Download docx - DOA GURU

Transcript

, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru Tahun 2014 peringkat Sekolah SMK PERMAS JAYA 3 pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASIYa Allah, Ya Azizi Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini. Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.Ya Allah Pada saat ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih kepada barisan pendidik kami terhadap anak-anak didik mereka,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .Ya AllahPada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta


Recommended