Page 1 PENGENALAN
1. PENGENALAN
Buku Panduan Dalaman ini disediakan dengan tujuan memberi panduan dan
pengetahuan kepada semua Pegawai Perubatan Pakar untuk mengikuti program
Subkeparan ini secara sepenuh masa dengan tajaan Separa Biasiswa dan Hadiah
Latihan Persekutuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
1.1 Punca Kuasa dan Peraturan
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Unit Latihan Dalam
Perkhidmatan 1 (LDP1) mula dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk
menguruskan Cuti Belajar dan pengurusan biasiswa bagi semua pegawai
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengikuti kursus
Subkepakaran berdasarkan :
i. Surat penurunan kuasa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
kepada Ketua Setiausaha (KSU), KKM ;
ii. Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Yang
Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang
Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh JPA;
iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.29 Tahun 2009;
iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2009;
v. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009;
vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil.15 Tahun 2007;
vii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2007; dan
viii. Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 2 PENGENALAN
1.2 Prinsip-Prinsip Pemberian
Prinsip-prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar bagi latihan
subkepakaran adalah seperti berikut :
i. Kuasa melulus cuti belajar adalah di bawah tanggungjawab Ketua
Setiausaha, KKM selaras penurunan kuasa dari JPA;
ii. Cuti belajar boleh diberi kepada pegawai yang diluluskan mengikuti
kursus atau pengajian yang melebihi tiga (3) bulan. Bagi kursus yang
tempohnya tiga (3) bulan atau kurang, kelulusan menghadiri kursus
yang diberikan oleh Ketua Jabatan adalah dianggap sebagai cuti
menghadiri kursus;
iii. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di
dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti
kursus jangka sederhana atau jangka panjang yang berikutnya sama
ada di dalam atau luar negara selepas genap dua (2) tahun tamat
mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
iv. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi
melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan
untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau panjang yang
berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap satu
(1) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
v. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas
pembiayaan Badan Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Badan
Antarabangsa atau Negara Asing boleh diberikan kemudahan cuti
belajar mengikut kelayakan masing-masing;
vi. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana
kelemahan akademik tidak layak diberi kemudahan cuti belajar dari
kategori yang sama. Pegawai berkenaan hanya boleh
dipertimbangkan kemudahan cuti belajar di bawah kategori yang
lebih rendah daripada kategori cuti belajar yang telah diluluskan
sebelumnya;
PROGRAM SUBKEPAKARAN
PENGENALAN
vii. Pegawai yang sedang bercuti belajar dan dikenakan tindakan
tatatertib/ disiplin atau tindakan mahkamah, akan ditamatkan cuti
belajar;
vii. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/ kelulusan daripada mengikuti
kursus/ pengajian setelah diluluskan cuti belajar tidak layak
dipertimbangkan untuk kemudahan cuti belajar seterusnya;
ix. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk Kursus
Jangka Panjang, kursus yang diikuti oleh pegawai mestilah pada
peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah
dimiliki;
x. Pegawai dalam Kumpulan Sokongan hanya boleh diberi kemudahan
cuti belajar untuk pengajian peringkat Sijil, Diploma dan/ atau Ijazah
Pertama sahaja;
xi. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh
sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan
perjanjian sebelumnya atau tempoh perkhidmatan wajib seperti
yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan dinyatakan
sebaliknya; dan
xii. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 3
Page 4 PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
2. PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
2.1 Slot
Tawaran bagi program Subkepakaran adalah sebanyak 150 slot setahun
dan bilangan ini juga adalah tertakluk kepada kekosongan tempat latihan
bagi bidang Subkepakaran yang di pohon.
2.2 Kaedah Latihan
Program Subkepakaran ini dilaksanakan menerusi dua (2) kaedah iaitu :
2.2.1 KOMBINASI DALAM DAN LUAR NEGARA
Latihan ini dijalankan di dalam negara terlebih dahulu bagi tempoh
dua (2) atau tiga (3) tahun dan satu (1) tahun di luar negara dalam
bidang berkaitan.
2.2.2 SEPENUHNYA DALAM NEGARA
Latihan ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara sahaja bagi
tempoh tiga (3) atau empat (4) tahun di hospital KKM yang dikenal
pasti.
2.3 Elaun dan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan
(HLP)
2.3.1 Calon-calon dalam pengajian adalah layak dibayar Elaun dan
Kemudahan HLP mengikut kaedah latihan yang diikuti. Segala
urusan pembayaran elaun dan tuntutan adalah dibawah
tanggungjawab BPL, KKM.
2.3.2 Kemudahan yang diberikan adalah seperti berikut :-
Separa Biasiswa
Kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang menjalani latihan
subkepakaran di dalam negara dan sepanjang tempoh tersebut
pegawai adalah dikira sedang berkhidmat.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 5
ii. Separa Biasiswa & Cuti Belajar Bergaji
Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP)
Kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang menjalani
latihan subkepakaran secara kombinasi (dalam&luar negara)
dimana semasa didalam negara akan menerima separa
biasiswa dan semasa di negara luar negara akan menerima
CBBP dengan HLP untuk tempoh 9 bulan pertama manakala 3
bulan seterusnya pegawai hanya akan diberikan CBBP.
2.3.3 Sepanjang tempoh berkenaan perkhidmatan pegawai adalah layak
diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah pencen dan
kenaikan pangkat.
2.3.4 Maklumat tajaan sepenuhnya, boleh dirujuk didalam dibahagian
Syarat-Syarat dan Kemudahan Tajaan bagi Program Subkepakaran.
2.4 Tuntutan dan Bayaran
2.4.1 Calon-calon hendaklah menggunakan borang tuntutan yang
disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM selewat-lewatnya
sebelum 10hb bulan berikutnya dalam tahun semasa. Sebarang
tuntutan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
Contoh borang-borang tuntutan yang terlibat adalah seperti di
Lampiran .
2.4.2 Bayaran elaun dan HLP akan dibuat terus ke akaun calon. Calon
dikehendaki mengemukakan salinan muka depan buku bank yang
jelas mencatatkan nombor akaun dan alamat bank. Calon diingatkan
agar mengemukakan nombor akaun bank yang aktif seperti akaun
bank yang dimasukkan gaji setiap bulan. Ini adalah bertujuan bagi
mengelakkan sebarang gangguan semasa urusan pembayaran elaun/
HLP dibuat.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 6
2.5 Ikatan Perjanjian
2.5.1 Pegawai dikehendaki menandatangani surat perjanjian sebelum
memulakan program Subkepakaran. Sekiranya pegawai tidak
menyempurnakan dan menandatangani perjanjian ini dalam tempoh
yang ditetapkan, maka tawaran ini akan ditarik balik.
2.5.2 Pegawai akan terikat dengan ikatan perjanjian selama tempoh yang
dinyatakan didalam surat perjanjian untuk berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia selepas tamat pengajian atau membayar gantirugi
sebanyak jumlah yang dinyatakan didalam surat perjanjian sekiranya
gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut..
2.5.3. Jadual ikatan perjanjian adalah seperti dibawah :
PROGRAM SUBKEPAKARAN
PELAKSANAAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
Program Subkepakaran
Tempoh Pengajian
Ikatan / Gantirugi
Sepenuhnya Dalam Negara
(Separa Biasiswa)
3 tahun atau 4 tahun
4 tahun atau
RM30,000.00
Kombinasi Dalam & Luar
Negara (Separa Biasiswa &
CBBP+ HLP)
2 tahun atau 3 tahun
+ 1 tahun
6 tahun atau
RM25,000.00 + Kos Sebenar
Luar Negara (CBBP + HLP)
6 bulan hingga 1 tahun 3 tahun atau
Kos Sebenar
Page 7 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
3. PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
3.1 Latihan Sepenuhnya Dalam Negara
3.1.1 Mula Latihan
i. Pegawai dikehendaki mengembalikan dokumen yang lengkap
termasuk surat perjanjian sebelum memulakan latihan
dimana hanya pegawai yang berbuat demikian sahaja
dibenarkan memulakan latihan dengan membawa surat
arahan lapor diri yang dikeluarkan oleh BPL
ii. Pegawai dikehendaki mengemukakan borang pengesahan
kehadiran yang telah disahkan oleh penyelia ke BPL dalam
tempoh 5 hari daripada tarikh lapor diri. Borang ini
disertakan bersama-sama dengan surat arahan lapor diri.
iii. Pegawai dikehendaki memulakan program ini mengikut
tarikh yang ditetapkan iaitu pada 1 Januari (intake Januari )
atau 1 Julai (intake Julai) tanpa sebarang penanggguhan.
iv. Pegawai yang ditawarkan mengikuti program ini, hendaklah
mematuhi tempoh kelulusan yang diberikan sepertimana
surat kelulusan rasmi yang dikeluarkan oleh KKM samada 36
bulan atau 48 bulan sahaja.
v. Mana-mana penempatan latihan (attachment) yang melebihi
12 bulan ( kecuali pegawai daripada Sabah dan Sarawak )
akan diposting keluar ke Jabatan baru bagi memudahkan
urusan pentadbiran.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 8 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
3.1.2 Pergerakan Pegawai
i. Program subkepakaran dijalankan sepenuhnya di Hospital
KKM atau Institusi Latihan yang dikenalpasti dan pergerakan
pegawai adalah berpandukan kepada Pelan Latihan dimana
pegawai hendaklah mematuhi penempatan tempat dan
tempoh masa latihan yang telah ditetapkan sepanjang
program ini berjalan
ii. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memaklumkan
dengan segera dalam tempoh 14 hari ke BPP sekiranya
terdapat perubahan kepada Pelan Latihan bagi memastikan
ia selari dengan penempatan sebenar pegawai.
3.1.3 Penangguhan dan Perlanjutan
i. Pegawai yang gagal mengikut tempoh latihan dan
memerlukan penangguhan perlu memohon kepada BPL
dengan mengemukakan permohonan selewat-lewatnya tiga
(3) bulan sebelum dengan mengemukakan dokumen seperti
berikut :-
Permohonan secara rasmi daripada pegawai dengan
menyatakan alasan penangguhan serta bukti ( surat/emel)
Surat sokongan/pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan /
Penyelia
ii. Permohonan adalah tertakluk kepada sokongan Ketua
Perkhidmatan dan kelulusan KKM bagi alasan-alasan tertentu
sahaja seperti cuti sakit, cuti bersalin dan mengerjakan haji.
iii. Penangguhan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 12
bulan dan sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi
12 bulan, pegawai akan diarahkan memulakan semula latihan
daripada peringkat awal.
iv. Kemudahan elaun/HLP tidak dibayar sepanjang tempoh
penangguhan walaubagaimanapun bayaran ini akan dibuat
semula apabila latihan kembali disambung.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 9 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
v. Didalam program Subkepakaran, tempoh perlanjutan yang
dibenarkan hanyalah berdasarkan kepada tempoh
penangguhan yang diluluskan sebelum ini sahaja
3.2 Latihan Secara Kombinasi Dalam & Luar Negara
3.2.1 Bagi latihan secara Kombinasi di dalam dan luar negara, pegawai
akan mengikuti latihan didalam negara terlebih dahulu sebelum ke
luar negara berdasarkan Pelan Latihan yang disediakan. Pegawai
tidak dibenarkan keluar negara tanpa mengikuti latihan didalam
negara terlebih dahulu.
3.2.2 Perjalanan latihan semasa didalam negara adalah
seperti para 3.1.
3.2.3 Mula Latihan ke Luar Negara
i. Pegawai dikehendaki memaklumkan kepada BPL sekiranya
hendak menjalani latihan di luar negara (berpandukan Pelan
Latihan) dengan mengemukakan :
Surat pemakluman (emel) daripada pegawai;
Surat tawaran daripada Institusi Latihan (luar negara)
Surat kebenaran/pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan;
terhadap tawaran yang diterima;
Payslip gaji yang terkini dan
Menghadiri kursus kenegaraan (BTN). BPL akan menguruskan
permohonan pegawai untuk menghadiri kursus ini. Pegawai
tidak dibenarkan keluar negara sekiranya gagal menghadiri
kursus BTN terlebih dahulu.
ii. BPL akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat
Financial Affidavit kepada pegawai. Financial Affidavit adalah
merupakan surat pengesahan tajaan daripada kerajaan yang
merangkumi elaun-elaun HLP termasuk emolumen (sedia
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 10 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
ada) yang diterima oleh pegawai. Surat ini akan diperlukan
semasa permohonan visa.
iii. Pegawai hanya dibenarkan keluar negara selepas
mengemukakan surat kelulusan visa
3.2.4 Pergerakan Pegawai
i. Pegawai harus memastikan penempatan diluar negara
adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan
sepertimana yang tertera di Pelan Latihan.
ii. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memaklumkan
dengan segera dalam tempoh 14 hari ke BPP sekiranya
terdapat perubahan kepada Pelan Latihan bagi memastikan
ia selari dengan penempatan sebenar pegawai.
3.2.5 Penangguhan dan Perlanjutan di Luar Negara
i. Pegawai yang tidak dapat keluar negara pada tahun semasa
(berpandukan Pelan Latihan) hanya dibenarkan membuat
penangguhan ke tahun yang berikutnya sahaja.
ii. Pegawai yang ingin mengikuti latihan melebihi 12 bulan perlu
mendapat sokongan daripada Ketua Perkhidmatan terlebih
dahulu sebelum membuat permohonan ke BPL dengan
mengemukakan :-
surat permohonan daripada pegawai sendiri bersertakan
alasan
Surat sokongan daripada Ketua Perkhidmatan
Surat sokongan daripada Penyelia (diluar negara)
Surat tawaran yang mengesahkan tempoh perlanjutan yang
dibenarkan
iii. Pegawai yang diluluskan perlanjutan diluar negara hanya
diberikan kemudahan Cuti Belajar Tanpa Gaji sahaja (tidak
melebihi 12 bulan).
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 11 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
3.2.6 Dasar Penempatan Latihan
i. Tempoh minimum untuk mengikuti latihan diluar negara
adalah 3 bulan dan tempoh maksimum adalah 12 bulan.
ii. Pegawai yang memilih untuk mengikuti latihan diluar negara
di dua negara atau lebih, perlu mengemukakan surat
penjelasan atas pemilihan tersebut dan perlu disokong oleh
Ketua Perkhidmatan.
iii. Sekiranya pegawai diluluskan untuk mengikut latihan diluar
negar di dua negara atau lebih, pegawai masih terikat
dengan terma dan syarat pembayaran elaun HLP. Perkara ini
akan dinyatakan didalam surat kelulusan rasmi yang
dikeluarkan. Pemakluman ini dibuat agar pegawai berkenaan
tidak menghadapi masalah kewangan semasa berada di
negara-negara tersebut.
iv. Tempoh latihan antara negara-negara yang dipilih hendaklah
berterusan dan tidak boleh putus.
v. Bagi tujuan keberkesanan kursus di luar negara, pegawai
mesti mendapat tawaran latihan secara Clinical (Hands on
Training) dan bukannya sebagai pemerhati (Observation)
sahaja semasa berada diluar negara.
vi. Ketua Perkhidmatan perlu mengemukakan surat sokongan/
kebenaran kepada pegawai atas tawaran luar negara yang
diterima dari aspek jenis latihan yang ditawarkan, tempat
latihan dan tempoh masa.
3.2.7 Lapor Diri
i. Pegawai yang tamat latihan diluar negara dikehendaki
melapor diri ke BPL dalam tempoh 7 hari selepas tamat
tempoh cuti belajar yang diluluskan bagi tujuan penamatan
latihan di luar negara.
ii. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod selama 7 hari
(maksimum) untuk tempoh perjalanan semasa hendak keluar
negara dan semasa balik semula ke Malaysia.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 12 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
iii. Pegawai hendaklah memohon cuti ini terlebih dahulu
daripada Ketua Jabatan masing-masing. Kelulusan adalah
dibawah bidang kuasa Ketua Jabatan.
3.2.8 Penempatan Semula
Bagi pegawai yang telah tamat latihan diluar negara dan masih
belum tamat tempoh latihan Subkepakaran akan ditempatkan
semula ke tempat latihan didalam negara berdasarkan Pelan Latihan
yang telah disediakan sehingga tamat tempoh latihan.
3.2.9 Tamat Tempoh Latihan
Bagi pegawai yang tamat latihan diluar negara dan tamat tempoh
latihan Subkepakaran selama 36 bulan atau 48 bulan, akan dibuat
pengesahan tamat latihan dan ditempatkan semula ke Jabatan.
3.2.10 Kursus Kenegaraan Biro Tatanegara
Pihak Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan bahawa semua
pegawai Kerajaan yang akan mengikuti kursus di luar negara untuk
tempoh melebihi tiga (3) bulan diwajibkan mengikuti Kursus
Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.
Kegagalan mengikuti kursus ini akan menyebabkan pegawai tidak
dibenarkan berlepas ke luar negara.
3.2.11 Laporan Penilaian Kursus
Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus
mengunakan Borang KKM LDP 1/2008 dan mengemukakannya ke
BPL semasa pegawai lapor diri di BPLselepas tamat kursus di luar
negara.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 13 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
4. GAJI DAN EMOLUMEN
Pegawai adalah layak menerima kemudahan gaji dan semua elaun seperti yang
diterima sedia ada sepanjang mengikuti latihan subkepakaran kecuali semasa
menjalani latihan Subkepakaran di luar negara dimana Elaun Kritikal tidak dibayar.
Pembayaran ini akan dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) pegawai masing-
masing.
5.. KELAYAKAN CUTI
5.1 Pegawai adalah layak menikmati semua kemudahan cuti berdasarkan
Perintah Am Bab C.
5.2 Pegawai boleh memohon cuti berkursus daripada Ketua Jabatan masing-
masing tidak melebihi tujuh (7) hari bagi kursus di luar negara dan tiga (3)
hari bagi kursus di dalam negara sebelum dan selepas mengikuti pengajian
dengan syarat :
i. bagi tempoh perjalanan ke tempat belajar dan perjalanan balik
selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat;
ii. bagi tempoh menunggu di luar negeri yang tidak dapat dielakkan
yang disebabkan oleh urusan-urusan perjalanan tempatan
(Perintah Am Bab C 36); dan
iii. semasa dalam tempoh penangguhan latihan, kelayakan cuti pegawai
adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 14 PERJALANAN PROGRAM SUBKEPAKARAN
6. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN DARI PIHAK LUAR
Jika pegawai menerima apa-apa bayaran gaji/elaun atau apa-apa bayaran daripada
mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti latihan subkepakaran, jumlah
yang diterima itu akan ditolak daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh
Kerajaan kepada pegawai. Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai
bayaran gaji/elaun yang diterima kepada BPL supaya potongan boleh dibuat
dengan sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima bayaran
gaji/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan kepada BPL
tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan kemudahan separa biasiswa ini
akan ditarik balik.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 15 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
7 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :
7.1 Memaklumkan dari masa ke semasa kepada BPL, sebarang pertukaran
seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan maklumat akaun bank;
7.2 Pegawai bertanggungjawab untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan
bagi mencapai kompetensi yang dikehendaki dalam sub bidang tertentu;
7.3 Semasa mengikuti latihan, pegawai juga merupakan pegawai yang sedang
berkhidmat dan masih perlu menjalankan kerja-kerja klinikal;
7.4 Pegawai perlu mengikuti kitaran latihan yang telah ditetapkan mengikut
Pelan Latihan yang disediakan oleh Ketua Perkhidamtan dimana pegawai
akan diberi tanggungjawab professional secara berperingkat di bawah
pengawasan seorang penyelia berdasarkan kepada tahap latihan,kebolehan
dan pengalaman pegawai;
7.5 Pegawai perlu mempunyai kebolehan atau skil seperti berikut:
i. Skil klinikal yang meliputi penyediaan dan penyimpanan rekod
perubatan, kebolehan membuat keputusan dan kebolehan
mentadbir;
ii. Skil teknikal di mana penilaian dibuat dari segi kefahaman dan
kebolehan menjalankan sesuatu prosedur. Kepakaran di dalam skil
tersebut termasuk kefahaman tentang keperluan, larangan dan
komplikasi daripada prosedur yang dijalankan dan kebolehan
untuk membuat kesimpulan daripada keputusan yang diperolehi;
iii. Sikap yang professional dan skil interpersonal yang penting dalam
hubungan dengan pesakit dan rakan sekerja.
7.6 Pegawai perlu mengikuti kursus, seminar, tutorial dan sebarang CME yang
berkaitan disepanjang program latihan;
7.7 Pegawai akan terlibat dalam menyediakan sekurang-kurangnya satu (1)
research project yang disiarkan di journal dalam negara atau luar negara;
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 16 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
7.8 Pegawai perlu terlibat dalam mengajar dan mendidik pegawai perubatan
yang baru dilantik dan kakitangan paramedik
7.9 Pegawai perlu mengisi buku log semasa menjalankan latihan yang meliputi:
i. statistik pembedahan atau prosedur serta hasil/keputusan daripada
pembedahan dan sebarang prosedur yang dijalankan; dan
ii. aktiviti pembelajaran merangkumi research, pembentangan kes,
kehadiran di dalam kursus, seminar dan bengkel yang berkaitan.
7.10 Semasa penempatan pegawai di hospital lain bagi menjalani rotasi
(rotation) kepakaran bagi tempoh kurang 12 bulan, pegawai adalah
dianggap menjalani penempatan sementara dan masih mengekalkan
jawatan di hospital semasa. Pegawai perlu memaklumkan kepada BPL
mengenai perkara ini sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum
penempatan sementara dibuat dengan mengemukakan surat arahan
penempatan ( Pelan Latihan );
7.11 Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh latihan dan memerlukan
penangguhan atau perlanjutan atau menarik diri daripada program,
pegawai perlu memohon kepada BPL dengan mengemukakan permohonan
selewat–lewatnya tiga (3) bulan sebelum dengan mengemukakan perkara-
perkara berikut :
i. surat permohonan pegawai beserta sebab-sebab yang munasabah;
ii. surat pengesahan daripada Penyelia / Ketua Perkhidmatan dan
Iii. salinan buku log latihan.
7.12 Melapor diri dengan serta-merta di BPL setelah tamat latihan atau
ditamatkan atau menarik diri untuk penempatan semula.
7.13 Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan semasa dalam
tempoh latihan hendaklah menyampaikan notis pemberitahuan mengikut
peraturan yang ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatan masing-
masing kepada PTJ yang membayar gaji dan satu (1) salinan dikemukakan
kepada BPL ; dan
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 17 TATATERTIIB , PENARIKAN DIRI DARI PROGRAM DAN PERLETAKAN JAWATAN
7.14 Semasa mengikuti latihan pegawai perlu mengisi borang Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) dan P.S.D Form bagi tujuan pergerakan gaji
tahunan dan perlu dihantar kepada PTJ masing-masing.
7.15 Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus mengunakan
Borang KKM LDP 1/2008 semasa datang untuk lapor diri di BPL selepas
tamat kursus.
8. TATATERTIB
Semasa tempoh HLP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan tanggungjawab
profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan tangggungjawab sebagai
seorang penjawat awam terhadap Kerajaan Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat
dengan sesuatu kegiatan dan mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak
bertanggungjawab, termasuk melanggar syarat-syarat HLP ini, maka tawaran ini
akan ditarik balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan
peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.
9 PENARIKAN DIRI DARI PROGRAM DAN PENAMATAN LATIHAN
9.1 Pegawai-pegawai yang menarik diri daripada program atau ditamatkan
latihan dikehendaki melaporkan diri ke BPL, KKM dengan serta merta bagi
membolehkan penempatan semula dibuat;
9.2 Pegawai-pegawai yang ingin menarik diri dari latihan hendaklah
mengemukakan surat permohonan dengan alasan yang munasabah serta
surat pengesahan daripada Ketua Perkhidmatan semasa melaporkan diri di
Bahagian Pengurusan Latihan KKM;
9.3 Adalah diingatkan pegawai-pegawai yang menarik diri/ditamatkan
pengajian atas apa-apa alasan tidak lagi dipertimbangkan Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) di masa akan datang (mengikuti polisi JPA).
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 18 TAMAT LATIHAN DAN PENEMPATAN SEMULA KE JABATAN
10. PERLETAKAN JAWATAN
Pegawai-pegawai yang memutuskan untuk meletak jawatan semasa dalam tempoh
latihan hendaklah menyampaikan notis pemberitahuan mengikut peraturan yang
ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatan masing-masing kepada PTJ yang
membayar gaji dan satu salinannya dikemukakan ke BPL, KKM.
11. TAMAT LATIHAN
Pegawai yang tamat latihan dimestikan melaporkan diri dengan serta merta kepada
BPL bagi tujuan penamatan latihan.
12. PENEMPATAN SEMULA KE JABATAN
Selepas Melapor diri di BPL, pegawai seterusnya akan ke BPP bagi pengesahan
penempatan tempat bertugas sebelum ke Bahagian Sumber Manusia bagi
penempatan semula ke Jabatan.
13. PENILAIAN KERJA PEGAWAI SELEPAS TAMAT LATIHAN
13.1 Pada akhir program latihan, Penyelia akan menyediakan satu laporan
berkaitan prestasi pegawai, penilaian adalah berdasarkan buku log dan
sebarang perkara yang berkaitan dengan pegawai
13.2 Pegawai perlu memohon untuk penganugerahan sijil atau pewartaan
semula dimana pegawai juga dikehendaki menghadiri satu sesi viva-voce
sebagai sebahagian daripada penilaian kursus.
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 19 TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA
14. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN
YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA
14.1 Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai 1
Januari 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan Dasar
Pelaksanaan Tindakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam
Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian Dengan Jaya.
14.2 Bagi penerima biasiswa dalam perkhidmatan yang gagal tamat pengajian
dengan jaya, tindakan penalti akan dikenakan seperti di Lampiran.
14.3 Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan
penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.
15. HAK KERAJAAN
Sekiranya pegawai ingkar dan tidak mematuhi mana-mana syarat, Kerajaan berhak
menarik balik kemudahan ini. Walau bagaimanapun peruntukan yang dinyatakan
dalam syarat-syarat ini, Kerajaan berhak meminda syarat-syarat kemudahan ini dari
semasa ke semasa tanpa memberi notis dan pegawai adalah tertakluk kepada
pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak menarik balik kemudahan ini
tanpa memberikan sebarang sebab
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Page 20 Document Title
16. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN
Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dirujuk di :
i. Pn. Noraisah Jaafar : 03-88850660
ii. Pn Siti Sarah Abd Khalid : 03-88850600 ext : 6196
( Subkepakaran di dalam negara )
Iii. Cik Salazehan Abdul Malek : 03-88850600 ext: 0694
( Subkepakaran di luar negara )
No. faksimili : 03-88850746
PROGRAM SUBKEPAKARAN
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No.26 Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya