Menggantikan sistem pendidikan British
PENYATA RAZAK,1956 LAPORAN RAHMAN
TALIB,1960 AKTA PELAJARAN,1961
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”
Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara
Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.
Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.
Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.
Agama
Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan…
Sosial
… melahirkan rakyat Malaysia… memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara
Ekonomi
“Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan
berupaya untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”
Sejagat
Pengaruh sistem pendidikan antarabangsa
Program Pendemokrasian Pendidikan, Pensarwajagatan Pendidikan dan Pendidikan Seumur Hidup oleh UNESCO
PERANAN FPK
1) Sebagai Suluh yang memberi panduan dan arah tuju pendidikan.
2) Menjadi dasar dan pertimbangan asas matlamat Pendidikan Negara.
3) Sebagai rujukan kepada sistem pendidikan Negara. SAMBUNGAN…..
4) Sebagai bimbingan melaksana tugas-tugas pendidikan.
5) Sebagai dasar dan pertimbangan dalam menentukan kurikulum, bahan pelajaran dan strategi P&P.
6) Sebagai pengawal penyelewengan aktiviti
7) Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan pendidikan.
1. Pendidikan suatu usaha berterusan Bagi menghadapi dan menangani
pelbagai pendidikan dan pembangunan pesat
2. Memperkembangkan potensi individu Setiap individu memiliki pelbagai
keupayaan, bakat dan potensi. Intelek Rohani Emosi Jasmani
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Dikembangkan ke peringkat
optimum dengan mengintegrasikan bakat dan kebolehan
4. Insan yang seimbang dan harmonis Intelek, Jasmani, Rohani dan Emosi Individu yang memiliki kesedaran
dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri,keluarga dan negara.
5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui wujudnya Pencipta Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah
peraturan yang ditetapkan oleh pencipta Menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas perbuatan diri sendiri Melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan
kejahatan Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan
beragama
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Cintai ilmu pengetahuan Berusaha memupuk budaya ilmu
dan membaca Berfikiran luas dan terbuka.
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan Cekap dan kompetensi diri Berkebolehan menjalankan tugas
dengan sempurna Berpandangan jauh dan berinisiatif Memupuk pembawaan diri yang
baik.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Perwatakan baik Berpegang kepada nilai-nilai
murni dan moral sebagai prinsip hidup.
9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Boleh dipercayai Sedar setiap tugas adalah
amanah dan harus dilaksanakan dengan baik
Amanah, bersih dan cekap Mematuhi peraturan
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Berfikiran waras dan berjiwa tenang
Daya tahan terhadap cabaran hidup.
11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara
Ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara
Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan sukatan pelajaran – program bersepadu & bidang vokasional / teknologi
Perubahan bahan-bahan pelajaran – nilai-nilai murni
Perubahan program – melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Perubahan sistem – pendidikan umum
Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap – pandangan dan visi yang positif
Perubahan profesional – strategi dan teknik yang pelbagai
Implikasi terhadap institusi pendidik
Perubahan kemudahan-kemudahan Perubahan aktiviti budaya sekolah –
kondusif Perubahan iklim sekolah
Pendekatan strategik untuk merealisasikan FPK dinyatakan dalam buku Dasar Pembangunan Pendidikan Kebangsaan. Strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan dan penyelidikan dan pembangunan
Pembangunan Insan Penyediaan kurikulum yang relevan dengan
mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa
Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang canggih seperti ICT
Penekanan kpd pendidikan agama dan moral dengan proses peneranga nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran
Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang ini.
Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional
Pemupukan semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, disamping melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
Pembangunan Sumber Pendidikan Penyediaan input pendidikan yang
mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa
Perlaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai
Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, termasuk kemudahan multimedia
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Penyediaan tenaga pakar utuk
penyelidikan dengan mengajar program latihan bagi guru pakar dan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam pendidikan
Mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan
Merangka Dasar Pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan dalam pendidikan.
Melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Antara
cirinya; PERCAYA DAN PATUH KEPADA TUHAN
BERILMU PENGETAHUAN BERAKHLAK MULIA
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI,MASYARAKAT,AGAMA DAN NEGARA
MEMILIKI SAHSIAH YANG SEIMBANG DAN SEPADU
MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT BERBILANG KAUM
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Menghasilkan rakyat yang progresif,mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembangan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada