A. Tepung Penyumbat
Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata.
Ia boleh didapati dalam dua bentuk:
o tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan
pewarna sebelum digunakano siap bancuh dengan pewarna
Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek.
Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas las.
B. Kertas Las
Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling
kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1½ dan untuk permukaan lebih licin,
gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.
Langkah menggunakan kertas las:
o balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut.
o mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan
urat kayu.o kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih-
tindih dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.
C. Cat Licau
Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat. Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat. Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas. Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak
sebagai pelarut cat.
D. Cat Sembur
Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat.
Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering. Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain
kenderaan. Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.
E. Syelek
Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas kelihatan.
Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama. Spirit metil digunakan untuk:
o membersihkan berus syelek
o mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek
5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Mencantikkan Projek
A. Tona Kayu
Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal. Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari
pelbagai jenis dan warna kayu.
B. Semburan Lekar Jernih
Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding dengan lekar yang disapu dengan berus.
Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar jernih.
Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering. Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.
C. Pelekat
Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti sticker.
Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.
6. Langkah Kemasan Cat
Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus. Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering. Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas.
Bersihkan permukaan dengan kain.
Sapukan cat licau dan biarkan kering.
7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar
Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu, kemudian bersihkan dengan berus atau kain.
Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan kering.
Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu.
Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum memulakan lapisan lain.
Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.
BAHAN KEMASAN
AHAN KEMASAN
PELARUT BAHAN PROJEK PENERANGAN
TEPUNG PENYUMBAT Air,
pewarna
kayu
Kayu Menutup liang
kayu atau
kecacatan pada
kayu
CAT LICAU Turpentin Kayu, keluli
lembut,
perspek,PVC,MDF,
Papan lapis
Memberi
perlindungan dan
mencegah logam
daripada berkarat
Kalis air dan
haba
Disapu
menggunakan
berus atau
semburan
CAT SEMBUR Thinner Kayu, keluli
lembut,
perspek,PVC,MDF,
Papan lapis
Cat sembur
sesuai untuk
kemasan
permukaan yang
kecil.
Boleh didapati
dalam pelbagai
warna, cepat
kering dan
mudah
digunakan.
SYELEK Spirit
Methil
Kayu, MDF,
Papan lapis
Digunakan pada
perabot kayu,
tidak kalis air
dan haba
Disapu
menggunakan
berus syelek atau
semburan
Terdapat dalam
bentuk kepingan
atau dibancuh
TONA KAYU Turpentin Kayu, MDF Memberikan
warna asli kayu
yang dipilih
Disapu dengan
berus dan
semburan
Bersifat kalis air
dan haba serta
berkilat
LEKAR JERNIH Thinner Kayu, keluli
lembut,MDF
Memberi
kemasan terakhir
pada kayu
Melindungi
permukaan
bahan daripada
lembapan
Disapu dengan