FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJA BINAAN
ASING OLEH KONRTRAKTOR KELAS A
MOHD FAKHRUL AZIZIE BIN MOHD ZAID
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
iii
DEDIKASI
Kepada ayahanda dan bonda
Mohd Zaid bin Muhamad
Noraziah bte Hashim
Doa dan harapanmu
Pengorbanan dan dorongan selama ini
Banyak membantu ku harungi hidup ini
Kepada rakan-rakan seperjuangan
Pelajar 4 SPA, SPE, SPJ
Atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
Akan ku kenang sepanjang hayat
Jutaan Terima Kasih
Hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya
Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan
Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan
setinggitinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Prof. Dr. Muhammad Rashid
bin Rajuddin yang berusaha memberi dorongan sepanjang penyediaan projek ini.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan, tidak kurang juga
kepada orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara tidak
langsung atau tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini.
Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada
penulis dalam apa jua keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan
hanya Allah S.W.T yang dapat membalas.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi
pemilihan pekerja pekerja binaan asing oleh kontraktor kelas A di sekitar Johor
Bahru. Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu mengenalpasti faktor
kemahiran, pengurusan projek pembinaan, keadaan semasa, dan kualiti kerja
mempengaruhi pemilihan pekerja binaan asing di tapak pembinaan. Instrumen kajian
yang digunakan bagi penyelidikan deskriptif ini adalah berbentuk soal selidik bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Soal selidik ini diedarkan kepada 50 orang
kontraktor bagi mewakili responden kajian dan dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 3 item berkaitan latar
belakang responden dan syarikat, manakala bahagian B mengandungi 43 item yang
berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerja binaan asing
oleh kontraktor kelas A. Item-item ini telah dibina berdasarkan soalan kajian.
Kesahan kepercayaan soal selidik diuji menggunakan Alpha Cronbach dan nilai yang
diperolehi adalah 0.94. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 14.0. Hasil
dapatan kajian mendapati faktor kemahiran mencatat nilai purata min 3.82 dan
berada pada tahap tinggi. Ini diikuti dengan faktor pengurusan projek pembinaan dan
faktor kualiti kerja yang berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 3.80 dan
3.73. Walaubagaimanapun, dapatan kajian mendapati faktor keadaan semasa berada
pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.61.
vi
ABSTRACT
This study was to identify the main factor that influence the class A contractor in
choosing foreign construction workers in Johor Bahru. The objectives of this research
were to identify the skill factor, construction project management, current state, and the
work quality which influence the selection of the foreign construction workers. The
research instrument used in this descriptive study was a set of questionnaire. These
questionnaires were distributed to 50 contractors as the research respondent. The
questionnaire was divided into two parts; part A and part B. Part A consists of 3 items
concerning the background of respondent and the company, while part B consists of 43
items regarding the factors influence in the selection of foreign construction workers by
class A contractor. These items were constructed based on the research questions. The
validity of the questionnaire was checked by using Alpha Cronbach with the value of
0.94. The collected data were then analyzed by using Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 14.0. The research result shows the skill factor
with the mean value 3.82 (high level), followed by the construction project management
factor and the work quality with a mean value 3.80 and 3.73 (high). However, the
research result discovered that the current state factor was at average level with the mean
value 3.61.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 4
1.2 Pernyataan masalah 6
1.3 Soalan kajian 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Kepentingan kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Definisi istilah 9
1.7.1 Pekerja binaan asing 9
1.7.2 Sektor pembinaan 9
1.7.3 Kontraktor 10
1.7.4 Kontraktor kelas A 10
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Industri pembinaan 11
2.2 Pekerja binaan asing di Malaysia 12
2.3 Kemahiran 14
2.4 Pengurusan projek pembinaan 17
2.4.1 Kos tenaga kerja 17
2.4.2 Kos projek pembinaan 20
2.5 Keadaan Semasa 21
2.6 Kualiti kerja 22
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 Pengenalan 26
3.1 Rekabentuk kajian 27
3.2 Kerangka operasi 28
3.3 Populasi dan sampel kajian 30
3.4 Instrumen kajian 31
3.4.1 Bahagian A 32
3.4.2 Bahagian B 32
3.5 Kesahan instrumen kajian 34
3.6 Kajian rintis 34
3.7 Analisis data 35
3.8 Andaian kajian 37
3.9 Batasan kajian 38
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 39
4.1 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 40
4.1.1 Jawatan 41
4.1.2 Pengalaman Bekerja 42
4.1.3 Bilangan Pekerja Asing di Tapak 43
Pembinaan
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 44
4.2.1 Adakah faktor kemahiran
mempengaruhi pemilihan pekerja
binaan asing di tapak pembinaan? 44
4.2.2 Adakah faktor pengurusan projek
pembinaan mempengaruhi pemilihan
pekerja binaan asing di tapak pembinaan? 54
4.2.3 Adakah faktor keadaan semasa
mempengaruhi pemilihan pekerja
binaan asing di tapak pembinaan? 60
4.2.4 Adakah faktor kualiti kerja
mempengaruhi pemilihan pekerja
binaan asing di tapak pembinaan? 62
4.3 Kesimpulan 65
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 66
5.1 Rumusan 67
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Kemahiran pekerja binaan asing 70
5.2.2 Pengurusan projek pembinaan 72
5.2.3 Keadaan semasa 74
5.2.4 Kualiti kerja 75
5.3 Cadangan 77
5.3.1 Kementerian Pengajian Tinggi 77
5.3.2 CIDB 79
5.3.3 Kontraktor 80
5.4 Cadangan kajian lanjutan 81
5.5 Penutup 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 87
xii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Pembahagian Item Bahagian B dalam Borang Soal Selidik 33
3.2 Pemilihan Tahap Jawapan Responden 34
3.3 Klasifikasi Terhadap Item 36
3.4 Skala Min 37
4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 40
4.2 Jadual Skala Likert dari lima peringkat ditukar kepada
tiga peringkat 41
4.3 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan mengikut
jawatan 41
4.4 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan mengikut
pengalaman bekerja 42
4.5 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan mengikut
bilangan pekerja binaan asing di tapak pembinaan 43
4.6 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi tred
kemahiran tukang bata 45
4.7 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi tred
kemahiran tukang lepa 47
4.8 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi tred
kemahiran tukang konkrit 48
4.9 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi tred
kemahiran tukang cat 50
xiii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.10 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi tred
kemahiran tukang kayu 52
4.11 Taburan purata bilangan kekerapan dan peratusan bagi
tred-tred kemahiran 53
4.12 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi kos
pekerja binaan asing 54
4.13 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi kos
projek pembinaan 57
4.14 Taburan purata bilangan kekerapan dan peratusan bagi
mengikut pengurusan projek pembinaan 59
4.15 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi keadaan
semasa 60
4.16 Taburan bilangan kekerapan dan peratusan bagi kualiti
kerja 62
4.17 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian mengikut
kedudukan peratusan dan min tertinggi 65
5.1 Taburan tred kemahiran mengikut aspek penekanan 78
xiv
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
3.1 Kerangka operasi 28
5.1 Konsep pemilihan pekerja binaan 80
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Instrumen kajian 87
B Pengesahan pakar 88
C Surat Pengesahan Pelajar 89
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 90
xvi
SENARAI SINGKATAN
CIDB - Construstion Industry Development Board/
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
SPSS - Statistical Package For Science Social
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Era globalisasi yang kian mencabar telah banyak memberi impak terhadap
negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang berdaya saing dari semua aspek, pembangunan yang
seimbang haruslah ditikberatkan. Pertumbuhan ekonomi yang baik seiring dengan
pembangunan yang seimbang mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang disegani di mata dunia.
Sejajar dengan keadaan permintaan dalam dan luar negara yang kukuh,
kesemua sektor ekonomi telah berkembang, dengan penggerak utama pertumbuhan
ekonomi negara adalah dari sektor perkhidmatan dan perkilangan. Namun demikian,
sektor-sektor ekonomi yang lain turut menyumbang dalam menjana perkembangan
ekonomi negara termasuklah sektor pembinaan. Di Malaysia, pertumbuhan di sektor
pembinaan telah disokong oleh peningkatan subsektor kejuruteraan awam,
pertumbuhan diransang oleh perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang lebih tinggi
terhadap projek berkaitan dengan pembinaan, terutamanya projek subsektor
pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti awam (CIDB, 2004).
2
Merujuk kepada Laporan Ekonomi Tahun 2002 oleh Bank Negara Malaysia,
sektor pembinaan telah diunjurkan tumbuh pada kadar 1.9% pada tahun 2003 (CIDB,
2004). Aktiviti dalam sektor ini dapat mewujudkan permintaan dalam negeri yang
besar terutamanya sektor perumahan dan hartanah. Kerja-kerja dalam sektor
pembinaan melibatkan proses pembinaan bangunan, kerja-kerja kejuruteraan dan
infrastruktur serta pemasangan peralatan mekanikal dan elektrikal. Banyak pihak
yang terlibat dalam aktiviti sektor ini antaranya ialah pemaju projek atau klien,
perunding, kontraktor utama, pelbagai subkontraktor, tenaga kerja buruh, pembekal
bahan binaan dan lain-lain.
Kontraktor binaan merupakan tulang belakang utama dalam menggerakkan
projek pembinaan berjalan seperti dirancang. Karenah birokrasi, amalan rasuah,
kesukaran mendapatkan tender merupakan cabaran bagi kontraktor dalam menempuh
arus kemodenan. Selain itu, kontraktor juga terpaksa menghadapi masalah kesukaran
untuk mendapatkan tenaga kerja buruh. Masalah ini berlaku apabila negara
mengalami pembangunan yang pesat, banyak projek pembinaan, infrastruktur dan
bangunan kediaman serta perdagangan berjalan secara serentak.
Di Malaysia, sektor pembinaan masih lagi mengamalkan kaedah binaan
berintensifkan buruh. Pasaran kerja yang lebih kompetitif mengakibatkan negara
mengalami kekurangan tenaga kerja mahir yang serius. Sebagai sebuah negara yang
sedang pesat membangun ke arah menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020,
Malaysia amat memerlukan tenaga mahir yang ramai (Berita Harian, 13 Ogos 1992).
Berdasarkan Laporan Ekonomi Tahun 2002/2003, sektor pembinaan telah
mewujudkan sebanyak 789,600 peluang pekerjaan iaitu 8.2% dari jumlah guna
tenaga negara (CIDB, 2004). Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting
di dalam industri pembinaan selain daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran.
Tenaga kerja di sektor pembinaan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama
iaitu tenaga kerja am, tenaga keja separuh mahir dan tenaga keja mahir.
3
Sehingga akhir Julai 2006, seramai 1,823,431 pekerja warga asing bekerja
dalam pelbagai sektor di Malaysia (Harian Metro, 19 September 2006). Angka
tersebut kian meningkat tahun demi tahun dan ini menjadikan Malaysia sebagai pusat
pekerja asing terbesar di rantau Asia. Lima negara yang paling ramai menghantar
pekerja untuk bekerja di Malaysia adalah dari Indonesia, Nepal, India, Vietnam dan
Bangladesh. Kedatangan mereka ke sini adalah dengan tujuan untuk bekerja dan
mengumpul wang untuk bekalan apabila mereka kembali ke negara asal mereka
(Abd Rashid, 1999).
Kini, kerja-kerja seperti attendan pam minyak, perkhidmatan pencucian,
pengendalian kargo di pelabuhan, operator pengeluaran di kilang, pekerja ladang dan
juga buruh binaan di tapak pembinaan kebanyakannya dikuasai oleh pekerja asing.
Kebanjiran pekerja asing terutamanya warga Indonesia yang terlalu ramai telah
menimbulkan banyak masalah khasnya gejala sosial. Walaupun kerajaan telah
menjalankan kempen pemutihan iaitu proses pengampunan untuk semua pekerja
asing tanpa izin dengan membenarkan mereka keluar secara sukarela dari negara ini,
namun beberapa sektor utama yang menggunakan tenaga kerja asing telah terjejas
teruk. Akibatnya, sektor-sektor terbabit telah mengalami kekurangan pekerja yang
serius.
Jika dilihat dari sudut positif, kedatangan pekerja asing ini sememangnya
dapat mengisi kekosongan kerja dalam sektor-sektor tertentu terutamanya pekerja di
kelas bawahan. Majikan di negara ini juga lebih berminat untuk menggaji tenaga
kerja asing berbanding tenaga kerja tempatan. Sebahagian besar diantara majikan
mengambil kesempatan mengerah tenaga kerja asing untuk bekerja lebih masa dan
mereka hanya diberi makan dan tempat tinggal sahaja (Ali Mahmood, 1999). Namun
demikian, Malaysia tidak boleh berterusan bergantung kepada khidmat tenaga kerja
asing kerana dalam jangka masa yang panjang ia akan member kesan negatif kepada
imbangan pembayaran luar dan juga meningkatnya masalah sosial serta keselamatan
nasional.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Kepesatan sektor pembinaan secara tidak langsung telah membuka banyak
peluang pekerjaan kepada golongan belia di negara ini. Namun demikian, tenaga
kerja tempatan di negara ini tidak dapat memenuhi kekosongan tenaga kerja dalam
sektor ini dan mengakibatkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap tenaga
kerja asing. Senario begini tidak seharusnya berlaku kerana terdapat terdapat puluhan
ribu tenaga kerja mahir tempatan yang dilahirkan daripada Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) seperti Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Latihan Perindustrian (ILP), Institut
Kemahiran Mara (IKM) dan Pusat Giat Mara.
Kesukaran dalam mendapatkan tenaga kerja binaan tempatan untuk mengisi
kekosongan kerja di tapak pembinaan telah mengakibatkan pihak kontraktor terpaksa
mengambil tenaga kerja binaan asing (CIDB, 2004). Senario ini sebenarnya berpunca
daripada sikap dan pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang
rendah dan kotor terhadap tenaga kerja binaan ini, walhal bidang kerja tersebut
memberi pendapatan yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain
terutamanya kerja sebagai operator di kilang.
Sektor pembinaan juga sering dikaitkan dengan fenomena 3D iaitu ‘Dirty,
Difficult, and Dangerous’ atau dikenali sebagai Kotor, Sukar, dan Merbahaya.
Tenaga kerja tempatan berpendapat, pekerjaan di sektor pembinaan ini tidak
dipandang tinggi di kaca mata masyarakat. Bebanan kerja yang berat dan terpaksa
bekerja di bawah panas terik matahari sering dikaitkan dengan pekerjaan buruh
kasar. Di samping itu, faktor keselamatan yang selalu dipandang remeh oleh pihak
kontraktor dan berita di akhbar yang menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan
yang kadang kala mengakibatkan kematian memburukkan lagi persepsi rakyat
tempatan terhadap sektor pembinaan.
5
Faktor-faktor halangan ini telah mengakibatkan penyertaan tenaga kerja
tempatan semakin kurang dari semasa ke semasa. Kebergantungan pasaran kerja
dalam sektor ini terhadap tenaga kerja asing adalah amat ketara. Menurut laporan
ekonomi, kerajaan telah meluluskan pengambilan sebanyak 93,025 tenaga kerja
asing pada tahun 2002 bagi memastikan perkembangan perniagaan tidak terjejas
disebabkan kekurangan tenaga kerja tempatan (CIDB, 2004). Pengambilan tenaga
kerja asing tersebut meliputi tiga sektor utama iaitu sektor pembinaan, pertanian dan
pengilangan.
Kini, sektor pembinaan sangat sinonim dengan perkataan “pekerja asing”.
Kebanjiran pekerja asing yang mengisi kekosongan tenaga kerja di negara ini boleh
dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan. Kedatangan pendatang asing bukan
sahaja datang secara sah malah ada yang sanggup datang ke Malaysia secara haram.
Ini akibat daripada prosedur yang begitu ketat dan sukar, maka ramai pekerja asing
yang mengambil jalan mudah dan berani mengambil risiko yang tinggi dengan
datang ke Malaysia secara haram (Kementerian Dalam Negeri, 2001).
Walaupun tenaga kerja asing sering dikatakan kurang mempunyai
pengalaman dan kemahiran dalam sektor pembinaan, namun pihak kontraktor lebih
sanggup menggaji mereka berbanding tenaga kerja tempatan. Selain itu, kontraktor
juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan projek pembinaan kerana tidak perlu
mencarum dalam KWSP, Perkeso, perubatan dan kurang menanggung risiko jika
berlaku kemalangan. Bagi tenaga kerja asing yang bekerja di sektor ini, mereka
hanya disediakan tempat tinggal di kawasan pembinaan yang sedang dijalankan.
Kebajikan mereka yang lebih mudah dijaga mengakibatkan sektor ini terlalu
bergantung kepada tenaga kerja asing. Sekiranya pihak kontraktor masih lagi
mengambil tenaga kerja asing sebagai pekerja mereka maka apa yang akan terjadi
pada masa akan datang adalah sektor ini akan terus menjadi lubuk pendapatan bagi
mereka manakala tenaga kerja tempatan pula semakin dipinggirkan.
6
Berdasarkan isu dan masalah yang diutarakan, kajian yang dijalankan ini
bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tenaga kerja
asing dalam sektor pembinaan oleh pihak kontraktor.
1.2 Pernyataan Masalah
Kekosongan tenaga kerja di tapak pembinaan yang sepatutnya diisi oleh
tenaga kerja tempatan kini telah dimonopoli sepenuhnya oleh tenaga kerja asing
menunjukkan pihak kontraktor lebih berminat mengambil mereka pada masa
sekarang. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji apakah faktor utama yang
mempengaruhi pemilihan pekerja binaan asing oleh kontraktor kelas A?
1.3 Soalan Kajian
1. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pemilihan pekerja binaan asing di
tapak pembinaan?
2. Adakah faktor pengurusan projek pembinaan mempengaruhi pemilihan
pekerja binaan asing di tapak pembinaan?
3. Adakah faktor keadaan semasa mempengaruhi pemilihan pekerja binaan
asing di tapak pembinaan?
4. Adakah faktor kualiti kerja mempengaruhi pemilihan pekerja binaan asing di
tapak pembinaan?