Lampiran 1 Nota
Gaya Hidup Sihat
5.1 Pemakanan
Makanan penting untuk kesihatan kerana makanan mengandungi nutrien. Nutrien adalah bahan
yang diperlukan untuk tumbesaran, menjaga kesihatan dan pembekalan tenaga. Kekurangan
nutrient menyebabkan berlakunya malnutrisi. Nutrien dalam makanan dibahagikan kepada 5
jenis, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral.
5.1.1 Makronutrien
Makronutrien berfungsi sebagai bekalan tenaga, membina sel, membaiki sel rosak dan
menjadikan badan sihat dan kuat.
a. Karbohidrat
Karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen. Makanan yang mengandungi
karbohidrat adalah nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji.
Karbohidrat membekalkan tenaga untuk badan. Kekurangan karbohidrat menyebabkan seseorang
itu lemah, mengantuk dan tidak bermaya. Murid tidak dapat menmumpukan perhatian pada
pelajaran atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
Karbohidrat yang diambil secara berlebihan menjadikan seseorang itu gemuk. Karbohidrat yang
berlebihan akan disimpan dalam tisu badan sebagai lemak. Kandungan karbohidrat yang tinggi
akan menggangu fungsi hormone insulin dan menyebabkan diabetes.
b. Protein
Protein ialah nutrient yang mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Protein
diperoleh daripada sumber binatang dan tumbuhan. Contohnya ialah ikan, daging, telur, susu,
kacang dan tempe.
Fungsi protein adalah seperti berikut
- Komponen utama enzim dalam badan
- Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran
1
- Menggantikan sel yang rosak
- Komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit
Individu yang kekurangan protein biasanya menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit
seperti kwashiorkor dan marasmus. Protein berlebihan tidak disimpan dalam badan tetapi akan
ditukar kepada karbohidrat dan lemak atau dikeluarkan dari badan sebagai urea melalui buah
pinggang.
c. Lemak
Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak membekalkan dua kali ganda lebih
tenaga daripada karbohidrat. Lemak terdapat dalam makanan seperti minyak masak, mentega,
keju dan coklat.
Fungsi lemak
- Membekalkan tenaga dan haba kepada badan
- Disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan, lemak simpanan ini
ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan
- Berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan
- Membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran
yang terlalu sejuk
Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Lemak yang berlebihan
akan menyumbat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
5.1.2 Mikronutrien
Mikronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Fungsi mikronutrien adalah untuk
meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit dan sebagai bahan pelawas.
Kekurangan mikronutrien menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
2
a. Vitamin Larut Air
Vitamin larut air bermaksud vitamin yang diserap dalam darah untuk disalurkan ke seluruh
badan. Vitamin larut air terdiri daripada vitamin B dan vitamin C. Vitamin larut air yang
berlebihan akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem pencernaan.
Sumber dan kepentingan vitamin larut air
Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan
Kesan berlebihan
B1 Ragi, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin
Pembentukan sistem saraf, penghadaman dan pertumbuhan badan
Penyakit beri-beri dan hilang selera makan
Penyakit edema, badan menggigil dan gementar.
B2 Susu, keju, hati dan telur
Penjagaan tisu kulit, mata dan sistem pernafasan
Anemia, rabun dan pecah bahagian mulut dan bibir
Gatal kulit
B6 Hati, kekacang, ragi, ikan dan telur
Komponen untuk proses metabolism protein dan amino asid
Anemia dan sistem imunisasi terjejas
Sawan
B12 Daging, ikan, susu dan telur
Pembentukan sel darah merah
Lumpuh dan pertumbuhan badan terbantut
Polycythemia
C Limau, manga, sayuran hijau, tomato dan nenas
Pembentukan tisu dan perlindungan melawan penyakit
Penyakit skurvi, gusi berdarah dan luka lambat sembuh
Cirit-birit
3
b. Vitamin Larut Lemak
Vitamin larut lemak bermaksud vitamin yang diserap bersama-sama lemak ke dalam organ
badan. Vitamin larut lemak merangkumi vitamin A, D, E dan K. Lebihan vitamin ini akan
dismipan dalam tisu badan.
Sumber dan kepentingan vitamin larut lemak
Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan
Kesan berlebihan
A Susu, telur, hati dan minyak ikan
Pembentukan kulit dan tulang, penglihatan, pertumbuhan badan dan sistem imunisasi
Tumbesaran terbantut, rabun malam, kulit bersisik, dan gigi mudah rosak
Rambut gugur, muntah dan sukar tidur (insomnia)
D Minyak ikan, minyak sayur, dan cahaya matahari
Menjaga dan membina kesihatan tulang dan gigi
Penyakit riket dan osteoporosis
Anoreksia nervosa dan cirit-birit
E Minyak sayuran kekacang dan bijirin
Membina sel darah merah dan membantu fungsi sperma dan ovum
Kelahiran tidak cukup bulan dan kecacatan sistem saraf
Tekanan darah meningkat
K Sayuran hijau dan brokoli
Membantu proses pembekuan darah
Darah lambat membeku
Muntah
c. Garam Mineral
Garam mineral seperti kalsium, natrium, zat besi, iodin, zink dan florida merupakan bahan tak
organik yang terdapat dalam kuantiit yang rendah dalam badan. Bahan tak organik diperlukan
unutk pembentukan tulang dan gigi serta membolehkan organ badan berfungsi dengan sempurna.
4
Sumber dan kepentingan garam mineral
Jenis Sumber Fungsi Kesan kekurangan
Kesan berlebihan
Kalsium Susu, dadih, keju, ikan bilis dan sayuran hijau
Pembentukan tulang, gigi dan meningkatkan fungsi otot
Riket, osteoporosis dan osteomalasia
Fungsi saraf terjejas dan penyakit karang
Natrium Garam Membantu pengecutan otot dan membina plasma darah
Kejang otot, loya, muntah dan kurang selera makan
Tekanan darah tinggi
Ferum Hati, daging, kuning telur dan sayuran hijau
Pembentukan hemoglobin
Anemia Kerosakan hati
Iodin Makanan laut Komponen hormone tiroid
Beguk (goiter) Ulser mulut
Zink Bijirin, ikan dan daging
Membantu tumbesaran
Tumbesaran terbantut
Sistem imunisasi terjejas
Florida Makanan laut seperti tiram dan kerang
Pembentukan gigi
Kerosakan gigi Warna kekuningan pada gigi
5
Recommended