Kertas Kerja Jawatankuasa Pengurusan
Universiti (JKPU)
KERTAS CADANGAN PROJEK AKHIR :
PERTANDINGAN BOLING PADANG TERBUKA ANTARA PELAJAR USIM SEMESTER 1 SESI 2012/2013
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Boling Padang ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan
oleh Kursus Boling Padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini boleh
disertai oleh para pelajar, para pensyarah dan juga staf-staf sokongan USIM. Ia akan
diadakan di Kompleks Sukan Seremban 2 pada 8 Disember 2012. Penganjuran karnival
sukan ini bertujuan memberikan satu pendedahan kepada setiap pelajar kursus boling
padang tentang satu sistem pengurusan acara sukan yang bakal berlangsung dengan
jayanya. Pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik, pengelolaan efisien,
pengarahan adil, kerjasama sepasukan, koordinasi, pelaporan tugas, penganggaran
dan kegunaan belanjawan yang bijak. Dengan ini para pelajar boling padang dapat
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Selain itu, karnival sukan ini juga dapat
melatih pelajar boling padang untuk mengelola sesuatu karnival atau program apabila
sudah berada di medan utama iaitu di alam pekerjaan.
2.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan dan
pentadbiran USIM terhadap cadangan untuk menganjurkan pertandingan boling padang
terbuka Universiti Sains Islam Malaysia.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk
mewakili USIM.
3.2 Bagi menggalakkan warga USIM bersukan kerana ia adalah salah satu
aktiviti riadah yang baik. “BADAN YANG CERGAS, MINDA YANG
CERDAS”.
3.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.4 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial (JERIS).
3.5 Membantu menerapkan Kemahiran Insaniah berikut :-
i. Kemahiran Komunikasi
ii. Etika Dan Moral Profesional
iii. Kemahiran Kepimpinan
iv. Kemahiran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
v. Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
4.0LATAR BELAKANG
4.1Kursus Boling Padang (CDA 1142) merupakan kursus kokurikulum berkredit
yang ditawarkan di bawah di bawah Teras Sukan kelolaan Pusat
Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Kursus ini ditawarkan kepada
para pelajar USIM sebagai salah satu pilihan kursus Ko-kurikulum Berkredit
yang menjadi syarat untuk bergraduasi kelak.
4.2Pelajar yang mengambil Kursus Boling Padang (CDA 1142) perlu
melaksanakan Projek Akhir kursus ini untuk melengkapkan modul pengajaran
dan pembelajaran yang seterusnya diharap dapat membentuk dan
melahirkan graduan yang holistik dan memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang
tinggi serta mampu memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat.
4.3Sehubungan itu, pelajar Kursus Boling Padang (CDA 1142) bercadang
mengadakan Projek Akhir : Pertandingan Boling Padang Terbuka Antara
Warga USIM seperti yang dijadualkan di dalam perancangan tahunan Kursus
di bawah Teras Sukan pada Semester ini sebagai satu bentuk latihan
praktikal dan usaha menerapkan Kemahiran Insaniah kepada pelajar terlibat.
5.0 ASAS PERTIMBANGAN
5.1 Memberi peluang kepada pelajar kursus boling padang merasai
pengalaman dan prosedur pengelolaan dalam mengelola program
karnival sukan yang bakal dianjurkan.
5.2 Membentuk pelajar kursus boling padang yang mampu berdikari dan
mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
5.3 Melatih pelajar kursus boling padang untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan kenyakinan diri.
5.4 Melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea- idea yang
bernas semasa menjalankan pengelolaan permainan atau program dalam
sesebuah organisasi program.
6.0 TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh : 7.30 – 6.30 petang
Waktu : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Za’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu
7.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran A
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran B
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C
10.0 SENARAI TUGAS
Rujuk lampiran D
11.0 JADUAL PERLAWANAN
Rujuk Lampiran E
12.0 BORANG PEMARKAHAN
Rujuk Lampiran F
11.0 SYOR / PENUTUP
Semoga apa yang kami rancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
dapat diaplikasikan ilmu dan manfaat secara bersama. Kerjasama dan
pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan dan didahului dengan
ribuan ucapan terima kasih.
Disemak Oleh :- Disahkan Oleh:
...............................................
(SYAFFUL ANNUAR BIN SARANI) Penolong Pendaftar,Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI),Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Nilai, Negeri Sembilan.
...............................................
(DR. HISHOMUDIN AHMAD) Pengarah,Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI),Universiti Sains Islam Malaysia,71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN A
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
BOLING PADANG TERBUKA
1. Penyertaan : Terbuka kepada para pelajar, para pensyarah dan staf-staf
sokongan USIM.
2. Pasukan yang diperuntukkan adalah seperti berikut :
Pelajar
Lelaki : 8 pasukan
Wanita : 8 pasukan
Pensyarah
Lelaki : 2 pasukan
Wanita : 2 pasukan
Staf – staf sokongan
Lelaki : 2 pasukan
Wanita : 2 pasukan
3. Kategori yang dipertandingkan : Beregu (Pairs) - Lelaki/Wanita (1 jam 30 minit)
4. Sistem pertandingan : Kalah Mati
5. Penyertaan adalah terhad (siapa cepat dia dapat main).
6. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan
di Kompleks Sukan Seremban 2 sewaktu pertandingan.
7. Peralatan akan disediakan untuk setiap peserta
8. Keputusan pengadil adalah muktamad.
LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN
PENAUNG : Dr. Hishomudin Ahmad
PENASIHAT : Afizi Azwan Bin Shuhaimi
PENGERUSI : Muhammad Faris Bin Mohd Idris
NAIB PENGERUSI : Nurul Hafizah Binti Hashim
SETIAUSAHA : Muhammad Mujibullah Bin Rahmat
NAIB SETIAUSAHA : Syaza Syahirah Binti Mohd Hidzir
BENDAHARI : Muhammad Amirul Afiq Bin Mohd Noor
NAIB BENDAHARI : Sharifah Najihah Binti Syed Rosalan
LAMPIRAN B
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
AJK NAMA
PUBLISITI
MAKANAN DAN HADIAH
PERSIAPAN GELANGAGGANGDAN PERALATAN
URUSETIA DAN PENDAFTARAN
KEBERSIHAN
PENGADILAN
LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN
BOLING PADANG TERBUKA
PERKARA ANGGARAN JUMLAH
Makanan
Sarapan (Penganjur)
Makan tengahari (penganjur)
Sarapan (pensyarah)
Makanan tengahari (pensyarah)
Sarapan (peserta)
Makanan tengahari (peserta)
Air mineral (500 ml)
RM 2.00 x 33
RM 5.00 x 33
RM 3.00 x 1
RM 6.00 x 1
RM 2.00 X 48
RM 5.00 x 48
RM 1.00 x 200
RM 66.00
RM 165.00
RM 3.00
RM 6.00
RM 96.00
RM 240.00
RM 200.00
Hadiah
Pertama
Kedua
Ketiga
RM 150.00 x 1
RM 100 x 1
RM 80 x 1
RM 150
RM 100
RM 80
Lain-lain
Kertas A4
Tuala
RM 9.00 x 2
RM 1.50 x 24
RM 18
RM 36
JUMLAH RM 1160
LAMPIRAN C
Selain itu juga, dana juga akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak tertentu yang prihatin dengan program ini seperti :
Pelajar Kursus Boling Padang Sesi 2012 RM 10 x 33 orang pelajar = RM 330
Pembangunan Kemahiran Insaniah RM 500
Jualan Amal RM 400
Jumlah : RM 1230
Sumbangan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi program ini dan menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi.
LAMPIRAN D
SENARAI TUGAS
Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
masa ke semasa.
Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari
masa ke semasa.
Setiausaha / Naib Setiausaha
Menyiapkan kertas kerja untuk urusan permohonan seperti pinjaman barang dan
alatan, cenderamata, penajaan dan sebagainya.
Mengeluarkan memo untuk panggilan mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat
serta mencatat kehadiran ahli.
Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.
LAMPIRAN D
Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau
badan-badan tertentu.
Bendahari/ Naib Bendahari
Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.
Melaporkan laporan terkini kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
AJK Publisiti
Menyediakan kain rentang (banner) atau kertas maklumat dan memaparkannya
di tempat-tempat strategik.
Bekerjasama dengan AJK pendaftaran untuk mengumpul peserta-peserta yang
ingin menyertai dengan cara publisiti.
Menghebah maklumat berkaitan pertandingan dengan cara yang berbeza seperti
kain rentang (banner), borang ataupun di laman sosial Facebook.
AJK Makanan Dan Hadiah
Menentukan jenis makanan dan minuman pada hari tersebut.
Menguruskan makanan dan minuman yang disediakan untuk pengelola dan
peserta
LAMPIRAN D
Memastikan pengurusan makanan dan minuman berjalan lancar dengan
pembahagian tugas yang baik.
Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa
Permainan dan Pengadilan.
Menyusun hadiah dan cenderamata.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
AJK Persiapan Gelanggang Dan Peralatan
Membuat tempahan berkaitan dengan sebarang peralatan yang hendak dipinjam
Mengira kuantiti barang dan peralatan yang dipinjam sebelum dan selepas
peminjaman dibuat agar tidak berlaku sebarang masalah.
Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
Menguruskan padang pertandingan
Memastikan keselamatan kawasan pertandingan selamat dan untuk
mengelakkan sebarang kecederaan kepada peserta
AJK Urusetia Dan Pendaftaran
Menyediakan tag nama AJK
Menguruskan tempat pendaftaran
Menyediakan kaunter pendaftaran untuk sebarang urusan pendaftaran dan
pertanyaan.
Memastikan keperluan borang-borang yang diperlukan semasa pendaftaran.
LAMPIRAN D
Menyediakan kenderaan peserta dan pengelola ke Kompleks Sukan Seremban 2
AJK Kebersihan
Memastikan kawasan pertandingan berada dalam keadaan bersih dan dari
sebarang sampah dan kekotoron.
Memantau dari masa ke semasa keadaan sekeliling agar sentiasa bersih.
AJK Pengadilan
Mengadili pertandingan yang diadakan secara adil.
Menyusun jadual pertandingan dan memastikan ianya berjalan lancar
Bekerjasama dengan Jawatankuasa Permainan tentang kiraan mata.
Memastikan peserta mempunyai waktu rehat selepas satu-satu perlawanan.
Memastikan pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
LAMPIRAN E
JADUAL PERTANDINGAN BOLING PADANG
TERBUKA
HARI MASA ATURCARA
8 DISEMBER 2012 (SABTU )
7.00 a.m Peserta berkumpul di Kafe Kolej Kediaman Satu
7.30 a.m Bertolak ke Kompleks Sukan Seremban 2
8.30 a.m Peserta dijangka sampai di Kompleks Sukan Seremban 2
8.30-9.30 a.m Perasmian dan Taklimat kepada peserta
9.30 a.m Sarapan
10.00 a.m Pertandingan sesi pagi dimulakan
1.30 p.m Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.30 p.m Pertandingan sesi petang dimulakan
5.00 p.m Solat Asar dan Minum petang
5.30 p.m Majlis penutup dan penyampaian hadiah
6.30 p.m Bersurai
LAMPIRAN F
BORANG PERMAKAHAN