7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
1/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
LAPORAN PERLAKSANAAN INTERSHIP
NAMA PELAJAR : KELVIN ANDREAS ANAK APAW
PROGRAM : PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SK BEKENU, SUBIS
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM RIANG RIA MATEMATIK TAHUN 6
TEMPOH PELAKSANAAN : 17JULAI 2013 (9.30 PAGI -12.40 TGH HARI)
OBJEKTIF :
Perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk:
1. Memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
2. Mewujudkan rasa seronok dan ingin mempelajari Matematik tanpa rasa
bosan.
3. Meningkatkan kemahiran operasi asas murid-murid.
STRATEGI PERLAKSANAAN :
Pada 1 Julai 2013, kami telah membuat perbincangan dengan Guru Besar ,
Cik Dayangku Asshiah Binti Awangku Mansor dan Mentor, Cik Rahmat Binti Jententang projek yang boleh dijalankan sebagai projek berpasangan untuk subjek
major bagi Internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju
untuk melaksanakan Program Riang Ria Matematik Tahun 6 sebagai projek
internship kami di sekolah ini. Program ini merangkumi dua slot aktiviti yang akan
dikendalikan oleh kami berdua iaitu Station Game dan Brain Challenge.
Pada 3 Julai 2013, satu perbincangan telah dijalankan dengan Ketua Panitia
Matematik bagi membincangkan perincian mengenai kertas kerja berkaitan dengan
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
2/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
perjalanan program, penglibatan guru, pembentukan ahli jawatankuasa dan juga
anggaran perbelanjaan.
Pada 5 Julai 2013, penghantaran kertas kerja telah dilakukan kepada Guru
Besar SK Bekenu untuk disemak. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua
Panatia Matematik iaitu Cik Rahmat Binti Jen, ia terus dihantar sebelum diluluskan
oleh Guru Besar iaitu Cik Dayangku Asshiah Binti Awangku Mansur pada 5 Julai
2013.
Pada 9 Julai 2013, perjumpaan bersama dengan Guru Besar telah dilakukan
untuk mendapatkan kelulusan. Hasil perjumpaan memberikan keputusan yang
positif setelah anggaran perbelanjaan dan peminjaman alatan adalah ditanggung
sepenuhnya oleh Panitia Matematik SK Bekenu.
Setelah berjaya dengan kelulusan daripada Guru Besar, kami kemudiannya
mula meninjau tempat, peralatan-peralatan seperti silinder penyukat, LCD dan
sebagainya. Ini bertujuan untuk memudahkan kami melakukan senarai semak bagi
peralatan yang ada dan perlu dibeli.
Urusan penempahan barangan telah dilakukan pada 11 Julai 2013 setelah
dibantu oleh Ketua Panitia Matematik dan barangan telah tiba pada 12 Julai 2013.
Surat perlantikan dan panggilan taklimat telah diberikan kepada guru-guru yang
terlibat iaitu Cik Rahmat Binti Jen, Puan Hajiah Binti Jas, Encik Bustami Bin Zubir,
Puan Nur Hidayati Binti Daud, Cik Nur Hanisah Binti Sarkawi dan Cik Samai Empera
Lee.
Pada 15 Julai 2013, taklimat bagi Fasilitiator telah dilakukan di Makmal
Komputer. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan dengan tugas-tugas guru yang
terlibat dan juga perlaksanaan program iaitu permainan Station Game dan juga
Brain Challenge. Penempahan penggunaan LCD dan Set Pembesar Suara juga
telah dilakukan dan telah direkodkan oleh Encik Amin Bin Suboh dan Encik Ahmad
Yajis Bin Jari-ee.
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
3/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Pada 16 Julai 2013, taklimat bagi peserta program iaitu murid-murid Tahun 6
telah dilakukan di dalam bilik Darjah 6 Cerdik. Taklimat yang dijalankan menyentuh
mengenai pembahagian kumpulan, pakaian, alat tulis, peraturan permainan dan
keselamatan semasa program dijalankan. Kad-kad jemputan juga telah diedarkan
kepada Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan untuk menghadiri majlis
penutupan program tersebut.
Pada 17 Julai 2013, persiapan program telah dijalankan dengan lancar
dengan dibantu oleh murid-murid lelaki Tahun 6. Dengan bantuan mereka, aktivititersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Setelah itu, kami
melakukan persiapan selanjutnya sementara menunggu masa sebenar program
bermula. Berikut adalah suasana sebelum program dilaksanakan sementara
menunggu program bermula.
Rajah 1 Keadaan susun atur meja untuk persiapan permainan
Pada pukul 9.45 pagi, murid mula datang untuk mendaftar dan mula duduk di
dalam kumpulan masing-masing. Sementara menunggu kedatangan para fasilitator,
murid-murid dibenarkan untuk melakukan persediaan diri bagi menjalani aktiviti yang
dijalankan.
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
4/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Pada pukul 10.10 pagi, program dimulakan dengan taklimat diberikan oleh
pihak kami kepada para peserta berkaitan permainan pertama yang akan dijalankan
iaitu aktiviti Station Game. Peserta mula bermain pada pukul 10.15 minit dengan
masa yang dibekalkan iaitu sebanyak 45 minit. Dengan bantuan fasilitator dan
penglibatan murid yang aktif yang terlibat, permainan berjalan dengan lancar.
Berikut adalah suasana ketika permainan sedang berlangsung.
Rajah 2 Sesi taklimat bersama murid sedang dijalankan
Rajah 3 Peserta memulakan permainan Station Game sambil diperhatikan oleh
fasilitator
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
5/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Rajah 4 Peserta sedang berusaha untuk menyelesaikan
salah satu soalan di sebuah station
Setelah selesai permainan yang pertama, pihak penganjur mula untuk
melakukan persiapan untuk aktiviti kedua dengan dibantu oleh murid sendiri.
Bantuan murid memudahkan pihak penganjur untuk menyiapkan persiapan dalam
masa yang cepat.
Permainan kedua mula dimainkan pada pukul 1110 pagi. Suasana permainan
yang tenang dan dibantu oleh bantuan LCD memudahkan pihak penganjur untuk
memaparkan soalan bagi dijawab oleh peserta dalam permainan tersebut. Aktiviti
permainan dijalankan dengan lancar. Berikut adalah suasana ketika permainan
sedang berlangsung.
Rajah 5 Peserta duduk di meja yang disediakan
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
6/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Rajah 6 Pengacara majlis, Encik Khairul Azlan Bin Mohd Faizul
sedang membaca soalan kepada para peserta
Setelah selesai permainan dijalankan, pihak penganjur telah bersama-sama
dengan murid sekali lagi membuat persiapan unutk majlis penutupan bagi program
tersebut. Setelah murid bersedia, pihak penganjur mula menjemput Guru Besar
untuk majlis tersebut. Oleh sebab Guru Besar mempunyai urusan yang perlu
diselesaikan dengan segera, beliau telah mewakilkan Penolong Kanan Ko-
Kurikulum, Puan Zaliha Binti Bakar bagi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah tersebut.
Dalam majlis yang ringkas tersebut, penyampaian hadiah dan sesi bergambar
telah dilakukan. Berikut adalah keputusan rasmi bagi Program Riang Ria Matematik
Tahun 6 yang telah disahkan oleh Ketua Juri, Puan Nurhidayati Binti Daud.
Kedudukan Kumpulan
Pertama Kuning
Kedua Putih
Ketiga Merah
Keempat Oren
Kelima Biru
Keenam Hijau
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
7/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Di bawah ini pula adalah gambar-gambar sepanjang majlis penutupan dan
juga gambar-gambar peserta bersama-sama fasilitator yang terlibat.
Rajah 8 Sesi bergambar bersama dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan
Zaliha Bt Bakar dan barisan-barisan fasilitator, Cik Samai Empera Lee, Cik Nur
Hanisah Bt Sarkawi, Puan Nurhidayati Binti Daud, Cik Rahmat Binti Jen dan Puan
Hajiah Binti Jas
Setelah selesai sesi bergambar bersama dengan para jemputan dan
fasilitator, aktiviti permbersihan dan menyusun kembali dewan dalam keadaan asal
dilakukan bersama-sama dengan peserta dan dibantu oleh para fasilitator.
Rajah 9 Sesi pembersihan bersama-sama peserta
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
8/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Setelah itu, post mortem telah dijalankan dengan mengedarkan borang
pemantauan keberkesanan program kepada para fasilitator dan juga kepada murid.
Selain itu, perbincangan dengan mentor juga telah diadakan. Tujuanpost mortem ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan juga
penambahbaikan terhadap projek ini agar perlaksanaannya pada masa hadapan
dapat berjalan dengan lebih lancar.
REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti:
Daripada perlaksanaan dan post mortem terhadap projek ini, terdapat
beberapa kekuatan yang boleh diperhatikan. Kekuatan utama projek ini adalah
dari segi pengurusan pihak penganjur yang cekap dan proaktif. Daripada hasil
post mortem yang dijalankan menunjukkan kebanyakan fasilitator dan peserta
memberikan komen positif terhadap pengurusan secara keseluruhan dari segi
persediaan program, pelaksanaan permainan, tempat dan kemudahan dan
kemahiran pegawai yang bertanggungjawab. Kekuatan pengurusan yang baik ini
membolehkan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kekuatan seterusnya yang boleh didapati adalah dari segi peruntukan
kewangan. Peruntukan kewangan yang dibekalkan oleh Panitia Matematik
memudahkan pihak kami untuk mendapatkan hadiah dan membeli barangan
keperluan yang diperlukan.
Malah, kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekolah juga merupakan
salah satu kekuatan projek ini. Kemudahan seperti ICT, kerusi meja, alat-alat dari
makmal Sains dan dewan yang luas sangat membantu pihak penganjur untuk
melaksanakan program tanpa sebarang kekangan dan halangan.
Selain itu, kerjasama daripada pihak kakitangan sekolah juga banyak
membantu pihak penganjur dalam perlaksanaan program ini. Sumbangan tenaga
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
9/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
yang diberikan oleh para guru iaitu daripada Guru Besar sehinggalah kepada
para fasilitator sangatlah memberikan bantuan yang berguna kepada kami. Pihak
kakitangan sokongan sekolah juga banyak membantu kami iaitu Encik Asrul,
Encik Saifuddin dan Encik Amin juga membantu kami dalam segala urusan
seperti peminjaman peralatan sehinggalah kepada penempahan hadiah.
Penglibatan pembekal luar juga merupakan satu kelebihan bagi projek ini.
Dengan kerjasama yang baik dan pengurusan yang cekap antara kedua-dua
belah pihak, barangan hadiah dapat dihantar tepat pasa masa yang dinginkan.
Selain itu, penglibatan murid yang aktif dan berdisiplin juga memberikan
kelebihan kepada pihak penganjur dalam melaksanakan program ini dengan
baik. Aktiviti ini dijalankan pada masa persekolahan dengan kelulusan Guru
Besar memberikan kesan yang positif kerana semua murid Tahun 6 dapat
melibatkan diri dan kehadiran 100% oleh semua murid. Sekiranya aktiviti
dijalankan pada waktu petang, kemungkinan besar, banyak murid tidak dapat
melibatkan diri dalam program tersebut.
Bukan itu sahaja, pengisian aktiviti yang bersesuaian juga merupakan
kekuatan projek ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja berkaitan
dengan pembelajaran murid-murid di dalam kelas, bahkan juga menerapkan
unsur kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara tidak langsung.
Penerapan elemen kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah ini adalah
sangat berguna kepada murid-murid kerana ianya akan menarik minat murid
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
2) Kelemahan Projek/Aktiviti:
Antara kelemahan projek ini adalah dari segi kekangan masa. Oleh sebab
masa yang terhad, pengisian aktiviti menjadi sangat terhad dan sedikit.
Kekangan ini mungkin dapat diatasi sekiranya masa yang banyak untuk
melaksanakan projek ini dengan sebaik mungkin.
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
10/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Selain itu juga, slot seperti sesi refleksi ataupun sesi nyanyian dalam aktiviti
ataupun penutup aktiviti tidak disertakan. Sebaik-baiknya, sesi refleksi dan sesi
nyanyian ataupun bermain boleh dilakukan pada penghujung mana-mana slot
aktiviti. Sesi refleksi adalah penting untuk mendapatkan output daripada peserta
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan secara langsung pada masa tersebut.
Sesi nyanyian pula adalah untuk menambah motivasi murid untuk mengikuti
program dengan sebaik mungkin.
Satu lagi kelemahan projek pada hari tersebut ialah dari segi paparan skrinLCD yang kurang jelas pada dinding dewan. Sememangnya ianya adalah satu
kelemahan yang ketara dan pihak penganjur tidak mengambil inisiatif untuk
melakukan sesuatu terhadap perkara tersebut. Hal ini adalah disebabkan
kelewatan peminjaman LCD kerana digunakan oleh guru Bahasa Inggeris untuk
bengkel pada hari tersebut. Oleh sebab kesuntukan masa, pihak pengajur terus
memulakan program dan tidak sempat mengambil langkah penyelesaian dengan
segera terhadap perkara tersebut.
Selain itu, daripada pandangan para fasilitator juga, penglibatan murid
yang sedikit sahaja iaitu hanya melibatkan murid-murid Tahun 6. Penglibatan
murid yang lebih ramai akan memeriahkan lagi suasana dan mereka akan dapat
mempelajari antara satu sama lain pada masa program dijalankan.
Malah, kelemahan program pada hari tersebut ialah, tiada penggunaan
Carta Markah. Ketiadaan Carta Markah telah menunjukkan kumpulan seolah-
olah hilang semangat untuk bersaing bagi memenangi aktiviti tersebut. Sekiranya
Carta Markah digunakan, kemungkinan besar murid akan sentiasa bersaing
untuk memenangi permainan tersebut.
Bukan itu sahaja, penglibatan guru yang agak terhad menyukarkan projek
berjalan dengan baik. Terdapat guru Matematik yang tidak dapat terlibat kerana
mempunyai sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Hal ini telah
menggangu guru lain untuk membantu dalam projek tersebut.
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
11/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil untuk
penambahbaikan projek pada masa akan datang ialah:
1. Penglibatan murid yang lebih banyak seperti melibatkan murid-murid tahun 4
sehingga tahun 6. Penglibatan murid yang lebih banyak akan memeriahkan
lagi aktiviti tersebut. Namun begitu, bilangan ahli dalam kumpulan perlu
dikurangkan bagi mengelakkan ahli kumpulan yang tidak melibatkan diri
secara aktif sepanjang program dijalankan.
2. Peruntukan masa untuk aktiviti boleh dipanjangkan. Peruntukan masa yang
panjang akan dapat menambah bilangan aktiviti untuk dijalankan pada masa
tersebut.
3. Pengisian slot refleksi dan aktiviti nyanyian dan permainan kecil boleh
ditambah. Sesi refleksi adalah penting agar peserta dapat meluahkanmengenai pengalaman mereka bersama-sama kawan-kawan mereka.
Manakala aktiviti nyanyian dan permainan kecil akan dapat meningkatkan
motivasi mereka dari awal program sehingga ke akhir program.
4. Penganjur harus jangan memandang remeh terhadap perkara yang kecil
seperti masalah paparan LCD tersebut. Pihak penganjur perlu peka dan
gunakan sedikit masa untuk mengatasi masalah-masalah seperti sedemikian
kerana ianya akan menyukarkan peserta untuk bermain.
5. Tambahkan penggunaan Carta Markah pada masa pertandingan.
Penggunaan Carta Markah akan meningkatkan motivasi peserta untuk terus
bersaing untuk memenangi pertandingan.
6. Peserta juga meminta agar kemudahan kerusi disediakan ketika permainan
Station Game. Hal ini adalah memudahkan mereka untuk berbincang.
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
12/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjalan dengan lancar.
Program ini berjaya menarik minat murid dan murid terlibat dengan aktif sepanjang
program dijalankan. Program ini juga telah dapat membantu murid untuk
bekerjasama dan berdaya saing dalam menyelesaikan soalan yang diajukan kepada
mereka. Kami dari pihak penganjur berpuas hati dengan perjalanan projek yang
lancar dan mengikut perancangan yang telah dilakukan dan bantuan daripada
semua pihak yang terlibat. Melalui projek ini, diharap agar semua murid mendapatinput yang berguna dan dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka
kelak. Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan
datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Tuhan Yang Maha Esa dan
apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.
Disediakan oleh,
_________________________________
(KELVIN ANDREAS ANAK APAW)
Pengerusi Program Riang Ria Matematik Tahun 6
Guru Pelatih Internship,
IPG Kampus Sarawak.
Disemak Oleh,
_________________________________
(RAHMAT BINTI JEN)
Penasihat Program Riang Ria Matematik Tahun 6
Mentor Internship,
SK Bekenu, Subis
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
13/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Disahkan oleh,
_________________________________
(DAYANGKU ASSHIAH BINTI AWANGKU MANSOR)
Penaung Program Riang Ria Matematik Tahun 6
Guru Besar,
SK Bekenu, Subis
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
14/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Persiapan Awal Dewan
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
15/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Sesi Taklimat
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
16/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Station Game
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
17/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Brain Challenge
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
18/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Penyampaian Hadiah
7/30/2019 Laporan Perlaksanaan Intership - Prrmt6
19/19
PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BEKENU, SUBIS
Galeri Program
Sesi Bergambar Bersama PK Kokurikulum dan Para Fasilitator