Fiqh solatoleh: nursyafiqa nabiha nur atiera raiedah
PENGENALAN Jika senaman tai Chi melibatkan pergerakan angota tubuh
badan, namun solat melebihi daripada itu kerana pelakunya
untuk membaca ayat-ayat al Quran dan doa yang tertentu.
Ayat-ayat al Quran dan doa ini mesti dibaca ketika pelakunya
berada dalam posisi badan tertentu serta melakukan gerakan-
gerakan tertentu. Gerakan utama dalam solat adalah berdiri
(qiyam), membongkok (rukuk) sujud dan duduk (tahiyat).
Manakala melutut juga berlaku seketika dalam gerakan solat di
antara dua daripada kedudukan utama iaitu dari kedudukan
duduk ke berdiri.
Pergerakan solat yang sempurna melibatkan pergerakan yang
sama untuk beberapa rakaat (kitaran). Satu rakaat dalam solat
terdiri daripada berdiri, rukuk, sujud dan duduk diantara dua
sujud. Rakaat kedua dan terakhir pula mempunyai
penambahan duduk iaitu tahiyat.
Solat dalam
perspektif
SAINS DAN
KESIHATAN
KEPIMPINAN
SOSIAL
SOLAT DARI PERSPEKTIF : SAINS
QIYAM Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu didekap, iaitu kedudukkan
tangan kanan berada diatas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat.
Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keaadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk
solatlah dalam keadaaan mengiring”. (HR al Bukhari)
Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua tangan.
Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh.
Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.
Rukuk
Nabi Muhammad SAW menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk
seperti sabdanya yang bermaksud:
“Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu,
kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang
belakang mu mantap di di tempatnya.” (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).
o Apabila Baginda rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang
belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila segelas air
diletakkan diatasnya, air tesebut tidak akan bergerak. Baginda tidak
menundukkan kepala dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan
kepala dari paras bahunya).
o Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal
pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal
otot.
o Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi SAW, boleh menghindari dan
menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
Sujudo Pergerakan sujud adalah meletakkan lutut dan tangan di lantai melibatkan
persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-dua tapak tangan kedua-dua lutut, kedua-dua hujung kaki/jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaaan lantai.
disebut dalam sebuah hadith Nabi (bermaksud);
“Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud: diatas dahi dan Nabi SAW menunjukkan kearah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua
belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki.” (HR al-Bukhari & Muslim).
o Kajian mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu sujud bukan
sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti
arteri dan vena serta urat limfa akan terurus.
o Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh
darah (arterioskerosis) serta membantu melancarkan pengaliran dan limfa
keseluruh anggota badan.
o Rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat
berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya
bagi mengelakkan penyakit yang boleh menyerang paru-paru.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHIYAT AWAL
o Duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi alas (firash). Tapak kaki kanan ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): “Apabila Nabi duduk diantara dua rakaat, maka Baginda duduk diatas kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya”.
o Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada diatas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya diatas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.
o Kajian mendapati pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal
peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah
kembali ke jantung.
o Posisi ini juga dapat menghidarkan dan menjadi penawar penyakit saraf
pangkal paha.
DUDUK TAHIYAT AKHIRo Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas lantai, kaki kiri
dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat).
Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi SAW berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya bersimpuh.” (HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).
o Ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.
KADAR DENYUTAN JANTUNG KETIKA SOLAT
SOLAT DARI PERSPEKTIF : KEPIMPINAN
CARA PEMILIHAN PEMIMPIN Dalam solat berjemaah, Imam akan dikenali sebagai pemimpin kepada
makmumnya. Imam dipilih kerana kemampuan ilmunya dalam bidang agama yang lebih tinggi dibandingkan yang lain (anggota-makmum).
Bermakna, pemimpin haruslah dipilih dari golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan agar dapat memimpin sesuatu organisasi dengan lancar.
PEMIMPIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN. Apabila imam salah misalnya salah dalam gerakan dan hal ini masih
dalam toleransi seperti lupa jumlah rakaat, ia harus mengakui kesalahannya dengan melakukan sujud sahwin (sujud diakhir solat) dan meminta maaf kepada jemaah sesudah solat.
Tetepi bila kesalahan yang tidak boleh ditoleransi iaitu perkara yang membatalkan solat (misal kentut), imam harus mengundur diri sebagai imam dan segera diganti oleh salah seorang makmum.
Ini bermaksud, pemimpin harus memiliki keberanian mengakui kesalahan dan apabila ia terkeluar dari aturan yang ditetepkan ia harus mengundur diri.
SETIAP ARAHAN PEMIMPIN PERLU DIIKUTI Bila seorang imam melakukan pergerakan, maka para makmum harus
mengikuti setiap gerakan dan ayat yang dibaca oleh imam. Makmum tidak boleh mendahului imam.
Hal ini barmaksud, anggota organisasi seharusnya mematuhi arahan atasannya selagi tidak menyalahi syarak.
ANGGOTA ORGANISASI PERLU MENGINGATI PEMIMPIN JIKA BERLAKU
KESALAHAN. Makmum juga mempunyai tanggungjawab dalam mengingati imam apabila
imam melakukan kesalahan. Contoh, apabila imam salah dalam membaca ayat, maka makmum akan mengeraskan suaranya membimbing imam agar tidak salah
Makmum perempuan juga harus mengingati imam agar tidak salah dengan menepuk talapak tangannya.
Ini membuktikan bahawa anggota organisasi perlu mengingati pemimpin jika berlaku kesalahan. Malahan, perempuan juga memiliki peranan untuk bersuara jika berlaku kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin.
SOLAT DALAM PERSPEKTIF :
SOSIALLAMBANG KESATUAN UMMAH Solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah kerana setiap
Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu kiblat
yang sama, iaitu Baitullah al-Haram.
Hal ini menunjukkan wujudnya aspek sosial dalam solat apabila
kesatuan dan perpaduan ummah dapat dipupuk.
KESAMAAN TARAF SESAMA MANUSIA Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan
pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun
pada saf yang paling hadapan.
Hal ini menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim.