KIT AFFILIATE PANDUAN ASAS UNTUK AFFILIATE
www.rezeki.com.my/affiliate (EDISI 1:2018)
1 www.affiliate.irezwan.com
Apa itu affiliate?
Program affiliate ialah sebuah program agen di internet. Bermaksud, anda (affiliate) akan
bertindak sebagai agen (orang tengah) , mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau
syarikat) dan kemudiannya, anda akan mendapat bayaran (komisen) jika ada pembeli yang
membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.
Apa itu Program Affiliate?
Merupakan sebuah program affiliate berpusat kelolaan Ir Hj. Ezwan di bawah syarikat Ezrich
Group Sdn. Bhd. Ezrich Group Sdn. Bhd. Merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan
yang berasaskan Produk digital, Produk fizikal dan latihan.
Maka penubuhan program ini adalah untuk memberikan peluang kepada orang ramai yang
berusia 13 tahun keatas untuk menjana pendapatan secara online dengan mudah dengan
memasarkan produk digital dari Syarikat.
Maklumat lanjut mengenai program affiliate ini sila layari www.rezeki.com.my/affiliate
Produk apa yang akan di pasarkan?
Dalam program ini affiliate akan memasarkan produk-produk digital serta latihan yang
syarikat tawarkan. Berikut adalah sebahagian senarai produk yang akan di pasarkan
2 www.affiliate.irezwan.com
Lebih banyak lagi produk sila layari
www.ezrich.onpay.my
Terma & Syarat Affiliate
Berikut adalah terma dan syarat yang perlu anda persetujui untuk menyertai program Ezrich
affiliate. Pastikan anda membacanya dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah atau
kekeliruan di kemudian hari. Dengan mendaftar sebagai affiliate, anda bersetuju bahawa
anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju
bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian
ini.
Penyertaan
Penyertaan adalah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk
menjadi agen affiliate. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Promosi
Agen affiliate hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul. Anda tidak dibenarkan
sama sekali menggunakan sebarang spam, blackhat, greyhat dan sebagainya. Sebagai
affiliate, anda juga bertanggungjawab untuk:
1. Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang 2. Tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan mata ganjaran (points) 3. Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang 4. Tidak memutarbelitkan maklumat berkenaan sebarang promosi dan harga jualan 5. Tidak hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain
3 www.affiliate.irezwan.com
Untuk mendapatkan komisen, anda haruslah melakukan promosi secara online sahaja.
Sebarang pembelian produk secara offline tidak akan dapat dikesan oleh sistem affiliate.
Jesteru itu komisen tidak akan direkodkan.
Komisen
Komisen hanya akan dibayar menggunakan akaun Maybank dan CIMB sahaja. Oleh yang
demikian, pastikan anda HANYA menggunakan bank-bank tersebut sahaja untuk tujuan
penerimaan komisen.
Komisen akan dibayar pada setiap 1 hingga 5 haribulan
Had kelayakkan minimum komisen adalah RM10.00 sahaja. Ini bererti, walaupun komisen
terkumpul anda baru mencecah RM15.00, komisen anda akan tetap dibayar pada tarikh yang
telah ditetapkan.
Lain – Lain
Agen affiliate tidak dibenarkan untuk membuka lebih daripada 1 akaun affiliate.
Agen affiliate tidak dibenarkan membuat pembelian produk melalui link affiliate sendiri.
Sekiranya ia berlaku, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan
dibatalkan.
Pihak Ezrich BERHAK menamatkan penyertaan mana-mana agen affiliate yang melanggar
terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Pihak Ezrich BERHAK mendakwa mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat
yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Pihak Ezrich BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat
yang telah ditetapkan tanpa persetujuan daripada agen affiliate bergantung kepada
keperluan semasa demi kebaikan semua pihak.
4 www.affiliate.irezwan.com
Cara Mendaftar Affiliate Sekiranya pendaftaran sudah dilakukan sila abaikan ruangan Cara Mendaftar ini
1. Layari url berikut http://www.affiliate.irezwan.com/
2. Klik pada butang “Daftar Sekarang” paparan seperti dibawah akan keluar
3. Isikan maklumat berikut
ID Ejen – Id yang anda ingin gunakan
Email – Masukkan email anda (sebaiknya sediakan email khas)
Kata Laluan – Masukkan kata laluan untuk akaun affiliate anda
Sahkan kata laluan – Masukkan kata laluan yang sama
Nama Pertama – Masukkan nama anda
Nama Akhir – Masukkan nama bapa anda
No Hp – Masukkan no hp yang sah
4. Klik pada butang “Daftar”
5. Selepas lakukan pendaftaran anda boleh edit profile anda di ruangan “Tetapan” di
menu atas sebelah kanan browser anda.
Cara Log Masuk ke akaun Affiliate 1. Layari url berikut http://www.affiliate.irezwan.com/
5 www.affiliate.irezwan.com
2. Masukkan Username dan kata laluan anda yang telah anda daftarkan.
3. Selepas anda berjaya login paparan akaun affiliate anda adalah seperti berikut:-
4. Dalam akaun affiliate ada terdapat butang menu. Seperti berikut
Klik pada menu Log
Masuk ini untuk Log
Masuk ke akaun
affiliate anda.
6 www.affiliate.irezwan.com
Butang Menu Penerangan
Utama Paparan dashboard utama untuk keseluruhan sistem affiliate seperti Notofokasi, carta top affiliate, Statistik trafik, statistik jualan dan statistik ringkas
Link Affiliate Paparan link affiliate anda untuk anda promosikan
Bonus Pelanggan Anda boleh letakkan bonus untuk pelanggan anda
Media Dapatkan grafik untuk pasarkan affiliate anda
Trafik Anda boleh semak trafik yang masuk menggunakan link anda
Jualan Anda boleh semak jualan yang telah terjual
Statistik Anda boleh semak statistik jualan anda
Bagaimana mendapatkan url Affiliate? Url affiliate adalah link affiliate anda yang akan anda gunakan untuk promosikan produk affiliate
anda, dari link ini kami akan kesan setiap jualan dan trafik anda. Semua data tersebut akan di
paparkan dalam akaun affiliate anda. Ikut langkah berikut untuk dapatkan url affiliate anda.
1. Setelah anda mendaftar sebagai ahli afilliate, maka anda boleh login ke dalam sistem
affiliate pada bila-bila masa. Untuk login, anda hanya perlu pergi ke halaman berikut
https://ezrich.onpay.my/affiliate/login ikut langkah untuk login seperti sebelum ini.
2. Selepas sign-in, anda akan mendapati paparan berikut untuk halaman utama control
panel akaun affiliate anda. Klik pada Butang menu “Link affiliate” untuk mendapatkan url
affiliate anda.
3. Link affiliate berikut adalah contoh link affiliate anda https://ezrich.onpay.my/order/form/ebook-lunashutang/EG05
Dalam url diatas, apa yang paling penting adalah nombor-nombor di penghujung url tersebut, ianya mengandungi id affiliate anda... EG05 – adalah id affiliate anda Ebook-lunashutang – adalah kod bagi produk/ebook
KLIK PADA BUTANG “Link
Affiliate” untuk buka
ruangan Link Affiliate anda
7 www.affiliate.irezwan.com
Suka diingatkan, agar anda dapat menguji terlebih dahulu url yang anda copy. “Paste” ia di browser dan pastikan ia menuju ke website produk yang anda ingin promosikan.
4. Anda boleh gunakan link tersebut untuk lakukan promosi dan gandakan pendapatan
anda. Anda boleh gunakan fungsi https://bitly.com/ untuk memendekkan link promosi
anda.
Bagaimana berikan Bonus kepada Pelanggan? Anda boleh letakkan bonus yang anda hendak berikan kepada pelanggan anda, ini adalah inisiatif
anda sendiri untuk menarik pelanggan anda. Dalam sistem yang kami sediakan sistem akan
menghantar Bonus terus kepada email pelanggan anda.
Sebaiknya jika anda hendak memberikan bonus buat satu page atau sediakan link yang berkaitan
dan masukkan kedalam Ruangan Bonus Pelanggan. Berikut adlah contoh Senarai Bonus
pelanggan.
Masukkan link affiliate anda
disini secara automatik paparan
link lebih pendek akan keluar
disini
Paparan link affiliate
anda akan keluar seperti
berikut.
8 www.affiliate.irezwan.com
Isikan borang kosong berikut dengan bonus yang anda ingin kan. Rujuk pada gambar rajah.
Nama Nama bonus yang anda ingin berikan
Produk Berkaitan Pilih produk berkaitan yang anda ingin berikan bonus
Teks Ruangan untuk masukkan perkataan dan link muatturun bonus anda. Sebaiknya sediakan satu page di blogspot atau mana-mana cloud store dan masukkan linknya di ruangan ini.
*Tesk memerlukan sekurang-kurangnya 20 patah perkataan bagi membolehkan sistem
menghantar email kepada pelanggan.
Klik disini untuk tambah
bonus baru
9 www.affiliate.irezwan.com
Semak Grafik di Ruangan Media Ruangan ini adalah ruangan grafik yang kami bekalkan kepada anda untuk di gunakan. Anda boleh
download dan edit grafik-grafik yang di berikan selagi tidak mengubah mana2 bentuk asal graik
tersebut. Klik pada manu “Media” untuk membuka senarai Media. Berikut adalah contoh paparan.
*InsyaAllah ruangan media ini akan di masukkan grafik, tutorial, video dan lain-lain bahan untuk
memudahkan anda untuk di jadikan bahan promosi atau panduan kepada anda untuk
melakukan promosi.
Klik pada butang menu
“Media” untuk anda
masuk ke ruangan
media
10 www.affiliate.irezwan.com
Bagaimana Semak Jualan dan Trafik? Dalam akaun affiliate anda, anda boleh semak jualan dan trafik anda. Paparan adalah seperti
berikut
1. Untuk semak trafik anda perlu klik pada menu “Trafik” paparan seperti dibawah akan keluar
2. Untuk semak Jualan anda perlu klik pada menu “Jualan” paparan seperti dibawah akan keluar
11 www.affiliate.irezwan.com
3. Anda juga boleh semak statistik Trafik dan jualan anda untuk setiap Harian, Mingguan,
Bulanan dan Tahunan. Dari sini akan boleh lihat kenaikan atau penurunantahap jualan dan
pemasaran anda dengan menggunakan link affiliate anda.
a) Untuk melihat statistik trafik klik pada menu “Statistik” dan pilih Trafik. Berikut contoh
paparan Statistik Trafik
b) Untuk melihat statistik trafik klik pada menu “Statistik” dan pilih “Jualan”. Berikut contoh
paparan Statistik Jualan
12 www.affiliate.irezwan.com
TEKNIK PEMASARAN ONLINE PERCUMA
Teknik # 1 : Facebook
Cara yang paling mudah untuk mempromosikan affiliate link anda, adalah dengan
mempromosikannya di facebook. Facebook tidak asing lagi dalam dunia pemasaran internet, Sumber
dari Berita Harian 5 Mei 2016 Malaysia kini merekodkan 18 juta pengguna FB dengan sekurang-
kurangnya 13 juta aktif pada setiap setiap hari. Kenapa anda sendiri tidak menggunakan platform
ini untuk anda dapatkan prospek dan pelanggan anda. Berikut cara untuk anda pasarkan produk
anda di facebook. Pastikan ada akaun facebook sebelum anda mulakan langkah berikut,
https://www.facebook.com/
1. 3 cara pasarkan produk anda di facebook
a. Menggunakan Facebook Page
b. Menggunakan Facebook Profile
c. Menggunaan Facebook Group
2. Untuk tahu lebih lanjut cara untuk buat facebook page boleh rujuk disini
https://www.facebook.com/business/help/104002523024878 Berikut adalah contoh
Facebook page
13 www.affiliate.irezwan.com
3. Update Facebook page dan Frofile Facebook anda setiap hari. Cara update adalah seperti
berikut:
Copy link tersebut, kemudian buka facebook anda dan pastekan link tersebut pada ruangan
update status di facebook anda.
Kemudian, tunggu beberapa saat dan paparan preview website ebook akan dipaparkan. Setelah
preview dipaparkan, anda sudah boleh memadamkan semula link tersebut dan gantikannya dengan
ayat-ayat yang menarik seperti contoh dibawah
Kemudian, telan butang “Publish”. Hasilnya akan jadi seperti berikut..
Nota & Peringatan : 1. Hanya copy&paste link affiliate anda ke dalam page/profile facebook anda
sahaja atau di group facebook yang dibenarkan untuk mengiklan, jangan lakukannya di page/profile
facebook orang lain. Ianya boleh dianggap SPAM jika anda paste url tersebut di facebook orang lain.
2. Teknik ini lebih berkesan jika anda mempunyai bilangan rakan yang ramai di facebook. Pastikan
anda “ADD” lebih ramai rakan facebook anda.
14 www.affiliate.irezwan.com
Teknik # 2 : Pemasaran Instagram
Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram adalah cara yang terbaik untuk berhubung dengan pelanggan di
alam maya tetapi menerusi gambar dan video. Terdapat lebih daripada 400 juta pengguna aktif di
Instagram setiap bulan, dan setiap hari 3.5 billion foto di ‘like’.Ada 9 rahsia yang perlu anda tahu dalam
memasarkan produk anda di Instagram, Anda boleh install Apps Instagram menggunakan telefon
pintar anda. Ianya lebih mudah kerana hanya menggunakan telefon pintar.
1. Menggunakan Gambar yang berkualiti
Instagram pastinya tidak asing lagi menggunakan gambar, Gunakan gambar-gambar yang
berkualiti dapat membantu pemasaran instagram anda untuk lebih nampak effektif dan
profesional
Untuk jadikan gambar lebih menarik cari idea yang unik berkaitan produk anda untuk menarik
lebih ramai penggunjung serta menjadikan gambar anda lebih menonjol berbanding ribuan
gambar yang lain.
2. Biodata dan link produk anda
Pastikan biodata anda adalah lengkap masukkan Gambar anda, No tel untuk di hubungi serta yang
paling penting masukkan link affiliate anda. Semasa mendaftar ‘username’, pastikan anda tidak
memilih nama yang terlalu panjang. Nama merupakan identiti kepada sesuatu produk. Jika boleh,
sertakan bersama ‘tagline’ untuk jenama anda dan ‘link’ perniagaan anda seperti Facebook atau Blog.
3. Target Follower
Ini adalah perkara yang paling penting untuk memastikan produk anda terjual, pastikan follower
anda adalah targeted atau yang betul-betul memerlukan produk yang anda ingin jualkan
Sebagai contoh anda memilih Ebook Lunas Hutang, pastikan anda mempunyai follower yang minat
untk menyelesaikan hutang, atau follower yang mempunyai kaitan dengan hutang. Ini akan
memberikan impak yang luar biasa kepada pemasaran anda.
Pastikan juga, sekiranya anda ‘follow’ seseorang di Instagram, dia juga akan follow anda balik
(F4F).
4. Gunakan Hashtag dan Tagging
Hashtag (#) dan tagging amat penting dalam pemasaran instagram. Untuk ‘hashtag’, anda boleh
mengambil peluang dengan menggunakan ‘hashtag’ yang popular atau sedang ‘trending’. Ini
secara tidak langsung, apabila seseorang klik ‘hashtag’ tersebut, barangan atau produk anda akan
muncul bersama. TETAPI, sila gunakan ‘hashtag’ dengan penuh etika.
Jangan pula anda sibuk nak war-warkan bisnes anda dalam #hashtag yang tak bersesuaian, contoh
anda buat posting pasal produk kecantikan, dengan gambar yang ceria dan gembira tapi
gunakan #savegaza atau #prayforsyria, kan tak sesuai ‘tu?
15 www.affiliate.irezwan.com
Untuk penggunaan ‘tagging’ pula, anda boleh meminta rakan-rakan anda ‘tag’ menggunakan
jenama produk atau servis yang anda sediakan (cross tagging).
5. Caption yang memukau
Jangan lupa untuk memasukkan caption yang menarik dan memukau untuk setiap gambar anda.
Terangkan sedikit mengenai produk anda. Tidak perlu terlalu panjang sebaiknya padat dan
ringkas. Sebagai Contoh produk Ebook Lunas Hutang anda boleh letak caption berikut
“BANYAK HUTANG MASIH TIDAK DILUNASKAN? DAPATKAN RAHSIA LUNAS HUTANG DENGAN
MUDAH...”
Buat caption anda dengan lebih kreatif supaya prospek anda akan tertarik untuk membaca dan
buka link anda. Di caption anda juga sebaiknya masukkan link affiliate anda sebagai CTA (Call to
Action) bagi memudahkan prospek anda masuk ke website affiliate ada.
6. Hubungkan Instagram dengan laman social lain
Sebenarnya instagram anda boleh di hubungkan deng Facebook dan Twitter, ini boleh
memberikan impak yang lebih besar kepada promosi anda kerana secara Auromatik anda boleh
pasarkan produk affiliate anda secara terus menggunakan 3 medai social serentak.
7. Masukkan Video mengenai produk anda
Anda juga boleh memuat naik video tutorial yang anda rakam dan ‘edit’ di Instagram. Jika dahulu,
‘limit’ video adalah 20 saat, sekarang ia di’upgrade’ ke 1 minit.
Dengan satu minit ini, anda boleh memuat naik video yang berkualiti yang boleh dijadikan rujukan
oleh pengguna Instagram. Selain itu, perniagaan anda akan lebih lengkap dengan video tutorial
tersebut.
8. Konsisten update
Sebagai seorang peniaga, anda mesti konsisten dalam memuat naik atau mengemaskini status
anda di Instagram atau media sosial yang lain.
Sekiranya tiada barangan atau produk yang ingin dipromosikan, anda boleh memuat naik kata-
kata motivasi, hadis-hadis, peringatan dan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pelanggan
atau pengikut anda.
9. Promosi dan Percuma
Anda boleh update promosi dan percuma yang anda berikan, Promosi dan percuma ini masukkan
di bahagian “Bonus Pelanggan”
16 www.affiliate.irezwan.com
Teknik # 3 : Blog / Blogspot
Blog juga merupakan salah satu plat form yang anda boleh gunakan untuk anda pasarkan produk
affiliate anda. Cara ini lebih efektif apabila blog ini di hubungkan terus dengan Facebook anda.
Dalam Blog ini anda perlukan banyak perkongsian, Rajin-rajin update blog anda. Dalam masa yang
sama anda boleh masukkan link affiliate anda dan banner yang berkaitan link affiliate anda. Blog anda
juga pastikan kearah 1 Niche sahaja, maksudnya kearah kepada satu topik yang berkaitan dengan
produk anda.
Anda boleh buat blog anda sendiri di https://www.blogger.com/. Klik pada “Buat Blog Anda” untuk
memulakan buat blog.
Berikut adalah contoh blog boleh layari https://www.irezwan.com
17 www.affiliate.irezwan.com
Teknik # 4 : Pemasaran Email
1. Email Signature
Anda juga boleh meletakkan link affiliate anda di bahagian signature email anda. Cara untuk
melakukannya, anda perlu pergi ke bahagian setting di profile email anda, dan cari setting untuk
“signature”. Masukkan link affiliate anda pada setting signature terebut.
Dengan cara ini, setiap kali anda menghantar email, ianya akan turut dimasukkan di dalam email
anda.
Sebagai contoh, berikut untuk setting signature di gmail.
Login ke dalam gmail anda, dan cari butang setting dibahagian bucu atas kanan. Klik pada “Mail
settings”
Kemudian, scroll ke bawah dan cari bahagian signature. Masukkan link affiliate anda di dalam ruangan
signature tersebut
Kemudian, tekan butang “Save changes”. Siap!
Ini akan menjadikan, setiap kali anda ingin menghantar email, secara automatik, link affiliate tersebut
akan disertakan sekali di dalam email anda dibahagian signature (di bahagian bawah email anda).
18 www.affiliate.irezwan.com
Teknik # 5 : Pemasaran Forum
Jika anda ada menyertai mana-mana forum dan seringkali aktif membuat posting di forum tersebut,
maka, anda juga boleh setkan signature anda di foum tersebut. Antara forum yang popular di Malaysia
adalah seperti :-
WangCyber.com
Carigold.com
Lowyat.net
Mesra.net
Cari.com.my
Putera.com
Tranungkite.net
Untuk set signature di forum, anda perlu daftar/login sebagai ahli di dalam forum tersebut. Kemudian,
lihat pada bahagian profile. Dan kemudian, cari setting untuk signature.
Setiap forum mempunyai menu setting yang berbeza-beza, tetapi apa yang pasti, setting signature
selalunya akan ada di bahagian profile.
Dengan cara ini, setiap kali anda membuat post pada forum tersebut, iklan/link affiliate anda akan
turut dipaparkan.
Nota :
1. Pastikan sesuatu forum itu adalah aktif jika anda ingin menyertainya. Forum yang aktif bermaksud,
ada banyak posting yang baru pada setiap hari. 2. Pastikan juga forum tersebut membenarkan fungsi
“signature” di paparkan, sesetengah forum tidak mengaktifkan fungsi signature menyebabkan
signature anda tidak dipaparkan pada setiap post anda.