Journal of Science and Mathematics Education, volume 5 March 2012, Pages 31-49/ISSN:2231-7368
PENGAJARAN KREATIF JADUAL BERKALA
BERASASKAN MODEL KITAR PEMBELAJARAN +
KREATIVITI
Mohammad Yusof Bin Arshad 1 & Rita Binti Mohamed
2
Fakulti Pendidikan, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia1
Abstrak: Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan satu Modul Pengajaran Kreatif
berdasarkan kepada Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti dalam tajuk Jadual Berkala Unsur.
Seterusnya modul ini dikaji keberkesanannya. Rekabentuk kajian adalah kajian tindakan.
Seramai 31 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen yang diajar sendiri oleh penyelidik telah
menjadi sampel kajian dan juga telah didedahkan dengan modul tersebut. Pelajar diminta
menghasilkan produk kreatif secara berkumpulan dan peta minda yang perlu dihasilkan secara
individu. Temubual separa berstruktur dan pemerhatian di dilakukan untuk mengkaji sebarang
peningkatan terhadap minat, motivasi dan kefahaman pelajar. Data dianalisis secara kualitatif.
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya terdapat peningkatan tahap kreativiti di
kalangan pelajar setelah diajar menggunakan modul pengajaran kreatif. Peningkatan kreativiti ini
secara individu atau pun berkumpulan. Ini menunjukkan penggunaan modul kreatif berdasarkan
Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti ini didapati berkesan dalam membantu meningkatkan
tahap kreativiti pelajar. Ia merangsang pelajar dengan cara menerapkan kreativiti melalui aktiviti
yang berpusatkan pelajar yang merangsang pelajar menjadi banyak idea asli. Implikasi kajian
juga dinyatakan.
Katakunci: Modul Pengajaran Kreatif, Model Kitar Pembelajaran, Kreativiti, Jadual Berkala Unsur, Sains Tulen
Abstract: This research aims to develop a teaching module based on the Model of Creative
Learning Cycle + Creativity in the title of the Periodic Table of Elements. Next review the
effectiveness of this module. The design of this study is the action research. A total of 31 Form 4
students of pure science who are taught by the researchers were selected as the sample of this
research. Students were asked to produce a creative product and mind maps in group and
individual. Semi-structured interviews and classroom observations were conducted to investigate
any improvement in the students’ interest, motivation and understanding. Data were analysed
qualitatively. The finding showed that student creativity increased when they were taught using
this module. Increased creativity is an individual or group. This shows that Creative Learning
Cycle Model was found to be effective in helping improves students’ creativity. It stimulates
students’ creativity by applying through student-centred activities that stimulate students to
generate as many original ideas. The implications of this research is also given.
Keywords: Teaching Module, Model of Creative Learning Cycle, Creativity, Periodic Table of Elements, Pure
Science
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
32
1.0 PENGENALAN
Dalam model baru ekonomi, Malaysia akan membangunkan sektor perkhidmatan sebagai
peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru dan menggerakkan sektor pembuatan
kepada nilai yang lebih tinggi. Model ini akan meningkatkan Malaysia dan statusnya dari negara
“upper middle income” kepada negara “high income” (Najib, 2009) dan bagi meningkatkan
persaingan pada abad ini ia memerlukan kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan sesebuah
negara untuk berjaya. Justeru itu, dalam kepesatan ekonomi, kreativiti, rekacipta dan inovasi
harus diberi penekanan menyeluruh mulai dari bangku sekolah lagi agar Malaysia dapat bersaing
dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ekonomi, sains dan teknologi.
Pembangunan kapasiti sumber insan ke arah masyarakat yang kreatif dan inovatif perlu
dilaksanakan secara terancang dan berkesan. Sistem pendidikan negara melalui pengisian
kandungan kurikulum yang mengarah kepada pembangunan insan yang kreatif bagi memenuhi
keperluan semasa dan futuristik perlu dilaksanakan. Hakikat ini ditegaskan oleh Ohmae (1987),
iaitu masa depan sesebuah negara bergantung kepada modal insan yang kreatif bukan lagi
kepada sumber kekayaan alam semula jadi. Kualiti serta kuantiti individu terpelajar dan
berkemahiran kreatif dan inovatif merupakan penentu sama ada sesebuah negara itu akan
makmur dan maju atau sebaliknya. Menurut Wan Zahid (1988), kualiti tamadun bangsa dapat
digarap dengan lahirnya individu yang mampu menggunakan minda mereka untuk berfikir
dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
itu, modal insan yang dihasratkan mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta dan mempelopori teknologi baru, berdaya tahan
serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang bersifat dinamik
dapat dihasilkan (Ali, 2008). Ini bermaksud perkembangan kretiviti pelajar perlu dinilai di
peringkat sekolah lagi. Persoalannya, adakah pengajaran sains di sekolah yang diamalkan
sekarang menggalakkan ekosistem kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran yang dicita-
citakan ini?
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Acuan terbaik untuk menghasilkan modal insan yang menjadi pendukung model ekonomi baru
Malaysia adalah dengan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti.
Bagi meningkatkan tahap kreativiti pelajar, suatu pendekatan pengajaran yang kreatif terutama
dalam mata pelajaran sains diperlukan kerana sains merupakan tunggak kepada kreativiti dan
inovasi. Oleh yang demikian pengajaran kreatif menjadi matlamat supaya dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif. Persoalannya, bagaimana guru dapat merangsang
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dalam bilik darjah? Ditambah lagi guru-
guru terpaksa menggunakan buku teks yang penggunaannya seperti buku resipi masakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, timbulnya tanda tanya, sejauh
manakah keberkesanan buku teks yang digunakan oleh para guru dan para pelajar itu bersesuaian
dengan pendekatan pengajaran guru serta dapat mengembangkan kreativiti pelajar? Suatu
langkah bijak haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Langkah penyelesaian yang sesuai
untuk dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan ini adalah dengan penggunaan modul pengajaran
kreatif. Tidak dinafikan di sini, modul pengajaran kreatif dapat membantu menangani
permasalahan ini. Namun begitu, pada masa kini bilangan modul pengajaran kreatif sangat
berkurangan berbanding dengan keperluan dan permintaan terhadapnya. Oleh yang demikian,
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
33
dalam kajian ini penyelidik membangunkan modul pengajaran kreatif bagi tajuk Jadual Berkala
Unsur berdasarkan Model Kitar pembelajaran + Kreativiti. Modul ini banyak menerapkan
kemahiran berfikir kritis dan disamping itu memberi kebebasan kepada pelajar menjana idea
kreatif. Seterusnya penyelidik akan mengkaji keberkesanan penggunaan modul pengajaran kreatif
ini dalam bilik darjah dengan cara mengukur kreativiti pelajar dari segi produk kreatif yang
dihasilkan pelajar secara berkumpulan, peta minda yang dihasilkan pelajar secara individu, sesi
temubual untuk mencungkil refleksi pelajar dan pemerhatian suasana pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah di atas, maka kajian ini bertujuan
untuk;
i. Membangunkan Modul Pengajaran Kreatif Jadual Berkala Unsur berdasarkan Model Kitar
Pembelajaran + Kreativiti.
ii. Mengkaji keberkesanan Modul Pengajaran Kreatif Jadual Berkala Unsur yang telah dibina
melalui;
Produk Kreatif yang dihasilkan pelajar secara berkumpulan
Dan
Peta minda yang dihasilkan pelajar secara individu.
4.0 KERANGKA KONSEP KAJIAN
Kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini berpandukan kepada Kerangka Model Kitar
Pembelajaran Lawson (1995). Penyelidik telah membina Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti
yang diadaptasikan dari Model Kitar Pembelajaran Lawson. Berasaskan model ini, seterusnya
penyelidik telah membangunkan Modul Pengajaran Kreatif untuk meningkatkan kreativiti
pelajar. Modul Pengajaran Kreatif ini diuji keberkesanannya menggunakan instrumen produk
kreatif dan peta minda yang dihasilkan pelajar (Rujuk Gambar Rajah 1).
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
34
Gambar Rajah 1 Kerangka Konsep Kajian diadaptasi daripada Model
Kitar Pembelajaran + Kreativiti
5.0 SOROTAN KAJIAN
5.1 Definisi Kreativiti
Kreativiti merupakan satu fenomena yang merangkumi personaliti, proses, produk dan
persekitaran (Rhodes,1961 dan Mac kinnon, 1970). Yong dan Karen (1995) berpendapat bahawa
Pemerhatian
Refleksi
Rancang
Laksana
percambahan idea kreatif
penjanaan idea asli & original
Fasa
Penerokaan
Fasa
Pengenalan
Terma
Fasa Aplikasi
konsep
Guru laksanakan P&P
menggunakan Modul
Pengajaran Kreatif bagi mengkaji
keberkesanannya
Guru merefleks bagi melihat
kekuatan &
kelemahan P&P
Pembinaan Model Kitar
Pembelajaran + Kreativiti
Membangunkan Modul Pengajaran Kreatif
berasaskan Model Kitar pembelajaran + Kreativiti
Mengkaji
keberkesanan
Modul Pengajaran
Kreatif ke
atas sampel 31 orang
pelajar
tingkatan 4
aliran sains
yang diajar
oleh penyelidik
Produk kreatif
Peta Minda
Temubual
separa
struktur
Pemerhatian
Bilik darjah
Mengumpul dan
menganalisis data bagi
menilai kekuatan dan kelemahan P&P
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
35
tiada satu pun definisi yang mutlak pada masa kini. Kreatif berasal dari perkataan Latin creare
yang bermaksud membuat. Dalam bahasa Greek pula krainein membawa makna memenuhi.
Definisi kreatif ini memperlihatkan juga bahawa kreativiti ialah kebolehan mewujudkan sesuatu
yang baru sama sekali. Menurut Hilgard (1959), kreativiti ialah kebolehan untuk mencipta
sesuatu produk atau idea yang asli dan produk dan idea itu dapat diterima oleh masyarakat.
Orang yang kreatif pula adalah orang yang dapat menjana penyelesaian yang kreatif.
Penyelesaian yang kreatif mestilah asli. Asli bermaksud penyelesaian yang tidak pernah ditemui
oleh orang lain terdahuluIni kerana interaksi yang serta merta dan bebas ini dapat membentuk
penemuan dan konsep yang baru bidang tersebut.
5.2 Teori Tentang Kreativiti
i. Teori Kreativiti Sternberg
Menurut Teori Sternberg (1999), terdapat 6 pembolehubah sebagai syarat bersifat kreatif.
Pemboleh ubah tersebut ialah;
a. Kepintaran
Menurut Sternberg kepintaran terbahagi 3 iaitu kepintaran sintetikal analitikal dan praktikal.
Kepintaran sintetikal adalah kebolehan menggabungkan maklumat yang sedia ada dengan
pendekatan baru. Kepintaran analitikal pula kebolehan membezakan idea kreatif yang berpotensi
dikembangkan dan yang kurang bernilai. Ini akan dapat menghasilkan idea baru yang berkualiti.
Kepintaran praktikal ialah kebolehan memasarkan idea kreatif dan dapat diterjemahkan secara
inovatif dan komersial.
b. Pengetahuan
Pengetahuan akan memberi kelebihan kepada individu kreatif untuk mengenalpasti idea-idea
yang asli dan baru. Pengetahuan juga perlu untuk menyuburkan sifat kreativiti.
c. Gaya Berfikir
Individu kreatif berfikir secara konvergen. Sering mempersoalkan perkara-perkara yang bersifat
konvensional dan fleksibel dengan persekitaran dan input luaran.
d. Personaliti
Individu kreatif terbuka kepada kritikan, sedar akan kewujudan risiko, dan kesediaan seseorang
itu menerima rangsangan yang dihadapinya.
e. Motivasi
Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Individu kretif mempunyai matlamat yang jelas dan minat
yang mendalam dengan apa yang dikerjakan. Bagi individu kreatif tinggi, motivasi ekstrinsik
tidak penting berbanding kepuasan.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
36
f. Persekitaran
Persekitaran mempengaruhi secara lansung di mana persekitaran yang birokratik ketat dengan
peraturan dan undang-undang akan membatas dan tidak menggalakkan penjanaan idea. Individu
harus berada dalam persekitaran yang selamat, tetap dan harmoni.
ii. Teori Kreativiti Amabile
Teori kreativiti Amabile menitikberatkan kesan penghasilan kreativiti oleh penilaian, ganjaran,
persaingan dan kekangan. Menurut Amabile (1989), penilaian dan ganjaran bergantung kepada
tugasan yang diberikan iaitu heuristik; pelbagai kemungkinan yang boleh dijelajah oleh minda
dan algoritma; tugasan diberi bersifat linear, langkah demi langkah dan arahan yang jelas. Teori
ini juga menitikberatkan beberapa inferen awal dan pemerhatian berikut;
a. Terdapatnya darjah tahap kreativiti individu dalam penghasilan sesuatu kerja.
b. Terdapat hubungan yang signifikan antara individu dengan domain kreatif yang dimiliki.
c. Pencapaian kreatif yang berbeza mengikut peringkat usia.
d. Kreativiti individu boleh ditingkatkan menerusi pendidikan formal.
e. Bakat, pendidikan dan kemahiran kognitif bukannya prasyarat untuk mencapai inovasi.
f. Kebanyakan penemuan dan idea kreatif terhasil daripada fenomena pengeraman dan
iluminasi.
Teori ini juga menitikberatkan tiga komponen penting iaitu;
A. Domain kemahiran relevan
Domain ini merupakan kepakaran dalam bidang yang dimiliki oleh seseorang individu. Setiap
individu mempunyai kepakaran dalam bidang spesifik yang menjadikan individu itu berbeza
daripada individu lain. Justeru itu setiap individu perlu mengenalpasti kekuatan yang dimiliki
dalam konteks kemahiran relevan ini. Seseorang individu itu lazimnya tidak akan menjadi yang
terbaik dalam bidang dan kepakaran yang tidak dimilikinya.
B. Proses relevan kreativiti
Proses kreativiti yang berkaitan dengan mental merupakan kemahiran seseorang berfikir secara
kreatif. Kebolehan berfikir kreatif akan menentukan sejauh mana seseorang individu itu mampu
berhadapan dengan sesuatu persoalan.
C. Motivasi tugasan
Motivasi intrinsik dan ekstrinsik amat diperlukan bagi mencapai kreativiti tahap tinggi. Kedua-
dua bentuk motivasi ini dapat merangsang individu dalam menghasilkan idea dan produk yang
bermutu. Dorongan dalaman dan luaran ini merangsang individu untuk bekerja lebih gigih dan
tidak takut menghadapi kesukaran dan kegagalan serta inginkan perubahan.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
37
5.3 Ciri-Ciri Kreativiti
Torrance (1963) dalam kajiannya telah menyatakan kreativiti terdiri daripada empat kriteria
iaitu:
a. Kefasihan
Kefasihan (Fluency) ialah kebolehan untuk menghasilkan seberapa banyak idea,
berkepelbagaian dan boleh melihat pelbagai perkaitan dan pola.
b. Kelenturan
Kelenturan (flexibility) ialah kebolehan menghasilkan idea yang berlainan kategori,
penyelesaian masalah, menguji hipotesis dan memperkembangkan sesuatu idea pada perspektif
yang baru.
c. Keaslian
Keaslian (originality) ialah kebolehan menghasilkan idea-idea baru yang luar biasa yang tidak
pernah lagi diperkenalkan. Kriteria ini memerlukan daya imiginasi yang tinggi dimana hasil idea
yang unik dan tersendiri diperlukan. Idea yang dikehendaki mestilah bukan idea yang biasa
ditemui atau digunakan.
d. Penghuraian
Penghuraian (elaboration) ialah kebolehan menambahkan butiran kepada idea-idea asas yang
dihasilkan atau kebolehan untuk menghuraikan sesuatu secara terperinci.
6.0 METOD
6.1 Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian adalah kajian tindakan. Mengikut Kemmis, S. dan Mc Taggart (1988), proses
kajian tindakan ditinjau sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang merangkumi
empat fasa iaitu perancangan, tindakan, memerhati dan membuat refleksi yang bertujuan untuk
meningkatkan prestasi dalam pendidikan dan sampel seperti dalam Gambar Rajah 2 di bawah.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
38
Gambar Rajah 2 Proses Kajian Tindakan pada Kitar Pertama
Perancangan kajian tindakan bermula apabila penyelidik membuat refleksi ke atas
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang diajar. Penyelidik mendapati pelajar-pelajar
kurang menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disebabkan pendekatan
pengajaran guru yang tidak kreatif di dalam kelas. Disamping itu, kekurangan bahan bantu
mengajar yang dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Oleh yang demikian penyelidik telah
merancang satu tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Penyelidik telah
membina satu model pengajaran konstruktivis yang menekankan kreativiti yang dinamakan
Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti yang diadaptasikan dari Model Kitar Pembelajaran
Lawson. Berpandukan model ini, penyelidik telah membangunkan Modul Pengajaran Kreatif
bagi tajuk Jadual Berkala Unsur. Seterusnya penyelidik telah menggunakan modul ini semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai gantian buku teks selama dua minggu. Penyelidik juga
telah memberikan tugasan berupa projek kumpulan dan individu untuk menilai keberkesanan
penggunaan modul ini dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Kreativiti pelajar dikembangkan
dan seterusnya diukur menerusi produk kreatif dan peta minda yang dihasilkan oleh pelajar,
temubual separa berstruktur untuk mengkaji peningkatan minat, motivasi dan kefahaman pelajar
serta pemerhatian suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Pengumpulan data diperolehi dan
dianalisis secara kualitatif, memerhatikan secara sistematik melalui dapatan dan akhir sekali
membuat refleksi. Namun, sekiranya tindakan baru yang dilaksanakan tidak memberikan
penyelesaian yang berkesan, penyelidik akan mengenalpasti semula permasalahan baru yang
timbul dan memulakan kitaran yang baru mengikut setiap langkah yang telah dilaluinya dalam
kitaran pertama.
6.2 Sampel Kajian
Persampelan kajian ini terdiri daripada 31 orang pelajar tingkatan 4 daripada aliran sains tulen
yang diajar oleh penyelidik sendiri dan dinyatakan sebagai R1 hingga R31. Responden dipilih
secara bertujuan dalam kalangan populasi kajian yang terdiri daripada 105 orang pelajar aliran
sains tulen daripada tiga buah kelas yang mengambil mata pelajaran sains tulen (Fizik, Kimia
dan Biologi). Persampelan juga selari dengan objektif kajian untuk mengkaji keberkesanan
Modul Pengajaran Kreatif serta bersesuaian dengan faktor masa yang diperuntukkan dalam
Refleksi
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
39
proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1 menunjukkan ringkasan responden mengikut
jantina dan bangsa.
Jadual 1 Ringkasan Responden Mengikut Jantina dan Bangsa
Jantina Melayu Cina India
Lelaki 10 0 3
Perempuan 8 10 0
Jumlah 18 10 3
6.3 Instrumen Kajian
Bagi menguji keberkesanan penggunaan modul pengajaran kreatif yang dibangunkan
berdasarkan Model Kitar pembelajaran + Kreativiti, beberapa instrumen telah dibina. Instrumen
kajian ini terdiri daripada produk kreatif dan produk idea kreatif berupa peta minda. Selain
daripada itu, soalan-soalan temubual separa berstruktur dan pemerhatian di bilik darjah juga
dilakukan. Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain
iaitu sebarang ketidakjelasan daripada pengutipan data teknik pemerhatian akan ditanya kepada
responden melalui teknik temu bual dan sebaliknya. Ia juga merupakan proses triangulasi bagi
menghasilkan data kajian yang lebih tepat dan meyakinkan.
7.0 PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN MODUL PENGAJARAN KREATIF
7.1 Jadual Berkala Unsur
Dalam kajian ini penyelidik telah memilih topik Jadual Berkala Unsur kerana penyelidik
berpendapat tajuk ini merupakan keperluan bagi kefahaman konsep-konsep asas berkaitan
simbol, formula kimia dan pengikatan unsur-unsur kimia yang sering digunakan dalam konteks
saintifik dan bukan saintifik yang banyak berlaku miskonsepi. Miskonsepsi fakta yang
disebabkan oleh pembentukan konsep yang bercanggah dengan penjelasan saintifik oleh pelajar
ini akan terus berkekalan jika tidak diberi perhatian oleh guru (Zurida Ismail et al., 2007). Untuk
mengatasi masalah miskonsepsi ini, suatu modul yang sistematik perlu dibina berdasarkan
sukatan pelajaran serta memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai latar belakang di samping
dapat menarik perhatian mereka supaya lebih bermotivasi untuk belajar tajuk Jadual Berkala ini.
7.2 Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti
Untuk mengembangkan lagi elemen kreativiti dalam diri individu pelajar, penyelidik telah
membina Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti seperti dalam Gambar Rajah 3, yang diadaptasi
dari Model Kitar Pembelajaran (Lawson, 1995).
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
40
Gambar Rajah 3 Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti yang
diadaptasi dari Model Kitar Pembelajaran Lawson.
Penyelidik berpendapat Model Kitar Pembelajaran amat sesuai memandangkan
pendekatan ini dapat menerapkan kebolehan mengembang, memodifikasi, mengubahsuai atau
mencipta sesuatu yang baru melalui proses pemikiran secara kreatif pelajar.
Penyelidik telah mengekalkan 3 fasa dalam Model Kitar Pembelajaran dan membuat
penambahbaikan dengan mewujudkan Fasa Percambahan Idea dan Fasa Penjanaan Idea. Ia
dilakukan bertujuan kerana Fasa Percambahan Idea adalah untuk menarik perhatian pelajar dan
menyerlahkan pengetahuan sedia ada pelajar terhadap konsep yang dipelajari. Dalam fasa ini
pelbagai idea dicetuskan melalui beberapa kaedah kreatif seperti sumbangsaran untuk
merangsang pelajar menerbitkan seberapa banyak idea asli sebelum membuat penerokaan
terhadap sesuatu konsep. Fasa Penjanaan Idea juga dibuat penambahbaikan kerana ia adalah
aktiviti-aktiviti yang menghasilkan idea-idea kreatif dan original. Kajian oleh pakar psikologi
dan kreativiti telah membuktikan bahawa daripada banyak idea-idea yang diterbitkan hasil
daripada aktiviti percambahan idea maka akan terjana idea baru yang asli dan bernas (Abdullah
dan Ainon, 2005).
Adalah penting aktiviti inkuiri disatukan dengan elemen kreativiti untuk penghasilan
pelajar yang lebih bersifat kreatif. Dalam Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti, aktiviti
pembelajaran dimulakan dengan proses percambahan idea. Ia adalah perlu bagi merangsang
pelajar menerbitkan seberapa banyak idea dalam topik yang dipelajari dalam sesuatu pelajaran.
Penjanaan idea yang asli dan original akan terhasil dan dipilih untuk dikaji. Seterusnya, para
pelajar akan diberi persoalan dan mereka akan meneroka isu-isu berkaitan dengan topik yang
akan dipelajari.
Dalam aktiviti penerokaan pelajar akan melakukan pemerhatian, pengukuran dan
merekod data. Pelajar juga digalakkan untuk berdialog bersama-sama rakan sebaya dan
menyediakan penghuraian, melakukan andaian dan menguji andaian itu. Penerokaan juga
percambahan idea kreatif
penjanaan idea asli & original
Fasa
Penerokaan
Fasa
Pengenalan
Terma
Fasa
Aplikasi
konsep
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
41
mengarahkan pelajar berhadapan dengan kemungkinan miskonsepsi yang mereka miliki sebagai
hasil pengalaman sedia ada (Lawson, 1995).
Pada peringkat pengenalan terma ini pelajar-pelajar akan dibimbing untuk membina
konsep-konsep atau peraturan-peraturan tertentu berdasarkan idea-idea yang telah dikemukakan
sebelum itu. Peringkat seterusnya pelajar akan diminta untuk mengaplikasikan konsep-konsep
atau peraturan yang telah diketahui bagi menyelesaikan persoalan lain yang berkaitan. Proses ini
akan berlaku secara terus menerus sehingga membentuk satu kitaran pembelajaran.
Bagi mengelakkan kawalan pelajar yang terlalu kompleks yang menyebabkan masa yang
terlalu banyak digunakan semasa sesi sumbangsaran maka penyelidik telah gabungkan Model
Kitar Pembelajaran + Kreativiti dengan inkuiri terbimbing. Selaras dengan pendekatan ini,
penyelidik bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan untuk merangsang pelajar
membuat penerokaan. Pendekatan gabungan Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti dan Inkuiri
terbimbing sesuai digunakan untuk membangunkan bahan pengajaran berbentuk modul untuk
pelajar sekolah menengah. Ini adalah kerana pelajar yang berada pada peringkat ini perlu diberi
bimbingan asas bagi mencetuskan persoalan dan merangsang mereka untuk terus membuat
penerokaan (Schulman dan Tamir, 1973).
7.3 Modul Pengajaran Kreatif Jadual Berkala Unsur
Modul Pengajaran Kreatif ini dibangun berdasarkan Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti
untuk membantu guru meningkat dan mengembangkan elemen-elemen kreatif dalam diri pelajar
dan memahami dalam mempelajari kimia. Ia berteraskan kepada aktiviti berpusatkan pelajar
yang merangsangkan penggunaan minda dan mengembangkan kemahiran manipulatif,
menggalakkan pelajar membuat penerokaan, refleksi dan mengalami regulasi kendiri semasa
pembelajaran secara konstruktif. Ia juga dibentuk untuk meningkatkan potensi kreatif pelajar
disamping kemahiran berfikir kerana proses saintifik digunakan secara tertib. Modul pengajaran
yang dibangunkan dinamakan Modul Pengajaran Kreatif Jadual Berkala Unsur. Amalan inkuiri
terbimbing juga diterapkan dalam modul ini. Pelajar berpeluang menjana dan menguji hipotesis,
merancang penyiasatan dan membuat kesimpulan.
Di samping pelajar melakukan aktiviti, mereka juga berpeluang membangunkan tahap
kreativiti mereka melalui aktiviti percambahan minda, mengemukakan pendapat, meneroka idea
atau penjelasan berkaitan fenomena yang dikaji, interpretasi data, mencadangkan eksperimen
susulan dan membina hipotesis baru. Dalam menyelesaikan masalah, pelajar juga digalakkan
berkerja secara kumpulan. Ini penting kerana logiknya, kesedaran bahawa keadaan di luar bilik
darjah memerlukan lebih banyak aktiviti kolaboratif yang menggunakan kerja-kerja berpasukan
dalam kehidupan seharian dan juga kesedaran tentang nilai interaksi sosial yang kreatif untuk
menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Pembelajaran dalam kumpulan atau kooperatif juga
dapat merangsang aktiviti kognitif pada aras yang lebih tinggi dan sekali gus memberi peluang
bagi penstrukturan skema kognitif. Guru-guru juga diperkenalkan bagaimana menggunakan
teknik menyoal untuk mencungkil idea kreatif pelajar seterusnya meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran kimia. Modul Pengajaran Kreatif ini diharap dapat
mengembangkan ciri-ciri kreatif individu pelajar menepati ciri-ciri kreativiti Torance.
7.4 Langkah-Langkah Pelaksanaan
Bagi mengembangkan ciri-ciri kreatif individu pelajar yang menepati ciri-ciri kreativiti Torance
seperti yang dihasratkan, penyelidik telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
42
menggunakan Modul Pengajaran Kreatif yang dibangunkan. Penyelidik telah menggunakan
modul ini menggantikan buku teks selama dua minggu. Modul ini dijadikan panduan untuk
merangka segala aktiviti semasa proses P & P yang dijalankan.
i. Peringkat Set Induksi
Aktiviti pembelajaran dimulakan dengan proses percambahan idea. Dalam fasa ini guru
memberikan tema dan pelajar membuat sesi sumbangsaran untuk menerbitkan idea. Sebagai
contoh guru telah memulakan pengajaran dengan menunjukkan slaid bergambar penyusunan
barangan di dalam pasar raya kepada pelajar. Guru cuba menarik perhatian pelajar kepada topik
pengajaran hari itu dengan mencungkil idea pelajar. Guru menggunakan teknik brainstorming,
iaitu aktiviti pembelajaran dimulakan dengan proses percambahan idea. Ia adalah perlu bagi
merangsang pelajar menerbitkan seberapa banyak idea dalam topik yang dibincangkan.
Penjanaan idea yang asli dan original akan terhasil dan dipilih untuk dikaji. Pelajaran dimulakan
dengan guru meminta pelajar mengimbau pengalaman semasa pergi membeli belah di pasar raya
(Lampiran IV). Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, dan fasilitator bagi
melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif.
ii. Peringkat Perkembangan Isi Pembelajaran
Dalam Fasa Penjanaan Idea, pelajar-pelajar dibimbing oleh guru untuk memilih satu topik yang
diterbitkan hasil daripada aktiviti percambahan idea dan mereka akan meneroka isu-isu berkaitan
topik yang dipelajari. Dalam Fasa Penerokaan pula, pelajar akan melakukan pemerhatian,
pengukuran dan merekod data. Pelajar juga berdailog sesama mereka untuk menginterpretasi
data dan membuat inferens. Pada Fasa Pengenalan Terma pelajar turut dibimbing untuk
membina konsep dan hukum sains berdasarkan idea yang telah mereka kemukakan. Pada Fasa
Aplikasi Konsep, imaginasi pelajar perlu diluahkan. Imaginasi pelajar menjadikan minda mereka
aktif dan kreatif untuk menimba seberapa banyak mengenai konsep penyusunan unsur dalam
Jadual Berkala Unsur. Penyelidik dapati pembelajaran yang terhasil sangat menyeronokan dan
motivasi pelajar turut meningkat. Ini disebabkan wujudnya interaksi yang positif antara ahli-ahli
kumpulan dan menghasilkan pembelajaran yang lebih berfokus.
iii. Refleksi
Guru juga menayangkan beberapa slaid contoh-contoh Jadual Berkala Unsur yang kreatif yang
berkaitan dengan kehidupan seharian. Seterusnya pelajar diminta untuk mengaplikasikan konsep-
konsep yang telah diketahui bagi menyelesaikan persoalan lain yang berkaitan. Sebelum guru
menutup pembelajaran hari itu, guru telah meminta pelajar merekacipta Jadual Berkala Unsur
yang kreatif dn peta minda. Projek ini merupakan tugasan berkumpulan dan individu yang perlu
dihantar dalam masa satu minggu. Ganjaran turut diberikan kepada kumpulan dan individu yang
hasil tugasannya kreatif sebagai motivasi dan menunjukkan penghargaan pada usaha yang telah
dilakukan.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
43
8.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
8.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Skor Pelajar
8.1.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Skor Pelajar Berkumpulan
Dalam kajian ini, taburan kekerapan dan peratus skor bagi setiap komponen kreativiti yang
setiap kumpulan pelajar perolehi telah dimuatkan dalam Jadual 2. Seterusnya diplotkan graf
kekerapan skor melawan komponen kreativiti (Gambar Rajah 4) supaya mudah untuk
penyelidik membuat perbandingan tahap kreativiti yang pelajar berkumpulan perolehi
berdasarkan perbandingan 5 komponen kreativiti tersebut.
Jadual 2 Taburan Kekerapan dan Peratus Skor bagi Setiap Kriteria bagi Pelajar Berkumpulan
Kriteria
Skor
0 4 8 Jumlah
Bil % Bil % Bil % Bil %
Kelenturan 0 0 4 50.0 4 50.0 8 100.0
Kefasihan 0 0 2 25.0 6 75.0 8 100.0
Penghuraian 0 0 3 37.5 5 62.5 8 100.0
Estatik 0 0 0 00.0 8 100.0 8 100.0
Keaslian 1 12.5 4 50.0 3 37.5 8 100.0
Gambar Rajah 4 Taburan Kekerapan bagi Komponen Kreativiti
Secara keseluruhan, merujuk Jadual 2 dan graf bar (Gambar Rajah 4) dapat dibuat
perbandingan, kumpulan pelajar mendapat skor tertinggi adalah dalam komponen estatik
manakala skor terendah dalam komponen keaslian. Ini kerana kesemua kumpulan pelajar telah
berjaya menyampaikan mesej serta gaya kepada Jadual Berkala Unsur yang mereka hasilkan
iaitu aspek penyusunan unsur dan reka letak imej. Ini disebabkan oleh pelajar mempunyai
banyak idea hasil daripada sesi percambahan idea sesama mereka dalam satu pasukan apabila
bekerjasama menyelesaikan masalah. Manakala pelajar mendapat skor terendah bagi komponen
0
1
2
3
4
5
6
7
8
skor 0
skor 4
skor 8
Kekerapan
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
44
keaslian disebabkan pelajar telah terbiasa dengan sistem pendidikan kita sejak dahulu lagi yang
memberi tumpuan kepada proses penghafalan fakta tanpa mendidik pelajar berfikir secara
kreatif (Morris, 2006). Oleh yang demikian mereka tidak mahir untuk keluar daripada
pendekatan biasa untuk menyelesaikan masalah dan tidak mampu menggunakan minda bagi
menerokai pelbagai kemungkinan dan menghasilkan sesuatu yang baru.
8.1.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Skor Individu
Dalam kajian ini, taburan kekerapan dan peratus skor bagi setiap komponen kreativiti yang
setiap individu perolehi telah dimuatkan dalam Jadual 3. Seterusnya diplotkan graf kekerapan
skor melawan komponen kreativiti (Gambar Rajah 5) supaya mudah untuk penyelidik membuat
perbandingan tahap kreativiti yang pelajar berkumpulan perolehi berdasarkan perbandingan 4
komponen kreativiti tersebut.
Jadual 3 Taburan Kekerapan dan Peratus Skor bagi Setiap Kriteria Secara Individu
Kriteria
Skor
0 2 4 Jumlah
Bil % Bil % Bil % Bil %
Kelenturan 0 0 14 45.2 17 54.8 31 100.0
Kefasihan 0 0 23 74.2 8 25.8 31 100.0
Penghuraian 0 0 5 16.1 26 83.9 31 100.0
Keaslian 0 0 13 41.9 18 58.1 31 100.0
Gambar Rajah 5 Taburan Kekerapan bagi Komponen Kreativiti
Secara keseluruhan, merujuk Jadual 3 dan graf bar (Gambar Rajah 5) dapat dibuat
perbandingan, individu pelajar mendapat skor tertinggi adalah dalam komponen penghuraian
manakala skor terendah dalam komponen kefasihan. Ini kerana kesemua individu pelajar
menunjukkan tahap penghuraian yang baik. Ini kerana mereka sudah mahir dengan kemahiran
menghurai yang biasa mereka gunakan dalam menjawab soalan peperiksaan. Ini membuatkan
mereka mudah untuk melihat perhubungan dan melakukan penambahan cabang butiran yang
sesuai. Manakala pelajar mendapat skor terendah bagi komponen kefasihan disebabkan oleh
kekangan yang berlaku akibat teknik hafalan yang biasa digunakan dalam pembelajaran. Mereka
0
5
10
15
20
25
30
kelenturan kefasihan penghuraian keaslian
skor 0
skor 2
skor 4
kekerapan
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
45
mahir mengeluarkan fakta yang dihafal tetapi tidak dapat berfikir dengan pantas apabila diminta
keluar dari kebiasaan.
8.2 Taburan Tahap Kreativiti Pelajar
Dalam kajian ini, Berdasarkan Jadual 4 di bawah menunjukkan bahawa keseluruhan responden
dalam kajian ini mempunyai tahap pemikiran kreatif yang tinggi iaitu merangkumi 100.0%. Ini
berdasarkan jumlah skor yang diperolehi berada dalam lingkungan 27 - 40.
Jadual 4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kreativiti Pelajar Secara Berkumpulan
Interpretasi Tahap Kreativiti Kekerapan Peratus
Tidak Kreatif
Sederhana
Kreatif
0
0
8
0.0%
0.0%
100.0%
Jumlah 8 100.0%
Hasil daripada analisis dapatan kajian ini sememangnya menunjukkan dengan jelas
bahawa tahap kreativiti pelajar adalah tinggi. Ini disebabkan pendekatan pengajaran guru yang
telah diubah kepada penggunaan modul pengajaran kreatif berdasarkan pendekatan Model Kitar
Pembelajaran + Kreativiti yang berpusatkan pelajar. Modul yang dibangunkan ini boleh
membina minat dan memotivasikan pelajar berdasarkan aktiviti-aktiviti yang disediakan
(Kamdi, 1990). Aktiviti yang diterapkan di dalam modul pengajaran ini turut mempengaruhi
penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya merangsang
pemikiran kreatif dan kemahiran saintifik. Melalui aktiviti ini juga dapat membantu
mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap konsep yang dipelajari. Aktiviti yang baik
seharusnya memerlukan pemikiran pelajar serta melibatkan aplikasi dalam kehidupan seharian
berkaitan sesuatu tajuk yang telah dipelajari (Saadiah, 2008). Dari hujah-hujah ini jelas terbukti
keberkesanan penggunaan modul pengajaran kreatif Jadual Berkala Unsur dalam
mengembangkan potensi kreatif pelajar.
Jadual 5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kreativiti Pelajar Secara Individu
Interpretasi tahap kreativiti Kekerapan Peratus
Tidak Kreatif
Sederhana
Kreatif
0
12
19
0.0%
38.7%
61.3%
Jumlah 31 100.0%
Secara keseluruhan, berdasarkan Jadual 5 menunjukkan bahawa 12 responden iaitu
merangkumi 38.7% daripada keseluruhan responden dalam kajian ini mempunyai tahap
pemikiran kreatif yang sederhana. Ini berdasarkan jumlah skor yang diperolehi berada dalam
lingkungan 6-12. Seterusnya 19 responden iaitu merangkumi 61.3% responden mempunyai
tahap pemikiran yang kreatif. Ini berdasarkan jumlah skor yang diperolehi berada dalam
lingkungan 13-16 .Hasil daripada analisis dapatan kajian ini sememangnya menunjukkan dengan
jelas bahawa tahap kreativiti pelajar adalah tinggi.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
46
8.3 Hasil Analisis Temubual Separa Berstruktur dan Pemerhatian Bilik Darjah.
Pencapaian tahap kreativiti pelajar dinilai untuk mengkaji keberkesanan penggunaan modul
pengajaran kreatif yang dibina oleh penyelidik. Oleh itu penyelidik perlu melihat adakah
terdapatnya peningkatan tahap kreativiti responden bagi 3 kriteria utama iaitu minat, motivasi
dan kefahaman berdasarkan analisis temubual separa berstruktur dan pemerhatian bilik darjah.
Manakala objek pemerhatian yang diperhatikan adalah tingkah laku pelajar semasa aktiviti
kolaboratif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, di dapati berlaku
perubahan yang sangat positif terhadap tingkah laku respoden dari segi minat, motivasi dan
kefahaman. Keadaan ini berlaku kerana guru menjalankan aktiviti berpusatkan pelajar
berpandukan modul pengajaran kreatif Jadual Berkala Unsur ini. Berdasarkan maklumbalas
yang diterima daripada hasil temubual, beberapa orang responden telah mengatakan minat
mereka sememangnya meningkat dan ini merupakan dorongan peribadi yang terbaik ke arah
memotivasikan diri untuk penyelesaian masalah. Oleh itu minat yang mendalam dapat
mencetuskan keinginan minda untuk mencari pelbagai pendekatan bagi merealisasikan objektif.
Berikut adalah sebahagian petikan temubual antara penyelidik dan pelajar.
Penyelidik : Bagaimana awak kata minat awak meningkat?
R15 : Semakin meningkat. Saya selalu masuk makmal awal dan
rajin membuat ulangkaji subjek ini. Saya juga akan bersedia
dahulu subtopik yang akan cikgu ajar pada hari seterusnya….
Hasil pemerhatian bilik darjah pula menunjukkan keputusan yang positif dengan
peningkatan minat dikalangan pelajar. Ini dibuktikan dengan penglibatan pelajar secara aktif
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Minat yang mendalam saling
berinteraksi dengan keceriaan dan keseronokan yang membolehkan otak kanan
memanipulasikan sebanyak mungkin idea yang kreatif. Menurut Sanfeliz dan Stalzer (2003),
minat terhadap sains berupaya meningkatkan motivasi pelajar seterusnya menjadikan proses
pembelajaran sains lebih tepat dan bermakna. Berikut adalah sebahagian petikan pemerhatian
interaksi pelajar R15, R22, R13 dan R11 semasa aktiviti percambahan idea.
Guru : Bagaimana kita nak kelaskan haiwan-haiwan ini?
Pelajar R15 : Mengikut berbulu…hehehe!!
Pelajar R22 : Invertebrata..cam siput tak ada tulang belakang..
Pelajar R11 : Karnivor ke...hervivor ke atau omnivor..
Pelajar R13 : warnanya..
Pelajar R13 : hidup dalam air…
Dalam aspek motivasi pula didapati ia telah meningkat. Ini dapat dibuktikan dari
maklumbalas yang diterima daripada hasil temubual beberapa orang responden. Mereka
mengatakan motivasi mereka terhadap pembelajaran sains sememangnya meningkat apabila
guru menggunakan modul pengajaran kreatif ini dalam bilik darjah. Menurut Woolfolk (2004),
motivasi merupakan satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta
tingkah laku manusia. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi bagaimana pelajar
belajar antaranya minat, naluri dan inkuiri, desakan serta sikap, harapan dan aspirasi (Cavallo et
al. 2003). Justeru itu, motivasi yang tinggi menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar.
Berikut adalah sebahagian petikan temubual antara penyelidik dan pelajar.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
47
Penyelidik : Bagaimana awak kata motivasi awak meningkat?
R2 : Ya…Saya semakin bersemangat untuk mempelajari subjek kimia ni.
Hasil pemerhatian bilik darjah pula, dapat diperhatikan responden belajar dengan
pembelajaran yang menyeronokkan. Rata-rata responden kelihatan sangat bersemangat terhadap
topik yang dibincangkan. Keadaan ini akan mencetuskan estim diri dan motivasi yang sangat
tinggi dalam diri pelajar. Ruang yang kondusif dan peluang mereka menterjemahkan idea kreatif
juga diwujudkan. Malah guru juga meyediakan ganjaran dan galakan dari semasa ke semasa
sebagai penghargaan pada usaha yang telah pelajar dilakukan.
Dalam aspek kefahaman juga didapati ia telah meningkat. Ini dapat dibuktikan dari
maklumbalas yang diterima daripada hasil temubual beberapa orang responden. Mereka
mengatakan kefahaman mereka terhadap konsep sains semakin meningkat. Pendekatan
konstruktivisme yang boleh menyebabkan miskonsepsi dalam proses membina dan
menghubungkaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan pembelajaran sebelumnya boleh
diatasi dengan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dengan cara membantu pelajar dalam
proses membina dan mengorganisasi rangkaian konsep-konsep dalam domain pengetahuan. Ini
boleh memperkembangkan kefahaman dan kemahiran berfikir tahap tinggi (Selva Ranee, 2007).
Berikut adalah sebahagian petikan temubual antara penyelidik dan pelajar.
Penyelidik : Bagaimana awak kata kefahaman awak meningkat?
R20 : Ya. Memudahkan kefahaman dan konsep yang perlu diingat. Ini
terbukti dengan peningkatan markah ujian saya.
Kefahaman responden turut meningkat apabila wujudnya interaksi yang positif antara
ahli-ahli kumpulan dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Melalui
aktiviti kolaboratif, ia dapat membentuk suasana dan persekitaran yang kondusif dimana ia dapat
memupuk rasa kekitaan di kalangan ahli, kenal mengenali, mempunyai ikatan sosial yang baik
dan intergriti serta budaya kerja yang cemerlang. Menerusi aktiviti kolaboratif ini juga sesuatu
idea yang kreatif itu dapat dikongsi dan diperkembangkan dengan lebih menarik. Hal ini
menjadikan sesuatu idea itu lebih unik dan praktikal dan dalam masa yang sama semangat
ukuwah kumpulan dapat dipupuk. Persekitaran yang membina juga dapat menyumbang kepada
perkembangan kreativiti para pelajar. Ainon dan Abdullah (1996) telah mencadangkan suasana
yang nyata adalah perlu untuk memudahkan proses membangunkan kreativiti dikalangan
pelajar. Menurut Adams (1986), persekitaran yang tidak kondusif menyebabkan berlakunya
halangan-halangan emosi, persepsi dan ekspresi yang boleh membantutkan kreativiti individu
dan dalam masa yang sama boleh membunuh kreativiti.
Oleh yang demikian, penyelidik dapat menyimpulkan di sini bahawa peningkatan minat,
motivasi dan kefahaman pelajar adalah indikator kepada meningkatnya potensi kreatif pelajar.
Dari hujah-hujah yang telah diberikan di atas jelas terbukti keberkesanan penggunaan modul
pengajaran kreatif Jadual Berkala Unsur dalam bilik darjah dapat mengembangkan potensi
kreatif pelajar.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
48
9.0 KESIMPULAN
9.1 Keberkesanan Modul pengajaran Kreatif Berdasarkan Model Kitar Pembelajaran
+ Kreativiti
Hasil daripada analisis dapatan kajian, sememangnya menunjukkan dengan jelas bahawa tahap
kreativiti pelajar adalah tinggi. Secara keseluruhannya berlakunya peningkatan tahap kreativiti
dalam kalangan pelajar. Peningkatan kreativiti ini dapat dilihat apabila pelajar secara individu
mahu pun apabila pelajar itu berada dalam kumpulan. Ini disebabkan corak pengajaran guru
yang menggunakan pendekatan instruksional yang lebih kreatif. Penggunaan modul pengajaran
kreatif berdasarkan Model Kitar Pembelajaran + Kreativiti ini didapati telah terbukti berkesan
dalam membantu meningkatkan tahap kreativiti pelajar. Ia merangsang pelajar dengan cara
menerapkan kreativiti melalui aktiviti yang berpusatkan pelajar yang merangsang pelajar
menerbitkan seberapa banyak idea asli sebelum membuat penerokaan. Sebenarnya kreativiti
merupakan kemahiran yang boleh dipupuk dimana kebolehan dan bakat kreatif boleh
dikembangkan melalui pendekatan yang bersesuaian. Menurut Cheng (2004), aktiviti pengajaran
di dalam kelas termasuklah membuat ramalan ke atas sesuatu fenomena, sumbang saran, peta
minda, membuat perkaitan antara idea dan konsep, pemikiran secara songsang dan mereka
bentuk sesuatu eksperimen merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan kreativiti pelajar.
Mereka juga sependapat bahawa aktiviti itu menarik dan tidak membosankan. Manakala Meor
(2001) menyatakan bahawa kaedah aktiviti berpusatkan pelajar dapat melibatkan pelajar secara
langsung kepada permasalahan yang dapat meningkatkan daya intelek pelajar ke arah pemikiran
kritis, kreatif dan analitis.
Setengah pelajar berada pada tahap sederhana kreatif disebabkan oleh pemikiran mereka
hanya mampu bergerak dalam lingkungan pengetahuan sedia ada sahaja. Mereka gagal berfikir
secara bebas kerana terdapat kekangan. Sebenarnya punca pelajar kurang berfikir secara kreatif
dalam pembelajaran kerana teknik penghafalan konsep. Seperti menurut Morris (2006), sistem
pendidikan masih lagi tertumpu kepada pelajar memuntahkan semula maklumat yang telah
dipelajari. Ini menyebabkan pemikiran pelajar sehala dan terkongkong terutama dalam
penyelesaian masalah. Mereka telah terbiasa dengan kemahiran menerima maklumat dan tanpa
diproses mengeluarkan semula dalam menjawab permasalahan.
Dapatan pemerhatian juga menunjukkan pelajar memang seronok dengan aktiviti-aktiviti
terbuka dan kebolehan melaksanakannya dengan bimbingan guru. Aktiviti terbuka ini bukan
sahaja menggalakkan pemikiran tahap tinggi tetapi meningkatkan tahap kreativiti mereka dan
mampu merancang dan juga memilih alternatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
Kreativiti dan kebijaksanaan guru sains dalam mempelbagaikan teknik dan strategi mengajar
merupakan satu lagi kekuatan guru bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam
mata pelajaran sains.
REFERENCES
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Edisi
Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Adams, J.L. (1986). Conceptual Blockbusting: A Guide to Better Ideas. Reading. MA: Addison
Wesley Publishing Company.
Mohammad Yusof & Rita / Journal of Science and Mathematics Education (2012)
49
Ainon Muhamad dan Abdullah Hasan (1996). Berfikir dalam Darjah: Panduan Mengajar
Kemahiran Berfikir di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributions
Sdn. Bhd.
Ali Ab. Ghani (2008). Membangun Modal Insan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam
Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008
Cavallo, A.M.L., Rozman, M., Blickenstaff, J. dan Walker, N., (2003). Learning, Reasoning,
Motivation, and Epistemological Beliefs. Journal of Collage Science Teaching, 33(3):
18-23.
Hilgard, E. (1959). Creativity and Problem Solving dalam M.H. Anderson (Eds). (1959).
Creativity and its Cultivation. New York: Harper and Row Publication.
Kemmis, S., dan Mc Taggart, R. (Eds). (1988). The Action Research Reader. Edisi ke 3. Victoria:
Deakin University Press.
Kamdi Kamil. (1990). Potensi Modul sebagai Bahan Pengayaan Kendiri dalam Mata Pelajaran
Alam dan Manusia. Jurnal Pendidikan Guru, 6(5): 14-35.
Lawson, A.E. (1995). Science Teaching and The Development of Thinking. California:
Wadsworth Publishing Company.
Mac kinnon, D. (1970). Creativity: A Multi-Faceted Phenomenon. In Roslansky, J.D. (Eds).
Creativity: A Discussion at the Nobel Conference. Amsterdam: North-Holland Publisher.
Morris, N. et al (2006). The Illustrated History of the World: From the Big Bang to the Third
Millennium. London: Grange Books
Najib Tun Razak (2009). Teks ucapan di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke 10 (MAPPA
X) pada 28 April 2009 di Pusat Konyensyen Antarabangsa Putrajaya.
Ohmae, K. (1987). The Triad World View. Journal of Business Strategy, 7(4): 8-19.
Rhodes, M. (1961). An Analysis of Creativity. Phi Delta Kappan. 42(7): 305-310.
Saadiah Baharom (2008). Kesan Paduan Kitar Pembelajaran dan Pemetaan Konsep Terhadap
Konsepsi Pelajar Tentang Pembahagian Sel. Universiti Sains Malaysia: Tesis PH.D.
yang tidak diterbitkan.
Sanfeliz, M. dan Stalzer, M. (2003). Science Motivation in Multicultural Classroom. The Science
Teacher. 70(3): 64-66.
Selva Ranee Subramaniam (2007). Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Kimia
secara Kontekstual. Jurnal Pendidikan. 27(1):85-99.
Schulman, L.S., dan Tamir, P. (1973). Research on Teaching in the Natural Science. Dalam
R.M.W. Travers, (Ed.), Second Handbook of Research on Teaching. Chicago: Rand Mc
Nally publisher.
Sternberg, R.J. dan Lubart, T.I. (1999). Creating Creative Minds. Dalam Ornstein, A.C. dan
Behar-Horenstein, L.S. (1995). Contemporary Issuse in Curriculum. 2nd
Edition. Boston:
Allyn and Bacon.
Torrance, E.P. (1963). Guiding Creative Talent. New Jersey: Prentice Hall.
Wan Zahid Nordin (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Woolfolk H. (2004). What Teachers Need to Know about Self-Efficacy? Paper Presented at the
Annual Meeting of the American Educational Research Association, April 15, 2004. San
Diego, California.
Yong L.M.S dan Karen, B. (1995). Guru yang Kreatif: Isu-isu, Teoritikal & Aplikasi Praktikal.
Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Mohd. Ali Samsudin. (2007). Kaedah
Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.