Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
66
ILMU TASAWWUF DALAM MENGHADAPI
TANTANGAN KEMODENAN
Damanhuri Basyir Fakultas Ushuluddin dan Filsafat
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh Indonesia
Email: [email protected]
Abstrak
Ilmu tasawwuf telah wujud secara serentak kewujudan manusia di dunia
ini. Walaupun sekiranya dunia berada di pengakhiran zaman, namun ilmu
tasawwuf akan terus hidup, bukan hanya disebabkan oleh kesinambungan
diantara satu generasi ke generasi yang lain yang mengamal tradisi itu
tetapi kerana ilmu tasawwuf ternyata masih wujud di dalam budaya yang
mana berkembang secara cepat dari pelbagai arah tanpa dapat diramalkan.
Ketika tarikan ilmu tasawwuf ini tidak kehilangan daya tariknya dalam
kalangan masyarakat luar bandar, ilmu tasawwuf ini juga muncul di
tengah-tengah budaya materialisme dan kawasan bandar yang moden.
Walaupun, dapat diketahui bahawa kemajuan teknologi lebih jauh
berkembang dan lebih cepat sebarannya daripada penyebaran ilmu Islam,
khususnya dalam bidang Ihsan dan ilmu tasawwuf. Malangnya, sehingga
hari ini, ilmu tasawwuf hanya dikaji semula oleh pihak yang bukan sainstis
yang orientasinya adalah untuk tujuan individu dan ilmu tasawwuf hanya
dilihat sebagai kajian rujukan dalam kalangan intelektual.
Kata kunci: Sufisme, era moden.
SUFISM IN FACING MODERN CHALLENGES
Abstract
Sufi teachings have been existed simultaneously as the emergence of
human beings in this world. Therefore, it is likely that even to the end of
this world, the spirit of Sufism will continue to live, not only because it
has been continuously passed down among generations of the people who
hold the tradition, but it also turns out to prevail amongst the culture which
grows rapidly to rather unexpected direction. While not losing its attraction
in rural communities, Sufism indeed arises in the midst of the materialism
and modern urban areas. However, it is known that the technological
advancement is far beyond and grows faster than the dissemination of
Islamic knowledge, especially in the field of Ihsan and Sufism.
Unfortunately, nowadays, Sufism is only reviewed by non-scientist parties
whose orientation is for individual purposes, while Sufism is only viewed
as a reference study among the intellectuals.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
67
Keywords: Sufism, Modern Era.
Pendahuluan
Secara tersurat atau tersirat ajaran tasawwuf telah lahir bersama
dengan munculnya manusia di permukaan bumi, bahkan sehingga
akhir dunia ini semangatnya tidak akan pernah mati. Ini bukan
hanya kerana terus menerus diwariskan secara turun temurun dari
satu generasi ke generasi dari kalangan masyarakat yang masih
memegang tradisi ini, tapi ternyata ajaran tasawwuf hadir pada
waktu yang tepat di pusat budaya menuju arah yang sama sekali
berbeza dengannya serta tidak kehilangan daya tarikannya di
ekonomi subsistem pendesaan. Justeru itu, ajaran tasawwuf
kelihatan bertebaran di tengah materialisme dan moden perkotaan.1
Sebenarnya ruh tasawwuf2 adalah aspek ihsan iaitu salah satu
rukun dalam din al-Islam. Wahyu Allah yang disampaikan
RasulNya Muhammad SAW, din al-Islam memiliki tiga rukun iaitu
iman (aqidah), Islam (syariah) dan ihsan, kemudian diketahui ajaran
tasawwuf ini merupakan huraian secara terperinci dari ajaran ihsan,
(rukun din al-Islam ketiga). Oleh yang demikian, adalah tidak
menghairankan sekiranya pada masa-masa awal para ulama’ besar
dunia, ilmu mereka mencakupi ketiga dimensi tersebut. Dari sini
pula diketahui bahawa perjalanan sejarah dakwah Islam di dunia
pun sentiasa dijalankan dengan penuh kedamaian. Dalam
pengertian bahawa ilmu keislaman itu mencakupi bidang batin
(tasawwuf). 3
Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi sekarang telah
membawa pengaruh pula kepada pola pikir, pola sikap dan pola
pandang manusia. Kemodenan dalam berbagai hal terjadi hampir
dalam setiap segi kehidupan. Misalnya pola pendidikan di dunia
Muslim yang lebih menekankan lahiriah sebagai model tuntutan
teknologi. Perubahan ini secara langsung atau tidak secara langsung
memberi kesan kepada tingkah laku terhadap penghayatan amalan
agama secara batiniyah. Generasi yang mendapat pendidikan
1 Haidar Bagir, “Tasawuf di Indonesia dalam Perspektif” dalam DR. Alwi
Shihab, Akar Tasawuf di Indonesia, (Jakarta: Pustaka Iman, 2009), ix.
2 Asmaran As, Pengantar Studi Tasawuf, (Jakarta: Raja Grafindo Persada,
2001), 42-45.
3 Imam Muslim, Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, (Kaherah: al-
Mathba’ah al-Mishriyah, t.t), 157.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
68
moden, cenderung diajar agama sebagai kajian, sedangkan
pengamalannya terhadap agama kurang dihayati.
Perkembangan teknologi dengan penghayatan Islam tidak
seiring. Kelihatan tasawwuf kalah dalam berdaya saing dengan
kemajuan bidang teknologi.4 Agaknya ini bermula dari kurang
adanya upaya serius dari ilmuan Muslim untuk mencari solusinya.
Tasawwuf sekarang banyak jatuh ke tangan yang bukan ilmuan di
bidangnya, tetapi jatuh dikalangan intelektual pengkaji tanpa
mengamalkan. Bahkan tidak sedikit alumni pendidikan moden yang
mengingkari tasawwuf. Untuk menjawab keadaan tersebut di atas,
semestinya ilmu tasawwuf tampil dengan wajah terkini dalam
wujud hakikinya dan maju.
Krisis Umat Islam Moden
Umat Islam disebut sebagai khair ummah (the best community),
namun secara kualitatif dalam kebanyakan aspek kehidupan umat
Islam mengalami kemerosotan.
Dalam al-Quran Surah Ali-Imran, ayat 10
دهمٱل ذين إن أ ول ل لهمو أ مو نهم ع ل نتغني ك ف روا
ن م وو ش يٱلل همو ك أول ١٠ٱلن ار اوو
(Ali-Imran 3 : 10)
Terjemahan: Sebenarnya harta benda
orang-orang kafir, dan juga anak-pinak
mereka tidak sekali-kali akan
menyelamatkan mereka dari (azab seksa)
Allah sedikit juapun; dan mereka itulah
bahan bakaran api neraka.
Hal itu dicetuskan oleh adanya kekosongan jiwa yang mempunyai
kesan dalam tiga asas hubungan seperti berikut:5
4 Haidar Bagir, “Tasawuf di Indonesia dalam Perspektif” dalam DR. Alwi
Shihab, Akar Tasawuf di Indonesia, ix.
5 M. Dhiyauddin Quswamdhy, Peranan Tasawuf Dalam Revovery
Problematika Ummat dan Kemanusiaan dalam Era Globalisasi, (Panitia
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
69
Krisis Hubungan dengan Khaliq
Krisis hubungan dengan khaliq menunjukkan terjadinya hubungan
yang sifatnya formal dan upacara yang beristiadat. Krisis ini
menyebabkan lemahnya akhlak peribadi umat. Umat Islam secara
keseluruhan mengalami dis-orientasi nilai dalam kehidupannya.
Gambaran ini menunjukkan umat Islam kurang mempedulikan
acuan nilai akhlak sebagai panduan hidupnya. Ini muncul ketika
kecintaan terhadap dunia (hubb dunya) mengalahkan kecintaannya
kepada khaliqnya, maka sikapnya tak lagi pada acuan nilai ilahiyah
(moral ketakwaan). Baginya dunia lebih penting daripada Tuhan
yang menyebabkan timbulnya perilaku yang keji.
Krisis Ukhuwwah
Krisis ukhuwwah menunjukkann dengan lemahnya semangat
persatuan seagama. Umat Islam berpecah belah dalam sekatan
sosial yang sempit dan membawa pada jurang dis-integrasi
pepecahan sosial sama ada secara vertical atau horizontal. Kondisi
seperti ini terdedah kepada pertikaian. Energi yang seharusnya
digunakan untuk mencapai kemajuan, telah digunakan untuk
menyelesaikan pertikaian. Kemuculan ini kerana kecintaan
terhadap dunia (hubb dunya), dan manusia kehilangan kepekaan
social di antara satu sama lain. Sifat yang terlalu mencintai dunia
menjadi manusia bersikap individualistik yang hanya memikirkan
dirinya sendiri tanpa peduli dengan orang lain. Masing-masing
individu tidak lagi peduli dan prihatin antara satu sama lain.
Krisis Hubungan Din Islam dengan Daulah
Krisis hubungan din Islam dengan daulah, menunjukkan lemahnya
semangat dakwah amr ma`ruf nahi munkar, rosaknya amanat atau
mandat dan tanggungjawab sosial politik, umat kehilangan kawalan
sosial dalam mewujudkan cita-cita Islam dalam politik dan
kemanusiaan yang berhujung dengan kegagalan. Ini berpunca
kecintaan terhadap dunia (hubb dunya) yang menjadikan manusia
berorientasikan kebendaan (material oriented). Kondisi seperti ini
mengakibatkan manusia menjadi sangat takut kepada kematiannya
yang kemudiannya enggan berjuang untuk dakwah amr ma`ruf nahi
Musyawarah Tawhid Tasawuf Asia Tenggara ke III di Kabupaten Aceh
Barat Daya, 2014,1-2).
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
70
munkar. Punca dasarnya adalah lemahnya pemahaman tauhid. Jika
semangat tauhid lemah, bahan yang menjadi orientasi, lalu takut
mati telah menjadi sifat perwatakan umat, akibatnya umat Islam
mengalami kejatuhan peradaban.
Untuk menyelamatkan umat dari penyakit hubb dunya, maka
perlu dihidupkan kembali tarbiyyah Islamiyah `ala thariqah al-
awaliyah dengan menjadikan tasawwuf sebagai landasan
ideasional. Tasawwuf merupakan bahagian integral dan tak terpisah
dari Islam, namun, telah lama kurang diberi perhatian sehingga
menyebabkan umat Islam hampir mengalami kemunduran dalam
semua aspek kehidupan. Mengembalikan peranan utama ulama’
tasawwuf selaku warathah al-anbiya’ dan penerus amanah
perjuangan para wali di tengah umat yang diibaratkan seperti
jantung bagi badan. Ulama’ tasawwuf membangkitkan kembali
jiwa Islam ke seluruh organisasi sosial.
Secara garis besar krisis umat Islam moden disebabkan oleh
beberapa faktor, antara lain sebagai berikut:
Faktor Internal
Sebagian umat Islam enggan mempelajari keilmuan dalam dirasah
diniyah secara komprehensif, mengabaikan pentingnya tafaqquh fi
din (pemahaman agama secara mendalam) sama ada dalam
kehidupan individu maupun sosial. Akibatnya umat Islam kurang
memahami norma agama dan etika serta batas larangan-larangan
syariat.
Dalam hubungannya dengan Tuhan, kerana kurang mendalami
ilmu agama, maka umat Islam lalai kepada sumber kebahagiaan
manusia. Mereka kurang mengenal Tuhan dan tidak tahu
kemanakah harapan kebahagiaan disandarkan. Ketika mereka tidak
menjadikan Tuhan sebagai sandaran, kerana itu mereka menjadikan
duniawi sebagai sandaran hidup. Lalu mereka terjebak dalam
kegagalan dan keputusan berpanjangan, kemudian menjadi kecewa
dan menyebabkan masuk ke dalam hal-hal yang membawa kepada
kejahatan.
Disebabkan buta norma dan nilai agama, maka mereka
berubah menjadi manusia anti-sosial yang hanya memikirkan
dirinya sendiri (individualistik). Orang kaya semakin menjadi kaya,
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
71
manakala orang miskin dalam kemiskinannya. Hal ini
menyebabkan kepincangan sosial yang berlarutan dan berlakunya
konflik kelas sosial sebagaimana terjadi dalam masyarakat Islam
moden sekarang.
Kelemahan dalam pemahaman agama pun juga memberi kesan
kepada hubungan din dan daulah, kerana tidak mengetahui norma-
norma Islam dalam bidang politik dan kemasyarakatan, sehingga
mengakibatkan praktik-praktik kehidupan politik dan sosial yang
menghalalkan segala cara. Ini memberi kesan kepada kemerosotan
kehidupan umat Islam.
Faktor Eksternal
Perang antara ideologi kapitalisme dan komunisme, yang
berakhirnya dengan tumbangnya komunis antarabangsa dan
pepecahan Uni Soviet, maka barat memandang bahwa Islam adalah
satu-satunya ideologi yang menjadi halangan bagi hegemoni dan
penguasaan peradaban barat yang sekular. Untuk itu, mereka
melancarkan serangan berdasarkan strategic di dalam politik,
tentera dan budaya, untuk mewujudkan apa yang mereka sebut
sebagai New World Order. Dalam perang pemikiran dan budaya
untuk melemahkan dan menjatuhkan umat Islam adalah melalui:
West-toksinasi
Peranan media massa dan elektronik, tontonan dan informasi yang
disangka oleh masyarakat mempunyai kebaikan ternyata
mempunyai keburukan yang secara perlahan-lahan merosakkan
kekuatan budaya dan peradaban Islam. Racun-racun ini begitu
cerdik dikemas dalam berbagai rupa yang menarik sehingga dapat
memperdayakan perhatian dan kewaspadaan kita. Oleh kerana
tarikan tersebut, racun dirasakan oleh masyarakat sebagai madu.
Informasi dan promosi makanan dan minuman seperti junk
food, fast food dan soft drink yang sesungguhnya harus dihindari
kerana mempunyai kesan buruk kepada kesihatan, namun digilai
oleh masyarakat dan muda-mudi muslim. Selain itu sebaran video
di laman media sosial youtube mengenai proses penyembelihan
haiwan ternak tidak memenuhi standard kehalalan bahkan
berlawanan dengan kaedah nilai Islam.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
72
Fesyen sebagaimana yang dirancang di Milan Italia, Paris,
London dan New York dalam waktu singkat akan menjadi model
busana bagi sebahagian besar warga umat, khususnya generasi
muda tanpa memikirkan standard busana shar`i. Ketika artis pujaan
mengenakan busana tertentu yang tidak sesuai mengikut norma
Islam, beralih kepada busana kain efektif model busana yang
ditontonnya. Lalu diterima pakai atau disaksikan oleh orang tua,
remaja dan kanak-kanak di rumah-rumah.
Tontonan filem barat dengan luar cerita dan berbagai adegan,
sesungguhnya tak sekadar hiburan. Di dalamnya diselit nilai
ideologi dan gaya hidup barat yang diserap ke dalam senario,
terutama tentang seks dan kekerasan. Hasil tontonan ini mampu
membentuk gaya hidup dan menjadi sebuah realiti seterusnya
peningkatan perilaku tidak bermoral seperti LGBT (lesbian, gay,
bisexual dan transgender) yang menjurus kepada free sex.
Falsafah rasionalisme dan empirisme mampu membuat remaja
Islam yang terjangkit virusnya dan mengikis keyakinan terhadap
Islam. Bagi penganut fahaman rasionalisme, hakim tertinggi yang
menjadi penentu benar dan salah adalah akal. Segala sesuatu realiti
kenyataan harus diyakini kebenarannya. Segala hal yang tidak
boleh ditimbang baik dan burukn oleh akal bagi rasionalisme adalah
tertolak. Fahaman rasionalisme semakin berbahaya ketika
disandingkan dengan aliran empirisme yang berpandangan bahwa
kebenaran sesuatu hanya boleh disahkan kebenaran melalui
pancaindera. Dis-integrasi melalui agen-agennya, musuh-musuh
Islam pun meramu mencari bahan-bahan formula untuk
meruntuhkan kekuatan bangunan kesatuan dan persatuan umat
Islam baik secara berstruktur dan budaya.
Zaman moden umat Islam terpecah menjadi nation states
system, dipupukkan semangat kebangsaan yang sempit, yang
memberi kesan dengan mengikis semangat solidariti umat secara
global. Ini semakin menjadi-jadi dan membentuk sikap cinta
berlebihan kepada bangsa sendiri dan merendahkan bangsa lain.
Dipupuk pula potensi perbezaan madhab dalam aliran pemikiran
umat Islam sehingga terbentuk gap-gap dan semangat saling
bermusuhan. Antara lain perselisihan antara kaum Syiah dan Sunni,
kaum fundamentalis dan modenis, kaum tradisional dan modenis
liberal dan sebagainya.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
73
Keneutralan nilai mengenai benar dan salah yang dianut suatu
golongan atau masyarakat dalam proses pembangunan adalah
puncak dari keberhasilan proses sekularisasi universal adalah
terbentuknya masyarakat yang bersifat sikap neutral yang tidak
memihak. Di mana masyarakat sepenuhnya menganut pandangan
hedonisme dan pragmatisme. Sehingga segala sesuatu, benar salah,
baik buruk diukur dengan kesenangan dan keuntungan duniawi.
Solusi Tasawwuf
Kembali ke Fitrah
Menurut ajaran tasawwuf, selagi mana manusia belum boleh keluar
dari belenggu jasmani atau materi, selagi itulah tidak akan
menemukan nilai-nilai rohani yang didambakan. Untuk itu harus
berusaha melepaskan ruhnya dari kungkungan jasmaninya. Ini
harus ditempuh dengan jalan riyadah yang bertujuan untuk proses
mengasah ruh supaya tetap dalam fitrah sebagai jalan
membahagiakan dalam kehidupannya. Untuk mencapai kebaikan
dan kebahagiaan itu mempergunakan ilmu pengetahuan saja, kerana
ilmu itu adalah proses produksi manusia dan hanya merupakan alat
yang terbatas. Jalan menuju kebahagiaan yang hakiki dengan iman
yang kukuh, perasaan hidup yang aman dan damai bersama Allah.
Untuk ini diperlukan adanya langkah yang pasti dengan
mananamkan semangat dan kedaran ghaibiyah sebagai ajaran
tasawwuf. Membangun kesedaran yang bersifat fitri mengarahkan
jiwa yang benar untuk melakukan berbagai kegiatan (ibadah) secara
sungguh-sungguh hingga mencapai perasaan berhubungan
langsung dengan Allah sebagai reakitas Mutlak.6
Prinsipnya adalah manusia cenderung untuk selalu ingin
berbuat baik sesuai dengan nilai-nilai Ilahiyah, segala perbuatan
yang menyimpang dari padanya adalah pengingkaran dan melawan
fitrah. Manusia semasa berada di alam arwah iaitu sebelum lahir
kedunia, telah mengikat suatu perjanjian dengan Allah sebagaimana
firman Allah:
6 Ibrahim Basyuni, Nash`ah Tasawwuf al-Islam, (Kaherah: Dar al-Fikr,
1969), 17-24.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
74
إذ ي ت همو ذر منظهورهم ا م ء ب ني من ب ر ذ أ خ
ش هدن ا و الواب ل ى ب كمو أ نفسهمأ ل ستبر ل ى د همع أ شه و
ةأ نت قولواي وم م ٱلقي فلين ذ اغ ١٧٢إن اكن اع نه
(Al-‘Araf 7 : 172)
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak
Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka (seraya berfirman): “Bukankah
Aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab:
“Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi”. (Kami lakukan yang
demikian itu) agar dihari kiamat kamu
tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami
(Bani Adam) adalah orang-orang yang
lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).
Fitrah itu hidayah yang diberikan Allah kepada setiap manusia
selaku khalifah di muka bumi, yang kejadian asalnya yang suci dan
baik. Manusia dasarnya adalah makhluk yang suci, maka manusia
dilengkapi oleh Pencipta dengan kemampuan dan bakat untuk
mengenali diri sendiri mana hal-hal yang buruk yang bakal
menjauhkannya dari kebenaran, dan hal-hal yang baik yang
mendekatinya kepada Tuhan. Dengan fitrah manusia menjadi
makhluk yang cenderung dan memihak kepada yang benar, yang
baik dan suci. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri
beragama iaitu agama tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama
tauhid, maka hal itu tidak wajar. Seperti firman Allah:
ف أ وم ت نيف افطر ينح للد جه و ٱل تيٱلل لن اس ٱف ط ر
لق لخ ت بديل ل ل يه ا ع ٱلل ل ينذ كٱلق ي مٱلد ل و أ ك ر ن
ي عل مون ٱلن اس ل
(Ar-rum 30:30)
Maka hadapkanlah wajahmu dengan
lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan
manusia menurut fitrah itu, tidak ada
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
75
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah)
agama yang lurus; tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
Pengendalian Nafsu
Pengendalian dan tazkiyah al-nafs adalah proses dapat dilakukan
dalam tahapan takhalli dan tahalli.7 Nafsu adalah salah satu potensi
yang diciptakan Allah di dalam diri manusia hingga dapat hidup dan
hidup lebih maju, penuh kreatif dan dinamis. Jika manusia tidak
mempunyai nafsu tidaklah akan ada kemajuan dalam kehidupan
manusia, kerana ketiadaan nafsu ini tentu tidak akan ada kompetisi
di antara manusia untuk member tuntutan hidupnya yang selalu
berkembang setiap saat, tentu denan motivasi untuk bisa lebih
banyak beribadah kepada Allah SWT.
Manusia diharuskan untuk menguasai nafsunya itu hingga
dapat mengendalikannya, sehingga tidak membawanya kepada
kesesatan. Menurut tabiatnya, nafsu itu cenderung kepada
kesenangan, lupa diri, bermalas-malas yang membawa kepada
kesesatan. Nafsu itu pada tabiatnya memang tidak pernah puas
dengan sesuatu yang dimilikinya. Allah SWT berfirman
إن ئن فسي م اأب ر بٱلن فس ۞و ة م ٱلسوءل م ار اإل
حيم ب يغ فورر ر إن ب ي ر حم ٥٣ر
(Yusuf 12: 53)
"Dan tiadalah aku berani membersihkan
diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu
sangat menyuruh melakukan kejahatan,
kecuali orang-orang yang telah diberi
rahmat oleh Tuhanku (maka
terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).
Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
7 Huraian tentang ini banyak dibahas oleh al-Ghazali, antaranya dalam
kitab Ihya `Ulum al-Din, Kimiya al-Sa`adah, al-Munqiz min al-Dhalal.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
76
Nafsu menjadi baik jika dibersihkan dari pengaruh jahat
dengan ajaran-ajaran agama sejak seawal mungkin untuk
mengendalikan nafsu yang jahat
ه ا ى م اس و ن فسو ه ا ٧و م ه اف أ له ى ت قو ه او ٨فجور
ه ا ك ى نز م و د ٩و دأ فل ح ه او ن س ى م ١٠خ اب
(al-Syams 91 : 7-10)
Demi diri manusia dan Yang
menyempurnakan kejadiannya (dengan
kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya). Serta mengilhamkannya
(untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan
yang membawanya kepada bertaqwa.
Sesungguhnya berjayalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya
- yang sedia bersih - itu susut dan
terbenam kebersihannya (dengan sebab
kekotoran maksiat.
Orang yang tidak dapat mengendalikan hawa nafsunya
dikatakan sebagai orang yang menjadikan hawa
nafsunya sendiri sebagai tuhan.
يت ء نأ ف ر ذ م هٱت خ ه ۥإل ل ه أ ض و ه ى ه و علمٱلل ع ل ى
س معه ل ى ع ت م خ و لبهۦو ب ۦو ع ل ى ع ل ج رهو ةغش ۦص و
ني هديهمنب عد ف م ٱلل ت ذ ك رون ٢٣أ ف ل
(al-Jathiyah 45 : 23)
Dengan yang demikian, bagaimana
fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap
orang yang menjadikan hawa nafsunya:
tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula
disesatkan oleh Allah kerana
diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur
ingkar), dan dimeteraikan pula atas
pendengarannya dan hatinya, serta
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
77
diadakan lapisan penutup atas
penglihatannya? Maka siapakah lagi
yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan
dia berkeadaan demikian)? Oleh itu,
mengapa kamu (wahai orang-orang yang
ingkar) tidak ingat dan insaf?
أ يه ا بٱل ذين ۞ي مين كونواو و نوا ام د اء ٱلقسطء شه
أ و أ نفسكم ل ى ل وع و لد ينلل بين و ٱلو كنإني ٱل ور
غ ني اأ وف قيراف ٱلل ت ت بعوا ف ل بهم او ٱله أ ول ى أ نو
إنت لووات عدل او ۥ بم اٱلل أ وتعرضواف إن ت ك ان لون عم
بيرا ١٣٥خ
(Al-Nisa’ 4: 135)
Wahai orang-orang yang beriman!
Hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi
menjadi saksi (yang menerangkan
kebenaran) kerana Allah, sekalipun
terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa
dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang
(yang didakwa) itu kaya atau miskin
(maka janganlah kamu terhalang
daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan
kamu bertimbang rasa), kerana Allah
lebih bertimbang rasa kepada keduanya.
Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng
dari keadilan. Dan jika kamu memutar-
balikkan keterangan ataupun enggan
(daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
Orang demikian ini telah menyimpang dari kebenaran
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
78
Peningkatan Kuantiti dan Kualiti Amal
Tasawwuf merupakan salah satu unsur yang penting dalam Islam,
sehingga tanpa adanya pemahaman mengenai gagasan dan latihan
sufistik, akan mengalami kesulitan menelusuri kehidupan
keagamaan dalam Islam, malah dikhawatirkan bahawa agama
kelihatan dari sudut zahir saja. Kalau Islam dipisahkan dari aspek
esoterisisme (tasawwuf), maka hanya menjadi kerangka prosedur
saja yang akhirnya akan kehilangan keindahan Islam itu sendiri. Di
dunia tasawwuf sangat popular istilah man lam yadhuq lam yadri
(siapa tidak merasa maka dia tidak tahu).
Menurut orang sufi manusia memiliki dua rumah, satu rumah
jasadnya, iaitu dunia. Yang lain rumah ruhnya, alam yang tinggi.
Kerana hakikat manusia terletak pada ruhnya, maka manusia
merasa terasing di dunia ini, kerana tempat ruh manusia yang
sesungguhnya bukan dunia. Perasaan terasing inilah yang
mendorong seseorang menjalani sebuah pencarian, iaitu perjalanan
spiritual menuju Tuhannya. Namun kerana Tuhan sebagai tujuan
akhir perjalanan manusia bersifat rohani, manusia berjuang
menembus rintangan materi agar ruhnya menjadi suci. Penyucian
ini dalam upaya mendekatkan diri kepada Yang Mahasuci, kerana
Yang Mahasuci hanya boleh didekati oleh yang suci. Firman Allah:
ت قمافيهاأبدالا أولاامنااٱلت قوى ااعلىاأس ساالمسجد ااا ا
و ٱلل رين يحب ١٠٨ٱلمط ه
(At-Taubah 9:108)
Jangan engkau sembahyang di masjid itu
selama-lamanya, kerana sesungguhnya
masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai
Muhammad), yang telah didirikan di atas
dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah
sepatutnya engkau sembahyang padanya.
Di dalam masjid itu ada orang-orang
lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan
Allah Mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan
batin).
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
79
Dari cara hidup spiritual prinsipnya bertujuan untuk
pendekatan pada sumber dan tujuan hidupnya, itulah Allah SWT.
Berupaya dengan berbagai amal sehingga dapat merasakan
kehadiran dan kedekatannya atau dalam bentuk merenungkan dan
berulang-ulang membaca alquran dengan penuh kecintaan agar
dapat memahami kehendak Allah dan menghayati hikmah serta
pelajaran yang dikandungnya. Dengan bentuk uzlah dah khalwah di
tengah malam dan munajat sehingga tercapai hubungan intim dan
personal dengan Allah.
Semuanya dilakukan dengan riyadah yang dilakukan dengan
sungguh-sungguh (mujahadah). Kelihatan dari usaha ini
diharapkan berbentuk keperibadian (thabiah), yang pada
puncaknya, agar keperibadian itu boleh dilestarikan. Dalam
munajat, menyaksikan wujud Allah (mushahadah) di mana pun dia
berada. Dalam ungkapan orang sufi: Shuhud al-wahdah fi al-
kathrah wa syuhud al-kathrah fi al-wahdah (Menyaksikan Yang
Satu [Allah] pada yang banyak [alam] dan menyaksikan yang
banyak pada Yang Satu). Ia menyaksikan dan merasakan kehadiran
Allah bersamanya. Inilah yang dikatakan sebagai ihsan dari hadith
yang disebutkan di atas. Inilah pula yang difirmankan Allah:
لل شرقو غربو ٱلم جهٱلم لواف م و ف أ ين م اتو ٱلل إن
ليمٱلل سعع ١١٥و
(Al-Baqarah 2: 115)
Dan Allah jualah yang memiliki timur
dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap
Allah) maka di situlah arah yang diredhai
Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi
sentiasa Mengetahui.
Hidayah Allah Ta`ala
Dalam pandangan sufi mengibaratkan hidayah itu dengan cahaya
(nur). Alat penerimanya, yang dimiliki manusia adalah hati (qalbu)
yang diibaratkan oleh mereka dengan cermin (mir’ah). Hidayah
akan boleh masuk ke dalam hati sekiranya hati bersih, sebagaimana
cahaya yang akan boleh masuk ke dalam cermin sekiranya cermin
bersih. Cermin yang bersih mampu menerima cahaya dengan baik,
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
80
yang pada gilirannya mampu memantulkan cahayanya ke luar
dengan baik dan bersih pula.
Demikianlah hati manusia, hati yang bersih akan mampu
menerima hidayah dengan baik dan memantulkan keluar tingkah
laku baik pula. Dengan demikian, baik dan buruknya tingkah laku
seseorang sebanding dengan bersih dan tidaknya hatinya. Allah
berfirman:
ن أ ف م ح ش ر هٱلل در ب هص نر نورم ل ى ع مف هو سل ۦلل
نذ م ولوبهم سي ة لق ل يل ف و كر لٱلل ل فيض ك أول
بين ٢٢م
(al-Zumar 39:22)
Jika demikian, adakah orang yang telah
dilapangkan Allah dadanya untuk
menerima Islam, lalu ia tetap berada
dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari
Tuhannya, (sama seperti orang yang
tertutup mata hatinya dengan selaput
kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah
bagi orang-orang yang keras membatu
hatinya daripada menerima peringatan
yang diberi oleh Allah. Mereka yang
demikian keadaannya, adalah dalam
kesesatan yang nyata.
Para sufi telah menunjukkan bagaimana caranya
membersihkan hati itu dalam sebuah penyucian yang dimulai
dengan yang pertama tathahhur, iaitu membersihkan diri dari
segala kotoran dan penyakit hati. Yang kedua tahaqquq, iaitu
menanamkan sifat-sifat terpuji mengganti sifat-sifat tercela; dan
yang ketiga takhalluq, iaitu menirukan segala sifat-sifat terpuji dari
Rasulullah SAW atau nama-nama yang indah dari Allah Ta`ala.
Dalam istilah lain tahap itu dinamakan oleh para sufi dengan istilah-
istilah takhalli, tahalli dan tajali.
Hadirnya cahaya (iluminasi) dari Tuhan, kadang mudah,
kadang begitu sulit. Imam al-Ghazali dalam al-Munqid min al-
Dhalal menceritakan tentang limpahan cahaya yang didapatinya
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
81
setelah 10 tahun mengamalkan ajaran tasawwuf. Sebelum
datangnya iluminasi itu, hidup al-Ghazali digambarkan penuh
dengan kesangsian. Setelah ilumunasi atau juga disebut kasyaf
dilimpahkan ke dalam hatinya, dan menjadi terang benderang.
Inilah kunci segala ilmu atau ma`rifah. Segala kesangsian yang
disebabkan oleh kejahilan hilang. Manakala jalan untuk menuju
kebenaran terbentang luas dan cahaya yang diperoleh mampu
menerangi hati orang-orang lain yang sedang dalam kegelapan.
Nabi sekalipun tidak pernah menjadikan orang baik, jika Allah
Ta`ala tidak menghendakinya, seperti firman Allah
إن كن ل و نأ حب بت ت هديم ٱلل ل ني ش اء ي هديم
أ عل مب هو ٥٦ٱلمهت دين و
(al-Qashash 28: 56)
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat
memberi petunjuk kepada orang yang
kamu kasihi, tetapi Allah memberi
petunjuk kepada orang-orang yang
dikehendaki-NyA, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mau
menerima petunjuk.
Juga bagi mereka menjalani apa yang diberikan atau ditetapkan
oleh Allah dan RasulNya, akan mendapat jalan yang benar. Allah
SWT telah menjanjikan dalam firmanNya
ٱل ذين و إن و دوافين ال ن هدي ن همسبل ن ا ه ٱلل ج ع ل م
٦ٱلمحسنين
(al-Ankabut 29: 69)
Dan orang-orang yang berjihad untuk
(mencari keridhaan) Kami, benar-benar
akan Kami tunjukkan kepada mereka
jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya
Allah benar-benar beserta orang-orang
yang berbuat baik.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
82
Dilihat dari sisi hal-hal yang sering dijumpai dalam perjalanan
spiritual kaum sufi, berbagai hal yang sifatnya spiritual hanya dapat
dirasakan oleh mereka yang memasukinya. Pengalaman itu antara
lain adalah muraqabat, kehampiran dan kedekatan (qarb), cinta
(hubb), takut (khawf) harap (raja’), rindu (shawq) intim (uns),
tenteram (thama’ninah), penyaksian (mushahadah) dan yakin.
Untuk hal ini ditempuh melalui:
Waspada dan mawas diri
Waspada dan mawas diri merupakan dua hal yang berkaitan erat.
Waspada (muhasabah) dapat diartikan meyakini bahwa Allah
mengetahui segala pikiran, perbuatan, dan rahasia dalam hati, yang
membuat seseorang menjadi hormat, takut dan tunduk kepada
Allah. Adapun mawas diri (muraqabah) adalah meneliti dengan
cermat apakah perbuatan sehari-hari telah sesuai atau malah
menyimpang dari yang dikehendaki-Nya.
Cinta (hubb)
Dalam pandangan tasawwuf, mahabbah (cinta) merupakan pijakan
bagi segenap kemuliaan hal, sama seperti taubat yang merupakan
dasar bagi kemuliaan maqam. Kerana mahabbah pada dasarnya
adalah anugerah yang menjadi dasar pijakan bagi segenap hal, kaum
sufi menyebutnya sebagai anugerah-anugerah (mawahib).
Mahabbah adalah suatu mata rantai keselarasan yang mengikat
Sang Pencinta kepada kekasihnya; suatu ketertarikan kepada
kekasih, yang menarik Sang Pencinta kepadanya, dan melenyapkan
sesuatu dari wujudnya, sehingga menguasai seluruh sifat dalam
dirinya, kemudian menangkap zatnya dalam genggaman Qudrah
(Allah).
Berharap dan takut (khawf dan raja)
Dalam kajian tasawwuf raja’ dan khawf berjalan seimbang dan
saling mempengaruhi. Raja’ dapat berarti berharap atau optimisme,
iaitu perasaan senang kerana menanti sesuatu yang diinginkan dan
disenangi. Khawf adalah kesakitan hati kerana membayangkan
sesuatu yang ditakuti, yang akan menimpa diri di masa yang akan
datang. Khawf dapat mencegah hamba berbuat maksiat dan
mendorongnya untuk sentiasa dalam ketaatan. Perbahasan
mengenai raja’ tersebut dalam al-Quran
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
83
نواو ٱل ذين إن ام دوافيس بيلٱل ذين ء ه ج رواو ه اج
ٱلل ت حم ر ي رجون ك أول و ٱلل حيمٱلل ر غ فور
٢١٨
(al-Baqarah 2 : 218)
“Sesungguhnya orang-orang yang
beriman, orang-orang yang berhijrah dan
berjihad di jalan Allah, mereka itu
mengharapkan rahmat Allah, dan Allah
Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
Orang yang harapan dan penantiannya mendorongnya untuk
berbuat ketaatan dan mencegahnya dari kemaksiatan, bererti
harapannya benar. Sebaliknya jika harapannya hanya angan-angan,
sementara diri sendiri tenggelam dalam lembah kemaksiatan,
harapannya sia-sia.
Rindu (Shawq)
Selama masih ada cinta, shawq masih tetap diperlukan. Dalam hari
seseorang sufi, rasa rindu hidup dengan subur, iaitu rindu untuk
segera bertemu dengan Tuhan. Bagi sufi yang rindu kepada Tuhan,
maut dapat mempertemukannya dengan Tuhan, sebab hidup
merintangi pertemuan dengan `abid dengan ma’budnya.
Intim (uns)
Dalam pandangan kaum sufi, sifat uns (intim) adalah sifat merasa
selalu berteman, tak pernah merasa sepi. Ungkapan berikut
mengambarkan sifat uns iaitu ada orang yang merasa sepi dalam
keramaian dan selalu memikirkan kekasihnya sebab sedang
dimabuk cinta. Ada pula orang yang merasa bising dalam kesepian.
Ada juga orang yang selalu memikirkan atau merencanakan tugas
pekerjaannya semata-mata dan selalu merasa berteman di manapun
berada. Alangkah mulianya engkau berteman dengan Allah, artinya
engkau selalu berada dalam pemeliharaan Allah.
Ketika difahami sebagai upaya perihal menyihatkan nilai-nilai
spritual, pada diri manusia, tasawwuf berorientasi untuk
membentuk manusia-manusia sihat yang tersucikan jiwanya.
Dalam tasawwuf, upaya perihal menyihatkan melalui proses
penyucian jiwa ini, disebut dengan tazkiyah al-nafs. Tazkiyah al-
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
84
nafs merupakan proses penyucian jiwa, pengembalian jiwa pada
fitrahnya.
Tazkiyah al-nafs ini bermula dari pandangan sufi bahawa jiwa
manusia pada fitrahnya adalah suci. Namun, kerana persatuan dan
pergulatannya dengan badan, terjadilah interaksi dengan
kepentingan-kepentingan badan. Interaksi ini menyebabkan jiwa
terkontaminasi. Ia menjadi tidak suci, bahkan banyak yang menjadi
tidak sihat lagi. Dari sini, kemudian tasawwuf berupaya dalam
mensucikan kembali jiwa dengan proses tazkiyah al-nafs. Firman
Allah:
ه ا ك ى نز م و د ٩و دأ فل ح ه او ن س ى م ١٠خ اب
(Ash-Shams 91: 9 -10)
Orang-orang yang sentiasa
membersihkan jiwanya, termasuk
orang-orang yang sukses dan
mendapat keberuntungan. Sebaliknya
merugilah orang-orang yang
mengotorinya.
Fenomena Tasawwuf Era Moden
Mencermati konsep arkan din (rukun agama) Islam yang
mencakupi aqidah, syariah dan ihsan tentang perbahasannya cukup
luas dan mendalam. Dalam hubungan ini ulama’ dituntut untuk
menguasai berbagai selok-belok ketiga aspek tersebut. Tasawwuf
pun ajarannya meliputi ketiga aspek itu, yang dikenal dalam tiga
aspek tugas risalah: Tabligh iaitu menyampaikan wahyu Allah
meliputi al-Quran dan as-Sunnah. Tazkiyah al-Nafs iaitu penyucian
diri zahir dan batin dan tanfiz, iaitu pelaksanaan ajaran Islam secara
kaffah. Maka seseorang penganjur tasawwuf mestilah memiliki
ilmu serta mengamalkan dan menghayatinya.
Secara realiti perkembangan tasawwuf sekarang perlu
mendapat catatan adalah pendefinisian perlu mendapat huraian dan
penjelasan yang jelas dan tepat dilakukan lebih dari satu kali secara
ulangan. Untuk itu sebagai catatan bahan perbincangan dalam
seminar ini adalah:
1) Tasawwuf jatuh ke tangan awam, pejuang, pengamal saling
tarik pengaruh dalam masyarakat dalam upaya menarik
jemaah.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
85
2) Pimpinan jemaah walau dengan alasan dakwah kadangkala
tidak satu arah dalam membimbing umat.
3) Huraian tasawwuf, yang kadang-kala budaya tempatan
lebih menonjol ketimbang ajaran dasarnya, ini bermula dari
kesederhanaan ilmu dari pimpinannya.
4) Pewarisan dari orang tua. Di antara pimpinan tarekat
bermodalkan wasiat orang tua kepada anaknya, tanpa
melalui proses pengkaderan.
5) Tidak adanya majlis tertinggi sebagai dewan fatwa.
Sekarang ada beberapa aliran tasawwuf yang diputuskan
sebagai aliran sesat oleh pihak lembaga rasmi yang menjadi
sebagai anggota pemutus fatwa dan mereka tidak
mempunyai asas ilmu tasawwuf.
6) Dalam ajaran tasawwuf yang diaplikasi dalam tarekat,
bermakna perjalanan seseorang untuk mendapatkan
petunjuk Allah, memerlukan seorang penunjuk jalan
(murshid), kerana perjalanan itu banyak godaannya,
sehingga dalam dunia tarekat terhadap ungkapan: “Siapa
tidak memiliki shaykh, guru atau murshid, maka syaitanlah
gurunya.8 Tanpa murshid, seseorang yang belum
mengetahui jalan kemungkinan besar boleh tersasar dan
tidak sampai ke tujuan. Perlu disedari bahawa murshid
hanya membimbing murid untuk menghantarkan seorang
murid sampai ke pintu gerbang istana hadirat Allah.
7) Tarekat dalam pengertian lain, dikenal dengan berbagai
aliran tarekat, yang penganutnya disebut denga ahl al-
tariqah. Aliran tarikat dalam dunia Islam cukup banyak,
yang menurut Hamzah Ya’qub melebihi seratus tarekat
dengan seluruh ajarannya, Di Indonesia pun juga cukup
banyak yang berkembang9 di antaranya adalah Tarekat
Tahifuriyah, Tarekat Suktiyah, Tarekat Khazariyah,
Tarekat Nuriyah, Tarekat Mulamatiyah, Tarekat
8 Dalam makna, bahawa setiap ilmu yang hendak diamalkan mestilah
memiliki guru. 9 Sri Mulyati, Tarekat-Tarekat Muktabarah di Indonesia, Cet ke 2, (Jakarta:
Prenada Media, 2004), 91.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
86
Qadiriyah,10 Tarekat Mulawiyah, Tarekat Syaziliyah,11
Tarekat Rifa’iyah, Tarekat Suhrawardiyah, Tarekat
Badawiyyah, Tarekat Naqshabandiyah,12 Tarekat
Syattariyah, Tarekat Khalwatiyah, Tarekat Haddadiyah.13
8) Adapun fungsi strategi ulama dan intelektual tasawwuf
sebagai agen perubahan dan pembaharuan tasawwuf di era
moden seperti berikut : 14
a) Fungsi Educator (Muaddib/Pendidik)
Berlandaskan pada konsep tarbiyah ala minhajin nubuwwah,
ulama’ diharapkan dapat mendidik sehingga meningkatkan kualiti
keberagaman umat dari yang hanya bersifat ornamental, verbal dan
ritual menuju pengalaman keberagaman yang integral iaitu
mengintegrasikan antara akidah, syariat dan akhlak (tasawwuf).
b) Fungsi Integrator (Muwahhid/Pemersatu)
Atas dasar tahabbub fillah, diharapkan ulama’ boleh kembali
mempersatukan umat dalam jalinan ukhuwah Islamiyah yang akrab
sehingga terbangun kembali semangat setiakawan dan solidariti
umat dan kemanusiaan yang melampaui batas-batas geografis,
negara dan bangsa dalam semangat ta`awun `ala birri wa al-taqwa
dan fastabiq al-khayrat.
c) Fungsi Reformer (Mujahid/Pembaharu)
Melalui semangat keadilan dan kebijaksanaan, ulama’ tasawwuf
diharapkan mampu menjadi pembaharu dalam mewujudkan
institusi kehidupan umat yang lebih islamik. Sehingga wujudnya
kehidupan umat dan manusia yang damai, sejahtera dan terhormat
dalam naungan khilafah sebagai perwujudan rahmat bagi seluruh
semesta. Saranan dan Usulan
10 Hilman Anshary (ed), Spritual Wali Quthb Syekh Abdul Qadir al-
Jailani, (Jakarta,t.p, 2004), 2. 11 Ihsan Ilahi Zahir, Dirasat fi Tasawuf, Idarah Tarjaman, (Pakistan: Idarah
Tarjuman, 1988), 27. 12 Pendirinya Muhammad bin Muhammad Bahauddin al-Bukhari
Nawsyabandi (717 H/1318 M/791 H-1389 M}. H. A. Fuad Said,
Hakikat Tarikat Naqsyabandiah, ( Jakarta: Al-Husna, 1996), 23. 13 Sri Mulyati, Tarekat-Tarekat Muktabarah di Indonesia, 91. 14 M. Dhiyauddin Quswamdhy, Peranan Tasawuf Peranan Tasawuf Dalam
Revovery Problematika Ummat dan Kemanusiaan dalam Era
Globalisasi, 7.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
87
1) Diperlukan adanya lembaga bertaraf antarabangsa bidang
tasawwuf (Sekolah Tasawwuf) yang dapat menjelaskan
secara terperinci ajaran tasawwuf dalam pendidikan
moden. Misalnya darjat salikin, darjat `arifin dan
sebagainya. Lembaga ini memiliki laboratorium.
2) Perlu rancangan pedoman sistem pengijazahan ilmu
tasawwuf, dalam hal ini haruslah memiliki struktur yang
jelas.
3) Perlu adanya organisasi yang membuat pertimbangan
dalam bidang tasawwuf.
4) Diperlukan adanya pendokong dan pengesakan dari
lembaga tertentu, khususnya lembaga rasmi bagi setiap
tarekat yang berkembang.
5) Hendaknya diambil langkah untuk pemurnian kembali
beberapa lembaga tarekat yang berkembang dalam usaha
mengembalikan semula ajaran tasawwuf.
6) Dalam usaha pemurnian tasawwuf diperlukan huraian dan
penjelasan yang jelas dan tepat dilakukan lebih dari satu
kali secara ulangan sepertimana yang diharapkan dapat
dilahirkan dalam seminar ini.
Kesimpulan
Tasawwuf ialah sebuah kesedaran yang bersifat hubungan
fitrah yang mampu mengarahkan jiwa menjadi orang yang baik dan
berakhlak mulia, yang pada waktu atau kesempatan untuk
mengerjakan sesuatu Allah selalu hadir dalam kehidupannya.
Jiwanya, perasaannya dan semua tindakannya selalu dibimbing oleh
Allah SWT. Di mana sahaja berada, dia selalu bersama-Nya. Oleh
yang demikian, seseorang itu tidak akan melakukan tindakan yang
tidak diredhai oleh Allah.
Untuk menjadikan jiwa agar memiliki perasaan yang
demikian, diperlukan usaha untuk menghidupkan fitrah yang telah
diberikan Allah SWT sejak ia masih berada di alam ruhani. Fitrah
ini kadang-kadang tenggelam atau tertutup oleh kepentingan-
kepentingan duniawi. Salah satu yang paling banyak menentukan
tingkah laku seseorang adalah hawa nafsunya sendiri. Nafsu pada
dasarnya tidak boleh dimatikan, tetapi harus dikendalikan dan
diarahkan untuk melakukan tindakan yang terpuji.
Untuk mengendalikan nafsu tidak cukup hanya diberi
pengetahuan dan nasihat, tetapi harus dengan mengamalkan apa
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
88
diperintahkan dan menjauhi yang dilarang. Hal ini hanya dapat
berhasil kalau berlatih (riyadah) dengan sungguh-sungguh
(mujahadah) hingga menjadi keperibadian (thabi’ah) dan sampai
kepada merasakan kehadiran Tuhan (mushahadah). Dalam
pembentukan akhlak ini, peringkat-peringkat yang harus dilewati
kata orang sufi adalah tathahhur, tahaqquq dan takhalluq, atau
dalam istilah lain dengan maksud yang sama, iaitu takhalli, tahalli
dan tajalli. Meskipun semua itu telah dilakukan, namun pada
hakikatnya tergantung pada kehendak Allah SWT, dan Dia
memberikan petunjuk-Nya kepada orang itu, atau tidak. Kerana itu,
kita hanya wajib berusaha seperti yang diperintahkanNya, dan
wajib berdoa agar yang kita inginkan diterimaNya.
Maka PERTAMA yang ditubuhkan, dibina dan dikukuhkan
mestilah menemukan formula yang tepat untuk menjadikan ilmu
tasawwuf sebagai wujud penting dalam kehidupan moden dan
berteknologi. Tasawwuf mesti dimajukan bersama majunya
teknologi moden, kerangka berfikir, tindakan yang dilaksanakan
untuk mengatasi sesuatu dan pola pandang ilmuan, teknokrat dan
birokrat. Kita yakin bahwa krisis umat, krisis bangsa, krisis akhlak
orang tua juga generasi muda, dan lain-lain bermula dari krisis
spiritual.
Akhirnya, melalui perjuangan panjang dalam sosialisasi
dengan usaha untuk menjadi tasawwuf dikenal, dipahami, dihayati
oleh masyarakat dengan berbagai strategi yang digeraki para ulama
hendaknya mendapat dukungan elemen masyarakat. Peradaban
Islam insyaAllah akan kembali pada kejayaannya yang gemilang di
Nusantara, bahkan juga diseluruh dunia. Sebagaimana dulu pernah
berjaya yang digerak oleh para ulama’ serta para Raja seluruh
Nusantara.
Rujukan
Al-Ghazali. Al-Munqiz min al-Dhalal. Kaherah: Silsilah al-
Thaqafah al-Islamiyah, 1961.
Al-Ghazali. Ihya `Ulum al-Din. Jilid III dan IV, Indonesia:
Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, tt.
Al-Ghazali. Kimiya al-Sa`adah. Beirut: al-Majtabah al-
Sha’biyah, tt.
Damanhuri, “Ilmu Tasawwuf Dalam Menghadapi Tantangan Kemodenan”, Jurnal Qalbu
3.3 (Dis 2017): 66-89
89
Al-Quran al-Karim.
Asmaran As. Pengantar Studi Tasawuf. Jakarta: Raja
Grafindo Persada, 2001.
H.A Fuad Said. Hakikat Tarikat Naqsyabandiah. Jakarta: Al-
Husna Zikra, 1996.
Haidar Bagir, “Tasawuf di Indonesia dalam Perspektif”.
Dalam DR. Alwi Shihab, Akar Tasawuf di Indonesia,
(Jakarta: Pustaka Iman, 2009).
Hilman Anshary (ed), Spritual Wali Quthb Syekh Abdul Qadir
al-Jailani. Jakarta, t.p, 2004.
Ibrahim Basyuni. Nash`ah Tasawwuf al-Islam. Kaherah: Dar
al-Fikr, 1969.
Ihsan Ilahi Zahir. Dirasat fi al-Tasawuf. Pakistan: Idarah
Tarjuman, 1988.
Imam Muslim. Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Kaherah:
al-Mathba’ah al-Mishriyah, t.t.
Sri Mulyati. Tarekat-Tarekat Muktabarah di Indonesia. Cet
ke 2, Jakarta, Prenada Media, 2004.