KESEDIAAN PELAJAR DALAM MENGIKUTI MATA PELAJARAN
VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN LUAR BANDAR
DAERAH JERANTUT, PAHANG.
RABIAH BINTI SIKH MOHAMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
iii
DEDIKASI
Segala Puji Bagi Allah S.W.T
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dengan Kurnia dan Nikmatnya
TERISTIMEWA DITUJUKAN BUAT
BONDAKU
Khadijah Binti Mohamad,
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini.
semoga doa dan restu mu menjadi pendorong dan tulang belakang
buat anakmu ini meneruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan
di dunia dan diakhirat insyaAllah…...
Arwah Ayahanda Tersayang Dan Suami Tercinta
Iringan doa buat Ayahnda serta Suami tercinta semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi
Kekanda Serta Adindaku
Ku mohon jutaan terima kasih kerana sokongan dan doa kalian.
Permata Hatiku
Nur Fitrah Binti Roslan
Nur Farahana Binti Roslan
Nur Fatin Najihah Binti Roslan
Terima kasih kerana sanggup berpisah sementara waktu demi ibumu meneruskan
perjuangan membela keluarga tercinta dan semoga pergorbanan ibumu ini menjadi
pendorong kepada kalian dalam mengejar cita-cita kelak.
Doa ku semoga kita semua dicucuri rahmat Ilahi dan sentiasa
mendapat keredhaan-Nya dan kejayaan ini adalah milik kita bersama.
Terima kasih atas segala-galanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan
Penyayang
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang maha memberikan ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W
yang telah menunjukkan kita semua sentiasa melalui jalan yang lurus.
Dikesempatan ini ingin saya merakamkan ucapan penghargaan ikhlas ini
kepada pensyarah Penyelia, Tuan Haji Asnul Dahar Bin Minghat atas bimbingan
serta tunjuk ajar disepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Ungkapan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan (JPTK), khususnya Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang, Pensyarah, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru serta Pelajar
yang memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah
ini.
Kerjasama dari pihak guru-guru sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini
juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta individu yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat ibu, kakak, abang, adik serta anak-anak tersayang, segala
doa restu dan dorongan kalian semua kusanjung tinggi. Semoga usaha ini sentiasa
diberkati Allah SWT serta dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar
pelajar dalam mata pelajaran vokasional di sekolah harian luar bandar di daerah
Jerantut berdasarkan empat persoalan kajian iaitu aspek pengetahuan asas atau sedia
ada, aspek minat, aspek sikap dan kemahiran menggunakan peralatan dan mesin.
Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah
sekolah dalam daerah Jerantut , Pahang. Set soal selidik digunakan sebagai
instrumen kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5. Nilai indeks kebolehpercayaan item
soal selidik adalah alpha (α) =0.87. Peratus, kekerapan (frekuensi) dan min
digunakan untuk menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar-
pelajar yang mengikuti MPV mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi sikap
dengan nilai min 3.92, minat dengan nilai min 3.78, kemahiran menggunakan
peralatan tangan dan mesin dengan nilai min 3.71 manakala aspek pengetahuan sedia
ada berada pada nilai yang sederhana dengan nilai min 3.51. Penyelidik turut
mengemukakan beberapa cadangan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan .
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the readiness of learning of Vocational
subject among student in the rural school at Jerantut district area. In this study, four
research questions was developed to cover certain aspect namely, basic knowledge,
interest, attitude and skills in tools and machinery handling. A total of seventy (70)
of form four MPV student were sampled at three different school. Questionnaire was
used as an instrument to obtain a data. The data is then transferred to Statistical
Packages for Social Science versi 11.5 (SPSS) software. Reliability analysis was
employed and shows the validity and reliability among the items ware high with
Cronbach alpha value of 0.87. Percentages, frequency, and mean used to analyze the
data. From the mean score shows that students readiness of learning of the MPV
subject is high toward their attitudes is 3.92, interest is 3.78, skill in tool and
machinery handling is 3.71. However, student readiness of learning of the subject is
moderate toward the knowledge base aspect is 3.51. Several suggestions have been
given to proceed with the further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
MUKASURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kesediaan Belajar 26
2.3 Minat Pelajar 28
2.4 Sikap Pelajar 33
viii
2.5 Kemahiran 35
2.6 Pengetahuan Sedia Ada 37
2.7 Penutup 39
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Sampel Kajian Dan Populasi 42
3.4 Tempat Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Prosedur Kajian 46
3.7 Kajian Rintis 48
3.8 Analisis Data 50
3.9 Penutup 52
BAB 4 ANALISIS DATA
MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 53
4.2 Bahagian A-Latar Belakang Responden 54
4.3 Bahagian B-Analisis Persoalan Kajian 59
4.3.1 Apakah Pengetahuan Asas atau Sedia
Ada Pelajar Mempengaruhi Kesediaan
Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Vokasional ?
61
4.3.2 Apakah Minat Mempengaruhi
Kesediaan Belajar Terhadap Mata
Pelajaran Vokasional ?.
65
4.3.3 Apakah Sikap Mempengaruhi Kesediaan
Belajar Terhadap Mata Pelajaran
Vokasional?
69
ix
4.3.4 Apakah Kemahiran Menggunakan
Peralatan Dan Mesin Pelajar
Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terhadap Mata Pelajaran Vokasional?
73
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 77
4.5 Penutup 78
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan Latar Belakang Responden 80
5.3 Perbincangan Bahagian B Persoalan Kajian
81
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1
Apakah Pengetahuan Asas Pelajar
Mempengaruhi Kesediaan Belajar
Terhadap Mata Pelajaran Vokasional?
81
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2
Adakah Minat Mempengaruhi Kesediaan
Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Vokasional?
83
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3
Apakah Sikap Mempengaruhi Kesediaan
Belajar Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Vokasional?
85
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4
Apakah Kemahiran Menggunakan
Peralatan dan Mesin Mempengaruhi
Kesediaan Belajar Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Vokasional?
86
x
5.4 Rumusan 88
5.5 Cadangan 89
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN A-F 99-112
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis keputusan Peperiksaan SPM 2006
SMK Gemas
4
1.2 Analisis keputusan Peperiksaan SPM 2006
SMK Kota Gelanggi 2
4
1.3 Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar 2007 4
1.4 Perbezaan Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar
2007 SMK Kota Gelanggi 2
4
1.5 Senarai Mata Pelajaran Dan Cadangan Tahun
Pelaksanaan Mata Pelajaran vokasional (MPV)
Di Sekolah Menengah Harian
21
3.1 Bilangan Sampel Responden Kajian 42
3.2 Pernyataan Skala Lima Mata 45
3.3 Taburan Item Soal Selidik Set Pertama 46
3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Tiga
Mata
51
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Peratus
51
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 52
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Taburan Responden Mengikut Nama Sekolah 56
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 56
4.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 56
4.6 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Bapa
58
xii
4.7 Taburan Responden Mengikut Sektor Pekerjaan
Ibu
59
4.8 Taburan Aspek Persoalan Kajian, Pembahagian
Item Dan Jumlah Item.
60
4.9 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi
Dan Min Bagi Aspek Kesediaan Pelajar Dari
Aspek Pengetahuan Sedia Ada Terhadap MPV
61
4.10 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi
Dan Min Bagi Aspek Dari Aspek Minat
Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap
MPV
66
4.11 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi
Dan Min Bagi Aspek Bagi Aspek Sikap
Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap
MPV
70
4.12 Taburan Respon Mengikut Peratusan, Frekuensi
Dan Min Bagi Aspek Bagi Aspek Kemahiran
Menggunakan Peralatan Dan Mesin
Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap
MPV
74
4.13 Taburan Purata Min Dan Tahap Keseluruhan
Bagi Persoalan Kajian.
77
xiii
SENARAI SINGKATAN
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
AS - Amat Setuju
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
Bil - Bilangan
PPK - Pusat Perkembangan Kurukulum
SPSS - Packages For Social Science
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
TH - Tidak Hadir
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
PPP - Pusat Penyelidikan Pertanian
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMT - Sekolah Menengah Teknik
MA - Menservis Automotif
MPPPU - Menservis Peralatan, Penyejukan Dan Penyaman Udara
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
LN - Landskap Dan Nurseri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
SPT - Sains Pertanian
KT - Kemahiran Teknikal
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KH - Kemahiran Hidup
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
99
B Surat Pengesahan Soal Selidik
107
C Surat Akuan Pelajar
108
D Surat Kebenaran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
109
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran
Negeri Pahang (JPNP)
111
F Analisis Kebolehpercayaan Alpha
Cronbach
112
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini sektor pendidikan telah memainkan peranan yang penting
bagi membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
semua bidang. Pendidikan yang hendak diterapkan kepada golongan remaja haruslah
dapat membentuk sahsiah, mempunyai masa depan dan boleh memenuhi keperluan
negara dalam menyahut cabaran-cabaran seperti yang terkandung dalam wawasan di
mana wawasan 2020 berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan drastik dalam sektor perindustrian
memerlukan tenaga mahir dan separa mahir untuk memajukan sektor ini ke tahap
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah sedaya upaya
melahirkan golongan pelapis muda yang berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk
keperluan negara, malahan secara tidak langsung kemahiran yang diperolehi dapat
membantu setiap individu untuk berdikari dan memajukan diri.
2
Langkah ini direalisasikan melalui penubuhan sekolah aliran vokasional dan
teknik bagi menyediakan secara berterusan tenaga manusia untuk membangunkan
sektor ekonomi (William, 1996). Dengan perkataan lain, objektif penubuhan sekolah
vokasional adalah supaya kurikulum sekolah lebih peka terhadap keperluan guna
tenaga dalam pasaran buruh terutama guna tenaga mahir dan separa mahir.
Mengikut Laugho (1983), ada dua perspektif berkaitan dengan pendidikan
vokasional-satu ialah pendidikan vokasional berasaskan pekerjaaan (Employment
Based) dan satu lagi pendidikan vokasional di sekolah (School Based Vacational
Education).
Justeru itu, integrasi akademik vokasional akan memastikan semua pelajar
akan didedahkan kepada kedua-dua domain tanpa perlu dilabel sebagai pelajar
“akademik” atau pelajar “vokasional”. Ini lebih menepati falsafah dan konsep
pendemokrasian pendidikan. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai proses
pembelajaran lebih daripada proses pengajaran (Stones, 1981). Maka peranan guru
bukanlah sekadar menyediakan “resepi” untuk pelajar ikuti tetapi ialah untuk
mengatur aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar membina pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran yang dikehendaki.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini kerap kali kita dengar bahawa pelajar tidak bersedia untuk belajar
lantaran kesibukan sendiri dan kesibukkan ibubapa yang tidak mengambil tahu
keadaan pembelajaran anak-anak mereka. Konsep kesediaan belajar jelas difahami
sebagai kerelaan menerima pengalaman pembelajaran iaitu pelajar dapat menerima
proses pembelajaran yang berlaku pada bila-bila masa sahaja dan seterusnya pelajar-
pelajar telah benar-benar bersedia untuk menghadapi mata pelajaran vokasional di
sekolah. Kenyataan Bruner (1996 dan Lee Shok Mee 1994), menerangkan kesediaan
belajar berlaku dalam apa jua perkara dapat disampaikan secara berkesan kepada
3
pelajar-pelajar pada bila-bila peringkat perkembangannya. Ini kerana pembelajaran
berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut turutan perkembangan kognitif
kanak-kanak (Atan, 1976). Perkembangan kognitif akan berkembang secara
berterusan mengikut peningkatan umur dan secara tidak langsung ini akan
mempengaruhi perkembangan psikomotor pelajar dimana pelajar akan menguasai
kemahiran yang diajar dengan lebih mudah .
Kesediaan belajar juga merujuk kepada keadaan di dalam diri pelajar itu
sendiri dan telah bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman
pembelajaran yang baru. Lee, Shok Mee (1992) menyatakan kesediaan belajar
seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal, sikap dan tingkahlaku
murid itu sendiri. Berdasarkan kepada analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia di SMK Gemas Negeri Sembilan dan SMK Kota Gelanggi 2 Jerantut dalam
jadual 1.1 dan jadual 1.2 , didapati berlaku peningkatan dalam mata pelajaran aliran
MPV di sekolah akademik. Perbezaan adalah sebanyak 18.8% dari tahun 2005 iaitu
81.8% kepada 100% pada tahun 2006. Keputusan yang baik adalah berkemungkinan
pelajar mempunyai kesediaan dalam belajar dan peperiksaan. keputusan yang baik
dapat disimpulkan bahawa pelajar memberi tumpuan dan seterusnya merangsang
pembelajaran. Manakala bagi peratus kedatangan atau kehadiran semakin merosot
berdasarkan tahun bagi setiap sekolah iaitu daripada 89% pada tahun 2006 kepada
85% pada tahun 2007. Manakala di SMK Kota Gelanggi 2 pula, peratus kehadiran
daripada 81.3% pada tahun 2006 meningkat kepada 92.2% pada tahun 2007 dalam
jadual 1.3 dan jadual 1.4. Ini menunjukkan kemungkinan faktor minat serta sikap
memainkan peranan yang tinggi dalam kesedian belajar pelajar dan seterusnya
kehadiran ke sekolah.
4
Jadual 1.1 : Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2006 SMK Gemas
Bil Mata Pelajaran
Jumlah Daftar
Jumlah Ambil
Gred M/P Th 2005 2006 Beza
1 Ekonomi Rumah Tangga
17 16 1A2 1 81.8 87.5 5.7
2 Elektrik Domestik 13 13 5A2 - 100 100 0.0
3 Lanskap
dan Nurseri
10 10 13B - 100 100 0.0
(Sumber: SMK Gemas, 2006)
Jadual 1.2 : Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2006 SMK Kota Gelanggi 2
Bil Mata
pelajaran Jumlah Daftar
Jum. Ambil
Gred M/P Th 2005 2006
1 Menservis Automobil 21 21 19B2
2D - 100 100
(Sumber: SMK Kota Gelanggi 2, 2006)
Jadual 1.3 : Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar 2007
(Sumber: SMK Gemas, 2006)
Jadual: 1.4 : Perbezaan Peratus Kedatangan Bulanan Pelajar
Purata Kedatangan
Peratus kehadiran Bulan
2006 2007 2006 2007 Jan 19 21 86.0 95.6 Feb 18 21 81.0 94.4. Mac 17 19 77.0 86.6 Jum 54 61 81.3 92.2
(Sumber: SMK Kota Gelanggi 2 , 2006/2007)
Bulan Jumlah Murid Hitung
Panjang Kedatangan
Peratus Kedatangan 2006
Peratus Kedatangan
2007 Jan 367/17=22 368/408x100 90 86.4 Feb 378/18=21 378/430x100 88 80.0 Mac 390/18=22 390/430x100 90 82.1
Jumlah 1135/65=22 89 83
5
Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika
pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal. Justeru itu
komponen yang terkandung di dalam mata pelajaran vokasional ini telah dirancang
dan disusun dengan teliti supaya dapat memenuhi objektif dan matlamat yang
dikehendaki. Oleh yang demikian, dapat dikatakan pembelajaran yang berkesan
adalah hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan
dalam konteks dan suasana yang sesuai, dibimbing oleh pengajar yang terlatih dan
pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. Hasil
penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual
learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional.
Menurut Ahamad (2001), mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia (Jabatan Pendidikan Teknikal) pada seminar kebangsaaan Pendidikan Asas
Vokasional dan Pameran dalam Ucaptama “Halatuju dan cabaran Pendidikan
Vokasional di Sekolah Menengah Akademik” sebilangan pelajar daripada golongan
ini kurang mampu mengikuti mata pelajaran akademik, mereka cenderung kepada
mata pelajaran bercorak ’hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti “learning by
doing” dengan menggunakan kemahiran tangan. Dalam situasi ini pelajar diperlukan
mengambil mata pelajaran kurang mampu dan tidak mereka minati. Ini mungkin
menimbulkan masalah dari segi sosial dan adab disiplin. Menyedari hakikat ini
pentingnya mata pelajaran vokasional untuk kerjaya pelajar disamping
mengurangkan masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar. Kementerian Pelajaran
Malaysia mengorak langkah untuk memperkenalkan 22 MPV di sekolah menengah
dalam jangka masa 4 tahun mulai 2002 sehingga 2005.
Matlamat mata pelajaran vokasional ini diperkenalkan di sekolah menengah
akademik bertujuan memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata
pelajaran mengikut minat dan bakat mereka. Malahan ia juga membekalkan
kemahiran vokasional terutama kepada pelajar yang cenderung dalam ketukangan
tangan di samping dapat memberi persediaan awal kepada pelajar bagi memenuhi
6
keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam perindustrian negara. Dalam masa
yang sama, mereka juga dijangka akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara
teori disamping berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut
di rumah serta dalam kehidupan seharian mereka (Widad dan Syed Hadzir, 1996).
Dapat difokuskan bahawa mata pelajaran vokasional ini diperkenalkan
dengan tujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang
berguna kepada mereka dengan mengendalikan urusan-urusan kecil dalam kehidupan
seharian mereka di rumah dengan lebih produktif. Oleh yang demikian perancangan
dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang
berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa
kini dan masa akan datang (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, 2002). Proses
pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan jika pelajar-pelajar telah benar-benar
bersedia untuk belajar. Jika pelajar-pelajar tidak mempunyai kesediaan belajar yang
sempurna ini akan menyebabkan masalah disiplin di dalam kelas atau bengkel.
Berdasarkan daripada latar belakang yang dinyatakan penyelidik amat tertarik
dan berminat untuk mengkaji kesediaan pelajar di sekolah harian dalam mengikuti
pembelajaran mata pelajaran vokasional. Kajian dilaksanakan terhadap pelajar
Tingkatan Empat di sekolah luar bandar daerah Jerantut dari aspek pengetahuan
sedia ada, minat, sikap dan kemahiran pelajar dalam mengikuti mata pelajaran
vokasional.
7
1.3 Penyataan Masalah
Analisis keputusan peperiksaan MPV di tiga buah sekolah di daerah Jerantut
pada tahun 2005 dan 2006 telah menunjukkan peratusan yang cemerlang di dalam
keputusan SPM iaitu mencapai tahap 100 peratus. Peningkatan keputusan SPM yang
tinggi ini telah mendorong penyelidik untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dari
segi pengetahuan sedia ada, minat, sikap dan kemahiran menggunakan peralatan dan
mesin di sekolah harian luar bandar di daerah Jerantut.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan :-
i. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi pengetahuan sedia ada atau
asas dalam mengikuti mata pelajaran vokasional.
ii. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi minat dalam mengikuti
mata pelajaran vokasional.
iii. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi sikap dalam mengikuti
mata pelajaran vokasional.
iv. Mengenalpasti kesediaan pelajar dari segi kemahiran dalam
menggunakan peralatan dan mesin dalam mengikuti mata pelajaran
vokasional.
8
1.5 Persoalan Kajian.
Antara persoalan kajian yang telah dijalankan adalah dijalankan untuk
menjawab persoalan berikut:
i. Apakah pengetahuan asas pelajar mempengaruhi kesediaan belajar
pelajar terhadap mata pelajaran vokasional ?
ii. Apakah minat mempengaruhi kesediaan belajar pelajar terhadap mata
pelajaran vokasional ?
iii. Apakah aspek sikap mempengaruhi kesediaan belajar pelajar terhadap
mata pelajaran vokasional ?
iv. Apakah kemahiran menggunakan alatan dan mesin mempengaruhi
kesediaan belajar terhadap mata pelajaran vokasional?