KEBERKESANAN KONSEP 1MALAYSIA
NASRULL NAFISMUHAMMAD FITRI HAKIMNADZIRAH YAAKOPSHAHEELA SABIDINSHAHRINA ASHAARI
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -
Perdana Menteri Malaysia
APA ITU 1MALAYSIA?
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula
yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu
Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari
rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
KONSEP 1MALAYSIA
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat
berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-
negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan
dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan
untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib
semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan
dipinggirkan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha
merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status
Negara Maju menjelang tahun 2020.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
ASAS-ASAS 1MALAYSIA
Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam
hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
kemerdekaan dicapai.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa
kepada perpaduan yang utuh.
Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
1. Teras-teras perpaduan
2. Penerapan nilai-nilai murni
Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
1. Budaya Berprestasi Tinggi 5. Ketabahan
2. Budaya Ketepatan 6. Kesetiaan
3. Budaya Ilmu 7. Kebijaksanaan
4. Integriti 8. Budaya Inovasi
ASPEK-ASPEK UTAMA
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan
rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum
menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar
dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
1. TERAS-TERAS PERPADUAN
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-
mana pihak akan dipinggirkan.
Hormat-menghormati
Rendah hati (Tawadhuk)
Kesederhanaan
Berbudi-bahasa
2. PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI