Pengenalan
E-EAZEE HAJJ merupakan suatu inovasi pedagogi yang menarik
dan sangat membantu suasana pembelajaran bermakna di mana
pelajar terlibat secara aktif dan dapat menghayati kandungan yang
dipelajari. Pendekatan yang digunakan ialah melalui apps atau
mengimbas kod QR tertentu yang berupaya menyediakan
pengalaman pembelajaran luar biasa yang sangat memberi impak
yang mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian
pembelajaran pelajar.. E-EAZEE HAJJ sangat membantu semasa
proses pembelajaran kerana topik haji dan umrah adalah topik
yang penting tetapi terlalu kompleks untuk difahami. Pelajar dapat
mendalami topik haji dan umrah secara maya dengan
mengaksesnya melalui muat turun apps E-EAZEE HAJJ di Google
Play Store atau dengan menggunakan QR Code secara percuma.
Ia merupakan satu apps yang dimudahcara dan mudah diakses.
Aplikasi ini amat berinteraktif dan boleh dicapai di mana sahaja
melalui pelbagai jenis telefon pintar dan komputer. Pelajar dapat
melayarinya sendirian tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah.
Ini dapat menjimatkan masa pembelajaran dan menjimatkan kos
bahan bantu belajar kerana maklumat penting disediakan dan
digarap dengan baik sekali dengan video dan audio yang amat
jelas. Warnanya yang terang, menarik dan mempunyai makna
tertentu telah diterangkan melalui petunjuk warna.
Rasional
Rasional terciptanya E-Eazee Hajj ini ialah kerana topik haji dan
umrah perlu pendekatan yang berbeza daripada kaedah pdpc yang
konvensional. Pelaksanaan ibadah haji yang terbahagi kepada tiga
jenis haji yang berbeza meyebabkan perlu dicetuskan satu inovasi
yang sistematik untuk memudahkan pemahaman, penganalisian
dan pengaplikasiannya. Kaedah biasa melalui penerangan dan
syarahan tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Maka dicipta E-
Eazee Hajj bagi membantu pelajar menguasai topik yang sukar dan
kompleks ini. Penggunaan apps E-Eazee Hajj merupakan salah
satu cara pembelajaran melalui permainan atau “learning through
fun” yang melibatkan pengalaman pelajar secara maya yang boleh
berlaku dalam bentuk digital tanpa bersemuka. Info tentang haji dan
umrah dipermudahkan dengan adanya infografik yang berwarna
yang mempunyai maksud tertentu untuk membezakan perkara
rukun, wajib dan sunat haji dan umrah.
Perluasan
Projek inovasi E-Eazee Hajj ini berjaya disebarluaskan kepada
semua peringkat masyarakat samada murid sekolah, pelajar IPT,
para pendidik, masyarakat awam. Penggunaan apps E-Eazee
Hajj secara percuma boleh didownload daripada Google Playstore
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. QR kod juga merupalan
akses alternatif yang boleh digunakan. Berdasarkan halaman
utama QR kod didapati pengunjung apps ini tercatat seramai
2245 orang di seluruh Malaysia.
Pelaksanaan di IPGK Tuanku Bainun ke atas dua kumpulan guru
(40 orang) yang mengikuti Kursus dalam Cuti (KDC) di IPG
Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB). Seterusnya dilaksanakan
dalam kalangan pelajar IPG PPSMP Sem 1 (150 orang) dan
PISMP Sem 8 (14 orang) Pengajian Agama di IPGKTB. Di
sekolah pula melibatkan beberapa buah sekolah menengah di
negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis iaitu di
Sekolah Menengah Sukan Bukit Jalil, Selangor, SMK Kota Kuala
Muda, Kedah, SMKA Arau, Perlis, SABK al-Hidayah, Perak dan
SABK Maahad Islahiah Addiniah, Perak.Strategi Penyelesaian
Bagi menyelesaikan masalah pdpc haji maka pendekatan
pembelajaran imersif maya melalui E-Eazee Hajj dilaksanakan. Ini
kerana ia dicipta berpakej dengan analisis perlaksanaan haji
mengikut jenis-jenis tertentu seperti haji ifrad, haji tamattuk dan
haji qiran. Malah penggunaan warna dioptimumkan untuk
membezakan antara rukun haji, wajib haji dan sunat haji yang
lengkap dengan audio, video, gambar dan tulisan. Ini
memudahkan proses pembelajaran berlaku secara maya tanpa
perlu bersemuka. Pendekatan pembelajaran imersif maya melalui
E-Eazee Hajj sangat transferable atau boleh pindah. Ini kerana
pemindahan ilmu boleh berlaku tanpa perlu bersemuka dengan
pensyarah. Mungkin pada awalnya pensyarah memberi taklimat
cara penggunaan aplikasi ini. Kemudiannya pelajar dapat
mengakses dan mengexplorenya sendiri. Ini kerana pelajar akan
dibimbing dengan audio, video, tulisan dan gambar yang telah
disediakan, Kebolehpindahan ini bercambah apabila Eazee Hajj
dicipta dalam dwibahasa. Jadi perpindahan ilmu dapat berlaku
dalam kalangan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa. Malah
lebih hebat lagi aplikasi ini boleh diakses melalui muat turun dari
Google Playstore (sedang dalam proses tempoh dua minggu lagi)
Penggunaan
Gabungan tiga teori iaitu Teori Kognitif, Teori Behaviorisme dan
Teori Kecerdasan Pelbagai dapat memantapkan kefahaman dan
pengaplikasian ibadat haji dan umrah. Penggunaan warna yang
terang dan menarik bertujuan untuk menambah ingatan dan
memudahkan pengguna membezakan hukum yang berkaitan dan
diterangkan melalui petunjuk warna tersebut. Dari segi psikomotor,
pelajar boleh menggunakan jari untuk skrol ke kiri dan kanan dan
ke atas dan ke bawah. Malah pelajar dapat mempraktikkan video
yang ditayangkan. Dari segi afektif pula, pelajar dapat merasai
khusyuk dan tenang apabila memasang audio bacaan doa dan
zikir. Dari segi masa, sangat menjimatkan di mana masa pdpc
dapat dijimatkan apabila pelajar dapat melayarinya sendiri secara
maya. Pelajar dibimbing melalui audio, video, gambar dan tulisan
menjadikan projek ini berlangsung tanpa perlu bersemuka dengan
pensyarah 100%. mungkin sekitar 20% sahaja malah ia dapat
membantu kecekapan pensyarah menghurai fakta dan
memahamkan konsep kepada pelajar
Gambar-gambar berkaitan
Versi dwibahasa Versi kemaskini
LY2018002515
Dr. Khairani binti Zakariya @ Abd. Hamid, Md Saufi bin Abdul Hamid &
Muhammad Razak bin Naina Md
INOVASI
TERBAIK
Biodata Kumpulan
Impak (Soal selidik)Berdasarkan soal selidik didapati kebanyakan respinden sangat setuju dan
bersetuju dengan Eazee Hajj, Buktinya seperti berikut:
Versi dwibahasa Versi kemaskini
LY2018002515
UJIAN PRA
UJIAN POS
Impak (Ujian Pra dan Pos)Ujian pra di bawah menunjukkan gambaran sebenar tentang kefahaman murid
di beberapa buah sekolah yang menunjukkan markah yang rendah yang perlu
segera dipulihkan. Tetapi apabila inovasi E-Eazee Hajj dilaksanakan ternyata
perbezaan sebelum pelaksanaan E-Eazee hajj dan selepas pelaksanaannya
sangat memberi impak yang sangat besar. Dapatan ujian pra dan pos adalah
seperti berikut:
Ujian Pra menunjukkan jawapan pelbagai yang diperolehi,
Ujian pos menunjukkan ada penambahbaikan dari segi maklumat tentang
pelaksanaan haji dan umrah
1. Adakah bahan inovasi ini membantu anda /guru bagi topik Haji dan
Umrah 88 i”esoonses
75
4
2. Adakah Haji dan Umrah mudah difahami melalui Eazee Hajj 88 re sa anses
00
50
25
1
3. Adakah Eazee Hajj ini mesra pengguna
1
1. Adakah inovasi Eazee Hajj menjimatkan masa anda untuk
mendapatkan maklumat yang padat 8 8 re s nn her
100
50
2. Adakah Eazee Hajj dapat menjimatkan kos guru untuk membina BBM
100
50
6. Eazee Hajj mempunyai warna yang terang yang mempunyai maksud
tertentu yang mudah untuk difahami
eo
20
6. Adakah Eazee Hajj dapat menarik minat pelajar/ pengguna 89 reDoc nses
100
75
25
7. Adakah Eazee Hajj mengemukakan maklumat yang menyeluruh
mengenai haji dan umrah
1
8. e-Eazee Hajj adalah BBM yang berinteraktif secara 2 hala 88 respo n ses
80
2
9. Eazee Hajj hebat kerana sesuai digunakan dalam pelbagai peringkat
samada sekolah, universiti atau masy...yang ingin menunaikan haji dan umrah
50
Impak yang sangat jelas apabila 88 responden terdiri dari pelbagai
pihak samada pendidik atau pelajar serta orang awam. Dapatan
majoriti menunjukkan responden setuju dan sangat setuju pada
persoalan yang dikemukakan
Dr. Khairani binti Zakariya @ Abd. Hamid, Md Saufi bin Abdul Hamid &
Muhammad Razak bin Naina Md
.
Kumpulan ini disertai oleh 3 orang ahli iaitu
Dr Khairani binti Zakariya @ Abd. Hamid
seorang pensyarah IPGK Tuanku Bainun
yang aktif dalam penyelidikan, penulisan dan
inovasi semenjak tahun 2012 lagi
Md Saufi bin Abdul Hamid adalah pensyarah
UiTM Kedah yang pakar dalam bidang
Tamadun Islam dan Hubungan Etnik. Sering
terlibat dalam penyelidikan dan penulisan
Muhammad Razak bin Naina Md adalah
seorang freelance programmer di negeri
Kedah, sering berkolaborasi dengan guru
dan pensyarah dalam budang inovasi.
ANUGERAH DALAM PERTANDINGAN INOVASI
Inovasi: Johan atau pemenang anugerah emas untuk Konvensyen Inovasi IPGKTB-Eazee Hajj pada 12 April 2018
Inovasi: Pemenang anugerah emas untuk Pertandingan Inovasi dan BOS di IPDA pada 16-17 Julai 2018 (Eazee Hajj)
Inovasi: Johan dan pemenang anugerah emas untuk Pertandingan Bicara Tuntas Kategori Pensyarah sempena IDBOS di IPDA pada 16-17 Julai 2018 (Eazee Hajj)
Inovasi: Anugerah Khas Juri dalam Konvensyen Inovasi peringkat negeri P.Pinang (e Eazee Hajj) pada 02-03 April 2019
Anugerah Emas peringkat Kebangsaan di IPGKDA pada 23 Julai 2019
The Best of General Innovation in International Innovation in Teaching and Learning 2019 (e Eazee Hajj) pada 18 April 2019 anjuran UiTM Kedah
The Best Content (Professional) in International Innovation in Teaching and Learning 2019 (e Eazee Hajj) pada 18 April 2019 anjuran UiTM Kedah
Gold Award in International Innovation in Teaching and Learning 2019 (e Eazee Hajj) pada 18 April 2019 anjuran UiTM Kedah
PENULISAN TENTANG EAZEE HAJJ
Eazee Hajj: Inovasi Pendidikan Islam ke arah Revolusi Industri 4.0 dalam International Convention on 21st Century Pedagogy Malaysia 2019 di Putrajaya (24-25 April 2019)
Penulisan satu bab dalam buku Koleksi Bahan Inovasi Produk IPGK Tuanku Bainun
Penulisan satu bab dalam buku
Koleksi Bahan Inovasi Produk IPGK Tuanku Bainun
INOVASI
TERBAIK