BUKU
PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR
SESI 2014/2015
TARIKH PENDAFTARAN RASMI 26 MEI 2014 (ISNIN)
URUSETIA PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN
LELAKI : KOLEJ KEDIAMAN SERI IPOH
MASA SESI I : 7.30 pagi – 11.00 pagi
SESI II: 11.30 pagi – 3.00 petang
TAKLIMAT WARIS SESI I : 9.00 pagi SESI II: 12.00 tgh
(DEWAN SERI KINTA) ARAHAN Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31600 GOPENG PERAK Tel: 05-3594949/05-3594600 Faks: 05- 3594412
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PENGENALAN
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24km dan 4km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 Mac 2002.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat semester bagi jurusan Sains (Aliran Sains Sahaja). Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.
KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL * Semua pelajar akan ditawarkan kemudahan penginapan di kolej kediaman pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Terdapat 5 buah kolej kediaman iaitu: Kolej Kediaman Pelajar Perempuan
i) Kolej kediaman Seri Kerian ii) Kolej Kediaman Seri Intan iii) Kolej kediaman Seri Teja
Kolej kediaman Pelajar Lelaki
i) Kolej Kediaman Seri Iskandar ii) Kolej Kediaman Seri Ipoh
* Pindaan bilik pelajar tertakluk kepada pihak Kolej. JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR BARU SESI 2014/2015
Bil Jurusan Jumlah Yuran
Pendaftaran (RM)
i Pelajar Sains Program Satu Tahun (PST)/ Pelajar Sains Program Satu Tahun (PDT)
550.00
ii Pelajar Perakaunan 500.00
MAKLUMAT AM
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MAKLUMAT MPPB SESI 2014/2015
Makluman kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar baharu sesi 2014/2015
Keadaan trafik semasa sesi pendaftaran adalah agak tidak memuaskan semasa hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini disebabkan oleh kekurangan pakir kereta dan keadaan muka bumi Kolej Matrikulasi Perak yang berbukit menyebabkan hanya sebuah pintu sahaja yang dibina untuk laluan masuk. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk membawa hanya satu kenderaan sahaja semasa sesi pendaftaran bagi mengurangkan keadaan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung. Kesesakan trafik pada tahun lalu menyebabkan ibubapa/penjaga terpaksa mengharungi kesesakan selama hampir 4 jam di atas jalan raya untuk jarak hanya sejauh 4 km.
Para pelajar tidak dibenarkan balik bermalam atau keluar “outing” selepas hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini adalah kerana pihak kolej akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pelajar sepanjang bulan tersebut.
Ibubapa/penjaga diminta untuk bersedia dengan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung, sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Ibubapa/penjaga dinasihatkan membawa bekalan makanan sebagai persediaan semasa menghadapi kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung
Para pelajar yang telah selesai mendaftar pada hari pendaftaran pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej bagi mengelakkan kesesakan trafik.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Calon-calon pelajar yang ditawarkan pengajian di peringkat Matrikulasi pada sesi 2014/2015 adalah secara atas talian (online). Sehubungan itu, calon-calon pelajar baharu Kolej Matrikulasi Perak perlu melaksanakan pendaftaran secara online bagi melancarkan sesi pendaftaran pada 26 Mei 2014 di KMPk, e-Pendaftaran Pelajar boleh diakses bermula pada 5 Mei 2014 hingga 19 Mei 2014. Tarikh Pendaftaran Rasmi :
Tarikh Masa Tempat Taklimat Waris
26 Mei 2014 (ISNIN)
Sesi I 7.30 pagi – 11.00 pagi
Sesi I I
11.30 pagi – 3.00 ptg
Perempuan: Kolej kediaman Seri
Intan (Urusetia)
Lelaki: Kolej kediaman Seri
Ipoh (Urusetia)
Sesi I
9.00 pagi (Dewan Seri Kinta)
Sesi I I
12.00 tgh (Dewan Seri Kinta)
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN (ONLINE)
MULA
Melayari http://www.kmpk.matrik.edu.my
Muat turun e-Buku Panduan Pendaftaran
Membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Menyediakan fail gambar (softcopy
berukuran Passport
- Membuat pendaftaran ONLINE
- Muatnaik gambar berukuran Passport
Mendaftar diri ke Kolej Kediaman masing-masing di Kolej Matrikulasi Perak pada
26 Mei 2014
TAMAT
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Calon Setelah Mencetak Dokumen Panduan Pendaftaran
(i) Melengkapkan semua borang.
(ii) Bank-in yuran pengajian menggunakan slip bayaran BSN atas nama
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK dan no akaun
0810029000287661
(iii) Menyediakan fail gambar (softcopy) berukuran passport. Fail gambar tersebut
WAJIB dimuat naik untuk urusan pendaftaran online dan cetakan kad matrik.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MANUAL PENGGUNAAN SISTEM e-Pendaftaran Calon-calon yang ditawarkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak perlu melaksanakan pendaftaran secara online. Berikut adalah panduan penggunaan e-pendaftaran. 1. Layari Laman Web Kolej matrikulasi Perak di alamat http://www.kmpk.matrik.edu.my.
Pilih MENU Aplikasi KMPK <Pendaftaran Pelajar Baharu> e-Pelajar. Klik pada butang e-Pendaftaran Pelajar (http://register.kmpk.matrik.edu.my)
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
2. Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Sila
pastikan anda telah membuat pembayaran yuran.
3. Sila isikan maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti dalam rajah di bawah. Klik butang e-pendaftaran Pelajar setelah selesai mengisi kesemua maklumat tersebut.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
4. Slip pendaftaran akan dijanakan. Klik butang cetak untuk mencetak slip pendaftaran.
Sila cetak dua (2) salinan Slip Pendaftaran dan bawa semasa hari pendaftaran pada 26 Mei 2014
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
SENARAI SEMAK KEPERLUAN DAN DOKUMEN DIBAWA
SEMASA PENDAFTARAN
DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK SESI 2014/2015
Bil Perkara Kuantiiti Catatan
1. Slip Pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) 1
2. *Surat Tawaran BMKPM 1
3.
* Borang Perjanjian Yang Lengkap a) Setem Hasil (RM 10 x 2 keping) b) Tandatangan Penjamin dan Saksi
2
4.
*Buku Dokumen Pendaftaran ( Dokumen peribadi)Yang lengkap a) Dokumen/ Sijil Yang Telah Di sahkan
1
5. Panduan Pendaftaran 1
6. Buku Akaun Giro Beserta Salinan Yang Telah Di sahkan 1
7. Gambar Berukuran Pasport 4
8. Peraturan Khusus Kolej Matrikulasi Perak 1
9.
Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2014/2015
1
10. Borang Pelekat Kenderaan Pelawat 1
11. Pelan Meletak Kenderaan Semasa pendaftaran 1
12. Carta Alir Proses Pendaftaran Pelajar 1
13. Slip e-Pendaftaran 2
- Bertanda * adalah maklumat yang perlu di cetak daripada Laman Web Bahagian Matrikulasi
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2014/2015 (ONLINE)
MULA
KAUNTER PENDAFTARAN
Lokasi :
Bilik Rehat Kolej Kediaman
Masing-masing
(Rujuk Slip e-Pendaftaran)
Serah:
- slip ePendaftaran
- slip bank
- salinan muka depan
buku akaun BSN
yang telah disahkan
KAUNTER ASRAMA
Lokasi :
Perempuan: Bilik Rehat Kolej Kediaman
Lelaki: Bilik Sakit Kolej Kediaman
- Terima kunci bilik
KAUNTER CENDERAMATA
Lokasi :
Perempuan: Bilik rehat Kolej Kediaman
Lelaki: Bilik Sakit Kolej Kediaman
KAUNTER URUSETIA
Lokasi :
Perempuan: Kolej Kediaman Seri Intan
Lelaki: Kolej Kediaman Seri Ipoh
PROSES PENDAFTARAN SELESAI
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN SERAHKAN KEPADA URUSETIA SEMASA HARI PENDAFTARAN
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
MAKLUMAT PELAJAR
Nama Pelajar : _________________________ No. KP : ___________________________
No. Matrik : __________________________ Tarikh Lahir : ______________________
Agama : ___________________ Keturunan : ______________________
Alamat :
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
No. Telefon Rumah : __________________________ Telefon Bimbit : _______________________
No. Akaun BSN : _______________________________________________
MAKLUMAT BAPA
Nama Bapa : ____________________ No. KP Bapa : ______________________
No. Telefon Bapa : ________________ Keturunan Bapa : ___________________
Pekerjaan Bapa : ___________________ Jumlah Pendapatan : RM_____________
Bilangan Tanggungan : ___________________
MAKLUMAT IBU
Nama Ibu : ________________________ No. KP Ibu : ________________________
No. Telefon Ibu : _____________________ Keturunan Ibu : _____________________
Pekerjaan Ibu : ____________________________
*Hubungan Ibu/Bapa : Suami Isteri/Bercerai/Bercerai Mati
*Potong mana yang tidak berkenaan
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
K M M
KOLEJ MATARIKULASI PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG PERMOHONAN PELEKAT KERETA
PELAWAT
SESI 2014/2015
No. Pendaftaran Kereta No. Siri Pelekat (Kegunaan Pejabat)
Catatan: 1 Borang ini perlu diisi lengkap dan diserahkan pada Minggu Pengurusan Pelajar (MPPB).
2 Pelajar hanya dibenarkan membeli 2 pelekat kenderaan sahaja .
Satu pelekat kenderaan berharga RM 5.00.
1. Nama Penuh Pelajar (huruf besar) 2. No. Kad Pelajar:
3. No. Matrik:
4. Nama Ibu/bapa/Penjaga:
5. Alamat Rumah Ibu/bapa/Penjaga:
6. No. Telefon Rumah : 7. No. Telefon Bimbit:
8. NAMA PELAWAT(Selain di atas) jika ada HUBUNGAN CATATAN
8.1
8.2
8.3
9. Saya mengaku bahawa butir-butir yang tersebut di atas adalah benar.
(tindakan disiplin akan diambil jika terdapat pemalsuan maklumat)
Tarikh: …………………………………… ……………………………….
( Tandatangan pemohon)
PENGESAHAN
Jumlah_Bayaran : (1) RM 5.00 / (2) RM 10.00
NO_resit : …………………… …………………………………..
( )
T.T dan nama Pegawai
Untuk Kegunaan Pejabat
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PELAN PARKING
BUKU PROGRAM MPPB
Laluan Kenderaan Pelajar Lelaki
Laluan Kenderaan Pelajar Perempuan
PELAN LALUAN KENDERAAN DAN PARKIR HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Parkir Staff KMPk
Masjid
Seri Teja
Makmal Komputer
Parkir Pelawat
DSK
Dewan Sri Kinta
Pintu Masuk Utama
Padang
Laluan Berjalan Kaki Ke Asrama Lelaki
Seri Iskandar
DSK
Seri Kerian
Seri Intan
Seri Ipoh
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
JADUAL MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPB)
SESI 2014/2015
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Masa
Hari
6.00
pagi
7.00
~
8.00
7.30 ~ 3.00
9.00 ~ 10.00
12.00 ~ 1.00
3.30
~
4.30
4.30
~
5.00
5.00
~
6.30
7.00
~
9.00
9.00 ~ 11.00
malam
Isnin
26/5/2014
SELAMAT DATANG
Pendaftaran
Pelajar-pelajar baharu
Taklimat
Waris
Sesi 1
(Dewan Seri Kinta)
Taklimat
Waris
Sesi 2
(Dewan Seri Kinta)
Taklimat
MPPB
(Dewan Seri
Kinta) Reh
at/ S
ola
t
Asa
r
Ria
dah
\
Pen
gu
rusa
n
Dir
i
So
lat
dan
Ku
liah
Mag
hri
b d
an Is
yak
( K
ulia
h d
an M
ora
l )
INTERAKSI 1
Taklimat
Pengetua dan Felo
Kolej Kediaman
(Dewan seri Kinta)
Selasa
27/5/2014
So
lat
Dan
Ku
liah
Su
bu
h/
Pen
gu
rusa
n d
iri
Sen
aman
Pag
i
8.30 ~ 10.00
10.00 -
10.30
10.30 ~ 12.30
2.00 ~ 4.00
4.00 ~ 5.00
Ria
dah
INTERAKSI 3
Forum
Bual Bicara
Budaya Pelajar
matrikulasi
(Dewan Seri Kinta)
Watikah Pelantikan
Penasihat Akademik
(Mentor)
(Dewan Seri Kinta)
Reh
at
INTERAKSI 2
Akademik
Dan
Peperiksaan
Bersama KJ / PPP
(Dewan Seri Kinta)
AKTIVITI 1
Matrikulasi Di Hatiku
(Success Story)
(Bersama Fasilitator)
Reh
at/ S
ola
t A
sar
Rabu
28/5/2014
AKTIVITI 2
Peraturan Pelajar
dan
Borang Perjanjian
(Bersama Fasilitator)
AKTIVITI 3
Perancangan
Kerjaya
(Bersama Fasilitator)
INTERAKSI 4
Perkhidmatan
Kaunseling
Dan Kerjaya
(Dewan Seri Kinta)
INTERAKSI 5
Taklimat
Perpustakaan
(Dewan Seri Kinta)
Khamis
29/5/2014
AKTIVITI 4
Pengurusan Masa
Dan Kewangan
(Bersama Fasilitator)
INTERAKSI 6
HEP Bersama Pelajar
(Dewan seri Kinta)
AKTIVITI 5
Pembelajaran Abad ke- 21
(Bersama Fasilitator)
INTERAKSI 7
Ceramah Perdana
(Dewan Seri Kinta)
Raptai Majlis
Penutup
(Dewan Seri
Kinta)
Jumaat
30/5/2014
INTERAKSI 8
Taklimat Kokurikulum
(Dewan seri Kinta)
Majlis Penutup
(Dewan Seri Kinta)
5.00 – 6.30
Senamrobik Perdana
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK
(UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA DAN PELAJAR)
Peraturan ini hanya sebahagian kecil peraturan kolej yang merupakan peraturan khusus
Kolej Matrikulasi Perak daripada peraturan keseluruhan Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian
Pelajaran berdasarkan buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran
Malaysia sesi 2008/2009.
A. SISTEM CUTI BALIK BERMALAM
1. Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti rasmi kolej (selain dari masa yang ditetapkan) hanya daripada Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar.
2. Kelulusan balik bermalam untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat hanya daripada felo (warden) sahaja.
3. Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan mengambil pelajar untuk dibawa balik bermalam tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan.
4. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di ”scan” sebelum keluar dan apabila balik ke kolej.
5. Pelajar tidak dibenarkan balik bermalam jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo).
6. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan balik bermalam.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
B. SISTEM KELUAR KE BANDAR (OUTING) HUJUNG MINGGU
1. Pelajar hanya dibenarkan outing pada hujung minggu iaitu hari Jumaat selepas kuliah, Sabtu dan Ahad (mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam).
2. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di “scan” sebelum keluar dan apabila balik ke Kolej.
3. Kelulusan (secara bertulis atau on line) dari fello blok berkenaan diperlukan bagi kes outing kecemasan selepas jam 7.00 malam.
4. Pelajar tidak dibenarkan keluar jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran dari Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar atau mana pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo).
5. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan outing.
C. BALIK BERCUTI YANG DITENTUKAN OLEH KOLEJ / CUTI ANTARA
SEMESTER / CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / CUTI KE LUAR NEGARA
1. Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang ditentukan oleh kolej, cuti antara semester dan cuti
pertengahan semester.
2. Pelajar hanya dilepaskan balik bercuti pada hari terakhir kuliah sebelum cuti. Sebarang alasan untuk balik bercuti awal tidak akan dilayan.
3. Permohonan cuti ke Luar Negara hendaklah melalui pihak Kolej 1 bulan sebelum dari tarikh tempahan tiket. Kelulusan adalah daripada pihak Bahagian Matrikulasi.
D. PENAMPILAN DIRI PELAJAR
1. Pelajar diwajibkan memakai pakaian kuliah yang lengkap sepanjang masa ketika waktu kuliah, berurusan dengan pentadbir / pensyarah / lawatan rasmi. Pakaian kuliah bagi pelajar lelaki adalah baju kemeja tanpa corak dan berseluar panjang (seluar jeans tidak dibenarkan), memakai tali leher,
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
memakai stoking dan berkasut warna gelap. Pakaian kuliah bagi pelajar perempuan adalah pakaian yang sopan, (berbaju kurung / blouse longgar yang dipadankan dengan seluar panjang / skirt labuh di bawah paras lutut) dan berkasut yang sesuai.
2. Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalam kolej.
3. Pakaian bagi outing atau balik bermalam bagi pelajar perempuan adalah sama seperti pakaian kuliah manakala pelajar lelaki dibenarkan memakai kemeja-t berkolar dan kemas.
4. Semua pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
5. Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Mewarnakan rambut adalah dilarang.
E. SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK KAWASAN KOLEJ
1. Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan ibubapa / penjaga hanya melalui pintu utama kolej.
2. Ibubapa / penjaga yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan di pintu masuk kolej. Nombor kenderaan ibubapa / penjaga yang engkar atau tidak menghormati tugas pengawal keselamatan akan disenarai hitamkan dan dilarang sama sekali memasuki kawasan kolej pada masa yang lain.
3. Ibu bapa / penjaga yang hendak masuk ke kawasan kolej untuk menemui / berurusan dengan pelajar dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam kawasan kolej.
F. SISTEM LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA
1. Hari lawatan biasa bagi ibubapa / penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, mulai pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
2. Ibubapa / penjaga yang membawa anak keluar pada hari lawatan perlu menghantar semula anak-anak ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam.
3. Selepas jam 7.00 malam, kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej
4. Pelawat tidak di benarkan masuk ke dalam kawasan kolej pada hari Kuliah ( Kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Kolej )
G. KAFETERIA
1. Semua pelajar dikehendaki makan dan minum di kafeteria yang telah disediakan.
2. Para pelajar boleh menggunakan mana-mana kafeteria dan kantin pada waktu siang sehingga selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Selepas 9.00 malam, kawasan Kafeteria A adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan manakala Kafeteria B, C dan kantin adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki.
H. BARANGAN DAN TINGKAH LAKU TERLARANG
1. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan segala jenis peralatan elektrik seperti televisyen, perakam pita video, peti sejuk, cerek elektrik, pemanas air, periuk nasi dan lain-lain alatan yang menggunakan sumber elektrik kolej selain daripada yang disediakan oleh kolej kecuali alat pencegah nyamuk, pengecas bateri untuk kegunaan radio kaset kecil, jam loceng dan telefon bimbit.
2. Penyalahgunaan dadah, memiliki atau mengedar ganja, membawa atau menyimpan senjata berbahaya, membawa atau menyimpan bahan letupan, menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap, mencabul kehormatan, melawan / mengancam / memukul / mencederakan pensyarah atau pelajar lain, memeras ugut, membuli, berkhalwat, menceroboh bilik khas / makmal / kedai koperasi / pejabat kolej atau asrama / rumah warden, menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman awam, keluar dari kolej tanpa kebenaran, mencuri, berjudi dan bertaruh merupakan kesalahan berat yang akan dilaporkan kepada pihak polis, digantung pengajian atau diberhentikan daripada program matrikulasi.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
I. LARANGAN MEROKOK
Seluruh kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok.
Arahan:
PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
MAKLUMAN PELAJAR
BARANG-BARANG LARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA MASUK
KE KOLEJ KEDIAMAN.
SETERIKA ELEKTRIK
DAPUR ELEKTRIK
PERIUK ELEKTRIK
CEREK ELKTRIK
PEMANAS AIR ELEKTRIK (HEATER)
TELEVISYEN
KIPAS
PENDINGIN HAWA (COOLER)
PETI SEJUK
GITAR
ROKOK
MERCUN/BUNGA API
BAHAN-BAHAN LUCAH (MAJALAH, GAMBAR, FILEM, DLL)
SEMUA JENIS SENJATA
SPEAKER
RADIO
DESKTOP/PRINTER
SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK
SEMUA JENIS BAHAN MEMABUKKAN. PERHATIAN BARANG-BARANG LARANGAN YANG BERADA DALAM SIMPANAN PELAJAR AKAN DIRAMPAS DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
ARAHAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
PANDUAN PENYEDIAAN GAMBAR PELAJAR KMPK 1) Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar pasport, dalam format jpg.
2) Gambar hendaklah berlatarbelakangkan warna biru. 3) Gambar dengan posisi mengiring tidak diterima.
4) Sahsiah Rupa Diri Pelajar:
a. Pelajar Lelaki: i. Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher; ii. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan, bersesuaian dan kemas.
b. Pelajar Perempuan: i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak mencolok mata; ii. Pelajar Islam digalakkan bertudung
Contoh Gambar Yang Diterima Contoh Gambar Yang
Tidak Diterima Contoh Kad Pelajar
Catatan: Bakal Pelajar diingatkan untuk memohon kembali fail gambar softcopy (CD) anda dari kedai kerana gambar
tersebut yang akan digunakan bagi e-pendaftaran dan muat naik gambar untuk kad pelajar.
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
(LELAKI)
SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
SESI 2014/2015
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
(PEREMPUAN)
SILA CETAK DAN PAMERKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
SESI 2014/2015
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KOLEJ MATRIKULASI PERAK