Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah
Mdm OngAkmal ArifZanjabella
Pentaksiran 1. Merupakan satu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang
individu.
2. Satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan.
Menurut Popham (2000) dalam pendidikan, proses pdp mustahil akan berlaku tanpa pentaksiran.
Sesi soal jawab juga akan melibatkan penilaian turut berlaku.
Lazimnya, guru akan mendapat maklumat ini melalui pengujian dan
penilaian.
Konsep Asas
PENGUJIAN
Merupakan satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajaran.
PENILAIAN
Suatu proses atau sistem meliputi aktiviti-aktiviti:
mengumpul maklumat tentang stratergi dan
aktiviti pdp, membuat analisis dan keputusan
serta mengambil tindakan sewajarnya.
PENGUKURAN
• Suatu proses atau sistem yang digunakan
untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda,
perkara atau keadaan.
Pengujian Tujuan;
1. Mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-
murid (kognitif, psikomotor atau
afektif) 2. Menentukan pencapaian
seseorang pelajar dalam sesuatu
pembelajaran dan menempatkan pelajar dalam
kumpulan yang sesuai.
Alat pengukur;
1. Pemerhatian2. Ujian formal
Menurut Conbach;
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan
perlakuan atau tingkah laku sesorang individu dan
menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sisrem yang berkategori”.
Pengukuran Merangkumi aspek pengujian (menggunakan skel ordinal/ skel selang)
Tujuan; menentukan kedudukan dan pencapaia murid.
Skel ordinal;
Digunakan untuk menempatkan
pangkatan/ kedudukan murid mengikut markah
dalam ujian.
Skel selang mengandungi markah dan gred
digunakan menentukan pangkatan, membuat
perbandingan di antara murid dalam kelas sama ataupun kelas berlainan
dalam penguasaan pembelajaran.
Tujuan;
1. Pengelasan2. Penempatan
murid dalam jurusan yang
sesuai.
Pengukuran juga boleh dilakukan tanpa pengujian.Cth, kemahiran melukis seorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur menerusi temu bual.
Pengukuran NOMINAL
Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.Skala paling mudah (mempunyai ketepatan paling rendah.)Cth; etnik Melayu mewakili no 1, Cina no 2, India no 3, lain-lain no 4.
ORDINALMempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan.Data disusun samada dari terrendah kepada tertinggi/ lemah ke cemerlang.Cth; (1) Sangat Tidak Setuju, (2)Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju.
SELA/ SELANGmempunyai nilai
pemeringkatan dan perbezaan ukuran.
Mempunyai unit.Cth; ukuran suhu.
NISBAHMempunyai nilai
pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.
Cth; wang, jarak, dan tinggi.
Merupakan satu kaedah untuk mendapatkan sesuatu ukuran tanpa menggunakan kaedah yang
tertentu.
Penilaian
Digunakan dalam pelbagai bidang dan mempunyai
matlamat sendiri.
Tujuan; Membolehkan seseorang
membuat anggaran, samada matlamat yang
ditetapakn tercapai atau sebaliknya.
Maklumat dan bukti penting dalam
menyelesaikan masalah.
Gay (1985) menyatakan bahawa, “penilaian ialah satu proses yang
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai”.
Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama
ada maklumat yang berbentuk
1. Kuantitatif2. Kualitatif
3. kedua-duanya sekali
Kuantitatif
Gred; (seperti A, B, C, atau D)
Kualitatif
Cth; Caly dapat melukis gambar
Akmal dengan cepat, tepat dan bersih.
Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
PengujianTesting
PengukuranMeasurement
PenilaianEvaluation
Pengertian Proses menentukan
perubahan sesuatu aspek tingkahlaku.
Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara murid.
Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
Tujuan Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.
Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara murid dalam penguasaan pembelajaran.
Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
Kegunaan Menempatkan murid-murid dalam kumpulan sesuai.
Pengelasan, pensijilan dan menempatkan murid dalam jurusan sesuai dan untuk penyelidikan.
Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.
Masa Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
Selepas beberapa pelajaran.
Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran.
Bentuk Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis.
Ujian bertulis dengan markah dan gred.
Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan.
Proses Pelaksanaan
1) Persediaan ujian.2) Pentadbiran.3) Pemeriksaan.
1) Proses pengujian2) Merekod markah
/gred
1) Proses2) Proses
Penganalisis.3) Proses Interpretasi.4) Melapor.
Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian