PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH KOLEJ KOMUNITI
DI NEGERI SELANGOR.
NORIZZAIDAH BINTI ABU BAKAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DI KALANGAN
PELAJAR KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH KOLEJ KOMUNITI
DI NEGERI SELANGOR
NORIZZAIDAH BINTI ABU BAKAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Abu Bakar bin Md. Shah dan Normah binti Roslan
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Dr Mohd Khata bin Jabor
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Adik-Adikku Yang Dikasihi…
Mohd Izzuan, Mohd Izli, Norizfika dan Mohd Izzaidi
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan Yang
Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr mohd khatta bin jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Pusat Sumber Fakulti Pendidikan dan lain-lain kerana menyediakan
bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada
penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan amalan keselamatan bengkel di
kalangan pelajar kursus elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat. Terdapat 4
persoalan yang dikaji iaitu pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan,
pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan tangan dan mesin, pengetahuan
pelajar mengenai penyenggaraan alatan tangan dan mesin dan tahap pelajar dalam
mempraktikkan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali.
Seramai 100 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Responden terdiri daripada
pelajar lelaki tahun 1 dan 2 yang mengambil kursus elektrik. Kajian ini dilakukan
secara deskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian
yang dibahagikan kepada bahagian A dan B. Data-data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian “Statistical Package of Sosial Science” (SPSS version
16.0). Nilai alpha cronbach yang diperolehi dalam kajian ini ialah α = 0.825. Hasil
kajian ini digambarkan menerusi jadual-jadual yang mengandungi kekerapan,
peratusan dan nilai min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai penguasaan amalan keselamatan bengkel pada tahap yang tinggi. Ini
berdasarkan nilai min keseluruhan iaitu 3.74. Kajian ini diakhiri dengan beberapa
cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu. Kajian
lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABTRACT
The aim of this study is to determine the mastery of workshop safety practices
among students in electrical courses at Kolej Komuniti Kuala Langat. There are four
questions that examined about student’s knowledge of safety practices, student’s
knowledge about the usage of hand tools and machine, student’s knowledge about
the maintenance of hand tools and machine and levels of students in the practice of
workshop safety when doing practical work. A total of 100 students selected as study
samples. Respondents were selected among male students in electrical courses. This
descriptive study carried out by using a set of questionnaires as a research instrument
is divided into parts A and B. The data obtained were analyzed using the software
Statistical Package of Social Science (SPSS version 16.0). Cronbach alpha values
obtained in this study is α = 0.825. The results of this study are illustrated by tables
containing frequency, percentage and the mean value. Results from this study show
that students have a mastery of workshop safety practices at the highest level. This is
based on the overall mean value of 3.74. The study concludes with some suggestions
from the researchers who presented to the relevant parties. Further research is also
intended for research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah
viii
1.9.1 Tahap Penguasaan 9
1.9.2 Amalan Keselamatan 9
1.9.3 Bengkel 9
1.9.4 Kerja Amali 10
1.9.5 Peraturan Bengkel 10
1.9.6 Alatan 11
1.9.7 Penyelenggaraan 11
1.10 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Bengkel Elektrik 14
2.3 Keselamatan Bengkel 15
2.4 Amalan Keselamatan 17
2.5 Pengetahuan Dan Kemahiran 18
2.6 Penyenggaraan 19
2.7 Penggunaan Alatan Tangan Dan Mesin 21
2.8 Maklumat Kolej Komuniti 23
2.9 Kursus Elektrik 26
2.10 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Persampelan Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Kesahan 31
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Analisis Data 35
3.9 Penutup 37
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
ix
4.2 Penganalisaan Data 38
4.3 Analisis Bahagian A
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 40
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 40
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 41
4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian 41
4.4 Analisis Bahagian B
4.4.1 Persoalan Kajian 1 42
4.4.2 Persoalan Kajian 2 47
4.4.3 Persoalan Kajian 3 51
4.4.4 Persoalan Kajian 4 56
4.5 Rumusan 60
4.6 Penutup 60
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan
5.2.1 Bahagian A: Maklumat Diri Responden 63
5.2.2 Bahagian B
5.2.2.1 Persoalan Kajian 1 65
5.2.2.2 Persoalan Kajian 2 67
5.2.2.3 Persoalan Kajian 3 69
5.2.2.4 Persoalan Kajian 4 71
5.3 Rumusan 73
5.4 Cadangan
5.4.1 Pihak Kolej Komuniti 74
5.4.2 Pihak Pensyarah 75
5.4.3 Pihak Pelajar 76
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 85
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Nilai Min 36
4.1 Maklum Balas dan Skor Skala Likert Terhadap Item
(Bahagian B (i)) 39
4.2 Maklum Balas dan Skor Skala Likert Terhadap Item
(Bahagian B (ii), (iii) dan (iv)) 39
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut
Jantina 40
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Umur 40
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa 41
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Tahun
Pengajian 41
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Pengetahuan
Pelajar Mengenai Keselamatan Bengkel 46
4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Pelajar
Mengenai Penggunaan Alatan Tangan dan Mesin 50
4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Pengetahuan
Pelajar Tentang Penjagaan dan Penyelenggaraan Peralatan
Tangan dan Mesin 55
4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Pelajar Dalam
Mempraktikkan Langkah-Langkah Keselamatan Ketika
Melakukan Kerja-Kerja Amali 59
4.11 Purata Nilai Min Mengikut Persoalan Kajian 60
5.1 Purata Nilai Min Mengikut Persoalan Kajian 66
xii
SENARAI SINGKATAN
5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal
AUTOCAD - Lukisan Berbantu Komputer
Bil - Bilangan
IEE - Institution of Electrical Engineers
IPT - Institut Pengajian Tinggi
JS - Jarang Sekali
K - Kerap
KS - Kurang Setuju
OSHA - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
S - Setuju
SK - Sangat Kerap
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPSS - Statical Package for The Social Sciences
SS - Sangat Setuju
SS - Sekali Sekala
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pernah
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 84
B Surat Pengesahan Kolej Komuniti 90
C Surat Pengesahan Pelajar 92
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 93
E Surat Pengesahan Soal Selidik 94
F Jadual Krejcie R.V and Morgan D.W 96
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keselamatan amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan
terutamanya di dalam bengkel. Ini kerana di bengkel terdapat pelbagai alatan dan
mesin yang berbahaya. Oleh itu, apabila berada di dalam bengkel perlulah menjaga
keselamatan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan serta mengikut arahan
guru atau pensyarah. Pendidikan keselamatan ini perlu ditekankan sebagai salah satu
bahagian yang penting dalam pendidikan di sekolah ataupun IPT. Dengan adanya
pendidikan tersebut, ia dapat memberi pelajar sedikit pengetahuan dan boleh
diaplikasikan di rumah dalam melakukan kerja-kerja yang merbahaya. Isu
keselamatan merupakan perkara utama yang dititik beratkan oleh mana-mana pihak
pengurusan syarikat atau jabatan pentadbiran. (Kamisah Husin, 2011)
Bagi mengurangkan serta meminimakan risiko kemalangan di bengkel atau
ditempat kerja akta keselamatan telah ditubuhkan. Penubuhan akta ini adalah untuk
menjamin cara kerja dan juga persekitaran kerja yang selamat kepada para pekerja.
Antara akta yang telah ditubuhkan ialah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang
bertujuan untuk melindungi pekerja daripada bahaya dalam kerja-kerja industri. Ini
2
termasuklah penyakit pekerjaan dan meletakkan piawai minimum persekitaran kerja
yang diperlukan untuk keselamatan dan kesihatan. Akta lain yang telah ditubuhkan
ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan banyak lagi. Kesemua akta
yang dibuat adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.
Di dalam pendidikan kejuruteraan seperti elektrik, pelajar dikehendaki
menggunakan pelbagai mesin, alatan, perkakas dan bahan di dalam ujikaji makmal
ataupun amali bengkel. Para pelajar perlu mengetahui bagaimana menggunakan
alatan dan mesin dengan selamat. Setelah tamat pengajian para pelajar akan menyelia
pekerja dan mengajar bagaimana menggunakannya serta mempraktikkan peraturan
keselamatan di dalam bengkel. Dengan itu, pelajar kejuruteraan ini mesti dididik dan
dilatih supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup tentang
keselamatan bengkel dan peraturan bengkel bagi memperolehi kebiasaan dan sikap
mementingkan keselamatan.
'' Setiap orang harus sedar dan peka dengan bahaya di tempat kerja,
bukan hanya di makmal bahkan di dewan kuliah dan setiap tempat
kerja di kampus. Kesedaran ini penting agar mereka tahu apa yang
dilakukan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja "
(Packiry Mageswary, 2011)
Implikasi dari perkembangan industri yang semakin meningkat maju. Negara
memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang tinggi
mengenai amalan keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai
perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.
Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang
melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta
orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi
memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan
3
vokasional bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta
mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa
bekerja kelak (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Pada tahun 1970, Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-undang
dan akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai ‘Occupational Safety
and Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri. Di Malaysia
akta keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial telah
ditubuhkan pada tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk melaksanakan, mentadbir dan
menguatkuasakan akta keselamatan sosial pekerja dan peraturan-peraturan
keselamatan sosial pekerja. (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994)
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1994 sebuah undang-undang telah di gubal iaitu Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA). Akta ini menyediakan rangka kerja
perundangan untuk memajukan, merangsang dan menggalakkan piawaian yang
tinggi bagi keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Ia juga sebagai alat
yang lebih praktikal ke atas perundangan keselamatan dan kesihatan yang sedia ada
seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Tujuan utama akta ini adalah bagi
mempertingkatkan kesedaran dan memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di
kalangan semua pekerja di Malaysia.
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap tenaga
pengajar dan pelajar yang melaksanakan kerja-kerja amali di dalam bengkel
terlindung di bawah akta ini. Ini adalah penting bagi memastikan kesihatan dan
keselamatan pelajar serta tenaga pengajar terjamin.
4
Budaya kerja selamat mampu diamalkan oleh setiap individu sekiranya
dipupuk ketika individu berada di institusi pengajian lagi sebelum mereka memasuki
alam pekerjaan. Seharusnya menjadi tanggungjawab tenaga pengajar untuk
mendedahkan dengan lebih lanjut bahaya kerja sewaktu aktiviti amali berjalan serta
akta yang harus dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta dapat
memelihara hak setiap individu dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan
seharian. Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta
selamat, pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu
yang dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa
pada masa akan datang. Oleh sebab itu, amalan keselamatan di bengkel amat wajar
dan perlu untuk dikaji di tempat yang melahirkan tenaga kerja kepada industri.
Dengan ini kita akan dapat melihat kesinambungan pelajaran yang diterapkan dengan
keadaan di industri.
Dengan itu, peraturan dan keselamatan bengkel elektrik perlu di pandang
serius oleh semua pihak. Tanpa berbuat demikian, ia akan mendatangkan risiko yang
merbahaya kepada diri pelajar dan juga pihak lain yang berdekatan. Ini kerana kelas
amali berrbeza dengan kelas teori, yang hanya berinteraksi dengan guru. Manakala
kelas amali, pelajar akan berrinteraksi dengan alatan-alatan dan mesin-msin
merbahaya.
Ruang bengkel yang kemas, selesa, tersusun dan kelengkapan yang cukup
amat penting bagi memastikan amali dilakukan di dalam bengkel berjalan dengan
lancar. Pelajar juga perlu membuat persediaan awal supaya dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih baik dan kefahaman sepenuhnya. Ia juga dapat memastikan
kelancaran pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas dan di dalam
bengkel amali berjalan dengan baik.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, terdapat pelbagai kemalangan yang berlaku di dalam dan
diluar bengkel. Amalan-amalan keselamatan amat penting untuk mengelakkan dari
berlakunya kemalangan. Para pelajar perlu mempunyai kesedaran terhadap
keselamatan supaya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka. Kesedaran yang
tinggi perlu dipupuk sejak bangku sekolah untuk melahirkan pekerja yang berkualiti
dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan.
Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk
mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, kesedaran terhadap keselamatan
perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu kesedaran yang tinggi yang
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar dapat melahirkan pekerja
yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan.
Kajian ini meninjau keberkesanan perlaksanaan amalan keselamatan bengkel
di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali. Memandangkan betapa
pentingya amalan keselamatan dalam menghasilkan pekerja yang mahir maka
perlulah di buat kajian pada peringkat institut bagi mengenalpasti tahap pengetahuan
pelajar tentang amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk meninjau penguasaan amalan keselamatan bengkel di
kalangan pelajar kursus elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat. Bagi
mengenalpasti tujuan di atas, beberapa objektif telah dikenalpasti iaitu :
6
1.4.1 Mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan
1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan
tangan dan mesin
1.4.3 Mengenalpasti pengetahuan pelajar tentang penyenggaraan alatan
tangan dan mesin
1.4.4 Mengenalpasti tahap pelajar dalam mempraktikkan langkah-langkah
keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan-persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan?
1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar mengenai penggunaan alatan tangan dan
mesin?
1.5.3 Apakah pengetahuan pelajar tentang penyenggaraan alatan tangan dan
mesin?
1.5.4 Apakah tahap pelajar dalam mempraktikkan langkah-langkah
keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali?