China sebanyak RM1.181 bilion dan Jepun
sebanyak RM528 juta.
Bagi tahun 2014, pelaburan asing adalah berjumlah RM7,866,401,202.00. Dan pada
tahun ini, Jepun merupakan pelabur terbesar dengan pelaburan sebanyak RM3.139
bilion, diikuti dengan Singapura sebanyak RM1.564 bilion, Itali sebanyak RM1.060
bilion, Jerman sebanyak RM686 juta dan India sebanyak RM493 juta. Pelaburan
asing bagi tahun 2015 pula adalah sebanyak RM3.141 bilion. Pada tahun 2015
Singapura naik ke tangga pertama sebagai pelabur terbesar di Johor dengan
pelaburan sebanyak RM961 juta, diikuti Jepun RM631 juta, Belanda RM467 juta,
Taiwan RM326 juta dan Korea Selatan RM239 juta.
Bagi tahun 2016, FDI Johor melonjak semula dengan mencatatkan kemasukan
sebanyak RM11.195 bilion. Pada tahun 2016, United Kingdom naik ke tangga
pertama sebagai pelabur terbesar di Johor dengan pelaburan sebanyak RM2.396
bilion, diikuti Belanda sebanyak RM2.359 bilion, Korea Selatan RM2.39 bilion, India
sebanyak RM1,265,000,000.00. dan Singapura sebanyak RM862 juta. Dan sehingga
Jun 2017, sebanyak RM985 juta FDI telah direkodkan. Pelaburan tertinggi adalah
dari Singapura sebanyak RM341 juta, diikuti Belanda RM302 juta, Perancis sebanyak
RM124 juta, Taiwan RM57 juta dan United Kingdom sebanyak RM51 juta.
Berdasarkan prestasi serta jumlah FDI yang saya kongsikan ini, secara asasnya kita
boleh menyimpulkan beberapa perkara:
1. FDI yang masuk ke Johor adalah konsisten dan stabil.
378
2. FDI Johor adalah dari pelbagai negara dan benua. Kita tidak bergantung
kepada hanya satu sumber atau negara semata-mata.
3. Kebanyakan pelaburan FDI yang masuk ke Johor adalah bersifat jangka
panjang.
4. Segala FDI ini adalah salah satu faktor yang menyumbangkan kepada
penghasilan peluang pekerjaan di Johor.
5. Kemasukan FDI ke Johor banyak dipengaruhi dan inisiatif yang diambil oleh
kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan pusat, seperti pembinaan infrastruktur
yang lengkap, pengurusan kerajaan yang cekap, serta insentif-insentif lain yang
menarik.
6. Kerajaan negeri akan terus memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai
destinasi pilihan FDI bagi tahun-tahun yang akan datang. Dan, perkara ini
termasuklah memantapkan GSIC dan meramaikan lagi bakat-bakat tempatan
yang berkemahiran serta berkelayakan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Semarang dan Gambir ada
membangkitkan tentang nilai pelaburan dari negara China ke dalam negeri Johor.
Malah sejak kebelakangan ini media massa turut melaporkan tentang kemasukan
pelaburan berskala besar dari China ke Malaysia terutamanya dalam sektor
pengilangan dan hartanah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
menjelaskan kedudukan semasa berhubung perkara ini dalam konteks negeri Johor.
Untuk sektor pengilangan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
merekodkan sebanyak 21 syarikat negara China telah melabur di Johor, dengan
jumlah keseluruhan pelaburan dari tahun 2013 hingga Jun 2017 iaitu sebanyak
RM2,052,568,340.00. Pelaburan daripada China telah memberi banyak manfaat
kepada negeri Johor secara keseluruhan terutamanya sumbangan ke arah
pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara dan sebagai perangsang aktiviti
ekonomi setempat. Dalam sektor hartanah, 5 syarikat China telah melabur di Johor.
Dengan jumlah keseluruhan pelaburan dari tahun 2013 sehingga Jun 2017, iaitu
jumlah keseluruhan RM123.9 bilion tetapi pelaburan dalam sektor hartanah tidak
seperti dalam industri. Pelaburan dalam sektor hartanah ia mengambil masa yang
panjang. Misalnya seperti Projek Forest City dijangkakan ianya sepanjang 30 tahun.
Tapi secara keseluruhan, dalam sektor hartanah pelaburannya adalah sebanyak,
jika semuanya terlaksana RM123.9 bilion.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berhubung dengan misi pelaburan ke Jepun oleh
pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Johor baru-baru ini yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat Tenang, saya ingin maklumkan pencapaian-pencapaian berikut:
Pertama, misi tersebut telah berjaya menarik minat sebanyak 2 buah syarikat Jepun
yang terlibat dalam industri kimia untuk melabur di Kompleks Perindustrian Tanjung
Langsat dengan nilai pelaburan mencecah hampir RM1.6 bilion. Dan, pelaburan ini
dijangka dimeterai pada tahun 2018, kerana pelabur tu nak tengok dari segi
kestabilan politik. Dengan beroperasinya syarikat-syarikat multi nasional ini, nanti
aktiviti industri di Tanjung Langsat akan lebih rancak, terutamanya industri kecil dan
sederhana yang berperanan sebagai industri sokongan logistik kepada syarikat-
syarikat multi nasional ini. Lebih penting pelaburan ini akan sekali lagi menjadi faktor
yang membuka peluang lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada
penduduk di Johor khususnya di Pasir Gudang. Sekian, terima kasih.
379
YB Speaker : Yang Berhormat Semarang jemput.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Soalan tambahan saya. Terima
kasih di atas penjelasan. Adakah pelaburan daripada negara China akan
mengancam kedaulatan negara? Dan, pelaburan daripada negara itu akan
memberi kemudaratan kepada negara daripada kebaikan? Bagaimana
pandangan kerajaan negeri?
YB Speaker : Jemput.
YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat daripada Semarang.
Sememangnya ada pandangan-pandangan yang dilakukan ataupun diucapkan
sedemikian. Tetapi secara umum, boleh dikatakan bahawa pelaburan daripada
China memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada negara Malaysia tetapi
turut juga kepada negeri Johor. Hanya kita mengambil langkah-langkah untuk
pastikan supaya dalam kita menerima pelaburan daripada China khususnya dalam
sektor hartanah kita dapat melindungi kepentingan masyarakat tempatan.
Tetapi untuk makluman semua, kalau kita lihat sebenarnya yang telah diumumkan
tadi, pelaburan dalam negara bukannya di dominasikan termasuklah di Johor oleh
hanya daripada negara China. Kalau kita lihat, data yang ada pada kita,
pelaburan asing China dalam sektor yang tertinggi dalam negara kita sektor
tenaga, diikuti dengan pengangkutan dan kemudiannya adalah hartanah
seterusnya logam. Dan, bukannya dalam sektor hartanah seperti yang di takut-
takutkan oleh setengah pihak. Jadi pelaburan ini tidak mendominasi pelaburan-
pelaburan dalam negara kita. Dan. Malaysia menerima pelbagai manfaat hasil
daripada pelaburan asing China ini, dengan kemasukan dan pelaburan daripada
China, Malaysia telah menjadi peneraju baru dalam sektor tertentu, serta terdapat
peningkatan yang ketara dalam sesetengah industri yang terdapat dalam negara
kita. Misalnya, sebelum ini Malaysia terpaksa membelanjakan RM1.5 bilion setahun
untuk import kaca sebelum ini, tapi sekarang dengan pelaburan daripada Keng
Ying Glass Group dan Xinyi Glass Holdings Limited, yang merupakan syarikat negara
China, Malaysia telah bertukar menjadi pengeksport kaca.
Dalam sektor pembuatan sel suria pula, dua syarikat China telah melabur walau
pun bukan di Johor, di Pulau Pinang dan Sarawak. Dan, kini Malaysia menjadi
pengeluar sel solar ketiga terbesar selepas China dan Taiwan. Dan di samping itu,
terdapat sebuah kilang tekstil berteknologi tinggi yang dibangunkan di Johor Bahru.
Dalam usaha untuk membantu mendigitalkan ekonomi Malaysia, kerajaan telah
pilih Ali Baba daripada China sebagai rakan kongsi utama. Kesemua ini
menunjukkan beberapa perkara :
1. Pelaburan China di Malaysia tidak tertumpu kepada sektor hartanah sahaja. Di
Johor pun ada pelaburan dalam bidang lain.
2. Sebenarnya ia melibatkan pelbagai sektor yang telah berjaya melonjakkan
Malaysia menjadi pemain baru dalam beberapa sektor yang tidak kita kuasai
sebelum ini.
3. Pelaburan dari China ini turut diterima oleh negeri pembangkang seperti Pulau
Pinang dan Selangor. Ini menunjukkan pembangkang sendiri dapat melihat
kelebihan ekonomi hasil kemasukan pelaburan asing daripada negara China.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker,
380
YB Speaker : Yang Berhormat Tenang.
YB Encik Mohd. Azahar bin Haji Ibrahim (Tenang) : Terima kasih Yang Berhormat Tan
Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas
jawapan yang telah pun diberikan. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar yang telah mengetuai misi pelaburan ke Jepun dengan
pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Johor pada April 2017 dan telah berjaya
mencatat satu pulangan yang besar kepada negeri Johor.
Soalan tambahan saya, dikhabarkan bahawa kerajaan negeri Johor akan
membangunkan bandar robotik di Johor bersama-sama syarikat Jepun. Berapakah
jumlah pelaburan dan status pembangunan bandar robotik tersebut? Terima kasih.
YAB Menteri Besar : Terima kasih Yang Berhormat Tenang. Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, pelaburan untuk mewujudkan bandar robotik ini melibatkan satu
pelaburan yang besar iaitu sebanyak RM15 bilion. Di peringkat awal semasa
pertemuan diadakan dengan pihak Siasun Robot Investment Company Limited,
satu perkara yang sememangnya telah diputuskan oleh pihak pelabur setelah
mengkaji semua kawasan dalam rantau ini ialah mereka memang hendak Johor
menjadi lokasi pelaburan mereka dalam rantau ini, bukan negara tapi dalam
rantau ini. Mereka telah pergi dan lihat semua tempat dan mereka telah buat
keputusan mereka hendak juga untuk datang ke negeri Johor. Jadi atas sebab itu,
kita telah tandatangani satu memorandum persefahaman di antara Johor
Corporation bersama syarikat pelabur dan juga MIDA pada 14 April 2017 untuk kita
bincang secara lanjut bagaimana kita hendak pastikan ini menjadi kenyataan.
Memang usaha untuk tarik pelaburan bukannya sesuatu yang datang sebegitu
ataupun secara automatif. Terlalu banyak perbincangan lebih-lebih lagi kerana ini
melibatkan pelaburan yang besar. Sekarang ini kita sedang berbincang untuk
memuktamadkan satu perjanjian kerjasama. Yang kita sudah sign ialah
memorandum persefahaman. Jadi, sekarang kita dalam peringkat untuk
menandatangani satu perjanjian kerjasama yang mana antara lain akan merangka
penubuhan dan menjayakan bandar robotik ataupun kawasan robotik di negeri
Johor dan juga Malaysia.
Melalui perjanjian ini nanti bila dah ditandatangani, satu syarikat baru iaitu satu joint
venture company, syarikat usaha sama akan ditubuhkan antara Johor Corporation
dan Siasun Robot Investment Company bagi tujuan perlaksanaan projek itu. Dan
matlamat syarikat usaha sama ini juga antara lain ialah merancang penubuhan
platform robotik dalam bandar robotik yang akan dimajukan itu. Dalam usaha
untuk menubuhkan platform robotik ini, ia melibatkan pelbagai perkara yang kita
akan lihat dibangunkan di bandar robotik ini. Antaranya akan diwujudkan:
1. Institut Penyelidikan Pembangunan Perindustrian Pintar.
2. Akan dibangunkan Institut Penyelidikan Robotik.
3. Akan diwujudkan Pusat Pameran Robotik.
4. Pusat Perkhidmatan Robotik.
5. Pusat Kewangan Perindustrian Pembuatan Robotik.
6. Pusat Big Data Industri Robotik.
7. Pusat Kerjasama dan Koperasi Perindustrian Pembuatan Pintar.
8. Akademi Kejuruteraan Robotik.
Kita cadang dan kita di peringkat akhir untuk menandatangani perjanjian itu. Bila
perjanjian ditandatangani, satu syarikat usaha sama diwujudkan untuk melihat ini,
kawasan telah pun dikenal pasti, ia juga menuntut penyertaan penglibatan
381
daripada kerajaan pusat. Jika kerajaan pusat memberikan keizinan, insya-Allah kita
akan ada bandar robotik dalam negeri Johor tak berapa lama yang akan datang.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
YB Speaker : Skudai
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Untuk
makluman Dewan ini, saya beringatkan kita cuba memantapkan ekonomi sebagai
satu negeri tanpa berbaur perkauman. Ada masalah sosial, itu pun semua
dihadapi oleh semua masyarakat. Satu tunjukkan satu istilah yang dibawa oleh
Yang Berhormat sebelah sana, saya tak ingat siapalah. Dia kata GRO China,
seolah-olah dia sudah menziarahi seluruh dunia, GRO... baru buat kesimpulan GRO
itu mesti China. Itulah satu fikiran yang kita mesti dibetulkan...
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Soalan, soalan, soalan...
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Oleh itu Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita akan
bawa soalan ini...
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Asal bukan GRO China.
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Soalan ini adakah Negeri China satu ancaman
keselamatan negara kita? Selain daripada itu, pelaburan lebih tinggi daripada
bekas penjajah negara kita termasuk UK dan bangsa Jepun, yang pernah Perang
Dua yang pernah membunuh warga Malaysia? Adakah ini satu soalan yang boleh
mengancamkan kedaulatan negara kita? Adakah lebih penting pemimpin yang
sedia ada telah menjual, menggadaikan hak kita sebab rasuah, sebab melarikan
wang kita yang paling besar sehinggakan kita daripada negeri lain.
YB Speaker : Yang Berhormat dah lari daripada tajuk...
YB Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itulah soalan saya, sama ada kita akan tubuhkan
institutory tanpa memandang persoalan ini pelaburan dari segi perkauman. Kalau
katanya, boleh sambung boleh tolong jawab, adakah komunis lagi menjadikan
ancaman kepada keselamatan negara kita atau lain-lain unsur atau terrorist,
pengganas yang lebih mengancam kita. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Skudai, jawapan daripada Yang Amat Berhormat,
negara China bukan menjadi ancaman, jadi tak payahlah nak dibangkitkan lagi
perkara tersebut. Terserah kepada Yang Amat Berhormat.
YAB Menteri Besar : Saya jawab secara umum ajelah Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Bagaimana agaknya Selangor dan Penang melihat China, begitu jugalah
Johor melihat China. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dia
bukannya satu negara yang ancam bagi kita, saya percaya Johor dan kerajaan
pusat, kita akan tarik pelabur yang kita rasa boleh beri manfaat dan kebaikan
kepada negara kita. Tak kira siapa (Dewan bertepuk), tak kira siapa. Dan soalnya,
hakikatnya memang kita tak boleh nafikan bahawa hari ini China adalah ekonomi
kedua terbesar di dunia. Mereka sedang mengambil langkah yang paling radikal
untuk muncul sebagai ekonomi terbesar dunia. Adalah bodoh bagi Malaysia
ataupun Johor untuk menafikan hakikat itu. (Dewan bertepuk). Atas sebab itulah
Selangor dan Penang pergi ke sana. Dan, atas sebab itulah tak wajar
pembangkang sebelah sana bila China masuk melabur di sini, mereka yang kata,
382
kita seolah-olah macam nak jual negara kita. Mereka yang bawa soal itu. Jadi
Yang Berhormat soal, Yang Berhormat, itulah jawapan untuk Yang Berhormat ini.
YB Speaker : Yang Berhormat Pasir Raja jemput.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Soalan saya nombor 5.
Nyatakan dan namakan semua jenis perumahan serta projek perumahan yang
ditawarkan atau diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor yang
telah dan sedang dilaksanakan di Negeri Johor demi memberi tawaran rumah
mampu milik yang rakyat kita perlukan serta nyatakan komitmen Kerajaan Negeri
Johor dan Persekutuan ke arah keperluan yang inklusif dan lestari.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera,
salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya bagi pihak rakan-
rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, nak ambil kesempatan ini nak
ucapkan, merakamkan ucapan selamat ulang tahun Kelahiran kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar (Dewan bertepuk), pemimpin yang hebat lagi kita kasihi ini.
Kita sama-sama mendoakan kepada Allah SWT mudah-mudahan Yang Berhormat
diberikan kekuatan dan iltizam yang jitu untuk meneruskan agenda membina dan
membela watan khususnya di tanah Jauhar tercinta ini. Semoga Allah SWT
mengurniakan kesihatan yang baik, dilindungi daripada sebarang fitnah dunia
khususnya yang cuba dibawa oleh pembangkang, semata-mata untuk
menjatuhkan kredibilitinya. (Dewan bertepuk). Mudah-mudahan sentiasa di
bawah perlindungan-Nya dan hidayah-Nya jua dalam setiap apa yang nak
dilakukan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengutamakan
kesejahteraan rakyat khususnya dalam konteks untuk menyediakan rumah-rumah
mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah. Ia selaras dengan polisi
Kerajaan Negeri dalam Pelan Suara Hati Johor. Antara yang kita pun sedia maklum
bahawa perkara utama yang saya nak highlight di sini, apa yang dilakukan oleh
kerajaan negeri, pada tahun 2014, kita telah memperkemaskan lagi Dasar
Perumahan Rakyat Johor, yang mana kerajaan negeri telah meletakkan satu
kaedah untuk membina 3 jenis rumah mampu milik ini.
1. Perumahan Komuniti Johor A dengan harga RM42,000 dengan keluasan 750
kaki persegi.
2. Perumahan Komuniti Johor B dengan nilai RM80,000 dengan keluasan 850 kaki
persegi; dan juga
3. Rumah Mampu Milik Johor dengan harga RM150,000 dengan keluasan 1,000
kaki persegi .
Dengan sasaran menjelang tahun 2020, kita nak bina sebanyak 60,000 unit.
Sehingga Oktober 2017, sebanyak 16,010 unit telah dapat disiapkan. Ini bermakna
kita telah melepasi 27% daripada sasaran tersebut dalam masa hanya 3 tahun.
Dalam masa yang sama, task force perumahan negeri Johor telah mengunjurkan
pembinaan rumah mampu milik ini pada tahun 2018 kita akan siapkan sebanyak
13,536 dan menjelang tahun 2019 dan 2020, kita akan dapat siapkan sebanyak
30,993 unit.
Dalam masa yang sama juga Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita bukan sahaja
memberi perhatian kepada mereka yang berpendapatan rendah, kalau ikut bajet
383
yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, kerajaan
negeri melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor akan membina rumah untuk
golongan sederhana dengan melibatkan dua kawasan utama iaitu Taman Pelangi
Indah dan juga pangsapuri di Taman Rinting dengan jumlah 488 unit yang berharga
antara RM250,000.00 hingga RM400,000.00.
Inisiatif yang kedua yang saya laksanakan oleh kerajaan negeri Johor ialah melalui
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, kerajaan negeri, pada tahun 2016 Kerajaan
Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk memberikan subsidi bagi
menyediakan Rumah Mesra Rakyat Johor. Rumah Mesra Rakyat Johor ini Yang
Berhormat Tan Sri Speaker ada 3 kategori juga:
1. Rumah yang bersaiz 750 kaki persegi harganya RM64,000.00 kerajaan negeri
bagi subsidi RM10,000.00.
2. Rumah yang bersaiz 850 kaki persegi harganya RM72,500.00 Kerajaan Negeri
bagi subsidi RM12,500.00.
3. Rumah yang bersaiz 1000 kaki persegi harganya RM85,000.00 kerajaan negeri
bagi subsidi RM15,000.00.
Selain daripada itu Yang Berhormat Tan Sri Speaker, baru-baru ini kita telah
melancarkan apa yang disebut sebagai rumah sewa beli yang dilaksanakan oleh
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor di bawah skim Jauhar Prihatin. Dalam skim sewa
beli ini ataupun rent to own dengan izin, kita kerajaan negeri telah menyediakan
rumah-rumah yang akan disewa oleh mereka-mereka yang layak dengan sewaan
tertentu, yang menariknya ialah dalam jumlah sewa yang dibayar pada rumah ini
sebahagian sewaan itu akan dijadikan simpanan. Umpamanya kalau mereka
sanggup bayar RM600.00 umpamanya, RM300.00 itu akan dijadikan simpanan yang
mana selepas 5 tahun, RM300.00 daripada simpanan itu mereka boleh, apa nama
ini ada simpanan sebanyak RM18,000.00 yang mana ini akan dijadikan sebagai
down payment ataupun bayaran apa nama ni, pendahuluan. Minta maaf Tan Sri
Speaker, eh, untuk bila dia dah bersedia untuk mengambil alih ataupun membeli
rumah itu.
Dalam Fasa pertama skim ini, sebanyak 409 unit telah dibuka untuk permohonan.
Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pula akan ditawarkan kepada penyewa sebanyak 4,870
unit. Dalam Bajet 2018 di mana yang diumumkan tempoh hari, kita telah
memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk skim ini.
Inisiatif yang keempat Tan Sri Speaker, Pembangunan Taman Perbadanan Islam
oleh PIJ Holding yang mana juga meliputi rumah-rumah dengan kategori
Perumahan Komuniti Johor A, Perumahan Komuniti Johor B dan Rumah Mampu Milik
Johor dengan harga yang saya katakan tadi. Sehingga hari ini, PIJ Holdings telah
membina sebanyak 1,903 unit meliputi 311 unit Perumahan Komuniti Johor A, 447
unit Perumahan Komuniti Johor B dan 1,145 unit Rumah Mampu Milik Johor.
Selain daripada itu Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan negeri juga
mengambil berat tentang isu yang berkaitan dengan pembiayaan perumahan ini.
Sebab itu kita ada kerjasama dengan pihak AmBank Islamic dengan
memperkenalkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor yang dana
pusingannya sebanyak RM300 juta bagi membantu mereka-mereka yang membeli
Rumah Mampu Milik Johor ini yang tak dapat pembiayaan daripada bank
komersial. Dalam masa yang sama juga, pihak kerajaan negeri juga ada
memberikan baucar RM1,000.00 kepada mereka yang telah layak dan dapat kunci
rumah mampu milik ini, rumah kos rendah ini. Sehingga November 2017, kita telah
memberikan baucar RM1,000.00 ini kepada 2,872 orang.
384
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di peringkat kerajaan persekutuan juga telah ada
beberapa skim yang juga membantu rakyat Johor dalam konteks untuk membeli
rumah mampu milik ini. Pertama, Skim MyHome. Skim MyHome ini seperti mana
yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2013, semasa
bentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014. Skim MyHome ini
menawarkan insentif bantuan sebanyak RM30,000.00 seunit yang memberi faedah
kepada pembeli rumah-rumah dan juga pemaju swasta. Di Johor setakat ini
sebanyak 2,228 unit telah ditawarkan kepada pemohon yang layak di bawah skim
MyHome ini.
Yang kedua, Program Perumahan Rakyat ataupun PPR. Negeri Johor merupakan
negeri yang ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga
Sabah yang mendapat manfaat kepada perlaksanaan projek PPR ini. Kita
mempunyai sebanyak 8,038 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat yang telah
siap dibina dan 3,217 unit PPR yang dijangka akan siap pada tahun 2019, ini bagi
membantu golongan yang kurang berkemampuan ini dengan sewaan sebanyak
RM174.00 sebulan. Dalam masa yang sama juga sebahagian daripada rumah PPR
ini, kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menjadikan sebanyak 390 unit rumah
PPR di Sungai Melana yang akan dijadikan sebagai Rumah Transit Belia Johor
kepada golongan belia yang berumur antara 18 hingga 33 tahun dengan kadar
sebanyak RM250.00 sebulan.
Inisiatif yang ketiga daripada kerajaan persekutuan Yang Berhormat Tan Sri Speaker
ialah melalui Perbadanan PRIMA Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang
mana menawarkan rumah-rumah yang berharga dalam lingkungan harga
daripada RM100,000.00 hingga RM400,000.00. Kediaman PRIMA ini ditawarkan
kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500.00
hingga RM10,000.00. Setakat hari ini, di Johor ada sebanyak 676 unit kediaman
PRIMA yang telah siap dibina iaitu 201 di Taman Nusantara, 475 di Bandar
Layangkasa.
Inisiatif keempat ialah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Di negeri Johor ini
sasarannya ialah sebab nak membina sebanyak 15,000 unit. Setakat hari ini
sebanyak 6,101 unit sudah lulus di peringkat kerajaan pusat untuk pembinaannya di
negeri Johor.
Selain daripada itu, inisiatif yang kelima oleh kerajaan persekutuan ialah Rumah
Mesra Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara
Berhad di bawah Kementerian Kewangan. Kerajaan melalui Kementerian
Kewangan menyalurkan subsidi sebanyak RM20,000.00 untuk seunit rumah
manakala baki pembiayaan antara RM45,000.00 hingga RM60,000.00 ini dibiayai
oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Bagi negeri Johor, sehingga hari ini sebanyak 11,024 permohonan telah diterima
sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2002. Daripada jumlah tersebut
sebanyak 6,451 permohonan telah diluluskan iaitu dengan 5,368 unit telah siap
dibina, 824 unit sedang dalam proses pembinaan dan 259 unit sedang dalam
peringkat dokumen perjanjian.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk memastikan perlaksanaan projek-projek
perumahan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kita di pihak kerajaan negeri
sedia maklum bahawa kita ada satu task force perumahan Johor yang urus
setianya SUK Bahagian Perumahan yang akan sentiasa memantau perkembangan
pembinaan rumah-rumah ini sama ada rumah-rumah yang akan dibina peringkat
385
agensi kerajaan negeri ataupun yang persekutuan. Dan, task force perumahan ini
juga melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Johor.
YB Speaker : YB Pasir Raja, jemput.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya pun ingin mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar,
selamat ulang tahun kelahiran daripada Pasir Raja.
Tan Sri Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ EXCO Perumahan yang
menjawab soalan Perumahan dan soalan ini tidak boleh dihentikan soal sentiasa
kerana dia ada status-status terkini yang kita kena tahu untuk disampaikan kepada
rakyat dan terima kasih kepada YB EXCO yang menyampaikan maklumat terkini
tentang rancangan rumah di negeri Johor dan peringkat federal. Dan ini,
membantu kitalah mengenal pasti apa yang boleh diperbaiki.
Jadi, perkara yang saya nak tanya ialah berkaitan dengan permohonan yang kita
kena pastikan setiap pemohon-pemohon itu dapat dibantu berkenaan dengan
kaedah sama ada dah mohon, kena daftar. Maksudnya ada dua benda kena
buat tu. Adakah dia dah mohon sekali dia dah boleh register dalam sistem
ataupun dia kena daftar juga? Kerana format ini berbeza dengan federal punya
format. Contoh PRIMA eh, Tan Sri Speaker. Pemohon mohon, tapi kalau dia tak
daftar dia tak dapat masuk dalam sistem. Jadi, ini portal-portal perumahan yang
wujud dalam negeri Johor ni pun mungkin boleh kita lihat sebagai membantu. Dan,
saya nak maklumkan pada kerajaan negeri bahawa ada satu reverse psychology
berlaku sekarang dalam perumahan.
Ramai orang kampung hari ini, minta maaf, orang bandar balik ke kampung.
Kerana dia dah ada skim perumahan yang buat kat kampung, SPNB. Kerajaan
Johor saya difahamkan ada format KPRJ yang bantu supaya buat rumah di
kampung. Ini bagus, kerana apa, pemindahan orang ke bandar, reverse
maknanya ada balik ke kampung dan mereka lebih selesa duduk di kampung
kerana ada skim perumahan yang dibina. Jadi, adakah skim MyBeautiful Home tu
yang dibina di peringkat kampung ataupun apa-apa skim lain yang boleh kerajaan
Johor bantu berkenaan dengan reverse cell of psychology ini tentang perumahan
ini, Tan Sri Speaker.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Pasir Raja membangkitkan soal, pertama tadi
berkaitan dengan pendaftaran. Memang buat masa ni saya menyedari bahawa
soal pendaftaran, mereka-mereka yang nak mendapatkan perumahan ini menjadi
satu isu kerana ada yang daftar dah 5 tahun tapi masih lagi belum dapat rumah
sebagainya.
Di peringkat SUK Perumahan kita sedang memperbaiki sistem pendaftaran kita yang
mana kita akan selaraskan semua sekali online, secara online. Mana-mana yang
dah daftar sebelum ini kita akan masukkan secara online dan hari ini kita dah ada
lebih kurang 120,000 yang kita kemas kini untuk daftar secara online ini. So, dalam
masa yang sama juga, kita nak baiki juga dalam peringkat delivery, dengan izin,
penyampaian sijil-sijil perumahan ini. Apa yang berlaku pada hari ini, bila seorang
itu layak untuk dapat rumah dia kena datang ke SUK Perumahan ke Johor Bahru
untuk dapat sijil tu. So, lepas sebulan bila tamat tempoh, sebab sijil ni cuma sebulan
je Tan Sri Speaker, expired date, dengan izin. So, akan datang, sekarang ni bila dia
nak sambung dia kena datang semula ke Johor Bahru. So, akan datang kita akan
permudahkan, dia boleh apa nama ni, lanjutkan sijil ini di peringkat daerah sahaja.
386
Soalan berkaitan skim-skim yang untuk membina rumah di kampung dan
sebagainya, memang itu pilihan kepada mereka-mereka yang nak miliki rumah.
Kita di peringkat negeri sentiasa bekerjasama dengan apa pun agensi termasuklah
Syarikat Perumahan Negara untuk pastikan supaya apa pun kehendak bagi
membina rumah ini akan dapat kita bantu. Termasuklah juga soal-soal yang
berkaitan pembiayaan dia. Ada sesetengah tu umpamanya dalam konteks Rumah
Mesra Rakyat Johor ni, kita, permohonan banyak, kita dah luluskan setakat hari ini
pun banyak juga tapi bila sampai ke soal pembiayaan, dia ada sikit masalah. Jadi
kita akan bantu cari jalan untuk bantu mereka-mereka ini yang masalah dari segi
pembiayaan.
YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) : Terima kasih Tan Sri Speaker. Jawapan
yang dapat dari Dewan sebanyak 9,773 permohonan yang diluluskan ada 4,988
diagihkan dalam, untuk diagihkan dengan KMK iaitu Kuota Menegak Kerajaan. Di
sini soalan saya, bagaimana kerajaan boleh mengenalpastikan yang dapat, yang
KMK ini, melalui KMK ini adalah secara mereka mengagihkan dengan adil dan tidak
terjadinya amalan rasuah, sebab kita sering mendengar rungutan ada orang
mengatakan mereka membayar dengan wang kopi untuk mendapat Rumah
Mampu Milik. So, saya nak tanya sini bagaimanakah kerajaan mengenalpastikan
melalui KMK adalah secara yang boleh mengatakan adil?
YB Speaker : Ya.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, dia pembangkang ni, tak sudah-sudah dia mempertikaikan kita
punya sistem dan sebagainya. Saya nak bagitahulah, sebab soal KMK ni
ditimbulkan banyak kali dalam ucapan penggulungan, perbahasan pun
ditimbulkan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita dah mula dalam agihan rumah ni kita adakan
secara undian. Kita panggil mereka-mereka yang mohon rumah-rumah ini untuk
undi. Bila kita panggil secara undian, ada sebilangan daripada mereka-mereka
yang layak, mungkin sangat memerlukan, tapi bila dia cabut undi, dia tak dapat,
sebab apa, mungkin nasib kurang baik. Jadi KMK ini adalah apa nama ni kuota
yang disediakan dia bukan kuota KMK sahaja, ada juga kuota belia, kuota OKU
dan sebagainya. So, kita akan gunakan kuota KMK ini kepada mereka-mereka
yang layak tapi terlepas daripada undian ini. Dan juga dalam masa yang sama,
ada juga kes-kes yang tertentu ya, ini secara apa yang berlaku, setengah tu dia
betul-betul layak tapi ialah dia tak tahu kena daftar dan sebagainya,yang datang
pada SUK Perumahan untuk minta tolong ni kan. So,bila dia tak daftar, so dia tak
layak untuk dipanggil untuk cabut undi dan sebagainya. So, kes-kes macam ni, kita
pun gunakan ini, kita tolong daftarkan dan jadi kuota ini kita akan bantu.
So, dalam masa yang sama juga Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di peringkat
kepimpinan masyarakat tempatan di semua kawasan termasuklah pemimpin NGO
dan sebagainya yang datang minta sokongan, memang dia betul-betul susah ya,
betul-betul perlukan rumah dan sebagainya, so kita akan gunakan ini. So, kalau soal
yang dibangkitkan ada pihak-pihak tertentu yang minta duit dan sebagainya, saya
dah bagi amaran daripada awal lagi eh, siapa yang ada maklumat dan
sebagainya saya minta dilaporkan kepada pihak Polis dan direpotkan pada pihak
SPRM. Jangan kita cakap aje, kita bercakap berasaskan pada dengar orang
cakap, dengar orang cakap, akhirnya inilah memang kerja pembangkang, dia nak
timbulkan suasana keresahan, suasana kekeliruan dan sebagainya. Kita ni buat
bersungguh-sungguh. Patut kalau dia sebagai seorang Wakil Rakyat yang
387
baik,yang nak bantu rakyat, bantulah kalau betul ada orang minta duit laporkanlah
dan jangan cakap gitu aje. Tapi itulah niat dia memang nak kelirukan semua
orang.
YB Speaker : Yang Berhormat Pemanis, jemput.
YB Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan nombor 6.
Apakah langkah yang telah dan boleh diambil sebagai pencegahan dan
pengawasan penderaan/pencabulan seks kanak-kanak dan remaja yang berada
di pusat-pusat penjagaan atau rumah kebajikan?
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan terima kasih juga Yang Berhormat
Pemanis. Untuk makluman Yang Berhormat Pemanis, langkah-langkah yang telah
dan boleh diambil tindakan bagi pencegahan dan pengawasan berlakunya kes-
kes penderaan atau pencabulan seks terhadap kanak-kanak dan juga remaja di
pusat-pusat jagaan atau rumah kebajikan bagi kebaikan dan masa depan kanak-
kanak itu sendiri juga oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan
tugas mereka adalah yang pertama, penekanan terhadap isu-isu integriti dan juga
salah guna kuasa ianya bagi mengenalpasti masalah dan memantau keadaan
petugas dan keadaan institusi.
Yang seterusnya, bagi mewujudkan keperluan dan kesesuaian petugas di institusi
tersebut sentiasa diberikan kursus latihan dan bimbingan yang berkaitan termasuk
dari segi kerohanian dan moral yang sesuai bagi memperingatkan dan
mempertingkatkan kesedaran mereka tentang tanggungjawab agar petugas tidak
melakukan sesuatu yang tidak wajar terhadap anak-anak di bawah jagaan
mereka. Dan juga seterusnya, adalah lawatan ketua institusi secara rambang dan
mengejut haruslah dilakukan demi memantau dan memeriksa keadaan institusi,
petugas dan kanak-kanak.
Kedua, langkah-langkah di dalam institusi itu sendiri secara pengasingan kanak-
kanak mengikut umur dan jantina dan petugas juga diletakkan mengikut
kesesuaian dan keadaan kanak-kanak. Penekanan terhadap pendidikan
kerohanian, moral dan kesihatan diberikan secara berkala terhadap kanak-kanak.
Seterusnya, sesi kaunseling juga diberikan secara berkala bagi mengenal pasti
masalah dan apa-apa sahaja yang wujud di kalangan kanak-kanak. Seterusnya,
menguruskan kanak-kanak bagi mendapatkan pendidikan di sekolah kebangsaan
yang terdekat dan juga sesuai dan kita juga kerap mengadakan program rekreasi
atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Yang ketiganya Tan Sri Speaker, adalah pewujudan Ahli Lembaga Pelawat di
institusi-institusi tersebut. Ianya membantu untuk menjalankan program atau aktiviti
yang sesuai demi kebaikan kanak-kanak dan petugas termasuk aktiviti yang
melibatkan integriti, kerohanian, sukan dan rekreasi yang boleh menjauhkan
petugas atau kanak-kanak daripada terjebak ke arah sesuatu kelakuan yang
negatif. Dan juga membuat lawatan secara berkala ke institusi-institusi tersebut,
iaitu Ahli-Ahli Lembaga Pelawat ini ya, untuk memantau aktiviti dan kegiatan
petugas dan kanak-kanak.
Dan akhirnya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, adalah penguatkuasaan dan juga
tindakan hukuman. Petugas boleh dikenakan hukuman sewajarnya mengikut
388
undang-undang sekiranya melakukan perkara yang melanggarkan peraturan yang
ditetapkan.
YB Speaker : Pemanis, jemput.
YB Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker
dan juga di atas jawapan EXCO. Memandangkan penderaan dan juga
pencabulan seks kanak-kanak remaja merupakan sesuatu yang halus, sukar dikesan
dan juga terlalu senang di sembunyi. Dan juga difahami bahawa pihak JKM
memang kekang dari segi tenaga dan sumber, jadi adakah kerajaan
mempertimbangkan supaya suntikan dana khas dan juga tenaga pihak luar
termasuk daripada universiti dan NGO diguna pakai supaya pengawasan yang
lebih kerap dan berterusan dapat diadakan? Terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih YB Pemanis. Sebenarnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker, isu yang
membabitkan penderaan ataupun pencabulan seks di kalangan kanak-kanak dan
juga remaja merupakan satu jenayah yang boleh disabitkan kesalahan di bawah
Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga Akta Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak
2017.
Cadangan Yang Berhormat Pemanis tadi ya, apa yang telah dibuat oleh kerajaan
negeri untuk kita menangani isu berkaitan dengan perkara-perkara tersebut. Untuk
negeri Johor, kerajaan negeri Johor sebenarnya kita telah pun mengambil inisiatif
untuk kita melaksanakan seminar yang kita panggil Seminar Kesedaran Jenayah
Pedofilia ataupun gangguan seks kanak-kanak di peringkat negeri Johor pada
tahun 2016.
Dan seminar ini sebenarnya adalah bertujuan untuk kita mempertingkatkan
kesedaran kepada masyarakat berhubung ancaman jenayah pedofilia dan cara-
cara mengatasinya. Dan seminar ini juga Tan Sri Speaker, kita dah perluaskan pada
tahun 2017, dengan pelaksanaan mengikut zon ya, kita buat zon selatan untuk 5
daerah dan dilaksanakan pada 9 November 2017yang lalu. Dan juga bagi zon
utara 5 daerah lagi pada 28 November 2017. Dan peserta-peserta di dalam seminar
tersebut adalah terdiri daripada NGO’s, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, kakitangan kerajaan sendiri, perkhidmatan awam dan juga kaunselor-
kaunselor kita ya, daripada sekolah-sekolah. Mereka-mereka inilah yang akhirnya
akan membantu pihak kerajaan dan jabatan untuk memantau dan seterusnya
memaklumkan kepada jabatan, kepada pihak-pihak berkuasa apa yang kes-kes
yang berlaku, sebab itulah kita buat ini.
Dan seminar tersebut sebenarnya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita dah dapat
mengumpulkan lebih kurang 1,300orang keseluruhannya di negeri Johor. Itu yang
dibuat oleh kerajaan negeri dan insya-Allah kita akan teruskan di masa-masa yang
akan datang. Terima kasih.
YB Speaker : Yong Peng, jemput.
YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) : Terima kasih atas YB Tan Sri Speaker.
Mengenai, berkenaan kes penderaan dan pencabulan seks kanak-kanak dan
remaja makin bertambah di pusat-pusat penjagaan atau rumah kebajikan, ada
pandangan dari masyarakat bahawa CCTV sebenarnya perlu dipasang di setiap
389
pusat penjagaan atau rumah kebajikan untuk mengelakkan kekeliruan dan juga
sebenarnya untuk protect penjaga-penjaga di rumah tersebut. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Terima kasih Yang Berhormat Yong Peng, sebenarnya itu juga adalah cadangan
daripada pihak jabatan untuk kita mewujudkan sistem kawalan dan pengawasan
yang lebih canggih seperti pemasangan CCTV dan sebagainya. Dan untuk
makluman, bagi institusi perlindungan kanak-kanak yang dikendalikan oleh
kerajaan kita ada sebenarnya dua bagi kanak-kanak iaitu kita ada satu di Jalan
Petrie dan satu lagi adalah Rumah Kanak-Kanak Mini di Ulu Tiram dan kita juga ada
satu lagi adalah Asrama Akhlak untuk remaja lelaki dan bagi di bawah kawalan
jabatan ianya memang telah pun kita laksanakan.
Dan, bagi pihak swasta dan juga pihak-pihak lain mengendalikan,memang sentiasa
dipantau oleh jabatan,ya. Tindakan-tindakan tertentu akan kita ambil sekiranya
mereka tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan kerajaan.
YB Encik Lim Eng Guan (Bekok) bagi pihak YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol))
:Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan nombor 7.
Nyatakan dengan jelas perkembangan terbaru dengan menyatakan sebab-sebab
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru belum bermula walaupun
kerja pengambilan tanah telah siap dan kontrak pembinaan telah ditandatangani
dengan Syarikat Asing China Railway pada Disember 2015?
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, Mengkibol tak ada pagi ini. Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, perkembangan projek setakat ini adalah seperti berikut iaitu Projek
Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru. Surat Setuju Terima telah
dikeluarkan pada CRCC, CREC dan CCC Konsortium Sdn Bhd. dan selepas ini saya
akan rujuk sebagai Konsortium. Pada 27 Oktober 2016, tempoh pembinaan adalah
48 bulan dan projek ini dijangka akan disiapkan pada akhir tahun 2021. Tarikh milik
tapak adalah pada 1 Disember 2016, dan proses pengambilan balik tanah dan
pembayaran pampasan semuanya telah selesai sepenuhnya. Kerja-kerja
merobohkan rumah yang dikosongkan oleh setinggan di dalam rizab jajaran projek
ini masih berjalan. Baki setinggan yang masih berada di tapak ialah 11 buah rumah
iaitu 6 buah rumah di Kluang dan 5 buah rumah di Johor Bahru. Setinggan di
daerah Segamat dan Kulaijaya telah dikeluarkan sepenuhnya dari rizab kereta api.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Majlis Pecah Tanah bagi projek ini telah dirancang
oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan akan diadakan di daerah
Segamat pada bulan Januari, insya-Allah, 2018. Majlis ini dijangkakan akan
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Konsortium sedang
melaksanakan kerja-kerja pembangunan reka bentuk dan mengemukakan
permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk Kebenaran Merancang dan
juga untuk memperolehi permit pembinaan. Kerja memuktamadkan reka bentuk
terperinci ini sedang giat dilaksanakan dengan kemajuan sehingga September 2017
adalah 30%. Konsortium telah melantik SIPP Real Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan
YTL Sdn Bhd secara rasmi sebagai sub kontraktor tempatan pada 3 November 2017.
Kerja-kerja ukur dijangka pada bulan November 2017 ini dan kerja-kerja fizikal
bermula dijangka pada bulan Disember ini juga. Konsortium telah mewujudkan
pejabat tapak sementara di Kluang manakala pejabat tapak di Segamat dan
Kempas masih dalam tindakan.
390
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerja-kerja fizikal akan bermula di tapak sebaik
sahaja kontraktor memperolehi kelulusan Merancang daripada Pihak Berkuasa
Tempatan. Kerja-kerja awalan seperti pembersihan telah pun dilaksanakan di sekitar
bandar-bandar yang terlibat. Untuk makluman Ahli Dewan, bagi penglibatan
kontraktor tempatan di dalam projek ini, satu perbincangan bersama Kementerian
Pengangkutan dan juga agensi dari Kementerian Kewangan telah pun diadakan.
Secara dasarnya, pihak agensi dari Kementerian Kewangan telah bersetuju agar
20% hingga 30% pecahan kerja yang melibatkan kerja-kerja asas akan diagihkan
kepada kontraktor-kontraktor tempatan di negeri Johor. Terima kasih.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat sekianlah sahaja soalan-soalan yang dapat
kita kemukakan pada pagi ini. Sekiranya ada soalan-soalan yang belum dijawab,
boleh dijawab secara bertulis di dalam Persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, saya tangguhkan Persidangan ini selama 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10:30 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 10:50 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA
BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan kita sambung semula. Saya
mulakan penggulungan daripada Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa dengan saya jemput Yang Berhormat Pengerusi
Jawatankuasa Agama, jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan selawat). Yang Berhormat Tan Sri Speaker
terutamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pemerhati
sama ada di luar ataupun di dalam Dewan ini.
Sekali lagi saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk
mengucapkan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang
Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan
Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim sempena Ulangtahun
Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November yang lalu. Ucapan
setinggi-tinggi tahniah juga dirakamkan kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail
Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku pemilik dan Yang Amat Mulia Tunku
Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang
berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia bagi tahun 2017 yang lalu. Turut
diucapkan tahniah kepada seluruh Ahli Majlis serta warga kerjanya di atas
perisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dahulunya dikenali sebagai
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, yang mana ia telah disempurnakan
perisytiharannya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada Hari Keputeraan
Baginda.
Syukur saya ke hadrat Allah SWT sekalian alam kerana memberi nikmat Islam, iman
dan kesihatan untuk saya menggunakan masa ini untuk menyampaikan ucapan
penggulungan bagi mesyuarat kali ini, yang mana ia adalah mesyuarat terakhir
391
bagi kita Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum Dewan ini dibubarkan bagi memberi
laluan kepada Pilihan raya Umum Ke-14 yang akan datang.
Merujuk kepada pembentangan Bajet 2018 yang bertemakan, “Membangun
Dekad Baru Yang Sejahtera Untuk Johor”, sebanyak 153 titik sentuhan telah
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, yang mana 11 titik
sentuhan diumumkan melalui agenda Johor Islami yang berstrategikan pewujudan
pembangunan serta persekitaran yang lestari, Islami, selamat, berbudaya,
seimbang dan berdasarkan kearifan tempatan.
Untuk matlamat ini, Agenda Johor Islami ini menjadi landasan yang tepat dalam
memperkasakan umat Islam di dalam negeri Johor ini secara khusus melalui 20 jenis
skim bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang meliputi perkara-perkara
seperti yang pertama, kebajikan, perumahan, ekonomi, taraf hidup dan juga
pendidikan. Bajet Johor 2018 ini juga dilihat sebagai landasan yang tepat bagi
mencapai peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang kukuh sebagai agensi
yang bertanggungjawab terhadap urusan kutipan dan agihan zakat. Seterusnya
memastikan peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai perbendaharaan
kepada golongan asnaf, fakir miskin dan mereka yang memerlukan di negeri Johor.
Memperkasakan program bantuan kepada asnaf mualaf yakni saudara baru
dengan memperkenalkan skim bantuan sara hidup bulanan mualaf bagi tempoh 2
tahun pertama setelah pengislaman. Jumlah bantuan sebanyak RM200.00 bagi
mualaf yang berstatus bujang, manakala bagi ketua mualaf yang telah
berkeluarga dengan tanggungan di bawah 5 orang akan menerima RM300.00 dan
tanggungan lebih 5 orang akan menerima RM400.00 sebulan. Ini adalah skim baru
iaitu tambahan kepada 7 skim bantuan utama sedia ada, dalam usaha membela
kebajikan 9,000 saudara baru di seluruh negeri Johor. Dalam masa yang sama,
kebajikan mualaf yang melebihi 10 tahun juga terus dibantu melalui peruntukan
asnaf fakir dan miskin. Di samping itu juga, memperkenalkan skim bantuan
kemanusiaan sejagat, yang memberi tumpuan kepada bantuan keperluan asas
perubatan kesihatan khususnya bagi orang-orang yang bukan Islam yang
berkelayakan.
Menaik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) kepada taraf kolej universiti dan
juga mewujudkan dana bantuan guaman syarie bagi membantu mendapatkan
khidmat guaman bagi kes-kes yang berkaitan juga turut diperluaskan program
sewa beli mobile food truck usahawan asnaf Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, usahawan asnaf juga turut diperbanyakkan bagi
meluaskan peluang perniagaan francais, tambahan pula yang lebih menarik 10,000
orang asnaf yang mempunyai penyakit kronik akan mendapat perlindungan
insurans dan pusat-pusat dialisis akan diperbanyakkan di setiap daerah-daerah.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani, saya ingin
memberikan penjelasan berkaitan dengan satu kenyataan akhbar yang saya telah
keluarkan
9 November 2017 berkaitan dengan isu tanah wakaf Kolej Tunku Ampuan Mariam.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, hujah wakaf yang telah dilafazkan dan diikrarkan
oleh pewakaf Almarhumah Yang Mulia Tunku Ampuan Mariam yang mewakafkan
tanah ini bagi tujuan pendidikan. Tujuannya ialah untuk tujuan pendidikan
perempuan Melayu semenanjung. Ini yang terkandung dalam hujah wakaf. Untuk
makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai
pemegang amanah tunggal bagi tanah wakaf ini telah berhasrat untuk mendirikan
392
institusi pengajian tinggi Islam khusus untuk anak-anak perempuan Melayu
semenanjung, yang mana ianya tepat serta bersesuaian dengan pernyataan hujah
wakaf yang diikrarkan oleh Yang Mulia Tunku Ampuan Mariam pada tahun 1947
yang lalu. Tambahan pula, tempoh sewaan sekolah berkenaan dengan Majlis
Agama Islam Negeri Johor telah pun tamat pada 27 Februari 2015. Mengikut
perjanjian sewaan yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak,
akan tetapi di atas keprihatinan dan ihsan, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor
telah bersetuju melanjutkan tempoh sewaan ke atas tanah tersebut sehingga 31
Disember 2017, bagi membolehkan pihak sekolah mencari dana dan tapak yang
baru untuk berpindah keluar dari tapak tersebut. Sebelum ini, semasa di dalam
tempoh sewaan berlangsung iaitu pada 18 Oktober 2013, Majlis Agama Islam
Negeri Johor telah memansuhkan sewaan sebanyak RM70,909.00 bagi
meringankan beban kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan
bangunan yang dibuat oleh pihak sekolah tersebut. Selain itu juga di atas dasar
keprihatinan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang dianggap zalim ini, telah juga
menanggung kos baik pulih kerosakan bangunan tersebut sebanyak RM22,750.00.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, selain daripada pengecualian bayaran
sewaan kepada pihak sekolah terbabit bermula daripada Januari 2017 hingga 31
Disember 2017, Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak pernah menerima ataupun
mengambil apa-apa sewaan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Sungai Abong, Yang Berhormat
Tenang, Yang Berhormat Serom, ada menanyakan soalan yang berkisar kepada
sekolah-sekolah tahfiz di negeri Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, jumlah
sekolah tahfiz di seluruh negeri Johor dalam rekod pendaftaran di Bahagian
Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor sehingga Oktober yang lalu, 2017,
ialah sebanyak 102 buah sekolah dengan bilangan pelajar sebanyak 7,663 orang,
manakala yang tidak berdaftar pula adalah sebanyak 46 buah sekolah. Kerajaan
negeri amat prihatin dengan kedudukan sekolah tahfiz swasta dalam negeri ini
yang bilangannya kian meningkat dari masa ke semasa. Oleh sebab itu, kerajaan
mewajibkan semua sekolah ini berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Jabatan
Agama Islam Negeri Johor di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah Agama,
Sekolah Agama Islam 1991 Negeri Johor. Selain daripada itu, untuk tujuan
pengawalan sekolah-sekolah yang telah berdaftar akan diberi dan disalurkan
beberapa bentuk bantuan dan juga latihan kemahiran sebagaimana berikut:
1. Bantuan pengurusan dan per kapita pelajar daripada Majlis Agama Islam
Negeri Johor.
2. Bantuan baik pulih dan penyelenggaraan bangunan daripada kerajaan
persekutuan.
3. Bantuan penyediaan peralatan kemahiran hidup daripada kerajaan
persekutuan.
4. Kursus-kursus pengurusan dan pentadbiran kewangan, kaedah pengajaran,
keselamatan dan kesihatan dan lain-lain daripada Majlis Agama Islam Negeri
Johor dan juga kerajaan persekutuan.
5. Seminar yang berkaitan dengan akidah, keilmuan dan lain-lain daripada pihak
Majlis Agama Islam Negeri Johor dan kerajaan persekutuan.
Bantuan-bantuan serta latihan-latihan yang diberi ini bertujuan untuk membantu
pihak pengurusan sekolah-sekolah tahfiz berkenaan untuk memperlengkap
393
kemudahan fizikal yang sedia ada serta meningkatkan lagi tahap pengurusan dan
pengajaran di sekolah masing-masing.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mendapati
masih terdapat 46 buah sekolah tahfiz di negeri Johor yang beroperasi tanpa
kebenaran. Usaha sedang dan akan terus dilakukan menerusi Pejabat Pendidikan
Islam daerah-daerah dan negeri untuk memastikan semua sekolah dan pusat tahfiz
di negeri ini berdaftar bagi mendapatkan kebenaran untuk beroperasi. Suka untuk
saya nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa Seksyen 12(1) Enakmen
Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1991, menyatakan tiada seorang boleh
menubuhkan atau mendirikan sekolah agama melainkan jika ia didaftarkan
mengikut peruntukan-peruntukan enakmen ini. Sekolah agama yang dimaksudkan
di dalam enakmen ini ialah mana-mana sekolah atau tempat yang diajar atau
dipelajari mata pelajaran agama Islam dengan bilangan pelajarnya melebihi 4
orang, tidak termasuk sekolah yang dikawal oleh kerajaan, maka wajiblah sekolah
agama yang tersebut mendaftar di bawah Seksyen 12 berkenaan. Bagi
mempertingkatkan lagi keselamatan di sekolah-sekolah tahfiz, Jabatan Agama
Islam Negeri Johor telah mengambil pendekatan strategi lautan biru di mana
kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pihak
Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan mana-
mana agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dijalin dalam
menentukan prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pengusaha sekolah atau
pusat tahfiz atau mengambil tindakan-tindakan yang tertentu dengan hikmah dan
berhemah berpandukan prosedur yang berkuatkuasa.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kerajaan negeri melihat satu mekanisme yang
mapan perlu di wujud dan dilaksanakan bagi menambah baik prosedur garis
panduan pelaksanaan sedia ada yang berkaitan dengan pengurusan pusat tahfiz,
di mana semua pihak yang berkaitan. Di mana Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Agama Islam,
Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan Malaysia dan sebagainya perlu bergerak
secara bersama dan bersepadu dengan satu penyelarasan yang konsisten dan
standard, dengan izin. Aspek-aspek keselamatan, kebersihan, kesesuaian kurikulum,
kemahiran guru, kejayaan sekolah, kemenjadian pelajar, kesucian akidah, hala tuju
pembelajaran dan sebagainya merupakan perkara utama yang perlu diambil
perhatian serius.
Oleh yang demikian, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah meminta kepada Kolej
Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) untuk melaksanakan atau menggubal satu
modul pengurusan tahfiz yang standard untuk dapat dilaksanakan di seluruh negeri
Johor. Modul ini dikenali sebagai Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA) atau
Jaminan Kualiti Pusat Tahfiz Johor yang kini dalam peringkat akhir. Selain daripada
aspek akademik, aspek-aspek lain juga dimasukkan di dalam kandungan modul
tersebut seperti spesifikasi, kemudahan fizikal, kegiatan kurikulum dan sebagainya.
Dan saya yakin sekiranya JTQA ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi modul
contoh kepada negeri-negeri lain dalam usaha untuk memperkasa pengurusan
tahfiz di seluruh negeri, di negara kita Malaysia.
Selain daripada itu juga, kerajaan negeri akan turut meneliti dasar pendidikan tahfiz
negara di PTN yang juga kini dalam peringkat penggubalan supaya ianya dapat
dilaksanakan juga di negeri Johor sebagai satu usaha penyelarasan pengurusan di
peringkat negara.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Yang
Berhormat Buloh Kasap, Majlis Agama Islam Negeri Johor di bawah peruntukan
394
asnaf fakir dan miskin menyediakan skim bantuan bina baru dan baik pulih rumah
kepada golongan fakir dan miskin yang mempunyai masalah tempat tinggal. Kos
pembinaan bagi tiap-tiap unit rumah adalah terbahagi kepada 3 jenis:
1. RM30,000.00 untuk rumah satu bilik, 20 x 25 kaki persegi.
2. RM38,000.00 untuk rumah dua bilik, 20 x 28 kaki persegi.
3. RM42,000.00 untuk rumah tiga bilik 20 x 30 kaki persegi.
Manakala bagi baik pulih rumah kos yang terlibat mestilah tidak melebihi
RM20,000.00. Proses permohonan baik pulih rumah yang melibatkan rumah uzur
ataupun yang terlibat dengan bencana seperti ribut atau kebakaran kecil, Majlis
Agama Islam Negeri Johor telah mengambil inisiatif penurunan kuasa melulus dan
melantik kontraktor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri
Johor bagi mempercepat proses kelulusan dan pembinaan dalam masa dua
minggu. Namun dalam masa yang sama spesifikasi kerja baik pulih perlu dibuat
untuk memastikan nilai kerosakan yang perlu di baik pulih.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dengan ini saya telah berusaha untuk memberikan
jawapan yang terbaik berdasarkan soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan
dan cuba menerima teguran dan mempertimbangkan segala cadangan yang
diberi dan mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan
kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sentiasa prihatin di atas permasalahan yang
ada. Dan, jika ada perkara yang terlepas pandang akan saya berikan perhatian
dan mengambil tindakan susulan di atas perkara-perkara yang tersebut dari masa
ke semasa. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri ucapan penggulungan saya
dengan serangkap pantun.
Dari jauh menjunjung duli, dari dekat menyusun sembah; maaf saya dapat diberi,
atas segala silap dan salah.
Maaf diucapkan sekiranya ada kekurangan dalam penyampaian maklumat
selama saya berkhidmat sebagai EXCO Kerajaan Negeri. Yang baik datangnya
dari Allah, yang kurang adalah, yang lemah, yang kurang dan lemah itu adalah
dari atas kelemahan diri saya sendiri. Sekian, wabillahitaufik walhidayah,
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Penerangan Negeri Johor. Sila.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Penerangan : Bismillahirrahmaniirahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Muafakat Johor, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker. Marilah kita bersama-sama dengan merafakkan rasa tawaduk kita yang
mendalam kepada Allah SWT kerana dengan ihsan dan reda-Nya jua kita dapat
bersama dalam Dewan yang mulia ini. Jangan sesekali kita lupa bahawa dalam
segala kejayaan mahupun musibah, dalam segala kesalahan mahupun kebaikan,
kasih sayang Allah sentiasa mengatasi kemurkaan. Marilah kita menjadi bangsa
yang benar-benar bersyukur. Bangsa yang tidak kufur kepada nikmat. Bangsa
yang sentiasa berkongsi dan bersedia untuk memberi demi keunggulan agama
dan kebaikan manusiawi. Malah, marilah kita terus memohon perlindungan ihsan
dan pengampunan daripada Allah SWT kerana hanya Dialah tempat kita berserah
dan bernaung dalam kesulitan dan hanya pada Dialah kita memohon jalan
pencerahan. Dan, marilah kita mendoakan semoga negeri Johor Darul Takzim
yang tercinta ini sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan kekal dalam keadaan
aman, harmoni dan tenang.
395
Konsep syukur ini perlu kita terapkan dalam diri kita secara keseluruhan. Kerana
menurut hadis riwayat Ahmad “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan pemberian
yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak.
Sesiapa yang tidak mensyukuri manusia bererti dia juga tidak mensyukuri Allah”.
Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur dan mengabaikannya adalah
kufur. Berjemaah itu dirahmati sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Alhamdulillah sehingga detik ini kita dapat
bersama-sama mendengar ucapan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar Johor yang mengintipatikan ‘Membangun Dekad Baharu Yang
Sejahtera Untuk Johor’. Ada beberapa titik sentuhan 153 yang telah dirangka
dengan begitu teliti agar ruang lingkupnya seimbang, komprehensif dan inklusif.
Ianya pastinya kesinambungan kepada pelbagai ikhtiar, program dan agenda
yang telah pun diperkenalkan oleh kerajaan negeri Johor sejak 4 tahun lepas.
Atas semua pertimbangan yang wajar itu, saya amat yakin dan percaya seluruh
bangsa Johor akan dapat menikmati denyutan manfaat daripada Bajet Johor 2018
yang dibentangkan sehingga dapat dinikmati sehingga Ahli Dewan Undangan ini
juga, di Dewan yang mulia ini. Istimewanya Sang Nakhoda ini beliau sentiasa
mengendahkan setiap cadangan dan kritikan, sentiasa mempelajari pengalaman
yang dilaluinya sehingga tidak pernah sesaat pun untuk lupa memikirkan nasib
bangsa, agama ini. Merenung jauh ke hadapan, bermimpi dan bersiap siaga
menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar. Saya tertarik dengan
ungkapan Jack Ma, ketua bagi Ali Baba Group. Dia bercakap “jangan kita tunggu
sehingga semuanya menjadi betul, baru kita nak bermula”. Apabila semuanya
telah betul sebenarnya kita bimbang kita sudah terlambat. Dan, inilah sebenarnya
pandangan jauh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membangunkan
Dekad Baharu yang akan memberikan manfaat secara keseluruhannya kepada
Bangsa Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di awal kesempatan ini ingin saya dengan ikhlas
hati sempena keputusan UPSR 2017 yang diumumkan baru-baru ini, ingin
mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada calon UPSR yang mendapat
keputusan yang cemerlang. Teruskanlah kecemerlangan kalian. Kepada yang
tidak, yakin dan percayalah bahawa ini adalah merupakan permulaan perjalanan
kalian yang masih jauh. Jadikan ia sebagai pedoman dan sempadan di masa
hadapan. Dan, selari dengan hasrat Bajet 2018 sedekad lagi, kalianlah orang yang
berada ketika itu akan menjadi pewaris dan legasi kegemilangan Johor
Berkemajuan. Pada guru-guru di negeri Johor, sekalung tahniah dan penghargaan
saya ucapkan kerana segala didikan, kasih sayang dan bimbingan kalian untuk
memastikan negeri Johor terus melahirkan generasi yang pragmatik pemikirannya,
hebat keputusannya dan mulia sahsiahnya. Hanya Allah jua yang mampu
membalas semua kebaikan.
Kepada ibu bapa calon UPSR, PT3, SPM dan STPM 2017 di negeri Johor ini, saya pasti
kalian amat mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak di dalam
peperiksaan. Namun sentiasalah kita ingat, di kalangan mereka ini bakal menjadi
artis berbakat yang tidak memerlukan keajaiban matematik. Bakal usahawan yang
tidak mahir ilmu sejarah dan kesusasteraan English. Akan lahir Ahli Muzik yang ilmu
Sains tidak menjadi penentu. Akan ada ahli sukan yang kecerdasan fizikalnya lebih
penting dari ketinggian markah Fiziknya. Jika anak kalian cemerlang, tahniah dan
teruskan kecemerlangan itu. Jika sebaliknya, janganlah berkecil hati dan kecewa.
Jangan dihilangkan keyakinan dan harga diri mereka. Kalian mesti beritahu mereka
bahawa ia bukan pengakhiran dunia. Mereka masih berpeluang merebut segala
396
ruang di dalam kehidupan ini. Lihatlah potensi mereka, gilaplah sehingga akhirnya
kita boleh melihat mereka menakluk dunia.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan
sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar
kerana atas jalinan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan juga kerajaan
persekutuan, maka negeri Johor sekali lagi tidak pernah ketinggalan untuk
mendapat banyak peruntukan dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 yang
baru-baru ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Pertamanya dalam sektor kesihatan. Kerajaan persekutuan telah meluluskan
menaik taraf sistem perangkap kilat, sistem pencegahan kebakaran dan juga sistem
elektrik di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan nilai peruntukan RM25 juta.
Pembinaan kuarters Klinik Kesihatan Bayu Damai, Pengerang dengan kos RM6.5 juta
dan juga klinik Kesihatan Jenis 2 di Segamat, RM30 juta. Selain itu, beberapa projek
pembangunan juga akan dimulakan tahun depan seperti Hospital Pasir Gudang,
menaik taraf Parental Nutrition, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Bangunan
baru perkhidmatan nuklear dan juga klinik kesihatan Tampoi, pembinaan Klinik
Kesihatan Kampung kenangan, Muar telah pun bermula tahun ini.
Keduanya dalam Sektor Alam Sekitar pula. Kerajaan persekutuan telah pun
bersetuju dan juga telah pun menyiapkan empat Stesen IPU di Segamat, Kluang,
Batu Pahat dan Pengerang, yang akan menjadikan jumlah keseluruhannya 8 buah
Stesen IPU negeri Johor. Selain itu pada tahun hadapan juga akan dimulakan kerja-
kerja naik taraf saliran mesra alam di Batu Pahat.
Ketiganya di bawah Sektor Pendidikan pula, kerajaan persekutuan telah bersetuju
untuk meluluskan peruntukan perolehan tanah bagi pembinaan Sekolah Menengah
Vokasional Tanjung Piai, Pontian dan pembinaan Sekolah Menengah Kota Masai 3,
Pasir Gudang bernilai RM46 juta. Mulai tahun hadapan juga, 18 buah sekolah
negeri Johor termasuk pembinaan Sekolah Sains Segamat juga akan bermula.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di dalam isu dan juga perbahasan yang telah pun
dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, antara yang menarik perhatian
saya adalah tentang sikap dan juga cara Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana,
separuh saja, Kempas tak termasuk. Yang di sana sahaja dan apabila
dibentangkan bajet yang berkaitan tentang bajet negeri Johor yang diungkapkan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak ada terdetik pun sedikit di hati
mereka bahawa inilah sebenarnya bajet yang sebenarnya mampu memberikan
kesejahteraan kepada rakyat, tak ada. Yang ada seorang, dua orang. Agaknya
macam Sungai Abong, sebab dia kata dia nak pencen dan dia beritahu tadi
jualannya semakin meningkat. Begitu juga dengan Maharani dan juga yang
sebelah atas tu ada seorang yang mengatakan bahawa terima kasih. Tetapi kalau
kita tengok dari segi Penggaram dan sebagainya, tidak ada langsung rasa terima
kasih dan juga bersyukur. Malah, mengatakan bahawa ini adalah merupakan
bajet gula-gula untuk rakyat sedangkan inilah sebenar-benarnya bajet untuk
memberikan keselesaan dan juga kesejahteraan kepada rakyat.
Kita tengok macam Penggaram, dia beritahu itu ini. Saya semalam berbincang
dengan rakan saya, oh tak ada, Rengit dan Pasir Raja. Dia kata apakah istilah kera
kena belacan. Kemudian dia kata dia tak sesuai untuk cakap kerana yang sesuai
dia kata EXCO Alam Sekitar kerana PERHILITAN di bawah portfolio dia. Dan, di
bawah portfolio itu PERHILITAN jaga kera. Maka, saya yakin dan percaya pihak
PERHILITAN mengetahui tentang telatah-telatah kera dan monyet. Dan, dia lihat
bahawa antara telatah kera itu apabila terkena belacan, maka dia kata sama
397
macam orang yang tak bersyukur kerana kera apabila kena belacan dia agak
gelisah. Dia rasa ghulam kerana merasakan bahawa kenapa mereka mampu
melakukan yang terbaik bukannya kamu. Maka dia buat pusingan, dia
mengatakan bahawa yang terbaik adalah Penang, yang terbaik adalah Selangor.
Selangor adalah merupakan syurga dunia. Penang adalah merupakan syurga
dunia. Rupanya sekali kita tengok, rupa-rupanya Penang adalah tempat kita
bermain perahu dan bermain sampan. Akibat daripada syurganya, kerajaan Pulau
Pinang. Maka kita tengok satu persatu ini menggambarkan bahawa kesyukuran itu
tidak ada kerana di dalam Islam ada tiga peringkat kesyukuran itu.
Pertama, kesyukuran itu mesti ada di dalam hati. Alhamdulillah bersyukur kerana
kerajaan Barisan Nasional banyak beri manfaat kepada rakyat. Kedua, berkaitan
tentang lafaz. Lafaz ni seperti yang saya katakan lisan ni. Bagus kerajaan Barisan
Nasional berbanding dengan mereka yang hanya bercakap sahaja. Ketiga, dari
segi perbuatan. Perbuatan itu apabila kita melihat bahawa kesyukuran itu ada di
dalam hati dan juga cara lisan, maka kita laksanakan untuk manfaat kepada
masyarakat secara keseluruhan. Dan, ini sebenarnya tidak tergambar di muka
mereka kerana mereka hanya memikirkan tentang politik, memikirkan untuk
mencari salah orang tetapi tidak pernah pun berterima kasih walau pun kita
melakukan kebaikan. Itu adalah merupakan wajah-wajah yang ada di sebelah
sana.
Yang kedua, apabila Parit Yaani dia sebut, apabila dia kata esok apabila PH
memerintah. Saya tak tahu PH tu apa. Yang saya tahu sebagai EXCO Kesihatan,
ph tu alam sekitar sama ada dia punya bacaan apa tu, asid alkali. PH tu saya tak
tahulah yang lain. Agaknyalah, mungkin boleh diterangkan. PH, PH. Saya tak pasti,
tetapi dia cakap PH-PH. Dia kata apabila, berilah kita memerintah, maka
kakitangan awam sokonglah kita. Kakitangan awam nak sokong mampus awak.
Contoh di Penang...
YB Speaker : Perkataan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Contoh di Penang...
YB Speaker : Perkataan mampus tu tarik balik.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang sesuai apa Tan Sri? Boleh bagi cadangan tak?
YB Speaker : Tarik balik ayat lain
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Saya dah tarik balik. Jadi boleh Tan Sri beri cadangan perkataan yang sesuai?
(Dewan ketawa)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Saya tarik balik kan. Saya cakap tadi apa perkataan? (Dewan ketawa) PH, saya
tak cakap, saya pun dah terlupa apa saya cakap. Maka dia sebutkan, bahawa
dia kata apa bila kita dapat memerintah, kita akan bubarkan semua, tol, GST,
semua sekali, nak bagi free, agaknya sekolah nak bagi free, mungkin Wakil Rakyat
masa tu pun tak ada gaji sebab nak bagi free semua sekali sebab tak ada
pendapatan.
398
Kemudian semalam dia punya show, dia bergambar, seorang je Melayu, tapi
dikelilingi oleh orang-orang bukan ni, buka ini tak de rasis ye, bukan Melayu, jelas tu
bakal-bakal boneka yang akan berada di negeri Johor untuk menonjolkan cetera
mereka. Sebab saya difahamkan kerana beberapa tahun lepas ada berita yang
mengatakan bahawa dia telah pun menempah bush jacket, jaket baru kerana
berangan-rangan untuk menjadi Menteri Besar Johor. Eh, tak de pula dia. Tetapi 3
tahun yang lepas, ataupun 2 tahun yang lepas, saya menjawab pertanyaan
daripada Parit Yaani, dia mengatakan bahawa kenapa Jabatan Kesihatan ini tidak
memberikan perkhidmatan untuk membawa pesakit bed ridden. Kita pun
menjawab, jawab, ini kita tak ada perkhidmatan. Penghabisan dia bagi tahu
bahawa yang bed ridden itu adalah saudara mara dia. Tengok tuan-tuan sekalian,
eh tuan-tuan pula, Yang Berhormat Tan Sri, belum lagi jadi kerajaan, dia pun tak
boleh memberikan khidmat kepada saudara mara dia sendiri apatah lagi dia nak
memberikan khidmat kepada masyarakat dan dia pula mintak dengan kerajaan
Barisan Nasional untuk angkat saudara mara pergi ke hospital. Maka di situ mana
yang lebih baik? Barisan Nasional ke, PH? Tentunya di situ bahawa Barisan Nasional
telah pun menunjukkan komitmen kerja yang terbaik untuk memberikan
perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, satu lagi yang berkaitan tentang Johor Jaya,
cantik orangnya. Dia bercakap, Yang Amat Berhormat telah menipu. Dia kata
pada 2011, Yang Amat Berhormat nak buat Hospital Pasir Gudang. Saudara
sekalian, Yang Berhormat Tan Sri, 2011 Yang Amat berhormat melahirkan hasrat
bahawa Pasir Gudang itu perlu ada satu hospital untuk memberikan
perkhidmatannya kepada rakyat Pasir Gudang kerana hospital yang sedia ada di
HSA dan juga HSI, telah pun berlaku kesesakan. Maka dalam proses itu adalah
merupakan proses niat, proses minat, mohon surat dan sebagainya bukannya tiba-
tiba cakap terus jadi. Maka kita terus kepada 2013, kita mohon, bercakap lagi,
kerana kita Wakil Rakyat Barisan Nasional memang sentiasa berusaha walau pun
kita nampak bahawa pada tahun-tahun itu kita mungkin gagal untuk
mendapatkan peruntukan itu. Maka sebagai Ahli Parlimen ketika itu, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, mohon lagi, sebut lagi. Dan alhamdulillah bagi
Rancangan Malaysia yang ke-11 ia telah pun termasuk di dalam Perancangan
untuk membangunkan Hospital Pasir Gudang. Dan dipertikaikan lagi, kenapa Yang
Amat Berhormat Menteri Besar berucap bahawa Pasir Gudang akan dibina pada
2018. Dia sebut pada tahun 2016, Ahli Parlimen ini bohong, sebab dia kata akan
dibina, hospital di Pasir Gudang pada tahun itu.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Perdana Menteri telah pun menyebutkan tentang
kelulusan Hospital Pasir Gudang itu pada tahun 2015 sempena bajet tahun 2016.
Diumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meluluskan pembinaan Hospital Pasir
Gudang. Yalah, biasalah sebagai Wakil Rakyat kita akan cakap dengan kawasan
kita. Kita kata Oh Pasir Gudang akan dapat hospital. Kerajaan dah lulus. Mungkin
akan cepat buat, itu perkara biasa bagi Wakil Rakyat bagi tahu pada rakyat, tetapi
dari segi pelaksanaan dia mengambil beberapa tahap, prosedur, pembinaan dan
juga proses dan alhamdulillah, setelah masalah tanah selesai, setelah segala apa
yang dibuat oleh Kementerian dan JKR itu selesai maka Yang Amat Berhormat hari
tu sebutkan, umumkan, bahawa kerja-kerja bagi pembinaan Hospital Pasir Gudang
akan mula dikeluarkan tender pada bulan Januari. Dan kemudian dikatakan,
dijangkakan, akan diberikan surat tawaran untuk melakukannya kepada kontraktor
pada 28 Mei tahun 2018, dan dijangkakan pada bulan Jun 2018 kerja-kerja tersebut
bermula.
Maka kepada Johor Jaya, jangan cakap percaya dengan orang luar, percaya
cakap EXCO, percaya cakap Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jangan pulak
399
berbangga selepas ini, pergi ke Johor Jaya mengatakan bahawa, hei tuan-tuan
dan puan-puan sekalian, atas desakan kita maka kerajaan bersetuju untuk
membina Hospital Pasir Gudang. Itu kerja mereka, ambil kredit atas usaha yang
telah pun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. (Dewan Bertepuk).
Kita berusaha bersungguh-sungguh, besok dia bergambar bahawa inilah kejayaan
kita untuk rakyat yang ada di Johor Jaya. Maka kepada rakyat Johor Jaya, walau
pun dia mungkin cantik, mungkin dia masih bujang, tetapi Barisan Nasional itu
adalah lebih baik.
Yang kedua, berkaitan tentang Yong Peng. Yong Peng pun bercakap, dia kata bila
agaknya klinik-klinik di Yong Peng ni nak dibuat? Bila agaknya, bukan dibuat, nak
siap dan sebagainya?
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya klinik Kesihatan Yong Peng ni dah siap.
Dan insya-Allah pada 28 November ini akan diberikan, akan diserahkan kunci
kepada Jabatan Kesihatan daripada JKR. Dan juga insya-Allah pada bulan Januari
ini akan dilakukan perasmian. Dan pada bulan 2, setelah kerja-kerja
pengubahsuaian naik taraf ICT dan sebagainya, ianya akan bermula operasi.
Dan saya ucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh Semarang, untuk
memastikan bahawa klinik ini dapat beroperasi seperti yang telah pun dihasratkan.
Dan Yong Peng janganlah ambil gambar je kat situ, beritahu orang Yong Peng
bahawa inilah kerja saya, inilah usaha, maka Klinik Yong Peng telah pun dapat
dibangunkan. Kadang-kadang, tak apalah bergambar, tapi beritahu dalam
gambar tu pemberita saya ucap terima kasih, kerana apa yang saya suarakan,
Kerajaan Barisan Nasional telah pun membangunkan untuk masyarakat Yong Peng.
Jangan ambil nama sahaja, beritahulah Kerajaan Barisan Nasional buat, bagus,
dan sebagainya. EXCO pun bagus, beritahu dan sebagainya ambil kira. Jadi itu
yang dinamakan bahawa kita ni adalah merupakan yang dikatakan sebagai
manusia yang sentiasa yang mengenang budi orang yang memberi.(Dewan
bertepuk)
Dan satu lagi, dan seperkara lagi yang saya ingin sebutkan adalah berkaitan
tentang Empangan Sembrong, yang juga dibangkitkan oleh Yong Peng.
Sepatutnya hari itu saya jawab, tapi giliran saya agak, agak lambat, maka tak
dapat bercakap tentang apa yang dibicarakan. Maka dalam perbahasan, Yong
Peng sebut, dia kata itu tanah kerajaan. Buat apa nak ingatkan pengusaha-
pengusaha? Maka, saya mintak Yong Peng baca betul-betul jawapan itu dan juga
faham. Kalau Yong Peng tak faham, saya yakin dan percaya di sekolah menengah
di Yong Peng itu mempunyai guru Bahasa Malaysia, yang boleh memberi
penerangan yang lebih baik dari segi kefahaman. Jawapan Jabatan Pengairan,
Pengairan dia pun tak sebut betul, Jabatan Pengairan dan Saliran dia
menyebutkan, bahawa kawasan-kawasan di mana tanah-tanah itu adalah
merupakan tanah kerajaan, maka JPS telah pun meluluskan peruntukan pada
tahun ini untuk memagar sebahagian daripada Empangan Sembrong tersebut.
Kita mendapat peruntukan lebih kurang RM3 juta, dan untuk pada tahun ini kita
telah memagar 5 kilometer untuk empangan tersebut. Jumlah keseluruhan yang
perlu di pagar adalah sepanjang 30km. Apa yang dimaksudkan oleh JPS ialah kita
memberikan peringatan kepada mereka-mereka yang mengusahakan tanaman
ataupun kebun-kebun persendirian agar mereka dapat mengawal dari segi
pembajaan dan sebagainya termasuk juga Taman Pertanian Moden di bawah
EXCO Pertanian. Jangan suka-suka baja, jangan suka-suka itu, kerana ia akan
memberikan kesan kepada empangan, dan apabila kesan kepada empangan
tersebut ia akan menyusahkan EXCO Jabatan Kerja Raya, dari segi operasi dan
400
saya yakin jikalau ianya, semuanya dapat kita lakukan secara bertanggung jawab,
kita minta Mengkibol selepas itu jangan tanya soalan-soalan lagi, yang berkaitan
tentang air.
Maka inilah sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memastikan
bahawa apa yang dirancangkan itu akan kita tunaikan, akan kita laksanakan. Dan
Yang Amat Berhormat Tan Sri Speaker, sebenarnya banyak lagi ingin saya ulas,
tetapi saya yakin dan percaya masanya hampir menuju kepada masa yang telah
pun ditetapkan, dan akhirnya saya ingin mengambil kesempatan di sini.
Yang pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana memberikan kepercayaan kepada saya
untuk menerajui portfolio ini. Terima kasih kepada pengarah-pengarah dan juga
jabatan-jabatan di bawah portfolio saya, yang telah pun menunjukkan komitmen
yang cukup baik bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih
anak-anak buah yang jururawatnya, yang doktornya, yang gurunya, yang
PERHILITAN yang menangkap monyet tadi, dan juga sebagainya, yang telah pun
bekerja kerja, bekerja keras untuk memenuhi agenda pembangunan negeri di
bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Dan juga kepada
ketua-ketua jabatan yang ada di Dewan ini, kita sudah melihat tentang karenah
dan juga telatah kita, tidak kiralah yang berada sebagai Wakil Rakyat Barisan
Nasional, ataupun barisan di sebelah sana, kita tengok keletahnya, kena tengok
perangainya, kita tengok visinya, kita tengok apa yang dihasratkannya.
Maka inilah sebenarnya pentas yang sebenar yang boleh ketua-ketua jabatan lihat
tentang apa yang sedang, sama ada kita membawa kebenaran ataupun
kebatilan. Jikalau kita merasakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah
merupakan kerajaan yang bermaruah, kerajaan yang berintegriti, kerajaan yang
berusaha untuk membangunkan negeri dan juga rakyat, beritahu anak buah,
jangan terpengaruh dengan provokasi yang dibuat oleh PH ini, agar anak buah kita
tidak terpesong untuk menyertai mereka ataupun terpesong dengan dakyah
mereka dan yang lebih penting ketua-ketua jabatan mengetahui bahawa kerajaan
yang ada pada hari ini sahaja merupakan kerajaan baik, kerajaan yang boleh
membela rakyat secara keseluruhannya. (Dewan bertepuk) Yang Berhormat Tan Sri,
mudah-mudahan Allah merestui dan juga memaafkan kita semua. Sekian,
wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Negeri Johor, dipersilakan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam
Muafakat Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terlebih saya turut merakamkan ucapan merafak
sembah menjunjung setinggi-tinggi tahniah sempena ulang tahun keputeraan Duli
Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Yang
Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November
2017. Semoga dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan semoga negeri
Johor Darul Ta’zim akan terus makmur, aman di bawah naungan pemerintahan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku. Begitu juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku
Mahkota yang telah berjaya mengharumkan nama pasukan bola sepak JDT di atas
kemenangan demi kemenangan dari masa ke semasa. Marilah kita
mengungkapkan setinggi-tinggi rasa syukur atas keizinannya jua, maka Persidangan
401
Dewan Negeri Johor pada kali ini dapat kita mulakan dengan pembentangan
bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dengan tema, “Membangun
Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor.”
Di sepanjang perbahasan, pelbagai isu dan cabaran dapat sama-sama kita
ketengahkan dan kita utarakan demi menjaga kepentingan rakyat negeri Johor.
Pelbagai saranan serta cadangan telah kita dengar dan yang bukan sahaja
membangun, membina, memperbaiki tetapi ianya merupakan segar dan
berinovatif. Saya mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan cadangan
yang berkaitan dengan portfolio saya.
Yang Berhormat Tan Sri, air oh air setiap hari ada sahaja isu berkaitan daripada Ahli
Yang Berhormat mengenai air. Alhamdulillah usaha kerajaan negeri bagi
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air telah mendapat respons yang
positif dari Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Inisiatif kerajaan negeri melalui
penganjuran Johor Water Forum 2015, Simposium Kelestarian Air dan yang terakhir
Water Leaders Forum memperuntukkan dengan peruntukan yang dibelanjakan
adalah bagi menambah baik pengurusan dan projek sumber air. Semua ini
mendapat reaksi positif masyarakat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.
Kesinambungan usaha dan inisiatif bagi pembangunan sumber dan infrastruktur air
jelas dapat dilihat dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui
peruntukan yang disediakan sama ada oleh agensi pusat yang berjumlah RM925.6
juta, seterusnya melalui kerajaan negeri berjumlah RM130 juta. Bagi projek
pembinaan Loji Rawatan Air Kahang dan Projek Pembekalan Air Mentah Fasa 1,
Layang 2. Daripada Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang. Peranan
utama BAKAJ di dalam pemeliharaan sumber air sebanyak RM8 juta telah
diperuntukkan.
Seterusnya saya menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh beberapa
Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Kempas
yang menyentuh soal kawalan kerajaan negeri dalam konteks Migrasi Nasional
Industri Bekalan Air Negara yang sememangnya mempunyai ciri-ciri ke arah
kemampanan bekalan air terawat untuk jangka masa yang panjang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sumber air merupakan antara faktor yang perlu
bagi membangunkan sesebuah tamadun. Selain daripada sumber air permukaan,
sumber air alternatif juga perlu dibangunkan seperti sumber air bawah tanah, sistem
penuaian air hujan dan juga off river storage, dengan izin, dan recycle water
khususnya bagi kawasan di Iskandar Malaysia.
Selain daripada itu, pembinaan loji penyahgaraman air laut, desalination plant,
juga berpotensi untuk dibangunkan. Dalam pembangunan sumber air alternatif,
selain dari kerajaan, sektor swasta turut disarankan supaya melaksanakan sistem
penuaian air hujan. Selain daripada sistem penuaian air hujan yang dipasang di
bumbung bangunan, atau tangki air di tepi rumah sekitar laman, pemaju
perumahan sebagai contoh juga disarankan untuk membina kolam takungan
dalam kawasan taman perumahan dan menggunakannya untuk keperluan
landskap.
Kerajaan negeri telah melaksanakan Kajian Sumber Air 2010 hingga 2060. Antara
dapatan daripada kajian tersebut adalah mengenal pasti kawasan-kawasan yang
sesuai untuk dibangunkan sumber air permukaan pada masa akan datang bagi
menjamin bekalan air yang berterusan. Antara cadangan di dalam kajian tersebut
ialah pembinaan beberapa empangan seperti Empangan Meda di Muar,
Empangan Sungai Segamat di Segamat, Empangan Ulu Sedili Besar di Kota Tinggi
402
dan Empangan Sungai Mersing di Mersing. Selain dari itu Sungai Endau juga dikenal
pasti sebagai sumber air utama pada masa yang akan datang.
Berkenaan dengan sumber air alternatif di negeri Johor, kerajaan negeri akan
melaksanakan kajian sumber air bawah tanah pada awal tahun 2018. Terdapat
cadangan-cadangan daripada beberapa syarikat swasta yang mempunyai
kepakaran dalam penerokaan air bawah tanah, telah menawarkan diri untuk
melaksanakan kajian tersebut. Syarikat-syarikat berkenaan telah membentangkan
kertas cadangan tersebut kepada pihak UPEN dan juga BAKAJ dan akan diangkat
kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan dan seterusnya kelulusan dalam masa
yang terdekat. Sekiranya kerajaan negeri bersetuju, pelaksanaan kajian akan mula
dilaksanakan pada tahun 2018. Kajian-kajian oleh pihak swasta yang berjaya akan
menjalankan kajian-kajian tersebut bersama-sama dengan pihak Universiti Teknologi
Malaysia.
Bagi pembinaan telaga tiub pula, ianya akan dilaksanakan pada awal tahun 2018
di mana 2 buah telaga tiub akan dibina di kawasan Gembut dan di Lok Heng. Di
mana kedua-dua di daerah Kota Tinggi. Telaga tiub tersebut akan dibina
berhampiran Loji Rawatan Air Gembut dan Loji Rawatan Air Lok Heng dan dijangka
siap dalam tempoh 5 bulan yang merangkumi Kajian Sumber Air Bawah Tanah.
Pembinaan telaga tiub ini dijangka akan dapat menampung sebahagian sumber
air mentah terutamanya musim kemarau. Moga Yang Berhormat Sedili mengambil
maklum akan perkara ini dan tidak lagi merasa gundah gulana khususnya bila tiba
musim perayaan.
Kerajaan negeri sedang menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh BAKAJ
bagi meningkatkan mutu air mentah di Sungai Benut supaya Loji Rawatan Air
Simpang Renggam dapat beroperasi sepanjang masa tanpa gangguan
disebabkan oleh pencemaran. Diharapkan Yang Berhormat Machap mengambil
maklum perkara ini, bahawa kerajaan perlu mengadakan perbincangan terlebih
dahulu dengan pelbagai pihak termasuk pengurusan sisa pepejal negara, PTG, JPS
dan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum membuat sebarang keputusan.
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Batu, perjanjian air Singapura dengan Johor
tahun 1962 yang masih berkuatkuasa memperuntukkan bahawa PUB Singapura
perlu membayar harga air mentah yang diambil dari negeri Johor pada kadar 0.03
sen bagi setiap 1,000 gelen. Pihak PUB berhak mengambil air mentah sehingga 250
juta gelen sehari dari Sungai Johor untuk tempoh selama 99 tahun hingga tahun
2061 dengan kadar berkenaan. Sekiranya PUB memerlukan lebih daripada 250 juta
gelen sehari, PUB hendaklah membeli air terawat daripada kerajaan Johor.
Pendirian kerajaan negeri berhubung kajian semula kadar harga jualan air mentah
kepada Singapura dengan lebih serius telah dikemukakan secara bertulis kepada
Kementerian Luar Negara. Pada Februari 2014. Oleh yang demikian, terpulanglah
kepada kerajaan pusat untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, pembinaan Empangan Kahang telah siap
sepenuhnya dan telah diserah kepada kerajaan negeri pada bulan Mei 2017.
Berdasarkan perancangan awal, Loji Rawatan Air Kahang yang baru perlu dibina
serentak dengan Empangan Kahang. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak
berlaku kerana kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sedang pada peringkat
untuk memuktamadkan cadangan tarif baru pada waktu itu. Dan perbincangan
tersebut mengambil masa yang panjang. Jadi dengan ini adalah patut Dewan
yang mulia ini mengambil maklum betapa kerajaan negeri meletakkan
kepentingan terhadap penentuan tarif baru . Kita tidak mahu membebankan
403
rakyat dengan tarif baru yang diperkenalkan. Kini pembinaan dan pembiayaan loji
rawatan air yang baru akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pendekatan ini
diambil adalah bertujuan untuk mengurangkan pinjaman kerajaan negeri dengan
pihak PAAB, Perbadanan Aset Air Berhad. Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui
UPEN akan mengeluarkan surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik pada
tahun ini juga. Tempoh pembinaan bagi keseluruhan projek tersebut adalah
selama 18 bulan di mana 9 bulan diperuntukkan bagi pemasangan paip air mentah
dari Empangan Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong Timur yang selalu sahaja
terganggu dari segi sumber airnya.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyentuh berkaitan pencemaran
sumber air, Seksyen 7A Enakmen Air 1921, peraturan dan kaedah di bawah Seksyen
tersebut masih peringkat penyediaan. Oleh yang demikian, BAKAJ tidak
melaksanakan sepenuhnya kepada peruntukan tersebut dan akan merujuk kepada
pelepasan yang akan diguna pakai. Dan sehubungan itu, kajian akan
dilaksanakan pada tahun 2018 untuk menentukan had beban pencemar yang
ditetapkan oleh kajian tersebut dan dijadikan rujukan di mana ianya adalah
kaedah yang lebih baik berdasarkan kemampuan sungai bagi mengatasi
kelemahan jadual kadar pelepasan yang terdapat dalam Akta Kualiti Alam Sekitar.
Setelah had beban pencemar diwartakan, pendakwaan boleh dijalankan
berdasarkan had yang ditetapkan kelak.
Di bawah Seksyen 7A juga Enakmen air 1921, sekiranya individu terbabit mencemar
sungai dan didapati bersalah denda yang akan dikenakan adalah tidak melebihi
RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Selain
itu pada tahun ini BAKAJ telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi
tujuan pemantauan kawasan tadahan serta mencegah berlakunya pencemaran
terhadap sumber air. Antaranya BAKAJ telah memperuntukkan sejumlah kos
sebanyak RM500,000.00 bagi tujuan pemasangan pagar sempadan tanah kerajaan
di kawasan tadahan Empangan Upper Layang sepanjang 13 kilometer. Manakala
bagi tujuan pemantauan kawasan tadahan, antara usaha yang dibuat adalah
dengan melaksanakan pemetaan udara dengan menggunakan kaedah UAV, bagi
kawasan tadahan air Empangan Linggiu dan Sungai Johor, kawasan tadahan air
Ulu Sedili Besar serta kawasan tadahan air Empangan Congok dan Sungai Mersing
dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.2 juta. Imej pemetaan udara ini diperlukan
bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang berisiko dan berpotensi untuk mencemar
kawasan tadahan air tersebut.
Di samping itu, BAKAJ juga sedang dalam proses untuk mewartakan 17 kawasan
tadahan air di bawah Enakmen Air 1921 yang mana Pelan Pra Perhitungan telah
disiapkan dan akan dimajukan kepada JUPEM untuk kelulusan. Antara kawasan
tadahan yang dimaksudkan adalah kawasan tadahan air Empangan Sungai
Layang, Empangan Sungai Lebam, Empangan Linggiu, Empangan Juaseh,
Empangan Gunung Ledang, Empangan Gunung Pulai, Empangan Pontian Kecil,
Empangan Congok, Empangan Seluyut, Empangan Kahang serta kawasan
tadahan air Sungai Gembut, Sungai Skudai dan Lok Heng. Setelah ianya
diwartakan di bawah Seksyen 14A Enakmen Air 1921, di mana setiap kesalahan
aktiviti yang dilakukan tanpa kebenaran, Seksyen ini memperuntukkan denda tidak
melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
sekali.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebanyak 3 Stesen Sistem Pemantauan Kualiti Air
Sungai Johor juga sedang dipasang dan dijangka mula beroperasi pada Januari
2018. Bagi tujuan kawalan pencemaran di Sungai Johor serta respons pantas untuk
pihak BAKAJ bertindak sekiranya berlaku pencemaran pada masa akan datang
404
dengan kos sewaan berjumlah RM500,000.00 setiap tahun. Kerajaan negeri juga
telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi pembelian 7 buah bot untuk tujuan
pemantauan kawasan tadahan air melalui sungai. Di samping itu, bot-bot tersebut
juga boleh digunakan bagi tujuan membantu mangsa banjir. Selain aktiviti
penguatkuasaan, pihak BAKAJ juga mengadakan program kesedaran penjagaan
sumber air mentah bersama-sama dengan agensi seperti SAJ Ranhill, Jabatan Alam
Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Kesihatan. Antara
pengisian program tersebut adalah dengan mengadakan lawatan dan memberi
penerangan kepada industri serta premis-premis yang berisiko mencemarkan
sungai.
Di samping itu, BAKAJ juga telah melaksanakan pelan pengurusan kawasan
tadahan air untuk Empangan Kahang yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan
dan sektor swasta yang berada di dalam kawasan tadahan air tersebut.
Penyediaan pelan ini adalah untuk memastikan kawasan tadahan air berkenaan
sentiasa terpelihara dan dilindungi dari tercemar.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, negara dan negara ini memerlukan transformasi
industri air yang berdaya maju sejajar dengan arah tuju kerajaan untuk membentuk
satu industri yang mampan. Dan, kini negeri kita sedang menuju ke arah full cost
recovery. Ini bermakna pihak kerajaan tidak lagi dibebankan dengan hutang
infrastruktur bekalan air sambil menikmati pulangan yang setimpal yang akhirnya
diberikan semula kepada rakyat. Sejak Akta Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 dikuat
kuasakan bekalan air di negeri ini telah memasuki satu rejim baru perkhidmatan air
iaitu daripada penguatkuasaan enakmen kepada akta yang lebih menyeluruh ke
atas industri bekalan air negara. Sejak itu kuasa pembekalan adalah di bawah
akta berkenaan.
Dan, operator bekalan air SAJ Ranhill dikawal oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara berbanding BAKAJ yang mengawal selia sebelum ini melalui Enakmen
Bekalan Air. Fasa pengkorporatan bekalan air negeri ini dimulakan sejak tahun 1994
apabila jabatan bekalan air negeri di korporatkan menjadi Syarikat Air Johor Sdn.
Bhd. kemudiannya menswastakan pula kepada SAJ Ranhill hingga kini. Ini
bermakna, transformasi ini sudah berlangsung mendahului negeri-negeri lain yang
masih menanggung kos operasi dan liabiliti-liabiliti sehingga ada negeri yang
beroperasi dalam keadaan defisit. Ada negeri yang berhutang bil elektrik sehingga
RM200 juta Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Dalam lain perkataan, kawalan dalam
konteks keputusan bisnes adalah dalam kawalan SAJ Ranhill dan dalam masa yang
sama, kawalan itu juga dipantau oleh pihak SPAN melalui perancangan
perniagaan SAJ Ranhill setiap tahun. Kerajaan negeri akan menggunakan platform
tertentu dengan pihak kementerian bagi meletakkan asas-asas dan beberapa
perkara berkaitan operasi dan dasar agar kepentingan negeri terus terjamin.
Pengguna-pengguna air di negeri ini adalah rakyat Johor. Dan, selagi ianya
membabitkan keperluan rakyat, kerajaan dengan apa cara sekalipun akan
mengawal.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak harus dikelirukan dengan reformasi yang berlaku
kerana SAJ Ranhill adalah sebuah syarikat penswastaan yang bertanggungjawab
terhadap bekalan air dari lokasi di mana air mentah diambil, dirawat dan diagihkan
seterusnya kepada pengguna, seterusnya diagihkan kepada pengguna di negeri
ini. Dalam masa yang sama, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) adalah sebuah
agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam soal menguruskan sumber
air mentah sebelum diproses oleh pihak SAJ Ranhill. Namun, dalam tahun 2009, kita
semua menyaksikan reformasi industri bekalan air negara apabila Akta 655, Akta
Industri Perkhidmatan Air Negara diluluskan oleh Parlimen dan SAJ Holdings pada
405
masa itu merupakan operator bekalan air negeri telah menyertai rejim baru ini.
Penyertaan ini bermakna SAJ Holdings hanya sebuah syarikat aset light yang
beroperasi membekalkan air terawat kepada rakyat negeri Johor. SAJ beroperasi
dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang memantau
segala operasi seharian SAJ Ranhill melalui KPI-KPI hinggalah penjenamaan semula
kepada SAJ yang ada pada hari ini.
Sebagai sebuah syarikat aset light, semua aset-aset, kerja-kerja infrastruktur bekalan
air, sama ada yang baru ataupun menaik taraf, dilaksanakan sebuah syarikat di
bawah Kementerian Kewangan iaitu Perbadanan Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) yang memiliki semua instalasi bekalan air di negeri ini, yang kemudiannya
memajakkannya pula kepada SAJ Ranhill untuk dioperasikan. Maka SAJ Ranhill
akan membayar kos sewa pajak yang dikenakan. Dalam perjanjian utama, Master
Agremeent dan perjanjian bekalan air, Water Supply Agreement yang dimeterai
oleh pihak Persekutuan, SAJ Ranhill dan kerajaan negeri, antara lain menetapkan
komitmen kerajaan negeri untuk membekalkan air mentah berterusan kepada SAJ
Ranhill bagi pengoperasiannya. Maka di sini, peranan BAKAJ sama pentingnya
dalam memastikan sumber air yang berterusan dan keharmonian inilah yang perlu
dibina bagi memastikan seluruh penduduk menikmati bekalan air yang sempurna.
Kita bertuah kerana liputan bekalan air terawat Negeri Johor sudah mencapai
99.8%, bermakna hampir semua rakyat Johor menikmati air yang bersih bermula
pada kadar non revenue water pada tahap 45% pada tahun 2000. Kini, melalui
pelbagai inisiatif serta kerja-kerja perbelanjaan modal, Johor mencatatkan
penurunan kadar NRW nya sebanyak kepada 24.8%. Satu pencapaian yang boleh
dibanggakan bagi sebuah negeri yang mempunyai hampir 22,000 kilometer paip
pelbagai saiz dengan jumlah akaun melebihi 1 juta.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai custodian Akta 655
mengawal selia SAJ Ranhill dari pelbagai sudut. Bukan hanya dari segi soal operasi,
bahkan juga dalam penetapan tarif dan juga pemilikan saham dalam SAJ Ranhill.
Maka, penetapan tarif hendaklah melalui proses yang melibatkan pelbagai pihak
termasuk pertimbangan sosio ekonomi serta perancangan perniagaan yang perlu
diperhalusi di peringkat persekutuan. Dengan kawal selia yang rigid ini, saya
percaya sudah tentu soal kedaulatan negeri menjadi antara perkara penting yang
menunjangi semangat reformasi bekalan air negara. Maka Ahli-Ahli Yang
Berhormat tidak perlu risau akan perkara ini.
Soal pemilikan saham syarikat merupakan isu yang perlu dilihat dalam konteks
bisnes. Kerajaan juga harus mengkaji pelbagai sudut apabila sesuatu pelaburan
dilakukan. Keharmonian dan kelestarian bekalan air sememangnya isu yang
menjadi perhatian kerajaan sekarang ini dan perlu diambil maklum bahawa adalah
menjadi pendirian kerajaan negeri berniaga air ini tidak boleh bertujuan mencari
keuntungan yang berlebihan semata-mata. Kedua, berkaitan tarif air pula, langkah
yang perlu diambil oleh kerajaan adalah menentukan kadar tarif yang sesuai. Jadi,
dalam isu bekalan air ke Forest City, kerajaan pastinya akan perhalusi perkara ini
terutamanya bekalan air penduduk sekitar yang dijamin tidak terjejas.
Seterusnya Yang Berhormat Bukit Batu dan Yang Berhormat Pekan Nenas
menyentuh isu pemberian air percuma untuk rakyat. Komitmen berterusan
kerajaan negeri untuk membela golongan kurang berkemampuan negeri Johor
dalam mengimbangi kepesatan pembangunan dan himpitan ekonomi yang
berkembang pesat, dapat dilihat melalui keberkesanan program pemberian rebat
air yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Inisiatif kerajaan negeri ini dilihat
berkesan dengan pemberian rebat air hanya kepada golongan-golongan yang
benar-benar layak dengan kadar sebanyak 25 meter padu. Pelaksanaan
406
pemberian rebat air pada kuantiti yang ditetapkan pada awal program rebat air ini
adalah bertujuan bagi meringankan beban tanggungan kos hidup golongan sasar
terbabit.
Pada awal program, golongan yang layak menerima adalah mereka yang telah
berdaftar dan tersenarai dalam pangkalan data e-kasih sebagai golongan miskin
dan miskin tegar serta pengesahan JHEOA bagi golongan orang asli. Pada tahun
2016, merekodkan sejumlah 2,910 akaun terbabit telah menerima inisiatif ini. Dan,
kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri berjumlah RM465,309.00. Sehingga
Disember tahun ini, peningkatan penerima kepada 3,053 akaun bagi yang benar-
benar layak menerima rebat air ini telah pun direkodkan. Satu peruntukan bagi
tahun berikutnya, pihak kerajaan negeri sukacita ingin mengumumkan program
pemberian rebat air ini akan diperluaskan kepada penerima dari projek perumahan
rakyat (PPR) yang melibatkan 7,845 bakal penerima. Inisiatif ini melibatkan kos
tambahan berjumlah RM1,694,520.00 setahun. Secara keseluruhan, ianya
melibatkan peruntukan berjumlah RM2,185,160.00 setahun.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam soal kualiti air terawat yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Nusajaya, selain daripada pembangunan infrastruktur, fokus
perancangan pembekalan air juga dilihat dari sudut yang mana soal
pembangunan pengurusan pembekalan permintaan, soal pengurusan permintaan
atau demand management, adalah penting, kesedaran dan pendidikan
mengenai pemuliharaan dan pemeliharaan sumber air serta penggunaan air
secara berhemah juga ditekankan kepada individu bagi menjamin anugerah
Tuhan ini terus kekal dan tidak menjadi bencana kepada manusia. Justeru itu,
adalah penting untuk setiap individu, badan-badan korporat serta agensi berkaitan
pembekalan air mahupun badan-badan bukan kerajaan sama-sama, bersama-
sama dengan kerajaan negeri untuk berusaha menerapkan kesedaran
penggunaan air demi kesejahteraan generasi kita pada masa hadapan.
Harus diperingatkan bahawa air terawat yang disalurkan kepada pengguna di
negeri Johor ini sudah pun melalui proses demi proses rawatan air bagi mematuhi
piawaian kualiti air minum kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari
segi kualiti juga kuantitinya. Pihak SAJ Ranhill perlu juga mematuhi KPI-KPI yang
ditetapkan oleh pihak SPAN bagi memastikan air terawat adalah selamat untuk
minum. Jadi, soal sama ada boleh diminum secara terus, adalah bergantung
kepada beberapa faktor. Yang Berhormat Nusajaya, ada membangkitkan sama
ada kita boleh minum terus daripada paip. Terpulang Yang Berhormat kerana SAJ
hanya setakat meter. Jadi, air paip yang sama ada masuk, oleh ke rumah atau ke
bangunan hotel dan sebagainya, terpulang kepada rumah tersebut. Kalau
tangkinya berkarat, kalau ada tikus dalam tangki tu, SAJ tidak terlibat, ataupun
kalau hotel itu tidak menyelenggara tangki mereka, air yang keluar daripada paip
boleh minum atau tidak, terpulang kepada individu-individu yang berkenaan. Dari
segi SAJ, air yang dibekalkan sebelum meter itu adalah sesuatu yang memenuhi
Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan. Sebanyak 500 lokasi ujian di bawah
Kementerian Kesihatan telah ditetapkan di negeri Johor ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Ahli Yang Berhormat Buloh Kasap membangkitkan
permasalahan paip lama. Paip lama ni Yang Berhormat ni kawasan tersebut dah
diselesaikan. Kita telah berbelanja sebanyak RM300,000.00 untuk menukar paip AC
(asbestos cement) kepada paip unplusdize polyphenol chloride (UPDC) pada tahun
2010 dan pada tahun ini kita tambah lagi RM300,000.00 untuk penggantian paip-
paip yang seterusnya dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun
hadapan.
407
Permintaan air di Pengerang semakin meningkat seiring dengan pembangunan
pesat yang berlaku di kawasan itu. Perkara ini adalah dalam makluman pihak SAJ
dan bagi memastikan keperluan air yang mencukupi, beberapa perancangan dan
pelaksanaan projek sedang dibangunkan. Ini termasuk pembinaan Rumah Pam
dan Tangki Bukit Raja yang telah siap pada bulan November 2016 dan projek
menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Lebam Fasa 1 yang berkapasiti 41 juta liter air
sehari dengan kapasiti baru berjumlah 54 juta liter sehari juga telah siap pada
Februari 2017. Selanjutnya, projek menaik taraf Loji Sungai Lebam Fasa 2 kepada
kapasiti 82 juta liter sehari sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya
pada April tahun hadapan. Bila kerja-kerja menaik taraf paip agihan daripada
Sening ke Tangki Bukit Raja siap, maka kelulusan ataupun maka masalah soal air di
kawasan Pengerang akan dapat diatasi dan penduduk Pengerang akan dapat
menikmati bekalan air yang mencukupi untuk jangka panjang.
Pihak SAJ Ranhill juga mendapati ketiadaan rizab margin yang mencukupi di Loji
Lok Heng yang beroperasi sehingga telah mencapai kapasiti maksimum. Tadi saya
telah katakan bahawa Loji Sungai Gembut dan Loji Lok Heng akan dijalankan kerja-
kerja treat well. Selain itu, satu projek untuk meningkatkan keupayaan pam di
Rumah Pam Wa Ha telah pun disiapkan pada tahun 2015 termasuk juga kerja-kerja
meningkatkan bekalan TNB. Bagi usaha jangka pendek, SAJ Ranhill telah
memasang pressure reducer bar di beberapa kawasan untuk dikenal pasti
menerima tekanan tinggi supaya bekalan air dapat ditimbang terutama di waktu
puncak termasuk mengawal tekanan air pada waktu malam.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita setakat inilah cerita pasal air. Kita beralih
kepada soal menentukan jalan-jalan di negeri Johor sentiasa berada dalam
keadaan baik dan selamat. Kerajaan negeri Johor sentiasa mencari usaha untuk
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan dan
jambatan. Lihat sahaja pada pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat
pada tahun 2018 telah mengumumkan bagi menambah baik jaringan jalan negeri
dan jambatan seluruh Johor, JKR Negeri telah diperuntukkan sebanyak RM49.5 juta
bagi 8 projek yang berkepentingan untuk rakyat.
Isu yang berbangkit sama ada turapan jalan yang tidak sempurna, jalan yang
memerlukan pelebaran, perabot jalan yang tidak mencukupi, keperluan lampu
jalan, keperluan lampu isyarat baru termasuk jambatan yang sempit, laluan basikal
yang perlu diadakan, kesemuanya diambil perhatian dan permohonan dibuat di
bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Hal ini menunjukkan kerajaan negeri
sentiasa mahukan infrastruktur yang lengkap tentunya. Sebanyak RM630 juta telah
diperuntukkan bagi menambah baik penyelenggaraan jalan-jalan negeri, jalan-
jalan kampung dan perabot jalan seperti papan tanda, lampu jalan, lampu isyarat
serta pengukuhan bahu jalan akan dilaksanakan pada tahun 2018. Sukacita saya
maklumkan pada Dewan yang mulia ini, bahawa kaedah penyelenggaraan jalan-
jalan di negeri Johor telah beralih daripada kaedah konvensional kepada kaedah
penyelenggaraan berasaskan prestasi. Ini bermakna, kualiti kerja-kerja
penyelenggaraan yang dijalankan adalah lebih baik dari sudut jangka hayat dan
adanya pengawasan melalui JKR Ronda.
Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mengkibol berhubung dengan
permohonan untuk membina tiga buah jejantas di laluan FT50 adalah dalam
peringkat Kajian Kemungkinan berhubung bagi menentukan kedudukan yang
paling sesuai. Berhubung dengan Jalan Isnin Maarof yang berselekoh dan sempit
juga diberi perhatian oleh JKR untuk menambah baik lagi bagi memastikan
keselamatan pengguna jalan raya di Bukit Batu.
408
Yang Berhormat Buloh Kasap, permohonan pemasangan lampu isyarat di hadapan
Taman Astaka Jaya akan diberi perhatian dengan menjalankan kajian lanjut kerana
ianya melibatkan kerja-kerja menaik taraf simpang termasuk pemasangan lampu
isyarat tersebut.
Sementara permohonan Yang Berhormat Semerah berkenaan projek menaiktaraf
jalan kampung Parit Kuda kepada jalan raya negeri akan dijalankan kajian lanjut
bagi menentukan anggaran kos dan seterusnya akan dikemukakan kepada pihak
UPENJ untuk disenaraikan sebagai jalan negeri.
Berhubung dengan projek menaik taraf Jalan Persekutuan Segamat ke Yong Peng
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bekok dan Yang Berhormat Buloh Kasap
adalah dalam tindakan JKR di mana kerajaan telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM90 juta untuk memperbaiki jalan dari Seksyen 134 Desa Temu Jodoh
hingga ke Seksyen 174 Kwong Sai di Kemelah sepanjang 40 kilometer termasuk
mengganti 3 buah jambatan yang merbahaya kepada pengguna jalan raya yang
berpunca dan punca berlakunya banjir. Projek ini telah bermula pada bulan
Oktober 2017 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.
Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu berkenaan Selekoh S di
Batu 24 Jalan Kulai - Air Hitam, Surat Setuju Terima Tender dijangka dapat
dikeluarkan pada akhir tahun ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula
pada awal tahun 2018, tempoh masa pembinaan projek adalah 12 bulan. Pihak
JKR telah menerima banyak aduan berkaitan lampu jalan yang perlu di selenggara
terutama jalan persekutuan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Senggarang, Yang Berhormat Buloh Kasap, Yang Berhormat Johor Jaya dan Yang
Berhormat Yong Peng.
Sukacita dijelaskan bahawa pihak JKR Negeri Johor telah menerima peruntukan
RM1.2 juta daripada Kementerian Kerja Raya dan RM1.4 juta daripada kerajaan
negeri bagi menyelenggara lampu-lampu di jalan persekutuan. Namun begitu,
ianya tidak dapat memenuhi keperluan penyelenggaraan sedia ada dan atas
inisiatif kerajaan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memohon
kebenaran khas dari Kementerian Kewangan bagi menggunakan sebahagian
peruntukan MARRIS dan dengan tujuan tersebut tambahan sebanyak RM1.4 juta
telah diperolehi. Kerajaan negeri telah mendapat persetujuan kerajaan
persekutuan agar RM30 juta melalui peruntukan MARRIS dibelanjakan bagi
menyelenggara jalan-jalan FELDA termasuk RM15 juta lagi untuk menyelenggara
jambatan-jambatan di Negeri Johor. Sebahagian dari peruntukan MARRIS, RM30
juta itu telah diperuntukkan kepada jalan-jalan di kawasan FELDA untuk kerja
penyelenggaraan malah jambatan trafik sederhana juga diperuntukkan sebanyak
RM15 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Surat, tarikh pelaksanaan pelebaran
lorong di antara Persimpangan Cahaya Baru hingga ke Persimpangan Penawar,
Lebuhraya Senai - Desaru masih di peringkat perbincangan kerajaan pusat dan
belum diputuskan lagi. Bagi maksud yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit
Yaani, pada masa ini kerajaan persekutuan tiada perancangan untuk
memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Kempas dan Plaza Tol Perling. Bagi kawasan
Orang Asli Kudung, terdapat 9 jalan kampung yang berada di kawasan kontrak
penyelenggaraan Infra Desa dan kerja-kerja membaiki jalan tersebut, pelaksanaan
akan dimulakan pada bulan November 2017 dan dijangka siap pada akhir
Disember dengan kos sebanyak RM400,000.00.
409
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN
Bekok, jalan utama Orang Asli Kudung termasuk di dalam jalan seliaan IDJ. Untuk
makluman, IDJ telah mengambil langkah membaiki jalan tersebut di mana
pelaksanaan pembaikan sedang dilakukan dan yang bermula pada bulan
November 2017 dan dijangka siap pada akhir tahun ini. Pembaikan ini melibatkan
kos sebanyak RM400,000.00.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Paloh, jalan
berturap dari Sekolah Pengkalan Tereh ke Sekolah Kebangsaan Ladang Palmall
dengan jarak 8 kilometer dengan kos anggaran sebanyak RM2 juta telah pun
dihantar permohonan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
dan setelah pihak Ladang IOI Plantation menyatakan tiada halangan untuk menaik
taraf jalan tersebut, insya-Allah, jalan tersebut akan dapat dilaksanakan pada
tahun hadapan.
Isu berkaitan jalan yang menghubung Sekolah Menengah Agama Al Masriyah,
Simpang Renggam, penambahbaikan jalan tersebut akan dilaksanakan melalui
peruntukan yang diberi kepada pejabat Daerah Kluang yang meliputi kerja-kerja
peruntukan batu kerikil sahaja. Memandangkan jalan tersebut adalah atas milik
tanah individu, tindakan selanjutnya akan diambil bagi mengenal pasti laluan yang
boleh dijadikan rizab jalan.
Permohonan lampu jalan di antara Senggarang ke Batu Pahat, laluan persekutuan
FT05 masih dapat, masih tidak dapat dipasang keseluruhannya kerana peruntukan
masih belum diterima. Sementara sebahagian dari jalan yang berselekoh di
Tanjung Laboh telah dipasang dengan lampu jalan. Sukacita saya maklumkan
bahawa Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor telah digerakkan semula dan
program pertama akan dilaksanakan di laluan FT05 dengan tujuan untuk
menjadikan jalan tersebut lebih selamat kepada pengguna.
Saya juga merasakan dukacita di atas jawapan berkaitan Lebuhraya Utara Selatan
di negeri Johor ini yang masih 4 lorong kerana pendapat daripada LLM, Lebuhraya
tersebut masih lagi pada level Servis B. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai
Abong dan Yang Berhormat Skudai, level Servis B bermaksud purata kelajuan
kenderaan pada jalan tersebut masih lagi antara 91 hingga 95 kilometer sejam.
Untuk menaik taraf daripada 4 lorong kepada 6 lorong level of servis perlulah pada
tahap D iaitu kenderaan hanya berkelajuan hanya 74 hingga 87 kilometer sejam
pada waktu biasa. Oleh itu, kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk
berbincang berkenaan isu ini dengan lebih terperinci dengan pihak LLM dan PLUS
supaya mengambil kira perkembangan pembangunan di negeri Johor pada masa
kini dan akan datang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berikutan sambutan yang sangat menggalakkan
terhadap perkhidmatan Johor WIFI. Kerajaan negeri telah mengambil keputusan
untuk memperluaskan projek Johor WIFI ke kawasan luar bandar melalui projek
Johor WIFI Luar Bandar Fasa 2. Projek ini dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar pada 10 April yang lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada
pertengahan tahun 2018.
Projek Johor WIFI Luar Bandar ini akan dibangunkan di 50 lokasi iaitu 10 daerah dan
40 kawasan luar bandar yang meliputi kawasan tumpuan yang telah dikenal pasti
dan diketengahkan oleh pemimpin masyarakat dan pejabat daerah. Pihak teknikal
dari ICT Negeri Johor telah melaksanakan lawatan kesesuaian tapak bersama
dengan pejabat daerah bagi memastikan setiap kawasan dicadangkan
mempunyai infrastruktur asas telekomunikasi yang menyokong kepada
410
perkhidmatan internet. Selain infrastruktur telekomunikasi, infrastruktur elektrik dan
hak milik tanah bagi kawasan yang akan dipasang perkhidmatan Johor WIFI juga
diambil kira.
Kawasan Orang Asli di Bekok telah dikenal pasti tiada infrastruktur telekomunikasi
pada ketika ini. Daerah Kota Tinggi tidak terpinggir dari senarai penyediaan Johor
WIFI Luar Bandar. Lima lokasi yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi penyediaan
WIFI percuma ini, dua daripadanya adalah di Sedili. Lokasi yang terpilih di Sedili
adalah di Pekan Tanjung Sedili dan Kompleks Penghulu Sedili Kecil. Kedua-dua
lokasi ini telah pun dilawat, dibuat lawatan teknikal oleh Bahagian ICT dan pihak
pembekal perkhidmatan, akan bermula pada bulan Februari yang lalu dan
perkhidmatan telah bermula pada bulan Februari yang lalu dan didapati sesuai
untuk dilaksanakan program WIFI percuma kerajaan iaitu Johor WIFI Luar Bandar
Fasa 2.
Penduduk Sedili akan menikmati kemudahan ini pada suku tahun, pada sukukedua
tahun 2018 ini nanti. Kerajaan negeri akan mengambil maklum dari masa ke
semasa sekiranya orang Asli Bekok atau mana-mana lokasi luar bandar yang telah
atau yang tidak mempunyai rangkaian infrastruktur telekomunikasi bagi memenuhi
kriteria pemilihan tapak Johor WIFI akan diberi pertimbangan untuk pemasangan
hotspotdi kawsan tersebut serta dalam Program Johor WIFI seterusnya pada masa
akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan
yang telah mengemukakan soalan, mana yang tak sempat saya jawab ni, saya
akan jawab secara bertulis. Terima kasih. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan Warisan Negeri
Johor, silakan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan Warisan :
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam
Sejahtera, Salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana
sekali lagi diberi ruang dan kesempatan untuk sama-sama mengambil bahagian
dalam sesi penggulungan perbahasan Persidangan Dewan Negeri Johor pada kali
ini.
Saya ingin mengambil kesempatan mewakili orang muda Johor, artis-artis, aktivis-
aktivis Seni Budaya Johor merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena hari
Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Mulia Tuanku pada 22 November 2017 yang lalu.
Semoga Allah mengurniakan usia yang panjang, kesihatan dan kesejahteraan yang
berpanjangan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk terus memayungi
negeri Johor yang bertuah ini.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Bajet 2018
Kerajaan Negeri Johor dengan tenang, yakin dan paling penting sekali ia
berkepentingan kepada rakyat dalam membangun dekad baru yang sejahtera
untuk Johor.
411
Sebagai EXCO yang dipertanggungjawabkan terhadap belia sukan, kebudayaan
dan warisan, saya amat menyokong penuh inisiatif-inisiatif yang dibentangkan
terutamanya dalam membangunkan infrastruktur dan pembangunan sukan
melibatkan yang pertama penubuhan Sekretariat SUKMA 2020 sebanyak RM10 juta
yang akan disalurkan secara berperingkat. Yang kedua, menyediakan kemudahan
latihan atlet dan prasarana sukan sebanyak RM16.2 juta untuk tahun 2018. Dan
yang ketiga, serta aspirasi untuk menjadikan Johor sebagai destinasi penganjuran
sukan antarabangsa melalui sokongan terhadap Program Iskandar Puteri Night
Marathon The Southern Cycling Race dan Kejohanan Tinju Antarabangsa.
Terima kasihkepada Yang Berhormat ADUN Tenggaroh yang menyokong situasi ini
seperti dalam ucapan beliau sebelum ini. Alhamdulillah peruntukan untuk
pembangunan belia dan sukan juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak
RM17.355 juta iaitu kepada Majlis Sukan Negeri Johor sebanyak RM12.505 juta,
Perbadanan Stadium RM2.65 juta, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor RM1.9 juta
dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)
RM300,000.00.
Begitu juga dengan dalam agenda Johor Berbudaya dengan peruntukan
sebanyak RM10.4 juta untuk mewujudkan Pusat Warisan Negeri Johor serta inisiatif
baru dalam pembangunan Seni Budaya dan Warisan Johor sebagai usaha
meningkatkan jati diri khasnya kepada orang muda Johor yang melibatkan
Program Seminar Johor–Riau, memperkenalkan semula Kain Benang Johor,
penganjuran Festival Jom Medini dan juga Program Jelajah Akar 01.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan beberapa soalan
berkaitan di bawah portfolio saya sama ada secara soalan bertulis, soalan lisan
mahu pun yang telah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Sebanyak sembilan
soalan dan lisan dan empat bertulis telah dikemukakan sehingga hari ini. Tujuh
soalan lisan telah saya jawab sama ada dijawab di Dewan ini atau yang tidak
sempat dijawab, telah saya lampirkan jawapannya secara bertulis. Semoga Ahli
Yang Berhormat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat DUN
Penawar, Penggaram, Puteri Wangsa, Gambir, Parit Yaani, Nusajaya, Tanjung Surat,
Pengkalan Rinting, Sungai Abong, Serom, Bukit Naning dan Rengit yang telah
memberi ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak JDT atas kejayaan
cemerlang menjuarai Liga Super Malaysia sebanyak 4 tahun berturut-turut serta
kembali memenangi Piala Malaysia setelah 26 tahun iaitu kali terakhir pada 1991.
Dengan kejayaan membangunkan pasukan bola sepak JDT di peringkat
Kebangsaan dan Asia serta mula dikenali di Eropah, amat wajar kerajaan negeri
Johor melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin
meneruskan peruntukan RM10 juta setahun untuk menyokong pembangunan bola
sepak negeri Johor, agar kejayaan gemilang ini mampu di kecapi dalam jangka
masa yang lebih panjang. Semoga kejayaan pasukan JDT turut menaikkan nama
negeri Johor Darul Ta’zim di mata dunia dan ianya menjadi pendorong seterusnya
membangkitkan semangat kepada persatuan-persatuan sukan yang lain di negeri
Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ada berapa perkara yang cukup menarik untuk
saya jelaskan di sini iaitu mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
ADUN Pengkalan Rinting berkenaan sukan sepak takraw yang dikatakan kian
merosot, tidak seperti tahun 80-an dan 90-an. Saya pun macam tak percaya bila
YB Pengkalan Rinting pun minat sukan sepak takraw. Untuk makluman Ahli-Ahli
412
Yang Berhormat, Majlis Sukan Negeri Johor sebenarnya telah mula melaksanakan
pelbagai program pembangunan di peringkat akar umbi bagi meningkatkan
pencapaian sukan sepak takraw di negeri Johor seterusnya mampu melahirkan
ramai atlet berbakat yang mampu mewakili negara bermula tahun 2015. Majlis
Sukan Negeri Johor telah mewujudkan satu kejohanan melibatkan seluruh daerah
dalam negeri Johor iaitu Kejohanan Sepak Takraw Piala EXCO Belia dan Sukan.
Kejohanan ini dilaksanakan sebanyak 3 sirkuit setiap tahun dengan penyertaan atlet
berumur 15 hingga 21 tahun bagi melihat potensi serta bakat yang ada dalam
sukan sepak takraw di setiap daerah. Alhamdulillah, kejohanan ini mendapat
sambutan serta kerjasama penuh daripada Persatuan Sepak Takraw Negeri,
daerah-daerah dalam memastikan kualiti setiap latihan yang berterusan di semua
peringkat untuk terus dilaksanakan. Majlis Sukan Negeri Johor dan Jabatan
Pendidikan Negeri Johor turut melaksanakan program-program latihan secara lebih
konsisten bagi peringkat akar umbi dengan mewujudkan pusat latihan negeri dan
pusat latihan daerah. Sebagai contoh, pusat latihan negeri yang berada di daerah
Tangkak yang menjalankan latihan setiap hari oleh jurulatih yang dilantik di bawah
program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri bagi memastikan prestasi atlit sukan sepak
takraw yang bermula di peringkat sekolah rendah mampu terus dipertingkatkan.
Pusat-pusat latihan daerah pula diberikan tanggungjawab bagi membentuk asas-
asas sukan sepak takraw kepada atlit-atlit terpilih sebelum diserap ke dalam
program seterusnya iaitu di peringkat negeri. Tahniah juga atas inisiatif kepimpinan
Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor yang telah melakukan penstrukturan semula
persatuan bagi mengembalikan kegemilangan sukan sepak takraw.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebagai maklum balas berkenaan rumah transit
belia yang dibangkitkan oleh YB ADUN Sungai Balang, kerajaan negeri Johor telah
memperkenalkan Rumah Transit Belia Johor seperti yang telah di umum oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Bajet 2018. Kerajaan negeri
Johor yang akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan
Negara di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia untuk memberi kemudahan
perumahan sementara kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun yang sudah
berkahwin. Projek perintis program ini akan melibatkan sebanyak 390 unit di PPR
Melana Indah, Johor Bahru dengan kadar sewa bulanan serendah RM250.00. Ini
menunjukkan projek rumah transit belia yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat
pada tahun 2014 disambut baik oleh kerajaan negeri Johor dan kini
pelaksanaannya mula diperluaskan di negeri Johor.
Saya juga meneliti cadangan daripada Yang Berhormat ADUN Senggarang untuk
membangunkan pusat sukan dan rekreasi di Kampung Kelicap, Senggarang iaitu
tanah bekas tapak pembuangan sampah Majlis Perbandaran Batu Pahat yang
sudah dikambus. Untuk makluman YB ADUN Senggarang, tanah berkenaan
merupakan tanah bekas lombong pasir seluas lebih kurang 20 ekar di mana tanah
berkenaan sudah mempunyai pemilik iaitu atas nama Tuan Haji Abdul Rahim. Ianya
digunakan selama 8 tahun dari tahun 1996 hingga 2004 sebagai tapak pelupusan
tanah oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Oleh kerana tanah tersebut sudah
mempunyai pemilik atas nama individu maka setiap pembangunan di atas tanah
berkenaan perlu mendapat persetujuan daripada pemiliknya terlebih dahulu.
Mengenai cadangan pembangunan Youth Park di Minyak Beku pula, kajian perlu
dilaksanakan berkenaan kesesuaian lokasi serta status pemilikan tanah yang
dimaksudkan berikutan tanah tersebut pun sebahagiannya adalah merupakan
tanah kuari. Youth Park untuk negeri Johor dikenali sebagai Johor International
Youth Hub yang masih dalam pembangunan yang telah dilaksanakan oleh IRDA di
Hutan Bandar Johor Bahru dengan kos keseluruhan RM20 juta. Youth Park atau
Pusat Kegiatan Belia sebenarnya telah banyak dibangunkan di negeri Johor. Tetapi
413
konsepnya atau nama mungkin berbeza di setiap tempat bergantung kepada
minat dan permintaan belia di kawasan berkenaan. Antara contoh pusat kegiatan
belia yang ada ialah gelanggang serba guna, padang-padang awam, Southern
Tiger Hub atau SRCC dan pelbagai lagi infrastruktur kegiatan belia dan sukan di
seluruh negeri Johor. Sebab itu kalau kita lihat di sini SRCC sebenarnya wujud di 26
Parlimen yang ada dalam negeri Johor dan juga pusat kegiatan belia pun juga di
setiap daerah. Jadi untuk hari ini sehingga hari ini, kerajaan negeri Johor hanya
membangunkan untuk Youth Hub yang di kerjasama antara pihak IRDA untuk kita
bangunkan pusat kegiatan belia.
YB ADUN Senggarang juga ada mencadangkan agar setiap kawasan DUN diberi
penekanan terhadap satu aktiviti sukan dan rekreasi. Insya-Allah seperti yang saya
sebut tadi agak mustahil bagi kerajaan negeri untuk menetapkan setiap DUN
dengan satu aktiviti yang berbeza, pasti ada persamaan antara satu kawasan
kerana ia bergantung kepada budaya, minat dan permintaan masyarakat di
kawasan-kawasan DUN. Namun begitu, kerajaan negeri akan cuba melaksanakan
aktiviti sukan dan rekreasi sebanyak yang mungkin di semua peringkat sebagai
usaha melahirkan rakyat Johor yang sihat dan cergas. Antaranya seperti sukan
yang saban tahun dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri
Johor dan juga oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti Sukan Muafakat Johor,
Hari Sukan Negara, Johor Future dan sebagainya.
Berkenaan cadangan YB ADUN Tenang agar dibangunkan pusat rakan muda di
tanah PTD 13302 Mukim Labis, seluas 7.412 hektar di Bukit Mambai di mana tanah
tersebut telah dirizabkan untuk pembinaan Kompleks Rakan Muda dan
diperuntukkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor iaitu agensi di bawah
kerajaan persekutuan. Buat masa ini Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor masih
belum lagi menerima cadangan mahupun peruntukan daripada pihak
kementerian untuk membangunkan tanah berkenaan. Buat masa ini kerajaan
persekutuan lebih memfokuskan kepada penyelenggaraan dan naik taraf
infrastruktur sedia ada seperti membaik pulih gelanggang-gelanggang serba guna
di kampung-kampung serta menaik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, berkenaan dengan sukarelawan yang dinyatakan
oleh YB ADUN Kukup, sememangnya budaya sukarelawan dicetuskan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada tahun 2013 kini telah menampakkan
hasil. Sukarelawan Darul Ta’zim di bawah Pusat Pembangunan Belia Johor
bertindak sebagai pemudah cara kepada program-program sukarela yang
dijalankan oleh sesiapa sahaja terutamanya pertubuhan, kelab serta persatuan
yang ada di negeri Johor seperti Pertubuhan Ihsan Johor, yang diketuai oleh YB
ADUN Kukup sendiri, Majlis Belia Negeri Johor bersama badan-badan gabungannya
Santun Johor, Kelab Amal Bakti Johor, Sahabat Johor Di Johor Darul Ta’zim serta
banyak lagi yang saya rasa bersedia untuk menyerah bakti apabila diperlukan.
Pelbagai program sukarelawan telah dilaksanakan antaranya pembinaan rumah
seperti yang saya sebut tadi melalui Ihsan Johor, Program Johor Future yang kita
telah laksanakan untuk tahun ketiga, dengan membaiki kerosakan kecil rumah di
seluruh negeri Johor, membersihkan pencemaran sungai serta membantu rakyat
yang ditimpa musibah seperti banjir dan gempa bumi sama ada di negeri Johor ini
mahupun negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak serta negeri yang
diperintah oleh pihak pembangkang sekalipun. Kita harus berbangga dengan
Sukarelawan Darul Ta’zim kerana mereka antara yang terawal dalam misi
membantu bencana banjir di Pulau Pinang bulan yang lalu. Apabila melihatkan
kesedihan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang memohon
bantuan dan sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab melalui
414
kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, walaupun
terhadap negeri pembangkang dengan rasa ihsan dan kemanusiaan kerajaan
negeri Johor telah memberi peruntukan segera bagi membolehkan Sukarelawan
Darul Ta’zim menggerakkan misi bantuan kepada rakyat Pulau Pinang.
Alhamdulillah, bantuan ini disambut baik oleh rakyat Pulau Pinang membuktikan
sikap ihsan dan kemanusiaan yang diterapkan dalam jiwa setiap sukarelawan tiada
sempadannya tanpa mengira latar belakang, parti, agama mahupun kaum malah
juga tanggungjawab terhadap alam yang kita diami.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker kerana memberi ruang
kepada saya untuk menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri
Johor kali ini. Dengan bajet yang inklusif untuk membangun dekad baharu yang
sejahtera, saya yakin dan percaya ia akan diterima baik oleh rakyat insya-Allah
Barisan Nasional akan terus membentangkan bajet kerajaan Johor pada tahun-
tahun yang berikutnya. Insya-Allah.
Sebelum saya menamatkan penggulungan ini saya juga ingin untuk memberi
serangkap pantun daripada saya. Saya ingin Ahli-Ahli Yang Berhormat pun ramai
yang telah mengeluarkan pantun masing-masing. Jadi pantun saya iaitu, anak
Cina, anak Melayu dan India memasang lukah, lukah dipasang di air toho, ayuh
Team Johor kita mengorak langkah, Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera
Untuk Johor. Sekian, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang
Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Dipersilakan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera, salam Muafakat Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kerana diberi ruang dan kesempatan untuk
sama-sama mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan Bajet
2018 Negeri Johor. Saya ingin mengambil kesempatan ini merafak sembah
merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor bersempena dengan hari keputeraan Baginda pada 22 November 2017 yang
lalu.
Seterusnya saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor di atas pembentangan Bajet 2018 serta terima kasih di atas
pengumuman beberapa inisiatif khusus kepada pembangunan sektor pertanian
industri asas tani, pembangunan usahawan dan koperasi negeri Johor.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam arus pembangunan yang begitu pesat di
negeri Johor, sektor pertanian telah diberikan keutamaan bagi memastikan negeri
Johor kekal sebagai salah sebuah negeri pengeluar utama makanan negara dan
hab kecukupan makanan. Alhamdulillah, hasil daripada kerja keras semua pihak
negeri Johor telah mendahului dalam pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran,
rempah ratus, nenas, pengeluar orkid, kelapa, ayam pedaging, telur ayam,
kambing, ikan hiasan serta tumbuhan akuatik. Kejayaan ini dapat dilihat semasa
sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, HPPNK 2017 yang
lalu, daripada 13 anugerah telah dipertandingkan, usahawan tani negeri Johor
telah memenangi sebanyak empat anugerah dan satu Anugerah Perdana
415
pemenang bagi keseluruhan. Mereka yang berjaya mengharumi negeri Johor
adalah seperti berikut:
1. Anugerah Peladang Jaya telah dimenangi oleh Haji Shaari bin Tumin, PPK
Senggarang, Batu Pahat, Johor.
2. Penternak Ikan Jaya telah dimenangi oleh Ng Swee San, Pengerang, Kota
Tinggi, Johor.
3. Anugerah Kumpulan Nita Jaya dimenangi oleh Kumpulan Pengembang
Wanita, FELDA Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor; seterusnya
4. Anugerah Agro Pemuda Jaya telah dimenangi oleh Encik Kamarulzaman bin
Abdul Jalil, PPK Johor Bahru Selatan; manakala
5. Anugerah Tertinggi iaitu Anugerah Khas Perdana telah dimenangi oleh Encik
Kamarulzaman bin Abdul Jalil, daripada PPK Johor Bahru Selatan.
Tahniah kita ucapkan kepada mereka semua. Dan, ini jelas menunjukkan bahawa
sekiranya kita menceburi bidang pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan
ianya mampu memberi pulangan yang lumayan kepada siapa sahaja sekiranya
dilaksanakan dengan penuh komitmen.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar sejumlah RM17.4 juta akan diperuntukkan dalam
sektor pertanian, perikanan dan veterinar. Peruntukan ini adalah untuk menjayakan
projek-projek peningkatan pendapatan melalui bantuan mesin dan geran, program
pembangunan unggas, program pengawalan penyakit dan kesihatan ternakan
serta pembangunan industri ruminan berskala besar dan kecil. Selain itu, Jabatan
Pertanian akan mengadakan pembangunan industri tanaman utama seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran. Program dan kursus teknikal serta bengkel
keusahawanan kepada peserta yang layak juga akan diberikan. Untuk makluman
sidang Dewan yang mulia ini, berikut adalah merupakan di antara program-
program yang akan dilaksanakan pada tahun 2018.
Bagi Jabatan Pertanian, bagi memastikan negeri Johor kekal sebagai salah sebuah
negeri pengeluar makanan utama di Malaysia kita akan meneruskan usaha
membangunkan industri buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang dan projek
tanaman kekal pengeluar makanan yakni TKPM dianggarkan seluas 200 hektar
merangkumi tanaman sayur-sayuran, tanaman ladang dan buah-buahan akan
dapat dibangunkan dengan penglibatan seramai sekurang-kurangnya 200 orang
petani. Sebanyak 5 projek TKPM dengan keluasan sebanyak 1,002 hektar akan
dapat dibuat penyelenggaraan infrastruktur melibatkan seramai 126 orang
usahawan. Selain daripada itu, tumpuan juga akan diberikan kepada
pembangunan tanaman industri seperti kopi dan juga kelapa. Komuniti berpotensi
dan serta sawah padi dianggarkan bantuan pada tahun 2018 kepada penanaman
kopi dan kelapa seramai 50 orang petani akan dapat manfaat dengan keluasan 40
hektar. Bagi bantuan komuniti berpotensi, iaitu herba, cendawan, lebah madu dan
juga kelulut pula dianggarkan 20 projek melibatkan seramai 20 orang petani.
Keluasan sawah padi di negeri Johor dianggarkan sebanyak 3,387 hektar sahaja.
Jabatan Pertanian juga akan memberikan bantuan kepada pesawah yang
memerlukan dalam bantuan peralatan sawah, pengaporan, penyediaan tapak
semaian serta kegunaan benih hybrid yang bermutu pada tahun 2018, seramai 100
orang pesawah akan dibantu melibatkan keluasan 50 hektar.
Johor adalah pengeluar terbesar bunga-bungaan terutamanya bunga orkid. Oleh
itu sasaran bantuan pada tahun 2018, seramai 5 orang usahawan bunga-bungaan
bagi meningkatkan lagi pengeluaran bunga-bungaan di negeri Johor.
416
Program Pertanian Rakyat. Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai
menjalankan aktiviti pertanian seterusnya dapat mengeluarkan sendiri keperluan
barangan makanan yang segar dan selamat dimakan. Selain daripada itu, ia akan
dapat mengurangkan kos sara hidup dan memberi pendapatan sampingan
kepada peserta. Untuk tahun hadapan, tumpuan juga akan diberikan kepada
usaha untuk menggalakkan orang ramai menggunakan baja organik secara
alternatif selain kegunaan tanah untuk mengusahakan tanah pertanian. Dijangka
1,000 orang akan mendapat manfaat daripada program ini.
Program latihan untuk usahawan dan pegawai pengembangan. Tidak dinafikan
bahawa dalam usaha mewujudkan sektor pertanian ini, ilmu pengetahuan dalam
bidang tersebut perlu diberikan penekanan kepada orang ramai dalam usaha
untuk mendidik mereka mengenai teknologi-teknologi baru yang perlu diguna
pakai. Peruntukan latihan diteruskan untuk membantu 60 graduan dan akan
menyertai kursus asas kemahiran pertanian dan seramai 1,050 orang usahawan
daripada 35 kursus lain yang dirancang di Pusat Pertanian Ayer Hitam.
Program Galakan Usahawan. Program Galakan Usahawan (PGU) ditubuhkan
kerajaan negeri bertujuan untuk meningkatkan pendapatan usahawan asas tani di
dalam negeri Johor dengan purata pendapatan kasar melebihi RM3,000.00 sebulan
dalam tempoh tiga tahun. Pertama, program industri kecil, bantuan mesin,
pembungkusan produk dan peningkatan bengkel, menaik taraf bengkel, kedua,
program tanaman fertigasi, ketiga program projek pertanian, yang keempat,
program pemimpin bersama rakyat.
Untuk tahun 2018, dianggarkan 550 orang akan mendapat manfaat bantuan di
bawah program ini yang terdiri daripada golongan usahawan IKS dan juga
usahawan tani yang mengusahakan tanaman jenis kontan. Program Karnival
Pertanian Negeri Johor pada tahun 2018, kita juga akan meneruskan program
Karnival Pertanian seperti berikut; Program MAHA di MAEPS, Serdang, Program Mini
Agro Johor di peringkat daerah terpilih, Karnival Muafakat Tani di peringkat DUN
terpilih.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, yakni saya akan membentangkan tentang
program Bank Benih yakni program baru. Menyedari akan keperluan meningkatkan
hasil berasaskan pertanian, usaha untuk membangunkan benih-benih pertanian,
ternakan dan perikanan perlu diberikan keutamaan sebagai persediaan untuk
memenuhi keperluan pengusaha-pengusaha aktiviti pertanian yang terlibat. Oleh
yang demikian, program ini diwujudkan bagi membantu pengusaha-pengusaha
pertanian untuk mendapatkan informasi serta sumber bekalan benih yang berkualiti
serta diiktiraf bagi menjamin hasil pengeluaran produk pertanian yang maksimum.
Selain dari itu, di bawah program ini juga kita akan memberi sijil serta pengiktirafan
kepada pengusaha benih atau tapak semaian atau nurseri di samping program
pemberian benih secara percuma kepada petani, penternak serta pengusaha
sangkar ikan. Program yang dilaksanakan secara bersepadu ini akan terdiri
daripada Jabatan Pertanian, MARDI, Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk
pada tahun ini dan pada tahun hadapan akan dilaksanakan program ini.
Program Bantuan Bencana iaitu bencana kemarau, banjir, ribut, penyakit dan juga
perosak. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh
usahawan tani yang terlibat dalam bencana seperti banjir, kemarau, ribut untuk
memulakan semula aktiviti tanaman mereka. Selain daripada itu, serangan
penyakit, serangga, binatang perosak juga akan diberi bantuan dengan kerjasama
Jabatan PERHILITAN. Inisiatif Bencana Alam ini menyasarkan untuk bantuan 15
417
hektar kawasan pertanian di negeri Johor dengan peruntukan sebanyak
RM100,000.00.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat
sebagai hab pertanian di dalam Pelan Pembangunan Strategik Negeri Johor.
Keluasan Daerah Segamat adalah 280,726 hektar dengan kepadatan penduduk
hampir 200,000 orang pada tahun 2016. Bilangan ternakan mengikut komuniti
adalah lembu pedaging, 19,700 ekor; lembu tenusu, 1,066 ekor; kerbau 1,043 ekor;
kambing 5,136 ekor; biri-biri 2,108 ekor; ayam pedaging 2.7 juta ekor, dengan jumlah
keseluruhan 2.78 juta ekor.
Sebagaimana yang dimaklumkan dalam Ucapan Bajet Johor 2018, bagi
menyokong usaha menjadikan Segamat sebagai hab pertanian, projek pembinaan
rumah sembelih, pusat lelongan ternakan, pusat jualan setempat produk veterinar
akan dilakukan dengan peruntukan RM700,000.00. Selain itu, Jabatan juga akan
melaksanakan pembinaan pusat pengumpulan ternakan sebanyak peruntukan
RM100,000.00 di daerah Mersing, program penternakan rakyat bagi perolehan baka
lembu tenusu kacukan dengan peruntukan RM224,000.00, program kebun fertigasi
ayam kampung dengan peruntukan RM100,0000.00, program ternakan rakyat
ayam kampung dengan peruntukan RM250,000.00, program penternakan integrasi
itik telur dengan peruntukan sebanyak RM45,000.00.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bantuan khas nelayan. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor juga turut mengumumkan akan meneruskan bantuan khas
kepada nelayan Johor Selatan sebanyak RM2,000.00 seorang kepada 1,834 orang
nelayan yang berdaftar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.67 juta.
Sesungguhnya ini merupakan berita yang menggembirakan buat nelayan-nelayan
yang terlibat. Seperti kebiasaan yang lepas, insya-Allah, bantuan ini akan disalurkan
sebelum menjelang hari raya tahun hadapan.
Jabatan Perikanan, sektor perikanan telah menjana pendapatan dan menjamin
bekalan sumber protein haiwan yang murah untuk kegunaan manusia. Sektor
perikanan negeri Johor telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 81,222 metrik
tan pada tahun 2016 dan sehingga Oktober 2017, sebanyak 51,915 metrik tan. Ini
adalah sumbangan daripada 12,631 orang nelayan dari 4,895 buah di sel
penangkapan ikan yang berdaftar dalam Negeri Johor. Pelbagai inisiatif telah
dijalankan oleh Jabatan Perikanan untuk memastikan kelestarian sumber
perikanan, antaranya adalah melalui tukun tiruan, pelepasan benih, program
reform gear dan juga penguatkuasaan Akta Perikanan. Kerajaan negeri
menghargai usaha dan sumbangan para nelayan, oleh yang demikian, program
bantuan sara hidup kepada semua nelayan akan diteruskan. Manakala bantuan
lain disalurkan melalui program touch point. Pada tahun 2018, dijangka 1,000 orang
nelayan akan menerima bantuan di bawah program touch point yang akan
diberikan oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Usaha murni
kerajaan ini adalah untuk membantu meringankan beban para nelayan dan
membantu mereka untuk meningkatkan hasil pendapatan dan menjana
pendapatan yang membolehkan para nelayan untuk meningkatkan kualiti hidup
dan kesejahteraan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, EDC of Johor di dalam Bajet 2018 juga sebanyak
RM6 juta diperuntukkan untuk memperkasakan agenda keusahawanan Johor
menerusi Program Pembangunan Usahawan Negeri Johor. Pada tahun 2018,
terdapat berbagai peluang untuk dimanfaatkan oleh usahawan, antaranya, yang
pertama, inisiatif PKS Johor 2018. Melihat kepada senario semasa, usahawan negeri
Johor yang juga merangkumi sektor perkhidmatan dan pembuatan, adalah wajar
agar usahawan-usahawan ini turut dibantu bagi membolehkan mereka lebih
418
berdaya saing serta menjana pendapatan lebih baik sebagaimana usahawan-
usahawan yang telah dibantu, dibimbing di bawah program galakan usahawan
Jabatan Pertanian Negeri Johor. Melalui bantuan ini, kita menyasarkan seramai 650
usahawan akan menerima manfaat, iaitu 500 usahawan mini mikro bagi bantuan
peralatan bernilai antara RM1,000.00 dan 150 orang usahawan mikro bagi bantuan
peralatan, pembungkusan dan promosi bernilai di antara RM5,000.00 hingga
RM10,000.00.
Kedua, komuniti incubation programme iaitu pemberian peluang perniagaan di 30
buah premis yang lengkap dengan fasiliti. Program ini adalah kerjasama dengan di
antara pusat komersil dan korporat khusus untuk membantu usahawan baru yang
tidak mempunyai premis untuk berniaga. Latihan diberikan di antara tiga hingga 6
bulan untuk mengendalikan premis dan akan turut ditawarkan.
Dua pusat komersil iaitu Desaru Coast River Side. Fasa pertama dijangka April 2018,
seramai 16 usahawan yang fokus, usahawan makanan tempatan yakni dipantau
selama setahun, manakala fasa dua dijangka pada tahun 2021, fokus kepada
culture village melibatkan seramai, sejumlah usahawan kraftangan dan juga seni
budaya. Setiap usahawan akan melalui proses seperti taklimat pendaftaran
perniagaan bersama SSM, kursus MESTI, kursus pengendalian makanan dan asas
perakaunan. Dua, MyOutlet JBCC, SME Incubation Programme. Program ini fokus
kepada promosi produk IKS di JBCC dengan keluasan 2,000 kaki persegi akan
ditempatkan dengan produk PKS Negeri Johor. Proses saringan produk yang
bersesuaian akan dibantu agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Tekun, FAMA
dan juga MARA, dijangka beroperasi pada Ogos 2018.
Ketiga, Program Indinomics 3.0 yang merupakan kali ketiga dianjurkan merupakan
platform bagi mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan
melalui dua kategori dana permulaan iaitu RM10,000.00 dan RM20,000.00 kepada
50 usahawan terpilih.
Keempat, Program Misi Jejak PKS bagi mengenal pasti masalah dan memberi
bantuan khidmat nasihat secara terus kepada usahawan melalui lawatan yang
dijalankan di 26 lokasi dengan sasaran 200 usahawan.
Kelima, Program Johor OEM dengan objektif usahawan memiliki produk sendiri di
bawah lima kluster produk iaitu, kosmetik, makanan, produk kecantikan, herba
tradisional dan juga farmasi.
Keenam, Program Ekonomi Rakyat Johor (ERA) ini merupakan satu usaha untuk
meningkatkan hasil pencarian golongan berpendapatan rendah melalui konsep
keusahawanan sosial dengan penglibatan golongan pasca siswazah bersama
masyarakat. Program perintisnya telah dilaksanakan di Pasir Gudang pada tahun
ini, maka pada tahun 2018, ia akan diperluaskan di seluruh negeri Johor dengan
peruntukan sebanyak RM1 juta. Projek ERA ini terbahagi kepada lima jenis iaitu
tanaman cili fertigasi, tanaman cendawan, tiram kelabu, ternakan ikan kolam,
perniagaan aiskrim dan juga bakery.
EDC juga diberi peruntukan sebanyak RM2 juta bagi tahun 2018 bagi melaksanakan
program yang bersesuaian dengan keusahawanan. Dan selaras dengan hasrat
kerajaan negeri dalam menjayakan Pelan Pertumbuhan Strategik Ekonomi Johor
menerusi 10 daerah. Kita berharap semoga pihak EDC akan sentiasa berperanan
sebagai pemacu dan pemudah cara kepada pembangunan usahawan negeri
Johor selaras dengan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor dan Pelan Strategik
PKS Negeri Johor.
419
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, J-Biotech. Kerajaan negeri telah merangka Pelan
Pembangunan Industri Lembu Tenusu Negeri Johor melalui pembangunan road
map nya yang telah dilancarkan pada 8 Oktober 2017 semasa Ekspo Johor
Berkemajuan. Pembangunan Road Map ini bagi menetapkan hala tuju industri
lembu tenusu seiring dengan pembangunan usahawan Bumiputera negeri Johor
khususnya untuk mencapai sasaran terutamanya bagi meningkatkan pengeluaran
susu segar negeri Johor kepada 10 juta liter setahun dan melahirkan 40 orang
usahawan atau penternak menjelang tahun 20220. Pembangunan ini turut
merangkumi pelan perancangan dan hala tuju kepada empat sektor utama iaitu
sektor huluan, hiliran, sokongan dan perundangan dengan kerjasama dengan
semua pihak sama ada agensi kerajaan, bukan kerajaan, pemain industri atau
swasta serta rakyat tempatan yang menjadi kumpulan sasaran untuk turut sama
mendapat limpahan dan pulangan. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, projek ini
mensasarkan lima orang penternak melalui perkongsian teknologi, kemahiran
dengan syarikat Austin Milk Company.
Selain daripada aktiviti penternakan yang dimaklumkan tadi, kerajaan turut
memberi fokus kepada lain-lain aktiviti bio pertanian di bawah program ekonomi
rakyat iaitu, ini merangkumi komponen penanaman dan agriculture perkhidmatan
rakyat menerusi kumpulan komuniti seperti koperasi. Secara langsung
meningkatkan pendapatan melalui pembangunan ladang ataupun bekalan
bahan-bahan yang diperlukan. Antara projek yang akan dimulakan adalah projek
tanaman nanas, tanaman moringa, tanaman kontan dan ternakan udang melalui
kerjasama pemain-pemain industri atau pelabur yang sedia ada di Bio Desaru
dengan kerjasama teknologi dalam, untuk membekalkan benih bermutu dan
pembelian balik hasil ladang yang dikeluarkan. Pembangunan ini akan dimulakan
sendiri di Bio Desaru dengan dianggarkan penglibatan 20 orang peserta dan
seterusnya dikembangkan ke setiap daerah bermula di Kota Tinggi, Mersing dan
juga Segamat. Pusat Baja Johor, sebuah pusat baja Johor di bawah JBiotech akan
ditubuhkan dengan peruntukan sebanyak RM600,000.00, inisiatif ini melibatkan
kerjasama strategik pengusaha-pengusaha kilang baja organik di seluruh Johor dan
bermatlamat untuk membolehkan komuniti bio pertanian iaitu petani-petani moden
mendapat bekalan baja organik dengan harga yang lebih rendah daripada
pasaran.
Pembangunan pusat baja ini oleh kerajaan negeri merupakan program serampang
dua mata, yang bermatlamatkan seperti berikut:
1. Menangani masalah alam sekitar. Seperti masalah lalat serta pencemaran bau
dan juga air yang terhasil daripada sisa ternakan dan pertanian.
2. Mengupaya akses komuniti pertanian kepada bekalan baja organik pada
harga yang lebih rendah dan berpatutan.
3. Merangsang amalan pertanian organik ke arah penghasilan produk mesra
alam selain memberi kesan positif alam sekitar.
4. Mentransformasikan bio ekonomi pertanian negeri Johor. Menerusi inovasi
pengurusan sisa kepada penghasilan produk baja berasaskan bio dengan
penggunaan teknologi hijau.
5. Memperkasakan komuniti pertanian dan usahawan baja organik di negeri
Johor dan juga dengan penglibatan secara langsung aktiviti penghasilan dan
komersilan baja sebagai sumber pertanian dan juga tinja ternakan.
420
YB Speaker : Yang Berhormat. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga 2:30
petang ini.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:05 tengah hari.
Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.
YB Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.
YB Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-Ahli
Yang Berhormat, perbahasan di sambung semula. Jemput EXCO Pertanian.
Ringkaskan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bercadang untuk
menyambung butiran Bajet 2018 bagi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor.
Sebelum saya menjawab soalan-soalan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Program Koperasi Kampung Desa Lestari, terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor di atas keprihatinan untuk memperuntukkan
sebanyak RM2 juta bagi pelaksanaan satu program baru iaitu koperasi Kampung
Desa Lestari. Untuk makluman sidang Dewan, program ini bertujuan bagi
mengembangkan potensi ekonomi setempat untuk diusahakan secara bersama
berlandaskan konsep muafakat yang menjadi asas kepada falsafah pembangunan
koperasi.
Potensi ekonomi dan sumber alam sedia ada di kampung serta kawasan setempat
perlu dikomersialkan bagi meningkatkan pendapatan serta mencipta peluang
pekerjaan penduduk. Antara contoh projek berasaskan komuniti yang berpotensi
untuk terus berkembang dengan sedikit inisiatif modal, adalah:
1. Ternakan dan pemprosesan ayam kampung seperti yang sedang di jalankan
oleh koperasi SIG Berhad. Iaitu koperasi yang dianggotai oleh golongan belia
profesional.
2. Aktiviti restoran, menu makanan laut Johor oleh Koperasi Warisan Kampung
Senibong Berhad.
3. Perkomersialan Home Stay di kampung-kampung seperti di jalankan oleh
Koperasi Peneroka FELDA Selidang Berhad.
Koperasi juga boleh menjadi pemain utama dalam program pembangunan industri
tenusu di lembah tenusu Jemaluang, Mersing serta program pemerkasaan ternakan
ayam pedaging berskala besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bercadang untuk menjawab isu-isu yang
dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu daripada Machap, untuk
makluman Yang Berhormat dari Machap, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar
akan sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan
pengurusan ladang ternakan khususnya ladang ternakan ayam di selenggara
dengan baik serta mematuhi syarat yang ditetapkan. Bagi kes ladang ternakan
ayam di Machap, pihak jabatan telah mengambil tindakan yang sewajarnya
dengan mengenakan kompaun atas kesalahan pembiakan lava dan pelepasan
421
sisa kumbahan unggas yang tidak dirawat ke dalam saliran pengairan di bawah
Enakmen Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas 1997.
Perkara yang dibangkitkan oleh Bekok, untuk makluman Yang Berhormat Bekok,
pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) mendapati bahawa terdapat simptom
serangan penyakit daun Corynespora yang telah menyerang kawasan tersebut.
Simptom ini dikesan melalui pemerhatian dan pengambilan sample daun di
kawasan yang terbabit dan mendapati terdapat kesan serangan pada daun-daun
pokok getah. Dianggarkan lebih daripada 100 batang pokok daripada bilangan
pokok yang terdapat di dalam kebun ini yang mengalami masalah yang sama.
Penyakit luruhan daun adalah disebabkan oleh serangan kulat Corynespora
cassiicola. Serangan ini berlaku di bahagian urat daun dan terhasilnya simptom
yang menyerupai tulang ikan ataupun landasan kereta api di sepanjang urat daun.
Serangan akan menyebabkan daun gugur, pucuk pokok mati rosot dan
membunuh pokok. Antara faktor serangan adalah klon yang rentan dan cuaca
yang bersesuaian. Sehubungan itu, pihak LGM telah mengambil tindakan serta
merta dengan membuat penyemburan racun kulat pada pedaunan semula
sehingga daun matang. Penyemburan perlu dilaksanakan sebanyak empat hingga
enam pusingan. Jarak di antara satu pusingan adalah selama 7 hari.
Untuk makluman YB Senggarang, tanah pusat pertanian Parit Botak hanyalah seluas
69.9 hektar yang mana gerannya telah di daftarkan untuk tapak penyelidikan
kelapa dan benih sebanyak 10 hektar daripadanya adalah tapak pejabat,
bangunan dan infrastruktur nurseri. Pusat ini dibangunkan secara berperingkat
sebagai center of excellent mengikut perancangan sejak RMK10 tahun, iaitu tahun
2007 lagi. Ia menjadi bank benih induk pelbagai variety kelapa yang perlu di kekal
sebagai sumber induk utama kelapa hybrid mataq sumber debunga. Setiap petak
variety kelapa di sini bukanlah hanya plot pemerhatian kecil. Malah ia merupakan
aplikasi keluasan majoriti petani kecil yang menjadi pelanggan utama jabatan.
Konsep model farm diterap melalui integrasi kelapa dengan tanaman lain yang
boleh meningkatkan pendapatan petani untuk dirujuk.
Pusat pertanian Parit Botak terlibat secara langsung dengan program sumber
kekayaan baru bagi tanaman kelapa dan jagung bijirin yang telah diumumkan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2018. Target pengeluaran
benih kelapa Pusat Pertanian Parit Botak telah di tingkatkan kepada 200% pada
tahun 2018. Pengeluaran benih kelapa tidak hanya tertumpu kepada variety
pandan sahaja malah akan melibatkan pelbagai variety kelapa berbanding tahun
semasa.
Di bawah program pembangunan herba bernilai tinggi, EPP 1 dan Majlis Herba
Negara, pusat ini bertanggungjawab dalam pembiakan herba Kacip Fatimah bagi
mengatasi kepupusan herba Kacip Fatimah yang semakin serius di hutan. Selain
meningkatkan industri kelapa dan herba, Pusat Pertanian Parit Botak merupakan
satu-satunya pusat pengeluaran benih kopi Jabatan Pertanian semenanjung
Malaysia pada ketika ini. Pusat ini juga merupakan rujukan bagi industri
penternakan lebah dan kelulut di bawah Program Apiari Nasional Jabatan
Pertanian. Sekiranya berlakunya pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan
rumah, keluasan untuk penanaman yang seluas 59.9 hektar di pusat pertanian Parit
Botak ini sememangnya tidak mencukupi untuk Jabatan Pertanian dalam usaha
menjayakan sumber kekayaan baru bagi tanaman kelapa dan jagung bijirin seperti
yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka akan
terjejaslah usaha kerajaan dalam membantu golongan petani khususnya
berpendapatan kecil.
422
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Balang, saya telah dimaklumkan Jabatan
Pertanian telah memajukan permohonan untuk dilaksanakan pada tahun 2018
kepada pihak UPEN bagi membina satu unit balai guna sama pesawah Sungai
Balang yang berukuran 20 kaki kali 60 kaki bernilai RM30,000.00. Di atas tapak milik
Jabatan Pertanian seluas 1 hektar di sawah Sungai Balang. Walau bagaimanapun,
setelah di buat perbincangan dan tinjauan harga dengan beberapa pembekal
untuk reka bentuk yang lebih sesuai memerlukan peruntukan sebanyak
RM70,000.00. Kita akan cuba melihat semula perkara ini, dan diharapkan
peruntukan ini boleh diperolehi. Berkenaan hasrat Yang Berhormat Sungai Balang
untuk mewujudkan zon pembangunan nelayan dan industri perikanan Muar, usaha
tersebut dilihat amat baik dan perlu diselaraskan dengan pelbagai pihak seperti
LKIN, Jabatan Perikanan, Pusat Berkuasa Tempatan bagi merealisasikannya.
Untuk makluman Yang Berhormat dari Semerah, mengikut kepada rekod Jabatan
Perikanan Negeri Johor, seramai 1,049 nelayan berdaftar di DUN Semerah, dan
nelayan tidak berdaftar seramai 400 orang sehingga kini lesen baru tidak
dikeluarkan lagi adalah dasar jabatan demi menjaga kelestarian sumber hasil
penyelidikan mempunyai banyak, mendapati banyak sumber perikanan pada
masa kini telah mencapai tahap maksimum, telah mencapai maksimum.
Untuk tahun 2017 sebanyak lima kali operasi di jalankan di perairan Batu Pahat.
Hukuman kepada bot berlesen tetapi peralatan tidak dilesenkan mereka akan
dikenakan kompaun dan peralatan dirampas. Jika bot tidak berlesen, kes
mahkamah, peralatan dan diesel akan dirampas jika di dapati kesalahan,
disabitkan kesalahan. Disarankan agar semua pihak yang ada maklumat
pencerobohan untuk menghubungi Jabatan Perikanan untuk tindakan segera.
Yang Berhormat Semerah juga ada mencadangkan untuk menambahbaikkan
beberapa jeti nelayan di kawasan beliau, kita akan melihat kesesuaian untuk
melaksanakan berdasarkan peruntukan yang sedia ada. Berkenaan cadangan
untuk mengusahakan projek tanaman kerang dan kupang, pihak yang berkenaan
bolehlah merujuk kepada Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti kesesuaian
kawasan yang terlibat demi menjamin kejayaan projek yang bakal dijalankan.
Yang Berhormat dari Buloh Kasap ada memohon tambahan peruntukan sebanyak
RM100,000.00 untuk kepelbagaian landskap bagi projek Agro Mixed Farm atau
kebun nukleus yang sedang dibangunkan. Setakat ini Jabatan Pertanian telah
memajukan permohonan Bajet Pembangunan Tahun 2018 termasuk beberapa
perkara lain dengan jumlah keseluruhan RM500,000.00 yang merangkumi
pembinaan menara tinjau RM100,000.00, penyelenggaraan jalan ladang dan
landskap jalan berjumlah RM50,000.00. Pembangunan landskap keseluruhan
kawasan RM50,000.00, pembinaan pusat pengumpulan hasil pertanian sebanyak
RM200,000.00 dan pembinaan tapak rekreasi dan perkhemahan agro pelancongan
sebanyak RM100,000.00.
Berkenaan benih percuma kepada para petani yang turut serta dalam program
Agro Mixed Farm akan dipertimbangkan memandangkan ada peruntukan untuk
tujuan tersebut. Cadangan untuk mewujudkan institusi pertanian di Segamat akan
di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, untuk perbincangan lanjut
di antara Pegawai Daerah, Jabatan Pertanian, UiTM Segamat dan lain-lain jabatan
yang berkaitan. Perancangan untuk membina pusat pengumpulan hasil pertanian
khususnya durian di Agro Mixed Farm yang terletak tidak jauh dari pusat hentian
Taman Yayasan Segamat masih dalam perbincangan antara pejabat Pertanian
Daerah Segamat dan juga pejabat Daerah Segamat.
423
Untuk makluman Yang Berhormat Maharani, IMCoop akan terus menjadi
pemangkin membantu rakyat mendepani peningkatan kos sara hidup melalui
penyusunan semula pengurusan dan fokus perniagaan serta sokongan padu agensi
kerajaan yang berkaitan. Kita berkeyakinan IMCoop mampu untuk terus sustain
sebagai rangkaian kedai harga patut pilihan rakyat. Sehingga kini, sebanyak 16
outlet telah memulakan operasi tambahan sekurang-kurangnya 10 outlet lagi akan
di buka pada awal tahun depan. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri berkaitan dengan penyaluran dana bantuan dan
pinjaman bagi pembukaan kedai harga patut di setiap kawasan Parlimen, kerajaan
melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan geran bantuan kepada 5
koperasi negeri Johor sebanyak RM150,000.00 setiap satu. Dan ini diberi untuk
membuka outlet kedai harga patut atas jenama IMCoop. Bantuan kepada
koperasi-koperasi lain akan di bawa tahun hadapan. Sokongan ini membuktikan
keyakinan kerajaan bahawa IMCoop akan terus relevan membantu rakyat
mendepani peningkatan kos sara hidup.
Jabatan Pertanian telah memberikan bantuan kepada usahawan FELDA Air Tawar,
melalui peruntukan di bawah Pembangunan Industri Asas Tani di bawah Jabatan
Pertanian di kawasan DUN Penawar. Malahan pada tahun 2018, Jabatan
Pertanian juga akan memajukan permohonan peruntukan kepada UPEN bagi
membina dua unit lagi bengkel pemprosesan bagi usahawan di FELDA Air Tawar 1
sepertimana yang telah dimohon.
Untuk makluman, sebahagian perancangan dan pembinaan di dalam tanah milik
FELDA perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa di ibu pejabat FELDA
terlebih dahulu. Usaha untuk menjayakan sesuatu projek agro pelancongan
sebenarnya bergantung kepada penduduk setempat. Sebagai sendiri, bagaimana
mereka ingin mempromosikan produk mereka untuk lebih dikenali. Pihak FELDA
sendiri sentiasa menyokong setiap rancangan FELDA menonjolkan kelebihan
tempat masing-masing dalam Pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA
dan memberi dana sebanyak RM1 juta sebagai hadiah kepada pemenang.
Penduduk FELDA Air Tawar 1 seharusnya mengambil peluang ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demikianlah tadi penjelasan saya di atas perkara-
perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia
ini sepanjang segmen perbahasan. Saya mohon maaf sekiranya ada perkara-
perkara yang terlepas pandang dalam penjelasan saya. Terima kasih kepada
Pengarah-Pengarah dan juga kakitangan di bawah portfolio saya yang sentiasa
memberi sokongan dan juga kerjasama dalam kita memajukan negeri Johor.
Sekian, akhir kata saya ucapkan terima kasih dan di atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang
Berhormat dan saya sudahi assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Pengerusi Pertanian. Kita teruskan dengan
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia : Salam sejahtera,
salam perpaduan dan salam Muafakat Johor. Saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk
mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan di Mesyuarat Ketiga
Bajet bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor yang ke-13. Saya ingin
merakamkan ucapan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
sempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22
424
November yang lalu. Semoga negeri Johor Darul Takzim akan terus makmur, aman
di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada
pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) atas kemenangan mereka merebut
Piala Malaysia tahun 2017. Kemenangan ini adalah atas sokongan peminat bola
sepak Johor serta kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor yang telah mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri
Johor serta mengeratkan jalinan perpaduan kepada semua lapisan masyarakat.
Sukacita juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran
kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang
telah membentangkan bajet negeri Johor 2018 dengan tema ‘Membangun Dekad
Baru yang Sejahtera untuk Johor’. Di mana ianya menjadi asas usaha kerajaan
negeri dalam memberikan suntikan serta lonjakan baru kepada pertumbuhan dan
masa depan Johor yang akan datang.
Dewan yang mulia ini telah menerima pelbagai maklum balas sama ada dalam
bentuk soalan, cadangan, sokongan mahu pun teguran yang ada kaitan di pihak
saya yang mengetuai portfolio Perpaduan, Sumber Manusia dan Kluster Negeri
Johor. Kluster Keselamatan Negeri Johor. Saya mengambil setiap maklum balas
yang diberikan dengan berlapang dada dan menilai setiap satunya supaya dapat
diberi perhatian demi mencapai matlamat ke arah Johor Berkemajuan dan rakyat
yang berkesejahteraan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, menjawab soalan Yang Berhormat Yong Peng
berkaitan isu penambahan anggota polis di Pejabat Polis Daerah Yong Peng serta
pemasangan CCTV di kawasan perkampungan dan lampu isyarat. Untuk
makluman, buat masa kini pihak PDRM masih belum membuat penambahan
anggota di Pejabat Polis Daerah Yong Peng. Berkaitan pemasangan CCTV, ia
adalah bukan berada di bawah bidang kuasa PDRM tetapi merujuk kepada Pihak
Berkuasa Tempatan kawasan Yong Peng. Namun begitu, pihak PDRM menitik
beratkan kes-kes pecah rumah di kawasan Yong Peng. Dengan itu, pihak PDRM
akan meningkatkan rondaan cegah jenayah dengan menggunakan Unit Rondaan
Bermotosikal, Unit Rondaan Kereta MPV serta menjalankan rondaan anggota bit di
sekitar kawasan serta dapat mengumpul risikan jenayah di sekitar daerah Yong
Peng.
Seterusnya, isu yang diketengahkan oleh ADUN Senggarang adalah bersabit
kegiatan perjudian, judi haram yang berlaku di kawasan Batu Pahat. Pihak Polis, IPD
Batu Pahat sentiasa mengalu-alukan apa jua maklumat berkaitan aktiviti perjudian
online di premis-premis. Serbuan, pemeriksaan, tangkapan dan rampasan judi
haram telah dibuat tanpa gagal mengikut undang-undang sedia ada dan
sehingga kini semua premis perjudian telah ditutup sepenuhnya. Bagi tempoh
Januari hingga Oktober 2017 sahaja, sebanyak 335 serbuan dan 1,137 tangkapan
telah dibuat bagi kawasan Batu Pahat. 2,978 buah mesin dan wang sejumlah
RM61,384.00 telah dirampas di samping 267 pertuduhan telah didakwa. Bagi
dakwaan yang mengatakan bahawa tindakan dibuat oleh pihak Bukit Aman ke
atas premis judi online adalah andaian semata-mata kerana pihak Bukit Aman tidak
pernah turun ke Batu Pahat untuk membuat operasi ke atas premis judi online.
Semua tindakan telah dibuat oleh IPK Johor dan pihak IPD Batu Pahat dan tidak
timbul prejudis bahawa pihak Polis Batu Pahat berdiam diri bagi membanteras
premis perjudian.
425
Di kawasan DUN Senggarang dan di daerah Batu Pahat tiada aktiviti, di daerah
DUN Senggarang, Batu Pahat tiada aktiviti perjudian online. Mekanisme dan
tindakan dari pihak polis walau pun ada maklumat, akan mengambil tindakan
secara berterusan sama ada daripada pihak Ibu Pejabat Polis Johor ataupun pihak
Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Pihak polis tidak akan berkompromi dalam
menangani masalah judi haram. Dan pihak polis akan meningkatkan operasi sekira
mendapat maklumat tentang judi haram.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Tanjung Surat iaitu isu menempatkan pekerja tempatan di dalam projek
pembangunan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) amat tidak asing lagi
dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Bagi memastikan ketersediaan tenaga
pekerja mahir untuk industri hiliran minyak dan gas yang sedang dibangunkan di
Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, untuk fasa operasi loji penapisan yang
dijangka bermula pada suku tahun pertama 2019. JPDC telah melaksanakan
beberapa siri program latihan peningkatan kemahiran dan pemadanan keperluan
industri terutamanya kepada tenaga kerja setempat dengan kerjasama beberapa
agensi. Ini termasuklah inisiatif menyampaikan maklumat pembangunan dan
kerjaya industri minyak dan gas yang diadakan dengan kerjasama erat bersama
kerajaan negeri, melalui Unit Swadaya Insan Johor seperti di dalam Program
Kembara Kerjaya, Johor Berkemahiran 4.0 dan Karnival Kerjaya Johor.
Antara program latihan peningkatan kemahiran yang dilaksanakan ialah Program
Teknikal Petroleum yang bertujuan untuk memberi latihan teknikal berkaitan dengan
operasi Loji Penapisan Minyak dan gas kepada 326 anak Johor lepasan diploma di
Institut Teknologi Petroleum, Petronas, Bukit Rakit, Terengganu. Mereka ini bakal
menjawat jawatan Juruteknik di loji penapisan dan kilang-kilang Petrokimia milik
Petronas di Pengerang apabila ianya memulakan operasi pada tahun 2019. Selain
itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipilih untuk menjalankan Program
Latihan Teknikal dengan matlamat untuk mempersiapkan para graduan tempatan.
Program yang menerima sokongan daripada kerajaan negeri ini memberi tumpuan
kepada graduan anak-anak Johor lepasan ijazah untuk dilatih berdasarkan modul
yang dibangunkan bersama oleh pihak UTHM dan pihak-pihak industri.
Program yang bermula pada akhir tahun 2016 telah pun melatih sejumlah 150 orang
graduan dengan kumpulan tambahan seramai 100 orang lagi pelatih akhir tahun
2017. Dan program ini ditaja oleh kerajaan negeri untuk anak-anak negeri johor.
Pada masa yang sama tenaga kerja yang sedia ada bekerja di tapak pembinaan
PIC turut ditawarkan dengan program-program peningkatan kemahiran iaitu up-
skilling dengan izin, dan melatih semula re-skilling yang turut melibatkan pusat-pusat
latihan teknikal awam dan swasta seperti Kolej Komuniti Bandar Penawar, Institut
Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, PUSPATRI, SKILLS
Johor dan German Malaysian Institute.
Sehingga akhir Oktober 2017, seramai 405 pelatih telah menamatkan kursus ini.
JPDC telah menerima agihan dana latihan tambahan daripada kerajaan
persekutuan untuk melatih 400 orang pelatih lagi sehingga penghujung tahun 2017.
Dan, inilah antara usaha agresif kerajaan negeri yang dibuat bersama dengan
kerjasama agensi-agensi untuk memastikan anak-anak tempatan diberi peluang
pekerjaan di Pengerang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai isu larangan pemakaian tudung oleh
majikan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maharani. Isu
seumpama ini bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian industri malah ia lebih
426
membimbangkan ia boleh menjentik isu perkauman dan keagamaan di dalam
negara kita. Bagi kerajaan negeri Johor yang sentiasa menitik beratkan perpaduan
dan menggunakan semangat Muafakat Johor dalam segala aspek pentadbiran
dan pembangunan negeri, kita sama sekali tidak mahu isu sebegini menjejaskan
keharmonian antara kaum. Kerajaan negeri melalui Unit Swadaya Insan Negeri
Johor mempunyai jalinan kerjasama yang amat erat dengan kerjasama, dengan
kerajaan persekutuan terutamanya Kementerian Sumber Manusia.
Justeru, melalui jalinan kerjasama ini kita sentiasa berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik dalam menangani isu ini, dengan mengaplikasikan mana-
mana peruntukan undang-undang yang boleh meliputi isu ini serta apa yang paling
penting ialah usaha berterusan untuk mendapatkan pemahaman majikan tentang
betapa pentingnya menghormati perkara-perkara sensitif yang boleh menimbulkan
potential thread, dengan izin kepada kemakmuran berbilang kaum di negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain perlembagaan persekutuan, Code of
Conduct of Industrial Harmony dengan izin, yang merupakan perjanjian bersama
antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persatuan Majikan-Majikan Malaysia
dan Kesatuan Kongres (NTUC) telah menyatakan bahawa adalah menjadi
kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan
keharmonian di tempat pekerjaan. Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita
Islam yang diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh
memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam
tempoh 60 hari dari tarikh dia berhentikan, atas sebab perhentian tanpa alasan
yang munasabah.
Melalui Jabatan Tenaga Kerja Johor, mereka yang menjadi mangsa diskriminasi ini
boleh membuat aduan di mana-mana pejabat Cawangan Jabatan Tenaga Kerja
yang berhampiran bagi tindakan selanjutnya kepada pihak majikan yang
diadukan. Selaras dengan isu seperti ini pada 24 November 2017, pihak JTK telah
pun menjalankan pemeriksaan berkanun di 15 buah hotel bertaraf 3 hingga 5
bintang di sekitar Johor Bahru. Hasil dapat menemukan bahawa hasil pemeriksaan
tersebut, daripada jumlah 15, 11 hotel membenarkan pemakaian tudung terhadap
kakitangan di bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Front Desk manakala 4 hotel
yang selebihnya telah mengenakan larangan pemakaian tudung bagi kakitangan
di bahagian tersebut. Dan akibatnya majikan ini telah diberi nasihat yang
sewajarnya. Pihak Jabatan Tenaga Kerja akan memberi nasihat dan jika ingkar
notis pematuhan akan dikeluarkan kepada majikan-majikan yang didapati
mengenakan larangan pemakaian tudung agar isu seperti ini tidak berlarutan pada
masa yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Gambir telah membangkitkan isu
tentang pinjaman perumahan pekerja-pekerja ladang. Pihak kerajaan persekutuan
telah menyediakan peruntukan dana pusingan sebanyak RM50 juta. Jabatan
Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia merupakan agensi yang
bertanggungjawab melaksanakan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet
yang diperkenalkan melalui dana ini dengan kerjasama daripada Bank Simpanan
Nasional selaku badan yang menguruskan pinjaman.
Sejak tahun 2012 sehingga 31 Oktober 2017, terdapat 180 permohonan yang telah
diterima bagi seluruh Semenanjung Malaysia dengan perbelanjaan berjumlah lebih
kurang RM11 juta ataupun 22% daripada jumlah peruntukan dana yang disediakan.
Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku EXCO yang bertanggungjawab untuk
menguruskan pengurusan dan pembangunan modal insan untuk memastikan
427
semua lapisan pekerja diberi jaminan pekerjaan yang setimpal dengan jasa mereka
kepada majikan. Dan juga menjadi tanggungjawab kepada Ahli-Ahli Yang
Berhormat, supaya isu seperti ini iaitu menyampaikan kemudahan yang terhidang
ini kepada rakyat di kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat terutamanya di kawasan
yang mempunyai banyak perladangan.
Bagi memastikan baki peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sewajarnya oleh
rakyat negeri Johor, melalui Unit Swadaya Insan Johor telah mengadakan
perbincangan pada awal tahun ini dan dengan Jabatan Tenaga Kerja Johor dan
pihak Setiausaha Bahagian Perumahan. Bagi cadangan untuk menawarkan rumah
mampu milik kepada pekerja ladang di negeri Johor. Pihak Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia juga telah menyatakan persetujuan
bertulis bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini. Seperti yang telah diumumkan
dalam Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan negeri Johor
dengan kerjasama strategik bersama JTK dan Bank Simpanan Nasional, akan
menyediakan pembiayaan perumahan kepada pekerja di dalam sektor
perladangan dan kadar faedah pinjaman yang ditawarkan adalah serendah 2% ke
atas baki pinjaman yang dikhususkan kepada 200 buah unit Rumah Mampu Milik
Johor. Secara dasarnya, kesemua pihak-pihak terbabit yang dinyatakan tadi amat
mengalu-alukan dan bersetuju dengan cadangan pembiayaan perumahan untuk
pekerja ladang negeri Johor. Unit Swadaya Insan akan menyelaras, Jabatan
Tenaga Kerja akan mempromosi dan memproses permohonan, Bank Simpanan
Nasional akan menyediakan dana dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perumahan),
Kerajaan Negeri Johor Bahagian Perumahan akan memastikan ada rumah mampu
milik untuk pemohon dan begitulah semangat Team Johor kita ini.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Skudai menyentuh berkenaan
Revolusi Industri 4.0 serta telah memaklumkan kedudukan atau ranking dengan izin,
negara-negara yang mempunyai kepadatan robotik industri berdasarkan laporan
yang telah beliau baca. Saya tidak sangkal, namun kita perlu ingat bahawa setiap
negara mahupun negeri mempunyai komposisi aktiviti ekonomi yang berbeza.
Ekonomi kita tidak semata-mata bersandarkan kepada sektor perkilangan yang
pada masa ini sangat kerap di promosi bagi menggunakan robot selari dengan
Revolusi Industri 4.0. Kita masih lagi ada sektor perladangan, pertanian malah
pelancongan yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Sektor-
sektor ini sememangnya boleh mengaplikasikan automasi tetapi ia bukanlah
sesuatu yang boleh dilaksanakan serta merta. Apa yang ingin saya tegaskan ialah,
kita menyahut dan sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi kemajuan
teknologi di dalam Revolusi Industri 4.0 serta kita tidak perlu, tidak sesekali ingin
bergantung kepada pekerja asing di dalam memajukan ekonomi. Oleh itu, selaras
persiapan ke arah Revolusi Industri 4.0 ini baru-baru ini, kerajaan negeri Johor melalui
Unit Swadaya Insan telah mengadakan satu konvensyen yang bertajuk dengan izin,
Industrial Revolution 4.0 Empowering Human Capital and Industry. Dengan
kerjasama daripada MITI, SME Corp, MIDA, dan beberapa agensi lain termasuklah
pemain industri yang bertujuan untuk memberi pendedahan, kesedaran dan
memastikan Modal Insan Johor khususnya mengetahui maklumat bahawa Johor ini
sedang bersiap siaga menuju ke era digital. Dan program ini mendapat sambutan
yang cukup memberangsangkan dan galakan yang lebih daripada 400 peserta,
yang terdiri daripada pemain-pemain industri, agensi kerajaan dan institut latihan
perindustrian.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi memastikan Modal Insan Johor ini bersedia
berhadapan Revolusi Industri 4.0 dan melahirkan modal insan berkualiti yang
mampu bersaing dalam perubahan pasaran industri global pada masa ini, antara
inisiatif yang dijalankan ialah Transformasi Latihan Pendidikan Teknikal dan
428
Vokasional, TVET, oleh kerajaan persekutuan sebagai membawa perubahan dalam
meningkatkan daya saing serta menambah baik kualiti modal dari aspek
kemahiran. Adalah keperluan bagi kita menyediakan modal insan ke arah
teknologi baru ini untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pelabur asing ke
negeri ini dan sekali gus memacu pembangunan ekonomi kita. Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan Transformasi TVET Malaysia dan ini
termasuk membangunkan Pelan Induk TVET Malaysia.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, apa yang dibanggakan seperti biasa, negeri Johor
sentiasa terkehadapan. Seminggu selepas pengumuman usaha untuk
membangunkan Pelan Induk TVET Malaysia,Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
hadir ke Johor untuk melancarkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Johor,
yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri melalui Unit Swadaya Modal Insan
dan kini negeri Johor menjadi rujukan penting dalam usaha kerajaan persekutuan
membangunkan Pelan Induk TVET Malaysia. Ini merupakan usaha kerajaan dalam
meningkatkan pekerja terlatih dari segi teknologi dan kemahiran melalui inisiatif ini.
Pelan Induk ini menggariskan usaha untuk mempersiapkan modal insan kita bagi
bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Kita kena melihat aspek ini
secara positif dan meneliti skop Revolusi Industri 4.0 ini kepada industri sedia ada
dan menentukan kepakaran yang diperlukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Jementah telah pun menegahkan
isu pengurusan kompleks dalam pengurusan permohonan permit untuk
mendapatkan tenaga kerja asing. Memang tidak dapat dinafikan bagi bidang-
bidang kerja sebegini, kebergantungan terhadap pekerja asing masih lagi tinggi
berbanding pekerja tempatan. Berikutan persekitaran pekerjanya yang berat dan
sukar. Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan majikan untuk mengurangkan
kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia dengan mengambil langkah
yang lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi sebagai
langkah alternatif yang lebih produktif, dinamik dan terjamin dari aspek
kelangsungan yang berterusan bagi jangka masa panjang. Usaha automasi ini
juga lebih ekonomik berbanding belanja besar yang diperlukan bagi mengeluarkan
ataupun proses pengambilan pekerja asing.
Namun begitu, pengambilan pekerja asing ini dibolehkan selagi tidak melanggar
Dasar Pengambilan Pekerja Asing yang telah pun diperkenalkan di negara ini.
Dasar pengambilan pekerja asing ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
persekutuan,iaitu Kementerian Dalam Negeri. Dasar ini diperkenalkan bagi tujuan
untuk menampung kelompongan tenaga kerja yang tidak dapat dipenuhi oleh
tenaga kerja tempatan. Terutamanya yang telah kita sedia maklum ialah
keutamaan pengambilan pekerja asing diberikan dalam bidang-bidang pekerjaan
yang tergolong dalam kategori 3D dengan izin, dirty, difficult and dangerous, yang
kurang diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor pembinaan, pertanian dan
perladangan. Prosedur yang diperkenalkan bagi proses pengambilan pekerja asing
ini adalah sangat jelas dan langsung sebelum membuat permohonan pengambilan
pekerja asing, majikan perlu mendaftarkan perakuan daripada Jabatan Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia yang mengesahkan bahawa majikan telah
menggunakan perkhidmatan Jobs Malaysia untuk mendapatkan tenaga pekerja
tempatan.
Menurut pihak Jabatan Imigresen Malaysia, kerajaan tidak pernah melantik mana-
mana syarikat untuk mengemukakan permohonan pengambilan pekerja asing bagi
pihak majikan. Kelulusan pengambilan pekerja asing tidak boleh dibuat sewenang-
wenangnya sebaliknya ia mesti mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan
oleh agensi kawal selia bagi setiap sektor pekerjaan yang diluluskan pengambilan
429
pekerja asing. Malah kerajaan amat menggalakkan majikan yang ingin menggaji
pekerja asing untuk berurusan terus dengan Kementerian tanpa campur tangan
mana-mana pihak atau agen. Kos untuk levi bagi pas penggajian pekerja asing di
sektor perladangan adalah RM640.00 setahun berkuat kuasa 18 Mac 2016. Majikan
perlu lebih peka dan sentiasa merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri bagi
memastikan tidak ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang
mengenakan bayaran yang terlalu tinggi kepada majikan. Proses pengambilan
pekerja asing melibatkan temu duga oleh panel ke atas pemilik syarikat atau
majikan atau wakil yang sah. Pertimbangan melalui pusat kelulusan setempat ini
jelas menyatakan bahawa tidak berlakunya red tape dengan izin, dalam
pengurusan permohonan pekerja asing di pihak kerajaan. Keputusan yang telah
dibuat meliputi pertimbangan semua peringkat dan telah mengutamakan tenaga
kerja tempatan bagi sektor yang berkaitan. Bilangan pengambilan pekerja asing
adalah bergantung kepada kelulusan oleh Jawatankuasa yang telah dilantik
sebagaimana yang telah saya sebutkan. Majikan yang diluluskan permohonan
pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat
bayaran levi dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Selepas bayaran levi dibuat
surat kelulusan bersyarat akan dikeluarkan kepada majikan. Jabatan Imigresen
Malaysia hanya akan memproses kemasukan pekerja asing melalui visa dengan
rujukan setelah mendapat kelulusan OSC yang saya sebutkan tadi dan
permohonan majikan tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang telah pun
ditetapkan oleh agensi kawal selia.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung
Puteri bagi Agenda Johor Selamat. Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga
merupakan medium terbaik bagi membolehkan kerajaan menyampaikan dasar
yang ada kepada lapisan masyarakat di negara ini. Selain dari mempertingkatkan
integrasi pelbagai kaum dan budaya sekali gus dapat membina sebuah
masyarakat yang harmonis, bertoleransi serta menghormati dan saling bekerjasama
di peringkat akar umbi. Mulai tahun 2012, kerajaan telah menyediakan peruntukan
bentuk geran tahunan kepada KRT yang aktif berdasarkan pencapaian keaktifan
sistem melebihi 80% iaitu berjumlah RM6,000 setahun. Bagi melaksanakan program
perpaduan kaum di peringkat masyarakat dan komuniti, peruntukan ini jugalah
yang digunakan untuk membiayai pengoperasian KRT termasuk pelaksanaan
mesyuarat dan juga pembayaran utiliti bagi KRT yang menumpang menggunakan
bangunan Majlis atau balai raya.
Untuk makluman, anggota termasuk Pengerusi dan Setiausaha KRT tidak disediakan
sebarang elaun untuk jawatan dalam rukun tetangga. Namun inisiatif pihak
Jabatan menyediakan insurans atas penghargaan kepada sumbangan, komitmen
dan jasa sukarela yang telah pun diberikan. Oleh yang demikian, saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang telah pun
meluluskan peruntukan yang agak besar dalam Bajet 2018 yang memfokuskan
kepada KRT dan SRS dalam memperkukuhkan perpaduan dan juga usaha
menangani isu keselamatan di kalangan masyarakat dengan lebih berkesan. Dari
segi peranan dan fungsi utama KRT, jelas berfokuskan kepada isu perpaduan,
keharmonian antara kaum dan isu-isu keselamatan dalam kawasan yang telah di
sempadankan dalam pewartaan. Sekiranya pihak Persatuan Penduduk juga
berhasrat untuk melaksanakan tujuan serupa melalui pelaksanaan program maka
pihak KRT sentiasa bersikap tangan terbuka untuk bekerjasama bersama Persatuan
Penduduk sejajar dengan usaha NBOS dan juga konsep Muafakat Johor yang kita
budayakan kini. Saya yakin perkara ini adalah bukanlah sesuatu yang sukar kerana
di luar sana hubungan di antara Persatuan Penduduk dan KRT adalah seperti aur
dengan tebing, saling berkaitan antara satu sama lain, malah ada antara anggota
KRT juga turut memegang jawatan dalam Persatuan Penduduk.
430
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali Yang Berhormat Serom ada menyentuh
mengenai tabika perpaduan. Mulai tahun 2014, pihak ibu pejabat telah
mengeluarkan arahan menyatakan bahawa tiada lagi perluasan dan pembukaan
tabika perpaduan yang baru kerana kekurangan peruntukan. Sebagai makluman,
negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah tabika perpaduan yang
terbanyak dalam Malaysia dengan jumlah 206 buah kelas. Terima kasih kepada
DUN Serom yang sentiasa memberikan sambutan menggalakkan terhadap tabika
perpaduan dan sekiranya masih terdapat keperluan dan permintaan tinggi untuk
penambahan tabika di kawasan Yang Berhormat Serom, pihak jabatan akan
mempertimbangkan untuk pemindahan kelas tabika dari kawasan lain yang kurang
sambutan disebabkan faktor-faktor yang saya nyatakan tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Serom juga membangkitkan isu
kabin. Untuk makluman pada tahun 2011, pihak perpaduan telah mendapat
kerjasama daripada UTM tentang reka bentuk kabin ini yang berukuran 24 x 10
dengan kos sebanyak RM80,000.00 seunit. Walau bagaimanapun, pihak KRT dan SRS
perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak PBT terlebih dahulu
sebelum menempatkan kabin yang diberikan kepada KRT. Selain itu, kekangan
kosnya agak tinggi juga menyebabkan kabin dengan reka bentuk yang sama tidak
dapat diperluaskan kepada keseluruhan KRT. Namun ada di antara KRT
mendapatkan dana sendiri bagi mendapatkan kabin yang lebih rendah harganya
dengan reka bentuk yang agak bersesuaian. Malah pihak kerajaan negeri juga
pernah memberikan sumbangan sebanyak 10 buah kabin melalui peruntukan Bajet
2015.Namun seperti saya sebutkan tadi kekangan utama adalah kelulusan tapak
untuk meletakkan kabin di kawasan yang bersesuaian dengan kemudahan utiliti
dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan di bawah portfolio saya
serta agensi-agensi kerajaan di atas kerjasama dan sokongan serta bantuan yang
telah diberikan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan sepanjang penggal
saya berkhidmat. Kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh
perkara-perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya, saya telah cuba untuk
memberikan jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun,
sekiranya terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang tindakan susulan akan
diambil oleh ketua-ketua jabatan saya. Semoga segala tersimpul dapat dihuraikan,
yang keroh dijernihkan, yang kurang ditambahkan. Sekian, terima kasih. Salam
Muafakat Johor.
YB Speaker : Terima kasih. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan. Kita teruskan
perbahasan, sila Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam sejahtera dan salam Muafakat Johor.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesempatan dan peluang kepada saya untuk bersama-sama turut serta mengambil
bahagian dalam penggulungan perbahasan bagi sesi Bajet Negeri Johor bagi
tahun 2018.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan
Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena ulang tahun
keputeraan Duli Yang Maha Mulai Tuanku pada 22 November yang lalu. Setinggi-
431
tinggi tahniah juga Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni
Sultan Ibrahim kerana pasukan JDT telah memenangi Piala Malaysia pada tahun ini
dengan usaha gigih yang baginda curahkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor
kerana telah berjaya membentangkan Bajet 2018 yang bertemakan ‘Membangun
Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor’ dalam Dewan yang mulia ini. Di
kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar pada hari ini, semoga beliau panjang umur dan sentiasa
berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya juga ingin mengambil peluang pada
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli
Yang Berhormat yang sudi mengemukakan beberapa perkara yang berhubung kait
dengan portfolio saya, Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bercakap mengenai pelancongan negeri Johor,
saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Kukup, Yang Berhormat
Tenggaroh, Yang Berhormat Sungai Balang, Yang Berhormat Tenang dan Yang
Berhormat Paloh. Yang telah memberikan pandangan mereka yang bernas lagi
membina tentang perkembangan sektor pelancongan Johor yang positif pada
masa ini. Memang tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan Johor sedang
berkembang dalam landasan yang betul. Kerajaan negeri telah merancang
pembangunan pelancongan berpandukan pelan induk pelancongan negeri Johor
2014 hingga 2023 yang bermatlamat menjadikan Johor destinasi pelancongan
bernilai tinggi menjelang tahun 2023. Tahun ini telah memasuki tahun keempat dan
usaha untuk menuju ke matlamat itu, masih akan diteruskan sehingga ke tahun
2023.
Selain itu, pelan pertumbuhan strategik Johor telah membongkar potensi dan
kekuatan kluster pelancongan di semua daerah. Hasilnya kesemua daerah Johor
mula mengaktifkan jawatankuasa pelancongan mereka menunjukkan kekuatan
aktiviti pelancongan mereka dan membangunkan pakej pelancongan menarik
berdasarkan kluster pelancongan mereka termasuklah agro dan ekopelancongan
yang kini merupakan satu trend untuk menarik pelancong.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tourism
Malaysia mencatatkan pelancong antarabangsa yang bermalam di Johor pada
tahun 2016 adalah seramai 2.58 juta orang. Negeri ketiga tertinggi di Malaysia.
Manakala Jabatan Statistik Malaysia merekodkan Johor telah mencatatkan jumlah
kedatangan pelancong domestik tertinggi di Malaysia seramai 7.4 juta orang pada
tahun lepas. Maka, tidak hairanlah Majlis Pelancongan Malaysia, MTC telah
memberi Anugerah Emas bagi promosi pelancongan domestik kepada Tourism
Johor di PWTC pada bulan yang lepas. Dengan ini jumlah keseluruhan pelancong
yang tiba melancong di negeri Johor pada tahun lepas adalah seramai 9.98 juta
orang. Satu peningkatan yang sangat memberangsangkan. Berbanding sejumlah
3.9 juta orang pelancong pada tahun 2012.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Skudai telah menyentuh mengenai
Lapangan Terbang Senai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan
sentiasa berkomited dalam mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa
Senai sebagai hab penerbangan yang paling penting di rantau ini. Pihak Airport
turut sedang dalam proses menaik taraf supaya lebih berdaya saing
memandangkan permintaan penumpang yang tinggi. Statistik Senai Airport
melaporkan jumlah penggunanya telah meningkat daripada 1.99 juta orang pada
tahun 2013 kepada 2.82 juta orang pada tahun 2016. Suatu peningkatan sebanyak
432
42% sudah tentunya mensasarkan angka ini akan melepasi 3 juta orang pengguna
menjelang akhir tahun ini. Laluan penerbangan yang ada pun telah bertambah
kini pelancong dari 11 bandar dalam negara, 7 bandar raya antarabangsa.
Antaranya, Bangkok, Thailand, Ho Chi Minh City Vietnam, Jakarta dan Surabaya,
Indonesia, Guangzhou, China termasuk Macau, China dan Kolkata, India yang baru
dilancarkan pada dua hari yang lalu, dapat datang ke Johor menerusi jalan udara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi
memastikan industri pelancongan Johor terus menjadi penyumbang kepada
ekonomi Johor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa pembentangan Bajet
2018 telah mengumumkan enam inisiatif pelancongan besar yang nilai
pelaburannya sejumlah, sebanyak RM5.2 bilion serta peruntukan sebanyak RM6 juta
kepada Tourism Johor bagi merancakkan promosi dan penganjuran acara
pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri Johor. Kerajaan negeri akan terus
memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pelancongan negeri sebagai
usaha menyambut baik dan menyokong pengisytiharan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri bahawa tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan
negeri sentiasa melihat sektor pelancongan antaranya sektor yang sangat penting
kerana mewujudkan limpahan ekonomi yang besar terhadap negeri. Saya di sini
ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat, agensi-agensi kerajaan dan seluruh rakyat Bangsa Johor yang sentiasa
memberi pandangan dan sokongan yang membina terhadap pembangunan
sektor ini. Melihat kepada perkembangan sektor pelancongan Johor yang
terancang dan rancak ini, tidak mustahil bahawa hasrat untuk menjadikan Johor
sebagai destinasi pelancongan pilihan utama para pelancong ke Malaysia akan di
capai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Jorak telah membangkitkan hujah
tentang tahap kompetitif bagi sektor pengilangan kita. Untuk makluman Dewan
yang mulia ini, persekitaran pelaburan kita masih lagi kompetitif dan terus menjadi
satu destinasi yang selamat di Asian berikutan adalah infrastruktur fizikal dan institusi
yang lengkap berbanding dengan negara lain di benua ini. Ekonomi nasional
dijangka terus mencatatkan inflasi yang rendah lebihan akaun semasa yang kukuh,
current money dari pertukaran yang stabil dan sektor perbankan yang mempunyai
daya tahan walaupun ekonomi global semasa berhadapan kegawatan dan
cabaran ekonomi global. Pelaburan asing juga senang dan jelas terhadap dasar-
dasar yang diamalkan kerajaan yang juga mesra peniagaan dan memudahkan
urusan pelabur. Ini terbukti dengan penarafan yang diberikan agensi
antarabangsa yang menunjukkan daya saing Malaysia semakin kompetitif melalui
pelaksanaan langkah-langkah yang membantu perniagaan.
Antara pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetitif kepada
pelabur-pelabur asing oleh badan-badan profesional yang diiktiraf seluruh dunia
seperti negara paling bagus untuk dilabur oleh BAV Consulting and the wharton
scholl of the University of Pennsylvania 2017 dengan izin, third protecting Investors
daripada World Bank Doing Business 2017 Report dengan izin, dan Twelve
Manufacturing Value Added daripada Bloomberg Innovation Index 2017 dengan
izin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepertimana yang kita sedia maklum Johor telah
muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi baharu di Malaysia dan rantau ini. Johor
telah mencapai kedudukan nombor satu dalam menarik nilai pelaburan sektor
pembuatan dari tahun 2013 sehingga 2016 dengan jumlah nilai pelaburan
sebanyak RM93 bilion menerusi 678 buah projek pelaburan dengan mewujudkan
sejumlah kira-kira 65,000 peluang pekerjaan. Kerajaan negeri yang mengamalkan
433
dasar pro business dan mesra pelabur telah berjaya mengujudkan suatu ekosistem
pelaburan yang kondusif kepada pelabur pembuatan dan pengilang yang
berskala besar untuk menubuhkan kilang dan hab prinsipal di Johor. Bagi jumlah
nilai pelaburan domestik dan antarabangsa yang masuk ke Malaysia tahun yang
lepas terdapat 45% daripadanya jumlah ini melabur di negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Penggaram telah membangkitkan
soal mengenai kos sara hidup yang tinggi. Untuk makluman Dewan mulia ini,
kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap isu-isu melibatkan taraf hidup
rakyat pada masa ini. Negara kita merupakan salah sebuah negara yang
mengamalkan ekonomi terbuka di peringkat global dan sudah tentunya kita sedikit
sebanyak akan terjejas dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Kerajaan menerusi KPDNKK telah melaksanakan banyak inisiatif sebagai contoh
penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, kempen
harga berpatutan, skim kawalan harga musim perayaan, program penyeragaman
harga dan lain-lain. Kerajaan negeri pada masa yang sama melaksanakan banyak
inisiatif yang membantu meringan beban rakyat dan antara inisiatif yang ingin saya
nyatakan adalah Johor merupakan satu-satunya negeri yang memperuntukkan
bagi menganjurkan program-program mengurangkan kos sara hidup rakyat
dengan kerjasama KPDNKK seperti Festival Track Johor dan Karnival Jualan Mega
Muafakat Johor. Di sini saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Johor kerana terus menyokong inisiatif ini dengan memperuntukkan
bajet sejumlah RM1 juta bagi memanfaatkan lebih ramai pengguna. Program ini
bermatlamat meningkatkan kesedaran pengguna untuk membeli barang
keperluan harian yang berjenama in house dan membeli produk terus dari kilang
kepada pengguna dengan harga yang rendah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berharap agar rakan-rakan di sebelah sana
janganlah berfikiran sempit. Dan janganlah suka mencari salah dan silap setiap
usaha kerajaan. Mereka perlu bersama-sama dengan seluruh rakyat bangsa Johor
daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyokong Johor Berkemajuan
bersama-sama menyertai Team Johor untuk membangunkan Dekad Baharu yang
sejahtera demi kepentingan rakyat Bangsa Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demikianlah beberapa perkara yang dapat saya
jelaskan pada hari ini dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan
mengenai isu-isu bawah portfolio saya dalam sesi perbahasan di Dewan yang mulia
ini. Kalau ada perkara yang terlepas pandang mohon tindakan susulan daripada
jabatan-jabatan di bawah portfolio saya sepanjang persidangan Dewan yang
berlangsung sehingga hari ni saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap
serta terlanjur kata. Akhir kata, dengan Bajet 2018 ini mudah-mudahan Johor akan
menuju ke satu arah baru dalam 10 tahun akan datang. Sekian, terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Tak ada pantun ke? Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan. Ini adalah merupakan perbahasan yang, YB yang paling pendek
sekali. Saya teruskan, sila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam
sejahtera, salam Muafakat Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di
atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam penggulungan
perbahasan atas Rundingan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang
Enakmen Perbekalan (2018) tahun 2017.
434
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan
cadangan serta pandangan tentang perkara-perkara yang berhubung kait
dengan jabatan-jabatan di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat negeri Johor.
Sirih sekapur berserta pinang, hiasan permata saya sertakan, salam dihulur akhir
persidangan, kepada Ahli Yang Berhormat yang saya muliakan.
Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, saya juga merakamkan
ucapan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih dan tahniah kepada Duli
Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang
Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim sempena hari ulang
tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 22 November 2017. Semoga
dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku, berada dalam lindungan Allah SWT
serta sihat sejahtera dan negeri Johor kekal aman makmur, maju dan rakyatnya
hidup bermuafakat dan bersatu di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Semarang
yang telah memfokuskan perhatian kepada pemerkasaan golongan wanita. Suka
saya menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar Johor atas pembentangan Bajet 2018 pada 23 November yang lalu.
Yang mana ianya merupakan bajet inklusif kepada semua kumpulan sasar
terutama kepada kanak-kanak, belia, warga emas, wanita, Orang Kurang Upaya
dan masyarakat Orang Asli di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat negeri Johor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam
memperkasa golongan wanita dalam usaha kerajaan negeri Johor membantu
wanita. Terutama dari golongan berpendapatan rendah supaya terus berdaya
saing bagi meningkatkan pendapatan serta menyumbang kepada taraf hidup
keluarga. Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta pada
tahun 2018 bagi meneruskan Program Bantuan Peralatan Perniagaan kepada ibu
tunggal dan wanita berpendapatan rendah melalui Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Takzim dalam menggalakkan wanita untuk berniaga. Seterusnya,
dapat mengembangkan perniagaan dan berdikari. Sejak tahun 2003 hingga kini
sebanyak RM1.9 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut dan seramai 366
orang telah menerima bantuan, selain melatih seramai 8,422 orang ibu tunggal dan
wanita berpendapatan rendah dari seluruh daerah di negeri Johor. Dengan 251
pelbagai jenis kursus kemahiran menerusi Program Kursus Kemahiran kepada
golongan sasar.
Selain itu, kerajaan negeri telah melaksanakan Program 2 Years Muafakat Johor
iaitu 2 years exit programmes pada tahun 2017. Seramai 20 orang penerima telah
mendapat manfaat dan dari jumlah tersebut seramai `12 orang ataupun 60%
adalah wanita. Inisiatif ini diperkemaskan lagi menerusi Bajet 2018 yang mana
kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan RM300,000.00 bagi membantu
seramai 100 penerima bantuan JKM yang ingin memulakan perniagaan akan
menerima pemberian geran permulaan perniagaan bernilai RM3,000.00 seorang.
Mereka akan dibimbing dan dipantau rapi agar boleh menjana pendapatan sendiri
melalui perniagaan dalam tempoh dua tahun dengan objektif agar klien Jabatan
Kebajikan masyarakat ini boleh berdikari dan keluar dari menerima bantuan JKM.
Bagi memastikan klien JKM yang berpotensi untuk berdikari ini terus dibantu,
kerajaan persekutuan juga turut memperuntukkan sebanyak RM2,700.00 bagi
435
penerima bantuan 2 years Exit Programme. Dan bagi tahun 2016 hingga 2017,
seramai 190 ataupun 54.2% adalah wanita berbanding jumlah keseluruhan
penerima iaitu 350 orang.
Untuk makluman, dari 45,302 klien JKM, seramai 24,480 ataupun 54% penerima
bantuan adalah terdiri daripada wanita yang berpendapatan rendah dan ibu
tunggal. Selain memperkasa wanita itu sendiri, kerajaan negeri Johor turut
mengambil inisiatif dalam masyarakat dengan memperuntukkan sebanyak
RM300,000.00 bagi meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga melalui
pelaksanaan program pemerkasaan keluarga dan komuniti dan kempen
menangani keganasan terhadap wanita.
Program yang dinamakan Face secara dasarnya telah dilaksanakan selama 1
tahun bertempat di rumah pangsa Laman Tasek Johor Bahru dan di Kampung
Jawa, Segamat. Dan program ini memfokuskan kepada kepentingan institusi
keluarga menerusi program komuniti untuk membina masyarakat yang produktif
dan sejahtera. Dengan melaksanakan program yang memberi fokus kepada
pengukuhan, institusi keluarga dan komuniti.
Program Face ini dilaksanakan melalui kaedah yang komprehensif iaitu dengan
mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di komuniti
yang dipilih. Setelah kita mengenal pasti isu dan keperluan tersebut, maka akan
dirancang evidence base, dengan izin, program intervensi yang sesuai dan
diperlukan.
Komuniti yang dipilih akan diukur indeks kesejahteraan keluarga (IKK) dan terdapat
8 aspek ataupun domain yang digunakan bagi mengukur IKK, iaitu :
1. Hubungan kekeluargaan
2. Keluarga dan komuniti
3. Ekonomi keluarga
4. Keselamatan keluarga
5. Kesihatan keluarga
6. Agama serta kerohanian
7. Persekitaran dan perumahan
8. Teknologi dan komunikasi
Dan, satu soal selidik tinjauan kesejahteraan keluarga di peringkat komuniti
dilaksanakan. Program intervensi bagi domain yang rendah akan diutamakan
namun program bagi intervensi yang lain juga akan dilaksanakan bagi membantu
mengekalkan kesejahteraan komuniti.
Bagi mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan, sambutan bulan keluarga
kebangsaan 1 Malaysia telah disambut setiap bulan November bertemakan ‘Saya
Sayang Keluarga Saya’ melalui lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara. LPPKN turut melaksanakan Program Mama Care yang turut dimanfaatkan
oleh 40 orang wanita yang telah mendapat menjana pendapatan antara
RM500.00 hingga RM6,000.00 sebulan kepada wanita yang terlibat.
Bagi Pejabat Pembangunan Wanita negeri Johor turut menyediakan latihan
kemahiran dan bimbingan keusahawanan bagi menggalakkan penyertaan wanita
dalam aktiviti ekonomi untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup
mereka iaitu dalam Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT) dan juga
Program Inkubator Keusahawanan Wanita (IQWanita). Dalam menggalakkan ibu
tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah mengeluarkan produk tersendiri
436
bagi menambah pendapatan, IRDA bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Takzim untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mewujudkan
platform untuk memasarkan dan mempromosikan produk hasil usahawan wanita
berpendapatan rendah dan juga ibu tunggal serta memperkembangkan jaringan
perniagaan golongan ini. Dan seramai 60 orang peserta dijangka bakal mendapat
manfaat daripada program ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan di bawah Pelan Pembangunan Strategik Johor
(PPSJ) dalam era teknologi maklumat ini, kerajaan negeri Johor telah melaksanakan
Women Enterpreneur Programme sebagai salah satu inisiatif kepada usahawan
wanita berpendapatan rendah untuk menjalankan urus niaga secara online
dengan tenaga pengajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Dan seramai
220 orang wanita telah pun kita latih bagi meningkatkan pendapatan mereka
walaupun berada di rumah. Ini bertepatan dengan konsep jabatan-jabatan di
bawah portfolio saya yang turut menjadikan home based sebagai asas dalam
melatih wanita bekerja.
Sehubungan itu, bagi memudahkan penyaluran bantuan mengikut keperluan
golongan sasar, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim telah menambah
baik Sistem Maklumat Ibu Tunggal (SMIT) dengan melancarkan pendaftaran online
di Karnival Hari Wanita peringkat negeri Johor pada 18 November yang lalu.
Sebelum ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita menggunakan secara manual ya,
mulai tahun 2012.
Dan, setiap tahun sebenarnya kerajaan negeri Johor juga memberikan
pengiktirafan menghargai segala jasa peranan dan pengorbanan wanita yang
berjaya dan menjadi contoh kepada wanita lain dengan pemberian Anugerah
Tokoh Wanita. Dan anugerah ini kita raikan pada setiap tahun dalam Karnival Hari
Wanita peringkat negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ADUN Sungai Balang membangkitkan dengan
sistem pembelajaran di PDK serta mencadangkan dibuka sebuah vokasional PDK.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain,
sebagaimana yang telah saya sentiasa nyatakan bahawa terdapat 73 buah PDK di
negeri Johor ini dan merupakan PDK yang terbanyak di seluruh negara. PDK
merupakan satu tempat pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani
pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana peluang kepada OKU
menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi
dengan masyarakat. PDK melaksanakan program berteraskan kepada 3 Modul
iaitu home based, centre based dan centre home based. Dan antara aktiviti PDK
adalah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan sosial,
perkembangan bahasa, pengurusan diri sendiri, latihan vokasional, terapi muzik,
sukan dan juga rekreasi.
Latihan vokasional yang dijalankan di pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
meliputi aktiviti asas kemahiran motor kasar dan motor halus. Kemahiran asas
vokasional dan cara penggunaan alat pertukangan, pertanian serta peralatan-
peralatan yang ada di rumah atau PDK yang merupakan penyediaan awal bagi
melengkapkan diri OKU dalam membangunkan kebolehan dan kemahiran
mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Latihan vokasional yang disediakan
dapat dikaitkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan
ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan mahu pun swasta. Dan, bagi
memperkukuhkan latihan ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang
dinamakan Empowerment Economy Project kepada beberapa PDK yang terpilih
untuk menjalankan projek ekonomi sebagai modal untuk mulakan projek bagi
437
menjana ekonomi PDK. Dan peruntukan tersebut merangkumi peralatan dan
bahan serta kos projek yang dijalankan.
Sebanyak 9 PDK di negeri Johor telah menerima RM18,000.00 bagi setiap projek
pada tahun 2016, yang memfokuskan kepada aktiviti jahitan dan seterusnya
diperluaskan kepada 18 buah PDK lagi dengan nilai RM10,000.00 untuk tujuan yang
sama dengan melaksanakan projek jahitan, homestay, pusat makanan ringan
ataupun sejak beku dan bakery. Dan projek-projek dijalankan ini akan dipantau
oleh Pegawai JKM di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan projek
dijalankan dengan baik dan lancar. Namun begitu, latihan pemulihan diberikan
kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Kemasukan ke institusi pemulihan
seperti Taman Sinar Harapan dan juga perlindungan dan jagaan kepada OKU yang
mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah seperti latihan pemulihan
kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, sukan dan
rekreasi,pendidikan agama dan moral serta aktiviti luar. Bagi memperkasakan
pelajar OKU yang berpotensi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan juga telah
mewujudkan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura yang
memfokuskan kepada 189 pelajar. 110 lelaki, 79 perempuan yang terdiri daripada
golongan OKU kategori pekak, ketidakupayaan fizikal dan penglihatan, yang
menawarkan kursus dandanan rambut, desktop publishing, perkhidmatan estetik,
house keeping operation, penyediaan dan perkhidmatan makanan dan
refleksologi. Maknanya kita telah pun mempunyai Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Pendidikan Khas Vokasional tetapi insya-Allah ianya akan diperluaskan
sebagaimana yang dinyatakan, dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Balang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ADUN Yong Peng menyarankan agar peruntukan
ujian saringan mamogram percuma yang katanya kerajaan negeri Johor tak
masukkan dalam Bajet 2018. Sebenarnya tak kiralah, Yang Berhormat ADUN Yong
Peng, sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan semuanya adalah
kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa memberikan kerjasama, memberikan
tumpuan kepada rakyat di seluruh negara ini. Dan dalam Pembentangan Dasar
Bajet 2007, sebenarnya telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00
berbanding kos yang perlu ditanggung tanpa subsidi iaitu RM100.00 bagi setiap
ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di Pusat Mamogram yang berdaftar
dengan LPPKN. Dan wanita yang layak mendapat subsidi ini adalah warganegara
Malaysia atau penduduk tetap yang berumur 40 hingga 69 tahun dengan
pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah sebulan dan menepati kriteria-
kriteria sebagaimana yang disyaratkan. Dan bagi tempoh tahun 2014 hingga 2017,
seramai 10,122 orang telah pun menerima manfaat subsidi mamogram di negeri
Johor.
Selain daripada subsidi mamogram Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu program
yang bertajuk, ‘Well Being Woman’ ataupun WOW iaitu Program Pemerkasaan Pap
Smear secara percuma kepada seluruh wanita di Malaysia melalui LPPKN juga iaitu
di bawah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Pelaksanaan program dijalankan melalui penyediaan perkhidmatan di
98 buah Klinik Nur Sejahtera seluruh Malaysia. Di mana negeri Johor terdapat 7 klinik
Nur Sejahtera yang menyediakan perkhidmatan ini. Outreach programme juga
turut dijalankan bersama NGO’s, agensi kerajaan, swasta dan juga melalui Majlis-
438
Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga di setiap Parlimen. Dan melalui program ini
kerajaan mensasarkan seramai 50,000 orang wanita di seluruh negara boleh
mendapat manfaat daripadanya. Dan sehingga November 2017, LPPKN Negeri
Johor mencatatkan seramai 2,166 orang wanita yang telah menjalani ujian pap
smear.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhirnya, saya akhiri penggulungan saya dengan
sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, pendapat dan juga
persoalan yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang dan tanggungjawab
saya. Terima kasih juga kepada semua ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah
portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan semua ketua-ketua
jabatan dan agensi yang lain yang sentiasa memberikan kerjasama kepada saya
sepanjang perkhidmatan saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab terhadap
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semoga dengan kerja
berpasukan ini insya-Allah, Johor akan terus maju dan paling membangun serta
sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kerana telah memberi peluang juga
kepada saya dan sebagaimana rakan yang lain saya juga ada 2 rangkap pantun,
sebelum mengakhiri penggulungan saya, Seluas Jauhar gilang-gemilang; tersisir
kota tenang-tenangan; budi terbilang tidakkan hilang; itu menjadi kenang-
kenangan. Teluk Sengat seluas lautan; pohon selasih saya tanamkan; sekalung budi
sekalung sejuta ingatan; terima kasih saya ucapkan. Sekian, wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YB Timbalan Speaker :Wassalam. Ini pun rekod juga ya. 12 minit sahaja . Jemput
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini pun saya rasa
ringkas juga.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang, salam sejahtera, salam Muafakat
Johor. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya berikan
ucapan penggulungan bagi pihak kerajaan yang berkaitan dengan Perumahan
dan Kerajaan Tempatan dalam Persidangan Yang Kelima Bagi Dewan Negeri Johor
Ke 13. Hari ini saya rasa aman kerana nampak ruang waktu yang sangat lebar,
boleh beri ruang untuk saya..
YB Timbalan Speaker : Jangan dihabiskan waktu tu...
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Mendahului
bicara saya dengan rasa rendah diri merafak sembah dengan ucapan setinggi-
tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk
Johor sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda Tuanku pada 22 November yang
lalu. Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan
syabas pada pasukan bola sepak negeri Johor di bawah naungan Duli Yang Amat
439
Mulia Tuanku, Tunku Mahkota Johor yang telah menjuarai Piala Malaysia pada 4
November yang lalu.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Datuk Bandar dan juga seluruh Ahli Majlis
berserta kakitangan atas pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang
dahulunya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan telah
disempurnakan pengisytiharannya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim pada
hari Keputeraan Baginda yang lalu. Dengan pengisytiharan tersebut, ia menjadikan
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai Bandaraya yang kedua di negeri Johor
dan yang ketiga belas di Malaysia. Ini jelas menunjukkan Johor berada di landasan
yang betul dalam memacu pembangunannya ke arah Johor Berkemajuan Pada
Dekad Baharu yang akan datang. Sesungguhnya segala kerja keras ini telah
membawakan hasil yang dinantikan oleh Bangsa Johor khususnya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, “Membangun Dekad Baharu Yang
Sejahtera untuk Johor”, jadi tema yang unggul dalam Bajet 2018 negeri Johor Darul
Takzim. Satu tema yang sangat jelas hala tujunya. Saban hari kita lihat tanah air
kita yang dicintai ini sedang selangkah demi selangkah mencipta kejayaan dengan
nilai pelaburannya yang semakin meningkat, pembangunan fizikalnya yang
semakin rancak di kawasan perbandaran, peningkatan kemudahan infrastruktur
awam, pemuliharaan dan pemeliharaan persekitaran, pembangunan dunia
teknologi digital tanpa sempadan dan pelbagai lagi. Tapi ada satu perkara yang
kita tidak pernah lupa, apatah lagi untuk kita pinggirkan iaitu kesejahteraan rakyat.
Dengan 153 Titik Sentuhan yang diperkenalkan oleh, yang dikemukakan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar, kita percaya tiada satu pun golongan sasaran yang
dipandang sepi. Malah secara peribadi saya yakin dan percaya perkara-perkara
yang menyentuh portfolio Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan dapat
dijayakan dengan sebaiknya.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, izinkan saya membuat penggulungan
mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan, Ahli-Ahli
Yang Berhormat sama ada dari pihak kerajaan ataupun juga pihak pembangkang.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang
Berhormat yang mengambil bahagian dalam bahaskan ucapan Bajet 2018 yang
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang menyentuh
berkaitan perkara-perkara soal perumahan, kerajaan tempatan dan kemudahan
Bas Muafakat Johor.
Yang Berhormat Parit Yaani, ada membangkitkan isu berkaitan dengan lambakan
harta tanah di Johor seperti mana yang terkandung dalam Laporan Buletin Suku
Tahun Bank Negara 2017, kerajaan negeri sangat mengambil maklum akan perkara
ini. Hasil dapatan Laporan Buletin Suku Tahun Bank Negara mendapati bahawa
pada suku tahun pertama 2017 jumlah keseluruhan harta tanah kediaman yang
tidak terjual di Malaysia adalah sebanyak 130,690 unit. Jumlah harta tanah yang
tidak terjual ini termasuklah harta tanah yang telah di siap dan dalam proses
pembinaan. Melalui angka ini juga, Johor dikatakan antara negeri yang
mempunyai bahagian unit kediaman tidak terjual yang terbesar iaitu sebanyak 27%,
diikuti oleh negeri Selangor 21%, Kuala Lumpur 14% dan Pulau Pinang 8%. Secara
440
tidak langsung, lambakan unit-unit yang tidak terjual ini akan menimbulkan
ketidakseimbangan pasaran harta tanah yang ketara. Kesannya, pertama; pemaju
akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pembiayaan pembangunan,
dengan izin, bridging loan. Dan kedua, bakal pembeli pula akan mengalami
penambahan kesulitan untuk mendapatkan pembiayaan perumahan, dengan izin,
end financing.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, sesungguhnya kerajaan negeri tidak akan
mengambil remeh akan perkara ini. Langkah proaktif dan holistik sedang dan akan
terus diusahakan. Pada masa yang sama kerajaan negeri sentiasa mengikuti trend
pasaran semasa. Melalui sesi engagement, dengan izin, bersama pemegang taruh
seperti Bank Negara Malaysia, cawangan Johor, Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta dan juga Persatuan Pemaju Harta Tanah Dan Perumahan
Malaysia ataupun REHDA cawangan Johor. Berdasarkan dapatan Pasaran Awal
Harta Tanah 2017 di dalam Majlis Taklimat Laporan Awalan Pasaran Harta Tanah
Tahun 2017 yang dibentangkan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Disember 2017 menyatakan bahawa
hartanah berkategori perumahan tidak termasuk SOHO, dengan izin, Small Office
Home Office dan pangsapuri perkhidmatan.
Untuk negeri Johor mencatatkan kadar yang tidak terjual hanyalah sebanyak 3,803.
Daripada 27% yang dimaksudkan itu sebenarnya unit kediaman yang tidak terjual
hanyalah 3,803 unit sahaja. Iaitu kedua tertinggi berbanding dengan negeri Kedah
yang mencatatkan 4,363 unit perumahan yang tidak terjual dan negeri Selangor
sebanyak 3,664 unit. Ini bermakna laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
bersifat umum dan tidak spesifik kepada isu ketidakseimbangan kependudukan
unit-unit perumahan sahaja. 27% jumlah harta tanah ini adalah termasuk juga
pangsapuri perkhidmatan dengan izin, service apartment dan juga SOHO
sedangkan kedua-dua ini adalah sebenarnya di dalam kategori komersial dan
bukan kediaman.
Dalam masa yang sama, kita melihat bahawa pasaran unit-unit perumahan di
Johor adalah bersifat terbuka dan terdedah kepada segmen pembelian tempatan
dan juga antarabangsa. Sebab itu, kita tidak begitu bimbang dengan jumlah 3,803
unit ini kerana menurut Bank Negara cawangan negeri Johor sendiri, sebahagian
daripada unit yang tidak dijual ini berada di kawasan zon antarabangsa yang
mana pelabur-pelabur ini khususnya Forest City, Country Garden dan RNH memang
sentiasa mengadakan promosi-promosi yang berterusan dari masa ke semasa dan
mereka yakin bahawa sebenarnya unit-unit ini akan boleh terjual. Keunikan
pasaran perumahan di Johor adalah kerana kita masih menetapkan ruang
kawalan dalam pemilikan asing seperti dikenakan bayaran levi tertentu bagi
sesebuah pembangunan melibatkan pembangunan serta hak milik harta tanah
asing tersebut. Dan juga ketetapan peruntukan pembangunan perumahan untuk
segmen pasaran asing atau di zon antarabangsa sepertimana yang digariskan
dalam master plan Koridor Pembangunan Selat Johor. Dalam masa yang sama,
polisi dan dasar perumahan negeri Johor masih lagi menjamin hak pembeli
tempatan, baik Bumiputera dan juga bukan Bumiputera.
441
Yang Berhormat Gambir ada membangkitkan supaya kerajaan sentiasa melakukan
penambahbaikan di dalam isu perumahan ini. Terdapat 5 fokus utama yang telah
digariskan oleh kerajaan negeri Johor di dalam menambah baik isu perumahan
termasuklah dalam menangani isu lambakan hartanah di negeri Johor ini. Antara
ruang yang menjadi fokus kerajaan negeri untuk ditambah baik bagi tujuan untuk
mencari penyelesaian yang berbangkit. Pertama, yang meningkatkan kecekapan
pengurusan pendaftaran dan pengagihan perumahan rakyat Johor. Terdapat
ruang yang boleh ditambah baik dalam sistem pendaftaran dan pengagihan yang
dikendalikan oleh SUK Bahagian Perumahan negeri Johor. Beberapa isu, dalam
pemerhatian, pertama, bagaimana untuk menyaring lambakan permohonan yang
berterusan? Kedua, bagaimana untuk membentuk kerjasama dengan pelbagai
pihak, sama ada pemaju dan juga anak syarikat kerajaan untuk mengimbangi
permintaan permohonan yang melebihi penawaran bekalan unit rumah dari masa
ke semasa?
Ketiga, bagaimana untuk membantu permohonan yang telah disaring
mencatatkan jumlah tertinggi dan berstatus gagal memperolehi pinjaman
perumahan daripada institusi perbankan komersil? dan yang keempat, keperluan
untuk membuat tapisan dari sudut, kepercayaan rekod kredit pemohon. Kerajaan
juga sedang memikirkan kaedah yang lebih baik untuk memperluaskan
kemudahan pengurusan yang melibatkan SUK Perumahan Johor, di pejabat
cawangan di setiap daerah dalam negeri Johor. Ini ialah untuk memudahkan
urusan orang awam dari sudut mendapatkan informasi pembaharuan sijil dan
sebagaimananya. Umpamanya dalam soal pembaharuan sijil layak untuk rumah
kos rendah pada hari ini pembeli perlu datang ke SUK Perumahan yang berada di
sama ada di UTC, Johor Bahru ataupun di Kota Iskandar. Untuk masa akan datang,
kita sudah mencadangkan untuk mempermudahkan pembeli, mereka boleh
berurusan di wakil-wakil kita yang berada di daerah. Dalam masa yang sama,
sistem pengagihan secara undian, akan diteruskan dari masa ke semasa, supaya
ianya akan lebih adil dan saksama.
Fokus yang kedua penambahbaikan prosedur permohonan pembiayaan skim
penyediaan Rumah Mampu Milik Johor khususnya yang berkaitan dengan skim
pembiayaan perumahan di bawah AmBank Islamic. Dalam usaha untuk
menjadikan kaedah pemprosesan dan tapisan dan pembiayaan lebih efektif
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan prosedur permohonan dan
menjadi perhatian kerajaan. Antara langkah yang dicadangkan, pertama, akan
mewujudkan satu unit khas di Bahagian Perumahan Johor yang bertindak sebagai
agen untuk membantu memproses dan menghantar permohonan daripada
pemohon kepada pihak AmBank Islamic Berhad. Kedua, meletakkan satu garis
masa yang munasabah bagi tujuan proses tapisan dan keputusan permohonan
yang dikeluarkan oleh pihak AmBank Islamic Berhad. Maknanya, selepas ini kita
akan berikan KPI kepada pihak AmBank Islamic setiap satu julat masa mereka
mestilah memproses untuk dibawa kepada kelulusan mengikut jumlah-jumlah yang
kita tetapkan. Ketiga, menambah baik sistem penyampaian dan juga mempergiat
promosi di pihak cawangan AmBank Islamic itu sendiri berkenaan produk dari segi
penyediaan ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, fokus ketiga penambahbaikan dalam
menyediakan bekalan perumahan bagi kumpulan fokus termasuklah juga
melibatkan golongan pertengahan. Iaitu mereka yang tidak layak untuk mohon
rumah dalam kategori rumah kos rendah. Menyedari keperluan rumah bukan
sahaja untuk mereka yang berpendapatan rendah, kerajaan negeri telah
bercadang untuk mengambil pendekatan baru dengan memperkenalkan harga
rumah yang bernilai RM250,000.00 hingga RM400,000.00 seunit.
442
Melalui Bajet 2018, YAB Menteri Besar telah mengumumkan inisiatif kerajaan negeri
melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang akan membangunkan dua
kawasan utama iaitu Taman Pelangi Indah dan Taman Rinting bagi memenuhi
keperluan golongan pertengahan ataupun yang disebut sebagai M40 dengan izin.
Dalam masa yang sama bagi memperkukuhkan lagi hasrat kerajaan negeri Johor
juga akan sentiasa berbincang dengan, akan bekerjasama dengan Persatuan
Pembeli Rumah Malaysia ataupun REHDA cawangan Johor serta institusi kewangan
dan juga agensi yang lain bagi merangka satu inisiatif tambahan lagi bagi
menyediakan lebih banyak perumahan untuk menampung permintaan golongan
M40 ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan akan bekerjasama dengan REHDA
untuk membina sebanyak 10,000 unit rumah yang berharga antara RM250,000.00
hingga RM350,000.00 yang kita jangka akan dapat disiapkan dalam masa dalam
tempoh 3 tahun yang akan datang. Walau bagaimanapun, kerjasama ini akan
tertakluk kepada terma-terma yang dipersetujui tanpa menjejaskan sasaran
pembinaan rumah kos rendah ataupun rumah mampu milik.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, fokus keempat kerajaan negeri juga
sedang menjalankan kajian segera bagi mendalami isu perumahan secara
keseluruhannya sebelum sebarang tindakan susulan dilaksanakan. Pengumpulan
data-data tinjauan dan pandangan dari pelbagai pihak akan diselaraskan dan
dirumuskan melalui kaedah terkini dan secara real time dengan izin, selaras dengan
perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Digital Johor 4.0. Tindakan
susulan ini akan direncanakan secara terperinci dan berperingkat iaitu langkah
atau tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang memastikan
penyelesaian yang holistik dan menang-menang ataupun win-win situation, dengan
izin, kepada semua pihak dapat dilaksanakan.
Fokus yang kelima, menubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji keperluan
untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru bagi menangani isu ketidakseimbangan
tanah bersama pihak berkepentingan di negeri Johor berdasarkan data-data yang
kita perolehi melalui analisis oleh Digital Johor 4.0 yang saya katakan tadi.
Seterusnya adalah diharapkan hasil dapatan yang akan dicadangkan oleh
jawatankuasa ini dapat mewujudkan senario pasaran hartanah yang lebih positif
dan menarik sama ada untuk pasaran tempatan ataupun di pasaran
antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, bermula 20 Ogos 2014 kerajaan negeri
telah mensyaratkan 40% komponen daripada setiap pembangunan perlulah
didaftarkan sebagai pemilikan Bumiputera. Ini adalah sebagai usaha untuk
memberi imbangan kepada setiap pemilikan hartanah yang terdiri daripada
komponen seperti rumah kediaman, service apartment, dengan izin , kedai
perniagaan dan kilang dan sebagainya untuk dimiliki oleh golongan Bumiputera di
negeri Johor. Melalui dasar yang diperkenalkan ini, ianya memberi penekanan
bahawa industri hartanah di Johor adalah berdaya saing. Dan dengan kerancakan
industri ini, ia menyebabkan peningkatan hartanah yang berdaftar boleh
dimanfaatkan sama ada oleh pembeli Bumiputera, pembeli bukan Bumiputera dan
juga pembeli bukan warganegara. Kerajaan negeri sentiasa optimis untuk
menambah baik polisi terkini yang bersesuaian dengan keputusan, dan dengan
keperluan semasa sambil mengambil kira, kesan dan juga outcome, dengan izin
yang positif daripada pengenalan polisi-polisi baru tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, dalam memperkasakan pelaksanaan
dasar perumahan rakyat Johor kerajaan negeri pada tahun 2014 telah mewujudkan
apa yang disebut sebagai Task Force Perumahan Johor dengan izin. Task force ini
443
berperanan sebagai badan pemantau pelaksanaan projek perumahan rakyat
Johor secara holistik di mana laporan pemantauan secara berkala berasaskan suku
tahunan akan dibentangkan di peringkat negeri. Bagi memperhalusi lagi kaedah
pelaksananya kerajaan negeri juga telah memberi mandat kepada Pegawai
Daerah untuk mempengerusikan mesyuarat task force ini di peringkat daerah.
Mesyuarat Task Force ini menjadi platform kepada Pejabat Daerah dan Pihak
Berkuasa Tempatan untuk melaporkan perancangan pembangunan dan status
pelaksanaan yang dilaksanakan oleh pihak pemaju di setiap daerah. Melalui
platform ini juga, Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan mempertimbangkan apa-
apa permohonan Kebenaran Merancang jika ia tidak mematuhi Dasar Perumahan
Rakyat Johor.
Namun begitu, ada juga sesetengah pengurangan unit Dalam Dasar Perumahan
Johor yang dipertimbangkan tapi itu di peringkat kerajaan berdasarkan kepada
trend permintaan yang direkodkan di portal e-Rumah dan juga pihak pemaju perlu
membayar ganti rugi dalam bentuk sumbangan penalti bagi unit yang tidak dibina.
Maknanya di setengah-setengah tempat, mungkin dalam permohonan itu asalnya
dia kena buat rumah berstrata tapi keperluan permintaan di situ mereka tak nak
buat rumah, apa nama strata jadi pertimbangan ini akan dibuat di peringkat
kerajaan dan juga dipersetujui maka akan dipantau di peringkat daerah dan pihak
pemaju akan dibayar ganti rugi akan ditentukan oleh kerajaan. Merujuk kepada
perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangkak mengenai jumlah
pembinaan rumah di daerah Tangkak. Melalui rekod Task Force Perumahan Negeri
Johor, dijangka sebanyak 1,279 unit rumah yang akan disiapkan dari tahun 2018
hingga 2020. Sebanyak 281 unit rumah telah siap dibina dan telah ditawarkan di
daerah Tangkak pada masa ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, merujuk kepada perkara yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Balang, setakat ini Rumah Transit Belia
Negeri Johor akan dilaksanakan di dalam Program Perumahan Rakyat ataupun PPR
Melana Indah yang melibatkan sebanyak 390 unit rumah dan kerjasama Jabatan
Perumahan Negara yang memfokuskan kepada golongan belia. Rumah Program
Rumah Transit ini juga bertujuan bagi memberi kemudahan perumahan secara
sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18
hingga 30 tahun. Rumah transit ini disewakan dengan kadar RM250.00 sebulan
untuk tempoh sewaan permulaan selama tiga tahun dengan opsyen lanjutan
selama 1 tahun, tertakluk kepada prestasi dan rekod bayaran sewaan serta
pematuhan syarat-syarat penyediaan sewaan. Kerajaan negeri Johor juga positif
untuk menambah bilangan rumah transit pada masa akan datang bergantung
kepada permintaan dari masa ke semasa termasuklah yang di kawasan luar
Iskandar Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, setiap kali Persidangan Dewan Negeri,
Yang Berhormat Yong Peng, Yang Berhormat Penggaram pasti akan
membangkitkan mengenai Kuota Menegak Kerajaan. Saya ingin menjelaskan di sini
sekali lagi, di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa kuota ini diadakan untuk
menjadi satu mekanisme bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi
terlepas semasa proses pengundian atas pelbagai faktor termasuk proses
penyampaian, pendaftaran dan lain-lain. Mereka ini lebih dikenali ataupun jumpa
pemimpin-pemimpin tempatan.
Untuk makluman Yang Berhormat Yong Peng dan Penggaram kerajaan juga sejak
Januari 2017, telah meluaskan kuota ini kepada golongan belia dan juga Orang
Kelainan Upaya sebagai sebahagian daripada golongan yang diberikan
keutamaan dalam pengagihan ini. So, sehubungan itu, janganlah kita politikkan
444
perkara ini, hakikatnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kuota Menegak
Kerajaan diadakan dengan tujuan yang diagihkan oleh pemimpin setempat
kepada mereka yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan. Kita tidak
nafikan, bahawa setiap hari pasti ada sahaja penduduk setempat yang berjumpa
dengan pemimpin setempat untuk mengadu keperluan-keperluan harian yang
mereka tidak dapat penuhi termasuklah dalam isu untuk memiliki kediaman sendiri.
Yang Berhormat Penggaram dan Yang Berhormat Yong Peng usahlah bimbang,
pemimpin-pemimpin setempat terutamanya pemimpin dari pihak kerajaan tahu
pada siapa yang mereka patut berikan kuota ini. Malah kerajaan negeri melalui
Setiausaha Perumahan, Setiausaha Bahagian Perumahan akan sentiasa meneliti
semua dokumen serahan serta syarat-syarat miliki kediaman sebagaimana yang
termaktub dalam peraturan yang ditetapkan.
Bagi membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan negeri pada hari ini adalah satu
pentadbiran yang amat telus kepada rakyat, pihak Setiausaha Bahagian
Perumahan telah mengambil pendekatan iaitu pengagihan rumah secara
pengundian secara langsung. Sebagai contoh semasa kerajaan negeri
menganjurkan Ekspo Johor Berkemajuan pada Oktober yang lalu. Hampir 9 hari,
sepanjang 9 hari kita telah mengadakan undian secara jelas dan nyata di
hadapan orang ramai, tak termasuk cabutan undi yang dilakukan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar di projek-projek perumahan yang sebelum ini.
Dan satu lagi, saya nak tegaskan di sini bahawa ini tidak boleh sewenang-
wenangnya diagihkan kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang tapisan daripada
Pejabat SUK Perumahan. Mana-mana yang tidak mendapati kelayakan, pihak SUK
Perumahan akan tolak. Malah permohonan kuota ini juga mesti melalui
pendaftaran secara online. Mana-mana yang tidak memenuhi kriteria, sistem
online itu sendiri yang akan menolak , ataupun reject dengan izin, permohonan
tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh
beberapa perkara yang dibangkitkan di bawah Portfolio Kerajaan Tempatan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pelan Transformasi Pihak Berkuasa
Tempatan adalah satu gerak kerja strategik yang dibangunkan untuk meningkatkan
kualiti Pihak Berkuasa Tempatan dalam semua aspek dan mewujudkan suasana
persekitaran hidup yang lebih kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan
kepada rakyat setempat.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Pengkalan Rinting ada
membangkitkan tentang 7 penyata kewangan Pihak Berkuasa Tempat sahaja yang
sempat di bawa dalam sidang Dewan pada kali ini iaitu Majlis Bandaraya Johor
Bahru, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Simpangan
Renggam, Majlis Daerah Segamat, Majlis Daerah Labis dan Majlis Daerah Pontian.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 6 penyata kewangan yang telah
dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa tetapi belum sempat untuk di bawa ke Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu
Pahat, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Iskandar Puteri, Majlis Daerah
Mersing dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Manakala dua Pihak Berkuasa
Tempatan yang masih belum menerima sijil audit iaitu Majlis Perbandaran Kluang
dan Majlis Daerah Kota Tinggi.
Sebelum penyata kewangan ini dibawa ataupun dibentangkan di Dewan
Undangan, di Dewan ini, ia perlu di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan dahulu dan kemudian ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
445
Penyata kewangan Pihak Berkuasa Tempatan yang masih belum sempat
dibentangkan dalam Dewan ini ialah kelewatan yang disebabkan oleh:
1. Semasa proses pengauditan dibuat terdapat perkara-perkara berbangkit
yang memerlukan masa untuk dijawab.
2. Masalah sistem untuk penutupan akaun.
3. Terdapat pihak berkuasa tempatan yang belum menerima sijil audit.
4. Penyata kewangan perlu dibawa ke mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat
penuh pihak berkuasa tempatan.
Apabila telah siap kelak, dan disahkan, di semua peringkat jangan bimbang kita
akan bawa dalam Persidangan Dewan ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Parit Yaani telah
membangkitkan isu mengenai penguatkuasaan dalam, yang dilaksanakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan terhadap kilang-kilang haram. Pihak Berkuasa Tempatan
akan mengambil tindakan berdasarkan asas perundangan sedia ada
sebagaimana keperluan Seksyen 31 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
(Akta 172) berhubung penguatkuasaan ke atas premis-premis haram yang tidak
mempunyai permohonan kebenaran merancang atau pelanggaran ke atas syarat
kelulusan yang diberikan.
Antara tindakan yang boleh dijalankan termasuklah untuk Seksyen 27
Penguatkuasaan Dalam Hal Pelanggaran Seksyen 19 iaitu Larangan Terhadap
Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang, Seksyen 28 Penguatkuasaan Dalam Hal
Pelanggaran Seksyen 20 iaitu Larangan Terhadap Pemajuan Berlawanan
Kebenaran Merancang atau Seksyen 29 Penguatkuasaan Dalam Hal Pemajuan
Tidak Selaras Dengan Kebenaran Merancang Yang Diubahsuai sebagaimana
Seksyen 25 Pembatalan dan Pengubahsuaian Kebenaran Merancang.
Sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan mendapati terdapat pelanggaran atau
kegagalan pematuhan ke atas perkara-perkara yang ditetapkan akan
membolehkan tindakan undang-undang diambil termasuklah pengenaan denda
ataupun penjara.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Penggaram,
Yang Berhormat Gambir dan Yang Berhormat Tenggaroh ada membangkitkan
mengenai penyertaan kaum India dalam sektor perkhidmatan awam khususnya di
Pihak Berkuasa Tempatan.
Pihak Berkuasa Tempatan sebagai sebuah organisasi yang amat mementingkan
penyampaian yang cekap dan cemerlang telah melaksanakan pengambilan
kakitangan dari pelbagai kaum. Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan urusan
pengambilan kakitangan sebagaimana peraturan yang telah ditetapkan. Bila ada
kekosongan jawatan terlebih dahulu diiklankan oleh akhbar dan semua
permohonan akan melalui proses tapisan yang dilakukan berdasarkan syarat-syarat
serta keperluan dengan merujuk kepada pekeliling perkhidmatan dan peraturan
yang telah ditetapkan.
Seterusnya pihak pentadbiran berkuasa tempatan akan memanggil calon-calon
yang layak untuk menjalani sesi temu duga bagi jawatan-jawatan yang berkaitan.
Sehingga kini terdapat seramai 112 kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang
terdiri daripada kaum India yang meliputi pelbagai gred jawatan sama ada
446
jawatan kategori pengurusan dan profesional, kategori Sokongan 1 dan juga
kategori Sokongan 2.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Pengkalan
Rinting telah membangkitkan tentang keberkesanan Projek Pembangunan Di
Sungai Segget. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Projek Pembangunan
Sungai Segget ini telah bermula pada tahun 2014 yang melibatkan dua fasa iaitu
pertama, pembinaan sebuah loji rawatan kumbahan berpusat bernilai RM95 juta
dan kedua, menaik taraf Sungai Segget serta pemasangan paip kumbahan
dengan nilai RM112 juta. Projek ini adalah daripada peruntukan pembangunan
kerajaan persekutuan berjumlah RM207 juta. Ia bermatlamat untuk mengurangkan
pencemaran. Sikit lagi.
YB Timbalan Speaker : Kalau tak, nak tangguh ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Projek ini adalah,
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, projek ini adalah daripada peruntukan
pembangunan kerajaan persekutuan berjumlah RM207 juta. Ia bermatlamat untuk
mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti air Sungai Segget. Dan,
dengan siapnya projek ini pada Mac 2017, kualiti air yang diproses adalah standard
A iaitu mematuhi Malaysia Sewerage Industry Guidelines, dengan izin.
Cadangan reka bentuk asal yang menyerupai Venice di Italy dan hanya
membenarkan pejalan kaki yakni pedestrian sahaja melalui Jalan Wong Ah Fook
perlu dibuat pindaan setelah mendapat pandangan serta bantahan daripada
pemilik-pemilik premis di sepanjang jalan Wong Ah Fook kerana akan menjejaskan
perniagaan di samping kesukaran penghantaran barang-barang perniagaan.
Sebahagian besar daripada kos tersebut juga merangkumi kerja-kerja pengalihan
utiliti sepanjang Jalan Wong Ah Fook yang menelan belanja hampir RM40 juta yang
mana utiliti tersebut telah berusia berpuluh-puluh tahun malah ada setengahnya
telah berada di bawah Jalan Wong Ah Fook lebih 100 tahun.
Kejayaan projek ini juga perlukan kerjasama daripada semua pihak dalam
memastikan kualiti air Sungai Segget dapat dikekalkan. Ia termasuklah
penguatkuasaan, pendidikan, kesedaran kepada rakyat, penyelenggaraan yang
perlu dibuat secara berterusan. Pembangunan-pembangunan di dalam
Lembangan Sungai Segget ini perlu sentiasa dipantau bagi memastikan kelodak-
kelodak tidak dilepaskan ke dalam Sungai Segget.
Di samping Fasa 2 di atas yang telah disiapkan, pihak IRDA juga sedang dalam
proses melaksanakan Fasa 3 iaitu melandskapkan semula kawasan Sungai Segget.
Fasa 3 ini dijangka akan dilaksanakan pada suku pertama 2018. Projek Sungai
Segget ini juga akan dapat meningkatkan ekonomi di pusat bandar Johor Bahru
dari segi pembangunan-pembangunan komersil juga meningkatkan hasil kerajaan
negeri melalui kutipan cukai.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Penawar ada
membangkitkan mengenai penyediaan gerai kemudahan perniagaan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan Pengerang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pihak
Berkuasa Tempatan Pengerang akan memperkenalkan ruang niaga makanan
berkonsepkan food cabin, dengan izin, yang akan dibangunkan di kawasan
dataran Desaru Utama. Objektif utamanya adalah untuk memberi peluang
kepada usahawan-usahawan tempatan berniaga dengan selesa dan pada kadar
447
sewa yang berpatutan selain daripada mengurangkan kegiatan peniaga asing
atau peniaga yang tidak berlesen.
Pembinaan gerai kontena atau food cabin, dengan izin, ini bercirikan reka bentuk
moden dan teratur dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi membina ruang
niaga yang mengandungi 12 jenis gerai kontena yang dilengkapi dengan
kemudahan asas seperti tandas, surau, lot parking, galeri terbuka dan rumah
sampah. Projek ini sedang dalam proses tender dan Pihak Berkuasa Tempatan
Pengerang menjangkakan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada Januari
2018 dan akan siap dalam tempoh 6 bulan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Bekok ada
membangkitkan mengenai perkhidmatan Bas Muafakat Johor di kawasan Labis
dan Bekok. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu laluan Bas Muafakat Johor
akan dilaksanakan di daerah Labis pada tahun 2018 yang mana perkhidmatan Bas
Muafakat Johor akan melalui kawasan daripada Terminal Bas dan Teksi Labis, Pekan
Labis, Kampung Paya Merah, Taman Ria, Taman Seri Bayu, Taman Perling,
Perumahan Rakyat Labis dan ke terminal semula pada hari bekerja. Manakala
pada hujung minggu, laluan ini akan melalui kawasan Pekan Labis dan ke Kolam
Air Panas Labis melalui persimpangan FELDA Tenang.
Bagi laluan di daerah Labis ini, pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor telah
berbincang bersama-sama dengan Pihak Majlis Daerah Labis bagi memastikan
ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Labis. Perbadanan
Pengangkutan Awam Johor juga telah mengadakan satu sesi perbincangan
bersama wakil penduduk setempat bagi memastikan pemilihan laluan ini dapat
memaksimumkan penggunaannya.
Bagi perkhidmatan bas di kawasan Bekok, Perbadanan Pengangkutan Awam
Johor sedia maklum bahawa tiada lagi perkhidmatan bas di kawasan tersebut.
Perbadanan Pengangkutan Awam Johor juga telah memohon agar pengusaha
bas sedia ada di kawasan sekitar tersebut agar mengoperasikan bas di sekitar
kawasan Bekok akan tetapi pengusaha bas memohon agar diberikan bantuan jika
pengoperasian bas dilaksanakan di kawasan tersebut kerana kekurangan
permintaan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, inilah yang dapat saya sampaikan untuk
sesi penggulungan kali. Terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang melibatkan
jabatan-jabatan di bawah portfolio saya. Walau bagaimanapun, setiap persoalan
berbangkit yang belum dijawab terutamanya isu-isu yang di dalam permasalahan
di sesuatu kawasan tertentu bolehlah berhubung dengan pejabat saya untuk kita
sediakan jawapan secara bertulis.
Saya ingin mengucapkan, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan dan kakitangannya yang telah
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Johor demi untuk melunaskan tanggungjawab
mensejahterakan rakyat. Mereka ini bekerja tidak kira masa, tidak cukup siang,
malam pun mereka bersedia. Mereka bukan hanya sekadar menjadi pekerja
biasa-biasa tetapi mereka sebenarnya berkhidmat untuk rakyat.
Tahniah dan syabas kepada semua mereka ini. (Dewan bertepuk). Mudah-
mudahan kerjasama dengan kerajaan sedia ada ini akan berterusan termasuklah
dalam kita untuk mengharungi Pilihan Raya Umum yang ke 14 yang akan datang
448
demi kita memastikan kelangsungan cita-cita bersama untuk menjayakan
Wawasan Johor Berkemajuan. Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat jagalah diri, kerana PRU tak lama lagi.
Naik pedati bawa kelapa, kelapa di bawa bersama berangan, jasa dan bakti tidak
di lupa, terus terpahat menjadi kenangan. Patah sayap hilang kemudi, hilang
kemudi lenyap haluan, terima kasih sekalung budi, saya ucapkan penuh
penghargaan.
Sekian, assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
YB Timbalan Speaker : Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Perumahan.
Berakhirlah Persidangan kita pada petang ini. Saya tangguhkan persidangan
hingga 9:30 pagi 4 Disember 2017.
Persidangan ditangguhkan pada jam 4:30 petang.
449
PENYATA RASMI
MESYUARAT KETIGA
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
HARI KETUJUH ISNIN, 04 DISEMBER 2017 BIL. 16 TAHUN 13
HADIR
YB Speaker,
Tan Sri Haji Mohamad bin Haji Aziz, PSM., PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN., PPN.
YB Timbalan Speaker,
YB Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan
Perancangan Negeri, Johor.
Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, SPMJ., SMIJ., DSPN., PIS.
(Permas)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Johor.
Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, PJN., KMN., PSI.
(Mahkota)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri, Johor.
Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN., PSI.
(Johor Lama)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan
Kepenggunaan Negeri, Johor.
Datuk Tee Siew Kiong, DMSM., PSI.
(Pulai Sebatang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Negeri, Johor.
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, PGDK., KMN., PIS., AMN., PSI.
(Benut)
YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, Johor.
Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan, AMN., PSI.
(Kahang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Tuan Haji Abd. Mutalip bin Abd. Rahim, PIS., PSI.
(Layang-Layang)
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Johor.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed, PSI.
(Bukit Serampang)
450
YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Kebudayaan dan
Warisan Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zulkurnain bin Haji Kamisan, DIMP., PJK., PSI.
(Sri Medan)
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri, Johor.
Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., AMN., PPN., PSI.
(Kemelah)
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
YB Datuk M. Asojan a/l Muniyandy, DPSM., AMN.
(Gambir)
Datuk Haji Abd. Latif bin Bandi, DPSM., DSM., PSI.
(Endau)
YB Encik Lau Chin Hoon
(Pemanis)
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba, SSAP., SIMP., DMSM.
(Pasir Raja)
YB Puan Hajah Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain
(Sedili)
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, DPSM., KMN., AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
YB Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim
(Tenang)
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar, PIS.
(Machap)
YB Tuan Haji Mohd. Ismail bin Roslan, PPN.
(Semerah)
YB Encik Teoh Yap Kun
(Paloh)
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman, DSNS.
451
(Tanjung Surat)
YB Puan Zaiton binti Ismail, PIS., PPN.
(Sungai Balang)
YB Encik Raven Kumar a/l Krishnasamy
(Tenggaroh)
YB Tuan Haji A. Aziz bin Ismail, PIS.
(Senggarang)
YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar
(Nusajaya)
YB Puan Hajah Norshida binti Ibrahim
(Buloh Kasap)
YB Dr. Haji Abd. Razak bin Haji Minhat
(Serom)
YB Dato’ Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib, SSAP., DIMP., AMN., KMN., JMN.
(Bukit Naning)
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh
(Kukup)
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh
(Bukit Permai)
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat, DPSM.
KMN.
(Kempas)
YB Puan Gan Peck Cheng
(Penggaram)
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
(Parit Yaani)
YB Encik Tan Chen Choon
(Jementah)
YB Encik Abdullah bin Husin
(Puteri Wangsa)
YB Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh
(Sungai Abong)
YB Dr. Haji Mohamad bin Taslim
(Maharani)
YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PJN.
(Jorak)
YB Encik Jimmy Puah Wee Tse
452
(Bukit Batu)
YB Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
YB Encik Tan Hong Pin
(Mengkibol)
YB Puan Chew Peck Choo
(Yong Peng)
YB Encik Chen Kah Eng
(Stulang)
YB Encik Lim Eng Guan
(Bekok)
YB Encik Ee Chin Li
(Tangkak)
YB Encik Chua Wee Beng
(Bentayan)
YB Encik Yeo Tung Siong
(Pekan Nenas)
YB Cik Liow Cai Tung
(Johor Jaya)
YB Cik Wong Shu Qi
(Senai)
YB Encik Cheo Yee How
(Pengkalan Rinting)
453
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
YB Setiausaha Kerajaan Johor.
Dato’ Haji Azmi bin Rohani, DMIJ., SMJ., PIS
YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Dato’ Ishak bin Sahari, DPTJ., AMP., PSI.
YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.
Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, SMJ., SIJ,. PIS., PSI.
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
YB Puan Sri Azizah binti Zakaria, PIS., PPN., AMN., KMN.
(Parit Raja)
454
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Penolong Jurutulis membaca doa).
Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmannirrahim. (Bacaan
selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, insya-Allah pada hari ini hari yang penghabisan
kita bermesyuarat untuk Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri yang Ke-13,
Isnin, 4 Disember ni. Dan, insya-Allah mungkin kita akan sambung lagi kita punya
persidangan pada tahun depan, bulan 3, ikut jaduallah sebagaimana yang
ditentukan. Jadi, maknanya sebelum pilihan raya insya-Allah ada lagilah,
persidangan Dewan Negeri kitalah eh. Tapi hari ini ialah hari penghabisan
Persidangan kita untuk Mesyuarat Ketiga, bajet kita 2018. Yang Amat Berhormat
akan menggulung persidangan kita di akhir persidangan ini.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.
YB Speaker : Yang Berhormat Tiram, jemput.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
terakhir Persidangan Kelima Penggal Ke-13, soalan nombor 1.
Berapakah jumlah rumah murah PKJA, PKJB dan RMMJ yang telah siap, sedang
dibina dan akan dibina menjelang tahun 2020 di Parlimen Tebrau?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera,
salam muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di Parlimen Tebrau
mencatatkan pembangunan perumahan rakyat Johor antara yang tertinggi di
negeri Johor. Merujuk kepada laporan taskforce perumahan rakyat Johor, di
Parlimen Tebrau terdapat 17 projek pembangunan perumahan rakyat Johor.
Jumlah keseluruhan unit pembangunan bermula tahun 2014 hingga 2020 dijangka
akan menyediakan 11,311 unit. Status terkini permohonan perumahan rakyat Johor
di Parlimen Tebrau terdiri daripada 3 jenis permohonan iaitu yang telah siap dibina,
yang sedang dalam pembinaan dan yang siap dibina.
Bagi pembangunan yang siap dibina bermula 2014 hingga 2017, Oktober 2017,
sebanyak 671 unit Perumahan Komuniti Johor A yang berharga RM42,000.00 telah
siap dibina. Manakala 250 unit Perumahan Komuniti Johor B yang berharga
RM80,000.00 telah siap dibina dan bagi Rumah Mampu Milik Johor yang berharga
RM150,000.00 sebanyak 642 unit yang telah siap dibina. Ini menjadikan jumlah
keseluruhan perumahan rakyat Johor yang telah siap dibina di Parlimen Tebrau,
sejumlah 1,563 unit.
Seterusnya, perumahan rakyat Johor yang sedang dibina dalam kawasan Parlimen
Tebrau untuk Perumahan Komuniti Johor A sebanyak 306 unit, Perumahan Komuniti
Johor B, 1,496 unit dan Rumah Mampu Milik Johor sebanyak 1,398 unit. Secara
455
keseluruhannya sebanyak 3,200 unit perumahan rakyat Johor sedang dalam
pembinaan di Parlimen Tebrau.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sehingga tahun 2020, sebanyak 6,548 unit
perumahan rakyat Johor akan dibina lagi di kawasan Parlimen Tebrau ini iaitu 2,493
unit untuk Perumahan Komuniti Johor A, 644 unit untuk Perumahan Komuniti Johor B
dan juga 3,411 untuk Rumah Mampu Milik Johor.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima
kasih atas jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan. Cuma bab
rumah PKJ A dan B ini, saya tengok pemaju ramai yang melewat-lewatkan
pembinaan rumah PKJ A dan PKJ B kerana apa, rumah PKJ A dan B ini amat
penting sekali untuk mereka yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah. Kalau
RMMJ ini, pendapatannya RM4,000.00 hingga RM8,000.00. Tapi kebiasaan banyak
kes yang saya dapati, bila mereka mohon RMMJ tapi pendapatan dia tak cukup
RM4,000.00 akhirnya bank tak luluskan pinjaman. Jadi, penawaran untuk PKJ A dan
PKJ B ini amat pentinglah untuk dipercepatkan ataupun disegerakan ataupun
diperbanyakkan. Tapi, kecenderungan pemaju saya tengok pada hari ini ialah
untuk membina RMMJ. Kerana RMMJ ini dia, walau pun mungkin tak untung
banyak tapi dia masih ada margin. Jadi, saya nak tahu apa tindakan ataupun
usaha-usaha yang boleh dibuat supaya pemaju juga memberi penekanan tentang
pembinaan PKJ A dan PKJ B ini yang harganya RM42,000.00 dan juga RM80,000.00.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, dalam Dasar Perumahan Rakyat Johor yang telah kita kemaskinikan
pada tahun 2014, telah jelas diletakkan bahawa setiap kawasan pemajuan yang
luasnya lebih daripada 5 ekar, 40% daripada kawasan itu mesti dibina dengan
Rumah Mampu Milik ini. Dalam masa yang sama, kita sedar ada setengah-
setengah pemaju ini memang agak melengahkan apa yang sepatutnya dia
bangunkan rumah kos rendah ini. Tapi, untuk kes-kes yang begitu, kalau pemaju ini
dia tak buat atau dia melengahkan di peringkat daerah kita ada taskforce
perumahan. Taskforce perumahan ini akan ambil tindakan termasuklah sekiranya
pemaju ini ada merancang untuk projek-projek baru maka kita akan tahan dan
saya tak perlu sebut di sini nama pemaju, tapi ada pemaju-pemaju di kawasan
Johor Bahru ini yang kita tahan kebenaran merancang ini termasuklah kelulusan
dari segi CCC projek-projek yang kalau dibuat rumah mahal, kemudian dia buat
rumah, dia tak buat rumah yang murah ini, kita tahan dia punya CCC untuk rumah-
rumah yang mahal ini sebagai komitmen untuk pastikan bahawa, apa nama tu,
Rumah Mampu Milik atau rumah kos rendah ini akan dibina oleh para pemaju.
YB Speaker : Yang Berhormat Nusajaya, jemput.
YB Dr. Haji Zaini Bin Abu Bakar (Nusajaya) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
saya soalan nombor 2.
Adakah kecekapan ketentuan dan tindakan amaran awal banjir oleh Jabatan Kaji
Cuaca di peringkat persekutuan dan negeri di tahap yang terbaik seperti masalah
banjir di Pulau Pinang dan negeri berdekatan.
YB Speaker : Jementah, jemput.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
nombor 3.
456
Nyatakan dengan secara terperinci sistem sedia ada berkenaan dengan amaran,
pemantauan, pelaporan, penyelamatan dan pembekalan makanan/minuman
mengenai banjir kilat Memandangkan kesukaran ramalan perubahan iklim yang
boleh mendatangkan banjir kilat pada bila-bila masa.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang
Berhormat Tan Sri Speaker. Bagi menjawab soalan ini, saya akan memberikan satu
jawapan yang agak panjang dan lengkap kerana soalan yang dikemukakan
adalah berkaitan.
YB Speaker : Jangan panjang sangat Yang Berhormat. Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Namun dari segi teknikalnya, saya memohon ianya menjadi panduan semua Yang
Berhormat kerana elemen banjir di negara Malaysia terutamanya Johor bukanlah
satu yang asing. Oleh yang demikian, dipohon agar Yang Berhormat sekalian
jadikan garis panduan ini sebagai langkah terbaik di dalam perkhidmatan kawasan
masing-masing.
Kerajaan negeri Johor telah menjalankan kajian pelan tindakan banjir di negeri
Johor pada tahun 2016. Dan, saya menyeru kepada Yang Berhormat mengambil
peduli mengenai hal ini. Banjir merupakan satu dari fenomena alam yang dialami
oleh negara kita. Banjir yang berlaku di Malaysia, khas Johor, seperti yang telah
dibentangkan hasil kajiannya oleh kerajaan negeri Johor melalui Pelan Tindakan
Banjir, terdapat dua kategori banjir iaitu :
1. Banjir kilat.
Ianya berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang
tidak mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini
berlaku apabila hujan lebat lebih daripada biasa berlaku dalam tempoh yang
tertentu. Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.
2. Banjir Monsun.
Musim tengkujuh biasa berlaku dalam tempoh spesifik monsun timur laut dari
November hingga Mac dan monsun peralihan dari September hingga Oktober.
Banjir musim tengkujuh di alami seluruh negara terutamanya di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia, bahagian Barat Sarawak dan Pantai Timur Sabah.
Pada 26 Ogos 2015, kerajaan persekutuan telah menubuhkan Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri
dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia diberikan peranan selaku
Sekretariat Pengurusan Banjir Negeri dan Daerah. Namun demikian arahan
MKN No. 20, masih diguna pakai dalam pengendalian di tempat kejadian. Bagi
mengurangkan impak dan kesan terhadap mangsa dalam fenomena ini, maka
kerjasama dan tindakan sepadu dari agensi kerajaan dan badan sukarela
pihak swasta serta awam perlu digembleng dan diselaraskan. Untuk ke arah itu,
Peraturan Tetap Operasi (PTO) bencana banjir dan ribut tropika dan peraturan
tetap operasi agensi-agensi diguna pakai antara langkah-langkah
pencegahan dan amaran. Langkah pencegahan banjir boleh dibahagikan
kepada dua.
1. Langkah struktur yang melibatkan program pembinaan empangan,
menyalurkan sungai memperbaiki sistem saliran, meninggikan tebing sungai,
membina benteng pemecah ombak, kolam takungan dan lain-lain. Namun
dalam hal ini, Yang Berhormat sekalian kena sentiasa menasihatkan penduduk
agar bertanggungjawab bagi memastikan semua sistem saliran sungai,
457
perparitan dan longkang tersumbat dengan sampah sarap yang boleh
menyebabkan banjir.
2. Langkah bukan struktur seperti ramalan dan amaran banjir yang dibuat
berdasarkan kepada maklumat kelebatan hujan dan aras air sungai. Jabatan
Meteorologi Malaysia bertanggungjawab melaksanakan sistem ramalan dan
amaran banjir bagi membolehkan agensi kerajaan dan penduduk di kawasan
berkenaan mengadakan persediaan demi mengelak impak ataupun kesan
yang buruk.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula akan bertanggungjawab memastikan
semua sistem telemetri, tolok sungai, siren amaran banjir dan papan amaran
banjir dalam keadaan baik. JKR berperanan memasang papan tanda, kayu
pancang amaran banjir di kampung-kampung dan jalan-jalan yang sering
dilanda banjir untuk panduan orang ramai.
3. Pembersihan sistem saliran
Kerajaan melalui agensi dan jabatan seperti JPS, JKR dan Pihak Berkuasa
Tempatan berperanan menyelenggara semua sistem saliran air secara berkala
supaya ia mampu berfungsi secara berfungsi secara maksima dan sempurna
bagi mengelakkan kejadian banjir kilat. Secara umumnya pemantauan
dilaksanakan oleh semua agensi dari segi pemantauan, pelaporan dan
penyelamatan. Agensi penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam,
Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis DiRaja Malaysia akan melaksanakan
pemantauan secara berkala di lokasi-lokasi yang berisiko di lokasi-lokasi yang
telah dikenal pasti berisiko untuk banjir kilat. Antara kawasan yang sering
dilanda banjir kilat adalah seperti di kawasan Batu 10, Skudai, Kampung Laut;
Tampoi, Kampung Pasir; Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, Kampung
Kekal Tebrau; Masai, Kampung Cahaya Baru; Kempas, Kampung Permatang;
Ulu Tiram, Kampung Sungai Tiram dan Taman Perling, Kampung Tuah Jaya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk
merancang dan mengenal pasti lebih awal sumber-sumber bekalan makanan
untuk pusat pemindahan seperti menentukan jenis-jenis bekalan dan pusat bekalan
seperti kedai, pemborong dan lain-lain sumber. Dan juga menentukan tempoh sah
kegunaan sesuatu makanan yang mudah rosak dan sebagainya dan lokasi-lokasi
yang sesuai dijadikan pusat pemindahan.
YB Dr. Haji Zaini Bin Abu Bakar (Nusajaya) : Terima kasih kepada Tan Sri Speaker,
Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Cuma soalan
tambahan saya adalah, adakah kerjasama yang sistematik atau kerjasama yang
teratur di antara Jabatan Meteorologi ataupun Jabatan Kaji Cuaca dengan
jabatan yang saya kira peringkat daerah adalah jabatan Pejabat Daerah. Jadi,
jika dua jabatan ini satu sistem kerjasama yang tersusun mudah untuk pejabat
daerah untuk merangka persediaan melaksanakan, mengelakkan banjir dan
tempat-tempat yang perlu dilakukan. Jadi, saya kira bagaimana kecekapan yang
pihak Jabatan Meteorologi tadi dapat memberi maklumat sehingga 3 bulan dan
sebagainya. Bagaimana kuantiti hujan berapa hari, di tempat mana sebagai
contoh di daerah mana dan sebagainya. Jadi, soalan saya tadi adalah kerjasama
yang erat tadi di antara Jabatan Meteorologi dan jabatan Pejabat Daerah di
Johor? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri, Jabatan Meteorologi dia tidak boleh meramal dalam
tempoh 3 bulan, walaupun kita tahu dari segi apa yang berlaku. Dan sebenarnya
458
Jabatan Meteorologi setiap hari dia memberitahu tentang apakah keadaan cuaca
yang berlaku setiap padi dan kemudian 4 jam ataupun 5 jam sebelum mungkin
kejadian hujan lebat dan sebagainya, dia akan maklumkan tentang perkara itu.
Dan, saya yakin kalau Yang Berhormat peka bahawa saya memang setiap kali
update berita tentang itu dalam facebook saya, selain daripada meteorologi itu
sendiri dan juga dalam grup BNBBC, kalau itu tak dibaca saya tak tahulah. Namun
begitu, memang ada penyelarasan yang dilakukan terutamanya di peringkat
negeri dan juga peringkat daerah yang mengendalikan berkaitan tentang itu.
Malah di Negeri Johor, kita telah arahkan setiap Pegawai Daerah untuk
mengadakan mesyuarat penyelarasan banjir sejak bulan 10 dan kebanyakan
daripada daerah telah pun mengadakan latihan bagi memastikan bahawa setiap
agensi yang berada di bawahnya dalam keadaan yang bersiap sedia, bersiap
siaga untuk menghadapi kemungkinan itu. Dan, itu adalah merupakan di antara
yang telah pun kita lakukan, bukan sekarang tetapi sejak dulu lagi. Terima kasih.
YB Tan Chen Choon (Jementah) : Terima Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang
Berhormat EXCO. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO, tadi berkenaan
dengan banjir 2, 2 usul yang penting ialah satu ialah banjir kilat, satu lagi ialah
semasa musim tengkujuh. So, kalau sela... berkenaan dengan banjir kilat, kita selalu
mendapati khususnya banjir kilat ini, kita dapati bahawa penduduk-penduduk yang
sering menghadapi masalah banjir kilat ini ialah selalu penduduk yang sama. Saya
pernah mengunjung kepada pusat perpindahan semasa banjir kilat dan bertanya
kepada penduduk-penduduk yang apa ini... yang berkenaan. Mereka
memaklumkan bahawa banjir kilat, apa ni selalu berlaku... mungkin 1 tahun 1,2 kali...
1 tahun 1, 2 kali. Dan, kita mendapati bahawa mereka sebenarnya ialah
penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan, apa ni bertapak di tanah yang
rendah dan mereka mudah, kerana pengaliran air mereka, mereka mudah diimpak
oleh banjir kilat. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Johor untuk memindahkan
penduduk-penduduk ini untuk satu jangka masa yang panjang, untuk
menyelesaikan masalah mereka dan menyelamatkan mereka daripada banjir kilat
yang berterusan, setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Johor
supaya membantu mereka, memindah mereka ke satu kawasan yang lebih elok,
lebih selesa supaya tidak diimpak daripada banjir kilat ini? Ini soalan saya.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Ya terima kasih Yang Berhormat Tan Sri atas jawapan. Saya pun hairan juga kalau
YB Jementah dia boleh melawat, dia boleh melawat pusat pemindahan akibat
banjir kilat terutamanya di kawasan Jementah. Sebab tak berlaku pun banjir kilat di
kawasan Jementah orang pindah, kecuali banjir monsun, hebatlah. Jadi, seperti
yang saya sebutkan tadi bahawa yang berkaitan tentang banjir kilat, di bawah
Pelan Kajian Banjir Negeri Johor, kita telah pun mencadangkan agar mereka-
mereka yang selalu terlibat dengan banjir itu dipindahkan dan juga diberikan
penempatan yang baru. Dan, saya yakin antara tindakan yang telah pun
dilakukan adalah di kawasan Simpang Loi di DUN Buloh Kasap.
Dan seperkara lagi yang ingin saya tegaskan, adalah sebenarnya kerajaan telah
pun berusaha untuk memberikan tanah untuk memindahkan mereka di kawasan-
kawasan yang tinggi. Kadang-kadang mereka yang menjadi mangsa banjir ini,
mereka tanah tersebut diambil, tetapi dia tak nak buat rumah, dia tak nak
berpindah. Dia masih lagi kekal di tempat yang lama kerana dia merasakan
bahawa kalau duduk kat tempat yang lama, walaupun waktu banjir itu berlaku dia
pindah terutamanya monsun, banjir monsun, kemudian dia akan dapat bantuan
dan sebagainya. Ini sebenarnya berlaku di beberapa tempat dan ada bukti yang
menunjukkan bahawa mereka telah pun diberikan satu tapak yang agak tinggi
459
tetapi mereka tidak berpindah, kerana ialah biasalah orang tamak dia nak dua-
dua dan sebagainya. Jadi itu jawapan saya.
YB Speaker : Yang Berhormat Bukit Permai jemput.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan saya nombor nombor 4.
Sejauh mana kuasa kawalan Kerajaan Negeri terhadap keputusan-keputusan
perniagaan yang dibuat oleh syarikat swasta yang bertanggungjawab
membekalkan air bersih kepada pengguna-pengguna di seluruh Negeri Johor iaitu
SAJ Ranhill?
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Bukit Permai bertanyakan mengenai sekiranya
Kerajaan Negeri mempunyai sebarang keputusan ataupun kawalan terhadap
syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih, SAJ Ranhill.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, SAJ Ranhill sebagai operator tunggal yang
memonopoli pembekalan air bersih kepada pengguna-pengguna di seluruh Negeri
Johor adalah tertakluk kepada keperluan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta
655 yang dikawal selia oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Dengan penekanan kuasa Menteri Seksyen 4 Akta 655, jelas memperuntukkan
keperluan lesen oleh mana-mana entiti membekalkan air awam, air kepada awam.
Dengan Seksyen 3 pula jelas membutirkan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
dalam apa juga urusan pembekalan air awam dalam negeri. Tidak seperti negeri-
negeri lain yang memiliki penuh syarikat-syarikat bekalan air negeri. Negeri Johor
hanya memiliki 20% pegangan di dalam SAJ Ranhill. Oleh itu, kuasa kawalan
Kerajaan Negeri terhadap apa juga keputusan perniagaan, pihak SAJ Ranhill
adalah amat minima dan terhad di mana pihak SAJ Ranhill bebas mencorak
langkah perniagaan dalam kapasitinya sebagai pemegang monopoli bekalan air,
baik dalam penentuan pelaburan, perbelanjaan modal, perbelanjaan operasi serta
sebagainya tanpa perlu melihat keperluan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, dalam apa juga tindakan, kawalan ke atas SAJ Ranhill
akan mendapat kerjasama daripada pihak SPAN bagi mengenakan apa jua syarat
kepada SAJ Ranhill demi kepentingan bekalan air kepada seluruh rakyat Negeri
Johor.
YB Tuan Haji Ali Mazat bin Salleh (Bukit Permai) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan tambahan saya. Di samping keputusan-keputusan perniagaan yang
kawalan kita sangat minima dalam SAJ Ranhill, apa yang membimbangkan, kerana
kalau ikut sejarah SAJ Ranhill ini asalnya Jabatan Bekalan Air Johor. Jabatan
Bekalan Air Johor, kemudian dikorporatkan dan diswastakan. Sekarang ini SAJ
Ranhill Sdn. Bhd. dia adalah anak syarikat kepada Ranhill Holdings Berhad., iaitu
parent company dengan izin. Parent company kepada SAJ Ranhill Berhad ini
adalah Ranhill Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Jadi, sebenarnya keputusan penuh terhadap SAJ Ranhill Berhad ini adalah pada
parent company iaitu Ranhill Holdings Berhad. Sekiranya berlaku pengambilan alih
pegangan saham di peringkat Ranhill Holdings Berhad, mungkin pegangan ini dibeli
oleh Syarikat Temasik Holdings dan sebagainyalah, tak kiralah. Jadi, maksudnya
pegangan kita ni dah makin jauh dengan SAJ Ranhill, sebab parent company yang
penting ni. Parent company ni yang jaga anak syarikat. Dia disenaraikan di bursa
saham. Jadi, bagaimana agaknya kita untuk mengembalikan keputusan-
keputusan penting Ranhill Holdings ini supaya boleh kita jaga. Jadi, apakah
langkah-langkah kita untuk melihat masa depan air Johor ini terutama kepada
460
parent company itu, Ranhill Holdings Berhad itu? Ada tak apa-apa kita punya
pelan masa depan? Kita boleh tambah pegangan dekat SAJ Ranhill, tapi
bagaimana dengan parent company? Ini soalan saya. Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih atas soalan tambahan oleh Yang Berhormat
Bukit Permai. Mengenai isu parent company, dengan izin Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, ianya adalah merupakan syarikat awam. Maka sebagai sebuah syarikat
awam, ianya tertakluk di bawah peraturan-peraturan dan juga kawal selia
Suruhanjaya yang berkaitan. Walau bagaimanapun, yang menjadi keutamaan
kepada Kerajaan Negeri adalah tentang perkara-perkara yang bersabit dengan
kepentingan pengguna antaranya ialah tarif air. Itu yang penting Yang Berhormat
Tan Sri Speaker. Sebab itu, dalam apa juga tindakan yang ingin diambil oleh
syarikat operator air ini, menentukan tarif air amat penting supaya ianya merupakan
tarif yang sesuai dan itu juga, saya pun telah memaklumkan dalam penggulungan
bahawa adalah menjadi pendirian kerajaan bahawa berniaga dalam industri air ini
tidak wajar mengaut keuntungan yang berlebihan. Maka atas dasar itu, segala
bentuk kawalan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air mahupun oleh pihak
Kementerian oleh Yang Berhormat Menteri itu sendiri akan memastikan sebarang
pertukaran pemilikan, sebarang keputusan terhadap syarikat induk tadi itu,
tentunya akan memberi tumpuan kepada 2 aspek ini iaitu tarif air dan juga
pengoperasian syarikat air yang berkenaan.
YB Speaker : Jemput Kempas.
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
(Kempas) : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, saya mohon tanya. Kalau dia dalam keadaan yang susah sangat eh...
terutamanya proses yang ini dan tidak dapat persefahaman di antara Kerajaan
Negeri dengan pihak SAJ Ranhill ataupun apa ni ibu syarikat ini, ada tak peruntukan
di mana kerajaan boleh tarikh balik sahajalah lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan
ya? Saya difahamkan dia dapat lesen daripada Kerajaan Negeri. Kalau dalam
keadaan yang susah sangat, boleh tak kita sama ada kita tarikkan dan kalau boleh
itu, ada tak dia peruntukan tu, dia bila tu, every 3 years ke setahun ke, atau bila-bila
masa kalau tak kena dengan gaya, yang memudaratkan rakyat, Kerajaan boleh
tarik balik lesen dia. Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, saya amat memahami soalan yang dikemukakan oleh
Yang Berhormat Kempas berkaitan dengan soal lesen, soal kedudukan SAJ Ranhill.
Walau bagaimanapun, pelan perancangan yang dikemukakan oleh SAJ Ranhill
adalah untuk tempoh 3 tahun. Pada tahun 2018 hingga 2020, pelan perniagaan
untuk kali yang keempat sedang pada waktu ini diberi pertimbangan oleh pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Air. Dalam tempoh pembukaan pelan perniagaan
yang keempat ini, maka segala aspek dikaji semula, sama ada dari segi terma-
terma perjanjian, melihat kepada keupayaan, kemampuan syarikat untuk memikul
tanggungjawab, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) juga akan melihat
kepada keupayaan syarikat dalam melaksanakan kerja-kerja, kerja-kerja
pembangunan aset, sama ada syarikat bersetuju dengan keuntungan yang
ditentukan. Dalam erti kata lain, dalam meluluskan pelan perniagaan yang
keempat ini, SAJ Ranhill akan melalui proses yang rigid, dengan. Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, jadi ini bererti bahawa setiap 3 tahun, kerajaan berpeluang untuk
mengkaji semula. Jadi dengan itu, kita harapkan supaya kerajaan persekutuan
461
akan sentiasa meletakkan kepentingan kerajaan negeri dalam membuat sebarang
keputusannya dan saya percaya ianya adalah sedemikian. Jadi untuk itu, Yang
Berhormat Tan Sri sekiranya, kerajaan negeri mendapati bahawa pengguna tidak
berpuas hati di atas perkhidmatan, pengguna merasa bahawa syarikat air tidak
mempunyai, atau pun tidak melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan,
kerajaan negeri ada saluran-saluran yang boleh digunakan untuk memastikan
supaya Syarikat Air SAJ Ranhill ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Kukup, jemput.
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
saya soalan nombor 5.
Sejauh manakah rancangan pembangunan tanah terbiar yang telah dicadangkan
oleh pihak kerajaan pada beberapa tahun lalu berlangsung pada ketika ini?
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan yang diajukan oleh Yang
Berhormat Kukup, sejauh manakah rancangan pembangunan tanah terbiar yang
telah dicadangkan oleh pihak kerajaan pada beberapa tahun lalu berlangsung
pada ketika ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, melalui projek pembangunan tanah terbiar yang
telah diwujudkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RMK ke-9 dan
diteruskan ke RMK-10 dalam RMK-11 berbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh
kerajaan bagi membangunkan tanah-tanah terbiar dengan aktiviti pertanian yang
memberi keuntungan kepada pengusaha dan juga pemilik tanah. Objektif utama
projek ini adalah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang terbiar,
meningkatkan pengeluaran tanaman makanan dan memberikan peluang kepada
petani untuk menjalankan aktiviti pertanian seterusnya menambahkan pendapatan
petani. Tanah terbiar di definisikan sebagai tanah darat yang berkeluasan
minimum 0.4 hektar, sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan
tanah milik yakni kerajaan atau individu dan rizab pertanian yang tidak diusahakan
selama 3 tahun berturut-turut. Selaras dengan usaha untuk menjamin bekalan
makanan yang telah digariskan di dalam Dasar Agro Makanan Negara
penggunaan sumber tanah secara optimum diterapkan melalui pembangunan
tanah terbiar yang merupakan salah satu sumber asas yang memainkan peranan
penting dalam membantu meningkatkan bahan makanan negara. Projek ini amat
bertepatan sekali dilaksanakan, memandangkan sumber tanah yang subur untuk
aktiviti pertanian yang semakin terhad.
Walau bagaimanapun, Projek Pembangunan Tanah Terbiar ini juga mempunyai
pelbagai cabaran dalam pelaksanaannya. Antara cabaran utama ialah modal
dan komitmen daripada pihak tuan tanah atau peserta itu sendiri. Pada masa ini,
suntikan modal, peruntukan bagi kerja-kerja pembersihan kawasan diberikan oleh
pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projeknya adalah bergantung
kepada komitmen tuan tanah, pengusaha tersebut dan terdapat beberapa projek
tanah terbiar tidak mencapai matlamat dan akhirnya terbiar sekali lagi. Hal ini
adalah disebabkan, pihak kerajaan tidak dapat mengawal tanah milik individu.
Selain peruntukan yang telah diberikan, pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian,
hanya mampu memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berkaitan tanaman yang
diusahakan. Selebihnya, terpulang kepada pengusaha tersebut, untuk
mempastikan projek tanah terbiar diusahakan dengan jayanya.
462
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri amat prihatin dalam
pembangunan tanah terbiar ini. Pada tahun 2017, di bawah Program Galakan
Usahawan (PGU), kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM168,700.00
bagi Projek Tanah Terbiar melibatkan 18 orang peserta untuk kawasan seluas 27.56
hektar. Manakala di bawah peruntukan Persekutuan, sebanyak RM70,000.00
diperuntukkan dengan melibatkan 3 orang peserta untuk keluasan seluas 3.5 hektar.
Pada tahun 2018, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM200,000.00 dan
kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000.00. Walau
bagaimanapun, kelulusan projek akan diberikan setelah siasatan yang teliti
dijalankan di peringkat lapangan. Antara perkara, aspek yang akan diberi
perhatian, dinilai ialah jumlah permohonan yang diterima, jenis projek yang
dimohon dan latar belakang pemohon serta komitmen tuan tanah dan juga
pengusaha yang tersebut.
YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh (Kukup) : Terima kasih Tan Sri Speaker dan EXCO
yang menjawab soalan saya tadi. Soalan tambahan ialah pasal kita tanya sejauh
manakah pastinya merujuk kepada pencapaian. Kalau kita lihat untuk 2017 sekitar
21 orang peserta sahaja yang melibatkan lebih kurang RM200,000.00 lebih
peruntukan daripada kerajaan negeri dan juga pusat untuk menjayakan seruan ini.
Kalau 20 peserta bermaksud 1 daerah, sekitar 2. Jadi kalau kita lihat itu tak cukup
lagi, tak cukup kuat lagi pencapaian dia, walaupun sebenarnya asas sangat baik
untuk kita menggalakkan lagi. Jadi soalan tambahan kepada Yang Berhormat
EXCO, Tan Sri Speaker, ada tak idea-idea lain, ataupun cadangan-cadangan lain
supaya kerajaan mempergiatkan lagi diusahakan tanah terbiar ini. Kalau kita lihat
daripada pandangan visual kitalah, kita pergi mana-mana kampung, sangat
banyak sebenarnya tanah terbiar. Jadi mungkin kita boleh gunakan Ketua
Kampung, Penghulunya, kita letakkan KPI tertentu, gunakan koperasi kampung dan
sebagainya JKKK kampung pun boleh juga. Kita bagi inisiatif supaya sekurang-
kurangnya setiap kampung mana ada tanah terbiar diusahakan. Kalau macam
gitulah kita dapat buat, jadi kita lihat 1 daerah itu sudah barang tentu ada ratusan
kampung, jadi program ini akan dapat melibatkan keseluruhan kampung dalam
daerah, dan keseluruhan kampung dalam negeri Johor. Barulah ianya mempunyai
impak yang sangat besar dan memberi pulangan ekonomi pertanian kepada
kerajaan negeri dan sangat meluas dan memberi kesan yang sangat signifikan.
Mungkin pada peringkat permulaannya peruntukan daripada kerajaan negeri tidak
perlu banyak, tapi dengan peruntukan undang-undang ataupun dasar-dasar yang
kita berikan, memudahcarakan supaya sesiapa yang berminat mengusahakan
tanaman kawasan terbiar itu dipermudahkan dengan sangat senangnya. Pastinya
saya rasa banyak tanah terbiar itu dapat ini, dapat kita jayakan. Itu soalan saya
dari sudut, ada tak strategi seumpama ini akan dilaksanakan? Terima kasih Tan Sri
Speaker.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Speaker, berdasarkan pengalaman kita untuk
mengenal pasti tanah-tanah terbiar ini, kita dapat lihat bahawa peringkat awalnya
kesukaran untuk kita mengenal pasti pemilik-pemilik tanah dan akhirnya kita
bekerjasama dengan Pejabat Tanah, apabila pihak pemilik tanah ini, untuk
membayar cukai tanah dan akhirnya kita dapat kesan pemilik-pemilik. Walau
bagaimanapun apabila kita dapat kesan pemilik-pemilik yang kebanyakan tidak
duduk di kampung ataupun kawasan berkenaan, saya rasa pemilik ini tidak
bersedia untuk tanah ini disewa ataupun dimajukan pengusaha-pengusaha ini.
Jadi, ini antara kekangan yang kita lihat, sedangkan pihak kerajaan telah
menawarkan berbagai skim-skim untuk kita bantu pengusaha-pengusaha ini walau
463
pun pemilik tidak duduk di sini, kita juga telah mempermudahkan berbagai cara
sehinggakan surat perjanjian untuk, antara pemilik dan pengusaha itu juga, pihak
kerajaan ataupun Jabatan Pertanian telah sediakan, hanya mengisi nama dan
nombor lot sahaja. Dan juga, dalam masa yang sama kita bantu skim-skim
bersesuaian.
Kalau kita lihat, seekar tanah boleh pihak pengusaha itu boleh mendapat bantuan
sehingga RM10,000.00 termasuk membersihkan kawasan, sistem perparitan, sistem
kita memagar dan juga benih. Tapi malangnya apabila pemilik tanah ini tidak
bersedia untuk memberi kebenaran, kemungkinan pemilik ini mempunyai banyak
nama, mungkin kesukaran-kesukaran ini yang membuat kekekangan kepada
pengusaha yang bersedia untuk memajukan tanah ini. Jadi, walau bagaimanapun
ini, kita akan berusaha juga, berbincang dan juga mempermudahkan lagi cara
supaya pihak pimpinan, masyarakat juga membantu kita kerana terlalu banyak
skim yang kita perkenalkan menjadi satu permasalahan, ataupun menjadi kerugian
kalau tanah-tanah ini tidak diusahakan. Untuk perkongsianlah, bahawa pihak
Jabatan Pertanian dan juga Pejabat Tanah sebenarnya kita telah mengenal pasti,
tanah-tanah yang kita kategorikan sebagai tanah terbiar yang berpemilik iaitu
sebanyak 17,000 ekar yang kita telah kenal pasti dan juga kalau ikut plotnya
ataupun lotnya sebanyak 8,070 lot. Ini adalah satu keluasan yang besar kalau kita
dapat menyelesaikan isu-isu dari segi kebenaran pemilikan tanah, saya penuh kita
dapat memajukan lagi, menggerakkan lagi sektor pertanian di kawasan-kawasan
kampung berkenaan. Terima kasih.
YB Speaker : Yang Berhormat Tanjung Puteri, jemput.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan
Tanjung Puteri nombor 6.
Difahamkan MBJB masih menyelenggara septik tank dalam pentadbirannya hingga
ke hari ini. Apakah rasionalnya bagi pemaju perumahan untuk mendapat kelulusan
kemajuan mereka dikenakan bayaran deposit kepada pihak IWK?.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, Majlis Bandaraya Johor Bahru memiliki sistem pembetungan
semenjak tahun 1981. Kerja penyelenggaraan pembetungan mula dijalankan mulai
tahun 1985 dengan pengambilalihan sistem pembetungan Taman Perbadanan
Islam dan diikuti taman perumahan yang lain, yang menggunakan sistem
pembetungan berpusat sehinggalah sekarang berjumlah 90 loji rawatan
kumbahan.
Selepas penswastaan perkhidmatan pembetungan negara pada tahun 1994,
kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dilanjutkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Pembetungan sehingga tahun 2007. Selepas itu kuasa berkenaan di ambil alih oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui Akta 655, iaitu Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 sehingga sekarang dan sebahagian akta berkaitan
pembetungan dan dimansuhkan dalam Akta 121 Seksyen 131.
Mulai tahun 2007 semua permohonan kelulusan pelan sistem pembetungan dalam
Majlis Bandaraya Johor Bahru diproses oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara, melalui Indah Water Konsortium, yang melibatkan perancangan, reka
bentuk dan pembinaan di tapak sehingga siap. Loji rawatan kumbahan tersebut
akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru oleh pihak pemaju setelah
jumlah pembangunan mencapai pembangunan keseluruhan mencapai 80% iaitu
Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak terlibat untuk sebarang caj ataupun deposit ke
464
atas loji rawatan kumbahan yang diluluskan. Maknanya dari segi pengesahan
untuk design, loji rawatan kumbahan itu adalah di bawah Indah Water Konsortium
bukan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Majlis Bandaraya Johor Bahru diberi permit
untuk tempoh setiap 3 bulan dan di perbahrui semula setelah tamat permit
pengurusan loji rawatan kumbahan di perolehi Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara di bawah Akta 655 sejak 2008 sehingga kini untuk menyediakan
perkhidmatan pembetungan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak
termasuk sistem tangki septik individu, dan juga loji rawatan kumbahan yang di
bawah status perumahan berstrata. Loji rawatan kumbahan berpusat yang
diserahkan oleh pemaju di selenggara oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.
YB Speaker : Jemput.
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Tan Sri Speaker, terima
kasih kepada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebagaimana yang kita
dimaklumkan, Indah Water Konsortium ditubuhkan pada tahun 1994. Semenjak itu
perkhidmatan yang tidak masuk dan apa kerajaan adalah seperti Kelantan, Sabah,
Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
jadi kalau kita lihat pengoperasian pada loji rawatan kumbahan ini, kita rasa dia
memang banyak kos dia. Dan, kita dapat tahu dalam Johor Bahru ini ada
kawasan-kawasan yang tidak di selenggara sempurna. Jadi, adakah, soalan saya
adakah berapakah kos pengoperasian loji yang telah dibelanjakan oleh Majlis
Bandaraya Johor Bahru selama ini dan adakah kerajaan negeri bercadang untuk
menyerahkan loji rawatan kumbahan ini kepada pihak SPAN melalui IWK? Terima
kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, berdasarkan rekod perbelanjaan untuk menguruskan loji rawatan
kumbahan ini, daripada tahun 2012 hingga 2016, pihak Majlis Bandaraya Johor
Bahru telah membelanjakan sebanyak RM12.8 juta. Ini tidak termasuk kos utiliti air
dan elektrik bagi menyelenggara sistem pembentungan melibatkan loji rawatan
kumbahan, rumah pam, rangkaian paip pembentungan di kawasan Majlis
Bandaraya Johor Bahru.
Kita memang ada cadangan untuk kita serahkan kepada pihak yang sepatutnya
oleh kerana kos yang agak tinggi. Cuma, di peringkat Majlis Bandaraya Johor
Bahru ini kita terikat dengan perjanjian dengan Syarikat Johor Sewerage Sdn. Bhd.
iaitu anak syarikat kepada Tims Water daripada United Kingdom yang telah
mengadakan perjanjian pada awal 90an. Makna, semasa Majlis Bandaraya
menguruskan projek ini ada kerjasama, ada perjanjian. Jadi, untuk kita serahkan
kepada pihak yang sepatutnya, kita kena selesaikan dulu, apa nama ni, tamatkan
perjanjian ini.
Dan, untuk makluman Dewan yang mulia ini, perjanjian syarikat ini ialah untuk
menguruskan loji rawatan kumbahan ini untuk Majlis Bandaraya Johor Bahru dan
juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
YB Speaker : Yang Berhormat Machap, jemput.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan saya nombor 7.
465
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam usaha
memperkasakan pendidikan vokasional atau TVET?
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, transformasi pendidikan vokasional bertujuan
melahirkan pekerja mahir yang bertauliah, memupuk pelajar sepanjang hayat,
membentuk modal insan berjati diri dan melahirkan usahawan yang berdaya saing.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, murid-murid dari negeri Johor telah
diberikan peluang mengikuti pendidikan dan latihan teknik vokasional (TVET)
berdasarkan tahap pembelajaran mereka di sekolah dan kolej.
Di peringkat sekolah rendah mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tahun
4 hingga 6, murid-murid telah didedahkan projek litar elektronik, sains rumah
tangga, teknologi pertanian dan asas teknologi akro mekanikal, persijilan
penyataan pencapaian RBT Sekolah Rendah. Bagi peringkat Sekolah Menengah,
mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkat 1 hingga 3, murid, pelajar
mendapat pendedahan kemahiran aspirasi reka bentuk produk, pengetahuan
teknikal, pembuatan produk dan penilaian reka bentuk produk pensijilan PT3. Bagi
peringkat sekolah menengah asas juga, mata pelajaran asas vokasional, 6 buah
sekolah menengah di negeri Johor menawarkan pendidikan asal vokasional ini.
Kemahiran yang diperolehi adalah berkaitan tentang penyediaan makanan,
membuat pakaian, seni kecantikan dan pembuatan perabot. Setiap buah sekolah
menawarkan satu jenis kemahiran dan sijil yang mereka perolehi adalah Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, penyataan mata pelajaran aliran kemahiran
dan juga menyambung kemahiran SKM tahap 3 di kolej Vokasional.
Bagi Sekolah Menengah Atas mata pelajaran vokasional tingkat 4 dan tingkatan 5
sekolah harian biasa, kemahiran yang diperolehi pembinaan domestik, kimpalan
arkagas, servis peralatan elektrik, seni reka tanda, memprosesan makanan, asuhan
pendidikan awal kanak-kanak, landskap nurseri dan produksi multimedia. Pensijilan
SPM dan sijil modular kompeten kursus disediakan. Bagi peringkat sekolah
menengah atas yang sama juga, program vokasional menengah atas bagi
tingkatan 4 dan 5 untuk sekolah harian biasa, 35 buah sekolah negeri Johor
menawarkan program ini. Kemahiran yang ditawarkan adalah penyejukbekuan
dan penyaman udara, pendawaian elektrik, dekorasi dalaman, penyediaan
makanan, membuat pakaian, pembuatan perabot, akuakultur dan sebagainya.
Bagi kolej vokasional, 8 buah kolej vokasional menawarkan kursus kemahiran di
peringkat diploma untuk lepasan PT3 dan juga pelajar-pelajar PAV SKM Tahap 3.
Bagi Kolej Kemahiran Johor (KPYPJ), lepasan pelajar PV MA SKM Tahap 2
menyambung ke SKM Tahap 3 dan juga 4. Bagi program baru penawaran 2018,
program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
yakni sekolah menengah masih lagi dikenal pasti. Bentuk program adalah 2 hari di
sekolah dan 3 hari di industri dan ianya mencapai tahap ke peringkat SPM.
YB Tuan Haji Abd. Taib bin Abu Bakar (Machap) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan tambahan saya adakah pelaksanaan pendidikan teknik vokasional (TVET) ini
difikirkan mampu membekalkan tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan
negeri Johor misalnya di RAPID, Pengerang, di Wilayah Iskandar ataupun
sebagainya. Sebab, kita lihat sekarang ini keperluan tenaga kerja menjurus kepada
kemahiran, kimpalan misalnya di RAPID, Pengerang adakah, pendidikan vokasional
yang kita usahakan ini mampu membekalkan tenaga kerja tersebut? Terima kasih.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sasaran kerajaan Malaysia sehingga tahun 2020,
kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya dapat melahirkan pekerja mahir
sebanyak 60% dan juga separuh mahir lebih kurang dalam 40%. Bagi pertanyaan
yang dinyatakan tadi, bagi keperluan di Iskandar Malaysia khususnya yang
466
melibatkan keperluan bagi logistik, creative industry dan sebagainya untuk 5 tahun
yang akan datang, kawasan ini memerlukan tenaga kerja 346,021 orang. Dan,
ianya juga melibatkan kawasan-kawasan seperti yang dinyatakan tadi iaitu RAPID.
Contoh bagi kursus yang diperlukan ataupun tenaga kerja ataupun bidang yang
diperlukan adalah Welding Technology Management ataupun Welding Inspection
serta Mechanical Engineering Draughtsman. Keperluan kerja di kawasan tersebut
yang melibatkan kawasan RAPID, Tanjung Langsat dan Dialog, kita memerlukan
lebih kurang 40,000 tenaga kerja mahir. Terima kasih.
YB Speaker : Tanjung Surat, jemput.
YB Dato’ Ir. Syed Sis bin Syed A. Rahman (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, soalan saya kepada EXCO mengenai pendidikan vokasional (TVET) ini,
saya ingin tahu adakah saudara EXCO maklum bahawa ada sekolah di Pengerang
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih yang mempunyai rasa saya
sekolah menengah paling sedikit murid, lebih kurang 70 orang, saya dengar ada
rancangan Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sekolah ini Kolej Vokasional.
Soalan saya adakah pihak EXCO maklum perkara ini. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Soalannya maklum ataupun tidak, maklum.
YB Speaker : Yang Berhormat Tangkak.
YB Encik Ee Chin Li (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan
nombor 8.
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan, sambutan rakyat serta
kelemahan yang dikenalpasti dan kaedah penambah baikan yang dilakukan sejak
Johor Free Wifi dilancarkan.
YB Speaker : Yang Berhormat Semarang, jemput.
Yb Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
soalan terakhir persidangan Dewan ini, soalan nombor 9.
Apakah usaha yang dirancang dan telah dilakukan Suruhanjaya Komunikasi
Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar Di kg Haji Talib, Kg Pt Khalid
Mukim 7 Batu Pahat?
YB Speaker : Jemput.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, izinkan saya untuk menjawab bersekali. Projek Johor Wifi
telah mula dilancarkan pada 30 Ogos 2015 dan beroperasi sepenuhnya pada
tahun 2016 di 134 lokasi seluruh negeri Johor. Sejak beroperasi perkhidmatan Johor
Wifi ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada rakyat negeri
Johor. Perkhidmatan ini menerima purata 5,660 pengguna baru setiap bulan. Ini
menjadikan jumlah pengguna berdaftar bagi perkhidmatan Johor Wifi berjumlah
293,717 orang sejak ianya dilancarkan hinggalah 12 November 2017.
Jumlah peruntukan bagi projek Johor Wifi ini adalah sebanyak RM12.477 juta untuk
tempoh 3 tahun bermula 2016 sehingga 2018 yang meliputi 134 hotspot di kawasan
tumpuan orang awam merangkumi 10 buah daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan
dan 13 Program Perumahan Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).
467
Perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sehingga September
2017, adalah berjumlah RM7,278,299.00. Dari jumlah tersebut pihak kerajaan negeri
membelanjakan RM5,937,794.00 manakala RM1,340,535.00 ditanggung oleh pihak
PBT kepada pembekal perkhidmatan yang dilantik.
Berikutan sambutan yang memberangsangkan ini, kerajaan negeri telah
mengambil langkah memperluaskan projek Johor Wifi ini ke kawasan luar bandar.
Selain itu beberapa lokasi hotspot Johor Wifi sedia ada akan dinaiktarafkan kelajuan
akses internet daripada 4 megabyte per second kepada 8 megabyte per second
bagi menampung keperluan pengguna yang tinggi.
Projek Johor Wifi Fasa 2 yang kita namakan, akan melibatkan penambahan 49
hotspot baru di kawasan luar bandar dan 41 hotspot sedia ada yang terdiri
daripada kawasan PPR dan kawasan PBT tadi tu akan di naik taraf kapasiti
kelajuannya. Kerajaan negeri sedang dalam proses melaksanakan projek naik taraf
ini dan dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2018.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sebuah menara pemancar telekomunikasi setinggi
76 meter telah pun siap dibina di Kampung Parit Salleh, melalui program
Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar atas nama Program Time 3 di bawah
seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menambah
baik liputan telekomunikasi di Kampung Haji Talib, Kampung Parit Khalid, Mukim
Tujuh, Batu Pahat. Walau bagaimanapun, menara tersebut masih belum beroperasi
dan kini dalam proses untuk mendapatkan bekalan kuasa dari Tenaga Nasional
serta pemasangan peralatan komunikasinya. Menara ini dijangka beroperasi
selewat-lewatnya penghujung tahun 2017. Setelah menara tersebut beroperasi
ianya dijangka mampu memberi liputan jalur lebar 3G yang baik di sekitar
Kampung Haji Talib, Kampung Parit Khalid, Mukim Tujuh, Batu Pahat. Terima kasih.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja soalan-soalan yang dapat
kita kemukakan pada pagi ini. Sekiranya ada soalan yang disenaraikan belum
dijawab, akan dijawab secara lisan, belum dijawab secara lisan akan dijawab
secara bertulis dalam Persidangan yang sama. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya
tangguhkan Persidangan ini 20 minit.
Persidangan ditangguhkan pada jam 10:30 pagi.
Persidangan disambung semula pada jam 10:50 pagi.
YB Speaker mengetuai Persidangan.
Jurutulis : SOALAN-SOALAN BERTULIS
Jawapan kepada Soalan-Soalan Bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada
dibentangkan di atas meja mesyuarat.
SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI
RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2018) TAHUN 2017.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan atas Rundingan Bacaan Kali
yang kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2018) tahun 2017
disambung sekarang. Yang Amat Berhormat Dato’ jemput.
YAB Menteri Besar : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam
Muafakat Johor. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terlebih dahulu saya ingin
menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang
Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat atas satu sesi perbahasan yang menarik
468
sepanjang minggu lalu. Pelbagai idea dan saranan bernas telah kita dengar, pihak
Kerajaan Negeri amat terbuka untuk mempertimbangkan segala saranan tersebut
mengikut kesesuaian dan keperluannya. Rata-rata Yang Berhormat berhujah
dengan baik, dengan menjadikan fakta serta rujukan berasas yang sahih dan
terbukti, sebagai sandaran dalam menegakkan idea serta pandangan masing-
masing. Ini merupakan satu amalan yang baik, yang bukan sahaja harus kita
teruskan, malah mesti diperkemas dari semasa ke semasa. Terima kasih juga saya
ucapkan atas sokongan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat antaranya Kukup,
Sengarang, Semerah, Nusajaya, Serom, Pasir Raja, Bukit Naning, Gambir dan semua
Wakil Rakyat dari Barisan Nasional yang lain.
Saya juga berterima kasih kepada wakil pembangkang seperti Jorak, Sungai
Abong, Puteri Wangsa dan Maharani yang menyatakan sokongan ke atas Bajet
2018 ini. (Dewan bertepuk). Dan, tidak ketinggalan juga pastilah kepada Yang
Berhormat Tan Sri Speaker sendiri, yang telah banyak bersabar dalam
mengendalikan perbahasan oleh semua Wakil Rakyat pada sidang kali ini.
Pepatah orang tua berbunyi, “sabar dan tabah itulah sebenarnya jodoh bahagia”.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin memberi maklum balas dan menjawab
beberapa persoalan dan isu penting yang telah dibangkitkan sepanjang sesi
perbahasan yang lalu.
Pertama, saya merujuk kepada dakwaan-dakwaan bahawa Bajet 2018 yang saya
bentangkan adalah satu bajet pilihan raya seperti yang dibangkitkan oleh
Penggaram dan Parit Yaani. Dan, kalau dalam istilah yang digunakan oleh Johor
Jaya ia merupakan multiple election promises dengan izin, dia kata. Jelaslah
bahawa pembangkang sangat keliru dan sebenarnya tidak memahami pun
apakah bajet dan apakah janji pilihan raya.
Bajet 2018 yang dibentangkan di dalam dewan ini adalah pelan dan cara kita
menguruskan perbelanjaan dan hasil kerajaan untuk tempoh setahun akan datang.
Ia merujuk kepada pelbagai perkara merangkumi aspek kewangan, pengurusan
fiskal mahupun agenda pembangunan negeri ini. Maksudnya, ia adalah
perancangan berbelanja kerajaan, agar perbelanjaan tersebut berhemah,
mensejahterakan rakyat dan menterjemahkan pembangunan dengan cara
terbaik.
Janji pilihan raya atau manifesto pula adalah berlainan. Ia adalah aspirasi parti
politik yang menyatakan dasar, program dan projek pembangunan yang mereka
akan lakukan jika diberi mandat dalam pilihan raya. Sekarang kalau kita
bandingkan inti pati kandungan bajet alternatif yang diedarkan oleh
pembangkang di peringkat nasional. Cadangan mereka adalah:
1. Hapuskan GST;
2. Memastikan kos sara hidup menjadi rendah;
3. Memantapkan SPRM untuk mengurangkan rasuah.
Semua ini bukan bajet, ini semua adalah janji pilihan raya. Tidak ada satu pun
dalam bajet alternatif tersebut menyatakan dengan jelas bagaimana mereka akan
mengutip hasil atau menambah hasil baru, atau bagaimana mereka akan
membelanjakan hasil tersebut mengikut program yang terancang dalam masa
tertentu. Kesemuanya adalah sekadar janji-janji besar yang mereka bercita-cita
untuk laksanakan jika mereka memerintah. Namun, bagaimana mereka akan
merealisasikan cita-cita tersebut tidak dinyatakan. Umpamanya menghapuskan
GST. Bagaimana mereka akan menguruskan kedudukan fiskal negara tanpa GST,
469
terutamanya dalam keadaan harga minyak global berada pada paras yang
rendah dan tidak menentu.
Kedua, bukankah ketiga-tiga janji besar ini menggambarkan dengan jelas bahawa
pembangkang yang sebenarnya sering menjadikan bajet dan sesi Dewan sebagai
pentas manifesto dan ruang kempen pilihan raya. Dengan mengulang-ulang janji
manis mereka, yang telah puas diucapkan di pelbagai pentas politik.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tiram, yang berpandangan Bajet Pilihan
raya adalah bajet yang mengumumkan pemberian bonus 3 bulan, sedangkan 2
bulan telah pun dibayar pada tahun ini. Malah, tindakan tersebut masih dilakukan
walaupun ia memaksa Kerajaan Negeri mengambil risiko perbelanjaan defisit yang
terlalu besar.
Untuk makluman semua di Selangor, defisit perbelanjaan Kerajaan Negeri adalah
setinggi 27.9% daripada saiz bajet, atau hampir dua kali ganda lebih besar dari
jumlah yang dicatatkan dalam bajet Kerajaan Pusat, yang hanya defisit sebanyak
14.4% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan.
Ini barulah bajet pilihan raya. Memberikan segala-galanya, bukan lagi gula-gula.
Mereka beri kilang gula terus. (Dewan bertepuk). Ini bukan satu amalan yang baik.
Kita sepatutnya mesti merancang mengikut kemampuan, mesti ukur baju di badan
sendiri. Kerana itulah di Johor, kita berbelanja mengikut kemampuan. Kita
berhemah. Kita teliti dan kita tidak populis. Kita sangat serius dalam tata kelola dan
tadbir urus kewangan kita.
Tetapi barangkali mereka di Selangor tidak sempat memikirkan semua ini. Sebab itu
Menteri Besar Selangor sekarang ini dengarnya sibuk meninjau-ninjau kemajuan
yang ada di Johor. Sampai ke Tiram perginya. Ringkasnya, Bajet Johor 2018 adalah
bajet yang adil, yang menawarkan keperluan rakyat secara bersesuian dan
bukannya dipenuhi oleh janji-janji pilihan raya.
Kerajaan Negeri Johor tidak akan berhutang besar semata-mata mahu memberi
gula-gula kepada penjawat awam. Malah, Bajet Johor adalah bajet lebihan untuk
8 tahun berturut-turut. (Dewan bertepuk). Kalau kita semak sesi bahas kali ini, wakil
pembangkang yang lebih cenderung menjadikan sesi ini medan berkempen untuk
pilihan raya. Misalnya YB Yong Peng yang mahu menghapuskan GST. Dan kita
masih ingat sebelum ini, beliau mahu membuka perkhidmatan Bas Muafakat Johor
kepada warga asing. Dan Yang Berhormat Penggaram yang mahu
menghapuskan cukai pintu. Ini baru janji manis untuk kempen pilihan raya. Dan,
inilah yang dinamakan, “ketuk dulang, paku serpih, kata orang, mereka yang
lebih”. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya saya merujuk kepada pertikaian oleh
Senai berhubung penurunan Anggaran Hasil 2018 sebanyak RM104.67 juta
berbanding Anggaran Hasil 2017 dan dakwaan bahawa kita menjadikan hasil dari
denda dan hukuman sebagai cara untuk menampung hasil negeri.
Pertama sekali, saya tegaskan bahawa, sekalipun kelihatan besar dalam jumlah,
sebenarnya penurunan anggaran hasil tersebut hanyalah sebanyak 6.5%.
Penurunan anggaran ini adalah berdasarkan kiraan realistik kutipan yang dapat
dijana pada tahun 2018, berasaskan maklumat dan fakta pada masa bajet ini
disediakan.
470
Kita tidak mahu meletakkan anggaran hasil yang tidak tepat dan tidak realistik
namun akhirnya tidak berjaya dicapai. Bagi Anggaran Hasil 2017 pula,
sememangnya ia lebih tinggi. Ini kerana terdapat jangkaan kutipan daripada hasil
tidak berulang iaitu premium tanah dalam jumlah yang besar. Perkara ini adalah
sesuatu yang lazim terutamanya apabila melibatkan pembayaran secara “one-
off”, iaitu yang berlaku sekali pada tahun tersebut sahaja.
Kedua, saya akui bahawa Anggaran Hasil tersebut juga dibuat berdasarkan tren
peningkatan kutipan di bawah hasil denda dan hukuman. Kita melihat wujud tren
yang positif dalam peningkatan kesedaran orang awam terhadap tanggungjawab
mereka untuk melangsaikan antara lain, cukai tanah yang tertunggak. Kesedaran
ini kita pacu dan gandakan melalui pelbagai kempen yang aktif dijalankan dengan
melibatkan media massa dan media sosial.
Pada tahun 2017 misalnya, kutipan hasil melalui denda dan hukuman dianggarkan
pada kadar RM14.26 juta sahaja. Sedangkan kutipan sebenar telah mencapai
RM19.99 juta setakat 29 November 2017. Dan jumlah ini tidak mustahil boleh
mencecah hampir RM22 juta sebelum penghujung tahun ini.
Jadi, Anggaran Hasil untuk denda dan hukuman pada kadar RM24.76 juta untuk
tahun 2018 adalah lebih responsif dan berasaskan kepada tren ini. Dan, kalau kita
bandingkan, kutipan sebenar untuk denda dan hukuman pada tahun-tahun
sebelum ini adalah lebih tinggi. Dan kadar anggaran sebanyak RM24.76 juta untuk
tahun 2018 itu sebenarnya adalah rendah.
Sebagai perbandingan, kutipan sebenar denda dan hukuman pada tahun 2014
adalah RM38.08 juta, 2015 sebanyak RM31.86 juta dan tahun 2016 sebanyak
RM29.23 juta. Saya juga perlu tegaskan, yang denda dan hukuman bukanlah
penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri Johor. Ia hanya mewakili 1.65% sahaja
daripada keseluruhan anggaran hasil Kerajaan Negeri. Ini kerana, denda dan
hukuman bukanlah hasil berulang dan tidak termasuk dalam fokus utama
peningkatan hasil Kerajaan Negeri Johor ke arah Bajet Berimbang Secara Berstruktur
atau dengan izin, Structurally Balanced Budget.
Sehubungan dengan itu, adalah tidak bijak, amat dangkal dan sangat
mengelirukan untuk Senai menuduh bahawa penyumbang hasil yang kecil ini
menjadi fokus kita dalam strategi peningkatan hasil.
Tujuan utama Kerajaan Negeri meningkatkan kecekapan pungutan hasil denda
dan hukuman lebih kepada usaha untuk mendidik dan mengelakkan pelanggaran
undang-undang dilakukan secara sesuka hati. Bukannya untuk menjadikan hasil
denda dan hukuman sebagai tampungan kepada hasil negeri dengan mengerah
rakyat seperti spekulasi Senai. Dan saya rasa, Senai ini tidak membaca Bajet yang
saya bentangkan. Telah saya lakarkan cita-cita Kerajaan Negeri untuk
membangunkan Dekad Baharu Untuk Johor menjelang tahun 2028.
Telah saya nyatakan bahawa Johor akan kita bangunkan secara radikal.
Ekonominya, prasarananya, kawasan luar bandarnya. Agar dengan kegiatan
ekonomi yang pesat ini, peluang pekerjaan wujud, taraf dan kualiti hidup bermutu,
hasil bertambah dan rakyat makmur. Inilah perancangan dan strategi peningkatan
hasil kita. Bukannya memfokuskan kepada hasil denda dan hukuman.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya perlu bersetuju dengan Yang Berhormat
Kukup, yang mengatakan sebenarnya dalam Dewan kita ini, ada golongan yang
fungsi dan matlamat hidupnya, tidak ada lain kecuali untuk sekadar membuat
471
perbandingan antara Johor dengan Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya dalam
isu ketiga ini, yang menyentuh aspek perkhidmatan perubatan dan penjagaan
kesihatan Negeri Johor. Buat kesekian kalinya kita dibanding-bandingkan dengan
Pulau Pinang dan Selangor.
Kali ini seperti biasa oleh Senai dan sekali lagi Penggaram. Saya menegaskan
seperti berikut:
Pertama, Aspek kesihatan adalah perkara di dalam senarai persekutuan atau
dengan izin, Federal List. Maksudnya, ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
pusat. Ia adalah satu constitutional arrangement, dengan izin, yang telah kita
persetujui sebagai sebuah persekutuan. Ini bermakna ia adalah tanggungjawab
kerajaan pusat. Apa yang kerajaan negeri lakukan hanyalah mengukuhkan eko
sistem perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan, bukan mengambil alih tanggung
jawab kerajaan pusat.
Kedua, Aspek penjagaan kesihatan asas, iaitu yang tidak memerlukan rawatan
pakar, pembedahan, atau prosedur-prosedur komplek di Johor dan di Malaysia
sudah berada dalam keadaan yang sangat baik. Malah kita diiktiraf di peringkat
global sebagai antara yang terbaik di dunia, seperti yang dinyatakan oleh Majalah
International Living dalam laporan bertajuk, dengan izin, 4 Countries With The Best
Healthcare in the world, pada bulan Julai tahun ini. Daripada 24 negara yang
dinilai, laporan tersebut mendapati Malaysia mempunyai perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti, doktor yang berpengalaman, dan kos yang sangat rendah.
Sehingga tidak dipercayai oleh kebanyakan negara-negara dunia yang lain.
Namun bagi kes-kes yang melibatkan keperluan pakar, serta prosedur dan
pembedahan yang kompleks, sudah pastilah ia mahal. Ia mahal bukan sahaja di
Malaysia, tetapi ia mahal di seluruh dunia. Ia bukan sahaja sukar, tetapi sudah
pastilah memerlukan program dan intervensi yang berbeza. Jadi kita mesti bersikap
waras dan munasabah dalam hal ini.
Setelah mengambil kira keadaan ini, kerajaan negeri mencari jalan membantu
rakyat mendapatkan akses kepada rawatan pakar terutamanya kepada golongan
kurang berkemampuan. Dan kerajaan negeri Johor, dan kerajaan negeri sedar,
Johor mempunyai kemudahan perubatan swasta yang moden dan terbaik seperti
di KPJ, Kumpulan Perubatan Johor melalui Johor Corporation. Lalu kerajaan
mencari jalan bagaimana kemudahan terbaik ini juga boleh dinikmati oleh rakyat
Johor khususnya yang kurang berkemampuan. Tetapi ia mesti dilakukan agar tidak
mengganggu fungsi utama KPJ, sebagai pemain penting dalam perubatan swasta.
Atas kesedaran itulah, bermula tahun hadapan Johor memperkenalkan 2 Skim
Perlindungan Takaful, iaitu Skim Perlindungan Penjawat Awam kepada 10,184
penjawat awam negeri dan Skim Perlindungan Takaful Am dan Asnaf kepada
10,000 asnaf dan 5,724 penerima bantuan am. Kedua-dua skim khas yang
melibatkan kira-kira 25,000 penerima ini, merupakan satu inisiatif prihatin, secara
berperingkat dan terfokus oleh kerajaan negeri. Tujuannya, bagi memastikan lebih
ramai rakyat Johor berpeluang menikmati perkhidmatan rawatan pakar di Hospital
KPJ. Di bawah Skim Perlindungan Takaful Am dan Asnaf misalnya, ia diberikan
kepada penerima berusia 18 hingga 60 tahun yang layak. Kita akan menyediakan
bantuan bayaran caruman bulanan sebanyak RM10.00 atau bersamaan dengan
RM120.00 setahun yang akan dibuat melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk
golongan asnaf dan kerajaan negeri untuk penerima dari golongan
berpendapatan rendah yang lain.
Antara 7 faedah besar dan menarik, yang akan diperolehi oleh penerima, dan
dengar baik-baik, adalah:
472
1. Bayaran pampasan kematian atau kemalangan berjumlah RM20,000.00;
2. Manfaat keilatan kekal antara RM17,000.00 sehingga RM34,000.00 bergantung
kepada kes dan keadaan;
3. Khairat Kematian berjumlah RM1,000.00 kepada ahli, RM1,000.00 kepada
pasangan dan RM500.00 kepada anak dengan had maksimum kepada 3
orang anak;
4. Rawatan penyakit kritikal sebanyak RM20,000.00 mencakupi 32 jenis penyakit
kritikal.
5. Elaun harian hospital sebanyak RM30.00 sehari; dan
6. Manfaat-manfaat tambahan seperti kerusi roda, dan tongkat.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya ingin menegaskan perkara berikut:
Pertama; Memandangkan ini merupakan 1 skim perlindungan Takaful, jadi kita mesti
faham bahawa manfaat yang akan diterima pastilah bukan setakat nilai
carumannya iaitu RM120.00 sahaja. Sebaliknya manfaat yang diterima adalah
berlipat kali ganda serta pelbagai seperti yang telah saya senaraikan tadi.
Kedua; Skim ini bukan lagi bercerita tentang rawatan asas yang biasa-biasa.
Seperti yang ditawarkan di klinik-klinik swasta melalui skim di Pulau Pinang dan
Selangor. Tetapi Johor bergerak selangkah ke hadapan dengan memastikan
golongan berpendapatan rendah dan para penjawat awam berpeluang
menerima rawatan rapi dari hospital pakar, termasuklah bagi rawatan ke atas 32
penyakit kritikal dengan pembiayaan mencecah RM20,000.00. Perkara ini bukan
sahaja tidak ditawarkan di Selangor dan Pulau Pinang, malah mereka tidak
mempunyai apa-apa program atau skim dalam aspek ini.
Ketiga; Jika ingin dibandingkan dengan manfaat dalam kad I Love Penang dan
Kad Peduli Sihat, Selangor, ia masing-masing hanya terhad kepada rawatan
maksimum RM300.00 dan RM500.00 sahaja setahun. Sebarang lebihan caj mesti
ditanggung sendiri oleh pesakit. Jadi, kepada pemegang kad I Love Penang dan
Kad Peduli Sihat Selangor, jangan bermimpi untuk menggunakan kad ini, jika anda
mengidap penyakit kritikal. Dan jangan pula cuba-cuba membawa kad ini ke
mana-mana hospital pakar di sana. Anda ataupun mereka tidak akan dipandang
dan dilayan. Dan jika pesakit memerlukan rawatan pakar, terpaksalah juga pergi
ke hospital kerajaan akhirnya.
Bagi pemegang kad Peduli Sihat Selangor pula, ia lebih menyedihkan, sudahlah
had tahunan hanya bernilai RM500.00, ia turut terhad kepada perkhidmatan
perubatan asas yang tidak melebihi RM50.00 sekali pergi. Jumlah ini bukan sahaja
tidak masuk akal rendahnya, tetapi ia adalah umpan untuk menunjukkan
keprihatinan yang dibuat-buat dan tidak ikhlas. Skim ini bukan sahaja tidak layak
jadi gula-gula, ini namanya menambah garam kepada luka (Dewan bertepuk).
Saya boleh faham dan sudah menjangkakan mengapa Selangor dan Pulau Pinang
untuk memperkenalkan skim yang mengutamakan klinik swasta seperti ini. Kerana
selama ini pembangkang bukan sahaja amat memandang rendah perkhidmatan
perubatan di pusat kesihatan dan hospital awam kerajaan, malah mereka sentiasa
memburuk-burukkan hospital kerajaan. Jadi, tidak mungkin untuk mereka
memperkenalkan satu skim yang akan menyokong perkhidmatan hospital kerajaan,
walaupun ia sebenarnya lebih baik. Kerana tindakan tersebut tidak ubah seperti
menjilat semula ludah sendiri. Sebaliknya apa yang Johor lakukan barulah
membantu, kita membantu bukan sahaja orang ramai yang memerlukan, malah
kita membantu meringankan beban hospital-hospital kerajaan.
473
Keempat; dari segi strategi dan keupayaan mengurus kewangan. Saya kira
membelanjakan RM120.00 setahun dengan kos keseluruhan hanya sebanyak RM1.9
juta, bagi membolehkan 15,000 orang mendapat manfaat perubatan mencecah
RM34,000.00 adalah jauh lebih berhemah, lebih smart dari memberikan gula-gula
serendah RM50.00 dan mencanangnya ke seluruh pelosok negara (Dewan
bertepuk). Apa yang Johor lakukan adalah jauh lebih berhemah, strategik dan
bijak berbanding Pulau Pinang yang membelanjakan RM60 juta, namun kira-kira
200,000 penerima skim tersebut hanya boleh mendapat rawatan asas di klinik
swasta yang terhad kepada kos maksimum RM300.00 setahun. Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, RM300.00 setahun, bukan RM300.00 sekali pergi. Dalam erti kata lain,
secara faktanya, di Pulau Pinang terdapat sekurang-kurang 200,000 orang rakyat
mereka atau bersamaan 11.43% dari penduduk Pulau Pinang yang tidak mampu
pun untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM300.00 setahun untuk mendapat
rawatan asas perubatan. Atau dalam perspektif yang lebih mudah tapi
mengerikan, 1 daripada kira-kira 11 orang di Pulau Pinang tidak mampu
menyimpan sekurang-kurang RM0.82 sehari untuk perbelanjaan rawatan
perubatan asas mereka.
Kalau mahu dibandingkan jika Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang dan
kita ada RM60 juta seperti dalam peruntukan bajet Pulau Pinang sekarang untuk
insentif kesihatan ini, kita akan boleh memperkenalkan kira-kira 32 Skim Perlindungan
Takaful yang mampu memastikan hampir 480,000 penduduk di sana menikmati skim
perlindungan perubatan. Malah lengkap, lengkap dengan manfaat rawatan pakar
yang mencecah RM34,000.00 seorang. (Dewan bertepuk).
Maknanya, kalau Pulau Pinang menggunakan jumlah peruntukan yang ada
sekarang, namun menggunakan model dan pendekatan Johor, mereka akan
dapat membantu 280,000 orang lebih ramai dari jumlah sekarang. Malah
penerimanya akan berpeluang menikmati manfaat mencecah RM33,700.00 lebih
tinggi dari apa yang ditawarkan buat masa ini. Jadi, sekarang ini siapa yang
membazir? Siapa yang tidak cekap? Siapa yang memberi gula-gula? (Dewan
bertepuk).
Sebab itulah bajet 2018 bukan bajet copy and paste seperti yang dikatakan oleh YB
Senai. Ini semua idea-idea baru yang lebih baik dari sebelum ini. Dan demi
kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, saya izinkan Senai untuk copy
idea ini dan pastelah di Selangor dan Pulau Pinang (Dewan bertepuk).
Tuntasnya, kedua-dua skim Selangor dan Pulau Pinang, jika dibandingkan dengan
manfaat dalam Perlindungan Takaful yang Johor perkenalkan, ia ibarat langit
dengan bumi. Kepada golongan yang berpendapatan rendah di Johor yang tidak
berkemampuan mendapatkan rawatan pakar dan penyakit kronik sebelum ini. Ini
bukan kes sudah jatuh di timpa tangga seperti yang Senai sebutkan. Ini kes
mendapat durian runtuh. (Dewan bertepuk). Sebab itulah amat penting memilih
kerajaan yang tahu memaksimumkan impak dan manfaat kewangan. (Dewan
bertepuk). Bukan seperti mereka yang membelanjakan RM60 juta setahun tapi
hasilnya amat terhad, kecil, tidak mencukupi dan tidak memadai.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, selain aspek kesihatan, terdapat 2 lagi perkara
yang pernah disoal dalam Dewan ini.
Pertama; keputusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk
menggunakan BRT dan bukannya LRT atau MRT di Iskandar Malaysia. Saya ingin
menjelaskan alasan-alasan yang mendasari keputusan ini. Ia pastilah bukan
474
diputuskan secara suka-suka tanpa asas yang kukuh, sebaliknya keputusan tersebut
dipimpin oleh beberapa pertimbangan yang besar.
Penduduk Johor khususnya di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia masih dikira kecil
untuk mewajarkan pembinaan sebuah sistem transit aliran ringan (LRT) ataupun
MRT.
Kos pembinaan LRT dan MRT adalah jauh lebih mahal berbanding penggunaan
sistem BRT yang kita pilih untuk Iskandar Malaysia. Kedua-dua perkara ini akan
membawa kesan yang besar, antaranya memandangkan pembinaannya mahal,
dan penduduk ataupun penggunanya sedikit, ini akan menyebabkan harga atau
caj tiket menjadi sangat mahal. Sekali gus menyebabkan menjadi tidak praktikal,
tidak sesuai dan sudah tentulah tidak akan dipilih masyarakat. Perkara ini juga akan
menyebabkan aspirasi kita untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam
akan terbantut dan gagal. Jadi, tidak hairanlah jika kira-kira 203 buah bandar di
seluruh dunia, memilih penggunaan BRT berbanding LRT ataupun MRT. Seperti
Copenhagen, Stockholm, Manchester, Brisbane dan termasuk Amsterdam, semua
tidak ada LRT, MRT tetapi BRT. Macam Johor Bahru, jadi apa segan kalau Johor
Bahru ada BRT? Sekali pun begitu saya boleh nyatakan di sini bahawa apabila
masanya sesuai dan perlu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pastinya
akan mempertimbangkan pembinaan MRT atau LRT pada masa hadapan.
Perkara kedua berhubungan pertikaian sesetengah pihak tentang penduduk Johor
yang bekerja di Singapura. Saya ingin tegaskan bahawa keadaan penduduk Johor
yang bekerja di Singapura tidak sesekali mencerminkan keadaan ekonomi yang
teruk atau ketiadaan peluang pekerjaan yang baik. Sebaliknya ia adalah
disumbangkan oleh faktor perbezaan mata wang yang sekali gus menjadi
pendorong untuk penduduk di Johor bekerja di Singapura. Saya gunakan istilah
penduduk Johor kerana kita mesti jelas bahawa yang bekerja di Singapura ini
bukan semuanya warga Johor. Mereka adalah warga Malaysia yang datang dari
pelbagai negeri seperti Kedah, Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang. Mereka
tinggal di Johor tetapi mereka adalah rakyat Malaysia dari pelbagai negeri lain.
Malah apa yang berlaku di Johor ini sangat unik. Ia memberikan peluang kepada
semua orang. Walau dari mana sekalipun untuk membina kehidupan yang
sejahtera, Johor adalah negeri yang tidak pernah kurang peluang. Johor menjadi
tempat di mana pendemokrasian ekonomi benar-benar berlaku. Kita memberi
ruang kepada masyarakat kita untuk menentu dan memilih apakah yang terbaik
untuk mereka. Tidak menjadi kerugian kepada Johor untuk sesiapa jua bekerja di
Singapura tetapi menetap di Johor. Dan, tidak ada halangan untuk sesiapa jua
dari Singapura yang memilih untuk menetap, berniaga dan berbelanja di Johor.
Lihat sahajalah kepada kedudukan Johor sebagai sebuah bandar yang
bersempadan antarabangsa. Sudah pastilah ia menjadi pusat ekonomi rentas
sempadan yang global dan dinamik. Dan, ekonomi rentas sempadan seperti ini
merupakan satu fenomena global yang tidak boleh dihalang. Masa depan Johor
bakal dicorakkan oleh globalisasi dan bukannya sempadan kebangsaan. Malah di
Johor, fenomena ini juga berlaku semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri
Besar Johor lagi. Tidak ada apa-apa yang beliau boleh lakukan. (Dewan bertepuk).
Sebaliknya bagi kita kerajaan negeri pada hari ini, kita percaya bahawa perkara ini
adalah sesuatu yang seharusnya dilihat oleh orang Johor dengan pemikiran
terbuka dan rasa bangga. Kerana, tidak semua bandar di Malaysia berpeluang
menjadi pusat ekonomi rentas sempadan. Kuala Lumpur, Kuantan, Shah Alam
mahu pun Pulau Pinang, kesemuanya tidak mempunyai kedudukan unik dan
berpotensi seperti ini. Sebab itulah, tidak keterlaluan untuk kita di Johor menyimpan
aspirasi yang satu hari kita berpeluang untuk menjadi rujukan dan membantu negeri
475
lain seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Sabah untuk membangun dan menjadi
pusat ekonomi rentas sempadan yang berjaya. Dan yang lebih penting, apabila
pembangkang asyik mempersoalkan perkara ini, timbul persoalan di pihak saya.
Adakah kalau mereka berkuasa, mereka akan menghalang penduduk Johor untuk
bekerja di Singapura? Dan, adakah mereka akan menghalang kemasukan warga
Singapura ke Johor untuk bercuti dan membeli belah di sini? Dan adakah
kemasukan dan kedatangan warga Singapura ke Johor menggambarkan
kegagalan kerajaan Singapura mengurus ekonomi mereka dengan baik?
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, isu kelima adalah berhubung tuduhan Yang
Berhormat Penggaram dan Bekok bahawa Bajet 2018 gagal memberi penekanan
kepada perkara asas. Iaitu langkah-langkah dan program bagi meningkatkan
integriti kerajaan sehingga kerajaan negeri di katakan gagal meletakkan sesuatu
pada tempatnya. Sebenarnya saya tidak pasti sama ada kerajaan negeri tidak
memberikan penekanan dan gagal meletakkan sesuatu pada tempatnya atau
Penggaram yang tersalah fokus dan gagal meletakkan pendengaran beliau pada
tempat yang sewajarnya. Saya nasihatkan Penggaram untuk rujuk semula kepada
ciri Dekad Johor yang ketiga pada perenggan 43. Serta kepada perkara kedua,
ketiga, keempat dan kelima yang disebutkan dalam perenggan 44 pada muka
surat 12. Dan, sila rujuk juga strategi keempat, “Menjelmakan Pengurusan
Tatakelola Kerajaan Yang Berprestasi Telus Dan Beramanah”, pada perenggan 192
sehingga 208 pada muka surat 73 hingga 77 buku teks penuh Bajet 2018.
Keseluruhan kandungan dalam 18 perenggan ini menceritakan secara terperinci
dan jelas tentang komitmen kerajaan negeri untuk mengatasi ketirisan dan
meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan negeri melalui 2 agenda
utama iaitu agenda kepimpinan berprestasi dan pemantapan perkhidmatan
awam dan agenda peralihan ke arah kerajaan digital. Sila baca hadam dan
faham, jika semuaini bukan langkah-langkah khusus dan jelas untuk menambah
baik perkhidmatan awam dan PBT serta usaha-usaha mengelakkan ketirisan, saya
tidak tahu apakah ia. Dalam bahagian tersebut saya telah jelaskan dengan
terperinci pelan dan program khusus untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang
cekap dan telus. Ini bukan janji bulan dan bintang seperti yang didakwa oleh
Penggaram. Tetapi, ini adalah cadangan-cadangan yang berpijak pada bumi
yang nyata, yang dipacu oleh prestasi oleh pembinaan kapasiti dan kecanggihan
teknologi. Yang taksub dengan bulan dan bintang ini bukan kerajaan Barisan
Nasional tetapi pembangkang, terlalu bermimpi mahu ke angkasa sampai
lambang parti mereka pun adalah roket. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,untuk isu yang keenam. Saya ingin merujuk
kesimpulan oleh Yang Berhormat Penggaram menyatakan bahawa Johor
merupakan negeri yang menerima BRIM antara yang tertinggi di Malaysia. Ini sekali
gus membuktikan kegagalan Barisan Nasional menguruskan Malaysia dan Johor
dengan baik. Jawapan saya adalah seperti berikut:
Pertama, Penggaram harus tahu bahawa Johor bukanlah negeri yang mempunyai
penerima BRIM tertinggi di Malaysia tetapi negeri yang menjadi juara dengan
penerima tertinggi adalah negeri yang ditadbir oleh rakan Penggaram iaitu tidak
lain tidak bukan Selangor. (Dewan bertepuk). Menurut Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Johari Abdul Ghani, penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia dari
Selangor pada tahun 2016 adalah seramai 1,017,403 orang. Di ikuti oleh Johor,
889,000 penerima dan Sarawak 735,000 orang penerima.
Pada tahun 2014 penerima dari Selangor adalah seramai 987,757 orang dan pada
tahun 2015, 1,066,359 penerima sedangkan penerima dari Johor bagi kedua-dua
476
tahun tersebut adalah lebih rendah iaitu 848,722 penerima dan 911,851 penerima.
Jadi, kalau mengikut logik Penggaram ini bermakna sepanjang tiga tahun lepas
rakan parti pembangkang telah gagal dengan sangat teruk untuk menguruskan
negeri Selangor sehingga menghasilkan penerima BRIM paling ramai di Malaysia
(Dewan bertepuk).
Malah, saya berikan juga satu fakta tambahan sebagai sagu hati untuk
Penggaram, bawa pulang dan fikirkan. Selangor bukan sahaja juara penerima
BRIM paling ramai di Malaysia, malah negeri yang kononnya kaya dan terbaik ini
juga menjuarai carta sebagai negeri yang mempunyai golongan bankrap atau
muflis paling tinggi di Malaysia. (Dewan bertepuk). Iaitu seramai 72,114 kes dari
keseluruhan 296,000 kebankrap Malaysia. Jumlah ini bersamaan kira-kira 25% dari
keseluruhan jumlah nasional. Ini bermakna dalam setiap empat orang rakyat
Malaysia yang diisytiharkan bankrap seorang adalah wakil dari Selangor. (Dewan
ketawa). Jadi, sebagai negeri pemegang carta penerima BRIM dan golongan
bankrap tertinggi, adakah ini menggambarkan yang pembangkang berupaya
menguruskan kerajaan dengan lebih baik. (Dewan bertepuk).
Kedua, sekalipun Penggaram melihat BRIM sebagai perkara yang buruk, dan harus
menjadi penanda aras kecekapan kerajaan menguruskan ekonomi, saya sangkal
perkara ini dan ingin mengajak semua untuk melihat pemberian BRIM dengan lebih
berobjektif dan terbuka. BRIM bukanlah satu bantuan kepada golongan susah dan
fakir. Kelompok ini sudah kita santuni dengan pelbagai skim dan program bantuan
lain termasuklah pemberian zakat kepada golongan asnaf. Sebaliknya, BRIM
merupakan satu bentuk intervensi bersasar yang dilakukan untuk mengurangkan
kos sara hidup, bukan membasmi kemiskinan. Kita mempunyai kayu ukur tersendiri
untuk mengukur kemiskinan.
Dan ia adalah kayu ukur yang ditanda aras mengikut standard antarabangsa.
Mereka yang menerima BRIM tidak semestinya miskin tetapi kebanyakan penerima
BRIM adalah rakyat yang berpendapatan rendah dan mengalami kesusahan
kerana kos sara hidup meningkat. Ada beza antara miskin dan susah. Mereka yang
susah adalah yang mempunyai pekerjaan, pendapatan dan kehidupan yang
teratur dan munasabah yang tidak termasuk dalam garis kemiskinan. Tetapi
kehidupan mereka terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat disebabkan
pelbagai faktor luar kawalan kerajaan. Kerana itulah BRIM diperkenalkan. Ia
adalah langkah menangani peningkatan kos sara hidup. Ia dinamik dan luas. Ia
boleh dinaikkan, dikurangkan ataupun dihapuskan jika kedudukan kos sara hidup
berubah. Ini adalah satu tindakan tanggungjawab dari sebuah kerajaan yang
prihatin.
Sebab itulah, sekutu pembangkang dari PPBM atau BERSATU sendiri telah
menyatakan secara terbuka untuk mengekalkan BRIM kalau mereka berkuasa.
Jadi, BRIM ini seharusnya di lihat dengan perspektif untuk menambah baik
pelaksanaannya dan bukan menukar, mengeluarkannya dari konteks dan dijadikan
modal politik.
Ketiga, sebenarnya kerajaan boleh memilih untuk tidak memberi BRIM dan
menyimpan sahaja peruntukan yang besar tersebut dan dibelanjakan kepada
perkara-perkara lain. Tetapi, jika kita berbuat demikian pembangkang sudah
pastinya juga tidak akan berpuas hati. Barangkali Penggaram terlupa, rakan beliau
dari Senai sendiri yang bersungguh-sungguh menggesa bahawa kerajaan mesti
berbelanja lebih banyak dan menggunakan segala hasil yang ada demi
melebarkan jaringan keselamatan sosial rakyat. Sebab kata beliau rakyat kini
terpaksa mengikat perut. Jadi, sekarang ini, idea siapa yang harus kita ikut. Kalau
477
ikut Penggaram, makin banyak kita beri pada rakyat, itu petanda ekonomi tenat.
Kalau ikut Senai pula, kerajaan janganlah kedekut. Berilah lebih banyak, agar rakyat
tidak perlu ikat perut. Saranan saya, yang diikat sebenarnya bukan perut rakyat,
tetapi kita ikat sahaja kedua-dua mereka untuk duduk semeja dan cari kata
sepakat. (Dewan ketawa).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, memandangkan Wakil Rakyat Pembangkang tidak
hadir ke Ekspo Johor Berkemajuan pada Oktober lalu untuk melihat sendiri, pelbagai
pencapaian serta kemajuan yang telah dicapai oleh Johor, saya mengambil
kesempatan ini untuk membentangkan kepada ke dalam Dewan yang mulia ini,
kedudukan dan prestasi semasa negeri Johor. Namun, sebelum saya
senaraikannya, saya ingin menegaskan beberapa keadaan dan perkara penting
yang melakari pembangunan negeri Johor berbanding dengan negeri-negeri lain.
Pertama, Johor adalah negeri yang tidak mempunyai sumber asli bernilai tinggi,
seperti minyak dan gas asli mahu pun balak yang banyak. Johor tak ada. Sebab
itulah persoalan Tanjung Surat, berhubung tenaga kerja dari anak tempatan Johor,
yang harus diberikan keutamaan dalam industri gas dan minyak, perlu dilihat dalam
konteks yang lebih besar. Johor tidak pernah terlibat dalam industri minyak dan gas
asli sebelum ini. Johor hanya terdedah dalam industri gas dan minyak, semenjak
beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi, sudah tentulah kita tidak mempunyai
tenaga mahir yang tersedia dan mencukupi, seperti Sabah, Sarawak dan
Terengganu. Malah, kepesatan pembangunan di PIPC Pengerang itu, adalah
projek mega industri minyak dan gas yang pertama untuk Johor. Kita masih boleh
dianggap sebagai negeri yang sedang bertatih dalam industri ini. Kita masih
setahun jagung. Masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang perlu
dipelajari dari semua pihak. Sebab itulah, ia bukan sahaja menjadi tanggung jawab
kerajaan negeri, malah menjadi tugas semua kita di Johor, khususnya Wakil Rakyat
untuk membantu memupuk minat yang mendalam dalam industri ini dikalangan
orang muda Johor. Dan, bukannya mengambil tindakan tidak bertanggung jawab
seperti memburuk-burukkan industri ini, atau untuk menutup sahaja seperti yang
pernah dicadangkan oleh pembangkang sebelum ini.
Sekali pun begitu, sememangnya menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk
memastikan seramai mungkin rakyat Johor berpeluang untuk terlibat dalam industri
yang besar ini. Malah, dalam banyak ruang dan kenyataan sebelum ini, saya sering
menegaskan aspirasi kita adalah Johore Jobs For Johorian dengan izin. Maksudnya
semua pekerjaan yang dilahirkan adalah untuk anak-anak Johor.
Kedua, Johor ini tidak sekecil Pulau Pinang yang mudah diuruskan. Kita mempunyai
penduduk yang ramai iaitu 3.2 juta, antara yang tertinggi di Malaysia.
Ketiga, Johor juga tidak mendapat manfaat, menjadi negeri yang diberikan fokus
dan perhatian untuk dibangunkan secara mega sebelum ini. Seperti yang diterima
oleh Selangor sejak sekian lama. Selama ni, Selangor yang banyak projek-projek
mega. Kerana, kedudukannya di dalam pusat ekonomi negara iaitu di Lembah
Klang. Sebab itulah, atas nama kesamarataan yang sering disebut-sebut oleh
pembangkang, Selangor dan Pulau Pinang tidak sepatutnya membandingkan
kedudukan dan prestasi mereka, dengan Malaysia keseluruhannya. Kerana,
Kerajaan Persekutuan masih mempunyai banyak negeri yang memerlukan
bantuan, dan masih banyak kawasan pendalaman yang memerlukan intervensi
khusus. Malah, mereka tidak seharusnya membandingkan diri mereka dengan Johor
secara keseluruhannya. Kerana, di Johor sendiri masih ada kawasan yang tidak
semoden dan membangun seperti mereka. Tetapi, jika masih ingin dibandingkan
sekali pun, selayaknya mereka membandingkan diri mereka dengan Wilayah
478
Iskandar Malaysia. Ini barulah satu perbandingan yang adil. Barulah buku bertemu
ruas. Namun, di sebalik segala kekurangan dan kelemahan ini, saya ingin nyatakan
bahawa Johor telah berkembang dan membangun pada kadar yang jauh lebih
pantas dan holistik berbanding negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang dan
Selangor. Jadi, saya senaraikan di sini, 10 pencapaian dan kejayaan utama Johor
untuk makluman semua.
Pertama, pertumbuhan ekonomi Johor melepasi kadar nasional. Sejak tahun 2011
hingga 2016, pertumbuhan ekonomi Johor adalah baik, dan melepasi kadar
direkodkan untuk Malaysia setiap tahun, iaitu dengan purata pada 5.9%
berbanding Malaysia 5.1%. Kedua, Johor merupakan negeri yang mempunyai
kesenjangan yang kecil. Kesenjangan atau jurang pendapatan, antara luar bandar
dan bandar, antara yang kaya dan yang miskin, merupakan satu aspek penting
dalam kita mengukuh prestasi sesebuah ekonomi. Johor merupakan negeri yang
merekodkan prestasi cemerlang dalam aspek ini dengan bacaan kali ini antara
yang terbaik di Malaysia iaitu serendah 0.354 pada tahun 2016. Mengatasi Selangor
pada 0.372 dan Pulau Pinang pada 0.356. Pada tahun 2014, bacaan kita adalah
serendah 0.324 iaitu yang terendah di Malaysia selepas Melaka. Bacaan yang
rendah ini adalah baik, kerana ia menunjukkan bahawa jurang atau perbezaan
pembahagian kekayaan dan hasil negeri antara rakyat adalah kecil.
Selain itu, pendapatan isi rumah Johor terus mencatatkan peningkatan demi
peningkatan. Setakat ini, pendapatan isi rumah Johor adalah sebanyak RM6,928.00.
Jumlah ini adalah lebih baik dan mengatasi Pulau Pinang yang mencatatkan
sebanyak RM6,771.00. Walau pun pada hakikatnya, pendapatan per kapita
mereka sebenarnya lebih tinggi berbanding Johor iaitu sebanyak RM47,322.00 dan
kita hanya pada RM31,952.00. Apakah makna semua ini? Ini menunjukkan yang
pendapatan dan perolehan di negeri Johor benar-benar sampai kepada rakyat.
Dan, tidak hanya dimonopoli oleh setengah pihak atau syarikat-syarikat besar di
Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, fakta ini tidak digemari oleh Bentayan yang menyatakan
wujud kesenjangan pendapatan antara daerah-daerah di Johor. Saya akui wujud
perbezaan dan jurang antara daerah-daerah di Johor. Cuma, saya berharap Ahli
Yang Berhormat dari Bentayan, memberikan perhatian kerana, dalam bajet semasa
Pembentangan Bajet, kita telah menyatakan, menyedari wujudnya kesenjangan
antara daerah-daerahlah, kerajaan negeri memperkenalkan Pelan Pertumbuhan
Strategik Negeri Johor. Kita mahu melihat bagaimana potensi sesebuah daerah
yang saling berbeza ini, bukan sahaja di bangunkan, tetapi di bangunkan mengikut
kearifan tempatan. Malah, dakwaan bahawa pembangunan terlalu tertumpu di
Johor Selatan, seharusnya tidak berlaku, jika Yang Berhormat Bentayan memberi
perhatian terhadap komitmen kerajaan negeri yang dizahirkan pada perenggan 36
muka surat 11, Buku Bajet 2018. Perkara ini disentuh sedari awal pembentangan
saya, bahawa kita sememangnya mahu memberikan perhatian pula, kepada
pembangunan dan pertumbuhan di jajaran Johor Timur dan Johor Barat.
Ketiga, Johor menerima jumlah kemasukan FDI tertinggi dalam sektor pembuatan di
Malaysia untuk tempoh 4 tahun berturut-turut. Sejak 2013 hingga 2016, Johor telah
merekodkan kemasukan FDI dalam sektor pembuatan sebanyak RM66.6 bilion.
Jumlah ini bersamaan 3 kali ganda Selangor, dan 6 kali ganda Pulau Pinang. Bagi
tahun 2016 sahaja, kemasukan FDI dalam pembuatan adalah sebanyak RM26.4
bilion, jauh meninggalkan negeri kedua terbanyak iaitu Selangor dengan hanya
RM7.9 bilion. Dan, nilai ini adalah bersamaan 45.1% daripada RM58.5 bilion yang
dicatatkan Malaysia. Ini bermakna, Selangor perlu menunggu hampir 4 tahun lagi
untuk mengejar nilai yang kita perolehi pada tahun 2016.
479
Keempat, Johor merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai
pemetaan digital jalan-jalan kampung secara lengkap. Malah, prasarana jalan
raya di kampung-kampung di seluruh Johor adalah lengkap dan baik dengan kira-
kira 96.4 kilometer jalan di panjangkan dan 642 kilometer lagi dilebarkan. Dan, saya
suka untuk maklumkan yang pada awal tahun hadapan, kita akan melancarkan
Pelan Rejuvinasi Desa Johor yang telah pun disiapkan. Di dalam pelan ini,
pembangunan kawasan luar bandar akan diberikan perhatian khusus yang
melibatkan aspek pemerkasaan ekonomi, keselamatan, pembangunan kapasiti,
infrastruktur, pendidikan dan sekolah agama serta aspek-aspek lain yang boleh
melonjakkan kesejahteraan serta kualiti hidup di luar bandar. Malah, bab 7 pelan
ini, akan memfokuskan secara khusus, kepada masyarakat FELDA di negeri Johor.
Kelima, Johor mempunyai kualiti alam sekitar yang sangat baik. Sekalipun Johor
mencatatkan kemasukan pelaburan dalam pembuatan yang tertinggi dalam
negara, sekali gus menjadikannya sebuah negeri industri yang pesat, tetapi tahap
dan prestasi alam sekitar kita, sangat membanggakan. Johor mencatatkan 75.74%
dalam indeks prestasi alam sekitar Malaysia 2014. Dan, merupakan negeri kelima
terbaik dalam melindungi ekosistem dan kesihatan manusia dari bahaya alam
sekitar. Sedangkan, bagi negeri-negeri industri lain, seperti Selangor dan Pulau
Pinang, mereka masing-masing berada di tangga kesembilan dan 14, iaitu antara
yang tercorot dalam negara. Pencapaian ini antara lain disumbangkan oleh
komitmen kita dengan memperkenalkan Dasar Kelestarian Johor serta inisiatif
penanaman pokok secara besar-besaran di seluruh Johor. Namun, bagi menjawab
persoalan Yang Berhormat Pekan Nenas, yang mahukan perincian tentang berapa
banyak pokok dan di manakah akan kita tanam dalam tempoh 10 tahun kelak.
Saya tidak dapat nyatakan satu persatu di sini, kerana ia melibatkan proses selama
10 tahun. Tetapi, yang jelasnya Pekan Nenas sendiri sudah dapat membayangkan
Barisan Nasional akan terus memerintah Johor, sebab itu beliau bertanya sekarang.
(Dewan bertepuk).
Tan Sri Speaker, keenam. Kerajaan negeri Johor telah berjaya melaksanakan
kesemua 84, Aku Janji Barisan Nasional semasa Pilihan Raya yang Ke-13. Ini
bermakna, segala projek serta agenda yang kita umumkan, janjikan sebahagian
sebesarnya, sudah disempurnakan. Ini termasukkan kejayaan menyiapkan
sebanyak 16,010 unit rumah mampu milik. Jumlah ini adalah 167% melebihi sasaran
awal kita iaitu sebanyak hanya 6,000 unit sahaja. Perkara ini sekali gus menjawab
pesanan dari Yang Berhormat Parit Yaani bahawa segala projek dan pelan
kerajaan negeri mestilah dipantau agar pelaksanaannya lancar dan baik. Benar,
dan perkara ini sudah sememangnya menjadi amalan kita di peringkat kerajaan
negeri. Cuma saya harap Parit Yaani akan sampaikan juga pesanan tersebut
kepada rakan-rakan pembangkang beliau di Selangor kerana menurut laporan
Ketua Audit Negara 2016 Siri 2, 57% projek bagi tahun 2016 oleh kerajaan negeri
Selangor masih belum dimulakan. Sedangkan, tahun 2018 hanya tidak beberapa
hari sahaja lagi. Ini bermakna lebih separuh daripada projek bagi tahun 2016, yang
diumumkan semasa pembentangan bajet pada penghujung tahun 2015 masih
belum dimulakan di negeri Selangor. Dia sibuk dekat negeri orang lain. (Dewan
bertepuk). Dan hanya 8% sahaja yang berjaya disiapkan sepenuhnya.
Ketujuh, Johor adalah negeri yang mempunyai Skim Pinjaman Perumahan
Kakitangan Awam Tanpa Faedah. Ini bermakna jika penjawat awam Johor
membuat pinjaman perumahan berjumlah RM300,000.00, jumlah keseluruhan yang
mereka perlu bayar juga adalah RM300,000.00 tidak lebih dan tidak kurang. Jadi,
tidak hairanlah kalau ada wakil rakyat dari pembangkang sendiri yang
menggunakan skim ini tetapi beli rumah di Perak. Tetapi di Selangor dan Pulau
480
Pinang, atau di mana-mana negeri lain, jika penjawat awam mereka meminjam
RM300,000.00, mereka akhirnya terpaksa membayar kira-kira hampir RM500,000.00
hingga RM600,000.00 sepanjang tempoh pembiayaan iaitu penambahan sebanyak
kira-kira RM200,000.00 hingga RM300,000.00 bagi tujuan faedah atau interest. Tapi,
saya kira tidak apa, kalau di Selangor mereka ada bonus 3 bulan, jadi bolehlah
dibuat simpanan untuk diberikan secara percuma sebagai faedah kepada bank-
bank kelak.
Kelapan, Johor adalah negeri yang mempunyai peruntukan serta Program
Pendidikan Sekolah Agama paling besar dan komprehensif di Malaysia. Sehingga
kini, Johor mempunyai 579 buah sekolah agama di seluruh negeri termasuklah
Sekolah Rendah Arab Bersepadu. Malah sejak Oktober 2015 sehingga Jun 2017
sahaja, kita telah membina 77 sekolah agama kerajaan Johor dan 18 telah dibaik
pulih dengan kos RM240 juta. Jadi, kita semua boleh berasa sedikit lega kerana
pembangunan di Johor bukanlah bersifat perlumbaan mengejar material semata-
mata. Tetapi sekolah agama sebagai benteng moral masyarakat juga kita berikan
fokus yang besar.
Kesembilan, Johor adalah negeri selamat dan sejahtera. Indeks jenayah Johor
menurun 38% dari 20,970 kes pada tahun 2011 kepada 12,941 kes pada tahun 2016,
hasil usaha meningkatkan kehadiran Polis dan kecekapan kontinjen Polis melalui
Program Pos Polis Komuniti serta peningkatan pemasangan litar kamera tertutup.
Dan kadar jenayah di Johor telah jatuh selama 7 tahun berturut-turut sejak tahun
2008. Sebagai perbandingan kadar jenayah di Selangor telah menunjukkan
peningkatan sebanyak 3.94% pada lapan bulan pertama tahun 2016 berbanding
tempoh yang sama pada tahun 2015. Jadi, kita tidak terkejut apabila Johor Bahru
sendiri telah disenaraikan sebagai bandar raya ketiga terbaik di Asia Tenggara
pada tahun 2017 oleh firma Perunding MACER. (Dewan bertepuk). Pengiktirafan ini
adalah bukti jelas yang menggambarkan keseimbangan pembangunan dan
kesejahteraan rakyat.
Kesepuluh, skim dan perlindungan kepada golongan OKU, Orang Asli dan Muaalaf
Johor adalah menyeluruh dan pelbagai. Melalui agenda pembangunan yang
inklusif, Johor telah muncul sebagai negeri yang mempunyai perlindungan antara
yang terbaik kepada golongan OKU, Orang Asli dan mereka sifatkan rentan atau
dengan izin, vulnerable. Antaranya kita memperkenalkan program-program
pembangunan komuniti Orang Asli yang dikenali sebagai prodaya Orang Asli,
meletakkan dasar yang menempatkan orang OKU sebagai kakitangan di PBT dan
menubuhkan taska OKU serta memperkenalkan sekurang-kurangnya 8 skim
bantuan dan perlindungan untuk mualaf.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Johor adalah satu-satunya negeri yang telah
menyediakan laporan pembangunan dan laporan ekonominya. Salinan laporan-
laporan ini telah disediakan dan boleh diambil untuk dijadikan rujukan oleh Ahli-Ahli
Yang Berhormat sekalian. Tujuannya, adalah agar semua hasil dan pencapaian
kerajaan ini dapat dilihat, disemak dan disebar luaskan kepada semua. Ia juga
adalah laporan pencapaian kita untuk tempoh mandat yang diberikan dalam
pilihan raya yang lepas. Kita percaya adalah penting untuk kita melaporkan
pencapaian kita berdasarkan janji kita semasa pilihan raya lepas. Selangor dan
Penang pun tidak buat perkara ini, pastinya kita tidak mengharapkan mereka
melakukannya, mereka bukan dalam kelas Johor. (Dewan bertepuk). Jadi saya
sarankan kepada semua wakil rakyat ambil dan hadamlah semua data dan statistik
ini betul-betul dengan akal yang waras, dengan hati yang terbuka, dengan sikap
yang baik. Bawalah pulang semua ini dan sampaikan kepada rakyat di kawasan
Yang Berhormat semua dan memandangkan Yang Berhormat pembangkang tidak
481
ada cerita baik yang terhasil dari usaha sendiri, maka beritahulah rakyat bahawa ini
adalah usaha pembangkang. Tak apa, saya tak kisah, saya tidak akan ambil hati
kalau lembu punya susu, sapi yang dapat nama. (Dewan bertepuk). Cuma, satu
sahaja yang saya minta sampaikan fakta yang sebenar, bukan cerita yang diputar
belit atau yang digelapkan, berlaku jujur dan amanahlah. Bukankah parti-parti
Yang Berhormat semua amat telus, amat ikhlas dan amanah. Nama pun Parti
Amanah, jadi berlaku amanahlah kepada semua rakyat dengan menceritakan
semua fakta yang benar ini. (Dewan bertepuk). Dan kalau mampu tunjukkan
bagaimana pembangkang akan dapat capai semua ini dengan lebih baik. Jika
tak mampu, tak apa, tidak mengapa, tak apa yang perlu, tidak ada apa-apa yang
perlu dirisaukan kerana Barisan Nasional sememangnya akan terus memegang
mandat dalam penggal yang akan datang, Insya-Allah. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, seterusnya saya ingin menjawab Yang Berhormat
Senai berhubung rujukan dan pertanyaan beliau sama ada benar kenyataan
seorang saksi dalam satu proceeding soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah dibocorkan di laman sesawang baru-baru ini.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker...
YB Speaker : Jangan ganggu Yang Berhormat.
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Mana boleh ganggu, Peraturan 45
(13), apa cerita ini, jangan buat kacau.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dengar dulu saya cakap Yang Berhormat Tan
Sri Speaker.
YB Speaker : Duduklah, duduk. Sila teruskan.
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Peraturan mana, peraturan mana?
YB Speaker : Dengarlah, saya punya arahan Yang Berhormat duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ada sesuatu
yang saya
YB Speaker : Ikut arahan, Yang Berhormat duduk.
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Mengkibol duduk.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Speaker, Speaker guna keputusan Speaker.
Mengkibol, bagi peluang dah habis berucap. Mengkibol kena dengar dulu.
YB Speaker : Saya tak benarkan Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk.
Sekarang Yang Amat Berhormat Menteri sedang menjawab, jangan ganggu dia
menjawab. Sila Yang Berhormat, silakan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, bagi saya
peluang saya cakap dulu.
YB Speaker : Ini bukan masa Yang Berhormat.
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : You dah kutuk. Penipu ni.
482
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Dengar peraturan sahaja, tak
melanggar peraturan tak boleh mencelah.
YB Speaker : Yang Berhormat, arahan Speaker suruh duduk. Yang Berhormat
duduk. Sekarang giliran Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjawab, jangan
ganggu beliau.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, satu minit
sahaja.
YB Speaker : Tak, saya tak benarkan.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Mengkibol, patuh peraturan Dewan. Speaker
dah suruh duduk, kena duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, tak kan satu
minit pun tidak boleh?
YB Speaker : Mengikut peraturan Yang Berhormat.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Dia nak jadi herolah Yang
Berhormat Tan Sri Speaker.
YB Speaker : Siapa yang jadi Speaker sekarang ini? Yang Berhormat ke saya? Ikut
arahan Speaker. Saya kata Yang Berhormat duduk, duduk. Sila Yang Amat
Berhormat, sila teruskan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya minta satu minit sahaja pun tak boleh?
YB Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Mana boleh, ini peraturan mana
ni?
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Nak jadi pasar ke apa Dewan ini?
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ni mengapa ini?
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Peraturan mana ni?
YB Speaker : Saya kata Yang Berhormat duduk. Sekarang gulungan daripada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar jangan diganggu. Saya minta Yang Berhormat
duduk. Yang Berhormat ikut arahan Speaker.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ha... duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri, tolong dengar apa-apa permintaan
saya.
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Keluarkan dia Tan Sri.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Apa permintaan saya...
YB Speaker : Ikut arahan Speaker duduk, duduk.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Singkat aje...
483
YB Speaker : Yang Berhormat siapa yang mengetuai persidangan ini? Speaker ke
anda? Duduklah.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Bahawa dalam Dewan ini tidak boleh
mencelah ketika Ahli Dewan lain berbahas, kecuali ada perkara yang salah. Ini
Peraturan jelas.
YB Speaker : Yang Amat Berhormat, sila teruskan.
YAB Menteri Besar : Dia tak nak kasi saya gulung ke? (Ketawa). Yang Berhormat Tan
Sri Speaker, pertama sekali saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak
berasas tersebut. (Dewan bertepuk). Ia adalah fitnah, tidak benar dan tidak
bersangkutan dengan saya. Pentadbiran saya tidak menerima apa-apa suapan,
tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk
memberi apa jua bentuk suapan kepada saya dan pentadbiran saya. (Dewan
bertepuk).
Saya percaya tuduhan tersebut dibuat secara mala fide atau dengan izin niat jahat
untuk memalu dan mencalarkan nama baik saya secara peribadi serta kepimpinan
kerajaan negeri. (Dewan bertepuk).
Kedua, semasa Senai menimbulkan isu tersebut di Dewan yang mulia ini. Saya ingin
menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak tahu akan kewujudan dokumen yang
mengandungi kenyataan saksi tersebut. Saya juga tidak mempunyai cara untuk
mengesahkan kebenaran atau ketulenannya. Hanya SPRM sahaja yang layak
untuk mengesahkannya. Maka kerana itu, saya sangat berterima kasih dengan
tindakan pantas SPRM yang mengesahkan bahawa, pertama, dokumen itu adalah
dokumen rahsia yang telah dibocorkan. Bermakna dengan memetik kandungan
dokumen tersebut, Senai telah membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan dalam Dewan
yang mulia ini.
Dan kedua, dokumen itu dikeluarkan secara terpilih serta ditokok tambah dari
dokumen asal. Ini bermakna kandungan yang tersebar, adalah tidak benar, tidak
tepat dan terpesong dari kandungan asal. Sekali pun, Dewan yang mulia ini
beranggapan saya perlu dan boleh menjawab tuduhan tersebut secara khusus
memadai untuk saya nyatakan di sini bahawa pada tarikh-tarikh yang dirujuk dalam
petikan dokumen tersebut, saya berada di luar negara dan di tempat-tempat lain
dalam pelbagai urusan dan langsung tidak pernah berada di Pejabat Perhubungan
UMNO Negeri. (Dewan bertepuk). Apatah lagi, menerima suapan.
Ketiga, saya mengesahkan bahawa SPRM ada berjumpa dengan saya dan juga
EXCO-EXCO saya berkaitan kes ini semenjak daripada mula ia ditimbulkan. Saya
telah beri keterangan dan semua kami telah memberikan kerjasama yang baik
kepada SPRM. (Dewan bertepuk).
Keempat, perkara ini sekarang adalah sebahagian dari urusan Mahkamah. Dan
saya difahamkan hari ini, mula bicara. Saya berpendirian, bahawa sebarang
ulasan serta kenyataan yang dipolitikkan sama ada di dalam Dewan ini ataupun di
luar sana termasuk daripada ucapan saya sendiri adalah tindakan yang akan
dengan izin, undermind the administration of justice. Ia adalah tindakan yang
mengganggu dan memberi kompromi kepada proses keadilan di mahkamah.
Kelima, sebagai seorang yang mempunyai latar belakang Undang-Undang, saya ini
peguam, nasihat dan ingatan saya kepada YB Senai dan semua Ahli-Ahli
pembangkang. Pertama, sila faham dengan seorang Ahli Dewan Negeri untuk
484
mengetahui perkara-perkara sebegini. Kedua, ketahuilah bahawa kenyataan
orang kena tuduh (OKT) atau saksi dalam satu-satu prosiding atau mana-mana
prosiding jenayah adalah sulit dan rahsia. Ia adalah dokumen yang tidak boleh di
dedah dan dirujuk sehinggalah ia di bawa ke Mahkamah atau dibuktikan secara
tegas. Jadi, apabila dokumen rahsia ini dibocorkan dan disebarkan kepada
masyarakat umum, secara tidak bertanggungjawab oleh individu atau pihak yang
tidak diketahui melalui lamankan di Dewan yang mulia ini oleh Senai adalah
tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Ia tidak sama seperti gosip,
seperti khabar angin, seperti cakap-cakap kedai kopi atau sembang-sembang di
tepi tingkap, ia adalah satu, ia adalah dokumen untuk satu proses keadilan yang
mesti diberikan nilai dan pemberat keadilan.
Jadi, janganlah cemarkan kewibawaan Dewan ini dengan mendedahkan petikan
dokumen yang akan menjejaskan kewibawaan pentadbiran, keadilan di Malaysia
ini. Itu tindakan orang yang tidak berkemajuan dan tidak bertanggungjawab.
(Dewan bertepuk).
Apa yang berlaku pada hari ini, Yang Berhormat Senai telah menggunakan petikan
dokumen tersebut yang di ambil dari sumber yang diragui yang hanyalah
kenyataan seorang yang kena tuduh, yang belum lagi diterima sebagai kenyataan
yang mempunyai evidential value di Mahkamah, apatah lagi belum diterima
sebagai sebahagian dari bukti dalam perbicaraan yang belum lagi berjalan untuk
menggambarkan saya seorang yang corrupt, melanggar sumpah sebagai
penjawat awam yang beramanah dan mesti disiasat.
Yang Berhormat, sebenarnya sangat salah, sangat berniat jahat, sangat
keterlaluan. (Dewan bertepuk). Malah, telah melanggar undang-undang dan
mencemarkan wibawa Dewan ini dengan menggunakan Dewan untuk
membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan untuk melakukan fitnah dan untuk undermine
the administration of justice di Malaysia. Dan ini bukan sesuatu yang kita boleh
bertolenrasi.
Saya menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan
untuk mengambil tindakan yang sesuai dan berlandaskan undang-undang ke atas
Yang Berhormat Senai. (Dewan bertepuk). Beliau harus bertanggungjawab
dengan tindakan keji dan tidak bermoral tersebut. (Dewan bertepuk). Dan bagi
saya, selepas ini saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-
undang kepada mana-mana pihak yang masih sengaja membuat fitnah, spekulasi
dan apa-apa tindakan yang tidak wajar dalam konteks ini. Lagipun, hari ini
perbicaraan itu bermula. Tentunya kita tidak mahu ianya mengganggu proses
perjalanan perbicaraan tersebut.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, barangkali saya harus bersangka baik. Kerana
tidak semua orang mempunyai pengetahuan undang-undang walau pun bergelar
Ahli Dewan Undangan Negeri. Pada sesetengah pihak, Ahli Dewan Undangan
Negeri itu tidak lebih dari sekadar nama dan status yang tidak pun membuktikan
apa yang ada dalam akal fikiran mereka. Jadi, dengan pencerahan yang saya
berikan sebentar tadi saya harap ia boleh menjadi sedikit panduan pada masa
hadapan kepada semua. Saya harap kita semua akan lebih berpengetahuan
selepas ini. Kerana, adalah memalukan jika negeri Johor mempunyai penggubal
undang-undang yang sebenarnya tidak tahu pun makna dan nilai keluruhan
undang-undang. Ia adalah satu aib yang sangat besar kepada Dewan yang mulia
ini. Sebab itulah, saya rasa saya harus mengambil pertanggungjawaban ini untuk
memberikan sedikit pengetahuan. Kerana saya tidak mahu turut sama dimalukan
485
dengan kewujudan golongan sebegini. Bak kata pepatah, kerana kerbau seekor,
habis semua terpalit lumpur. (Dewan bertepuk).
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, sekalipun kita berbangga dengan segala
pencapaian Johor selama ini, kita tidak dapat menyembunyikan rasa kesal dan
sedih dengan tingkah laku beberapa pembahas yang terus menerus
mempamerkan kegagalan untuk mengambil kesempatan bersidang di Dewan
yang mulia ini untuk berhujah tanpa objektif profesional, rasional dan juga berfakta.
Namun, saya tidak mahu mengulas panjang berhubung perkara ini. Kerana kita
semua sedar manusia ini bukan sahaja berbeza paras rupa dan bentuk. Tetapi ada
kalanya tahap dan kapasiti kecerdasan akal juga berbeza-beza.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam Bajet 2018 yang saya bentangkan minggu
lalu, saya telah menggagaskan hasrat untuk menjadikan sepuluh tahun akan
datang sebagai Dekad Baharu Johor. Izinkan saya menerangkan mengapa kita
memilih sepuluh tahun sebagai sasarannya. Pertama, kerana sepuluh tahun adalah
tempoh yang realistik untuk kita melihat hasil manfaat dari misi besar seperti ini yang
tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat.
Kedua, kita mahu memastikan kita boleh menunjukkan pencapaian yang nyata.
Kita mahu diuji dengan prestasi hanya melalui pelan berkala seumpama ini. Kita
dapat mengukur dengan nyata semua pencapaian kita. Kalau kita tidak
mensasarkan tempoh masa sebegini, kita tidak akan berasa kegentingan perkara
ini dan tekanan untuk memberikan hasil.
Dan apakah falsafah yang akan mendasari Dekat Baharu Johor ini? Ia adalah
Johor Berkemajuan. Kerana akhirnya, kemajuan itu dinamik. Ia tidak statik, tidak
noktah dan tarikh akhir dan ia mesti menjurus kepada visi yang besar iaitu bukan
sahaja negeri yang maju tetapi masyarakat terbaik.
Bagaimana kita akan melaksanakannya? Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama
antara kerajaan negeri dan pusat dengan pemain swasta, dengan syarikat
berkaitan kerajaan, dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, dengan individu
berpengaruh dan terkemuka, dengan golongan profesional, dengan para
intelektual dan ahli agama, malah dengan semua lapisan rakyat. Ringkasnya, ia
akan dipikul dan dijayakan oleh Team Johor.
Bila kita akan memulakan misi khas ini? Hari ini, sekarang, pembentangan Bajet
2018 kali ini adalah titik mula kita membangun Dekad Baharu yang sejahtera untuk
Johor. (Dewan bertepuk).
Justeru pada kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang telah menyokong pentadbiran saya dan rakan-rakan
Wakil Rakyat yang lain dalam jentera kerajaan negeri. Ini merupakan satu penggal
yang sarat dengan kejayaan dan pencapaian. Dan, saya kira semua Ahli Yang
Berhormat Barisan Nasional boleh berbangga dengan apa yang telah kita semua
lakukan selama ini. (Dewan bertepuk).
Yang pasti, saya tidak akan berhenti di sini, saya dan rakan-rakan dalam Barisan
Nasional akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk negeri Johor. Kita
tidak pernah mensia-siakan mandat yang diberikan, dan tidak akan sesekali
mensia-siakan mandat yang akan sekali lagi diberikan oleh rakyat dalam pilihan
raya yang ke-14, insya-Allah. (Dewan bertepuk).
486
Akhir sekali saya menyeru kepada seluruh Team Johor ayuhlah kita bersama-sama
mengorak langkah bagi membangun dan menyaksikan kedatangan satu dekad
yang mengujakan iaitu Dekad Baharu Johor. Sekian, terima kasih.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
Enakmen Perbekalan 2018 Tahun 2017 di bacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-
Undang ini di baca kali yang kedua.
Jurutulis : Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan
Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Tahun 2018 Dan Bagi Memperuntukan Wang
Itu, Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu.
YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Jurutulis : JADUAL.
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang
berjumlah RM1,088,000.00 bagi Maksud B.01 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.01,
peruntukan sebanyak RM1,088,000 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM864,000.00 diperlukan untuk pembayaran Emolumen serta elaun-elaun kepada
anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM224,000.00 ialah untuk
perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.
YB Pengerusi : Perkara ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu
dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM156,561,000.00 bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03,
Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak RM156,561,000.00 diperlukan
bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat di bawah
kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam melaksanakan program-program dan
aktiviti-aktiviti Kerajaan bagi memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
Negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti adalah seperti
berikut : Bahagian Pengurusan RM24,951,000.00, Pelbagai Perkhidmatan,
RM37,853,000.00. Menteri Besar Johor, RM15,282,000.00, Unit Perancang Ekonomi
Negeri, RM6,053,000; Dewan Negeri Johor, RM20,688,000; Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, RM7,537,000; Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor,
RM19,605,000.00, Audit Dalam, RM1,092,000.00, Pusat Pelaburan Negeri Johor,
RM1,314,000.00, Pemberian Kepada Agensi, RM14,500,000.00, Kem Sultan Ibrahim,
RM7,686,000.00.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, mohon untuk ambil bahagian dalam perbahasan.
487
YB Pengerusi : Perkara apa?
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Berkenaan dengan Bekalan B.03.
YB Tan Sri Pengerusi : Ya?
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam
perkara ini terdapat butiran yang menarik perhatian di mana 150 Badan Kawal Selia
Air Johor (BAKAJ) di mana dalam bajet-bajet yang lepas termasuk juga bajet untuk
tahun ini, bajet 2017 telah dijanjikan bahawa pembinaan loji rawatan air Kahang
dan juga pemindahan satu projek pelaksanaan, pelaksanaan pemindahan air
daripada empangan Kahang ke loji rawatan air Sembrong Timur. Dan setakat
pada hari ini, projek yang dijadualkan pada tahun ini masih belum dilaksanakan.
Tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah umumkan pada 23 November
yang lalu bahawa projek itu akan dilaksanakan dengan menggunakan apa tu,
bajet daripada kerajaan negeri sebanyak RM100,000,000.00. Dan, tidak sebut, tidak
sebut pula tentang pelaksanaan, apa tu, projek pemindahan air tersebut. Di mana
sebenarnya, sebenarnya isu ini merupakan isu yang terlalu kritikal, di mana sekarang
ini kita tidak bersabar tidak boleh bersabar untuk menunggu pembinaan loji
rawatan air tetapi apa tu, projek pemindahan air itu atau pun dengan izin water
transfer itu adalah begitu penting untuk menyelesaikan masalah depan mata.
YB Pengerusi : Ok, ok, ok. Faham-faham. Ok.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Di manakah keadaan, apakah apa tu, amaun
yang diperuntukkan untuk projek ini?
YB Pengerusi : Ok sudah.
YB Encik Tan Hong Ping (Mengkibol) : Dan bilakah akan dijalankan dan tarikh dia,
kontraktor yang akan dilantik tarikh siap dia?
YB Pengerusi : Ok Yang Berhormat.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, apa yang kita bincang ini,
adalah Maksud Bekalan. Bekalan ini untuk BAKAJ yang dicatit di sini, adalah untuk
membayar pengurusan gaji dan sebagainya. Yang Berhormat bangkit tu,
pembangunan. (Dewan ketawa). Ini bekalan. Dah nak masuk tahun terakhir masih
tak faham antara bekalan dan pengurusan. (Dewan ketawa).
YB Pengerusi : Ok
YB Speaker : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM19,309,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha
Kerajaan, sejumlah RM19,309,000.00 mesti disediakan bagi dilaksanakan aktiviti-
akviti seperti berikut; Kerajaan Tempatan RM10,172,000.00; Perumahan
RM7,535,000.00; dan Landskap sebanyak RM1,602,000.00.
488
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM6 juta bagi Maksud B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha
Kerajaan, sejumlah RM6 juta disediakan bagi pelaksanaan aktiviti Hal Ehwal Wanita
dan Keluarga.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM17,355,000.00 bagi Maksud B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan
dan RM11 juta bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, peruntukan berjumlah RM17,355,000.00 disediakan di bawah
Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan bagi Program Rakan Muda dan
kegiatan-kegiatan sukan negeri. Di bawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha
Kerajaan, peruntukan sebanyak RM11 juta disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-
kegiatan Kebudayaan Seni dan Warisan Negeri Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM2,288,000.00 bagi Maksud B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, peruntukan berjumlah RM2,288,000.00 disediakan
dibawah Maksud Bekalan B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah bagi aktiviti-
aktiviti di bawah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ).
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM1,989,000.00 bagi Maksud B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan,
jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha
Kerajaan sejumlah RM1,989,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan
pentadbiran bagi Tourism Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM12,322,000.00 bagi Maksud B.04 Pejabat Perbendaharaan
Negeri, jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.04,
peruntukan sebanyak RM12,322,000.00 diperlukan bagi pengurusan dan
489
pentadbiran Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak
RM6,093,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen; RM3,587,000.00 untuk
perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan; RM75,000.00 untuk pemilikan aset;
RM567,000.00 untuk perbelanjaan pembelian dan kenderaan bayaran tetap dan
baki RM2 juta untuk perbelanjaan pulang balik hasil dan hapus kira.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukkan
wang berjumlah RM20,144,000.00 bagi Maksud B.07 Jabatan Pertanian, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Tan Sri
Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.07 Jabatan Pertanian, peruntukan yang
disediakan bagi tahun 2018 sejumlah RM20,144,000.00. Ianya adalah bagi
menampung segala perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pejabat-pejabat
Pertanian di seluruh negeri, merangkumi perbelanjaan emolumen anggota jabatan
dan perbelanjaan lain di bawah aktiviti-aktiviti pertadbiran am.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM75,750,000.00 bagi Maksud B.08 Jabatan Pengairan Dan Saliran
jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan
Pengairan Dan Saliran, peruntukan yang diperlukan adalah sejumlah
RM75,750,000.00. Sejumlah RM30,036,000.00 disediakan untuk perbelanjaan
emolumen; RM44,905,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan bekalan termasuk
pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai; RM165,000.00 disediakan untuk
pemilikan aset jabatan; dan RM644,000.00 pula disediakan untuk pemberian
berkenaan bayaran tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada anggota-
anggota jabatan yang bersara.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukkan
wang berjumlah RM9,893,000.00 bagi Maksud B.10 Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri, jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.10, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar, peruntukan sebanyak RM9,893,000.00 diperlukan untuk
perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
termasuk emolumen kakitangan dan bagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan
yang berkaitan dengan haiwan serta meningkatkan kemajuan industri ternakan di
seluruh negeri Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara dihadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM8,249,000.00 bagi Maksud B.12 Pejabat Kebun Bunga DiRaja
Johor dan RM4,805,000.00 bagi Maksud B.13 Jabatan Perancangan Bandar Dan
Desa, jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
490
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat Tan
Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12, peruntukan berjumlah RM8,249,000.00
diperuntukan, diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan pejabat Kebun Bunga
DiRaja Johor. Peruntukan sebanyak RM4,805,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.13
pula adalah untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, bagi melaksanakan
tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan rancangan fizikal
serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM15,526,000.00 bagi Maksud B.19 Jabatan Perhutanan, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan
B.19, peruntukan sebanyak RM15,526,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan
pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perhutanan. Dari jumlah tersebut sebanyak
RM13,330,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, manakala baki sebanyak
RM2,196,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan
bekalan jabatan, aset dan kenaan bayaran tetap.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM241,179,000.00 bagi Maksud B.21 Jabatan Agama Islam, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud
Bekalan B.21 Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak RM241,179,000.00
diperlukan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan Agama Islam dalam usaha-
usaha meninggikan syariat Islam, termasuk perbelanjaan pengurusan di bawah
pendidikan Agama Islam serta Bantuan kepada Sekolah-Sekolah Arab dan Sekolah
Agama Rakyat dan Kelas KAFA. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-tiap aktiviti
ialah sebagaimana berikut: Jabatan Agama Islam, Pentadbiran Am sebanyak
RM5,155,000.00; pendidikan Agama Islam RM186,024,000.00.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM26,483,000.00 bagi Maksud B.23 Jabatan Kebajikan Masyarakat,
jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.23 Jabatan Kebajikan
Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2018 ialah berjumlah
RM26,483,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM4,336,000.00 diperlukan untuk
pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan; RM2,387,000.00 untuk
perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan; RM50,000,00 untuk pemilikan aset dan
baki sebanyak RM19,710,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan
bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan
kepada individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-
penduduk miskin dan bantuan malapetaka seperti banjir.
491
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM78,145,000.00 bagi Maksud B.24 Jabatan Kerja Raya, jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24 Jabatan Kerja Raya,
peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2018 ialah berjumlah RM78,145,000.00.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM55,422,000.00 diperlukan untuk pembayaran
emolumen kepada anggota-anggota jabatan; RM21,810,000.00 untuk
perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan; RM150,000,00 untuk pemilikan aset,
RM745,000.00 untuk perbelanjaan, pemberian dan berkenaan bayaran tetap.
Manakala baki sebanyak RM18,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan-
perbelanjaan lain jabatan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker,
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju…
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat
YB Pengerusi : Perkara itu dipersetujukan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat. Dah
sebut berapa kalilah Tan Sri Speaker. Peraturan Mesyuarat 71.
YB Pengerusi : Ya.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ia. Tan Sri Speaker, saya ingin merujuk
kepada butiran 29000, berkenaan dengan perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan
lain yang diberi dan hospitaliti. Tan Sri Speaker, ini ada satu masalah yang berlaku di
Jementah, khususnya jalan raya daripada Jementah ke Segamat yang telah dinaik
tarafkan. Ada satu masalah berkenaan dengan pemasangan rumble bar di
kawasan-kawasan di persimpangan lampu isyarat yang telah saya buat
pertanyaan pada Dewan mesyuarat yang lalu. Sebenarnya pada tahun-tahun
yang lalu, saya telah diberikan jawapan bahawa akan dipasangkan rumble bar ini
pada tahun ini tapi sehingga hari ini belum dipasang lagi. Saya pernah tulis surat
kepada...
YB Pengerusi : Ok, ok YB. Faham, faham
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Bagi sikit masa, saya berharap Yang
Berhormat EXCO dapat memberi arahan kepada JKR Negeri Johor supaya
mempercepatkan proses ini, sebab ini sebenarnya selalu berlaku kemalangan jalan
raya di kawasan tersebut. Saya harap ia dipermudahkan. Terima kasih.
YB Pengerusi : Ok, Yang Berhormat.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, saya terpaksa mengguna ayat yang sama yang
diguna oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini adalah bekalan perkhidmatan
ikhtisas dan perkhidmatan lain-lain, ianya melibatkan perkhidmatan perunding dan
sebagainya.
492
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ini bukan dalam pembangunan, ini ialah
sebenarnya perkhidmatan dan perkara sebegini saya pernah tanya soalan yang
sama.
YB Pengerusi : Yang Berhormat Pengerusi dah jawab. Yang Berhormat, sila duduk,
sila duduk. Yang Berhormat, dia dah menjawab, sila duduk.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Pada persidangan yang lepas ini dan diberi
jawapan yang, harusnya diberikan jawapan bukan...
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-ahli
yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan jawatankuasa ini supaya peruntukan wang
berjumlah RM3,885,000.00 bagi maksud B.26, Muzium Abu Bakar, Istana Besar Johor;
dan RM610,000,000.00 bagi maksud B.28, Sumbangan kepada Kumpulan Wang
Berkanun jadi sebahagian daripada jadual rang undang-undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah maksud di bawah
bekalan B.26, Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor peruntukan yang
diperlukan ialah berjumlah RM3,885,000.00. Dari jumlah tersebut sebanyak
RM2,220,000.00 adalah perbelanjaan emolumen manakala baki sebanyak
RM1,665,000.00 adalah untuk lain-lain perbelanjaan termasuk perkhidmatan dan
bekalan jabatan, aset dan kenaan bayaran tetap. Di bawah maksud bekalan B.28
pula peruntukan sebanyak RM610,000,000.00 diperlukan untuk Sumbangan Kepada
Kumpulan Wang Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada
Kumpulan Wang Pembangunan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.
YB Encik Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.
Minta sedikit penjelasan sebab apa yang kita pertikaikan ialah objek sebagai satu-
satu tiga kali kosong gaji dan upahan kalau kita ikutkan setiap tangga SSM kita
kirakan setiap ikut pangkat yang sedia ada, anggaran 2018 ini menganggar lebih
45% daripada gaji dan upah. Jadi, saya minta penjelasan mengapa anggar begitu
banyak 45% gaji dan upahan bukannya elaun atau penambahan masa.
YB Pengerusi : Ok. Ada jawapan?
YAB Menteri Besar : Kita ambil perhatian. Saya percaya bahawa ini amalan yang
memang biasa dibuat dan setiap tahun begitu juga.
YB Pengerusi : Itu jawapan lah? Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan
keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju
perkara itu dipersetujukan. Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya
peruntukan wang berjumlah RM10,147,000.00 bagi maksud B.29,Jabatan Kehakiman
Syariah; dan RM2,414,000.00 bagi maksud B.32,Jabatan Mufti jadi sebahagian
daripada jadual rang undang-undang ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Di bawah
maksud bekalan B.29 peruntukan sebanyak RM10,147,000.00 disediakan untuk
perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah bagi tahun
2018 dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,403,000.00 disediakan untuk
perbelanjaan emolumen. Sebanyak RM3,579,000.00 untuk perbelanjaan
perkhidmatan dan bekalan dan sebanyak RM50,000.00 untuk perbelanjaan
493
pemilikan aset dan sebanyak RM115,000.00 untuk perbelanjaan, pembelian dan
bayaran kenaan bayaran tetap. Di bawah maksud B.32 peruntukan sebanyak
RM2,414,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi
jabatan mufti.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-ahli
yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM4,827,000.00 bagi maksud B.41,Pejabat Daerah Johor
Bahru;RM5,224,000.00 bagi maksud B.42, Pejabat Daerah Muar; RM4,952,000.00 bagi
maksud B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat; RM4,191,000.00 bagi maksud B.44 Pejabat
Daerah Pontian; RM4,895,000.00 bagi maksud B.45 Pejabat Daerah Segamat;
RM4,404,000.00 bagi maksud B.46 Pejabat Daerah Kluang, RM4,941,000.00 bagi
maksud B.47 Pejabat Daerah Kota Tinggi; RM4,049,000.00 bagi maksud B.48 Pejabat
Daerah Mersing, RM3,560,000.00 bagi maksud B.49 Pejabat Daerah Kulai; dan
RM3,287,000.00 bagi maksud B.50 Pejabat Daerah Tangkak,jadi sebahagian
daripada jadual rang undang-undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah maksud bekalan
B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru peruntukan sebanyak RM4,820,000.00; di bawah
maksud bekalan B.42 Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak
RM5,224,000.00, di bawah maksud bekalan B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat
sebanyak RM4,952,000.00 Pejabat Daerah di bawah maksud bekalan B.44 Pejabat
Daerah Pontian; RM4,491,000.00 di bawah maksud bekalan B.45 Pejabat Daerah
Segamat; RM4,895,000.00; di bawah maksud bekalan B.46 Pejabat Daerah Kluang;
RM4,404,000.00; di bawah maksud bekalan B.47 Pejabat Daerah Kota Tinggi;
RM4,941,000.00 di bawah maksud bekalan B.48 Pejabat Daerah Mersing;
RM4,049,000.00 di bawah maksud bekalan B.49 Pejabat Daerah Kulai;
RM3,560,000.00; dan di bawah maksud bekalan B.50 Pejabat Daerah Tangkak;
RM3,287,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi pengurusan dan
pentadbiran pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-ahli
yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan.
Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM24,921,000.00 bagi maksud B.51 Pejabat Tanah dan Galian; RM6,213,000.00 bagi
maksud B.52 Pejabat Tanah Johor Bahru; RM5,321,000.00 bagi maksud B.53 Pejabat
Tanah Muar; RM6,255,000.00 bagi maksud B.54 Pejabat Tanah Batu Pahat;
RM3,447,000.00 bagi maksud B.55 Pejabat Tanah Pontian; RM4,658,000.00 bagi
maksud B.56 Pejabat Tanah Segamat; RM4,289,000.00 bagi maksud B.57 Pejabat
Tanah Kluang, RM4,585,000.00 bagi maksud B.58 Pejabat Tanah Kota Tinggi;
RM3,234,000.00 bagi maksud B.59 Pejabat Tanah Mersing; dan RM2,831,000.00 bagi
maksud B.60 Pejabat Tanah Kulai; RM3,292,000.00 bagi maksud B.61 Pejabat Tanah
Tangkak jadi sebahagian daripada jadual rang undang-undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan
B51 Pejabat Tanah dan Galian diperuntukkan sebanyak RM24,921,000.00, di bawah
Maksud Bekalan B52 Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak
RM6,213,000.00, di bawah maksud bekalan B53 Pejabat Tanah Muar RM5,321,000.00,
di bawah maksud bekalan B54 Pejabat Tanah Batu Pahat RM6,255,000.00, di bawah
maksud bekalan B55 Pejabat Tanah Pontian RM3,447,000.00. Di bawah maksud
bekalan B56 Pejabat Tanah Segamat RM4,658,000.00. Di bawah maksud bekalan
B57 Pejabat Tanah Kluang RM4,289,000.00. Di bawah maksud bekalan B58 Pejabat
494
Tanah Kota Tinggi, RM4,585,000.00. Di bawah maksud Bekalan B.59 Pejabat Tanah
Mersing RM3,234,000.00. Di bawah maksud bagi bekalan B.60 Pejabat Tanah Kulai
diperuntukkan sebanyak RM2,871,000.00 dan di bawah maksud B.61 Pejabat Tanah
Tangkak RM3,292,000.00. Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi
perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat tanah di seluruh
negeri Johor.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Perkara B.57
berkenaan dengan butiran 29,000 di mana sebenarnya Yang Amat Berhormat
Menteri Besar telah membuat janji kepada komuniti beragama Hindu penganut
Hindu supaya mengurniakan sebidang tanah perkuburan kepada untuk
kemudahan komuniti Hindu di sekitar daerah Kluang. Adakah butiran ini termasuk
segala perkhidmatan ataupun kos pengurusan yang terlibat dalam isu ini.
YB Speaker : Nak jawab, jawablah Yang Berhormat. Kalau tidak..
YAB Menteri Besar : Tan Sri Pengerusi, Ini adalah untuk bayaran gaji, jadi dia untuk
membiayai pegawai, kakitangan untuk semua kerja termasuklah mungkin perkara
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
YB Tan Sri Speaker : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-
Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu
dipersetujukan. Jadual jadi sebahagian daripada rang undang-undang ini.
Jurutulis : FASAL 2
YB Tan Sri Speaker : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi
sebahagian daripada rang undang-undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju Fasal 2 jadi sebahagian daripada rang
undang-undang ini.
Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA.
YB Speaker : Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya Fasal yang
pertama jadi sebahagian daripada rang undang-undang ini. Ahli-ahli yang
bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Fasal Yang Pertama jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
YB Speaker : Dewan Negeri bersidang semula.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon memaklumkan
bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam jawatankuasa
satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka, saya membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan
diluluskan sekarang.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya rang undang-undang
yang dinamakan Enakmen Perbekalan 2018 Tahun 2017 bacaan kali yang ketiga
dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan
keputusan. Ahli-ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju,
rang undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
495
Jurutulis : Bahawa dengan ini, adalah diperbuat undang-undang oleh Dewan Negeri
Johor seperti berikut :-
Enakmen ini, bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2018 Tahun 2017 dan
hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018.
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBAGUNAN NEGERI JOHOR TAHUN 2018.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Saya mohon membawa
rundingan supaya Dewan ini serta-merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi
keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan Negeri Johor tahun 2018 yang telah dibentangkan sebagai Kertas
Mesyuarat Bilangan 16 tahun 2017 dan memperakukan sama ada anggaran itu
patut diluluskan oleh Dewan ini dengan di pinda atau tiada dipinda.
Peruntukan yang diperlukan untuk Anggaran Pembangunan Tahun 2018 adalah
berjumlah RM700 juta di bawah 4 jawatankuasa seperti berikut :
Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri Johor
RM450,000,000; Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor RM65,000,000;
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor,
RM150,000,000; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan
Negeri Johor, RM35,000,000. Penjelasan lanjut bagi peruntukan tersebut akan diberi
di peringkat jawatankuasa berkenaan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu
dipersetujukan.
Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan
wang berjumlah RM215,000,000.00, bagi Maksud P.70, Pejabat Menteri Besar Johor;
RM123,777,000.00, bagi Maksud P.71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Pembangunan); RM111,223,000.00, bagi Maksud P.72, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor (Pengurusan) dipersetujukan.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di bawah Maksud
Pembangunan 70, Pejabat Menteri Besar Johor, peruntukan sebanyak
RM215,000,000.00 disediakan bagi Tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM150,000,000.00 diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan termasuk
Pembangunan Fizikal, Pembangunan Sosial dan Pembangunan Kerja-kerja Kecil.
Sebanyak RM14,000,000.00 pula disediakan untuk perbelanjaan Pengambilan Balik
Tanah bagi tujuan projek-projek pembangunan kemudahan awam manakala
selebihnya sebanyak RM51,000,000.00 disediakan bagi Projek-projek Khas Daerah di
seluruh negeri Johor.
Di bawah Maksud Pembangunan 71, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Pembangunan), peruntukan sebanyak RM 123,777,000.00 disediakan untuk Tahun
2018. Sebanyak RM25,277,000.00 disediakan bagi Projek Pembangunan Ekonomi
dan Inklusif. Sejumlah RM30,000,000.00 pula diperuntukkan bagi Projek-projek
Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu,
RM17,400,000.00 disediakan bagi projek-projek di bawah Pertanian dan Industri Asas
496
Tani. Untuk Pembangunan Modal Insan, Keluarga dan Masyarakat, diperuntukkan
sejumlah RM8,900,000.00. Bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan Perhutanan,
Taman Negara dan Pengurusan Sumber Air, disediakan sejumlah RM15,000,000.00
manakala RM10,000,000.00 disediakan bagi pembangunan Sains, Teknologi dan
Inovasi. RM7,200,000.00 pula disediakan bagi program pembangunan Belia dan
Sukan. Akhir sekali, bagi penggalakan aktiviti pelancongan di negeri Johor,
peruntukan sejumlah RM10,000,000.00 disediakan.
Di bawah Maksud Pembangunan 72, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Pengurusan), peruntukan sebanyak RM111,223,000.00 disediakan untuk tahun 2018.
Sebanyak RM39,080,000.00 disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih
dan naik taraf kuarters kerajaan dan bangunan negeri, bangunan-bangunan milik
kerajaan negeri di luar negeri Johor dan bangunan- bangunan kerajaan di Pusat
Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kota Iskandar serta Masjid Kota Iskandar. Di samping
itu juga, sebanyak RM34,751,000.00 disediakan bagi bayaran-bayaran yang
berkaitan dengan Kota Iskandar. Sebanyak RM19,862,000.00 pula disediakan bagi
pembinaan bangunan-bangunan kerajaan negeri, RM16,500,000.00 disediakan
bagi kerja-kerja kecil dan akhir sekali sebanyak RM1,030,000.00 disediakan bagi
Kenderaan Penguatkuasaan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi...
YB Pengerusi : Yang Berhormat...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Mohon perbahaskan. Ini hak saya Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi.
YB Pengerusi : Hak apa Yang Berhormat.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dalam Peraturan memang dibenarkan untuk
memperbahaskan setiap fasal dalam peringkat jawatankuasa. Jadi, saya mohon
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi untuk membenarkan saya menyertai perbahasan.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi...
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Macam keluar tajuk aje.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya memang suka jawapan daripada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar tadi, di mana supaya kita tahu daripada angka
yang disenaraikan dalam Pembangunan ini tidak akan diberitahu, tadi sudah sebut.
Maka, biar saya jadi bodoh tak apa janji masalah diselesaikan.
Yang pertama, adakah masalah isu perkuburan, tanah perkuburan apa tu, agama
penganut-penganut agama hindu itu yang saya sebut tadi dimasukkan dalam
bajet tahun hadapan kalau ya di bawah perkara mana dan jumlah amaun yang
diperuntukkan.
Yang kedua, isunya berkenaan dengan isu sumber air, di mana dalam Maksud
Pembangunan 71 Kod 17005 di mana kami dapati, kita dapati bahawa hanya
RM15,000,000.00 diperuntukkan sedangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
pada tahu lepas apabila membentangkan bajet pada tahun ini telah menyatakan
bahawa projek pemindahan air daripada Kahang ke Loji Rawatan Air Sembrong
Timur sudah makan RM15,000,000.00. Maka, apa yang diumumkan pada tahun
497
lepas itu benar, adakah kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan projek ini?
Jika ya, dari manakah duit itu diperlakukan. Maka,
YB Pengerusi : Ini bukan forum yang kita boleh bersoal jawab begitu, apa yang...
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, ini hak...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tan Sri Speaker, ini butiran-butiran...
YB Pengerusi : Yalah. Saya fahamlah tapi Yang Amat Berhormat kan jawab.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ahli-Ahli Dewan untuk membangkitkan
butiran-butiran yang berkenaan.
YB Pengerusi : Yalah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Perkara 71, hanya butir-butir sahaja, dasar tak
boleh bangkit.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yalah ini berkenaan dengan butir-butiran.
Jangan kacau biar Mengkibol habiskan. Kita jadikan Dewan yang mulia ini sebagai
Dewan yang mulia.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tak ada bangkitkan butir.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bincang macam dasar bukan
butiran. Ini dasar tak boleh. Kita butiran berapa Ringgit berapa juta. Tanyalah.
YB Pengerusi : Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar jawab.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Belum habis lagi soalan saya.
YB Pengerusi : Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab. Duduklah.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Biar saya habis dulu.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, mengenai tanah kubur India
yang dijanjikan itu memang telah diputuskan dan hanya isu sekarang ialah nak beri
kepada siapa sebab ada dua kumpulan. (Berhenti sebentar kerana menghormati
laungan azan). Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Yang pertama, soal tanah kubur India di Kampung Sungai Nyiur tanah dah
diselesaikan. Isunya sekarang ialah ada perebutan untuk menjaga dan mentadbir
tanah itu yang ini kerajaan sedang berunding dengan ada dua pihak. So dari segi
yang lain-lain semua dah tak ada masalah. Isu timbul di kalangan yang nak
menguruskan itu, itu sahaja yang pertama.
Jadi, Yang Berhormat bantulah nak selesaikan jangan letak apa tu jangan letak
garam dalam luka dalam soal ini sebab ini hal masyarakat.
Kedua dalam soal-soal projek dan sebagainya walaupun disebut 100 juta apa itu
kos keseluruhan tapi bila kita bina kita tak peruntukkan 100 juta tahun itu, sebab tak
boleh habis pun duit itu so kena faham jadi adalah dalam mana-mana celah sama
ada JKR ke atau projek untuk daerah-daerah kita akan guna duit di situ. Pokoknya
498
saya telah sebut dalam bajet speech bahawa projek ini akan jalan ia tetap akan
jalan . Kita bukan Selangor projek tak jalan, kita insya-Allah projek akan jalan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan...
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, jawapan tidak jelas.
YB Pengerusi : Dah-dah Yang Berhormat ini bukan soal jawab. Yang Berhormat,
Yang Berhormat duduk. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sudah menjawab.
Duduk.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Dah dijelaskan.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Amat Berhormat tidak menjelaskan
soalan.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, memang
jawapan tidak dijawab.
YB Pengerusi : Yang Berhormat, kenapa Yang Berhormat sentiasa melawan cakap
saya.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Dah tanya dah jawab. Cukuplah.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Mengkibol saja nak cari publisiti dalam Dewan
ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
YB Pengerusi : Cukuplah, Yang Berhormat nak apa? Dah jawab.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Belum, belum jawab.
YB Pengerusi : Yang Berhormat, saya arahkan Yang Berhormat keluar sekarang.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Belum, belum jawab lagi soalan.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Keluar Mengkibol. Apa benda
lagi...
YB Pengerusi : Bentara, sila bawak. Menganggu Persidangan sila bawak.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Belum djawab Yang Berhormat Tan Sri
Speaker...
YB Pengerusi : Bentara, sila bawak Mengkibol ini. Saya arahkan Yang Berhormat
Mengkibol keluar.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Dalam peruntukan Peraturan...
YB Pengerusi : Yang Berhormat Mengkibol keluar.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Yang Berhormat Tan Sri, memang dia tak
jawab soalan, nanti,.
YB Pengerusi : Saya arahkan Yang Berhormat keluar.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Peraturan 50, Speaker...
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang (Tiram) : Arahan Speaker, keluar sekarang.
499
YB Pengerusi : Sekarang saya arahkan Yang Berhormat keluar. Yang Berhormat
sentiasa nak menganggu soalan. Sila keluar.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Soalan memang tak dijawab. Yang Berhormat
Tan Sri soalan tak dijawab macam mana nak keluar.
YB Pengerusi : Dah dijawab tapi Yang Berhormat tak nak terima jawapan. Sekarang
Yang Berhormat kena patuh kepada arahan saya. Yang Berhormat keluar. Saya
punya arahan Yang Berhormat keluar. Keluarlah. Tak ada, tak ada saya tak nak
dengar Yang Berhormat punya kenyataan. Yang Berhormat nampaknya degil.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Jawab tak jawab saya tak ...
YB Pengerusi : Yang Berhormat saya arahkan Yang Berhormat keluar, Yang
Berhormat tak nak...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Saya minta jawab soalan sahaja.
YB Pengerusi : Keluar-keluar.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Takkan saya ulang soalan pun tak boleh.
YB Pengerusi : Yang Berhormat, Bentara, tarik dia keluar.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Peraturan Dewan...
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Takkan saya ulang soalan pun tak boleh.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Dah jawab tadi Yang Amat Berhormat dah
jawab, jangan buat cara gengster dalam Dewan ini.
YB Encik Tan Hong Pin (Mengkibol) : Tak dia memang tak jawab soalan.
YB Dato’ Sri Dr. Haji Adham bin Baba (Pasir Raja) : Ini publisiti.
YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Itu cara dia nak cari publisiti.
YB Pengerusi : Yang Berhormat keluar.
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Bentara jalankan tugas.
YAB Menteri Besar : Terima kasih YB Pengerusi. Kalau saya tak nak jawab pun
memang boleh. Itu aje.
YB Pengerusi : Ini terpulang nak jawab tak jawab. Yang Berhormat nak ikut
kehendak sendiri macam mana. Sekarang Yang Berhormat saya minta keluar.
Keluar. Arahan saya sekarang Yang Berhormat keluar lah. Habis cerita. Yang
Berhormat berdegil-degil tak nak ikut arahan saya ke?
YB Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Keputusan Speaker adalah
muktamad.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Perkara itu
dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM65,000,000.00 Bagi Maksud P.73, Jabatan Agama Islam dipersetujukan.
500
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah
Maksud Pembangunan 73, Jabatan Agama Islam, peruntukan sebanyak
RM65,000,000.00 disediakan untuk tahun 2018. Sejumlah RM2,000,000.00 disediakan
untuk Pusat Islam Iskandar, Johor dan RM40,298,000.00 pula untuk pembangunan
Sekolah-sekolah Agama di seluruh Negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Islam
Negeri Johor. Peruntukan sejumlah RM710,000.00 disediakan bagi kelengkapan
masjid-masjid kerajaan, pelaksanaan kerja-kerja yang dirancangkan bagi membina
Rumah Pegawai, Guru-guru Agama dan Kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri
Johor. Peruntukan sejumlah RM1,510,000 lagi adalah bagi Kelengkapan dan
Kemudahan di Makam DiRaja dan Tanah-tanah Perkuburan. Peruntukan sebanyak
RM20,482,000.00 pula adalah untuk membina dan memperelok Masjid-masjid
Jamek, bangunan-bangunan Pejabat Agama Islam Negeri Johor dan bangunan-
bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM150,000,000.00, bagi Maksud P.74, Jabatan Kerja Raya; dipersetujukan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Pembangunan 74, peruntukan
sebanyak RM150,000,000.00 disediakan untuk tahun 2018. Sebanyak
RM49,500,000.00 diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf serta
memperelok jalan dan jambatan negeri dan sebanyak RM3,000,000.00 untuk
melebar jalan-jalan negeri, membina tembok tepi sungai dan rancangan mengelak
banjir.
Peruntukan sejumlah RM2,500,000.00 juga disediakan untuk menaik taraf Sistem
Mekanikal dan Elektrikal di Bangunan-bangunan Kerajaan dan RM4,000,000.00
diperuntukkan untuk kerja-kerja kecil yang lain. Sejumlah RM3,500.000.00 disediakan
untuk kerja-kerja pembinaan, menaik taraf dan ubah suai bangunan-bangunan
kerajaan di negeri Johor. Bagi menaik taraf bangunan-bangunan utama kerajaan
serta kemudahan dan keperluan bangunan, sejumlah RM9 juta pula disediakan
sebagai peruntukan. Sejumlah RM75,000,000.00 diperuntukkan untuk bangunan-
bangunan negeri, manakala RM3,000,000.00 adalah untuk bangunan Yayasan
Warisan Johor. Akhir sekali, RM500,000.00 disediakan untuk pembelian kenderaan
dan jentera.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 71,
berkenaan dengan persoalan yang sama yang tadi saya bangkitkan tapi tidak
dijawab, saya ingin merujuk kepada butiran kod 74001, Jalan dan Jambatan
Negeri. Berkenaan dengan soalan yang saya tanya berkenaan dengan rumble bar
yang saya telah apa ni, bertanya pada sidang Dewan yang lalu, pada 2016.
Sebenarnya sudah satu tahun, genap satu tahun, tetapi sehingga kini rumble bar
yang dipohon untuk memasang di persimpangan dua lampu isyarat di Pekan
Jementah masih tidak dipasang sekarang. Walaupun jawapan telah diberi,
katakan pada tahun yang lepas, katakan tahun ini akan dipasang tapi sehingga
kini...
YB Speaker : Ok, ok...
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Sudah genap satu tahun...
YB Speaker : Ok, ok, ok...
501
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Dan, 2017 sudah nak habis dah...
YB Speaker : Yelah...
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Masih belum dipasang lagi...
YB Speaker : Fahamlah Yang Berhormat...
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ini bukan, Tan Sri Speaker...
YB Speaker : Kita faham you punya soalan..
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Ya, saya mohon satu jawapan daripada...
YB Speaker : Yang Berhormat duduklah.
YB Encik Tan Chen Choon (Jementah) : Yang Berhormat EXCO...
YB Speaker : Yang Berhormat sila, kalau nak jawab.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Speaker, saya tak bersetuju kalau Yang Berhormat Jementah kata
tak jawab soalan. Tadi kita dah kata bekalan. Dalam bekalan, perkhidmatan
ikhtisas ini adalah perkhidmatan perunding dan sebagainya. Bukan tak jawab, itu
jawapanlah maknanya. Kedua, dari segi pembangunan P.74 untuk membina
rumble Yang Berhormat sebut tu, perkara yang tak dapat dibuat pada tahun lepas,
tidak bererti bahawa kita tak buat Yang Berhormat. Banyak projek yang kita
rancang akan dilaksanakan dan seperti mana yang jawapan yang saya berikan
oleh Jabatan Kerja Raya, projek tersebut akan dilaksanakan memandangkan oleh
kerana kajian-kajian trafik yang dibuat memerlukan beberapa pindaan. Ianya
adalah untuk kepentingan orang ramai Yang Berhormat. Peruntukan itu, projek
tersebut akan dilaksanakan Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker...
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan...
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Yang Berhormat, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, Peraturan Tetap, saya nak tanya sikit tentang itu P.74, kod nombor 074001
di mana RM49,500,000.00 digunakan dalam pembinaan jalan. Dan, saya dapati
ada satu projek membina jalan pintas daripada J238 sambung ke Jalan Sawah ke
Jalan Ulu Choh dan dalam tahun yang depan, berapakah jumlah peruntukan yang
akan digunakan dalam projek tersebut kerana banyak penduduk tempatan tanya
tentang projek tersebut. Dan, saya berharap kalau dibenarkan peruntukan untuk
projek tersebut pada tahun depan, dapat dinaikkan kepada RM10 juta iaitu
separuh daripada kos anggaran projek tersebut kerana..
YB Pengerusi : YB, YB...
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Kita ada...
YB Pengerusi : You dah melaratlah sangat ni...
502
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Dan, dan, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker...
YB Pengerusi : Yang Berhormat...
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Ya.
YB Pengerusi : Bukan itu cara kita dalam forum sekarang ni. Yang Berhormat nak...
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Tan Sri
Speaker, saya nak ucap sikit kerana di kawasan Pekan Nenas menghadapi masalah
kesesakan lalu lintas yang sangat serius. Dan, rancangan daripada kerajaan
persekutuan iaitu membina jalan pintas merentasi kawasan Pekan Nenas, dia sudah
disebut sejak Rancangan Malaysia ke-8. Sebab itu projek alternatif itu adalah
sangat penting dan merupakan satu cara sebab itu saya memohon lebih banyak
detail tentang projek ini dan memohon kalau boleh bagikan lebih banyak
peruntukan untuk projek ini...
YB Pengerusi : Ok, ok.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Dan, kalau kali ini tak de, dan mungkin tak
de Februari tahun depan kita ada Dewan lagi, semuanya iaitu peruntukan
tambahan dapat di bentang dalam Dewan yang akan datang.
YB Pengerusi : Ok, ok, Yang Berhormat.
YB Encik Yeo Tung Siong (Pekan Nenas) : Terima kasih Tan Sri Speaker.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi jalan tersebut adalah di dalam senarai projek untuk
dilaksanakan dan ianya pada peringkat reka bentuk pada waktu ini.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
Perkara daripada Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM35,000,000.00 bagi Maksud P.75, Jabatan Pengairan dan Saliran, dipersetujukan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan 75, Jabatan
Pengairan Dan Saliran, peruntukan sebanyak RM 35,000,000.00 disediakan untuk
perlaksanaan projek-projek bagi tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM700,000.00 adalah bagi pembelian jentera, kenderaan, loji dan pintu air serta
kelengkapan dan sebanyak RM250,000.00 disediakan untuk bangunan-bangunan
Jabatan. Sebanyak RM150,000.00 disediakan untuk Projek Pengukuran dan
Penyiasatan bagi Projek-projek Saliran dan Pengairan. Di samping itu, sebanyak
RM21,250,000.00 disediakan bagi Rancangan Tebatan Banjir, Rancangan Saliran
Bandar, Rancangan Kawalan Hakisan Pantai dan Rancangan Pengurusan dan akhir
sekali sebanyak RM12,650,000.00 disediakan bagi perlaksanaan Projek-projek Saliran
dan Pengairan yang lain di seluruh negeri Johor.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
503
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, oleh sebab maksud-maksud
peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 16 Tahun 2017 itu
telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya
ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta-merta kepada Dewan
Negeri.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
Dewan Negeri bersidang semula.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon maklumkan
bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan meluluskan tanpa
pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat
Bilangan 16 Tahun 2017. Dari itu, saya membawa rundingan supaya Dewan ini
bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu peruntukan wang
berjumlah RM700 juta yang dicadangkan bagi anggaran perbelanjaan
pembangunan 2018 itu diluluskan oleh Dewan Negeri ini. Dan, dengan itu
mengambil ketetapan bahawa sejumlah wang yang tidak melebihi RM700 juta
hendaklah dibelanjakan daripada kumpulan wang pembangunan dalam tahun
kewangan 2018 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam kertas
mesyuarat yang tersebut.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu
dipersetujukan.
Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (NO. 2)
TAHUN 2017.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan
Tambahan (No. 2) Tahun 2017 dibacakan kali yang pertama.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rang Undang-Undang itu dibacakan kali yang pertama.
Jurutulis : Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan
Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2017 Dan
Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Maksud-Maksud Yang Tertentu.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon memaklumkan
bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang kedua bagi
Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga dan saya membawa rundingan supaya
Peraturan Tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar pertimbangan Rang
Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada
hari ini juga.
504
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap 112(2)
ditangguhkan sementara.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan yang kedua bagi perbelanjaan
bekalan tahun 2017. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak
RM17,397,000.00 sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan
Tambahan di bawah 7 jawatankuasa seperti berikut : Jawatankuasa Hasil Bumi,
Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Negeri Johor, RM3,983,000.00;
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, RM1,063,000.00;
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, RM
1,124,000.00; Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri
Johor, RM1,972,000.00; Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor, RM7,515,000.00;
Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Negeri Johor, RM1,285,000.00; Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan
dan Penerangan Negeri Johor, RM455,000.00.
Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat
Jawatankuasa berkenaan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-Ahli yang bersetuju, jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang
Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Jurutulis : Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan
Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2017 Dan
Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Maksud-Maksud Yang Tertentu.
YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Jurutulis : JADUAL.
YB Pengerusi : Perkara daripada Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang
berjumlah RM486,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian
Pengurusan, RM656,000.00 bagi Maksud B.03, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor
dan RM129,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Unit Audit Dalam
jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, di bawah Maksud Bekalan
B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan, diperuntukkan
sebanyak RM486,000.00. Sebanyak RM351,000.00 diperlukan bagi menampung
bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna manakala selebihnya
505
sebanyak RM135,000.00 diperlukan bagi menampung pembelian kenderaan
jawatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor
diperuntukkan sebanyak RM656,000.00 bagi menampung bayaran emolumen
kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik.
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Unit Audit
Dalam diperuntukkan sebanyak RM129,000.00. Sebanyak RM118,000.00 diperlukan
bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan yang berpindah masuk
mulai 1 Februari 2017, manakala selebihnya sebanyak RM11,000.00 diperlukan bagi
menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan, Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu
dipersetujukan.
Perkara daripada Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM859,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Bahagian Kerajaan
Tempatan; RM101,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian
Perumahan dan RM12,000.00 bagi Maksud B.03, Jabatan Landskap jadi sebahagian
daripada jadual rang undang-undang ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan diperuntukkan sebanyak RM859,000.00.
Sebanyak RM221,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada
kakitangan jabatan yang berpindah masuk setelah penyediaan bajet 2017.
Sebanyak RM30,000.00 diperuntukkan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang
telah ditimbal guna manakala selebihnya sebanyak RM608,000.00 diperlukan bagi
menampung bayaran Caruman Bantu Kadar Atas Harta-harta Kerajaan.
Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian
Perumahan diperuntukkan sebanyak RM101,000.00 Sebanyak RM76,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017
sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
Manakala selebihnya sebanyak RM25,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
perhubungan dan utiliti jabatan.
Di Bawah Maksud Bekalan B.03, Jabatan Landskap Negeri Johor diperuntukkan
sebanyak RM12,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun
2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal
guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM272,000.00 bagi Maksud B0.3 Badan Kawalan Air Johor jadi sebahagian daripada
Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03, Badan Kawal Selia Air
506
Johor (BAKAJ), diperuntukkan sebanyak RM272,000.00. Sebanyak RM206,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan
yang baru dilantik. Sebanyak RM15,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 2017 yang telah ditimbal guna manakala selebihnya sebanyak RM51,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran perhubungan dan utiliti jabatan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM1,285,000.00 bagi Maksud B0.7 Pejabat Pertanian jadi sebahagian daripada
Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di Bawah Maksud Bekalan B.07,
Jabatan Pertanian Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM1,285,000.00 di mana
sebanyak RM1,059,000.00 diperuntukkan bagi menampung bayaran emolumen
bagi kakitangan jabatan yang baru dilantik manakala selebihnya sebanyak
RM226,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan
Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah
ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM455,000.00 bagi Maksud B0.8, Jabatan Pengairan dan Saliran jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan :
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan
Pengairan Dan Saliran Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM455,000.00.
Sebanyak RM100,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran elaun lebih masa
kepada kakitangan jabatan yang bekerja di luar waktu pejabat manakala
selebihnya sebanyak RM355,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan
Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM91,000.00 bagi Maksud B0.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja Johor jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.12, Pejabat Kebun Bunga DiRaja
Johor diperuntukkan sebanyak RM91,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan
Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
507
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM198,000.00 bagi Maksud B0.19, Jabatan Perhutanan Negeri Johor jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan
B.19, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, diperuntukkan sebanyak RM198,000.00.
Sebanyak RM148,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017, selebihnya sebanyak RM50,000.00 diperlukan bagi
menampung perbelanjaan perjalanan dan sara hidup kakitangan jabatan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara kepada Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM7,060.000.00 bagi Maksud B0.21, Jabatan Agama Islam Negeri Johor jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah
Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Islam Negeri Johor diperuntukkan sebanyak
RM7,060,000.00 di mana sebanyak RM2,339,000.00 diperlukan di bawah Bahagian
Pengurusan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan yang baru
dilantik, elaun lebih masa, bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017,
sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna
dan perbelanjaan perhubungan dan utiliti jabatan. Manakala selebihnya sebanyak
RM4,721,000.00 diperlukan di bawah Bahagian Pendidikan Islam bagi menampung
bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 kepada kakitangan jabatan dan
guru-guru KAFA sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah
ditimbal guna serta bayaran perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang
dibeli dan hospitaliti.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM1,124.000.00 bagi Maksud B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.23, Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, diperuntukkan sebanyak RM1,124,000.00 bagi
menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 kepada kakitangan
jabatan dan petugas-petugas Pusat Dalam Komuniti (PDK) sebagaimana Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbalguna serta bayaran kepada
penerima Bantuan Am.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM1,700.000.00 bagi Maksud B.24, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Bandar dan Wilayah : Yang
Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah maksud Bekalan B.24, Jabatan Kerja Raya
Negeri Johor, diperuntukkan sebanyak RM1,700,000.00 Sebanyak RM1,350,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan
508
yang baru dilantik. Manakala selebihnya sebanyak RM350,000.00 diperlukan bagi
menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017, sebagaimana
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM322.000.00 bagi Maksud B0.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor jadi
sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah maksud Bekalan
B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor diperuntukkan sebanyak
RM322,000.00 Sebanyak RM42,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik. Sebanyak RM22,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017
sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna
manakala selebihnya sebanyak RM258,000.00 diperlukan bagi menampung
perbelanjaan perhubungan dan utiliti.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM424.000.00 bagi Maksud B0.29, Jabatan Kehakiman Syariah dan RM31,000.00
bagi maksud B.32 Jabatan Mufti jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-
Undang Ini.
YB Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah
Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor diperuntukkan
sebanyak RM424,000.00 di mana sebanyak RM165,000.00 bagi menampung
bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik dan sebanyak
RM63,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun
2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal
guna dan sebanyak RM190,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan
perhubungan dan utiliti. Manakala selebihnya sebanyak RM6,000.00 diperlukan
bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada kakitangan kontrak jabatan.
Di bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti Negeri Johor diperuntukkan
sebanyak RM31,000.00 di man sebanyak RM21,000.00 bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik dan sebanyak RM10,000
diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017
sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM44,000.00 bagi Maksud B.41 Pejabat Daerah Johor Bahru, RM422,000.00 bagi
Maksud B.43 Pejabat Daerah Batu Pahat, RM200,000.00 bagi Maksud B.44 Pejabat
Daerah Pontian, RM53,000.00 bagi maksud B.45, Pejabat Daerah Segamat,
RM220,000.00 bagi Maksud B.46 Pejabat Daerah Kluang, RM61,000.00 bagi Maksud
B.47 Pejabat Daerah kota Tinggi, RM93,000.00 bagi Maksud B.49 Pejabat Daerah
Kulai dan RM139,000.00 bagi Maksud B.50 Pejabat Daerah Tangkak jadi sebahagian
daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
509
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan
B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM44,000.00. Sebanyak
RM15,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen kepada kakitangan
jabatan yang baru dilantik. RM29,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat diperuntukkan
sebanyak RM420,000.00. Sebanyak RM378,000.00 diperlukan bagi menampung
bayaran emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik. Selebihnya
sebanyak RM42,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian diperuntukkan sebanyak
RM200,000.00. Sebanyak RM168,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik. Manakala selebihnya
sebanyak RM32,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat diperuntukkan sebanyak
RM53,000. Sebanyak RM18,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen
kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik dan selebihnya sebanyak
RM35,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang, diperuntukkan sebanyak
RM220,000.00. Sebanyak RM189,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik. Manakala selebihnya
sebanyak RM31,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang
telah ditimbal guna.
Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan
sebanyak RM61,000.00. Sebanyak RM37,000.00 bagi menampung bayaran
emolumen manakala kepada kakitangan yang baru manakala RM24,000.00
diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulai diperuntukkan sebanyak
RM93,000.00. Sebanyak RM68,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan yang baru dilantik dan bertukar masuk manakala
selebihnya sebanyak RM25,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat Daerah Tangkak diperuntukkan sebanyak
RM139,000.00. Sebanyak RM60,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan yang baru dan sebanyak RM19,000.00 bagi
menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 sebagaimana Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna manakala selebihnya
sebanyak RM60,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan perhubungan
dan utiliti jabatan.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju perkara itu dipersetujukan.
Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah
RM50.000.00 bagi Maksud B0.52, Pejabat Tanah Johor Bahru, RM40,000.00 bagi
Maksud B.53 Pejabat Tanah Muar, RM34,000.00 bagi Maksud B.52 Pejabat Tanah
510
Pontian, RM38,000.00 bagi Maksud B.56 Pejabat Daerah Segamat, RM41,000.00 bagi
maksud B.57 Pejabat Tanah Kluang, RM632,000.00 bagi Maksud B.58 Pejabat Tanah
Kota Tinggi, RM70,000.00 bagi Maksud B.59 Pejabat Tanah Mersing, RM29,000.00
bagi Maksud B.60 Pejabat Tanah Kulai dan RM28,000.00 bagi Maksud B.61 Pejabat
Tanah Tangkak jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang Ini.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan
B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak RM50,000.00 bagi
menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan 2017, sebagaimana Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017 yang telah ditimbal guna.
Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar diperuntukkan sebanyak
RM40,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017. Di
bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak
RM34,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan yang sama. Di
bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat diperuntukkan sebanyak
RM38,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan yang sama. Di
bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak
RM41,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan yang sama.
Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak
RM632,000.00. Sebanyak RM589,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran
emolumen kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik serta pembayaran Elaun
Khas Unit Task Force Pengambilan Balik Tanah Projek RAPID. Manakala selebihnya
sebanyak RM43,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak
RM70,000.00. RM40,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran emolumen
kepada kakitangan jabatan yang baru dilantik dan bertukar masuk manakala
RM30,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017.
Di bawah Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulai diperuntukkan sebanyak
RM29,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 dan
di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Tangkak diperuntukkan sebanyak
RM28,000.00 bagi menampung bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017
sebagaimana Pekeliling yang telah ditimbal guna.
YB Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu
dipersetujukan.
Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Jurutulis : FASAL 2
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang
Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang
511
bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal Yang Pertama jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Dewan Negeri Bersidang semula.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon memaklumkan
bahawa, Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa
satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan, maka saya membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan
diluluskan sekarang.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun 2017 dibacakan
kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi
mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang
tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperbuat Undang-Undang oleh
Dewan Negeri Johor seperti berikut:-
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) Tahun
2017.
RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERUNTUKAN DI RAJA PINDAAN 2017.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Peruntukan Di
Raja Pindaan 2017 di bacakan kali yang pertama.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama. Rang
Undang-Undang ini di bacakan kali yang pertama.
Jurutulis : Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja
1960/Enakmen No.20/1960.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan di bawah Peraturan Tetap (58) agar rundingan untuk bacaan kali kedua
bagi Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat
diselesaikan pada hari ini juga.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu
dipersetujukan.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
512
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Enakmen Peruntukan Di Raja 1960, atau Civil List
Enactment 1960 dengan izin, telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1961.
Enakmen ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan dengan izin, The Civil List of
His Highness The Sultan and Sovereign Ruler from time to time of the State of Johor,
the remuneration of Regent or Council of Regency and the Payment of allowance
to certain personages.
Rang Undang-Undang yang dicadangkan bertujuan untuk meminda Enakmen
Peruntukan Di Raja 1960 bagi menaikkan syiling peruntukan di Raja di bawah Kelas II
daripada RM15,000,000.00 kepada RM25,000,000.00. Penambahan ini diperlukan
bagi menampung pertambahan pembayaran emolumen kepada anggota-
anggota di Jabatan Di Raja Johor dan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor
berikutan kenaikan gaji tahunan serta pertambahan perbelanjaan pemberian
dalam negeri jabatan yang amat diperlukan.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa enakmen yang
dicadangkan. Fasal 2 bertujuan meminda Jadual Enakmen No. 20/1960 di bawah
kelas 2. Dan Rang Undang-Undang ini akan melibatkan kerajaan dengan
perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya pada masa ini tidak ditentukan.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon mencadangkan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
di baca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan,
yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERUNTUKAN DI RAJA (PINDAAN)
2017.
YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Jurutulis : Fasal 1.
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 1 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Jurutulis : Fasal 2.
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon memaklumkan
bahawa Rang Undang-Undang telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu
per satunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Maka saya membawa rundingan
supaya Rang Undang-Undang ini di bacakan kali yang ketiga dan diluluskan
sekarang.
513
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
yang dinamakan Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2017 dibacakan kali yang
ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju
jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini di baca kali
yang ketiga dan diluluskan.
Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperbuat Undang-Undang oleh Dewan Negeri
Johor seperti berikut:-
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2017 dan
hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2017.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya memohon membawa rundingan supaya Rang Undang-
Undang ini di baca kali yang pertama.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rang Undang-Undang ini di baca kali yang pertama.
Jurutulis : Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan-peruntukan berbangkit untuk
ubahsuaian-ubahsuaian gelaran apabila taraf Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah ditukar dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya mohon membawa rundingan di bawah Peraturan Tetap (58)
agar rundingan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada
peringkat-peringkat yang lain dapat diselesaikan pada hari ini juga.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, rundingan itu
dipersetujukan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang
ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Rang Undang-Undang Majlis Bandaraya Iskandar
Puteri 2017 ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit
untuk ubahsuaian-ubahsuaian gelaran sesuatu dengan kenaikan taraf Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah ke taraf Bandaraya yang akan dikenali Majlis
Bandaraya Iskandar Puteri.
514
Penggubalan Enakmen bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang di naik taraf adalah
merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah dilaksanakan di Pihak
Berkuasa Tempatan lain di Malaysia yang telah di naik taraf seperti Enakmen Majlis
Bandaraya Johor Bahru 1993, Enakmen Majlis Bandaraya Shah Alam 2000 dan
Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003.
Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) telah di naik taraf kepada Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada 1 Januari 2001 dan pada ketika itu
Dewan yang mulia ini telah meluluskan Enakmen Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah 2001 yang telah pun digubal sesuai dengan kenaikan taraf Majlis Daerah
kepada Majlis Perbandaran.
Oleh yang demikian, bersesuaian dengan kenaikan taraf Majlis Perbandaran Johor
Bahru Tengah kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, maka Rang Undang-
Undang Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2017 ini digubal bertujuan untuk
mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit untuk ubahsuaian-ubahsuaian
gelaran sesuatu dengan kenaikan taraf tersebut.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Rang Undang-Undang ini mengandungi 3 Fasal.
Fasal Pertama mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen
yang dicadangkan.
Fasal 2 memperkatakan gelaran yang digunakan dalam konteks Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah dan ubahsuaian-ubahsuaian gelaran-gelaran itu
apabila mula berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
Fasal 3 memperkatakan kecualian semua perkara yang dilakukan oleh atau
terhadap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di bawah mana-mana undang-
undang bertulis berhubungan dengan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum mula
berkuat kuasa Enakmen yang dicadangkan yang hendaklah tidak menyentuh apa-
apa prosiding perundangan yang telah dilaksanakan dan prosiding perundangan
oleh atau terhadap Majlis Bandaraya Iskandar Puteri boleh dimulakan seolah-olah
tiada apa-apa penukaran taraf selepas Enakmen yang dicadangkan telah mula
berkuat kuasa.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon mencadangkan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat
tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua.
Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
2017.
YB Speaker : Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Jurutulis : Fasal 1.
YB Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 1 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
515
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 1 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Jurutulis : Fasal 2.
YB Tan Sri Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 2 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Jurutulis : Fasal 3.
YB Tan Sri Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ialah supaya Fasal 3 jadi
sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput
angkat tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 3 jadi sebahagian daripada Rang
Undang-Undang ini.
Dewan Negeri bersidang semula.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini
telah pun ditimbangkan dalam Jawatankuasa satu per satunya dan dipersetujukan
tanpa pindaan.
Maka, saya membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali
yang ketiga dan diluluskan sekarang.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan :
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang
yang dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2017 dibacakan kali
yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju
jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini dibaca kali
yang ketiga dan diluluskan.
Jurutulis : Bahawa dengan ini, adalah diperbuat Undang-Undang oleh Dewan
Negeri Johor seperti berikut:-
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2017
dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 22 November 2017.
RUNDINGAN-RUNDINGAN DENGAN TIDAK PAYAH DIBERITAHU.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu rundingan Di
bawah Peraturan Tetap Bilangan 32 (viii) yang diakui mustahak iaitu Pemilihan Ahli
Dewan Negara oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Sebagaimana peruntukan peraturan yang sama, Rundingan itu perlu disokong oleh
sepuluh (10) orang Ahli.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyokong rundingan ini sila bangun di tempat
masing-masing. (Ahli-Ahli bangun di tempat masing-masing).
516
Terima kasih. Oleh sebab terdapat lebih daripada sepuluh orang yang
menyokong, rundingan ini dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli
yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu
dipersetujukan.
Jurutulis : RUNDINGAN MENGENAI PEMILIHAN AHLI DEWAN NEGARA.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pemilihan Ahli Dewan Negara ini adalah
menurut Perkara 45, Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan berikutan
kekosongan satu kerusi Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Negeri Johor.
Dengan demikian, tiap-tiap cadangan itu hendaklah disokong dan disertai dengan
kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon berkenaan menyatakan
kesanggupannya berkhidmat jika dipilih, dan cadangan itu tidaklah perlu di bahas.
Yang Amat Berhormat, sila kemukakan cadangan tersebut.
YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon membawa
rundingan dan mencadangkan supaya Yang Berbahagia Datuk Lim Pay Hen dipilih
oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun sebagaimana
menurut Perkara 45, Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan.
Anak jati Jementah yang berumur 60 tahun ini banyak memainkan peranan aktif
dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan kaum Cina. Datuk Lim Pay Hen
pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Malaysia di antara tahun 2009 dan 2015 dan pernah memegang jawatan sebagai
Ahli Majlis Daerah Tangkak selama 10 tahun.
Dalam bidang politik, beliau amat aktif memberikan khidmatnya menerusi parti
MCA. Di antara jawatan yang pernah disandangnya di dalam parti adalah
sebagai Pengerusi Bahagian Pagoh, merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan MCA Johor sejak 2013. Setiausaha Bahagian Pagoh dan Ledang,
Setiausaha MCA Johor dan sebagai EXCO Pemuda MCA Kebangsaan.
Sebelum bergerak aktif di dalam politik, beliau bertugas sebagai seorang guru, di
antara tahun 1979 dan 1993 dan pernah bertugas di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (C) Chung Sun, Pagoh, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C)
Kepong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lian Hwa, Ledang serta di Sekolah
Menengah Alauddin Riaayat Shah, Pagoh.
Setelah meninggalkan kerjaya perguruan, beliau menceburi sektor swasta sebagai
Pengarah, di syarikat Commercial Plastic Industries Sdn. Bhd. serta Pengarah bagi
Forest Fine Foods (M) Sdn. Bhd. sejak 2015.
Dan dengan ini saya serahkan pengakuan bertulis yang telah pun ditandatangani
oleh calon yang saya cadangkan itu.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini telah menerima rundingan
tersebut yang telah pun disokong.
517
Ahli-Ahli Yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rundingan itu
dipersetujukan.
Dengan demikian, saya isytiharkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Lim Pay Hen
adalah dipilih oleh Dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh selama tiga
tahun.
Saya dan bagi pihak Dewan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang
Berbahagia Datuk Lim Pay Hen. Semoga beliau dapat menumpukan khidmatnya
kepada rakyat dan negeri ini sebagai Ahli Dewan Negara.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, saya mohon membawa rundingan supaya Dewan ini
ditangguhkan.
YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan : Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya
menyokong rundingan itu.
YB Speaker : Alhamdulillah, selesai sudah persidangan kali ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga ke suatu
tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Persidangan ditangguhkan pada jam 1:50 petang.
518
PEGAWAI-PEGAWAI BERTUGAS:
Jurutulis
Cik Hajah Shubanah binti Yusuf
Penolong Jurutulis
Encik Hasnul Atmam bin Othman
Puan Farrah Diana binti Mohammad
Ketua Unit Dewan
Puan Norliza binti Md. Aris
Pembantu Penerbitan
Puan Malina binti Mohd Nasir
Puan Noraisah binti Mohd Yusof
Encik Ariff bin Abu Bakar
Pembantu Operasi (Bentara)
Encik Razine bin Sulaiman
Encik Hamdan bin Markom
Encik Mohd Hassan bin Jamian
Encik Norhayadi bin Hussien
Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi
Encik Mohd Norazri bin Kasim
Encik Mohd Sapri bin Manan
Encik Muhamad Khairul Asyraf bin Abdullah
Encik Muhammad Khairul bin Arop
Setiausaha Pejabat (Pelapor Dewan)
Puan Hajah Zalinah binti Ali
Puan Hajah Azlin bin Bahrin
Puan Junaidah binti Paing
Puan Hajah Saniah binti Kassim
Puan Zahiti binti Mohd Hamdi
Puan Shuriati binti Abdul Hajar
Puan Hajah Haironisha binti Zainal Abidin
Puan Noordalilah binti Dahalan
Puan Norhafizah binti Osman
Puan Hajah Rumiah binti Sumirono
Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak
Puan Hairun Nurul Ain binti Zainal Abidin
Cik Nor Adeliah binti Abidi
Puan Norlydialina binti Ithnin
Puan Raihanah binti Ismail
Puan Hajah Rahimah binti Akbar
Puan Norwahidah binti Elias
Rakaman
Encik Nor Risam bin Esa
Encik Azizan bin Md. Sidi
Juruaudio Video
Encik Noorazhan bin Mohd Salleh
519