Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
1
MANUAL PROSEDUR KERJA
PENGIKTIRAFAN “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS) BAGI PENGUSAHA PREMIS MAKANAN
NOVEMBER 2012
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DAN
BAHAGIAN PEMAKANAN
JABATAN KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
2
ISI KANDUNGAN
Mukasurat
Pengenalan 3
Skop 3
Kategori Makanan bagi Pengiktirafan BeSS 4
Definisi 4
Terma Rujukan 6 Carta Alir Pengiktirafan BeSS 7 Proses Kerja 8 Borang dan Dokumen 11 Rujukan 12 Penghargaan 13 Lampiran A : Borang Maklumat Pengiktirafan BeSS, Borang BeSS-101 14 Lampiran B : Borang Pemeriksaan Premis Makanan Berasaskan Risiko, Borang KKM-PPKM-2/09 15 Lampiran C : Borang Pengiktirafan BeSS Bagi Pengusaha Makanan (Komponen Pemakanan), Borang BeSS-201 16 Lampiran D : Tindakan Pembetulan BeSS, Borang BeSS-301 18 Lampiran E : Arahan-arahan tertentu untuk mengisi borang pengiktirafan BeSS 20 Lampiran F : Anggaran saiz hidangan makanan yang dijual bagi pengiktirafan BeSS 22 Lampiran G : Borang Laporan Akhir Pengiktirafan BeSS, Borang BeSS-401 26 Lampiran H : Borang Reten dari Pangkalan Data BeSS, Borang BeSS-501 (a), BeSS-501 (b), BeSS-501 (c) 27
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
3
MANUAL PROSEDUR KERJA PENGIKTIRAFAN “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS) BAGI
PENGUSAHA PREMIS MAKANAN
1. PENGENALAN
1.1 Prosedur ini disediakan bagi memberi panduan kepada anggota
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan proses
Pengiktirafan Pensijilan “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS) yang
diberikan kepada pengusaha premis makanan yang memenuhi kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan. Prosedur ini merangkumi proses penilaian,
bimbingan dan pengiktirafan.
1.2 Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi
oleh pengusaha premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:
i. Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih;
ii. Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang
selamat;
iii. Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang
sihat; dan
iv. Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan dalam
saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.
1.3 Pengiktirafan BeSS diberikan kepada pengusaha premis makanan yang
telah melaksanakan kedua-dua komponen keselamatan makanan dan
pemakanan sihat seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan
Pengiktirafan ”Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha Premis
Makanan
2. SKOP
2.1 Prosedur ini digunapakai bagi jenis premis makanan seperti berikut:
2.2 Prosedur ini hendaklah digunapakai dalam menjalankan penilaian,
bimbingan dan pengiktirafan BeSS oleh:
i. Pegawai Teknologi Makanan (PTM) /Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PKP) /Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
(PPKP) di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta Unit Keselamatan dan Kualiti
Makanan (UKKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD);dan
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
4
ii. Pegawai Sains Pemakanan (PSP) di Klinik Kesihatan, PKD / JKN
dan Bahagian Pemakanan, KKM
3. KATEGORI MAKANAN BAGI PENGIKTIRAFAN BeSS
3.1 Pengusaha premis makanan yang menjual salah satu daripada kategori
makanan, kategori buah-buahan dan kategori minuman atau lebih
daripada satu kategori boleh dipertimbangkan bagi pengiktirafan BeSS
sekiranya mematuhi syarat-syarat pengiktirafan BeSS.
Kategori makanan:
i. Makanan;
ii. Buah-buahan atau
iii. Minuman
4. DEFINISI
4.1 Pegawai Pembimbing
Pegawai terlatih bagi Program Pengiktirafan BeSS dari KKM untuk
memberi bimbingan kepada pengusaha premis makanan. Pegawai
pembimbing terdiri daripada:
i. PTM / PKP / PPKP di BKKM, JKN dan UKKM, PKD
ii. PSP di Klinik Kesihatan / PKD / JKN
4.2 Ketua Pegawai Pembimbing
Individu yang berkebolehan secara teknikal dan dilantik oleh KKM bagi
mengetuai pegawai pembimbing dalam memberikan bimbingan kepada
pengusaha premis makanan.
4.3 Penilaian Pertama
Penilaian yang dijalankan ke atas premis makanan yang telah dikenal
pasti. Penilaian merangkumi perolehan maklumat premis makanan dan
pemberian garis panduan-garis panduan yang berkaitan kepada
pengusaha premis makanan.
4.4 Bimbingan
Bimbingan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan selepas
penilaian dibuat. Bimbingan perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
5
berkesan kepada pengusaha premis makanan dalam mematuhi keperluan
untuk mendapatkan pengiktirafan BeSS.
4.5 Penilaian Susulan
Penilaian yang dijalankan bagi memastikan perkara yang memerlukan
penambahbaikan telah dilaksanakan dengan betul dan memuaskan oleh
pengusaha premis makanan.
4.6 Pasar
Bangunan atau kelompok gerai tempat menjual makanan atau keperluan
harian / tempat (lapangan) untuk orang berjual beli yang diadakan setiap
hari. Termasuklah pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan bazaar
Ramadhan.
a) Bazaar Ramadhan: luang niaga bagi penjaja dibenarkan menjaja
sepanjang bulan Ramadhan dan pada masa yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa melesen.
b) Pasar malam: luang niaga bagi penjaja dibenarkan menjaja pada
waktu malam dan pada masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
melesen.
c) Pasar pagi (termasuklah pasar tamu): luang niaga bagi penjaja
dibenarkan menjaja pada waktu pagi dan pada masa yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa melesen.
d) Pasar tani: luang niaga bagi petani atau pengeluar memasarkan hasil
keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna.
4.7 Gerai Penjaja (hawkers)
Premis bersifat sementara dan beredar yang digunakan sebagai tempat
menjual atau mendedahkan apa-apa makanan atau minuman bagi tujuan
jualan di mana-mana tempat persendirian atau tempat awam (tanpa
kemudahan tandas).
4.8 Gerai / Medan Selera
Premis bersifat kekal di mana terdapatnya banyak gerai yang
menyediakan, mendedahkan atau mempamerkan apa-apa makanan atau
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
6
minuman untuk tujuan jualan kepada orang ramai (tanpa kemudahan
tandas individu).
4.9 Restoran / kedai makan
Premis individu yang bersifat kekal bagi penyediaan, pendedahan atau
pameran apa-apa makanan atau minuman untuk tujuan jualan kepada
orang ramai (dengan kemudahan tandas individu).
4.10 Kafeteria
Premis di dalam bangunan/kompleks yang bersifat kekal bagi penyediaan,
pendedahan atau pameran apa-apa makanan atau minuman untuk tujuan
jualan kepada orang ramai (dengan kemudahan tandas individu) di mana
pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri
(layan diri) di kaunter.
4.11 Kantin / dapur asrama
Premis bersifat kekal bagi penyediaan, pendedahan atau pameran apa-
apa makanan atau minuman untuk tujuan jualan kepada orang ramai
(tanpa kemudahan tandas individu) seperti di pejabat, sekolah, hospital,
PLKN dan lain-lain.
4.12 Katering dan Mass katering
Penyediaan, penyimpanan dan penghantaran makanan yang dipesan
samada diambil oleh pengguna atau dihantar kepada pengguna di suatu
tempat yang disediakan.
5. TERMA RUJUKAN
5.1 PEGAWAI DI IBU PEJABAT KKM, PUTRAJAYA
i. Menganggotai jawatankuasa teknikal BeSS peringkat kementerian.
ii. Menyediakan Garis Panduan Pengiktirafan BeSS.
iii. Memberi taklimat dan khidmat nasihat teknikal kepada anggota di
JKN / PKD / klinik kesihatan
iv. Menyediakan bahan promosi.
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
7
v. Membantu mempromosikan pengiktirafan BeSS melalui pelbagai
medium.
vi. Membantu melaksanakan projek rintis bagi pengiktirafan BeSS.
vii. Memantau pelaksanaan di peringkat negeri.
viii. Menyediakan laporan berkala.
5.2 PEGAWAI PEMBIMBING KKM DI JKN / PKD / KLINIK KESIHATAN
i. Menganggotai Jawatankuasa Pengiktirafan BeSS peringkat negeri
(JKN).
ii. Menjalankan penilaian dan memberi bimbingan kepada pengusaha
premis makanan yang telah dikenalpasti.
iii. PTM / PKP / PPKP di BKKM, JKN dan UKKM, PKD
bertanggungjawab membimbing pengusaha premis makanan dalam
memahami dan mematuhi keperluan keselamatan makanan yang
berkaitan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan
Pengiktirafan ”Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha
Premis Makanan.
iv. PSP di JKN / PKD / Klinik Kesihatan bertanggungjawab membimbing
pengusaha premis makanan dan memberi input teknikal bagi
komponen pemakanan agar mematuhi kriteria asas makanan yang
lebih sihat seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan
Pengiktirafan ”Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha
Premis Makanan.
v. Menjalankan lawatan susulan dan penilaian kepatuhan.
vi. Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pengiktirafan BeSS.
vii. Menyediakan reten mengikut keperluan.
viii. Membantu mempromosikan Pengiktirafan BeSS di peringkat negeri /
daerah.
ix. Membantu melaksanakan projek rintis Pengiktirafan BeSS di
peringkat negeri
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
8
6. CARTA ALIR PENGIKTIRAFAN BeSS
Kepatuhan
Laporan Akhir
Mesyuarat Jawatankuasa
Pengiktirafan BeSS di
BKKM, JKN
Ya
Tidak
Penilaian Susulan
Pengiktirafan BeSS
1 bulan
2 hari bekerja
5 hari bekerja
Mula
Penilaian Pertama dan
Bimbingan
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
9
7. PROSES KERJA
PROSES DOKUMEN
BERKAITAN
TEMPOH
MASA
TINDAKAN
7.1 PENILAIAN PERTAMA DAN BIMBINGAN
i. Pegawai pembimbing perlu
mendapatkan maklumat pengusaha
premis makanan yang telah
dikenalpasti menggunakan Borang
Maklumat Pengiktirafan BeSS.
Borang
BeSS 101
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
ii. Satu salinan Borang maklumat
Pengiktirafan BeSS perlu
dikemukakan kepada PSP bagi:
Mendapatkan senarai makanan
dan minuman yang dijual; dan
Menyediakan tag/ senarai kalori
makanan, minuman dan buah-
buahan.
iii. Menjalankan penilaian ke atas
premis makanan tersebut
menggunakan borang berikut:
a. Borang Pemeriksaan Premis
Makanan Berasaskan Risiko
Borang KKM-
PPKM-2/09
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
b. Borang Pengiktirafan BeSS Bagi
Pengusaha Makanan
(Komponen Pemakanan)
Borang
BeSS-201
PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
c. Tindakan Pembetulan BeSS Borang
BeSS-301
Ketua Pegawai
Pembimbing
iv. Melaksanakan bimbingan dan
cadangan penambahbaikan ke atas
elemen-elemen yang dinilai
menggunakan Garis Panduan
Pengiktirafan ‟Bersih, Selamat dan
Sihat” (BeSS) Bagi Pengusaha
Premis Makanan.
Borang KKM-
PPKM-2/09
Borang
Bess-201
Borang
BeSS-301
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
10
PROSES DOKUMEN
BERKAITAN
TEMPOH
MASA
TINDAKAN
Garis Panduan Pengiktirafan
‟Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS)
Bagi Pengusaha Premis Makanan
dan bahan sokongan pendidikan
untuk dipaparkan berdasarkan
kategori makanan yang dijual perlu
diberikan kepada pengusaha
premis makanan.
Garis
Panduan
Pengiktirafan
(BeSS) Bagi
Pengusaha
Premis
Makanan
Bahan
sokongan
pendidikan
yang
berkaitan
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
v. Maklumat pengusaha premis
makanan serta maklumat penilaian
dan bimbingan perlu direkodkan
dalam Pengkalan Data BeSS.
Pengkalan
Data BeSS
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
7.2 PENILAIAN SUSULAN
i. Pegawai pembimbing perlu
menjalankan penilaian susulan dan
memastikan kepatuhan dalam
tempoh 1 bulan dari tarikh penilaian
pertama. Sekiranya masih terdapat
ketidakpatuhan, penilaian susulan
seterusnya akan dijalankan
berdasarkan justifikasi yang
munasabah dan persetujuan antara
pegawai pembimbing dan
pengusaha premis makanan.
Kesemua maklumat dan hasil
penilaian susulan perlu diberikan
kepada Ketua Pembimbing bagi
tujuan penyediaan Laporan Akhir
Bimbingan.
Borang KKM-
PPKM-2/09
Borang
Bess-201
Borang
BeSS-301
1 bulan
dari tarikh
penilaian
pertama
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
11
PROSES DOKUMEN
BERKAITAN
TEMPOH
MASA
TINDAKAN
ii. Maklumat dan hasil penilaian
susulan perlu direkodkan dalam
Pengkalan Data BeSS.
Pengkalan
Data BeSS
7.3 LAPORAN AKHIR BIMBINGAN
i. Ketua pegawai pembimbing perlu
membuat laporan akhir
menggunakan Borang Laporan
Akhir Pengiktirafan BeSS.
Borang
BeSS-401
2 hari
bekerja
dari tarikh
kepatuhan
Ketua Pegawai
Pembimbing
ii. Maklumat laporan akhir perlu
direkodkan dalam Pengkalan Data
BeSS.
Pengkalan
Data BeSS
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
7.4 MESYUARAT JAWATANKUASA PENGIKTIRAFAN BeSS (BKKM, JKN)
i. Laporan akhir perlu dibentangkan
di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pengiktirafan BeSS di BKKM, JKN
untuk tujuan pengiktirafan.
Semua borang
Borang
BeSS-101
Borang KKM-
PPKM-2/09
Borang
Bess-201
Borang
BeSS-301
Borang
Bess-401
5 hari
bekerja
dari tarikh
laporan
akhir
diterima
Sekretariat
Mesyuarat
J/Kuasa
Pengiktirafan
BeSS (BKKM,
JKN)
ii. Jawatankuasa tersebut akan
dipengerusikan oleh Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri
(Keselamatan dan Kualiti Makanan)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
12
PROSES DOKUMEN
BERKAITAN
TEMPOH
MASA
TINDAKAN
atau wakil dan dihadiri sekurang-
kurangnya oleh seorang (1) orang
Pegawai Teknologi Makanan,
seorang (1) Pegawai Sains
Pemakanan dan seorang (1)
Pegawai Kesihatan Persekitaran
atau Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran. Kekerapan
mesyuarat adalah mengikut
keperluan.
iii. Maklumat status pengiktirafan
BeSS perlu direkodkan dalam
Pengkalan Data BeSS dan
dikemukakan kepada Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan
serta Bahagian Pemakanan, KKM.
Pengkalan
Data BeSS
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD /
JKN
7.5 PENGIKTIRAFAN BeSS
i. Pengusaha makanan yang lulus
akan diberi sijil dan plak
pengiktirafan BeSS serta surat
iringan.
Sijil
Pengiktirafan
BeSS
Plak
Pengiktirafan
BeSS
Surat iringan
5 hari
bekerja
dari tarikh
laporan
akhir
diterima
Pembantu Tadbir
7.6 RETEN
i. Reten Pengiktirafan BeSS perlu
dihantar dari PKD kepada JKN
sebelum atau pada 10hb bulan
berikutnya.
Borang Reten
PKD, Borang
BeSS-501 (a)
Sebelum
atau pada
10hb bulan
berikutnya
PTM / PKP / PPKP
di UKKM, PKD
serta PSP di klinik
kesihatan / PKD
ii. Reten Pengiktirafan BeSS perlu
dihantar dari JKN kepada KKM
sebelum atau pada 15hb.
Borang Reten
JKN, Borang
BeSS-501 (b)
Sebelum
atau pada
15hb
PTM / PKP / PPKP
di BKKM, JKN /
serta PSP di JKN
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
13
PROSES DOKUMEN
BERKAITAN
TEMPOH
MASA
TINDAKAN
7.7 LAPORAN PENGIKTIRAFAN BeSS
i. Laporan Pengiktirafan BeSS oleh
KKM perlu disediakan sebelum atau
pada 20hb
Borang
Laporan
KKM, Borang
BeSS-501 (c)
Sebelum
atau pada
20hb
PTM / PKP / PPKP
di BKKM serta
PSP di BP
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
14
8. BORANG DAN DOKUMEN
BIL. BORANG KOD BORANG LAMPIRAN
8.1 Borang Maklumat Pengiktirafan BeSS
BeSS-101 Lampiran A
8.2 Borang Pemeriksaan Premis Makanan Berasaskan Risiko (BeSS)
KKM-PPKM-2/09 Lampiran B
8.3 Borang Pengiktirafan BeSS Bagi Pengusaha Makanan (Komponen Pemakanan)
Bess-201 Lampiran C
8.4 Tindakan Pembetulan BeSS
Bess-301 Lampiran D
8.5 Arahan-arahan tertentu untuk mengisi borang pengiktirafan BeSS
- Lampiran E
8.6 Anggaran saiz hidangan makanan yang dijual bagi pengiktirafan BeSS
- Lampiran F
8.7 Borang Laporan Akhir Pengiktirafan BeSS
Bess-401 Lampiran G
8.8 Borang Reten dari Pangkalan Data BeSS i. BeSS-501 (a); ii. BeSS-501(b);
dan iii. BeSS-501 (c)
Lampiran H
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
15
9. RUJUKAN 8.1 Akta Makanan 1983 8.2 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 8.3 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
8.4 Garis Panduan Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) bagi Pengusaha Premis Makanan
8.5 Borang Pemeriksaan Premis Makanan Berasaskan Risiko (BORANG
KKM-PPKM-2/09) 8.6 Arahan Pembersihan / Tindakan Pembetulan (BORANG KKM-PPKM-
2A/09)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
16
PENGHARGAAN
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pegawai-pegawai berikut yang bertanggungjawab dalam menjayakan prosedur
kerja ini.
Penaung
Dato’ Sri Dr. Hasan Bin Abdul Rahman
Penasihat
Datuk Dr. Lokman Hakim bin Sulaiman
Noraini Binti Dato’ Mohd Othman
Jawatankuasa Kerja Keselamatan dan Kualiti Makanan
Wee Bee Wah
Mohd Salim Bin Hj Dulatti
Roziaton Binti Abdul Wahab
Amran Bin Hassan
Muhammad Muhayudeen Bin Musa
Hanifar Bin Sulaiman
Ruba Sundaram A/L Muthusamy
Ratna Dewi Binti Abdul Rahman
Jawatankuasa Kerja Pemakanan
Rokiah Binti Don
Rusidah Binti Selamat
Siti Shuhailah Binti Shaikh Abdul Rahim
Noriza Binti Zakaria
Surainee Binti Wahab
Teh Wai Siew
Nur Shafawati Binti Mohd Ghazali
Munirah Binti M. Nasir
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
17
BORANG BeSS-101
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BORANG MAKLUMAT PENGIKTIRAFAN BeSS
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PENGUSAHA PREMIS MAKANAN
BARU PEMBAHARUAN
NAMA PEMILIK PERNIAGAAN
(seperti di dalam kad pengenalan)
NO KAD PENGENALAN
ALAMAT TETAP
NO. TEL BIMBIT NO. TEL / NO. FAKS
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN ADA TIADA
1. Lampiran slip pendaftaran premis KKM
2. Lampiran lesen pihak berkuasa tempatan atau lampiran surat pengesahan dari agensi kerajaan
BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS
JENIS PREMIS i. Pasar (pasar malam, pasar pagi / pasar tamu, pasar tani, bazaar Ramadhan dll.)
ii. Gerai Penjaja (hawkers)
iii. Gerai / Medan Selera
iv. Restoran / kedai makan
v. Kafetaria
vi. Kantin / dapur asrama
vii. Katering dan Mass catering
NAMA PREMIS (jika ada)
ALAMAT/ KAWASAN BERNIAGA 1.
2.
3.
BILANGAN PEKERJA TEMPATAN : ASING :
BAHAGIAN C : MAKLUMAT KATEGORI MAKANAN/MINUMAN YANG DIJUAL
Makanan
Buah-buahan
Minuman
BAHAGIAN D : PENGESAHAN PEMILIK PERNIAGAAN
TANDATANGAN:
................................................
TARIKH:
BAHAGIAN E : PENGESAHAN PEGAWAI KKM
STATUS MAKLUMAT LENGKAP TIDAK LENGKAP
TANDATANGAN
NAMA :
JAWATAN :
TEMPAT BERTUGAS :
TARIKH :
BAHAGIAN F : TARIKH PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN BeSS
Tarikh Penilaian Bimbingan : Tarikh Penilaian Susulan : Tarikh Pengiktirafan BeSS :
LAMPIRAN A
(sila tandakan √ pada yang
berkaitan)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
18
LAMPIRAN C
................................................
TARIKH :
Catatan: Disediakan dalam 3 salinan ( Salinan asal – putih: untuk kegunaan PYDK, Salinan pendua – merah jambu: untuk diserahkan kepada
pemilik premis dan Salinan peniga – kuning : disimpan dalam buku arahan pembetulan)
1
LAMPIRAN B BORANG KKM-PPKM-2/09
Catatan: Disediakan dalam tiga salinan (salinan asal : untuk pegawai pembimbing, salinan pendua : untuk diserahkan kepada pengusaha makanan, salinan
ketiga : untuk disimpan sebagai rekod)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
19
LAMPIRAN C
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BORANG PENGIKTIRAFAN BeSS BAGI PENGUSAHA MAKANAN (KOMPONEN PEMAKANAN)
PENILAIAN MENGIKUT KATEGORI MAKANAN/MINUMAN YANG DIJUAL
1. KATEGORI MAKANAN
Bil Kriteria Penilaian Komponen Pemakanan
Lawatan Bimbingan Lawatan Susulan
Cadangan
Penambahbaikan
Tandakan () Pada
Ruang Yang
Berkaitan
Catatan
1. Pelabelan Kalori
a) Melabelkan semua jenis makanan bagi gerai yang
menjual ≤ 10 jenis makanan
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya 10 jenis makanan bagi
gerai yang menjual > 10 jenis makanan
2. Mempamerkan maklumat berkaitan “Saranan
Pengambilan Kalori Makanan Sehari”.
3. **Mempamerkan poster/ food replica/ contoh bagi satu
hidangan makanan yang mengandungi < 500 kcal
4. Mempromosikan pilihan saiz hidangan yang lebih kecil
bagi makanan yang > 500 kcal
** Hidangan makanan 500 kcal adalah termasuk minuman (sila rujuk kategori makanan)
2. KATEGORI BUAH-BUAHAN SEGAR
Bil Kriteria Penilaian Komponen Pemakanan
Lawatan Bimbingan Lawatan Susulan
Cadangan
Penambahbaikan
Tandakan () Pada
Ruang Yang
Berkaitan
Catatan
1. Pelabelan Kalori
a) Melabelkan semua jenis buah-buahan bagi gerai yang
menjual ≤ 10 jenis buah-buahan
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya 10 jenis buah-buahan
bagi gerai yang menjual > 10 jenis buah
2. Mempamerkan maklumat berkaitan “Saranan
Pengambilan Harian Buah-buahan = 2 sajian”.
3. Menjual lebih daripada 1 jenis buah-buahan segar
4. Asingkan garam, serbuk asam, petis dan kicap.
5. Memaparkan mesej “kurangkan pengambilan garam,
serbuk asam, petis dan kicap.”
BORANG BeSS-301 BORANG BeSS-201
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
20
Catatan: Disediakan dalam tiga salinan (salinan asal : untuk pegawai pembimbing, salinan pendua : untuk diserahkan kepada
pengusaha makanan, salinan ketiga : untuk disimpan sebgaia rekod)
Berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 25/2012, kafeteria di semua premis
kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mendapat pengiktirafan kafeteria sihat selain
pengiktirafan BeSS. (sila rujuk Garis Panduan Penilaian Pengiktirafan Kafeteria Sihat)
3. KATEGORI MINUMAN
Bil Kriteria Penilaian Komponen Pemakanan
Lawatan Bimbingan Lawatan Susulan
Cadangan
Penambahbaikan
Tandakan () Pada
Ruang Yang
Berkaitan
Catatan
1. Pelabelan Kalori Dan Kandungan Gula
a) Melabelkan semua jenis minuman bagi gerai yang
menjual ≤ 10 jenis minuman
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya 10 jenis minuman
bagi gerai yang menjual > 10 jenis minuman
2. Mempamerkan maklumat berkaitan “1 sudu teh gula
sudah cukup”.
3. Turut menjual/ menyediakan air mineral/ air kosong.
4. Memaparkan makluman berkaitan pilihan kandungan
gula/air gula/ krimer manis/ susu pekat manis dalam
minuman.
5. Menyediakan minuman kurang gula atas permintaan
pelanggan.
KEPUTUSAN PENGIKTIRAFAN BESS
1. Status pengiktirafan: Layak / tak layak*
2. Ulasan:
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan penilai
…………………………………
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan pengesah
…………………………………
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
21
LAMPIRAN D
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TINDAKAN PEMBETULAN BeSS
Tarikh Masa
Nama & Alamat Premis
Nombor Pendaftaran Premis (KKM)
Tahap Kebersihan Premis (%) Pematuhan Terhadap
Elemen Pemakanan Sihat ___ / ___
Tindakan pembetulan yang perlu diambil berdasarkan bimbingan sepertimana tersenarai di bawah:
Bil Tindakan Pembetulan Tarikh tindakan pembetulan
dijangka siap
Catatan
Pegawai Pembimbing Pengusaha Premis Makanan
Tandatangan :
Nama Pegawai Pembimbing :
Cop Rasmi :
Tarikh :
Tandatangan :
Nama Pengusaha :
Cop Rasmi (jika ada) :
Tarikh :
BORANG BeSS-301
Catatan: Disediakan dalam tiga salinan (salinan asal : untuk pegawai pembimbing, salinan pendua : untuk diserahkan
kepada pengusaha makanan, salinan ketiga : untuk disimpan sebagai rekod)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
22
LAMPIRAN E
ARAHAN-ARAHAN TERTENTU UNTUK MENGISI
BORANG PENGIKTIRAFAN BeSS (KOMPONEN PEMAKANAN) BeSS-201
Ruangan Butir/ Perkara Penerangan
1 Kategori Makanan
Bahagian ini diisi berdasarkan kategori makanan yang
dijual oleh penjaja
No. 1 Pelabelan Kalori
a) Melabelkan semua jenis
makanan bagi gerai yang menjual ≤
10 jenis makanan
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya
10 jenis makanan bagi gerai yang
menjual > 10 jenis makanan
Tandakan sekiranya maklumat kalori
dipaparkan bagi semua jenis makanan untuk gerai
yang menjual ≤ 10 jenis makanan atau sekurang-
kurangnya 10 jenis makanan bagi gerai yang
menjual > 10 jenis makanan
No. 2 Mempamerkan maklumat berkaitan
“Saranan Pengambilan Kalori
Makanan Sehari”.
Tandakan sekiranya maklumat tersebut
dipaparkan atau tercatat dalam menu.
No. 3 **Mempamerkan poster/ food
replica/ contoh bagi satu hidangan
makanan yang mengandungi < 500
kcal
Tandakan sekiranya poster/ food replica/
contoh bagi satu hidangan makanan yang
mengandungi < 500 kcal dipamerkan.
No. 4 Mempromosikan pilihan saiz
hidangan yang lebih kecil bagi
makanan yang > 500 kcal
Tandakan sekiranya penjaja mempromosikan
pilihan saiz hidangan yang lebih kecil bagi makanan
yang > 500 kcal
2 Kategori Buah-Buahan Segar
Bahagian ini diisi berdasarkan kategori makanan yang
dijual oleh penjaja
No. 1 Pelabelan Kalori
a) Melabelkan semua jenis buah-
buahan bagi gerai yang menjual ≤
10 jenis buah-buahan
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya
10 jenis buah-buahan bagi gerai
yang menjual > 10 jenis buah
Tandakan sekiranya maklumat kalori
dipaparkan bagi semua jenis buah-buahan untuk
gerai yang menjual ≤ 10 jenis buah-buahan atau
sekurang-kurangnya 10 jenis buah-buahan bagi
gerai yang menjual > 10 jenis buah-buahan.
No. 2 Mempamerkan maklumat berkaitan
“Saranan Pengambilan Harian
Buah-buahan = 2 sajian”.
Tandakan sekiranya maklumat tersebut
dipaparkan atau tercatat dalam menu.
No. 3 Menjual lebih daripada 1 jenis
buah-buahan segar
Tandakan sekiranya penjaja menjual lebih
daripada 1 jenis buah-buahan segar.
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
23
Ruangan Butir/ Perkara Penerangan
No. 4 Asingkan garam, serbuk asam,
petis dan kicap.
Tandakan sekiranya penjaja mengasingkan
garam, serbuk asam, petis dan kicap daripada
buah-buahan yang dijual.
No. 5 Memaparkan mesej “kurangkan
pengambilan garam, serbuk asam,
petis dan kicap.”
Tandakan sekiranya maklumat tersebut
dipaparkan.
3 Kategori minuman
Bahagian ini diisi berdasarkan kategori makanan yang
dijual oleh penjaja
No. 1 Pelabelan Kalori Dan Kandungan
Gula
a) Melabelkan semua jenis
minuman bagi gerai yang menjual ≤
10 jenis minuman
ATAU
b) Melabelkan sekurang-kurangnya
10 jenis minuman bagi gerai yang
menjual > 10 jenis minuman
Tandakan sekiranya maklumat kalori
dipaparkan bagi semua jenis minuman untuk gerai
yang menjual ≤ 10 jenis minuman atau sekurang-
kurangnya 10 jenis minuman bagi gerai yang
menjual > 10 jenis minuman.
No. 2 Mempamerkan maklumat berkaitan
“1 sudu teh gula sudah cukup”. Tandakan sekiranya maklumat berkaitan “1
sudu teh gula sudah cukup” dipaparkan.
No. 3 Turut menjual/ menyediakan air
mineral/ air kosong.
Tandakan sekiranya penjaja turut menjual/
menyediakan air mineral/ air kosong.
No. 4 Memaparkan makluman berkaitan
pilihan kandungan gula/air gula/
krimer manis/ susu pekat manis
dalam minuman.
Tandakan sekiranya penjaja memaparkan
makluman berkaitan pilihan kandungan gula/air
gula/ krimer manis/ susu pekat manis dalam
minuman.
No. 5 Menyediakan minuman kurang
gula/ kurang manis atas permintaan
pelanggan.
Tandakan sekiranya minuman kurang gula/
kurang manis disediakan atas permintaan
pelanggan.
KEPUTUSAN PENGIKTIRAFAN BeSS KOMPONEN PEMAKANAN
No. 1 Jumlah markah keseluruhan Masukkan jumlah markah keseluruhan yang diperolehi
dari Bahagian C mengikut kategori makanan/ buahan-
buahan/ minuman dalam borang BeSS-201.
No. 2 Status pengiktirafan komponen
pemakanan
Isikan sama ada penjaja layak atau tidak menerima
pengiktirafan BeSS komponen pemakanan.
Penjaja mesti mencapai markah penuh (markah
maksimum) bagi Bahagian C dalam borang BeSS-
301. Sekiranya penjaja menjual lebih dari satu
kategori makanan/ buah-buahan/ minuman, semua
kategori tersebut perlu mencapai markah penuh
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
24
Ruangan Butir/ Perkara Penerangan
bagi membolehkan penjaja layak untuk diiktiraf
BeSS bagi komponen pemakanan.
No. 3 Ulasan
Menulis ringkasan penilaian untuk menyokong status
pengiktirafan penjaja tersebut.
Tandatangan penilai
Minta tandatangan penilai dan masukkan nama, jawatan
dan tarikh penilaian.
Tandatangan pengesah Minta tandatangan pengesah (Pegawai Kesihatan
Daerah) dan masukkan nama, jawatan dan tarikh
pengesahan.
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
25
LAMPIRAN F ANGGARAN SAIZ HIDANGAN MAKANAN YANG DIJUAL
1. Anggaran Saiz Hidangan Makanan ≤ 500kcal
KATEGORI
MAKANAN
CARA MASAKAN BERAT SUKATAN ISI RUMAH / SAIZ
HIDANGAN
Mi/ bihun/ kue tiau/ yee
mi/ dll
Sup/ lor mi/ mi udang
ala cina/ claypot/ tom
yam/ asam laksa/ soto
600g Mi/ bihun/ kue tiau/ yee mi dll : 1
mangkuk cina (150g)
Kuah: 2 mangkuk cina (500g)
Mangkuk hidangan : ¾
mangkuk, d= 16.5cm
hailam/ kong fu/
sizzling/ ladna/ char
kue tiau
400g Mi/ bihun/ kue tiau/ yee mi dll: 1
mangkuk cina (150g)
Kuah: 1 mangkuk cina (250g)
Mi/ bihun/ kue tiau/
laksam/ nasi himpit/ dll
kari/ kuah bersantan/
bandung /mi udang/
lontong
350g Mi/ bihun/ kue tiau/ laksam/ dll:
¾ magkuk cina (75g)
Nasi himpit : 8 kiub (100g)
Kuah : 1 mangkuk cina (200g)
Mangkuk hidangan : ¾
mangkuk, d= 15 cm
Mi/ bihun/ kue tiau/ yee
mi dll
Goreng 250g 2 mangkuk cina
Nasi goreng bersama
lauk
Paprik/ daging merah/
telur mata/ ayam
kunyit/ ayam goreng/
paru
250g Nasi : 1 mangkuk cina (150g)
Lauk : 1 hidangan (60g )
Nasi goreng biasa Cina/ kampung/
kerabu/ cendawan/ cili
padi/ tom yam/ ikan
masin
200g Nasi: 1 ½ mangkuk cina
Nasi ayam/ beriani/
tomato/ kerabu/ nasi
ulam/ lui cha
- 250g Nasi: 1 mangkuk cina
Lauk : 1 hidangan
Nasi lemak/ dagang - 250g Nasi: ¾ mangkuk cina
Lauk : 1 hidangan
Bubur nasi - 500g Bubur nasi: 2 mangkuk cina
Roti (roti canai, capati,
idli, tosai, roti nan)
- 200g Roti: 1 keping
Kuah bersama dhal dan sayur:
1 mangkuk kuah (100g)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
26
KATEGORI
MAKANAN
CARA MASAKAN BERAT SUKATAN ISI RUMAH / SAIZ
HIDANGAN
Roti nan bersama ayam
tandoori
200g Roti: 1 keping
1 ketul ayam bersaiz sederhana
(60g)
Kuah: ½ mangkuk kuah (20g)
dhal + ⅓ mangkuk kuah
chutney (20g)
Burger (burger biasa) /
kebab/ roti John (mesti
dihidangkan bersama
kepingan daging/ telur/
dan sayur)
- 1 hidangan :
Burger/ roti
John: 150g
Kebab: 200g
Burger: saiz burger biasa
Roti John: 14×6×3 cm (3
potong)
Kebab: ½ keping roti pita
Chicken chop/ fish &
chips/
- 300g Ayam: 120g/
Ikan: 100g
Coleslaw: 50g
Kentang goreng (wavy/crinkle):
25g (5-6 batang)
Kuah: ½ mangkuk kuah (50g)
Beef steak/ grilled
chicken
- 300g Ayam/ daging: 120g
Kentang lenyek: 1 senduk besar
(100g)
Mix vege: 1 senduk kecil (50g)
Kuah: ½ mangkuk kuah (50g)
Pasta Tomato sauce/
carbonara/ bolognese/
aglio olio
250g Pasta: 1 mangkuk cina (150g)
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
27
2. Anggaran Saiz Hidangan Makanan ≤ 250kcal
KATEGORI
MAKANAN
CARA MASAKAN BERAT SUKATAN ISI RUMAH/ SAIZ
HIDANGAN
Bubur manis (pulut
hitam, jagung, kacang
hijau, cha-cha,
gandum)
Bersantan 150g ½ mangkuk cina
Pengat pisang / durian/
ubi/ keladi/
Bersantan 100g ⅓ mangkuk cina
Yong tau fu Sup 200g Anggaran 1 mangkuk
mengandungi:
1 gulung chee cheong fun
(kue tiau)
1 keping fucuk goreng
3 biji bebola ikan
1 ikat kangkung
Kuah sup: 1 mangkuk cina
Sate (1 set) panggang 100g 3 cucuk sate (50g)
4 ketul nasi himpit (25g)
2 sudu makan kuah kacang
(20g)
Hirisan timun dan bawang
Rojak buah - 150g 1 pinggan kecil, d=17.5 cm
Kuah: 2 sudu makan
Tauhu bakar - 150g
3 keping tauhu: 45g
Kuah: 2 sudu makan
Sotong kangkung - 170g 1 pinggan kecil: 150g
Kuah: 3 sudu makan
Pasembor - 150g 1 pinggan kecil: 85g
½ mangkuk cina kuah: 35g
Rojak mi - 250g 1 pinggan kecil: 200g
½ mangkuk cina kuah: 35g
Murtabak - 160g 1 keping murtabak = 13.5× 13×
1 cm
2 sudu makan sos merah
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
28
KATEGORI
MAKANAN
CARA MASAKAN BERAT SUKATAN ISI RUMAH/ SAIZ
HIDANGAN
Hao jian Telur goreng bersama
tiram
80g ½ mangkuk cina
Luo bo gao fried radish cake 170g 1 mangkuk cina
Dim sum Goreng atau kukus 30g -45g Jenis goreng : 2 ketul (30g)
Jenis kukus : 3 ketul (45g)
Chee cheong fun Bersama sos/kuah
kari/ kuah cendawan
220g 2 gulung
Kuah: 1 senduk kecil
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
29
LAMPIRAN G
BeSS-401
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BORANG LAPORAN AKHIR PENGIKTIRAFAN BeSS
1. Nama Pemilik Premis:
2. Alamat Premis :
3. Tarikh Lawatan Bimbingan:
Tarikh Lawatan Susulan:
4. Penemuan Hasil Lawatan Bimbingan:
Tahap Kebersihan Premis (%): ___________
Penemuan Hasil Lawatan Susulan:
Tahap Kebersihan Premis (%): ___________
Pematuhan Terhadap Elemen Pemakanan Sihat :
___ / ___
5. (a) Sokongan untuk Pengiktirafan BeSS
Disokong : Tidak Disokong :
(b) Sebab tidak disokong:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tandatangan Ketua Pegawai Pembimbing: Nama: Jawatan: Tempat Bertugas: Tarikh:
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
30
LAMPIRAN H
Borang BeSS-501 (a)
1. Reten dari PKD Kementerian Kesihatan Malaysia
Laporan Pengiktirafan BeSS Peringkat Daerah
Daerah / Bahagian / Kawasan : Sepang Bulan : Disember
Tahun : 2012
Bil
Nama
Pengusaha
Alamat Tetap
Berniaga
No. Telefon
Bimbit
Jenis Premis Kategori
Makanan/ Buah-
Buahan/Minuman
Penilaian Sokongan
untuk
Pengiktirafan
BeSS
Catatan
Penilaian
Pertama &
Bimbingan
Penilaian
Susulan
1 2 3 4 5 6 7 a b c
1. Abc 3 Lot 3, pusat
penjaja, Sepang
017-98xxxxx / / / /
Rujukan:
Kategori Makanan: Jenis Premis :
a) Makanan
b) Buah-Buahan
c) Minuman
Disediakan oleh :
Tandatangan
Cop Rasmi
Tarikh
1. Pasar (termasuklah pasar malam, pasar pagi /
pasar tamu, pasar tani, bazaar Ramadhan,
lain-lain
2. Gerai Penjaja (hawkers)
3. Gerai / Medan Selera
4. Restoran / kedai makan
5. Kafetaria
6. Kantin / dapur asrama
7. Katering dan Mass catering
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
31
Borang BeSS-501 (b)
2. Reten dari JKN Kementerian Kesihatan Malaysia
Laporan Pengiktirafan BeSS Peringkat Negeri
Negeri : Selangor Bulan / Tahun : Disember 2012
Rujukan:
Kategori Makanan Jenis Premis :
a. Makanan
b. Buah-buahan segar
c. Minuman
Bil Daerah / Bahagian /
Kawasan
Bilangan Kumulatif Jenis Premis Jumlah
Kumulatif
Bil. Kumulatif
Kategori
Makanan
Bilangan Kumulatif Penilaian Bil. Pengusaha yang
diiktiraf
1 2 3 4 5 6 7 a b c Penilaian
Pertama &
Bimbingan
Penilaian
Susulan
1. Sepang 4 5 1 4 3 3 3 23 10 10 8 10 10 3
Jumlah Kumulatif
Disediakan oleh :
Tandatangan
Cop Rasmi
Tarikh
1. Pasar (termasuklah pasar malam, pasar pagi /
pasar tamu, pasar tani, bazaar Ramadhan,
lain-lain
2. Gerai Penjaja (hawkers)
3. Gerai / Medan Selera
4. Restoran / kedai makan
5. Kafetaria
6. Kantin / dapur asrama
7. Katering dan Mass catering
Prosedur Pengiktirafan BeSS 2012
32
Borang BeSS-501 (c)
3. Laporan Pengiktirafan BeSS
Kementerian Kesihatan Malaysia
Laporan Pengiktirafan BeSS
Bulan / Tahun: Disember 2012
Rujukan :
Kategori Makanan : Jenis Premis :
a. Makanan
b. Buah-buahan segar
c. Minuman
Bil Negeri Bilangan Kumulatif Jenis Premis Jumlah
Kumulatif
Bil. Kumulatif
Kategori Makanan
Bilangan Kumulatif Penilaian Bil. Pengusaha
yang diiktiraf
1 2 3 4 5 6 7 a b c Penilaian Pertama
& Bimbingan
Penilaian
Susulan
1. Perlis
2. Kedah
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Selangor 4 5 1 4 3 3 3 23 10 10 8 10 10 3
6. Negeri Sembilan
7. Melaka
8. Johor
9. Pahang
10. Terengganu
11. Kelantan
12. WP Kuala Lumpur & Putrajaya
13. Sabah
14. Sarawak
15 WP Labuan
Jumlah Kumulatif
Disediakan oleh :
Tandatangan
Cop Rasmi
Tarikh
1. Pasar (termasuklah pasar malam, pasar pagi /
pasar tamu, pasar tani, bazaar Ramadhan,
lain-lain
2. Gerai Penjaja (hawkers)
3. Gerai / Medan Selera
4. Restoran / kedai makan
5. Kafetaria
6. Kantin / dapur asrama
7. Katering dan Mass catering