LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 3, FASA 5, ELEMEN BEGKEL CERAMAH
KALI PERTAMA.
09 OKTOBER 2015 (JUMAAT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS TUANKU BAINUN,14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG
ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT
1 KERTAS KERJA
2 MINIT MESYUARAT
3 MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
4 MINIT MESYUARAT KALI KEDUA
5 MINIT MESYUARAT KALI KETIGA
6 LAPORAN JAWATANKUASA
7 LAPORAN SETIAUSAHA
8 LAPORAN BENDAHARI/ KEWANGAN
9 LAPORAN DOKUMENTASI
10 LAPORAN MAKANAN / MINUMAN
11 LAPORAN CENDERAHATI/ SIJIL
12 LAPORAN KESELAMATAN
13 LAPORAN KESIHATAN
14 LAPORAN PROTKOL
15 LAPORAN BUKU PROGRAM
16 LAPORAN SIAR RAYA
17 LAPORAN PENGACARA MAJLIS
18 LAPORAN PENDAFTARAN
19 LAPORAN JEMPUTAN
20 LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN SETIAUSAHA
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Alhamdulillah dan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberi
kesempatan ruang dan kelapangan waktu sehingga tamatnya Program Bina Insan Guru
(BIG) Siri 3, Fasa 5 iaitu Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan” seperti
yang telah dirancang. Menjadi lumrah, setiap yang dirancang pasti ada halangan dan
cabaran yang akan direntangi. Berkat kerjasama dari semua pihak dan usaha yang
berterusan, kejayaan menganjurkan program ini telah memperlihatkan nilai kerjasama
dan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap guru pelatih yang terlibat.
Program BIG telah diadakan di Dewan Kuliah Tan Seri Murad @ Dewan Kuliah
C, IPG Kampus Tuanku Bainun pada 9 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat. Program
ini disertai oleh guru-guru pelatih Semester 5, Ambilan Jun 2012. Seramai 48 orang
guru petalih menyertai lawatan ini yang terdiri daripada 15 orang guru pelatih dari
kumpulan Pengajian Melayu, 14 orang guru pelatih dari kumpulan Pengajian Muzik, dan
20 orang guru pelatih daripada kumpulan Pengajian Tamil. Tujuan program bengkel
ceramah ini diadakan adalah untuk melengkapi keperluan kursus seperti yang terdapat
pada proforma struktur pelaksanaan program BIG.
Pada mesyuarat yang pertama, saya telah dilantik sebagai Setiausaha.
Perlantikan ini telah disokong sebulat suara oleh semua guru pelatih yang terlibat.
Tugas pertama saya ialah mencatat minit mesyuarat dan segala perkara yang
dibincangkan. Antara perkara yang dibincangkan ialah perlantikan AJK Induk dan AJK
Kecil yang bertindak sebagai tulang belakang kepada kelancaran program ini kelak.
Pengerusi Program BIG iaitu Jayasree a/p Murgiah telah menerangkan bidang tugas
kepada setiap AJK. Selain itu, penetapan tarikh dan hari, juga masa untuk pelaksanaan
program ini juga turut dibincangkan. Amat sukar untuk membuat penetapan tarikh dan
hari yang sesuai kerana banyak aktiviti lain yang perlu dilaksanakan dalam masa yang
sama. Walau bagaimanapun, satu tarikh telah dipilih sebagai ketetapan pelaksanaan
program ceramah BIG ini.
Kemudian, bermula tugas saya untuk merangka dan membina sebuah penulisan
kertas kerja untuk memohon kebenaran dan sokongan pihak pentadbiran IPGKTB
untuk melaksanakan program ceramah BIG. Setelah selesai menyediakan kertas kerja,
saya telah menghantar dan disemak oleh Penyelaras Program BIG, iaitu Encik Azman
bin Abdul Razak. Setelah selesai mendapatkan kebenaran dan sokongan daripada
pihak-pihak yang berkenaan, saya dan Pengerusi BIG mula mencari tempat yang
sesuai untuk mengadakan bengkel ceramah.
Mesyuarat kedua diadakan di Kafe IPGKTB yang melibatkan semua Ketua AJK
Kecil. Menerusi mesyuarat kedua ini, setiap Ketua AJK diminta untuk menerangkan
perkembangan tugas masing-masing. Umumnya, setiap Ketua AJK memahami bidang
tugas mereka dan telah melaksanakannya hampir 70%. Pada mesyuarat kedua ini juga,
Bendahari iaitu Agila a/p Sarkunan telah memaklumkan bahawa akan membuat kutipan
sebanyak RM1 untuk perbelanjaan program BIG seperti peruntukan hadiah dan bahan
keperluan yang diperlukan untuk melengkapkan proses pendokumentasian. Semua
Ketua AJK telah bersetuju dengan jumlah kutipan tersebut.
Seterusnya, saya bersama Naib Pengerusi iaitu Yogeswary a/p Ramuchandran
telah meminta pandangan mentor iaitu, Encik Rosnan bin Mahmood Zahidin berkenaan
penceramah yang berkaliber dan sesuai dipilih berdasarkan tajuk ceramah yang telah
disenaraikan. Kami berhadapan dengan cabaran yang besar untuk membuat keputusan
dan pilihan yang tepat berkenaan penceramah tersebut. Daripada seorang individu,
beralih ke seorang individu, akhirnya kami berjaya mencari penceramah yang hebat
dan berkaliber iaitu Kaunselor Pelajar IPGKTB iaitu Encik Mohd Naufal bin Azid@Aziz.
Beberapa siri perjumpaan dan perbincangan dilakukan bersama beliausebagai langkah
persediaan untuk menjayakan program bengkel ceramah ini.
Mesyuarat ketiga diadakan di Bilik Kuliah, Unit Kokurikulum dengan dihadiri oleh
AJK Induk dan semua AJK Kecil. Mesyuarat turut disertai oleh Penyelaras BIG yang
bertindak sebagai pemantau dan pembimbing untuk program BIG ini. Pada mesyuarat
ini, Pengerusi BIG telah menerangkan perjalanan penuh program bengkel ceramah
supaya tiada seorang pun guru pelatih yang terlepas pandang maklumat yang
disampaikan. Malah, Ketua AJK Kecil juga membentangkan bidang tugas masing-
masing menjelang saat-saat akhir program bengkel ceramah yang akan diadakan.
Penyelaras BIG dan Pengerusi BIG sangat berpuas hati dengan perkembangan laporan
yang memberangsangkan daripada semua Ketua AJK Kecil.
Naib Pengerusi BIG telah mengumumkan bahawa bengkel ceramah ini akan
diadakan di IPGKTB sahaja iaitu di Dewan Tan Sri Murad @ Dewan Kuliah C yang
berada di Blok C pada Tingkat 4. Beliau juga mengingatkan bahawa semua guru pelatih
yang terlibat perlu mematuhi etika pemakaian yang diwajibkan oleh pihak IPGM. Malah,
faktor ketetapan masa juga turut dititikberatkan agar guru pelatih tidak mengganggu
kelancaran program bengkel ceramah itu nanti. Kehadiran guru pelatih adalah satu
kewajipan sebagai salah satu syarat yang melayakkan seseorang guru pelatih itu boleh
menamatkan pengajian di IPGM dengan jayanya. Oleh itu, semua guru pelatih wajib
untuk membuat pendaftaran bagi membuktikan kehadirannya di program bengkel
ceramah tersebut.
Selain dihadiri oleh guru pelatih, saya juga turut menjemput mentor kumpulan
Pengajian Melayu iaitu Encik Rosnan bin Mahmood Zahidin, mentor kumpulan
Pengajian Muzik iaitu Dr.Punitha a/p Muniandy @ Karthigesoo, dan mentor kumpulan
Pengajian Tamil iaitu Encik Maniyarasan a/l Muniandy untuk turut sama menyertai
bengkel ceramah ini.
Tepat pukul 3.00 petang, penceramah tiba dan majlis pun bermula. Penceramah
memulakan sesinya dengan penggunaan peralatan ICT seperti tayangan slide, gambar,
dan video. Ternyata, kami mudah memahami isi penyampaian ceramah beliau yang
ringkas tapi padat dengan maklumat dan informasi yang berguna. Beliau juga bijak
berinteraksi dengan pendengar dengan soalan-soalan yang santai dan menjawab
segala pertanyaan dengan yakin dan bukti yang kukuh dan berfakta. Tanpa disedari,
waktu bengkel ceramah telah tiba di penghujungnya. Penceramah sempat menjemput
kami untuk berbincang dengannya tentang pelbagai kekeliruan yang mungkin timbul.
Sebagai seorang kaunselor, beliau menegaskan bahawa kerahsiaan menjadi
keutamaan dalam sesi kaunseling. Ini adalah bagi mengurangkan kebimbangan dalam
diri guru pelatih untuk berbincang dengan kaunselor.
Majlis Penutup disempurnakan tepat jam 5.00 petang. Majlis dimulai dengan
Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi BIG. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah diberikan
kepada penceramah dan mentor-mentor yang terlibat. Jamuan ringkas diadakan
sebelum semua guru pelatih bersurai. Sebelum meninggalkan Dewan Tan Sri Murad,
semua guru pelatih bersama-sama membersihkan dewan dan menyusun peralatan
yang digunakan seperti sedia kala.
Akhirnya, tamatlah sudah Program BIG, Siri 3 Fasa 5, Elemen Begkel Ceramah
“Pengurusan Pendidikan”. Kerjsama daripada semua pihak terutamanya pihak
pengurusan, Ketua Jabatan Unit Kokurikulum, Penyelaras BIG, Pensyarah-pensyarah
Unit Kokurikulum, mentor-mentor setiap kumpulan, dan semua guru pelatih Semester 5,
Ambilan Jun 2013 amat dihargai dan disanjung ini sehingga berjaya menjayakan
program ini.
Sekian. Terima Kasih.
Disediakan oleh :
........................................
(FARHANA BINTI MD.ZIN)
Setiausaha
Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN BELANJAWAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Debit (RM) Kredit (RM)Tunai 48.00 Cenderahati 28.00
48.00 20.00
Disediakan oleh,
........................................
AGILA A/P SARKUNAN BendahariProgram Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASIPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5
ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Segala puji dan syukur Program Bina Insan Guru Elemen Ceramah Pengurusan
Pendidikan telah dilaksanakan dengan baik. Saya dan seramai 7 orang rakan telah
dilantik sebagai AJK dokumentasi. Sebelum program dilaksanakan, perbincangan
tentang tugas-tugas pendokumentasian ini diagihkan kepada setiap ahli. Setiap ahli
tahu tugas mereka masing-masing. Dengan ini, kami melakukan tugas dengan
kerjasama dan bersatu bagi melancarkan tugas pendokumentasian ini.
Semasa program berlangsung semua AJK mengambil peranan masing-masing.
Gambar-gambar telah dirakamkan sepanjang program ceramah tersebut dijalankan.
Gambar-gambar ini telah disimpan untuk tujuan pendokumentasian seterusnya.
Setelah selesai program, kami memberi sedikit taklimat kepada semua peserta
program tentang laporan-laporan yang setiap AJK perlu hantar untuk tujuan
pendokumentasian. Bagi memudahkan proses ini, kami meminta setiap AJK
menghantar laporan melalui email yang telah disediakan.
Proses pengumpulan bahan dokumentasi ini menjadi mudah kerana dilakukan
oleh semua AJK Dokumentasi. Setelah siap proses pengumpulan tersebut, kami telah
mencetak kesemua laporan-laporan tersebut dan difailkan dengan lengkap.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
........................................
(NOOR ERMIZZA BINTI SHAFIE)Setiausaha Jawatankuasa Dokumentasi
Program Bina Insan GuruElemen Ceramah Pengurusan Pendidikan5PISMP (PM, MU, PT) Ambilan Jun 2013
LAPORAN AJK MAKANAN DAN MINUMANPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5
ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Tugas-tugas sebelum program:
Program ini merupakan salah satu Bangkel ceramah iaitu program Bina Insan Guru
siri 3, Fasa 5 2015. Melalui program ini, guru-guru pelatih dapat memperoleh
pengetahuan dan pengalaman penganjuran sesuatu program. Tambahan pula, guru
pelatih dapat memenuhi struktur pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG). Ia juga
akan membawa kearah pembinaan dan pembentukan guru-guru yang mempunyai
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang
tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Sebelum bermulanya Program Bina Insan Guru iaitu Bangkel Ceramah yang
bertajuk Pengurusan Pendidikan, pensyarah telah memaklumkan kepada kami bahawa
minum petang akan ditaja oleh pihak penganjur. Jadi saya sebagai ahli jawatankuasa
makanan dan minuman, telah saya rancang terlebih dahulu untuk merancang
perbelanjaan bagi makanan hari tesebut. Saya juga telah merancang untuk
menyediakan minuman sepanjang program itu. Pada masa yang sama kami juga telah
menyediakan makanan kepada pensyarah-pensyarah kami.
Tugas-tugas semasa program:
Sepanjang Program Bina Insan Guru iaitu Bangkel ceramah Pengurusan
Pendidikan, tersebut makanan telah disediakan sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Kami telah memberikan komitmen yang baik dan memuaskan sepanjang program
berlangsung. Tugas saya adalah mengagihkan makanan kepada semua guru pelatih
dan memastikan semua guru pelatih mendapat makanan yang telah disediakan. Selain
itu, kami juga menyediakan tempat dan ruang makan guru pelatih serta memastikan
tempat tersebut dalam keadaan bersih sebelum dan selepas makan. Makanan bagi
pensyarah pula disediakan di dalam bilik vip.
Tugas-tugas selepas program:
Namun semua masalah yang timbul dapat diatasi dengan baik, dan ahli
jawatankuasa telah melaksanakan tugas dengan baik dan lancar. Kesilapan yang
timbul akan kami jadikan sebagai sandaran untuk penambahbaikan dalam tugas AJK
makanan dengan lebih baik di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh;
……………………………………………………………………
(THEVANDIRAN A/L SELVARAJAH)
Ketua AJK Makanan
Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN CENDERAHATI DAN HADIAHPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5
ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Jawatankuasa cenderahati dan hadiah bagi BIG Siri 5, Fasa 5 Elemen Ceramah
Tahun 2015 telah ditubuhkan pada mesyuarat kali pertama diadakan di bilik kantin
IPGKTB. Empat orang telah dipilih sebagai jawatankuasa cenderahati dan hadiah iaitu
saya sendiri Punitha Regunathan, Nurul Hana Binti Rosele, Gunesvari Balakrishnan
dan Pavithara Tamil Silvam. Pada mesyuarat tersebut, satu gambaran ringkas
mengenai bidang tugas jawatankuasa cenderahati dan hadiah tempat diberikan. Bidang
tugas utama tugas jawatankuasa cenderahati dan hadiah adalah menentukan
cenderahati dan hadiah yang sesuai kepada pensyarah yang memberi ceramah, tiga
orang mento dan penyelaras BIG.
Bidang tugas utama tugas jawatankuasa cernderhati dan hadiah adalah untuk
menyediakan cenderahati dan hadiah. Program ini berlagsung selama tiga jam. Kami
telah berbincang dengan jawatankuasa tertinggi berkaitan bajet perbelanjaan yang
wajar bagi menyediakan cenderhati dan hadiah. Kami sebulat suara telah menentukan
untuk memberikan Coffee Dispenser kepada pensyarah yang memberikan ceramah
dan bekas kaca kepada tiga orang mento dan penyelaras BIG pada hari tersebut.
Pada hari program, dari pagi lagi kami membuat persediaan awal untuk
memastikan program berjalan dengan lancar. Pada sebelah pagi, kami juga telah
meminjam dulang dari pihak pentadbiran bagi sesi penyampaian cenderahati dan
hadiah. Selepas program ini, kami memastikan sesi penyampaian cenderahati dan
hadiah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Kami telah memulangkan
dulang kepada pihak pentadbiran pada hari yang berikutnya.
Laporan Disediakan Oleh :
……………………………..
PUNITHA REGUNATHANKetua Cenderahati dan Hadiah
Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN BIRO BUKU PROGRAMPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5
ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Sebelum ProgramSalam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Shashikala A/P Kersinan
merupakan ahli jawatankuasa buku program bagi ceramah BIG ini. Pada mesyuarat
pertama induk, saya diberi maklumat mengenai ceramah BIG yang telah dilaksanakan
di Dewan Kuliah C. Bidang tugas utama biro buku program adalah mengatur program
mengikut masa yang ditetapkan iaitu pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Kemudian, saya juga berunding dengan pengarah projek iaitu saudari Jaya
Sree A/P Murugiah. Semasa perbincangan dengan saudari pengarah projek saya telah
mengambil catatan untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya diberi tugas untuk
menyediakan buku program yang perlu diberikan kepada tetamu-tetamu dan para guru
yang dijemput. Saya telah menyiapkan buku program dengan bantuan rakan-rakan
saya yang lain. Mereka, membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh saya
semasa menyediakan buku program ini.
Semasa ProgramPada petang tersebut, saya telah memberi buku program ceramah BIG kepada
tetamu-tetamu yang dijemput yang berlangsung seperti yang dinyatakan dalam buku
program.
Selepas ProgramAkhir sekali, saya dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menyediakan buku program.
Sekian. Terima kasih.
Laporan Disediakan Oleh :
…………………………………
(SHASHIKALA A/P KERSINAN)
AJK Buku Program
Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN AJK KEBERSIHAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Sebelum:
Pada Awal Bulan Oktober Saya serta dengan rakan-Rakan saya dari tiga Kelas
berlainan telah memilih Ahli Jawatankuasa Ajk Kebersihan Dan Keselamatan. Dengan itu,
kami telah membuat mesyuarat bagi membincangkan dan mengagihkan tugas untuk
tindakan seterusnya. Saya Paremeswari A/P Kaliappan diberi tugas sebagai ahli
jawatan kuasa kebersihan dan keselamatan.
Dalam agenda mesyuarat ini, saya diagihkan dan diberi tugas masing-masing
bagi melicinkan Program ceramah bina insan guru. Saya dikehendaki memantau
kebersihan semua tempat untuk semua aktiviti sepanjang program ini. Sehari sebelum
program saya juga meminjam peti kecemasan daripada unit Gerko bagi menjalankan
tugas sebagai ajk keselamatan.
Semasa:
Pada 7 Oktober 2015, saya ditugaskan untuk membersihkan dan menceriakan
bilik kuliah c dapat kelihatan yang cantik. Sepanjang program ini berlangsung, tempat
makan merupakan tempat utama untuk semua peserta berkumpul dan menjamu selera.
Secara keseluruhan, selepas semua peserta selesai makan, semua peserta
dikehendaki membuang sampah polisterin dalam plastik sampah yang disediakan oleh
ajk kebersihan. Setelah siap saya mengemaskan tempat tersebut dan tidak
meninggalkan sebarang sampah sarap di bilik kuliah C. Saya juga telah menyediakan
tempat membuang sampah semasa membuat kebersihanya.
Bagi tugasan sebagai ajk keselamatan saya dapat menyediakan peti kecemasan
untuk para peserta. Saya juga menjaga keselamatan para peserta supaya
mengelakkan kecederaan sepanjang program berlangsung.
Selepas:
Setelah program berlangsung, saya telah menjalankan tugas dengan mengutip
sampah yang terdapat di kawasan tersebut dan memastikan semuanya dalam
keadaan teratur. Saya juga memulangkan peti kecemasan yang saya telah pinjam
daripada unit Gerko
Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keadaan kebersihan Bilik Kuliah C.
Disediakan oleh,
____________________________
(PAREMESWARI A/P KALIAPPAN)
AJK Kebersihan Dan Keselamatan
Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN BIRO KESELAMATAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Tugas-tugas sebelum program:
Jawatankuasa Keselamatan Bina Insan Guru semester 5 telah ditubuhkan
dalam mesyuarat pertama. Dalam mesyuarat ini, kami diagihkan dan diberi tugas
masing-masing bagi melicinkan ceramah BIG semester 5 ini. Kami dikehendaki
menjaga keselamatan semua ahli sepanjang ceramah BIG ini berlangsung.
Tugas-tugas semasa program:
Pada 16 Oktober 2015 kami semua mengadakan ceramah ini di dewan kuliah C IPG
Kampus Tuanku Bainun. Kami ditugaskan untuk menjaga keselamatan para guru
pelatih. Pada hari tersebut saya dan rakan-rakan saya membawa peti kecemasan
bersama-sama dengan kami agar memberi pertolong serta merta. Ceramah ini tamat
kira-kira pukul 5 petang. Tiada sebarang kes yang menjejaskan keselamatan para guru
pelatih. .
Tugas-tugas selepas program:Akhir sekali, kami telah menyediakan laporan untuk makluman setiausaha. Selepas itu
saya memulangkan peti kecemasan ke unit setor. Secara keseluruhannya ceramah ini
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan keselamatan para guru pelatih
terjamin.
Disediakan oleh,
.....................................................
(UMADEVI A/P SANMUGAM)Ketua AJK Keselamatan Program Bina Insan Guru (Big) Siri 3, Fasa 5Elemen Bengkel Ceramah “Pengurusan Pendidikan”Semester 5, Ambilan Jun 2013.
LAPORAN AJK PROTOKOLPROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5
ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
SEBELUM
Pada 9 Oktober 2015 yang lalu, guru pelatih 5 PISMP telah menjalani program
BIna Insan Guru (BIG) fasa lima dengan menganjurkan sebuah ceramah yang
disampaikan oleh Encik Naufal dari unit Kaunseling Untuk menganjurkan ceramah ini,
para guru pelatih telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa
program. Berdasarkan keputusan mesyuarat, saya telah dilantik sebagai ahli
jawatankuasa protokol. Setelah selesai mesyuarat lantikan ahli jawatankuasa, AJK
protokol telah mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan kepada ahli.
Setelah itu perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi memastikan perlaksanaan
tugasan berjalan dengan lancar. Tugas AJK protokol yang pertama ialah menguruskan
majlis iaitu melantik pengerusi majlis, dan bacaan doa. Program berjalan dengan lancar
selari dengan catatan tentatif program yang telah dinyatakan di dalam buku program.
SEMASAMajlis bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Tugasan lain yang
dikendalikan oleh Biro Protokol dalam Program Bina Insan Guru Fasa 5 ini ialah
bertugas untuk menyambut penceramah jemputan semasa program dijalankan.
Sebagai penyambut tetamu kehormat, Biro Protokol harus memastikan terlebih dahulu
persiapan tempat yang disediakan khas untuk penceramah dan perkara-perkara lain
seperti cenderahati kepada penceramah. Oleh yang demikian, komunikasi dan
kerjasama dengan biro-biro lain seperti Biro Makanan dan Biro Tugas Khas amat
penting bagi memastikan tiada sebarang cacat cela yang timbul ketika penceramah
yang dijemput tiba ke tempat program tersebut.
SELEPASSetelah tamat program, kami telah berbincang untyk melihat kembali dari aspek
analisis SWOT bagi tugasan yang kami lakukan.
Disediakan oleh,
…………………………………..
(SITI NAZUHA BINTI JOHAR)
Ketua Ahli Jawatankuasa Protokol,
Program Bina Insan Guru Fasa 5 Siri Ceramah
5 PISMP Ambilan Jun 2013
LAPORAN BERGAMBAR
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3, FASA 5ELEMEN BENGKEL CERAMAH “PENGURUSAN PENDIDIKAN”
Ketibaan Penceramah jemputan Ucapan oleh Pengarah Projek
Pen
ceramah mengajukan soalan kepada peserta tentang peranan guru
Ucapan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’
Kupasan isi daripada tajuk yang menarik oleh penceramah
Majlis penyampaian cenderahati oleh Majlis penyampaian cenderahati oleh Dr. Punitha Muniandy @ Karthigasoo Pengarah Projek kepada Dr. Punitha kepada En. Mohd. Naufal Muniandy @ Karthigasoo
Agihan makanan oleh AJK Makanan kepada setiap peserta
MINIT MESYUARAT
KERTAS KERJA
LAPORAN SETIAUSAHA
LAPORAN BENDAHARI
LAPORAN DOKUMENTASI
LAPORAN MAKANAN / MINUMAN
LAPORAN CENDERAHATI
/ HADIAH
LAPORAN BUKU
PROGRAM
LAPORAN KEBERSIHAN
LAPORANKESELAMATAN
LAPORAN PROTOKOL
LAPORAN JEMPUTAN
LAPORAN PENGACARA
MAJLIS
LAPORAN BERGAMBAR