Teori Semasa – Teori
Kepemimpinan Moral
Ahli Kumpulan :1. Fatin Nadia binti Ahmad Kamil2. Loh Li Yi3. Shangkari a/p Sivabalan
KONSEP KEPEMIMPINAN
MORAL
Sergiovanni (1992) – satu bentuk
bimbingan yang memotivasikan orang lain
melalui prinsip dan pegangan nilai yang terpuji.
KONSEP KEPEMIMPINAN MORAL
• Owens (1998) berpendapat kewujudan kepemimpinan moral bukan sekadar kerana pangkat, ganjaran atau kuasa paksaan tetapi disebabkan kuasa rujukan dan kepakaran, serta komunikasi kepemimpinan adalah merupakan proses dua hala.
• Ini bermaksud kepemimpinan moral adalah sesuatu hubungan di antara pemimpin dan pengikut bukan disebabkan kuasa
• Emile Durkheim (1925) mengemukakan bahawa moral dilihat secara teori mahupun praktikal.
• Secara teorinya, moral merupakan sistem intrinsik ketahanan manusia dalam hubungan dengan orang lain seperti kemampuan memaksa diri untuk berperilaku dan berbuat baik yang akan menghasilkan situasi yang kondusif pada akhirnya dalam usaha untuk menyatukan masyarakat.
• Secara praktikal pula, moral merupakan syarat mutlak terciptanya suatu bangsa yang sihat dan berdikari serta dapat membangun dengan baik.
CIRI KEPEMIMPINAN MORAL
• Beri perhatian kepada nilai dan etika pemimpin di
mana penggunaan kuasa dan pengaruh adalah
atas pertimbangan yang baik dan benar.
• Pemimpin moral tidak mencari ikhtiar untuk
mendapatkan manfaat diri sendiri tetapi
bertindak demi kebaikan sejagat.
CONTOH CIRI PEMIMPIN MORAL
MORAL KEPEMIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
Firman Allah, "Sungguh telah datang kepadamu
seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa
olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas
kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang
yang beriman." (QS al-Taubah [9]: 128 ).
Ada tiga sifat (moral) kepemimpinan Nabi SAW :
Pertama : (berat dirasakan oleh Nabi atas penderitaan orang lain).
Dalam bahasa moden, sifat ini disebut sense of crisis, iaitu kepekaan,atas kesulitan rakyat yang ditunjukkan dengan kemampuan berempati dan simpati kepada pihak-pihak yang kurang beruntung.
Secara kejiwaan, empati bererti kemampuan memahami danmerasakan kesulitan orang lain. Empati dengan sendirinya mendorong simpati, iaitu sokongan,baik moral mahupun material, untuk mengurangkan derita
orangyang mengalami kesulitan.
Kedua : (amat sangat berkeinginan agar orang lain aman dan sentosa). Dalam bahasa moden, sifat ini dinamakan sense of achievement, iaitu semangat yang tinggi agar masyarakat dan bangsa meraih kemajuan.Tugas pemimpin adalah menanamkan harapan dan merancang sesuatu untuk menuju ke arahcita –cita dan harapan tersebut.
Ketiga : (pengasih dan penyayang). Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Nabi Muhammad SAW adalah juga pengasih dan penyayang. Orang-orang yang beriman wajib meneruskan kasih sayang Allah dan Rasul itu dengan mencintai dan mengasihi umatmanusia.Kasih sayang (rahmah) adalah pangkal kebaikan.Tanpa kasih sayang, sukar dibayangkan seseorangboleh berbuat baik. Kata Nabi, "Orang yang tak memiliki kasih sayang, tak boleh diharap kebaikan darinya."
TERIMA KASIH!