FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OUMHBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAMA : SABTURIAH BT. ALI
NO. MATRIKS : 750614125530001
NO.TELEFON : 0135449291
NAMA TUTOR : EN.ANISWANDY B. MUHAMMAD
PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
(OUM) CAWANGAN SANDAKAN.
SEMESTER SEPTEMBER 2012
1.0 Pengenalan
Tugasan ini membincangkan mengenai kajian yang dijalankan terhadap dua orang murid
berlainan jantina yang berada dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun. Kajian meliputi
perbezaan aspek pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.Perbezaan yang
dikesan akan dikaitkan dengan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan tersebut dengan
merujuk latarbelakang murid berkenaan dan seterusnya menghuraikan implikasi perbezaan yang
wujud ke atas pengajaran dan pembelajaran guru.
Kemahiran guru mendalami pengetahuan mengenai perbezaan pertumbuhan dan perkembangan
murid yang turut memerlukan pendekatan berbeza amat membantu guru dalam merancang,
melaksana aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah agar lebih efisien dan
berjaya mencapai objektif.
2.0 Pertumbuhan Dan Perkembangan
2.1 Konsep Pertumbuhan
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua aspek yang berhubung rapat dengan hayat
setiap individu. Dua perkataan tersebut seolah-olah tidak dapat dipisahkan tetapi mempunyai
pengertian yang berbeza.
Pertumbuhan merupakan perubahan individu yang bersifat kuantitatif iaitu boleh diukur.
Contohnya, perubahan dari segi tinggi dan berat badan.
Woolfolk dan Margetts (2007) berpendapat bahawa pertumbuhan merupakan perubahan individu
dari segi saiz dan kematangan.Saiz fizikal merujuk kepada pertambahan saiz bahagian-bahagian
badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf ke otak.Perubahan pertumbuhan adalah perubahan
individu yang nyata dan boleh diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
SABTURIAH BT. ALI 750614125530 1
______________________________________________________________________________
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder (2006) menyatakan bahawa pertumbuhan adalah perubahan
manusia yang boleh diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, menyatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah
mengikut corak yang dapat telaah. Beliau turut berpendapat bahawa walaupun tidak wujud
individu yang benar-benar serupa tetapi perubahan pertumbuhan akan mengikut susunan umum
pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia.
2.1.1 Ciri-ciri pertumbuhan
Antara ciri- ciri pertumbuhan adalah seperti berikut:
i. Pertumbuhan adalah bersifat kuantitatif iaitu perubahan boleh dilihat dan diukur.
ii. Saiz dan struktur badan meningkat, fizikal individu lebih besar.
iii. Saiz otak dan organ dalaman turut bertambah.
iv. Pertumbuhan mempunyai arah tertentu iaitu dari umum ke khusus, peringkat
pertumbuhan yang sama tetapi pada kadar berbeza.
v. Struktur mendahului fungsi.Kumpulan otot adalah lengkap sebelum dapat digunakan
sepenuhnya.
2.2 Konsep Perkembangan.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singah (2006) mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan
sistematik yang berterusan yang dilalui oleh setiap individu bermula di saat kelahiran hinggalah
di saat kematian. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 2
_____________________________________________________________________________
terdahulu. Perubahan juga boleh dianggap sebagai proses di mana individu melalui proses
kematangan, pengukuhan dan kestabilan.
Crow dan Crow menyatakan bahawa perkembangan adalah perubahan bersifat kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, moral, rohani dan sosial.. Garrison pula
berpendapat, perkembangan iaitu yang bersifat struktur, kemahiran tingkahlaku mahupun sahsiah
adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan bersifat sejagat.
Kamaruddin Husin (1997:6), perkembangan didefinisikan oleh 4 orang pakar psikologi sebagai
perubahan tingkahlaku yang tersusun dan teratur. Perkembangan yang dilalui akan membantu
individu mencapai proses kematangan.
2.2.1 Ciri –ciri Perkembangan
i. Individu melalui peringkat-peringkat tertentu dalam hayatnya iaitu bayi, kanak-kanak,
remaja, dewasa dan tua.
ii. semua individu melalui perkembangan yang sama tetapi pada kadar yang berbeza.
iii. Perkembangan dipengaruhi oleh baka tetapi persekitaran menentukan untuk
perkembangan individu ke tahap maksimum.
iv. Perkembangan adalah proses perubahan yang berlaku akibat tindakan saling berkait
antara jasmani dan pembelajaran.
Berdasarkan pendapat-pendapat yang diketengahkan dan ciri-ciri pertumbuhan dan
perkembangan yang dinyatakan di atas dapatlah dirumuskan bahawa pertumbuhan adalah
peringkat-peringkat tertentu yang bersifat kuantitatif yang dapat dilihat perubahan fizikal dan
fungsinya ke arah proses kematangan. Manakala perkembangan adalah peringkat yang dilalui
oleh setiap individu yang tersusun dan bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur.
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 3
______________________________________________________________________________
3.0 Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan
Perbezaan individu adalah variasi dalam kehidupan manusia di mana setiap individu adalah unik
dan tidak sama antara satu sama lain walaupun dilahirkan kembar.Perbezaan dapat dilihat
samada dari segi temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan
anak-anak ataupun sifat-sifat manusia yang berpotensi memajukan atau membataskan keupayaan
dalam melakukan sesuatu.
Menurut Mok Soon Sang (2001), menyatakan perbezaan individu adalah ketidaksamaan dalam
aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.
Hum (1976) & Cattell (1971) turut menyatakan bahawa perbezaan individu adalah kebolehan
diri individu dapat dilihat berasaskan kebolehan akal am.(general ability).
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani/Fizikal Perubahan tinggi, berat badan, pertumbuhan urat saraf, gigi dan organ deria.
Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, merangkak, berlari dan sebagainya.
Mental/Kognitif Pertambahan keupayaan berfikir
Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan menganalisi
Emosi Perasaan gembira, sayang, duka, takut
Kemahiran menguasai dan mengawal perasaan
Sosial Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan keluarga dan orang lain dipersekitaran individu
Kemahiran disiplin dan menyesuaikan diri dalam pergaulan dengan orang lain
Jadual 3.1 : Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 4
______________________________________________________________________________
4.0 Profil 2 Orang Murid
Saya memilih dua orang murid SK.Paris, Kinabatangan yang berlainan jantina tetapi berada
pada peringkat umur yang sama.
4.1 Murid A
Nama murid : Zahratul Raihana bt. Sharif
Tarikh Lahir : 14 Ogos 2001
Bangsa : Bugis
Nama bapa : Sharif b. Rahuni
Pekerjaan : Pekerja Kontrak pendawaian elektrik
Pendapatan : RM500
Nama ibu : Fojiah@ Fauziah bt. Gahim
Pekerjaan : Surirumah
Bil. Adik beradik : 8 orang
Tinggi : 119 cm
Berat : 38 kg
Tahun/Kelas Kedudukan Perolehan Gred2010/ Tahun 3 1 5 A (97.2 %)2011/ Tahun 4 1 4 A (83.2 %)2012/ Tahun 5 1 5 A (84.2 %)
4.1 : Keputusan Peperiksaan untuk 3 tahun berturut-turut Murid A
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 5
4.2 Murid B
Nama murid : Mohd Rizan b. Alooh
Tarikh lahir : 17 Januari 2001
Bangsa : Sungai
Nama bapa : Alooh b. kokok
Pekerjaan : Petani
Pendapatan : Rm300
Nama ibu : Zumatia bt. Usman
Pekerjaan : Surirumah
Bil.adik beradik : 4 orang.
Tinggi : 130 cm
Berat : 37 kg
Tahun/Kelas Kedudukan Perolehan Gred2010/ Tahun 3 26 4D 1C (32.6 %)2011/ Tahun 4 24 3D 2E (22.4 %)2012/ Tahun 5 25 3D 2E (23 %)
4.2 : Keputusan Peperiksaan untuk 3 tahun berturut-turut Murid B
______________________________________________________________________________ SABTURIAH BT.ALI 750614125530 6
_____________________________________________________________________________
5.0 Faktor-faktor menyebabkan Perbezaan dalam aspek Pertumbuhan dan
Perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.
Perbezaan individu dalam perkembangan dan pertumbuhan adalah ketidaksamaan individu
yang meliputi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial.
Borich & Tombari(1997): menyatakan bahawa ia adalah variasi yang diperhatikan di
kalangan ahli kumpulan berdasarkan cirri seperti sikap, tahap tenaga, corak persahabatan dan
hubungan ibubapa- anak.
Mohd Salleh (1991) berpendapat perbezaan individu adalah ketidaksamaan samada yang
dapat dilihat atau tidak yang terdapat pada diri seseorang dari segi mental, pencapaian
akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal, perwatakan , sosial, emosi atau moral dan
kreativiti .
Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan
individu dalam aspek fizikal dan kognitif.
5.1 Faktor Endogen
Faktor endogen ialah faktor dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran
seseorang. Ia juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawaan.
5.1.1 Baka
Menurut Halizah Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dalam buku perkembangan
kanak-kanak menjelaskan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen yang
diwarisi oleh ibubapa kepada anak-anak yang mana terkandung dalam kromosom. Terdapat
juga baka yang diwarisi daripada nenek-moyang. Berdasarkan soalselidik dan pemerhatian
saya sebagai guru kepada kedua-dua pelajar tersebut, pengaruh baka mempengaruhi fizikal
dan kognitif mereka. Dari aspek fizikal Murid A memiliki bentuk badan yang sedikit gempal
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 7
___________________________________________________________________________
dan rendah yang diwarisi daripada kedua-dua ibubapanya yang berbadan rendah dan ibunya
yang sedikit gempal. Bagaimanapun, Murid A lebih mewarisi warna kulit warna mata
ayahnya yang lebih gelap berbanding ibunya yang cerah dan memiliki anak mata berwarna
coklat.(berketurunan KadazanDusun)
Selain itu, Murid A turut mempamerkan personaliti ekstrovert dalam pergaulan di
sekolah.Dia adalah seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan lain dan
juga guru-guru di sekolah.Sifat Murid A juga diwarisi daripada ibubapanya.Ini dibuktikan
ketika ibubapanya hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan di sekolah seperti Majlis Hari
Penyampaian Hadiah dan majlis menandatangani Buku rekod Kemajuan murid. Kedua-dua
ibubapanya merupakan ibubapa yang peramah dan mudah didekati oleh guru-guru.
Merujuk kepada Murid B, Adik Rizan Alooh, ciri-ciri fizikal menunjukkan sedikit perbezaan
daripada fizikal ibubapanya. Murid B bertubuh tinggi dan besar sedangkan kedua-dua
ibubapanya bertubuh kecil dan rendah. Sifat fizikal ini mungkin diwarisi dari nenek
moyangnya. Bagaimanapun, warna kulit yang cerah dengan anak mata berwarna coklat
sememangnya diwarisi daripada kedua ibubapanya. Murid B juga menunjukkan perbezaan
personaliti berbanding Murid A. Dia seorang yang introvert.Seorang yang agak pemalu,
kurang yakin pada diri dan sukar untuk bergaul walaupun dengan rakan sekelas. Sikap ini
diwarisi daripada si ibu yang agak pendiam dan kurang selesa untuk bergaul dengan
diselilingnya berbanding si ayah yang agak peramah.
5.1.2 Pemakanan dan Kesihatan ibu
Kesedaran ibu mengenai kesihatan anak semasa dalam kandungan, mendorong si ibu untuk
mengambil makan seimbang dan berkhasiat, mematuhi jadual pemeriksaan dan pengambilan
ubatan dan vitamin ketika Murid A berada di dalam kandungan. Kesedaran tersebut
menyebabkan Adik Zahratul, anak yang sihat, cergas dan aktif samada semasa mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun ketika mengikuti aktiviti yang
memerlukan kecergasan fizikal ketika berada di luar bilik darjah.
__________________________________________________________________________
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 8
_____________________________________________________________________________
Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dari aspek kognitif juga begitu ketara di antara
kedua-dua murid berkenaan.Murid A menunjukkan kecemerlangan dari segi kognitif. Dia
adalah pelajar pintar di dalam kelasnya dan telah mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan sejak berada di Tahun 3 lagi.Ini dibuktikan berdasarkan keputusan Peperiksaan
Akhir Semester untuk 3 tahun –berturut seperti yang ditunjukkan dalam profil Murid A.
Kecemerlangan turut diwarisi daripada kedua ibubapa yang merupakan pelajar pintar ketika
di zaman persekolahan. Malangnya, kemiskinan yang membelenggu keluarga menyebabkan
kedua ibubapanya tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajaran. Berdasarkan kajian
Erlenmeyer-Kimling & Jarvik (1963) : menyatakan lebih dekat pertalian persaudaraan lebih
serupa kecerdasan yang dimiliki.
Murid B pula lahir dari keluarga yang kurang berjaya dari segi kognitif. Ayahnya tidak
pernah bersekolah disebabkan kemiskinan manakala ibunya hanya bersekolah sehingga
darjah 3. Perkembangan kognitif ibubapanya yang tidak diasah di sekolah sejak di sekolah
rendah menyebabkan minda yang lemah diwarisi oleh anak-anak mereka.
5.2 Faktor Eksogen
Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), eksogen adalah faktor yang datang dari
luar individu, seperti keluarga, rakan sebaya, budaya, teknologi, guru dan sekolah, media
massa serta masyarakat.
5.2.1 Pemakanan
Walaupun kedua-dua murid berada dalam keluarga susah, kedua-duanya masih medapat
bekalan makanan harian yang mencukupi. Adik Rizan mendapat bekalan protin yang tinggi
sejak kecil disebabkan selain bertani ayahnya juga sering ke sungai menjala ikan. Pada
pendapat saya, sumber protin yang banyak juga menjadi faktor Adik Rizan memiliki fizikal
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 9
___________________________________________________________________________
yang lebih besar dan tinggi berbanding kedua ibubapanya selain faktor baka daripada nenek-
moyangnya.Bagaimanapun, Murid A yang mendapat zat pemakanan yang lebih seimbang
membolehkannya lebih menonjol dari segi kualiti kognitif.
5.2.2 Keluarga
Menurut Baumrind (1995),menyatakan bahawa cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu
memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu
diikuti. Ini kerana cara tersebut membolehkan anak-anak berdikari, mudah berkawan, suka
bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi kejayaan. Kesan daripada keadaan hidup yang
susah dan kesedaran terhadap kejayaan dalam pembelajaran boleh mengubah keadaan hidup
manusia, mendorong ibubapa Murid A untuk sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk
belajar bersungguh-sungguh.Walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya dalam
mengulangkaji pelajaran, ibubapanya sentiasa mempastikan Murid A mengulangkaji
pelajarannya sekurang-kurangnya 1 jam setiap malam. Semangat untuk terus berusaha Adik
Zahratul turut didorong oleh kejayaan adik beradiknya yang lain yang juga cemerlang dalam
pelajaran. Menurut Shahabuddin (2003) yang memetik dari Rogers (1951) menyatakan
bahawa dalam kehidupan seharian, individu akan menempuh pelbagai bentuk interaksi
dengan persekitarannya. Hasil daropada interaksi yang berlaku akan membentuk fifat kendiri
seseorang individu. Sifat kendiri juga boleh terbentuk apabila seseorang individu tersebut
membayangkan dan mengambil nilai-nilai orang lain supaya dijadikan sebagai nilai dirinya
sendiri. Lama- kelamaan sifat kendiri tersebut akan tekal.
Berbeza dengan Murid B yang kurang didorong oleh keluarga. Kesan pengabaian dorongan
dan perhatian untuk jangka masa panjang menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran.
Kesannya dapat dilihat juga dalam keputusan peperiksaan semester Akhir untuk 3 tahun
berturut-turut di mana dia gagal dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, Murid B tidak
mempunyai adik-beradik yang berjaya dalam akademik untuk dijadikan sebagai pencetus
___________________________________________________________________________
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 10
___________________________________________________________________________
motivasi untuk berjaya dalam bidang akademik seperti Murid A.
Tahap Peringkat Umur Ciri-ciri
Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya
lawan tidak percaua
Kedua 18 bulan – 3 tahun Tahap autonomi lawan rasa
malu/sangsi
Ketiga 3 tahun – 6 tahun Tahap inisiatif lawan rasa
bersalah
Keempat 6 tahun – 12 tahun Tahap industri lawan rasa
rendah diri.
Kelima 12 tahun – 20 tahun Tahap industri lawan perasaan
keliru
Keenam 20 tahun – 40 tahun Tahap kemesraan lawan
pengasingan diri.
Ketujuh 40 tahun – 60 tahun Tahap generativiti lawan
pemusatan diri.
Kelapan 60 tahun ke atas Kesepaduan lawan putus asa.
Jadual 5.1 : Teori perkembangan Erikson (hasil kajian perbezaan perkembangan individu)
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 11
______________________________________________________________________________
6.0 Implikasi Perbezaan individu Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
6.1 Objektif dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan penerangan awal dalam faktor-faktor perbezaan pertumbuhan dan perkembangan di
antara kedua-dua murid yang dipilih, Murid A menunjukkan kecemerlangan dari aspek kognitif
tetapi sebaliknya bagi Murid B yang agak ketinggalan dalam pelajaran. Kedua-dua murid
berkenaan memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza sesuai dengan
keupayaan minda mereka bagi mempastikan objektif dan isi pelajaran benar-benar dikuasai oleh
mereka. Bagi Murid A guru boleh meningkatkan lagi potensi kognitif murid tersebut dengan
memberikan motivasi atau peneguhan positif berupa ganjaran dan kata-kata pujian untuk
menarik minatnya untuk terus mengasah potensi diri. Menurut Rachlin (1991), peneguhan
diberikan untuk memuaskan kehendak individu dan mengurangkan tekanan dan meransang otak.
Di samping itu, guru mensasarkan target dan objektif pembelajaran yang lebih tinggi
menyediakan aktiviti pengukuhan dengan menyediakan latihan-latihan tambahan ataupun
mengujinya dengan soalan-soalan yang lebih sukar bagi mencabar minda dan
kebolehannya.Mengikut taksonomi Bloom, objektif pembelajaran perlu mengikut aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras penilaian perlu diubah mengikut
perubahan prestasi murid.
Bagi Murid B, guru perlu memberi perhatian khusus sesuai dengan tahap keupayaan kognitifnya
yang rendah. Sebagai langkah awal untuk menarik minat Adik Rizan guru hendaklah
mempastikan bahan latihan yang disediakan benar-benar boleh diselesaikan seterusnya beralih
kepada soalan yang lebih sukar (soalan mudah kepada soalan susah). Murid lemah tidak
seharusnya diabaikan kerana pengabaian hanya akan meyebabkan mereka akan terus ketinggalan
dan tercicir. Bagaimanapun, bimbingan yang berlebihan akan menyebabkan murid lemah terlalu
mengarap bantuan dan tidak selesa untuk berdikari.
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 12
______________________________________________________________________________
6.2 Kesediaan Belajar .
Perbezaan kebolehan akademik murid di dalam bilik darjah menyebabkan kesediaan murid untuk
belajar juga berbeza.Bagi murid yang mempunyai kecerdasan minda yang baik, mereka tidak
bermasalah dan sentiasa bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Piaget kesediaan ialah “the level of mental development necessary of benefit from experiences”.
Maksudnya, setiap kanak-kanak tidak akan faham sesuatu konsep jika tahap pemikirannya belum
sampai ke tahap tersebut.Sebelum kanak-kanak mampu menerima sesuatu pembelajaran, mereka
harus mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal(psikomotor), emosi dan sikap.
Murid-murid yang sama umur tidak semestinya mempunyai kesediaan belajar yang sama. Murid
yang mempunyai asas pendidikan yang cukup seperi Pra sekolah atau tadika dan diberi
pengukuhan pendidikan di rumah menunjukkan kesediaan yang baik berbanding murid yang
tidak mempunyai pendidikan asas. Murid yang telah dikenalpasti mempunyai perbezaan
kesediaan emosi, kognitif dan psikomotor, memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada guru
untuk memilih kaedah dan teknik mengajar sesuai dengan kesediaan murid. Murid pintar seperti
Murid A akan menunjukkan kesediaan belajar yang baik berbanding Murid B yang lembam yang
memerlukan lebih ransangan untuk menggerakkan minda mereka.Murid lembam perlu diberi
perhatian khusus agar tidak terus tercicir.
Rajah di bawah menunjukkan Teori Perkembanagan Kognitif yang dicadangkan oleh Piaget
bagi mengetahui tahap kesediaan pembelajaran murid.
Peringkat Umur
Deria motor 0 – 2 tahun
Praoperasi 2 – 7 tahun
Operasi Konkrit 7 – 11 tahun
Operasi Formal 12 tahun ke atas
Jadual 6.1 : Tahap Perkembangan Kognitif
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 13
______________________________________________________________________________
6.3 Perbezaan gaya kognitif dan Gaya Belajar.
Kognitif atau tahap keupayaan murid di dalam bilik darjah adalah berbeza-beza disebabkan
perbezaan individu. Sebahagian pelajar meminati pembelajaran secara visual dan ada juga suka
belajar secara audio.Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak,
bekerjasama, mengelakkan diri dan bersaing. Guru boleh mengenalpasti gaya belajar tersebut
melalui pemerhatian di dalam bilik darjah. Menurut pakar psikologi terdapat sekurang-
kurangnya dua puluh gaya belajar di kalangan murid. Ia bolehlah dikelaskan kepada gaya
pembelajaran diverger, assimilator, konverger dan akomodator. Oleh itu, guru perlu mengkaji
perlakuan murid dan harus bijak menyesuaikan kaedah pembelajaran di dalam bilik darjah.
Perbezaan ini boleh diatasi antaranya adalah dengan mengadakan aktiviti tugasan dalam
kumpulan.Pelajar yang berkemahiran dalam bidang tertentu akan membantu murid yang lemah
selain mengalakkan komunikasi aktif di kalangan murid. Murid A yang bijak dalam akademik
dimasukkan satu kumpulan dengan Murid B. Dengan ini, Murid A digalakkan untuk membantu
Murid B dalam menyelesaikan sesuatu latihan yang diberi oleh guru. Cara penerangan dalam
bahasa kanak-kanak yang lebih mudah diharapkan pelajar lemah akan lebih faham dengan
tunjukajar daripada pelajar pintar. Selain itu, kerja kumpulan juga boleh dikhususkan mengikut
kebolehan murid. Bagi kumpulan pintar mereka akan diberikan soalan pengukuhan agar mereka
tidak bosan setelah menyiapkan latihan yang diberi. Manakala bagi kumpulan murid yang lemah
mereka diberikan soalan yang lebih mudah sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
6.4 Tingkahlaku mengganggu Pembelajaran
Tahap pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza-beza melahirkan murid yang mempunyai
sifat yang berbeza. Tingkahlaku desruktif seperi membuat bising, hiperaktif dan mengganggu
tumpuan rakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran biasanya dilakukan oleh murid yang
bermasalah dalam pembelajaran. Sebahagian pelajar juga menunjukkan tingkahlaku
mengganggu yang postitif seperti cepat menyiapkan latihan walaupun jawapan salah dan suka
bertanya. Guru harus berhati-hati menangani salah laku murid yang berkecenderungan
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 14
______________________________________________________________________________
merosakkan harta benda sekolah dan mencetuskan pergaduhan. Bagi menangani permasalahan
gangguan pembelajaran, guru perlu mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar dan
belajar yang mampu menarik minat murid . Contohnya, penggunaan computer, tayangan
video/slaid, nyanyian. Diharapkan melalui cara ini akan menarik minat murid untuk terlibat
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengelakkan tingkah laku
mengganggu di dalam bilik darjah.
6.5 Perbezaan Personaliti
Bilangan murid yang ramai di dalam bilik darjah turut menghasilkan kepelbagaian personaliti.
Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif di dalam bilik darjah. Suka dan berminat
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka turut berkeyakinan untuk
bertanya mengenai pengajaran dan pembelajaran yang kurang difahami serta berani menyatakan
pendapat. Ini membantu mereka membentuk konsep-konsep yang lebih jelas dan setersunya
mampu menunjukkan pencapaian akademik yang baik.Hal ini sebaliknya bagi murid introvert
yang suka mendiamkan diri dan tidak berkeyakinan untuk bertanya dan menonjolkan diri dalam
pengajaran dan pengajaran. Mereka akan berasa lebih selamat jika hanya mendiamkan diri
kerana bimbang sekiranya mereka bertanya atau menjawab soalan jawapan yang diberi tidak
tepat. Ini akan terus menyebabkan mereka ketinggalan dan merosot dalam pembelajaran. Murid-
murid yang diasuh dengan baik dan mendapat perhatian sempurna oleh keluarga akan
melahirkan anak yang stabil emosinya dan memberi tumpuan yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran.Ini bertentangan dengan murid yang diabaikan oleh ibubapa samada kerana sibuk
dengan urusan masing-masing mahupun anak yang diabaikan akibat keretakan
rumahtangga.Anak yang kurang stabil emosinya akan kurang tumpuan di dalam bilik darjah
seterusnya melahirkan murid yang ketinggalan dalam pencapaian akademik.
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 15
______________________________________________________________________________
Dalam hal ini, guru berperanan penting dalam mengerakkan motivasi murid. Murid yang
cemerlang seperti Murid A terus diberi galakan sementara Murid B yang lemah perlu diberi
perhatian lebih dan diberi suntikan motivasi untuk memperbaiki diri dengan menerapkan
keyakinan kepada mereka bahawa masalah dan pengabaian keluarga tidak seharusnya menjadi
penghalang untuk membentuk peribadi yang positif seterusnya mencipta yang kejayaan dalam
hidup.
7.0 Penutup
Pertumbuhan dan perkembangan adalah proses-proses yang mesti dilalui oleh setiap individu
walaupun pada kadar yang berbeza.Ia meliputi perubahan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan
sosial yang mana dipengaruhi oleh faktor Endogen dan Eksogen.Hasil daripada faktor-faktor
tersebut melahirkan individu yang berbeza dari aspek pertumbuhan dan perkembangan .Guru
yang berdedikasi seharusnya menjadikan perbezaan perkembangan dan pertumbuhan murid
sebagai cabaran dan pencetus motivasi untuk mengkaji dan memilih pendekatan sesuai dengan
kepelbagaian kebolehan murid. Kemahiran guru mengenalpasti perbezaan yang wujud amat
membantu guru dalam mempastikan objektif, aktiviti dan isi pelajaran memberi bermanfaat dan
mampu dicapai oleh murid seterusnya melahirkan individu yang bertepatan dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.
Jumlah Perkataan : 3200 patah perkataan
SABTURIAH BT.ALI 750614125530 16
7.0 RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan.(1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM
Azalina Abu Bakar@Mohd (2005) Psikologi Individu. Shah Alam: Karisma.
Ee Ah Meng (2005).Psikologi Pendidiikan 1: Psikologi Perkembangan.Shah Alam: Penerbit fajar
Bakti Sdn Bhd.
Cikgumuzikpsiko.(2012,Ogos)
implikasi-perbezaan-individu-terhadap-p-p.html.http://cikgumuzikpsiko.blogspot.com.(2012,
November 11).
Itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11.Perbezaan-individu.html.(2012, Oktober 28)
Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Psikologi Pendidikan.Selangor:
Multimedia Sdn. Bhd.
Notapismp.blogspot.com/2009/04.Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak.html.
(2012,Oktober 25).
Pasarnota.blogspot.com/2009/12.Konsep –pertumbuhan-dan-perkembangan-konsep.html.(2012,
Oktober 25).
Prof. Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2011).HBEF2103
Psikologi Pendidikan.Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Rohaty Mohd Majzub (1992).Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru. Psikologi Pendidikan .Selangor:
Oxford fajar Sdn. Bhd.