PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
1 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
PANDUAN PENULISANLAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
Unit Perhubungan dan Latihan IndustriPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Jabatan Pengajian PoliteknikKementerian Pengajian Tinggi
2011
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
2 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
1.0 PENDAHULUAN
Laporan Akhir Latihan Industri merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT401) di organisasi latihan. Laporan ini perlu dijilid dan dikemukakan semasa pendaftaran pengesahan tamat latihan industri dan ianya mewakili 20% daripada keseluruhan markah Latihan Industri (rujuk Appendix 4 – Industrial Training Final ReportForm)
2.0 PANDUAN PENULISAN
2.1 Panduan Umuma) Laporan ini hendaklah bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan disusun mengikut
turutan yang betul.b) Hendaklah menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali
bagi mana-mana perkataan yang dipetik secara langsung*c) Bilangan muka surat hendaklah di antara 50 hingga 80 muka surat sahaja (tidak
termasuk lampiran)d) Bagi memastikan keseragaman laporan ini, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah telah menetapkan spesifikasi bagi tujuan penjilidan seperti berikut:
i. Kaedah Penjilidan : Ring/Comb Binding (warna hitam)ii. Kemasan Muka Depan/Belakang : menggunakan plastic cover bersaiz A4 iii. Jenis Kertas (depan/belakang) : Fancy Card atau Art Card ± 230gsmiv. Format Muka Depan : (rujuk Lampiran A)v. Warna Muka Depan/Belakang : mengikut warna rasmi jabatan
(rujuk Lampiran B)e) Laporan yang telah dijilid (mengikut spesifikasi di atas) hendaklah diserahkan semasa
membuat pendaftaran pengesahan tamat latihan industri DAN dikemukakan bersama softcopy dalam bentuk CD (Compact Disc) dengan menggunakan format PDF.
2.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat
a) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format berikut : 3.5 sm dari tepi kiri kertas2.5 sm dari tepi kanan kertas2.5 dari tepi atas kertas2.5 sm dari tepi bawah kertas
b) Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (rujuk Lampiran C)
c) Nombor muka surat hendaklah pada bahagian tengah bawah kertas.d) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar,
Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti i, ii, iii, dan lain-lain. Manakala nombor bagi muka surat BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa (rujuk Lampiran D).
2.3 Jenis Tulisan dan Sela
a) Jenis tulisan (font type) yang ditetapkan adalah dari jenis Arial bersaiz 12.b) Jarak antara garisan (line spacing) atau langkau di antara ayat yang digunakan adalah
2.0 (double spacing) dan tidak perlu ditinggalkan ruang kosong (tidak perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik.
c) TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan diletakan di bahagian tengah muka surat (menggunakan Center Text).
d) TAJUK KECIL hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan (bold).
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
3 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
e) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan adalah Align Text Justify.
f) Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
g) Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (italic) atau ditandakan dengan ‘……….’ Atau diletakan dalam kurungan, (……….) bagi membantu pemahaman istilah dalam Bahasa Melayu.
h) Huruf besar hendaklah digunakan bagi setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas.
i) Penggunaan tandaan bullets tidak dibenarkan.
3.0 FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
3.1 Format Isi KandunganFormat isi kandungan laporan akhir adalah seperti yang ditunjukan dalam Lampiran E. Contoh pengisian kandungan di Bahagian Permulaan Isi kandungan adalah seperti di Lampiran F, G, H, J dan Lampiran K.
3.2 Ringkasan Kandungan Bab
BAB 1 : PENGENALANBab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri iaitu pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar.
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHANBagi maklumat latar belakang organisasi latihan, ianya hendaklah merangkumi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti utama organisasi, misi, visi dan juga halatuju organisasi.
(pelajar dinasihatkan berbincang termasuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan organisasi sebelum mengambil dan menulis apa-apa maklumat organisasi supaya ianya tidak bercanggah dengan dasar organisasi berkenaan)
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRIRingkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau pun bidang tugas. Ianya boleh dinyatakan dalam bentuk jadual.
BAB 4 : LAPORAN TEKNIKALBab ini merangkumi pelaporan terhadap tugas-tugas atau kerja yang dipertanggung jawabkan atau dilaksanakan semasa menjalani latihan. Bilangan bab yang diperuntukan adalah SATU (1) SAHAJA. Sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub topik yang berkaitan. Pelaporan hendaklah dibuat secara terperinci bagi setiap topik yang ditulis dengan memuatkan juga jadual, rajah dan sebagainya.
BAB 5 : KESIMPULANKesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan.
BAB 6 : KOMEN DAN CADANGAN Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan dan ditulis secara positif dan ianya hendaklah bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
4 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN : (Lampiran L)Bahagian ini merujuk kepada penyataan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa penyediaan laporan. Format yang digunakan hendaklah merujuk kepada American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan-bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut:
i. http://www.apastyle.orgii. http://www.mla.org
JADUAL/RAJAH (Lampiran M dan N)Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan hendaklah dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan seperti berikut:
Rajah 1, Rajah 2, Rajah 3, ……..dan seterusnyaJadual 1, Jadual 2, Jadual 3, ……..dan seterusnya
Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukan dengan menyebut atau memberi penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Lihat contoh di bawah;
“Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 1, pergerakan tanah adalah….” atau “Jadual 2 menunjukan jumlah……”
Sebarang jadual/rajah yang diambil dari sumber lain, nota hendaklah ditunjukan pada bahagian bawah jadual/rajah tersebut dengan menyatakan punca jadual/rajah tersebut diambil, atau dipetik atau diubahsuai.
LAMPIRAN (jika digunakan)Semua lampiran yang hendak dimasukan mestilah bersaiz A4 atau A3 sahaja. Bagi saiz A3, ianya hendaklah dilipat dengan betul dan mudah dibuka untuk tujuan penilaian dan ianya hendaklah disusun mengikut turutan. Semua lampiran tidak perlu ditunjukan nombor muka surat.
4.0 PENUTUPPanduan penulisan Laporan Akhir Latihan Industri ini akan dapat membantu pelajar menyediakan satu pelaporan yang lengkap dan berformat. Berdasarkan Panduan ini, Pensyarah penilai akan membuat penilaian terhadap Laporan Akhir Latihan Industri dengan menggunakan Appendix 4 -Industrial Training Final Report Form.
BILLIOGRAFI/RUJUKAN
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Bahagian Kecemerlangan Instruksional, (2011). Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi, (2010). Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi.
Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012 darihttp://www.sciencebuddies.org/science-fair -projects/Project_APA_Format_Examples.html
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
5 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran A
Format Muka Depan Laporan Akhirr Latihan Industri (Kaedah Jilid : Ring/Comb Binding)
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
ALI BIN ABU(03DKA10F9999)
POLIMAS CONTRACTOR BERHADBANDAR DARULAMAN
06000 JITRA,KEDAH
DIS 2011
Logo KPT/Polimas(terkini)
3 X enter
3 X enter
3 X enter
3 X enter
2 X enter
Jenis/Saiz Tulisan : Arial Bold/16
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
6 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran B
Tetapan Warna Kertas Muka Hadapan dan Belakang Laporan Akhir Latihan Industri
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Jabatan Perdagangan
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Jabatan Kejuruteraan Awam
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
7 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran C
Kawasaan Penulisan Bagi Muka Surat Permulaan Setiap Bab
2.5 sm
BAB 4
MEREKOD STOK
3.5 sm 4.1 Pengenalan
Semua stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan
Menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan:
a) Mengetahui kedudukan stok simpanan
b) Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat, dan
c) Mengawal paras stok.
4.1.1 Jenis-Jenis Rekod
Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan
Seperti berikut: 2.5 sm
a) Penggunaan rekod hendaklah mengikut jenis stor iaitu:
i. Kad Kawalan Stok, KEW.PS-3 di Stor Pusat dan
Stor Utama, dan
ii. Kad Petak, KEW.PS-4 di Stor Pusat dan Stor
Utama dan Stor Unit.
11 2.5 sm
3 kali enter dan terus tulis
Tidak perlu enter
Penomboran Muka Surat(diletakan di bahagian tengah)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
8 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran DKawasan Penulisan SELAIN muka surat permulaan bab
2.5 sm
4.1.2 Lokasi dan Letakan Stok
Lokasi stok hendaklah diwujudkan bagi memudahkan
penyimpanan, pengeluaran dan pemeriksaan. Tindakan
berikut perlu diambil.
i) Carta lokasi stok perlu disediakan dan dikemaskini
dari masa ke semasa.
ii) Lokasi stok hendaklah direkodkan di Kad Kawalan
Stok dan Kad Petak.
4.2.1.1 Penyimpanan Stok
Ianya perlulah menggunakan ruang simpanan
secara yang optimum.
4.2.1.2 Stok Dalam Bekas Asal
Senang dikendali dan memudahkan aliran
Kemungkinan peti di lapisan bawah…
Barang-barang tersebut mudah terbakar
Memudahkan pengiraan, pemeriksaan
dan verifikasi….
2.5 sm
17
Penggunaan bulletTIDAK DIBENARKAN
2.5 sm
tidak perlu enter
Permulaan setiap perenggan mestilah sama dengan tajuk/sub tajuk dan perenggan yang berikutnya
Jaraknya adalah sepertimana 4.1.1
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
9 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran EIsi Kandungan
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURATJudul iPengesahan Pelajar iiPenghargaan iiiIsi Kandungan ivSenarai Jadual vSenarai Rajah viSenarai Lampiran vii
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI1.1 Pendahuluan 11.2 Objektif Latihan Industri 11.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 21.4 Kepentingan Latihan Industri 3
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN2.1 Pengenalan Organisasi 42.2 Latar Belakang Penubuhan 52.3 Aktiviti Organisasi 62.4 Hala tuju Organisasi 102.5 Carta Organisasi 11
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI3.1 Pengenalan 123.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 13
BAB 4 KEJURUTERAAN PEMBINAAN4.1 Pengenalan 144.2 Spesifikasi Kerja/Jenis Peralatan 154.3 Tatacara Pembinaan 174.4 ……… 294.5 ……… 564.6 Kesimpulan 61
BAB 5 KESIMPULAN 73
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 83
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
LAMPIRAN
ivPenomboran Muka Surat
(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
10 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran FJudul
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
ALI BIN ABU(03DKA10F9999)
DI
POLIMAS CONTRACTOR BERHADBANDAR DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
DIS 2011
i
Nama dan Nombor Pendaftaran Pelajar
Nama dan Alamat Organisasi Latihan
Tuliskan nama jabatan dan program
masing-masing
Sesi menjalani Latihan Industri
Penomboran Muka Surat(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
11 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran G
Pengesahan Pelajar
PENGESAHAN PELAJAR
“saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Pelajar : ALI BIN ABU
No. Pendaftaran : 03DKA10F9999
Tarikh : 20 MEI 2012
ii
Penomboran Muka Surat(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
12 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran H
Penghargaan
PENGHARGAAN
Terima Kasih
iii
Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengarah Urusan POLIMAS CONTRACTOR BERHAD, En. Abdullah bin Abdul Hadi di atas tunjuk ajar dan curahan ilmu yang diberikan selama saya berada di sini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah banyak membantu saya menyediakan laporan ini.
Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak menyumbang ide dan pendapat serta doa dari keluarga……
Penomboran Muka Surat(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
13 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran J
Senarai Jadual
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Taburan Projek Kejuruteraan di Perlis 9
2 Jenis Bahan Binaan Berindustri……... 13
3 Senarai Pembekal …………………….. 17
Nota: Format Senarai Jadual ini juga boleh digunakan bagi Senarai Rajah DANhendaklah dibuat pada muka surat berasingan.
v
Penomboran Muka Surat(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
14 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran K
Senarai Lampiran
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Masuk Tapak
B Borang-Borang Arahan Penyimpanan Bahan
C Senarai Semak Peralatan
Nota:Format ini HANYA digunakan untuk Senarai Lampiran sahaja
vii
Penomboran Muka Surat(huruf roman)
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
15 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran KBibliografi / Rujukan
Allen, T. (1974). Vanishing Wilfelife of North America. Washington, D.C: National Geographic Society.
Boorstin, D. (1992). The Creators: A history of the heroes of the imagination.New York: Random House.
Nicol, A.M. & Pexman, P.M (2001). Presenting your findings. A practical guidefor creating tables. Washington, D.C. American Psychological Center.
Bergmann, P.G. (1993). Relativity. In the new encyclopedia Britannica (Vol.26,pp. 501-508).Chicago: Britannica Encyclopedia
Tobias, R. (1991). Thurber, James. Americana Encyclopedia. (p.600).New YorkScholastic Library Publishing.
Henry, W.A., III (1990, April 9). Making the grade in today’s school. Time, 135, 28-31.
Kanfer, S. (1986, July 21). Heard and good books lately? Time, 113, 71-72
Devitt, T. (2001, August 2). Lightning injures four at music festival. The Why?Files. Retrieved January 23, 2002, from http://whyfiles.org/13/index.html
Nota:Senarai bibliografi/rujukan boleh ditulis secara berturutan seperti contoh di atas
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber BUKU
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Encyclopedia/Dictionary
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Artikel Majalah / Surat Khabar
Cara penulisan bibliografi/rujukan dari sumber Website/Webpage
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
16 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran M
Jadual
Jadual 4:
Rumusan Bagi Kadar Faedah Mengikut Tahun (Berdasarkan Formula BLR)
BIL. TAHUN KADAR TUKARAN CATATAN
Nota: Dari Wikipedia, the free encyclopedia
Nota:Kedudukan tajuk berada di bahagian atas jadual
TIADA penomboran diperlukan bagi Jadual
dari sumber Website/Webpage
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2011
17 Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Lampiran N
Rajah
Rajah 4: Continuous Quality Improvement (CQI)
Nota:Kedudukan tajuk berada di bahagian bawah Rajah
TIADA penomboran diperlukan bagi Rajah
dari sumber Website/Webpage