KANDUNGAN MUKA SURAT
PERUTUSAN Perutusan YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah i Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Kata-Kata Aluan YBhg. Dato’ Dr. Ismail Bin Alias ii Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Inovasi JPA BAB 1 – PENDAHULUAN 1.1 Penubuhan Agensi 1 1.2 Carta Organisasi 2 1.3 Punca Kuasa 3 - 4 1.4 Stakeholders dan Pelanggan 5
BAB 2 – HALA TUJU JPA 2.1 Visi 6 2.2 Misi 6 2.3 Objektif 6 2.4 Dasar Kualiti 7 2.5 Slogan 7 2.6 Nilai-nilai Teras JPA 7 2.7 Fungsi Utama JPA 8 2.8 Piagam Pelanggan 9 - 10
BAB 3 – PELAKSANAAN PELAN INOVASI JPA 3.1 Tujuan 11 3.2 Definisi Inovasi 12 3.3 Kategori Inovasi 12 3.4 Pendekatan 13 3.5 Struktur Pengurusan Inovasi 13 - 15 BAB 4 – STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN 4.1 Penjajaran Pelan Inovasi JPA Dengan Misi Nasional 16 4.2 Model Pengurusan Strategik 17 4.3 Analisis Persekitaran 18 4.4 Objektif Strategik 19 4.5 Pelan Tindakan 20 - 30 4.6 Kesimpulan 31
BAB 5 – RUMUSAN 32
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas keizinanNya jua, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah
berjaya menyediakan Pelan Inovasi JPA bagi tempoh 2011-2015. Pelan ini dihasilkan sejajar dengan
hasrat Kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi melalui inovasi bagi memberi
suntikan yang kreatif dan inovatif kepada sistem penyampaian berkesan di JPA khususnya dan agensi
Kerajaan amnya.
Dengan wujudnya pelan ini, saya percaya JPA yang berfungsi sebagai agensi pusat yang menerajui
bidang perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor awam dapat bersama-sama
berganding bahu merealisasikan usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun
2020.
Melalui empat (4) Objektif Strategik yang telah ditetapkan di dalam pelan ini, saya amat berharap agar
seluruh warga JPA dapat menghayati dan menjadikannya satu cabaran. Strategi-strategi serta program-
program yang dirancang bukanlah untuk memenuhi sasaran kerja tahunan semata-mata, tetapi ianya
merupakan satu komitmen yang padu dan menyeluruh semua warga JPA di dalam menterjemahkan
agenda inovasi nasional sebagai satu budaya di JPA.
Akhir kata, diharapkan pelan ini berupaya menjadikan JPA sebuah agensi pusat yang unggul dalam
memberikan perkhidmatan selaras dengan dengan slogan “1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan”.
Sekian.
TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
i
KATA-KATA ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (OPERASI)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Pelan Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam telah
berjaya dibangunkan bagi dilaksanakan untuk tempoh 2011- 2015.
Pelan ini membolehkan JPA merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan
kreativiti dan inovasi di kalangan warganya. Skop dan konsep yang dibawa dalam pelan ini adalah lebih
menyeluruh dan sistematik dalam memberi panduan kepada setiap warga untuk membudayakan inovasi di
dalam kerja seharian.
Saya amat berharap dengan berpandukan pelan ini, JPA mampu melahirkan warganya yang kreatif dan
inovatif yang dapat melahirkan idea-idea baru untuk tujuan penambahbaikan berterusan dalam JPA. Selain
itu, pelan ini juga diharap dapat menanamkan sikap baru kepada penjawat awam kerana sektor awam
tidak terkecuali daripada perlu melakukan inovasi segera sejajar dengan tuntutan semasa untuk
memastikannya lebih cekap mengurus, berhemah dalam berbelanja serta bertanggungjawab terhadap
setiap keputusan dan perkhidmatan yang dihulurkan kepada rakyat atau komuniti industri.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat, terutamanya pegawai-pegawai JPA yang
telah mengembleng tenaga dalam menghasilkan cetusan idea bagi merealisasikan Pelan Inovasi ini.
Sekalung penghargaan kepada pihak MAMPU yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar yang
berguna dalam penyediaan dan pemantapan Pelan Inovasi JPA ini.
Sekian, Selamat Berinovasi.
DATO’ DR. ISMAIL BIN ALIAS Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam
ii
BAB 1 – LATAR BELAKANG
1.1 Penubuhan Agensi
1
1.2 Carta Organisasi
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Program Perancangan
Sumber Manusia
Program Pembangunan
Sumber Manusia Program Operasi Sumber Manusia
Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
Bahagian Pembangunan
Organisasi
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal
Insan
Bahagian Saraan
Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)
Institut Tadbiran Awam Negara
Bahagian Pasca
Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan
Maklumat
Bahagian Pengurusan Psikologi
Bahagian Khidmat
Pengurusan
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan
Korporat
Penasihat Undang-Undang
Unit Audit Dalam
2
1.3 Punca Kuasa
3
4
1.4 Stakeholder dan Pelanggan
5
BAB- 2 HALA TUJU JPA
2.1 Visi
Menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam pengurusan sumber manusia
Perkhidmatan Awam.
2.2 Misi
Meningkatkan keberkesanan modal insan demi kecemerlangan penyampaian
Perkhidmatan Awam melalui usaha-usaha berikut:
i. Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam pengurusan sumber manusia
Perkhidmatan Awam;
ii. Membina keupayaan melalui penstrukturan, pengukuhan dan pemantapan
organisasi serta pembangunan modal insan;
iii. Mewujudkan penjawat awam yang berkompetensi tinggi, berkualiti dan berinovasi;
iv. Memastikan suasana harmonis dalam hubungan majikan dan pekerja;dan
v. Mengukuhkan proses dan sistem kerja berasaskan penggunaan ICT.
2.3 Objektif
Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang
berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan
pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut :
i. Cepat dalam semua tindakan;
ii. Tepat dalam membuat keputusan;
iii. Layanan mesra kepada pelanggan;
iv. Menepati masa yang dijanjikan;
v. Telus dalam semua peringkat pengurusan;
vi. Adil dan saksama dalam pertimbangan;
6
vii. Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi
(availability) dan boleh dipercayai (reliability); dan
viii. Menepati undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.
2.4 Dasar Kualiti JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang dinamik,
berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang.
2.5 Slogan JPA “JPA Peneraju Perubahan Perkhidmatan Awam”
2.6 Nilai-nilai Teras
Perkongsian nilai oleh warga JPA merupakan asas dalam melaksana tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Nilai-nilai ini merupakan asas kebolehpercayaan dan
amanah yang akan menjadikan JPA sebuah organisasi yang mantap secara
keseluruhannya. Nilai-nilai teras akan menjadi pegangan bersama ke arah mencapai
Wawasan 2020.
i. Bertindak Sebagai Satu Pasukan
Warga JPA sentiasa bersatu dan bekerjasama ke arah melaksanakan
tanggungjawab dan amanah selaras dengan visi, misi dan objektif Jabatan dalam
menyokong agenda transformasi negara.
ii. Kecemerlangan Dan Keunggulan
Warga JPA sentiasa mempamerkan budaya kecemerlangan dan keunggulan
dalam penyampaian perkhidmatan. Ini akan menjamin kualiti kerja terbaik dan
peningkatan kepercayaan serta keyakinan stakeholders dan pelanggan terhadap
Jabatan.
7
iii. Profesionalisme
Warga JPA sentiasa berpegang pada ciri-ciri profesionalisme dalam
melaksanakan tugas dengan memberi keutamaan kepada kepentingan
Perkhidmatan Awam, bertanggungjawab terhadap pencapaian dan mutu
perkhidmatan serta komited memberikan perkhidmatan yang terbaik.
iv. Berhemah Dan Berwibawa
Warga JPA sentiasa berhemah dan berwibawa dengan mengamalkan sifat-sifat
terpuji, cepat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, bersedia menerima
kritikan dan teguran, memelihara penampilan dan sentiasa berbudi bahasa.
v. Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan
Warga JPA sentiasa meningkatkan ilmu melalui pembelajaran berterusan. Ia
diterapkan melalui amalan perkongsian ilmu, mempelajari amalan terbaik serta
menyuntik pelbagai kemahiran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan.
2.7 Fungsi Utama JPA
Fungsi JPA adalah meliputi bidang-bidang seperti berikut :
i. Perancangan Sumber Manusia
a. Menentukan peranan sektor awam;
b. Menentukan saiz dan struktur organisasi awam;
c. Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
d. Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
e. Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber
manusia sektor awam; dan
f. Membangunkan pakatan-pakatan strategik (strategic alliances)
dan jaringan kerja (networking).
8
ii. Pembangunan Sumber Manusia
a. Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
b. Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya iaitu
Pembangunan laluan kerjaya (career path planning); dan
Perancangan penggantian (succession planning).
c. Menentukan Dasar Latihan; dan
d. Menentukan Dasar Gaji Elaun dan kemudahan.
iii. Pengurusan & Operasi Sumber Manusia
a. Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat,
faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan majikan-
pekerja, latihan dan maklumat sumber manusia;
b. Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang
dinyatakan kepada agensi-agensi pelaksanaan;
c. Menguruskan pemantauan dasar; dan
d. Menguruskan penilaian dasar.
2.8 Piagam Pelanggan
Piagam pelanggan JPA adalah meliputi bidang-bidang seperti berikut:
i. Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan
pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti
seperti berikut:
a. Cepat dalam semua tindakan;
b. Tepat dalam membuat keputusan;
c. Layanan mesra kepada pelanggan;
d. Menepati masa yang dijanjikan;
e. Adil dan saksama dalam pertimbangan;
f. Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh
dipercayai; dan
g. Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
9
ii. Membangunkan organisasi Perkhidmatan Awam yang mantap melalui
penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan
secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat
berfungsi dengan optimum.
iii. Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui
pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
iv. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam
melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan
Perkhidmatan Awam.
v. Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi
yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang
disediakan.
vi. Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran
maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka
dalam isu-isu berkepentingan bersama.
vii. Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah
persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
viii. Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling
serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien
berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
ix. Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah
cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
a. Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
b. Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.
10
BAB-3 PELAKSANAAN PELAN INOVASI JPA
3.1 Tujuan
Perkhidmatan Awam kini berhadapan dengan cabaran daripada pelbagai sudut, antara
ekspektasi stakeholder, pengaruh globalisasi dan kehendak rakyat yang tiada had
sempadan. Justeru itu, Perkhidmatan Awam perlu berubah dalam melangkaui ekspektasi
tersebut melalui pembudayaan inovasi dan penerapan kreativiti. Sebagai salah sebuah
agensi pusat dan pusat rujukan dalam Perkhidmatan Awam, JPA perlu menerajui agensi
awam lain dalam perancangan, pembangunan, pengurusan dan operasi sumber manusia
yang berinovatif.
Selaras dengan usaha ini, Pelan Inovasi JPA dibangunkan bertujuan menjadikan JPA
sebagai peneraju pembudayaan inovasi dalam Perkhidmatan Awam dan menggalakkan
warga JPA menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Pembudayaan inovasi ini akan diperkukuhkan melalui mekanisme perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang meliputi aspek berikut:
i. Pembentukan objektif, strategi, program,aktiviti dan jadual pelaksanaan yang
khusus;
ii. Setiap program/aktiviti akan dipantau bermula dari peringkat perancangan
sehingga pelaksanaannya;
iii. Program/aktiviti inovasi yang dilaksanakan akan dinilai keberkesanannya; dan
iv. Inovasi yang berjaya akan dikongsi di setiap peringkat organisasi.
Pelan ini juga diharap dapat membentuk individu yang kreatif di kalangan warga JPA serta
membuat inovasi dalam kerja seharian bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
selaras dengan visi dan misi JPA.
11
3.2 Definisi Inovasi
Inovasi merupakan hasil pelaksanaan cetusan idea-idea kreatif bagi menghasilkan
sesuatu yang baru atau penambahbaikan ke atas sesuatu yang sedia ada melalui proses
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Inovasi yang dihasilkan berupaya menambah nilai
semasa serta membawa transformasi daripada amalan sedia ada kepada amalan yang
lebih baik.
3.3 Empat Kategori Inovasi
12
3.4 Pendekatan
Selaras dengan matlamat sebagai peneraju perubahan Perkhidmatan Awam, JPA
menetapkan ekspektasi dan kepuasan pelanggan dalaman dan luaran sebagai satu tanda
aras yang perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Melaluinya, dengan medium dan
struktur organisasi yang baik, JPA telah mewujudkan satu mekanisme bagi menggalakkan
pembudayaan inovasi melalui pelbagai aktiviti termasuklah mesyuarat, perbincangan, lab,
aktiviti pembelajaran, program kesedaran, aktiviti promosi, penerbitan dan pertandingan-
pertandingan yang bertujuan untuk membudayakan kreativiti dan inovasi.
3.5 Struktur Pengurusan Inovasi JPA
13
Struktur tertinggi pemandu kepada dasar dan strategi Inovasi JPA adalah Mesyuarat
Pengurusan JPA yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
dan dianggotai oleh Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta
Pengarah-pengarah Bahagian. Mesyuarat ini bertanggungjawab untuk merangka dan
menentukan halatuju JPA dalam aspek pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan
warga.
Struktur Pasukan Petugas Inovasi (PPI) JPA pula dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah
Bahagian di JPA. Struktur pengurusan ini akan menerajui program pembudayaan kualiti
dan inovasi di JPA selaras dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat
Pengurusan JPA. PPI akan bersidang 4 kali setahun dengan fokus membincangkan dasar
dan strategi inovasi Jabatan, memantau prestasi pelaksanaan Program Pembudayaan
Inovasi dan mengkaji semula pelan dan program sedia ada bagi tujuan penambahbaikan.
14
Mesyuarat Pengurusan Bahagian adalah merupakan struktur tertinggi pemandu kepada
dasar dan strategi Inovasi di Bahagian-bahagian. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian dan dianggotai oleh Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian serta
Ketua-ketua Cawangan dan Sektor. Mesyuarat ini bertanggungjawab untuk merangka dan
menentukan halatuju Bahagian dalam aspek pembudayaan inovasi dan kreativiti di
kalangan anggota Bahagian.
Pasukan Kerja pula adalah merupakan struktur yang memainkan peranan penting dalam
melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat Mesyuarat Pengurusan
Bahagian berkenaan dengan pelaksanaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti.
Struktur pelaksana ini dipengerusikan oleh seorang pegawai yang dilantik oleh Mesyuarat
Pengurusan Bahagian manakala ahli-ahlinya terdiri dari kalangan wakil Cawangan atau
Sektor di Bahagian berkenaan.
Kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di sesebuah Jabatan adalah
bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya. Oleh itu, Struktur
Pengurusan Inovasi JPA yang telah diwujudkan adalah mengambil kira penglibatan
seluruh warga JPA dari pihak Pengurusan Atasan JPA sehinggalah kepada komitmen
Pengurusan di peringkat Bahagian dan warga JPA keseluruhannya.
.
15
BAB 4 – STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
4.1 Penjajaran Inovasi JPA Dengan Misi Nasional
16
4.2 Model Pengurusan Strategik
17
4.3 Analisis Persekitaran
18
4.4 Objektif Strategik
KEKUATAN
PELUANG ANCAMAN
Maximize strength
through opportunities
Memperkasakan
Jaringan Kerjasama
Pintar Dengan Agensi
Dalam dan Luar Negara
Minimize threat through
strength
Memperkasakan Tadbir
Urus Pengurusan Inovasi
KELEMAHAN
Minimize weaknesses
through opportunities
Memperkasakan Modal
Insan Berinovasi
Minimize weaknesses with
consideration to the threat
Transformasi Sistem
Penyampaian
Perkhidmatan JPA
19
4.5 Pelan Tindakan
OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN MODAL INSAN BERINOVASI
TUJUAN 1. Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama 2.Mengoptimumkan sokongan sumber manusia dalam penghasilan inovasi
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
STRATEGI 1 1. Membangunkan
Kompetensi Warga
1. Pengenalpastian Kompetensi
1. Kenalpasti keperluan latihan untuk warga melalui TNA
Semua Skim Perkhidmatan dan Semua Gred terlibat
/ / / / / BKP
2. Membangunkan Pelan Latihan
Pelan latihan tahunan
/ / / / / BKP
2. Program Pembangunan Kompetensi Inovasi
3. Kursus 85 % penglibatan
warga dalam Program
Pembangunan Kompetensi
/ / / / / Semua Bahagian
4. Bengkel / / / / / Semua Bahagian
5. Ceramah / / / / / Semua Bahagian
20
OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN MODAL INSAN BERINOVASI
TUJUAN 1. Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama 2.Mengoptimumkan sokongan sumber manusia dalam penghasilan inovasi
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
6. Taklimat / / / / / Semua Bahagian
3. Pembelajaran Berterusan
7. Mentoring dan Coaching
1 program setahun / / / / / BKP
8. EPSA 10% warga mengikut latihan EPSA
/ / / / / Semua Bahagian
STRATEGI 2 2. Meningkatkan
Motivasi warga
4. Ganjaran dan Pengiktirafan Inovasi
9. Anugerah Kegemilangan
JPA
10 penyertaan / / / / / BKP
10. Anugerah Inovator
10 penyertaan / / / / / BKP
11. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
10 penyertaan / / / / / BKP
12. Anugerah Inovasi 5 penyertaan / / / / / BKP
21
OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN MODAL INSAN BERINOVASI
TUJUAN 1. Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama 2.Mengoptimumkan sokongan sumber manusia dalam penghasilan inovasi
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
Pengurusan Kewangan
13. Anugerah Idea Inovasi
80 idea inovasi dapat dikumpulkan
/ / / / / Semua Bahagian
14. Anugerah Sistem Persekitaran Berkualiti (QES/5S)
Pencapaian melebihi 80% markah
/ / / / / Semua Bahagian
15. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
8% warga diberikan anugerah
/ / / / / Semua Bahagian
16. Perakuan menerima Darjah Kebesaran dan Pingat
5% warga dicadangkan untuk diperakukan Darjah Kebesaran dan Pingat
/ / / / / Semua Bahagian
22
OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN MODAL INSAN BERINOVASI
TUJUAN 1. Memastikan minda inovasi sumber manusia kelas pertama 2.Mengoptimumkan sokongan sumber manusia dalam penghasilan inovasi
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
5. Motivasi dan Team Building
17. Penganjuran ceramah motivasi dan Team Building
2 kali setahun / / / / / BKP
STRATEGI 3 3. Meningkatkan
Pembudayaan Inovasi
6. Pembudayaan
Inovasi
18. Bicara Inovasi (i-Talk)
Jumlah penganjuran (2 kali setahun)
/ / / / / BKP
19. EUREKA Hour
Jumlah penganjuran (2 kali setahun)
/ / / / / Semua Bahagian
23
OBJEKTIF STRATEGIK 2: TRANSFORMASI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN JPA
TUJUAN 1. Memperkasa imej JPA sebagai agensi yang kreatif dan berinovatif 2. Memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan melangkaui ekspektasi pelanggan 3. Merealisasikan hala tuju dasar inovasi Negara
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
STRATEGI 1 1. Meningkatkan
usaha perekayasaan proses kerja (PPK)
1. Memantapkan Kefahaman PPK
1. Promosi PPK (PPK Corner)
Jumlah promosi (6 kali setahun)
/ / / / / BKP
2. Taklimat/ Ceramah/ Bengkel PPK
Jumlah program (1 kali setahun)
/ / / / BKP
2. Pemantauan Berterusan
3. Penyemakan MPK dan FM (Simplify process)
Penyemakan dokumen (1 kali setahun)
/ / / / / Semua Bahagian
3. Penyeragaman dan Penyelarasan Piawaian
4. Bank Data PPK (PPK Info Centre)
Jumlah PPK yang dikumpul
/ / / / BKP
STRATEGI 2 2. Memantapkan
Penandarasan JPA
4. Mewujudkan Bank Data Amalan Terbaik
5. Penandarasaan JPA Jumlah PPK yang terlibat dalam penandaarasan
/ / / BPP
24
OBJEKTIF STRATEGIK 2: TRANSFORMASI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN JPA
TUJUAN 1. Memperkasa imej JPA sebagai agensi yang kreatif dan berinovatif 2. Memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan melangkaui ekspektasi pelanggan 3. Merealisasikan hala tuju dasar inovasi Negara
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
STRATEGI 3 3. Memperkemas
Kawalan Dalaman
5. MS ISO 9001: 2008
6. Persijilan ISO Bilangan aktiviti fungsi teras yang mendapat pensijilan
/ / / / / Semua Bahagian
26
OBJEKTIF STRATEGIK 3: MEMPERKASAKAN JARINGAN KERJASAMA PINTAR DENGAN AGENSI DALAM & LUAR NEGARA
TUJUAN 1. Pertambahan idea 2. Memperluaskan jaringan kerjasama
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
STRATEGI 1 1. Meningkatkan
Kerjasama Inovasi Dengan Agensi Luar
1. Kembara Inovasi 1. Lawatan ke agensi terkemuka
2 lawatan / / / / / Semua Bahagian
2. Karnival Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam
2. Ceramah / Forum Inovasi Penjawat Awam
Jumlah penyertaan warga
/ / / / /
3. Kerjasama Inovasi 3. Melaksanakan kerjasama Inovasi
Jumlah kerjasama yang telah dilaksanakan
/ / / / / INTAN, BPP
STRATEGI 2 2. Memperkasa-
kan Imej JPA
4. Penandarasan Amalan Terbaik
4. Membuat penandarasan amalan terbaik
Jumlah amalan yang dibuat penandaarasan
/ / / / / Semua Bahagian
27
OBJEKTIF STRATEGIK 4: MEMPERKASAKAN TADBIR URUS PENGURUSAN INOVASI
TUJUAN 1. Kapasiti organisasi yang cemerlang.
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
STRATEGI 1 1. Memantapkan
Budaya Perkongsian Ilmu
1. Semarak Perkongsian Ilmu
1. Memantapkan K-Portal
Penambahbaikan berterusan
/ / INTAN
2. Book Review Jumlah book review
/ / / / / Semua Bahagian
3. Penerbitan Jumlah penerbitan
/ / / / / BPP/INTAN/ BPPs/BK
STRATEGI 2 2. Meningkatkan
Persekitaran Inovasi
2. Persekitaran Mesra Inovasi
4. Mewujudkan Sudut Inovasi
Jumlah sudut inovasi yang diwujudkan
/
/
/
/
/
Semua Bahagian
STRATEGI 3 3. Memperkukuhkan
Pengurusan Idea/ Inovasi
3. Penemuan Inovasi
5. Cadangan Idea melalui Pohon Inovasi
Jumlah idea yang dicadangkan
/ / / / / Semua Bahagian
4. Pembangunan Inovasi
6. Penyaluran Cadangan Inovasi
Jumlah idea yang disalurkan
/ / / / / BKP
28
OBJEKTIF STRATEGIK 4: MEMPERKASAKAN TADBIR URUS PENGURUSAN INOVASI
TUJUAN 1. Kapasiti organisasi yang cemerlang.
STRATEGI PROGRAM AKTIVITI KPI TEMPOH MASA TANGGUNGJAWAB
2011 2012 2013 2014 2015
7. Pemilihan Cadangan Inovasi Terbaik
Jumlah idea yang dilaksanakan
/ / / / / BKP
5. Penggunaan Inovasi
8. Membangunkan satu platform perkongsian inovasi JPA (i-hub)
Jumlah idea inovasi yang dikongsi
/ / / / BKP
29
4.6. Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Pelan Inovasi JPA menggariskan perkara-perkara berikut:-
31
BAB 5 – RUMUSAN
Bagi menjadikan JPA sebuah agensi peneraju perubahan Perkhidmatan Awam yang mantap dan
berdaya saing usaha-usaha pembudayaan inovasi perlu diberi keutamaan. Penyediaan Pelan
Inovasi JPA ini merupakan satu bukti komitmen JPA terhadap usaha Transformasi Sektor Awam.
Kejayaan pelan ini bergantung kepada penglibatan keseluruhan warga JPA samada pengurusan
atasan ataupun sokongan.
Secara keseluruhannya, warga JPA perlu memperkasa landskap inovasi melalui rangsangan
inspirasi dan menjana idea baru, mengembang bakat sedia ada serta mengeksploitasikan
kemampuan kreativiti serta inovatif modal insan JPA ke peringkat yang optimum.
32
JAWATANKUASA
PENYEDIAAN PELAN INOVASI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
(2011 – 2015)
PENAUNG YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
PENASIHAT
YBhg. Dato’ Dr. Ismail Alias Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)
PENGERUSI Encik Amir bin Hj. Abd. Hamid
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
TIMB. PENGERUSI
Encik Suhaimi bin Ali@Ahmad Timb. Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
AHLI-AHLI
Bengkel Pelan Inovasi Siri 1
Encik Mohd Bustamam bin Abdul Aziz Encik Aizal bin Annual
Encik Wan Baharudin bin Wan Mahmood Puan Haslinda binti Abdul Razak
Encik Md. Hafizi bin Elias Encik Shaiful Nazri bin Abdul Wahid
Encik Kamal Azizi bin Shaadan Encik Huzaimi bin Baharudin
Encik Mohd Noramin bin Khalid Puan Lidiawati binti Zamri
Puan Tan Lai Chu Encik Adi Satria bin Jamaluddin
Puan Rohayah binti Marzuki
Puan Siti Saudah binti Marjom Puan Raudah binti Kamal
Puan Nurulerina binti Aznan Puteri Baginda Siti Noor Azura bt B.Saharudin
Encik Kamarulzaman bin Mohd Puan Siti Marini binti Subari
Encik Mohd Syaiful bin Mokhtar Encik Ahmad Khairunnizam bin Daud
Cik Mastura binti M. Abdan Encik Jamaruddin bin Marin
Encik Mohd Najib bin Abdullah Puan Rohanida binti Poniran
Bengkel Pelan Inovasi Siri 2
Encik Hairul bin Abd Hamid Encik Wan Baharudin bin Wan Mahmood
Encik Zainal Alhakab bin Seman Encik Mohd Bustaman Bin Abdul Aziz
Encik Aizal bin Annual Encik Zulkarnain bin Rohimi
Encik Murali Rajaram Puan Shariffah Rugaiyah binti Syed Hussain
Puan Lidiawati binti Zamri Encik Kama Azidi bin kamarulzaman
Puan Siti Khadijah binti Abd. Gani Encik Huzaimi bin Baharudin
Puan Tan Lai Chu Encik Muhammad Faeez bin Zakaria
Encik Fathul Adni bin Jasni Encik Mohd Noramin Bin Khalid Puan Zarina binti Zainal Abidin
Cik Noor Aini binti Sapii Puan Siti Rohana Binti Shafie
Puan Rohaya binti Majid
BIBLIOGRAFI Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2009). Meniti sejarah merintis kejayaan menyusuri jejak 75 tahun Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pelan strategik JPA. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pelan strategik dalaman JPA. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2010). Pelan strategik pengurusan sumber manusia JPA. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pelan strategik pengurusan kewangan JPA. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2011). Pelan integriti JPA. Putrajaya, Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2010). Kerangka halatuju strategik pengurusan sumber manusia sektor awam. Putrajaya, Malaysia. Malaysia Productivity Corporation. (2009). Understanding Innovation. Petaling Jaya, Malaysia. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). (2005). OSLO Manual: Guidelines for collecting and interpreting innovation data, 3rd Edition. France: OECD Publishing. Wheelan, T.L. & Hunger, D.L., (2006). Strategic Management & Business Policy(10th Edition). New York, NY: Pearson Prentice Hall.