Ms 1 / 14
JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA
“ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Kenyataan Tawaran
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB &
mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta
Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred : G2 dalam kategori : B02
/ B04 / B15 / B24 / B28 / CE21 / CE32 di bawah kod bidang 080101/080102 -
Kejuruteraan Awam, Binaan & Kelengkapan, Kemudahan Awam/Kelengkapan yang
masih sah laku dan berkuat kuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk menyertai
sebut harga Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta Kerja-
Kerja Berkaitan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu),
Pahang Darul Makmur
1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian
Kewangan Malaysia sentiasa sah.
1.2 Tarikh Tutup
1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebutharga ialah pada 18 Jun 2020 bersamaan hari
Khamis pada jam 12:00 tengahari
1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
1.3 Dokumen Sebutharga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebutharga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan Politeknik
METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja.
Lampiran 1 Senarai Semak
Lampiran 2 Borang Sebut harga Kerja
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa
No SebutHarga - PMKU/SH/400 – 11/20(12)
Ms 2 / 14
1.4 Penyerahan Dokumen Sebutharga
1.4.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebutharga
(Lampiran 1, 2, 3 dan 4) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara
serahan tangan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2,
Lorong Sri Dagangan II
25000 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(u/p: Urusetia Sebutharga)
1.5 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan Dokumen Tawaran
Sebutharga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN
2. Syarat-syarat Am
Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila
menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini
akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.
2.1 Pembiayaan
Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan
penghantaran Dokumen Sebutharga. Pihak PMKu tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebutharga
2.2 Keperluan Penyertaan Sebutharga
2.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi
komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia
untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri.
2.2.2 Keputusan sebutharga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk
kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia
2.3 Tempoh Sah Laku
2.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebutharga adalah 60 hari daripada tarikh tutup
sebutharga.
2.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,
PMKu boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan
jawapan akan dilakukan secara bertulis
2.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau
diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan
tempoh sahlaku sebutharga.
Ms 3 / 14
2.4 Harga Tawaran
Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah
harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan. Harga-
harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda
selepas sebutharga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku
sebutharga.
2.5 Spesifikasi, Skop dan Standard Kualiti Kerja
Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan
standard kualiti kerja bagi penyelenggaraan di dalam Lampiran 2 supaya tidak timbul
masalah kesilapan dalam meletak harga.
2.6 Pesanan Tempatan
2.6.1 PMKu akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada
penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh
sahlaku sebutharga.
2.6.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah
dibuat di antara pihak PMKu dengan penyebutharga.
2.7 Pembetulan Kesilapan
2.7.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebutharga oleh penyebutharga
selepas dokumen sebutharga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
2.7.2 Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan,
jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira
2.8 Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani
Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai
sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat
Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa
menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di
Lampiran 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di Lampiran 4.
2.9 Penamatan Persetujuan
PMKu berhak menamatkan sesuatu persetujuan.
i. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga dan dengan tiada apa-
apa tindakan selanjutnya PMKu boleh terus menamatkan persetujuan; atau
ii. Jika Penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang
terdapat dalam persetujuan ini; atau
iii. Jika Penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila
Penyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-
bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah
pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau
perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau pengurusan bagi
Ms 4 / 14
pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang
memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau
iv. Jika PMKu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebutharga atau
sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada
dengan atau di luar pengetahuan Penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah.
Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh
hak-hak PMKu untuk mendapatkan balik ganti rosak
2.10 Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut
harga boleh merujuk kepada:
Mengenai Skop dan Spesifikasi
1. Pn.Adilen @ Lucia bt Suil (09-565 9002) 2. Pn.Nur Atiqah bt. Mat Zin (09-565 9007)
Mengenai Dokumen Sebutharga
1. En. Shahrul Sazli Shah bin Abu Hurairah (09-565 9091)
2. Pn. Lilawati binti Rahmat (09-565 9024)
2.11 Peringatan
Penyebutharga hendaklah memastikan maklumat yang dikemukakan adalah
lengkap. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan cadangan
tawaran sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
B. SKOP PERKHIDMATAN
1. Keterangan Projek
Projek yang dinyatakan di dalam skop perkhidmatan ini adalah Projek Kecil yang dibiayai
di bawah PRE PRIHATIN dan telah mendapat kelulusan berbelanja daripada
Kementerian Kewangan Malaysia, no.rujukan KK/BPB/(6.01)202/2/2-1 JD4(26), bertarikh
31 Mei 2020.
2. Kerja Menyelenggara
Penyebutharga yang berjaya hendaklah melakukan kerja-kerja Baikpulih Dan Naik Taraf
Bumbung Rata “Roof Top” Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan
(PMKu)
Ms 5 / 14
3. Spesifikasi Penyelenggaraan
Membuat kerja-kerja naik taraf dan baikpulih bumbung rata kepada bumbung berstruktur
serta kerja-kerja yang berkaitan.
4. Tanggungjawab Kontraktor
4.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan
Pekerja Bagi Projek Pembinaan Dalam Tempoh PKP/PKPB/PKPD atau mana-mana
SOP atau peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.
4.2 Dalam melaksanakan projek kecil, kontraktor yang telah dilantik bertanggungjawab
mematuhi syarat-syarat berikut:
4.2.1 Kontraktor dikehendaki untuk membuat akuan rasmi bahawa pihaknya tidak
akan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor lain atau menyerah hak apa-
apa faedah di bawah Inden Kerja/Surat Setuju Terima tanpa terlebih dahulu
mendapat persetujuan bertulis daripada PMKu. Tindakan penamatan kontrak
dan pembatalan pendaftaran akan diambil ke atas kontraktor yang melanggar
peraturan ini;
4.2.2 Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari daripada
tarikh Inden Kerja/Surat Setuju Terima dikeluarkan dan mematuhi Manual
Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana
Menteri (MKN). Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja tanpa sebab-
sebab yang munasabah, Inden Kerja/Surat Setuju Terima boleh dibatalkan
oleh PMKu dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor;
4.2.3 Kontraktor perlu memastikan kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi
butiran dalam Surat Tawaran/Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Surat Tawaran/Dokumen Sebut Harga dan arahan PMKu;
4.2.4 Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya mempunyai perlindungan di
bawah PERKESO (warganegara/penduduk tetap) atau perlindungan insuran
Workmen’s Compensation untuk semua pekerja dengan mengemukakan
salinan Nombor Kod Pendaftaran PERKESO atau perlindungan insuran yang
mana berkaitan kepada Agensi Kerajaan sebelum memulakan kerja. Walau
bagaimanapun, bagi tujuan memulakan kerja, nota perlindungan dan resit
bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal
Bil Butiran Kerja Unit Kuantiti
1 Kerja-kerja Awalan Pukal 1
2 Kerja-kerja naik taraf bumbung rata kepada bumbung berstruktur serta kelengkapan berkaitan
Lot 1
3 Kerja-kerja naik taraf lantai simen kepada lantai berjubin
Sq.ft 4056
4 Kerja-kerja naik taraf pencahayaan dan pengudaraan
Lot 1
Ms 6 / 14
mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota perlindungan,
tanpa sebarang sebab yang munasabah, PMKu berhak mengambil tindakan
sewajarnya;
4.2.5 Kontraktor boleh menuntut semula pembayaran yang dilakukan untuk
pembelian insuran yang berkaitan dengan memasukkan butiran dalam
tuntutan pembelian insuran berserta dokumen- dokumen sokongan. Amaun
tuntutan insuran tersebut hendaklah sama dengan senarai kuantiti [Bill of
Quantity (BQ)];
4.2.6 Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang- undang yang
berkuat kuasa. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran
tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat berkenaan;
4.2.7 Kontraktor dikehendaki menyiapkan projek dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek dalam masa yang
ditetapkan dan kegagalan memenuhi tanggungan kecacatan akan
menjejaskan peluang kontraktor untuk mendapat projek Kerajaan di masa
hadapan;
4.2.8 Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bina. Kontraktor adalah
disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan
jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi
menyiapkan kerja, cara- cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina
dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang
risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan
menjejas kos projek. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada
kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan;
4.2.9 Kontraktor bertanggungjawab memastikan kerja elektrik yang dilaksanakan di
samping mematuhi semua undang-undang, peraturan dan pekeliling serta
undang-undang kecil yang diluluskan oleh PBT;
4.2.10 Kontraktor dikehendaki mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja
bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk tempoh tanggungan kecacatan
berpandukan Jadual 2 seperti berikut:
Jadual 2
Harga Kontrak Had Liabiliti
< RM50,000 RM10,000
RM50,001 – RM100,000 RM25,000
RM100,001 – RM200,000 RM50,000
RM200,001 – RM500,000 RM100,000
4.2.11 Kontraktor hendaklah mengambil gambar SEBELUM, SEMASA dan
SELEPAS projek dilaksanakan.
5. Tempoh Perlaksanaan Perkhidmatan
kontraktor yang berjaya hendaklah membuat kerja-kerja penyelenggaraan yang
dicadangkan dalam tempoh TIGA (3) bulan daripada tarikh Pesanan Tempatan.
Ms 7 / 14
6. Pelanjutan Tempoh Siap Kerja
Sekiranya kontraktor yang berjaya tidak dapat melaksanakan kerja-kerja mengikut
spesifikasi yang ditetapkan di atas dalam tempoh yang ditetapkan, kontraktor boleh
memohon pelanjutan tempoh siap kerja tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di
dalam surat tawaran.
7. Kegagalan Kontraktor menyiapkan kerja dan Penamatan Pelantikan Kontraktor.
PMKu berhak membatalkan Inden Kerajaan/SST sekiranya kontraktor yang telah diberi
surat amaran, berada dalam keadaan berikut:-
i. kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
ii. kemajuan kerja terlalu perlahan tanpa sebab yang munasabah;
iii. penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa sebab yang
munasabah;
iv. tidak mematuhi arahan Agensi Kerajaan tanpa alasan yang munasabah; dan
v. apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
8. Tempoh Tanggungan Kecacatan
8.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek kecil PRE PRIHATIN adalah seperti di
Jadual 3 seperti berikut:
Jadual 3
Nilai Projek Tempoh Tanggungan Kecacatan
Sehingga RM100 ribu 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap
Melebihi RM100 ribu 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap
8.2 Apabila diarahkan oleh PMKu, kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang
mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil
kerja yang tidak menepati spesifikasi.
9. Pemeriksaan
PMKu sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa bekalan dan kerja-
kerja sepanjang tempoh projek berlangsung dan kontraktor hendaklah memberi
kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.
Ms 8 / 14
LAMPIRAN 1
SENARAI SEMAK
(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)
Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan
BIL PERKARA/DOKUMEN
UNTUK DITANDA
OLEH SYARIKAT
UNTUK DITANDA OLEH
JAWATANKUASA PEMBUKA
1 Senarai semak ini (telah dipenuki) – Lampiran 1
2
Borang Sebut harga telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani – Lampiran 2
3 Surat Akuan Pembida – Lampiran 3
4 Surat Perwakilan Kuasa – Lampiran 4
5 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan
6 Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari BPKU (Kerja)
7 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8 Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB
9 Salinan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari CIDB
10 Cadangan Penyelenggaraan/ Penyelenggaraan/ Pelan/ Lukisan Pelan (jika perlu)
11 Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)
12 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi TIGA (3) bulan terakhir
13 Profil Syarikat dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan sebut harga yang ditawarkan
Ms 9 / 14
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang dikemukan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Cop Kontraktor:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ………… (jika ada) Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
Ms 10 / 14
LAMPIRAN 2
BORANG SEBUT HARGA KERJA
No. Sebutharga : PMKU/SH/400 – 11/20(12)
PENGARAH
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2
Sri Dagangan II
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan,
Sebut harga untuk Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta
Kerja-Kerja Berkaitan Di Politeknik Metro Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi di
bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga, Syarat-Syarat Sebut Harga untuk
Kerja, Spesifikasi Kerja dan Lukisan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini
menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja tersebut bagi jumlah harga pukal
sebanyak Ringgit Malaysia: ……………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………(RM) ……………………………..
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja ini dalam masa ……… minggu dari tarikh mula kerja
seperti yang ditetapkan oleh Pegawai Inden.
Bertarikh pada …………….. haribulan ………… 2020
……………………………….. (Tandatangan Kontraktor) Nama penuh: ……………………………… No. K/P:…………………………………….. Alamat: ……………………………………… ……………………………………………….. ……………………………………………….. Atas sifat : ………………………………….. Cop kontraktor:
…………………………………… (Tandatangan Saksi) Nama penuh: …………………………… No. K/P:………………………………….. Alamat: ………………………………… …………………………………………… ……………………………………………
Ms 11 / 14
BORANG TAWARAN HARGA
SEBUTHARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF
TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI KADAR HARGA
(RM)
JUMLAH (RM)
A KERJA AWALAN PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM
1 Kerja-kerja awalan dan pengurusan dan pengawasan, penghantaran peralatan, tenaga kerja dan bahan-bahan kerja serta insuran (Contractor All Risk). a) Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969 (PERKESO) b) Insurans Tanggungan Awam c) Insurans Kerja
Pukal 1
2 Menyediakan dokumen seperti berikut: a) menyediakan gambar
SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS projek dilaksanakan (TIGA (3) salinan)
b) Laporan kemajuan pelaksanaan projek
c) Site Diary
Pukal 1
B KERJA NAIK TARAF BUMBUNG RATA KEPADA BUMBUNG BERSTRUKTUR
1 To supply and installed roof steel structure
Lot 1
2 To supply and installed roof metal deck G26 for roofing
C KERJA-KERJA NAIK TARAF LANTAI SIMEN KEPADA LANTAI BERJUBIN
1 To supply and installed 300mm x 300mm complete with render and all accessories Sq.ft 4056
Ms 12 / 14
BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI KADAR HARGA
(RM)
JUMLAH (RM)
D KERJA-KERJA NAIK TARAF PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN
1 To lay 4 mm cable for S.S.O Nos 4
2 To lay 1.5mm cable for lighting point Nos 18
3 To lay 1.5mm cable for ceiling fan Nos 8
4 Supply and install low bay lighting Nos 15
5 To provide Sub DB Nos 1
6 1o lay 1.5mm cable for ceiling Fan point including supply and install ceiling fan
Nos 6
7 Finishing and clearing job Pukal 1
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
JUMLAH KESELURUHAN TERMASUK SST (RM)
Ms 13 / 14
LAMPIRAN 3
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
( Sebutharga Untuk Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta
Kerja-Kerja Berkaitan Di Politeknik Metro Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi –
PMKU/SH/400 – 11/20(12) )
Saya, (Nama wakil syarikat)
mewakili (Nama Syarikat
Pendaftaran (MOF/BPKU/CIDB/ROS/ROC/ROB)
nombor K.P yang
nombor
dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO KUANTAN atau
mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO
KUANTAN atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga
seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas;
2.3 disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574); dan
2.4 tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut
Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran.
Yang Benar, (Tandatangan)
………………………………….
(Nama dan No. KP)
Cop Kontraktor :
Ms 14 / 14
LAMPIRAN 4
(Kepala Surat Syarikat)
SURAT PERWAKILAN KUASA
Tarikh:
PENGARAH
Politeknik METrO Kuantan
No.A-5, Jalan Tun Ismail 2
Sri Dagangan II
25000 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tuan,
SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF
BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI
POLITEKNIK METRO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI –
PMKU/SH/400 – 11/20(12)
Syarikat kami, ……………………………………………………(Nama Syarikat),
Nombor Pendaftaran Syarikat ............................., dengan ini mewakilkan kuasa
kepada ………………………………………………… (Nama Wakil Syarikat), nombor
Kad Pengenalan …………………………………., untuk menandatangani segala
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sebutharga ini bagi pihak syarikat.
Yang benar,
Tandatangan Pengarah Syarikat :
Nama Pengarah :
No. Kad Pengenalan :
Alamat dan Cop Syarikat :