AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH
Tarikh : 5 Oktober 2012
Masa : 5.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Tapak perkhemahan
Peralatan Perkhemahan
Terdapat beberapa jenis khemah yang popular digunakan ketika
perkhemahan antaranya jenis Ground Sheet dan Fly sheet. Untuk perkhemahan di
sekolah kami telah memilih menggunakan khemah jenis Ground Sheet di mana
sesuai dengan faktor persekitaran dan peserta.
Dari segi jumlah peserta pula adalah berbeza mengikut saiz khemah kerana
terdapat khemah yang besar dan juga khemah yang kecil. Sebuah khemah yang
kecil kami menempatkan seramai empat orang dan yang besar sedikit pula enam
orang.
Sebanyak dua puluh empat khemah yang telah pihak sekolah sediakan untuk
peserta – peserta menginap di dalam khemah sepanjang perkhemahan. Pihak
sekolah terpaksa meminjam dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasek bagi menampung
kekurangan khemah kerana terdapat khemah yang telah rosak.
Keluasan Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian
murid perempuan dan satu bahagian murid lelaki. Keluasan bagi tapak
perkhemahan murid perempuan ialah 150 kaki panjang x 25 kaki lebar. Manakala
bagi keluasan tapak perkhemahan murid lelaki pula ialah 45 kaki panjang x 30 kaki
lebar. Ini kerana jumlah peserta perempuan lebih ramai berbanding dengan peserta
lelaki. Tempat murid perempuan pula di tengah bangunan sekolah manakala tapak
peserta lelaki di tepi padang sekolah.
Tapak Perkhemahan Peserta Lelaki
Tapak Perkhemahan Peserta Perempuan
Taklimat Perkhemahan
Semua peserta – peserta perkhemahan diberi taklimat dan penerangan
berkaitan dengan perkhemahan sebelum bermulanya aktiviti perkhemahan. Taklimat
diberikan oleh Kem Komanden iaitu Jurulatih Rashidi secara menyeluruh berkaitan
dengan aspek keselamatan dan juga perkemahan. Taklimat berkaitan dengan
keperluan kelengkapan yang perlu dibawa pada hari perkhemahan dan juga senarai
ahli kumpulan diberi oleh pemimpin badan uniform masing – masing iaitu Jurulatih
Hazatul Nasra pemimpin Pengakap. Jurulatih Tan Yeit Fong pemimpin Persatuan
Bulan Sabit Merah , Jurulatih Norasyidah Puteri Islam dan juga Jurulatih Rosma
pemimpin Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Taklimat ini dijalankan beberapa hari sebelum perkhemahan .
Pemilihan Tapak
Sebelum berlangsungnya aktiviti perkhemahan mesyuarat jawatankuasa telah
diadakan bagi melicinkan lagi aktiviti dengan pengagihan tugas serta
membincangkan aktiviti serta permasalahan yang timbul.
Perkara yang paling penting diberi perhatian ialah pemilihan tapak
perkhemahan . Perkhemahan dijalankan di dalam kawasan sekolah maka tiada
masalah untuk memikirkan aspek logistik kerana kesemua kemudahan prasarana
terdapat di dalam kawasan sekolah iaitu sumber air, bekalan elektrik dan
kemudahan lain. Cuma diberi penekanan tapak untuk mendirikan khemah mengikut
aspek keselamatan.
Pemilihan tapak dijalankan oleh tiga orang Jurulatih iaitu Encik Zaini selaku
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Rashidi Kem Komanden dan Tuan Haji
Imtiaz. Hasil Penelitian dan perbincangan bersama serta menerima pendapat semua
guru maka keputusan telah diambil iaitu memilih tapak perkhemahan di bangunan
baru sekolah. Ini kerana kawasannya yang agak sesuai dan berdekatan dengan
sumber air dan juga kemudahan elektrik di samping bukan kawasan yang mudah
banjir serta bebas dari ancaman binatang seperti ular dan juga babi hutan yang
pernah dilihat tersesat dalam kawasan sekolah. Hal ini berlaku akibat persekitaran
kawasan sekolah yang dikelilingi dengan kawasan semak atau tanah persendirian
yang tidak diuruskan dengan baik.
Mendirikan Khemah
Pada hari perkhemahan setelah selesai sesi pendaftaran , taklimat kepada
peserta dan juga acara ‘Ice Breaking’ peserta – peserta diminta mendirikan solat
Asar terlebih dahulu secara berjemaah di surau sekolah sebelum sesi mendirikan
khemah dijalankan.
Setiap kumpulan peserta perkhemahan diberi sebuah khemah dan
dikehendaki bekerjasama memasangnya. Sebelum itu sesi demonstrasi ditunjukkan
oleh Jurulatih Hazatul Nasra dan Jurulatih Zetti Azura iaitu tunjuk cara pembinaan
khemah kepada semua peserta.
Walaupun khemah yang digunakan pada masa sekarang adalah jenis yang
mudah namun masih terdapat peserta yang kurang mahir dalam pembinaan
khemah. Ini mungkin faktor bagi peserta tahun empat yang baru didedahkan dengan
aktiviti perkhemahan dan juga tiada pengalaman dalam mengendalikan khemah.
Masalah yang timbul tidak begitu banyak namun hasil dari bimbingan dan
kerjasama semua jurulatih yang hadir masalah tersebut dapat di atasi dengan baik.
Pengalaman peserta yang terlibat dengan perkhemahan sebelum ini juga banyak
membantu para peserta yang lain untuk mendirikan khemah.
Kedudukan khemah peserta perempuan diletakkan secara berhadapan
antara khemah yang lain manakala khemah peserta lelaki diletakkan sebaris juga
menghadap pintu khemah.
Kebersihan Khemah
Aspek kebersihan amat dititik beratkan dalam aktiviti perkhemahan agar tidak
menarik perhatian haiwan untuk datang menghinggap kawasan perkhemahan. Ini
kerana jika kebersihan kurang dititik beratkan Contohnya jika bekas sisa makanan
tidak diselenggara dengan baik maka serangga seperti lalat mudah datang. Bau
yang kurang enak juga akan berlaku ekoran dari sistem kebersihan sampah yang
tidak diselenggara dengan baik.
Maka dengan itu pihak urus setia telah memastikan jumlah tong sampah yang
disediakan mencukupi dengan meletakkan plastik hitam agar mudah sampah
tersebut dibuang. Kebersihan khemah juga dipastikan dengan memastikan peserta
perkhemahan mengemas khemah masing – masing iaitu dengan meletakkan
pakaian dan juga barang – barang dengan kemas serta menyusun beg – beg.
Pengudaraan yang baik juga memastikan kebersihan khemah iaitu
mengelakkan bau masam dari dalam khemah. Jadi semua khemah perlu dibuka
pintu bagi memastikan pencahayaan masuk dan udara yang tidak enak dikeluarkan.
Keselamatan
Aktivit perkhemahan tidak kurang juga akan berlaku risiko bahaya. Maka
dengan itu aspek keselamatan amat dititik beratkan ketika menjalankan aktiviti
perkhemahan. Pihak urus setia telah memastikan akan kemudahan elektrik untuk
cahaya lampu digunakan pada waktu malam. Memastikan tapak perkhemahan tidak
mudah dicerobohi oleh binatang berbisa seperti ular dengan menabur belerang di
setia khemah.
Tanggungjawab keselamatan menjaga peserta adalah di bawah tanggung
jawab urus setia maka dengan itu pihak urus setia telah memastikan ada Jurulatih
lelaki dan Jurulatih perempuan yang akan bertugas menjaga peserta pada waktu
malam untuk kemungkinan kes – kes kecemasan. Kami juga memastikan peserta
atau orang luar tidak bebas keluar masuk ke dalam kawasan perkhemahan.
Hasil daripada aktiviti ini :
Pesert dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dengan betul. Selain itu,
nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan tolong menolong dapat dipupuk.
Gambar – gambar sepanjang aktiviti mendirikan khemah.
Khemah yang hampir siap didirikan.
Kerjasama ahli pasukan dalam menyiapkan khemah masing – masing.
Khemah yang telah siap dipasang.
Jurulatih – jurulatih tidak lokek menghulurkan pertolongan dan tunjuk ajar
kepada peserta perkhemahan.
Tapak perkhemahan peserta lelaki
Menabur belerang di sekeliling khemah untuk menghindari binatang berbisa.
Tidak sabar untuk mengemaskan barang – barang peribadi ke dalam khemah.
Wajah – wajah kepenatan dan kepuasan.
Wajah puas dan bangga seorang jurulatih yang melihat hasil khemah pesertanya.
Pintu khemah perlu dibuka untuk memastikan sistem pengudaraan dan pencahayaan bebas keluar masuk supaya dapat menyah bau yang kurang enak.
Lawatan Pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Bersempena dengan Bina Insan Guru bagi guru – guru yang mengikuti program Pensiswazahan Guru pada hari perkhemahan itu juga seorang pensyarah dari Unit kokurikulum telah datang untuk memantau perjalan aktiviti perkhemahan ini. Pensyarah terbabit ialah Encik Mat. Salleh b. Mad Zain
Encik Mat Salleh dibawa melawat tapak perkhemahan oleh Kem Komanden Encik Ahmad Rashidi .
Break Camp
Perkhemahan dijalankan selama dua hari satu malam. Bermula pada petang
Jumaat iaitu 05. 10.2012 dan berakhir pada petang Sabtu 06.10.2012. Selepas
selesai aktiviti yang terakhir pada petang itu iaitu Membina Model Kraft sebelum
majlis penutup diadakan semua peserta dikehendaki ke tapak perkhemahan untuk
meruntuhkan kembali khemah mereka seterusnya membersihkan tapak
perkhemahan.
Kerjasama semua peserta adalah amat baik kerana mereka bersama – sama
mengemaskan dan membersihkan tapak perkhemahan. Guru – guru turut bersama
memantau dan memastikan tapak perkhemahan berada di dalam kawasan yang
bersih. Peralatan khemah juga dipastikan mencukupi ketika hendak menyimpannya
ke dalam beg khemah tersebut oleh guru.
Kebersihan Tapak Perkhemahan
Semua peserta perkhemahan bergotong royong membersihkan kawasan
perkhemahan dengan memastikan tiada sisa sampah sarap yang tinggal. Jurulatih
juga memastikan bilik – bilik air yang digunakan ditinggalkan dalam keadaan bersih
dan tiada barang – barang peribadi peserta yang tertinggal. Jurulatih turut
memastikan tong – tong sampah digunakan dengan sebaiknya.
Aktiviti Meruntuhkan Khemah
Baru semalam mendirikan hari ini terpaksa pula meruntuhkannya. Sedihnya rasa hati kerana tidak puas berkhemah.
Kerjasama ahli kumpulan diperlukan sekali lagi untuk meruntuhkan khemah dan menyimpannya kembali dalam keadaan kemas dan mencukupi alatannya agar tidak mendatangkan masalah untuk orang lain menggunakannya pula nanti.
Recommended